SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 2 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan
Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
Soalan 1 hingga 14
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Istana Alam Shah yang terletak di bandar diraja Klang merupakan tempat ________ Sultan
Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.
A beradu
B bertabal
C bersiram
D bersemayam
2 Sultan Nazrin Maizuddin Shah telah ________ bagi merasmikan Karnival Belia 1Malaysia
di Dataran Menara Condong, Teluk Intan.
A mencemar duli
B merapak sembah
C menjunjung kasih
D Memohon perkenan
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3 Aliran air sungai itu menjadi semakin perlahan apabila sampai di kawasan ________ sungai
yang dipenuhi sampah sarap.
A hulu
B kuala
C tebing
D lembah
4 “Jika mahu memenangi pertandingan bicara berirama ini, ________ perlu berlatih dengan
bersungguh-sungguh,” kata Farah Asyikin kepada kawan-kawannya.
A kita
B kami
C kamu
D kalian
Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 3 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan
Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan
5 Penduduk desa bergotong-royong ________ parit bagi mengelakkan banjir kilat berlaku.
A mendalami
B diperdalami
C memperdalam
D memperdalamkan
6 Pokok renek yang rimbun dan berwarna-warni itu ________ rumah banglo Datin Zawiyah.
A dipagari
B memagari
C dipagarkan
D memagarkan
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7 Adik ________ gelas plastiknya dengan soya cincau ais sambil diperhatikan oleh ibu.
A tuangan
B menuang
C menuangi
D menuangkan
8 Haziman terpaksa menuntun motosikalnya sejauh tiga kilometer kerana ________ petrol.
A terputus
B keputusan
C pemutusan
D memutuskan
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9 Juan Lee hendak ________ gambar kereta itu untuk membuat satu salinan gambar tersebut.
A melukis
B melakar
C mencetak
D mengimbas
Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 4 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan
Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan
10 Pelancong Korea itu berada di pantai ________ subuh ________ dapat melihat matahari
terbit di ufuk timur.
A apabila ... bagi
B tatkala ... untuk
C sebelum ... agar
D selepas ... supaya
11 Cef Redzuawan memasukkan ________ garam kasar ke dalam ________ daging kambing
masak kurma itu.
A sebutir … seperiuk
B secubit … sekawah
C segenggam … sekawah
D segenggam … semangkuk
12 Harga ________ pisang emas ialah seringgit lima puluh sen manakala _______ pisang
emas pula berharga lapan ringgit.
A sebiji ... sesisir
B sebutir ... sesikat
C sesisir ... setandan
D sebutir ... setandan
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.
13 Kerja-kerja __________ jalan raya itu rancak dijalankan sebelum menjelangnya sambutan
Hari Raya Aidilfitri.
A kelebaran
B dilebarkan
C memperlebar
D memperlebarkan
14 “Padi yang sedang menguning itu kelihatan ________ apabila ditiup angin,” kata Maisarah
Husna kepada ibunya.
A menari-nari
B meliang-liuk
C melonjak-lonjak
D melenggang-lengguk
Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 5 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan
Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan
Soalan 15 hingga 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
15 I Orang atas haruslah kita hormati kerana jawatan yang disandangnya itu.
II Negara kita mendapat tempat atas dalam Sukan Komanwel baru-baru ini.
III Ahmad Murad meletakkan jawatan pengurus bank itu bukan atas kemahuannya.
IV Atas kesedaran yang tinggi, dia berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.
A
B
C
D
I dan II
II dan III
II dan IV
III dan IV
16 I Hafis Syahmi tercicir bas sekolah kerana dia bangun lewat pada pagi itu.
II Buah mangga di dalam kotak itu tercicir kerana bahagian bawah kotak itu bocor.
III Adela tercicir tas tangannya sewaktu keluar daripada komuter yang penuh-sesak itu.
IV Nama Mizani tercicir daripada senarai pemain hoki yang akan mewakili daerah Kinta.
A
B
C
D
I dan III
II dan IV
I, II dan IV
II, III dan IV
17 I Tongkang yang membawa pendatang tanpa izin itu karam dipukul gelombang besar.
II Penimbang gelombang mikro digunakan untuk menimbang emas dan berlian sahaja.
III Gelombang radio tidak dapat diterima dengan baik di kawasan yang berbukit-bukau.
IV Dia mengalami kerosakan gelombang telinga yang serius akibat terjolok benda tajam.
A
B
C
D
I dan III
II dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
1 Dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan membentuk
kata bilangan tersebut. Kita mestilah mengeja sepenuhnya kata bilangan berkenaan
sebagai satu bentuk yang mematuhi sistem morfologi tatabahasa bahasa Melayu. Teliti
penggunaan kata bilangan dalam ayat contoh di bawah ini.
1.1 Setiap satu acara sukan olahraga itu telah ditaja oleh ibu bapa murid. 5
Setiap/Tiap-tiap acara sukan olahraga itu telah ditaja oleh ibu bapa murid. 3
1.2 Berbagai kaedah pertanian moden diperkenalkan kepada peserta kursus. 5
Berbagai-bagai kaedah pertanian moden diperkenalkan kepada peserta kursus. 3
1.3 Antara kedua tugasan itu, satu daripadanya dilakukan secara berkumpulan. 5
Antara kedua-dua tugasan itu, satu daripadanya dilakukan secara berkumpulan. 3
Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 6 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan
Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan
Soalan 18 hingga 20
Pilih ayat yang betul.
18 I Dia terserempak dengan sahabat lamanya di pusat membeli-belah Aeon.
II Rumah berkembar dua tingkat ini kami duduki sejak empat tahun yang lalu.
III Abang dan kawan-kawannya memancing udang galah di sungai itu sejak dari pagi.
IV Gulai kepala ikan merah itu adalah untuk hidangan makan tengah hari keluarganya.
A
B
C
D
I dan II
II dan III
II dan IV
III dan IV
19 I Puan Adriena menyelongkar dapur kabinet untuk mencari rempah nasi beriani.
II Sazmer tidak tahan melihat ibunya menjeruk hati disebabkan perangai abangnya itu.
III Encik Zulhelmi tersenyum puas bila menerima sekeping cek daripada pelanggannya.
IV Nesrina bercita-cita mahu melakar kejayaan dalam bidang pertanian seperti ayahnya.
A
B
C
D
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
20 I Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja.
II Pasukan kastam berjaya melakukan rampasan terbesar beras siam petang semalam.
III Emak mengkhaskan lauk-pauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah.
IV Kamus ekabahasa yang baru diterbitkan itu dijual dengan harga yang amat berpatutan.
A
B
C
D
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
2 Kata adjektif hanya menerima imbuhan awalan mempeR- dan tidak menerima imbuhan
apitan mempeR-…-kan. Teliti ayat contoh di bawah ini.
2.1 Ayah memperbesar reban ayam serama di belakang rumah. 3
Ayah memperbesarkan reban ayam serama di belakang rumah. 5
2.2 Para pekerja memperdalam longkang di kawasan perumahan itu. 3
Para pekerja memperdalamkan longkang di kawasan perumahan itu. 5
2.3 Kerja memperlebar jalan di kawasan pedalaman itu sudah bermula. 3
Kerja memperlebarkan jalan di kawasan pedalaman itu sudah bermula. 5
2.4 Kerajaan memperluas kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang. 3
Kerajaan memperluaskan kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang. 5
Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 7 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan
Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan
Soalan 21 hingga 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
15, Pesona Lahat Baru 2,
Bandar Baru Lahat,
31500 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
10 Oktober 2013.
Ke hadapan kakanda Saidi Nazman yang berada di Sarawak, adinda doakan semoga kakanda
berada dalam keadaan sejahtera.
Kakanda Saidi Nazman yang disayangi,
Apa khabar kakanda sekarang? Bagaimana dengan pengajian kakanda di Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS)? Adinda berharap semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
Adinda, bonda dan ayahanda semuanya dalam keadaan sihat. Tujuan adinda menulis surat ini
adalah untuk bertanya khabar tentang kakanda.
Selain itu, adinda juga ingin memaklumkan khabar tentang kejayaan adinda dalam
pertandingan Pidato Diraja peringkat daerah yang telah adinda sertai. Adinda telah menyertai
pertandingan Pidato Diraja yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Daerah Kinta Utara.
Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu. Pertandingan ini juga
bertujuan untuk memilih wakil daerah ke peringkat negeri.
Kini, adinda sibuk membuat latihan dan persiapan untuk menghadapi pertandingan
peringkat negeri yang akan dijalankan dua bulan dari sekarang. Adinda berharap agar kakanda
dapat membalas surat ini dengan segera dan memberikan panduan serta tip yang berguna untuk
adinda menghadapi pertandingan itu nanti. Kakanda juga boleh menghantar panduan serta tip
tersebut ke alamat e-mel adinda, iaitu emynatasha@yahoo.com pada bila-bila masa.
Setakat ini dahulu coretan adinda. Doakan semoga adinda mencapai kejayaan dalam
pertandingan pidato peringkat negeri. Semoga kakanda juga mencapai kejayaan cemerlang
dalam peperiksaan akhir semester nanti. Salam sayang daripada adinda dan anggota keluarga di
sini untuk kakanda.
Sekian, terima kasih.
Adindamu yang benar,
Emy Natasha
21 Apakah tujuan utama penulis mengutus surat kepada abangnya?
A Bertanya khabar tentang abangnya di perantauan
B Memaklumkan kejayaannya dalam pertandingan pidato
C Meminta panduan dan tip untuk menyertai pertandingan pidato
D Mengharapkan abangnya berjaya dalam pengajiannya di universiti
Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 8 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan
Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan
22 Apakah harapan dan doa penulis untuk abangnya dalam bahagian akhir surat tersebut?
A Kejayaan sebagai mahasiswa cemerlang
B Kejayaan menjadi seorang jurutera binaan
C Kejayaan memperoleh biasiswa pendidikan
D Kejayaan dalam peperiksaan akhir semester
23 Selain melalui surat, penulis juga memohon supaya abangnya menghantar panduan dan tip
tentang pidato melalui
A mesin faks.
B laman web.
C alamat e-mel.
D pesanan ringkas.
24 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan surat di atas.
A Penulis menghubungi abangnya melalui telefon bimbit.
B Penulis dan keluarganya tinggal di Bandar Baru Lahat, Ipoh.
C Penulis mewakili sekolah ke pertandingan pidato peringkat negeri.
D Penulis telah menyertai pertandingan Pidato Diraja peringkat negeri.
25 Perkataan coretan dalam petikan surat tersebut merujuk
A gambaran secara ringkas.
B panduan cepat dan pantas.
C huraian maklumat terancang.
D ringkasan maklumat keluarga.
3 Kata bilangan tentu (kardinal), contohnya (tiga/lima puluh/tujuh ratus/sepuluh ribu) dan
kata bilangan himpunan, contohnya (beratus-ratus/berguni-guni/jutaan) mesti diikuti oleh
penjodoh bilangan. Teliti ayat contoh di bawah ini bagi menjelaskan maksud tersebut.
3.1 Nuri memiliki empat kereta mewah dan dua motosikal kuasa tinggi. 5
Nuri memiliki empat buah kereta mewah dan dua buah motosikal kuasa tinggi. 3
3.2 Ketiga-tiga pegawai Bank Islam itu ialah kawan baik abang sepupu saya. 5
Ketiga-tiga orang pegawai Bank Islam itu ialah kawan baik abang sepupu saya. 3
3.3 Pertandingan akhir hoki remaja itu disaksikan oleh beribu-ribu penonton. 5
Pertandingan akhir hoki remaja itu disaksikan oleh beribu-ribu orang penonton. 3
4 Kata bilangan tak tentu, contohnya (segala/semua/para/seluruh/sedikit/beberapa/banyak)
tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan kecuali kata bilangan “beberapa”.
4.1 Semua murid mesti mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah. 3
Semua orang murid mesti mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah. 5
4.2 Beberapa nelayan telah berpakat mengusahakan ternakan udang galah. 5
Beberapa orang nelayan telah berpakat mengusahakan ternakan udang galah. 3

More Related Content

What's hot

Latih tubi kata_bantu
Latih tubi kata_bantuLatih tubi kata_bantu
Latih tubi kata_bantuKathleen Ong
 
Soalan Penanda wacana - BMthn 5
Soalan Penanda wacana - BMthn 5Soalan Penanda wacana - BMthn 5
Soalan Penanda wacana - BMthn 5PAKLONG CIKGU
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak maknaTeoh Kwan
 
Bm pemahaman percubaan upsr perak
Bm pemahaman percubaan upsr perakBm pemahaman percubaan upsr perak
Bm pemahaman percubaan upsr perakGene Kong
 
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBMModul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBMSiti Aminah Ramlan
 
Latih tubi kata_hubung
Latih tubi kata_hubungLatih tubi kata_hubung
Latih tubi kata_hubungKathleen Ong
 
Pmr Bm Kertas 1 Set 2
Pmr Bm Kertas 1 Set 2Pmr Bm Kertas 1 Set 2
Pmr Bm Kertas 1 Set 2Kay Aniza
 

What's hot (15)

Latih tubi kata_bantu
Latih tubi kata_bantuLatih tubi kata_bantu
Latih tubi kata_bantu
 
Soalan Penanda wacana - BMthn 5
Soalan Penanda wacana - BMthn 5Soalan Penanda wacana - BMthn 5
Soalan Penanda wacana - BMthn 5
 
Carta BM012 tahun2&3
Carta BM012 tahun2&3Carta BM012 tahun2&3
Carta BM012 tahun2&3
 
Ayat sama maksud
Ayat sama maksudAyat sama maksud
Ayat sama maksud
 
Sinonim
SinonimSinonim
Sinonim
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak makna
 
Bm pemahaman percubaan upsr perak
Bm pemahaman percubaan upsr perakBm pemahaman percubaan upsr perak
Bm pemahaman percubaan upsr perak
 
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBMModul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
 
Kata penguat
Kata penguatKata penguat
Kata penguat
 
Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1
 
Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4
 
Latih tubi kata_hubung
Latih tubi kata_hubungLatih tubi kata_hubung
Latih tubi kata_hubung
 
Pemahaman sk set 3
Pemahaman sk set 3Pemahaman sk set 3
Pemahaman sk set 3
 
Pmr Bm Kertas 1 Set 2
Pmr Bm Kertas 1 Set 2Pmr Bm Kertas 1 Set 2
Pmr Bm Kertas 1 Set 2
 
Bm thun 5 pksr 2 2013
Bm thun 5 pksr 2 2013Bm thun 5 pksr 2 2013
Bm thun 5 pksr 2 2013
 

Viewers also liked

klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2fadhramli
 
Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaMd Ramli Sabran
 
B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2fadhramli
 
Kesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialKesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialMd Ramli Sabran
 
Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01Md Ramli Sabran
 
A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1fadhramli
 
A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1fadhramli
 
B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2fadhramli
 
Perkhidmatan Pesakit Luar Di Klinik Pergigian Labuan
 Perkhidmatan Pesakit Luar Di Klinik Pergigian Labuan Perkhidmatan Pesakit Luar Di Klinik Pergigian Labuan
Perkhidmatan Pesakit Luar Di Klinik Pergigian Labuanpergigianwplbn
 

Viewers also liked (20)

Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013
 
klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2
 
Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar Berbahasa
 
BM "MAMPU"
BM "MAMPU"BM "MAMPU"
BM "MAMPU"
 
PROFAIL PKD KINTA
PROFAIL PKD KINTAPROFAIL PKD KINTA
PROFAIL PKD KINTA
 
TACEM 012 Set_C
TACEM 012 Set_CTACEM 012 Set_C
TACEM 012 Set_C
 
TACEM 012 Set-B1
TACEM 012 Set-B1TACEM 012 Set-B1
TACEM 012 Set-B1
 
Bahagian012 C
Bahagian012 CBahagian012 C
Bahagian012 C
 
TACEM 012 Set_A
TACEM 012 Set_ATACEM 012 Set_A
TACEM 012 Set_A
 
TACEM 012 Set-B2
TACEM 012 Set-B2TACEM 012 Set-B2
TACEM 012 Set-B2
 
Bahagian012 A
Bahagian012 ABahagian012 A
Bahagian012 A
 
Bahagian012 B
Bahagian012 BBahagian012 B
Bahagian012 B
 
B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2
 
Kesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialKesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosial
 
Modul LADAP bm2-2012
Modul LADAP bm2-2012Modul LADAP bm2-2012
Modul LADAP bm2-2012
 
Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01
 
A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1
 
A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1
 
B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2
 
Perkhidmatan Pesakit Luar Di Klinik Pergigian Labuan
 Perkhidmatan Pesakit Luar Di Klinik Pergigian Labuan Perkhidmatan Pesakit Luar Di Klinik Pergigian Labuan
Perkhidmatan Pesakit Luar Di Klinik Pergigian Labuan
 

Similar to klinik pintar BM - HOTS 1

BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdfBM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdfzauyahsaad
 
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRar-rifke.com
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Muhammad Sufian
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Ruslaili Ibrahim
 
Bm pemahaman sarawak
Bm pemahaman sarawakBm pemahaman sarawak
Bm pemahaman sarawakSiti Mariam
 
Pmr Bm Kertas 1 Set 1
Pmr Bm Kertas 1 Set 1Pmr Bm Kertas 1 Set 1
Pmr Bm Kertas 1 Set 1Kay Aniza
 
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)Amar Arif
 
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4Husna Mahirah Hasan
 

Similar to klinik pintar BM - HOTS 1 (20)

Bm1
Bm1Bm1
Bm1
 
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdfBM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
 
Bm1 pmr 2009
Bm1 pmr 2009Bm1 pmr 2009
Bm1 pmr 2009
 
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
 
Bm (1) Gerak Gempur Perak
Bm (1)  Gerak Gempur PerakBm (1)  Gerak Gempur Perak
Bm (1) Gerak Gempur Perak
 
Bm (1) Gerak Gempur Perak
Bm (1)  Gerak Gempur PerakBm (1)  Gerak Gempur Perak
Bm (1) Gerak Gempur Perak
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Bm pemahaman sarawak
Bm pemahaman sarawakBm pemahaman sarawak
Bm pemahaman sarawak
 
Soalan sumatif1(2015)
Soalan sumatif1(2015)Soalan sumatif1(2015)
Soalan sumatif1(2015)
 
Bm k1 2009
Bm k1 2009Bm k1 2009
Bm k1 2009
 
Pmr Bm Kertas 1 Set 1
Pmr Bm Kertas 1 Set 1Pmr Bm Kertas 1 Set 1
Pmr Bm Kertas 1 Set 1
 
Soalan-Tatabahasa-BM.docx
Soalan-Tatabahasa-BM.docxSoalan-Tatabahasa-BM.docx
Soalan-Tatabahasa-BM.docx
 
Pemahaman sk set 4
Pemahaman sk set 4Pemahaman sk set 4
Pemahaman sk set 4
 
Kertas 1 a
Kertas 1 aKertas 1 a
Kertas 1 a
 
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)
 
Penilaian sumatif
Penilaian sumatifPenilaian sumatif
Penilaian sumatif
 
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
Bm SK Kertas 1
Bm  SK Kertas 1Bm  SK Kertas 1
Bm SK Kertas 1
 
Bm SK Kertas 1
Bm  SK Kertas 1Bm  SK Kertas 1
Bm SK Kertas 1
 

Recently uploaded

PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024RahmadLalu1
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdfAfriYani29
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024panyuwakezia
 

Recently uploaded (20)

PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
 

klinik pintar BM - HOTS 1

  • 1. Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 2 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Soalan 1 hingga 14 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Istana Alam Shah yang terletak di bandar diraja Klang merupakan tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam. A beradu B bertabal C bersiram D bersemayam 2 Sultan Nazrin Maizuddin Shah telah ________ bagi merasmikan Karnival Belia 1Malaysia di Dataran Menara Condong, Teluk Intan. A mencemar duli B merapak sembah C menjunjung kasih D Memohon perkenan Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3 Aliran air sungai itu menjadi semakin perlahan apabila sampai di kawasan ________ sungai yang dipenuhi sampah sarap. A hulu B kuala C tebing D lembah 4 “Jika mahu memenangi pertandingan bicara berirama ini, ________ perlu berlatih dengan bersungguh-sungguh,” kata Farah Asyikin kepada kawan-kawannya. A kita B kami C kamu D kalian
  • 2. Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 3 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan 5 Penduduk desa bergotong-royong ________ parit bagi mengelakkan banjir kilat berlaku. A mendalami B diperdalami C memperdalam D memperdalamkan 6 Pokok renek yang rimbun dan berwarna-warni itu ________ rumah banglo Datin Zawiyah. A dipagari B memagari C dipagarkan D memagarkan Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah. 7 Adik ________ gelas plastiknya dengan soya cincau ais sambil diperhatikan oleh ibu. A tuangan B menuang C menuangi D menuangkan 8 Haziman terpaksa menuntun motosikalnya sejauh tiga kilometer kerana ________ petrol. A terputus B keputusan C pemutusan D memutuskan Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah. 9 Juan Lee hendak ________ gambar kereta itu untuk membuat satu salinan gambar tersebut. A melukis B melakar C mencetak D mengimbas
  • 3. Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 4 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan 10 Pelancong Korea itu berada di pantai ________ subuh ________ dapat melihat matahari terbit di ufuk timur. A apabila ... bagi B tatkala ... untuk C sebelum ... agar D selepas ... supaya 11 Cef Redzuawan memasukkan ________ garam kasar ke dalam ________ daging kambing masak kurma itu. A sebutir … seperiuk B secubit … sekawah C segenggam … sekawah D segenggam … semangkuk 12 Harga ________ pisang emas ialah seringgit lima puluh sen manakala _______ pisang emas pula berharga lapan ringgit. A sebiji ... sesisir B sebutir ... sesikat C sesisir ... setandan D sebutir ... setandan Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah. 13 Kerja-kerja __________ jalan raya itu rancak dijalankan sebelum menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri. A kelebaran B dilebarkan C memperlebar D memperlebarkan 14 “Padi yang sedang menguning itu kelihatan ________ apabila ditiup angin,” kata Maisarah Husna kepada ibunya. A menari-nari B meliang-liuk C melonjak-lonjak D melenggang-lengguk
  • 4. Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 5 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan Soalan 15 hingga 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 15 I Orang atas haruslah kita hormati kerana jawatan yang disandangnya itu. II Negara kita mendapat tempat atas dalam Sukan Komanwel baru-baru ini. III Ahmad Murad meletakkan jawatan pengurus bank itu bukan atas kemahuannya. IV Atas kesedaran yang tinggi, dia berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya. A B C D I dan II II dan III II dan IV III dan IV 16 I Hafis Syahmi tercicir bas sekolah kerana dia bangun lewat pada pagi itu. II Buah mangga di dalam kotak itu tercicir kerana bahagian bawah kotak itu bocor. III Adela tercicir tas tangannya sewaktu keluar daripada komuter yang penuh-sesak itu. IV Nama Mizani tercicir daripada senarai pemain hoki yang akan mewakili daerah Kinta. A B C D I dan III II dan IV I, II dan IV II, III dan IV 17 I Tongkang yang membawa pendatang tanpa izin itu karam dipukul gelombang besar. II Penimbang gelombang mikro digunakan untuk menimbang emas dan berlian sahaja. III Gelombang radio tidak dapat diterima dengan baik di kawasan yang berbukit-bukau. IV Dia mengalami kerosakan gelombang telinga yang serius akibat terjolok benda tajam. A B C D I dan III II dan IV I, II dan III II, III dan IV 1 Dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan membentuk kata bilangan tersebut. Kita mestilah mengeja sepenuhnya kata bilangan berkenaan sebagai satu bentuk yang mematuhi sistem morfologi tatabahasa bahasa Melayu. Teliti penggunaan kata bilangan dalam ayat contoh di bawah ini. 1.1 Setiap satu acara sukan olahraga itu telah ditaja oleh ibu bapa murid. 5 Setiap/Tiap-tiap acara sukan olahraga itu telah ditaja oleh ibu bapa murid. 3 1.2 Berbagai kaedah pertanian moden diperkenalkan kepada peserta kursus. 5 Berbagai-bagai kaedah pertanian moden diperkenalkan kepada peserta kursus. 3 1.3 Antara kedua tugasan itu, satu daripadanya dilakukan secara berkumpulan. 5 Antara kedua-dua tugasan itu, satu daripadanya dilakukan secara berkumpulan. 3
  • 5. Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 6 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan Soalan 18 hingga 20 Pilih ayat yang betul. 18 I Dia terserempak dengan sahabat lamanya di pusat membeli-belah Aeon. II Rumah berkembar dua tingkat ini kami duduki sejak empat tahun yang lalu. III Abang dan kawan-kawannya memancing udang galah di sungai itu sejak dari pagi. IV Gulai kepala ikan merah itu adalah untuk hidangan makan tengah hari keluarganya. A B C D I dan II II dan III II dan IV III dan IV 19 I Puan Adriena menyelongkar dapur kabinet untuk mencari rempah nasi beriani. II Sazmer tidak tahan melihat ibunya menjeruk hati disebabkan perangai abangnya itu. III Encik Zulhelmi tersenyum puas bila menerima sekeping cek daripada pelanggannya. IV Nesrina bercita-cita mahu melakar kejayaan dalam bidang pertanian seperti ayahnya. A B C D I dan II I dan III II dan IV III dan IV 20 I Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja. II Pasukan kastam berjaya melakukan rampasan terbesar beras siam petang semalam. III Emak mengkhaskan lauk-pauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. IV Kamus ekabahasa yang baru diterbitkan itu dijual dengan harga yang amat berpatutan. A B C D I dan II I dan III II dan IV III dan IV 2 Kata adjektif hanya menerima imbuhan awalan mempeR- dan tidak menerima imbuhan apitan mempeR-…-kan. Teliti ayat contoh di bawah ini. 2.1 Ayah memperbesar reban ayam serama di belakang rumah. 3 Ayah memperbesarkan reban ayam serama di belakang rumah. 5 2.2 Para pekerja memperdalam longkang di kawasan perumahan itu. 3 Para pekerja memperdalamkan longkang di kawasan perumahan itu. 5 2.3 Kerja memperlebar jalan di kawasan pedalaman itu sudah bermula. 3 Kerja memperlebarkan jalan di kawasan pedalaman itu sudah bermula. 5 2.4 Kerajaan memperluas kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang. 3 Kerajaan memperluaskan kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang. 5
  • 6. Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 7 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan Soalan 21 hingga 25 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 15, Pesona Lahat Baru 2, Bandar Baru Lahat, 31500 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. 10 Oktober 2013. Ke hadapan kakanda Saidi Nazman yang berada di Sarawak, adinda doakan semoga kakanda berada dalam keadaan sejahtera. Kakanda Saidi Nazman yang disayangi, Apa khabar kakanda sekarang? Bagaimana dengan pengajian kakanda di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)? Adinda berharap semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Adinda, bonda dan ayahanda semuanya dalam keadaan sihat. Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk bertanya khabar tentang kakanda. Selain itu, adinda juga ingin memaklumkan khabar tentang kejayaan adinda dalam pertandingan Pidato Diraja peringkat daerah yang telah adinda sertai. Adinda telah menyertai pertandingan Pidato Diraja yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Daerah Kinta Utara. Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memilih wakil daerah ke peringkat negeri. Kini, adinda sibuk membuat latihan dan persiapan untuk menghadapi pertandingan peringkat negeri yang akan dijalankan dua bulan dari sekarang. Adinda berharap agar kakanda dapat membalas surat ini dengan segera dan memberikan panduan serta tip yang berguna untuk adinda menghadapi pertandingan itu nanti. Kakanda juga boleh menghantar panduan serta tip tersebut ke alamat e-mel adinda, iaitu emynatasha@yahoo.com pada bila-bila masa. Setakat ini dahulu coretan adinda. Doakan semoga adinda mencapai kejayaan dalam pertandingan pidato peringkat negeri. Semoga kakanda juga mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan akhir semester nanti. Salam sayang daripada adinda dan anggota keluarga di sini untuk kakanda. Sekian, terima kasih. Adindamu yang benar, Emy Natasha 21 Apakah tujuan utama penulis mengutus surat kepada abangnya? A Bertanya khabar tentang abangnya di perantauan B Memaklumkan kejayaannya dalam pertandingan pidato C Meminta panduan dan tip untuk menyertai pertandingan pidato D Mengharapkan abangnya berjaya dalam pengajiannya di universiti
  • 7. Klinik “Formula 5A” Pecutan Maksimum 8 Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hak Cipta Terpelihara © Interactive Learning Solutions (Interaksi) – Pecutan Maksimum, Agresif Menawan Puncak Kecemerlangan 22 Apakah harapan dan doa penulis untuk abangnya dalam bahagian akhir surat tersebut? A Kejayaan sebagai mahasiswa cemerlang B Kejayaan menjadi seorang jurutera binaan C Kejayaan memperoleh biasiswa pendidikan D Kejayaan dalam peperiksaan akhir semester 23 Selain melalui surat, penulis juga memohon supaya abangnya menghantar panduan dan tip tentang pidato melalui A mesin faks. B laman web. C alamat e-mel. D pesanan ringkas. 24 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan surat di atas. A Penulis menghubungi abangnya melalui telefon bimbit. B Penulis dan keluarganya tinggal di Bandar Baru Lahat, Ipoh. C Penulis mewakili sekolah ke pertandingan pidato peringkat negeri. D Penulis telah menyertai pertandingan Pidato Diraja peringkat negeri. 25 Perkataan coretan dalam petikan surat tersebut merujuk A gambaran secara ringkas. B panduan cepat dan pantas. C huraian maklumat terancang. D ringkasan maklumat keluarga. 3 Kata bilangan tentu (kardinal), contohnya (tiga/lima puluh/tujuh ratus/sepuluh ribu) dan kata bilangan himpunan, contohnya (beratus-ratus/berguni-guni/jutaan) mesti diikuti oleh penjodoh bilangan. Teliti ayat contoh di bawah ini bagi menjelaskan maksud tersebut. 3.1 Nuri memiliki empat kereta mewah dan dua motosikal kuasa tinggi. 5 Nuri memiliki empat buah kereta mewah dan dua buah motosikal kuasa tinggi. 3 3.2 Ketiga-tiga pegawai Bank Islam itu ialah kawan baik abang sepupu saya. 5 Ketiga-tiga orang pegawai Bank Islam itu ialah kawan baik abang sepupu saya. 3 3.3 Pertandingan akhir hoki remaja itu disaksikan oleh beribu-ribu penonton. 5 Pertandingan akhir hoki remaja itu disaksikan oleh beribu-ribu orang penonton. 3 4 Kata bilangan tak tentu, contohnya (segala/semua/para/seluruh/sedikit/beberapa/banyak) tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan kecuali kata bilangan “beberapa”. 4.1 Semua murid mesti mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah. 3 Semua orang murid mesti mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah. 5 4.2 Beberapa nelayan telah berpakat mengusahakan ternakan udang galah. 5 Beberapa orang nelayan telah berpakat mengusahakan ternakan udang galah. 3