Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Modul sistem-catatan-bergu

  • Be the first to comment

Modul sistem-catatan-bergu

  1. 1. Bab Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja 2 > Sistem Catatan BerguAnda telah mempelajari pengembangan persamaan perakaunan seperti di bawah: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik Apabila diambil kira untung bersih, persamaan akan menjadi seperti berikut: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung Bersih Untung bersih pula dikembangkan seperti berikut: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil – Belanja Akhir sekali, persamaan ditulis seperti berikut: Aset + Belanja = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga akan memberi kesan kepada sekurang- kurangnya dua akaun, satu akaun didebitkan, dan satu lagi akaun dikreditkan. Kedudukan akaun sama ada di sebelah debit atau kredit merujuk kepada pengembangan terakhir persamaan perakaunan. Aset + Belanja = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil Akaun-akaun Akaun-akaun DEBIT KREDIT > Pengenalan kepada debit dan kredit. Debit dan Kredit adalah suatu sistem yang digunakan di dalam perakaunan untuk menjejak pergerakan keluar dan masuk tunai (transaksi / urusniaga) dalam sesebuah akaun. Urusniaga sesebuah akaun direkod menggunakan dua lajur; iaitu debit (lajur sebelah kiri) dan kredit (lajur sebelah kanan). Mengasingkan debit dan kredit di dalam lajur yang berasingan membolehkan setiap satunya direkod dan dijumlahkan secara berasingan. Jumlah yang lebih kecil akan ditolak daripada jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan baki akaun. Oleh itu, sesuatu akaun boleh mempunyai baki sama ada disebelah debit (kiri) atau di sebelah kredit (kanan). Istilah ‘debit’ berasal daripada perkataan Latin ‘debitum’ dan diringkaskan sebagai ‘dt’ manakala kredit berasal daripada perkataan Latin ‘credere’ dan diringkaskan sebagai ‘kt’. debitum – ‘that which is owing’ credere – ‘to trust or believe’ Rujukan: www.en.wikipedia.org/wiki/Debit
  2. 2. Rajah di bawah menunjukkan sebuah akaun ‘T’: Nama Akaun Debit Kredit Catatan di sebelah kiri akaun Catatan di sebelah kanan akaun Akaun aset dan belanja, yang Akaun liabiliti, ekuiti pemilik dan mewakili sumber-sumber yang hasil, yang mewakili sumber- digunakan oleh perniagaan, sumber dana bagi perniagaan, merupakan akaun debit. merupakan akaun kredit. Peningkatan baki dalam akaun Peningkatan baki dalam akaun tersebut dibuat melalui catatan di tersebut dibuat melalui catatan di sebelah debit, manakala pengurangan sebelah kredit, manakala baki dibuat melalui catatan di sebelah pengurangan baki dibuat melalui kredit. catatan di sebelah debit.Berikut ialah persamaan perakaunan beserta contoh-contoh akaun: Debit = Kredit Ekuiti Aset + Belanja = Liabiliti + + Hasil Pemilik Peningkatan – Debit Peningkatan – Kredit Pengurangan – Kredit Pengurangan – DebitAset bukan Belanja Liabiliti bukan - modal Hasil kendaliansemasa kendalian dan semasa - modal dan bukan- kenderaan bukan - pinjaman tambahan kendalian- bangunan kendalian. bank - jualan- perabot - belian - gadai janji - hasil- alatan pejabat - sewa dibayar perkhidmatan - gaji & upah - sewa diterima - dan lain-lain - komisenAset semasa Kontra kepada Liabiliti semasa diterima- tunai & bank ekuiti - pemiutang - dan lain-lain- penghutang - ambilan - overdraf- stok bank- belanja - belanja terdahulu terakru- hasil terakru - hasil terdahulu Bagi merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu, adalah penting untuk anda: a) Mengenalpasti nama akaun-akaun yang terlibat b) Mengetahui sifat akaun-akaun tersebut sama ada ianya aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil atau belanja. c) Mengenalpasti kesan urusniaga tersebut ke atas akaun-akaun yang terlibat (berlaku peningkatan baki atau pengurangan baki).
  3. 3. > Merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu ke dalam Jurnal Am.Jurnal Am adalah salah satu buku catatan pertama perakaunan, selain daripada Jurnal Khasdan Buku Tunai. Kita akan terlebih dahulu menggunakan Jurnal Am untuk merekod bagimembina kefahaman asas tentang perekodan mengikut sistem catatan bergu.Format Jurnal Am adalah seperti di bawah: Tarikh Butir Fol Debit Kredit Contoh urusniaga: a. Urusniaga: Pemilik memulakan perniagaan dengan membawa masuk tunai di bank RM10 000 dan kenderaan RM 20 000. Analisis urusniaga: - Bank (aset) meningkat RM10 000 - Debit Tentukan sama ada - Kenderaan (aset) meningkat RM20 000 - Debit akaun didebit atau dikreditkan - Modal (ekuiti pemilik) meningkat RM30 000 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit a. Bank 10 000 Kenderaan 20 000 Modal 30 000 (Memulakan perniagaan dengan aset di atas) Akaun kredit dijarakkan dari margin b. Urusniaga: Membeli perabot pejabat RM1 500. Bayaran dibuat dengan cek. Analisis urusniaga: - Perabot (aset) meningkat RM1 500 - Debit - Bank (aset) berkurang RM1 500 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit b. Perabot 1 500 Bank 1 500 (Membeli perabot secara tunai)
  4. 4. c. Urusniaga: Membuat belian barang niaga (stok) bernilai RM1 000 dan dibayar dengan cek. Nota: Semua pembelian barang niaga (stok) akan direkodkan di dalam Akaun Belian, bukan Akaun Stok. Analisis urusniaga: - Belian (belanja) meningkat RM1 000 - Debit - Bank (aset) berkurang RM1 000 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit c. Belian 1 000 Bank 1 000 (Membeli stok secara tunai) d. Urusniaga: Membuat belian barang niaga (stok) bernilai RM4 000 secara kredit daripada Kedai Borong Abu. Analisis urusniaga: - Belian (belanja) meningkat RM4 000 - Debit - Pemiutang (liabiliti) meningkat RM4 000 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit d. Belian 4 000 Kedai Borong Abu 4 000 (Membeli stok secara kredit) Nota: Bagi urusniaga secara kredit, iaitu melibatkan penghutang atau pemiutang, gunakan nama mereka sebagai nama akaun penghutang atau pemiutang tersebut.e. Urusniaga: Membuat jualan barang niaga (stok) pada harga RM1 000, bayaran diterima secara tunai. Nota: Semua urusniaga jualan barang niaga (stok) akan direkodkan di dalam Akaun Jualan, bukan Akaun Stok. Analisis urusniaga: - Tunai (aset) bertambah RM1 000 – Debit - Jualan (hasil) bertambah RM1 000 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit e. Tunai 1 000 Jualan 1 000 (Menjual stok secara tunai)
  5. 5. f. Urusniaga: Membuat jualan barang niaga (stok) secara kredit kepada Yusri RM500. Analisis urusniaga: - Penghutang (aset) meningkat RM500 - Debit - Jualan (hasil) meningkat RM500 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit f. Yusri 500 Jualan 500 (Menjual stok secara kredit)g. Urusniaga: Membayar bil elektrik, air dan telefon RM250 secara tunai. Nota: Bil elektrik, air dan telefon digantikan dengan kadar bayaran. Analisis urusniaga: - Kadar bayaran (belanja) meningkat RM250 - Debit - Tunai (aset) berkurang RM250 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit g. Kadar Bayaran 250 Tunai 250 (Membayar bil-bil secara tunai)h. Urusniaga: Pemilik membawa masuk komputer milik peribadi bernilai RM3 500 ke dalam perniagaan. Nota: Aset milik peribadi pemilik yang dibawa masuk untuk kegunaan perniagaan akan direkod sebagai pertambahan dalam aset yang dibawa masuk dan juga modal. Analisis urusniaga: - Peralatan Pejabat (aset) meningkat RM3 500 - Debit - Modal (ekuiti pemilik) meningkat RM3 500 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit h. Peralatan Pejabat 3 500 Modal 3 500 (Pemilik membawa masuk komputer ke dalam perniagaan)
  6. 6. i. Urusniaga: Pemilik membuat ambilan tunai RM100 untuk membayar tuisyen anaknya. Nota: Pemilik mengambil tunai perniagaan untuk kegunaan peribadi (ambilan). Ambilan merupakan kontra kepada ekuiti pemilik (mengurangkan modal), tetapi tidak direkod terus ke dalam akaun modal. Sebaliknya Akaun Ambilan digunakan. Ini bertujuan untuk mengesan jumlah ambilan yang telah dibuat oleh pemilik pada akhir tempoh perakaunan. Analisis urusniaga: - Ambilan (kontra ekuiti pemilik) meningkat RM100 - Debit - Tunai (aset) berkurang RM100 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit i. Ambilan 100 Tunai 100 (Pemilik mengambil tunai untuk kegunaan peribadi)j. Urusniaga: Pemilik mengambil stok barang niaga RM200 untuk tujuan promosi perniagaannya. Nota: Pemilik mengambil stok untuk tujuan promosi (kegunaan perniagaan). Kos barang RM200 akan dianggap sebagai belanja promosi dan bukan sebagai ambilan. Akaun ambilan hanya digunakan untuk ambilan bagi tujuan peribadi. Analisis urusniaga: - Promosi (belanja) meningkat RM200 - Debit - Belian (belanja) berkurang RM200 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit j. Promosi 200 Belian 200 (Mengambil stok untuk promosi)k. Urusniaga: Membuat pulangan barang niaga kepada Kedai Borong Abu RM100 kerana tersalah jenama. Nota: Di sini berlaku pulangan belian (rujuk urusniaga (d), belian kredit daripada Kedai Borong Abu). Pulangan belian adalah kontra kepada belian (mengurangkan belian) tetapi akan direkod ke dalam Akaun Pulangan Belian. Hutang perniagaan kepada Kedai Borong Abu juga berkurang disebabkan pulangan ini. Analisis urusniaga: - Pemiutang (liabiliti) berkurang RM100 - Debit - Pulangan Belian (kontra belian) meningkat RM100 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit k. Kedai Borong Abu 100 Pulangan Belian 100 (memulangkan barang salah jenama)
  7. 7. l. Urusniaga: Yusri membuat pulangan barang bernilai RM 50 kerana rosak. Nota: Di sini berlaku pulangan jualan (rujuk urusniaga (f), jualan kredit kepada Yusri). Pulangan jualan adalah kontra kepada jualan (mengurangkan jualan) tetapi akan direkod ke dalam Akaun Pulangan Jualan. Hutang Yusri kepada perniagaan juga berkurang disebabkan pulangan ini. Analisis urusniaga: - Pulangan Jualan (kontra jualan) meningkat RM50 - Debit - Penghutang (aset) berkurang RM50 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit l. Pulangan Jualan 50 Yusri 50 (Yusri memulangkan barang kerana rosak) Cuba Sendiri! Berikut ialah urusniaga bagi Perniagaan Sehati bagi bulan Oktober 20X8. Okt 1 Memulakan perniagaan dengan tunai di bank RM20 000. 2 Membeli perabot pejabat RM2 000, komputer dan pencetak bernilai RM3 000. Bayaran dibuat dengan cek. 4 Beli stok barang niaga bernilai RM5 000 secara kredit daripada Berjaya Ent. 7 Jualan tunai RM500. 10 Jualan secara kredit RM2 000 kepada Sri Maju. 14 Membawa masuk kenderaan peribadi ke dalam perniagaan bernilai RM20 000. 15 Mengambil barang niaga bernilai RM100 untuk promosi kedai. 16 Memulangkan barang kepada Berjaya Ent RM50. 17 Belian stok RM1 000 secara tunai (bayaran dengan cek). 20 Sri Maju memulangkan barang bernilai RM100. 22 Membayar Berjaya Ent. RM2 500 dengan cek. 24 Jualan tunai RM1 500. Terimaan tunai dibankkan. 25 Membayar gaji pekerja RM1 000 dengan cek. 27 Membayar bil air, elektrik bernilai RM250 dengan cek. RM50 daripadanya adalah untuk kediaman. 29 Jualan kepada Pandan Indah secara kredit bernilai RM1 800. 30 Seri Maju membayar semua hutangnya dengan tunai dan diberi diskaun tunai RM50. Rekodkan urusniaga di atas ke dalam Jurnal Am mengikut sistem catatan bergu.

×