Kertas kerja u2 individu

7,820 views
7,624 views

Published on

Published in: Spiritual
0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,820
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
198
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kertas kerja u2 individu

  1. 1. 1 1.0 PENGENALAN Manusia merupakan sebaik-baik kejadian yang dicipta oleh Allah subhanawataa’la (S.W.T). Firman Allah S.W.T: Al-Quran. At- Tinn 95:4 Maksudnya: “ Sesungguhnya Kami mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”. Berdasarkan ayat ini, manusia sebagai ciptaan-Nya sepatutnya berasa bersyukur di atas kurniaan ini. Oleh itu, salah satu cara menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T adalah melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala kemungkaran seperti menutup aurat. Menutup aurat merupakan tuntutan yang wajib dalam Islam. Jadi, apabila seseorang itu tidak menutup aurat pasti mengundang kemurkaan Allah S.W.T. Sebab itulah agama Islam menitikberatkan mengenai menutup aurat. Tetapi masyarakat Islam sekarang seolah-olah mengabaikan dan membelakangkan soal menutup aurat terutamanya cara berpakaian. Oleh sebab itu, kertas kerja ini akan membincangkan tuntutan menutup aurat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia antaranya adalah untuk mengetahui definisi aurat dari segi bahasa. Selain itu, kertas kerja ini juga akan menyatakan hukum menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut islam. Di samping itu, kertas kerja ini akan membincangkan punca-punca masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan-cadangan ke arah masyarakat yang menutup aurat.
  2. 2. 2 2.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui definisi sebenar aurat. Selain itu, kajian ini akan membincangkan tentang hukum menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut Islam terhadap lelaki dan wanita. Di samping itu, kajian ini akan mengkaji punca-punca masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat Islam di Malaysia yang menutup aurat. 3.0 SKOP KAJIAN Kajian ini tertumpu kepada masyarakat Islam di Malaysia. Ini kerana, masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin mengabaikan aspek menutup aurat tidak kira lelaki mahupun wanita. Dalam Islam, kedua-dua golongan sama ada lelaki atau wanita wajib menutup aurat tidak kira di mana berada. 4.0 KAEDAH KAJIAN Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan di mana penyelidikan dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan. Bahan- bahan terdiri daripada buku, artikel, al- Quran dan hadis.
  3. 3. 3 5.0 HASIL KAJIAN 5.1 Pendahuluan Setiap syariat yang ditetapkan Allah S.W.T itu telah lengkap dan indah. Ini kerana, setiap syariat itu pasti membawa kebaikan dan kemudahan kepada manusia. Setiap syariat yang dilarang pula pasti mengandungi keburukan. Namun begitu, pada akhir zaman ini manusia seolah- olah tidak mempedulikan lagi tuntutan Allah S.W.T dan Al- Quran. Contohnya dalam isu berpakaian. Ramai yang mengaku sebagai Islam tetapi batas- batas anggota badan yang perlu ditutup mereka abaikan. Ramai juga yang tahu menutup aurat, tetapi adakah mereka menutupnya dengan betul seperti yang ditetapkan oleh Allah S.W.T dan Rasul? Dengan pertambahan fesyen pakaian yang banyak khususnya tudung, maka aspek- aspek menutup aurat perlu dititikberatkan. Malah, ada kain tudung hanya gah setakat nama sahaja tetapi masih dikategorikan tidak menutup aurat apabila seseorang memakainya. Melihat senario ini, maka konsep berfesyen dan menutup aurat perlu ditekankan supaya masyarakat Islam mendapat penjelasan mengenai menutup aurat mengikut Islam dan perkara-perkara yang berkaitan dengan aurat yang betul dan menurut kehendak syarak. Dalam Islam fesyen tidak menjadi persoalan. Apa yang penting adalah menutup aurat. Berdasarkan situasi ini, penyelidik telah melakukan rujukan berpandukan resensi perpustakaan. Hasil daripada resensi perpustakaan, penyelidik telah mengenal pasti definisi sebenar aurat dari segi bahasa. Selain itu, penyelidik juga telah mengenal pasti hukum menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut Islam. Di samping itu, penyelidik juga telah menjumpai punca-puna masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat Islam yang menutup aurat.
  4. 4. 4 5.2 Penemuan hasil kajian 5.2.1 Definisi Perkataan aurat berasal daripada bahasa Arab iaitu menerusi kata dasar “aar” yang bermaksud “sesuatu yang aib, cela dan dikeji dan patut disembunyikan sama ada ia berbentuk perbuatan, sifat atau perkataan” (Badawi, 1991). Selain daripada itu, aurat juga boleh didefinisikan sebagai “ bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat atau wajib ditutup menurut hukum Islam” (Kamus Dewan, 1994). Dapat disimpulkan di sini bahawa aurat adalah bahagian yang wajib ditutup dan haram dipandang. Apabila dikatakan wajib, maka perbuatan yang bertentangan dengannya adalah dikira berdosa. 5.3 Hukum menutup aurat Menutup aurat adalah wajib. Firman allah s.w.t: Al-Quran, Al-A’raf 7:26. Maksudnya:
  5. 5. 5 Wahai anak- anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik- baiknya. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (limpahan kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangNya (dan bersyukur). 5.4 Ciri-ciri pakaian menurut islam 5.4.1 Lelaki Dalam Islam, kaum lelaki juga harus menjaga aurat mereka untuk mencapai “kesucian yang lebih baik” (Shaik Kadir, 2009). Ramai para ulama berpendapat bahawa aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut sahaja. Mengikut (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004), antara ciri-ciri pakaian lelaki adalah: I. Mestilah menutup seluruh auratnya iaitu bahagian di antara pusat dan lutut. II. Mestilah longgar sehingga tidak menampakkan apa yang dilindungi (aurat). III. Tidak memakai pakaian dan perhiasan daripada sutera dan emas. Islam sememangnya mengharamkan kaum lelaki memakai perhiasan daripada sutera dan emas. 5.4.2 Wanita
  6. 6. 6 Mengikut (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004), antara ciri-ciri pakaian wanita yang telah digariskan oleh Islam adalah: I. Menutup seluruh bahagian anggota badan yang telah diperintahkan oleh syarak dan membuka bahagian yang dibenarkan sahaja. II. Pakaian longgar dan tidak jarang. III. Tidak menyerupai pakaian lelaki bagi wanita dan sebaliknya. 5.5 Punca-punca masyarakat Islam di Malaysia memakai pakaian yang tidak menutup aurat Antara punca-punca masyarakat Islam di Malaysia memakai pakaian yang tidak menutup aurat ialah: 5.51 Pengetahuan agama yang lemah Secara umumnya, masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menutup aurat berpunca daripada kekurangan pengetahuan agama. Walaupun ada pengetahuan tetapi masih lemah. Seperti sedia maklum, seseorang mendapat pendidikan agama secara tidak formal daripada ibu bapa mereka sendiri. Seterusnya mendapat didikan agama secara formal apabila memasuki alam persekolahan. Sikap ibu bapa yang hanya mementingkan pencapaian akademik sehingga aspek agama diabaikan menjauhkan lagi anak-anak dengan kepentingan menutup aurat. Menurut Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 ini menyebabkan anak-anak beranggapan bahawa soal agama tidak penting dalam kegiatan seharian. 5.5.2 Pengaruh media massa
  7. 7. 7 Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan apa yang dipaparkan di dalam media massa seperti majalah-majalah dan televisyen (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Malah kebanyakan majalah-majalah dan televisyen sering menampilkan wanita yang tidak menutup aurat untuk mendapat publisiti. Kesannya masyarakat yang kurang pegangan agama terikut-ikut dengan budaya tidak menutup aurat. Tidak dinafikan media cetak dan elektronik memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat dan berita-berita dengan cepat, tetapi apabila melibatkan soal aurat, tidak sepatutnya gambar-gambar model yang tidak menutup aurat disiarkan. 5.5.3 Modenisasi Proses modenisasi yang dibawa oleh barat berjaya mempengaruhi masyarakat Islam khususnya, (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Setiap perkara yang dibawa oleh barat mempunyai agenda tersendiri. Barat menganggap menutup aurat telah mengongkong kebebasan wanita (Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, 2004). Bagi masyarakat Islam yang berfikiran sempit, mereka dengan yakin menerima dan bersetuju dengan apa yang dibawa oleh barat. Negara barat cuba sedaya upaya mencari jalan supaya masyarakat mengikut gaya hidup mereka. Bukan semua perkara yang dibawa negara barat tidak elok. Masyarakat Islam perlu mengekalkan budaya ketimuran yang mana lebih baik daripada negara barat. 6.0 Cadangan ke arah masyarakat Islam di Malaysia menutup aurat
  8. 8. 8 Pakaian menutup aurat merupakan jaminan Allah S.W.T ke atas hamba-Nya daripada sebarang perkara yang tidak diingini. Di samping itu pakaian Islam merupakan lambang identiti seorang muslim dan muslimah. Pada zaman sekarang, penutupan aurat menjadi lebih penting kerana banyak unsur-unsur fitnah telah berlaku seperti jenayah rogol, sumbang mahram, seks sejenis dan bermacam-macam lagi (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Antara cadangannya adalah melibatkan: 6.1 Ibu bapa dan keluarga Ibu bapa memainkan peranan yang penting ke arah memastikan dan mendidik anak-anaknya berpakaian menutup aurat bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ini kerana kanak-kanak cepat belajar dan mudah untuk diajar berkaitan menutup aurat. Menurut Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 mengatakan suami pula bertanggungjawab ke atas isterinya. Seandainya ada bapa atau suami yang tidak melarang anak atau isteri mendedahkan aurat maka mereka termasuk golongan yang dayus. Berpakaian menutup aurat bukanlah diamalkan dalam beberapa keadaan tertentu atau terhad pada sesuatu waktu yang tertentu atau dipaksa apabila mencapai usia baligh. Suruhan menutup aurat hendaklah disertai dengan penerangan tentang perkaitannya dengan tuntutan agama. Tanpa pengetahuan agama, amalan menutup aurat ini mungkin bersifat sementara dan tidak memberi kesan yang baik kepada keperibadian anak tersebut bak kata pepatah “bagai mencurah air ke daun keladi”. Cara ini memberi kesan jangka masa panjang kerana apabila anak-anak mencapai usia baligh, mereka tidak akan berasa kekok, janggal, malu, rimas dan terbeban untuk berpakaian menutup aurat. Sebaliknya mereka akan berasa takut dan malu untuk mendedahkan aurat. 6.2 Masyarakat sekeliling
  9. 9. 9 Masyarakat sekitar juga berperanan ke arah mewujudkan pemakaian menutup aurat. Menurut Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 setiap anggota masyarakat juga perlu mempraktikkan pakaian yang menutup aurat agar pemakaiannya akan menjadi majoriti yang besar. Selain itu, apabila setiap anggota masyarakat mementingkan kewajipan Islam ini, maka akan wujud kekuatan untuk menghalang atau menegur individu yang masih mendedahkan aurat. Selain itu, masyarakat yang prihatin akan menjadikan anak-anak jiran seperti anak-anak mereka sendiri. Mereka akan berasa bertanggungjawab menegur anak-anak jiran yang mendedahkan aurat di luar rumah ataupun di luar pengetahuan ibu bapa mereka. 6.3 Diri sendiri Diri sendiri merupakan faktor yang paling penting ke arah menerapkan kesedaran untuk berpakain menutup aurat (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Walaupun semua pihak telah memainkan peranan masing-masing tetapi jika individu itu dengan sendiri tidak berusaha untuk menutup aurat maka usaha ke arah mewujudkan masyarakat yang berpakaian menutup aurat akan gagal. Ini samalah dengan perumpamaan “hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih”. Berpakain menutup aurat sepatutnya dilakukan kerana Allah S.W.T. Sekiranya tidak kerana Allah S.W.T maka ia akan bersifat sementara dan berpakaian tersebut tidak dapat menghalang mereka daripada melakukan maksiat lain. Antara cara-cara adalah dengan berdoa kepada Allah S.wW.T agar diberi taufik dan hidayah selain daripada meminta di jauhkan daripada segala kemaksiatan. Mereka perlulah mempertingkatkan kefahaman tentang kewajipan menutup aurat dan cara-cara menutup aurat dengan betul. Kefahaman ini dapat dipertingkatkan dengan mengikuti kelas agama, membaca buku-buku agama dan membaca al-quran serta hadis. 7.0 Rumusan kajian
  10. 10. 10 Kajian yang bertajuk “Tuntutan menutup aurat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia” telah dijalankan untuk mengetahui definisi sebenar menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut Islam. Di samping itu, kajian ini juga telah dijalankan adalah untuk mengenal pasti punca-punca masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat yang menutup aurat. Dalam proses menyiapkan kertas kerja ini, penyelidik menghadapi beberapa batasan ataupun kekangan. Antaranya adalah sumber rujukan yang terhad. Penyelidik hanya membuat rujukan kepada buku-buku dan juga al-Quran. Hal ini telah menghadkan penyelidik untuk mengetahui lebih mendalam berkaitan tajuk yang telah dipilih. Selain itu, batasan lain yang penyelidik hadapi ialah penyelidik tidak mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai masalah tidak menutup aurat. Ini disebabkan rujukan penyelidik hanya tertumpu kepada resensi perpustakaan sahaja iaitu berdasarkan buku-buku dan al-Quran. 8.0 PENUTUP Kesimpulannya, aurat merupakan sesuatu yang perlu dijaga dengan baik agar kehidupan di dunia ini dipenuhi dengan keberkatan dan tergolong dalam golongan yang terpuji di akhirat kelak. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani umatnya. Segeralah memohon keampunan Allah S.W.T. Syaitan merupakan musuh utama umat Islam. Jadi janganlah masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini mudah tertipu dengan godaan syaitan. Semua pihak seperti yang dibincangkan sebelum ini perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam mewujudkan masyarakat Islam yang menutup aurat supaya kehidupan di dunia ini diberkati Allah S.W.T. Yakinlah bahawa Allah S.W.T Maha Adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. 9.0 RUJUKAN
  11. 11. 11 Al- Quran. Al- A’raf 7:26. Cetakan kedua belas. 2001. Kuala Lumpur: Darul Fikir. Al- Quran. At –Tinn 95: 4. Cetakan kedua belas. 2001. Kuala Lumpur: Darul Fikir. K.H.M. Ali Usman. Hadis Qudsi. 2002. Kuala Lumpur: Victory Agencie. Mohd Asri Zainul Abidin. 2004. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Shaik Kadir. 2009. Pendekatan Islam. Selangor: Marshall Cavendish Editions. Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. 2004. Aurat Kod Pakaian Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

×