3. Perancangan Perniagaan
• Suatu panduan tentang apa yang harus
dilakukan oleh peniaga.
• Tujuan membuat perancangan adalah
untuk mengetahui sama ada perniagaan
yang ditubuhkan akan mendapat
keuntungan atau mengalami kerugian
4. Elemen Penting Semasa Merancang
Penubuhan Perniagaan
1) Menentukan bidang perniagaan 6) Mengetahui kehendak dan
– Sama ada perniagaan barang atau keperluan pengguna
perkhidmatan
2) Mempunyai pengetahuan dan
7) Mengetahui cara untuk
pengalaman dalam bidang yang
mendapatkan sumber bekalan
akan diceburi
daripada pembekal
3) Mengenalpasti lokasi yang
8) Mengenal pasti matlamat jualan.
sesuai
Anggaran belanjawan perlu
disediakan
4) Mengetahui bilangan pesaing
9) Mematuhi undang-undang dan
5) Mengetahui cara mendapatkan peraturan
modal dan peralatan yang
diperlukan 10) Mematuhi etika perniagaan
5. Panduan Merancang
Perniagaan
Langkah 1: Mengkaji peluang perniagaan
Langkah 2: Pemilihan lokasi
Langkah 3: Mengkaji sumber bekalan
Langkah 4: Mengatur strategi pemasaran
Langkah 5: Mendaftarkan perniagaan
Langkah 6: Memohon lesen
Langkah 7: Menyediakan modal
Langkah 8: Memulakan perniagaan
6. Langkah 1: Mengkaji peluang perniagaan
• Peluang-peluang perniagaan yang ada
dapat dilihat melalui pernyataan masalah
oleh pembeli dan pengguna
7. Langkah 2: Pemilihan lokasi
• Kajian lokasi hendaklah dilakukan. Lokasi
yang sesuai adalah seperti tempat
tumpuan ramai serta mempunyai
kemudahan asas
8. Langkah 3: Mengkaji sumber bahan
• Bakal peniaga harus memastikan sumber
bekalan dapat diperoleh melalui pembelian
secara terus sama ada daripada pengeluar,
pemborong dan peruncit. Kajian sumber
bekalan adalah penting kerana hal ini
mempengaruhi keuntungan
9. Langkah 4: Mengatur strategi pemasaran
• Bakal peniaga harus mengkaji kehendak dan keperluan
pelanggan seperti :-
– Cita rasa
– Taraf hidup
– Ekonomi
– Kaum
– Agama
• Bakal peniaga juga haruslah mengkaji tentang pesaing-pesaing
seperti :-
– Jumlah pesaing
– Perkhidmatan dan harga yang ditawarkan
– Kemudahan yang disediakan pesaing
10. Langkah 5: Mendaftarkan perniagaan
• Perniagaan perlu didaftarkan dengan
mengisi borang-borang tertentu yang
diperolehi daripada Pejabat Pendaftaran
Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
11. Langkah 6: Memohon lesen
• Lesen perniagaan mestilah dipohon
daripada Pihak Berkuasa Tempatan
seperti Majlis Daerah, Dewan Bandaraya
atau Majlis Perbandaran serta mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan.
12. Langkah 7: Menyediakan modal
• Modal yang cukup perlu disediakan untuk
membeli barang niaga dan peralatan-
peralatan lain
13. Langkah 8: Memulakan perniagaan
• Setelah semua perkara di atas diambil
kira, bakal peniaga bolehlah memulakan
perniagaan
14. DOKUMEN PENUBUHAN
PERNIAGAAN KECIL
PENDAFTARAN
PERLESENAN
PERNIAGAAN
15. Pendaftaran Perniagaan
• Peniaga yang ingin menubuhkan sebuah perniagaan
kecil harus mendaftarkan perniagaan dengan Pendaftar
Perniagaan.
• Borang yang perlu diisi ialah :
Borang PNA 42
– Borang yang digunakan untuk mendapat kelulusan
nama perniagaan
Borang A
– Digunakan untuk mengisi butiran mengenai
perniagaan yang didaftarkan setelah mendapat
kelulusan nama perniagaan
18. Langkah 1
• Dapatkan borang pendaftaran perniagaan
atau Borang A daripada Pejabat Pendaftar
Perniagaan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia.
19. Langkah 2
• Isikan maklumat-maklumat yang
terkandung dalam Borang A iaitu
Bahagian A-Nama perniagaan
Bahagian B-Maklumat Cawangan
Bahagian C-Maklumat pemilik
Bahagian D-Maklumat jenis perniagaan
Bahagian E-Pengesahan ahli-ahli bersekutu
20. Langkah 3
• Borang A yang telah lengkap hendaklah
disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa
seperti Hakim, Majistret, Jaksa Pendamai,
Penghulu atau Pesuruhjaya Sumpah
21. Langkah 4
• Kembalikan borang tersebut kepada
Pendaftar Perniagaan dengan bayaran
sebanyak RM 30 jika peniaga
menggunakan namanya sendiri dalam
perniagaan atau RM 60 jika peniaga
menggunakan nama selain nama pemilik
22. Langkah 5
• Pendaftar Perniagaan akan memproses
borang tersebut. Jika diluluskan, Sijil
Perakuan Pendaftaran (Borang D) akan
dikeluarkan. Sijil ini ialah dokumen rasmi
yang membenarkan perniagaan dijalankan
dan harus dipamerkan di tempat yang
mudah dilihat di kedai
24. Memperbaharui Pendaftaran
• Boleh dibuat untuk tempoh selama 1 tahun hingga 5
tahun. Langkah-langkah adalah seperti berikut:
1) Isikan bahagian bawah Borang D yang bertajuk Permohonan
untuk Memperbaharui
2) Hantarkan borang tersebut kepada Pendaftar Perniagaan
bersama-sama yuran pembaharuan sebanyak RM 30 bagi
milikan tunggal dan perkongsian
3) Bahagian atas Borang D akan dilengkapkan oleh Pendaftar
Perniagaan dan dikembalikan kepada peniaga.
4) Pamerkan bahagian atas Borang D di tempat yang mudah
dilihat
29. Borang A
• Bahagian E
• Pengesahan ahli-ahli bersekutu
(Diisikan jika bakal membuat perniagaan perkongsian)
30. Perlesenan
• Langkah-langkah untuk memohon lesen
perniagaan adalah seperti berikut:
1) Dapatkan borang permohonan lesen perniagaan dan isi
2) Serahkan borang yang telah dilengkapkan itu kepada
pihak berkuasa tempatan
3) Bayar yuran yang telah ditetapkan setelah permohonan
diluluskan
4) Pihak berkuasa tempatan akan memeriksa tempat
perniagaan untuk memastikan peniaga mematuhi
peraturan seperti keselamatan, kesihatan dan
kebersihan
31. • Lesen perniagaan boleh dipohon daripada Majlis
Kerajaan Tempatan, Majlis Daerah, Majlis Perbandaran
dan Dewan Bandaraya.
• Syarat permohonan lesen perniagaan dan bayaran lesen
adalah berbeza-beza antara satu pihak berkuasa
tempatan dengan yang lain serta mengikut jenis
perniagaan yang dijalankan
• Lesen perniagaan yang diperolehi hendaklah
dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di tempat
perniagaan
34. CARA MENDAPATKAN MODAL
• SIMPANAN
– Seseorang peniaga boleh mengeluarkan wang simpanannya untuk
dijadikan modal.
– Hasil daripada simpanan sendiri peniaga tidak perlu menanggung risiko
akibat bebanan hutang.
– Peniaga juga boleh mengamalkan sikap berjimat cermat
– Simpanan terdiri daripada tabungan atau penjualan aset seperti
kereta dan barang kemas
• PINJAMAN
– Peniaga juga boleh meminjam daripada sahabat handai atau sanak
saudara dan juga bank.
– Bagi mendapatkan pinjaman daripada bank, suatu kertas kerja perlu
disediakan untuk menyakinkan pihak bank tentang kemampuan
peniaga untuk membayar balik pinjaman
36. SOALAN 1
Apakah tujuan utama peniaga membuat perancangan
sebelum memulakan perniagaan ?
A Untuk mengetahui sama ada perniagaannya akan mendapat rugi
atau untung
B Untuk mengetahui jumlah keuntungan yang akan diperolehi
C Untuk mengetahui bakal pengurus yang sesuai untuk mengurus
perniagaan tersebut
D Untuk mengetahui jumlah yang patut dibayar untuk gaji pekerja,
bil-bil dan sewa
37. SOALAN 2
Bayaran pendaftaran yang dikenakan untuk pendaftaran Kedai
Makan Aneka Rasa adalah sebanyak :
A. RM 15.00
B. RM 30.00
C. RM 60.00
D. RM 75.00
38. SOALAN 3
Pilih langkah yang betul untuk menubuhkan perniagaan kecil
i Mendapatkan lesen perniagaan
ii Menjalankan perniagaan
iii Mendaftarkan perniagaan
iv Membuat perancangan
A iii, iv, i, ii C iv, i, iii, ii
B iv, iii, i, ii D iv, iii, ii, i
39. SOALAN 4
Bahagian A-Nama perniagaan
Bahagian B- X
Bahagian C-Maklumat pemilik
Bahagian D-Maklumat jenis perniagaan
Bahagian E-Pengesahan ahli-ahli bersekutu
Maklumat yang bertanda X dalam Borang A ialah
A maklumat cawangan
B maklumat jumlah saham
C maklumat akaun sumpah
D maklumat nama perniagaan
40. SOALAN 5
Apakah kegunaan Borang PNA 42
A Memohon lesen perniagaan
B Menentukan kadar bayaran pendaftaran
C Mendapat kelulusan nama perniagaan
D Mengisi maklumat pemilik, cawangan dan jenis perniagaan
41. RUMUSAN
• Langkah-langkah Menubuhkan Perniagaan Kecil
•Perancangan perniagaan
•Panduan merancang perniagaan
•Merancang perniagaan sendiri
•Dokumen penubuhan perniagaan kecil
•Pendaftaran perniagaan
•Langkah-langkah mendaftarkan perniagaan
•Perlesenan
•Cara-cara mendapatkan modal
•Simpanan
•Pinjaman