Your SlideShare is downloading. ×
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)

3,620

Published on

Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

Published in: Education
0 Comments
15 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
3,620
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
15
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 20121.0 PENGENALANPendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang di dalam sukatan pelajaranPendidikan Jasmani di sekolah. Terdapat empat komponen yang diambil kira dalampergerakan asas iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama danpergerakan kreatif. Tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek PergerakanAsas adalah bertujuan membolehkan guru pelatih mengenalpasti pergerakan lokomotordan bukan lokomotor dengan memanipulasikan alatan Seterusnya, membuatdemonstrasi rangakaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor denganmenggunakan alatan yang dipilih. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung gurupelatih akan didedahkan dengan pemahaman tentang keadaan alam fizikal yangmelibatkan perkara seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz dan kepantasan yang seiringdengan pergerakan yang dilakukan. Malah, aktiviti yang dilakukan ini melatih gurupelatih mengenalpasti potensi tubuh badan masing – masing. Pendek kata,pendedahan kepada matapelajaran ini membolehkan guru pelatih lebih memahami danmeningkatkan pengetahuan tentang pergerakan asas agar dapat diaplikasikan disekolah kelak. Bukan Lokomotor Manipulasi Lokomotor Alat Pergerakan Asas Rajah 1: Pergerakan Asas 1
  • 2. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012 1.1 KONSEP PERGERAKAN ASASPergerakan asas merupakan suatu proses yang membantu dan membimbing parapelajar untuk memperolehi kecekapan dalam pergerakan menerusi teknikmenyelesaikan masalah dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskankegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Konsep pergerakan asas terbahagikepada empat iaitu: Ruang Masa Beban Aliran Rajah 2: Konsep Pergerakan Asas 2
  • 3. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 20121.1.1 RuangRuang merupakan kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Iaterbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempatyang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukanpergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti : •tinggi, sederhana, rendah •hadapan, belakang, sisi, bawah aras arah ekstensi aliran •mengecil, membesar •awangan, lantai, berliku Rajah 3: Ruang diri dan ruang am 3
  • 4. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 20121.1.2 MasaPergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaanruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat. a) Serta merta Pergerakan dilakukan dalam jangka masa yang singkat tetapi tegas, spontan dan dinamik. b) Kawal - lambat Pergerakan yang dilakukan secara lambat, licin, beralun dan dapat dikawal dengan baik.1.1.3 BebanAspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang.Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayanotot semasa melakukan pergerakan. a) Halus – ringan Pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas atau setempat. b) Berat – kuat Pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas yang memerlukan tenaga yang kuat.1.1.4 AliranAspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusandan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan 4
  • 5. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 20122.0 DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR JENIS PERGERAKAN Lokomotor Bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain Bukan lokomotorKeupayaan mengerakan tubuh badan tanpa beralih tempat Rajah 4: Definisi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotorPergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang akanmengubah kedudukan atau pergerakannya mengikut pergerakan yang telah dirancang.Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting,lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Pergerakan bukan lokomotor pula ialah pergerakan yang tidak mengubahkedudukan disebut bergerak tanpa beredar dan ia lebih tertumpu kepada pergerakanbahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Antara contohpergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, tariknaik pasangan dan mengilas sambil tepuk tangan. Pergerakan-pergerakan tersebutboleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling,menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapatdiaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalamaktiviti sukan dan rekreasi. 5
  • 6. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 20123.0 MATLAMATPergerakan asas menyatakan tentang bagaimana sesuatu pergerakan itu dilakukanuntuk memudahkan murid-murid mengetahui dan memahami asas-asas bagi konseppergerakan tersebut. Pergerakan asas melalui pelbagai aktiviti dapat mendedahkanmurid-murid dengan peluang mereka meneroka pergaulan dan membina pemahamanmereka tentang pelbagai jenis pergerakan badan.4.0 OBJEKTIFObjektif pergerakan asas ialah seperti berikut: 1. Menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak sewaktu melakukan pergerakan. 2. Meningkatkan potensi kreativiti murid. 3. Memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak 4. Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak 5. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik. 6. Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan.5.0 BUTIRAN AKTIVITI 5.1 Tarikh September 2012 5.2 Masa 7.45 pagi – 10.45 pagi 5.3 Kumpulan Sasaran Tahun 5 dan Tahun 6 6
  • 7. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 20126.0 PELAN KEDUDUKAN UJIAN Rujuk pada lampiran7.0 SENARAI PERALATAN TANGAN Tali8.0 SENARAI PERALATAN BERAT JENIS ALATAN BERAT BILANGAN1. Tangga 12. Skitel 53. Peti Lombol 14. Bangku 15. Tilam 16. Papan Anja 1 Rajah 5: Senarai alatan berat 7
  • 8. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 20128.1 Tangga8.2 Skitel 8
  • 9. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 20128.3 Peti Lombol8.4 Bangku 9
  • 10. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 20128.5 Tilam8.6 Papan Anjal 10
  • 11. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 20129.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI 9.1 PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONSTRASIPeralatan yang dipilih: TaliPergerakan 1: Senaman Regangan SetempatPergerakan 1 HuraianBukan Lokomotor 1. Berdiri dalam keadaan tegak 2. Luruskan tangan ke hadapan dengan memegang tali 3. Angkat tangan bersama tali ke atas kepala 4. Kemudian, tolakkan separuh badan ke sebelah kiri dan kanan sambil memegang tali 11
  • 12. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 2: Tali Jalan LapanPergerakan 2 HuraianLokomotor 1. Berdiri tegak dan pegang tali menggunakan sebelah tangan. 2. Ayunkan tali mengikut bentuk nombor lapan sambil berjalan. 3. Ulang kembali pergerakan yang pertama dan kedua dengan memegang tali dengan kedua – dua belah tangan. 12
  • 13. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 201213
  • 14. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 3 : Lentikkan Badan BeracunPergerakan 3 HuraianBukan Lokomotor 1. Baring dalam keadaan kaki dibengkokkan separuh dan tali diletakkan di atas perut. 2. Letakkan tangan di atas lantai, sama paras dengan kepala. 3. Tolak badan ke atas dengan menggunakan kekuatan kaki dan tangan. 4. Elakkan tali daripada jatuh. 14
  • 15. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 4 : Lompatan MautPergerakan 4 HuraianLokomotor 1. Duduk dalam keadaan mencangkung sambil memegang tali menggunakan sebelah tangan. 2. Kemudian pusingkan tali mengikut putaran helikopter di paras bawah kaki sambil membuat lompatan dari aras bawah, sederhana dan secara berdiri. 15
  • 16. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 5 : Imbangan PerutPERALATAN BERAT: PETI LOMBOLPergerakan 5 HuraianBukan Lokomotor 1. Meniarap di atas peti tombol. 2. Buat lipatan kaki secara separuh ke belakang dan letakkan tali di kaki. 3. Tarik kedua – dua belah kaki dengan menggunakan tali. 4. Dongakkan kepala ke atas sambil sambil membuat imbangan dengan berpusatkan bahagian perut. 16
  • 17. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 6 : Gulingan NinjaPERALATAN BERAT: TILAMPergerakan 6 HuraianLokomotor 1. Pegang tali dengan kedua – dua tangan sambil melutut di atas tilam. 2. Regangkan badan ke depan dan letakkan tangan di atas tilam. 3. Tunduk dan membuat aksi gulingan dengan menggunakan tali sebagai halangan yang harus dilalui. 17
  • 18. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 7 : Senaman Kawad 90 darjahPergerakan 7 HuraianBukan Lokomotor 1. Letakkan tali pada kaki kanan dan tarik sehingga 90 darjah. 2. Ulang kembali pergerakan itu pada kaki kiri 18
  • 19. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 8 : Larian Pusingan tali di celah kakiPergerakan 8 HuraianLokomotor 1. Membuat larian setempat sambil memegang tali menggunakan tangan kanan. 2. Ayunkan tali mengikut pusingan jam ke – arah celah kaki kanan. 3. Pegang tali menggunakan tangan kiri. 4. Ayunkan tali mengikut pusingan lawan jam ke dalam celah kaki kiri. 19
  • 20. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 9 : Kipas TerbangPergerakan 9 HuraianBukan Lokomotor 1. Duduk mencangkung dalam posisi badan yang tegak. 2. Hulurkan sebelah tangan ke depan dan sebelah lagi membuat pusingan helikopter di atas kepala. 3. Berhenti sehingga badan berdiri dalam keadaan tegak. 20
  • 21. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 10 : Perjalanan Zig ZagPERALATAN BERAT: KONPergerakan 10 HuraianLokomotor 1. Berdiri tegak sambil menahan tali menggunakan kedua – dua belah kaki. 2. Pegang tali menggunakan kedua – dua belah tangan. 3. Berjalan dengan mengangkat tali sebagai tanda untuk menggerakkan kaki yang berjalan. 4. Seterusnya, melompat serentak dengan tali bersama dengan kedua – dua kaki. 21
  • 22. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 11 : Ayunan Roti CanaiPergerakan 11 HuraianBukan Lokomotor 1. Berdiri sambil kaki dibengkokkan sedikit. 2. Pegang tali dengan kedua – dua belah tangan. 3. Ayunkan tali dalam bentuk nombor lapan sambil mengilaskan badan ke kanan, kiri, depan dan belakang. 22
  • 23. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 12 : Merangkak sambil menyambut pusingan tali di bawah kerusiPERALATAN BERAT: KERUSIPergerakan 12 HuraianLokomotor 1. Berada dalam keadaan merangkak di hujung bangku. 2. Ayunkan tali dari sebelah kanan menggunakan tangan kanan ke celah bawah kerusi. 3. Sambut tali dengan menggunakan tangan kiri. 4. Ulang kembali ketiga – tiga pergerakan ini hingga tibanya di hujung kerusi. 23
  • 24. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 13 : “Sit Up” menggunakan taliPergerakan 13 HuraianBukan Lokomotor 1. Baring dan letakkan tali di tapak kedua – dua belah kaki. 2. Tarik tali ke arah kepala. 3. Tolak tali di bahagian kaki dan badan ditegakkan dalam posisi duduk. 24
  • 25. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 14 : Lompatan tangga terjunPergerakan 14 HuraianLokomotor 1. Melutut dan tegakkan posisi badan. 2. Buat satu lompatan ke hadapan dengan membuat ayunan tali ke kiri dan kanan. 3. Lompat keluar kanan tangga dan membuat ayunan tali ke hadapan dan belakang badan. 4. Lompat kembali ke dalam kawasan tangga dan membuat “skipping” hingga ke hujung tangga. 25
  • 26. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 15 : Regangan “WUSHU” menggunakan taliPergerakan 15 HuraianBukan Lokomotor 1. Duduk dalam keadaan mencangkung dan luruskan kaki dan tangan ke sebelah kanan. 2. Tali diletakkan di hujung kaki yang diluruskan ke sisi. 3. Tarik tali bagi menolak badan untuk berada dalam keadaan berdiri. 4. Ulang semula pergerakan 1 – 3 dengan meluruskan kaki dan kanan sebelah kiri. 26
  • 27. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 16 : “Skipping Kangaroo”Pergerakan 17 HuraianLokomotor 1. Pijak tali dengan kedua – dua kaki. 2. Bersedia dalam keadaan mencangkung. 3. Skip ke hadapan dengan keadaan mencangkung. 27
  • 28. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 17 : Helikopter SengetPergerakan 17 HuraianBukan Lokomotor 1. Bersedia dalam keadaan melereng seperti dalam gambar di bawah. 2. Sebelah tangan lagi memegang tali dan membuat pusingan helikopter. 3. Ulang semula pergerakan bagi sisi badan yang berlainan. 28
  • 29. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 18 : Lompatan selang seli mengikut taliPergerakan 18 HuraianLokomotor 1. Letakkan tali di atas lantai dalam keadaan lurus. 2. Buat lompatan kecil ke atas tali dalam keadaan mencangkung. 3. Tukar kaki secara selang seli, mengikut tali sambil tangan dihulurkan ke hadapan untuk imbangan. 29
  • 30. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 19 : Lambungan tali ke udaraPERALATAN BERAT: PAPAN ANJALPergerakan 19 HuraianLokomotor 1. Buat lompatan di papan anjal. 2. Lompat keluar dari papan anjal sambil melambung tali ke udara. 3. Sambut tali menggunakan sebelah tangan. 30
  • 31. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Pergerakan 20 : Kilasan BungaPergerakan 20 HuraianBukan Lokomotor 1. Lilitkan badan dengan menggunakan tali. 2. Pegang kemas hujung tali dengan menggunakan kedua – dua belah tangan. 3. Kilas badan ke kanan dan kiri. 31
  • 32. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 201210.0 RUMUSANSecara keseluruhannya, aktiviti pergerakan asas yang dilakukan sepanjang prosespengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani telah memberi sedikit sebanyakilmu pengetahuan yang baharu dalam pembentukan individu yang cergas dari segifizikalnya dan cerdas dari segi pemikirannya. Sememangnya, pergerakan asa yangdilakukan ini disasarkan kepada pelajar Tahap Dua iaitu, Tahun 5 dan Tahun 6 yangsudah mampu melakukan pergerakan asas yang berada dalam kategori aras rendah,sederhana dan juga tinggi. Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor bukanlah suatupergerakan yang asing lagi bagi pelajar sekolah rendah. Oleh yang demikian,penekanan terhadap kreativiti pelajar dalam pengolahan pergerakan kreatif sekaligusmencungkil bakat – bakat pelajar di sekolah. 32
  • 33. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012 REFLEKSI OLEH STEPHANIE UNSIL ANAK RAKEYSebagai guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan KepujianSemester 2, kami telah diwajibkan untuk mengikuti Kursus Pergerakan Asas (Elektif)yang melibatkan penyediaan perancangan rangkaian sepuluh pergerakan lokomotordan juga sepuluh bukan lokomotor dengan menggunakan alatan. Kerja kursus pendek ini sememangnya memberi impak yang besar dalampengetahuan saya tentang tentang pergerakan asas yang menggunakan tubuh badansebagai alat untuk melakukan pergerakan. Sebagai seorang bakal guru yang mengajarPendidikan Jasmani di sekolah nanti, sememangnya penting untuk memahami aktiviti –aktiviti pergerakan asas yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Kerja kursus ini telah memberi peluang kepada saya dan juga rakan sekelassaya, PISMP Muzik Semester Dua untuk berfikir secara lebih kreatif dalam mencapaimatlamat kecekapan pergerakan asas bagi pelajar sasaran saya, iaitu pelajar sekolahrendah. Melalui tugasan ini, saya harus meneliti dan meneroka sendiri proses – prosespergerakan asas yang sesuai dijalankan bagi pelajar saya. Secara tidak langsung, sayamempelajari sendiri beberapa jenis pergerakan asas yang tidak pernah saya lakukanselama ini. Tugasan ini sememangnya berbentuk penerokaan seseorang individu danmenekankan kebebasan individu dalam mencipta pergerakan kreatif. Segala perkara yang diberi fokus ini bukanlah perkara yang asing lagi bagipelajar PISMP Semester 2. Hal ini demikian, kami pernah didedahkan dengan tajukyang berkaitan dengan pergerakan asas pada proses pembelajaran dan pengajaran 33
  • 34. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012yang lalu. Kini, kami hanya perlu mengaplikasikan semua pengetahuan yang diperolehdari bilik kuliah untuk melaksanakan kerja kursus ini. Secara jujurnya, pada ketika saya mendapat tajuk kerja kursus ini, saya terpinga– pinga dan tertanya – tanya apakah yang perlu saya lakukan untuk memulakan kerjakursus ini. Selama ini, saya tidak pernah meneroka sendiri pergerakan asas danmengubahsuai sendiri pergerakan asas itu. Oleh itu, pada awal perbincangan saya,rakan sekelas bersama pensyarah, saya hanya berdiam diri kerana saya kurang pastidengan tajuk kerja kursus ini. Bagi mengatasi masalah ini, saya berusaha mencarisebanyak maklumat yang diperlukan bagi memberi pemahaman yang lebih tentangkehendak kerja kursus ini. Sesungguhnya, proses pencarian maklumat ini, bukanlah suatu yang mudahseperti yang disangka. Ketika mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk kerjakursus ini, saya telah meminjam beberapa buah buku di perpustakaan kampus dan jugamencari maklumat di internet. Hampir keseluruhannya adalah sumber yang berbentukBahasa Inggeris dan halangan pertama bagi saya adalah, penukaran ayat – ayatBahasa Inggeris tersebut kepada ayat Bahasa Melayu. Di sini, saya meminta bantuandaripada rakan – rakan saya yang fasih dalam Bahasa Inggeris untuk membantu sayamemahami sesetengah ayat atau perkataan. Halangan seterusnya ialah, saya mengalami mengalami kesukaran dalammencipta pergerakan asas yang kreatif. Tetapi, saya bersyukur kerana mempunyairakan – rakan sekelas yang sudi berkongsi idea dalam mempelbagaikan pergerakandengan alatan yang dipilih.Pada masa ini, saya mendapati bahawa kaedah komunikasiyang digunakan sewaktu perbincangan adalah lebih memudahkan proses pembelajaransekaligus membantu secara lansung dalam menyempurnakan kerja kursus. 34
  • 35. PERGERAKAN ASAS PJM 3102 2012Di samping itu, kami membuat perbincangan bersama pensyarah berkenaan kerjakursus ini. Pada saat ini, dapat dilihat perbezaan pendapat daripada setiap individuyang ada. Saya dapat belajar melalui pendapat dan ilmu rakan – rakan berkenaandengan tajuk kursus ini. Saya juga dapat memberi ruang kepada diri saya untukmendengar pendapat orang lain bagi mengembangkan aspek-aspek yang perlu didalam kerja kursus ini. Kesimpulannya, saya berasa amat bertuah mendapat kerja kursus ini dan akanmenggunakan pengalaman ini dengan sebaik yang mungkin. Pengalaman di sepanjangpenyempurnaan kerja kursus ini serba sedikit memberi saya suatu perspektif yangpositif terhadap gaya pembelajaran yang berkesan, bekerja secara kumpulan dansebagainya. 35

×