SlideShare a Scribd company logo
1 of 33
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA 
FAKULTI PENGURUSAN HOSPITALITI 
DIPLOMA PENGURUSAN PERHOTELAN 
FIQH IBADAH (SHA 1012) 
BERSUCI (MANDI) 
DISEMAK OLEH: 
USTAZ IZZUDDIN BIN MOHD NOOR 
DISEDIAKAN OLEH: 
MUHAMMAD NUR HISHAM BIN AMIR (D1320228) 
MUHAMMAD NAIM BIN ZAINUDIN (D1320076) 
AHMAD ARIF SAFIUDDIN BIN ROSLI (D1320015) 
MUHAMMAD SYUKRY BIN MAT SAAT (D1320198)
Page 1 
SEKILAS BICARA 
Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera 
Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi 
Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat juga 
kami menjalankan dan menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan pada kali ini. 
Sememangnya peluang yang diberikan kepada kami ini banyak mematangkan diri dan 
pemikiran kami untuk membina keyakinan dalam diri dan membantu kami untuk mengenali 
dengan lebih mendalam tentang subjek ini.. 
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Ustaz Mohd Izzuddin bin Mohd 
Noor iaitu pensyarah kami bagi subjek ini di atas bimbingan serta tunjuk ajar beliau 
sepanjang tempoh pembelajaran. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada pihak yang 
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana telah memberikan kerjasama yang 
positif dan jitu dalam memberikan maklumat-maklumat yang diingini. Begitu juga kepada 
sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan dan nasihat yang membina kerana banyak 
dugaan serta cabaran yang telah kami tempuhi sepanjang kajian yang kami jalankan. 
Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah kami 
menyiapkan tugasan ini dengan baik. Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar 
maklumat yang kami perolehi ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumat 
kepada pembaca khususnya mahasiswa dan mahasiswi untuk mengetahui dengan lebih lanjut 
tentang cara mandi yang biasa dilakukan sehari-harian dalam hidup kita semua. Wassalam
Page 2 
ISI KANDUNGAN 
SEKILAS BICARA ________________________________________________________ 1 
ISI KANDUNGAN _________________________________________________________ 2 
PENGENALAN____________________________________________________________ 3 
MANDI___________________________________________________________________ 4 
PENGERTIAN MANDI _________________________________________________________ 4 
PENSYARIATAN MANDI ______________________________________________________ 4 
DALIL DARIPADA AL-QURAN ________________________________________________ 4 
DALIL DARIPADA AS-SUNNAH _______________________________________________ 4 
DALIL DARIPADA IJMAK ____________________________________________________ 5 
HIKMAH PENSYARIATAN MANDI _____________________________________________ 6 
BAHAGIAN MANDI (MANDI WAJIB) ___________________________________________ 8 
JANABAH __________________________________________________________________ 8 
Sebab-sebab janabah _________________________________________________________ 9 
Perkara yang diharamkan ketika janabah:________________________________________ 11 
HAID______________________________________________________________________ 15 
Baligh ___________________________________________________________________ 16 
Tempoh haid ______________________________________________________________ 16 
Darah istihadhah ___________________________________________________________ 17 
Perkara-perkara yang diharamkan ketika haid ____________________________________ 18 
Perkara lain yang diharamkan kerana haid _______________________________________ 20 
BERSALIN _________________________________________________________________ 23 
Nifas ____________________________________________________________________ 23 
Tempoh Nifas _____________________________________________________________ 23 
Perkara haram disebabkan nifas _______________________________________________ 24 
Keluar darah ketika mengandung ______________________________________________ 24 
Tempoh mengandung _______________________________________________________ 25 
MENINGGAL DUNIA________________________________________________________ 26 
CARA MANDI (MANDI WAJIB) _______________________________________________ 27 
PERKARA MAKRUH KETIKA MANDI _________________________________________ 29 
KESIMPULAN ___________________________________________________________ 31 
RUJUKAN _______________________________________________________________ 32
Page 3 
PENGENALAN 
Bersuci pada bahasa ialah bersih dan terhindar daripada segala kekotoran sama ada dalam 
bentuk hissiah iaitu boleh dirasa seperti najis atau ma’nawiyyah seperti perkara yang 
mengaibkan atau sifat-sifat keji. Manakala bersuci mengikut istilah syarak ialah perbuatan 
yang apabila dilakukan akan mengharuskan solat yang didirikan atau apa-apa perkara yang 
berkaitan dengan hukum solat, seperti berwudhuk kepada sesiapa yang tidak berada dalam 
keadaan berwudhuk, mandi kepada sesiapa yang diwajibkan mandi dan menghilangkan najis 
daripada pakaian, badan dan tempat. 
Islam sangat mengambil berat terhadap bersuci dan kebersihan. Ianya dapat dilihat 
sebagaimana yang telah diperintahkan Allah dalam firman-Nya serta sabda Rasulullah yang 
telah diriwayatkan. Islam mensyariatkan bersuci kerana terdapat hikmah yang banyak 
antaranya bersuci adalah satu tuntutan fitrah. Oleh kerana Islam adalah agama fitrah, maka 
secara semulajadi ia memerintahkan (manusia) supaya bersuci dan menjaga kebersihan.Selain 
itu, bersuci juga bertujuan menjaga kemuliaan dan izzah (kehebatan dan kemegahan). Islam 
adalah agama yang sangat mengambil berat dalam menjaga kemuliaan dan kehebatan 
seseorang yang beriman (mukmin) agar mereka ini menjadi orang yang mulia dan disegani 
dikalangan saudara-saudaranya. 
Bersuci sangat penting untuk menjaga kesihatan. Kebersihan adalah faktor penting 
untuk menjaga manusia daripada penyakit. Oleh itu dengan membersihkan badan, membersih 
muka, dua tangan, hidung dan dua kaki (anggota-anggota yang sentiasa terdedah kepada 
kekotoran) beberapa kali sehari menjadikan badan sentiasa terpelihara daripada penyakit. 
Hikmah lain adalah dapat berdiri di hadapan Allah dalam keadaan suci dan bersih. Selayak 
dan sepatutnya kita berada dalam keadaan suci zahir dan batin, bersih hati dan badannya 
kerana Allah Taala kasih kepada orang yang suka bertaubat dan sentiasa bersih.
Page 4 
MANDI 
PENGERTIAN MANDI 
Mandi menurut bahasa ialah mengalirkan air ke atas apa-apa sahaja. Manakala pada syarak 
pula adalah mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu. 
PENSYARIATAN MANDI 
Mandi telah disyariatkan oleh Allah sama ada untuk kebersihan ataupun mengangkat hadas 
dan sama ada ia menjadi syarat sah ibadat ataupun tidak. Dalil disyariatkan ialah Al-Quran, 
As-Sunnah dan Ijmak. 
 Dalil daripada Al-Quran 
Firman Allah: 
Ertinya, Allah suka kepada orang yang bersih daripada hadas dan kotoran, sama ada 
kekotoran zahir atau batin. 
 Dalil daripada As-Sunnah 
Terdapat banyak hadis tentang mandi. Antaranya ialah, daripada Abu Hurairah r.a. 
katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Menurut riwayat di sisi Imam Muslim disebut sebagai Hak Allah iaitu tanggungjawab yang 
perlu ditunaikan kepada Allah. Yang dimaksudkan dengan tanggungjawab di sini ialah ia 
tidak layak ditinggalkan oleh umat Islam. Ulamak menyatakan bahawa mandi sekali dalam 
Page 5 
seminggu itu adalah mandi pada hari Jumaat. 
 Dalil daripada Ijmak 
Ulamak mujtahid sepakat menghukumkan mandi yang bertujuan membersihkan tubuh badan 
adalah sunat manakala mandi yang menjadi syarat sah ibadah adalah wajib. Tiada 
perselisihan atau perbezaan pendapat ulamak dalam hal ini.
Page 6 
HIKMAH PENSYARIATAN MANDI 
Mandi mempunyai hikmah dan faedah yang banyak, antaranya ialah: 
 Mendapat pahala 
Mandi mengikut pengertian syarak adalah ibadah. Hal ini terkandung dalam erti 
melaksanakan perintah syarak dan beramal dengan hukumnya. Ia mengandungi ganjaran 
yang besar daripada Allah Taala. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : 
Bersuci ini pula termasuk wudhuk dan mandi. 
 Menghasilkan kebersihan 
Apabila seseorang Muslim itu mandi, dia dapat membersihkan kekotoran yang melekat pada 
badan atau peluh yang keluar daripada tubuh. Tubuh badan yang bersih boleh menghindarkan 
diri daripada kuman-kuman penyebab penyakit. Ia juga menimbulkan kemesraan dan kasih 
sayang sesama manusia. 
Ini berdasarkan hadis, daripada Aisyah r.ha. katanya:
Page 7 
 Menghasilkan kecergasan 
Mandi boleh menjadikan tubuh badan cergas dan aktif dan akan menghilangkan rasa lemah., 
lesu dan malas, terutamanya selepas melakukan perkara-perkara yang mewajibkan mandi 
seperti persetubuhan.
BAHAGIAN MANDI (MANDI WAJIB) 
Mandi terbahagi kepada dua iaitu mandi yang diwajibkan dan mandi yang disunatkan. Pada 
kali ini, akan diterangkan mengenai mandi yang diwajibkan kerana masih ramai yang belum 
Page 8 
memahami dengan lebih jelas dan mendalam mengenainya. 
Mandi yang diwajibkan adalah apabila berlaku perkara-perkara yang mewajibkan mandi, 
maka tidak sah ibadat tanpanya (mandi). Sebab- sebab diwajibkan mandi ialah janabah, haid, 
bersalin (wiladah) dan mati. 
JANABAH 
Makna asal janabah ialah jauh, sebagaimana firman Allah: 
Janabah dalam penggunaan biasa adalah bermaksud mani yang terpancut dan juga digunakan 
dengan makna jimak (persetubuhan). Oleh itu orang yang junub ialah orang yang tidak suci 
disebabkan keluar mani atau persetubuhan. Ia dinamakan junub kerana orang yang 
berjanabah menjauhkan diri daripada mendirikan solat selama dia berkeadaan sedemikian. 
Perkataan junub digunakan untuk umum, sama ada untuk lelaki atau perempuan dan sama 
ada seorang atau ramai.
Page 9 
Sebab-sebab janabah 
 Keluar mani, sama ada di kalangan lelaki atau perempuan dengan apa-apa sebab 
sekalipun sama ada dengan bermimpi, berseronok, melihat atau berkhayal. 
Ini berdasarkan hadis, daripada Ummu Salamah r.ha. katanya: 
Hadis seterusnya, daripada Aisyah r.ha. katanya:
Maksud pasangan kepada lelaki ialah kejadian dan naluri mereka (perempuan) adalah sama 
Page 10 
dengan lelaki. Ini seolah-olah mereka sebahagian daripada lelaki. 
 Bersetubuh (walaupun tanpa keluar mani) 
Ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: 
Hadis seterusnya ialah, daripada Aisyah r.ha.: 
Dalam hadis ini menyatakan pasangan lelaki dan perempuan wajib mandi kerana keduanya 
bersama-sama melakukan sebab yang mewajibkan mandi.
Page 11 
Perkara yang diharamkan ketika janabah: 
 Solat fardu atau sunat. 
Firman Allah: 
Ayat di atas menerangkan bahawa orang yang berjunub dilarang berada di tempat solat 
(masjid). Justeru, larangan mengerjakan solat adalah lebih aula dan utama. 
Ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar r.a. katanya: Aku telah mendengar Rasulullah 
s.a.w. bersabda: 
Maksud suci adalah suci daripada hadas dan janabah. Hadis ini juga menunjukkan haram 
mengerjakan solat sekiranya berhadas dan junub.
Page 12 
 Berhenti atau duduk di dalam masjid 
Melintasi atau melalui masjid tanpa berhenti di dalamnya atau berulang-alik adalah harus 
hukumnya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah An-Nisa ayat 43: 
Ertinya, jangan mengerjakan solat dan jangan berada di tempatnya (di dalam masjid) 
sekiranya berjunub kecuali lalu dan melintasnya sahaja. 
Hadisnya pula ialah, Rasulullah s.a.w. bersabda: 
Maksud tidak menghalalkan dalam hadis ini ialah tidak boleh berhenti di dalam masjid 
sebagaimana yang difahami daripada ayat Al-Quran tersebut.
Page 13 
 Tawaf mengelilingi Kaabah, sama ada tawaf fardhu atau sunat. 
Ini kerana tawaf sama hukumnya dengan solat, sebab itu disyaratkan bersuci dahulu 
sebagaimana ibadat solat. Ini berdasarkan hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda: 
 Membaca Al-Quran 
Tegahan ini berdasarkan hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda: 
Orang yang berjunub harus membaca Al-Quran dalam hati tanpa melafazkannya 
sebagaimana harus baginya melihat Al-Quran. Harus baginya membaca ayat Al-Quran 
dengan niat berzikir dan bukan dengan niat membaca Al-Quran, seperti dia berkata:
Page 14 
Begitu juga kalau dia berkata dengan niat berdoa seperti ketika menaiki kenderaan: 
 Menyentuh Al-Quran 
Termasuk juga dalam pengertian ini ialah larangan menanggungnya, menyentuh kertas atau 
kulitnya atau membawanya sama ada di dalam beg atau peti. 
Firman Allah: 
Dan hadis pula, Rasulullah s.a.w. bersabda: 
Orang berjunub yang membawa Al-Quran bersamanya harus membawa barang-barang lain 
atau pakaian dan tidak bertujuan membawa Al-Quran semata-mata. Begitu juga harus 
membawa tafsir Al-Quran sekiranya kandungan tafsir lebih banyak daripadanya kerana 
perbuatan ini tidak dikatakan membawa Al-Quran pada umumnya (uruf)
HAID 
Haid pada bahasa bermaksud mengalir. Manakala haid pada syarak bermaksud darah 
semulajadi yang normal, keluar dari pangkal rahim perempuan yang telah baligh dalam 
Page 15 
keadaan sihat pada waktu tertentu. 
Dalil yang menunjukkan wajib mandi bagi perempuan yang haid ialah berdasarkan Al-Quran 
dan As-Sunnah. 
Firman Allah: 
Hadis pula, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Fatimah binti Abi Hubaish r.ha.:
Baligh 
Maksud baligh ialah apabila seseorang lelaki atau perempuan yang sampai had umur yang 
menjadikan layak ditujukan kepadanya perintah melaksanakan syariat seperti solat, puasa, 
Page 16 
haji dan lain-lain. Tahap baligh terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu: 
 Bermimpi hingga keluar mani sama ada bagi lelaki atau perempuan. 
 Kedatangan darah haid bagi perempuan. Waktu yang memungkinkan seseorang itu 
baligh dengan sebab mimpi atau kedatangan haid ialah genap umur 9 tahun Qamariah 
(hijriah). Lewat atau tidak kedatangan haid pada had umur tersebut bergantung pada 
keadaan sesebuah negeri dan keadaan hidup seseorang. 
 Genap umur 15 tahun Qamariah sekiranya tiada berlaku mimpi atau datang haid. 
Tempoh haid 
Ada tiga tempoh haid iaitu paling singkat, paling lama dan kebiasaan (ghalib). Tempoh yang 
paling singkat ialah sehari semalam, tempoh paling lama ialah 15 hari 15 malam dan tempoh 
kebiasaan (ghalib) ialah sekitar enam atau tujuh hari. 
Sekurang-kurangnya tempoh suci antara dua haid ialah 15 hari manakala tempoh suci yang 
paling lama tiada hadnya. Terdapat juga perempuan yang tidak didatangi haid selama 
setahun, dua atau lebih. Penentuan tempoh tersebut berdasarkan kepada penelitian (istiqra’), 
iaitu membuat penelitian terhadap peristiwa-peristiwa berlaku dan beberapa kejadian yang 
menthabitkannya.
Apabila seseorang perempuan mengalami keluar darah kurang daripada tempoh haid yang 
paling pendek (kurang daripada sehari semalam) atau lebih daripada tempoh haid yang paling 
lama (melebihi 15 hari 15 malam) maka darah tersebut dianggap darah penyakit (istihadhah) 
dan bukan darah haid. Darah haid dan darah istihadah dapat dibezakan berdasarkan warna 
Page 17 
dan kepekatannya. 
Darah istihadhah 
Darah istihadhah ialah darah penyakit yang keluar melalui urat di hujung Rahim yang 
dikenali sebagai al-‘Azil. Darah ini membatalkan wudhuk tetapi tidak mewajibkan mandi, 
bahkan wajib bersolat dan berpuasa. Perempuan yang istihadhah hendaklah membasuh darah 
istihadhahnya, mengikat atau membalut tempat keluarnya (memakai kain lampin) dan 
berwudhuk setiap kali solat fardhu. 
Ini berdasarkan hadis, daripada Fatimah binti Abu Huraish r.ha, dia kedatangan darah 
istihadhah, lantas Rasulullah s.a.w. bersabda:
Hadis seterusnya daripada Aisyah r.ha. katanya, Fatimah binti Abu Hubaish menemui 
Page 18 
Rasulullah s.a.w. dan bertanya: 
Perkara-perkara yang diharamkan ketika haid 
 Solat. Hal ini berdasarkan beberapa hadis Fatimah binti Abu Huraish r.ha. tentang 
istihadhah yang lalu. 
 Membaca Al-Quran, menyentuh dan menanggungnya sebagaimana yang telah 
dijelaskan dalam perkara yang diharamkan ketika janabah. 
 Berhenti di dalam masjid. Tidak haram melintasinya sebagaimana yang dijelaskan 
dalam perkara yang diharamkan sebab janabah.
Antara dalil yang menunjukkan bahawa tidak haram melintas di dalam masjid selain daripada 
Page 19 
dalil yang lalu ialah hadis, daripada Aisyah r.ha. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: 
Dalil seterusnya, daripada Maimunah r.ha. katanya: 
 Tawaf. Dalil diharamkan tawaf telah dijelaskan dalam bab janabah. 
Dalil seterusnya ialah, daripada Aisyah r.ha. katanya:
Page 20 
Perkara lain yang diharamkan kerana haid 
 Melintas atau melalui masjid. Dikhuatiri mencemarkannya kerana darah haid adalah 
najis. Oleh itu, haram mencemarkan masjid dengan najis atau benda-benda lain yang 
kotor. Sebaliknya jika selamat, maka halal baginya melintasi masjid. 
 Puasa. Perempuan yang didatangi haid tidak harus berpuasa sama ada puasa wajib 
atau sunat. 
Ini berdasarkan hadis, daripada Abu Sa’id r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya tentang 
maksud orang perempuan yang kurang agamanya. Baginda menjawab: 
Sebagaimana maksud hadis di atas, begitulah juga apa yang disepakat oleh para ulamak. 
Walau bagaimanapun mereka wajib mengqadak puasa fardhu yang ditinggalkan setelah suci 
daripada haid tetapi tidak wajib mengqadak solat. Justeru, apabila haidnya berhenti dia wajib 
berpuasa walupun belum mandi wajib.
Hukum ini berdasarkan hadis daripada Mu’azah katanya: Aku bertanya kepada Aisyah r.ha: 
Hikmahnya di sini, solat itu banyak dan akan membebankan orang yang mengqadaknya. Hal 
Page 21 
ini berlainan dengan puasa. 
 Persetubuhan, berseronok dan menggauli isteri di antara pusat dengan lututnya. 
Firman Allah:
Hadis yang lain pula ialah, daripada Abdullah bin Sa’ad r.a, dia bertanya kepada Rasulullah 
Page 22 
s.a.w.:
BERSALIN 
Bersalin bermaksud melahirkan anak. Perempuan yang bersalin adakalanya tidak keluar 
darah. Oleh yang demikian, hukumnya sama dengan janabah. Ini kerana anak tersebut terjadi 
daripada air mani lelaki dan perempuan. Hukumnya tetap sama walaupun berbeza anak yang 
dilahirkan atau cara melahirkannya. Apabila kelahiran anak diikuti dengan keluarnya darah 
seperti kebiasaan perempuan yang melahirkan anak, darah tersebut dinamakan nifas yang 
Page 23 
mempunyai beberapa hukum tertentu. 
Nifas 
Nifas dari segi bahasa bererti melahirkan anak, manakala menurut syarak darah nifas ialah 
yang keluar selepas kelahiran anak. Ia dinamakan nifas kerana keluar selepas kelahiran satu 
jiwa (nafs). Sebab itulah perempuan disebut juga orang yang melahirkan anak dengan 
nufasa’. 
Darah yang keluar semasa kelahiran anak tidak dianggap nifas tetapi darah kotor kerana ia 
mendahului kelahiran. Justeru, solat adalah wajib atasnya sekalipun dirinya berdarah dan 
wajib mengqadak sekiranya tidak dapat mengerjakannya ketika itu. 
Tempoh Nifas 
Tempoh minimum nifas ialah seketika sahaja (lahzoh). Kadang-kadang ia berterusan hingga 
beberapa hari dan biasanya hingga 40 hari. Manakala tempoh maksimumnya pula ialah 60 
hari. Berdasarkan kajian, darah yang keluar melebihi tempoh tersebut adalah darah penyakit 
(istihadhah). Kaedah menentukan tempoh ini disebut sebagai al-Istiqra’ sebagaimana 
menentukan tempoh haid.
Perkara haram disebabkan nifas 
Para ulamak telah sepakat tentang hukum nifas adalah sama dengan semua hukum yang 
Page 24 
berkaitan haid. 
Keluar darah ketika mengandung 
Perempuan mengandung yang keluar darah sehingga tempoh minimum haid (sehari semalam) 
dan tidak melebihi tempoh maksimumnya (15 hari 15 malam), darah tersebut dianggap darah 
haid berdasarkan pendapat yang lebih jelas (azhar). Justeru, mereka hendaklah meninggalkan 
solat, puasa dan semua yang haram atas perempuan haid. 
Sekiranya darah yang keluar kuang daripada tempoh minimum haid atau melebihi tempoh 
maksimumnya, maka darah yang terkurang dan terlebih tempoh itu dianggap darah penyakit 
(istihadhah). Manakala hukum solat dan ibadat yang lain baginya adalah berdasarkan keadaan 
itu. 
Pendapat lain pula mengatakan bahawa darah yang keluar semasa mengandung walau apapun 
keadaannya bukan darah haid tetapi hanyalah darah penyakit (istihadhah). Ini kerana 
kandungan tersebut akan menutup laluan keluar haid, sebagaimana kebiasaan yang berlaku di 
kalangan perempuan mengandung namun kedatangan haid ketika itu tidak mustahil tetapi 
jarang berlaku.
Tempoh mengandung 
Tempoh minimumnya adalah selama enam bulan. Ia berdasarkan kepada dua ayat Al-Quran 
Page 25 
berikut: 
Firman Allah: 
Seterusnya, Firman Allah: 
Apabila tempoh mengandung dan menyusu tiga puluh bulan dan tempoh menyusu sahaja 
ialah dua tahun, maka tempoh mengandung adalah enam bulan dan itulah tempoh 
minimumnya. Ini bermakna, perempuan yang melahirkan anak dalam tempoh kurang 
daripada enam bulan selepas berkahwin dan anak itu hidup, nasab anak tersebut kepada 
bapanya tidak thabit. 
Tempoh mengandung yang biasa ialah sembilan bulan berdasarkan kepada keadaan sebenar 
yang berlaku pada keseluruhan kaum wanita. Mereka biasanya melahirkan anak selepas 
sembilan bulan atau kurang beberapa hari dari masa mula mengandung. 
Manakala tempoh maksimumnya menurut pendapat Imam Syafie’ r.a. adalah empat tahun. 
Tempoh ini walaupun tidak mustahil tetapi amat jarang berlaku dan berdasarkan itulah Imam 
Syafie’ memberikan pendapatnya.
MENINGGAL DUNIA 
Apabila seseorang muslim meninggal dunia, mayatnya menjadi fardhu kifayah (wajib) 
dimandikan oleh orang Islam. Ini bererti jika ada sesiapa dari kerabatnya atau orang lain 
memandikannya, gugurlah tuntutan fardhu tersebut daripada yang lain. Sebaliknya pula, 
semua orang Islam akan berdosa jika tiada seorang pun di kalangan mereka yang 
Page 26 
memandikannya. 
Orang yang memandikan mayat wajib berniat memandikannya. Walau bagaimanapun, hal 
demikian adalah selain mati syahid. Orang yang mati syahid tidak dimandikan. Dalil wajib 
memandikan mayat ialah hadis, daripada Ibn Abbas r.a. katanya:
CARA MANDI (MANDI WAJIB) 
Mandi ada dua cara iaitu cara mandi yang wajib dan cara mandi yang sunat. Pada kali ini 
akan diterangkan mengenai cara mandi yang wajib. Ada dua perkara yang berkaitan 
Page 27 
dengannya yang disebut dalam ilmu fiqh sebagai fardhu-fardhu mandi. 
 Berniat ketika mula mandi, iaitu ketika air mengenai badan. Hal ini berdasarkan 
hadis: 
Cara berniat adalah ingat di dalam hati, jika ia melafazkan dengan lidah dahulu adalah lebih 
afdhal. Sahaja aku mandi wajib atau sahaja aku mengangkat hadas atau sahaja aku mandi 
untuk mengharuskan solat atau sahaja aku mandi untuk mengharuskan sebarang ibadah 
yang perlu mandi. 
 Membasuh semua anggota badan yang zahir termasuk kulit atau rambut dengan air 
serta meratakan air pada rambut hingga ke pangkalnya. 
Hal ini berdasarkan hadis daripada Jabir r.a. katanya: Apabila ditanya tentang cara-cara 
mandi, dia menjawab:
Hadis seterusnya, daripada Ummu Salamah r.ha. aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. 
Page 28 
tentang cara-cara mandi. Baginda bersabda: 
Hadis yang lain pula daripada Ali r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 
Sejak itu juga, Saidina Ali telah mencukur rambutnya.
Page 29 
PERKARA MAKRUH KETIKA MANDI 
 Menggunakan air secara berlebih-lebihan 
Ini sebagaimana yang diterangkan dalam perkara-perkara makruh ketika berwudhuk kerana 
perbuatan tersebut tidak mengikut perbuatan Rasulullah s.a.w. sebagaimana hadis daripada 
Anas r.a. katanya: 
Hadis seterusnya daripada Jabir r.a. yang ditanya tentang mandi, katanya: 
 Mandi di air yang tenang (bertakung) 
Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Hikmah tegahan tersebut adalah kerana perasaan seseorang yang berasa jijik untuk 
menggunakan air yang telah dibuat mandi dengan apa cara sekalipun. Perbuatan itu juga 
membazirkan air disebabkan ia tidak lagi sesuai dibuat bersuci sekiranya kurang daripada dua 
qullah, kerana telah jadi air mustakmal dengan perbuatan mandi tersebut. Orang ramai pada 
kebiasaannya memang sentiasa perlu menggunakan air (bertakung) tersebut. Disebabkan 
Page 30 
itulah dilarang oleh syarak untuk mandi di dalamnya.
Page 31 
KESIMPULAN 
Sesungguhnya bersuci itu adalah antara perkara yang sangat dititik beratkan dalam Islam. Ini 
dapat dibuktikan daripada beberapa firman Allah Taala dan hadis daripada Rasulullah s.a.w. 
sebagaimana yang telah diriwayatkan. Banyak hikmah yang boleh diperolehi menerusi 
amalan bersuci yang sudah disyariatkan oleh Islam. Oleh sebab Islam adalah agama fitrah 
maka secara tabi’i iaitu semulajadi, ia memerintahkan manusia supaya bersuci dan menjaga 
kebersihan. Terdapat banyak syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas 
bersuci bagi memastikan perbuatan bersuci itu sah hukumnya. 
Mandi merupakan salah satu cara bagi manusia untuk bersuci. Perbuatan ini sangat 
disyariatkan sebagaimana dalil-dalil daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak. Mandi juga 
mendatangkan banyak hikmah dan faedah sekiranya seseorang manusia itu melakukannya. 
Sesungguhnya mandi terbahagi kepada dua bahagian iaitu mandi yang diwajibkan dan mandi 
yang disunatkan. Melalui penerangan mengenai mandi yang diwajibkan ini, dapat dilihat 
bahawa ianya sangat perlu dan penting bagi memastikan segala ibadah manusia yang 
dilakukan sehari-harian dapat diterima oleh Allah. 
Ketika melakukan mandi wajib, kita perlu mematuhi segala syarat-syarat sah yang 
ditetapkan oleh syarak bagi memastikan kesempurnaannya. Ini dapat difahamkan melalui 
beberapa sebab yang mewajibkan mandi. Setiap sebab yang mewajibkan mandi, mempunyai 
cara yang tersendiri untuk memastikan setiap perkara yang dilakukan dihukumkan sah dan 
diterima oleh syarak. Justeru, semua manusia perlu mengambil berat tentang setiap perkara 
yang berkaitan dengan bersuci bagi menjamin kebersihan diri sendiri. Semoga setiap amalan 
baik dan ibadah yang dilakukan dapat diterima oleh Allah dan diambil kira semasa kita 
dinilai di akhirat kelak.
Page 32 
RUJUKAN 
Beberapa sumber rujukan telah digunakan untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya: 
 Ustaz Mohd Izzuddin bin Mohd Noor 
 Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 1, Cetakan 2011, Pustaka Salam Sdn Bhd 
 www.islam.gov.my

More Related Content

What's hot

Isu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh PerubatanIsu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh PerubatanRashidi Ahmad
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al SunnahWanBK Leo
 
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatSolat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatAzizan Jae
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Noor Aziah Mamat
 
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2anuar2u
 
Hadas kecil dan hadas besar
Hadas kecil dan hadas besarHadas kecil dan hadas besar
Hadas kecil dan hadas besarE wan
 
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)Akhy Sham
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATNURLIDYAWATI JASMIN
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
Aqidah : Beriman Kepada Kitab
Aqidah : Beriman Kepada KitabAqidah : Beriman Kepada Kitab
Aqidah : Beriman Kepada KitabAinur Jannah
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quranWan Syafawati
 
Bab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahBab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahNUR
 

What's hot (20)

Isu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh PerubatanIsu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh Perubatan
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al Sunnah
 
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatSolat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
 
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Hadas kecil dan hadas besar
Hadas kecil dan hadas besarHadas kecil dan hadas besar
Hadas kecil dan hadas besar
 
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
 
Bahagian air
Bahagian airBahagian air
Bahagian air
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Aqidah : Beriman Kepada Kitab
Aqidah : Beriman Kepada KitabAqidah : Beriman Kepada Kitab
Aqidah : Beriman Kepada Kitab
 
Solat Jenazah
Solat JenazahSolat Jenazah
Solat Jenazah
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
 
Mazhab mazhab aqidah sem2
Mazhab mazhab aqidah sem2Mazhab mazhab aqidah sem2
Mazhab mazhab aqidah sem2
 
Bab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahBab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrah
 
BAHAGIAN NAJIS
BAHAGIAN NAJISBAHAGIAN NAJIS
BAHAGIAN NAJIS
 
WUDHU
WUDHU WUDHU
WUDHU
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Asbabun nuzul
Asbabun nuzulAsbabun nuzul
Asbabun nuzul
 

Similar to Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)

Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3
Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3
Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3najdahannabila
 
Makalah agama islam 3 kelompok 5
Makalah agama islam 3 kelompok 5Makalah agama islam 3 kelompok 5
Makalah agama islam 3 kelompok 5SriWasillah
 
Wudhu, mandi, tayammum
Wudhu, mandi, tayammumWudhu, mandi, tayammum
Wudhu, mandi, tayammumN Marwa
 
Mandi wajib
Mandi wajibMandi wajib
Mandi wajibMrArio
 
MODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDA
MODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDAMODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDA
MODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDASINARWATILABINDA
 
Materi dakwah-sanitasi-untuk-sanitasi-total-berbasis-masyarakat
Materi dakwah-sanitasi-untuk-sanitasi-total-berbasis-masyarakatMateri dakwah-sanitasi-untuk-sanitasi-total-berbasis-masyarakat
Materi dakwah-sanitasi-untuk-sanitasi-total-berbasis-masyarakatUntung Purwanto
 
Fiqh perubatan
Fiqh perubatanFiqh perubatan
Fiqh perubatanNajah Zaid
 
other form of my personal project
other form of my personal projectother form of my personal project
other form of my personal projectdarmanKIVIC
 
other form of my personal project
other form of my personal projectother form of my personal project
other form of my personal projectSINARWATILABINDA
 
makalah fikih , air dan najis
makalah fikih , air dan najismakalah fikih , air dan najis
makalah fikih , air dan najisasnifuroida03
 
modul tentang berwudhu(fahrin)
modul tentang berwudhu(fahrin)modul tentang berwudhu(fahrin)
modul tentang berwudhu(fahrin)fahrinki
 

Similar to Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib) (20)

Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3
Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3
Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3
 
Makalah agama islam 3 kelompok 5
Makalah agama islam 3 kelompok 5Makalah agama islam 3 kelompok 5
Makalah agama islam 3 kelompok 5
 
Wudhu, mandi, tayammum
Wudhu, mandi, tayammumWudhu, mandi, tayammum
Wudhu, mandi, tayammum
 
Kebersihan diri
Kebersihan diriKebersihan diri
Kebersihan diri
 
Uas muhen
Uas muhenUas muhen
Uas muhen
 
LJK FIQIH UAS.docx
LJK FIQIH UAS.docxLJK FIQIH UAS.docx
LJK FIQIH UAS.docx
 
Makalah studi islam
Makalah studi islamMakalah studi islam
Makalah studi islam
 
Makalah aik 2 thaharah
Makalah aik 2 thaharahMakalah aik 2 thaharah
Makalah aik 2 thaharah
 
Mandi wajib
Mandi wajibMandi wajib
Mandi wajib
 
Makalah aik 2 thaharah
Makalah aik 2 thaharahMakalah aik 2 thaharah
Makalah aik 2 thaharah
 
MODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDA
MODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDAMODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDA
MODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDA
 
Materi dakwah-sanitasi-untuk-sanitasi-total-berbasis-masyarakat
Materi dakwah-sanitasi-untuk-sanitasi-total-berbasis-masyarakatMateri dakwah-sanitasi-untuk-sanitasi-total-berbasis-masyarakat
Materi dakwah-sanitasi-untuk-sanitasi-total-berbasis-masyarakat
 
Ptt
PttPtt
Ptt
 
Fiqh perubatan
Fiqh perubatanFiqh perubatan
Fiqh perubatan
 
other form of my personal project
other form of my personal projectother form of my personal project
other form of my personal project
 
other form of my personal project
other form of my personal projectother form of my personal project
other form of my personal project
 
makalah fikih , air dan najis
makalah fikih , air dan najismakalah fikih , air dan najis
makalah fikih , air dan najis
 
Makalah rahim
Makalah rahimMakalah rahim
Makalah rahim
 
Makalah rahim
Makalah rahimMakalah rahim
Makalah rahim
 
modul tentang berwudhu(fahrin)
modul tentang berwudhu(fahrin)modul tentang berwudhu(fahrin)
modul tentang berwudhu(fahrin)
 

More from Akhy Sham

Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramPrinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramAkhy Sham
 
Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Akhy Sham
 
Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Akhy Sham
 
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)Akhy Sham
 
Golongan Munafik
Golongan MunafikGolongan Munafik
Golongan MunafikAkhy Sham
 
Kemoralan sosial dan etika keperibadian mulia
Kemoralan sosial dan etika keperibadian muliaKemoralan sosial dan etika keperibadian mulia
Kemoralan sosial dan etika keperibadian muliaAkhy Sham
 
Konfusianisme
KonfusianismeKonfusianisme
KonfusianismeAkhy Sham
 
Sushi King Restaurant
Sushi King RestaurantSushi King Restaurant
Sushi King RestaurantAkhy Sham
 
Leonardo Da Vinci
Leonardo Da VinciLeonardo Da Vinci
Leonardo Da VinciAkhy Sham
 
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)Akhy Sham
 
Pilihan Raya Kecil selepas PRU13
Pilihan Raya Kecil selepas PRU13Pilihan Raya Kecil selepas PRU13
Pilihan Raya Kecil selepas PRU13Akhy Sham
 
Pilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di MalaysiaPilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di MalaysiaAkhy Sham
 
Perkhidmatan Pelanggan & Etika Profesional
Perkhidmatan Pelanggan & Etika ProfesionalPerkhidmatan Pelanggan & Etika Profesional
Perkhidmatan Pelanggan & Etika ProfesionalAkhy Sham
 

More from Akhy Sham (14)

Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramPrinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
 
Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)
 
Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)
 
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
Golongan Munafik (Akidah dan Akhlak)
 
Golongan Munafik
Golongan MunafikGolongan Munafik
Golongan Munafik
 
Breakfast
Breakfast Breakfast
Breakfast
 
Kemoralan sosial dan etika keperibadian mulia
Kemoralan sosial dan etika keperibadian muliaKemoralan sosial dan etika keperibadian mulia
Kemoralan sosial dan etika keperibadian mulia
 
Konfusianisme
KonfusianismeKonfusianisme
Konfusianisme
 
Sushi King Restaurant
Sushi King RestaurantSushi King Restaurant
Sushi King Restaurant
 
Leonardo Da Vinci
Leonardo Da VinciLeonardo Da Vinci
Leonardo Da Vinci
 
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
Pilihan Raya di Malaysia (Slide)
 
Pilihan Raya Kecil selepas PRU13
Pilihan Raya Kecil selepas PRU13Pilihan Raya Kecil selepas PRU13
Pilihan Raya Kecil selepas PRU13
 
Pilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di MalaysiaPilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di Malaysia
 
Perkhidmatan Pelanggan & Etika Profesional
Perkhidmatan Pelanggan & Etika ProfesionalPerkhidmatan Pelanggan & Etika Profesional
Perkhidmatan Pelanggan & Etika Profesional
 

Recently uploaded

Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024RoseMia3
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptAlfandoWibowo2
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 

Recently uploaded (20)

Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 

Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)

  • 1. KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA FAKULTI PENGURUSAN HOSPITALITI DIPLOMA PENGURUSAN PERHOTELAN FIQH IBADAH (SHA 1012) BERSUCI (MANDI) DISEMAK OLEH: USTAZ IZZUDDIN BIN MOHD NOOR DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD NUR HISHAM BIN AMIR (D1320228) MUHAMMAD NAIM BIN ZAINUDIN (D1320076) AHMAD ARIF SAFIUDDIN BIN ROSLI (D1320015) MUHAMMAD SYUKRY BIN MAT SAAT (D1320198)
  • 2. Page 1 SEKILAS BICARA Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat juga kami menjalankan dan menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan pada kali ini. Sememangnya peluang yang diberikan kepada kami ini banyak mematangkan diri dan pemikiran kami untuk membina keyakinan dalam diri dan membantu kami untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang subjek ini.. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Ustaz Mohd Izzuddin bin Mohd Noor iaitu pensyarah kami bagi subjek ini di atas bimbingan serta tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh pembelajaran. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana telah memberikan kerjasama yang positif dan jitu dalam memberikan maklumat-maklumat yang diingini. Begitu juga kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan dan nasihat yang membina kerana banyak dugaan serta cabaran yang telah kami tempuhi sepanjang kajian yang kami jalankan. Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah kami menyiapkan tugasan ini dengan baik. Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar maklumat yang kami perolehi ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumat kepada pembaca khususnya mahasiswa dan mahasiswi untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara mandi yang biasa dilakukan sehari-harian dalam hidup kita semua. Wassalam
  • 3. Page 2 ISI KANDUNGAN SEKILAS BICARA ________________________________________________________ 1 ISI KANDUNGAN _________________________________________________________ 2 PENGENALAN____________________________________________________________ 3 MANDI___________________________________________________________________ 4 PENGERTIAN MANDI _________________________________________________________ 4 PENSYARIATAN MANDI ______________________________________________________ 4 DALIL DARIPADA AL-QURAN ________________________________________________ 4 DALIL DARIPADA AS-SUNNAH _______________________________________________ 4 DALIL DARIPADA IJMAK ____________________________________________________ 5 HIKMAH PENSYARIATAN MANDI _____________________________________________ 6 BAHAGIAN MANDI (MANDI WAJIB) ___________________________________________ 8 JANABAH __________________________________________________________________ 8 Sebab-sebab janabah _________________________________________________________ 9 Perkara yang diharamkan ketika janabah:________________________________________ 11 HAID______________________________________________________________________ 15 Baligh ___________________________________________________________________ 16 Tempoh haid ______________________________________________________________ 16 Darah istihadhah ___________________________________________________________ 17 Perkara-perkara yang diharamkan ketika haid ____________________________________ 18 Perkara lain yang diharamkan kerana haid _______________________________________ 20 BERSALIN _________________________________________________________________ 23 Nifas ____________________________________________________________________ 23 Tempoh Nifas _____________________________________________________________ 23 Perkara haram disebabkan nifas _______________________________________________ 24 Keluar darah ketika mengandung ______________________________________________ 24 Tempoh mengandung _______________________________________________________ 25 MENINGGAL DUNIA________________________________________________________ 26 CARA MANDI (MANDI WAJIB) _______________________________________________ 27 PERKARA MAKRUH KETIKA MANDI _________________________________________ 29 KESIMPULAN ___________________________________________________________ 31 RUJUKAN _______________________________________________________________ 32
  • 4. Page 3 PENGENALAN Bersuci pada bahasa ialah bersih dan terhindar daripada segala kekotoran sama ada dalam bentuk hissiah iaitu boleh dirasa seperti najis atau ma’nawiyyah seperti perkara yang mengaibkan atau sifat-sifat keji. Manakala bersuci mengikut istilah syarak ialah perbuatan yang apabila dilakukan akan mengharuskan solat yang didirikan atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan hukum solat, seperti berwudhuk kepada sesiapa yang tidak berada dalam keadaan berwudhuk, mandi kepada sesiapa yang diwajibkan mandi dan menghilangkan najis daripada pakaian, badan dan tempat. Islam sangat mengambil berat terhadap bersuci dan kebersihan. Ianya dapat dilihat sebagaimana yang telah diperintahkan Allah dalam firman-Nya serta sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan. Islam mensyariatkan bersuci kerana terdapat hikmah yang banyak antaranya bersuci adalah satu tuntutan fitrah. Oleh kerana Islam adalah agama fitrah, maka secara semulajadi ia memerintahkan (manusia) supaya bersuci dan menjaga kebersihan.Selain itu, bersuci juga bertujuan menjaga kemuliaan dan izzah (kehebatan dan kemegahan). Islam adalah agama yang sangat mengambil berat dalam menjaga kemuliaan dan kehebatan seseorang yang beriman (mukmin) agar mereka ini menjadi orang yang mulia dan disegani dikalangan saudara-saudaranya. Bersuci sangat penting untuk menjaga kesihatan. Kebersihan adalah faktor penting untuk menjaga manusia daripada penyakit. Oleh itu dengan membersihkan badan, membersih muka, dua tangan, hidung dan dua kaki (anggota-anggota yang sentiasa terdedah kepada kekotoran) beberapa kali sehari menjadikan badan sentiasa terpelihara daripada penyakit. Hikmah lain adalah dapat berdiri di hadapan Allah dalam keadaan suci dan bersih. Selayak dan sepatutnya kita berada dalam keadaan suci zahir dan batin, bersih hati dan badannya kerana Allah Taala kasih kepada orang yang suka bertaubat dan sentiasa bersih.
  • 5. Page 4 MANDI PENGERTIAN MANDI Mandi menurut bahasa ialah mengalirkan air ke atas apa-apa sahaja. Manakala pada syarak pula adalah mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu. PENSYARIATAN MANDI Mandi telah disyariatkan oleh Allah sama ada untuk kebersihan ataupun mengangkat hadas dan sama ada ia menjadi syarat sah ibadat ataupun tidak. Dalil disyariatkan ialah Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak.  Dalil daripada Al-Quran Firman Allah: Ertinya, Allah suka kepada orang yang bersih daripada hadas dan kotoran, sama ada kekotoran zahir atau batin.  Dalil daripada As-Sunnah Terdapat banyak hadis tentang mandi. Antaranya ialah, daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
  • 6. Menurut riwayat di sisi Imam Muslim disebut sebagai Hak Allah iaitu tanggungjawab yang perlu ditunaikan kepada Allah. Yang dimaksudkan dengan tanggungjawab di sini ialah ia tidak layak ditinggalkan oleh umat Islam. Ulamak menyatakan bahawa mandi sekali dalam Page 5 seminggu itu adalah mandi pada hari Jumaat.  Dalil daripada Ijmak Ulamak mujtahid sepakat menghukumkan mandi yang bertujuan membersihkan tubuh badan adalah sunat manakala mandi yang menjadi syarat sah ibadah adalah wajib. Tiada perselisihan atau perbezaan pendapat ulamak dalam hal ini.
  • 7. Page 6 HIKMAH PENSYARIATAN MANDI Mandi mempunyai hikmah dan faedah yang banyak, antaranya ialah:  Mendapat pahala Mandi mengikut pengertian syarak adalah ibadah. Hal ini terkandung dalam erti melaksanakan perintah syarak dan beramal dengan hukumnya. Ia mengandungi ganjaran yang besar daripada Allah Taala. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : Bersuci ini pula termasuk wudhuk dan mandi.  Menghasilkan kebersihan Apabila seseorang Muslim itu mandi, dia dapat membersihkan kekotoran yang melekat pada badan atau peluh yang keluar daripada tubuh. Tubuh badan yang bersih boleh menghindarkan diri daripada kuman-kuman penyebab penyakit. Ia juga menimbulkan kemesraan dan kasih sayang sesama manusia. Ini berdasarkan hadis, daripada Aisyah r.ha. katanya:
  • 8. Page 7  Menghasilkan kecergasan Mandi boleh menjadikan tubuh badan cergas dan aktif dan akan menghilangkan rasa lemah., lesu dan malas, terutamanya selepas melakukan perkara-perkara yang mewajibkan mandi seperti persetubuhan.
  • 9. BAHAGIAN MANDI (MANDI WAJIB) Mandi terbahagi kepada dua iaitu mandi yang diwajibkan dan mandi yang disunatkan. Pada kali ini, akan diterangkan mengenai mandi yang diwajibkan kerana masih ramai yang belum Page 8 memahami dengan lebih jelas dan mendalam mengenainya. Mandi yang diwajibkan adalah apabila berlaku perkara-perkara yang mewajibkan mandi, maka tidak sah ibadat tanpanya (mandi). Sebab- sebab diwajibkan mandi ialah janabah, haid, bersalin (wiladah) dan mati. JANABAH Makna asal janabah ialah jauh, sebagaimana firman Allah: Janabah dalam penggunaan biasa adalah bermaksud mani yang terpancut dan juga digunakan dengan makna jimak (persetubuhan). Oleh itu orang yang junub ialah orang yang tidak suci disebabkan keluar mani atau persetubuhan. Ia dinamakan junub kerana orang yang berjanabah menjauhkan diri daripada mendirikan solat selama dia berkeadaan sedemikian. Perkataan junub digunakan untuk umum, sama ada untuk lelaki atau perempuan dan sama ada seorang atau ramai.
  • 10. Page 9 Sebab-sebab janabah  Keluar mani, sama ada di kalangan lelaki atau perempuan dengan apa-apa sebab sekalipun sama ada dengan bermimpi, berseronok, melihat atau berkhayal. Ini berdasarkan hadis, daripada Ummu Salamah r.ha. katanya: Hadis seterusnya, daripada Aisyah r.ha. katanya:
  • 11. Maksud pasangan kepada lelaki ialah kejadian dan naluri mereka (perempuan) adalah sama Page 10 dengan lelaki. Ini seolah-olah mereka sebahagian daripada lelaki.  Bersetubuh (walaupun tanpa keluar mani) Ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Hadis seterusnya ialah, daripada Aisyah r.ha.: Dalam hadis ini menyatakan pasangan lelaki dan perempuan wajib mandi kerana keduanya bersama-sama melakukan sebab yang mewajibkan mandi.
  • 12. Page 11 Perkara yang diharamkan ketika janabah:  Solat fardu atau sunat. Firman Allah: Ayat di atas menerangkan bahawa orang yang berjunub dilarang berada di tempat solat (masjid). Justeru, larangan mengerjakan solat adalah lebih aula dan utama. Ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar r.a. katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksud suci adalah suci daripada hadas dan janabah. Hadis ini juga menunjukkan haram mengerjakan solat sekiranya berhadas dan junub.
  • 13. Page 12  Berhenti atau duduk di dalam masjid Melintasi atau melalui masjid tanpa berhenti di dalamnya atau berulang-alik adalah harus hukumnya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah An-Nisa ayat 43: Ertinya, jangan mengerjakan solat dan jangan berada di tempatnya (di dalam masjid) sekiranya berjunub kecuali lalu dan melintasnya sahaja. Hadisnya pula ialah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksud tidak menghalalkan dalam hadis ini ialah tidak boleh berhenti di dalam masjid sebagaimana yang difahami daripada ayat Al-Quran tersebut.
  • 14. Page 13  Tawaf mengelilingi Kaabah, sama ada tawaf fardhu atau sunat. Ini kerana tawaf sama hukumnya dengan solat, sebab itu disyaratkan bersuci dahulu sebagaimana ibadat solat. Ini berdasarkan hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda:  Membaca Al-Quran Tegahan ini berdasarkan hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang berjunub harus membaca Al-Quran dalam hati tanpa melafazkannya sebagaimana harus baginya melihat Al-Quran. Harus baginya membaca ayat Al-Quran dengan niat berzikir dan bukan dengan niat membaca Al-Quran, seperti dia berkata:
  • 15. Page 14 Begitu juga kalau dia berkata dengan niat berdoa seperti ketika menaiki kenderaan:  Menyentuh Al-Quran Termasuk juga dalam pengertian ini ialah larangan menanggungnya, menyentuh kertas atau kulitnya atau membawanya sama ada di dalam beg atau peti. Firman Allah: Dan hadis pula, Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang berjunub yang membawa Al-Quran bersamanya harus membawa barang-barang lain atau pakaian dan tidak bertujuan membawa Al-Quran semata-mata. Begitu juga harus membawa tafsir Al-Quran sekiranya kandungan tafsir lebih banyak daripadanya kerana perbuatan ini tidak dikatakan membawa Al-Quran pada umumnya (uruf)
  • 16. HAID Haid pada bahasa bermaksud mengalir. Manakala haid pada syarak bermaksud darah semulajadi yang normal, keluar dari pangkal rahim perempuan yang telah baligh dalam Page 15 keadaan sihat pada waktu tertentu. Dalil yang menunjukkan wajib mandi bagi perempuan yang haid ialah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah: Hadis pula, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Fatimah binti Abi Hubaish r.ha.:
  • 17. Baligh Maksud baligh ialah apabila seseorang lelaki atau perempuan yang sampai had umur yang menjadikan layak ditujukan kepadanya perintah melaksanakan syariat seperti solat, puasa, Page 16 haji dan lain-lain. Tahap baligh terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:  Bermimpi hingga keluar mani sama ada bagi lelaki atau perempuan.  Kedatangan darah haid bagi perempuan. Waktu yang memungkinkan seseorang itu baligh dengan sebab mimpi atau kedatangan haid ialah genap umur 9 tahun Qamariah (hijriah). Lewat atau tidak kedatangan haid pada had umur tersebut bergantung pada keadaan sesebuah negeri dan keadaan hidup seseorang.  Genap umur 15 tahun Qamariah sekiranya tiada berlaku mimpi atau datang haid. Tempoh haid Ada tiga tempoh haid iaitu paling singkat, paling lama dan kebiasaan (ghalib). Tempoh yang paling singkat ialah sehari semalam, tempoh paling lama ialah 15 hari 15 malam dan tempoh kebiasaan (ghalib) ialah sekitar enam atau tujuh hari. Sekurang-kurangnya tempoh suci antara dua haid ialah 15 hari manakala tempoh suci yang paling lama tiada hadnya. Terdapat juga perempuan yang tidak didatangi haid selama setahun, dua atau lebih. Penentuan tempoh tersebut berdasarkan kepada penelitian (istiqra’), iaitu membuat penelitian terhadap peristiwa-peristiwa berlaku dan beberapa kejadian yang menthabitkannya.
  • 18. Apabila seseorang perempuan mengalami keluar darah kurang daripada tempoh haid yang paling pendek (kurang daripada sehari semalam) atau lebih daripada tempoh haid yang paling lama (melebihi 15 hari 15 malam) maka darah tersebut dianggap darah penyakit (istihadhah) dan bukan darah haid. Darah haid dan darah istihadah dapat dibezakan berdasarkan warna Page 17 dan kepekatannya. Darah istihadhah Darah istihadhah ialah darah penyakit yang keluar melalui urat di hujung Rahim yang dikenali sebagai al-‘Azil. Darah ini membatalkan wudhuk tetapi tidak mewajibkan mandi, bahkan wajib bersolat dan berpuasa. Perempuan yang istihadhah hendaklah membasuh darah istihadhahnya, mengikat atau membalut tempat keluarnya (memakai kain lampin) dan berwudhuk setiap kali solat fardhu. Ini berdasarkan hadis, daripada Fatimah binti Abu Huraish r.ha, dia kedatangan darah istihadhah, lantas Rasulullah s.a.w. bersabda:
  • 19. Hadis seterusnya daripada Aisyah r.ha. katanya, Fatimah binti Abu Hubaish menemui Page 18 Rasulullah s.a.w. dan bertanya: Perkara-perkara yang diharamkan ketika haid  Solat. Hal ini berdasarkan beberapa hadis Fatimah binti Abu Huraish r.ha. tentang istihadhah yang lalu.  Membaca Al-Quran, menyentuh dan menanggungnya sebagaimana yang telah dijelaskan dalam perkara yang diharamkan ketika janabah.  Berhenti di dalam masjid. Tidak haram melintasinya sebagaimana yang dijelaskan dalam perkara yang diharamkan sebab janabah.
  • 20. Antara dalil yang menunjukkan bahawa tidak haram melintas di dalam masjid selain daripada Page 19 dalil yang lalu ialah hadis, daripada Aisyah r.ha. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dalil seterusnya, daripada Maimunah r.ha. katanya:  Tawaf. Dalil diharamkan tawaf telah dijelaskan dalam bab janabah. Dalil seterusnya ialah, daripada Aisyah r.ha. katanya:
  • 21. Page 20 Perkara lain yang diharamkan kerana haid  Melintas atau melalui masjid. Dikhuatiri mencemarkannya kerana darah haid adalah najis. Oleh itu, haram mencemarkan masjid dengan najis atau benda-benda lain yang kotor. Sebaliknya jika selamat, maka halal baginya melintasi masjid.  Puasa. Perempuan yang didatangi haid tidak harus berpuasa sama ada puasa wajib atau sunat. Ini berdasarkan hadis, daripada Abu Sa’id r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya tentang maksud orang perempuan yang kurang agamanya. Baginda menjawab: Sebagaimana maksud hadis di atas, begitulah juga apa yang disepakat oleh para ulamak. Walau bagaimanapun mereka wajib mengqadak puasa fardhu yang ditinggalkan setelah suci daripada haid tetapi tidak wajib mengqadak solat. Justeru, apabila haidnya berhenti dia wajib berpuasa walupun belum mandi wajib.
  • 22. Hukum ini berdasarkan hadis daripada Mu’azah katanya: Aku bertanya kepada Aisyah r.ha: Hikmahnya di sini, solat itu banyak dan akan membebankan orang yang mengqadaknya. Hal Page 21 ini berlainan dengan puasa.  Persetubuhan, berseronok dan menggauli isteri di antara pusat dengan lututnya. Firman Allah:
  • 23. Hadis yang lain pula ialah, daripada Abdullah bin Sa’ad r.a, dia bertanya kepada Rasulullah Page 22 s.a.w.:
  • 24. BERSALIN Bersalin bermaksud melahirkan anak. Perempuan yang bersalin adakalanya tidak keluar darah. Oleh yang demikian, hukumnya sama dengan janabah. Ini kerana anak tersebut terjadi daripada air mani lelaki dan perempuan. Hukumnya tetap sama walaupun berbeza anak yang dilahirkan atau cara melahirkannya. Apabila kelahiran anak diikuti dengan keluarnya darah seperti kebiasaan perempuan yang melahirkan anak, darah tersebut dinamakan nifas yang Page 23 mempunyai beberapa hukum tertentu. Nifas Nifas dari segi bahasa bererti melahirkan anak, manakala menurut syarak darah nifas ialah yang keluar selepas kelahiran anak. Ia dinamakan nifas kerana keluar selepas kelahiran satu jiwa (nafs). Sebab itulah perempuan disebut juga orang yang melahirkan anak dengan nufasa’. Darah yang keluar semasa kelahiran anak tidak dianggap nifas tetapi darah kotor kerana ia mendahului kelahiran. Justeru, solat adalah wajib atasnya sekalipun dirinya berdarah dan wajib mengqadak sekiranya tidak dapat mengerjakannya ketika itu. Tempoh Nifas Tempoh minimum nifas ialah seketika sahaja (lahzoh). Kadang-kadang ia berterusan hingga beberapa hari dan biasanya hingga 40 hari. Manakala tempoh maksimumnya pula ialah 60 hari. Berdasarkan kajian, darah yang keluar melebihi tempoh tersebut adalah darah penyakit (istihadhah). Kaedah menentukan tempoh ini disebut sebagai al-Istiqra’ sebagaimana menentukan tempoh haid.
  • 25. Perkara haram disebabkan nifas Para ulamak telah sepakat tentang hukum nifas adalah sama dengan semua hukum yang Page 24 berkaitan haid. Keluar darah ketika mengandung Perempuan mengandung yang keluar darah sehingga tempoh minimum haid (sehari semalam) dan tidak melebihi tempoh maksimumnya (15 hari 15 malam), darah tersebut dianggap darah haid berdasarkan pendapat yang lebih jelas (azhar). Justeru, mereka hendaklah meninggalkan solat, puasa dan semua yang haram atas perempuan haid. Sekiranya darah yang keluar kuang daripada tempoh minimum haid atau melebihi tempoh maksimumnya, maka darah yang terkurang dan terlebih tempoh itu dianggap darah penyakit (istihadhah). Manakala hukum solat dan ibadat yang lain baginya adalah berdasarkan keadaan itu. Pendapat lain pula mengatakan bahawa darah yang keluar semasa mengandung walau apapun keadaannya bukan darah haid tetapi hanyalah darah penyakit (istihadhah). Ini kerana kandungan tersebut akan menutup laluan keluar haid, sebagaimana kebiasaan yang berlaku di kalangan perempuan mengandung namun kedatangan haid ketika itu tidak mustahil tetapi jarang berlaku.
  • 26. Tempoh mengandung Tempoh minimumnya adalah selama enam bulan. Ia berdasarkan kepada dua ayat Al-Quran Page 25 berikut: Firman Allah: Seterusnya, Firman Allah: Apabila tempoh mengandung dan menyusu tiga puluh bulan dan tempoh menyusu sahaja ialah dua tahun, maka tempoh mengandung adalah enam bulan dan itulah tempoh minimumnya. Ini bermakna, perempuan yang melahirkan anak dalam tempoh kurang daripada enam bulan selepas berkahwin dan anak itu hidup, nasab anak tersebut kepada bapanya tidak thabit. Tempoh mengandung yang biasa ialah sembilan bulan berdasarkan kepada keadaan sebenar yang berlaku pada keseluruhan kaum wanita. Mereka biasanya melahirkan anak selepas sembilan bulan atau kurang beberapa hari dari masa mula mengandung. Manakala tempoh maksimumnya menurut pendapat Imam Syafie’ r.a. adalah empat tahun. Tempoh ini walaupun tidak mustahil tetapi amat jarang berlaku dan berdasarkan itulah Imam Syafie’ memberikan pendapatnya.
  • 27. MENINGGAL DUNIA Apabila seseorang muslim meninggal dunia, mayatnya menjadi fardhu kifayah (wajib) dimandikan oleh orang Islam. Ini bererti jika ada sesiapa dari kerabatnya atau orang lain memandikannya, gugurlah tuntutan fardhu tersebut daripada yang lain. Sebaliknya pula, semua orang Islam akan berdosa jika tiada seorang pun di kalangan mereka yang Page 26 memandikannya. Orang yang memandikan mayat wajib berniat memandikannya. Walau bagaimanapun, hal demikian adalah selain mati syahid. Orang yang mati syahid tidak dimandikan. Dalil wajib memandikan mayat ialah hadis, daripada Ibn Abbas r.a. katanya:
  • 28. CARA MANDI (MANDI WAJIB) Mandi ada dua cara iaitu cara mandi yang wajib dan cara mandi yang sunat. Pada kali ini akan diterangkan mengenai cara mandi yang wajib. Ada dua perkara yang berkaitan Page 27 dengannya yang disebut dalam ilmu fiqh sebagai fardhu-fardhu mandi.  Berniat ketika mula mandi, iaitu ketika air mengenai badan. Hal ini berdasarkan hadis: Cara berniat adalah ingat di dalam hati, jika ia melafazkan dengan lidah dahulu adalah lebih afdhal. Sahaja aku mandi wajib atau sahaja aku mengangkat hadas atau sahaja aku mandi untuk mengharuskan solat atau sahaja aku mandi untuk mengharuskan sebarang ibadah yang perlu mandi.  Membasuh semua anggota badan yang zahir termasuk kulit atau rambut dengan air serta meratakan air pada rambut hingga ke pangkalnya. Hal ini berdasarkan hadis daripada Jabir r.a. katanya: Apabila ditanya tentang cara-cara mandi, dia menjawab:
  • 29. Hadis seterusnya, daripada Ummu Salamah r.ha. aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Page 28 tentang cara-cara mandi. Baginda bersabda: Hadis yang lain pula daripada Ali r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sejak itu juga, Saidina Ali telah mencukur rambutnya.
  • 30. Page 29 PERKARA MAKRUH KETIKA MANDI  Menggunakan air secara berlebih-lebihan Ini sebagaimana yang diterangkan dalam perkara-perkara makruh ketika berwudhuk kerana perbuatan tersebut tidak mengikut perbuatan Rasulullah s.a.w. sebagaimana hadis daripada Anas r.a. katanya: Hadis seterusnya daripada Jabir r.a. yang ditanya tentang mandi, katanya:  Mandi di air yang tenang (bertakung) Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
  • 31. Hikmah tegahan tersebut adalah kerana perasaan seseorang yang berasa jijik untuk menggunakan air yang telah dibuat mandi dengan apa cara sekalipun. Perbuatan itu juga membazirkan air disebabkan ia tidak lagi sesuai dibuat bersuci sekiranya kurang daripada dua qullah, kerana telah jadi air mustakmal dengan perbuatan mandi tersebut. Orang ramai pada kebiasaannya memang sentiasa perlu menggunakan air (bertakung) tersebut. Disebabkan Page 30 itulah dilarang oleh syarak untuk mandi di dalamnya.
  • 32. Page 31 KESIMPULAN Sesungguhnya bersuci itu adalah antara perkara yang sangat dititik beratkan dalam Islam. Ini dapat dibuktikan daripada beberapa firman Allah Taala dan hadis daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang telah diriwayatkan. Banyak hikmah yang boleh diperolehi menerusi amalan bersuci yang sudah disyariatkan oleh Islam. Oleh sebab Islam adalah agama fitrah maka secara tabi’i iaitu semulajadi, ia memerintahkan manusia supaya bersuci dan menjaga kebersihan. Terdapat banyak syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas bersuci bagi memastikan perbuatan bersuci itu sah hukumnya. Mandi merupakan salah satu cara bagi manusia untuk bersuci. Perbuatan ini sangat disyariatkan sebagaimana dalil-dalil daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak. Mandi juga mendatangkan banyak hikmah dan faedah sekiranya seseorang manusia itu melakukannya. Sesungguhnya mandi terbahagi kepada dua bahagian iaitu mandi yang diwajibkan dan mandi yang disunatkan. Melalui penerangan mengenai mandi yang diwajibkan ini, dapat dilihat bahawa ianya sangat perlu dan penting bagi memastikan segala ibadah manusia yang dilakukan sehari-harian dapat diterima oleh Allah. Ketika melakukan mandi wajib, kita perlu mematuhi segala syarat-syarat sah yang ditetapkan oleh syarak bagi memastikan kesempurnaannya. Ini dapat difahamkan melalui beberapa sebab yang mewajibkan mandi. Setiap sebab yang mewajibkan mandi, mempunyai cara yang tersendiri untuk memastikan setiap perkara yang dilakukan dihukumkan sah dan diterima oleh syarak. Justeru, semua manusia perlu mengambil berat tentang setiap perkara yang berkaitan dengan bersuci bagi menjamin kebersihan diri sendiri. Semoga setiap amalan baik dan ibadah yang dilakukan dapat diterima oleh Allah dan diambil kira semasa kita dinilai di akhirat kelak.
  • 33. Page 32 RUJUKAN Beberapa sumber rujukan telah digunakan untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya:  Ustaz Mohd Izzuddin bin Mohd Noor  Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 1, Cetakan 2011, Pustaka Salam Sdn Bhd  www.islam.gov.my