Dokumen ini memberikan panduan untuk menulis karangan deskriptif. Terdiri dari 3 kalimat:
Proses menulis karangan deskriptif meliputi aktiviti pra-menulis seperti memahami tajuk, mengumpulkan idea, dan merangka isi; aktiviti menulis dengan pengenalan, isi yang menceritakan semula pengalaman secara kronologi, dan penutup yang memberikan pengajaran; serta aspek penting seperti menggunakan pancaindera dan bahasa yang jel
9. Isi Karangan Pastikan karangan kamu menceritakan semula peristiwa yang telah dialami. Pilih isi yang sesuai dan relevan mengikut kehendak tajuk. Kamu perlu menyenaraikan pengalaman kamu itu mengikut urutan cerita atau kejadian secara kronologi. Pastikan setiap perenggan mengandungi satu isi dengan huraian dan contoh yang sesuai.
10. Isi Karangan Setiap isi mestilah berkait antara satu sama lain. Kamu boleh menjelaskan perasaan kamu. Susun perenggan mengikut kepentingan isi atau perkara yang berlaku. Gambarkan peristiwa dalam karangan kamu dengan jelas.
11.
12.
13.
14. Penutup Akhiri karangan kamu dengan memberikan penjelasan tentang pengajaran atau manfaat yang telah kamu peroleh daripada pengalaman tersebut.
15.
16. Aspek-aspek Penting Maksimumkan kekuatan pancaindera seperti daya lihat, daya dengar, daya sentuh, daya hidu serta daya rasa dalam mengolah karangan. Gunakan kata adjektif yang dapat memberikan gambaran yang tepat. Pilihlah kosa kata yang sesuai dengan tema tajuk. Tulislah dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Pelbagaikan ayat panjang dan pendek dalam penulisan. Pastikan idea-idea yang dikemukakan berkaitan antara satu sama lain.