SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
KURSUS:
LMCP 1552 (PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM)
TAJUK:
TUGASAN 3 : AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL
NAMA PENSYARAH :
PROF. DATO’ IR. DR. RIZA ATIQ BIN ORANG KAYA RAHMAT
NAMA PELAJAR :
NORAINI BT MD HUSIN (A170015)
DEFINISI PEMBANGUNAN SOSIAL
Pembangunan sosial
merupakan salah satu
daripada aspek yang
penting dalam
mewujudkan satu
pembangunan yang
dinamik.
Ia memberi penekanan
kepada manusia dan
sistem sosialnya. Dalam
pembangunan sosial ia
mempunyai pelbagai
startegi, program dan
aktiviti yang
menekankan kepada
pengisian nilai-nilai yang
akan meningkatkan
kualiti hidup.
Pembangunan sosial
yang baik dapat
membentuk
pembangunan negara
maju dan melahirkan
masyarakat yang
cemerlang dan mapan.
ASPEK
PEMBANGUNAN
SOSIAL
HUBUNGAN
DENGAN
PENCIPTA
BERSEDEKAH
ANAK
YATIM
MEMBANTU
ORANG
MISKIN
PERSAUDARAAN
AMALAN TERBAIK
PEMBANGUNAN SOSIAL
WAKAF
PENDIDIKAN
TINGGI
DEFINISI
DAN JENIS
WAKAF
BAHASA :
• Al-Habs ( ُ ‫ْس‬‫ب‬َ‫ح‬ْ‫ل‬َ‫ا‬ )
bermakna harta itu
ditahan
SYARAK:
• Seseorang yang
menyerahkan hak miliknya (
harta yang boleh digunakan
tanpa susut fizikalnya )
kepada pengguna wakaf
tersebut dari mula harta
diwakafkan hingga ke
akhirnya semata-mata
kerana Allah S.W.T. Ianya
tidak boleh diambil kembali
atau dimiliki oleh mana-
mana individu.
JENIS WAKAF:
i) Wakaf Ahli (wakaf keluarga)
Wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada
ahli keluarga yang telah ditentukan oleh
pewakaf.
ii) Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan)
Wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan
wakaf khas.
Wakaf am bermaksud sesuatu wakaf
yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan
manfaat umum mengikut hukum syarak
seperti untuk kemudahan atau
pembangunan ekonomi umat Islam
menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan
dengan berasaskan hokum syarak.
Wakaf khas pula bermaksud wakaf yang
diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan
manfaat tertentu umat islam mengikut
hUkum syarak seperti mewakafkan tanah
untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama,
perkuburan islam dan lain-lain yang
dikhususkan oleh pewakaf.
KELEBIHAN WAKAF
• Menzahirkan pengabdian diri
kepada allah s.w.t
• Langkah mendekatkan diri
kepada allah s.w.t
• Mendapat kebajikan yang
berkekalan walaupun pewakaf
telah meninggal dunia
• Berkongsi manfaat dikalangan
umat islam dalam
menyemarakkan syiar islam.
• Mengukuhkan perpaduan dan
ekonomi ummah dan
• Mengekalkan pemilikan dan
pengkongsian aset umat islam
di negara ini khususnya.
“Dan apa sahaja kebajikan yang
mereka lakukan, maka mereka tidak
sekali-kali akan dinafikan atau
disekat daripada mendapat pahala.
Dan ingatlah allah sentiasa
mengetahui akan keadaan orang-
orang yang bertakwa”. (SURAH AL-
IMRAN:115)
Pada masa kini bahkan ada yang tidak mengetahui
mengenai wakaf pendidikan. Dalam kalangan masyarakat,
apa yang lebih diketahui adalah wakaf kubur dan masjid
semata-mata sedangkan konsep wakaf itu luas selagi boleh
memberi manfaat kepada pewakaf.
“Antara sebab amalan ini berkurangan adalah kerana
matinya dakwah dan untuk itu kami dalam usaha
menyegarkan pengetahuan berkenaan supaya masyarakat
memahami dan mengenali semula apa itu wakaf”
-Pengasas Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) USM, Prof Dr
Muhammad Syukri Salleh
PROGRAM YANG
DIJALANKAN DAN
CARA PELAKSANAN
Wakaf Tunai ISDEV: Pusat Kajian Pengurusan
Pembangunan Islam (ISDEV) telah mendapat kelulusan
dana wakaf dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada 24
November 2009. Dana ini diuruskan oleh Yayasan
Universiti Sains Malaysia (USM). Dana wakaf ini
dikumpulkan melalui kupon tunai yang dikeluarkan serta
pemindahan wang melalui bank. Kemudian ia ditukarkan
(badal) kepada aset tetap sebaik sahaja mencukupi jumlah
yang sesuai untuk membuat pertukaran. Sebanyak RM
50,000 telah dikumpulkan sehingga Mei 2016. Hasil dana
wakaf ini digunakan untuk pendidikan serta
pembangunan penyelidikan.
Dana Wakaf UKM: Dana wakaf ini telah
dilancarkan pada 2010. Dana wakaf ini
dikumpulkan melalui komunikasi peribadi
serta iklan dalaman. Sebanyak RM 365,000
telah berjaya dikumpulkan sehingga Mei
2016. Dana ini digunakan untuk pendidikan
serta kebajikan, pembangunan pelajar,
penyelidikan akademik dan pembangunan
serta menjalinkan hubungan dengan
industri dan masyarakat.
Pendidikan Berteraskan Wakaf di Turki
Di Turki, dana daripada wakaf telah terbukti mampu menggerakkan institusi
pendidikan mereka. Terdapat sebanyak 195 Universiti di Turki pada tahun
2016. Sebanyak 75 daripadanya adalah waqaf dan yang selebihnya adalah
institusi pendidikan yang diuruskan oleh kerajaan.
Dalam usaha untuk mempertahankan kelangsungan dana wakaf, universiti
menjalankan beberapa jenis perniagaan untuk menyokong aktiviti
seperti menyewakan tapak kereta dan menjalankan khidmat kegiatan sosial
dalam universiti. Wang yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan akan
digunakan untuk menampung biasiswa kepada pelajar, membiayai
penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah, menguruskan sistem
keselamatan dan sebagainya.
Antara waqaf yang sangat terkenal di Turki ialah Yayasan Ilim Yayma yang
telah menyumbang kepada sektor pendidikan sejak sekian lama. Yayasan ini
telah menubuhkan Istanbul Sabahattin Zaim University pada tahun 2010.
Institusi ini merupakan merupakan salah satu daripada contoh kejayaan
Universiti Waqaf di Turki.
Waqaf di Turki merupakan satu contoh yang unik kerana ia tidak mengaitkan
ideologi politik sebaliknya didasarkan pada sifat tolong-menolong dan
menghormati sesama manusia.
BADAN-BADAN YANG
TERLIBAT
Dalam usaha merancakkan wakaf pendidikan ini, penyertaan dan
usaha bukan sahaja dilakukan oleh sekolah dan IPT malah ia juga
disambut baik oleh syarikat-syarikat korporat seperti Johor
Corporation Berhad (JCorp) menerusi Waqaf An-Nur Corporation
Berhad (WANCorp) yang telah menjalankan pelbagai projek untuk
menjana harta wakaf dan daripada pulangan wakaf tersebut
digunakan antaranya bagi tujuan pendidikan dan pembangunan
modal insan
WAKAF ZAKAT PENDIDIKAN TERBAIK
MENJADI PEMACU DI DUNIA
Bukti kejayaan wakaf pendidikan bagi
peringkat tinggi jelas apabila institusi
pengajian tinggi yang terkenal dalam
sejarah Islam berasaskan wakaf iaitu
Universiti al-Azhar di Mesir telah
berjaya mengangkat agenda
pendidikan di mata dunia.
Kehebatan institusi wakaf Islam ini sangat
mengkagumkan dan berkesan sehingga ia ditiru
oleh Barat dengan menjenamakan semula wakaf
ke dalam bentuk yayasan, trust atau endowment.
Oxford universiti dan Cambridge universiti di
Britain serta Harvard dan Standford di Amerika
Syarikat adalah antara universiti berasaskan
kepada endowment dan mempunyai dana yang
kukuh. Universiti Harvard misalnya dilaporkan
antara universiti terkaya dengan memiliki aset
endowment bernilai melebihi US$30 billion
KESIMPULAN
• Dalam era globalisasi ini adalah menjadi satu cabaran untuk digalas
oleh institusi pendidikan untuk menyediakan pendidikan yang
terbaik, efisien di setiap peringkat pendidikan untuk semua golongan
masyarakat.
• Jika orang Islam diberikan pilihan sama ada mahu bersedekah atau
wakaf, lebih baik memilih wakaf kerana wakaf ini berpanjangan selagi
hayat harta yang diwakafkan itu ada dan memberi manfaat, selagi
itulah pewakaf mendapat imbalan pahala secara berterusan.
• Dengan adanya wakaf pendidikan juga ia dapat menampung pihak
universiti sekiranya kehabisan dana.
• Sudah tiba masanya, wakaf pendidikan menjadi agenda besar umat
Islam hari ini agar masalah keciciran anak bangsa dalam
mendapatkan pendidikan lantaran kos pendidikan yang tinggi dapat
di atasi, seterusnya usaha pembangunan modal insan yang berkualiti
dunia dan akhirat dapat dilestarikan.

More Related Content

Similar to Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)

Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolahBook Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
nizam mohd
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
Wawa Comel
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
Wawa Comel
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
Wawa Comel
 
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikanL01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
hidayahperlis
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tang Hiang
 

Similar to Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015) (20)

Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
 
Sakinatul Raadiyah Abdullah
Sakinatul Raadiyah AbdullahSakinatul Raadiyah Abdullah
Sakinatul Raadiyah Abdullah
 
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolahBook Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
 
Pengurusan Harta Wakaf di Malaysia
Pengurusan Harta Wakaf di MalaysiaPengurusan Harta Wakaf di Malaysia
Pengurusan Harta Wakaf di Malaysia
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul edu3093
Modul edu3093Modul edu3093
Modul edu3093
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul edu3093
Modul edu3093Modul edu3093
Modul edu3093
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
KAJIAN_KES_SEJ_F3_(2) [Repaired].pptx
KAJIAN_KES_SEJ_F3_(2) [Repaired].pptxKAJIAN_KES_SEJ_F3_(2) [Repaired].pptx
KAJIAN_KES_SEJ_F3_(2) [Repaired].pptx
 
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikanL01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
 
Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 
Sejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krs
 
My rekod guru
My rekod guruMy rekod guru
My rekod guru
 
My rekod guru
My rekod guruMy rekod guru
My rekod guru
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
 
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahKepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
 
PROJEK BANDAR MAPAN - LMCP1552: PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
PROJEK BANDAR MAPAN - LMCP1552: PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM PROJEK BANDAR MAPAN - LMCP1552: PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
PROJEK BANDAR MAPAN - LMCP1552: PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
 
Peranan dan cabaran guru pendidikan khas
Peranan dan cabaran guru pendidikan khasPeranan dan cabaran guru pendidikan khas
Peranan dan cabaran guru pendidikan khas
 

Recently uploaded (7)

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 

Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)

  • 1. KURSUS: LMCP 1552 (PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM) TAJUK: TUGASAN 3 : AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL NAMA PENSYARAH : PROF. DATO’ IR. DR. RIZA ATIQ BIN ORANG KAYA RAHMAT NAMA PELAJAR : NORAINI BT MD HUSIN (A170015)
  • 2. DEFINISI PEMBANGUNAN SOSIAL Pembangunan sosial merupakan salah satu daripada aspek yang penting dalam mewujudkan satu pembangunan yang dinamik. Ia memberi penekanan kepada manusia dan sistem sosialnya. Dalam pembangunan sosial ia mempunyai pelbagai startegi, program dan aktiviti yang menekankan kepada pengisian nilai-nilai yang akan meningkatkan kualiti hidup. Pembangunan sosial yang baik dapat membentuk pembangunan negara maju dan melahirkan masyarakat yang cemerlang dan mapan.
  • 5. DEFINISI DAN JENIS WAKAF BAHASA : • Al-Habs ( ُ ‫ْس‬‫ب‬َ‫ح‬ْ‫ل‬َ‫ا‬ ) bermakna harta itu ditahan SYARAK: • Seseorang yang menyerahkan hak miliknya ( harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya ) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana- mana individu. JENIS WAKAF: i) Wakaf Ahli (wakaf keluarga) Wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf. ii) Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan) Wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas. Wakaf am bermaksud sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hokum syarak. Wakaf khas pula bermaksud wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hUkum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.
  • 6. KELEBIHAN WAKAF • Menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t • Langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t • Mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia • Berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam. • Mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan • Mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di negara ini khususnya. “Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang- orang yang bertakwa”. (SURAH AL- IMRAN:115)
  • 7. Pada masa kini bahkan ada yang tidak mengetahui mengenai wakaf pendidikan. Dalam kalangan masyarakat, apa yang lebih diketahui adalah wakaf kubur dan masjid semata-mata sedangkan konsep wakaf itu luas selagi boleh memberi manfaat kepada pewakaf. “Antara sebab amalan ini berkurangan adalah kerana matinya dakwah dan untuk itu kami dalam usaha menyegarkan pengetahuan berkenaan supaya masyarakat memahami dan mengenali semula apa itu wakaf” -Pengasas Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) USM, Prof Dr Muhammad Syukri Salleh
  • 8. PROGRAM YANG DIJALANKAN DAN CARA PELAKSANAN Wakaf Tunai ISDEV: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) telah mendapat kelulusan dana wakaf dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada 24 November 2009. Dana ini diuruskan oleh Yayasan Universiti Sains Malaysia (USM). Dana wakaf ini dikumpulkan melalui kupon tunai yang dikeluarkan serta pemindahan wang melalui bank. Kemudian ia ditukarkan (badal) kepada aset tetap sebaik sahaja mencukupi jumlah yang sesuai untuk membuat pertukaran. Sebanyak RM 50,000 telah dikumpulkan sehingga Mei 2016. Hasil dana wakaf ini digunakan untuk pendidikan serta pembangunan penyelidikan.
  • 9. Dana Wakaf UKM: Dana wakaf ini telah dilancarkan pada 2010. Dana wakaf ini dikumpulkan melalui komunikasi peribadi serta iklan dalaman. Sebanyak RM 365,000 telah berjaya dikumpulkan sehingga Mei 2016. Dana ini digunakan untuk pendidikan serta kebajikan, pembangunan pelajar, penyelidikan akademik dan pembangunan serta menjalinkan hubungan dengan industri dan masyarakat.
  • 10. Pendidikan Berteraskan Wakaf di Turki Di Turki, dana daripada wakaf telah terbukti mampu menggerakkan institusi pendidikan mereka. Terdapat sebanyak 195 Universiti di Turki pada tahun 2016. Sebanyak 75 daripadanya adalah waqaf dan yang selebihnya adalah institusi pendidikan yang diuruskan oleh kerajaan. Dalam usaha untuk mempertahankan kelangsungan dana wakaf, universiti menjalankan beberapa jenis perniagaan untuk menyokong aktiviti seperti menyewakan tapak kereta dan menjalankan khidmat kegiatan sosial dalam universiti. Wang yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan akan digunakan untuk menampung biasiswa kepada pelajar, membiayai penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah, menguruskan sistem keselamatan dan sebagainya. Antara waqaf yang sangat terkenal di Turki ialah Yayasan Ilim Yayma yang telah menyumbang kepada sektor pendidikan sejak sekian lama. Yayasan ini telah menubuhkan Istanbul Sabahattin Zaim University pada tahun 2010. Institusi ini merupakan merupakan salah satu daripada contoh kejayaan Universiti Waqaf di Turki. Waqaf di Turki merupakan satu contoh yang unik kerana ia tidak mengaitkan ideologi politik sebaliknya didasarkan pada sifat tolong-menolong dan menghormati sesama manusia.
  • 11. BADAN-BADAN YANG TERLIBAT Dalam usaha merancakkan wakaf pendidikan ini, penyertaan dan usaha bukan sahaja dilakukan oleh sekolah dan IPT malah ia juga disambut baik oleh syarikat-syarikat korporat seperti Johor Corporation Berhad (JCorp) menerusi Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) yang telah menjalankan pelbagai projek untuk menjana harta wakaf dan daripada pulangan wakaf tersebut digunakan antaranya bagi tujuan pendidikan dan pembangunan modal insan
  • 12. WAKAF ZAKAT PENDIDIKAN TERBAIK MENJADI PEMACU DI DUNIA Bukti kejayaan wakaf pendidikan bagi peringkat tinggi jelas apabila institusi pengajian tinggi yang terkenal dalam sejarah Islam berasaskan wakaf iaitu Universiti al-Azhar di Mesir telah berjaya mengangkat agenda pendidikan di mata dunia. Kehebatan institusi wakaf Islam ini sangat mengkagumkan dan berkesan sehingga ia ditiru oleh Barat dengan menjenamakan semula wakaf ke dalam bentuk yayasan, trust atau endowment. Oxford universiti dan Cambridge universiti di Britain serta Harvard dan Standford di Amerika Syarikat adalah antara universiti berasaskan kepada endowment dan mempunyai dana yang kukuh. Universiti Harvard misalnya dilaporkan antara universiti terkaya dengan memiliki aset endowment bernilai melebihi US$30 billion
  • 13. KESIMPULAN • Dalam era globalisasi ini adalah menjadi satu cabaran untuk digalas oleh institusi pendidikan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik, efisien di setiap peringkat pendidikan untuk semua golongan masyarakat. • Jika orang Islam diberikan pilihan sama ada mahu bersedekah atau wakaf, lebih baik memilih wakaf kerana wakaf ini berpanjangan selagi hayat harta yang diwakafkan itu ada dan memberi manfaat, selagi itulah pewakaf mendapat imbalan pahala secara berterusan. • Dengan adanya wakaf pendidikan juga ia dapat menampung pihak universiti sekiranya kehabisan dana. • Sudah tiba masanya, wakaf pendidikan menjadi agenda besar umat Islam hari ini agar masalah keciciran anak bangsa dalam mendapatkan pendidikan lantaran kos pendidikan yang tinggi dapat di atasi, seterusnya usaha pembangunan modal insan yang berkualiti dunia dan akhirat dapat dilestarikan.