SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
PERBANDINGAN PROSEDUR POLIGAMI
           MENURUT
 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
          DI MALAYSIA
                 OLEH :
           SYIFAA BINTI SOPIAN
    NADIAHTUL HUSNA BINTI MUSTAJAB
         ROSMAINIE BINTI ROFIEE
          NADZIRAH BINTI HALIM
ISI KANDUNGAN PEMBENTANGAN
 PENGENALAN POLIGAMI
        - Definisi Poligami
        - Sejarah Poligami
        - Dalil Keharusan Berpoligami
        - Kebaikan Dan Keburukan Berpoligami
        - Kesalahan Dalam Perlaksanaan Poligami
 POLIGAMI MENURUT ISLAM
        - Hukum Poligami
        - Syarat-syarat Poligami Menurut Islam
        - Hikmah Di Syariatkan Poligami
        - Keadaan-keadaan Yang Membenarkan Poligami
 POLIGAMI DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA
        - Prosedur Poligami Mengikut AUKI Wilayah Persekutuan
        - Prosedur Poligami Mengikut EUKI Selangor
        - Prosedur Poligami Mengikut EUKI Perlis
        - Prosedur Poligami Mengikut EUKI Kelantan
 ISU-ISU BERKAITAN POLIGAMI DI MALAYSIA
        - Poligami Satu Fenomena Yang Disalah Ertikan
        - Kelemahan Undang-undang Poligami Di Malaysia
        - Kaitan Poligami Dan Berkahwin Di Negara Jiran
        - Kaitan Poligami Dan Penceraian
PENGENALAN POLIGAMI
                   DEFINISI POLIGAMI
• Poligami juga boleh ditakrifkan sebagai perkahwinan yang
  melibatkan lebih daripada seorang isteri .

• Dari segi takrif perkataan yang paling sesuai ialah ‘poligni’
  namun istilah yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat ialah
  „poligami‟ yang bermaksud seorang lelaki boleh mempunyai
  lebih daripada seorang isteri.

• Istilah fiqah dalam bahasa Arab ialah Ta’addud al-zawjat.
SEJARAH POLIGAMI
-Amalan poligami telah wujud semenjak sebelum kedatangan Islam
lagi.

-Amalan ini merupakan sebahagian daripada tradisi kehidupan
masyarakat Rom, Yunani yang dilakukan secara tidak teratur dan
tanpa batas.

-Dalam nilai budaya mereka amalan poligami menjadi kebangaan
dan ukuran yang menentukan ketinggian darjat dan kehormatan
seseorang.

-Kedatangan Islam telah merubah scenario amalan poligami yang
sedia wujud ini dengan mengehadkan bilangan isteri yang boleh
dikahwini kepada empat sahaja, dan pelaksanaannya terikat pada
syarat-syarat tertentu
DALIL KEHARUSAN BERPOLIGAMI

Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam
keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam
surah an-Nisa‟, ayat 3:

Maksudnya:                                          :
“Dan jika kamu takut tidak akan berlaku adil terhadap
(hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu
mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain)
yang kamu senangi, dua, tiga, atau empat”.
Sambungan..

Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke
bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami bukanlah
suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam
sehingga      boleh     menyebabkan    berdosa     jika    tidak
mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan
satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Jelasnya di sini
walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur
perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib
dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa kepada
suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami
tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan
terhadap isteri yang dikahwini.
Kebaikan dan Keburukan Berpoligami
Kebaikan:
-Apabila lelaki tertarik kepada seorang wanita, maka bolehlah dia
menikahinya walaupun dia sudah mempunyai isteri. Ini adalah jalan
yang lebih baik daripada terlibat dengan maksiat.
-Poligami dapat menghindari skandal dan kemerosotan akhlak di
kalangan masyarakat, seperti kelahiran anak-anak luar nikah,
penyakit kelamin dan renggangnya hubungan kekeluargaan.

Keburukan:
- Masalah biasanya terjadi apabila seorang suami yang berpoligami
tidak berlaku adil terhadap semua isteri dan anaknya. Perkara ini
menimbulkan perasaan iri hati di kalangan isteri dan anak sehingga
ke tahap ingin membalas dendam. Terdapat sesetengah madu yang
menganiaya madu mereka dari segi fizikal atau mental. Anak-anak
pula menjadi mangsa yang tersepit dalam konflik yang berlaku di
antara kedua ibu bapa serta ibu tiri.
Kesalahan Dalam Pelaksanaan
                Poligami
• Kesalahan dalam menggunakan kebenaran ini seringkali
  menimbulkan         akibat-akibat     yang      membahayakan
  rumahtangga. Sebagai akibat dari perhatian yang lebih
  terhadap isteri baru dan menzalimi isteri yang lama.

• Bapa tidak mampu berlaku adil di hadapan anak-anaknya, dan
  tidak memberi persamaan dalam tunjuk ajar dari segi harta dan
  adab.
POLIGAMI MENURUT ISLAM
         Hukum Poligami menurut Islam
a.Sunat
     Ketika    suami menginginkan anak dan isteri
pertamanya mandul sedangkan suami berkemampuan
adil terhadap isteri-isterinya.

   b.Makruh
     Bukan     kerana      keperluan        tetapi hanya
menambahkan keseronokan dan tiada kemampuan
untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya.

    c.Haram
     Tidak yakin mampu berlaku adil terhadap isteri-
isterinya   kerana  kemiskinan@kelemahanya@tidak
mampu mengawal kecenderungan@sifat prejudis.
SYARAT-SYARAT POLIGAMI MENURUT ISLAM
1-Berkemampuan menanggung nafkah isteri-isteri.
- Nafkah zahir merangkumi aspek makan minum,pakaian,kediaman dan perubatan.
-Nafkah batin ialah suami berkeupayaan memberi layanan seks kepada isteri-isteri.

2- Berlaku adil tehadap isteri-isteri.
Keadilan wajib dijelmakan dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah.namun,dalam
soal kasih sayang dan hubungan batin tidak dituntut suami berlaku adil.

3-Adil dalam menyediakan kediaman
Suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal tersendiri untuk setiap isteri
sesuai dengan kemampuan suami.

4-Adil dalam giliran bermalam
 - Isteri berhak mendapat giliran suami sama lamanya dengan waktu bermalam dirumah
isteri-isterinya yang lain.
- Suami wajib menentukan kadar giliran untuk isteri lain di awal perkahwinan iaitu
7malam jika isteri anak dara dan 3malam jika isteri janda tanpa perlu mengqada‟kan
giliran.

5-Adil dalam musafir
Menurut imam syafie,suami wajib membuat undian sekiranya mahu salah seorang
isterinya menemani. Imam Hanafi pula mengatakan tidak wajib membuat undian.
Hikmah Disyariatkan Poligami
1-Menjaga kesucian agama.

2-Menjaga keturunan dan kehormatan.

3-Mendirikan    rumahtangga lebih baik dari
membujang@hidup sebagai perempuan simpanan
(kekasih gelap)

4-Memenuhi keinginan untuk mempunyai zuriat sendiri
jika isterinya mandul kerana sakit@sebab lain.

5-Mendapat keredhaan Allah.
KEADAAN-KEADAAN YANG MEMBENARKAN
               POLIGAMI
1-Suami inginkan anak dan isterinya mandul serta tidak boleh
melahirkan anak.

2-Suami mati dalam peperangan dan meninggalkan anak serta
isteri.

3-Suami yang berkeinginan kuat terhadap isteri sedangkan
isterinya dingin(enggan) secara semulajadi atau kerana sakit.

4-Membenarkan suami mengahwini wanita lain lebih baik dari
mudarat dan bahaya jika membiarkan suami dalam kemaksiatan
dan kecurangan yang mengakibatkan kerosakan masyarakat.
POLIGAMI DALAM UNDANG-UNDANG
           KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA
          Prosedur Poligami Mengikut AUKI wilayah
                        Persekutuan
1. Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan
dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah
Syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Akta Undang-
Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.
2. Menurut seksyen 23(3) AUKI 1984, permohonan suami hendaklah
dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah
disertai dengan suatu akuan :
- Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan
poligami ini patut dan perlu.
- keadaan kewangan suami / pendapatannya
- butir-butir komitmen, kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut
ditentukan.
- bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan dengan
perkahwinan baru yang dicadangkan.
- menyatakan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri telah diperolehi
mengenai perkara tersebut.
3. Kebenaran akan diberikan sekiranya Mahkamah berpuas hati
   bahawa, sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(4)
   AUKI 1984, iaitu :
  a. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu
  memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan,
  keuzuran jasmani, tidaklayak dari segi jasmani untuk
  persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-
  hak persetubuhan, atau gila.
  b. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak
  syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya
  termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari
  perkahwinan yang baru.
  c. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada
  semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.
  d. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan
  darar syar’ie kepada isteri.
Prosedur Poligami Mengikut EUKI Selangor

1. Seperti Wilayah Persekutuan, permohonan poligami di selangor juga
dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis
daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam
seksyen 23(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga negeri Selangor 2003.

2. Menurut seksyen 23(4) EUKI 2003, permohonan suami hendaklah
dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan
hendaklah disertai dengan suatu iqrar.
        a. Iqrar tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa
        perkahwinan poligami ini patut dan perlu.
        b. pendapatan pemohon
        c. butir-butir komitmen, kewajipan tanggungan kewangan
        d. bilangan orang tanggungan
        e. sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri2nya yang sedia ada.
3. Mahkamah dalam memberi pertimbangan akan mengambil kira
   empat syarat kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang
   diperuntukkan dalam seksyen 23(5) EUKI 2003, iaitu :
  a. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu
  memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan,
  keuzuran jasmani, tidaklayak dari segi jasmani untuk
  persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-
  hak persetubuhan, atau gila.
  b. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak
  syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya
  termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari
  perkahwinan yang baru.
  c. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada
  semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.
  d. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan
  darar syar’ie kepada isteri.
Prosedur Poligami Mengikut EUKI Perlis

1. Lain pula di perlis, permohonan poligami di Perlis dibenarkan dan
diluluskan dengan mudah jika syarat dipenuhi oleh pemohon. Pemohon
hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih
dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Enakmen Undang-Undang
Keluarga negeri Perlis 1991.

2. Menurut seksyen 23(3) EUKI Perlis 1991, permohonan suami hendaklah
dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan
hendaklah disertai dengan suatu Akuan.
        a. Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa
        perkahwinan poligami ini patut dan perlu.
        b. pendapatan pemohon
        c. butir-butir komitmen, kewajipan tanggungan kewangan
        d. bilangan orang tanggungan
        e. sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri2nya yang sedia ada.
3. Di Perlis, Mahkamah hanya akan memanggil pemohon supaya hadir dan
  memberi keterangan dan mahkamah boleh memberi kebenaran jika berpuas
  hati sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(4) EUKI Perlis 1991,
  iaitu :
  a. bahawa pemohon akan berupaya memberi keadilan kepada semua
  isterinya mengikut kehendak hukum syarak.
  b. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk
  menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal
  ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.
  c. perkahwinan yang dicadang itu adalah patut dan perlu, memandang
  kepada keadaan yg berikut: kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari
  segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja engkar mematuhi perintah
  pemulihan hak gila di pihak isteri atau isteri2 yg sedia ada.
  d. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie
  kepada isteri.
  e. perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan merendahkan secara
  lansung atau secara tak lansung taraf kehidupan yang telah dinikmati atau
  yang bakal di nikmati.
Prosedur Poligami Mengikut EUKI Kelantan

1. Di Kelantan juga hampir sama prosedur poligaminya dengan negeri-negeri
yang lain. Pemohon hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
Mahkamah Syariah/kadi atau peguam syarie terlebih dahulu. Ini
diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga
negeri Kelantan 2002.

2. Menurut seksyen 23(4) EUKI Kelantan 2002, permohonan suami
hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan
dan hendaklah disertai dengan suatu Iqrar.
        a. Iqrar tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa
        perkahwinan poligami ini patut dan perlu.
        b. pendapatan pemohon
        c. butir-butir komitmen, kewajipan tanggungan kewangan
        d. bilangan orang tanggungan
        e. sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri2nya yang sedia ada.
3. Mahkamah akan memanggil pemohon, isteri atau sesiapa sahaja yang
   difikirkan perlu oleh mahkamah. Dan mahkamah akan memberikan
   kelulusan sekiranya ia berpuas hati terhadap 4 syarat iaitu :

  a. perkahwinan yang dicadang itu adalah patut dan perlu,
  memandang kepada keadaan yg berikut: kemandulan, keuzuran
  jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja
  engkar mematuhi perintah pemulihan hak gila di pihak isteri atau
  isteri2 yg sedia ada.
  b. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak
  untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang
  yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.
  c. Pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua
  isterinya mengikut syarak.
  d. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar
  syar’ie kepada isteri.
ISU-ISU BERKAITAN POLIGAMI
Poligami Suatu Fenomena Yang Disalah Ertikan
  Islam tidak memperuntukkan bahawa poligami itu sebagai suatu amalan sejagat
(universal). Nabi Muhammad s.a.w sendiri mempunyai seorang isteri sahaja bagi
satu tempoh masa yang panjang, iaitu, dari umurnya 25 tahun ketika berkahwin
dengan Saidatina Khadijah r.a. sehingga Baginda mencapai umur 50 tahun
apabila Saidatina Khadijah wafat. Rasullullah S.A.W juga beristeri 9 orang dan
masih banyak kebatilan dan celaan yang mereka lontarkan.

  Poligami yang berupa penindasan, penganiayaan dan tidak berperaturan telah
ditukar oleh agama Islam dengan menitikberatkan pembelaan dan penyelamat
bagi kaum wanita. Islam mahu melindungi wanita daripada risiko pengguguran
anak haram kerana hubungan luar nikah, kesahtarafan seseorang anak dan mahu
menjadikan wanita sebagai isteri yang sah mempunyai hak dalam semua keadaan.
Berbanding dengan amalan di Eropah dan Amerika, lelaki dari
negara-negara Barat tiada tanggungan di sisi undang-undang
ke atas perempuan-perempuan simpanan kedua, ketiga atau
keempatnya dan anak-anak mereka. Lelaki Muslim
mempunyai suatu tanggungan di sisi undang-undang yang
lengkap ke atas isteri-isteri dan anak-anak mereka.

Walaupun bilangan wanita pada hari ini mengatasi bilangan
lelaki apatah lagi sekiranya berlaku perang, tidaklah boleh
dijadikan alasan yang kukuh untuk seseorang lelaki itu
berpoligami. Isteri yang mengalami gangguan fizikal atau
mandul atau hilang daya tarikan jasmani dan jiwa atau seorang
suami berpendapat dengan seorang isteri sahaja tidak cukup
untuk menjaganya merupakan antara kriteria bagi
membolehkan seorang lelaki Muslim berkahwin lebih daripada
satu.
Kelemahan Undang-Undang Poligami
           Di Malaysia
  Ketidakseragaman Enakmen atau Akta Undang-undang Keluarga Islam
yang berkuatkuasa di negeri-negeri mengenai poligami seringkali di
salahgunakan oleh golongan tertentu. Peruntukan mengenai izin atau tidak
daripada isteri ada terkandung dalam seksyen 23 Akta 303; Pulau Pinang
(1985); Johor (1990); Negeri Sembilan (1984) seksyen 17 Undang-undang
Keluarga Islam Kedah 1979 (dikuatkuasakan pada 1984); Pahang, Selangor
dan juga Melaka. Kehadiran isteri untuk perbicaraan masih lagi lagi
dikekalkan dan ini dapat membantu isteri menerangkan kepada Hakim/
Kadi bahawa suaminya tidak layak beristeri lebih daripada satu.

  Namun begitu, bagi Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan,
Terengganu dan Perak, tidak memperuntukkan bahawa pandangan isteri
diperlukan untuk menentukan layak atau tidak seseorang suami itu
berpoligami keputusan terletak pada kebijaksanaan hakim sepenuhnya.
Kaitan Antara Poligami dan Kahwin di Negara
                      Jiran
 Di setiap negeri yang dikaji, memang wujud kaitan antara poligami dengan
kahwin di Negara jiran. Dalam kata lain, rakyat Malaysia pergi negara lain
terutamanya Selatan Thai, untuk berpoligami. Ini terbukti dengan adanya
permohonan untuk mendaftar semula perkahwinan. Perbezaan dari satu negeri
lain ialah sejauhmana seriusnya kaitan ini.

 Semua negeri di Malaysia (kecuali Pahang) ada peruntukan yang
membenarkan perkahwinan yang dilakukan bersalahan dengan peraturan
Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri didaftarkan semula mengikut prosedur
tertentu. Itulah sebabnya ada pasangan yang sanggup bernikah di luar negara
dan mendaftarkannya semula di sini. Biasanya, pasangan untuk perlu membuat
permohonan. Mereka juga akan didenda atas kesalahan tersebut. Setelah itu
perkahwinan mereka akan disiasat untuk memastikan keesahannya dari segi
hukum syarak. Perlaksanan perkahwinan itu juga akan disiasat untuk
memastikan ianya telah dilakukan oleh orang-orang yang telah ditauliahkan.
Sambungan..
Faktor menolak.
- Kesukaran untuk berpoligami di negara ini.
- Proses memohon kebenaran sehingga kebenaran diperolehi dan
sehingga berlangsungnya perkahwinan itu memakan masa yang lama.
- Sukar untuk mendapat kebenaran. Syarat-syarat yang berbagai
menyukarkan pemohon untuk mendapat kebenaran.
- Pemohon enggan memaklumi isteri tentang hasratnya untuk kahwin
lain.
- Mereka kecewa dengan keputusan mahkamah yang menolak
permohonan mereka atau menggantung permohonan mereka (KIV).
Mereka merupakan golongan yang tidak cukup syarat.

Faktor menarik
- Amat mudah untuk berkahwin di negara jiran
- Sikap pihak perempuan yang tidak ambil kisah .
Risiko Kahwin di negara jiran.

         Pasangan terdedah kepada pernikahan yang dilakukan oleh
sindiket. Jika perkahwinan itu tidak didaftarkan semula di Malaysia,
perkahwinan itu tidak akan diiktiraf oleh undang-undang negara
kita. Makanya isteri tiada hak ke atas suami ataupun harta suami.
Oleh itu jika timbul masalah seperti perceraian atau kematian suami,
isteri tidak boleh menuntut apa-apa. Malah, pasangan tersebut juga
akan menghadapi masalah untuk mendaftarkan kelahiran anak
mereka. Walaupun anak itu sah dari segi syarak, tetapi ia tidak
diiktiraf oleh undang-undang. Ini akan merugikan pihak wanita
juga. Kalau timbul masalah antara pasangan tersebut, perceraian
perlu dilakukan di tempat mereka berkahwin juga, bukan di
Malaysia.
Kaitan Antara Poligami Dan
               Penceraian
Dalam kajian ini juga di dapati wujudnya kaitan antara poligami dan
penceraian. Dalam kata lain, perceraian berlaku berpunca dari poligami.
Walau bagaimanapun, kaitan ini tidak serius di semua negeri. Di Perlis
misalnya, kes poligaminya bagi tahun 1996 ialah 29 kes dan kesemua kes
tersebut dibawa ke bahagian Kaunseling. Dari 29 kes ini, hanya satu kes
sahaja yang bercerai. Ini membuktikan bahawa kaunseling memainkan
peranan penting untuk mengelakkan penceraian akibat poligami. Di Perak
pula, Hakim memainkan peranan untuk menasihat semua pihak yang
terlibat tentang reality baru yang harus mereka tempuhi.

Ada suami yang mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya agar ia
bebas mengahwini perempuan lain kerana sukar ataupun gagal untuk
mendapatkan kebenaran berpoligami. Ada juga penceraian yang berlaku
bila isteri pertama membuat tuntutan kerana kecewa dengan sikap suami
yang tidak adil setelah berpoligami.
Walaupun bagaimanapun, tidak semua mangsa cerai adalah isteri sedia
ada. Ada juga kes di mana yang diceraikan itu adalah isteri baru. Ini adalah
kerana ada juga suami yang setelah berpoligami menyedari bahawa
berpoligami itu tidaklah semudah yang disangkakan. Ada suami yang
menyesali tindakan tersebut dan menceraikan isteri baru serta kembali ke
pangkuan isteri mereka yang pertama.

  Berkaitan dengan penceraian akibat poligami , ada wakil-wakil di negeri-
negeri yang dikaji berpendapat kebanyakan penceraian yang berlaku adalah
di kalangan pasangan yang berpoligami tidak mengikut prosedur. Pasangan
yang berpoligami mengikut prosedur yang ditetapkan jarang sekali atau
tidak langsung mengalami apa-apa masalah. Kesimpulan yang boleh kita
ambil daripada kenyataan ini Undang-undang atau peraturan yang ada di
setiap negeri adalah mencukupi bagi menjamin kebahagiaan dan keadilan
bagi keluarga yang berpoligami. Keduanya, masalah yang kita lihat dari
hari ke hari berkaitan poligami adalah kerana ia berlaku di kalangan mereka
yang tidak layak dan tidak melalui prosedur yang ditetapkan.
Kesimpulan
Poligami yang ada dalam Islam, mereka menganggap sebagai
penghinaan terhadap darjat dan martabat kaum wanita. Perbezaan
pembahagiaan dalam harta warisan, mereka anggap sebagai
perampasan terhadap hak kaum wanita. Hak menjatuhkan talak
atau cerai sama ada di tangan lelaki atau suami mereka anggap
sebagai penindasan terhadap kaum wanita.

Namun, amalan poligami ini tidak seharusnya di pandang
serong atau di salah ertikan kerana terdapat banyak hikmah apa
yang telah Allah syariatkan. Poligami ini hanyalah dibenarkan
apabila pihak lelaki atau pihak suami mampu dan akan berlaku
adil dan hanya boleh memperolehi bilangan empat orang isteri
sahaja dan tidak lebih daripada itu kerana di dalam AlQuran dan
hadith juga telah menyebutnya sekiranya tidak sanggup berlaku
adil hendaklah pihak lelaki atau suami menceraikan selebihnya.

More Related Content

What's hot

Iddah dan Rujuk
Iddah dan RujukIddah dan Rujuk
Iddah dan Rujuk
an nur
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir
shashahussein
 
Maqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanMaqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalan
Affwan Lokman
 

What's hot (20)

Iddah dan Rujuk
Iddah dan RujukIddah dan Rujuk
Iddah dan Rujuk
 
Qazaf
QazafQazaf
Qazaf
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
 
perkahwinan dalam islam
perkahwinan dalam islamperkahwinan dalam islam
perkahwinan dalam islam
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir
 
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan IsteriPendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
Pendidikan islam Nusyuz Suami dan Isteri
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
Perempuan yang haram dikahwini
Perempuan yang haram dikahwiniPerempuan yang haram dikahwini
Perempuan yang haram dikahwini
 
Penceraian (slide)
Penceraian (slide)Penceraian (slide)
Penceraian (slide)
 
Jual beli dan sewa
Jual beli dan sewaJual beli dan sewa
Jual beli dan sewa
 
Talak
TalakTalak
Talak
 
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNATOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
 
Maqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanMaqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalan
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
khuluk
khulukkhuluk
khuluk
 
Munakahat, khuluq (tebus talaq).
Munakahat, khuluq (tebus talaq).Munakahat, khuluq (tebus talaq).
Munakahat, khuluq (tebus talaq).
 
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPMPendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.
 
Syariah ( iddah)
Syariah ( iddah)Syariah ( iddah)
Syariah ( iddah)
 

Viewers also liked

Kebaikan dan keburukan poligami
Kebaikan dan keburukan poligamiKebaikan dan keburukan poligami
Kebaikan dan keburukan poligami
abidinzaenal420
 
Presentasi Fiqh Poligami
Presentasi Fiqh PoligamiPresentasi Fiqh Poligami
Presentasi Fiqh Poligami
Marhamah Saleh
 
Isu keluarga
Isu keluargaIsu keluarga
Isu keluarga
iezaku
 
Poligami menurut hukum islam dan hukum positif
Poligami menurut hukum islam dan hukum positifPoligami menurut hukum islam dan hukum positif
Poligami menurut hukum islam dan hukum positif
Rizki Gumilar
 
Tanggungjawab suami ,isteri
Tanggungjawab suami ,isteriTanggungjawab suami ,isteri
Tanggungjawab suami ,isteri
shahirah44
 

Viewers also liked (20)

Poligami
PoligamiPoligami
Poligami
 
Kebaikan dan keburukan poligami
Kebaikan dan keburukan poligamiKebaikan dan keburukan poligami
Kebaikan dan keburukan poligami
 
Poligami
PoligamiPoligami
Poligami
 
Presentasi Fiqh Poligami
Presentasi Fiqh PoligamiPresentasi Fiqh Poligami
Presentasi Fiqh Poligami
 
Poligami
PoligamiPoligami
Poligami
 
Isu keluarga
Isu keluargaIsu keluarga
Isu keluarga
 
Poligami menurut hukum islam dan hukum positif
Poligami menurut hukum islam dan hukum positifPoligami menurut hukum islam dan hukum positif
Poligami menurut hukum islam dan hukum positif
 
Crecimiento inclusivo, desarrollo local y comunicación
Crecimiento inclusivo, desarrollo local y comunicaciónCrecimiento inclusivo, desarrollo local y comunicación
Crecimiento inclusivo, desarrollo local y comunicación
 
Mahligai Kasih Suami Isteri
Mahligai Kasih Suami IsteriMahligai Kasih Suami Isteri
Mahligai Kasih Suami Isteri
 
PBL Fasakh
PBL FasakhPBL Fasakh
PBL Fasakh
 
Poligami dalam Islam: Opini
Poligami dalam Islam: OpiniPoligami dalam Islam: Opini
Poligami dalam Islam: Opini
 
Fasakh kel. 3
Fasakh kel. 3Fasakh kel. 3
Fasakh kel. 3
 
Solat-solat sunat,pengertian hukum
Solat-solat sunat,pengertian hukumSolat-solat sunat,pengertian hukum
Solat-solat sunat,pengertian hukum
 
Madu di mana manisnya
Madu di mana manisnyaMadu di mana manisnya
Madu di mana manisnya
 
Biuv 5103
Biuv 5103Biuv 5103
Biuv 5103
 
Tanggungjawab suami ,isteri
Tanggungjawab suami ,isteriTanggungjawab suami ,isteri
Tanggungjawab suami ,isteri
 
perlembagaan
perlembagaanperlembagaan
perlembagaan
 
Fiqh al ma'aal فقه الماّل
Fiqh al ma'aal             فقه الماّل Fiqh al ma'aal             فقه الماّل
Fiqh al ma'aal فقه الماّل
 
Presentasi agama "Poligami"
Presentasi agama "Poligami"Presentasi agama "Poligami"
Presentasi agama "Poligami"
 
Peranan & Etika Peguam Syarie
Peranan & Etika Peguam SyariePeranan & Etika Peguam Syarie
Peranan & Etika Peguam Syarie
 

Similar to p0ligami

Asas Hukum Keluarga - Usman Jambak
Asas Hukum Keluarga - Usman JambakAsas Hukum Keluarga - Usman Jambak
Asas Hukum Keluarga - Usman Jambak
Usman Jambak
 
Kul 3 asas, rukun dan syarat perkawinan islam 1
Kul 3 asas, rukun dan syarat perkawinan islam 1Kul 3 asas, rukun dan syarat perkawinan islam 1
Kul 3 asas, rukun dan syarat perkawinan islam 1
Fitri Amalia
 
Perkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamPerkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islam
Nur Fatehah
 
Hukum Ac. Per. Aga. lanjutan stlh MID.ppt
Hukum Ac. Per.  Aga.  lanjutan stlh MID.pptHukum Ac. Per.  Aga.  lanjutan stlh MID.ppt
Hukum Ac. Per. Aga. lanjutan stlh MID.ppt
Rahmanaahmad
 
Fiqih munakahat dan teknik perkawinan
Fiqih munakahat dan teknik perkawinanFiqih munakahat dan teknik perkawinan
Fiqih munakahat dan teknik perkawinan
budistaiattanwir
 

Similar to p0ligami (20)

poligami
 poligami poligami
poligami
 
Ketentuan Perkawinan.pptx
Ketentuan Perkawinan.pptxKetentuan Perkawinan.pptx
Ketentuan Perkawinan.pptx
 
Asas Hukum Keluarga - Usman Jambak
Asas Hukum Keluarga - Usman JambakAsas Hukum Keluarga - Usman Jambak
Asas Hukum Keluarga - Usman Jambak
 
Kul 3 asas, rukun dan syarat perkawinan islam 1
Kul 3 asas, rukun dan syarat perkawinan islam 1Kul 3 asas, rukun dan syarat perkawinan islam 1
Kul 3 asas, rukun dan syarat perkawinan islam 1
 
Perkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamPerkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islam
 
2021-rev-asas-asas-hukum-perkawinan Islam.ppt
2021-rev-asas-asas-hukum-perkawinan Islam.ppt2021-rev-asas-asas-hukum-perkawinan Islam.ppt
2021-rev-asas-asas-hukum-perkawinan Islam.ppt
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Poligami dan Monogami
Poligami dan Monogami Poligami dan Monogami
Poligami dan Monogami
 
Hukum nikah
Hukum nikahHukum nikah
Hukum nikah
 
Poligami
PoligamiPoligami
Poligami
 
Pernikahan dalam islam
Pernikahan dalam islamPernikahan dalam islam
Pernikahan dalam islam
 
MEMANFAATKAN POLIGAMI DI ERA MILENIAL: KAJIAN DALAM TAFSIR AL-MISBAH
MEMANFAATKAN POLIGAMI DI ERA MILENIAL: KAJIAN DALAM TAFSIR AL-MISBAHMEMANFAATKAN POLIGAMI DI ERA MILENIAL: KAJIAN DALAM TAFSIR AL-MISBAH
MEMANFAATKAN POLIGAMI DI ERA MILENIAL: KAJIAN DALAM TAFSIR AL-MISBAH
 
Hukum Ac. Per. Aga. lanjutan stlh MID.ppt
Hukum Ac. Per.  Aga.  lanjutan stlh MID.pptHukum Ac. Per.  Aga.  lanjutan stlh MID.ppt
Hukum Ac. Per. Aga. lanjutan stlh MID.ppt
 
Fiqih munakahat dan teknik perkawinan
Fiqih munakahat dan teknik perkawinanFiqih munakahat dan teknik perkawinan
Fiqih munakahat dan teknik perkawinan
 
10. hukum pernikahan
10. hukum pernikahan10. hukum pernikahan
10. hukum pernikahan
 
Pra-nikah (Ahmad Bayu Permana).pptx
Pra-nikah (Ahmad Bayu Permana).pptxPra-nikah (Ahmad Bayu Permana).pptx
Pra-nikah (Ahmad Bayu Permana).pptx
 
Bab munakahat 12
Bab munakahat 12Bab munakahat 12
Bab munakahat 12
 
Makalah pendidikan agama islam 2
Makalah pendidikan agama islam 2Makalah pendidikan agama islam 2
Makalah pendidikan agama islam 2
 
Makalah pendidikan agama islam 2
Makalah pendidikan agama islam 2Makalah pendidikan agama islam 2
Makalah pendidikan agama islam 2
 
Makalah pernikahan
Makalah pernikahanMakalah pernikahan
Makalah pernikahan
 

p0ligami

  • 1. PERBANDINGAN PROSEDUR POLIGAMI MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA OLEH : SYIFAA BINTI SOPIAN NADIAHTUL HUSNA BINTI MUSTAJAB ROSMAINIE BINTI ROFIEE NADZIRAH BINTI HALIM
  • 2. ISI KANDUNGAN PEMBENTANGAN  PENGENALAN POLIGAMI - Definisi Poligami - Sejarah Poligami - Dalil Keharusan Berpoligami - Kebaikan Dan Keburukan Berpoligami - Kesalahan Dalam Perlaksanaan Poligami  POLIGAMI MENURUT ISLAM - Hukum Poligami - Syarat-syarat Poligami Menurut Islam - Hikmah Di Syariatkan Poligami - Keadaan-keadaan Yang Membenarkan Poligami  POLIGAMI DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA - Prosedur Poligami Mengikut AUKI Wilayah Persekutuan - Prosedur Poligami Mengikut EUKI Selangor - Prosedur Poligami Mengikut EUKI Perlis - Prosedur Poligami Mengikut EUKI Kelantan  ISU-ISU BERKAITAN POLIGAMI DI MALAYSIA - Poligami Satu Fenomena Yang Disalah Ertikan - Kelemahan Undang-undang Poligami Di Malaysia - Kaitan Poligami Dan Berkahwin Di Negara Jiran - Kaitan Poligami Dan Penceraian
  • 3. PENGENALAN POLIGAMI DEFINISI POLIGAMI • Poligami juga boleh ditakrifkan sebagai perkahwinan yang melibatkan lebih daripada seorang isteri . • Dari segi takrif perkataan yang paling sesuai ialah ‘poligni’ namun istilah yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat ialah „poligami‟ yang bermaksud seorang lelaki boleh mempunyai lebih daripada seorang isteri. • Istilah fiqah dalam bahasa Arab ialah Ta’addud al-zawjat.
  • 4. SEJARAH POLIGAMI -Amalan poligami telah wujud semenjak sebelum kedatangan Islam lagi. -Amalan ini merupakan sebahagian daripada tradisi kehidupan masyarakat Rom, Yunani yang dilakukan secara tidak teratur dan tanpa batas. -Dalam nilai budaya mereka amalan poligami menjadi kebangaan dan ukuran yang menentukan ketinggian darjat dan kehormatan seseorang. -Kedatangan Islam telah merubah scenario amalan poligami yang sedia wujud ini dengan mengehadkan bilangan isteri yang boleh dikahwini kepada empat sahaja, dan pelaksanaannya terikat pada syarat-syarat tertentu
  • 5. DALIL KEHARUSAN BERPOLIGAMI Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa‟, ayat 3: Maksudnya: : “Dan jika kamu takut tidak akan berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga, atau empat”.
  • 6. Sambungan.. Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.
  • 7. Kebaikan dan Keburukan Berpoligami Kebaikan: -Apabila lelaki tertarik kepada seorang wanita, maka bolehlah dia menikahinya walaupun dia sudah mempunyai isteri. Ini adalah jalan yang lebih baik daripada terlibat dengan maksiat. -Poligami dapat menghindari skandal dan kemerosotan akhlak di kalangan masyarakat, seperti kelahiran anak-anak luar nikah, penyakit kelamin dan renggangnya hubungan kekeluargaan. Keburukan: - Masalah biasanya terjadi apabila seorang suami yang berpoligami tidak berlaku adil terhadap semua isteri dan anaknya. Perkara ini menimbulkan perasaan iri hati di kalangan isteri dan anak sehingga ke tahap ingin membalas dendam. Terdapat sesetengah madu yang menganiaya madu mereka dari segi fizikal atau mental. Anak-anak pula menjadi mangsa yang tersepit dalam konflik yang berlaku di antara kedua ibu bapa serta ibu tiri.
  • 8. Kesalahan Dalam Pelaksanaan Poligami • Kesalahan dalam menggunakan kebenaran ini seringkali menimbulkan akibat-akibat yang membahayakan rumahtangga. Sebagai akibat dari perhatian yang lebih terhadap isteri baru dan menzalimi isteri yang lama. • Bapa tidak mampu berlaku adil di hadapan anak-anaknya, dan tidak memberi persamaan dalam tunjuk ajar dari segi harta dan adab.
  • 9. POLIGAMI MENURUT ISLAM Hukum Poligami menurut Islam a.Sunat Ketika suami menginginkan anak dan isteri pertamanya mandul sedangkan suami berkemampuan adil terhadap isteri-isterinya. b.Makruh Bukan kerana keperluan tetapi hanya menambahkan keseronokan dan tiada kemampuan untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya. c.Haram Tidak yakin mampu berlaku adil terhadap isteri- isterinya kerana kemiskinan@kelemahanya@tidak mampu mengawal kecenderungan@sifat prejudis.
  • 10. SYARAT-SYARAT POLIGAMI MENURUT ISLAM 1-Berkemampuan menanggung nafkah isteri-isteri. - Nafkah zahir merangkumi aspek makan minum,pakaian,kediaman dan perubatan. -Nafkah batin ialah suami berkeupayaan memberi layanan seks kepada isteri-isteri. 2- Berlaku adil tehadap isteri-isteri. Keadilan wajib dijelmakan dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah.namun,dalam soal kasih sayang dan hubungan batin tidak dituntut suami berlaku adil. 3-Adil dalam menyediakan kediaman Suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal tersendiri untuk setiap isteri sesuai dengan kemampuan suami. 4-Adil dalam giliran bermalam - Isteri berhak mendapat giliran suami sama lamanya dengan waktu bermalam dirumah isteri-isterinya yang lain. - Suami wajib menentukan kadar giliran untuk isteri lain di awal perkahwinan iaitu 7malam jika isteri anak dara dan 3malam jika isteri janda tanpa perlu mengqada‟kan giliran. 5-Adil dalam musafir Menurut imam syafie,suami wajib membuat undian sekiranya mahu salah seorang isterinya menemani. Imam Hanafi pula mengatakan tidak wajib membuat undian.
  • 11. Hikmah Disyariatkan Poligami 1-Menjaga kesucian agama. 2-Menjaga keturunan dan kehormatan. 3-Mendirikan rumahtangga lebih baik dari membujang@hidup sebagai perempuan simpanan (kekasih gelap) 4-Memenuhi keinginan untuk mempunyai zuriat sendiri jika isterinya mandul kerana sakit@sebab lain. 5-Mendapat keredhaan Allah.
  • 12. KEADAAN-KEADAAN YANG MEMBENARKAN POLIGAMI 1-Suami inginkan anak dan isterinya mandul serta tidak boleh melahirkan anak. 2-Suami mati dalam peperangan dan meninggalkan anak serta isteri. 3-Suami yang berkeinginan kuat terhadap isteri sedangkan isterinya dingin(enggan) secara semulajadi atau kerana sakit. 4-Membenarkan suami mengahwini wanita lain lebih baik dari mudarat dan bahaya jika membiarkan suami dalam kemaksiatan dan kecurangan yang mengakibatkan kerosakan masyarakat.
  • 13. POLIGAMI DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA Prosedur Poligami Mengikut AUKI wilayah Persekutuan 1. Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Akta Undang- Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. 2. Menurut seksyen 23(3) AUKI 1984, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan : - Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu. - keadaan kewangan suami / pendapatannya - butir-butir komitmen, kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan. - bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan dengan perkahwinan baru yang dicadangkan. - menyatakan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri telah diperolehi mengenai perkara tersebut.
  • 14. 3. Kebenaran akan diberikan sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa, sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(4) AUKI 1984, iaitu : a. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidaklayak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak- hak persetubuhan, atau gila. b. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru. c. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak. d. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.
  • 15. Prosedur Poligami Mengikut EUKI Selangor 1. Seperti Wilayah Persekutuan, permohonan poligami di selangor juga dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga negeri Selangor 2003. 2. Menurut seksyen 23(4) EUKI 2003, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar. a. Iqrar tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu. b. pendapatan pemohon c. butir-butir komitmen, kewajipan tanggungan kewangan d. bilangan orang tanggungan e. sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri2nya yang sedia ada.
  • 16. 3. Mahkamah dalam memberi pertimbangan akan mengambil kira empat syarat kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(5) EUKI 2003, iaitu : a. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidaklayak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak- hak persetubuhan, atau gila. b. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru. c. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak. d. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.
  • 17. Prosedur Poligami Mengikut EUKI Perlis 1. Lain pula di perlis, permohonan poligami di Perlis dibenarkan dan diluluskan dengan mudah jika syarat dipenuhi oleh pemohon. Pemohon hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga negeri Perlis 1991. 2. Menurut seksyen 23(3) EUKI Perlis 1991, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu Akuan. a. Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu. b. pendapatan pemohon c. butir-butir komitmen, kewajipan tanggungan kewangan d. bilangan orang tanggungan e. sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri2nya yang sedia ada.
  • 18. 3. Di Perlis, Mahkamah hanya akan memanggil pemohon supaya hadir dan memberi keterangan dan mahkamah boleh memberi kebenaran jika berpuas hati sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(4) EUKI Perlis 1991, iaitu : a. bahawa pemohon akan berupaya memberi keadilan kepada semua isterinya mengikut kehendak hukum syarak. b. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru. c. perkahwinan yang dicadang itu adalah patut dan perlu, memandang kepada keadaan yg berikut: kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja engkar mematuhi perintah pemulihan hak gila di pihak isteri atau isteri2 yg sedia ada. d. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri. e. perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan merendahkan secara lansung atau secara tak lansung taraf kehidupan yang telah dinikmati atau yang bakal di nikmati.
  • 19. Prosedur Poligami Mengikut EUKI Kelantan 1. Di Kelantan juga hampir sama prosedur poligaminya dengan negeri-negeri yang lain. Pemohon hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah/kadi atau peguam syarie terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga negeri Kelantan 2002. 2. Menurut seksyen 23(4) EUKI Kelantan 2002, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu Iqrar. a. Iqrar tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu. b. pendapatan pemohon c. butir-butir komitmen, kewajipan tanggungan kewangan d. bilangan orang tanggungan e. sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri2nya yang sedia ada.
  • 20. 3. Mahkamah akan memanggil pemohon, isteri atau sesiapa sahaja yang difikirkan perlu oleh mahkamah. Dan mahkamah akan memberikan kelulusan sekiranya ia berpuas hati terhadap 4 syarat iaitu : a. perkahwinan yang dicadang itu adalah patut dan perlu, memandang kepada keadaan yg berikut: kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja engkar mematuhi perintah pemulihan hak gila di pihak isteri atau isteri2 yg sedia ada. b. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru. c. Pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut syarak. d. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.
  • 21. ISU-ISU BERKAITAN POLIGAMI Poligami Suatu Fenomena Yang Disalah Ertikan Islam tidak memperuntukkan bahawa poligami itu sebagai suatu amalan sejagat (universal). Nabi Muhammad s.a.w sendiri mempunyai seorang isteri sahaja bagi satu tempoh masa yang panjang, iaitu, dari umurnya 25 tahun ketika berkahwin dengan Saidatina Khadijah r.a. sehingga Baginda mencapai umur 50 tahun apabila Saidatina Khadijah wafat. Rasullullah S.A.W juga beristeri 9 orang dan masih banyak kebatilan dan celaan yang mereka lontarkan. Poligami yang berupa penindasan, penganiayaan dan tidak berperaturan telah ditukar oleh agama Islam dengan menitikberatkan pembelaan dan penyelamat bagi kaum wanita. Islam mahu melindungi wanita daripada risiko pengguguran anak haram kerana hubungan luar nikah, kesahtarafan seseorang anak dan mahu menjadikan wanita sebagai isteri yang sah mempunyai hak dalam semua keadaan.
  • 22. Berbanding dengan amalan di Eropah dan Amerika, lelaki dari negara-negara Barat tiada tanggungan di sisi undang-undang ke atas perempuan-perempuan simpanan kedua, ketiga atau keempatnya dan anak-anak mereka. Lelaki Muslim mempunyai suatu tanggungan di sisi undang-undang yang lengkap ke atas isteri-isteri dan anak-anak mereka. Walaupun bilangan wanita pada hari ini mengatasi bilangan lelaki apatah lagi sekiranya berlaku perang, tidaklah boleh dijadikan alasan yang kukuh untuk seseorang lelaki itu berpoligami. Isteri yang mengalami gangguan fizikal atau mandul atau hilang daya tarikan jasmani dan jiwa atau seorang suami berpendapat dengan seorang isteri sahaja tidak cukup untuk menjaganya merupakan antara kriteria bagi membolehkan seorang lelaki Muslim berkahwin lebih daripada satu.
  • 23. Kelemahan Undang-Undang Poligami Di Malaysia Ketidakseragaman Enakmen atau Akta Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa di negeri-negeri mengenai poligami seringkali di salahgunakan oleh golongan tertentu. Peruntukan mengenai izin atau tidak daripada isteri ada terkandung dalam seksyen 23 Akta 303; Pulau Pinang (1985); Johor (1990); Negeri Sembilan (1984) seksyen 17 Undang-undang Keluarga Islam Kedah 1979 (dikuatkuasakan pada 1984); Pahang, Selangor dan juga Melaka. Kehadiran isteri untuk perbicaraan masih lagi lagi dikekalkan dan ini dapat membantu isteri menerangkan kepada Hakim/ Kadi bahawa suaminya tidak layak beristeri lebih daripada satu. Namun begitu, bagi Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan, Terengganu dan Perak, tidak memperuntukkan bahawa pandangan isteri diperlukan untuk menentukan layak atau tidak seseorang suami itu berpoligami keputusan terletak pada kebijaksanaan hakim sepenuhnya.
  • 24. Kaitan Antara Poligami dan Kahwin di Negara Jiran  Di setiap negeri yang dikaji, memang wujud kaitan antara poligami dengan kahwin di Negara jiran. Dalam kata lain, rakyat Malaysia pergi negara lain terutamanya Selatan Thai, untuk berpoligami. Ini terbukti dengan adanya permohonan untuk mendaftar semula perkahwinan. Perbezaan dari satu negeri lain ialah sejauhmana seriusnya kaitan ini.  Semua negeri di Malaysia (kecuali Pahang) ada peruntukan yang membenarkan perkahwinan yang dilakukan bersalahan dengan peraturan Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri didaftarkan semula mengikut prosedur tertentu. Itulah sebabnya ada pasangan yang sanggup bernikah di luar negara dan mendaftarkannya semula di sini. Biasanya, pasangan untuk perlu membuat permohonan. Mereka juga akan didenda atas kesalahan tersebut. Setelah itu perkahwinan mereka akan disiasat untuk memastikan keesahannya dari segi hukum syarak. Perlaksanan perkahwinan itu juga akan disiasat untuk memastikan ianya telah dilakukan oleh orang-orang yang telah ditauliahkan.
  • 25. Sambungan.. Faktor menolak. - Kesukaran untuk berpoligami di negara ini. - Proses memohon kebenaran sehingga kebenaran diperolehi dan sehingga berlangsungnya perkahwinan itu memakan masa yang lama. - Sukar untuk mendapat kebenaran. Syarat-syarat yang berbagai menyukarkan pemohon untuk mendapat kebenaran. - Pemohon enggan memaklumi isteri tentang hasratnya untuk kahwin lain. - Mereka kecewa dengan keputusan mahkamah yang menolak permohonan mereka atau menggantung permohonan mereka (KIV). Mereka merupakan golongan yang tidak cukup syarat. Faktor menarik - Amat mudah untuk berkahwin di negara jiran - Sikap pihak perempuan yang tidak ambil kisah .
  • 26. Risiko Kahwin di negara jiran. Pasangan terdedah kepada pernikahan yang dilakukan oleh sindiket. Jika perkahwinan itu tidak didaftarkan semula di Malaysia, perkahwinan itu tidak akan diiktiraf oleh undang-undang negara kita. Makanya isteri tiada hak ke atas suami ataupun harta suami. Oleh itu jika timbul masalah seperti perceraian atau kematian suami, isteri tidak boleh menuntut apa-apa. Malah, pasangan tersebut juga akan menghadapi masalah untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka. Walaupun anak itu sah dari segi syarak, tetapi ia tidak diiktiraf oleh undang-undang. Ini akan merugikan pihak wanita juga. Kalau timbul masalah antara pasangan tersebut, perceraian perlu dilakukan di tempat mereka berkahwin juga, bukan di Malaysia.
  • 27. Kaitan Antara Poligami Dan Penceraian Dalam kajian ini juga di dapati wujudnya kaitan antara poligami dan penceraian. Dalam kata lain, perceraian berlaku berpunca dari poligami. Walau bagaimanapun, kaitan ini tidak serius di semua negeri. Di Perlis misalnya, kes poligaminya bagi tahun 1996 ialah 29 kes dan kesemua kes tersebut dibawa ke bahagian Kaunseling. Dari 29 kes ini, hanya satu kes sahaja yang bercerai. Ini membuktikan bahawa kaunseling memainkan peranan penting untuk mengelakkan penceraian akibat poligami. Di Perak pula, Hakim memainkan peranan untuk menasihat semua pihak yang terlibat tentang reality baru yang harus mereka tempuhi. Ada suami yang mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya agar ia bebas mengahwini perempuan lain kerana sukar ataupun gagal untuk mendapatkan kebenaran berpoligami. Ada juga penceraian yang berlaku bila isteri pertama membuat tuntutan kerana kecewa dengan sikap suami yang tidak adil setelah berpoligami.
  • 28. Walaupun bagaimanapun, tidak semua mangsa cerai adalah isteri sedia ada. Ada juga kes di mana yang diceraikan itu adalah isteri baru. Ini adalah kerana ada juga suami yang setelah berpoligami menyedari bahawa berpoligami itu tidaklah semudah yang disangkakan. Ada suami yang menyesali tindakan tersebut dan menceraikan isteri baru serta kembali ke pangkuan isteri mereka yang pertama. Berkaitan dengan penceraian akibat poligami , ada wakil-wakil di negeri- negeri yang dikaji berpendapat kebanyakan penceraian yang berlaku adalah di kalangan pasangan yang berpoligami tidak mengikut prosedur. Pasangan yang berpoligami mengikut prosedur yang ditetapkan jarang sekali atau tidak langsung mengalami apa-apa masalah. Kesimpulan yang boleh kita ambil daripada kenyataan ini Undang-undang atau peraturan yang ada di setiap negeri adalah mencukupi bagi menjamin kebahagiaan dan keadilan bagi keluarga yang berpoligami. Keduanya, masalah yang kita lihat dari hari ke hari berkaitan poligami adalah kerana ia berlaku di kalangan mereka yang tidak layak dan tidak melalui prosedur yang ditetapkan.
  • 29. Kesimpulan Poligami yang ada dalam Islam, mereka menganggap sebagai penghinaan terhadap darjat dan martabat kaum wanita. Perbezaan pembahagiaan dalam harta warisan, mereka anggap sebagai perampasan terhadap hak kaum wanita. Hak menjatuhkan talak atau cerai sama ada di tangan lelaki atau suami mereka anggap sebagai penindasan terhadap kaum wanita. Namun, amalan poligami ini tidak seharusnya di pandang serong atau di salah ertikan kerana terdapat banyak hikmah apa yang telah Allah syariatkan. Poligami ini hanyalah dibenarkan apabila pihak lelaki atau pihak suami mampu dan akan berlaku adil dan hanya boleh memperolehi bilangan empat orang isteri sahaja dan tidak lebih daripada itu kerana di dalam AlQuran dan hadith juga telah menyebutnya sekiranya tidak sanggup berlaku adil hendaklah pihak lelaki atau suami menceraikan selebihnya.