SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
1
PENDAHULUAN
Gerakan koperasi di Malaysia dibahagikan kepada 3 era iaitu era sebelum perang dunia
kedua, era selepas perang dunia kedua dan era baharu. Selain itu didalam sejarah gerakan
koperasi ini terdapat pelbagai rintangan sebelum wujudnya koperasi di Malaysia. Sejarah
kewujudan koperasi di Malaysia ini bermula untuk membantu masyarakat di bandar dan luar
bandar yang tiada pendedahan tentang pengurusan kewangan.
Maksud koperasi
Pernyataan Identiti Koperasi Kongres 1995 mendefinisikan koperasi adalah sebuah
persatuan manusia yang berautonomi, bergabung secara sukarela, berjuang untuk memenuhi
keperluan dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya. Ia disalurkan
melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik.
GERAKAN KOPERASI DI MALAYSIA
1.0 ERA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Sejarah pergerakan koperasi di tanah melayu bermula sebelum perang dunia kedua lagi.
Pergerakkan koperasi ini bermula di kawasan bandar dan juga luar bandar. Pertubuhan
koperasi ini diperkenalkan sebagai usaha kerajaan pada masa itu untuk menangani
masalah perekonomian masyarakat di Tanah Melayu terutamanya masyarakat petani
melayu.
Di kawasan luar bandar pula para petani menghadapi masalah dari segi kewangan dan ini
memberi ruang kepada „orang tengah‟ mengekploitasi keadaan ini untuk memaksa
golongan petani ini memilih sistem kewangan yang sedia ada di kawasan setempat mereka
pada ketika itu. Antara sistem dan sumber pinjaman kewangan yang terdapat di kawasan
luar bandar pada ketika itu adalah sistem padi kunca atau padi ratus. Sistem padi ini
adalah sistem dimana perjanjian antara petani dengan peminjam wang dimana padi
tersebut belum lagi ditanam tetapi ianya telah dijual. Sistem ini biasanya berlaku di antara
para petani dengan pekedai runcit, peminjam wang atau sahabat handai.
2
Di kawasan bandar pula penduduk yang ada diantaranya menjadi kakitangan kerajaan juga
menghadapi masalah kewangan. Ada diantara mereka membuat atau mendapat pinjaman
daripada kedai pajak gadai, money lenders (ceti) ataupun peminjam wang professional.
Menurut Datuk Abdul Majid, keadaan ini berlaku disebabkan oleh tiada perangsang untuk
menaikkan perasaan menolong diri sendiri dan tidak ada perikatan atau persekutuan yang
meminjamkan wang dengan senang lagi murah faedahnya bagi membantu mereka yang
berkehendakan pinjaman untuk menjalankan pekerjaan dan perusahaan mereka.
Bermula tahun 1907 seorang pegawai Inggeris bernama Sir Arthur Young yang
merupakan (Colonial Secretary Of The Straits Settlement In Singapore) telah
mencadangkan idea tentang pertubuhan koperasi ini ke Tanah Melayu namun cadangan
tersebut dibatalkan kerana keadaan belum bersedia untuk menubuhkan koperasi di Tanah
Melayu pada masa itu.
Pada tahun 1911 Sir Arthur Young yang pada ketika itu merupakan Secretary of Federated
Malay States menubuhkan jawatankuasa mengkaji penubuhan koperasi namun jawatan
kuasa ini juga gagal kerana perang dunia pertama.
Pada tahun 1918 selepas perang dunia pertam tamat idea penubuhan koperasi ini timbul
lagi. Namun kini masalah lain pula yang timbul berikutan ada segelintir pemimpin agama
mempertikaikan terhadap penggunaan faedah yang terdapat dalam sistem koperasi kredit.
Sekali lagi penubuhan koperasi tidak dapat diteruskan kerana tiada kerjasama daripada
mereka ini.
Tahun 1921 membawa sinar baru apabila Alexander Cavendish seorang pegawai Inggeris
telah dihantar ke Burma bagi mengkaji gerakan koperasi disana. Hasil dari kajiannya di
Burma, satu laporan telah dibentangkan kepada Majlis Persekutuan (Federal Council)
pada 13 Disember 1921.
Sultan Perak pada masa itu telah memanggil para pemimpin agama dan orang besar negeri
untuk bermesyuarat pada 26 Jun 1922 berkenaan pertikaian faedah dalam koperasi kredit.
Pemimpin agama dari Arab Saudi dan Mesir telah dihubungi melalui surat dan mereka
memberi penjelasan bahawa menjadi anggota sebuah koperasi tidak bertentangan dengan
hukum Islam. Penyertaan masyarakat melayu selepas itu sangat menggalakkan 28 Jun
1922, satu undang-undang Syarikat Kerjasama 1922 telah diluluskan oleh Majlis
Mesyuarat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. 1 Julai 1922, sebuah agensi kerajaan khusus
3
untuk koperasi ditubuhkan iaitu Pejabat Kemajuan Kerjasama di Taiping, Perak dan
Alexander Cavendish telah dilantik sebagai Pendaftar atau Pesuruhjaya Kemajuan
Kerjasama yang pertama. 21 Julai 1922, koperasi pertama telah ditubuhkan di kawasan
Bandar iaitu Syarikat Bekerjasama Jimat Cermat Pinjaman Wang Pekerja Jabatan Pos dan
Telekom Berhad. Negeri lain di semenanjung Tanah Melayu telah mengambil langkah
untuk mengadakan Undang-undang Syarikat Kerjasama bagi negeri masing-masing.
Antaranya negeri yang menubuhkan kerjasama ini adalah negeri Kedah(1924), Perlis
(1924), Johor(1927), Kelantan (1934) dan Terengganu (1939).
Tahun 1924 ini menyaksikan seorang anak melayu telah dilantik sebagai Penolong
Pendaftar Koperasi yang pertama iaitu Kapten Noor M. Hashim. Pada tahun ini juga
pejabat pendaftar Syarikat Kerjasama berpindah dari Taiping ke kuala Lumpur. 3
Disember 1924 telah tertubuhnya koperasi luar Bandar yang pertama iaitu Syarikat
Kampung Tebuk Haji Musa Bekerjasama dengan Tanggungan Berhad di Parit Buntar,
Krian, Perak. Pertubuhan ini lebih tertumpu di kawasan penanaman padi.
Pada 1938 sebanyak 76 koperasi jenis kredit telah ditubuhkan dengan keanggotaan
seramai 30,626 orang dan yuran sebanyak RM 6.4 juta. Jumlah koperasi ini terus
berkembang pada 1939 iaitu sebanyak 515 buah kopersai telah ditubuhkan. Namun
pergerakkan koperasi menjadi tidak aktif pada tahun 1941 sehingga 1945 akibat Perang
Dunia Kedua.
2.0 ERA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
Era selepas Perang Dunia Kedua membawa banyak perubahan pada gerakan koperasi.
Antaranya kegiatan koperasi kembali pulih. Kerajaan telah mengubah dasarnya tentang
koperasi kepada dasar interventionist, di mana dana awam mula digunakan dan keadaan
tersebut telah membantu terbentuknya sebuah gerakan koperasi yang bebas yang bebas di
negara ini. Pada tahun 1948, perundangan baharu koperasi telah diperkenalkan di Malaya
dengan pemansuhan Co-operative Societies Enactment 1922. Seterusnya, pada tahun yang
sama Co-operative Societies Ordinance No. 3 diperkenalkan bagi menyelaraskan semua
perundangan koperasi yang ada. Sebelum itu sudah terdapat enakmen koperasi dalam
negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu.
Era selepas perang dunia kedua telah menampakkan keadaan tertentu dalam gerakan
koperasi negara. Pertama, wujudnya percanggahan antara rancangan pembangunan
4
gerakan koperasi yang serba kekurangan dengan sistem ekonomi pertanian komersial
dalam kalangan masyarakat luar Bandar. Keadaan ini timbul ekoran daripada program
pembangunan koperasi dalam kalangan masyarakat petani terpaksa bersaing dengan
institusi yang telah lama wujud seperti kegiatan orang tengah dan peminjam wang.
Jabatan Kemajuan Kerjasama pula masih lagi kekurangan kakitangan dan kemampuan.
Manakala di negeri Sarawak, Sarawak Co-operative Societies Ordinance telah diluluskan
pada tahun 1949. Hasilnya koperasi diperkenalkan di sana bagi membantu masyarakat
yang menghadapi beban hutang daripada orang tengah dalam pengedaran dan pembelian
barang-barang. Walau bagaimanapun banyak masalah pelaksanaan telah timbul seperti
kekurangan pegawai Jabatan Kemajuan Kerjasama, masalah buta huruf dalam kalangan
masyarakat dan kesulitan perhubungan. Pada tahun 1954 sebanyak 172 koperasi jenis
pemasaran telah didaftarkan dengan modal pusingan sebanyak RM10.5 juta. Seterusnya
pada 2 Ogos 1954 koperasi se Malaysia (MCIS) telah didaftarkan. Ini adalah koperasi
yang menjalankan perkhidmatan insurans di negara ini. Ia menyediakan polisi-polisi
insurans kepada anggota seperti insurans nyawa, insurans kereta, insurans kebakaran,
insurans hospital dan sebagainya. Pada tahun 1954 juga Bank Persatuan Kerjasama
ditubuhkan. Kemudian ia bergabung dengan Bank Agung Kampung Bekerjasama
Persekutuan Tanah Melayu. Koperasi bank ini kemudiannya dikenali sebagai Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).
Pada tahun 1955 sebanyak 22 koperasi perumahan telah didaftarkan. Dalam bidang
pendidikan koperasi sebuah pusat latihan khas bagi melatih anggota dan pemimpin
koperasi negara ini telah ditubuhkan pada tahun 1956, iaitu Maktab Kerjasama Malaysia
(MKM) yag terletak di Petaling Jaya, Selangor. Dato‟ Abdul Majid Haji Mohamed
dilantik sebagai pengetua MKM yang pertama. Seterusnya pada tahun 1957 terdapat
sebanyak 2243 syarikat kerjasama di Malaysia yang dengan modal pusingan berjumlah
RM74,051,354 dan keahliannya seramai 267,685 orang.
Di negeri Sabah telah dikuatkuasakan Sabah Co-operative Ordinance No.3 diluluskan dan
dikuatkuasakan pada tahun 1958. Perkembangan koperasi di Sabah pada peringkat awal
mengalami masalah kerana taraf pendidikan masyarakatnya yang rendah. Terdapat juga
masalah kekurangan pegawai Jabatan Kemajuan Kerjasama yang berkelayakan dan
kesulitan komunikasi. Koperasi di kawasan Bandar di negeri itu lebih berjaya berbanding
5
kawasan di luar Bandar yang lebih mengamalkan ekonomi sara diri. Terdapat juga
koperasi pembangunan tanah yang mengusahakan penanaman komersial terutamanya
kelapa sawit dan getah atas tanah yang dikurniakan oleh kerajaan negeri.
Jika dilihat daripada segi jenis aktiviti dalam tahun-tahun 1950-an, koperasi di negara ini
telah menceburkan diri dalam aktiviti pemprosesan kilang padi, pemasaran dan pengguna
kedai runcit. Dalam tempoh tersebut koperasi kredit di luar Bandar telah bergabung
menjadi Bank-Bank Persatuan Kerjasama. Mereka kemudiannya bercantum menjadi Bank
Agung Kampung Bekerjasama Tanah Melayu yang pada ketika ini dikenali sebagai Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia atau Rakyat.
Pada tahun 1968, Akta Maktab Kerjasama telah diperkenalkan dan buat kali pertama
sebahagian daripada keuntungan koperasi di negara ini telah diwajibkan untuk dicarum
dalam Tabung Amanah Pendidikan Koperasi, di mana sebahagian besar daripada sumber
pembiayaan MKM ialah daripada peruntukan tabung berkenaan.
Sepanjang tahun 1960, koperasi bercorak serbaguna mula ditubuhkan di negara ini,
terutamanya di kawasan luar Bandar yang melihat banyak pergabungan antara koperasi
satu fungsi yang ditubuhkan pada tahun 1950-an. Di kawasan Bandar pula, koperasi
perumahan dan perkhidmatan telah ditubuhkan.
Pada tahun 1965 koperasi sekolah mula diperkenalkan di negara ini hasil cetusan idea Y.
M. Prof. Diraja Ungku A. Aziz melalui hasil penubuhan Koperasi kedai Buku Universiti
Malaya. Penubuhan koperasi sekolah merupakan satu fungsi baru yang diharap dapat
menjadi sumber penting ke arah tersebut. Di samping memberi pelbagai-bagai faedah
kepada para pelajar, guru-guru dan sekolah. Koperasi sekolah juga boleh menjadi satu
institusi yang membekalkan tenaga, kepimpinan dan ideologi koperasi kepada
pertumbuhan generasi pelapis di dalam perkembangan gerakan koperasi masa depan.
Matlamat koperasi sekolah adalah untuk membentuk amalan berjimat cermat dan
berdikari, mewujudkan suasana latihan amali pengurusan dan perdagangan, menyemai
sifat dan unsur-unsur demokrasi, menggalakan sifat bekerjasama dan mengasuh bakat
kepimpinan.
Terdapat perbezaan daripada segi kemajuan antara koperasi luar Bandar yang kekurangan
modal dan kepimpinan lemah dengan koperasi di Bandar yang lebih bebas dan
berkemampuan dari segi modal dan kepimpinan. Koperasi di Bandar disokong oleh dua
6
badan gabungan seperti Co-operative Union of Malaysia (CUM) dan Midland Co-
operative Union.
Hasil daripada penganjuran “Kongres Koperasi Malaysia Kedua”, Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia atau ANGKASA telah ditubuhkan pada tahun 1971, kemudiannya
dianggap sebagai badan puncak gerakan koperasi. Ia juga dianggap disifatkan sebagai
wakil gerakan koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan terutamanya bagi koperasi di
kawasan luar Bandar dan juga di peringkat antarabangsa.
Secara umum, gerakan koperasi di Malaysia yang bermula pada tahun 1970-an telah
terbahagi kepada tiga kategori umum, iaitu koperasi yang berasaskan pertanian, perikanan
dan koperasi bukan pertanian. Ketiga-tiga kategori koperasi tersebut pula diawasi oleh
tiga agensi kerajaan yang berasingan, iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi
mengawasi koperasi bercorak pertanian sejak tahun 1975. Dengan tertubuhnya LPP,
sebanyak 1550 buah koperasi berasaskan pertanian telah diletakkan dibawah penyeliaan
pihak LPP.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pula yang ditubuhkan pada tahun 1975
bertanggungjawab kepada koperasi bercorak perikanan. Dengan penubuhan LKIM
sebanyak 76 buah koperasi nelayan telah diletakkan di bawah pengawasan agensi
berkenaan, manakala Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK) menyelia koperasi
selain daripada koperasi berasaskan pertanian dan perikanan di negara ini.
3.0 ERA BAHARU KOPERASI
Dekad 1980-an telah memulakan satu dimensi baharu kepada gerakan koperasi di
Malaysia. Dengan inisiatif dari Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
atau KPNLB, “Era Baharu Koperasi” telah dirasmikan pelancarannya oleh Timbalan
Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 1982. Dengan bermulanya Era Baharu
Koperasi ini, diharapkan gerakan koperasi Malaysia dapat memberikan satu imej yang
baharu iaitu ke arah menjadikan gerakan koperasi di negara ini sebuah gerakan yang
progresif, dinamik dan maju
Langkah-langkah tertentu diambil oleh kementerian dan JPK supaya koperasi dapat
memperbaiki keadaan pengurusan masing-masing terutamanya dalam soal melicinkan
pentadbiran , mengemaskini akaun dan pengauditan serta membasmi penyelewengan.
7
Koperasi juga dikehendaki mengadakan mesyuarat agung tahunannya masing-masing
dan mereka yang gagal berbuat demikian akan disenaraihitamkan.
Selaras dengan Era Baharu Koperasi tersebut, JPK telah mengusahakan penubuhan
koperasi jenis baharu seperti Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) sebagai sebuah
koperasi yang menjalankan projek-projek kecil di kawasan luar Bandar negara ini.
Kemudian ditubuhkan pula Koperasi Pembangunan Negara (KPN) yang
mengendalikan program di peringkat nasional seperti pembekalan bahan dan jentera,
import dan eksport, perusahaan dan perdagangan, pembangunan tanah serta pelaburan.
Dua jenis koperasi baharu yang ditubuhkan ialah Koperasi Industri Kampung (KIK)
yang berusaha memajukan taraf sosioekonomi pengusaha kraftangan dalam satu
organisasi pengeluaran dan pemasaran yang teratur. Koperasi Pelaburan Pekerja (KPP)
pula ditubuhkan untuk membolehkan pekerja sesebuah organisasi perniagaan
bergabung dan membuat pelaburan dalam modal saham di syarikat di mana mereka
bekerja. Untuk mengatasi masalah pengauditan yang kurang kemas dan teratur dalam
kalangan koperasi di negara ini, Kementerian berkenaan iaitu KPNLB telah
menubuhkan Institut Juruaudit Koperasi pada tahun 1982. Institut ini bertujuan
membantu melahirkan juruaudit koperasi bagi mengatasi kekurangan juruaudit luar
yang bertauliah dalam gerakan koperasi
Koperasi Kawalan Kredit (KKK) juga ditubuhkan pada Jun 1986 bagi mengawasi
koperasi di negara ini yang menerima deposit daripada anggotanya dan membantu
koperasi yang menghadapi kesulitan kewangan berhubung dengan kegiatan penerima
deposit.
3.1 Permulaan Koperasi Kredit Di Malaysia
Sejarah gerakan koperasi di Malaysia amat berkait rapat dengan koperasi kredit. Ini
disebabkan gerakan koperasi di negara ini dimulakan dengan penubuhan koperasi
kredit. Masalah keterhutangan di kalangan penduduk desa dan kakitangan kerajaan
menjadi pendorong utama koperasi kredit atau pada ketika itu dikenali sebagai syarikat
bekerjasama-sama jimat cermat pinjam meminjam ditubuhkan. Model penubuhan
koperasi di negara ini diambil dari negara India dan Burma yang pada ketika itu telah
pun mempunyai gerakan koperasinya sendiri yang dibawa oleh penjajah Inggeris
8
bermula tahun 1904. Negara India telah menggunakan model koperasi kredit
Raiffeisen di Jerman. Banyak koperasi kredit diwujudkan di kampung-kampung untuk
menangani masalah keterhutangan dikalangan penduduk kampung di India. Pada
ketika itu penduduk kampung banyak yang berhutang dengan pemberi hutang yang
mengenakan kadar bunga yang sangat tinggi.
Idea untuk menubuhkan koperasi kredit di negara ini telah dibawa oleh Sir Arthur
Young pada tahun 1911 apabila beliau menjadi Ketua Setiausaha Malaya. Sebab
utama diperkenalkan koperasi kredit ini juga sama seperti di negara-negara lain iaitu
untuk melepaskan penduduk daripada cengkaman orang tengah dan pemberi hutang.
Bagi petani-petani di negara ini, sistem padi kunca atau padi ratus telah menjadi
amalan yang membinasakan perusahaan menanam padi. Di dalam sistem ini
kebanyakkan petani terpaksa menggadaikan tanah masing-masing untuk meminjam
wang daripada pengilang, pedagang dan pemberi pinjaman wang untuk menampung
perbelanjaan penanaman dan perbelanjaan rumah tangga serta lain-lain perbelanjaan
yang terpaksa di antara tempoh menyemai dan menuai. Syarat-syarat pinjaman itu
memaksa mereka menjual tanaman mereka apabila dituai kepada pemberi pinjaman
tersebut dengan harga yang tidak berpatutan. Syarat-syarat pinjaman ini mengenakan
bunga yang terlalu tinggi menjadikan petani yang berhutang ini terus hidup seperti
hamba. Banyak tanah-tanah telah tergadai di tangan pemberi hutang dan petani-petani
tersebut seterusnya menyewa pula tanah-tanah yang pada mulanya adalah kepunyaan
mereka. Usaha menubuhkan syarikat kerjasama ini adalah untuk membolehkan petani-
petani tersebut menebus kembali tanah-tanah yang tergadai serta memperolehi wang
untuk mengusahakan tanaman mereka. Bagi koperasi kredit yang ditubuhkan
dikalangan kakitangan kerajaan adalah untuk melepaskan mereka dari beban hutang
pajak gadai atau hutang ceti.
Idea penubuhan koperasi kredit ini bagaimanapun pada awal permulaannya telah
mendapat tentangan daripada kumpulan-kumpulan agama disebabkan unsur riba yang
dikatakan ada dalam urus niaga pinjaman yang akan dijalankan. Setelah itu
perbincangan demi perbincangan yang menghimpunkan para ulamak di kalangan
mufti-mufti negeri Melayu Bersekutu dan negeri-negeri Selat selain meminta pendapat
daripada pihak berkuasa tertinggi negara Mesir dan Mufti Mekah. Akhirnya setelah
DYMM Sultan Perak memberikan pendapatnya setelah membuat kajian dan
perbincangan dengan para ulamak, diikuti oelh DYMM Sultan Selangor dan DYMM
9
Sultan Kedah, satu fatwa telah dikeluarkan bahawa urus niaga di kalangan ahli
koperasi itu tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip agama, barulah idea penubuhan
koperasi kredit ini dapat dilaksanakan pada tahun 1922.
Koperasi pertama yang ditubuhkan ialah “The Federated Malay States Posts and
Telegraphs Co-operative Thirft & Loan Society, Limited” yang didaftarkan pada 21
Julai 1922. Koperasi luar Bandar yang pertama didaftarkan ialahm “Syarikat Tebuk
Haji Musa Bekerjasama-sama dengan Tanggungan Berhad” di Titi Serong, Perak yang
didaftarkan pada 12 Januari 1923
3.1.1 Perkembangan Koperasi Kredit
Sehingga tahun 1930 Syarikat Kerjasama Kredit Luar Bandar telah berkembang pesat
mengatasi syarikat-syarikat kerjasama yang lain. Koperasi ini telah berjaya menyelamatkan
kaum petani daripada sistem padi kunca dan dapat menanamkan tabiat jimat cermat dan
tolong menolong. Sejak gerakan koperasi diperkenalkan pada tahun 1922, sehingga tahun
1940an kebanyakan koperasi yang ditubuhkan di negara terdiri daripada koperasi kredit sama
ada di Bandar atau luar Bandar. Gerakan koperasi telah terhenti seketika apabila berlaku
Perang Dunia Kedua akan tetapi telah bangkit kembali selepas perang bersama-sama dengan
kebangkitan semangat bekerjasama. Mulai tahub 50an koperasi-koperasi kredit luar Bandar
telah pun menubuhkan koperasi peringkat menengah yang dikenali sebagai Bank-bank
Persatuan Kerjasama yang kemudiannya bergabung dalam Bank Agung Kampung
bekerjasama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1954. Bank agung ini kemudiannya
dikenali sebagai Bank Kerjasama Rakyat atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat pada masa
kini.
Koperasi kredit pada ketika ini tidak ketinggalan mengambil bahagian di dalam peristiwa-
peristiwa semasa negara dengan menghulurkan bantuan atau derma. Antara peristiwa-
peristiwa tersebut adalah derma untuk Tabung Amanah Kebajikan Perwira yang ditubuhkan
untuk membantu keluarga dan tanggungan anggota pasukan keselamatan yang telah terkorban
atau cedera sewaktu menjalankan tugas. Penubuhan tabung tersebut adalah berikutan tragedi
berdarah di Keroh pada Jun 1968 di antara pasukan polis hutan dengan pengganas komunis.
Koperasi kredit juga turut menyumbang kepada Tabung Bantuan Bencana Negara yang
diwujudkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda negara pada tahun 1967
dan sumbangan untuk penubuhan Universiti Kebangsaan pada tahun 70an.
10
Dari segi bilangan pada tahun 60an koperasi kredit diluar Bandar merupakan terbanyak.
Sehingga tahun 1965, bilangannya mencecah 1576 dengan keanggotaan 58000 orang dan
modal kerja berjumlah RM2 juta. Terdapa dua jenis pinjaman yang diberikan iaitu pinjaman
bermusim dan pinjaman jangka masa sederhana antara satu hingga tiga tahun. Pinjaman
bermusim diberikan kepada penanam padi dan dibayar ketika musim menuai. Pinjaman
jangka masa sederhana diberikan untuk membiayai kos pembelian peralatan pertanian,
binatang ternakan dan input pertanian yang lain.
3.1.2 Koperasi Kredit Masa Kini
Terdapat pelbagai saingan daripada institusi kewangan yang menyediakan pelbagai pinjaman
kepada orang ramai, koperasi kredit masih terus berupaya menawarkan perkhidmatan simpan
pinjam kepada anggotanya. Koperasi kredit yang terdapat sehingga kini kebanyakannya
dianggotai oleh kakitangan kerajaan. Kini terdapat dua buah bank koperasi dan 471 buah
koperasi kredit diseluruh negara. Salah satu factor yang menyumbang kepada keteguhan
koperasi kredit ini ialah wujudnya kemudahan potongan gaji yang dikendalikan oleh badan
induk koperasi Angkasa sejak tahun 1977. Dengan kemudahan ini majikan akan menghantar
potongan gaji kakitangannya secara pukal kepada Biro Potongan Gaji Angkasa yang
seterusnya akan mengagihkan potongan gaji ini kepada koperasi-koperasi yang berkenaan.
Pada masa kini terdapat kecenderungan koperasi kredit untuk mengamalkan sistem pemberian
pinjamannya mengikut kaedah muamalah Islam iaitu mengikut sistem jual beli berlandaskan
syariah. Terdapat produ-produk baru mengikut syariah menggantikan produk-produk
konvensional. Terdapat beberapa koperasi kredit menawarkan skim pajak gadai secara Islam
atau yang dikenali sebagai al- Rahnu.
Teknologi juga telah membantu koperasi-koperasi kredit untuk mempertingkatkan keupayaan
sistem pengurusannya seperti menggunakan sistem pentadbiran berkomputer. Tidak kurang
jumlah koperasi kredit yang telah mempunyai laman webnya sendiri yang memudahkan
urusan antara anggota dan koperasi. Persaingan yang diberikan oleh institusi kewangan lain
memerlukan koperasi kredit memperhebatkan perkhidmatan kepada anggota seperti
mempelbagaikan perkhidmatan yang sedia ada dan memendekkan waktu pemprosesan
pembiayaan yang diberi. Sebagai koperasi faktor kebajikan anggota juga menjadi sebahagian
daripada tujuan penubuhannya. Antara perkhidmatan yang diberikan oleh kebanyakan
koperasi kredit ialah pewujudan kumpulan wang daripada keuntungan yang diperolehi untuk
11
kebajikan anggota-anggotanya. Sebagai contoh kumpulan wang kebajikan anggota untuk
tujuan membantu anggota yang di dalam kesusahan , kumpulan wang pendidikan yang
memberikan insentif pelajaran kepada anggota dan anak-anak anggota dan kumpulan wang
khairat kematian dan insurans berkelompok.
Fungsi koperasi kreditpada masa kini boleh dikatakan sudah jauh berbeza daripada ketika
zaman permulaannya dahulu. Semasa permulaannya koperasi kredit merupakan „penyelamat‟
kepada anggota-anggotanya daripada cengkaman pemberi pinjaman dan orang tengah. Kini
koperasi kredit berada di dalam pasaran terbuka yang mendapat saingan dari segenap sudut.
Seorang anggota koperasi kini mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan kemudahan
kredit. Cara yang terpantas dan mudah adalah menggunakan kad kredit yang dapat memberi
kemudahan kredit di mana sahaja. Institusi kewangan seperti bank-bank komersial juga
menawarkan pelbagai produk kredit seperti pinjaman peribadi dan skim kredit mikro yang
tidak memerlukan penjamin atau sandaran. Di samping itu, terdapat juga pemberi pinjaman
berlesen yang masih beroperasi.
Kebanjiran pelbagai produk kredit di pasaran memberikan cabaran kepada anggota koperasi
kredit itu sendiri untuk mengurus kewangannya. Koperasi kredit sebagai institusi yang
menjaga kepentingan anggota-anggotanya serta bertanggungjawab memberi pendidikan
kepada anggota dari segi pengurusan kewangan. Pembiayaan yang diperolehi daripada
koperasi sewajarnya dimanfaatkan untuk tujuan yang memberi nilai tambah kepada peminjam
dan bukan hanya untuk sesuatu pembaziran. Sebagai koperasi kejayaan sesebuah koperasi
kredit bukan hanya terletak pada pencapaian kewangannya sahaja tetapi juga kepada
kesejahteraan anggota-anggotnya.
3.1.3 Detik Hitam Koperasi Kredit
Selepas era perang berlalu kepesatan pertumbuhan koperasi berlaku sehingga tahun 70an.
Koperasi-koperasi baru mula tumbuh dengan pesat selepas Akta koperasi dipinda kearah
menggalakkan pembangunan koperasi dan membenarkan koperasi melabur wang lebihanya
ke dalam industri dan perniagaan. Peluang ini telah mendorong koperasi kredit yang dulu
beroperasi dengan aktiviti tunggal iaitu memberi pinjaman kepada anggota sahaja tetapi telah
mempelbagaikan operasi mereka. Namun dalam pembangunan koperasi yang pesat ini
12
koperasi juga telah menghadapi beberapa masalah pengurusan yang desebabkan kekurangan
kepakaran perniagaan atau kelemahan di dalam system kawalan dalaman.
Pada tahun 1975 Bank Kerjasama Rakyat yang menjadi salah satu koperasi kredit terbesar
telah mengalami kerugian besar disebabkan salah laku dan penyelewengan di dalam
pengurusannya. Daripada siasatan yang dilakukan mendapati pengurusan tidak mengikut
peraturan yang ditetapkan. Pada 31 Disember 1975 Bank Rakyat mencatat kerugian
terkumpul sebanyak RM65.233 juta. Dalam masa yang sama Bank Rakyat juga telah
mencatat hutang dan tanggungan melebihi hartanya sendiri iaitu sebanyak RM47.996 juta. Ini
merupakan detik hitam dalam sejarah koperasi di Malaysia terutamanya koperasi kredit.
Rentetan dari kejadian ini Akta Bank Kerjasama Rakyat (Peruntukan Khas) yang telah di
kuatkuasakan pada 6 Februari 1978. Hal ini untuk memastikan Bank Rakyat dapat diurus dan
diselia dengan sempurna. Dengan Akta ini juga kerajaan telah melantik sebuah Lembaga
Pengarah yang baru bagi tujuan menjalankan tugas-tugas dan kuasa-kuasa pentadbiran
perniagaanya. Berpandukan Akta ini Bank rakyat telah dibenarkan untuk menawarkan
pinjaman kepada bukan anggota. Pada 8 Mei 1993, Bank Rakyat telah mengambil langkah
bijak kearah menjadi bank koperasi Syariah dengan melancarkan produk perbankan syariah di
empat buah cawangannya. Kini bank Rakyat merupakan perbankan syariah terbesar di
Malaysia yang mempunyai jumlah asset sebanyak RM79.21 juta pada akhir tahun 2012. Kini
Bank Rakyat mempunyai sebanyak 144 cawangan di seluruh Malaysia.
3.2 Koperasi Pengambil Deposit (KPD)
Selepas Akta Koperasi dipinda yang membolehkan koperasi melabur wang lebihan mereka ke
dalam pelbagai perniagaan, banyak koperasi yang mengendalikan aktiviti pengambilan
deposit ditubuhkan. Peniaga telah menggunakan peluang ini untuk menubuhkan koperasi dan
membuka cawangan sebagai pemungut deposit untuk membiayai perniagaan mereka. Mereka
telah mengambil peluang ini untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka ini mengekploitasi
kelemahan dan kekurangan Akta yang membawa kepada permasalahan yang melanda
koperasi pengambil deposit ketika itu.
3.2.1Kelemahan Koperasi Pengambil Deposit
Antara kelemahan koperasi pengambil deposit ini telah disenaraikan di bawah Akta Koperasi
1948 adalah koperasi dibenarkan di bawah seksyen 30 untuk menubuhkan dan memberi
pinjaman kepada syarikat subsidiary tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Ketua
13
Pendaftar. Koperasi juga boleh menampung kerugiannya dengan membuat penilaian aset dan
mengeluarkan syer bonus kepada anggota-anggotanya di bawah seksyen 33A. Koperasi dan
bukan Lembaga adalah bertanggungan terhadap denda yang dikenakan atas kelewatan
menghantar akaun kepada anggota. Akaun sub-subsidari tidak perlu dihantar kepada anggota.
Seksyen 57A pula melindungi Lembaga yang menjalankan tugas mengikut Akta dan telah
bertindak untuk kepentingan ekonomi anggota. Oleh sebab itu amat sukar untuk mendakwa
Lembaga atas salah laku pengurusan. Seksyen 31 Akta membenarkan koperasi untuk
memungut deposit untuk membiayai projek mereka. Koperasi Pengambil Deposit (KPD) telah
mengambil deposit tanpa terlebih dahulu menjalankan projek tertentu yang menyebabkan
koperasi tidak dapat memberi kadar faedah deposit yang telah diambil. Untuk mengatasi
masalah ini mereka telah mengambil lebih banyak deposit.
3.2.2 Faktor Kegagalan Koperasi Pengambil Deposit
Antara faktor kegagalan KPD ini adalah kelemahan dalam sistem pengurusannya. Pelaburan
yang berlebihan dalam bidang hartanah dan harta benda juga menjadi pendorong kepada
faktor kegagalan KPD. Selain itu pengawasan cawangan yang kurang juga merupakan salah
satu faktornya. Spekulasi pembelian saham yang meluas dikalangan ahli, isu kes pecah
amanah oleh pihak pengurusan dan pinjaman yang tidak berhemat kepada pengarah dan
golongan tertentu menjadi pendorong kepada kegagalan KPD ini.
3.3 Perkembagan Koperasi Islam Di Malaysia
Neutral dalam politik dan agama adalah salah satu prinsip koperasi yang dirangka oleh
Pelopor-Pelopor Rachdale dalam tahun 1844 dan dijadikan pegangan oleh kebanyaan
koperasi hari ini. Namun sikap neutral ini tidak bererti bahawa gerakan sesebuah koperasi
tidak boleh menghayati ataupun mengamalkan nilai-nilai yang terdapat pada agama yang
dianutinya.
Usaha pengIslaman pelbagai sistem di Malaysia bermula sekitar awal 1970an di saat
kebangkitan gerakan-gerakan Islam dunia di samping keinginan masyarakat tempatan sendiri
yang inginkan penerapan Islamisasi dalam kehidupan. Usaha tersebut berlaku dalam sistem
pendidikan, pentadbiran dan ekonomi. Dalam pendidikan lahir usaha-usaha sekolah
menengah agama, institusi pengajian swasta Islam dan Universiti Islam. Dalam pentadbiran
lahir usaha penerapan nilai-nilai Islam dan penekanan terhadap nilai-nilai murni. Manakala
14
dalam ekonomi pula lahir perbankan Islam, pasaran modal Islam dan pelbagai usaha
perniagaan lain.
Antara faktor yang mendorong kepada penubuhan koperasi yang mengamalkan prinsip islam
adalah untuk mengelakkan daripada terlibat dalam amalan riba. Dengan adanya koperasi yang
mengamalkan prinsip ekonomi Islam, amalan secara riba dapat dielakkan. Untuk menjadikan
nyata muamalat Islam, seperti jual beli, sewa menyewa, al-Masyarakah dan al-Murabaha yang
selama ini tersimpan rapi dalam bentuk teori sahaja. Seterusnya untuk menimbulkan
kesedaran dan melahirkan amalan tolong-menolong dan kebajikan sesama muslim.
Koperasi pertama yang ditubuhkan atas dasar menerapkan sistem Islam ialah Koperasi Belia
Islam Malaysia Berhad (KBI). Ditubuhkan dengan nama asalnya Koperasi Kebangsaan Belia
Islam Malaysia Berhad pada 31 Mei 1977, koperasi ini lahir di atas inisiatif Biro Ekonomi
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang inginkan sebuah institusi perbankan Islam. KBI
merupakan institusi pertama yang memperkenalkan produk pembiayaan dan pinjaman
berlandaskan syariah. Sepanjang koperasi ini beroperasi, KBI pernah di anugerahkan
Koperatif Model pada 1985 dan Anugerah Kualiti Koperatif (Wilayah Tengah) pada tahun
1993 oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.
Perkembangan ini telah membawa tertubuhnya Jawatankuasa Pemandu Penggubal Syarikat
Koperasi Mengikut Lunas-Lunas Islam pada 1986 yang dibantu oelh dua jawatankuasa kerja
lain iaitu Jawatankuasa Kecil Undang-Undang dan Syariah dan Jawatankuasa Kecil Operasi.
Kesan daripada perkembangan ini, Akta Koperasi 1993 telah dipinda termasuk peraturan dan
undang-undang kecil agar bersesuaian dengan Islam.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya gerakan koperasi di Malaysia mempunyai sejarah dan perkembangan
tersendiri. Pada era perkembangan awal, kerajaan kolonial telah memperkenalkan koperasi
tetapi tidak terlibat secara meluas dalam pembangunannya. Keadaan tersebut berubah selepas
Perang Dunia Kedua, dimana terdapat perkembangan yang ketara daripada segi bilangan
koperasi dan aktiviti. Perkembangan gerakan koperasi di Negara ini meningkat selepas era
kemerdekaan. Walau bagaimanapun, beberapa isu kelemahan pengurusan koperasi telah
menyebabkan kerajaan memperkenalkan program khusus yang membantu pembangunan
koperasi. Sektor koperasi dilihat berpotensi untuk menyumbang ke perekonomian Negara dan
15
keadaan tersebut membawa kepada pindaan dasar dan perundangan bagi mengukuhkan
gerakan koperasi. Sehubungan itu, dasar khusus berkaitan koperasi iaitu DKN diperkenalkan.

More Related Content

What's hot

Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskalEkonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskalNur Az
 
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)Mun Ying
 
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407Brenda Rachel Marie
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakAmirul Ezuan
 
Aspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaanAspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaanNorazul89
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanSyaza Yasmin
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsafiro HAR
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi barumunnianwar
 
Faktor Faktor yang Mempengaruhi Pengangguran
Faktor Faktor yang Mempengaruhi PengangguranFaktor Faktor yang Mempengaruhi Pengangguran
Faktor Faktor yang Mempengaruhi PengangguranKamarularnizam
 
Tajuk: CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
Tajuk:  CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...Tajuk:  CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
Tajuk: CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...Yfook Ng
 
1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN : Koperasi
1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN : Koperasi1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN : Koperasi
1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN : KoperasiAshley Ho
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneenSumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneenIPDA
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)Yuvarani Subramaniam
 

What's hot (20)

Tanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegaraTanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegara
 
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskalEkonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
 
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
 
Acc 2013 bab 1(cont..1)
Acc 2013   bab 1(cont..1)Acc 2013   bab 1(cont..1)
Acc 2013 bab 1(cont..1)
 
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul Razak
 
Aspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaanAspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaan
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsa
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 
Kawalan Dalaman
Kawalan DalamanKawalan Dalaman
Kawalan Dalaman
 
Faktor Faktor yang Mempengaruhi Pengangguran
Faktor Faktor yang Mempengaruhi PengangguranFaktor Faktor yang Mempengaruhi Pengangguran
Faktor Faktor yang Mempengaruhi Pengangguran
 
Komanwel
KomanwelKomanwel
Komanwel
 
Tajuk: CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
Tajuk:  CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...Tajuk:  CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
Tajuk: CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
 
1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN : Koperasi
1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN : Koperasi1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN : Koperasi
1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN : Koperasi
 
6 isu isu ekonomi
6 isu isu ekonomi6 isu isu ekonomi
6 isu isu ekonomi
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneenSumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneen
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
 
Utilitarianism
UtilitarianismUtilitarianism
Utilitarianism
 

Viewers also liked

Penubuhan koperasi
Penubuhan koperasiPenubuhan koperasi
Penubuhan koperasimaslenah
 
Prinsip 4 & 5
Prinsip 4 & 5Prinsip 4 & 5
Prinsip 4 & 5ediman2u
 
Gerakan koperasi di malaysia slide present
Gerakan koperasi di malaysia   slide presentGerakan koperasi di malaysia   slide present
Gerakan koperasi di malaysia slide presentediman2u
 
peranan Angkasa sebagai organisasi APEX
peranan Angkasa sebagai organisasi APEXperanan Angkasa sebagai organisasi APEX
peranan Angkasa sebagai organisasi APEXNadia Bohari
 
peranan suruhanjaya koperasi malaysia
peranan suruhanjaya koperasi malaysiaperanan suruhanjaya koperasi malaysia
peranan suruhanjaya koperasi malaysiaNadia Bohari
 
Asal usul koperasi
Asal usul koperasiAsal usul koperasi
Asal usul koperasiNadia Bohari
 
Dasar koperasi negara 2011- 2020
Dasar koperasi negara 2011- 2020Dasar koperasi negara 2011- 2020
Dasar koperasi negara 2011- 2020Nadia Bohari
 
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2EBBY FIRDAOS SUFIAN
 
Kertas kerja menaiktaraf koperasi
Kertas kerja menaiktaraf koperasiKertas kerja menaiktaraf koperasi
Kertas kerja menaiktaraf koperasiNoraizah Jebat
 
Taksonomi dan domain
Taksonomi dan domainTaksonomi dan domain
Taksonomi dan domainIrsyad Isa
 
Borang Permohonan RMT
Borang Permohonan RMTBorang Permohonan RMT
Borang Permohonan RMTshafy terrer
 
Borang ahli koperasi
Borang ahli koperasiBorang ahli koperasi
Borang ahli koperasisafwanpbs
 
Borang+isi
Borang+isiBorang+isi
Borang+isiRudy Kg
 
Borang pendaftaran r01 terkini 2
Borang pendaftaran r01 terkini 2Borang pendaftaran r01 terkini 2
Borang pendaftaran r01 terkini 2manzuna
 

Viewers also liked (20)

Penubuhan koperasi
Penubuhan koperasiPenubuhan koperasi
Penubuhan koperasi
 
Prinsip 4 & 5
Prinsip 4 & 5Prinsip 4 & 5
Prinsip 4 & 5
 
Gerakan koperasi di malaysia slide present
Gerakan koperasi di malaysia   slide presentGerakan koperasi di malaysia   slide present
Gerakan koperasi di malaysia slide present
 
peranan Angkasa sebagai organisasi APEX
peranan Angkasa sebagai organisasi APEXperanan Angkasa sebagai organisasi APEX
peranan Angkasa sebagai organisasi APEX
 
peranan suruhanjaya koperasi malaysia
peranan suruhanjaya koperasi malaysiaperanan suruhanjaya koperasi malaysia
peranan suruhanjaya koperasi malaysia
 
Asal usul koperasi
Asal usul koperasiAsal usul koperasi
Asal usul koperasi
 
Dasar koperasi negara 2011- 2020
Dasar koperasi negara 2011- 2020Dasar koperasi negara 2011- 2020
Dasar koperasi negara 2011- 2020
 
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
 
Kertas kerja menaiktaraf koperasi
Kertas kerja menaiktaraf koperasiKertas kerja menaiktaraf koperasi
Kertas kerja menaiktaraf koperasi
 
Taksonomi dan domain
Taksonomi dan domainTaksonomi dan domain
Taksonomi dan domain
 
Taklimat Asas Koperasi
Taklimat Asas KoperasiTaklimat Asas Koperasi
Taklimat Asas Koperasi
 
Koperasi bab 6
Koperasi bab 6Koperasi bab 6
Koperasi bab 6
 
Form khazs
Form khazsForm khazs
Form khazs
 
Borang keahlian
Borang keahlianBorang keahlian
Borang keahlian
 
Borang Permohonan RMT
Borang Permohonan RMTBorang Permohonan RMT
Borang Permohonan RMT
 
Borang ahli koperasi
Borang ahli koperasiBorang ahli koperasi
Borang ahli koperasi
 
Cth borang keahlian
Cth borang keahlianCth borang keahlian
Cth borang keahlian
 
Borang+isi
Borang+isiBorang+isi
Borang+isi
 
Borang pendaftaran r01 terkini 2
Borang pendaftaran r01 terkini 2Borang pendaftaran r01 terkini 2
Borang pendaftaran r01 terkini 2
 
Ekonomi Koperasi
Ekonomi KoperasiEkonomi Koperasi
Ekonomi Koperasi
 

Similar to sejarah gerakan koperasi di Malaysia

415364257-Kajian-Kes-SKM-Persatuan-docx.docx
415364257-Kajian-Kes-SKM-Persatuan-docx.docx415364257-Kajian-Kes-SKM-Persatuan-docx.docx
415364257-Kajian-Kes-SKM-Persatuan-docx.docxHafizOthman15
 
WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik Stephanie Unsil
 
Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1Yen Way Way
 
Persatuan terawal di Tanah Melayu.
Persatuan terawal di Tanah Melayu.Persatuan terawal di Tanah Melayu.
Persatuan terawal di Tanah Melayu.Andrey James
 
A169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
A169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosialA169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
A169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosialAkmaIbrahim1
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysiarizalyana
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Brenda Rachel Marie
 
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah MelayuHUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah MelayuAzrul Amry
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
E folio pengajian malaysia- tun abdul razak
E folio pengajian malaysia- tun abdul razakE folio pengajian malaysia- tun abdul razak
E folio pengajian malaysia- tun abdul razakYASMINE HASLAN
 
Latihan dan aktiviti bab 5 T5
Latihan dan aktiviti bab 5 T5Latihan dan aktiviti bab 5 T5
Latihan dan aktiviti bab 5 T5the NERD
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanHijaz Husna
 
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02faizah12
 
pengajian malaysia
pengajian malaysia pengajian malaysia
pengajian malaysia dka1d
 

Similar to sejarah gerakan koperasi di Malaysia (20)

415364257-Kajian-Kes-SKM-Persatuan-docx.docx
415364257-Kajian-Kes-SKM-Persatuan-docx.docx415364257-Kajian-Kes-SKM-Persatuan-docx.docx
415364257-Kajian-Kes-SKM-Persatuan-docx.docx
 
WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik
 
Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Kenegaraan
KenegaraanKenegaraan
Kenegaraan
 
Persatuan terawal di Tanah Melayu.
Persatuan terawal di Tanah Melayu.Persatuan terawal di Tanah Melayu.
Persatuan terawal di Tanah Melayu.
 
A169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
A169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosialA169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
A169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
 
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah MelayuHUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu
 
13 mei 1969
13 mei 196913 mei 1969
13 mei 1969
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
 
E folio pengajian malaysia- tun abdul razak
E folio pengajian malaysia- tun abdul razakE folio pengajian malaysia- tun abdul razak
E folio pengajian malaysia- tun abdul razak
 
Latihan dan aktiviti bab 5 T5
Latihan dan aktiviti bab 5 T5Latihan dan aktiviti bab 5 T5
Latihan dan aktiviti bab 5 T5
 
Bab 3 pembangunan ekonomi
Bab 3  pembangunan ekonomiBab 3  pembangunan ekonomi
Bab 3 pembangunan ekonomi
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
 
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
 
Proses kemerdekaan
Proses kemerdekaanProses kemerdekaan
Proses kemerdekaan
 
pengajian malaysia
pengajian malaysia pengajian malaysia
pengajian malaysia
 

More from Nadia Bohari

The difference between new balance and nike
The difference between new balance and nikeThe difference between new balance and nike
The difference between new balance and nikeNadia Bohari
 
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWERCASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWERNadia Bohari
 
pendidikan latihan dan maklumat
pendidikan latihan dan maklumatpendidikan latihan dan maklumat
pendidikan latihan dan maklumatNadia Bohari
 
kerjasama antara koperasi
kerjasama antara koperasikerjasama antara koperasi
kerjasama antara koperasiNadia Bohari
 
Aktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayAktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayNadia Bohari
 
kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia Nadia Bohari
 
koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh Nadia Bohari
 
AKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewanganAKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewanganNadia Bohari
 
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiAgenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiNadia Bohari
 
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarahKewajipan fidusiari dan statutori pengarah
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarahNadia Bohari
 
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat Nadia Bohari
 
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumatprinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumatNadia Bohari
 
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggotaprinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggotaNadia Bohari
 
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbukaprinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbukaNadia Bohari
 
suruhanjaya koperasi malaysia
suruhanjaya koperasi malaysiasuruhanjaya koperasi malaysia
suruhanjaya koperasi malaysiaNadia Bohari
 
ICA Ikatan koperasi antarabangsa
ICA Ikatan koperasi antarabangsaICA Ikatan koperasi antarabangsa
ICA Ikatan koperasi antarabangsaNadia Bohari
 
Pembangunan Hipotesis
Pembangunan HipotesisPembangunan Hipotesis
Pembangunan HipotesisNadia Bohari
 
Analyse the problem that blue cafe must face
Analyse the problem that blue cafe must faceAnalyse the problem that blue cafe must face
Analyse the problem that blue cafe must faceNadia Bohari
 

More from Nadia Bohari (19)

The difference between new balance and nike
The difference between new balance and nikeThe difference between new balance and nike
The difference between new balance and nike
 
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWERCASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
 
pendidikan latihan dan maklumat
pendidikan latihan dan maklumatpendidikan latihan dan maklumat
pendidikan latihan dan maklumat
 
kerjasama antara koperasi
kerjasama antara koperasikerjasama antara koperasi
kerjasama antara koperasi
 
Aktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayAktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestay
 
kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia
 
koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh
 
AKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewanganAKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewangan
 
AKPK slide
AKPK slideAKPK slide
AKPK slide
 
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiAgenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
 
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarahKewajipan fidusiari dan statutori pengarah
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah
 
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
 
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumatprinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
 
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggotaprinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
 
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbukaprinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
 
suruhanjaya koperasi malaysia
suruhanjaya koperasi malaysiasuruhanjaya koperasi malaysia
suruhanjaya koperasi malaysia
 
ICA Ikatan koperasi antarabangsa
ICA Ikatan koperasi antarabangsaICA Ikatan koperasi antarabangsa
ICA Ikatan koperasi antarabangsa
 
Pembangunan Hipotesis
Pembangunan HipotesisPembangunan Hipotesis
Pembangunan Hipotesis
 
Analyse the problem that blue cafe must face
Analyse the problem that blue cafe must faceAnalyse the problem that blue cafe must face
Analyse the problem that blue cafe must face
 

Recently uploaded

Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (14)

Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 

sejarah gerakan koperasi di Malaysia

  • 1. 1 PENDAHULUAN Gerakan koperasi di Malaysia dibahagikan kepada 3 era iaitu era sebelum perang dunia kedua, era selepas perang dunia kedua dan era baharu. Selain itu didalam sejarah gerakan koperasi ini terdapat pelbagai rintangan sebelum wujudnya koperasi di Malaysia. Sejarah kewujudan koperasi di Malaysia ini bermula untuk membantu masyarakat di bandar dan luar bandar yang tiada pendedahan tentang pengurusan kewangan. Maksud koperasi Pernyataan Identiti Koperasi Kongres 1995 mendefinisikan koperasi adalah sebuah persatuan manusia yang berautonomi, bergabung secara sukarela, berjuang untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya. Ia disalurkan melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik. GERAKAN KOPERASI DI MALAYSIA 1.0 ERA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA Sejarah pergerakan koperasi di tanah melayu bermula sebelum perang dunia kedua lagi. Pergerakkan koperasi ini bermula di kawasan bandar dan juga luar bandar. Pertubuhan koperasi ini diperkenalkan sebagai usaha kerajaan pada masa itu untuk menangani masalah perekonomian masyarakat di Tanah Melayu terutamanya masyarakat petani melayu. Di kawasan luar bandar pula para petani menghadapi masalah dari segi kewangan dan ini memberi ruang kepada „orang tengah‟ mengekploitasi keadaan ini untuk memaksa golongan petani ini memilih sistem kewangan yang sedia ada di kawasan setempat mereka pada ketika itu. Antara sistem dan sumber pinjaman kewangan yang terdapat di kawasan luar bandar pada ketika itu adalah sistem padi kunca atau padi ratus. Sistem padi ini adalah sistem dimana perjanjian antara petani dengan peminjam wang dimana padi tersebut belum lagi ditanam tetapi ianya telah dijual. Sistem ini biasanya berlaku di antara para petani dengan pekedai runcit, peminjam wang atau sahabat handai.
  • 2. 2 Di kawasan bandar pula penduduk yang ada diantaranya menjadi kakitangan kerajaan juga menghadapi masalah kewangan. Ada diantara mereka membuat atau mendapat pinjaman daripada kedai pajak gadai, money lenders (ceti) ataupun peminjam wang professional. Menurut Datuk Abdul Majid, keadaan ini berlaku disebabkan oleh tiada perangsang untuk menaikkan perasaan menolong diri sendiri dan tidak ada perikatan atau persekutuan yang meminjamkan wang dengan senang lagi murah faedahnya bagi membantu mereka yang berkehendakan pinjaman untuk menjalankan pekerjaan dan perusahaan mereka. Bermula tahun 1907 seorang pegawai Inggeris bernama Sir Arthur Young yang merupakan (Colonial Secretary Of The Straits Settlement In Singapore) telah mencadangkan idea tentang pertubuhan koperasi ini ke Tanah Melayu namun cadangan tersebut dibatalkan kerana keadaan belum bersedia untuk menubuhkan koperasi di Tanah Melayu pada masa itu. Pada tahun 1911 Sir Arthur Young yang pada ketika itu merupakan Secretary of Federated Malay States menubuhkan jawatankuasa mengkaji penubuhan koperasi namun jawatan kuasa ini juga gagal kerana perang dunia pertama. Pada tahun 1918 selepas perang dunia pertam tamat idea penubuhan koperasi ini timbul lagi. Namun kini masalah lain pula yang timbul berikutan ada segelintir pemimpin agama mempertikaikan terhadap penggunaan faedah yang terdapat dalam sistem koperasi kredit. Sekali lagi penubuhan koperasi tidak dapat diteruskan kerana tiada kerjasama daripada mereka ini. Tahun 1921 membawa sinar baru apabila Alexander Cavendish seorang pegawai Inggeris telah dihantar ke Burma bagi mengkaji gerakan koperasi disana. Hasil dari kajiannya di Burma, satu laporan telah dibentangkan kepada Majlis Persekutuan (Federal Council) pada 13 Disember 1921. Sultan Perak pada masa itu telah memanggil para pemimpin agama dan orang besar negeri untuk bermesyuarat pada 26 Jun 1922 berkenaan pertikaian faedah dalam koperasi kredit. Pemimpin agama dari Arab Saudi dan Mesir telah dihubungi melalui surat dan mereka memberi penjelasan bahawa menjadi anggota sebuah koperasi tidak bertentangan dengan hukum Islam. Penyertaan masyarakat melayu selepas itu sangat menggalakkan 28 Jun 1922, satu undang-undang Syarikat Kerjasama 1922 telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. 1 Julai 1922, sebuah agensi kerajaan khusus
  • 3. 3 untuk koperasi ditubuhkan iaitu Pejabat Kemajuan Kerjasama di Taiping, Perak dan Alexander Cavendish telah dilantik sebagai Pendaftar atau Pesuruhjaya Kemajuan Kerjasama yang pertama. 21 Julai 1922, koperasi pertama telah ditubuhkan di kawasan Bandar iaitu Syarikat Bekerjasama Jimat Cermat Pinjaman Wang Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad. Negeri lain di semenanjung Tanah Melayu telah mengambil langkah untuk mengadakan Undang-undang Syarikat Kerjasama bagi negeri masing-masing. Antaranya negeri yang menubuhkan kerjasama ini adalah negeri Kedah(1924), Perlis (1924), Johor(1927), Kelantan (1934) dan Terengganu (1939). Tahun 1924 ini menyaksikan seorang anak melayu telah dilantik sebagai Penolong Pendaftar Koperasi yang pertama iaitu Kapten Noor M. Hashim. Pada tahun ini juga pejabat pendaftar Syarikat Kerjasama berpindah dari Taiping ke kuala Lumpur. 3 Disember 1924 telah tertubuhnya koperasi luar Bandar yang pertama iaitu Syarikat Kampung Tebuk Haji Musa Bekerjasama dengan Tanggungan Berhad di Parit Buntar, Krian, Perak. Pertubuhan ini lebih tertumpu di kawasan penanaman padi. Pada 1938 sebanyak 76 koperasi jenis kredit telah ditubuhkan dengan keanggotaan seramai 30,626 orang dan yuran sebanyak RM 6.4 juta. Jumlah koperasi ini terus berkembang pada 1939 iaitu sebanyak 515 buah kopersai telah ditubuhkan. Namun pergerakkan koperasi menjadi tidak aktif pada tahun 1941 sehingga 1945 akibat Perang Dunia Kedua. 2.0 ERA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA Era selepas Perang Dunia Kedua membawa banyak perubahan pada gerakan koperasi. Antaranya kegiatan koperasi kembali pulih. Kerajaan telah mengubah dasarnya tentang koperasi kepada dasar interventionist, di mana dana awam mula digunakan dan keadaan tersebut telah membantu terbentuknya sebuah gerakan koperasi yang bebas yang bebas di negara ini. Pada tahun 1948, perundangan baharu koperasi telah diperkenalkan di Malaya dengan pemansuhan Co-operative Societies Enactment 1922. Seterusnya, pada tahun yang sama Co-operative Societies Ordinance No. 3 diperkenalkan bagi menyelaraskan semua perundangan koperasi yang ada. Sebelum itu sudah terdapat enakmen koperasi dalam negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu. Era selepas perang dunia kedua telah menampakkan keadaan tertentu dalam gerakan koperasi negara. Pertama, wujudnya percanggahan antara rancangan pembangunan
  • 4. 4 gerakan koperasi yang serba kekurangan dengan sistem ekonomi pertanian komersial dalam kalangan masyarakat luar Bandar. Keadaan ini timbul ekoran daripada program pembangunan koperasi dalam kalangan masyarakat petani terpaksa bersaing dengan institusi yang telah lama wujud seperti kegiatan orang tengah dan peminjam wang. Jabatan Kemajuan Kerjasama pula masih lagi kekurangan kakitangan dan kemampuan. Manakala di negeri Sarawak, Sarawak Co-operative Societies Ordinance telah diluluskan pada tahun 1949. Hasilnya koperasi diperkenalkan di sana bagi membantu masyarakat yang menghadapi beban hutang daripada orang tengah dalam pengedaran dan pembelian barang-barang. Walau bagaimanapun banyak masalah pelaksanaan telah timbul seperti kekurangan pegawai Jabatan Kemajuan Kerjasama, masalah buta huruf dalam kalangan masyarakat dan kesulitan perhubungan. Pada tahun 1954 sebanyak 172 koperasi jenis pemasaran telah didaftarkan dengan modal pusingan sebanyak RM10.5 juta. Seterusnya pada 2 Ogos 1954 koperasi se Malaysia (MCIS) telah didaftarkan. Ini adalah koperasi yang menjalankan perkhidmatan insurans di negara ini. Ia menyediakan polisi-polisi insurans kepada anggota seperti insurans nyawa, insurans kereta, insurans kebakaran, insurans hospital dan sebagainya. Pada tahun 1954 juga Bank Persatuan Kerjasama ditubuhkan. Kemudian ia bergabung dengan Bank Agung Kampung Bekerjasama Persekutuan Tanah Melayu. Koperasi bank ini kemudiannya dikenali sebagai Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat). Pada tahun 1955 sebanyak 22 koperasi perumahan telah didaftarkan. Dalam bidang pendidikan koperasi sebuah pusat latihan khas bagi melatih anggota dan pemimpin koperasi negara ini telah ditubuhkan pada tahun 1956, iaitu Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) yag terletak di Petaling Jaya, Selangor. Dato‟ Abdul Majid Haji Mohamed dilantik sebagai pengetua MKM yang pertama. Seterusnya pada tahun 1957 terdapat sebanyak 2243 syarikat kerjasama di Malaysia yang dengan modal pusingan berjumlah RM74,051,354 dan keahliannya seramai 267,685 orang. Di negeri Sabah telah dikuatkuasakan Sabah Co-operative Ordinance No.3 diluluskan dan dikuatkuasakan pada tahun 1958. Perkembangan koperasi di Sabah pada peringkat awal mengalami masalah kerana taraf pendidikan masyarakatnya yang rendah. Terdapat juga masalah kekurangan pegawai Jabatan Kemajuan Kerjasama yang berkelayakan dan kesulitan komunikasi. Koperasi di kawasan Bandar di negeri itu lebih berjaya berbanding
  • 5. 5 kawasan di luar Bandar yang lebih mengamalkan ekonomi sara diri. Terdapat juga koperasi pembangunan tanah yang mengusahakan penanaman komersial terutamanya kelapa sawit dan getah atas tanah yang dikurniakan oleh kerajaan negeri. Jika dilihat daripada segi jenis aktiviti dalam tahun-tahun 1950-an, koperasi di negara ini telah menceburkan diri dalam aktiviti pemprosesan kilang padi, pemasaran dan pengguna kedai runcit. Dalam tempoh tersebut koperasi kredit di luar Bandar telah bergabung menjadi Bank-Bank Persatuan Kerjasama. Mereka kemudiannya bercantum menjadi Bank Agung Kampung Bekerjasama Tanah Melayu yang pada ketika ini dikenali sebagai Bank Kerjasama Rakyat Malaysia atau Rakyat. Pada tahun 1968, Akta Maktab Kerjasama telah diperkenalkan dan buat kali pertama sebahagian daripada keuntungan koperasi di negara ini telah diwajibkan untuk dicarum dalam Tabung Amanah Pendidikan Koperasi, di mana sebahagian besar daripada sumber pembiayaan MKM ialah daripada peruntukan tabung berkenaan. Sepanjang tahun 1960, koperasi bercorak serbaguna mula ditubuhkan di negara ini, terutamanya di kawasan luar Bandar yang melihat banyak pergabungan antara koperasi satu fungsi yang ditubuhkan pada tahun 1950-an. Di kawasan Bandar pula, koperasi perumahan dan perkhidmatan telah ditubuhkan. Pada tahun 1965 koperasi sekolah mula diperkenalkan di negara ini hasil cetusan idea Y. M. Prof. Diraja Ungku A. Aziz melalui hasil penubuhan Koperasi kedai Buku Universiti Malaya. Penubuhan koperasi sekolah merupakan satu fungsi baru yang diharap dapat menjadi sumber penting ke arah tersebut. Di samping memberi pelbagai-bagai faedah kepada para pelajar, guru-guru dan sekolah. Koperasi sekolah juga boleh menjadi satu institusi yang membekalkan tenaga, kepimpinan dan ideologi koperasi kepada pertumbuhan generasi pelapis di dalam perkembangan gerakan koperasi masa depan. Matlamat koperasi sekolah adalah untuk membentuk amalan berjimat cermat dan berdikari, mewujudkan suasana latihan amali pengurusan dan perdagangan, menyemai sifat dan unsur-unsur demokrasi, menggalakan sifat bekerjasama dan mengasuh bakat kepimpinan. Terdapat perbezaan daripada segi kemajuan antara koperasi luar Bandar yang kekurangan modal dan kepimpinan lemah dengan koperasi di Bandar yang lebih bebas dan berkemampuan dari segi modal dan kepimpinan. Koperasi di Bandar disokong oleh dua
  • 6. 6 badan gabungan seperti Co-operative Union of Malaysia (CUM) dan Midland Co- operative Union. Hasil daripada penganjuran “Kongres Koperasi Malaysia Kedua”, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia atau ANGKASA telah ditubuhkan pada tahun 1971, kemudiannya dianggap sebagai badan puncak gerakan koperasi. Ia juga dianggap disifatkan sebagai wakil gerakan koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan terutamanya bagi koperasi di kawasan luar Bandar dan juga di peringkat antarabangsa. Secara umum, gerakan koperasi di Malaysia yang bermula pada tahun 1970-an telah terbahagi kepada tiga kategori umum, iaitu koperasi yang berasaskan pertanian, perikanan dan koperasi bukan pertanian. Ketiga-tiga kategori koperasi tersebut pula diawasi oleh tiga agensi kerajaan yang berasingan, iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi mengawasi koperasi bercorak pertanian sejak tahun 1975. Dengan tertubuhnya LPP, sebanyak 1550 buah koperasi berasaskan pertanian telah diletakkan dibawah penyeliaan pihak LPP. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pula yang ditubuhkan pada tahun 1975 bertanggungjawab kepada koperasi bercorak perikanan. Dengan penubuhan LKIM sebanyak 76 buah koperasi nelayan telah diletakkan di bawah pengawasan agensi berkenaan, manakala Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK) menyelia koperasi selain daripada koperasi berasaskan pertanian dan perikanan di negara ini. 3.0 ERA BAHARU KOPERASI Dekad 1980-an telah memulakan satu dimensi baharu kepada gerakan koperasi di Malaysia. Dengan inisiatif dari Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar atau KPNLB, “Era Baharu Koperasi” telah dirasmikan pelancarannya oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 1982. Dengan bermulanya Era Baharu Koperasi ini, diharapkan gerakan koperasi Malaysia dapat memberikan satu imej yang baharu iaitu ke arah menjadikan gerakan koperasi di negara ini sebuah gerakan yang progresif, dinamik dan maju Langkah-langkah tertentu diambil oleh kementerian dan JPK supaya koperasi dapat memperbaiki keadaan pengurusan masing-masing terutamanya dalam soal melicinkan pentadbiran , mengemaskini akaun dan pengauditan serta membasmi penyelewengan.
  • 7. 7 Koperasi juga dikehendaki mengadakan mesyuarat agung tahunannya masing-masing dan mereka yang gagal berbuat demikian akan disenaraihitamkan. Selaras dengan Era Baharu Koperasi tersebut, JPK telah mengusahakan penubuhan koperasi jenis baharu seperti Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) sebagai sebuah koperasi yang menjalankan projek-projek kecil di kawasan luar Bandar negara ini. Kemudian ditubuhkan pula Koperasi Pembangunan Negara (KPN) yang mengendalikan program di peringkat nasional seperti pembekalan bahan dan jentera, import dan eksport, perusahaan dan perdagangan, pembangunan tanah serta pelaburan. Dua jenis koperasi baharu yang ditubuhkan ialah Koperasi Industri Kampung (KIK) yang berusaha memajukan taraf sosioekonomi pengusaha kraftangan dalam satu organisasi pengeluaran dan pemasaran yang teratur. Koperasi Pelaburan Pekerja (KPP) pula ditubuhkan untuk membolehkan pekerja sesebuah organisasi perniagaan bergabung dan membuat pelaburan dalam modal saham di syarikat di mana mereka bekerja. Untuk mengatasi masalah pengauditan yang kurang kemas dan teratur dalam kalangan koperasi di negara ini, Kementerian berkenaan iaitu KPNLB telah menubuhkan Institut Juruaudit Koperasi pada tahun 1982. Institut ini bertujuan membantu melahirkan juruaudit koperasi bagi mengatasi kekurangan juruaudit luar yang bertauliah dalam gerakan koperasi Koperasi Kawalan Kredit (KKK) juga ditubuhkan pada Jun 1986 bagi mengawasi koperasi di negara ini yang menerima deposit daripada anggotanya dan membantu koperasi yang menghadapi kesulitan kewangan berhubung dengan kegiatan penerima deposit. 3.1 Permulaan Koperasi Kredit Di Malaysia Sejarah gerakan koperasi di Malaysia amat berkait rapat dengan koperasi kredit. Ini disebabkan gerakan koperasi di negara ini dimulakan dengan penubuhan koperasi kredit. Masalah keterhutangan di kalangan penduduk desa dan kakitangan kerajaan menjadi pendorong utama koperasi kredit atau pada ketika itu dikenali sebagai syarikat bekerjasama-sama jimat cermat pinjam meminjam ditubuhkan. Model penubuhan koperasi di negara ini diambil dari negara India dan Burma yang pada ketika itu telah pun mempunyai gerakan koperasinya sendiri yang dibawa oleh penjajah Inggeris
  • 8. 8 bermula tahun 1904. Negara India telah menggunakan model koperasi kredit Raiffeisen di Jerman. Banyak koperasi kredit diwujudkan di kampung-kampung untuk menangani masalah keterhutangan dikalangan penduduk kampung di India. Pada ketika itu penduduk kampung banyak yang berhutang dengan pemberi hutang yang mengenakan kadar bunga yang sangat tinggi. Idea untuk menubuhkan koperasi kredit di negara ini telah dibawa oleh Sir Arthur Young pada tahun 1911 apabila beliau menjadi Ketua Setiausaha Malaya. Sebab utama diperkenalkan koperasi kredit ini juga sama seperti di negara-negara lain iaitu untuk melepaskan penduduk daripada cengkaman orang tengah dan pemberi hutang. Bagi petani-petani di negara ini, sistem padi kunca atau padi ratus telah menjadi amalan yang membinasakan perusahaan menanam padi. Di dalam sistem ini kebanyakkan petani terpaksa menggadaikan tanah masing-masing untuk meminjam wang daripada pengilang, pedagang dan pemberi pinjaman wang untuk menampung perbelanjaan penanaman dan perbelanjaan rumah tangga serta lain-lain perbelanjaan yang terpaksa di antara tempoh menyemai dan menuai. Syarat-syarat pinjaman itu memaksa mereka menjual tanaman mereka apabila dituai kepada pemberi pinjaman tersebut dengan harga yang tidak berpatutan. Syarat-syarat pinjaman ini mengenakan bunga yang terlalu tinggi menjadikan petani yang berhutang ini terus hidup seperti hamba. Banyak tanah-tanah telah tergadai di tangan pemberi hutang dan petani-petani tersebut seterusnya menyewa pula tanah-tanah yang pada mulanya adalah kepunyaan mereka. Usaha menubuhkan syarikat kerjasama ini adalah untuk membolehkan petani- petani tersebut menebus kembali tanah-tanah yang tergadai serta memperolehi wang untuk mengusahakan tanaman mereka. Bagi koperasi kredit yang ditubuhkan dikalangan kakitangan kerajaan adalah untuk melepaskan mereka dari beban hutang pajak gadai atau hutang ceti. Idea penubuhan koperasi kredit ini bagaimanapun pada awal permulaannya telah mendapat tentangan daripada kumpulan-kumpulan agama disebabkan unsur riba yang dikatakan ada dalam urus niaga pinjaman yang akan dijalankan. Setelah itu perbincangan demi perbincangan yang menghimpunkan para ulamak di kalangan mufti-mufti negeri Melayu Bersekutu dan negeri-negeri Selat selain meminta pendapat daripada pihak berkuasa tertinggi negara Mesir dan Mufti Mekah. Akhirnya setelah DYMM Sultan Perak memberikan pendapatnya setelah membuat kajian dan perbincangan dengan para ulamak, diikuti oelh DYMM Sultan Selangor dan DYMM
  • 9. 9 Sultan Kedah, satu fatwa telah dikeluarkan bahawa urus niaga di kalangan ahli koperasi itu tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip agama, barulah idea penubuhan koperasi kredit ini dapat dilaksanakan pada tahun 1922. Koperasi pertama yang ditubuhkan ialah “The Federated Malay States Posts and Telegraphs Co-operative Thirft & Loan Society, Limited” yang didaftarkan pada 21 Julai 1922. Koperasi luar Bandar yang pertama didaftarkan ialahm “Syarikat Tebuk Haji Musa Bekerjasama-sama dengan Tanggungan Berhad” di Titi Serong, Perak yang didaftarkan pada 12 Januari 1923 3.1.1 Perkembangan Koperasi Kredit Sehingga tahun 1930 Syarikat Kerjasama Kredit Luar Bandar telah berkembang pesat mengatasi syarikat-syarikat kerjasama yang lain. Koperasi ini telah berjaya menyelamatkan kaum petani daripada sistem padi kunca dan dapat menanamkan tabiat jimat cermat dan tolong menolong. Sejak gerakan koperasi diperkenalkan pada tahun 1922, sehingga tahun 1940an kebanyakan koperasi yang ditubuhkan di negara terdiri daripada koperasi kredit sama ada di Bandar atau luar Bandar. Gerakan koperasi telah terhenti seketika apabila berlaku Perang Dunia Kedua akan tetapi telah bangkit kembali selepas perang bersama-sama dengan kebangkitan semangat bekerjasama. Mulai tahub 50an koperasi-koperasi kredit luar Bandar telah pun menubuhkan koperasi peringkat menengah yang dikenali sebagai Bank-bank Persatuan Kerjasama yang kemudiannya bergabung dalam Bank Agung Kampung bekerjasama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1954. Bank agung ini kemudiannya dikenali sebagai Bank Kerjasama Rakyat atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat pada masa kini. Koperasi kredit pada ketika ini tidak ketinggalan mengambil bahagian di dalam peristiwa- peristiwa semasa negara dengan menghulurkan bantuan atau derma. Antara peristiwa- peristiwa tersebut adalah derma untuk Tabung Amanah Kebajikan Perwira yang ditubuhkan untuk membantu keluarga dan tanggungan anggota pasukan keselamatan yang telah terkorban atau cedera sewaktu menjalankan tugas. Penubuhan tabung tersebut adalah berikutan tragedi berdarah di Keroh pada Jun 1968 di antara pasukan polis hutan dengan pengganas komunis. Koperasi kredit juga turut menyumbang kepada Tabung Bantuan Bencana Negara yang diwujudkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda negara pada tahun 1967 dan sumbangan untuk penubuhan Universiti Kebangsaan pada tahun 70an.
  • 10. 10 Dari segi bilangan pada tahun 60an koperasi kredit diluar Bandar merupakan terbanyak. Sehingga tahun 1965, bilangannya mencecah 1576 dengan keanggotaan 58000 orang dan modal kerja berjumlah RM2 juta. Terdapa dua jenis pinjaman yang diberikan iaitu pinjaman bermusim dan pinjaman jangka masa sederhana antara satu hingga tiga tahun. Pinjaman bermusim diberikan kepada penanam padi dan dibayar ketika musim menuai. Pinjaman jangka masa sederhana diberikan untuk membiayai kos pembelian peralatan pertanian, binatang ternakan dan input pertanian yang lain. 3.1.2 Koperasi Kredit Masa Kini Terdapat pelbagai saingan daripada institusi kewangan yang menyediakan pelbagai pinjaman kepada orang ramai, koperasi kredit masih terus berupaya menawarkan perkhidmatan simpan pinjam kepada anggotanya. Koperasi kredit yang terdapat sehingga kini kebanyakannya dianggotai oleh kakitangan kerajaan. Kini terdapat dua buah bank koperasi dan 471 buah koperasi kredit diseluruh negara. Salah satu factor yang menyumbang kepada keteguhan koperasi kredit ini ialah wujudnya kemudahan potongan gaji yang dikendalikan oleh badan induk koperasi Angkasa sejak tahun 1977. Dengan kemudahan ini majikan akan menghantar potongan gaji kakitangannya secara pukal kepada Biro Potongan Gaji Angkasa yang seterusnya akan mengagihkan potongan gaji ini kepada koperasi-koperasi yang berkenaan. Pada masa kini terdapat kecenderungan koperasi kredit untuk mengamalkan sistem pemberian pinjamannya mengikut kaedah muamalah Islam iaitu mengikut sistem jual beli berlandaskan syariah. Terdapat produ-produk baru mengikut syariah menggantikan produk-produk konvensional. Terdapat beberapa koperasi kredit menawarkan skim pajak gadai secara Islam atau yang dikenali sebagai al- Rahnu. Teknologi juga telah membantu koperasi-koperasi kredit untuk mempertingkatkan keupayaan sistem pengurusannya seperti menggunakan sistem pentadbiran berkomputer. Tidak kurang jumlah koperasi kredit yang telah mempunyai laman webnya sendiri yang memudahkan urusan antara anggota dan koperasi. Persaingan yang diberikan oleh institusi kewangan lain memerlukan koperasi kredit memperhebatkan perkhidmatan kepada anggota seperti mempelbagaikan perkhidmatan yang sedia ada dan memendekkan waktu pemprosesan pembiayaan yang diberi. Sebagai koperasi faktor kebajikan anggota juga menjadi sebahagian daripada tujuan penubuhannya. Antara perkhidmatan yang diberikan oleh kebanyakan koperasi kredit ialah pewujudan kumpulan wang daripada keuntungan yang diperolehi untuk
  • 11. 11 kebajikan anggota-anggotanya. Sebagai contoh kumpulan wang kebajikan anggota untuk tujuan membantu anggota yang di dalam kesusahan , kumpulan wang pendidikan yang memberikan insentif pelajaran kepada anggota dan anak-anak anggota dan kumpulan wang khairat kematian dan insurans berkelompok. Fungsi koperasi kreditpada masa kini boleh dikatakan sudah jauh berbeza daripada ketika zaman permulaannya dahulu. Semasa permulaannya koperasi kredit merupakan „penyelamat‟ kepada anggota-anggotanya daripada cengkaman pemberi pinjaman dan orang tengah. Kini koperasi kredit berada di dalam pasaran terbuka yang mendapat saingan dari segenap sudut. Seorang anggota koperasi kini mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan kemudahan kredit. Cara yang terpantas dan mudah adalah menggunakan kad kredit yang dapat memberi kemudahan kredit di mana sahaja. Institusi kewangan seperti bank-bank komersial juga menawarkan pelbagai produk kredit seperti pinjaman peribadi dan skim kredit mikro yang tidak memerlukan penjamin atau sandaran. Di samping itu, terdapat juga pemberi pinjaman berlesen yang masih beroperasi. Kebanjiran pelbagai produk kredit di pasaran memberikan cabaran kepada anggota koperasi kredit itu sendiri untuk mengurus kewangannya. Koperasi kredit sebagai institusi yang menjaga kepentingan anggota-anggotanya serta bertanggungjawab memberi pendidikan kepada anggota dari segi pengurusan kewangan. Pembiayaan yang diperolehi daripada koperasi sewajarnya dimanfaatkan untuk tujuan yang memberi nilai tambah kepada peminjam dan bukan hanya untuk sesuatu pembaziran. Sebagai koperasi kejayaan sesebuah koperasi kredit bukan hanya terletak pada pencapaian kewangannya sahaja tetapi juga kepada kesejahteraan anggota-anggotnya. 3.1.3 Detik Hitam Koperasi Kredit Selepas era perang berlalu kepesatan pertumbuhan koperasi berlaku sehingga tahun 70an. Koperasi-koperasi baru mula tumbuh dengan pesat selepas Akta koperasi dipinda kearah menggalakkan pembangunan koperasi dan membenarkan koperasi melabur wang lebihanya ke dalam industri dan perniagaan. Peluang ini telah mendorong koperasi kredit yang dulu beroperasi dengan aktiviti tunggal iaitu memberi pinjaman kepada anggota sahaja tetapi telah mempelbagaikan operasi mereka. Namun dalam pembangunan koperasi yang pesat ini
  • 12. 12 koperasi juga telah menghadapi beberapa masalah pengurusan yang desebabkan kekurangan kepakaran perniagaan atau kelemahan di dalam system kawalan dalaman. Pada tahun 1975 Bank Kerjasama Rakyat yang menjadi salah satu koperasi kredit terbesar telah mengalami kerugian besar disebabkan salah laku dan penyelewengan di dalam pengurusannya. Daripada siasatan yang dilakukan mendapati pengurusan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Pada 31 Disember 1975 Bank Rakyat mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM65.233 juta. Dalam masa yang sama Bank Rakyat juga telah mencatat hutang dan tanggungan melebihi hartanya sendiri iaitu sebanyak RM47.996 juta. Ini merupakan detik hitam dalam sejarah koperasi di Malaysia terutamanya koperasi kredit. Rentetan dari kejadian ini Akta Bank Kerjasama Rakyat (Peruntukan Khas) yang telah di kuatkuasakan pada 6 Februari 1978. Hal ini untuk memastikan Bank Rakyat dapat diurus dan diselia dengan sempurna. Dengan Akta ini juga kerajaan telah melantik sebuah Lembaga Pengarah yang baru bagi tujuan menjalankan tugas-tugas dan kuasa-kuasa pentadbiran perniagaanya. Berpandukan Akta ini Bank rakyat telah dibenarkan untuk menawarkan pinjaman kepada bukan anggota. Pada 8 Mei 1993, Bank Rakyat telah mengambil langkah bijak kearah menjadi bank koperasi Syariah dengan melancarkan produk perbankan syariah di empat buah cawangannya. Kini bank Rakyat merupakan perbankan syariah terbesar di Malaysia yang mempunyai jumlah asset sebanyak RM79.21 juta pada akhir tahun 2012. Kini Bank Rakyat mempunyai sebanyak 144 cawangan di seluruh Malaysia. 3.2 Koperasi Pengambil Deposit (KPD) Selepas Akta Koperasi dipinda yang membolehkan koperasi melabur wang lebihan mereka ke dalam pelbagai perniagaan, banyak koperasi yang mengendalikan aktiviti pengambilan deposit ditubuhkan. Peniaga telah menggunakan peluang ini untuk menubuhkan koperasi dan membuka cawangan sebagai pemungut deposit untuk membiayai perniagaan mereka. Mereka telah mengambil peluang ini untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka ini mengekploitasi kelemahan dan kekurangan Akta yang membawa kepada permasalahan yang melanda koperasi pengambil deposit ketika itu. 3.2.1Kelemahan Koperasi Pengambil Deposit Antara kelemahan koperasi pengambil deposit ini telah disenaraikan di bawah Akta Koperasi 1948 adalah koperasi dibenarkan di bawah seksyen 30 untuk menubuhkan dan memberi pinjaman kepada syarikat subsidiary tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Ketua
  • 13. 13 Pendaftar. Koperasi juga boleh menampung kerugiannya dengan membuat penilaian aset dan mengeluarkan syer bonus kepada anggota-anggotanya di bawah seksyen 33A. Koperasi dan bukan Lembaga adalah bertanggungan terhadap denda yang dikenakan atas kelewatan menghantar akaun kepada anggota. Akaun sub-subsidari tidak perlu dihantar kepada anggota. Seksyen 57A pula melindungi Lembaga yang menjalankan tugas mengikut Akta dan telah bertindak untuk kepentingan ekonomi anggota. Oleh sebab itu amat sukar untuk mendakwa Lembaga atas salah laku pengurusan. Seksyen 31 Akta membenarkan koperasi untuk memungut deposit untuk membiayai projek mereka. Koperasi Pengambil Deposit (KPD) telah mengambil deposit tanpa terlebih dahulu menjalankan projek tertentu yang menyebabkan koperasi tidak dapat memberi kadar faedah deposit yang telah diambil. Untuk mengatasi masalah ini mereka telah mengambil lebih banyak deposit. 3.2.2 Faktor Kegagalan Koperasi Pengambil Deposit Antara faktor kegagalan KPD ini adalah kelemahan dalam sistem pengurusannya. Pelaburan yang berlebihan dalam bidang hartanah dan harta benda juga menjadi pendorong kepada faktor kegagalan KPD. Selain itu pengawasan cawangan yang kurang juga merupakan salah satu faktornya. Spekulasi pembelian saham yang meluas dikalangan ahli, isu kes pecah amanah oleh pihak pengurusan dan pinjaman yang tidak berhemat kepada pengarah dan golongan tertentu menjadi pendorong kepada kegagalan KPD ini. 3.3 Perkembagan Koperasi Islam Di Malaysia Neutral dalam politik dan agama adalah salah satu prinsip koperasi yang dirangka oleh Pelopor-Pelopor Rachdale dalam tahun 1844 dan dijadikan pegangan oleh kebanyaan koperasi hari ini. Namun sikap neutral ini tidak bererti bahawa gerakan sesebuah koperasi tidak boleh menghayati ataupun mengamalkan nilai-nilai yang terdapat pada agama yang dianutinya. Usaha pengIslaman pelbagai sistem di Malaysia bermula sekitar awal 1970an di saat kebangkitan gerakan-gerakan Islam dunia di samping keinginan masyarakat tempatan sendiri yang inginkan penerapan Islamisasi dalam kehidupan. Usaha tersebut berlaku dalam sistem pendidikan, pentadbiran dan ekonomi. Dalam pendidikan lahir usaha-usaha sekolah menengah agama, institusi pengajian swasta Islam dan Universiti Islam. Dalam pentadbiran lahir usaha penerapan nilai-nilai Islam dan penekanan terhadap nilai-nilai murni. Manakala
  • 14. 14 dalam ekonomi pula lahir perbankan Islam, pasaran modal Islam dan pelbagai usaha perniagaan lain. Antara faktor yang mendorong kepada penubuhan koperasi yang mengamalkan prinsip islam adalah untuk mengelakkan daripada terlibat dalam amalan riba. Dengan adanya koperasi yang mengamalkan prinsip ekonomi Islam, amalan secara riba dapat dielakkan. Untuk menjadikan nyata muamalat Islam, seperti jual beli, sewa menyewa, al-Masyarakah dan al-Murabaha yang selama ini tersimpan rapi dalam bentuk teori sahaja. Seterusnya untuk menimbulkan kesedaran dan melahirkan amalan tolong-menolong dan kebajikan sesama muslim. Koperasi pertama yang ditubuhkan atas dasar menerapkan sistem Islam ialah Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI). Ditubuhkan dengan nama asalnya Koperasi Kebangsaan Belia Islam Malaysia Berhad pada 31 Mei 1977, koperasi ini lahir di atas inisiatif Biro Ekonomi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang inginkan sebuah institusi perbankan Islam. KBI merupakan institusi pertama yang memperkenalkan produk pembiayaan dan pinjaman berlandaskan syariah. Sepanjang koperasi ini beroperasi, KBI pernah di anugerahkan Koperatif Model pada 1985 dan Anugerah Kualiti Koperatif (Wilayah Tengah) pada tahun 1993 oleh Jabatan Pembangunan Koperasi. Perkembangan ini telah membawa tertubuhnya Jawatankuasa Pemandu Penggubal Syarikat Koperasi Mengikut Lunas-Lunas Islam pada 1986 yang dibantu oelh dua jawatankuasa kerja lain iaitu Jawatankuasa Kecil Undang-Undang dan Syariah dan Jawatankuasa Kecil Operasi. Kesan daripada perkembangan ini, Akta Koperasi 1993 telah dipinda termasuk peraturan dan undang-undang kecil agar bersesuaian dengan Islam. 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya gerakan koperasi di Malaysia mempunyai sejarah dan perkembangan tersendiri. Pada era perkembangan awal, kerajaan kolonial telah memperkenalkan koperasi tetapi tidak terlibat secara meluas dalam pembangunannya. Keadaan tersebut berubah selepas Perang Dunia Kedua, dimana terdapat perkembangan yang ketara daripada segi bilangan koperasi dan aktiviti. Perkembangan gerakan koperasi di Negara ini meningkat selepas era kemerdekaan. Walau bagaimanapun, beberapa isu kelemahan pengurusan koperasi telah menyebabkan kerajaan memperkenalkan program khusus yang membantu pembangunan koperasi. Sektor koperasi dilihat berpotensi untuk menyumbang ke perekonomian Negara dan
  • 15. 15 keadaan tersebut membawa kepada pindaan dasar dan perundangan bagi mengukuhkan gerakan koperasi. Sehubungan itu, dasar khusus berkaitan koperasi iaitu DKN diperkenalkan.