SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
Tel: 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR
Fax: 03-2535150

KP (PPK) 018/4/Jld. 3 (74)
12 Februari 1998
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1998:
Alternatif Meringankan Beban Tugas
Guru Kemahiran Hidup Sekolah Menengah
Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras berbentuk amali di mana
gurunya perlu mengurus dan menyelenggara bengkel-bengkel. Sebelum Kemahiran Hidup
dilaksanakan, guru kanan Seni Perusahaan diperuntukkan Waktu Penyenggaraan Makmal
(WPM) sebanyak 4 (empat) waktu seminggu yang diambilkira sebagai waktu mengajar bagi
menjalankan tugas ini. Dilampirkan Bersama-sama ini surat-surat pekeliling
KP(PT)010/15/4/Jld. 2 (1) bertarikh 5.8.1982 dan KP(PTV)010/15/4 Jld.2 (42) bertarikh
26.9.88 yang menjelaskan tujuan dan maksudnya. Walau bagaimanapun, peruntukkan ini
tidak dilaksanakan semenjak Kemahiran Hidup diperkenalkan mulai tahun 1989. Menyedari
hakikat ini, Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan supaya WPM dikuatkuasakan kepada
guru kanan Kemahiran Hidup untuk menjalankan tugas tersebut.
2.
Kerjasama Y.Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan diminta untuk memaklumkan kandungan
Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua pihak berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah.
Sekian dan terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(DATUK MATNOR DAIM)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

1
s.k.

1.

Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

2.

Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan

3.

Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan

4.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5.

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6.

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

7.

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

8.

Ketua Nazir Sekolah

9.

Pegawai Perhubungan Awam

2
-salinanBAHAGIAN PELAJARAN TEKNIK & VOKASIONAL
KEMENTERIAN PELAJARAN
TINGKAT 2, BANGUNAN STRAITS TRADING
LEBOH PASAR BESAR
KUALA LUMPUR

Tel : 982122
Ruj. Kami: KP(PT)010/15/4/Jld.2(1)
5hb. Ogos 1982

Pengarah Pelajaran,
Jabatan Pelajaran
Tuan,
Peruntukan Waktu Penyenggaraan
Makmal Seni Perhubungan
Berhubung dengan perkara yang tersebut di atas, sukacita saya memaklumkan bahawa
dalam tinjauan dan lawatan yang dibuat oleh pegawai-pegawai dari Bahagian ini dan
Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri, adalah didapati bahawa peruntukan 'Waktu
Penyenggaraan Makmal' (WPM) bagi mata pelajaran Seni Perusahaan adalah perlu
dilaksanakan untuk mengatasi masalah-masalah dan mempertingkatkan lagi mutu
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut.
2.
Oleh kerana Makmal Seni Perusahaan tidak dianggotai oleh Pembantu
Makmal/Atenden Makmal sepertimana yang ada di makmal sains dan kerja pengurusan dan
penyenggaraan makmal adalah banyak dan luas pula, maka mulai tahun 1983, adalah
dicadangkan:
2.1

Bagi sekolah yang akan (dan baru) memulakan pelajaran Seni Perusahaan,
tetapkan 6 waktu/minggu sebagai WPM supaya guru boleh mengerjakan
tugas-tugas 'organization and setting-up' makmal. Dengan ini bermakna
bilangan kelas boleh mengambil mata pelajaran ini dihadkan kepada lima (5)
buah sahaja supaya membolehkan guru itu mengajar 20 waktu/minggu
sahaja (atau 4 waktu/kelas).
2.1.1

Bagi tahun-tahun yang berikutnya, WPM bolehiah ditetapkan kepada
kadar 4 waktu/minggu sahaja. Ini bermakna sekolah menghadkan
jumlah waktu mengajar guru kepada 22 waktu/minggu sahaja.

2.2

Bagi sekolah-sekolah yang telah lama memulakan mata pelajaran ini, WPM
bolehlah ditetapkan seperti dalam para 2.1.1 di atas.

2.3

WPM ini hendaklah dianggap seperti waktu mengajar biasa, tetapi tugas
rasmi guru ketika waktu-waktu itu adalah penyenggaraan dan pengurusan
makmal. Supaya WPM ini lebih berkesan, ia perlu ditetapkan dengan waktu
berkembar (two double periods).

3.
Pihak tuan adalah diharapkan mengambil tindakan yang seperlunya untuk
memastikan bahawa bilangan guru Seni Perusahaan yang bertugas di sekolah-sekolah di
negeri tuan mulai tahun 1983 adalah mencukupi supaya peruntukan WPM ini dapat
dilaksanakan dengan sepenuhnya.

3
4.
Guru-guru Seni Perusahaan pula hendaklah diarahkan supaya mencatatkan
perancangan tugas dan kerja untuk dilaksanakan pada WPM di dalam Buku Rekod
Mengajar sepertimana yang diamalkan untuk setiap mata pelajaran yang diajar.
5.
Bersama-sama ini disertakan 'Jadual Tindakan Untuk Panduan' dan 'Lampiran A'
untuk panduan dan tindakan tuan sewajarnya.
6.
Adalah diharapkan perlaksanaan WPM ini akan memberi kesan yang baik kepada
pengajaran dan pembelajaran Seni Perusahaan di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
t.t.
(ABDUL RAHIM BIN BUSU MAT NOR)
b.p. Pengarah
Bahagian Pelajaran Teknik & Vokasional
Kementerian Pelajaran

4
JADUAL TINDAKAN UNTUK PANDUAN
Langkah

Perkara

Tindakan

1

Peruntukan Waktu Penyenggaraan Makmal Seni
Perusahaan ke dalam Jadual Waktu Persendirian guru.

Guru Besar

2

Penentuan dan perancangan tugas/kerja tahunan,
penggalan, mingguan dan harian. Lampiran ‘A’ boleh
dijadikan panduan.

Guru kanan dan guruguru mata pelajaran

3

Pembahagian tugas/kerja di antara guru-guru.

Guru Besar dan guru
kanan mata pelajaran

4

Rekod tugas/kerja pada setiap WPM ke dalam Buku
Rekod Mengajar.

Guru mata pelajaran

5

Pemeriksaan kerja/tugas yang telah/akan dilaksanakan.

Guru Besar

6

Teguran, nasihat dan tindakan sewajarnya oleh sekolah
ke atas guru yang tidak menjalan tugas WPM
(termasuk kerja yang tidak memuaskan).

Guru Besar

5
LAMPIRAN ‘A’
Senarai Tugas-tugas Guru Pada Waktu
Penyenggaraan Makmal Seni Perusahaan
Oleh kerana Makmal Seni Perusahaan di sekolah-sekolah tidak dianggotai oleh Pembantu
Makmal/ Attenden Makmal, maka tugas-tugas yang berikut hendaklah disempurnakan oleh
guru-guru supaya waktu pengajaran-pembelajaran Seni Perusahaan dapat berjalan dengan
licin dan bersistematik bagi kepentingan murid-murid:
1. Memeriksa alatangan-alatangan pembekalan baru dari segi;
a) perinciannya, brand model dan kualitinya.
b) Kuantitinya
2. Masuk stok alatangan pembekalan baru dan keluarkan untuk kegunaan di Bahagian
Makmal masing-masing.
3. Memeriksa dan masuk stok mesin-mesin serta alat kelengkapan atau tambahannya
(accessories).
4. Membuat Persediaan Asas Makmal iaitu:
a) memasang ragum bangku (Makmal Kayu & Makmal Logarn).
b) memasang 'Pelapit kayu' ke muka pengepit ragum bangku (Makmal Kayu).
c) menyediakan 'pelapit logam' ke muka pengepit ragum bangku (Makmal Logarn).
d) mengasah dan menajamkan mata pemotong ketam-ketam, pahat-pahat, gergajigergaji dan sebagainya,
5. Menyediakan bahan-bahan kerja amali, seperti memotong kayu kepada saiz-saiz yang
sesuai, memotong kepingan logam dan sebagainya.
6. Menyediakan panel-alat individu dan bersama, siap dengan kegunaan 'colour code' dan
nombor, supaya pengawalan alat-alat lebih berkesan.
7. Menyelenggarakan mesin-mesin daripada masa ke semasa supaya keadaannya baik
(tip-top condition dan selamat untuk kegunaan pengajaran-pembelajaran.
8. Menyediakan rak-rak dan panel di dalam Setor untuk menyimpan alatan/bahan yang
lebih/ khas, di mana ia boleh dikeluarkan untuk kegunaan pada masa-masa yang perlu.
9. Menyediakan panel/rak untuk meletakkan 'standard equipment & accessories' mesinmesin,
10. Membaiki kerosakan-kerosakan kecil mesin-mesin.
11. Mengasingkan (detach) motor letrik mesin-mesin sebelum cuti sekolah Penggal ke-3.
12. Memeriksa stokakhir penggal-penggal persekolahan, membersihkan dan minyakkan
alatan.
13. Menyimpan alatan ke dalam setor pada akhir penggal-penggal persekolahan dan
mengeluarkan kembali pada awal penggal yang berikutnya untuk kegunaan.

6
-salinanBAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 3, BLOK F
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR
KP (PTV) 010/15/4 Jld.2/(42)
15 Safar 1409
26 Sept. 1988
Pengarah Pendidikan
Semua Jabatan Pendidikan Negeri
Malaysia.
Y.B. Datuk/Tuan/Puan
Peruntukan Waktu Penyenggaraan Makmal (WPM)
Mata Pelajaran Seni Perusahaan
Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian Y.B Datuk/Tuan/Puan kepada perkara di
atas dan pekeliling Bahagian ini Bil. (1) dalam siri yang sama bertarikh 5 Ogos 1982.
(Salinan dikepilkan).
2.
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mengesan dan mendapati
ketetapan mengenai Waktu Penyenggaraan Makmal (WPM) yang disarankan di dalam
pekeliling telah tidak diikuti sepenuhnya oleh sebahagian besar sekolah yang mengajar Seni
Perusahaan. Adalah didapati guru-guru Seni Perusahaan purata mengajar 26 hingga 30
waktu/minggu dengan tidak diperuntukkan WPM. Akibatnya makmal Seni Perusahaan tidak
diselenggarakan dengan betui dan berada dalam keadaan yang membahayakan. Berikut
dengan itu prestasi guru-guru Seni Perusahaan serta pencapaian pelajar semakin merosot
dan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini kurang berkesan.
3.
Sukacita kiranya dapat Y.B Datuk/Tuan/Puan mengarahkan pengetua/guru besar di
negeri Y.B. Datuk/Tuan/Puan untuk mematuhi ketetapan dan mengikuti garis panduan yang
diberi dalam pekeliling tersebut. Rumusan pekeliling itu adalah seperti berikut:
3.1

WPM ini hendaklah dianggap seperti waktu mengajar biasa. la dikira sebagai
waktu mata pelajaran dalam kiraan/pengagihan jumlah waktu mengajar
dalam seminggu bagi guru-guru Seni Perusahaan. Jika seorang guru Seni
Perusahaan diperuntukkan 30 waktu/minggu, empat waktu darinya adalah
waktu penyenggaraan makmal.
Bagi sekolah/makmal baru setiap guru Seni Perusahaan diperuntukkan enam
WPM seminggu selama enam bulan. Waktu ini amatlah diperlukan bagi
menyedia dan mengurus makmal baru.
Setelah itu waktu itu dikurangkan menjadi empat waktu seminggu sahaja.

3.2

Pengetua/Guru Besar diminta mengurangkan waktu mata pelajaran lain yang
diperuntukkan kepada guru Seni Perusahaan dalam menyusun jadual waktu
baginya.
7
3.3

Guru-guru Seni Perusahaan hendaklah diarahkan supaya mencatatkan
perancangan tugasdan kerja untuk dilaksanakan pada WPM dalam Buku
Rekod Mengajar sepertimana yang diamalkan untuk setiap mata pelajaran
lain yang diajar.

4.
Bahagian ini mengharapkan tindakan yang segera dari pihak Y.B Datuk/Tuan/Puan
bagi mengatasi masalah yang dihadapi di sekolah-sekolah yang menawarkan mata
pelajaran Seni Perusahaan.
Terima kasih,
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
t.t
(DATO' HAJI AHMAD BIN HAJI SALEH)
Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan.
s.k.

1. Pengarah
Bahagian Sekolah-sekolah
2. Ketua Nazir Sekolah
J.N.S.P.

8

More Related Content

What's hot

Format ppl smp n 7 binjai
Format ppl smp n 7 binjaiFormat ppl smp n 7 binjai
Format ppl smp n 7 binjai
Mahda Leni
 
Sk dirjen pedoman beban kerja guru madrasah no 166 th 2012
Sk dirjen pedoman beban kerja guru madrasah no 166 th 2012Sk dirjen pedoman beban kerja guru madrasah no 166 th 2012
Sk dirjen pedoman beban kerja guru madrasah no 166 th 2012
masawanwinanto
 
Pedoman Pelaksanaan Tugas Guru & Pengawas
Pedoman Pelaksanaan Tugas Guru & PengawasPedoman Pelaksanaan Tugas Guru & Pengawas
Pedoman Pelaksanaan Tugas Guru & Pengawas
guestd42ec9a
 
4169 p1-spk-seni pedalangan yogyakarta
4169 p1-spk-seni pedalangan yogyakarta4169 p1-spk-seni pedalangan yogyakarta
4169 p1-spk-seni pedalangan yogyakarta
Winarto Winartoap
 
OPTIMALISASI BIAYA DISTRIBUSI BIOFUNGISIDA NOGAN DENGAN METODE TRANSPORTASI M...
OPTIMALISASI BIAYA DISTRIBUSI BIOFUNGISIDA NOGAN DENGAN METODE TRANSPORTASI M...OPTIMALISASI BIAYA DISTRIBUSI BIOFUNGISIDA NOGAN DENGAN METODE TRANSPORTASI M...
OPTIMALISASI BIAYA DISTRIBUSI BIOFUNGISIDA NOGAN DENGAN METODE TRANSPORTASI M...
Rofif Tyo Zaidan Fajar
 
Beban kerja guru 24 jam
Beban kerja guru 24 jamBeban kerja guru 24 jam
Beban kerja guru 24 jam
Suaidin -Dompu
 
Struktur kurikulum smk dan perhitungan jam produktif
Struktur kurikulum smk dan perhitungan jam produktifStruktur kurikulum smk dan perhitungan jam produktif
Struktur kurikulum smk dan perhitungan jam produktif
Wan Yogaswara
 

What's hot (20)

Minit mesyuarat panitia pendidikan bi bil.1 2020 gb
Minit mesyuarat panitia pendidikan  bi bil.1 2020 gbMinit mesyuarat panitia pendidikan  bi bil.1 2020 gb
Minit mesyuarat panitia pendidikan bi bil.1 2020 gb
 
Laporan magang smk negeri 1 belimbing hulu
Laporan magang smk negeri 1 belimbing huluLaporan magang smk negeri 1 belimbing hulu
Laporan magang smk negeri 1 belimbing hulu
 
Draft Kurikulum 2013 SMP Revisi 9 Februari 2013 (Kompetensi Inti dan Kompetens…
Draft Kurikulum 2013 SMP Revisi 9 Februari 2013 (Kompetensi Inti dan Kompetens…Draft Kurikulum 2013 SMP Revisi 9 Februari 2013 (Kompetensi Inti dan Kompetens…
Draft Kurikulum 2013 SMP Revisi 9 Februari 2013 (Kompetensi Inti dan Kompetens…
 
Kurikulum 2013
Kurikulum 2013Kurikulum 2013
Kurikulum 2013
 
CONTOH LAPORAN PPL-KKN IKIP MATARAM 2015
CONTOH LAPORAN PPL-KKN IKIP MATARAM 2015CONTOH LAPORAN PPL-KKN IKIP MATARAM 2015
CONTOH LAPORAN PPL-KKN IKIP MATARAM 2015
 
Format ppl smp n 7 binjai
Format ppl smp n 7 binjaiFormat ppl smp n 7 binjai
Format ppl smp n 7 binjai
 
Budidaya tanaman-anggrek-analisa2
Budidaya tanaman-anggrek-analisa2Budidaya tanaman-anggrek-analisa2
Budidaya tanaman-anggrek-analisa2
 
3 promes-b-indo
3 promes-b-indo3 promes-b-indo
3 promes-b-indo
 
Sk dirjen pedoman beban kerja guru madrasah no 166 th 2012
Sk dirjen pedoman beban kerja guru madrasah no 166 th 2012Sk dirjen pedoman beban kerja guru madrasah no 166 th 2012
Sk dirjen pedoman beban kerja guru madrasah no 166 th 2012
 
Laporan ppl kkn kependidikan 2014 hermansyah
Laporan ppl kkn kependidikan 2014 hermansyahLaporan ppl kkn kependidikan 2014 hermansyah
Laporan ppl kkn kependidikan 2014 hermansyah
 
Karnal Pakinde Laporan PPL 2 SMA GKST 1 TENTENA 2016
Karnal Pakinde Laporan PPL 2 SMA GKST 1 TENTENA 2016Karnal Pakinde Laporan PPL 2 SMA GKST 1 TENTENA 2016
Karnal Pakinde Laporan PPL 2 SMA GKST 1 TENTENA 2016
 
Modul 1 kurikulum 2013 dan profesionalisasi bk
Modul 1 kurikulum 2013 dan profesionalisasi bkModul 1 kurikulum 2013 dan profesionalisasi bk
Modul 1 kurikulum 2013 dan profesionalisasi bk
 
Pedoman Pelaksanaan Tugas Guru & Pengawas
Pedoman Pelaksanaan Tugas Guru & PengawasPedoman Pelaksanaan Tugas Guru & Pengawas
Pedoman Pelaksanaan Tugas Guru & Pengawas
 
4169 p1-spk-seni pedalangan yogyakarta
4169 p1-spk-seni pedalangan yogyakarta4169 p1-spk-seni pedalangan yogyakarta
4169 p1-spk-seni pedalangan yogyakarta
 
OPTIMALISASI BIAYA DISTRIBUSI BIOFUNGISIDA NOGAN DENGAN METODE TRANSPORTASI M...
OPTIMALISASI BIAYA DISTRIBUSI BIOFUNGISIDA NOGAN DENGAN METODE TRANSPORTASI M...OPTIMALISASI BIAYA DISTRIBUSI BIOFUNGISIDA NOGAN DENGAN METODE TRANSPORTASI M...
OPTIMALISASI BIAYA DISTRIBUSI BIOFUNGISIDA NOGAN DENGAN METODE TRANSPORTASI M...
 
Beban kerja guru 24 jam
Beban kerja guru 24 jamBeban kerja guru 24 jam
Beban kerja guru 24 jam
 
Buku pedoman akademik 2014 2015
Buku pedoman akademik 2014 2015Buku pedoman akademik 2014 2015
Buku pedoman akademik 2014 2015
 
Struktur kurikulum smk dan perhitungan jam produktif
Struktur kurikulum smk dan perhitungan jam produktifStruktur kurikulum smk dan perhitungan jam produktif
Struktur kurikulum smk dan perhitungan jam produktif
 
Laporan ppl
Laporan pplLaporan ppl
Laporan ppl
 
LPJ Praktik Pengalaman Lapangan
LPJ Praktik Pengalaman LapanganLPJ Praktik Pengalaman Lapangan
LPJ Praktik Pengalaman Lapangan
 

Similar to 1 1998 meringankan beban tugas guru kh wpm (3)

Laporan kegiatan praktek kerja indust ri di kantor universitas flores ...
Laporan kegiatan praktek kerja indust ri  di kantor universitas flores       ...Laporan kegiatan praktek kerja indust ri  di kantor universitas flores       ...
Laporan kegiatan praktek kerja indust ri di kantor universitas flores ...
Nikmon Amal
 
Pkg kayang n t tg bengkel vle
Pkg kayang n t tg   bengkel vlePkg kayang n t tg   bengkel vle
Pkg kayang n t tg bengkel vle
Perlis Fuat
 
Akuntansi 2
Akuntansi 2Akuntansi 2
Akuntansi 2
aderika
 
Labsheet manajemen-laboratorium-dan-bengkel-smkn-2-depok-perbaikan
Labsheet manajemen-laboratorium-dan-bengkel-smkn-2-depok-perbaikanLabsheet manajemen-laboratorium-dan-bengkel-smkn-2-depok-perbaikan
Labsheet manajemen-laboratorium-dan-bengkel-smkn-2-depok-perbaikan
Tommy Kurniawan
 
powerpointgbmesyuarat12022-220726154212-70b88f00 (1).ppt
powerpointgbmesyuarat12022-220726154212-70b88f00 (1).pptpowerpointgbmesyuarat12022-220726154212-70b88f00 (1).ppt
powerpointgbmesyuarat12022-220726154212-70b88f00 (1).ppt
MOHDZAIDIBINHAMIDMoe
 

Similar to 1 1998 meringankan beban tugas guru kh wpm (3) (20)

Laporan kegiatan praktek kerja indust ri di kantor universitas flores ...
Laporan kegiatan praktek kerja indust ri  di kantor universitas flores       ...Laporan kegiatan praktek kerja indust ri  di kantor universitas flores       ...
Laporan kegiatan praktek kerja indust ri di kantor universitas flores ...
 
Laporan prakerin
Laporan prakerinLaporan prakerin
Laporan prakerin
 
Pkg kayang n t tg bengkel vle
Pkg kayang n t tg   bengkel vlePkg kayang n t tg   bengkel vle
Pkg kayang n t tg bengkel vle
 
Ceza cover
Ceza coverCeza cover
Ceza cover
 
Akuntansi 2
Akuntansi 2Akuntansi 2
Akuntansi 2
 
Labsheet manajemen-laboratorium-dan-bengkel-smkn-2-depok-perbaikan
Labsheet manajemen-laboratorium-dan-bengkel-smkn-2-depok-perbaikanLabsheet manajemen-laboratorium-dan-bengkel-smkn-2-depok-perbaikan
Labsheet manajemen-laboratorium-dan-bengkel-smkn-2-depok-perbaikan
 
Laporan prakerin
Laporan prakerinLaporan prakerin
Laporan prakerin
 
Pedoman penulisan ta d iii tpl
Pedoman penulisan ta d iii tplPedoman penulisan ta d iii tpl
Pedoman penulisan ta d iii tpl
 
Instalasi sistem jaringan
Instalasi sistem jaringanInstalasi sistem jaringan
Instalasi sistem jaringan
 
Pedoman penulisan ta d iii tpl
Pedoman penulisan ta d iii tplPedoman penulisan ta d iii tpl
Pedoman penulisan ta d iii tpl
 
Program kerja smk al falah (1)
Program  kerja smk al falah (1)Program  kerja smk al falah (1)
Program kerja smk al falah (1)
 
Contoh laporan prakerind
Contoh laporan prakerindContoh laporan prakerind
Contoh laporan prakerind
 
Laporan praktek kerja industri
Laporan praktek kerja industriLaporan praktek kerja industri
Laporan praktek kerja industri
 
3. aturan dan sample laporan
3. aturan dan sample laporan3. aturan dan sample laporan
3. aturan dan sample laporan
 
POWERPOINT GB MESYUARAT 1 2022.ppt
POWERPOINT GB MESYUARAT 1 2022.pptPOWERPOINT GB MESYUARAT 1 2022.ppt
POWERPOINT GB MESYUARAT 1 2022.ppt
 
powerpointgbmesyuarat12022-220726154212-70b88f00 (1).ppt
powerpointgbmesyuarat12022-220726154212-70b88f00 (1).pptpowerpointgbmesyuarat12022-220726154212-70b88f00 (1).ppt
powerpointgbmesyuarat12022-220726154212-70b88f00 (1).ppt
 
2. petunjuk penyusunan rtl ok
2. petunjuk penyusunan rtl ok2. petunjuk penyusunan rtl ok
2. petunjuk penyusunan rtl ok
 
KAEDAH PENYEDIAAN PROJEK TAHUN AKHIR 1 (PERTANIAN)
KAEDAH PENYEDIAAN PROJEK TAHUN AKHIR 1 (PERTANIAN)KAEDAH PENYEDIAAN PROJEK TAHUN AKHIR 1 (PERTANIAN)
KAEDAH PENYEDIAAN PROJEK TAHUN AKHIR 1 (PERTANIAN)
 
buku panduan untuk siswa 20222023.docx
buku panduan untuk siswa 20222023.docxbuku panduan untuk siswa 20222023.docx
buku panduan untuk siswa 20222023.docx
 
Rencana Kerja Sekolah Tahunan SLB Ayahbunda
Rencana Kerja Sekolah Tahunan SLB AyahbundaRencana Kerja Sekolah Tahunan SLB Ayahbunda
Rencana Kerja Sekolah Tahunan SLB Ayahbunda
 

More from noris1973 (6)

Bilangan waktu mengajar terkini
Bilangan waktu mengajar terkiniBilangan waktu mengajar terkini
Bilangan waktu mengajar terkini
 
Minit kosong
Minit kosongMinit kosong
Minit kosong
 
Minit kosong
Minit kosongMinit kosong
Minit kosong
 
Minit kosong
Minit kosongMinit kosong
Minit kosong
 
10. rpt khb pk ting 1 & pbs
10. rpt khb pk ting 1 & pbs10. rpt khb pk ting 1 & pbs
10. rpt khb pk ting 1 & pbs
 
Rpt ting1 pk 2012
Rpt ting1 pk 2012Rpt ting1 pk 2012
Rpt ting1 pk 2012
 

Recently uploaded

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
subki124
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Ceramah Antidadah SEMPENA MINGGU ANTIDADAH DI PERINGKAT SEKOLAH
Ceramah Antidadah SEMPENA MINGGU ANTIDADAH DI PERINGKAT SEKOLAHCeramah Antidadah SEMPENA MINGGU ANTIDADAH DI PERINGKAT SEKOLAH
Ceramah Antidadah SEMPENA MINGGU ANTIDADAH DI PERINGKAT SEKOLAH
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 

1 1998 meringankan beban tugas guru kh wpm (3)

  • 1. PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre Tel: 03-2586900 50604 KUALA LUMPUR Fax: 03-2535150 KP (PPK) 018/4/Jld. 3 (74) 12 Februari 1998 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1998: Alternatif Meringankan Beban Tugas Guru Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras berbentuk amali di mana gurunya perlu mengurus dan menyelenggara bengkel-bengkel. Sebelum Kemahiran Hidup dilaksanakan, guru kanan Seni Perusahaan diperuntukkan Waktu Penyenggaraan Makmal (WPM) sebanyak 4 (empat) waktu seminggu yang diambilkira sebagai waktu mengajar bagi menjalankan tugas ini. Dilampirkan Bersama-sama ini surat-surat pekeliling KP(PT)010/15/4/Jld. 2 (1) bertarikh 5.8.1982 dan KP(PTV)010/15/4 Jld.2 (42) bertarikh 26.9.88 yang menjelaskan tujuan dan maksudnya. Walau bagaimanapun, peruntukkan ini tidak dilaksanakan semenjak Kemahiran Hidup diperkenalkan mulai tahun 1989. Menyedari hakikat ini, Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan supaya WPM dikuatkuasakan kepada guru kanan Kemahiran Hidup untuk menjalankan tugas tersebut. 2. Kerjasama Y.Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan diminta untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua pihak berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah. Sekian dan terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" (DATUK MATNOR DAIM) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 1
  • 2. s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus Timbalan Menteri Pendidikan 3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 8. Ketua Nazir Sekolah 9. Pegawai Perhubungan Awam 2
  • 3. -salinanBAHAGIAN PELAJARAN TEKNIK & VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN TINGKAT 2, BANGUNAN STRAITS TRADING LEBOH PASAR BESAR KUALA LUMPUR Tel : 982122 Ruj. Kami: KP(PT)010/15/4/Jld.2(1) 5hb. Ogos 1982 Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Tuan, Peruntukan Waktu Penyenggaraan Makmal Seni Perhubungan Berhubung dengan perkara yang tersebut di atas, sukacita saya memaklumkan bahawa dalam tinjauan dan lawatan yang dibuat oleh pegawai-pegawai dari Bahagian ini dan Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri, adalah didapati bahawa peruntukan 'Waktu Penyenggaraan Makmal' (WPM) bagi mata pelajaran Seni Perusahaan adalah perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah-masalah dan mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut. 2. Oleh kerana Makmal Seni Perusahaan tidak dianggotai oleh Pembantu Makmal/Atenden Makmal sepertimana yang ada di makmal sains dan kerja pengurusan dan penyenggaraan makmal adalah banyak dan luas pula, maka mulai tahun 1983, adalah dicadangkan: 2.1 Bagi sekolah yang akan (dan baru) memulakan pelajaran Seni Perusahaan, tetapkan 6 waktu/minggu sebagai WPM supaya guru boleh mengerjakan tugas-tugas 'organization and setting-up' makmal. Dengan ini bermakna bilangan kelas boleh mengambil mata pelajaran ini dihadkan kepada lima (5) buah sahaja supaya membolehkan guru itu mengajar 20 waktu/minggu sahaja (atau 4 waktu/kelas). 2.1.1 Bagi tahun-tahun yang berikutnya, WPM bolehiah ditetapkan kepada kadar 4 waktu/minggu sahaja. Ini bermakna sekolah menghadkan jumlah waktu mengajar guru kepada 22 waktu/minggu sahaja. 2.2 Bagi sekolah-sekolah yang telah lama memulakan mata pelajaran ini, WPM bolehlah ditetapkan seperti dalam para 2.1.1 di atas. 2.3 WPM ini hendaklah dianggap seperti waktu mengajar biasa, tetapi tugas rasmi guru ketika waktu-waktu itu adalah penyenggaraan dan pengurusan makmal. Supaya WPM ini lebih berkesan, ia perlu ditetapkan dengan waktu berkembar (two double periods). 3. Pihak tuan adalah diharapkan mengambil tindakan yang seperlunya untuk memastikan bahawa bilangan guru Seni Perusahaan yang bertugas di sekolah-sekolah di negeri tuan mulai tahun 1983 adalah mencukupi supaya peruntukan WPM ini dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. 3
  • 4. 4. Guru-guru Seni Perusahaan pula hendaklah diarahkan supaya mencatatkan perancangan tugas dan kerja untuk dilaksanakan pada WPM di dalam Buku Rekod Mengajar sepertimana yang diamalkan untuk setiap mata pelajaran yang diajar. 5. Bersama-sama ini disertakan 'Jadual Tindakan Untuk Panduan' dan 'Lampiran A' untuk panduan dan tindakan tuan sewajarnya. 6. Adalah diharapkan perlaksanaan WPM ini akan memberi kesan yang baik kepada pengajaran dan pembelajaran Seni Perusahaan di masa akan datang. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, t.t. (ABDUL RAHIM BIN BUSU MAT NOR) b.p. Pengarah Bahagian Pelajaran Teknik & Vokasional Kementerian Pelajaran 4
  • 5. JADUAL TINDAKAN UNTUK PANDUAN Langkah Perkara Tindakan 1 Peruntukan Waktu Penyenggaraan Makmal Seni Perusahaan ke dalam Jadual Waktu Persendirian guru. Guru Besar 2 Penentuan dan perancangan tugas/kerja tahunan, penggalan, mingguan dan harian. Lampiran ‘A’ boleh dijadikan panduan. Guru kanan dan guruguru mata pelajaran 3 Pembahagian tugas/kerja di antara guru-guru. Guru Besar dan guru kanan mata pelajaran 4 Rekod tugas/kerja pada setiap WPM ke dalam Buku Rekod Mengajar. Guru mata pelajaran 5 Pemeriksaan kerja/tugas yang telah/akan dilaksanakan. Guru Besar 6 Teguran, nasihat dan tindakan sewajarnya oleh sekolah ke atas guru yang tidak menjalan tugas WPM (termasuk kerja yang tidak memuaskan). Guru Besar 5
  • 6. LAMPIRAN ‘A’ Senarai Tugas-tugas Guru Pada Waktu Penyenggaraan Makmal Seni Perusahaan Oleh kerana Makmal Seni Perusahaan di sekolah-sekolah tidak dianggotai oleh Pembantu Makmal/ Attenden Makmal, maka tugas-tugas yang berikut hendaklah disempurnakan oleh guru-guru supaya waktu pengajaran-pembelajaran Seni Perusahaan dapat berjalan dengan licin dan bersistematik bagi kepentingan murid-murid: 1. Memeriksa alatangan-alatangan pembekalan baru dari segi; a) perinciannya, brand model dan kualitinya. b) Kuantitinya 2. Masuk stok alatangan pembekalan baru dan keluarkan untuk kegunaan di Bahagian Makmal masing-masing. 3. Memeriksa dan masuk stok mesin-mesin serta alat kelengkapan atau tambahannya (accessories). 4. Membuat Persediaan Asas Makmal iaitu: a) memasang ragum bangku (Makmal Kayu & Makmal Logarn). b) memasang 'Pelapit kayu' ke muka pengepit ragum bangku (Makmal Kayu). c) menyediakan 'pelapit logam' ke muka pengepit ragum bangku (Makmal Logarn). d) mengasah dan menajamkan mata pemotong ketam-ketam, pahat-pahat, gergajigergaji dan sebagainya, 5. Menyediakan bahan-bahan kerja amali, seperti memotong kayu kepada saiz-saiz yang sesuai, memotong kepingan logam dan sebagainya. 6. Menyediakan panel-alat individu dan bersama, siap dengan kegunaan 'colour code' dan nombor, supaya pengawalan alat-alat lebih berkesan. 7. Menyelenggarakan mesin-mesin daripada masa ke semasa supaya keadaannya baik (tip-top condition dan selamat untuk kegunaan pengajaran-pembelajaran. 8. Menyediakan rak-rak dan panel di dalam Setor untuk menyimpan alatan/bahan yang lebih/ khas, di mana ia boleh dikeluarkan untuk kegunaan pada masa-masa yang perlu. 9. Menyediakan panel/rak untuk meletakkan 'standard equipment & accessories' mesinmesin, 10. Membaiki kerosakan-kerosakan kecil mesin-mesin. 11. Mengasingkan (detach) motor letrik mesin-mesin sebelum cuti sekolah Penggal ke-3. 12. Memeriksa stokakhir penggal-penggal persekolahan, membersihkan dan minyakkan alatan. 13. Menyimpan alatan ke dalam setor pada akhir penggal-penggal persekolahan dan mengeluarkan kembali pada awal penggal yang berikutnya untuk kegunaan. 6
  • 7. -salinanBAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 3, BLOK F PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR KP (PTV) 010/15/4 Jld.2/(42) 15 Safar 1409 26 Sept. 1988 Pengarah Pendidikan Semua Jabatan Pendidikan Negeri Malaysia. Y.B. Datuk/Tuan/Puan Peruntukan Waktu Penyenggaraan Makmal (WPM) Mata Pelajaran Seni Perusahaan Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian Y.B Datuk/Tuan/Puan kepada perkara di atas dan pekeliling Bahagian ini Bil. (1) dalam siri yang sama bertarikh 5 Ogos 1982. (Salinan dikepilkan). 2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mengesan dan mendapati ketetapan mengenai Waktu Penyenggaraan Makmal (WPM) yang disarankan di dalam pekeliling telah tidak diikuti sepenuhnya oleh sebahagian besar sekolah yang mengajar Seni Perusahaan. Adalah didapati guru-guru Seni Perusahaan purata mengajar 26 hingga 30 waktu/minggu dengan tidak diperuntukkan WPM. Akibatnya makmal Seni Perusahaan tidak diselenggarakan dengan betui dan berada dalam keadaan yang membahayakan. Berikut dengan itu prestasi guru-guru Seni Perusahaan serta pencapaian pelajar semakin merosot dan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini kurang berkesan. 3. Sukacita kiranya dapat Y.B Datuk/Tuan/Puan mengarahkan pengetua/guru besar di negeri Y.B. Datuk/Tuan/Puan untuk mematuhi ketetapan dan mengikuti garis panduan yang diberi dalam pekeliling tersebut. Rumusan pekeliling itu adalah seperti berikut: 3.1 WPM ini hendaklah dianggap seperti waktu mengajar biasa. la dikira sebagai waktu mata pelajaran dalam kiraan/pengagihan jumlah waktu mengajar dalam seminggu bagi guru-guru Seni Perusahaan. Jika seorang guru Seni Perusahaan diperuntukkan 30 waktu/minggu, empat waktu darinya adalah waktu penyenggaraan makmal. Bagi sekolah/makmal baru setiap guru Seni Perusahaan diperuntukkan enam WPM seminggu selama enam bulan. Waktu ini amatlah diperlukan bagi menyedia dan mengurus makmal baru. Setelah itu waktu itu dikurangkan menjadi empat waktu seminggu sahaja. 3.2 Pengetua/Guru Besar diminta mengurangkan waktu mata pelajaran lain yang diperuntukkan kepada guru Seni Perusahaan dalam menyusun jadual waktu baginya. 7
  • 8. 3.3 Guru-guru Seni Perusahaan hendaklah diarahkan supaya mencatatkan perancangan tugasdan kerja untuk dilaksanakan pada WPM dalam Buku Rekod Mengajar sepertimana yang diamalkan untuk setiap mata pelajaran lain yang diajar. 4. Bahagian ini mengharapkan tindakan yang segera dari pihak Y.B Datuk/Tuan/Puan bagi mengatasi masalah yang dihadapi di sekolah-sekolah yang menawarkan mata pelajaran Seni Perusahaan. Terima kasih, "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, t.t (DATO' HAJI AHMAD BIN HAJI SALEH) Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional Kementerian Pendidikan. s.k. 1. Pengarah Bahagian Sekolah-sekolah 2. Ketua Nazir Sekolah J.N.S.P. 8