SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Saharuddin Abdullah
 SMK Sijangkang Jaya
Kemahiran Berbahasa
   Laluan Morfologi
Membina ayat




 6 markah diperuntukkan untuk bahagian ini.
  – 2. Bentuk kata yang disediakan untuk membina ayat ada 2 jenis, iaitu ;
    • a. Kata tunggal
    • b. Pasangan kata
  – Terdapat 3-6 patah perkataan/pasangan kata akan dikemukakan.
  – Terdapat 12 jenis soalan membina ayat.




                                                                             3
a. Membina ayat daripada kata ganda



 Ada 5 jenis kata ganda
     Kata ganda seluruh
     Kata ganda semua
     Kata ganda separa
     Kata ganda berima/bersajak
     Kata ganda berimbuhan
 Contoh :
   Ayah dan ibu sibuk melayan tetamu yang baru sampai dari kampung.
   Keadaan di pasar raya itu menjadi kelam-kabut apabila berlaku satu letupan.
   Kakak mengambil masa yang agak lama untuk memakai kanta sesentuh itu.


                                                                                  4
b. Membina ayat daripada kata yang
                        hampir sama makna.

  menggoreng                      merebus
  memanggang                      menanak
  menjerang                       mengukus

Contoh ayat :
  Ibu merebus ketupat untuk dijadikan hidangan di hari raya.
  Izzah ditugaskan untuk menanak nasi dalam perkhemahan itu.
  Puan Khasnah mengukus pulut untuk dimakan dengan durian.
  Kami menjerang air menggunakan cerek yang baru dibeli.
  Abang memanggang ayam di halaman rumah bersama dengan kakak.
  Pak Lang menggoreng beberapa ekor ikan untuk dibawa berkelah.

                                                                   5
Membina ayat daripada kata dasar dan
                             kata terbitan

 hati                               perhatian
 berhati-hati                       pemerhatian
 memperhatikan                      pemerhati
 Hati lembu itu dijual dengan harga RM25.00 sekilogram.
 Orang diminta berhati-hati apabila melalui lorong itu.
 Guru disiplin sedang memperhatikan gerak-geri sekumpulan pelajar yang
  berada dibelakang kantin.
 Pelajar itu memberi perhatian terhadap ceramah yang disampaikan oleh
  Ketua Polis Balai.
 Pemerhatian yang rapi perlu diberi terhadap pesakit kronik itu.
 Pemerhati politik menjangkakan pilihanraya akan diadakan pada tahun ini

                                                                       6
Membina ayat daripada kata dasar dan
                          kata ganda seluruh

                               tua – tua-tua
                               jarang – jarang-jarang
                               angkut – angkut-angkut
Contoh ayat:
Pekerja itu memetik semua buah yang sudah tua.
Orang tua-tua tidak dibenarkan mengunjungi pusat hiburan itu.
Pakaian jarang tidak manis dipakai oleh golongan wanita Melayu.
Sejak kejadian itu, saya lihat Aminah jarang-jarang keluar rumah.
Semua perabot itu saya telah angkut ke raung tamu.
Sarang angkut-angkut itu telah dibuang oleh ayah petang semalam.


                                                                     7
Membina ayat daripada kata hommograf
                       (kata sama ejaan tapi lain sebutan)

    selak – selak
    sepak – sepak
    rendang – rendang
 Selak di pintu rumah saya telah dikopak oleh pencuri.
 “Selak helaian buku itu satu persatu untuk mencari ayat yang saya tulis di
  papan putih ini,” arah cikgu Abel kepada pelajarnya.
 “Sila sepak bola itu ke arah adik kamu,” pinta ayah kepada abang.
 “Tergamak kamu sepak muka adik kamu,” marah ayah pada kakak.
 Pohon rendang di tepi jalan itu dijadikan tempat berteduh kami.
 Pelajar 5 Sains 1 membawa rendang ayam ke majlis jamuan hari raya.


                                                                           8
Membina ayat daripada kata terbitan


                                   membawa – pembawaan
                                   menentang – penentangan
                                   membakar - pembakaran
 Bas itu membawa 40 orang pelajar mengikuti rombongan sekolah.
 “Kamu muntah-muntah ni sebab pembawaan budak,” kata ibu pada kakak.
 Sekolah Sijangkang akan menentang pasukan Sekolah Jenjarom dalam
  perlawanan akhir pertandingan bola sepak.
 Penentangan Orang Melayu terhadap Gagasan Malayan Union
  menyebabkan pihak Inggeris terpaksa mengalah.
 Pak Kamal membakar sampah di belakang rumah.
 Pembakaran sampah secara terbuka dilarang oleh pihak berkuasa.

                                                                   9
Membina ayat daripada kata majmuk dan
                            kata ganda seluruh

 panas terik – panas-panas
 tinggi lampai – tinggi-tinggi
 pahit maung – pahit pahit
   Contoh ayat.
   “Sedap sekali pisang goreng ini bila dimakan panas-panas,” kata Faiz.
   Dia dijemur di bawah panas terik matahari kerana merokok di sekolah.
   Pramugara yang tinggi lampai itu ditemui mati di rumah sewanya.
   Lompat tinggi-tinggi supaya kamu boleh mengambil buah mempelam itu.
   Segala pahit manis sepanjang perjalanan hidupnya akan dibukukan.
   Ubat yang saya makan tadi pahit-pahit belaka.


                                                                            10
Membina ayat daripada kata dasar dan
                         kata ganda berimbuhan

     tendang – tendang–menendang
     malam – semalam-malaman
     patah – mematah-matahkan
   Contoh ayat.
   “Janganlah tendang barang-barang tu,” marah ayah pada adik.
   Kejadian tendang-menendang itu telah mencetuskan pergaduhan besar.
   Setiap malam kami akan mengikuti program pengajian di masjid.
   Semalam-malaman kami mencari kanak-kanak yang hilang.
   Kerusi itu patah diterajang oleh budak nakal itu.
   Kamal mematah-matahkan ranting kayu untuk dijadikan unggun api.


                                                                         11
Membina ayat daripada kata dasar dan
                             kata majmuk

 gulung – gulung tikar
 cabut – cabut lari
 hentam – hentam keromo
 Contoh ayat:
 “Tolong gulung tikar itu dan simpan di setor,” pinta Pak Ali .
 Ramai peniaga terpaksa gulung tikar kerana ekonomi dunia meleset.
 “Tolong cabut kayu yang tertanam di hadapan rumah, “ pinta ibu.
 Peserta kursus itu cabut lari apabila terserempak dengan orang gila.
 “Siapkan kerja kamu dengan sempurna, jangan buat hentam saja,” nasihat
  guru kepada pelajarnya.
 Jawapan hentam keromo menyebabkan dia gagal dalam ujian itu.

                                                                      12
Membina ayat daripada kata ganda seluruh
                            dan kata terbitan

 terang – terang                      memasakkan
 menerangkan                          rata-rata
 masak-masak                          meratakan
   Contoh ayat.
   Perbuatan pemandu itu terang-terang menyalahi peraturan lalu-lintas.
   Cikgu menerangkan cara-cara menjawab soalan bahagian rumusan.
   Fikirlah masak-masak sebelum anda mengambil tindakan terhadapnya.
   Syawal memasakkan isterinya sup ayam untuk hidangan tengah hari.
   Rata-rata pelajar sekolah ini berbasikal ke sekolah.
   Jentolak itu meratakan tanah dihadapan sekolah saya.


                                                                           13
Membina ayat daripada kata yang berbeza
                    maknanya tetapi hampir sama bunyi

 tempoh                               kebah
 tempuh                               rentap
 kebas                                rentak
   Contoh ayat:
   Pegawai itu itu hampir tamat tempoh perkhidmatannya dengan kerajaan.
   Segala halangan berjaya saya tempuh sepanjang aktiviti lasak itu.
   “Sampai hati awak kebas barang peniaga itu,” kata Azli kepada rakannya.
   Pak Cik Iwan baru saja kebah daripada demam selesema.
   “Jangan kamu rentap joran itu, nanti ikannya terlepas,” tegur Naim.
   Pelajar itu menari mengikut rentak muzik yang dimainkan.


                                                                          14
Membina ayat daripada kata
                              banyak makna

                        haus
                        buku
                        batas
 Contoh ayat:
 Amran berasa haus kerana cuaca hari ini sangat panas.
 Tayar kereta itu telah haus dan boleh mengakibatkan kemalangan.
 Semua buku kerja itu telah disemak oleh guru.
 Kami membeli beberapa buku roti untuk dibawa ke program itu.
 Islam telah menetapkan had batas pergaulan antara lelaki dan
  perempuan.
 Sayur-sayuran itu ditanam di atas batas yang telah digembur.

                                                                    15
Teknik Membina ayat




                      16
TEKNIK MEMBINA AYAT



 Ayat yang dibina mestilah ayat yang lengkap,sempurna dan
  gramatis sesuai dengan tahap pemikiran seorang pelajar SPM.
 Digalakkan pelajar membina antara lapan hingga enam belas
  patah perkataan bagi membina ayat daripada satu perkataan.
 Ayat yang dibina mesti dapat membezakan makna kata yang
  diberikan.Sekiranya ayat itu tidak menunjukkan perbezaan makna
  kata,maka markah tidak dapat diberikan.




                                                              17
TEKNIK MEMBINA AYAT


 Ingat, makna sesuatu perkataan dapat berubah melalui
     pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Justeru elakkan
     daripada :
i. menambahkan/menggugurkan sebarang imbuhan kepada kata
     yang diberikan dalam soalan.
       ( cth : meningkat ------- meningkatkan )
ii. Elakkan menggandakan kata yang diberikan dalam soalan.
             ( cth : anak -------- anak-anak )
iii. Elakkan memajmukkan kata yang diberikan dalam soalan.
             ( cth : anak------- anak buah )

                                                                18
TEKNIK MEMBINA AYAT



 Jangan bentuk ungkapan, kiasan, cogan kata atau simpulan
  bahasa daripada kata yang diberikan dalam soalan.
         ( cth : bahasa ----- Bahasa Jiwa Bangsa )
 Tiada markah diberi jika perkataan yang diberi dijadikan sebagai
  kata nama khas
         ( cth:genting-Genting Highlands)
 Jika membuat ayat daripada pasangan perkataan,namun jawapan
  pelajar tidak menunjukkan perbezaan maksud, ayat pertama
  yang betul akan diberikan markah.


                                                                19
TEKNIK MEMBINA AYAT



 Ayat dalam bentuk cakap ajuk boleh dibina (terutama bagi
  perkataan yang tidak berimbuhan) tetapi peraturan menulis bentuk
  cakap ajuk mestilah dipatuhi. Jika gagal berbuat demikian,
  setengah markah akan dipotong.
  Cth perkataan : pukul
   Cth ayat : “Anjeli, pukul anjing itu kerana ibu takut anjing itu mungkin
    akan menggigit adik kamu yang sedang bermain di taman itu,” kata ibu
    kepada Anjeli.
 Gariskan perkataan yang diberikan dalam binaan ayat agar
  senang dikesan oleh pemeriksa.

                                                                         20
TEKNIK MEMBINA AYAT


 Elakkan daripada sebarang kesalahan ejaan atau kesalahan
  bahasa. Setengah markah akan dipotong jika terdapat kesalahan
  ejaan, kesalahan tanda baca atau struktur ayat yang tidak jelas.
 Salah satu daripada syarat membina ayat dalam Soalan 3a ialah
  ayat yang dibina mestilah terdiri daripada SATU AYAT SAHAJA.
  Oleh hal yang demikian, pelajar tidak dibenarkan membina dua
  ayat atau lebih bagi sesuatu perkataan( kecuali homograf atau
  ada arahan yang mengatakan sebaliknya)
 Cth : Orang tua itu bongkok. Oleh itu, dia berjalan dengan
  menggunakan tongkat. ( salah )


                                                                 21
TEKNIK MEMBINA AYAT



  Orang tua yang bongkok itu berjalan dengan menggunakan tongkat
    (betul)
Elak menggunakan semua perkataan yang diberikan untuk
membina SATU ayat sahaja.
  Cth perkataan : pendidik, mendidik, pendidikan, didik,
  Cth ayat : Pendidik itu gigih mendidik anak didiknya kerana beliau
   mahu mereka memperoleh pendidikan yang sempurna.




                                                                        22
Latihan 1.


 Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas
  menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud
  dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan
  pada kata-kata tersebut.

   stesen
   pencen
   lesen
   opsyen
   eksyen
   komitmen

                                                                  23
Latihan 1.


 Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas
  menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud
  dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan
  pada kata-kata tersebut.

 kelangsungan – melangsungkan
 Kedalaman – mendalamkan
 Kesamaan - menyamakan




                                                                  24
Latihan 1.


 Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas
  menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud
  dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan
  pada kata-kata tersebut.

•amal
•beramal
•mengamalkan
•amalan
•pengamalan
•pengamal

                                                                  25
Latihan 1.


 Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas
  menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud
  dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan
  pada kata-kata tersebut.

   sebak
   sesak
   segak
   ramah
   resah
   redah

                                                                  26
Latihan 1.


 Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas
  menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud
  dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan
  pada kata-kata tersebut.

   menjangkau
   melangkau
   merayau
   memantau
   merantau
   memukau

                                                                  27
Sekian, terima kasih.




Kuasai bahasa anda dengan betul




                                  28

More Related Content

What's hot

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...Normarjana Ibrahim
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangHT Hong
 
ayat aktif dan ayat pasif
ayat aktif dan ayat pasifayat aktif dan ayat pasif
ayat aktif dan ayat pasifcsriuma
 
Jenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis AyatJenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis AyatAhliBM
 
Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifly infinitryx
 
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclkCara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclksmktsj2
 
Pelajaran 4 Larangan Rasuah
Pelajaran 4 Larangan RasuahPelajaran 4 Larangan Rasuah
Pelajaran 4 Larangan RasuahNUR
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayatNurull Sya
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdfLIMXINGHOOIMoe
 
Ayat penyata
Ayat penyata Ayat penyata
Ayat penyata firo HAR
 

What's hot (20)

Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
ayat aktif dan ayat pasif
ayat aktif dan ayat pasifayat aktif dan ayat pasif
ayat aktif dan ayat pasif
 
Jenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis AyatJenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis Ayat
 
B2 morfologi (membina ayat)
B2 morfologi (membina ayat)B2 morfologi (membina ayat)
B2 morfologi (membina ayat)
 
Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektif
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclkCara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
 
Pelajaran 4 Larangan Rasuah
Pelajaran 4 Larangan RasuahPelajaran 4 Larangan Rasuah
Pelajaran 4 Larangan Rasuah
 
Subjek dan predikat
Subjek dan predikatSubjek dan predikat
Subjek dan predikat
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
Nota morfologi
Nota morfologiNota morfologi
Nota morfologi
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
 
Ayat penyata
Ayat penyata Ayat penyata
Ayat penyata
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Kata Tugas 1
Kata Tugas 1Kata Tugas 1
Kata Tugas 1
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
 
Peribahasa kerjasama
Peribahasa kerjasamaPeribahasa kerjasama
Peribahasa kerjasama
 

More from Kementerian Pelajaran Malaysia

Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKementerian Pelajaran Malaysia
 

More from Kementerian Pelajaran Malaysia (20)

Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdfTeknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
 
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptxTIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Sinopsis novel tirani
Sinopsis novel tiraniSinopsis novel tirani
Sinopsis novel tirani
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
 
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remajaRangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
 
Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020
 
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayangKarangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
 
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplinKarangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
 
Karangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awamKarangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awam
 
Karangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covidKarangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covid
 
Gurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketigaGurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketiga
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Teknik menjawab kertas 2
Teknik menjawab  kertas 2Teknik menjawab  kertas 2
Teknik menjawab kertas 2
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
B7 novel
B7 novelB7 novel
B7 novel
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaB5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhanB4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
 

Recently uploaded

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 

Recently uploaded (11)

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 

Morfologi (membina ayat)

  • 1. Saharuddin Abdullah SMK Sijangkang Jaya
  • 2. Kemahiran Berbahasa Laluan Morfologi
  • 3. Membina ayat  6 markah diperuntukkan untuk bahagian ini. – 2. Bentuk kata yang disediakan untuk membina ayat ada 2 jenis, iaitu ; • a. Kata tunggal • b. Pasangan kata – Terdapat 3-6 patah perkataan/pasangan kata akan dikemukakan. – Terdapat 12 jenis soalan membina ayat. 3
  • 4. a. Membina ayat daripada kata ganda  Ada 5 jenis kata ganda  Kata ganda seluruh  Kata ganda semua  Kata ganda separa  Kata ganda berima/bersajak  Kata ganda berimbuhan  Contoh :  Ayah dan ibu sibuk melayan tetamu yang baru sampai dari kampung.  Keadaan di pasar raya itu menjadi kelam-kabut apabila berlaku satu letupan.  Kakak mengambil masa yang agak lama untuk memakai kanta sesentuh itu. 4
  • 5. b. Membina ayat daripada kata yang hampir sama makna.  menggoreng  merebus  memanggang  menanak  menjerang  mengukus Contoh ayat :  Ibu merebus ketupat untuk dijadikan hidangan di hari raya.  Izzah ditugaskan untuk menanak nasi dalam perkhemahan itu.  Puan Khasnah mengukus pulut untuk dimakan dengan durian.  Kami menjerang air menggunakan cerek yang baru dibeli.  Abang memanggang ayam di halaman rumah bersama dengan kakak.  Pak Lang menggoreng beberapa ekor ikan untuk dibawa berkelah. 5
  • 6. Membina ayat daripada kata dasar dan kata terbitan  hati  perhatian  berhati-hati  pemerhatian  memperhatikan  pemerhati  Hati lembu itu dijual dengan harga RM25.00 sekilogram.  Orang diminta berhati-hati apabila melalui lorong itu.  Guru disiplin sedang memperhatikan gerak-geri sekumpulan pelajar yang berada dibelakang kantin.  Pelajar itu memberi perhatian terhadap ceramah yang disampaikan oleh Ketua Polis Balai.  Pemerhatian yang rapi perlu diberi terhadap pesakit kronik itu.  Pemerhati politik menjangkakan pilihanraya akan diadakan pada tahun ini 6
  • 7. Membina ayat daripada kata dasar dan kata ganda seluruh tua – tua-tua jarang – jarang-jarang angkut – angkut-angkut Contoh ayat: Pekerja itu memetik semua buah yang sudah tua. Orang tua-tua tidak dibenarkan mengunjungi pusat hiburan itu. Pakaian jarang tidak manis dipakai oleh golongan wanita Melayu. Sejak kejadian itu, saya lihat Aminah jarang-jarang keluar rumah. Semua perabot itu saya telah angkut ke raung tamu. Sarang angkut-angkut itu telah dibuang oleh ayah petang semalam. 7
  • 8. Membina ayat daripada kata hommograf (kata sama ejaan tapi lain sebutan)  selak – selak  sepak – sepak  rendang – rendang  Selak di pintu rumah saya telah dikopak oleh pencuri.  “Selak helaian buku itu satu persatu untuk mencari ayat yang saya tulis di papan putih ini,” arah cikgu Abel kepada pelajarnya.  “Sila sepak bola itu ke arah adik kamu,” pinta ayah kepada abang.  “Tergamak kamu sepak muka adik kamu,” marah ayah pada kakak.  Pohon rendang di tepi jalan itu dijadikan tempat berteduh kami.  Pelajar 5 Sains 1 membawa rendang ayam ke majlis jamuan hari raya. 8
  • 9. Membina ayat daripada kata terbitan  membawa – pembawaan  menentang – penentangan  membakar - pembakaran  Bas itu membawa 40 orang pelajar mengikuti rombongan sekolah.  “Kamu muntah-muntah ni sebab pembawaan budak,” kata ibu pada kakak.  Sekolah Sijangkang akan menentang pasukan Sekolah Jenjarom dalam perlawanan akhir pertandingan bola sepak.  Penentangan Orang Melayu terhadap Gagasan Malayan Union menyebabkan pihak Inggeris terpaksa mengalah.  Pak Kamal membakar sampah di belakang rumah.  Pembakaran sampah secara terbuka dilarang oleh pihak berkuasa. 9
  • 10. Membina ayat daripada kata majmuk dan kata ganda seluruh  panas terik – panas-panas  tinggi lampai – tinggi-tinggi  pahit maung – pahit pahit  Contoh ayat.  “Sedap sekali pisang goreng ini bila dimakan panas-panas,” kata Faiz.  Dia dijemur di bawah panas terik matahari kerana merokok di sekolah.  Pramugara yang tinggi lampai itu ditemui mati di rumah sewanya.  Lompat tinggi-tinggi supaya kamu boleh mengambil buah mempelam itu.  Segala pahit manis sepanjang perjalanan hidupnya akan dibukukan.  Ubat yang saya makan tadi pahit-pahit belaka. 10
  • 11. Membina ayat daripada kata dasar dan kata ganda berimbuhan  tendang – tendang–menendang  malam – semalam-malaman  patah – mematah-matahkan  Contoh ayat.  “Janganlah tendang barang-barang tu,” marah ayah pada adik.  Kejadian tendang-menendang itu telah mencetuskan pergaduhan besar.  Setiap malam kami akan mengikuti program pengajian di masjid.  Semalam-malaman kami mencari kanak-kanak yang hilang.  Kerusi itu patah diterajang oleh budak nakal itu.  Kamal mematah-matahkan ranting kayu untuk dijadikan unggun api. 11
  • 12. Membina ayat daripada kata dasar dan kata majmuk  gulung – gulung tikar  cabut – cabut lari  hentam – hentam keromo  Contoh ayat:  “Tolong gulung tikar itu dan simpan di setor,” pinta Pak Ali .  Ramai peniaga terpaksa gulung tikar kerana ekonomi dunia meleset.  “Tolong cabut kayu yang tertanam di hadapan rumah, “ pinta ibu.  Peserta kursus itu cabut lari apabila terserempak dengan orang gila.  “Siapkan kerja kamu dengan sempurna, jangan buat hentam saja,” nasihat guru kepada pelajarnya.  Jawapan hentam keromo menyebabkan dia gagal dalam ujian itu. 12
  • 13. Membina ayat daripada kata ganda seluruh dan kata terbitan  terang – terang  memasakkan  menerangkan  rata-rata  masak-masak  meratakan  Contoh ayat.  Perbuatan pemandu itu terang-terang menyalahi peraturan lalu-lintas.  Cikgu menerangkan cara-cara menjawab soalan bahagian rumusan.  Fikirlah masak-masak sebelum anda mengambil tindakan terhadapnya.  Syawal memasakkan isterinya sup ayam untuk hidangan tengah hari.  Rata-rata pelajar sekolah ini berbasikal ke sekolah.  Jentolak itu meratakan tanah dihadapan sekolah saya. 13
  • 14. Membina ayat daripada kata yang berbeza maknanya tetapi hampir sama bunyi  tempoh  kebah  tempuh  rentap  kebas  rentak  Contoh ayat:  Pegawai itu itu hampir tamat tempoh perkhidmatannya dengan kerajaan.  Segala halangan berjaya saya tempuh sepanjang aktiviti lasak itu.  “Sampai hati awak kebas barang peniaga itu,” kata Azli kepada rakannya.  Pak Cik Iwan baru saja kebah daripada demam selesema.  “Jangan kamu rentap joran itu, nanti ikannya terlepas,” tegur Naim.  Pelajar itu menari mengikut rentak muzik yang dimainkan. 14
  • 15. Membina ayat daripada kata banyak makna  haus  buku  batas  Contoh ayat:  Amran berasa haus kerana cuaca hari ini sangat panas.  Tayar kereta itu telah haus dan boleh mengakibatkan kemalangan.  Semua buku kerja itu telah disemak oleh guru.  Kami membeli beberapa buku roti untuk dibawa ke program itu.  Islam telah menetapkan had batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.  Sayur-sayuran itu ditanam di atas batas yang telah digembur. 15
  • 17. TEKNIK MEMBINA AYAT  Ayat yang dibina mestilah ayat yang lengkap,sempurna dan gramatis sesuai dengan tahap pemikiran seorang pelajar SPM.  Digalakkan pelajar membina antara lapan hingga enam belas patah perkataan bagi membina ayat daripada satu perkataan.  Ayat yang dibina mesti dapat membezakan makna kata yang diberikan.Sekiranya ayat itu tidak menunjukkan perbezaan makna kata,maka markah tidak dapat diberikan. 17
  • 18. TEKNIK MEMBINA AYAT  Ingat, makna sesuatu perkataan dapat berubah melalui pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Justeru elakkan daripada : i. menambahkan/menggugurkan sebarang imbuhan kepada kata yang diberikan dalam soalan. ( cth : meningkat ------- meningkatkan ) ii. Elakkan menggandakan kata yang diberikan dalam soalan. ( cth : anak -------- anak-anak ) iii. Elakkan memajmukkan kata yang diberikan dalam soalan. ( cth : anak------- anak buah ) 18
  • 19. TEKNIK MEMBINA AYAT  Jangan bentuk ungkapan, kiasan, cogan kata atau simpulan bahasa daripada kata yang diberikan dalam soalan. ( cth : bahasa ----- Bahasa Jiwa Bangsa )  Tiada markah diberi jika perkataan yang diberi dijadikan sebagai kata nama khas ( cth:genting-Genting Highlands)  Jika membuat ayat daripada pasangan perkataan,namun jawapan pelajar tidak menunjukkan perbezaan maksud, ayat pertama yang betul akan diberikan markah. 19
  • 20. TEKNIK MEMBINA AYAT  Ayat dalam bentuk cakap ajuk boleh dibina (terutama bagi perkataan yang tidak berimbuhan) tetapi peraturan menulis bentuk cakap ajuk mestilah dipatuhi. Jika gagal berbuat demikian, setengah markah akan dipotong. Cth perkataan : pukul  Cth ayat : “Anjeli, pukul anjing itu kerana ibu takut anjing itu mungkin akan menggigit adik kamu yang sedang bermain di taman itu,” kata ibu kepada Anjeli.  Gariskan perkataan yang diberikan dalam binaan ayat agar senang dikesan oleh pemeriksa. 20
  • 21. TEKNIK MEMBINA AYAT  Elakkan daripada sebarang kesalahan ejaan atau kesalahan bahasa. Setengah markah akan dipotong jika terdapat kesalahan ejaan, kesalahan tanda baca atau struktur ayat yang tidak jelas.  Salah satu daripada syarat membina ayat dalam Soalan 3a ialah ayat yang dibina mestilah terdiri daripada SATU AYAT SAHAJA. Oleh hal yang demikian, pelajar tidak dibenarkan membina dua ayat atau lebih bagi sesuatu perkataan( kecuali homograf atau ada arahan yang mengatakan sebaliknya)  Cth : Orang tua itu bongkok. Oleh itu, dia berjalan dengan menggunakan tongkat. ( salah ) 21
  • 22. TEKNIK MEMBINA AYAT  Orang tua yang bongkok itu berjalan dengan menggunakan tongkat (betul) Elak menggunakan semua perkataan yang diberikan untuk membina SATU ayat sahaja.  Cth perkataan : pendidik, mendidik, pendidikan, didik,  Cth ayat : Pendidik itu gigih mendidik anak didiknya kerana beliau mahu mereka memperoleh pendidikan yang sempurna. 22
  • 23. Latihan 1.  Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.  stesen  pencen  lesen  opsyen  eksyen  komitmen 23
  • 24. Latihan 1.  Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.  kelangsungan – melangsungkan  Kedalaman – mendalamkan  Kesamaan - menyamakan 24
  • 25. Latihan 1.  Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut. •amal •beramal •mengamalkan •amalan •pengamalan •pengamal 25
  • 26. Latihan 1.  Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.  sebak  sesak  segak  ramah  resah  redah 26
  • 27. Latihan 1.  Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.  menjangkau  melangkau  merayau  memantau  merantau  memukau 27
  • 28. Sekian, terima kasih. Kuasai bahasa anda dengan betul 28