SlideShare a Scribd company logo
1 of 32
1




                                        BAB 1




                                   PENGENALAN


1.0 Pendahuluan


Menjelang abad ke 21, perspektif Pendidikan Islam di Malaysia dilihat        semakin
berkembang mengikut arus peredaran global, dan tidak dapat lari dari tempias era
keterbukaan maklumat dan tanpa sempadan sebagaimana pelajaran-pelajaraan yang
lain seperti sains dan matematik. Langkah kerajaan memperkenalkan sistem
pembelajaran j Qaf serta beberapa penambahbaikan sukatan, kandungan, pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta usaha peningkatan tahap
profesionalisme guru Pendidikan Islam mula membuka dimensi pendidikan Islam ke
arah yang lebih terbuka dan meluas.


Ruh dan semangat falsafah Pendidikan Islam juga digarap seiring dengan aspirasi
falsafah pendidikan negara melalui beberapa penambahbaikan yang diperkenalkan
seperti       Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Pembestarian sekolah, idea
pendemokrasian pendidikan nasional serta penekanan konsep pembangunan modal
insan melalui pendidikan.
Selain itu,    isu meritokrasi, kecenderungan kepada aspek pendidikan teknikal dan
multimedia, keperluan kepada tenaga kerja , peningkatan tahap sosio ekonomi serta
perubahan nilai budaya masyarakat turut menuntut perluasan fungsi Pendidikan Islam
seiring dengan pendidikan teras yang lain.


Semua perkembangan ini akhirnya menuntut agar Pendidikan Islam berubah ke arah
lebih ofensif , proaktif, dan perlukan suntikan idealisme yang lebih segar    dalam
konteks kandungan pelajaran, proses pengajaran pembelajaran, tahap profesionalisme
2



guru serta daya intelek murid. Guru Pendidikan Islam pula harus perlu memiliki
pandangan dan rancangan yang bersifat futuristik. Perkara ini pernah diutarakan oleh
Dr Wan Zahid Nordin, mantan Ketua Pemgarah Pelajaran Malaysia bahawa betapa
wawasan, impian dan pandangan mengenai masa hadapan Pendidikan Islam sangat
mustahak untuk masyarakat kita membuat perancangan secukupnya bagi menghadapi
cabaran zaman tersebut. (Khailani dan Ishak, 1993)


1.2.               Latar belakang kajian


Berikutan daripada senario tersebut, ia turut memberi kesan kepada amalan pengajaran
dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah apakala semakin lama ia dilihat dan di
rasa semakin kompleks, rencam, rumit dan mencabar. Situasi ini mendorong para guru
pendidikan Islam khususnya untuk lebih fleksibel dan serba anjal dalam mengurus
pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan mencapai objekitif
pembelajaran yang dirancang samada untuk jangka pendek atau jangka panjang.




Sebagai agen pembangunan agama, masyarakat dan negara yang penting, mengelak
daripada menghadapi keadaan ini adalah pilihan yang sumbang sementara
menghadapinya tanpa sebarang persediaan dan persiapan dalam pelbagai disiplin ilmu
bantu pula akan hanya menyukarkan lagi keadaan yang sedia ada.


Antara faktor dalaman yang dilihat mendorong kepada kerencaman dan kerumitan
pengajaran Pendidikan Islam di sekolah ialah aras pemikiran dan kognitif pelajar yang
berkembang lebih pantas berbanding pelajar seusia sama di era lepas.




Justeru itu, antara alternatif yang cuba penyelidik cadangkan ialah menggunakan
kaedah amalan Kajian Tindakan untuk memperbaiki, menambah nilai serta menaik
3



taraf kualiti pengajaran pembelajaran oleh guru Pendidikan Islam pada peringkat yang
paling asas iaitu di bilik darjah.


Amalan kajian Tindakan diakui oleh sarjana khususnyaa dalam bidang pengurusan dan
pendidikan        mampu menjadi kaedah alternatif untuk menambahbaik sistem
pembelajaran sedia ada. Menurut Mok Soong Sang              (1996) dalam konteks
perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha utama ialah meningkatkan
teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha
membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi
meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang
profesion mereka.     Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah
asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mereka di dalam bilik darjah , menggunakan teknik refleksi dan
menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menariknya, ketiga-tiga aspek ini terkandung di
dalam prinsip asas bidang Kajian Tindakan.




1.3. Pernyataan Masalah
4




Namun begitu, satu perkara yang harus di teliti dan difikirkan terlebih dahulu ialah
sejauhmana tahap kefahaman, amalan dan motivasi para guru pendidikan islam dalam
bidang kajian tindakan.


Jabatan Pelajaran Negeri Perak dalam tahun 2007 hingga 2008 telah menerbitkan
Koleksi senarai kajian Tindakan yang dijalankan oleh guru-guru dari seluruh negeri
Perak dalam pelbagai bidang seperti sains, matematik, bahasa, serta kemanusiaan .
Jadual 1 di bawah adalah Analisis penulis berdasarkan Buku Prosiding Konvensyen
Kajian Tindakan anjuran Jabatan Pelajaran Perak bertemakan Kajian Tindakan Teras
Komuniti Berilmu yang diadakan di Pangkor Coral Bay Resort dari 19 hingga 21
September 2006 dan Buku Prosiding Konvensyen Kajian Tindakan 2007 bertema
Kajian Tindakan menjana Modal Insan Gemilang yang diadakan di The Summit Hotel,
Bukit Mertajam, P. Pinang dari 27 hingga 29 Ogos 2007


           BIL                         BIDANG                          N     %
            1             Pengurusan dan pentadbiran                   36   20.2
            2             Bahasa dan Kesusateraan Melayu               19   10.6
            3             Bahasa Inggeris                              18   10.2
            4             Matematik / Sains                            42   23.6
            5             P. Islam                                     16    8.9
            6             Sejarah dan Geografi                         12    6.6
            7             P. Moral dan Sivik                           3     1.6
            8             Kemahiran hidup, lukisan dan kejuruteraan    16    8.9
            9             Pengajian Am, ekonomi dan perdagangan        17    9.4
                      Jumlah                                          178   100


                                            Jadual 1
5



Berdasarkan analisis pemilihan seperti pada jadual 1, didapati bahawa kajian tindakan
dalam hidang kemanusiaan khususnya pendidikan Islam amat kurang diberi tumpuan
berbanding bidang teras seperti bahasa, sains dan matematik.


Sebagai guru pendidikan islam yang melihat, menghadapi dan terbabit secara langsung
dalam pendidikan Islam, pengkaji telah terkesan dengan keadaan tersebut. Pelbagai
masalah, kekangan, idea dan keperluan yang bersilihganti mengitari amalan pengajaran
dan pembelajaran termasuk tuntutan-tuntutan kesegaran idea di bilik darjah
menimbulkan masalah dan cabaran yang amat besar.


Kerana itu juga , pengkaji merasa amat terdorong untuk mencetuskan sesuatu kerangka
yang baru sebagai alternatif dan peransang kepada keanjalan dan penambahbaikan
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam seiring dengan pelajaran lain.


Pengkaji juga positif bahawa rakan seperjuangan juga tercari-cari pendekatan alternatif
untuk menyegarkan dan memudakan Pendidikan Islam. Masalah ini sebenarnya
menyatukan pengkaji dengan rakan setugas untuk menyelesaikan masalah dan
menambahbaik amalan penegajaran dan pembelajaran pendidikan islam seterusnya
meningkatkan kualiti Pendidikan Islam.


Justeru itu kajian ini akan melihat sejauhmana tahap amalan iaitu kefahaman, amalan,
dan motivasi dan guru Pendidikan Islam terhadap kajian tindakan dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan harapan seterusnya ia akan mencetuskan rangsangan untuk kajian
yang lebih mendalam untuk mengembangkan budaya kajian tindakan dalam kalangan
guru Pendidikan Islam khususnya dan seluruh warga pendidik amnya.
6



1.4. Tujuan Kajian


      Matlamat Kajian
Kajian ini secara umumnya diharap dapat memberi tumpuan untuk mengenalpasti tahap
kefahaman dan amalan bidang kajian tindakandalam kalangan guru pendidikan islam
sekolah rendah dalam proses pengajaran pendidikan islam.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengukur perbezaan yang wujud dalam
kalangan guru pendidikan islam dari segi jantina, lokasi sekolah dan kelulusan
akademik guru.
Seterusnya kajian ini juga akan melihat hubungan yang wujud antara amalan kajian
tindakan dengan pencapaian akademik pendidikan islam pelajar sekolah rendah di
samping   mendapatkan maklum balas dan cadangan untuk menambahbaik amalan
kajian tindakan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam




      Objektif kajian
      1.4.1.     Untuk mengkaji tahap kefahaman guru pendidikan islam sekolah
                 rendah terhadap bidang kajian tindakan .
      1.4.2.   Untuk mengkaji tahap amalan guru Pendidikan Islam sekolah rendah
               terhadap kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran
                 pendidikan islam .
      1.4.3.     untuk melihat perbezaan amalan kajian tindakan dalam kalangan guru
                 Pendidikan Islam berdasarkan jantina, lokasi dan kelulusan akademik.
      1.4.4.     untuk melihat hubungan antara amalan kajian tindakan guru Pndidikan
                 Islam dengan pencapaian Pendidikan Islam pelajar di sekolah rendah.
      1.4.5.     untuk mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan amalan kajian
                 tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
7



1.5     Persoalan Kajian
Tujuan utama kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengkaji persoalan persoalan
berikut:
        1.5.1.   Sejauhmanakah tahap kefahaman guru pendidikan islam sekolah
                 rendah terhadap bidang kajian tindakan .
        1.5.2.   Sejauhmanakan tahap amalan guru Pendidikan Islam sekolah rendah
                 terhadap kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran
                 pendidikan islam .
        1.5.3.   Sejauhmanakah wujudnya perbezaan amalan kajian tindakan dalam
                 kalangan guru Pendidikan Islam berdasarkan jantina, lokasi
                 dan kelulusan akademik.
        1.5.4. Sejauhmanakah hubungan antara amalan kajian tindakan guru
                 Pendidikan Islam dengan pencapaian Pendidikan Islam pelajar di
                 sekolah rendah.
        1.5.5.   Apakah langkah-langkah penambahbaikan amalan kajian
                 tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam


1.6.   Hipotesis Kajian


           Ho1 Tidak ada perbezaan antara amalan kajian tindakan dalam kalangan
                  guru dengan pencapaian murid.
           Ho2 Tidak ada perbezaan tahap amalan kajian tindakn antara sekolah di
                  bandar dengan sekolah luar bandar
           Ho3 Tidak ada kaitan amalan kajian tidakan dalam kalangan guru
                  berdasarkan lokasi sekolah
           Ho4 Tidak ada kaitan amalan kajian tidakan dalam kalangan guru
                  berdasarkan jantina
8



1.7.   Konseptual Kajian


Setiap kajian yang baik akan mempunyai prosedur dan kaedah yang tetantu yang
bersifat saintifik dan tersusun berdasarkan objektif yang digariskan. Kajian yang akan
dijalankan ini adalah berdasarkan tinjauan dan kajian kes iaitu dalam lingkungan
komuniti guru pendidikan Islam sekolah rendah di dalam negeri Perak.


Berdasarkan tajuk kajian, pengkaji menmbahagikan kajian kepada 2 pembolehubah
iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.
Aspek yang diletakkan dalam pembolehubah bersandar ialah aspek kefahaman, amalan,
dan motivasi dalam pengajaran pembelajaran sementara pembolehubah tidak bersandar
melibatkan jantina, usia, dan pengalaman mengajar


Kajian ini dijalankan melalui 3 bentuk iaitu taburan soalselidik, pemerhatian amalan
pengajaran pembelajaran serta temubual bersama responden bagi mencapai objektif
kajian serta mendapatkan input pandangan daripada responden.
9




                 KONSEP, TEORI DAN LATAR BELAKANG
                          KAJIAN TINDAKAN




PEMBOLEH UBAH BERSANDAR                         PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR

          Kefahaman                                               Lokasi
            Amalan                                                Jantina
  Pengajaran dan pembelajaran                                      Umur
           Pencapaian                                        Tahap akademik
          Kurikulum                                        Pengalaman mengajar




                                  Soalselidik
                                 Pemerhatian
                                   temubual


                                Analisis SPSS



                                Dapatan kajian


                      Laporan , cadangan dan dokumentasi




                                  Jadual 2
10



1.8. Metodologi Kajian


    1.8.1. Skop dan batasan kajian


               Kajian ini hanya terbatas kepada aspek berikut
        1.8.2. Aspek pengajaran dan pembelajaran Pendidikan islam sekolah rendah.
        1.8.3. Melibatkan kumpulan responden dalam kalangan guru Pendidikan
                Islam sekolah rendah di negeri Perak melalui kerjasama Sektor
                Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak.
        1.8.4. Kajian ini melibatkan populasi seramai 4000 orang guru Pendidikan
                Islam sekolah rendah termasuk guru j QAF sebagai responden dan
                mengambil 400 atau 10% daripadanya sebagai sampel kajian.



   1.8.2. Rekabentuk Kajian


               1.8.2.1 Kajian perpustakaan


Tujuan penyelidik telah memilih metod ini untuk mendapatkan data dan bukti dari
kajian yang telah didokumenkan seperti buku-buku,majalah, jurnal, kertas seminar,
akhbar dan internet. Selain itu, penyelidik juga menjalankan rujukan terhadap beberapa
tesis sarjana muda, sarjana dan doktor Falsafah yang berkaitan dengan tajuk
penyelidikan
Data-data yang telah diperolehi dikaji dan dijadikan panduan dalam penyelidikan ini.
Selain itu,pemilihan tajuk juga dibuat melalui metod ini.


       1.8.2.2 . Kajian Lapangan



Proses kajian lapangan dijalankan dalam bentuk soalselidik akan dimulai dengan
maklumat latarbelakang responden selain mendapatkan maklum balas pengetahuan
11



sedia ada responden terhadap bidang kajian. Bagi mencapai objektif, soal selidik
berbentuk skala likert dengan lima pilihan jawapan digunakan untuk mendapatkan
maklumat berkaitan dengan persoalan kajian.. Soalan-soalan yang diajukan bertujuan
untuk mengenal pasti kandungan persoalan kajian dan dengan tujuan untuk mencapai
objektif kajian dan seterusnya menjawab persoalan kajian yang ditetapkan.


1.8.3. Instrumen Kajian
Instrumen utama yang akan digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Faktor
penulis memilih menggunakan soal selidik adalah bagi mengumpulkan maklumat
daripada responden. Ini kerana responden lebih jujur ketika menjawab soalan kajian.
Manakala cadangan jawapan yang dikemukakan juga memudahkan responden
menjawab dengan cepat.
Soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A               (Demografi)
menjelaskan latar belakang responden yang mengandungi 3 item iaitu jantina, umur,
dan pengalaman mengajar.


Bahagian B pula ialan soalan berbentuk skal Likert dengan 5 pilihan jawapan iaitu
amat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju dan amat tidak setuju untuk mengukur
maklum balas responden terhadap kajian sebelum dibuat rumusan bagi menjawab
persoalan kajian dan tahap pencapaian objektif kajian.


Soalan-soalan yang dibina adalah berdasarkan kepada persoalan dan objektif kajian
yang telah ditetapkan iaitu berkaitan tahap kefahaman dan amalan kajian tindakan
dalam pengajaran dan pembelajarn pendidikan islam selain daripada motivasi dalam
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru pendidikan islam


Selain itu, responden juga diminta untuk memberi pandangan atau pendapat secara
bertulis terhadap isu yang dikaji. Kekerapan pilihan jawapan, peratusan serta purata
12



pilihan jawapan atau min keseluruhan komponen akan dianalisis bagi tujuan menjawab
persoalan kajian


1.9     Kepentingan Kajian


        1.9.1. Memberi persepsi dan alternatif baru kepada individu dan organiasi
                yang terbabit dengan Pendidikan Islam dalam proses pengajaran
                pembelajaran pendidikan islam
        1.9.2. Menyesuaikan konsep pendidikan islam dengan metodologi pendidikan
                yang lebih anjal dan sesuai dengan perkembangan sosio budaya moden.
        1.9.3. Membantu memperkemas dan menambah nilai sistem Pendidikan Islam
                supaya seiring dengan situasi zaman dan tahap mentaliti dan
                kematangan murid.
        1.9.4. Memberikan pengisian dan maklumat atau bahan kajian lepas berkaitan
                untuk tujuan penyelidikan dan kajian lanjutan dalam bidang yang
                berkaitan dengan Pendidikan Islam ataupun bidang kajian tindakan
                dalam pendidikan.




1.10. Definisi Istilah
13



10.1. Kajian Tindakan
Menurut Ann Curry (2005), kajian Tindakan adalah Action research is focused on
problem solving through inquiry into human problems in areal context atau penumpuan
kepada penyelesaian masalah melalui penyiasatan masalah manusia dan konteks
tertentu. Dalam kes pengajaran dan pembelajaran, ia merujuk kepada situasi guru dan
pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Kurt Lewin (1946), antara pencetus     amalan kajian tindakan memberikan takrifan
klasik kajian tindakan melalui dua idea utama iaitu komitmen untuk penambahbaikan
dan keputusan bersama . Beliau menambah Kajian Tindakan sebagai satu kitaran
proses yang melibatkan 3 langkah iaitu perancangan yang melibatkan tinjauan,
mengambil tindakan, dan mencari maklumat tentang keputusan tindakan.

Stephen Corey ( 1953) pula mentakrifkan Kajian Tindakan sebagai satu proses di mana
pengamal cuba mempelajari tentang masalah yang dihadapi secara saintifik dengan
tujuan mendapatkan panduan amalan, tindakan yang betul, dan dapat menilai keputusan
serta tindakannya.

Selain itu ada beberapa takrifan yang diberikan oleh para pengamal kajian tindakan
yang asas menuju kesimpulan yang sama iaitu satu bentuk penyelidikan dan
pemerhatian yang ringkas untuk menyelesaikan masalah kecil dengan urutan dan
disiplin tertentu antaranya (Che Wa b Halim, 2005)

Dengan kata lain Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ”(SKPM,
KPM 2006)


10.2. Pendidikan Islam

Hasan Langgulung (1995) melihat Pendidikan Islam adari 3 sudut , iaitu Pendidikan
Islam Khas, Penndidikan Islam Umum dan Sistem Pendidikan Islam.
14



Pendidikan Islam khas merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagai
bidang, seperti Aqidah atau Tauhid, Ibadah atau Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sejarah
atau Sirah, Falak dan lain-lain. Dalam negara Malaysia inilah yang dikenali ramai
dengan nama Pendidikan Islam, iaitu satu mata pelajaran dalam sekolah.

Pendidikan Islam Umum. Ia meliputi segala bidang hidup manusia, seperti rohani,
jasmani, emosi, sosial, politik, budaya, ekonomi, sains, multi media, mass media,
teknikal, vokasional, pendidikan, perundangan dan lain-lain. Maknanya, dalam setiap
bidang itu ada pendidikan Islamnya.          Contohnya dalam ekonomi; kita boleh
berinteraksi antara sesama manusia untuk pembangunan ekonomi, tetapi dalam Islam
ada beberapa larangan semasa berinteraksi, seperti, tidak boleh tipu, mungkir janji dan
sebagainya. Di samping itu ada pula suruhan dan anjuran, seperti mudahkan kira
bicara, bertolak ansur, banyak menolong dan memudahkan orang lain dan sebagainya.

Demikianlah juga Islam mendidik supaya kita berinteraksi dengan orang lain mengikut
kaedah Islam dan tidak melanggar perintah Islam. Untuk mengetahui apa yang disuruh
dan apa yang dilarang memerlukan ilmu. Dan ilmu tidak dapat dengan begitu sahaja,
sebaliknya mesti berusaha mencarinya, atau berlajar pada orang yang mengerti.

Pendidikan Islam juga bermaksud Sistem Pendidikan. Ia merangkumi segala aspek
yang berkaitan dengan pendidikan, dan semuanya mesti dilihat dan dilaksanakan
mengikut prinsip Islam. Ini termasuklah gurunya, pengurusnya sama ada di sekolah
atau di pejabat (Jabatan dan Kementerian), kriteria pemilihan guru, pemilihan
kakitangan sekolah dan pejabat, kurikulum, sukatan pelajaran, buku teks, falsafah,
matlamat dan segala-galanya mesti berdasarkan kepada prinsip Islam. Kalau tidak
berdasarkan kepada prinsip Islam maka ia tidak dinamakan sistem pendidikan Islam,
walau pun di dalamnya terdapat pengetahuan agama Islam, seperti pengetahuan Agama
Islam yang diajar di sekolah, di maktab, di politeknik, universiti dan lain-lain institusi
pendidikan.
15



Kerana pengetahuan Agama Islam itu, atau Tamadun Islam yang diajar itu, merupakan
sebagai tempelan atau sulaman sahaja. Akibatnya kita tidak dapat melahirkan orang
Islam yang mengamalkan Islam secara total, kerana ia bukan lahir daripada sistem,
sebaliknya lahir daripada tempelan. Kalau Pendidikan guru, misalnya, maktab
perguruan atau universiti yang bukan mengikut sistem pendidikan Islam, maka kita
tidak dapat melahirkan guru Islam yang sebenarnya, yang lahir ialah guru Tampal
Sulam.

Mohd Kamal Hassan, Faisal Haji Othman, Razali Haji Nawawi, (1976) dalam suatu
seminar Pendidikan Islam anjuran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya ketika
menyampaikan makalah dengan tajuk : Konsep Pendidikan Islam dan Matlamat
Persekolahan Ugama/Arab di Malaysia, menyatakan bahawa Pendidikan Islam dalam
konteks ini membawa fungsi untuk melahirkan manusia yang berpengetahuan dan
punya kesejajaran dengan dasar kehidupan Islam. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah
pengetahuan-pengetahuan yang merangkumi ilmu mengenai hubungan antara manusia
dengan penciptanya (Allah s.w.t) yang dimanifestasikan dalam ilmu-ilmu akidah dan
cara perlaksanaan ibadah khusus, dalam waktu yang sama berfungsi menjadikan
manusia itu berilmu pengetahuan.


Mengenai hubungan sesama manusia dimanifestasikan dalam ilmu-ilmu sosial Islam
yang merangkumi ilmu-ilmu ekonomi, undang-undang, politik, kenegaraan dan
antarabangsa, etika kebudayaan dan ilmu-ilmu natural sains dan teknologi yang
berasaskan dasar hidup Islam. Selain itu, tabi‘i manusia itu sendiri yang dijadikan Allah
bermula dari kejadian Adam A.S adalah dimulakan dengan persediaan penemuan ilmu
pengetahuan dan cahaya kebenaran sebagai persediaannya membawa amanah sebagai
wakil Allah di bumi (Khalifat Allah Fi al-Ard).(Syahrul Riza, 2008)


1.11. RUMUSAN
16




                                     BAB 2


                           KAJIAN LITERATUR


2.1. PENDAHULUAN
2.2 PENDIDIKAN ISLAM DI NEGERI PERAK
   2.2.1. Sejarah Pendidikan Islam di Negeri Perak
   2.2.2. Struktur pentadbiran pendidikan Islam di Perak
         2.2.2.1. Sektor pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Perak
         2.2.2.2. Bahagian Pendidikam , Jabatan Agama Islam Perak
  2.2.3. Prestasi Pendidikan Islam Negeri Perak


2.3. KAJIAN LITERATUR BERKAITAN KAJIAN TINDAKAN
   2.3.1. Pengenalan Kajian Tindakan
   2.3.2. Sejarah Kajian Tindakan
   2.3.2. Kepentingan Kajian Tindakan
2.4. KAJIAN LITERATUR BERKAITAN PENDIDIKAN ISLAM
   2.4.1. Pengenalan
   2.4.2. Konsep Pendidikan Islam
   2.4.3. Sejarah pendidikan Islam
   2.4.4. Kepentingan Pendidikan Islam
2.5. KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM
   2.5.1. Pengenalan
   2.5.2. Kajian Tindakan menurut Al Quran dan hadis
   2.5.3 Sorotan kajian lepas berkaitan kajian tindakan Pendidikan islam
   2.5.4. Rumusan hubungan Kajian Tindakan dengan Pendidikan Islam


2.6. RUMUSAN
17




                            BAB 3
                        KAEDAH KAJIAN
3.1. PENDAHULUAN
3.2 REKABENTUK KAJIAN
3.3. PROFIL RESPONDEN KAJIAN
3.4. LOKASI , POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN
3.5. ALAT KAJIAN
3.6. TATACARA PEMEROLEHAN DAN ANALISIS KAJIAN
3.7. BATASAN KAJIAN
3.8. RUMUSAN
18




1.10. Rujukan
Ahmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi, Fajar
   Bakti, Shah Alam 1997

Ahmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam, Dinamika Guru Jld 2, Fajar Bakti,
   Shah Alam 1998

Ahmad Shalaby, Prof. Dr, Kurikulum Islam dalam perkembangan Sejarah,
   Pustaka Nasional Pte. Ltd, Singapura,2003

An Na’ami, Abdullah al Amin, Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun
   dan Al Qabisi, Terjemahan Mohd. Ramzi Omar, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
   Kuala Lumpur, 1994

Asmah bt. Hj. Ahmad, Pedagogi 1, Longman Malaysia Sdn. Bhd., Selangor, 1989

Ee Ah Meng, Pedagogi, Satu Pengenalan, Edisi 2 Fajar Bakti, Petaling Jaya 1990

Ee Ah Meng, Pedagogi 1, Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah, Fajar Bakti,
    Petaling Jaya 1997

Ee Ah Meng, Pedagogi 2, Pelaksanaan Pengajaran, Fajar Bakti, Petaling Jaya ,
    1997

Ee Ah Meng, Psikologi pendidikan 1, Psikologi Perkembangan, Fajar Bakti,
    Petaling Jaya 1996

Ee Ah Meng, Psikologi pendidikan 2, Psikologi Perkembangan, Fajar Bakti,
    Petaling Jaya 1997

Hanafi Mohamed, Drs, Falsafah Pendidikan Menurut Al Quran, Pustala Ilmi,
    Selangor, 1996

Mok Soong Sang, Pendidikan Di Malaysia, Edisi 6, Kumpulan Budiman,
   Subang Jaya, 1996

Mohd Kamal Hassan, Faisal Haji Othman, Razali Haji Nawawi Konsep Pendidikan
   Islam dan Matlamat Persekolahan Ugama/Arab di Malaysia,1976

Khailani Abdul Jalil dan Ishak Ali Shah (Editor), Seminar Pendidikan Islam
19



     Era 2020, Tasawwur dan Strategi, Maktab Perguruan Islam, Tekno Edar,
     Selangor,1993

Syahrul Riza , Konsep Pendidikan Islam menurut Ibn Khaldun : Satu kajian terhadap
    elemen-elemen kemasyarakatan islam, Tesis Ijazah Sarjana Sastera, USM. Pulau
    Pinang , 2008.

Sumber Jurnal

Buku Prosiding Konvensyen Kajian Tindakan, Jabatan Pelajaran Perak ,2006

Buku Prosiding Konvensyen kajian Tindakan 2007, Jabatan Pelajaran Perak, 2007

Jurnal Pendidikan, Jilid 1 Oktober 1990, Maktab Perguruan Islam, Kajang, Selangor,
     1990

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR
   2008, bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan
   Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Jilid 13 Bil 01 Jun 2003, Institut
    Aminuddin Baki, Kemeterian Pelajaran Malaysia, 2003

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Jilid 17 Bil 02 Dis 2007, Institut
    Aminuddin Baki, Kemeterian Pelajaran Malaysia, 2

Sumber Lawan Sesawang

http://khirkassim.blogspot.com/2009/04/kajian-tindakan.html

Action Research in Action: Involving Students and ProfessionalsAugust 14th - 18th
   2005, Oslo, Norway Conference Programme:http://www.ifla.org/IV/ifla71
   /Programme.htm 7 Jun 2005

http://www.broward.k12.fl.us/hrd/actionresearchstudies/introduction/ar/definitions.
    htm pada 20 Julai 2008 dan diterjemahkan oleh Akhiar Pardi.

http://pendislami.tripod.com/new_page_2.htm 21 Sept 2010


Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh Jemaah Nazir Malaysia sumber
   http://khirkassim.blogspot.com/2009/04/kajian-tindakan.html

Che Wa bt Halim, Jawatankuasa Penyelaras Kajian Tindakan Negeri Kedah 2005
1.11. Jadual Rangka Kerja
                            CARTA GANT TINDAKAN
BIL              TINDAKAN                                                                BULAN
                                           1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24

1     Penyediaan proposal
2     Perjumpaan Penasihat akademik
3     Pendaftaran kursus/kod disertasi
      /tesis
4     Seminar, kolokium, bengkel
5     Sesi bimbingan/ tutorial
      penyelidikan
      Serah Borang cadangan Penyelidikan
6     Pembentangan                                             1                         2                             3
7     Penulisan bab 1
8     Penulisan bab 2
9     Penulisan bab 3
10    Penyediaan dan pembetulan
      soalselidik
11    Kajian rintis
12    Analisis kajian rintis
13    Menjalankan soalselidik
14    Pengisian data soalselidik
15    Analisis soalselidk
16    Penulisan bab 4
17    Penulisan bab 5
18    Pembentangan cadangan
      penyelidikan
19    Hantar LKPS ke Fakulti & IPS
20    Hantar Notis penyerahan disertasi
21    Serah Disertasi awal
22    Penetapan tarikh Viva Voce
23    Sesi Viva Voce
24    Pembetulan disertasi
25    Penjilidan Tesis
SOAL SELIDIK PROJEK SARJANA PENDIDIKAN

                   Para Responden yang di hormati,

Soal selidik ini adalah sebahagian daripada kajian saya untuk mendapatkan
                        maklumbalas mengenai
AMALAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN GURU
                PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
                               NEGERI PERAK




     Set soal selidik ini mengandungi 2 bahagian:
       Bahagian A : Maklumat dan latar belakang RESPONDEN
            Bahagian B : Soalan berkaitan bidang kajian

     Panduan untuk menjawab soal selidik:
     1.   Kerjasama anda adalah diharapkan untuk menjawab semua soalan
          yang terkandung dalam set ini.
     2.   Semua maklumat yang diberi adalah rahsia dan bertujuan untuk
          kajian semata-mata.
     3.   Kejujuran anda memberi maklumat akan menentukan kejituan
          kajian ini.
     4.   Apabila selesai menjawab, sila kembalikan borang ini kepada
          penyelidik.
     5.   Ribuan terima kasih diucapkan di atas kerjasama anda dalam
          menjayakan penyelidikan ini.




Arahan:
Sila isikan ruang kosong atau tandakan ( √ ) di petak yang disediakan bagi setiap
jawapan yang difikirkan sesuai oleh saudara / saudari.
BAHAGIAN A.

1. Jantina :       Lelaki                Perempuan
2. Umur (Nyatakan): Kurang 30 Tahun

                                                         31 - 40 Tahun

                                                         Lebih 40 Tahun


3. Jenis sekolah                         : Bandar                                     luar bandar

4. Tahap pendidikan : SPM /Tsanawi

                                             STPM / STAM

                                             B.A / MA

5. Pengalaman sebagai guru pendikan islam :
                                       Kurang 1 Tahun

                                                                              1 - 5             Tahun

                                                                              Lebih 5 Tahun

6. Pengalaman terbabit dalam kajian tindakan :
                                        Kurang 1 Tahun

                                                                              1 - 5           Tahun

                                                                              Lebih 5 Tahun

7. Pandangan saya terhadap keperluan bidang kajian
   Tindakan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di
   Sekolah.
  .................................................................................................................
  .......................................................................................................................................

                                                                BAHAGIAN B
Arahn :              Jawab semua soalan dan Tandakan ( √ ) dalam ruangan yang disediakan.

                            1.     Amat tidak Setuju
                            2.     Tidak Setuju
                            3.     Kurang Setuju
                            4.     Setuju
5. Amat Setuju


     KEFAHAMAN TENTANG KAJIAN TINDAKAN                   1   2   3   4   5
1    Saya memahami secara umum konsep Kajian Tindakan
2    Saya pernah baca artikel @ teks berkenaan Kajian
     Tindakan
3    Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian
     Tindakan peringkat sekolah
4    Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian
     Tindakan peringkat Pejabat Pelajaran Daerah
5    Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian
     Tindakan peringkat Jabatan Pelajaran Negeri
6    Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian
     Tindakan peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia
7    Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian
     Tindakan anjuran IPGM atau IPTA
8    Saya mampu menyampaikan maklumat berkenaan
     Kajian Tindakan kepada orang lain secara umum
9    Saya mampu menyampaikan maklumat berkenaan
     Kajian Tindakan kepada orang lain secara terperinci
10   Saya mengenali tokoh dan pakar yang mengendalikan
     bidang kajian tindakan




     KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN TERHADAP 1                    2   3   4   5
     KAJIAN TINDAKAN
1    Saya yakin pada kepentingan kajian tindakan terhadap
     Pendidikan Islam
2    Saya yakin Kajian Tindakan perlu ada dalam proses
     pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
3    Saya yakin pendidikan Islam akan lebih berkualiti dan
berkesan melalui amalan Kajian Tindakan
4    Saya percaya Kajian Tindakan boleh meningkatkan
     kualiti pendidikan Islam di sekolah
5    Saya percaya amalan Kajian Tindakan boleh
     meningkatkan kualiti pengajaran guru Pendidikan
     Islam
6    Saya percaya amalan Kajian Tindakan beleh membantu
     guru     mencapai      objektif   pengajaran  dengan
     pembelajaran dengan lebih cepat.
7    Saya percaya amalan kajian tindakan boleh
     menghasilkan alternatif gaya dan persembahan
     pengajaran pembelajaran guru pendidikan Islam
8    Saya percaya amalan kajian tindakan bersesuaian
     dengan falsafah dan prinsip pendidikan islam
9    Saya percaya amalan kajian tindakan tidak
     bertentangan dengan prinsip dan falsafah pendidikan
     Islam
10   Saya meyakini kepentingan dan kebaikan Kajian
     Tindakan kepada pendidikan Islam




      AMALAN KAJIAN TINDAKAN                          1     2   3   4   5
1    Saya pernah menjalani latihan kajian tindakan
     diperingkat sekolah
2    Saya pernah menjalani latihan berkaitan Kajian
     Tindakan di peringkat daerah .
3    Saya pernah menjalani latihan Kajian Tindakan di
peringkat negeri
4    Saya pernah menjalani latihan Kajian Tindakan di
     peringkat kebangsaan
5    Saya pernah menjalani @ menyertai latihan Kajian
     Tindakan di peringkat antarabangsa
6    Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat
     bilik darjah
7    Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat
     sekolah
8    Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat
     daerah
9    Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat
     negeri
10   Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat
     kebangsaan
11   Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat
     antarabangsa
12   Saya mempunyai idea untuk menjalankan kajian
     tindakan di bilik darjah




      MINAT DAN KECENDERUNGAN                            1   2   3   4   5
1    Saya amat berminat terhadap bidang kajian tindakan
2    Saya terlibat aktif dalam amalan kajian tindakan
3    Saya suka mencari maklumat dan bahan bacaan
     berkaitan kajian tindakan
4    Saya suka mencari maklumat dan bahan kaian tindakan
     melalui laman sesawang internet
5    Saya suka berbincang dengan rakan berkenaan amalan
     kajian tindakan
6    Latihan dan pendedahan berkaitan amalan Kajian
     Tindakan perlu di sebarluaskan dalam kalangan guru
7    Amalan kajian Tindakan perlu diteruskan dengan
beberapa unsur penambahbaikan
8    Amalan kajian Tindakan perlu diterapkan di semua
     jenis sekolah secara aktif.
9    Saya percaya guru-guru perlu meningkatkan kemahiran
     dan kefahaman terhadap amalan kajian tindakan
10   Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam
     setiapwaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik
     darjah
11   Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam
     sekali setiap hari dalam pengajaran dan pembelajran di
     bilik darjah
12   Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam
     sekali setiap minggu dalam pengajaran dan
     pembelajran di bilik darjah
13   Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam
     sekali setiap bulan dalam pengajaran dan pembelajran
     di bilik darjah

More Related Content

What's hot

59013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-859013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-8Nor Aina Mahat
 
Mengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus KajianMengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus Kajianmilatusamsi
 
Pentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolioPentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolioamira nurfahmida
 
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumTajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumWan Suhaimi Wan Setapa
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfSurachaiAirak3
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiranNana Samat
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guruhibatullah92
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)Hairul Nizam Muzahar
 
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1ronita67
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridIzzat Najmi
 

What's hot (20)

59013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-859013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-8
 
Mengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus KajianMengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus Kajian
 
Pentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolioPentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolio
 
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumTajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)
 
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 

Similar to Proposal kajian tindakan pendidikan islam

Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Ikhram Johari
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamabu_ayyub
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmamirSKKT
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmikashafiqah
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 
RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018
RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018
RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018Fadhirul Fitri
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02zuhaipgm
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsrMohd Ridzuan
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Norafsah Awang Kati
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikannurulliyana28
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamAs Nuurien Najma
 
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 2808201815 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018lieytech
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanNur Ashikin Ismahun
 

Similar to Proposal kajian tindakan pendidikan islam (20)

Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Fail mejagb
Fail mejagbFail mejagb
Fail mejagb
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018
RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018
RPT GEOGRAFI TINGKATAN 1 2018
 
Buku panduan sejarah
Buku panduan sejarahBuku panduan sejarah
Buku panduan sejarah
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
Penyelidikan Kecil
Penyelidikan KecilPenyelidikan Kecil
Penyelidikan Kecil
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsr
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
 
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 2808201815 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
15 buku panduan pendekatan modular dalam pd p 28082018
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (14)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

Proposal kajian tindakan pendidikan islam

  • 1. 1 BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Menjelang abad ke 21, perspektif Pendidikan Islam di Malaysia dilihat semakin berkembang mengikut arus peredaran global, dan tidak dapat lari dari tempias era keterbukaan maklumat dan tanpa sempadan sebagaimana pelajaran-pelajaraan yang lain seperti sains dan matematik. Langkah kerajaan memperkenalkan sistem pembelajaran j Qaf serta beberapa penambahbaikan sukatan, kandungan, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta usaha peningkatan tahap profesionalisme guru Pendidikan Islam mula membuka dimensi pendidikan Islam ke arah yang lebih terbuka dan meluas. Ruh dan semangat falsafah Pendidikan Islam juga digarap seiring dengan aspirasi falsafah pendidikan negara melalui beberapa penambahbaikan yang diperkenalkan seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Pembestarian sekolah, idea pendemokrasian pendidikan nasional serta penekanan konsep pembangunan modal insan melalui pendidikan. Selain itu, isu meritokrasi, kecenderungan kepada aspek pendidikan teknikal dan multimedia, keperluan kepada tenaga kerja , peningkatan tahap sosio ekonomi serta perubahan nilai budaya masyarakat turut menuntut perluasan fungsi Pendidikan Islam seiring dengan pendidikan teras yang lain. Semua perkembangan ini akhirnya menuntut agar Pendidikan Islam berubah ke arah lebih ofensif , proaktif, dan perlukan suntikan idealisme yang lebih segar dalam konteks kandungan pelajaran, proses pengajaran pembelajaran, tahap profesionalisme
  • 2. 2 guru serta daya intelek murid. Guru Pendidikan Islam pula harus perlu memiliki pandangan dan rancangan yang bersifat futuristik. Perkara ini pernah diutarakan oleh Dr Wan Zahid Nordin, mantan Ketua Pemgarah Pelajaran Malaysia bahawa betapa wawasan, impian dan pandangan mengenai masa hadapan Pendidikan Islam sangat mustahak untuk masyarakat kita membuat perancangan secukupnya bagi menghadapi cabaran zaman tersebut. (Khailani dan Ishak, 1993) 1.2. Latar belakang kajian Berikutan daripada senario tersebut, ia turut memberi kesan kepada amalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah apakala semakin lama ia dilihat dan di rasa semakin kompleks, rencam, rumit dan mencabar. Situasi ini mendorong para guru pendidikan Islam khususnya untuk lebih fleksibel dan serba anjal dalam mengurus pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan mencapai objekitif pembelajaran yang dirancang samada untuk jangka pendek atau jangka panjang. Sebagai agen pembangunan agama, masyarakat dan negara yang penting, mengelak daripada menghadapi keadaan ini adalah pilihan yang sumbang sementara menghadapinya tanpa sebarang persediaan dan persiapan dalam pelbagai disiplin ilmu bantu pula akan hanya menyukarkan lagi keadaan yang sedia ada. Antara faktor dalaman yang dilihat mendorong kepada kerencaman dan kerumitan pengajaran Pendidikan Islam di sekolah ialah aras pemikiran dan kognitif pelajar yang berkembang lebih pantas berbanding pelajar seusia sama di era lepas. Justeru itu, antara alternatif yang cuba penyelidik cadangkan ialah menggunakan kaedah amalan Kajian Tindakan untuk memperbaiki, menambah nilai serta menaik
  • 3. 3 taraf kualiti pengajaran pembelajaran oleh guru Pendidikan Islam pada peringkat yang paling asas iaitu di bilik darjah. Amalan kajian Tindakan diakui oleh sarjana khususnyaa dalam bidang pengurusan dan pendidikan mampu menjadi kaedah alternatif untuk menambahbaik sistem pembelajaran sedia ada. Menurut Mok Soong Sang (1996) dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah , menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menariknya, ketiga-tiga aspek ini terkandung di dalam prinsip asas bidang Kajian Tindakan. 1.3. Pernyataan Masalah
  • 4. 4 Namun begitu, satu perkara yang harus di teliti dan difikirkan terlebih dahulu ialah sejauhmana tahap kefahaman, amalan dan motivasi para guru pendidikan islam dalam bidang kajian tindakan. Jabatan Pelajaran Negeri Perak dalam tahun 2007 hingga 2008 telah menerbitkan Koleksi senarai kajian Tindakan yang dijalankan oleh guru-guru dari seluruh negeri Perak dalam pelbagai bidang seperti sains, matematik, bahasa, serta kemanusiaan . Jadual 1 di bawah adalah Analisis penulis berdasarkan Buku Prosiding Konvensyen Kajian Tindakan anjuran Jabatan Pelajaran Perak bertemakan Kajian Tindakan Teras Komuniti Berilmu yang diadakan di Pangkor Coral Bay Resort dari 19 hingga 21 September 2006 dan Buku Prosiding Konvensyen Kajian Tindakan 2007 bertema Kajian Tindakan menjana Modal Insan Gemilang yang diadakan di The Summit Hotel, Bukit Mertajam, P. Pinang dari 27 hingga 29 Ogos 2007 BIL BIDANG N % 1 Pengurusan dan pentadbiran 36 20.2 2 Bahasa dan Kesusateraan Melayu 19 10.6 3 Bahasa Inggeris 18 10.2 4 Matematik / Sains 42 23.6 5 P. Islam 16 8.9 6 Sejarah dan Geografi 12 6.6 7 P. Moral dan Sivik 3 1.6 8 Kemahiran hidup, lukisan dan kejuruteraan 16 8.9 9 Pengajian Am, ekonomi dan perdagangan 17 9.4 Jumlah 178 100 Jadual 1
  • 5. 5 Berdasarkan analisis pemilihan seperti pada jadual 1, didapati bahawa kajian tindakan dalam hidang kemanusiaan khususnya pendidikan Islam amat kurang diberi tumpuan berbanding bidang teras seperti bahasa, sains dan matematik. Sebagai guru pendidikan islam yang melihat, menghadapi dan terbabit secara langsung dalam pendidikan Islam, pengkaji telah terkesan dengan keadaan tersebut. Pelbagai masalah, kekangan, idea dan keperluan yang bersilihganti mengitari amalan pengajaran dan pembelajaran termasuk tuntutan-tuntutan kesegaran idea di bilik darjah menimbulkan masalah dan cabaran yang amat besar. Kerana itu juga , pengkaji merasa amat terdorong untuk mencetuskan sesuatu kerangka yang baru sebagai alternatif dan peransang kepada keanjalan dan penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam seiring dengan pelajaran lain. Pengkaji juga positif bahawa rakan seperjuangan juga tercari-cari pendekatan alternatif untuk menyegarkan dan memudakan Pendidikan Islam. Masalah ini sebenarnya menyatukan pengkaji dengan rakan setugas untuk menyelesaikan masalah dan menambahbaik amalan penegajaran dan pembelajaran pendidikan islam seterusnya meningkatkan kualiti Pendidikan Islam. Justeru itu kajian ini akan melihat sejauhmana tahap amalan iaitu kefahaman, amalan, dan motivasi dan guru Pendidikan Islam terhadap kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan harapan seterusnya ia akan mencetuskan rangsangan untuk kajian yang lebih mendalam untuk mengembangkan budaya kajian tindakan dalam kalangan guru Pendidikan Islam khususnya dan seluruh warga pendidik amnya.
  • 6. 6 1.4. Tujuan Kajian Matlamat Kajian Kajian ini secara umumnya diharap dapat memberi tumpuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan bidang kajian tindakandalam kalangan guru pendidikan islam sekolah rendah dalam proses pengajaran pendidikan islam. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengukur perbezaan yang wujud dalam kalangan guru pendidikan islam dari segi jantina, lokasi sekolah dan kelulusan akademik guru. Seterusnya kajian ini juga akan melihat hubungan yang wujud antara amalan kajian tindakan dengan pencapaian akademik pendidikan islam pelajar sekolah rendah di samping mendapatkan maklum balas dan cadangan untuk menambahbaik amalan kajian tindakan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Objektif kajian 1.4.1. Untuk mengkaji tahap kefahaman guru pendidikan islam sekolah rendah terhadap bidang kajian tindakan . 1.4.2. Untuk mengkaji tahap amalan guru Pendidikan Islam sekolah rendah terhadap kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam . 1.4.3. untuk melihat perbezaan amalan kajian tindakan dalam kalangan guru Pendidikan Islam berdasarkan jantina, lokasi dan kelulusan akademik. 1.4.4. untuk melihat hubungan antara amalan kajian tindakan guru Pndidikan Islam dengan pencapaian Pendidikan Islam pelajar di sekolah rendah. 1.4.5. untuk mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan amalan kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
  • 7. 7 1.5 Persoalan Kajian Tujuan utama kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengkaji persoalan persoalan berikut: 1.5.1. Sejauhmanakah tahap kefahaman guru pendidikan islam sekolah rendah terhadap bidang kajian tindakan . 1.5.2. Sejauhmanakan tahap amalan guru Pendidikan Islam sekolah rendah terhadap kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam . 1.5.3. Sejauhmanakah wujudnya perbezaan amalan kajian tindakan dalam kalangan guru Pendidikan Islam berdasarkan jantina, lokasi dan kelulusan akademik. 1.5.4. Sejauhmanakah hubungan antara amalan kajian tindakan guru Pendidikan Islam dengan pencapaian Pendidikan Islam pelajar di sekolah rendah. 1.5.5. Apakah langkah-langkah penambahbaikan amalan kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam 1.6. Hipotesis Kajian Ho1 Tidak ada perbezaan antara amalan kajian tindakan dalam kalangan guru dengan pencapaian murid. Ho2 Tidak ada perbezaan tahap amalan kajian tindakn antara sekolah di bandar dengan sekolah luar bandar Ho3 Tidak ada kaitan amalan kajian tidakan dalam kalangan guru berdasarkan lokasi sekolah Ho4 Tidak ada kaitan amalan kajian tidakan dalam kalangan guru berdasarkan jantina
  • 8. 8 1.7. Konseptual Kajian Setiap kajian yang baik akan mempunyai prosedur dan kaedah yang tetantu yang bersifat saintifik dan tersusun berdasarkan objektif yang digariskan. Kajian yang akan dijalankan ini adalah berdasarkan tinjauan dan kajian kes iaitu dalam lingkungan komuniti guru pendidikan Islam sekolah rendah di dalam negeri Perak. Berdasarkan tajuk kajian, pengkaji menmbahagikan kajian kepada 2 pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Aspek yang diletakkan dalam pembolehubah bersandar ialah aspek kefahaman, amalan, dan motivasi dalam pengajaran pembelajaran sementara pembolehubah tidak bersandar melibatkan jantina, usia, dan pengalaman mengajar Kajian ini dijalankan melalui 3 bentuk iaitu taburan soalselidik, pemerhatian amalan pengajaran pembelajaran serta temubual bersama responden bagi mencapai objektif kajian serta mendapatkan input pandangan daripada responden.
  • 9. 9 KONSEP, TEORI DAN LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN PEMBOLEH UBAH BERSANDAR PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR Kefahaman Lokasi Amalan Jantina Pengajaran dan pembelajaran Umur Pencapaian Tahap akademik Kurikulum Pengalaman mengajar Soalselidik Pemerhatian temubual Analisis SPSS Dapatan kajian Laporan , cadangan dan dokumentasi Jadual 2
  • 10. 10 1.8. Metodologi Kajian 1.8.1. Skop dan batasan kajian Kajian ini hanya terbatas kepada aspek berikut 1.8.2. Aspek pengajaran dan pembelajaran Pendidikan islam sekolah rendah. 1.8.3. Melibatkan kumpulan responden dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah di negeri Perak melalui kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak. 1.8.4. Kajian ini melibatkan populasi seramai 4000 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah termasuk guru j QAF sebagai responden dan mengambil 400 atau 10% daripadanya sebagai sampel kajian. 1.8.2. Rekabentuk Kajian 1.8.2.1 Kajian perpustakaan Tujuan penyelidik telah memilih metod ini untuk mendapatkan data dan bukti dari kajian yang telah didokumenkan seperti buku-buku,majalah, jurnal, kertas seminar, akhbar dan internet. Selain itu, penyelidik juga menjalankan rujukan terhadap beberapa tesis sarjana muda, sarjana dan doktor Falsafah yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan Data-data yang telah diperolehi dikaji dan dijadikan panduan dalam penyelidikan ini. Selain itu,pemilihan tajuk juga dibuat melalui metod ini. 1.8.2.2 . Kajian Lapangan Proses kajian lapangan dijalankan dalam bentuk soalselidik akan dimulai dengan maklumat latarbelakang responden selain mendapatkan maklum balas pengetahuan
  • 11. 11 sedia ada responden terhadap bidang kajian. Bagi mencapai objektif, soal selidik berbentuk skala likert dengan lima pilihan jawapan digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan persoalan kajian.. Soalan-soalan yang diajukan bertujuan untuk mengenal pasti kandungan persoalan kajian dan dengan tujuan untuk mencapai objektif kajian dan seterusnya menjawab persoalan kajian yang ditetapkan. 1.8.3. Instrumen Kajian Instrumen utama yang akan digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Faktor penulis memilih menggunakan soal selidik adalah bagi mengumpulkan maklumat daripada responden. Ini kerana responden lebih jujur ketika menjawab soalan kajian. Manakala cadangan jawapan yang dikemukakan juga memudahkan responden menjawab dengan cepat. Soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A (Demografi) menjelaskan latar belakang responden yang mengandungi 3 item iaitu jantina, umur, dan pengalaman mengajar. Bahagian B pula ialan soalan berbentuk skal Likert dengan 5 pilihan jawapan iaitu amat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju dan amat tidak setuju untuk mengukur maklum balas responden terhadap kajian sebelum dibuat rumusan bagi menjawab persoalan kajian dan tahap pencapaian objektif kajian. Soalan-soalan yang dibina adalah berdasarkan kepada persoalan dan objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu berkaitan tahap kefahaman dan amalan kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajarn pendidikan islam selain daripada motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru pendidikan islam Selain itu, responden juga diminta untuk memberi pandangan atau pendapat secara bertulis terhadap isu yang dikaji. Kekerapan pilihan jawapan, peratusan serta purata
  • 12. 12 pilihan jawapan atau min keseluruhan komponen akan dianalisis bagi tujuan menjawab persoalan kajian 1.9 Kepentingan Kajian 1.9.1. Memberi persepsi dan alternatif baru kepada individu dan organiasi yang terbabit dengan Pendidikan Islam dalam proses pengajaran pembelajaran pendidikan islam 1.9.2. Menyesuaikan konsep pendidikan islam dengan metodologi pendidikan yang lebih anjal dan sesuai dengan perkembangan sosio budaya moden. 1.9.3. Membantu memperkemas dan menambah nilai sistem Pendidikan Islam supaya seiring dengan situasi zaman dan tahap mentaliti dan kematangan murid. 1.9.4. Memberikan pengisian dan maklumat atau bahan kajian lepas berkaitan untuk tujuan penyelidikan dan kajian lanjutan dalam bidang yang berkaitan dengan Pendidikan Islam ataupun bidang kajian tindakan dalam pendidikan. 1.10. Definisi Istilah
  • 13. 13 10.1. Kajian Tindakan Menurut Ann Curry (2005), kajian Tindakan adalah Action research is focused on problem solving through inquiry into human problems in areal context atau penumpuan kepada penyelesaian masalah melalui penyiasatan masalah manusia dan konteks tertentu. Dalam kes pengajaran dan pembelajaran, ia merujuk kepada situasi guru dan pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kurt Lewin (1946), antara pencetus amalan kajian tindakan memberikan takrifan klasik kajian tindakan melalui dua idea utama iaitu komitmen untuk penambahbaikan dan keputusan bersama . Beliau menambah Kajian Tindakan sebagai satu kitaran proses yang melibatkan 3 langkah iaitu perancangan yang melibatkan tinjauan, mengambil tindakan, dan mencari maklumat tentang keputusan tindakan. Stephen Corey ( 1953) pula mentakrifkan Kajian Tindakan sebagai satu proses di mana pengamal cuba mempelajari tentang masalah yang dihadapi secara saintifik dengan tujuan mendapatkan panduan amalan, tindakan yang betul, dan dapat menilai keputusan serta tindakannya. Selain itu ada beberapa takrifan yang diberikan oleh para pengamal kajian tindakan yang asas menuju kesimpulan yang sama iaitu satu bentuk penyelidikan dan pemerhatian yang ringkas untuk menyelesaikan masalah kecil dengan urutan dan disiplin tertentu antaranya (Che Wa b Halim, 2005) Dengan kata lain Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ”(SKPM, KPM 2006) 10.2. Pendidikan Islam Hasan Langgulung (1995) melihat Pendidikan Islam adari 3 sudut , iaitu Pendidikan Islam Khas, Penndidikan Islam Umum dan Sistem Pendidikan Islam.
  • 14. 14 Pendidikan Islam khas merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagai bidang, seperti Aqidah atau Tauhid, Ibadah atau Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sejarah atau Sirah, Falak dan lain-lain. Dalam negara Malaysia inilah yang dikenali ramai dengan nama Pendidikan Islam, iaitu satu mata pelajaran dalam sekolah. Pendidikan Islam Umum. Ia meliputi segala bidang hidup manusia, seperti rohani, jasmani, emosi, sosial, politik, budaya, ekonomi, sains, multi media, mass media, teknikal, vokasional, pendidikan, perundangan dan lain-lain. Maknanya, dalam setiap bidang itu ada pendidikan Islamnya. Contohnya dalam ekonomi; kita boleh berinteraksi antara sesama manusia untuk pembangunan ekonomi, tetapi dalam Islam ada beberapa larangan semasa berinteraksi, seperti, tidak boleh tipu, mungkir janji dan sebagainya. Di samping itu ada pula suruhan dan anjuran, seperti mudahkan kira bicara, bertolak ansur, banyak menolong dan memudahkan orang lain dan sebagainya. Demikianlah juga Islam mendidik supaya kita berinteraksi dengan orang lain mengikut kaedah Islam dan tidak melanggar perintah Islam. Untuk mengetahui apa yang disuruh dan apa yang dilarang memerlukan ilmu. Dan ilmu tidak dapat dengan begitu sahaja, sebaliknya mesti berusaha mencarinya, atau berlajar pada orang yang mengerti. Pendidikan Islam juga bermaksud Sistem Pendidikan. Ia merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan pendidikan, dan semuanya mesti dilihat dan dilaksanakan mengikut prinsip Islam. Ini termasuklah gurunya, pengurusnya sama ada di sekolah atau di pejabat (Jabatan dan Kementerian), kriteria pemilihan guru, pemilihan kakitangan sekolah dan pejabat, kurikulum, sukatan pelajaran, buku teks, falsafah, matlamat dan segala-galanya mesti berdasarkan kepada prinsip Islam. Kalau tidak berdasarkan kepada prinsip Islam maka ia tidak dinamakan sistem pendidikan Islam, walau pun di dalamnya terdapat pengetahuan agama Islam, seperti pengetahuan Agama Islam yang diajar di sekolah, di maktab, di politeknik, universiti dan lain-lain institusi pendidikan.
  • 15. 15 Kerana pengetahuan Agama Islam itu, atau Tamadun Islam yang diajar itu, merupakan sebagai tempelan atau sulaman sahaja. Akibatnya kita tidak dapat melahirkan orang Islam yang mengamalkan Islam secara total, kerana ia bukan lahir daripada sistem, sebaliknya lahir daripada tempelan. Kalau Pendidikan guru, misalnya, maktab perguruan atau universiti yang bukan mengikut sistem pendidikan Islam, maka kita tidak dapat melahirkan guru Islam yang sebenarnya, yang lahir ialah guru Tampal Sulam. Mohd Kamal Hassan, Faisal Haji Othman, Razali Haji Nawawi, (1976) dalam suatu seminar Pendidikan Islam anjuran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya ketika menyampaikan makalah dengan tajuk : Konsep Pendidikan Islam dan Matlamat Persekolahan Ugama/Arab di Malaysia, menyatakan bahawa Pendidikan Islam dalam konteks ini membawa fungsi untuk melahirkan manusia yang berpengetahuan dan punya kesejajaran dengan dasar kehidupan Islam. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah pengetahuan-pengetahuan yang merangkumi ilmu mengenai hubungan antara manusia dengan penciptanya (Allah s.w.t) yang dimanifestasikan dalam ilmu-ilmu akidah dan cara perlaksanaan ibadah khusus, dalam waktu yang sama berfungsi menjadikan manusia itu berilmu pengetahuan. Mengenai hubungan sesama manusia dimanifestasikan dalam ilmu-ilmu sosial Islam yang merangkumi ilmu-ilmu ekonomi, undang-undang, politik, kenegaraan dan antarabangsa, etika kebudayaan dan ilmu-ilmu natural sains dan teknologi yang berasaskan dasar hidup Islam. Selain itu, tabi‘i manusia itu sendiri yang dijadikan Allah bermula dari kejadian Adam A.S adalah dimulakan dengan persediaan penemuan ilmu pengetahuan dan cahaya kebenaran sebagai persediaannya membawa amanah sebagai wakil Allah di bumi (Khalifat Allah Fi al-Ard).(Syahrul Riza, 2008) 1.11. RUMUSAN
  • 16. 16 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1. PENDAHULUAN 2.2 PENDIDIKAN ISLAM DI NEGERI PERAK 2.2.1. Sejarah Pendidikan Islam di Negeri Perak 2.2.2. Struktur pentadbiran pendidikan Islam di Perak 2.2.2.1. Sektor pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2.2.2.2. Bahagian Pendidikam , Jabatan Agama Islam Perak 2.2.3. Prestasi Pendidikan Islam Negeri Perak 2.3. KAJIAN LITERATUR BERKAITAN KAJIAN TINDAKAN 2.3.1. Pengenalan Kajian Tindakan 2.3.2. Sejarah Kajian Tindakan 2.3.2. Kepentingan Kajian Tindakan 2.4. KAJIAN LITERATUR BERKAITAN PENDIDIKAN ISLAM 2.4.1. Pengenalan 2.4.2. Konsep Pendidikan Islam 2.4.3. Sejarah pendidikan Islam 2.4.4. Kepentingan Pendidikan Islam 2.5. KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM 2.5.1. Pengenalan 2.5.2. Kajian Tindakan menurut Al Quran dan hadis 2.5.3 Sorotan kajian lepas berkaitan kajian tindakan Pendidikan islam 2.5.4. Rumusan hubungan Kajian Tindakan dengan Pendidikan Islam 2.6. RUMUSAN
  • 17. 17 BAB 3 KAEDAH KAJIAN 3.1. PENDAHULUAN 3.2 REKABENTUK KAJIAN 3.3. PROFIL RESPONDEN KAJIAN 3.4. LOKASI , POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN 3.5. ALAT KAJIAN 3.6. TATACARA PEMEROLEHAN DAN ANALISIS KAJIAN 3.7. BATASAN KAJIAN 3.8. RUMUSAN
  • 18. 18 1.10. Rujukan Ahmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi, Fajar Bakti, Shah Alam 1997 Ahmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam, Dinamika Guru Jld 2, Fajar Bakti, Shah Alam 1998 Ahmad Shalaby, Prof. Dr, Kurikulum Islam dalam perkembangan Sejarah, Pustaka Nasional Pte. Ltd, Singapura,2003 An Na’ami, Abdullah al Amin, Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al Qabisi, Terjemahan Mohd. Ramzi Omar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994 Asmah bt. Hj. Ahmad, Pedagogi 1, Longman Malaysia Sdn. Bhd., Selangor, 1989 Ee Ah Meng, Pedagogi, Satu Pengenalan, Edisi 2 Fajar Bakti, Petaling Jaya 1990 Ee Ah Meng, Pedagogi 1, Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah, Fajar Bakti, Petaling Jaya 1997 Ee Ah Meng, Pedagogi 2, Pelaksanaan Pengajaran, Fajar Bakti, Petaling Jaya , 1997 Ee Ah Meng, Psikologi pendidikan 1, Psikologi Perkembangan, Fajar Bakti, Petaling Jaya 1996 Ee Ah Meng, Psikologi pendidikan 2, Psikologi Perkembangan, Fajar Bakti, Petaling Jaya 1997 Hanafi Mohamed, Drs, Falsafah Pendidikan Menurut Al Quran, Pustala Ilmi, Selangor, 1996 Mok Soong Sang, Pendidikan Di Malaysia, Edisi 6, Kumpulan Budiman, Subang Jaya, 1996 Mohd Kamal Hassan, Faisal Haji Othman, Razali Haji Nawawi Konsep Pendidikan Islam dan Matlamat Persekolahan Ugama/Arab di Malaysia,1976 Khailani Abdul Jalil dan Ishak Ali Shah (Editor), Seminar Pendidikan Islam
  • 19. 19 Era 2020, Tasawwur dan Strategi, Maktab Perguruan Islam, Tekno Edar, Selangor,1993 Syahrul Riza , Konsep Pendidikan Islam menurut Ibn Khaldun : Satu kajian terhadap elemen-elemen kemasyarakatan islam, Tesis Ijazah Sarjana Sastera, USM. Pulau Pinang , 2008. Sumber Jurnal Buku Prosiding Konvensyen Kajian Tindakan, Jabatan Pelajaran Perak ,2006 Buku Prosiding Konvensyen kajian Tindakan 2007, Jabatan Pelajaran Perak, 2007 Jurnal Pendidikan, Jilid 1 Oktober 1990, Maktab Perguruan Islam, Kajang, Selangor, 1990 Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008, bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008 Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Jilid 13 Bil 01 Jun 2003, Institut Aminuddin Baki, Kemeterian Pelajaran Malaysia, 2003 Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Jilid 17 Bil 02 Dis 2007, Institut Aminuddin Baki, Kemeterian Pelajaran Malaysia, 2 Sumber Lawan Sesawang http://khirkassim.blogspot.com/2009/04/kajian-tindakan.html Action Research in Action: Involving Students and ProfessionalsAugust 14th - 18th 2005, Oslo, Norway Conference Programme:http://www.ifla.org/IV/ifla71 /Programme.htm 7 Jun 2005 http://www.broward.k12.fl.us/hrd/actionresearchstudies/introduction/ar/definitions. htm pada 20 Julai 2008 dan diterjemahkan oleh Akhiar Pardi. http://pendislami.tripod.com/new_page_2.htm 21 Sept 2010 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh Jemaah Nazir Malaysia sumber http://khirkassim.blogspot.com/2009/04/kajian-tindakan.html Che Wa bt Halim, Jawatankuasa Penyelaras Kajian Tindakan Negeri Kedah 2005
  • 20.
  • 21.
  • 22.
  • 23. 1.11. Jadual Rangka Kerja CARTA GANT TINDAKAN
  • 24.
  • 25. BIL TINDAKAN BULAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 1 Penyediaan proposal 2 Perjumpaan Penasihat akademik 3 Pendaftaran kursus/kod disertasi /tesis 4 Seminar, kolokium, bengkel 5 Sesi bimbingan/ tutorial penyelidikan Serah Borang cadangan Penyelidikan 6 Pembentangan 1 2 3 7 Penulisan bab 1 8 Penulisan bab 2 9 Penulisan bab 3 10 Penyediaan dan pembetulan soalselidik 11 Kajian rintis 12 Analisis kajian rintis 13 Menjalankan soalselidik 14 Pengisian data soalselidik 15 Analisis soalselidk 16 Penulisan bab 4 17 Penulisan bab 5 18 Pembentangan cadangan penyelidikan 19 Hantar LKPS ke Fakulti & IPS 20 Hantar Notis penyerahan disertasi 21 Serah Disertasi awal 22 Penetapan tarikh Viva Voce 23 Sesi Viva Voce 24 Pembetulan disertasi 25 Penjilidan Tesis
  • 26. SOAL SELIDIK PROJEK SARJANA PENDIDIKAN Para Responden yang di hormati, Soal selidik ini adalah sebahagian daripada kajian saya untuk mendapatkan maklumbalas mengenai
  • 27. AMALAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK Set soal selidik ini mengandungi 2 bahagian: Bahagian A : Maklumat dan latar belakang RESPONDEN Bahagian B : Soalan berkaitan bidang kajian Panduan untuk menjawab soal selidik: 1. Kerjasama anda adalah diharapkan untuk menjawab semua soalan yang terkandung dalam set ini. 2. Semua maklumat yang diberi adalah rahsia dan bertujuan untuk kajian semata-mata. 3. Kejujuran anda memberi maklumat akan menentukan kejituan kajian ini. 4. Apabila selesai menjawab, sila kembalikan borang ini kepada penyelidik. 5. Ribuan terima kasih diucapkan di atas kerjasama anda dalam menjayakan penyelidikan ini. Arahan: Sila isikan ruang kosong atau tandakan ( √ ) di petak yang disediakan bagi setiap jawapan yang difikirkan sesuai oleh saudara / saudari. BAHAGIAN A. 1. Jantina : Lelaki Perempuan
  • 28. 2. Umur (Nyatakan): Kurang 30 Tahun 31 - 40 Tahun Lebih 40 Tahun 3. Jenis sekolah : Bandar luar bandar 4. Tahap pendidikan : SPM /Tsanawi STPM / STAM B.A / MA 5. Pengalaman sebagai guru pendikan islam : Kurang 1 Tahun 1 - 5 Tahun Lebih 5 Tahun 6. Pengalaman terbabit dalam kajian tindakan : Kurang 1 Tahun 1 - 5 Tahun Lebih 5 Tahun 7. Pandangan saya terhadap keperluan bidang kajian Tindakan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di Sekolah. ................................................................................................................. ....................................................................................................................................... BAHAGIAN B Arahn : Jawab semua soalan dan Tandakan ( √ ) dalam ruangan yang disediakan. 1. Amat tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Kurang Setuju 4. Setuju
  • 29. 5. Amat Setuju KEFAHAMAN TENTANG KAJIAN TINDAKAN 1 2 3 4 5 1 Saya memahami secara umum konsep Kajian Tindakan 2 Saya pernah baca artikel @ teks berkenaan Kajian Tindakan 3 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian Tindakan peringkat sekolah 4 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian Tindakan peringkat Pejabat Pelajaran Daerah 5 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian Tindakan peringkat Jabatan Pelajaran Negeri 6 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian Tindakan peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia 7 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian Tindakan anjuran IPGM atau IPTA 8 Saya mampu menyampaikan maklumat berkenaan Kajian Tindakan kepada orang lain secara umum 9 Saya mampu menyampaikan maklumat berkenaan Kajian Tindakan kepada orang lain secara terperinci 10 Saya mengenali tokoh dan pakar yang mengendalikan bidang kajian tindakan KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN TERHADAP 1 2 3 4 5 KAJIAN TINDAKAN 1 Saya yakin pada kepentingan kajian tindakan terhadap Pendidikan Islam 2 Saya yakin Kajian Tindakan perlu ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam 3 Saya yakin pendidikan Islam akan lebih berkualiti dan
  • 30. berkesan melalui amalan Kajian Tindakan 4 Saya percaya Kajian Tindakan boleh meningkatkan kualiti pendidikan Islam di sekolah 5 Saya percaya amalan Kajian Tindakan boleh meningkatkan kualiti pengajaran guru Pendidikan Islam 6 Saya percaya amalan Kajian Tindakan beleh membantu guru mencapai objektif pengajaran dengan pembelajaran dengan lebih cepat. 7 Saya percaya amalan kajian tindakan boleh menghasilkan alternatif gaya dan persembahan pengajaran pembelajaran guru pendidikan Islam 8 Saya percaya amalan kajian tindakan bersesuaian dengan falsafah dan prinsip pendidikan islam 9 Saya percaya amalan kajian tindakan tidak bertentangan dengan prinsip dan falsafah pendidikan Islam 10 Saya meyakini kepentingan dan kebaikan Kajian Tindakan kepada pendidikan Islam AMALAN KAJIAN TINDAKAN 1 2 3 4 5 1 Saya pernah menjalani latihan kajian tindakan diperingkat sekolah 2 Saya pernah menjalani latihan berkaitan Kajian Tindakan di peringkat daerah . 3 Saya pernah menjalani latihan Kajian Tindakan di
  • 31. peringkat negeri 4 Saya pernah menjalani latihan Kajian Tindakan di peringkat kebangsaan 5 Saya pernah menjalani @ menyertai latihan Kajian Tindakan di peringkat antarabangsa 6 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat bilik darjah 7 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat sekolah 8 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat daerah 9 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat negeri 10 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat kebangsaan 11 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat antarabangsa 12 Saya mempunyai idea untuk menjalankan kajian tindakan di bilik darjah MINAT DAN KECENDERUNGAN 1 2 3 4 5 1 Saya amat berminat terhadap bidang kajian tindakan 2 Saya terlibat aktif dalam amalan kajian tindakan 3 Saya suka mencari maklumat dan bahan bacaan berkaitan kajian tindakan 4 Saya suka mencari maklumat dan bahan kaian tindakan melalui laman sesawang internet 5 Saya suka berbincang dengan rakan berkenaan amalan kajian tindakan 6 Latihan dan pendedahan berkaitan amalan Kajian Tindakan perlu di sebarluaskan dalam kalangan guru 7 Amalan kajian Tindakan perlu diteruskan dengan
  • 32. beberapa unsur penambahbaikan 8 Amalan kajian Tindakan perlu diterapkan di semua jenis sekolah secara aktif. 9 Saya percaya guru-guru perlu meningkatkan kemahiran dan kefahaman terhadap amalan kajian tindakan 10 Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam setiapwaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah 11 Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam sekali setiap hari dalam pengajaran dan pembelajran di bilik darjah 12 Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam sekali setiap minggu dalam pengajaran dan pembelajran di bilik darjah 13 Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam sekali setiap bulan dalam pengajaran dan pembelajran di bilik darjah