SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
HUBUNGAN GURU DENGAN
   BUDAYA SEKOLAH




                       1
Guru Dan Budaya Sekolah

• Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati
  sekolah yang mempunyai budaya yang kukuh
  menghasilkan guru yang
  bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya
  dengan idealogi, penyertaan bersama dan
  kepimpinan berkarisma.


                                               2
(sambungan…)

• Guru atau pendidik merupakan tunjang dan
  pelaksana yang paling utama untuk
  menjayakan reformasi pendidikan
  pembangunan sumber manusia dan Falsafah
  Pendidikan Kebangsaan (Wan Mohd
  Zahid, 1994).


                                             3
(sambungan…)

• Oleh itu, guru patut didedahkan dengan
  budaya sekolah yang positif dan kolaboratif
  untuk memupuk semangat yang tinggi dan
  motivasi kendiri agar nilai-nilai murni dapat
  dijayakan melalui aktiviti kokurikulum dan
  interaksi dalam sekolah.


                                                  4
ISU 1


KOMITMEN GURU DENGAN
 KEPIMPINAN PENGETUA



                       5
Takrifan Komitmen
• Mowday, Steer dan Porter (1979),
  menjelaskan komitmen sebagai tingkah laku
  individu yang mempunyai satu kepercayaan
  yang kuat terhadap nilai dan matlamat
  organisasi, semangat sukarela untuk
  meningkatkan pencapaian organisasi dan
  keinginan yang kuat untuk terus berada dalam
  organisasi.

                                             6
(sambungan…)
• Mowday, Porter dan Steers (1982), komitmen
  organisasi yang tinggi adalah dilihat sebagai
  faktor positif di antara pekerja dengan organisasi,
  pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi
  merasakan dirinya selamat, dipunyai dan
  mempunyai kepuasan terhadap pekerjaan dan
  prospek organisasi. Pekerja yang mempunyai
  komitmen yang tinggi akan menunjukkan prestasi
  kerja yang tinggi berbanding dengan mereka yang
  mempunyai komitmen yang rendah.

                                                    7
Hubungan Komitmen Guru dengan
       Kepimpinan Pengetua
• Ishak dan Mastura (2010) menyatakan bahawa
  tingkah laku kepimpinan pengetua mempunyai
  impak yang signifikan kepada kepuasan kerja guru
  dan komitmen guru terhadap sekolah.

• Kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan
  sosial yang memperlihatkan hubungan
  manusia, khususnya hubungan antara pemimpin
  dan pengikut.
                                                 8
(sambungan…)

• Corak penyeliaan yang diamalkan oleh
  pengetua kadang-kala akan menimbulkan rasa
  tidak puas hati dalam kalangan guru dan
  seterusnya akan menjejaskan perhubungan
  guru dengan pengetua yang akan
  mempengaruhi komitmen guru terhadap
  tugasan yang diberikan (Collmer, 1990).


                                           9
(sambungan…)
• Yaakob (2007), menyatakan kejayaan sesebuah
  organisasi mempunyai kaitan rapat dengan
  kepimpinan sekolah dan komitmen guru.

• Pemimpin mempengaruhi pengikut dalam
  kebanyakan perkara terutamanya dalam
  membuat keputusan atau melakukan perubahan
  bagi meningkatkan kualiti kehidupan
  pengikutnya.
                                                10
(sambungan…)
• Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab
  meningkatkan profesionalisme dan moral guru-
  gurunya ke tahap yang tinggi dan juga
  memastikan pelajar-pelajarnya cemerlang dalam
  bidang akademik(Al Ramaiah,1993);(Lim The Eng,
  1986).

• Hellinger dan Hack (1998) menyatakan bahawa
  sekolah yang lemah boleh bertukar menjadi
  sekolah yang berkesan dan berjaya dengan
  adanya kepimpinan pengetua yang berkualiti.

                                                11
(sambungan…)
• Walau bagaimanapun, hasrat menjadikan sekolah
  berkesan tidak akan kesampaian jika guru-
  gurunya tidak berkesan.
• Guru-guru merupakan staf yang memainkan
  peranan yang penting bagi memastikan matlamat
  menjadikan sebuah sekolah berkesan tercapai.
• Matlamat untuk menjadikan sebuah sekolah
  berkesan tidak akan tercapai sekiranya guru-guru
  tidak efektif dan efisyen.
                                                 12
(sambungan…)
• Sejak kebelakangan ini ketidakpuasan kerja di
  kalangan guru semakin ketara. Antara puncanya
  ialah tekanan kerja yang wujud dari pelbagai
  tugas baru. Ini kerana banyak program baru dari
  berbagai peringkat dalam KPM (Azizi, 2007).
• Guru-guru yang merasa tidak puas terhadap
  kerjanya lebih cenderung melakukan perlakuan
  negatif seperti ponteng kelas, kurang beri
  tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran
  dan tidak minat mengajar (Burrows dan
  Mundy, 1996).

                                                    13
(sambungan…)
• Oleh yang demikian, untuk mewujudkan
  sekolah berkesan, kepuasan kerja guru-guru
  mesti diberi keutamaan oleh pengetua.
• Guru-guru yang mempunyai kepuasan kerja
  yang tinggi akan berasa seronok
  melaksanakan tanggungjawabnya dan secara
  tidak langsung komitmen mereka terhadap
  pencapaian matlamat sekolah juga adalah
  tinggi (Andermant, Belzer & Smith, 1991).

                                               14
(sambungan…)
• Sergiovanni (1984) mengatakan, untuk menjamin
  kepuasan kerja guru-guru dan komitmen guru-
  guru terhadap sekolah kekal di tahap yang
  tinggi, seseorang pengetua itu perlulah
  memantapkan kualiti kepimpinannya.
• Pengetua yang mempunyai kualiti kepimpinan
  yang tinggi akan mampu mempengaruhi tingkah
  laku guru-gurunya supaya semangat kerja terarah
  kepada pencapaian matlamat (Stogdill, 1974).

                                                15
ISU 2

Kepuasan Kerja Guru Dengan
    Kualiti dan Motivasi
         Kerja Guru



                             16
Takrifan Kepuasan Kerja
• Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap
  individu yang bekerja. Kehendak ini akan
  mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan
  penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian
  matlamat kerjaya seterusnya menyumbang
  kepada kepentingan organisasi (Abu Ajip, 1994).

• Azura (2004) menyatakan bahawa kepuasan kerja
  merupakan keperluan utama manusia sebagai
  pekerja dan harus dipenuhi bagi mencapai tahap
  kesempurnaan kendiri

                                                17
Takrifan Kepuasan Kerja
• Dinham and Scott (2000) menerangkan kepuasan
  kerja merupakan satu perasaan yang diperoleh
  daripada sesuatu tugas sebagai menepati nilai
  kerja yang berselarasan dengan keperluan
  individu.

• Locke (1976) mendefinisikannya sebagai satu
  keseronokan atau emosi positif secara langsung
  hasil daripada peghormatan atau pengalaman
  kerja seseorang.
                                                   18
Hubungan Kepuasan Kerja Guru
dengan Kualiti dan Motivasi Kerja Guru
• Dworkin (1987) telah menjalankan kajian ke atas
  guru-guru di Wilayah Timur Amerika Syarikat dan
  mendapati 50 peratus daripada responden akan
  menukar kerja lain jika diberi peluang. Menurut
  penemuan kajian tersebut antara puncanya
  adalah terlalu banyak masa diperlukan untuk
  kerja-kerja perkeranian, gaji yang tidak
  memuaskan, dan tidak mendapat kerjasama
  daripada rakan sejawat.
                                                    19
(sambungan…)

• Dalam kajian Lim (2005) telah membuktikan
  bahawa sesetengah guru memang mengalami
  perasaan tertekan dan telah memikirkan atau
  mengambil keputusan untuk berhenti atau
  bersara sebelum sampai umur persaraan. Ini
  disebabkan ketidakpuasan kerja kerana
  peranan yang kabur terhadap kerja dan beban
  kerja yang tinggi.

                                            20
(sambungan…)
• Zembylas (2003) pula telah mengemukakan
  beberapa pandangan berhubung dengan
  faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja.
  Antaranya adalah keadaan kerja yang tidak
  menentu, tiada hubungan yang erat di antara
  pekerja, penyelia atau pemimpin yang kurang
  berkesan, dan peluang kenaikan pangkat yang
  terhad.

                                            21
(sambungan…)
• Satu kajian lain yang telah dijalankan oleh Castillo
  et al., (1999) mengenai sikap dan minat terhadap
  profesion perguruan dalam kalangan guru-guru
  pertanian di Ohio telah mendapati bahawa guru-
  guru tidak puas hati dengan keadaan kemudahan
  yang disediakan di sekolah. Guru juga tidak
  berpuas hati terhadap beban tugas yang kian
  bertambah dan menyebabkan mereka tidak
  mempunyai masa untuk menyelaraskan aktiviti
  yang lebih kreatif.

                                                     22
(sambungan…)
• Selain itu, hasil dapatan kajian juga mendapati
  bahawa sebanyak 55% responden kajian
  memilih profesion perguruan kerana gagal
  mendapat pekerjaan lain. Perkara yang lebih
  menyedihkan adalah lebih kurang 47%
  responden akan meninggalkan kerjaya ini jika
  mendapat pilihan lain.



                                                23
(sambungan…)
• Menurut Azura (2004), kepuasan kerja
  dikaitkan dengan kebolehan individu
  menyesuaikan diri dengan suasana keadaan
  pekerjaannya. Oleh yang demikian, kurangnya
  penyesuaian terhadap suasana kerja akan
  menjejaskan tahap kepuasan kerja yang
  dialami.



                                            24
(sambungan…)
• Kebolehan penyesuaian juga merupakan ciri asas
  untuk berkomunikasi dengan suasana kerja
  mereka (Abu Ajip, 1994). Kegagalan
  menyesuaikan diri menyebabkan pekerja gagal
  mencapai tahap kepuasan dalam kerja mereka.
  Jika dilihat dalam fenomena perguruan di
  Malaysia hari ini, terdapat situasi di mana ilmu
  yang dipelajari tidak dapat digunakan
  sepenuhnya kerana berlainan bidang
  pengkhususan semasa mengikuti kursus
  perguruan dengan pengkhususan pengajaran di
  sekolah.
                                                     25
(sambungan…)
• Perhubungan antara guru juga adalah penting
  bagi menjamin kepuasan kerja seseorang.
  Konflik dalam kalangan guru akan menjejaskan
  prestasi kerjaya seseorang guru. Semua guru
  harus bersedia bekerjasama untuk
  melaksanakan tugas pengajaran dan
  pembelajaran (Markandan, 1984).



                                             26
(sambungan…)
• Sekiranya masalah ketidakpuasan guru ini
  berterusan, bidang pendidikan bukan sahaja
  akan mengalami masalah guru yang tiada
  komitmen, tidak dedikasi, dan tidak
  profesional malahan akan kehilangan tenaga
  pengajar yang berkualiti dan seterusnya akan
  menjejaskan produktiviti dan kualiti
  Pendidikan (Ruhland, 2001)

                                                 27
(sambungan…)
• Oleh itu, kepuasan kerja adalah penting
  disebabkan ini merupakan salah satu faktor untuk
  memperolehi hasil kerja yang optimal. Bagi
  seseorang yang mempunyai kepuasan dalam
  pekerjaan tentunya akan terpupuk satu semangat
  dan komitmen yang mampu membantu dalam
  penyelesaian tugasan harian pekerjaan mereka.
  Maka, semangat tersebut bukan saja mampu
  membantu dalam produktiviti kerja malahan
  kualiti kerja juga dapat ditingkatkan.

                                                 28
(sambungan…)
• Hasil kajian yang didapati oleh Mohan Raju dan
  Srivastava (1999) menunjukkan bahawa pekerja
  yang mencapai tahap kepuasan yang tinggi dalam
  pekerjaan adalah lebih komitmen terhadap tugas
  yang dijalankan.

• Kenyataan ini telah disokong oleh Shann (2001)
  yang menyatakan bahawa kepuasan kerja
  merupakan penentu kepada komitmen terhadap
  pekerjaan.
                                                   29
(sambungan…)
• Guru yang mempunyai kepuasan tinggi adalah
  guru yang berkesan dan dapat menghasilkan
  pelajar yang lebih bermotivasi dan dapat
  mempertingkatkan pencapaian pelajar
  (Mertler, 1992).




                                           30

More Related Content

What's hot

11. School Culture
11.	School Culture11.	School Culture
11. School Culturemohdfidaiy
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas gurumuhammad
 
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )
P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )shockgadof
 
pengurusan bilik darjah sekolah rendah dan guru dalam pengurusan bilik darjah
pengurusan bilik darjah sekolah rendah dan guru dalam pengurusan bilik darjahpengurusan bilik darjah sekolah rendah dan guru dalam pengurusan bilik darjah
pengurusan bilik darjah sekolah rendah dan guru dalam pengurusan bilik darjahsiaw ong
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolahkrys73
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 
peranan guru dalam bilik darjah dan pengurusan masalah disiplin bilik darjah
peranan guru dalam bilik darjah dan pengurusan masalah disiplin bilik darjahperanan guru dalam bilik darjah dan pengurusan masalah disiplin bilik darjah
peranan guru dalam bilik darjah dan pengurusan masalah disiplin bilik darjahsiaw ong
 
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)Arz-zam Nawawi
 
Ahmad tajuddin dan gogilavanan
Ahmad tajuddin dan gogilavananAhmad tajuddin dan gogilavanan
Ahmad tajuddin dan gogilavananMohandas Naidu
 
Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah
Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran SekolahPengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah
Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolahzuraidahjuliana
 
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranEdu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranLee Hua
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahNoor Asheikin
 

What's hot (18)

11. School Culture
11.	School Culture11.	School Culture
11. School Culture
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guru
 
KEPENTINGAN BUDAYA SEKOLAH
KEPENTINGAN BUDAYA SEKOLAHKEPENTINGAN BUDAYA SEKOLAH
KEPENTINGAN BUDAYA SEKOLAH
 
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )
P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )
 
Ciri ciri guru cemerlang
Ciri ciri guru cemerlangCiri ciri guru cemerlang
Ciri ciri guru cemerlang
 
Hubungan guru murid
Hubungan guru muridHubungan guru murid
Hubungan guru murid
 
pengurusan bilik darjah sekolah rendah dan guru dalam pengurusan bilik darjah
pengurusan bilik darjah sekolah rendah dan guru dalam pengurusan bilik darjahpengurusan bilik darjah sekolah rendah dan guru dalam pengurusan bilik darjah
pengurusan bilik darjah sekolah rendah dan guru dalam pengurusan bilik darjah
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah
 
Slide kps
Slide kpsSlide kps
Slide kps
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
peranan guru dalam bilik darjah dan pengurusan masalah disiplin bilik darjah
peranan guru dalam bilik darjah dan pengurusan masalah disiplin bilik darjahperanan guru dalam bilik darjah dan pengurusan masalah disiplin bilik darjah
peranan guru dalam bilik darjah dan pengurusan masalah disiplin bilik darjah
 
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
 
Ahmad tajuddin dan gogilavanan
Ahmad tajuddin dan gogilavananAhmad tajuddin dan gogilavanan
Ahmad tajuddin dan gogilavanan
 
Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah
Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran SekolahPengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah
Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranEdu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Kajian kepimpinan
Kajian kepimpinanKajian kepimpinan
Kajian kepimpinan
 

Similar to Komitmen organisasi dengan budaya sekolah

Artikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfArtikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfymtuea0357
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Yayasan Negeri
 
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahKepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahHamidah Budi
 
11. school culture
11. school culture11. school culture
11. school cultureNgan Jiaing
 
Isu kedua sia,hii,ting,lau,tiong
Isu kedua sia,hii,ting,lau,tiongIsu kedua sia,hii,ting,lau,tiong
Isu kedua sia,hii,ting,lau,tiongyunging84
 
edu pengurusan bilik darjah sekolah rendah
edu pengurusan bilik darjah sekolah rendahedu pengurusan bilik darjah sekolah rendah
edu pengurusan bilik darjah sekolah rendahNoredatul Gabo
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...PBK0619MohamadAkmalB
 
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.docPeranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.docABDULRASHIDBINALEXAN
 
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaPembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaRoryJack
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guruIli Hawari
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guruIli Hawari
 
Bab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptx
Bab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptxBab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptx
Bab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptxzuraidanasri
 
Guru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahGuru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahkirutping71
 

Similar to Komitmen organisasi dengan budaya sekolah (20)

Artikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfArtikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdf
 
Bab 5.1
Bab 5.1Bab 5.1
Bab 5.1
 
11. budaya
11. budaya11. budaya
11. budaya
 
Budaya Sekolah
Budaya SekolahBudaya Sekolah
Budaya Sekolah
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)
 
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahKepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
 
Budaya Sekolah
Budaya SekolahBudaya Sekolah
Budaya Sekolah
 
11. school culture
11. school culture11. school culture
11. school culture
 
Isu kedua sia,hii,ting,lau,tiong
Isu kedua sia,hii,ting,lau,tiongIsu kedua sia,hii,ting,lau,tiong
Isu kedua sia,hii,ting,lau,tiong
 
edu pengurusan bilik darjah sekolah rendah
edu pengurusan bilik darjah sekolah rendahedu pengurusan bilik darjah sekolah rendah
edu pengurusan bilik darjah sekolah rendah
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
 
KESETIAN GURU.ppt
KESETIAN GURU.pptKESETIAN GURU.ppt
KESETIAN GURU.ppt
 
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.docPeranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darj.doc
 
Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2
 
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaPembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Bab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptx
Bab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptxBab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptx
Bab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptx
 
Guru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahGuru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolah
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 

Komitmen organisasi dengan budaya sekolah

  • 1. HUBUNGAN GURU DENGAN BUDAYA SEKOLAH 1
  • 2. Guru Dan Budaya Sekolah • Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang kukuh menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan idealogi, penyertaan bersama dan kepimpinan berkarisma. 2
  • 3. (sambungan…) • Guru atau pendidik merupakan tunjang dan pelaksana yang paling utama untuk menjayakan reformasi pendidikan pembangunan sumber manusia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Wan Mohd Zahid, 1994). 3
  • 4. (sambungan…) • Oleh itu, guru patut didedahkan dengan budaya sekolah yang positif dan kolaboratif untuk memupuk semangat yang tinggi dan motivasi kendiri agar nilai-nilai murni dapat dijayakan melalui aktiviti kokurikulum dan interaksi dalam sekolah. 4
  • 5. ISU 1 KOMITMEN GURU DENGAN KEPIMPINAN PENGETUA 5
  • 6. Takrifan Komitmen • Mowday, Steer dan Porter (1979), menjelaskan komitmen sebagai tingkah laku individu yang mempunyai satu kepercayaan yang kuat terhadap nilai dan matlamat organisasi, semangat sukarela untuk meningkatkan pencapaian organisasi dan keinginan yang kuat untuk terus berada dalam organisasi. 6
  • 7. (sambungan…) • Mowday, Porter dan Steers (1982), komitmen organisasi yang tinggi adalah dilihat sebagai faktor positif di antara pekerja dengan organisasi, pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi merasakan dirinya selamat, dipunyai dan mempunyai kepuasan terhadap pekerjaan dan prospek organisasi. Pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi akan menunjukkan prestasi kerja yang tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai komitmen yang rendah. 7
  • 8. Hubungan Komitmen Guru dengan Kepimpinan Pengetua • Ishak dan Mastura (2010) menyatakan bahawa tingkah laku kepimpinan pengetua mempunyai impak yang signifikan kepada kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah. • Kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan sosial yang memperlihatkan hubungan manusia, khususnya hubungan antara pemimpin dan pengikut. 8
  • 9. (sambungan…) • Corak penyeliaan yang diamalkan oleh pengetua kadang-kala akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru dan seterusnya akan menjejaskan perhubungan guru dengan pengetua yang akan mempengaruhi komitmen guru terhadap tugasan yang diberikan (Collmer, 1990). 9
  • 10. (sambungan…) • Yaakob (2007), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi mempunyai kaitan rapat dengan kepimpinan sekolah dan komitmen guru. • Pemimpin mempengaruhi pengikut dalam kebanyakan perkara terutamanya dalam membuat keputusan atau melakukan perubahan bagi meningkatkan kualiti kehidupan pengikutnya. 10
  • 11. (sambungan…) • Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab meningkatkan profesionalisme dan moral guru- gurunya ke tahap yang tinggi dan juga memastikan pelajar-pelajarnya cemerlang dalam bidang akademik(Al Ramaiah,1993);(Lim The Eng, 1986). • Hellinger dan Hack (1998) menyatakan bahawa sekolah yang lemah boleh bertukar menjadi sekolah yang berkesan dan berjaya dengan adanya kepimpinan pengetua yang berkualiti. 11
  • 12. (sambungan…) • Walau bagaimanapun, hasrat menjadikan sekolah berkesan tidak akan kesampaian jika guru- gurunya tidak berkesan. • Guru-guru merupakan staf yang memainkan peranan yang penting bagi memastikan matlamat menjadikan sebuah sekolah berkesan tercapai. • Matlamat untuk menjadikan sebuah sekolah berkesan tidak akan tercapai sekiranya guru-guru tidak efektif dan efisyen. 12
  • 13. (sambungan…) • Sejak kebelakangan ini ketidakpuasan kerja di kalangan guru semakin ketara. Antara puncanya ialah tekanan kerja yang wujud dari pelbagai tugas baru. Ini kerana banyak program baru dari berbagai peringkat dalam KPM (Azizi, 2007). • Guru-guru yang merasa tidak puas terhadap kerjanya lebih cenderung melakukan perlakuan negatif seperti ponteng kelas, kurang beri tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran dan tidak minat mengajar (Burrows dan Mundy, 1996). 13
  • 14. (sambungan…) • Oleh yang demikian, untuk mewujudkan sekolah berkesan, kepuasan kerja guru-guru mesti diberi keutamaan oleh pengetua. • Guru-guru yang mempunyai kepuasan kerja yang tinggi akan berasa seronok melaksanakan tanggungjawabnya dan secara tidak langsung komitmen mereka terhadap pencapaian matlamat sekolah juga adalah tinggi (Andermant, Belzer & Smith, 1991). 14
  • 15. (sambungan…) • Sergiovanni (1984) mengatakan, untuk menjamin kepuasan kerja guru-guru dan komitmen guru- guru terhadap sekolah kekal di tahap yang tinggi, seseorang pengetua itu perlulah memantapkan kualiti kepimpinannya. • Pengetua yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi akan mampu mempengaruhi tingkah laku guru-gurunya supaya semangat kerja terarah kepada pencapaian matlamat (Stogdill, 1974). 15
  • 16. ISU 2 Kepuasan Kerja Guru Dengan Kualiti dan Motivasi Kerja Guru 16
  • 17. Takrifan Kepuasan Kerja • Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepada kepentingan organisasi (Abu Ajip, 1994). • Azura (2004) menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan keperluan utama manusia sebagai pekerja dan harus dipenuhi bagi mencapai tahap kesempurnaan kendiri 17
  • 18. Takrifan Kepuasan Kerja • Dinham and Scott (2000) menerangkan kepuasan kerja merupakan satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas sebagai menepati nilai kerja yang berselarasan dengan keperluan individu. • Locke (1976) mendefinisikannya sebagai satu keseronokan atau emosi positif secara langsung hasil daripada peghormatan atau pengalaman kerja seseorang. 18
  • 19. Hubungan Kepuasan Kerja Guru dengan Kualiti dan Motivasi Kerja Guru • Dworkin (1987) telah menjalankan kajian ke atas guru-guru di Wilayah Timur Amerika Syarikat dan mendapati 50 peratus daripada responden akan menukar kerja lain jika diberi peluang. Menurut penemuan kajian tersebut antara puncanya adalah terlalu banyak masa diperlukan untuk kerja-kerja perkeranian, gaji yang tidak memuaskan, dan tidak mendapat kerjasama daripada rakan sejawat. 19
  • 20. (sambungan…) • Dalam kajian Lim (2005) telah membuktikan bahawa sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan dan telah memikirkan atau mengambil keputusan untuk berhenti atau bersara sebelum sampai umur persaraan. Ini disebabkan ketidakpuasan kerja kerana peranan yang kabur terhadap kerja dan beban kerja yang tinggi. 20
  • 21. (sambungan…) • Zembylas (2003) pula telah mengemukakan beberapa pandangan berhubung dengan faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja. Antaranya adalah keadaan kerja yang tidak menentu, tiada hubungan yang erat di antara pekerja, penyelia atau pemimpin yang kurang berkesan, dan peluang kenaikan pangkat yang terhad. 21
  • 22. (sambungan…) • Satu kajian lain yang telah dijalankan oleh Castillo et al., (1999) mengenai sikap dan minat terhadap profesion perguruan dalam kalangan guru-guru pertanian di Ohio telah mendapati bahawa guru- guru tidak puas hati dengan keadaan kemudahan yang disediakan di sekolah. Guru juga tidak berpuas hati terhadap beban tugas yang kian bertambah dan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk menyelaraskan aktiviti yang lebih kreatif. 22
  • 23. (sambungan…) • Selain itu, hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa sebanyak 55% responden kajian memilih profesion perguruan kerana gagal mendapat pekerjaan lain. Perkara yang lebih menyedihkan adalah lebih kurang 47% responden akan meninggalkan kerjaya ini jika mendapat pilihan lain. 23
  • 24. (sambungan…) • Menurut Azura (2004), kepuasan kerja dikaitkan dengan kebolehan individu menyesuaikan diri dengan suasana keadaan pekerjaannya. Oleh yang demikian, kurangnya penyesuaian terhadap suasana kerja akan menjejaskan tahap kepuasan kerja yang dialami. 24
  • 25. (sambungan…) • Kebolehan penyesuaian juga merupakan ciri asas untuk berkomunikasi dengan suasana kerja mereka (Abu Ajip, 1994). Kegagalan menyesuaikan diri menyebabkan pekerja gagal mencapai tahap kepuasan dalam kerja mereka. Jika dilihat dalam fenomena perguruan di Malaysia hari ini, terdapat situasi di mana ilmu yang dipelajari tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana berlainan bidang pengkhususan semasa mengikuti kursus perguruan dengan pengkhususan pengajaran di sekolah. 25
  • 26. (sambungan…) • Perhubungan antara guru juga adalah penting bagi menjamin kepuasan kerja seseorang. Konflik dalam kalangan guru akan menjejaskan prestasi kerjaya seseorang guru. Semua guru harus bersedia bekerjasama untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran (Markandan, 1984). 26
  • 27. (sambungan…) • Sekiranya masalah ketidakpuasan guru ini berterusan, bidang pendidikan bukan sahaja akan mengalami masalah guru yang tiada komitmen, tidak dedikasi, dan tidak profesional malahan akan kehilangan tenaga pengajar yang berkualiti dan seterusnya akan menjejaskan produktiviti dan kualiti Pendidikan (Ruhland, 2001) 27
  • 28. (sambungan…) • Oleh itu, kepuasan kerja adalah penting disebabkan ini merupakan salah satu faktor untuk memperolehi hasil kerja yang optimal. Bagi seseorang yang mempunyai kepuasan dalam pekerjaan tentunya akan terpupuk satu semangat dan komitmen yang mampu membantu dalam penyelesaian tugasan harian pekerjaan mereka. Maka, semangat tersebut bukan saja mampu membantu dalam produktiviti kerja malahan kualiti kerja juga dapat ditingkatkan. 28
  • 29. (sambungan…) • Hasil kajian yang didapati oleh Mohan Raju dan Srivastava (1999) menunjukkan bahawa pekerja yang mencapai tahap kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan adalah lebih komitmen terhadap tugas yang dijalankan. • Kenyataan ini telah disokong oleh Shann (2001) yang menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan penentu kepada komitmen terhadap pekerjaan. 29
  • 30. (sambungan…) • Guru yang mempunyai kepuasan tinggi adalah guru yang berkesan dan dapat menghasilkan pelajar yang lebih bermotivasi dan dapat mempertingkatkan pencapaian pelajar (Mertler, 1992). 30