2. KONSEP KESIHATAN
• Menurut definisi yang dirumuskan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), kesihatan adalah
"A state of complete physical, mental and social well-being
and not merely the absence of disease or infirmity.“
iaitu keadaan sejahtera fizikal, mental dan sosial dan bukannya
semata-mata ketiadaan kecacatan ataupun penyakit.
3. • Kesihatan adalah keadaan keseimbangan yang dinamik.
Kesihatan dipengaruhi faktor genetik, persekitaran dan pola
hidup seharian seperti makan, minum, seks, kerja, istirahat
sehingga aspek pengurusan emosi.
• Secara umumnya, tubuh yang sihat adalah keadaan yang
seimbang.
4. • Terdapat sistem memelihara keseimbangan seluruh sistem
organ dalam badan kita yang dalam bahasa perubatan dengan
istilah homeostasis.
• Mekanisme hemeostasis dalam diri manusia memerlukan:
pernafasan yang terpelihara, peredaran darah yang baik,
penghasilan tenaga yang mencukupi, kemampuan imun yang
optimum, penyingkiran toksin daripada badan, keseimbangan
fikiran, pemenuhan keperluan psikologi dan spiritual
5. • Tuhan menjelaskan mengenai keseimbangan ini dalam
ayat Quran dan mengajak manusia melakukan
pemerhatian yang berulang-ulang sehingga menemui
keharmonian yang dimaksudkan itu.
"Allah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, engkau
tidak dapat melihat pada ciptaan Allah yang maha
pemurah itu sesuatu yang tidak seimbang. Oleh itu
ulangilah pandanganmu dapatkan engkau melihat
sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandanganmu
berkali-kali. Nescaya pandanganmu itu berbalik
kepadamu dengan hampa, sedang berkeadaan lemah
lesu."
Surah al-Mulk, ayat 3-4
6. • Islam selalu mengajar mengenai konsep keseimbangan
ini dalam segala aspek kehidupan.
• Quran ada menyebutkan mengenai aspek takwa dan
tawakal, jihad dan sabar, iaitu keseimbangan harmoni
antara faktor offensive dan defensive.