SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN
BIDANG TUMPUAN (KOPERASI)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA-
MAKTAB KOPERASI MALAYSIA
SESI FEBRUARI 2014
GLUL 3033
UNDANG-UNDANG SYARIKAT
NAMA PENSYARAH
PN. NORBIHA BINTI KASMURI
NAME PELAJAR
MUHAMMAD AZAHARI BIN DASUKI 217975
NURDIANA BINTI MOHD LAILI 217932
MARINIE BINTI IBRAHIM 217939
KHAIRUNNADIA BINTI BOHARI 217940
NURUL WAHIDAH BINTI MUHAMAD ANUAR 217942
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 1
NURSYAFIKAH BINTI SHAFIEE 217961
TARIKH
24 APRIL 2014
1.0 PENGENALAN
Syarikat adalah entiti perundangan yang mempunyai hak dan tanggungannya sendiri. Syarikat
tidak mempunyai entiti fizikal, pengurusannya adalah di tangan pengarah. Pengarah adalah
sebagai pemegang amanah dan agen kepada syarikat. Kuasa yang diberikan kepada mereka
adalah melalui memorandum, artikel atau akta sendiri. Mereka adalah agen kepada syarikat
kerana syarikat berfungsi melalui mereka.
1.1 Definisi Pengarah
Pengarah adalah sebagai pemegang amanah dan ejen syarikat untuk berurusan dengan pihak luar
dan mempunyai kuasa untuk menguruskan syarikat. Pengarah diperlukan untuk berfikir,
berunding, berbicara, dan bertindak bagi pihak syarikat.
Akta tidak memberikan definisi yang lengkap mengenai 'pengarah'. Di dalam Akta Syarikat
1965 Subseksyen 4 mendefinisikan 'pengarah' sebagai:
"...termasuk sesiapa sahaja yang memegang jawatan pengarah sesebuah syarikat walau
dinamai dengan apa-apa nama pun dan termasuk seseorang yang arahan atau suruhannya
lazim diikuti oleh pengarah-pengarah syarikat, dan seorang pengarah gilir dan ganti."
Peruntukan di atas mentakrifkan pengarah sebagai semua jenis pengarah dengan apa jua nama
ianya dipanggil, termasuk pengarah silih ganti, pengarah gentian, atau pengarah bayanagan.
Pengarah bayangan seseorang yang tidak duduk dalam lembaga pengarah sebuah syarikat tetapi
arahan atau perintahnya diikuti oleh pengarah syarikat tersebut.
Jika A tidak dilantik sebagai pengarah kepada ABC Sdn Bhd tetapi arahan-arahannya lazim
dikuti oleh pengarah-pengarah ABC Sdn Bhd, dalam konteks Tafsiran Subseksyen 4, A tetap
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 2
dianggap sebagai seorang pengarah, walaupun A tidak pernah dilantik sebagai pengarah. A
adalah seorang 'pengarah bayangan'.
PENGARAH BAYANGAN
Subseksyen 4 antara lainnya mendefinisikan 'pengarah' sebagai "seseorang yang arahannya
lazim diikuti oleh pengarah-pengarah". Seseorang yang lazimnya arahannya mempengaruhi
keputusan lembaga pengarah dikenali sebagai 'pengarah bayangan'. Pengarah bayangan ini
merupakan individu-individu yang mengarah di sebalik tabir. Walaupun tidak menganggotai
lembaga pengarah tetapi arahan mereka lazimnya mempengaruhi keputusan lembaga pengarah.
Walau bagaimanapun seseorang itu tidak dianggap sebagai pengarah bayangan jika dia hanya
menasihatkan pengarah-pengarah atas keupayaan profesionalnya: Kuwait Asia Bank EC lwn
National Mutual Life Nominees Ltd (1990). Dalam menentukan yang seseorang itu adalah
seorang pengarah bayangan atau tidak, tidaklah mencukupi dengan hanya membuktikan yang
seseorang itu telah melantik seorang proksi sebagai pengarah bagi pihaknya, tetapi perlu juga
dibuktikan bahawa arahan atau suruhannya lazim diikuti oleh proksi tersebut. Kesimpulan
daripada kes di atas ialah, seseorang yang melantik orang lain sebagai proksi bagi mewakilinya
dalam lembaga pengarah tidaklah boleh terus dianggap sebagai pengarah bayangan selagi arahan
dan suruhannya tidak lazim dikuti oleh pengarah yang bertindak sebagai proksi itu.
A dilantik oleh B untuk mewakilinya dalam lembaga pengarah. A adalah seorang proksi kerana
B adalah seorang pengarah yang dilantik. Persoalannya ialah, apakah B boleh dianggap sebagai
pengarah bayangan? Sebenarnya B tidaklah boleh terus dianggap sebagai seorang pengarah
bayangan jika arahan atau suruhannya tidak lazim diikuti oleh A. Sebaliknya jika B bertindak
lebih jauh daripada itu sehinggakan arahan atau suruhannya lazim pula diikuti oleh pengarah-
pengarah, maka B akan dianggap sebagai pengarah bayangan.
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 3
Dalam keadaan tertentu, pihak bank juga boleh dianggap sebagai pengarah bayangan jika bank
berkenaan sering mencampuri dan mempengaruhi keputusan lembaga pengarah sesebuah
syarikat. Selain daripada itu, pemegang syer yang mengawal dan menguasai sesebuah syarikat
atau syarikat pemegang juga boleh dianggap sebagai pengarah bayangan oleh undang-
undang: Kuwait Asia Bank EC lwn National Mutual Life Nominees Ltd (1990). Ini kerana
seseorang individu atau sesebuah syarikat yang mengawal dan menguasai majoriti daripada
modal syer sesebuah syarikat biasanya akan mempunyai pengaruh yang besar ke atas lembaga
pengarah dalam menentukan hala cara dan tuju arah sesebuah syarikat itu walaupun mereka tidak
dilantik secara rasmi sebagai pengarah syarikat.
Pemegang syer majoriti biasanya mempengaruhi keputusan lembaga pengarah. Begitu juga
dengan syarikat pemegang yang biasanya mempengaruhi keputusan lembaga pengarah anak
syarikatnya, dan oleh itu pengarah syarikat pemegang berkenaan adalah pengarah bayangan
kepada anak syarikatnya. Misalnya, jika A adalah seorang pemegang syer majoriti, tetapi tidak
menjadi pengarah syarikat, biasanya tentu Seksyenali pengarah-pengarah syarikat yang dipilih
akan menurut segala suruhan atau arahannya. Dengan demikian A boleh dianggap oleh undang-
undang sebagai 'pengarah bayangan' kepada anak syarikatnya itu. Begitulah juga keadaannya
bagi sesebuah syarikat pemegang. Biasanya syarikat pemegang akan memilih pengarah-pengarah
yang akan menganggotai lembaga pengarah anak syarikatnya. Bolehlah ditafsirkan bahawa
lembaga pengarah anak syarikat lazimnya akan menurut suruhan dan arahan syarikat
pemegangnya. Dalam konteks ini, syarikat pemegang berkenaan boleh dianggap sebagai
pengarah bayangan.
1.2 Kategori Pengarah
Pengarah sering merujuk jawatan yang mereka sandang sebagai, misalnya pengarah eksekutif,
pengarah urusan dan sebagainya tanpa memahami bahawa nama jawatan berkenaan sahaja tidak
membawa sebarang makna di sisi undang-undang. Sebenarnya kategori jawatan pengarah tidak
diperuntukkan dalam Akta, sebaliknya ditetapkan oleh Perkara-perkara Persatuan. Kewujudan
dan kedudukan jawatan-jawatan berkenaan bergantung kepada bentuk Perkara-perkara Persatuan
(atau Memorandum Persatuan) didraf. Sesebuah syarikat tidaklah secara automatik boleh
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 4
melantik seorang Pengarah urusan misalnya, jika peruntukan mengenainya tidak terdapat dalam
Perkara-perkara Persatuannya (atau Memorandum Persatuannya).
1.2.1 Pengarah Eksekutif dan Bukan Eksekutif
Seseorang pengarah eksekutif biasanya dilantik daripada kalangan pengarah-pengarah dan
memegang jawatan bergaji dengan syarikat. Sesetengah syarikat melantik kakitangan
eksekutifnya daripada kumpulan pengurusan atasan menjadi pengarah, di samping menjawat
jawatan pengarah eksekutif. Pengarah bukan eksekutif pula biasanya tidak terlibat dengan urusan
harian syarikat, tetapi bertanggungjawab bersama-sama dengan pengarah-pengarah lain dalam
merangka dan melaksanakan polisi syarikat. Pengarah bukan eksekutif mempunyai hak dan
menanggung liabiliti yang sama seperti pengarah-pengarah lain walaupun tidak memegang
jawatan bergaji dan tidak terlibat dalam urusan harian syarikat.
1.2.2 Pengarah Urusan
Pengarah urusan dilantik oleh lembaga pengarah di bawah peruntukan Perkara-perkara Persatuan
syarikat. Perkara 91 hingga 93 Jadual A misalnya memberi kuasa kepada lembaga pengarah
untuk melantik pengarah urusan. Lembaga pengarahlah yang memutuskan mengenai
perlantikannya dan menetapkan terma-terma dan syarat-syarat perjawatannya dan menetapkan
juga takat kuasa yang akan diserahkan kepadanya. Perlantikannya boleh dibatalkan dan kuasanya
pula boleh dipinda dan diubah. Pengarah urusan tidak tertakluk kepada persaraan secara giliran
kerana ia tertakluk kepada kontrak perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan.
1.2.3 Pengarah Bersekutu
Biasanya pengarah bersekutu dipilih daripada kalangan eksekutif dalam kumpulan pengurusan
atasan. Pemilihan seseorang menjadi pengarah bersekutu bertujuan untuk bertindak sebagai
pelapis kepada pengarah-pengarah yang ada dan dilatih sebagai persediaan menganggotai
lembaga pengarah di masa hadapan. Status pengarah bersekutu dijelaskan oleh perkara 94
Jadual A seperti yang berikut:
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 5
"Pengarah-pengarah boleh dari semasa ke semasa melantik mana-mana orang menjadi pengarah
bersekutu dan boleh dari semasa ke semasa membatalkan perlantikan berkenaan. Pengarah-
pengarah boleh menetapkan, menentukan dan mengubah kuasa-kuasa, kewajipan dan saraan
mana-mana orang yang dilantik itu, tetapi seseorang yang dilantik itu tidak boleh dikehendaki
untuk memegang apa-apa syer untuk melayakkannya untuk dilantik atau mempunyai apa-apa
hak untuk hadir dan mengundi pada mana-mana mesyuarat pengarah-pengarah melainkan jika
dijemput dan dengan kebenaran pengarah-pengarah."
1.2.4 Pengarah Gilir atau Ganti
Pengarah gilir atau ganti hanya boleh dilantik jika terdapat kuasa untuk berbuat demikian dalam
Perkara-perkara Persatuan syarikat. Perkara 82, Jadual A memberikuasa kepada mana-mana
pengarah dengan kelulusan pengarah-pengarah lain, untuk melantik mana-mana orang sebagai
pengarah gilir atau ganti untuk bertindak atas kedudukannya dalam tempoh yang difikirkannya
patut.
Memandangkan pengarah gilir atau ganti termasuk dalam definisi Subseksyen 4 maka ianya
bertanggungan secara sendiri ke atas semua tindakannya dan tertakluk kepada obligasi statutori
sebagai seorang pengarah. Butir-butir diri dan jawatannya perlu dimasukkan dalam Daftar
Anggota-anggota, Penyata Tahunan dan Borang 49, dan difailkan kepada Pendaftar Syarikat.
Pengarah gilir atau ganti juga perlu membuat perakuan berkanun dalam Borang 48A sebelum
perlantikannya. Biasanya Pengarah gilir atau ganti tidak layak untuk menuntut apa-apa fee
daripada syarikat kerana ia merupakan perkiraan persendirian antaranya dengan pengarah yang
melantiknya sebagai ganti atau gilir. Suatu borang perlantikan yang ditandatangani oleh
pengarah yang melantiknya perlu dibentangkan pada mesyuarat lembaga pengarah untuk
kelulusan pengarah-pengarah yang lain. Begitu juga dalam membatalkan perlantikannya
prosedur yang sama perlu diikuti.
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 6
Di sisi undang-undang, gelaran 'pengarah' tidaklah penting, tetapi fungsi seseorang itu yang
penting dalam menentukan sama ada seseorang itu dianggap sebagai 'pengarah' atau tidak oleh
undang-undang. Ini bermakna, walaupun seseorang itu tidak dinamakan sebagai 'pengarah' tetapi
jika "arahannya lazim diikuti oleh pengarah-pengarah syarikat" maka dia tetap dianggap sebagai
'pengarah' oleh undang-undang.
Dalam satu kes Australia, Whitehouse lwn Carlton Hotel Pty Ltd (1987), Hakim
Brennan menyebut:
"...bahawa seseorang adalah memegang jawatan pengarah sesebuah syarikat jika, di bawah
perlembagaan sesebuah syarikat, dan bukannya dalam kedudukannya sebagai pekerja,
seseorang itu mempunyai kuasa yang mana seseorang yang hanya menjadi anggota syarikat
dalam kedudukan yang sama seperti seseorang yang tersebut"
Apa yang boleh ditafsirkan daripada isu tersebut ialah, jika seseorang mempunyai kuasa di
bawah Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan dan hanya boleh menjalankan kuasa
tersebut dalam kedudukannya sebagai anggota syarikat sahaja, maka orang itu dianggap oleh
undang-undang sebagai pengarah.
1.3 Pengurus Sebagai Pengarah
Adakah seseorang 'pengurus' boleh juga dianggap sebagai pengarah? Persoalan ini timbul jika
syarikat mengenakan kewajipan fidusiari kepada seseorang pengurus. Seseorang 'pengurus yang
kanan' dalam sesebuah syarikat yang merupakan akal dan kemahuan syarikat boleh dianggap
oleh undang-undang sebagai pengarah syarikat.
Canadian Aero Service Ltd Lwn O'malley (1973)
Dua orang pegawai kanan syarikat X merundingkan bagi pihak syarikat mereka untuk
mendapatkan tender dalam suatu projek. Semasa perundingan masih berjalan, mereka
meletakkan jawatan dan memperbadankan syarikat Y. Syarikat Y memasuki tender dan berjaya
memperoleh kontrak berkenaan. Mahkamah Agung Kanada memutuskan bahawa mereka telah
melanggar kewajipan fidusiari kepada syarikat X. Walaupun kedua-dua mereka berhujah bahawa
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 7
mereka bukanlah seorang 'pengarah', dan dengan itu tidak menanggung apa-apa kewajipan
fidusiari kepada syarikat X, mahkamah memutuskan bahawa mereka tetap seorang pengarah
kerana mereka menanggung kewajipan fidusiari kepada syarikat dalam kedudukan mereka
sebagai pegawai kanan dan merupakan akal dan kemahuan syarikat.
1.4 Tugas Pengarah
Tugas Pengarah Syarikat boleh dikelaskan kepada tugas fidusiari dan tugas statutori. Adalah
menjadi tanggungjawab Pengarah Syarikat untuk menjalankan tugas fidusiarinya dengan jujur
dan menggunakan kerajinan yang munasabah Seksyen 132 (1) Akta Syarikat 1965. Sementara
itu, tugas seseorang Pengarah Syarikat menurut statutori adalah seperti yang terdapat di
dalam Akta Syarikat 1965 iaitu:
a) Mengadakan AGM (Annual General Meeting) (Seksyen 143, Akta Syarikat 1965)
b) Menyediakan dan menyerahkan kepada pendaftar Syarikat Penyata Pulangan Tahunan
(Seksyen 165, Akta Syarikat 1965)
c) Menyimpan rekod perakaunan dengan sempurna (Seksyen 167 Akta Syarikat 1965)
d) Membentangkan Akaun, Kunci Kira-Kira dan Laporan Pengarah Syarikat dalam AGM
(Seksyen 169,Akta Syarikat 1965)
e) Melantik Juruaudit pertama (Seksyen172 Akta Syarikat 1965)
f) Melantik Setiausaha yang berkelayakan (Seksyen 139 Akta Syarikat 1965)
Selain daripada itu, Artikel Syarikat biasanya memberi kuasa pengurusan kepada Pengarah
Syarikat untuk mengendalikan perniagaan Syarikat (Artikel 73). Pengarah perlulah
bertanggungjawab ke atas tadbir urus Syarikat dan tidak menyalahgunakan kuasa tersebut untuk
kepentingan diri atau pihak-pihak tertentu. Antara kuasa dan tugas yang diberikan kepada
Pengarah mengikut Artikel adalah:
a) Membayar kesemua perbelanjaan dalam promosi dan pendaftaran Syarikat.
b) Menjalankan semua kuasa Syarikat untuk meminjam wang dan untuk menggadai atau
menanggung akujanji, harta, dari modal yang tidak dipanggil.
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 8
c) Menjalankan kesemua kuasa Syarikat yang berhubung dengan mana-mana meterai rasmi
untuk kegunaan di luar Malaysia dan yang berhubung dengan daftar-daftar cawangan.
d) Melantik mana-mana pihak untuk menjadi wakil Syarikat melalui surat kuasa wakil.
e) Menandatangani, mengeluar, menerima dan mengesahkan semua cek, nota perjanjian,
draf, bil pertukaran dan lain-lain instrumen oleh mana-mana dua orang pengarah Syarikat
atau apa-apa cara yang diputuskan dari semasa ke semasa.
Secara amnya, Pengarah mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam sesebuah Syarikat.
Mereka perlu menentukan hala tuju Syarikat, menilai prestasi perniagaan dan memastikan
perancangan dilaksanakan dan sumber hasil Syarikat digunakan dengan betul serta membuat
keputusan bagi kepentingan Syarikat. Sekiranya pihak Pengarah mematuhi akan segala
peruntukan dan undang-undang yang ada, ianya akan melicinkan perjalanan Syarikat dan
kejayaan syarikat dapat dicapai.
2.0 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PENGARAH
Pengarah mempunyai kewajipan di sisi undang-undang yang perlu dilaksanakan terhadap
syarikat. Kewajipan-kewajipan ini terkandung di dalam Common Law dan Akta Syarikat, iaitu
kewajipan fidusiari, kewajipan statutory dan juga kewajipan statutori.
2.1 Kewajipan Fidusiari
Pada amnya pengarah adalah ejen dan pemegang amanah kepada syarikatnya. Sebagai ejen
kepada syarikat, pengarah mempunyai hubungan fidusiari dengan syarikatnya dan dengan itu
mempunyai kewajipan fidusiari kepada syarikat. Apakah yang dimaksudkan dengan kewajipan
fidusiari? Kewajipan fidusiari boleh difahami melalui misalan yang berikut:
Andaikan A adalah seorang pengarah dalam syarikat B. Jadi, A terikat di sisi undang-undang
untuk menggunakan hak dan kuasa yang ada padanya atau yang diberi oleh B kepadanya
dengan ikhlas dan suci hati bagi manfaat B. Dengan itu A mempunyai kewajipan fidusiari
kepada B.
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 9
Pada amnya pengarah adalah ejen dan pemegang amanah kepada syarikatnya. Pengarah secara
bersama-sama dalam lembaga pengarah untuk menguasai urusan syarikat, menggerakkannya dan
menentukan hala tuju syarikat. Kejayaan sesebuah syarikat itu terletak kepada lembaga
pengarahnya.
Di dalam Seksyen 132 (5) dengan jelas Seksyen yang memperuntukkan bahawa undang-undang
kewajipan pengarah (seperti mana yang digariskan dalam subseksyen (1) bahawa "pengarah-
pengarah hendaklah bertindak dengan jujur dan menggunakan usaha yang munasabah pada bila-
bila masa dalam menjalankan kewajipan jawatannya") adalah merupakan sebagai tambahan
kepada dan bukannya untuk mengurangkan mana-mana kaedah undang-undang atau undang-
undang bertulis yang lain.
Ungkapan 'bertindak dengan jujur' menunjukkan bahawa pengarah mempunyai kewajipan
fidusiari kepada syarikat. Perkataan 'menggunakan usaha yang munasabah' pula mewujudkan
'kewajipan berjaga-jaga dan menggunakan kemahiran' kepada syarikat. 'Bertindak dengan jujur'
merujuk kepada kewajipan pengarah untuk bertindak bona fide bagi manfaat syarikat
keseluruhannya. Ukuran mengenai sejauh mana sesuatu tindakan itu adalah untuk manfaat
syarikat keseluruhannya atau tidak adalah terpulang kepada budi bicara pengarah. Pengarah yang
menentukan kriteria sesuatu tindakan yang boleh dianggap sebagai memanfaatkan syarikat. Apa
yang penting ialah kepentingan syarikat hendaklah diutamakan dan mengatasi semua
kepentingan lain.
1. Bertindak dengan jujur demi kepentingan syarikat
Perkataan ‘bertindak dengan jujur’ dalam Subseksyen 132 (1) telah didefinisikan di dalam kes
Marehesi lwn Barnes Keogh : “ ‘bertindak dengan jujur’ adalah dirujuk kepada perbuatan yang
bona fide (suci hati) untuk kepentingan syarikat dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai
pengarah” dan bukannya mahkamah yang menganggap sesuatu tugas itu untuk kepentingan
syarikat tetapi pengarah itu sendiri yang harus beranggapan demikian. Keputusan yang dibuat
oleh seorang pengarah mestilah bertujuan membawa keuntungan kepada syarikat.
Re W & M Roith Ltd (1967) 1 All ER 247
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 10
Roith mengawal syarikat dengan memegang majoriti syer dan dia adalah seorang daripada 3
orang pengarah. Dia kemudiannya memasuki kontrak dengan syarikat di mana Seksyeniranya dia
mati, isterinya boleh mendapatkan pencen. Dia kemudiaannya meninggal dunia. Apabila
isterinya menuntut pencen, ia ditolak oleh likudator.
Mahkamah bersetuju dengan likudator kerana sewaktu membuat keputusan, pengarah tidak
mengira kepentingan syarikat tetapi mengira kepentingan isterinya.
Satu persoalan yang wujud ialah kepentingan siapakah yang dikatakan kepentingan syarikat. Di
dalam kes Peter’s America Delicacy Co. Ltd. Lwn Heatg (1939) 61 CLR 457 dan
Greenhalgh lwn Arderne cinemas Ltd. (1951) Ch. 286
‘kepentingan ahli-ahli secara keseluruhan syarikat bolehlah disamakan dengan kepentingan
syarikat’
Oleh itu, bertindak untuk kepentingan syaarikat bermaksud pengarah mestilah bertindak untuk
kepentingan ahli syarikat keseluruhannya.
Bagi syarikat berkumpulan, syarikat-syarikat ini mempunyai entiti yang berasingan, jadi tidak
boleh pengarah sesebuah syarikat memperjudikan nasib syarikat untuk kepentingan syarikat-
syarikat lain pula.
Untuk menentukan kepentingan sesebuah syarikat, ujian yang terbaik ialah satu ujian yang akan
menentukan samada seseorang yang jujur sebagai pengarah, dapat dalam semua keadaan,
percaya bahawa perbuatan itu adalah untuk kepentingan syarikat sepenuhnya.
2. Seorang pengarah tidak boleh menggunakan maklumat yang diperolehi sebagai
pengarah untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya sendiri atau pihak selain
syarikat dan ianya merugikan syarikat.
Menurut Subseksyen 132(2) Akta Syarikat 1965 menjelaskan:
132 (2) Pegawai-pegawai atau ejen syarikat atau pegawai bursa saham tidak boleh
menggunakan dengan tidak betul apa-apa maklumat yang diperolehi dengan kerana
kedudukannya sebagai pegawai atau ejen syarikat atau pegawai bursa saham untuk mendapat
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 11
secara langsung atau tidak langsung faedah untuk dirinya sendiri atau untuk mana-mana prang
lain atau untuk menyebabkan kerugian kepada syarikat.
Dalam Subseksyen ini menyatakan bahawa pengarah tidak boleh menggunakan maklumat bagi
kepentingan peribadi. Ini kerana prinsip ini termasuk dalam penyalahgunaan rahsia dagangan
(trade secrets), dan senarai pelanggan bagi kegunaan pesaing-pesaing dan maklumat rahsia lain.
Ini boleh dibuktikan dalam kes Thomas Marshall (exporters) Ltd. lawan Guinle (1978) di
mana Guinle adalah seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan
import. Syarikat mengimport barang daripada Eropah Timur yang kemudiannya dijual kembali
di England. Tanpa pengetahuan syarikat, syarikat mendapatkan perintah injuksi untuk
menghalangnya daripada berurusan dengan pelanggan dan pembekal syarikat. Syarikat juga
mendapatkan perintah injuksi untuk menghalangnya daripada menggunakan maklumat rahsia
syarikat atau rahsia dagangan (trade secrets). Mahkamah memberikan perintah injuksi selepas
mendapati Guinle telah melanggar kewajipan fidusiarinya untuk bertindak dengan jujur dan
mahkamah berpendapat maklumat yang diperolehinya adalah maklumat rahsia yang hanya boleh
digunakan demi kepentingan pihak syarikat.
Selain itu, dalam kes Grove lawan Flavel (1986) turut menjelaskan di mana pengarah
mempunyai maklumat berkenaan risiko syarikat yang akan digulungkan. Pengarah telah
menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan untuk melindungi dirinya dan syarikat lain yang
mana beliau adalah kepentingan sebagai pengarah daripada kesan penggulungan syarikat. Ini
menyebabkan kerugian kepada pemiutang-pemiutang syarikat. Oleh itu, mahkamah memutuskan
pengarah telah menggunakan maklumat yang diperolehinya secara salah di mana ianya bertujuan
bagi kepentingan peribadi.
3. Seorang pengarah tidak boleh mengambil kesempatan dengan menggunakan
kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya
sendiri.
Sekiranya seorang pengarah itu menerima apa-apa keuntungan atau ganjaran dari pihak ketiga
kerana menjalankan kewajipannya bagi pihak syarikat, ganjaran yang diperolehinya mestilah
diserahkan kepada syarikat.
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 12
Dalam kes Mahesan lwn Malaysian Government Officers Co-operative Housing Society
(1987) 1 MLJ 149. Mahesan adalah seorang pengarah dan bekerja untuk syarikat Malaysian
Government Officers Co-operative Housing Society. Tujuan penubuhan syarikat ialah untuk
menyediakan perumahan untuk pekerja kerajaan. Mahesan menerima rasuah dari Manickam
berkenaan dengan satu transaksi yang melibatkan pembelian tanah. Manickan membeli tanah
dengan harga $456,000. dia menjual kepada syarikat dengan harga $944,000 dan memberi
rasuah sebanyak $122,000 kepada Mahesan. Syarikat boleh membeli tanah tersebut dengan
harga $456,000 tetapi mereka terpaksa membayar $944,000
Mahkamah memutuskan bahawa syarikat boleh menuntut jumlah rasuah atau kerugian daripada
perlanggaran kewajiban oleh Mahesan. Memandangkan kerugian syarikat adalah lebih besar dari
jumlah rasuah, Mahesan diperintah untuk membayar kerugian yang dialami oleh syarikat akibat
daripada rasuah tersebut.
4. Seorang pengarah tidak boleh mengambil atau menyimpan sebarang untung rahsia
(dalam bentuk upah, yuran, komisen dan sebagainya)
Sekiranya seseorang itu menerima apa-apa keuntungan atau ganjaran dari pihak ketiga kerana
menjalankan kewajipannya bagi pihak syarikat, ganjaran yang diperolehi mestilah diberikan
kepada syarikat. Dalam kes Boston Deep Sea Fishing & Ice lwn Ansell (1888), Ansell adalah
pengarah urusan syarikat Boston dan beliau bertanggungjawab dalam pembinaan bot-bot
menagkap ikan bagi pihak syarikat. Walau bagaimana pun tanpa pengatahuan syarikat beliau
telah membayar komisen oleh pembuat kapal. Syarikat juga tidak mengetahui bahawa ansell
adalah pemegang saham kepada sebuah syarikat pembekal ais dan syarikat pembekal ikan.
Syarikat syarikat telah membayar bonus kepada pemegang-pemegang saham yang memberikan
perkhidmatan mereka. Ansell kemudianya memasuki kontrak dengan kedua dua syarikat bagi
pihak syarikat boston. Mahkamah memutuskan kepentingan peribadi ansell bertentangan dengan
kewajipan fidusiari kepada syarikat boston apabila menerima komisen daripada pembuat kapal
dan menerima bonus daripada kedua-dua syarikat dimana beliau adalah pemegang saham.
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 13
Oleh itu, Sekiranya pengarah berpeluang untuk membuat untung rahsia atau manfaat dari
statusnya sebagai pengarah, untung dan manfaat tersebut mestilah didedahkan kepada syarikat
dan disahkan. Jika tiada sebarang pendedahan dibuat, adalah bertanggungan untuk
mengambilkan untung tersebut kepada pihak syarikat.
Dalam kes Furs ltd Lwn Tomkies (1936) Tomkies adalah pengarah syarikat Furs ltd. Tomkies
telah diarahkan oleh syarikat untuk mengadakan perbincangan bagi tujuan penjualan sebahagian
daripada perniagaan syarikat kepada sebuah syarikat di New Zealand. Semasa perbincangan
penjualan tersebut, Tomkies telah membuatkan pihak pembuli memberi bayaran kepadanya.
Oleh kerana itu pihak pembuli terpaksa membuat bayaran kepada Tomkies. Pembuli telah
menawarkan harga yang rendah untuk mebeli perniagaan Furs. Furs telah menerima harga
tawaran tanpa mengatahui bayaran yang dibayar kepada Tomkies. Pekara ini hanya diketahui
oleh syarikat setelah transaksi jual beli tersebut selesai. Syarikat kemudiannya menuntut daripada
Tomkies bayaran yang beliau terima dari pihak pembuli, Furs telah berjaya dalam tuntutannya
terhadap Tomkies. Hakim latham memutuskan “Pengarah telah meletakkan dirinya dalam situasi
mana kepentigan dirinya bertentangan dengan kewajipannya. Sebagai pengarah syarikat yang
diamanahkan untuk menedalikan perbincangan untuk menjual aset syarikat, pengarah adalah
berkewajipan untuk membuat yang terbaik bagi pihak syarikat dan memastikan syarikat
mendapat harga yang terbaik dalam transaksi jual beli tersebut.”
Oleh yang demikian pengarah tidak boleh mendapat apa-apa keuntungan untuk dirinya sendiri
daripada apa-apa urusniaga syarikat kecuali segala fakta mengenai urusniaga tersebut diketahui
oleh pemegang saham dan dipersetujui di dalam mesyuarat syarikat. Apa-apa untung rahsia yang
diperolehi oleh pengarah di dalam menjalankan kewajipan fidusiarinya adalah menadi hak milik
syarikat yang sah. Pengarah hendaklah sentiasa memikirkan kepentingan syarikat dan bukan
kepentingan diri sendiri di dalam menjalankan kewajipan fudisiari sebagai pengarah.
5. Seorang pengarah tidak boleh memasuki kontrak dengan syarikatnya tanpa
mendedahkan atau memberitahu tentang fakta bahawa beliau adalah pihak yang
mempunyai kepentingan.
Jika pengarah membuat keuntungan daripada urusniaga tersebut ianya mestilah didedahkan
kepada syarikat. Kegagalan pengarah mendedahakn perkara tersebut boleh membuat pengarah
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 14
bertanggungan terhadap syarikat ke atas keuntungan tersebut kerana pengarah berada di dalam
kedudukan di mana kepentingan peribadi bertentangan dengan kepentingan syarikat. Terdapat
beberapa peruntukan di dalam Akta Syarikat 1965 yang menyentuh berkenaan pendedahan
kepentingan di dalam kontrak, harta, jawatan-jawatan, dan lain-lain oleh pengarah.
Subseksyen 131(1) dan (5) memperuntukan:
131 (1)tertakluk kepada Subseksyen ini tiap-tiap pengarah syarikat yang dalam apa cara, sama
ada cara langsung atau tidak langsung, berminat di dalam kontrak atau kontrak yang
dicadangkan dengan syarikat tersebut hendaklah secepat mungkin yang Pratik selepas fakta-
fakta yang relevan telah sampai ke pengatahuannya mengistiharkan sifat kepentingannya di
mesyuarat pengarah-pengarah syrikat.
131 (5)tiap-tiap pengarah syarikat yang memegang apa-apa jawatan atau memiliki apa-apa
harta sama ada secara langsung atau tidak langsungtugas-tugas atau kepentingan-
kepentingannya sebagai pengarah hendaklah mengistiharkan di mesyuarat pengarah-pengarah
syarikat fakta dan sifat jenis dan had percanggahan tersebut.
Subseksyen 131 menyatakan pengarah mesti mendedahkan keadaan kepentingannya sama ada
secara langsung atau tidak langsung di dalam mana-mana kontrak yang dimasuki dengan
syarikat. Sekiranya pengarah memegang apa-apa jawatan atau memiliki apa-apa jawatan atau
memiliki apa-apa harta yng boleh menimbulkan percanggahan dengan kepentingannya sebagai
pengarah, perkara tersebut hendaklah didedahka kepada mesyuarat lembaga pengarah.
Peso Silver Mines Ltd Lwn Cropper (1966) mahkamah memutuskan apabila lembaga
pengarah dengan suci hati menolak satu peluang untuk syarikat. Maka pengarah bolehlah
mengambil peliang tanpa mendedahkannya kepada syarikat atau mesyuarat lembaga syarikat.
Dan kes seterusnya, kes Transual Lands Co Lwn New Belgium (Transuaal) Land &
Development Co (1914) Samuel dan Harvey adalah pengarah-pengarah syarikat Transvaal
Lands. Samuel juga adalah pengarah bagi syarikat New Belgium. Kedua-duanya adalah
pemegangsaham dalam syarikat New Belgium. Atas pujukan Samuel lembaga pengarah
Transvaal Land bersetuju untuk membeli saham-saham yang dimilik oleh syarikat New Belgium.
Selepas transaksi jual beli saham selesai, syarikat Transvaal mengetahui Samuel dan Harvey
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 15
mempunyai kepentingan di dalam syarikat New Belgium dan syarikat Transvaal ingin
membatalkan kontrak tersebut. Mahkamah memutuskan kepentingan sebagai pengarah dan
pemegang saham di dalam New Balgium bercanggah dengan kewajipan mereka untuk bertindak
demi kepentingan syarikat. Transvaal, dan dengan itu merek telah melanggar kewajipan fidusiari
terhadap syarikat.
6. Persaingan dengan syarikat di mana pengarah tidak boleh memperolehi apa-apa
harta atau peluang perniagaan yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat.
Tiada undang-undang yang mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menjadi pengarah
kepada dua syarikat yang berasingan asalkan segala percanggahan yang timbul dideahkan dan
disahkan oleh syarikat. Dengan erti kata lain, pengarah masih ada hak untuk melakukan sesuatu
yang bersaing dengan syarikat tetapi tindakan itu mestilah didedahkan sepenuhnya dan
dibenarkan oleh syarikat.
Sekiranya pengarah menubuhkan perniagaan yang bersaing dengan syarikat yang mana beliau
adalah pengarah dan kemudiannya mengambil peluang ke atas kontrak yang sepatutnya
diberikan kepada syarikat yang beliau menjadi pengarah, beliau dikatakan telah melanggar
kewajipan fidusiarinya.
Avel Consultants Sdn Bhd & Anor Lwn Mohamed Zain Yusof & Ors (1985) ketiga-tiga
respon adalah pengarah syarikat perayu. Responden kemudiannya menubuhkan sebuah fima
perunding jurutera lain, bersaing dengan perniagaan perayu. Firma ini kemudahannya berusaha
mencari pelanggan dan akhirknya dilantik menjalankan kerja perundingan yang sepatutnya
diperolehi oleh perayu. Perayu membuat tuntutan terhadap responden kerana melanggar
kewajipan fidusiari. Dalam keputusannya meluluskan tuntutan perayu, keta hakim negara tun
salleh abas menyatakan:
“Undang-undang adalah jelas bahawa pengarah mempunyai hubungan fidusiari dengan
syarikat. Dengan itu, pengarah tidak boleh meletakkan dirinya dalam situasi di mana
kepentingan dirinya bertentanagn dengan kepentingan syarikat”
Cook Lwn Deeks (1916) Toronto Contruction Company mempunyai empat orang pengarah
yang juga pemegang saham syarikat. Iga orang pengarah berkonflik dengan seorang (plantif).
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 16
Mereka kemudiannya memutuskan hubugan dengan plantif. Syarikat Toronto telah berunding
berkenaan satu kontrak dengan Canadian Pacific Company. Perundingan dilaksanakan oleh
kedua0dua defenden. Apabila syarikat berjaya mendapatkan kontak tersebut, ketiga-tiga
defenden menubuhkan syarikat baru bernama Dominion Construction Company untuk
menjalankan kontrak tersebut. Plantif menyaman bagi pihak syarikat dengan alas an pihak
defenden telah melanggar kewajipan sebagai pengarah syarikat. Mahkamah memutuskan
pengarah-pengarah tersebut melanggar kewaajipan sebagai pengarah dan membenarkan syarikat
mendapatkan kontrak kembali keuntungan yang dibuat oleh defendan.
Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian prinsip am yang menyatakan pegarah hanya boleh
bersaing dengan syarikat jika tindakan tersebut didedahkan dan dibenarkan oleh syarikat.
Peso Silver Mines Ltd Lwn Cropper (1966). Cropper adalah pengarah bagi Peso Silver Mines
Ltd. seorang peniaga telah menawarkan kontrak untuk menggali. Tawaran ini telah
dipertimbangkan oleh pengarah-pengarah Peso dan ditolak. Setelah tawaran ditolak oleh
pengarah syarikat Peso. Maka Cropper berminat terhadap tawaran kontrak tersebut dan telah
membentuk satu syarikat baru iaitu “Cross Bow” dan cropper adalah pengarahnya. Oleh kerana
Cropper tidak bersetuju dengan tindakan pengarah atasan Peso maka beliau meletak jawatan dari
Peso. Akhirnya Cropper telah disaman oleh Peso dimana Peso telah menuntut jumlah saham
yang dipegang oleh Cropper dalam Cross Bow dengan alas an saham-saham itu dipegang bagi
pihak Peso dan juga Cropper mempunyai hubungan fidusiari terhadap peso apabila dia
mempengaruhi saham Cross Bow. Mahkamah tinggi kanada menolak tuntutan Peso dengan
memutuskan bahawa ketika lembaga pengarah dengan suci hati menolak satu peluang bagi pihak
syarikat, maka pengarah adalah dibenarkan untuk mengambil peluang tersebut tanpa perlu
mendedahkan kepada syarikat.
7. Pengarah mesti menggunakan kuasa dan asset yang telah diamanahkan kepadanya
dengan maksud yang ditentukan.
Seseorang pengarah mungkin bertindak secara jujur bagi kepentingan syarikat, tetapi beliau
masih boleh dikatakan melanggar kewajipan fidusiarinya jika beliau menyalahgunakan asset
syarikat atau menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya untuk tujuan yang salah.
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 17
Kita boleh rujuk di dalam kes Belmont Finance Corporation Ltd. lawan Williams Furniture
Ltd. (1980) . Dalam kes ini mahkamah telah memutuskan bahawa pengarah boleh didapati
bersalah di bawah jenayah pecah amanah jika menyalahgunakan wang syarikat.
Kesan-Kesan Kontrak Akibat Kemungkiran Tanggungjawab Fidusiari
Satu urusniaga syarikat yang ultra virus tidak batal walaupun ianya melanggar kewajipan
fidusiari pengarah. Urusniaga tersebut hanya boleh menjadi boleh batal. Terdapat 2 perkara yang
perlu diambil kira : -
(1) bila pengarah memasuki kontrak atau urusniaga dengan syarikatnya sendiri dan melanggar
tugas fidusiarinya, kontrak atau urusniaga tersebut menjadi boleh batal, dimana syarikat
mempunyai opsyen untuk membatalkan kontrak atau urusniaga tersebut.
(2) Bila urusniaga dimasuki oleh syarikat dengan pihak ke-3, sama ada urusniaga itu boleh
diketepikan oleh pihak ke-3 atau tidak. Bergantung sama ada pihak ke-3 tahu atau sepatutnya
tahu yang pengarah telah melanggar tugas fidusiarinya. Jika pihak ke-3 tahu, maka pihak ke-
3 tidak dapat mengenepeikan urusniaga tersebut.
Satu urusniaga syarikat yang ultra virus tidak batal walaupun ianya melanggar kewajiban
fidusiari pengarah. Urusniaga tersebut boleh diketepikan jika satu pihak tahu atau sepatutnya
tahu berkenaan dengan perlanggaran kewajiban oleh pengarah syarikat.
Remedi-Remedi Untuk Kemungkiran Kewajipan Fidusiari Pengarah.
Apabila seorang pengarah syartikat itu didapati melanggar kewajipan fidusiari terhadap syarikat,
syarikat berkenaan mempunyai pilihan, samada untuk:
I. meminta pengarah menyerahkan segala keuntungan yang telah diterimanya (dari
pihak ketiga)
II. meminta pengarah membayar gantirugi kepada syarikat jika syarikat terbukti telah
mengalami kerugian disebabkan perlanggaran kewajipan tersebut.
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 18
2.2 Kewajipan Kemahiran, Berhati-Hati, Dan Ketekunan
Subseksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 :
Pengarah hendaklah pada setiap masa bertindak dengan jujur dan menggunakan kerajinan
yang menusabah dalam melepaskan kewajipan-kewajipan jawatannya.
Menurut Subseksyen diatas menyebut bahawa seorang pengarah hendaklah pada setiap masa
bertindak dengan jujur dan menunjukkan ketekunan yang menusabah tanpa menyebutkan secara
khusus istilah kemahiran, berhati-hati atau ketekunan.
Kewajipan Menggunakan Kemahiran
Seseorang pengarah tidak perlu mempunyai apa-apa kemahiran untuk menjawat jawatan
pengarah dan ketidakmahiran bukanlah satu kemungkiran kewajipan kepada syarikat.
Dalam kes Re City Equitable Fire Insurance (1925), Hakim Romer menyatakan, "Seseorang
pengarah tidak perlu menunjukkan satu darjah kepandaian yang lebih tinggi daripada seorang
yang mempunyai kepandaian dan pengalamannya."
Kesimpulannya, Akta mahupun Common Law tidak mensyaratkan supaya seseorang pengarah
itu perlu mempunyai kelayakan minimum tertentu sebelum boleh dilantik menjadi pengara.
Selain daripada itu, kes Rowies J mengatakan di dalam kes Re City Equitable Fire
Insurance Ltd (19245) 1 Ch 407
“ pengarah tidak perlulah memnunjukkan, didalam melaksanakan tugasnya, tahap kemahiran
yang lebih tinggi dari yang sepatutnya dianggapkan ada dalam fikiran atau pengalamannnya”
Akta Syarikat tidak pernah memberikan syarat-syarat minimum sebelum seseorang itu boleh
menjadi pengarah. Tetapi seandainya dalam keadaan di mana seseorang pengarah dilantik kerana
kemahirannya dalam kemahiran tertentu, dan kemudiaanya dia gagal membuktikannya, di sini
satu perlanggaran kewajiban mungkin telah berlaku.
Kewajipan Berhati-hati
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 19
Kes Re Brazilian Rubber Plantations and Estates Ltd (1911) Seseorang pengarah hanya perlu
menunjukkan darjah berjaga-jaga yang lebih tinggi daripada yang wajar daripada seseorang yang
mempunyai kelayakan dan pengalamannya. Pengarah tidak bertanggungan ke atas sebarang
kerugian akibat daripada kesilapan dalam memberi pertimbangan.
Manakala dalam kes Re John Fulton & Co Ltd (1932) pula apabila seseorang pengarah tidak
patut menerima jawatan pengarah dan emolumen sebagai ganjarannya jika dia tidak mengetahui
mengenai peruntukan Akta atau Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan syarikat.
Seseorang pengarah hendaklah membuat siasatan yang munasabah apabila diminta untuk
membuatnya daripada wang syarikat:
Re Railway & General Light Improvement Co; kes Marzetti (1880) Seseorang pengarah
yang mencadangkan bayaran tertentu daripada wang syarikat dan menandatangani cek tanpa
mengetahui dengan sebenarnya untuk tujuan apa bayaran itu dibuat tanpa membuat penyiasatan
yang wajar bagi seseorang yang berada dalam kedudukannya perlu lakukan, maka pengarah
berkenaan dianggap sebagai lalai dalam menjalankan kewajipannya:
Kewajipan Untuk Berusaha/Ketekunan
Subseksyen 132 (1) memperuntukkan bahawa seseorang pengarah hendaklah menggunakan
"usaha yang munasabah" dalam menjalankan kewajipan jawatannya. Darjah kewajipan itu
perlulah munasabah mengikut hal-keadaan dan tidak lebih daripada itu. Rujuk kes Byrne lwn
Baker (1964). Dalam kes Re Forest of Dean Coal Mining Co (1879) pula seseorang pengarah
misalnya, tidak perlu menghadiri semua mesyuarat lembaga pengarah.
Seseorang pengarah pada amnya tidak bertanggungjawab ke atas tindakan atau peninggalan
rakan pengarahnya yang lain, jika dia tidak hadir dalam mesyuarat lembaga pengarah yang
berkaitan. Seseorang pengarah tidak bertanggungan terhadap sesuatu perkara yang berlaku
semasa dia tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan, misalnya: -
i. Hutang yang dibuat semasa ketiadaannya: Ramskill lwn Edwards (1885).
ii. Fraud yang dilakukan oleh rakan pengarahnya: Cargill lwn Bower (1878). Dia
tidak berobligasi untuk menyelia hal-ehwal syarikat atau tingkahlaku rakan
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 20
pengarahnya, kecuali jika dia memberikuasa supaya tindakan itu dibuat, maka dia
boleh bertanggungan.
Seseorang pengarah yang memungkiri kewajipan untuk mengguna kemahiran,
berjaga-jaga dan menggunakan usaha yang munasabah boleh didakwa oleh
syarikat atas kerugian yang dialaminya.
Subseksyen 132 (3) dengan jelas memperuntukkan bahawa seseorang pengarah adalah
bertanggungan atas apa-apa kerugian yang ditanggung oleh syarikat akibat daripada
kemungkiran kewajipan pengarah untuk 'bertindak secara yang munasabah'. memandangkan
kewajipan itu ditanggung kepada syarikat, maka anggota-anggota syarikat tidak boleh mendakwa
untuk menguatkuasakannya: Pavlides lwn Jensen (1956).
Remed-Remedi Untuk Kemungkiran Kewajipan Kemahiran, Berhati-Hati Dan Ketekunan
Subseksyen 132(3) Akta Syarikat 1965 :
Pegawai atau ejen atau pegawai bursa saham yang melakukan perlanggaran perlanggaran
Subseksyen ini hendaklah:
a) bertanggungan kepada syarikat untuk apa-apa keuntungan yang dibuat olehnya atau
untuk kerosakan oleh syarikat akibat dari perlanggaran tersebut; dan
b) bersalah di atas kesalahan Akta ini.
Penalti: lima tahun penjara atau tiga puluh ribu ringgit
Apabila seseorang pengarah syarikat itu didapati melanggar kewajipan kemahiran, berhati-hati
dan berusaha sewajarnya, syarikat boleh menyaman dan menuntut ganti rugi terhadap pengarah
tersebut.
2.3 Kewajipan Statutori (Berkanun)
Sebagai salah satu dari tugas-tugas pengarah, mereka dikehendaki mendedahkan beberapa
perkara kepada syarikat : -
(1) Seksyen 131 – pengarah mestilah mendedahkan beberapa perkara bersangkutan dengan
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 21
kepentingan sendiri dalam mesyuarat, contohnya memberitahu tentang faedah dalam kontrak,
harta benda, jawatan dan sebagainya.
(2) Seksyen 132A - pengarah yang berada dalam atau berhubung kepada satu urusniaga dalam
cagaran-cagaran perbadanan tidak boleh menyalahgunakan kedudukan sebagai pengarah
untuk memperolehi maklumat-maklumat sulit.
(3) Seksyen 132B – pengarah tidak boleh menyalahgunakan maklumat yang didapati dalam
kapasiti rasmi sebagai pengarah.
(4) Seksyen 132C – pengarah tidak boleh menguatkuasakan mana-mana cadangan atau
melaksanakan mana-mana transaksi bagi : -
(a) pemerolehan satu usahan atau harta benda bernilai tinggi; atau
(b) pelupusan suatu bahagian besar dari usaha atau harta benda syarikat, yang akan
merugikan dan mempengaruhi kedudukan atau pelaksanaan kewangan syarikat,
kecuali jika ianya telah diluluskan oleh syarikat dalam mesyuarat am.
(5) Seksyen 132D – pengarah tidak boleh menggunakan mana-mana kuasa syarikat untuk
mengeluarkan syer-syer, melainkan mendapat kelulusan dari syarikat dalam mesyuarat am.
(6) Seksyen 132E - sebuah syarikat tidak boleh memasuki mana-mana perkiraan atau transaksi
dengan mana-mana pengarah syarikat atau syarikat pegangannya atau dengan seorang yang
berhubung dengan pengarah untuk memperolehi daripada atau melupuskan kepada pengarah
mana-mana aset tiada tunai dari nilai-nilai yang wajib, kecuali jika ianya diluluskan oleh
resolusi syarikat dalam mesyuarat am.
(7) Seksyen 133 – sebuah syarikat tidak boleh membuat suatu pinjaman wang kepada pengarah
syarikat.
(8) Seksyen 133A – larangan dari hal pinjaman wang kepada orang-orang yang berhubung
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 22
dengan pengarah.
(9) Seksyen 135 – pengarah kewajiban untuk memberitahu : -
(a) Butiran-butiran sperti syer, debenture, faedah turutan, hak, pilihan dan sebagainya.
(b) mengenai mana-mana pertukaran butiran perenggan (a)
(c) dari hal kejadian dan perkara yang mempengaruhi atau berkaitan kepada dirinya
sendiri.
(d) jika ia adalah pengarah syarikat awam atau subsidiari syarikat awam dari hal tarikh
pada bila ia mencapai umur 70 tahun
3.0 KESIMPULAN
Secara amnya, pengarah merupakan individu dan pihak yang bertanggungjawab mengurus dan
mentadbir syarikat. Di sini juga, bukan semua yang layak dan mampu untuk memangku gelaran
sebagai pengarah, kerana tanggungjawab yang di pikul oleh seseorang pengarah amat berat. Bagi
melayakkan diri diri untuk menjadi seorang pengarah, seseorang individu mesti mempunyai
kelayakan-kelayakan yang tertentu. Antaranya mestilah dewasa, bukan seseorang yang
dikategori sebagai bankrap yang belum lepas oleh mahkamah, tidak pernah disabitkan dengan
apa jua kesalahan yang melibatkan penipuan dan seumpamanya. Selain itu, jika seseorang pernah
menjadi pengarah kepada dua buah syarikat yang telah dikenakan tindakan
penyelesaian/penggulungan dan tidak mampu bayar hutang selang kurang daripada lima tahun
antara keduanya, tidak layak menjadi pengarah syarikat lain (ketiga). Seseorang yang telah
dilantik menjadi pengarah harus mengosongkan jawatannya apabila hilang kelayakan
menjadipengarah samada hilang kelayakan itu menurut peruntukan Akta syarikat atau artikel
persatuan. Di samping itu, pengarah juga dipertanggungjawabkan dengan kewajipan-kewajipan
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 23
tertentu iaitu kewajipan fidusiari, kewajipan kemahiran, berhati-hati dan ketekunan, serta
kewajipan statutori. Pengarah tidak boleh mengambil remeh tentang tanggungjawabnya, malah
pengarah juga perlu mengetahui dan menyedari mengenai peranan, kewajipan, dan liabiliti
mereka di sisi undang-undang dan perlu mengambil inisiatif untuk mengetahui hak dan
tanggungjawabnya. Bahkan, jika pengarah was-was, dinasihatkan mendapatkan nasihat undang-
undang. Hal ini kerana, jika pengarah bertindak secara bercanggah atau tidak mematuhi undang-
undang, ia tidak boleh memberi alasan bahawa ia tidak tahu tindakkannya itu telah melanggar
peruntukan undang-undang. Ini disebabkan “kejahilan undang-undang bukan lah satu
kemaafan”. Oleh yang demikian, apa cara sekalipun mengarah mesti sedia maklum tentang
perkara yang melibatkan pengarah dan perlu sentiasa peka terhadap tanggungjawab dan
peranannya.
KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 24

More Related Content

What's hot

2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANGCkg Nizam
 
BADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFBADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFShaff Fx
 
Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)NaimAlmashoori
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.jimoh370
 
Bab 3 kreativiti dan inovasi
Bab 3   kreativiti dan inovasiBab 3   kreativiti dan inovasi
Bab 3 kreativiti dan inovasiWanBK Leo
 
Adat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihAdat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihnelson fredoline
 
UNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKUNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKCkg Nizam
 
Nota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaan
Nota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaanNota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaan
Nota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaansurrenderyourthrone
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanZafarul_Irshard
 
Article 5(1) personal liberty
Article 5(1)   personal libertyArticle 5(1)   personal liberty
Article 5(1) personal libertyHafizul Mukhlis
 
3.0 undang undang antarabangsa
3.0 undang undang antarabangsa3.0 undang undang antarabangsa
3.0 undang undang antarabangsasejarahkkb
 
Fundamental Liberties- Article 5-13
Fundamental Liberties- Article 5-13 Fundamental Liberties- Article 5-13
Fundamental Liberties- Article 5-13 Nur Farhana Ana
 

What's hot (20)

Akta syarikat
Akta  syarikatAkta  syarikat
Akta syarikat
 
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
 
BADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFBADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIF
 
Takaful
TakafulTakaful
Takaful
 
Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
Bab 3 kreativiti dan inovasi
Bab 3   kreativiti dan inovasiBab 3   kreativiti dan inovasi
Bab 3 kreativiti dan inovasi
 
Adat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihAdat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatih
 
Kawalan Dalaman
Kawalan DalamanKawalan Dalaman
Kawalan Dalaman
 
UNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKUNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAK
 
Nota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaan
Nota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaanNota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaan
Nota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaan
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusan
 
UNDANG-UNDANG TORT - FITNAH
UNDANG-UNDANG TORT - FITNAHUNDANG-UNDANG TORT - FITNAH
UNDANG-UNDANG TORT - FITNAH
 
Sistem Kehakiman Malaysia #STPM
Sistem Kehakiman Malaysia #STPMSistem Kehakiman Malaysia #STPM
Sistem Kehakiman Malaysia #STPM
 
pengarah
pengarahpengarah
pengarah
 
Article 5(1) personal liberty
Article 5(1)   personal libertyArticle 5(1)   personal liberty
Article 5(1) personal liberty
 
3.0 undang undang antarabangsa
3.0 undang undang antarabangsa3.0 undang undang antarabangsa
3.0 undang undang antarabangsa
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
 
Fundamental Liberties- Article 5-13
Fundamental Liberties- Article 5-13 Fundamental Liberties- Article 5-13
Fundamental Liberties- Article 5-13
 
Sistem kehakiman di malaysia.ppshow
Sistem kehakiman di malaysia.ppshowSistem kehakiman di malaysia.ppshow
Sistem kehakiman di malaysia.ppshow
 

Similar to Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

Similar to Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah (8)

Fungsi ceo
Fungsi ceoFungsi ceo
Fungsi ceo
 
Entiti pngajian perniagaan
Entiti pngajian perniagaanEntiti pngajian perniagaan
Entiti pngajian perniagaan
 
Akta Syarikat
Akta SyarikatAkta Syarikat
Akta Syarikat
 
Akta syarikat
Akta  syarikatAkta  syarikat
Akta syarikat
 
Undang-undang Syarikat - Kaedah Pengurusan Dalaman
Undang-undang Syarikat - Kaedah Pengurusan DalamanUndang-undang Syarikat - Kaedah Pengurusan Dalaman
Undang-undang Syarikat - Kaedah Pengurusan Dalaman
 
Slide puan noraminah abs edu solutions sdn bhd
Slide puan noraminah   abs edu solutions sdn bhdSlide puan noraminah   abs edu solutions sdn bhd
Slide puan noraminah abs edu solutions sdn bhd
 
Company law
Company law Company law
Company law
 
Po 01
Po 01Po 01
Po 01
 

More from Nadia Bohari

The difference between new balance and nike
The difference between new balance and nikeThe difference between new balance and nike
The difference between new balance and nikeNadia Bohari
 
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWERCASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWERNadia Bohari
 
pendidikan latihan dan maklumat
pendidikan latihan dan maklumatpendidikan latihan dan maklumat
pendidikan latihan dan maklumatNadia Bohari
 
kerjasama antara koperasi
kerjasama antara koperasikerjasama antara koperasi
kerjasama antara koperasiNadia Bohari
 
Aktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayAktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayNadia Bohari
 
kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia Nadia Bohari
 
koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh Nadia Bohari
 
AKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewanganAKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewanganNadia Bohari
 
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiAgenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiNadia Bohari
 
Asal usul koperasi
Asal usul koperasiAsal usul koperasi
Asal usul koperasiNadia Bohari
 
peranan suruhanjaya koperasi malaysia
peranan suruhanjaya koperasi malaysiaperanan suruhanjaya koperasi malaysia
peranan suruhanjaya koperasi malaysiaNadia Bohari
 
sejarah gerakan koperasi di Malaysia
sejarah gerakan koperasi di Malaysiasejarah gerakan koperasi di Malaysia
sejarah gerakan koperasi di MalaysiaNadia Bohari
 
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat Nadia Bohari
 
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumatprinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumatNadia Bohari
 
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggotaprinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggotaNadia Bohari
 
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbukaprinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbukaNadia Bohari
 
suruhanjaya koperasi malaysia
suruhanjaya koperasi malaysiasuruhanjaya koperasi malaysia
suruhanjaya koperasi malaysiaNadia Bohari
 
Dasar koperasi negara 2011- 2020
Dasar koperasi negara 2011- 2020Dasar koperasi negara 2011- 2020
Dasar koperasi negara 2011- 2020Nadia Bohari
 
peranan Angkasa sebagai organisasi APEX
peranan Angkasa sebagai organisasi APEXperanan Angkasa sebagai organisasi APEX
peranan Angkasa sebagai organisasi APEXNadia Bohari
 

More from Nadia Bohari (20)

The difference between new balance and nike
The difference between new balance and nikeThe difference between new balance and nike
The difference between new balance and nike
 
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWERCASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
 
pendidikan latihan dan maklumat
pendidikan latihan dan maklumatpendidikan latihan dan maklumat
pendidikan latihan dan maklumat
 
kerjasama antara koperasi
kerjasama antara koperasikerjasama antara koperasi
kerjasama antara koperasi
 
Aktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayAktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestay
 
kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia
 
koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh
 
AKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewanganAKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewangan
 
AKPK slide
AKPK slideAKPK slide
AKPK slide
 
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiAgenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
 
Asal usul koperasi
Asal usul koperasiAsal usul koperasi
Asal usul koperasi
 
peranan suruhanjaya koperasi malaysia
peranan suruhanjaya koperasi malaysiaperanan suruhanjaya koperasi malaysia
peranan suruhanjaya koperasi malaysia
 
sejarah gerakan koperasi di Malaysia
sejarah gerakan koperasi di Malaysiasejarah gerakan koperasi di Malaysia
sejarah gerakan koperasi di Malaysia
 
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
 
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumatprinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
 
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggotaprinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
 
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbukaprinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
 
suruhanjaya koperasi malaysia
suruhanjaya koperasi malaysiasuruhanjaya koperasi malaysia
suruhanjaya koperasi malaysia
 
Dasar koperasi negara 2011- 2020
Dasar koperasi negara 2011- 2020Dasar koperasi negara 2011- 2020
Dasar koperasi negara 2011- 2020
 
peranan Angkasa sebagai organisasi APEX
peranan Angkasa sebagai organisasi APEXperanan Angkasa sebagai organisasi APEX
peranan Angkasa sebagai organisasi APEX
 

Recently uploaded

AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 

Recently uploaded (14)

AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 

Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah

  • 1. IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN BIDANG TUMPUAN (KOPERASI) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA- MAKTAB KOPERASI MALAYSIA SESI FEBRUARI 2014 GLUL 3033 UNDANG-UNDANG SYARIKAT NAMA PENSYARAH PN. NORBIHA BINTI KASMURI NAME PELAJAR MUHAMMAD AZAHARI BIN DASUKI 217975 NURDIANA BINTI MOHD LAILI 217932 MARINIE BINTI IBRAHIM 217939 KHAIRUNNADIA BINTI BOHARI 217940 NURUL WAHIDAH BINTI MUHAMAD ANUAR 217942 KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 1
  • 2. NURSYAFIKAH BINTI SHAFIEE 217961 TARIKH 24 APRIL 2014 1.0 PENGENALAN Syarikat adalah entiti perundangan yang mempunyai hak dan tanggungannya sendiri. Syarikat tidak mempunyai entiti fizikal, pengurusannya adalah di tangan pengarah. Pengarah adalah sebagai pemegang amanah dan agen kepada syarikat. Kuasa yang diberikan kepada mereka adalah melalui memorandum, artikel atau akta sendiri. Mereka adalah agen kepada syarikat kerana syarikat berfungsi melalui mereka. 1.1 Definisi Pengarah Pengarah adalah sebagai pemegang amanah dan ejen syarikat untuk berurusan dengan pihak luar dan mempunyai kuasa untuk menguruskan syarikat. Pengarah diperlukan untuk berfikir, berunding, berbicara, dan bertindak bagi pihak syarikat. Akta tidak memberikan definisi yang lengkap mengenai 'pengarah'. Di dalam Akta Syarikat 1965 Subseksyen 4 mendefinisikan 'pengarah' sebagai: "...termasuk sesiapa sahaja yang memegang jawatan pengarah sesebuah syarikat walau dinamai dengan apa-apa nama pun dan termasuk seseorang yang arahan atau suruhannya lazim diikuti oleh pengarah-pengarah syarikat, dan seorang pengarah gilir dan ganti." Peruntukan di atas mentakrifkan pengarah sebagai semua jenis pengarah dengan apa jua nama ianya dipanggil, termasuk pengarah silih ganti, pengarah gentian, atau pengarah bayanagan. Pengarah bayangan seseorang yang tidak duduk dalam lembaga pengarah sebuah syarikat tetapi arahan atau perintahnya diikuti oleh pengarah syarikat tersebut. Jika A tidak dilantik sebagai pengarah kepada ABC Sdn Bhd tetapi arahan-arahannya lazim dikuti oleh pengarah-pengarah ABC Sdn Bhd, dalam konteks Tafsiran Subseksyen 4, A tetap KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 2
  • 3. dianggap sebagai seorang pengarah, walaupun A tidak pernah dilantik sebagai pengarah. A adalah seorang 'pengarah bayangan'. PENGARAH BAYANGAN Subseksyen 4 antara lainnya mendefinisikan 'pengarah' sebagai "seseorang yang arahannya lazim diikuti oleh pengarah-pengarah". Seseorang yang lazimnya arahannya mempengaruhi keputusan lembaga pengarah dikenali sebagai 'pengarah bayangan'. Pengarah bayangan ini merupakan individu-individu yang mengarah di sebalik tabir. Walaupun tidak menganggotai lembaga pengarah tetapi arahan mereka lazimnya mempengaruhi keputusan lembaga pengarah. Walau bagaimanapun seseorang itu tidak dianggap sebagai pengarah bayangan jika dia hanya menasihatkan pengarah-pengarah atas keupayaan profesionalnya: Kuwait Asia Bank EC lwn National Mutual Life Nominees Ltd (1990). Dalam menentukan yang seseorang itu adalah seorang pengarah bayangan atau tidak, tidaklah mencukupi dengan hanya membuktikan yang seseorang itu telah melantik seorang proksi sebagai pengarah bagi pihaknya, tetapi perlu juga dibuktikan bahawa arahan atau suruhannya lazim diikuti oleh proksi tersebut. Kesimpulan daripada kes di atas ialah, seseorang yang melantik orang lain sebagai proksi bagi mewakilinya dalam lembaga pengarah tidaklah boleh terus dianggap sebagai pengarah bayangan selagi arahan dan suruhannya tidak lazim dikuti oleh pengarah yang bertindak sebagai proksi itu. A dilantik oleh B untuk mewakilinya dalam lembaga pengarah. A adalah seorang proksi kerana B adalah seorang pengarah yang dilantik. Persoalannya ialah, apakah B boleh dianggap sebagai pengarah bayangan? Sebenarnya B tidaklah boleh terus dianggap sebagai seorang pengarah bayangan jika arahan atau suruhannya tidak lazim diikuti oleh A. Sebaliknya jika B bertindak lebih jauh daripada itu sehinggakan arahan atau suruhannya lazim pula diikuti oleh pengarah- pengarah, maka B akan dianggap sebagai pengarah bayangan. KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 3
  • 4. Dalam keadaan tertentu, pihak bank juga boleh dianggap sebagai pengarah bayangan jika bank berkenaan sering mencampuri dan mempengaruhi keputusan lembaga pengarah sesebuah syarikat. Selain daripada itu, pemegang syer yang mengawal dan menguasai sesebuah syarikat atau syarikat pemegang juga boleh dianggap sebagai pengarah bayangan oleh undang- undang: Kuwait Asia Bank EC lwn National Mutual Life Nominees Ltd (1990). Ini kerana seseorang individu atau sesebuah syarikat yang mengawal dan menguasai majoriti daripada modal syer sesebuah syarikat biasanya akan mempunyai pengaruh yang besar ke atas lembaga pengarah dalam menentukan hala cara dan tuju arah sesebuah syarikat itu walaupun mereka tidak dilantik secara rasmi sebagai pengarah syarikat. Pemegang syer majoriti biasanya mempengaruhi keputusan lembaga pengarah. Begitu juga dengan syarikat pemegang yang biasanya mempengaruhi keputusan lembaga pengarah anak syarikatnya, dan oleh itu pengarah syarikat pemegang berkenaan adalah pengarah bayangan kepada anak syarikatnya. Misalnya, jika A adalah seorang pemegang syer majoriti, tetapi tidak menjadi pengarah syarikat, biasanya tentu Seksyenali pengarah-pengarah syarikat yang dipilih akan menurut segala suruhan atau arahannya. Dengan demikian A boleh dianggap oleh undang- undang sebagai 'pengarah bayangan' kepada anak syarikatnya itu. Begitulah juga keadaannya bagi sesebuah syarikat pemegang. Biasanya syarikat pemegang akan memilih pengarah-pengarah yang akan menganggotai lembaga pengarah anak syarikatnya. Bolehlah ditafsirkan bahawa lembaga pengarah anak syarikat lazimnya akan menurut suruhan dan arahan syarikat pemegangnya. Dalam konteks ini, syarikat pemegang berkenaan boleh dianggap sebagai pengarah bayangan. 1.2 Kategori Pengarah Pengarah sering merujuk jawatan yang mereka sandang sebagai, misalnya pengarah eksekutif, pengarah urusan dan sebagainya tanpa memahami bahawa nama jawatan berkenaan sahaja tidak membawa sebarang makna di sisi undang-undang. Sebenarnya kategori jawatan pengarah tidak diperuntukkan dalam Akta, sebaliknya ditetapkan oleh Perkara-perkara Persatuan. Kewujudan dan kedudukan jawatan-jawatan berkenaan bergantung kepada bentuk Perkara-perkara Persatuan (atau Memorandum Persatuan) didraf. Sesebuah syarikat tidaklah secara automatik boleh KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 4
  • 5. melantik seorang Pengarah urusan misalnya, jika peruntukan mengenainya tidak terdapat dalam Perkara-perkara Persatuannya (atau Memorandum Persatuannya). 1.2.1 Pengarah Eksekutif dan Bukan Eksekutif Seseorang pengarah eksekutif biasanya dilantik daripada kalangan pengarah-pengarah dan memegang jawatan bergaji dengan syarikat. Sesetengah syarikat melantik kakitangan eksekutifnya daripada kumpulan pengurusan atasan menjadi pengarah, di samping menjawat jawatan pengarah eksekutif. Pengarah bukan eksekutif pula biasanya tidak terlibat dengan urusan harian syarikat, tetapi bertanggungjawab bersama-sama dengan pengarah-pengarah lain dalam merangka dan melaksanakan polisi syarikat. Pengarah bukan eksekutif mempunyai hak dan menanggung liabiliti yang sama seperti pengarah-pengarah lain walaupun tidak memegang jawatan bergaji dan tidak terlibat dalam urusan harian syarikat. 1.2.2 Pengarah Urusan Pengarah urusan dilantik oleh lembaga pengarah di bawah peruntukan Perkara-perkara Persatuan syarikat. Perkara 91 hingga 93 Jadual A misalnya memberi kuasa kepada lembaga pengarah untuk melantik pengarah urusan. Lembaga pengarahlah yang memutuskan mengenai perlantikannya dan menetapkan terma-terma dan syarat-syarat perjawatannya dan menetapkan juga takat kuasa yang akan diserahkan kepadanya. Perlantikannya boleh dibatalkan dan kuasanya pula boleh dipinda dan diubah. Pengarah urusan tidak tertakluk kepada persaraan secara giliran kerana ia tertakluk kepada kontrak perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan. 1.2.3 Pengarah Bersekutu Biasanya pengarah bersekutu dipilih daripada kalangan eksekutif dalam kumpulan pengurusan atasan. Pemilihan seseorang menjadi pengarah bersekutu bertujuan untuk bertindak sebagai pelapis kepada pengarah-pengarah yang ada dan dilatih sebagai persediaan menganggotai lembaga pengarah di masa hadapan. Status pengarah bersekutu dijelaskan oleh perkara 94 Jadual A seperti yang berikut: KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 5
  • 6. "Pengarah-pengarah boleh dari semasa ke semasa melantik mana-mana orang menjadi pengarah bersekutu dan boleh dari semasa ke semasa membatalkan perlantikan berkenaan. Pengarah- pengarah boleh menetapkan, menentukan dan mengubah kuasa-kuasa, kewajipan dan saraan mana-mana orang yang dilantik itu, tetapi seseorang yang dilantik itu tidak boleh dikehendaki untuk memegang apa-apa syer untuk melayakkannya untuk dilantik atau mempunyai apa-apa hak untuk hadir dan mengundi pada mana-mana mesyuarat pengarah-pengarah melainkan jika dijemput dan dengan kebenaran pengarah-pengarah." 1.2.4 Pengarah Gilir atau Ganti Pengarah gilir atau ganti hanya boleh dilantik jika terdapat kuasa untuk berbuat demikian dalam Perkara-perkara Persatuan syarikat. Perkara 82, Jadual A memberikuasa kepada mana-mana pengarah dengan kelulusan pengarah-pengarah lain, untuk melantik mana-mana orang sebagai pengarah gilir atau ganti untuk bertindak atas kedudukannya dalam tempoh yang difikirkannya patut. Memandangkan pengarah gilir atau ganti termasuk dalam definisi Subseksyen 4 maka ianya bertanggungan secara sendiri ke atas semua tindakannya dan tertakluk kepada obligasi statutori sebagai seorang pengarah. Butir-butir diri dan jawatannya perlu dimasukkan dalam Daftar Anggota-anggota, Penyata Tahunan dan Borang 49, dan difailkan kepada Pendaftar Syarikat. Pengarah gilir atau ganti juga perlu membuat perakuan berkanun dalam Borang 48A sebelum perlantikannya. Biasanya Pengarah gilir atau ganti tidak layak untuk menuntut apa-apa fee daripada syarikat kerana ia merupakan perkiraan persendirian antaranya dengan pengarah yang melantiknya sebagai ganti atau gilir. Suatu borang perlantikan yang ditandatangani oleh pengarah yang melantiknya perlu dibentangkan pada mesyuarat lembaga pengarah untuk kelulusan pengarah-pengarah yang lain. Begitu juga dalam membatalkan perlantikannya prosedur yang sama perlu diikuti. KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 6
  • 7. Di sisi undang-undang, gelaran 'pengarah' tidaklah penting, tetapi fungsi seseorang itu yang penting dalam menentukan sama ada seseorang itu dianggap sebagai 'pengarah' atau tidak oleh undang-undang. Ini bermakna, walaupun seseorang itu tidak dinamakan sebagai 'pengarah' tetapi jika "arahannya lazim diikuti oleh pengarah-pengarah syarikat" maka dia tetap dianggap sebagai 'pengarah' oleh undang-undang. Dalam satu kes Australia, Whitehouse lwn Carlton Hotel Pty Ltd (1987), Hakim Brennan menyebut: "...bahawa seseorang adalah memegang jawatan pengarah sesebuah syarikat jika, di bawah perlembagaan sesebuah syarikat, dan bukannya dalam kedudukannya sebagai pekerja, seseorang itu mempunyai kuasa yang mana seseorang yang hanya menjadi anggota syarikat dalam kedudukan yang sama seperti seseorang yang tersebut" Apa yang boleh ditafsirkan daripada isu tersebut ialah, jika seseorang mempunyai kuasa di bawah Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan dan hanya boleh menjalankan kuasa tersebut dalam kedudukannya sebagai anggota syarikat sahaja, maka orang itu dianggap oleh undang-undang sebagai pengarah. 1.3 Pengurus Sebagai Pengarah Adakah seseorang 'pengurus' boleh juga dianggap sebagai pengarah? Persoalan ini timbul jika syarikat mengenakan kewajipan fidusiari kepada seseorang pengurus. Seseorang 'pengurus yang kanan' dalam sesebuah syarikat yang merupakan akal dan kemahuan syarikat boleh dianggap oleh undang-undang sebagai pengarah syarikat. Canadian Aero Service Ltd Lwn O'malley (1973) Dua orang pegawai kanan syarikat X merundingkan bagi pihak syarikat mereka untuk mendapatkan tender dalam suatu projek. Semasa perundingan masih berjalan, mereka meletakkan jawatan dan memperbadankan syarikat Y. Syarikat Y memasuki tender dan berjaya memperoleh kontrak berkenaan. Mahkamah Agung Kanada memutuskan bahawa mereka telah melanggar kewajipan fidusiari kepada syarikat X. Walaupun kedua-dua mereka berhujah bahawa KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 7
  • 8. mereka bukanlah seorang 'pengarah', dan dengan itu tidak menanggung apa-apa kewajipan fidusiari kepada syarikat X, mahkamah memutuskan bahawa mereka tetap seorang pengarah kerana mereka menanggung kewajipan fidusiari kepada syarikat dalam kedudukan mereka sebagai pegawai kanan dan merupakan akal dan kemahuan syarikat. 1.4 Tugas Pengarah Tugas Pengarah Syarikat boleh dikelaskan kepada tugas fidusiari dan tugas statutori. Adalah menjadi tanggungjawab Pengarah Syarikat untuk menjalankan tugas fidusiarinya dengan jujur dan menggunakan kerajinan yang munasabah Seksyen 132 (1) Akta Syarikat 1965. Sementara itu, tugas seseorang Pengarah Syarikat menurut statutori adalah seperti yang terdapat di dalam Akta Syarikat 1965 iaitu: a) Mengadakan AGM (Annual General Meeting) (Seksyen 143, Akta Syarikat 1965) b) Menyediakan dan menyerahkan kepada pendaftar Syarikat Penyata Pulangan Tahunan (Seksyen 165, Akta Syarikat 1965) c) Menyimpan rekod perakaunan dengan sempurna (Seksyen 167 Akta Syarikat 1965) d) Membentangkan Akaun, Kunci Kira-Kira dan Laporan Pengarah Syarikat dalam AGM (Seksyen 169,Akta Syarikat 1965) e) Melantik Juruaudit pertama (Seksyen172 Akta Syarikat 1965) f) Melantik Setiausaha yang berkelayakan (Seksyen 139 Akta Syarikat 1965) Selain daripada itu, Artikel Syarikat biasanya memberi kuasa pengurusan kepada Pengarah Syarikat untuk mengendalikan perniagaan Syarikat (Artikel 73). Pengarah perlulah bertanggungjawab ke atas tadbir urus Syarikat dan tidak menyalahgunakan kuasa tersebut untuk kepentingan diri atau pihak-pihak tertentu. Antara kuasa dan tugas yang diberikan kepada Pengarah mengikut Artikel adalah: a) Membayar kesemua perbelanjaan dalam promosi dan pendaftaran Syarikat. b) Menjalankan semua kuasa Syarikat untuk meminjam wang dan untuk menggadai atau menanggung akujanji, harta, dari modal yang tidak dipanggil. KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 8
  • 9. c) Menjalankan kesemua kuasa Syarikat yang berhubung dengan mana-mana meterai rasmi untuk kegunaan di luar Malaysia dan yang berhubung dengan daftar-daftar cawangan. d) Melantik mana-mana pihak untuk menjadi wakil Syarikat melalui surat kuasa wakil. e) Menandatangani, mengeluar, menerima dan mengesahkan semua cek, nota perjanjian, draf, bil pertukaran dan lain-lain instrumen oleh mana-mana dua orang pengarah Syarikat atau apa-apa cara yang diputuskan dari semasa ke semasa. Secara amnya, Pengarah mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam sesebuah Syarikat. Mereka perlu menentukan hala tuju Syarikat, menilai prestasi perniagaan dan memastikan perancangan dilaksanakan dan sumber hasil Syarikat digunakan dengan betul serta membuat keputusan bagi kepentingan Syarikat. Sekiranya pihak Pengarah mematuhi akan segala peruntukan dan undang-undang yang ada, ianya akan melicinkan perjalanan Syarikat dan kejayaan syarikat dapat dicapai. 2.0 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PENGARAH Pengarah mempunyai kewajipan di sisi undang-undang yang perlu dilaksanakan terhadap syarikat. Kewajipan-kewajipan ini terkandung di dalam Common Law dan Akta Syarikat, iaitu kewajipan fidusiari, kewajipan statutory dan juga kewajipan statutori. 2.1 Kewajipan Fidusiari Pada amnya pengarah adalah ejen dan pemegang amanah kepada syarikatnya. Sebagai ejen kepada syarikat, pengarah mempunyai hubungan fidusiari dengan syarikatnya dan dengan itu mempunyai kewajipan fidusiari kepada syarikat. Apakah yang dimaksudkan dengan kewajipan fidusiari? Kewajipan fidusiari boleh difahami melalui misalan yang berikut: Andaikan A adalah seorang pengarah dalam syarikat B. Jadi, A terikat di sisi undang-undang untuk menggunakan hak dan kuasa yang ada padanya atau yang diberi oleh B kepadanya dengan ikhlas dan suci hati bagi manfaat B. Dengan itu A mempunyai kewajipan fidusiari kepada B. KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 9
  • 10. Pada amnya pengarah adalah ejen dan pemegang amanah kepada syarikatnya. Pengarah secara bersama-sama dalam lembaga pengarah untuk menguasai urusan syarikat, menggerakkannya dan menentukan hala tuju syarikat. Kejayaan sesebuah syarikat itu terletak kepada lembaga pengarahnya. Di dalam Seksyen 132 (5) dengan jelas Seksyen yang memperuntukkan bahawa undang-undang kewajipan pengarah (seperti mana yang digariskan dalam subseksyen (1) bahawa "pengarah- pengarah hendaklah bertindak dengan jujur dan menggunakan usaha yang munasabah pada bila- bila masa dalam menjalankan kewajipan jawatannya") adalah merupakan sebagai tambahan kepada dan bukannya untuk mengurangkan mana-mana kaedah undang-undang atau undang- undang bertulis yang lain. Ungkapan 'bertindak dengan jujur' menunjukkan bahawa pengarah mempunyai kewajipan fidusiari kepada syarikat. Perkataan 'menggunakan usaha yang munasabah' pula mewujudkan 'kewajipan berjaga-jaga dan menggunakan kemahiran' kepada syarikat. 'Bertindak dengan jujur' merujuk kepada kewajipan pengarah untuk bertindak bona fide bagi manfaat syarikat keseluruhannya. Ukuran mengenai sejauh mana sesuatu tindakan itu adalah untuk manfaat syarikat keseluruhannya atau tidak adalah terpulang kepada budi bicara pengarah. Pengarah yang menentukan kriteria sesuatu tindakan yang boleh dianggap sebagai memanfaatkan syarikat. Apa yang penting ialah kepentingan syarikat hendaklah diutamakan dan mengatasi semua kepentingan lain. 1. Bertindak dengan jujur demi kepentingan syarikat Perkataan ‘bertindak dengan jujur’ dalam Subseksyen 132 (1) telah didefinisikan di dalam kes Marehesi lwn Barnes Keogh : “ ‘bertindak dengan jujur’ adalah dirujuk kepada perbuatan yang bona fide (suci hati) untuk kepentingan syarikat dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai pengarah” dan bukannya mahkamah yang menganggap sesuatu tugas itu untuk kepentingan syarikat tetapi pengarah itu sendiri yang harus beranggapan demikian. Keputusan yang dibuat oleh seorang pengarah mestilah bertujuan membawa keuntungan kepada syarikat. Re W & M Roith Ltd (1967) 1 All ER 247 KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 10
  • 11. Roith mengawal syarikat dengan memegang majoriti syer dan dia adalah seorang daripada 3 orang pengarah. Dia kemudiannya memasuki kontrak dengan syarikat di mana Seksyeniranya dia mati, isterinya boleh mendapatkan pencen. Dia kemudiaannya meninggal dunia. Apabila isterinya menuntut pencen, ia ditolak oleh likudator. Mahkamah bersetuju dengan likudator kerana sewaktu membuat keputusan, pengarah tidak mengira kepentingan syarikat tetapi mengira kepentingan isterinya. Satu persoalan yang wujud ialah kepentingan siapakah yang dikatakan kepentingan syarikat. Di dalam kes Peter’s America Delicacy Co. Ltd. Lwn Heatg (1939) 61 CLR 457 dan Greenhalgh lwn Arderne cinemas Ltd. (1951) Ch. 286 ‘kepentingan ahli-ahli secara keseluruhan syarikat bolehlah disamakan dengan kepentingan syarikat’ Oleh itu, bertindak untuk kepentingan syaarikat bermaksud pengarah mestilah bertindak untuk kepentingan ahli syarikat keseluruhannya. Bagi syarikat berkumpulan, syarikat-syarikat ini mempunyai entiti yang berasingan, jadi tidak boleh pengarah sesebuah syarikat memperjudikan nasib syarikat untuk kepentingan syarikat- syarikat lain pula. Untuk menentukan kepentingan sesebuah syarikat, ujian yang terbaik ialah satu ujian yang akan menentukan samada seseorang yang jujur sebagai pengarah, dapat dalam semua keadaan, percaya bahawa perbuatan itu adalah untuk kepentingan syarikat sepenuhnya. 2. Seorang pengarah tidak boleh menggunakan maklumat yang diperolehi sebagai pengarah untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya sendiri atau pihak selain syarikat dan ianya merugikan syarikat. Menurut Subseksyen 132(2) Akta Syarikat 1965 menjelaskan: 132 (2) Pegawai-pegawai atau ejen syarikat atau pegawai bursa saham tidak boleh menggunakan dengan tidak betul apa-apa maklumat yang diperolehi dengan kerana kedudukannya sebagai pegawai atau ejen syarikat atau pegawai bursa saham untuk mendapat KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 11
  • 12. secara langsung atau tidak langsung faedah untuk dirinya sendiri atau untuk mana-mana prang lain atau untuk menyebabkan kerugian kepada syarikat. Dalam Subseksyen ini menyatakan bahawa pengarah tidak boleh menggunakan maklumat bagi kepentingan peribadi. Ini kerana prinsip ini termasuk dalam penyalahgunaan rahsia dagangan (trade secrets), dan senarai pelanggan bagi kegunaan pesaing-pesaing dan maklumat rahsia lain. Ini boleh dibuktikan dalam kes Thomas Marshall (exporters) Ltd. lawan Guinle (1978) di mana Guinle adalah seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan import. Syarikat mengimport barang daripada Eropah Timur yang kemudiannya dijual kembali di England. Tanpa pengetahuan syarikat, syarikat mendapatkan perintah injuksi untuk menghalangnya daripada berurusan dengan pelanggan dan pembekal syarikat. Syarikat juga mendapatkan perintah injuksi untuk menghalangnya daripada menggunakan maklumat rahsia syarikat atau rahsia dagangan (trade secrets). Mahkamah memberikan perintah injuksi selepas mendapati Guinle telah melanggar kewajipan fidusiarinya untuk bertindak dengan jujur dan mahkamah berpendapat maklumat yang diperolehinya adalah maklumat rahsia yang hanya boleh digunakan demi kepentingan pihak syarikat. Selain itu, dalam kes Grove lawan Flavel (1986) turut menjelaskan di mana pengarah mempunyai maklumat berkenaan risiko syarikat yang akan digulungkan. Pengarah telah menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan untuk melindungi dirinya dan syarikat lain yang mana beliau adalah kepentingan sebagai pengarah daripada kesan penggulungan syarikat. Ini menyebabkan kerugian kepada pemiutang-pemiutang syarikat. Oleh itu, mahkamah memutuskan pengarah telah menggunakan maklumat yang diperolehinya secara salah di mana ianya bertujuan bagi kepentingan peribadi. 3. Seorang pengarah tidak boleh mengambil kesempatan dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya sendiri. Sekiranya seorang pengarah itu menerima apa-apa keuntungan atau ganjaran dari pihak ketiga kerana menjalankan kewajipannya bagi pihak syarikat, ganjaran yang diperolehinya mestilah diserahkan kepada syarikat. KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 12
  • 13. Dalam kes Mahesan lwn Malaysian Government Officers Co-operative Housing Society (1987) 1 MLJ 149. Mahesan adalah seorang pengarah dan bekerja untuk syarikat Malaysian Government Officers Co-operative Housing Society. Tujuan penubuhan syarikat ialah untuk menyediakan perumahan untuk pekerja kerajaan. Mahesan menerima rasuah dari Manickam berkenaan dengan satu transaksi yang melibatkan pembelian tanah. Manickan membeli tanah dengan harga $456,000. dia menjual kepada syarikat dengan harga $944,000 dan memberi rasuah sebanyak $122,000 kepada Mahesan. Syarikat boleh membeli tanah tersebut dengan harga $456,000 tetapi mereka terpaksa membayar $944,000 Mahkamah memutuskan bahawa syarikat boleh menuntut jumlah rasuah atau kerugian daripada perlanggaran kewajiban oleh Mahesan. Memandangkan kerugian syarikat adalah lebih besar dari jumlah rasuah, Mahesan diperintah untuk membayar kerugian yang dialami oleh syarikat akibat daripada rasuah tersebut. 4. Seorang pengarah tidak boleh mengambil atau menyimpan sebarang untung rahsia (dalam bentuk upah, yuran, komisen dan sebagainya) Sekiranya seseorang itu menerima apa-apa keuntungan atau ganjaran dari pihak ketiga kerana menjalankan kewajipannya bagi pihak syarikat, ganjaran yang diperolehi mestilah diberikan kepada syarikat. Dalam kes Boston Deep Sea Fishing & Ice lwn Ansell (1888), Ansell adalah pengarah urusan syarikat Boston dan beliau bertanggungjawab dalam pembinaan bot-bot menagkap ikan bagi pihak syarikat. Walau bagaimana pun tanpa pengatahuan syarikat beliau telah membayar komisen oleh pembuat kapal. Syarikat juga tidak mengetahui bahawa ansell adalah pemegang saham kepada sebuah syarikat pembekal ais dan syarikat pembekal ikan. Syarikat syarikat telah membayar bonus kepada pemegang-pemegang saham yang memberikan perkhidmatan mereka. Ansell kemudianya memasuki kontrak dengan kedua dua syarikat bagi pihak syarikat boston. Mahkamah memutuskan kepentingan peribadi ansell bertentangan dengan kewajipan fidusiari kepada syarikat boston apabila menerima komisen daripada pembuat kapal dan menerima bonus daripada kedua-dua syarikat dimana beliau adalah pemegang saham. KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 13
  • 14. Oleh itu, Sekiranya pengarah berpeluang untuk membuat untung rahsia atau manfaat dari statusnya sebagai pengarah, untung dan manfaat tersebut mestilah didedahkan kepada syarikat dan disahkan. Jika tiada sebarang pendedahan dibuat, adalah bertanggungan untuk mengambilkan untung tersebut kepada pihak syarikat. Dalam kes Furs ltd Lwn Tomkies (1936) Tomkies adalah pengarah syarikat Furs ltd. Tomkies telah diarahkan oleh syarikat untuk mengadakan perbincangan bagi tujuan penjualan sebahagian daripada perniagaan syarikat kepada sebuah syarikat di New Zealand. Semasa perbincangan penjualan tersebut, Tomkies telah membuatkan pihak pembuli memberi bayaran kepadanya. Oleh kerana itu pihak pembuli terpaksa membuat bayaran kepada Tomkies. Pembuli telah menawarkan harga yang rendah untuk mebeli perniagaan Furs. Furs telah menerima harga tawaran tanpa mengatahui bayaran yang dibayar kepada Tomkies. Pekara ini hanya diketahui oleh syarikat setelah transaksi jual beli tersebut selesai. Syarikat kemudiannya menuntut daripada Tomkies bayaran yang beliau terima dari pihak pembuli, Furs telah berjaya dalam tuntutannya terhadap Tomkies. Hakim latham memutuskan “Pengarah telah meletakkan dirinya dalam situasi mana kepentigan dirinya bertentangan dengan kewajipannya. Sebagai pengarah syarikat yang diamanahkan untuk menedalikan perbincangan untuk menjual aset syarikat, pengarah adalah berkewajipan untuk membuat yang terbaik bagi pihak syarikat dan memastikan syarikat mendapat harga yang terbaik dalam transaksi jual beli tersebut.” Oleh yang demikian pengarah tidak boleh mendapat apa-apa keuntungan untuk dirinya sendiri daripada apa-apa urusniaga syarikat kecuali segala fakta mengenai urusniaga tersebut diketahui oleh pemegang saham dan dipersetujui di dalam mesyuarat syarikat. Apa-apa untung rahsia yang diperolehi oleh pengarah di dalam menjalankan kewajipan fidusiarinya adalah menadi hak milik syarikat yang sah. Pengarah hendaklah sentiasa memikirkan kepentingan syarikat dan bukan kepentingan diri sendiri di dalam menjalankan kewajipan fudisiari sebagai pengarah. 5. Seorang pengarah tidak boleh memasuki kontrak dengan syarikatnya tanpa mendedahkan atau memberitahu tentang fakta bahawa beliau adalah pihak yang mempunyai kepentingan. Jika pengarah membuat keuntungan daripada urusniaga tersebut ianya mestilah didedahkan kepada syarikat. Kegagalan pengarah mendedahakn perkara tersebut boleh membuat pengarah KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 14
  • 15. bertanggungan terhadap syarikat ke atas keuntungan tersebut kerana pengarah berada di dalam kedudukan di mana kepentingan peribadi bertentangan dengan kepentingan syarikat. Terdapat beberapa peruntukan di dalam Akta Syarikat 1965 yang menyentuh berkenaan pendedahan kepentingan di dalam kontrak, harta, jawatan-jawatan, dan lain-lain oleh pengarah. Subseksyen 131(1) dan (5) memperuntukan: 131 (1)tertakluk kepada Subseksyen ini tiap-tiap pengarah syarikat yang dalam apa cara, sama ada cara langsung atau tidak langsung, berminat di dalam kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan syarikat tersebut hendaklah secepat mungkin yang Pratik selepas fakta- fakta yang relevan telah sampai ke pengatahuannya mengistiharkan sifat kepentingannya di mesyuarat pengarah-pengarah syrikat. 131 (5)tiap-tiap pengarah syarikat yang memegang apa-apa jawatan atau memiliki apa-apa harta sama ada secara langsung atau tidak langsungtugas-tugas atau kepentingan- kepentingannya sebagai pengarah hendaklah mengistiharkan di mesyuarat pengarah-pengarah syarikat fakta dan sifat jenis dan had percanggahan tersebut. Subseksyen 131 menyatakan pengarah mesti mendedahkan keadaan kepentingannya sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam mana-mana kontrak yang dimasuki dengan syarikat. Sekiranya pengarah memegang apa-apa jawatan atau memiliki apa-apa jawatan atau memiliki apa-apa harta yng boleh menimbulkan percanggahan dengan kepentingannya sebagai pengarah, perkara tersebut hendaklah didedahka kepada mesyuarat lembaga pengarah. Peso Silver Mines Ltd Lwn Cropper (1966) mahkamah memutuskan apabila lembaga pengarah dengan suci hati menolak satu peluang untuk syarikat. Maka pengarah bolehlah mengambil peliang tanpa mendedahkannya kepada syarikat atau mesyuarat lembaga syarikat. Dan kes seterusnya, kes Transual Lands Co Lwn New Belgium (Transuaal) Land & Development Co (1914) Samuel dan Harvey adalah pengarah-pengarah syarikat Transvaal Lands. Samuel juga adalah pengarah bagi syarikat New Belgium. Kedua-duanya adalah pemegangsaham dalam syarikat New Belgium. Atas pujukan Samuel lembaga pengarah Transvaal Land bersetuju untuk membeli saham-saham yang dimilik oleh syarikat New Belgium. Selepas transaksi jual beli saham selesai, syarikat Transvaal mengetahui Samuel dan Harvey KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 15
  • 16. mempunyai kepentingan di dalam syarikat New Belgium dan syarikat Transvaal ingin membatalkan kontrak tersebut. Mahkamah memutuskan kepentingan sebagai pengarah dan pemegang saham di dalam New Balgium bercanggah dengan kewajipan mereka untuk bertindak demi kepentingan syarikat. Transvaal, dan dengan itu merek telah melanggar kewajipan fidusiari terhadap syarikat. 6. Persaingan dengan syarikat di mana pengarah tidak boleh memperolehi apa-apa harta atau peluang perniagaan yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat. Tiada undang-undang yang mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menjadi pengarah kepada dua syarikat yang berasingan asalkan segala percanggahan yang timbul dideahkan dan disahkan oleh syarikat. Dengan erti kata lain, pengarah masih ada hak untuk melakukan sesuatu yang bersaing dengan syarikat tetapi tindakan itu mestilah didedahkan sepenuhnya dan dibenarkan oleh syarikat. Sekiranya pengarah menubuhkan perniagaan yang bersaing dengan syarikat yang mana beliau adalah pengarah dan kemudiannya mengambil peluang ke atas kontrak yang sepatutnya diberikan kepada syarikat yang beliau menjadi pengarah, beliau dikatakan telah melanggar kewajipan fidusiarinya. Avel Consultants Sdn Bhd & Anor Lwn Mohamed Zain Yusof & Ors (1985) ketiga-tiga respon adalah pengarah syarikat perayu. Responden kemudiannya menubuhkan sebuah fima perunding jurutera lain, bersaing dengan perniagaan perayu. Firma ini kemudahannya berusaha mencari pelanggan dan akhirknya dilantik menjalankan kerja perundingan yang sepatutnya diperolehi oleh perayu. Perayu membuat tuntutan terhadap responden kerana melanggar kewajipan fidusiari. Dalam keputusannya meluluskan tuntutan perayu, keta hakim negara tun salleh abas menyatakan: “Undang-undang adalah jelas bahawa pengarah mempunyai hubungan fidusiari dengan syarikat. Dengan itu, pengarah tidak boleh meletakkan dirinya dalam situasi di mana kepentingan dirinya bertentanagn dengan kepentingan syarikat” Cook Lwn Deeks (1916) Toronto Contruction Company mempunyai empat orang pengarah yang juga pemegang saham syarikat. Iga orang pengarah berkonflik dengan seorang (plantif). KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 16
  • 17. Mereka kemudiannya memutuskan hubugan dengan plantif. Syarikat Toronto telah berunding berkenaan satu kontrak dengan Canadian Pacific Company. Perundingan dilaksanakan oleh kedua0dua defenden. Apabila syarikat berjaya mendapatkan kontak tersebut, ketiga-tiga defenden menubuhkan syarikat baru bernama Dominion Construction Company untuk menjalankan kontrak tersebut. Plantif menyaman bagi pihak syarikat dengan alas an pihak defenden telah melanggar kewajipan sebagai pengarah syarikat. Mahkamah memutuskan pengarah-pengarah tersebut melanggar kewaajipan sebagai pengarah dan membenarkan syarikat mendapatkan kontrak kembali keuntungan yang dibuat oleh defendan. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian prinsip am yang menyatakan pegarah hanya boleh bersaing dengan syarikat jika tindakan tersebut didedahkan dan dibenarkan oleh syarikat. Peso Silver Mines Ltd Lwn Cropper (1966). Cropper adalah pengarah bagi Peso Silver Mines Ltd. seorang peniaga telah menawarkan kontrak untuk menggali. Tawaran ini telah dipertimbangkan oleh pengarah-pengarah Peso dan ditolak. Setelah tawaran ditolak oleh pengarah syarikat Peso. Maka Cropper berminat terhadap tawaran kontrak tersebut dan telah membentuk satu syarikat baru iaitu “Cross Bow” dan cropper adalah pengarahnya. Oleh kerana Cropper tidak bersetuju dengan tindakan pengarah atasan Peso maka beliau meletak jawatan dari Peso. Akhirnya Cropper telah disaman oleh Peso dimana Peso telah menuntut jumlah saham yang dipegang oleh Cropper dalam Cross Bow dengan alas an saham-saham itu dipegang bagi pihak Peso dan juga Cropper mempunyai hubungan fidusiari terhadap peso apabila dia mempengaruhi saham Cross Bow. Mahkamah tinggi kanada menolak tuntutan Peso dengan memutuskan bahawa ketika lembaga pengarah dengan suci hati menolak satu peluang bagi pihak syarikat, maka pengarah adalah dibenarkan untuk mengambil peluang tersebut tanpa perlu mendedahkan kepada syarikat. 7. Pengarah mesti menggunakan kuasa dan asset yang telah diamanahkan kepadanya dengan maksud yang ditentukan. Seseorang pengarah mungkin bertindak secara jujur bagi kepentingan syarikat, tetapi beliau masih boleh dikatakan melanggar kewajipan fidusiarinya jika beliau menyalahgunakan asset syarikat atau menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya untuk tujuan yang salah. KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 17
  • 18. Kita boleh rujuk di dalam kes Belmont Finance Corporation Ltd. lawan Williams Furniture Ltd. (1980) . Dalam kes ini mahkamah telah memutuskan bahawa pengarah boleh didapati bersalah di bawah jenayah pecah amanah jika menyalahgunakan wang syarikat. Kesan-Kesan Kontrak Akibat Kemungkiran Tanggungjawab Fidusiari Satu urusniaga syarikat yang ultra virus tidak batal walaupun ianya melanggar kewajipan fidusiari pengarah. Urusniaga tersebut hanya boleh menjadi boleh batal. Terdapat 2 perkara yang perlu diambil kira : - (1) bila pengarah memasuki kontrak atau urusniaga dengan syarikatnya sendiri dan melanggar tugas fidusiarinya, kontrak atau urusniaga tersebut menjadi boleh batal, dimana syarikat mempunyai opsyen untuk membatalkan kontrak atau urusniaga tersebut. (2) Bila urusniaga dimasuki oleh syarikat dengan pihak ke-3, sama ada urusniaga itu boleh diketepikan oleh pihak ke-3 atau tidak. Bergantung sama ada pihak ke-3 tahu atau sepatutnya tahu yang pengarah telah melanggar tugas fidusiarinya. Jika pihak ke-3 tahu, maka pihak ke- 3 tidak dapat mengenepeikan urusniaga tersebut. Satu urusniaga syarikat yang ultra virus tidak batal walaupun ianya melanggar kewajiban fidusiari pengarah. Urusniaga tersebut boleh diketepikan jika satu pihak tahu atau sepatutnya tahu berkenaan dengan perlanggaran kewajiban oleh pengarah syarikat. Remedi-Remedi Untuk Kemungkiran Kewajipan Fidusiari Pengarah. Apabila seorang pengarah syartikat itu didapati melanggar kewajipan fidusiari terhadap syarikat, syarikat berkenaan mempunyai pilihan, samada untuk: I. meminta pengarah menyerahkan segala keuntungan yang telah diterimanya (dari pihak ketiga) II. meminta pengarah membayar gantirugi kepada syarikat jika syarikat terbukti telah mengalami kerugian disebabkan perlanggaran kewajipan tersebut. KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 18
  • 19. 2.2 Kewajipan Kemahiran, Berhati-Hati, Dan Ketekunan Subseksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 : Pengarah hendaklah pada setiap masa bertindak dengan jujur dan menggunakan kerajinan yang menusabah dalam melepaskan kewajipan-kewajipan jawatannya. Menurut Subseksyen diatas menyebut bahawa seorang pengarah hendaklah pada setiap masa bertindak dengan jujur dan menunjukkan ketekunan yang menusabah tanpa menyebutkan secara khusus istilah kemahiran, berhati-hati atau ketekunan. Kewajipan Menggunakan Kemahiran Seseorang pengarah tidak perlu mempunyai apa-apa kemahiran untuk menjawat jawatan pengarah dan ketidakmahiran bukanlah satu kemungkiran kewajipan kepada syarikat. Dalam kes Re City Equitable Fire Insurance (1925), Hakim Romer menyatakan, "Seseorang pengarah tidak perlu menunjukkan satu darjah kepandaian yang lebih tinggi daripada seorang yang mempunyai kepandaian dan pengalamannya." Kesimpulannya, Akta mahupun Common Law tidak mensyaratkan supaya seseorang pengarah itu perlu mempunyai kelayakan minimum tertentu sebelum boleh dilantik menjadi pengara. Selain daripada itu, kes Rowies J mengatakan di dalam kes Re City Equitable Fire Insurance Ltd (19245) 1 Ch 407 “ pengarah tidak perlulah memnunjukkan, didalam melaksanakan tugasnya, tahap kemahiran yang lebih tinggi dari yang sepatutnya dianggapkan ada dalam fikiran atau pengalamannnya” Akta Syarikat tidak pernah memberikan syarat-syarat minimum sebelum seseorang itu boleh menjadi pengarah. Tetapi seandainya dalam keadaan di mana seseorang pengarah dilantik kerana kemahirannya dalam kemahiran tertentu, dan kemudiaanya dia gagal membuktikannya, di sini satu perlanggaran kewajiban mungkin telah berlaku. Kewajipan Berhati-hati KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 19
  • 20. Kes Re Brazilian Rubber Plantations and Estates Ltd (1911) Seseorang pengarah hanya perlu menunjukkan darjah berjaga-jaga yang lebih tinggi daripada yang wajar daripada seseorang yang mempunyai kelayakan dan pengalamannya. Pengarah tidak bertanggungan ke atas sebarang kerugian akibat daripada kesilapan dalam memberi pertimbangan. Manakala dalam kes Re John Fulton & Co Ltd (1932) pula apabila seseorang pengarah tidak patut menerima jawatan pengarah dan emolumen sebagai ganjarannya jika dia tidak mengetahui mengenai peruntukan Akta atau Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan syarikat. Seseorang pengarah hendaklah membuat siasatan yang munasabah apabila diminta untuk membuatnya daripada wang syarikat: Re Railway & General Light Improvement Co; kes Marzetti (1880) Seseorang pengarah yang mencadangkan bayaran tertentu daripada wang syarikat dan menandatangani cek tanpa mengetahui dengan sebenarnya untuk tujuan apa bayaran itu dibuat tanpa membuat penyiasatan yang wajar bagi seseorang yang berada dalam kedudukannya perlu lakukan, maka pengarah berkenaan dianggap sebagai lalai dalam menjalankan kewajipannya: Kewajipan Untuk Berusaha/Ketekunan Subseksyen 132 (1) memperuntukkan bahawa seseorang pengarah hendaklah menggunakan "usaha yang munasabah" dalam menjalankan kewajipan jawatannya. Darjah kewajipan itu perlulah munasabah mengikut hal-keadaan dan tidak lebih daripada itu. Rujuk kes Byrne lwn Baker (1964). Dalam kes Re Forest of Dean Coal Mining Co (1879) pula seseorang pengarah misalnya, tidak perlu menghadiri semua mesyuarat lembaga pengarah. Seseorang pengarah pada amnya tidak bertanggungjawab ke atas tindakan atau peninggalan rakan pengarahnya yang lain, jika dia tidak hadir dalam mesyuarat lembaga pengarah yang berkaitan. Seseorang pengarah tidak bertanggungan terhadap sesuatu perkara yang berlaku semasa dia tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan, misalnya: - i. Hutang yang dibuat semasa ketiadaannya: Ramskill lwn Edwards (1885). ii. Fraud yang dilakukan oleh rakan pengarahnya: Cargill lwn Bower (1878). Dia tidak berobligasi untuk menyelia hal-ehwal syarikat atau tingkahlaku rakan KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 20
  • 21. pengarahnya, kecuali jika dia memberikuasa supaya tindakan itu dibuat, maka dia boleh bertanggungan. Seseorang pengarah yang memungkiri kewajipan untuk mengguna kemahiran, berjaga-jaga dan menggunakan usaha yang munasabah boleh didakwa oleh syarikat atas kerugian yang dialaminya. Subseksyen 132 (3) dengan jelas memperuntukkan bahawa seseorang pengarah adalah bertanggungan atas apa-apa kerugian yang ditanggung oleh syarikat akibat daripada kemungkiran kewajipan pengarah untuk 'bertindak secara yang munasabah'. memandangkan kewajipan itu ditanggung kepada syarikat, maka anggota-anggota syarikat tidak boleh mendakwa untuk menguatkuasakannya: Pavlides lwn Jensen (1956). Remed-Remedi Untuk Kemungkiran Kewajipan Kemahiran, Berhati-Hati Dan Ketekunan Subseksyen 132(3) Akta Syarikat 1965 : Pegawai atau ejen atau pegawai bursa saham yang melakukan perlanggaran perlanggaran Subseksyen ini hendaklah: a) bertanggungan kepada syarikat untuk apa-apa keuntungan yang dibuat olehnya atau untuk kerosakan oleh syarikat akibat dari perlanggaran tersebut; dan b) bersalah di atas kesalahan Akta ini. Penalti: lima tahun penjara atau tiga puluh ribu ringgit Apabila seseorang pengarah syarikat itu didapati melanggar kewajipan kemahiran, berhati-hati dan berusaha sewajarnya, syarikat boleh menyaman dan menuntut ganti rugi terhadap pengarah tersebut. 2.3 Kewajipan Statutori (Berkanun) Sebagai salah satu dari tugas-tugas pengarah, mereka dikehendaki mendedahkan beberapa perkara kepada syarikat : - (1) Seksyen 131 – pengarah mestilah mendedahkan beberapa perkara bersangkutan dengan KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 21
  • 22. kepentingan sendiri dalam mesyuarat, contohnya memberitahu tentang faedah dalam kontrak, harta benda, jawatan dan sebagainya. (2) Seksyen 132A - pengarah yang berada dalam atau berhubung kepada satu urusniaga dalam cagaran-cagaran perbadanan tidak boleh menyalahgunakan kedudukan sebagai pengarah untuk memperolehi maklumat-maklumat sulit. (3) Seksyen 132B – pengarah tidak boleh menyalahgunakan maklumat yang didapati dalam kapasiti rasmi sebagai pengarah. (4) Seksyen 132C – pengarah tidak boleh menguatkuasakan mana-mana cadangan atau melaksanakan mana-mana transaksi bagi : - (a) pemerolehan satu usahan atau harta benda bernilai tinggi; atau (b) pelupusan suatu bahagian besar dari usaha atau harta benda syarikat, yang akan merugikan dan mempengaruhi kedudukan atau pelaksanaan kewangan syarikat, kecuali jika ianya telah diluluskan oleh syarikat dalam mesyuarat am. (5) Seksyen 132D – pengarah tidak boleh menggunakan mana-mana kuasa syarikat untuk mengeluarkan syer-syer, melainkan mendapat kelulusan dari syarikat dalam mesyuarat am. (6) Seksyen 132E - sebuah syarikat tidak boleh memasuki mana-mana perkiraan atau transaksi dengan mana-mana pengarah syarikat atau syarikat pegangannya atau dengan seorang yang berhubung dengan pengarah untuk memperolehi daripada atau melupuskan kepada pengarah mana-mana aset tiada tunai dari nilai-nilai yang wajib, kecuali jika ianya diluluskan oleh resolusi syarikat dalam mesyuarat am. (7) Seksyen 133 – sebuah syarikat tidak boleh membuat suatu pinjaman wang kepada pengarah syarikat. (8) Seksyen 133A – larangan dari hal pinjaman wang kepada orang-orang yang berhubung KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 22
  • 23. dengan pengarah. (9) Seksyen 135 – pengarah kewajiban untuk memberitahu : - (a) Butiran-butiran sperti syer, debenture, faedah turutan, hak, pilihan dan sebagainya. (b) mengenai mana-mana pertukaran butiran perenggan (a) (c) dari hal kejadian dan perkara yang mempengaruhi atau berkaitan kepada dirinya sendiri. (d) jika ia adalah pengarah syarikat awam atau subsidiari syarikat awam dari hal tarikh pada bila ia mencapai umur 70 tahun 3.0 KESIMPULAN Secara amnya, pengarah merupakan individu dan pihak yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir syarikat. Di sini juga, bukan semua yang layak dan mampu untuk memangku gelaran sebagai pengarah, kerana tanggungjawab yang di pikul oleh seseorang pengarah amat berat. Bagi melayakkan diri diri untuk menjadi seorang pengarah, seseorang individu mesti mempunyai kelayakan-kelayakan yang tertentu. Antaranya mestilah dewasa, bukan seseorang yang dikategori sebagai bankrap yang belum lepas oleh mahkamah, tidak pernah disabitkan dengan apa jua kesalahan yang melibatkan penipuan dan seumpamanya. Selain itu, jika seseorang pernah menjadi pengarah kepada dua buah syarikat yang telah dikenakan tindakan penyelesaian/penggulungan dan tidak mampu bayar hutang selang kurang daripada lima tahun antara keduanya, tidak layak menjadi pengarah syarikat lain (ketiga). Seseorang yang telah dilantik menjadi pengarah harus mengosongkan jawatannya apabila hilang kelayakan menjadipengarah samada hilang kelayakan itu menurut peruntukan Akta syarikat atau artikel persatuan. Di samping itu, pengarah juga dipertanggungjawabkan dengan kewajipan-kewajipan KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 23
  • 24. tertentu iaitu kewajipan fidusiari, kewajipan kemahiran, berhati-hati dan ketekunan, serta kewajipan statutori. Pengarah tidak boleh mengambil remeh tentang tanggungjawabnya, malah pengarah juga perlu mengetahui dan menyedari mengenai peranan, kewajipan, dan liabiliti mereka di sisi undang-undang dan perlu mengambil inisiatif untuk mengetahui hak dan tanggungjawabnya. Bahkan, jika pengarah was-was, dinasihatkan mendapatkan nasihat undang- undang. Hal ini kerana, jika pengarah bertindak secara bercanggah atau tidak mematuhi undang- undang, ia tidak boleh memberi alasan bahawa ia tidak tahu tindakkannya itu telah melanggar peruntukan undang-undang. Ini disebabkan “kejahilan undang-undang bukan lah satu kemaafan”. Oleh yang demikian, apa cara sekalipun mengarah mesti sedia maklum tentang perkara yang melibatkan pengarah dan perlu sentiasa peka terhadap tanggungjawab dan peranannya. KEWAJIPAN FIDUSIARI DAN KEWAJIPAN BERKANUN PENGARAH | 24