SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
532
PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN WAKAF LESTARI INSTITUSI
PONDOK DI NEGERI KEDAH1
Farahdina Fazial2
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800, Pulau Pinang
E-mail: dinafazial@gmail.com
Abstrak
Wakaf merupakan sumbangan kekal yang mampu untuk menjana pembangunan
negara terutamanya dari aspek sosial, pendidikan, ekonomi, kebudayaan Islam dan
sebagainya. Wakaf dilihat sebagai salah satu kaedah bagi mengumpul dana untuk
kelangsungan pengurusan dan pembangunan institusi pendidikan pada amnya dan
pondok khususnya. Pembangunan dalam aspek hartanah wakaf di institusi pondok
perlu diambil perhatian yang sewajarnya agar manfaat daripada wakaf tersebut dapat
dinikmati oleh masyarakat Islam. Walaupun majoriti institusi pondok di Kedah
berasaskan wakaf, namun kebanyakan tanah yang diwakafkan kepada institusi
pondok tidak diurus dan dibangunkan dengan sewajarnya sehingga ia tidak dapat
meneruskan niat wakaf dan menyalurkan manfaat kepada masyarakat secara
berterusan. Oleh itu, adalah penting bagi institusi pondok mengurus dan
membangunkan wakaf secara lestari. Matlamat utama kajian ini adalah untuk
mengkaji pengurusan dan pembangunan wakaf lestari institusi pondok di Negeri
Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menganalisis dan
merumuskan sistem pengurusan dan pembangunan wakaf lestari institusi pondok di
Negeri Kedah. Antara aspek yang difokuskan dalam kajian ini ialah kefahaman
dalam pembangunan wakaf, pengurusan dan pentadbiran serta pembangunan wakaf
lestari. Analisis dilakukan dengan menggunakan data sekunder dan analisis
kandungan sebagai alat menganalisis kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan
pengurusan institusi pondok di Negeri Kedah masih lemah dan pembangunan
pondok masih rendah. Implikasi penting bagi kajian ini ialah institusi pondok di
Negeri Kedah mampu untuk memperkasakan pondok melalui pembangunan wakaf
yang lestari apabila diurus dan ditadbir dengan bersistematik.
Kata Kunci: Institusi pondok, pembangunan wakaf, wakaf lestari
1
Farahdina Binti Fazial ialah calon Ijazah Kedoktoran di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV), Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang.
2
Kertas kerja ini dibentangkan di The 9th
ISDEV International Islamic Development Management
Conference (IDMAC 2015) yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
dengan kerjasama Institusi Pengajian Siswazah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 8-9
November 2015.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
533
PENGENALAN
Perkataan pondok berasal daripada perkataan Arab al-funduq yang bermaksud rumah
tumpangan, rumah sementara atau asrama (L Abdullah, 2011; Sufian dan
Muhammad, 2013). Di Indonesia, pondok dikenali sebagai pesantren dan dayah
(Rosni Wazir dan Mohd Norzi Nasir, 2015; Charlene Tan, 2014). Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005) mendifinisikan pondok sebagai madrasah (sekolah), asrama
dan institusi pengajian Islam tradisional untuk proses pengajaran dan hafalan Al-
Quran. Dari segi teknikalnya, madrasah merupakan institusi pendidikan yang
memberi penekanan dalam bidang pendidikan Islam (Farish, Yovinder Sikand dan
Martin, 2008).
Sistem pendidikan pondok merupakan antara sistem pendidikan islam yang tertua di
dunia. Sukatan pembelajaran di institusi pondok dan madrasah adalah tidak tersusun.
Perkara ini bergantung pada kepada kemahiran guru dan tahap kefahaman pelajar
dalam mempelajari kitab-kitab tersebut. Antara subjek yang ditekankan dalam
pendidikan pondok adalah tauhid, fikah, tafsir, nahu, saraf, hadis dan doa-doa harian.
Subjek pengajian utama di institusi pondok adalah Quran, Hadis dan Fiqh (Moulton,
2008). Sesebuah institusi pengajian Islam dapat diiktiraf sebagai sekolah agama atau
institusi pondok apabila memenuhi lima syarat antaranya, Tok Guru atau kiyai
sebagai tenaga pengajar, pondok (asrama), mempunyai masjid, pelajar-pelajar Islam
dan kitab kuning sebagai kitab rujukan (Mustain Tharir, 2014).
Terdapat tiga jenis institusi pondok di Negeri Kedah iaitu institusi pondok tulen
(institusi pondok yang mengamalkan pengajian berbentuk umumi dan nizomi),
pondok tahfiz (institusi pondok yang mengajar tahfiz dan pengajian kitab secara
umumi) dan sekolah agama bantuan kerajaan (institusi pondok yang telah dinaik
taraf menjadi sekolah menjadi sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan
mempunyai silibus akedemik dalam sistem pendidikan).
Kebanyakan institusi pondok merupakan institusi pendidikan wakaf. Penubuhan
pondok melalui konsep wakaf adalah dengan bermulanya kesungguhan masyarakat
Islam yang menyerahkan harta dan kehidupan untuk memartbatkan dan membantu
menegakkan Islam. Antara kaedah yang dapat dilakukan adalah dengan cara
membina masjid, madrasah, mengadakan pengajian-pengajian agama dan menjemput
masyarakat untuk mendalami ilmu agama (Sufian dan Muhammad, 2013). Di Negeri
Kedah, terdapat hampir 50 buah pondok berdaftar. Kebanyakan pondok di Kedah
adalah berasaskan wakaf. Namun, majoriti pondok berdepan dengan cabaran dari
segi kemudahan asas, pembiayaan kewangan dan pembangunan berpunca daripada
pengurusan dan pentadbiran pondok yang lemah (Sinar Harian, 2014).
Oleh itu, kajian ini mengkhususkan mengenai pengurusan dan pembangunan wakaf
lestari institusi pondok di Negeri Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal
pasti, menganalisis dan merumuskan sistem pengurusan dan pembangunan wakaf
lestari institusi pondok di Negeri Kedah. Kajian turut membicangkan mengenai
sorotan karya, metadologi kajian, analisis dan kesimpulan berkaitan pengurusan dan
pembangunan wakaf lestari di Negeri Kedah.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
534
SOROTAN KARYA
Institusi Pondok
Institusi pondok merupakan institusi pendidikan wakaf terawal di Tanah Melayu
yang menekankan aspek keagamaan dalam pengajian dan pembelajaran. Bagi
sesetengah masyarakat Melayu-Islam, institusi pondok adalah salah satu daripada
warisan pendidikan yang menjadi identiti mereka (Mohd Izzuddin Ramli dan
Mohamad Zaini Abu Bakar, 2013). Rudner (1977) menyatakan institusi pondok di
Malaysia menjadi malap apabila tertubuhnya sekolah sistem sekular selepas
kedatangan penjajah Barat ke Tanah Melayu. Namun, L Abdullah (2011)
menjelaskan, walaupun kebanyakan pondok tutup kesan daripada penubuhan sistem
sekular dan pengambilalihan sekolah agama oleh kerajaan pada tahun 1956, masih
terdapat institusi pondok tradisional yang masih aktif dan mempunyai ramai penuntut
seperti di Pondok Pasir Tumbuh, Pondok Lubuk Tapah dan Pondok Sungai Durian,
Kelantan. Selain itu, penubuhan pondok-pondok moden menunjukkan bahawa sistem
pengajian pondok masih diterima oleh masyarakat. Gamal Abdul Nasir Zakaria
(2010) dan Kalthoum Mohammed Al Kandari (2004) berpendapat, transformasi
pondok tradisional kepada pondok moden yang semakin bercambah bukan sahaja
dapat melahirkan golongan agamawan seperti ustaz dan ustazah tetapi dapat juga
melahirkan golongan profesional agama.
Cabaran Dan Halangan Pembangunan Wakaf
Antara cabaran dan halangan terbesar institusi pondok di Malaysia untuk kelestarian
dan terus berkembang adalah dari sudut kekurangan kewangan dan pengurusan yang
lemah. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mohd Izzuddin Ramli dan Mohamad
Zaini Abu Bakar (2013), institusi pondok di Malaysia bergantung kepada sumber-
sumber kekal seperti tanah dan bangunan wakaf untuk kelangsungan pendidikan
pondok. Selain itu, Mohd Syahiran Abdul Latiff dan Hasan Bahrom (2011)
berpendapat, walaupun terdapat aset wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan,
masalah kekurangan tenaga pakar dalam melaksanakan pembangunan dan
penyelidikan terhadap pembangunan tanah wakaf menyukarkan pihak majlis agama
untuk mengenalpasti corak pembangunan yang sesuai.
Menurut Ahmad Zaki Abdul Latif et.al, (2008) antara masalah-masalah dalam
pengurusan wakaf ialah masalah ketiadaan sumber kewangan yang mencukupi untuk
membangunkan harta wakaf (Sanep Ahmad dan Nur Diyana Muhammad, 2011) dan
pengurusan harta wakaf yang tidak seragam di antara setiap negeri turut
menyumbang kepada kelemahan sistem pengurusan wakaf di setiap negeri (Abdul
Halim, 2005). Mohd Syahiran Abdul Latiff dan Hasan Bahrom (2011) berpendapat,
walaupun terdapat aset wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan, masalah
kekurangan tenaga pakar dalam melaksanakan pembangunan dan penyelidikan
terhadap pembangunan tanah wakaf menyukarkan pihak majlis agama untuk
mengenalpasti corak pembangunan yang sesuai. Di bahagian staf dan pentadbiran
institusi pendidikan wakaf, masalah kekurangan dan ketiadaan kakitangan terlatih
dalam menguruskan perkara berkaitan pengurusan institusi dan pengurusan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
535
kewangan menyebabkan pengurusan sekolah kurang efisen dan bersistematik
(Ahmad Zaki Abd Latiff et.al, 2008).
Sumber Kewangan Institusi Pondok
Empat sumber kewangan utama institusi pondok di Negeri Kedah ialah infaq,
sedekah, zakat dan wakaf. Keempat-empat sumber kewangan ini merupakan ibadah
yang bukan sahaja berkait dengan aspek keagamaan dan ketuhanan tetapi turut
berkait dengan hubungan kemanusiaan terutamanya dari aspek tanggungjawab sosial.
Sumber-sumber dana yang diterima melalui keempat-empat sumber ini juga dapat
digunakan bagi mengurangkan kemiskinan, membangunkan dan menjana ekonomi
umat Islam secara lestari. Melalui kajian yang dilakukan oleh Norhanizah Johari,
Nazifah Mustaffha dan Nor Azlina Ripain (2014), menunjukkan sumbangan tabung
infaq oleh kakitangan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) adalah amat besar
kepada Masjid Al-Azhar bagi membantu pihak masjid melunaskan kos pengurusan
dan perbelanjaan masjid yang semakin meningkat. Abdullah Jalil dan Muhammad
Muda (2008) menyenaraikan empat fungsi dan peranan sedekah dalam sistem
ekonomi dan kewangan Islam iaitu; skim pengagihan semula kekayaan di dalam
sistem ekonomi Islam, dana bagi proses penyucian harta, dana pelengkap kepada
zakat dan wakaf dan dana kecemasan kepada masyarakat.
Selain infaq dan sedekah, sumber zakat turut berperanan dalam pembasmian
kemiskinan umat Islam. Hasil kajian emperikal yang dilakukan di kebanyakan negara
Islam menunjukkan zakat merupakan altenatif bagi memenuhi keperluan asas
golongan miskin. Dari sudut sosio ekonomi, wakaf juga merupakan alat untuk
menggalakkan umat Islam menderma harta mereka seikhlas hati untuk tujuan
kebajikan seperti pembangunan masyarakat seperti pembinaan masjid, hospital,
rumah orang sakit, pembinaan sekolah-sekolah agama, pendidikan, pusat latihan dan
sebagainya (Nik Mustapha Nik Hasan, 1999; M. A. Mannan, 2012).
Potensi Pembangunan Wakaf
Potensi pembangunan wakaf lestari dapat dinilai melalui lima elemen iaitu
kefahaman, pengurusan, undang-undang, pemasaran dan pembangunan wakaf.
Kefahaman masyarakat merupakan elemen yang sangat penting dalam pembangunan
harta wakaf. Mohammad Tahir Sabit dan Abdul Hamid (2006) membincangkan
tentang halangan kepada pembangunan wakaf adalah berdasarkan tahap kefahaman
masyarakat mengenai pembangunan wakaf tersebut adalah masih di tahap yang
sederhana. Perkara ini disebabkan terdapat sesetengah masyarakat berpendapat harta
wakaf adalah kekal dan tidak boleh berpindah milik. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan beberapa altenatif bagi permasalahan ini iaitu dengan memberi
pentafsiran yang baru mengenai wakaf. Tahap kefahaman dan keyakinan masyarakat
yang tinggi dalam melakukan amalan wakaf membantu pembangunan harta wakaf
yang lebih berdaya maju dan berpotensi untuk dikembangkan. Ahmad Shaifful
Anuar Ahmad Shukor (2013) menjelaskan, kefahaman merupakan elemen yang
penting dalam meningkatkan kesedaran berwakaf dalam bentuk spiritual dan fizikal.
Kaedah ini dapat membuka mata masyarakat mengenai amalan wakaf yang tidak
hanya dilihat sebagai wakaf tradisional seperti pembinaan masjid, bangunan dan
tanah semata-mata tetapi dapat dijadikan sebagai wakaf produktif yang dapat
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
536
membiayai pelbagai sektor pembangunan Amirul Faiz Othman, Sheila Nu Nu Htay
dan Mustafa Omar Muhammad (2012). Abdul Shakor Borham (2011), Hasliza Talib,
Nazneen Ismail dan Nurzatil Ismah Azizan (2014), berpendapat, kefahaman
masyarakat mengenai wakaf perlu diperluaskan dan dikembangkan. Institusi wakaf
perlu memainkan peranan dengan memperkenalkan produk-produk wakaf baru
seperti wakaf tunai, wakaf saham, saham wakaf, takaful wakaf dan sebagainya
kepada masyarakat. Kefahaman mendalam, kesedaran masyarakat dan pengurusan
wakaf produktif yang sistematik merupakan antara pra-syarat kepada peningkatan
kutipan wakaf dan pemerkasaan wakaf di Malaysia (Farhah Saifuddin, Saim
Kayadibi, Refik Polat, Yahya Fidan & Omer Kayadibi, 2014).
Selain itu, isu-isu yang berkaitan dengan permaslahan undang-undang wakaf ialah
berkaitan pemilikan dan pendaftaran harta wakaf, sewaan tanah wakaf, pencerobohan
tanah wakaf, tidak ada pangkalan data yang lengkap berkaitan harta walaf, kesedaran
dan kefahaman masyarakat yang rendah dalam amalan dan pembangunan harta
wakaf, pemasaran wakaf produktif yang masih rendah, konflik bidang kuasa
mahkamah sivil dan mahkamah syariah dan ketidakseragaman undang-undang
wakaf di setiap negeri. Kesan daripada permasalahan ini menyebabkan pembangunan
harta wakaf tidak dapat dijalankan secara efektif dalam menbangunkan dan
menggerakkan ekonomi umat Islam. Pemasaran yang berkesan dapat meningkatkan
jumlah kutipan derma bagi sesuatu projek atau program derma yang dirancang.
Kaedah pemasaran juga merupakan antara strategi yang digunakan oleh pihak
pengurusan wakaf dalam mempromosi harta wakaf bagi sektor pembangunan
pendidikan lestari (Najibah Mustaffa dan Mohd Zamro Muda, 2014).
Sanep Ahmad dan Nur Diyana Muhamed (2011), menyenaraikan tiga potensi wakaf
kepada pembangunan tanah wakaf di Malaysia iaitu keluasan tanah wakaf3
,
pengurusan pembangunan professional4
dan peruntukan di bawah Rancangan
Malaysia (RKM)5
. Hasnol Zam Zam Ahmad (2007) menyatakan, walaupun Malaysia
mempunyai jumlah tanah wakaf yang banyak, namun tidak semua daripada tanah
wakaf tersebut berpotensi dan berkualiti untuk dibangunkan. Terdapat tiga kaedah
yang dicadangkan bagi memastikan tanah wakaf dibangunkan dengan efisient iaitu
penghijrahan merentas sempadan6
, mewujudkan klauster tanah7
dan penggunaan
3
Malaysia mempunyai tanah wakaf yang sangat luas untuk dibangunkan. Dianggarkan terdapat 10%
daripada tanah wakaf masih tidak didaftarkan dan jumlah keluasan tanah wakaf tersebut adalah
sekitar 20 ribu hektar.
4
Penubuhan Jabatan Wakaf dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) adalah bagi
memastikan harta wakaf diurus dengan lebih cekap dan professional.
5
Di dalam RMK 9 dan RMK 10 kerajaan telah melantik JAWHAR sebagai pemegang amanah dana
program pembangunan harta wakaf RMK9, MAIN sebagai pemegang amanah di peringkat negeri dan
YWM berfungsi sebagai pelengkap kepada pentadbiran tanah wakaf di Malaysia.
6
. Penghijrahan tanah-tanah wakaf merentasi negeri ke lokasi yang lebih produktif dan berpotensi
perlu diberi perhatian secara khusus. Kesemua Enakmen Pentadbiran Agama Islam kecuali Johor,
Perlis dan Sarawak mempunyai peruntukan yang membolehkan kaedah ini untuk dilaksanakan. Oleh
itu, kerjasama di antara negeri-negeri diperlukan bagi membolehkan tanah wakaf dapat dimajukan
secara produktif.
7
Klauster tanah diwujudkan bagi mengumpulkan tanah istibdal ke suatu lokasi bagi membolehkan
perlaksanaan pembangunan berimpak tinggi. Kedudukan klauster tanah wakaf bukan sahaja dapat
menarik pelabur untuk melabur tetapi turut meningkatkan potensi tanah wakaf untuk dibangunkan.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
537
istibdal dalam projek-projek pembangunan tanah8
. Pembangunan tanah wakaf
perlulah diberi perhatian kerana Malaysia mempunyai tanah wakaf yang sangat luas.
Pembangunan tanah wakaf bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada umat Islam
tetapi turut memberi keuntungan dari aspek ekonomi negara apabila diurus secara
sistematik dan dapat meningkatkan aset umat Islam secara tidak langsung.
METADOLOGI KAJIAN
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan reka bentuk kajian penerokaan. Menurut
Sabita Marican (2005), kajian penerokaan bertujuan untuk mengumpul dan membina
maklumat yang diperlukan untuk menjawab permasalahan kajian. Reka bentuk ini
digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat, mendalam dan terperinci.
Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data primer dan data sekunder. Data
primer diperoleh melalui kaedah temu bual mendalam dengan Pengerusi Jemaah
Pondok-Pondok Negeri Kedah (JPPNK) manakala data sekunder dikumpul melalui
kajian kepustakaan, risalah, tesis, jurnal, buku, surat khabar dan laman sesawang
yang mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kajian. Maklumat yang
diperoleh melalui data primer dan data sekunder ini akan dianalisis menggunakan
kaedah analisis kandungan. Analisis kandungan digunakan untuk meneliti dan
menjelaskan secara sistematik dan tersusun berkaitan dengan maklumat yang dikaji
(Sabitha Marican, 2005).
ANALISIS KAJIAN
Sumber Dana Institusi Pondok Di Negeri Kedah
Pembiayaan kepada sektor pendidikan amat penting. Bagi institusi pondok Negeri
Kedah, beberapa bentuk bantuan kewangan seperti yuran, zakat, sedekah dan wakaf
yang disumbangkan oleh masyarakat dan organisasi dapat digunakan bagi membantu
institusi pondok dari aspek pengurusan dan pentadbiran pondok. Perkara ini
disebabkan pondok memerlukan sumber kewangan yang besar bagi menampung
keperluan kewangan seperti pembayaran gaji guru dan kakitangan pondok,
pembangunan pendidikan pondok, peralatan dan sebagainya.
Bermula pada tahun 2012, kerajaan Negeri Kedah telah memberi elaun pentadbiran
sebanyak RM2,000 sebulan dan wakaf kitab sebanyak RM20,000 setahun kepada 11
buah pondok yang berdaftar dengan Jemaah Pondok-Pondok Negeri Kedah
(JPPNK). Selain itu, pada tahun 2015, kerajaan pusat turut memperuntukan sebanyak
RM 25 juta kepada institusi pondok berdaftar di seluruh Malaysia. 3 juta daripada 25
juta tersebut telah diperuntukan kepada 11 buah institusi pondok terbabit. Walaupun
terdapat bantuan sumbangan daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan,
sumber dana ini masih tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan pengurusan
dan pentadbiran pondok terutamanya bagi pondok yang tidak berdaftar dengan
JPPNK. Oleh itu, kebanyakan sumber kewangan pondok masih bergantung
kepada sumbangan masyarakat seperti zakat, wakaf, infaq dan sedekah
terutamanya bagi pondok tidak berdaftar.
8
Penggunaan kaedah istibdal dalam projek dan pembangunan tanah wakaf dapat membantu
meningkatkan potensi tanah dan meningkatkan pulangan daripada tanah wakaf tersebut untuk tempoh
yang panjang berbanding terus berada di lokasi yang tidak membangun.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
538
Empat jenis sumbangan kewangan yang diterima adalah seperti sedekah, zakat, wang
syubhah dan wakaf. Sedekah ialah pemberian ikhlas kepada seseorang atau institusi
dengan niat untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dan ganjaran di akhirat. Antara
bentuk sedekah yang dilakukan dalam pembiayaan pembangunan pondok ialah
dengan menyediakan pendidikan, kemudahan pembelajaran yang baik dan
bersisitematik kepada pelajar dalam mencari ilmu (Sheila Nu Nu Htay, Syed Ahmed
Salman dan Soe Myint@ Haji Ilyas, 2012).
Zakat daripada segi syarak ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk
diberikan kepada asnaf yang berhak dengan syarat-syarat tertentu. Firman Allah
SWT dalam surah At- Taubah membawa maksud,
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-
orang faqir, dan orang-orang miskin, dan Amil-amil yang
mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan
untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-
orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan
orang-orang musafir (yang putus) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum
yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya)
daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana”. (al-Taubah, 9:60).
Pemberian zakat kepada pihak institusi pondok merujuk kepada zakat fi sabilillah.
Terdapat dua pendapat fuqaha’ dan ulama’ dalam mentafsirkan perkataan fi
sabilillah. Kumpulan pertama menghadkan perkataan fi sabilillah kepada mereka
yang berperang pada jalan Allah semata-mata. Kumpulan kedua membahagikan
maksud fi sabilillah kepada dua kategari iaitu perkara yang mendekatkan seseorang
kepada Allah SWT dan perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum (Hailani
Mujir Tahir, 2009). Al-Qaradawi dan sebahagian ulama’ Mazhab Hanafi
mentafsirkan fi sabilillah dalam kategori kedua iaitu segala perbuatan yang dapat
mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara menuntut ilmu. Pendapat ini
adalah berdasarkan matlamat mendalami ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang
menjadi tuntutan kepada setiap manusia dalam mendalami ilmu Allah SWT.
‘Mengapa tidak pergi daripada tiap-tiap golongan di antara mereka
beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang
agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka
telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”
(al-Taubah 9: 122)
Berdasarkan ayat di atas, tuntutan mendalami ilmu agama adalah sangat penting
kerana kefahaman agama yang tinggi bukan sahaja dapat menghindarkan manusia
daripada terjebak dengan perkara yang tidak bermanfaat malah dapat menyebarkan
manfaat daripada ilmu tersebut kepada orang lain. Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa, sumbangan zakat yang diberikan oleh masyarakat kepada pihak institusi
pondok di Negeri Kedah disalurkan kepada pelajar yang sedang menuntut ilmu
agama di pondok tersebut.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
539
Selain daripada wakaf dan zakat, pihak institusi pondok di Negeri Kedah juga
menerima sumbangan kewangan berbentuk wang syubhah atau wang tidak patuh
syariah bagi pembiayaan pembangunan pondok. Wang syubhah ialah wang yang
diperolehi secara haram dan terdapat larangan ke atas harta tersebut seperti riba’,
gharar, perjudian, rasuah dan sebagainya (Zulkifli Hasan, 2005). Sumbangan
kewangan jenis ini bukan sahaja dapat menyucikan dan membersihkan harta
daripada perkara-perkara haram tetapi juga mampu untuk membantu pihak pondok
dalam membangunkan kawasan pondok. Kaedah yang sama turut digunakan oleh
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menguruskan wang syubhah.
Sumbangan wang syubhah dapat digunakan bagi meningkatkan sosio ekonomi umat
Islam sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Seksyen 7, Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003:
“maka hendaklah menjadi kewajipan majlis untuk menggalakkan,
mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan
kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam negeri
Selangor selaras dengan hukum syarak”.
Berbanding dengan bantuan kewangan yang lain, wakaf dilihat lebih releven dan
bersesuaian untuk digunakan dalam bidang pendidikan kerana manfaat daripada
wakaf dapat digunakan secara berpanjangan oleh semua golongan pelajar. Perkara ini
secara tidak langsung menjadi pelaburan penting dalam melahirkan insan yang
berkualiti. Selain itu, amalan wakaf dalam bidang pendidikan telah dilaksanakan
sejak zaman Rasulullah SAW dan turut diaplikasikan dalam bidang pendidikan di
Malaysia terutamanya di sekolah- sekolah pondok sejak abad ke18.
PENGURUSAN PEMBIAYAAN PEMBANGUNAN WAKAF LESTARI
INSTITUSI PONDOK DI NEGERI KEDAH
Masih terdapat beberapa isu dan permasalahan yang timbul berkaitan dengan
pembiayaan pembangunan melalui wakaf. Namun, permasalahan ini akan menjadi
potensi apabila diuruskan dengan cara yang bersistematik dan tersusun. Tiga aspek
penting yang perlu diberi penekanan oleh institusi pondok di Negeri Kedah bagi
memastikan pembiayaan pembangunan pondok berdaya maju untuk dikembangkan
dan dilestarikan ialah melalui kefahaman, pentadbiran dan pengurusan, dan
pembangunan wakaf di institusi pondok.
Kefahaman
Kefahaman masyarakat dalam penjanaan harta wakaf dan kesannya terhadap
pembiayaan pembangunan di pondok adalah sangat penting kerana masyarakat
merupakan tonggak utama kepada kelangsungan sesebuah institusi pendidikan.
Farhana Mohamad Suhaimi (2014) menyatakan, masyarakat Islam mempunyai
kesedaran berkaitan amalan wakaf namun masih perlu dipertingkatkan. Di Malaysia,
tahap kefahaman dan pengetahuan masyarakat dalam aspek penjanaan harta wakaf di
sekolah pondok adalah di tahap yang sederhana.
Hasil kajian yang dilakukan terhadap pengurusan institusi pondok dan masyarakat di
Negeri Kedah menunjukan tahap kefahaman mengenai wakaf adalah sederhana.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
540
Kebanyakan pengurusan institusi pondok hanya melihat wakaf adalah salah satu
sumber dana yang berbentuk sumbangan yang diberikan kepada masyarakat kepada
institusi pondok bagi memenuhi keperluan pondok. Selain itu, tahap kefahaman
mengenai wakaf-wakaf baru seperti wakaf istibdal, wakaf saham, saham wakaf,
wakaf takaful, wakaf korporat adalah sangat rendah dalam kalangan pengurusan
institusi pondok yang turut memberi kesan kepada pembangunan wakaf di pondok
itu sendiri. Kebanyakan pengurusan institusi pondok hanya mengetahui dan
memahami wakaf yang berbentuk tradisional seperti wakaf tanah, wakaf masjid dan
wakaf bangunan. Selain itu, tahap kefahaman yang rendah tentang wakaf dan
pembangunan wakaf secara tidak langsung turut memberi kesan kepada tahap
kefahaman dan kesedaran berkaitan wakaf dalam kalangan anggota masyarakat di
kawasan sekitar. Hal ini kerana, pihak pengurusan pondok sendiri tidak mampu
untuk memperjelas dan memperincikan mengenai manfaat, pembangunan wakaf dan
pembiayaan wakaf kepada masyarakat kerana tahap kefahaman yang rendah
berkaitan wakaf dalam kalangan pengurusan institusi pondok itu sendiri.
Tahap kefahaman dan kesedaran agama yang tinggi dalam kalangan masyarakat
dapat meningkatkan kutipan wakaf dan secara tidak langsung membantu institusi
wakaf dalam melakukan penjanaan harta wakaf bagi membiayai pembangunan di
institusi pondok. Selain itu, kefahaman mengenai wakaf juga bergantung kepada
tahap keyakinan seseorang dalam melakukan amalan wakaf dan institusi yang
melakukan pembiayaan pembangunan wakaf tersebut. Pelbagai usaha perlu
dilakukan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan wakaf
dengan menggunakan pendekatan yang berkesan agar peranan wakaf dapat
dipertingkatkan dalam pembangunan masyarakat.
Pengurusan dan Pentadbiran
Pentadbir wakaf merupakan nadi yang menggerakan dan mentadbir harta wakaf
seperti yang diamanahkan oleh pewakaf. Secara umumnya, di Malaysia, MAIN
berperanan sebagai pemegang amanah tunggal dan badan yang bertanggungjawab
dalam mengurus dan mentadbir harta wakaf di setiap negeri. Ini termasuklah dari
aspek mengusahakan harta wakaf, mengumpul dan mengutip hasil, menuntut sewa
bagi hartanah yang diduduki dan sebagainya. Di peringkat institusi pondok, pihak
pengurusan pondok merupakan pemegang amanah yang bertanggungjawab dalam
mengurus dan membangunkan wakaf yang diterima daripada masyarakat.
Dalam membangun dan menjana harta wakaf, pihak pentadbiran pondok Negeri
Kedah berhadapan dengan pelbagai masalah berkaiatan pengurusan dan pentadbiran
wakaf. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan institusi
pondok Negeri Kedah ialah masalah kekurangan dan ketiadaan kakitangan terlatih
serta pakar dalam menguruskan perkara berkaitan pengurusan institusi dan
kewangan. Perkara ini berpunca daripada ketiadaan pembahagian tugas di antara
pihak pengurusan pondok juga menyebabkan institusi pondok tidak dalam
membangun. Hal ini menyebabkan penjanaan dan pembangunan wakaf di institusi
pondok kurang efisen dan bersistematik. Selain it, pengurusan yang lemah dan tidak
teratur juga menyebabkan pihak institusi pondok tidak dapat menguruskan pondok
da pembangunan wakaf dengan cekap.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
541
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pembangunan wakaf di institusi pondok
memerlukan pentadbiran yang cekap, mantap dan bersistematik dapat membantu
pihak pondok dalam menjana dan membiayai pembangunan pondok. Bagi
meningkatkan tahap kecekapan dalam pengurusan pentadbiran dan pembangunan,
institusi pondok di Negeri Kedah bukan sahaja perlu diuruskan oleh kakitangan
dalam bidang agama semata-mata tetapi juga professional.
Ahmad Zaki Abd Latif et.al (2008) menyatakan, bagi memantapkan pengurusan
harta wakaf, pihak pentadbiran wakaf perlu mendapatkan tenaga pakar yang
mempunyai kelayakan akademik untuk mengetahui selok belok pengurusan harta
wakaf yang betul. Kepakaran yang berbeza dalam sesuatu organisasi dapat
menghasilkan satu perancangan dan resolusi yang terbaik dalam mengurus
pentadbiran. Kemahiran dan ilmu pengetahuan yang berbeza bukan sahaja membantu
institusi pondok untuk menguruskan pentadbiran secara bersistematik dan efektif
malah mempelbagaikan idea dalam menjana dana wakaf bagi membiayai
pembangunan pendidikan. Bagi mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dalam
setiap aspek, institusi pondok perlu menggunakan sepenuhnya perbezaan kepakaran
dan kemahiran yang ada. Di samping itu, perlunya tenaga pakar dan profesional
untuk membantu pihak pondok lebih berdaya maju dalam skop pembiayaan
pembangunan.
Selain itu, pengurusan dan pentadbiran institusi pondok juga mestilah berlandaskan
nilai-nilai Islam. Pendekatan konsep tauhid merupakan satu pendekatan yang
meletakkan ketuhanan sebagai paksi utama. Perkara ini dinyatakan oleh Hairunnizam
Wahid, Abd Razak Dan, Mohd Ali Mohd Nor (t.t) perlaksanaan konsep tauhid
memberi kesan kepada perilaku pekerja dalam sesebuah organisasi. Majikan dan
pekerja yang mengamalkan konsep dan nilai Islam menjadikan diri mereka berkualiti
dan seterusnya dapat membentuk satu pentadbiran yang berkualiti. Hassan Al-Banna
Mohamed, Ab. Mumin Ab. Ghazali dan Siti Arni Basir (2013) berpendapat, konsep
insaniyyah, syura dan istiqomah mempengaruhi pentadbir dan pekerja dalam
memotivasikan diri mereka untuk mempertingkatkan kualiti dan produktiviti kerja di
dalam organisasi. Hal ini kerana, pengurusan yang berlandaskan nilai Islam adalah
bertujuan untuk mencapai mardatillah (keredhaan Allah SWT) dan bukan untuk
mencapai matlamat keduniaan semata-mata.
Pembangunan Wakaf di Institusi Pondok
Pembangunan wakaf di institusi pondok Negeri Kedah melibatkan perkara-perkara
yang berkaitan dengan keluasan tanah, lokasi institusi pondok, kewangan dan
sebagainya. Institusi pondok yang mempunyai keluasan tanah yg luas dan berada di
kedudukan yang strategik membantu pihak pengurusan institusi pondok dalam
membangunkan wakaf di institusi pondok sekali gus dapat memggunakan hasil
wakaf tersebut bagi membiayai pembangunan pondok. Antara kaedah-kaedah yang
digunakan oleh institusi pondok dalam membiayai pembangunan wakaf lestari di
institusi pondok Negeri Kedah ialah melalui empat kaedah iaitu, wakaf kaki, wakaf
tanah, wakaf bangunan, wakaf istibdal dan wakaf tunai.
Bagi wakaf tanah, kebanyakan institusi pondok menggunakan kaedah wakaf kaki
bagi memudahkan masyarakat untuk berwakaf dan secara tidak langsung dapat
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
542
melibatkan ramai pewakaf. Selain itu, kaedah wakaf istibdal turut digunakan bagi
memastikan tanah wakaf yang berada di lokasi yang tidak strategik dapat
dibangunkan dan memberi manfaat kepada umat Islam. Kaedah yang kedua bagi
membangunkan wakaf ialah melalui wakaf tunai. Biasanya, wakaf tunai merupakan
wakaf yang paling dominan dalam kalangan institusi pondok kerana masyarakat
dapat melaksanakan wakaf tunai pada setiap masa. Siti Mashitoh Mahamood (2007)
dan Murat Cizakca (1998), menyatakan bahawa kemudahan menggunakan wakaf
tunai dalam melakukan amalan wakaf telah menjadikan wakaf jenis ini dominan
dalam membangunkan ekonomi Kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke 15M-
16M. Selain itu, wakaf tunai berpotensi besar dalam membangunkan ekonomi negara
dan sosial masyarakat (Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor, 2013; Surita Hartini
Mat Hassan, 2013). Hal ini dapat dilihat melalui kejayaan yang telah dicapai oleh
Pondok Moden Darussalam Gontor yang bukan sahaja berjaya membangunkan
wakaf dalam membiayai pembangunan pondok melalui wakaf tetapi turut
menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat sekeliling. Perkara ini secara
tidak langsung dapat membantu meningkatkan sosio mekonomi masyarakat sekitar.
KESIMPULAN
Institusi pondok di Negeri Kedah perlu memperkemaskan sistem pengurusan dan
pentadbiran pondok bagi memastikan pembiayaan pembangunan wakaf lestari dapat
dilaksanakan. Kejayaan beberapa buah institusi pendidikan seperti Universiti Al-
Azhar di Mesir dan Pondok Moden Darussalam Gontor (PMDSG) di Indonesia
dalam menguruskan dan membangunkan wakaf lestari dapat dijadikan panduan dan
kepada institusi pondok di Negeri Kedah untuk melakukan perkara yang sama.
Kesimpulanya, pengurusan dan pembangunan pembiayaan wakaf lestari institusi
pondok di Negeri Kedah dapat diperkasakan melalui kefahaman yang mendalam,
pengurusan kewangan yang efisien, pentadbiran yang tersusun serta pembangunan
wakaf yang sistematik. Oleh itu, peranan lebih serius perlu diambil oleh semua pihak
sama ada kerajaan, NGO dan institusi pondok khususnya bagi melaksanakan
pembiayaan pembangunan wakaf lestari ini.
BIBLIOGRAFI
Abd Shakor Borham (2011). Pelaksanaan pembangunan wakaf korporat Johor
Corporation Berhad (JCORP): Satu tinjauan. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam International Conference on Humanities (INCoH),
anjuran Pusat Pengajian Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM),
bertempat di Park Royal Hotel, Batu Feringghi, Pulau Pinang, Malaysia, pada
14-16 Jun.
Abdullah Jalil & Muhammad Muda (2008). Pengurusan dana sedekah secara
sistematik: analisa peranan institusi kerajaan dan swasta. Diakses pada 1
November 2014 daripada
http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2891/2008_Abdullaah
_%26_Muhamad_Muda_-
_Pengurusan_Dana_Sedekah_%28USIM%29.pdf?sequence=1
Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor (2013). Potensi wakaf pendidikan tinggi di
Malaysia. Disertasi Sarjana Sains Kemasyarakatan yang diserahkan kepada
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
543
Pusat Kajian Pembangunan Islam (ISDEV). Tidak diterbitkan, Universiti
Sains Malaysia.
Ahmad Zaki Abd Latiff, Abd Halim Ramli, Che Zuina Ismail, Kamarulzaman
Sulaiman& Norzaidi Mohd Daud (2008). Pengurusan harta wakaf dan
potensinya ke arah kemajuan pendidikan umat Islam di Malaysia. Jurnal
Pengurusan JAWHAR Vol.2, No. 2, 2008.
Asmak Ab Rahman (2009). Peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi umat
Islam. Jurnal Syariah, Jil17, Bil 1, hlm 113-152.
Farhana Mohamad Suhaimi (2014). Kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap
wakaf di Malaysia. Diakses pada 20 Ogos 2014 daripaada
http://www.researchgate.net/publication/263238539_KESEDARAN__KEFA
HAMAN_MASYARAKAT_TERHADAP_WAKAF_DI_MALAYSIA.
Gamal Abdul Nasir Zakaria (2010). Changes and Its Future. Jurnal Of Islamic and
Arabic Education, 2, (2), 2010 45-52.
Hailani Mujir Tahir (2009). Pentafsiran dan pelaksanaan agihan zakat fi sabilillah
mengikut keperluan semasa di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan
dalam Seminar Pengagihan Zakat di bawah SINF Fisabilillah anjuran Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Hailani Mujir Tahir (2009). Pentafsiran dan pelaksanaan agihan zakat fi sabilillah
mengikut keperluan semasa di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan
dalam Seminar Pengagihan Zakat di bawah SINF Fisabilillah anjuran Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Hairunnizam Wahid, Abdul Razak & Mohd Ali Mohd Nor (t.t). Pembaharuan
pentadbiran untuk pembangunan menurut perspektif Islam. Diakses daripada
http://pkukmweb.ukm.my/~hairun/kertaskerja/pentadawam.pdf pada 20 Ogos
2014.
Hassan Al-Banna Mohamed, Ab. Mumin Ab. Ghazali & Siti Arni Basir (2013). The
guidance of moral values towards the consolidation of the quality
management system according to the Islamic perspective. International
Business and Social Science. Vol. 4.No.4.
Kalthoum Mohammed Al Kandari (2004). Islamic school: Challengesand potentials
in the 21st
century: A case study of al-amal, a private bilingual school in
Kuwait. Thesis Doktor Falsafah, yang diserahkan kepada Faculty of the
Virginia Polytechnic Institute and State University.
L Abdullah (2011). Latest Development Of Traditional Islamic Education In
Kelantan. Kertas kerja yang dibentangkan dalam INTED 2011 Conference
pada 7-9 March 2011, Valencia, Spain.
M.A. Mannan (2012). The Role Of Waqf Improving the Ummah Welfare. Kertas
kerja yang dibentangkan dalam International Seminar on Islamic Economics
as Solution anjuran Indonesian Association of Islamic Economists and
Muamalat Institute, Jakarta.
Mohammad Tahir Sabit Mohammad & Abdul Hamid Hj Mar Iman (2006). Obstacles
of the current concept of waqf to the development of waqf properties and the
recommended alternative. FKSG.
Mohd Izzuddin Ramli & Mohamad Zaini Abu Bakar (2013). kearifan tempatan
dalam institusi sekolah pondok: Kajian kes Malaysia. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Persidangan Serantau Kearifan Tempatan 2013
“Memperkukuhkan Kearifan Tempatan ke Arah Pengantarabangsaan” 6-7
Oktober 2013, Sutra Beach Resort, Terengganu, Malaysia.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
544
Murat Cizakca (1998). Awqaf in history and its implication for modern Islamic
economies. Islamic Economic Studies Vol. 6, No. 1.
Nik Mustapha Nik Hassan (1999). Sumbangan institusi wakaf kepada pembangunan
ekonomi. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Sabitha Marican (2005). Kaedah penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Prentice Hall.
Sanep Ahmad & Nur Diyana Muhamed (2011). Institusi wakaf dan pembangunan
ekonomi negara: Kes pembangunan tanah melayu di Malaysia. Kertas kerja
yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI
(PERKEM VI), Melaka, Malaysia pada 5-7 Jun.
Sheila Nu Nu Htay, Syed Ahmed Salman & Soe Myint@ Haji Ilyas (2012).
Integrating Zakat, Waqf And Sadaqah: Myint Myat Phu Zin Clinic Model In
Myanmar. Kuala Lumpur. IIUM Institute of Islamic Banking and Finance
Malaysia. Diakses pada 2 Oktober 2014 daripada
http://irep.iium.edu.my/31228/1/Integrating_zakat_04_June_2012.pdf.
Siti Mashitoh Mahmood (2007). pembentukan dana wakaf menurut perspektif
syariah dan undang-undang serta aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah,
15:2 (2007) 61-83.
Sufian & Muhammad (2013). Pondok " System As a Model for Retirement Village in
Malaysia: a Legal Perspective. Diakses pada 31 Ogos 2015 daripada
http://frsb.upm.edu.my/alamcipta/index.php/alamcipta/article/view/111
2015.
Surita Hartini Mat Hassan (2013). Potensi wakaf dinar emas di malaysia: Analisis
pengalaman zaman Uthmaniah. Disertasi Sarjana Sains Kemasyarakatan
yang diserahkan kepada Pusat Kajian Pembangunan Islam (ISDEV). Tidak
diterbitkan, Universiti Sains Malaysia (USM).
Wan Ariffin Wan Yon, Mohd Syahiran Abdul Latif & Hasan Bahrom (2008).
Makanisme wakaf: Gagasan awal terhadap pembangunan dan pembiayaan
pusat penyelidikan dan perkembangan islam borneo. Jurnal Pengurusan
JAWHAR Vol 2, No 2.
Wan Ariffin Wan Yon, Mohd Syahiran Abdul Latif & Hasan Bahrom (2008).
Makanisme wakaf: Gagasan awal terhadap pembangunan dan pembiayaan
pusat penyelidikan dan perkembangan islam borneo. Jurnal Pengurusan
JAWHAR Vol 2, No 2.
Zulkifli Hasan (2005). Pengurusan harta tidak patuh syariah. Diakses pada 2 Oktober
2014, daripada https://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/05/pengurusan-
harta-tidak-patuh-syariah.pdf

More Related Content

What's hot

Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan AwalMuhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awalidmac2015
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhanidmac2015
 
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara modensumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara modenNurul Farhan Ibrahim
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaJoe Onn Lim
 
Presentation economy islam
Presentation economy islamPresentation economy islam
Presentation economy islamUNISZA
 

What's hot (7)

Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan AwalMuhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara modensumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
sumber pembangunan pembiyaan wakaf secara moden
 
Kertas 3 sejarah ting.4
Kertas 3 sejarah ting.4Kertas 3 sejarah ting.4
Kertas 3 sejarah ting.4
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
 
Modal insan
Modal insanModal insan
Modal insan
 
Presentation economy islam
Presentation economy islamPresentation economy islam
Presentation economy islam
 

Similar to Farahdina Fazial

Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)NorainiHusin1
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...MuhammadZulaziziMohd
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaAyu Faizah
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaAbu eL IQram
 
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran danikhwanecdc
 
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4Ym Ghufran
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disIzwan Samsudin
 
2- Msjd 1stopcentre.pptx
2- Msjd 1stopcentre.pptx2- Msjd 1stopcentre.pptx
2- Msjd 1stopcentre.pptxSAIFULAZIZI1
 
Buku panduan kursus pendidikan islam thn 2
Buku panduan kursus pendidikan islam thn 2Buku panduan kursus pendidikan islam thn 2
Buku panduan kursus pendidikan islam thn 2Kamarudin Jaafar
 
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)rosedainty
 
Pembangunan pendidikan dan kelestarian sumbermanusia di
Pembangunan pendidikan dan kelestarian sumbermanusia diPembangunan pendidikan dan kelestarian sumbermanusia di
Pembangunan pendidikan dan kelestarian sumbermanusia diMr. 29526
 
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolahBook Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolahnizam mohd
 
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahKepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahwanharith4
 
Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4
Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4
Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4Hassan Mat
 

Similar to Farahdina Fazial (20)

Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysia
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysia
 
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
15. tahap penggunaan surau dalam pembelajaran dan
 
Dsk pendidikan islam thn 4
Dsk pendidikan islam thn 4Dsk pendidikan islam thn 4
Dsk pendidikan islam thn 4
 
Sabk
SabkSabk
Sabk
 
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
 
2- Msjd 1stopcentre.pptx
2- Msjd 1stopcentre.pptx2- Msjd 1stopcentre.pptx
2- Msjd 1stopcentre.pptx
 
Buku panduan kursus pendidikan islam thn 2
Buku panduan kursus pendidikan islam thn 2Buku panduan kursus pendidikan islam thn 2
Buku panduan kursus pendidikan islam thn 2
 
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
 
Pembangunan pendidikan dan kelestarian sumbermanusia di
Pembangunan pendidikan dan kelestarian sumbermanusia diPembangunan pendidikan dan kelestarian sumbermanusia di
Pembangunan pendidikan dan kelestarian sumbermanusia di
 
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolahBook Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
 
Pendidikan islam 1
Pendidikan islam 1Pendidikan islam 1
Pendidikan islam 1
 
Kolokium pre-defence proposal
Kolokium pre-defence proposalKolokium pre-defence proposal
Kolokium pre-defence proposal
 
Unit 8 (1)
Unit 8 (1)Unit 8 (1)
Unit 8 (1)
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahKepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
 
Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4
Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4
Dskp Pendidikan Islam KSSR Tahun 4
 

More from idmac2015

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari idmac2015
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawatiidmac2015
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zakiidmac2015
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffaidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahiridmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassanidmac2015
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Salehidmac2015
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sariidmac2015
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin idmac2015
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 

More from idmac2015 (20)

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffa
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassan
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 

Farahdina Fazial

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 532 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN WAKAF LESTARI INSTITUSI PONDOK DI NEGERI KEDAH1 Farahdina Fazial2 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia 11800, Pulau Pinang E-mail: dinafazial@gmail.com Abstrak Wakaf merupakan sumbangan kekal yang mampu untuk menjana pembangunan negara terutamanya dari aspek sosial, pendidikan, ekonomi, kebudayaan Islam dan sebagainya. Wakaf dilihat sebagai salah satu kaedah bagi mengumpul dana untuk kelangsungan pengurusan dan pembangunan institusi pendidikan pada amnya dan pondok khususnya. Pembangunan dalam aspek hartanah wakaf di institusi pondok perlu diambil perhatian yang sewajarnya agar manfaat daripada wakaf tersebut dapat dinikmati oleh masyarakat Islam. Walaupun majoriti institusi pondok di Kedah berasaskan wakaf, namun kebanyakan tanah yang diwakafkan kepada institusi pondok tidak diurus dan dibangunkan dengan sewajarnya sehingga ia tidak dapat meneruskan niat wakaf dan menyalurkan manfaat kepada masyarakat secara berterusan. Oleh itu, adalah penting bagi institusi pondok mengurus dan membangunkan wakaf secara lestari. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengurusan dan pembangunan wakaf lestari institusi pondok di Negeri Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menganalisis dan merumuskan sistem pengurusan dan pembangunan wakaf lestari institusi pondok di Negeri Kedah. Antara aspek yang difokuskan dalam kajian ini ialah kefahaman dalam pembangunan wakaf, pengurusan dan pentadbiran serta pembangunan wakaf lestari. Analisis dilakukan dengan menggunakan data sekunder dan analisis kandungan sebagai alat menganalisis kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan pengurusan institusi pondok di Negeri Kedah masih lemah dan pembangunan pondok masih rendah. Implikasi penting bagi kajian ini ialah institusi pondok di Negeri Kedah mampu untuk memperkasakan pondok melalui pembangunan wakaf yang lestari apabila diurus dan ditadbir dengan bersistematik. Kata Kunci: Institusi pondok, pembangunan wakaf, wakaf lestari 1 Farahdina Binti Fazial ialah calon Ijazah Kedoktoran di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang. 2 Kertas kerja ini dibentangkan di The 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2015) yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) dengan kerjasama Institusi Pengajian Siswazah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 8-9 November 2015.
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 533 PENGENALAN Perkataan pondok berasal daripada perkataan Arab al-funduq yang bermaksud rumah tumpangan, rumah sementara atau asrama (L Abdullah, 2011; Sufian dan Muhammad, 2013). Di Indonesia, pondok dikenali sebagai pesantren dan dayah (Rosni Wazir dan Mohd Norzi Nasir, 2015; Charlene Tan, 2014). Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendifinisikan pondok sebagai madrasah (sekolah), asrama dan institusi pengajian Islam tradisional untuk proses pengajaran dan hafalan Al- Quran. Dari segi teknikalnya, madrasah merupakan institusi pendidikan yang memberi penekanan dalam bidang pendidikan Islam (Farish, Yovinder Sikand dan Martin, 2008). Sistem pendidikan pondok merupakan antara sistem pendidikan islam yang tertua di dunia. Sukatan pembelajaran di institusi pondok dan madrasah adalah tidak tersusun. Perkara ini bergantung pada kepada kemahiran guru dan tahap kefahaman pelajar dalam mempelajari kitab-kitab tersebut. Antara subjek yang ditekankan dalam pendidikan pondok adalah tauhid, fikah, tafsir, nahu, saraf, hadis dan doa-doa harian. Subjek pengajian utama di institusi pondok adalah Quran, Hadis dan Fiqh (Moulton, 2008). Sesebuah institusi pengajian Islam dapat diiktiraf sebagai sekolah agama atau institusi pondok apabila memenuhi lima syarat antaranya, Tok Guru atau kiyai sebagai tenaga pengajar, pondok (asrama), mempunyai masjid, pelajar-pelajar Islam dan kitab kuning sebagai kitab rujukan (Mustain Tharir, 2014). Terdapat tiga jenis institusi pondok di Negeri Kedah iaitu institusi pondok tulen (institusi pondok yang mengamalkan pengajian berbentuk umumi dan nizomi), pondok tahfiz (institusi pondok yang mengajar tahfiz dan pengajian kitab secara umumi) dan sekolah agama bantuan kerajaan (institusi pondok yang telah dinaik taraf menjadi sekolah menjadi sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan mempunyai silibus akedemik dalam sistem pendidikan). Kebanyakan institusi pondok merupakan institusi pendidikan wakaf. Penubuhan pondok melalui konsep wakaf adalah dengan bermulanya kesungguhan masyarakat Islam yang menyerahkan harta dan kehidupan untuk memartbatkan dan membantu menegakkan Islam. Antara kaedah yang dapat dilakukan adalah dengan cara membina masjid, madrasah, mengadakan pengajian-pengajian agama dan menjemput masyarakat untuk mendalami ilmu agama (Sufian dan Muhammad, 2013). Di Negeri Kedah, terdapat hampir 50 buah pondok berdaftar. Kebanyakan pondok di Kedah adalah berasaskan wakaf. Namun, majoriti pondok berdepan dengan cabaran dari segi kemudahan asas, pembiayaan kewangan dan pembangunan berpunca daripada pengurusan dan pentadbiran pondok yang lemah (Sinar Harian, 2014). Oleh itu, kajian ini mengkhususkan mengenai pengurusan dan pembangunan wakaf lestari institusi pondok di Negeri Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menganalisis dan merumuskan sistem pengurusan dan pembangunan wakaf lestari institusi pondok di Negeri Kedah. Kajian turut membicangkan mengenai sorotan karya, metadologi kajian, analisis dan kesimpulan berkaitan pengurusan dan pembangunan wakaf lestari di Negeri Kedah.
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 534 SOROTAN KARYA Institusi Pondok Institusi pondok merupakan institusi pendidikan wakaf terawal di Tanah Melayu yang menekankan aspek keagamaan dalam pengajian dan pembelajaran. Bagi sesetengah masyarakat Melayu-Islam, institusi pondok adalah salah satu daripada warisan pendidikan yang menjadi identiti mereka (Mohd Izzuddin Ramli dan Mohamad Zaini Abu Bakar, 2013). Rudner (1977) menyatakan institusi pondok di Malaysia menjadi malap apabila tertubuhnya sekolah sistem sekular selepas kedatangan penjajah Barat ke Tanah Melayu. Namun, L Abdullah (2011) menjelaskan, walaupun kebanyakan pondok tutup kesan daripada penubuhan sistem sekular dan pengambilalihan sekolah agama oleh kerajaan pada tahun 1956, masih terdapat institusi pondok tradisional yang masih aktif dan mempunyai ramai penuntut seperti di Pondok Pasir Tumbuh, Pondok Lubuk Tapah dan Pondok Sungai Durian, Kelantan. Selain itu, penubuhan pondok-pondok moden menunjukkan bahawa sistem pengajian pondok masih diterima oleh masyarakat. Gamal Abdul Nasir Zakaria (2010) dan Kalthoum Mohammed Al Kandari (2004) berpendapat, transformasi pondok tradisional kepada pondok moden yang semakin bercambah bukan sahaja dapat melahirkan golongan agamawan seperti ustaz dan ustazah tetapi dapat juga melahirkan golongan profesional agama. Cabaran Dan Halangan Pembangunan Wakaf Antara cabaran dan halangan terbesar institusi pondok di Malaysia untuk kelestarian dan terus berkembang adalah dari sudut kekurangan kewangan dan pengurusan yang lemah. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mohd Izzuddin Ramli dan Mohamad Zaini Abu Bakar (2013), institusi pondok di Malaysia bergantung kepada sumber- sumber kekal seperti tanah dan bangunan wakaf untuk kelangsungan pendidikan pondok. Selain itu, Mohd Syahiran Abdul Latiff dan Hasan Bahrom (2011) berpendapat, walaupun terdapat aset wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan, masalah kekurangan tenaga pakar dalam melaksanakan pembangunan dan penyelidikan terhadap pembangunan tanah wakaf menyukarkan pihak majlis agama untuk mengenalpasti corak pembangunan yang sesuai. Menurut Ahmad Zaki Abdul Latif et.al, (2008) antara masalah-masalah dalam pengurusan wakaf ialah masalah ketiadaan sumber kewangan yang mencukupi untuk membangunkan harta wakaf (Sanep Ahmad dan Nur Diyana Muhammad, 2011) dan pengurusan harta wakaf yang tidak seragam di antara setiap negeri turut menyumbang kepada kelemahan sistem pengurusan wakaf di setiap negeri (Abdul Halim, 2005). Mohd Syahiran Abdul Latiff dan Hasan Bahrom (2011) berpendapat, walaupun terdapat aset wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan, masalah kekurangan tenaga pakar dalam melaksanakan pembangunan dan penyelidikan terhadap pembangunan tanah wakaf menyukarkan pihak majlis agama untuk mengenalpasti corak pembangunan yang sesuai. Di bahagian staf dan pentadbiran institusi pendidikan wakaf, masalah kekurangan dan ketiadaan kakitangan terlatih dalam menguruskan perkara berkaitan pengurusan institusi dan pengurusan
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 535 kewangan menyebabkan pengurusan sekolah kurang efisen dan bersistematik (Ahmad Zaki Abd Latiff et.al, 2008). Sumber Kewangan Institusi Pondok Empat sumber kewangan utama institusi pondok di Negeri Kedah ialah infaq, sedekah, zakat dan wakaf. Keempat-empat sumber kewangan ini merupakan ibadah yang bukan sahaja berkait dengan aspek keagamaan dan ketuhanan tetapi turut berkait dengan hubungan kemanusiaan terutamanya dari aspek tanggungjawab sosial. Sumber-sumber dana yang diterima melalui keempat-empat sumber ini juga dapat digunakan bagi mengurangkan kemiskinan, membangunkan dan menjana ekonomi umat Islam secara lestari. Melalui kajian yang dilakukan oleh Norhanizah Johari, Nazifah Mustaffha dan Nor Azlina Ripain (2014), menunjukkan sumbangan tabung infaq oleh kakitangan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) adalah amat besar kepada Masjid Al-Azhar bagi membantu pihak masjid melunaskan kos pengurusan dan perbelanjaan masjid yang semakin meningkat. Abdullah Jalil dan Muhammad Muda (2008) menyenaraikan empat fungsi dan peranan sedekah dalam sistem ekonomi dan kewangan Islam iaitu; skim pengagihan semula kekayaan di dalam sistem ekonomi Islam, dana bagi proses penyucian harta, dana pelengkap kepada zakat dan wakaf dan dana kecemasan kepada masyarakat. Selain infaq dan sedekah, sumber zakat turut berperanan dalam pembasmian kemiskinan umat Islam. Hasil kajian emperikal yang dilakukan di kebanyakan negara Islam menunjukkan zakat merupakan altenatif bagi memenuhi keperluan asas golongan miskin. Dari sudut sosio ekonomi, wakaf juga merupakan alat untuk menggalakkan umat Islam menderma harta mereka seikhlas hati untuk tujuan kebajikan seperti pembangunan masyarakat seperti pembinaan masjid, hospital, rumah orang sakit, pembinaan sekolah-sekolah agama, pendidikan, pusat latihan dan sebagainya (Nik Mustapha Nik Hasan, 1999; M. A. Mannan, 2012). Potensi Pembangunan Wakaf Potensi pembangunan wakaf lestari dapat dinilai melalui lima elemen iaitu kefahaman, pengurusan, undang-undang, pemasaran dan pembangunan wakaf. Kefahaman masyarakat merupakan elemen yang sangat penting dalam pembangunan harta wakaf. Mohammad Tahir Sabit dan Abdul Hamid (2006) membincangkan tentang halangan kepada pembangunan wakaf adalah berdasarkan tahap kefahaman masyarakat mengenai pembangunan wakaf tersebut adalah masih di tahap yang sederhana. Perkara ini disebabkan terdapat sesetengah masyarakat berpendapat harta wakaf adalah kekal dan tidak boleh berpindah milik. Oleh itu, pengkaji mencadangkan beberapa altenatif bagi permasalahan ini iaitu dengan memberi pentafsiran yang baru mengenai wakaf. Tahap kefahaman dan keyakinan masyarakat yang tinggi dalam melakukan amalan wakaf membantu pembangunan harta wakaf yang lebih berdaya maju dan berpotensi untuk dikembangkan. Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor (2013) menjelaskan, kefahaman merupakan elemen yang penting dalam meningkatkan kesedaran berwakaf dalam bentuk spiritual dan fizikal. Kaedah ini dapat membuka mata masyarakat mengenai amalan wakaf yang tidak hanya dilihat sebagai wakaf tradisional seperti pembinaan masjid, bangunan dan tanah semata-mata tetapi dapat dijadikan sebagai wakaf produktif yang dapat
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 536 membiayai pelbagai sektor pembangunan Amirul Faiz Othman, Sheila Nu Nu Htay dan Mustafa Omar Muhammad (2012). Abdul Shakor Borham (2011), Hasliza Talib, Nazneen Ismail dan Nurzatil Ismah Azizan (2014), berpendapat, kefahaman masyarakat mengenai wakaf perlu diperluaskan dan dikembangkan. Institusi wakaf perlu memainkan peranan dengan memperkenalkan produk-produk wakaf baru seperti wakaf tunai, wakaf saham, saham wakaf, takaful wakaf dan sebagainya kepada masyarakat. Kefahaman mendalam, kesedaran masyarakat dan pengurusan wakaf produktif yang sistematik merupakan antara pra-syarat kepada peningkatan kutipan wakaf dan pemerkasaan wakaf di Malaysia (Farhah Saifuddin, Saim Kayadibi, Refik Polat, Yahya Fidan & Omer Kayadibi, 2014). Selain itu, isu-isu yang berkaitan dengan permaslahan undang-undang wakaf ialah berkaitan pemilikan dan pendaftaran harta wakaf, sewaan tanah wakaf, pencerobohan tanah wakaf, tidak ada pangkalan data yang lengkap berkaitan harta walaf, kesedaran dan kefahaman masyarakat yang rendah dalam amalan dan pembangunan harta wakaf, pemasaran wakaf produktif yang masih rendah, konflik bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah syariah dan ketidakseragaman undang-undang wakaf di setiap negeri. Kesan daripada permasalahan ini menyebabkan pembangunan harta wakaf tidak dapat dijalankan secara efektif dalam menbangunkan dan menggerakkan ekonomi umat Islam. Pemasaran yang berkesan dapat meningkatkan jumlah kutipan derma bagi sesuatu projek atau program derma yang dirancang. Kaedah pemasaran juga merupakan antara strategi yang digunakan oleh pihak pengurusan wakaf dalam mempromosi harta wakaf bagi sektor pembangunan pendidikan lestari (Najibah Mustaffa dan Mohd Zamro Muda, 2014). Sanep Ahmad dan Nur Diyana Muhamed (2011), menyenaraikan tiga potensi wakaf kepada pembangunan tanah wakaf di Malaysia iaitu keluasan tanah wakaf3 , pengurusan pembangunan professional4 dan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia (RKM)5 . Hasnol Zam Zam Ahmad (2007) menyatakan, walaupun Malaysia mempunyai jumlah tanah wakaf yang banyak, namun tidak semua daripada tanah wakaf tersebut berpotensi dan berkualiti untuk dibangunkan. Terdapat tiga kaedah yang dicadangkan bagi memastikan tanah wakaf dibangunkan dengan efisient iaitu penghijrahan merentas sempadan6 , mewujudkan klauster tanah7 dan penggunaan 3 Malaysia mempunyai tanah wakaf yang sangat luas untuk dibangunkan. Dianggarkan terdapat 10% daripada tanah wakaf masih tidak didaftarkan dan jumlah keluasan tanah wakaf tersebut adalah sekitar 20 ribu hektar. 4 Penubuhan Jabatan Wakaf dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) adalah bagi memastikan harta wakaf diurus dengan lebih cekap dan professional. 5 Di dalam RMK 9 dan RMK 10 kerajaan telah melantik JAWHAR sebagai pemegang amanah dana program pembangunan harta wakaf RMK9, MAIN sebagai pemegang amanah di peringkat negeri dan YWM berfungsi sebagai pelengkap kepada pentadbiran tanah wakaf di Malaysia. 6 . Penghijrahan tanah-tanah wakaf merentasi negeri ke lokasi yang lebih produktif dan berpotensi perlu diberi perhatian secara khusus. Kesemua Enakmen Pentadbiran Agama Islam kecuali Johor, Perlis dan Sarawak mempunyai peruntukan yang membolehkan kaedah ini untuk dilaksanakan. Oleh itu, kerjasama di antara negeri-negeri diperlukan bagi membolehkan tanah wakaf dapat dimajukan secara produktif. 7 Klauster tanah diwujudkan bagi mengumpulkan tanah istibdal ke suatu lokasi bagi membolehkan perlaksanaan pembangunan berimpak tinggi. Kedudukan klauster tanah wakaf bukan sahaja dapat menarik pelabur untuk melabur tetapi turut meningkatkan potensi tanah wakaf untuk dibangunkan.
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 537 istibdal dalam projek-projek pembangunan tanah8 . Pembangunan tanah wakaf perlulah diberi perhatian kerana Malaysia mempunyai tanah wakaf yang sangat luas. Pembangunan tanah wakaf bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada umat Islam tetapi turut memberi keuntungan dari aspek ekonomi negara apabila diurus secara sistematik dan dapat meningkatkan aset umat Islam secara tidak langsung. METADOLOGI KAJIAN Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan reka bentuk kajian penerokaan. Menurut Sabita Marican (2005), kajian penerokaan bertujuan untuk mengumpul dan membina maklumat yang diperlukan untuk menjawab permasalahan kajian. Reka bentuk ini digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat, mendalam dan terperinci. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh melalui kaedah temu bual mendalam dengan Pengerusi Jemaah Pondok-Pondok Negeri Kedah (JPPNK) manakala data sekunder dikumpul melalui kajian kepustakaan, risalah, tesis, jurnal, buku, surat khabar dan laman sesawang yang mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kajian. Maklumat yang diperoleh melalui data primer dan data sekunder ini akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Analisis kandungan digunakan untuk meneliti dan menjelaskan secara sistematik dan tersusun berkaitan dengan maklumat yang dikaji (Sabitha Marican, 2005). ANALISIS KAJIAN Sumber Dana Institusi Pondok Di Negeri Kedah Pembiayaan kepada sektor pendidikan amat penting. Bagi institusi pondok Negeri Kedah, beberapa bentuk bantuan kewangan seperti yuran, zakat, sedekah dan wakaf yang disumbangkan oleh masyarakat dan organisasi dapat digunakan bagi membantu institusi pondok dari aspek pengurusan dan pentadbiran pondok. Perkara ini disebabkan pondok memerlukan sumber kewangan yang besar bagi menampung keperluan kewangan seperti pembayaran gaji guru dan kakitangan pondok, pembangunan pendidikan pondok, peralatan dan sebagainya. Bermula pada tahun 2012, kerajaan Negeri Kedah telah memberi elaun pentadbiran sebanyak RM2,000 sebulan dan wakaf kitab sebanyak RM20,000 setahun kepada 11 buah pondok yang berdaftar dengan Jemaah Pondok-Pondok Negeri Kedah (JPPNK). Selain itu, pada tahun 2015, kerajaan pusat turut memperuntukan sebanyak RM 25 juta kepada institusi pondok berdaftar di seluruh Malaysia. 3 juta daripada 25 juta tersebut telah diperuntukan kepada 11 buah institusi pondok terbabit. Walaupun terdapat bantuan sumbangan daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, sumber dana ini masih tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan pengurusan dan pentadbiran pondok terutamanya bagi pondok yang tidak berdaftar dengan JPPNK. Oleh itu, kebanyakan sumber kewangan pondok masih bergantung kepada sumbangan masyarakat seperti zakat, wakaf, infaq dan sedekah terutamanya bagi pondok tidak berdaftar. 8 Penggunaan kaedah istibdal dalam projek dan pembangunan tanah wakaf dapat membantu meningkatkan potensi tanah dan meningkatkan pulangan daripada tanah wakaf tersebut untuk tempoh yang panjang berbanding terus berada di lokasi yang tidak membangun.
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 538 Empat jenis sumbangan kewangan yang diterima adalah seperti sedekah, zakat, wang syubhah dan wakaf. Sedekah ialah pemberian ikhlas kepada seseorang atau institusi dengan niat untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dan ganjaran di akhirat. Antara bentuk sedekah yang dilakukan dalam pembiayaan pembangunan pondok ialah dengan menyediakan pendidikan, kemudahan pembelajaran yang baik dan bersisitematik kepada pelajar dalam mencari ilmu (Sheila Nu Nu Htay, Syed Ahmed Salman dan Soe Myint@ Haji Ilyas, 2012). Zakat daripada segi syarak ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf yang berhak dengan syarat-syarat tertentu. Firman Allah SWT dalam surah At- Taubah membawa maksud, “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang- orang faqir, dan orang-orang miskin, dan Amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang- orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang putus) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (al-Taubah, 9:60). Pemberian zakat kepada pihak institusi pondok merujuk kepada zakat fi sabilillah. Terdapat dua pendapat fuqaha’ dan ulama’ dalam mentafsirkan perkataan fi sabilillah. Kumpulan pertama menghadkan perkataan fi sabilillah kepada mereka yang berperang pada jalan Allah semata-mata. Kumpulan kedua membahagikan maksud fi sabilillah kepada dua kategari iaitu perkara yang mendekatkan seseorang kepada Allah SWT dan perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum (Hailani Mujir Tahir, 2009). Al-Qaradawi dan sebahagian ulama’ Mazhab Hanafi mentafsirkan fi sabilillah dalam kategori kedua iaitu segala perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara menuntut ilmu. Pendapat ini adalah berdasarkan matlamat mendalami ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang menjadi tuntutan kepada setiap manusia dalam mendalami ilmu Allah SWT. ‘Mengapa tidak pergi daripada tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya” (al-Taubah 9: 122) Berdasarkan ayat di atas, tuntutan mendalami ilmu agama adalah sangat penting kerana kefahaman agama yang tinggi bukan sahaja dapat menghindarkan manusia daripada terjebak dengan perkara yang tidak bermanfaat malah dapat menyebarkan manfaat daripada ilmu tersebut kepada orang lain. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, sumbangan zakat yang diberikan oleh masyarakat kepada pihak institusi pondok di Negeri Kedah disalurkan kepada pelajar yang sedang menuntut ilmu agama di pondok tersebut.
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 539 Selain daripada wakaf dan zakat, pihak institusi pondok di Negeri Kedah juga menerima sumbangan kewangan berbentuk wang syubhah atau wang tidak patuh syariah bagi pembiayaan pembangunan pondok. Wang syubhah ialah wang yang diperolehi secara haram dan terdapat larangan ke atas harta tersebut seperti riba’, gharar, perjudian, rasuah dan sebagainya (Zulkifli Hasan, 2005). Sumbangan kewangan jenis ini bukan sahaja dapat menyucikan dan membersihkan harta daripada perkara-perkara haram tetapi juga mampu untuk membantu pihak pondok dalam membangunkan kawasan pondok. Kaedah yang sama turut digunakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menguruskan wang syubhah. Sumbangan wang syubhah dapat digunakan bagi meningkatkan sosio ekonomi umat Islam sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003: “maka hendaklah menjadi kewajipan majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam negeri Selangor selaras dengan hukum syarak”. Berbanding dengan bantuan kewangan yang lain, wakaf dilihat lebih releven dan bersesuaian untuk digunakan dalam bidang pendidikan kerana manfaat daripada wakaf dapat digunakan secara berpanjangan oleh semua golongan pelajar. Perkara ini secara tidak langsung menjadi pelaburan penting dalam melahirkan insan yang berkualiti. Selain itu, amalan wakaf dalam bidang pendidikan telah dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW dan turut diaplikasikan dalam bidang pendidikan di Malaysia terutamanya di sekolah- sekolah pondok sejak abad ke18. PENGURUSAN PEMBIAYAAN PEMBANGUNAN WAKAF LESTARI INSTITUSI PONDOK DI NEGERI KEDAH Masih terdapat beberapa isu dan permasalahan yang timbul berkaitan dengan pembiayaan pembangunan melalui wakaf. Namun, permasalahan ini akan menjadi potensi apabila diuruskan dengan cara yang bersistematik dan tersusun. Tiga aspek penting yang perlu diberi penekanan oleh institusi pondok di Negeri Kedah bagi memastikan pembiayaan pembangunan pondok berdaya maju untuk dikembangkan dan dilestarikan ialah melalui kefahaman, pentadbiran dan pengurusan, dan pembangunan wakaf di institusi pondok. Kefahaman Kefahaman masyarakat dalam penjanaan harta wakaf dan kesannya terhadap pembiayaan pembangunan di pondok adalah sangat penting kerana masyarakat merupakan tonggak utama kepada kelangsungan sesebuah institusi pendidikan. Farhana Mohamad Suhaimi (2014) menyatakan, masyarakat Islam mempunyai kesedaran berkaitan amalan wakaf namun masih perlu dipertingkatkan. Di Malaysia, tahap kefahaman dan pengetahuan masyarakat dalam aspek penjanaan harta wakaf di sekolah pondok adalah di tahap yang sederhana. Hasil kajian yang dilakukan terhadap pengurusan institusi pondok dan masyarakat di Negeri Kedah menunjukan tahap kefahaman mengenai wakaf adalah sederhana.
  • 9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 540 Kebanyakan pengurusan institusi pondok hanya melihat wakaf adalah salah satu sumber dana yang berbentuk sumbangan yang diberikan kepada masyarakat kepada institusi pondok bagi memenuhi keperluan pondok. Selain itu, tahap kefahaman mengenai wakaf-wakaf baru seperti wakaf istibdal, wakaf saham, saham wakaf, wakaf takaful, wakaf korporat adalah sangat rendah dalam kalangan pengurusan institusi pondok yang turut memberi kesan kepada pembangunan wakaf di pondok itu sendiri. Kebanyakan pengurusan institusi pondok hanya mengetahui dan memahami wakaf yang berbentuk tradisional seperti wakaf tanah, wakaf masjid dan wakaf bangunan. Selain itu, tahap kefahaman yang rendah tentang wakaf dan pembangunan wakaf secara tidak langsung turut memberi kesan kepada tahap kefahaman dan kesedaran berkaitan wakaf dalam kalangan anggota masyarakat di kawasan sekitar. Hal ini kerana, pihak pengurusan pondok sendiri tidak mampu untuk memperjelas dan memperincikan mengenai manfaat, pembangunan wakaf dan pembiayaan wakaf kepada masyarakat kerana tahap kefahaman yang rendah berkaitan wakaf dalam kalangan pengurusan institusi pondok itu sendiri. Tahap kefahaman dan kesedaran agama yang tinggi dalam kalangan masyarakat dapat meningkatkan kutipan wakaf dan secara tidak langsung membantu institusi wakaf dalam melakukan penjanaan harta wakaf bagi membiayai pembangunan di institusi pondok. Selain itu, kefahaman mengenai wakaf juga bergantung kepada tahap keyakinan seseorang dalam melakukan amalan wakaf dan institusi yang melakukan pembiayaan pembangunan wakaf tersebut. Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan wakaf dengan menggunakan pendekatan yang berkesan agar peranan wakaf dapat dipertingkatkan dalam pembangunan masyarakat. Pengurusan dan Pentadbiran Pentadbir wakaf merupakan nadi yang menggerakan dan mentadbir harta wakaf seperti yang diamanahkan oleh pewakaf. Secara umumnya, di Malaysia, MAIN berperanan sebagai pemegang amanah tunggal dan badan yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir harta wakaf di setiap negeri. Ini termasuklah dari aspek mengusahakan harta wakaf, mengumpul dan mengutip hasil, menuntut sewa bagi hartanah yang diduduki dan sebagainya. Di peringkat institusi pondok, pihak pengurusan pondok merupakan pemegang amanah yang bertanggungjawab dalam mengurus dan membangunkan wakaf yang diterima daripada masyarakat. Dalam membangun dan menjana harta wakaf, pihak pentadbiran pondok Negeri Kedah berhadapan dengan pelbagai masalah berkaiatan pengurusan dan pentadbiran wakaf. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan institusi pondok Negeri Kedah ialah masalah kekurangan dan ketiadaan kakitangan terlatih serta pakar dalam menguruskan perkara berkaitan pengurusan institusi dan kewangan. Perkara ini berpunca daripada ketiadaan pembahagian tugas di antara pihak pengurusan pondok juga menyebabkan institusi pondok tidak dalam membangun. Hal ini menyebabkan penjanaan dan pembangunan wakaf di institusi pondok kurang efisen dan bersistematik. Selain it, pengurusan yang lemah dan tidak teratur juga menyebabkan pihak institusi pondok tidak dapat menguruskan pondok da pembangunan wakaf dengan cekap.
  • 10. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 541 Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pembangunan wakaf di institusi pondok memerlukan pentadbiran yang cekap, mantap dan bersistematik dapat membantu pihak pondok dalam menjana dan membiayai pembangunan pondok. Bagi meningkatkan tahap kecekapan dalam pengurusan pentadbiran dan pembangunan, institusi pondok di Negeri Kedah bukan sahaja perlu diuruskan oleh kakitangan dalam bidang agama semata-mata tetapi juga professional. Ahmad Zaki Abd Latif et.al (2008) menyatakan, bagi memantapkan pengurusan harta wakaf, pihak pentadbiran wakaf perlu mendapatkan tenaga pakar yang mempunyai kelayakan akademik untuk mengetahui selok belok pengurusan harta wakaf yang betul. Kepakaran yang berbeza dalam sesuatu organisasi dapat menghasilkan satu perancangan dan resolusi yang terbaik dalam mengurus pentadbiran. Kemahiran dan ilmu pengetahuan yang berbeza bukan sahaja membantu institusi pondok untuk menguruskan pentadbiran secara bersistematik dan efektif malah mempelbagaikan idea dalam menjana dana wakaf bagi membiayai pembangunan pendidikan. Bagi mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dalam setiap aspek, institusi pondok perlu menggunakan sepenuhnya perbezaan kepakaran dan kemahiran yang ada. Di samping itu, perlunya tenaga pakar dan profesional untuk membantu pihak pondok lebih berdaya maju dalam skop pembiayaan pembangunan. Selain itu, pengurusan dan pentadbiran institusi pondok juga mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam. Pendekatan konsep tauhid merupakan satu pendekatan yang meletakkan ketuhanan sebagai paksi utama. Perkara ini dinyatakan oleh Hairunnizam Wahid, Abd Razak Dan, Mohd Ali Mohd Nor (t.t) perlaksanaan konsep tauhid memberi kesan kepada perilaku pekerja dalam sesebuah organisasi. Majikan dan pekerja yang mengamalkan konsep dan nilai Islam menjadikan diri mereka berkualiti dan seterusnya dapat membentuk satu pentadbiran yang berkualiti. Hassan Al-Banna Mohamed, Ab. Mumin Ab. Ghazali dan Siti Arni Basir (2013) berpendapat, konsep insaniyyah, syura dan istiqomah mempengaruhi pentadbir dan pekerja dalam memotivasikan diri mereka untuk mempertingkatkan kualiti dan produktiviti kerja di dalam organisasi. Hal ini kerana, pengurusan yang berlandaskan nilai Islam adalah bertujuan untuk mencapai mardatillah (keredhaan Allah SWT) dan bukan untuk mencapai matlamat keduniaan semata-mata. Pembangunan Wakaf di Institusi Pondok Pembangunan wakaf di institusi pondok Negeri Kedah melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan keluasan tanah, lokasi institusi pondok, kewangan dan sebagainya. Institusi pondok yang mempunyai keluasan tanah yg luas dan berada di kedudukan yang strategik membantu pihak pengurusan institusi pondok dalam membangunkan wakaf di institusi pondok sekali gus dapat memggunakan hasil wakaf tersebut bagi membiayai pembangunan pondok. Antara kaedah-kaedah yang digunakan oleh institusi pondok dalam membiayai pembangunan wakaf lestari di institusi pondok Negeri Kedah ialah melalui empat kaedah iaitu, wakaf kaki, wakaf tanah, wakaf bangunan, wakaf istibdal dan wakaf tunai. Bagi wakaf tanah, kebanyakan institusi pondok menggunakan kaedah wakaf kaki bagi memudahkan masyarakat untuk berwakaf dan secara tidak langsung dapat
  • 11. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 542 melibatkan ramai pewakaf. Selain itu, kaedah wakaf istibdal turut digunakan bagi memastikan tanah wakaf yang berada di lokasi yang tidak strategik dapat dibangunkan dan memberi manfaat kepada umat Islam. Kaedah yang kedua bagi membangunkan wakaf ialah melalui wakaf tunai. Biasanya, wakaf tunai merupakan wakaf yang paling dominan dalam kalangan institusi pondok kerana masyarakat dapat melaksanakan wakaf tunai pada setiap masa. Siti Mashitoh Mahamood (2007) dan Murat Cizakca (1998), menyatakan bahawa kemudahan menggunakan wakaf tunai dalam melakukan amalan wakaf telah menjadikan wakaf jenis ini dominan dalam membangunkan ekonomi Kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke 15M- 16M. Selain itu, wakaf tunai berpotensi besar dalam membangunkan ekonomi negara dan sosial masyarakat (Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor, 2013; Surita Hartini Mat Hassan, 2013). Hal ini dapat dilihat melalui kejayaan yang telah dicapai oleh Pondok Moden Darussalam Gontor yang bukan sahaja berjaya membangunkan wakaf dalam membiayai pembangunan pondok melalui wakaf tetapi turut menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat sekeliling. Perkara ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan sosio mekonomi masyarakat sekitar. KESIMPULAN Institusi pondok di Negeri Kedah perlu memperkemaskan sistem pengurusan dan pentadbiran pondok bagi memastikan pembiayaan pembangunan wakaf lestari dapat dilaksanakan. Kejayaan beberapa buah institusi pendidikan seperti Universiti Al- Azhar di Mesir dan Pondok Moden Darussalam Gontor (PMDSG) di Indonesia dalam menguruskan dan membangunkan wakaf lestari dapat dijadikan panduan dan kepada institusi pondok di Negeri Kedah untuk melakukan perkara yang sama. Kesimpulanya, pengurusan dan pembangunan pembiayaan wakaf lestari institusi pondok di Negeri Kedah dapat diperkasakan melalui kefahaman yang mendalam, pengurusan kewangan yang efisien, pentadbiran yang tersusun serta pembangunan wakaf yang sistematik. Oleh itu, peranan lebih serius perlu diambil oleh semua pihak sama ada kerajaan, NGO dan institusi pondok khususnya bagi melaksanakan pembiayaan pembangunan wakaf lestari ini. BIBLIOGRAFI Abd Shakor Borham (2011). Pelaksanaan pembangunan wakaf korporat Johor Corporation Berhad (JCORP): Satu tinjauan. Kertas kerja yang dibentangkan dalam International Conference on Humanities (INCoH), anjuran Pusat Pengajian Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), bertempat di Park Royal Hotel, Batu Feringghi, Pulau Pinang, Malaysia, pada 14-16 Jun. Abdullah Jalil & Muhammad Muda (2008). Pengurusan dana sedekah secara sistematik: analisa peranan institusi kerajaan dan swasta. Diakses pada 1 November 2014 daripada http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2891/2008_Abdullaah _%26_Muhamad_Muda_- _Pengurusan_Dana_Sedekah_%28USIM%29.pdf?sequence=1 Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor (2013). Potensi wakaf pendidikan tinggi di Malaysia. Disertasi Sarjana Sains Kemasyarakatan yang diserahkan kepada
  • 12. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 543 Pusat Kajian Pembangunan Islam (ISDEV). Tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia. Ahmad Zaki Abd Latiff, Abd Halim Ramli, Che Zuina Ismail, Kamarulzaman Sulaiman& Norzaidi Mohd Daud (2008). Pengurusan harta wakaf dan potensinya ke arah kemajuan pendidikan umat Islam di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR Vol.2, No. 2, 2008. Asmak Ab Rahman (2009). Peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi umat Islam. Jurnal Syariah, Jil17, Bil 1, hlm 113-152. Farhana Mohamad Suhaimi (2014). Kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap wakaf di Malaysia. Diakses pada 20 Ogos 2014 daripaada http://www.researchgate.net/publication/263238539_KESEDARAN__KEFA HAMAN_MASYARAKAT_TERHADAP_WAKAF_DI_MALAYSIA. Gamal Abdul Nasir Zakaria (2010). Changes and Its Future. Jurnal Of Islamic and Arabic Education, 2, (2), 2010 45-52. Hailani Mujir Tahir (2009). Pentafsiran dan pelaksanaan agihan zakat fi sabilillah mengikut keperluan semasa di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pengagihan Zakat di bawah SINF Fisabilillah anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Hailani Mujir Tahir (2009). Pentafsiran dan pelaksanaan agihan zakat fi sabilillah mengikut keperluan semasa di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pengagihan Zakat di bawah SINF Fisabilillah anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Hairunnizam Wahid, Abdul Razak & Mohd Ali Mohd Nor (t.t). Pembaharuan pentadbiran untuk pembangunan menurut perspektif Islam. Diakses daripada http://pkukmweb.ukm.my/~hairun/kertaskerja/pentadawam.pdf pada 20 Ogos 2014. Hassan Al-Banna Mohamed, Ab. Mumin Ab. Ghazali & Siti Arni Basir (2013). The guidance of moral values towards the consolidation of the quality management system according to the Islamic perspective. International Business and Social Science. Vol. 4.No.4. Kalthoum Mohammed Al Kandari (2004). Islamic school: Challengesand potentials in the 21st century: A case study of al-amal, a private bilingual school in Kuwait. Thesis Doktor Falsafah, yang diserahkan kepada Faculty of the Virginia Polytechnic Institute and State University. L Abdullah (2011). Latest Development Of Traditional Islamic Education In Kelantan. Kertas kerja yang dibentangkan dalam INTED 2011 Conference pada 7-9 March 2011, Valencia, Spain. M.A. Mannan (2012). The Role Of Waqf Improving the Ummah Welfare. Kertas kerja yang dibentangkan dalam International Seminar on Islamic Economics as Solution anjuran Indonesian Association of Islamic Economists and Muamalat Institute, Jakarta. Mohammad Tahir Sabit Mohammad & Abdul Hamid Hj Mar Iman (2006). Obstacles of the current concept of waqf to the development of waqf properties and the recommended alternative. FKSG. Mohd Izzuddin Ramli & Mohamad Zaini Abu Bakar (2013). kearifan tempatan dalam institusi sekolah pondok: Kajian kes Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Persidangan Serantau Kearifan Tempatan 2013 “Memperkukuhkan Kearifan Tempatan ke Arah Pengantarabangsaan” 6-7 Oktober 2013, Sutra Beach Resort, Terengganu, Malaysia.
  • 13. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 544 Murat Cizakca (1998). Awqaf in history and its implication for modern Islamic economies. Islamic Economic Studies Vol. 6, No. 1. Nik Mustapha Nik Hassan (1999). Sumbangan institusi wakaf kepada pembangunan ekonomi. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Sabitha Marican (2005). Kaedah penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Prentice Hall. Sanep Ahmad & Nur Diyana Muhamed (2011). Institusi wakaf dan pembangunan ekonomi negara: Kes pembangunan tanah melayu di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), Melaka, Malaysia pada 5-7 Jun. Sheila Nu Nu Htay, Syed Ahmed Salman & Soe Myint@ Haji Ilyas (2012). Integrating Zakat, Waqf And Sadaqah: Myint Myat Phu Zin Clinic Model In Myanmar. Kuala Lumpur. IIUM Institute of Islamic Banking and Finance Malaysia. Diakses pada 2 Oktober 2014 daripada http://irep.iium.edu.my/31228/1/Integrating_zakat_04_June_2012.pdf. Siti Mashitoh Mahmood (2007). pembentukan dana wakaf menurut perspektif syariah dan undang-undang serta aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah, 15:2 (2007) 61-83. Sufian & Muhammad (2013). Pondok " System As a Model for Retirement Village in Malaysia: a Legal Perspective. Diakses pada 31 Ogos 2015 daripada http://frsb.upm.edu.my/alamcipta/index.php/alamcipta/article/view/111 2015. Surita Hartini Mat Hassan (2013). Potensi wakaf dinar emas di malaysia: Analisis pengalaman zaman Uthmaniah. Disertasi Sarjana Sains Kemasyarakatan yang diserahkan kepada Pusat Kajian Pembangunan Islam (ISDEV). Tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia (USM). Wan Ariffin Wan Yon, Mohd Syahiran Abdul Latif & Hasan Bahrom (2008). Makanisme wakaf: Gagasan awal terhadap pembangunan dan pembiayaan pusat penyelidikan dan perkembangan islam borneo. Jurnal Pengurusan JAWHAR Vol 2, No 2. Wan Ariffin Wan Yon, Mohd Syahiran Abdul Latif & Hasan Bahrom (2008). Makanisme wakaf: Gagasan awal terhadap pembangunan dan pembiayaan pusat penyelidikan dan perkembangan islam borneo. Jurnal Pengurusan JAWHAR Vol 2, No 2. Zulkifli Hasan (2005). Pengurusan harta tidak patuh syariah. Diakses pada 2 Oktober 2014, daripada https://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/05/pengurusan- harta-tidak-patuh-syariah.pdf