SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
PENGENALAN


Pembangunan sektor pelancongan sebenarnya merupakan salah satu aspek penting dalam
konteks pembangunan sesebuah negeri khususnya dari sudut ekonomi. Hal ini dianggap
penting kerana kualiti hidup sosial masyarakat di negeri tersebut amnya dan masyarakat
sekitar kawasan pembangunan khususnya dapat menentukan sejauh mana perubahan taraf
sosioekonomi mereka. Pertumbuhan bandar dan kualiti hidup sosial berfungsi secara timbal
balik (circulation causation), melibatkan elemen manusia (kemanusiaan) dan bukan manusia
bagi menggerakkan pembangunan sosioekonomi yang lebih pesat di sektor pelancongan,
perusahaan, perdagangan, perniagaan, perkhidmatan, perindustrian, pembukaan bandar baru
dan lain-lain lagi (Rodger, 1998). Selain itu, pembangunan sektor pelancongan yang berlaku
akan membentuk interaksi ruangan, pergerakan dan perhubungan pelbagai hala dalam satu
sirkulasi ruang ekonomi secara menyeluruh di kawasan berkenaan. Namun begitu,
pembangunan sektor ekonomi pelancongan ini juga akan memberi implikasi terhadap
perubahan sosioekonomi penduduk. Oleh itu, perkaitan antara fungsi pembangunan sektor
pelancongan dengan perubahan sosioekonomi penduduk perlu dikaji untuk mengetahui tahap
pembangunan negeri tersebut.
        Afandi (2007) menjelaskan pelancongan sebagai “suatu sistem terbuka yang
mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong,
elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi terpilih,
elemen ekonomi iaitu industry pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada
individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih
kurang satu hari”. Walaupun definisi ini agak mendalam, sekurang-kurangnya ia memberi
pengertian yang jelas berkenaan pelancongan dan elemen-elemen yang terlibat dalam industri
pelancongan secara khususnya. Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihan untuk
ditawarkan sebagai destinasi pelancongan yang mampu meningkatkan pendapatan negara
kasar. Hal ini kerana Malaysia mempunyai iklim yang nyaman dengan ciri-ciri tropika yang
unik, infrastruktur dan sektor perkhidmatan yang baik serta pelbagai tarikan pelancongan,
kemudahan membeli-belah, hiburan, hotel dan persidangan. Kuala Lumpur juga boleh maju
berasaskan masyarakatnya yang berbilang kaum, agama dan kebudayaan bagi mewujudkan
identiti dan imej tersendiri.
PERANAN AKTIVITI PELANCONGAN DALAM MENAIKKAN IMEJ NEGARA


   1. PELANCONGAN PENDIDIKAN


       Kuala Lumpur mendapat banyak kelebihan dengan penumpuan institusi-institusi
pendidikan di sekitarnya yang menawarkan pelbagai kursus. Institusi-institusi yang
menawarkan pelbagai kursus ini berjaya menarik minat pelajar dari seluruh Malaysia dan
juga dari negara-negara lain untuk meneruskan pengajian di sini. Afandi (2007) mengatakan
bahawa, pembelajaran pelancongan adalah merupakan satu bentuk pelancongan yang dapat
memberi pengalaman yang menghiburkan dan berbentuk pendidikan samada kepada pelawat
atau pelajar.
       Rodger (1998) turut mengatakan bahawa pelancongan pendidikan adalah merujuk
kepada program di mana sekumpulan peserta terutamanya membuat perjalanan di sesuatu
lokasi yang bertujuan untuk menimba pengalaman secara terus. Ianya mengandungi eko
pelancongan, pelancongan warisan, pelancongan desa dan kebun pertanian. Tambahan lagi,
salah satu bentuk dalam pelancongan pendidikan adalah pertukaran pelajar antara sekolah
ataupun institusi. Melalui program ini, seseorang pelajar akan pergi ke tempat lain dari
tempat asalnya bagi tujuan mempelajari bahasa, budaya dan adab resam penduduk. Keadaan
ini sudah tentu dapat menaikkan imej negara di mata dunia apabila mereka mencari peluang
untuk belajar di sini. Fernandez (2003) dalam Nurlinda (2004) berkata, pelancongan
pendidikan adalah lawatan atau perjalanan yang bertujuan bagi mendapatkan pengetahuan,
pengalaman, pendidikan dan latihan melalui persepaduan antara bahasa, budaya, aktiviti,
masa lapang, minat yang beroreintasikan kepada pendidikan.


   2. PELANCONGAN MICE


   Pelancongan MICE (Meetings, Incentives, Conventions, and Exhibitions) merupakan
delegasi para pelancong yang menghadiri persidangan, insentif, konvensyen dan pameran
yang diadakan Malaysia. Aktiviti pelancongan ini perlu terus dipromosikan secara agresif
memandangkan bandar metropolitan di Malaysia seperti Kuala Lumpur dapat menawarkan
tempat yang menarik dan sesuai untuk menganjurkannya. Selaras dengan usaha untuk
memasar dan mempromosikan warisan budaya dan alam semula jadi negara ini, kerajaan kini
telah mempertimbangkan penubuhan sebuah perbadanan pengurusan warisan. Manakala bagi
memudahkan pameran dan penjualan barangan kraf tangan tempatan, kerajaan juga akan
mempromosikan penubuhan satu kampung pelancong yang terdapat gerai-gerai kraf tangan di
lokasi strategik berhampiran dengan KLIA ( Yahaya Ibrahim (2008) .
   Pelancongan juga membantu dalam memberi dorongan dan justifikasi kewangan terhadap
langkah-langkah yang memberi faedah kepada penduduk di ibu negara seperti projek-projek
pemuliharaan, pengindahan kawasan, menjadi tuan rumah kepada acara-acara khas dan
perayaan-perayaan yang bertujuan untuk menarik pelancong luar (Sulaiman Zakaria dan
Rosnah Din, 2010).Sejumlah 2379 acara telah diadakan di negara ini yang dihadiri seramai
907 440 peserta . Anggaran pendapatan daripada peserta meningkat daripada RM826.4 juta
pada tahun 1995 kepada RM1081.1 juta pada tahun 1998 ( Lihat Jadual 1).


         Jadual 1: Persidangan, insentif, konvensyen, dan pameran tahun 1995-1998


       Tahun                      1995         1996          1997           1996
       Bilangan acara
       Antarabangsa               310          296           316            380
       Kebangsaan                 353          426           447           514
       Jumlah                     663          722           763           894


       Bilangan peserta
       Luar Negara              121 780      108 410       115 768        138 826
       Tempatan                 136 474      170 593       179 122        194 720
       Jumlah                   258 254      279 003       294 890        333 546
       Pendapatan ( RM juta)
       Luar Negara               389.7         346.9        382.0          458.0
       Tempatan                  436.7         545.9        573.2          623.1
       Jumlah                    826.4         892.8        955.2         1081.1




         ( Sumber: Dipetik dan diolah daripada Malaysia, Kajian Separuh Penggal RMK7,
                                            (1999)
3. PELANCONGAN WARISAN
         Kuala Lumpur terkenal di negara-negara luar kerana memiliki mercu tandanya
tersendiri iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC). KLCC pernah menjadi menara tertinngi
di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Menara Berkembar Petronas ini memegang gelaran
bangunan tertinggi di dunia pada tahun 1998 sehingga 2004. Di Kuala Lumpur, terdapat
beberapa tempat-tempat menarik yang menjadi mercu tanda dan tarikan daripada pelancong
dalam dan luar negara (Yahaya Ibrahim, 2008). Tugu Negara merupakan tempat menarik
yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran
bangunan Parlimen. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera yang mengibarkan
bendera negara iaitu Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan,
getir, persatuan, siap sedia, kekuatan dan pengorbanan. Mulai 2010, lokasi sambutan Hari
Pahlawan dipindahkan dari Tugu Negara ke Putrajaya yang disambut pada 1 Julai setiap
tahun.
         Warisan kebudayaan yang terdapat di Kuala Lumpur ini amat menarik perhatian
pelancong dari negara luar. Pelancong luar mengagumi nilai sejarah yang masih kukuh
sehingga kini. Mohd Razali (2003) ada mengatakan bahawa nilai sejarah ini tidak mudah
untuk didapati kerana ia adalah sesuatu yang begitu penting dan tidak mungkin ditukar ganti.
Imej negara dipandang tinggi oleh masyarakat luar kerana negara kita mementingkan sejarah
lampau untuk memperingati jasa-jasa perwira negara dan juga untuk pengetahuan generasi
akan datang.


   4. PELANCONGAN KESIHATAN


         Pelancongan kesihatan di Malaysia terbahagi kepada dua kategori iaitu pelancongan
perubatan dan program kesihatan. Seseorang pesakit boleh memilih untuk mendapatkan
rawatan di mana-mana hospital yang dikenali di peringkat antarabangsa dan tinggal di
Malaysia sehingga sembuh atau mereka boleh melancong ke Malaysia untuk mengunjungi
hospital-hospital untuk melihat infrastruktur yang disediakan dan yang sesuai bagi mereka
sebelum menjalani rawatan. Mereka berhak untuk memilih sesuai dengan penyakit dan
keselesaan mereka. Malaysia mempunyai banyak pilihan hospital perubatan tidak kira
hospital kerajaan mahupun hospital swasta. Menurut „Association of Private Hospitals
Malaysia‟, pada tahun 2006 , pendapatan negara daripada industri pelancongan kesihatan
adalah sebanyak RM203.66 juta (USD 59 million). Kadar pelancong ke Malaysia untuk
mendapatkan perkhidmatan perubatan telah meningkat dari tahun 1998 hingga tahun 2008
sebanyak 25.3% (Sulaiman Zakaria dan Rosnah Din, 2010).
       Kepakaran perubatan di Malaysia adalah yang terbaik dan kebanyakan hospital
persendirian di negara ini mempunyai taraf dan kualiti yang diiktiraf antarabangsa. Antara
contoh hospital persendirian ataupun swasta adalah Columbia Asia Hospitals, Subang Jaya
Medical Centre, Pantai Group of Hospital dan banyak lagi. Manakala hospital kerajaan pula
adalah Hospital Besar Kuala Lumpur, Institut Perubatan Respiratori dan sebagainya
(Nurlinda Abdullah, 2004). Dengan berkembangnya reputasi Malaysia sebagai destinasi
pilihan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan , semakin ramai pelawat yang
datang dari serata dunia untuk mendapatkan rawatan di Malaysia. Hal ini menunjukkan
bahawa imej negara kita terserlah dan tinggi dimata dunia. Mereka mempunyai pandangan
yang tinggi terhadap perkhidmatan perubatan di sini.


   5. PELANCONGAN SUKAN DAN REKREASI


Malaysia mempunyai banyak jenis sukan dan rekreasi yang dijadikan sebagai produk
pelancongan. Pelancongan sukan dan rekreasi yang dijalankan seperti perlumbaan kereta
Formula 1 yang diadakan di Litar Formula 1 Sepang. Litar Formula 1 Sepang mempunyai
dua lapis anjung penonton yang boleh menampung 30,000 orang hadirin serta anjung utama
yang boleh memuatkan 100,000 orang hadirin (Yahaya Ibrahim, 2008). Sejak Malaysia
menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 buat kali pertama pada tahun 1999, Litar Formula
1 Sepang telah menjadi salah sebuah litar yang paling terkenal di kalangan pemandu-
pemandu Formula 1. Hal ini dapat membantu memperkenalkan Malaysia sebagai salah
sebuah negara sukan permotoran di dunia kepada para peminat sukan.
       Selain perlumbaan kereta Formula 1, satu lagi produk sukan yang dijalankan adalah
kejohanan Dunia Grand Prix Motorsikal yang merupakan sukan permotoran motosikal yang
paling utama dimana setaraf dengan Formula 1. Dalam sukan ini telah mendapat penyertaan
daripada perlumba-pelumba motosikal terkenal dunia seperti pelumba motosikal dunia iaitu
Valentino Rossi di mana Perlumbaan Grand Prix Motorsikal turut diadakan di Litar Sepang.
Di Putrajaya, sukan air turut dijalankan yang dikenali sebagai Powerboat yang diadakan di
Tasik Putrajaya. Dengan adanya perlancongan sukan dan rekreasi ini, kita dapat menaikkan
imej negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu menjadi tuan rumah bagi acara
berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana terutamanya ketika
menganjurkan sesuatu acara.
PENUTUP


Tidak dinafikan kepentingan industri pelancongan terhadap peningkatan imej negara dan
industri pelancongan ini juga merupakan penjanaan kepada ekonomi negara. Malaysia
merupakan lokasi pelancongan tropika yang indah dan berpotensi menarik minat para
pelancong tidak kira dari luar ataupun dalam negara (Mohd Razali, 2003). Pelancongan
menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memberi jalan kepada pertumbuhan
industri-industri yang berkaitan sebagai wahana dalam pembangunan yang maju di Malaysia.
Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat
direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi
penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan ekonomi, alam sekitar, visa,
kemudahan lapangan kapal terbang, kebersihan persekitaran semuanya menyumbang secara
positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.
       Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan
promosi galakan yang diiklankan sahaja tetapi ianya juga bergantung kepada cerita-cerita
pengalaman para pelancong yang sudah melawat Malaysia (Nurlinda Abdullah , 2004).
Daripada cerita-cerita mereka inilah yang membawa kepada pertambahan bilangan
pelancong. Jika terdapat insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoron
pusat-pusat makanan, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi serta banyak lagi insiden
yang lain akan memberi pengalaman yang buruk kepada pelancong dan secara tidak lansung
imej negara juga terjejas. Oleh itu , industri pelancongan di Malaysia harus sentiasa menjaga
kualiti tempat-tempat pelancongan yang ada, memberi perkhidmatan yang baik, selesa dan
berkualiti. Selain menarik hati para pelancong, imej negara Malaysia juga akan meningkat.
RUJUKAN


Afandi bin Fikri (2007). Pembangunan Kandis Resource Centre, Pemangkin Pelancongan
       Pendidikan. UTM. Tesis
Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (2005)
Malaysia, Kajian Separuh Penggal RMK7, (1999)
Mohd Razali Agus & Yahaya Ibrahim, (2003). Penilaian Dampak Sosial. Kuala Lumpur:
       Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd
Nurlinda Abdullah (2004). Keberkesanan Pakej Pelancongan Pelajar Yang Ditawarkan Oleh
       Agensi Pelancongan Perintis. UTM. Tesis
Rodger, D. (1998). Leisure, Learning and Travel. Journal of Physical Education. Recreation
       and Dance . 69 (4), 28-31. Daily Times September 1999.
Sulaiman Zakaria dan Rosnah Din (2010), Rancangan Malaysia Ke Sembilan: Siri Ke Arah
       Negara Maju, Impiana Pubications And Distributors: Kuala Lumpur
Yahaya Ibrahim (2008). Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti. Dewan
       Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
PENULISAN ARTIKEL



   TAJUK: ELEMEN MANUSIA (PELANCONGAN)




NAMA                : AWATIF BINTI HAMID

NO MATRIK           : D20101037790

NO KAD PENGENALAN : 900104-06-5874

SEMESTER            : SEMESTER 4 SESI 2012

More Related Content

What's hot

Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaNur Azwani Azmi
 
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)munnianwar
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmnurAkhma
 
Jenis jenis pelancongan
Jenis jenis pelanconganJenis jenis pelancongan
Jenis jenis pelanconganmarybelle87
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukanmr_kay86
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikJANGAN TENGOK
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaTamil Malar
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING NurZahidah22
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaKamarularnizam
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA5006
 
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)RAMLAH BINTI A. RANI
 
Soalan pep.penggal 3
Soalan pep.penggal 3Soalan pep.penggal 3
Soalan pep.penggal 3Lee Chooipeng
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)nasywah79
 
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011Muhammad Afiq Latif
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayarangrace anzelletha
 
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM BaharuSukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM BaharuRusslan Ssvs
 

What's hot (20)

Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
 
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
 
Jenis jenis pelancongan
Jenis jenis pelanconganJenis jenis pelancongan
Jenis jenis pelancongan
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
 
Kerjasama selatan selatan
Kerjasama selatan selatanKerjasama selatan selatan
Kerjasama selatan selatan
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysia
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
 
Soalan pep.penggal 3
Soalan pep.penggal 3Soalan pep.penggal 3
Soalan pep.penggal 3
 
Industri pelancongan
Industri pelanconganIndustri pelancongan
Industri pelancongan
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
 
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
 
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM BaharuSukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
Sukatan Pelajaran Sejarah (940) STPM Baharu
 

Similar to Pelancongan di Malaysia

JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)kuangwei94
 
Jurnal sukan sebagai tarikan pelancongan di malaysia
Jurnal sukan sebagai tarikan pelancongan di malaysiaJurnal sukan sebagai tarikan pelancongan di malaysia
Jurnal sukan sebagai tarikan pelancongan di malaysiabingzhen ho
 
PA (Langkah2 tingkatkn sektor pelancongan
PA (Langkah2 tingkatkn sektor pelanconganPA (Langkah2 tingkatkn sektor pelancongan
PA (Langkah2 tingkatkn sektor pelanconganAsmidahIsdal
 
sektor perkhidmatan
sektor perkhidmatansektor perkhidmatan
sektor perkhidmatanMyelCo
 
Sektor pelancongan di malaysia
Sektor pelancongan di malaysiaSektor pelancongan di malaysia
Sektor pelancongan di malaysianabila ain
 
TRAVEL AGENCY REGULATION
TRAVEL AGENCY REGULATIONTRAVEL AGENCY REGULATION
TRAVEL AGENCY REGULATIONlydiawaty
 
Kertas Kerja _ Niche Area Kolej Komuniti Gerik.pdf
Kertas Kerja _ Niche Area Kolej Komuniti Gerik.pdfKertas Kerja _ Niche Area Kolej Komuniti Gerik.pdf
Kertas Kerja _ Niche Area Kolej Komuniti Gerik.pdfKHAIRULAZMIBMOHAMEDP
 
Tugasan 4 (amalan terbaik)
Tugasan 4 (amalan terbaik)Tugasan 4 (amalan terbaik)
Tugasan 4 (amalan terbaik)nurulsapura
 
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM safira roza
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahriidmac2015
 
Rumusan (industri pelancongan)
Rumusan (industri pelancongan)Rumusan (industri pelancongan)
Rumusan (industri pelancongan)A Zaid Zakaria
 
Garis panduan agropelancongan
Garis panduan agropelanconganGaris panduan agropelancongan
Garis panduan agropelanconganmohdjaafarhashim
 
Projek Akhir: Mencadangkan Pelan Pembangunan Kajang-Bangi Untuk Jangka Masa 3...
Projek Akhir: Mencadangkan Pelan Pembangunan Kajang-Bangi Untuk Jangka Masa 3...Projek Akhir: Mencadangkan Pelan Pembangunan Kajang-Bangi Untuk Jangka Masa 3...
Projek Akhir: Mencadangkan Pelan Pembangunan Kajang-Bangi Untuk Jangka Masa 3...NuraqilahSyamimi
 
AMALAN TERBAIK BANDAR TANGKAK DAN DUBAI
AMALAN TERBAIK BANDAR TANGKAK DAN DUBAIAMALAN TERBAIK BANDAR TANGKAK DAN DUBAI
AMALAN TERBAIK BANDAR TANGKAK DAN DUBAINurIzzati124
 
Garis Panduan Geran Agropelancongan pindaan 16 Februari 2021 (OFFICIAL UPLOAD...
Garis Panduan Geran Agropelancongan pindaan 16 Februari 2021 (OFFICIAL UPLOAD...Garis Panduan Geran Agropelancongan pindaan 16 Februari 2021 (OFFICIAL UPLOAD...
Garis Panduan Geran Agropelancongan pindaan 16 Februari 2021 (OFFICIAL UPLOAD...MRizzal
 

Similar to Pelancongan di Malaysia (18)

Perkem2010 2-30
Perkem2010 2-30Perkem2010 2-30
Perkem2010 2-30
 
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
 
Jurnal sukan sebagai tarikan pelancongan di malaysia
Jurnal sukan sebagai tarikan pelancongan di malaysiaJurnal sukan sebagai tarikan pelancongan di malaysia
Jurnal sukan sebagai tarikan pelancongan di malaysia
 
PA (Langkah2 tingkatkn sektor pelancongan
PA (Langkah2 tingkatkn sektor pelanconganPA (Langkah2 tingkatkn sektor pelancongan
PA (Langkah2 tingkatkn sektor pelancongan
 
sektor perkhidmatan
sektor perkhidmatansektor perkhidmatan
sektor perkhidmatan
 
Sektor pelancongan di malaysia
Sektor pelancongan di malaysiaSektor pelancongan di malaysia
Sektor pelancongan di malaysia
 
TRAVEL AGENCY REGULATION
TRAVEL AGENCY REGULATIONTRAVEL AGENCY REGULATION
TRAVEL AGENCY REGULATION
 
Task 4
Task 4Task 4
Task 4
 
Kertas Kerja _ Niche Area Kolej Komuniti Gerik.pdf
Kertas Kerja _ Niche Area Kolej Komuniti Gerik.pdfKertas Kerja _ Niche Area Kolej Komuniti Gerik.pdf
Kertas Kerja _ Niche Area Kolej Komuniti Gerik.pdf
 
Tugasan 4 (amalan terbaik)
Tugasan 4 (amalan terbaik)Tugasan 4 (amalan terbaik)
Tugasan 4 (amalan terbaik)
 
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahri
 
Rumusan (industri pelancongan)
Rumusan (industri pelancongan)Rumusan (industri pelancongan)
Rumusan (industri pelancongan)
 
Islam toursm
Islam toursmIslam toursm
Islam toursm
 
Garis panduan agropelancongan
Garis panduan agropelanconganGaris panduan agropelancongan
Garis panduan agropelancongan
 
Projek Akhir: Mencadangkan Pelan Pembangunan Kajang-Bangi Untuk Jangka Masa 3...
Projek Akhir: Mencadangkan Pelan Pembangunan Kajang-Bangi Untuk Jangka Masa 3...Projek Akhir: Mencadangkan Pelan Pembangunan Kajang-Bangi Untuk Jangka Masa 3...
Projek Akhir: Mencadangkan Pelan Pembangunan Kajang-Bangi Untuk Jangka Masa 3...
 
AMALAN TERBAIK BANDAR TANGKAK DAN DUBAI
AMALAN TERBAIK BANDAR TANGKAK DAN DUBAIAMALAN TERBAIK BANDAR TANGKAK DAN DUBAI
AMALAN TERBAIK BANDAR TANGKAK DAN DUBAI
 
Garis Panduan Geran Agropelancongan pindaan 16 Februari 2021 (OFFICIAL UPLOAD...
Garis Panduan Geran Agropelancongan pindaan 16 Februari 2021 (OFFICIAL UPLOAD...Garis Panduan Geran Agropelancongan pindaan 16 Februari 2021 (OFFICIAL UPLOAD...
Garis Panduan Geran Agropelancongan pindaan 16 Februari 2021 (OFFICIAL UPLOAD...
 

More from Awatif Atif

Leadership and Organisation
Leadership and OrganisationLeadership and Organisation
Leadership and OrganisationAwatif Atif
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifAwatif Atif
 
Snman utk warga tua
Snman utk warga tuaSnman utk warga tua
Snman utk warga tuaAwatif Atif
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbangAwatif Atif
 
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananLatihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananAwatif Atif
 
Senaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungSenaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungAwatif Atif
 
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototLatihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototAwatif Atif
 
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularKepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularAwatif Atif
 
Etika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorEtika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorAwatif Atif
 
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusBudaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusAwatif Atif
 
Warm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionWarm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionAwatif Atif
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Awatif Atif
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remajaAwatif Atif
 
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIKomunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIAwatif Atif
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruAwatif Atif
 
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Awatif Atif
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiAwatif Atif
 
Falsafah dan dasar
Falsafah dan dasarFalsafah dan dasar
Falsafah dan dasarAwatif Atif
 

More from Awatif Atif (20)

Leadership and Organisation
Leadership and OrganisationLeadership and Organisation
Leadership and Organisation
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
 
Snman utk warga tua
Snman utk warga tuaSnman utk warga tua
Snman utk warga tua
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbang
 
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananLatihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
 
Senaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungSenaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandung
 
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototLatihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
 
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularKepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
 
Etika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorEtika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktor
 
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusBudaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
 
Warm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionWarm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury prevention
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
 
Model Disleksia
Model DisleksiaModel Disleksia
Model Disleksia
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
 
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIKomunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
 
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
 
Falsafah dan dasar
Falsafah dan dasarFalsafah dan dasar
Falsafah dan dasar
 

Pelancongan di Malaysia

  • 1. PENGENALAN Pembangunan sektor pelancongan sebenarnya merupakan salah satu aspek penting dalam konteks pembangunan sesebuah negeri khususnya dari sudut ekonomi. Hal ini dianggap penting kerana kualiti hidup sosial masyarakat di negeri tersebut amnya dan masyarakat sekitar kawasan pembangunan khususnya dapat menentukan sejauh mana perubahan taraf sosioekonomi mereka. Pertumbuhan bandar dan kualiti hidup sosial berfungsi secara timbal balik (circulation causation), melibatkan elemen manusia (kemanusiaan) dan bukan manusia bagi menggerakkan pembangunan sosioekonomi yang lebih pesat di sektor pelancongan, perusahaan, perdagangan, perniagaan, perkhidmatan, perindustrian, pembukaan bandar baru dan lain-lain lagi (Rodger, 1998). Selain itu, pembangunan sektor pelancongan yang berlaku akan membentuk interaksi ruangan, pergerakan dan perhubungan pelbagai hala dalam satu sirkulasi ruang ekonomi secara menyeluruh di kawasan berkenaan. Namun begitu, pembangunan sektor ekonomi pelancongan ini juga akan memberi implikasi terhadap perubahan sosioekonomi penduduk. Oleh itu, perkaitan antara fungsi pembangunan sektor pelancongan dengan perubahan sosioekonomi penduduk perlu dikaji untuk mengetahui tahap pembangunan negeri tersebut. Afandi (2007) menjelaskan pelancongan sebagai “suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi terpilih, elemen ekonomi iaitu industry pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari”. Walaupun definisi ini agak mendalam, sekurang-kurangnya ia memberi pengertian yang jelas berkenaan pelancongan dan elemen-elemen yang terlibat dalam industri pelancongan secara khususnya. Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihan untuk ditawarkan sebagai destinasi pelancongan yang mampu meningkatkan pendapatan negara kasar. Hal ini kerana Malaysia mempunyai iklim yang nyaman dengan ciri-ciri tropika yang unik, infrastruktur dan sektor perkhidmatan yang baik serta pelbagai tarikan pelancongan, kemudahan membeli-belah, hiburan, hotel dan persidangan. Kuala Lumpur juga boleh maju berasaskan masyarakatnya yang berbilang kaum, agama dan kebudayaan bagi mewujudkan identiti dan imej tersendiri.
  • 2. PERANAN AKTIVITI PELANCONGAN DALAM MENAIKKAN IMEJ NEGARA 1. PELANCONGAN PENDIDIKAN Kuala Lumpur mendapat banyak kelebihan dengan penumpuan institusi-institusi pendidikan di sekitarnya yang menawarkan pelbagai kursus. Institusi-institusi yang menawarkan pelbagai kursus ini berjaya menarik minat pelajar dari seluruh Malaysia dan juga dari negara-negara lain untuk meneruskan pengajian di sini. Afandi (2007) mengatakan bahawa, pembelajaran pelancongan adalah merupakan satu bentuk pelancongan yang dapat memberi pengalaman yang menghiburkan dan berbentuk pendidikan samada kepada pelawat atau pelajar. Rodger (1998) turut mengatakan bahawa pelancongan pendidikan adalah merujuk kepada program di mana sekumpulan peserta terutamanya membuat perjalanan di sesuatu lokasi yang bertujuan untuk menimba pengalaman secara terus. Ianya mengandungi eko pelancongan, pelancongan warisan, pelancongan desa dan kebun pertanian. Tambahan lagi, salah satu bentuk dalam pelancongan pendidikan adalah pertukaran pelajar antara sekolah ataupun institusi. Melalui program ini, seseorang pelajar akan pergi ke tempat lain dari tempat asalnya bagi tujuan mempelajari bahasa, budaya dan adab resam penduduk. Keadaan ini sudah tentu dapat menaikkan imej negara di mata dunia apabila mereka mencari peluang untuk belajar di sini. Fernandez (2003) dalam Nurlinda (2004) berkata, pelancongan pendidikan adalah lawatan atau perjalanan yang bertujuan bagi mendapatkan pengetahuan, pengalaman, pendidikan dan latihan melalui persepaduan antara bahasa, budaya, aktiviti, masa lapang, minat yang beroreintasikan kepada pendidikan. 2. PELANCONGAN MICE Pelancongan MICE (Meetings, Incentives, Conventions, and Exhibitions) merupakan delegasi para pelancong yang menghadiri persidangan, insentif, konvensyen dan pameran yang diadakan Malaysia. Aktiviti pelancongan ini perlu terus dipromosikan secara agresif memandangkan bandar metropolitan di Malaysia seperti Kuala Lumpur dapat menawarkan tempat yang menarik dan sesuai untuk menganjurkannya. Selaras dengan usaha untuk memasar dan mempromosikan warisan budaya dan alam semula jadi negara ini, kerajaan kini telah mempertimbangkan penubuhan sebuah perbadanan pengurusan warisan. Manakala bagi memudahkan pameran dan penjualan barangan kraf tangan tempatan, kerajaan juga akan
  • 3. mempromosikan penubuhan satu kampung pelancong yang terdapat gerai-gerai kraf tangan di lokasi strategik berhampiran dengan KLIA ( Yahaya Ibrahim (2008) . Pelancongan juga membantu dalam memberi dorongan dan justifikasi kewangan terhadap langkah-langkah yang memberi faedah kepada penduduk di ibu negara seperti projek-projek pemuliharaan, pengindahan kawasan, menjadi tuan rumah kepada acara-acara khas dan perayaan-perayaan yang bertujuan untuk menarik pelancong luar (Sulaiman Zakaria dan Rosnah Din, 2010).Sejumlah 2379 acara telah diadakan di negara ini yang dihadiri seramai 907 440 peserta . Anggaran pendapatan daripada peserta meningkat daripada RM826.4 juta pada tahun 1995 kepada RM1081.1 juta pada tahun 1998 ( Lihat Jadual 1). Jadual 1: Persidangan, insentif, konvensyen, dan pameran tahun 1995-1998 Tahun 1995 1996 1997 1996 Bilangan acara Antarabangsa 310 296 316 380 Kebangsaan 353 426 447 514 Jumlah 663 722 763 894 Bilangan peserta Luar Negara 121 780 108 410 115 768 138 826 Tempatan 136 474 170 593 179 122 194 720 Jumlah 258 254 279 003 294 890 333 546 Pendapatan ( RM juta) Luar Negara 389.7 346.9 382.0 458.0 Tempatan 436.7 545.9 573.2 623.1 Jumlah 826.4 892.8 955.2 1081.1 ( Sumber: Dipetik dan diolah daripada Malaysia, Kajian Separuh Penggal RMK7, (1999)
  • 4. 3. PELANCONGAN WARISAN Kuala Lumpur terkenal di negara-negara luar kerana memiliki mercu tandanya tersendiri iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC). KLCC pernah menjadi menara tertinngi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Menara Berkembar Petronas ini memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia pada tahun 1998 sehingga 2004. Di Kuala Lumpur, terdapat beberapa tempat-tempat menarik yang menjadi mercu tanda dan tarikan daripada pelancong dalam dan luar negara (Yahaya Ibrahim, 2008). Tugu Negara merupakan tempat menarik yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran bangunan Parlimen. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera yang mengibarkan bendera negara iaitu Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan dan pengorbanan. Mulai 2010, lokasi sambutan Hari Pahlawan dipindahkan dari Tugu Negara ke Putrajaya yang disambut pada 1 Julai setiap tahun. Warisan kebudayaan yang terdapat di Kuala Lumpur ini amat menarik perhatian pelancong dari negara luar. Pelancong luar mengagumi nilai sejarah yang masih kukuh sehingga kini. Mohd Razali (2003) ada mengatakan bahawa nilai sejarah ini tidak mudah untuk didapati kerana ia adalah sesuatu yang begitu penting dan tidak mungkin ditukar ganti. Imej negara dipandang tinggi oleh masyarakat luar kerana negara kita mementingkan sejarah lampau untuk memperingati jasa-jasa perwira negara dan juga untuk pengetahuan generasi akan datang. 4. PELANCONGAN KESIHATAN Pelancongan kesihatan di Malaysia terbahagi kepada dua kategori iaitu pelancongan perubatan dan program kesihatan. Seseorang pesakit boleh memilih untuk mendapatkan rawatan di mana-mana hospital yang dikenali di peringkat antarabangsa dan tinggal di Malaysia sehingga sembuh atau mereka boleh melancong ke Malaysia untuk mengunjungi hospital-hospital untuk melihat infrastruktur yang disediakan dan yang sesuai bagi mereka sebelum menjalani rawatan. Mereka berhak untuk memilih sesuai dengan penyakit dan keselesaan mereka. Malaysia mempunyai banyak pilihan hospital perubatan tidak kira hospital kerajaan mahupun hospital swasta. Menurut „Association of Private Hospitals Malaysia‟, pada tahun 2006 , pendapatan negara daripada industri pelancongan kesihatan adalah sebanyak RM203.66 juta (USD 59 million). Kadar pelancong ke Malaysia untuk
  • 5. mendapatkan perkhidmatan perubatan telah meningkat dari tahun 1998 hingga tahun 2008 sebanyak 25.3% (Sulaiman Zakaria dan Rosnah Din, 2010). Kepakaran perubatan di Malaysia adalah yang terbaik dan kebanyakan hospital persendirian di negara ini mempunyai taraf dan kualiti yang diiktiraf antarabangsa. Antara contoh hospital persendirian ataupun swasta adalah Columbia Asia Hospitals, Subang Jaya Medical Centre, Pantai Group of Hospital dan banyak lagi. Manakala hospital kerajaan pula adalah Hospital Besar Kuala Lumpur, Institut Perubatan Respiratori dan sebagainya (Nurlinda Abdullah, 2004). Dengan berkembangnya reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan , semakin ramai pelawat yang datang dari serata dunia untuk mendapatkan rawatan di Malaysia. Hal ini menunjukkan bahawa imej negara kita terserlah dan tinggi dimata dunia. Mereka mempunyai pandangan yang tinggi terhadap perkhidmatan perubatan di sini. 5. PELANCONGAN SUKAN DAN REKREASI Malaysia mempunyai banyak jenis sukan dan rekreasi yang dijadikan sebagai produk pelancongan. Pelancongan sukan dan rekreasi yang dijalankan seperti perlumbaan kereta Formula 1 yang diadakan di Litar Formula 1 Sepang. Litar Formula 1 Sepang mempunyai dua lapis anjung penonton yang boleh menampung 30,000 orang hadirin serta anjung utama yang boleh memuatkan 100,000 orang hadirin (Yahaya Ibrahim, 2008). Sejak Malaysia menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 buat kali pertama pada tahun 1999, Litar Formula 1 Sepang telah menjadi salah sebuah litar yang paling terkenal di kalangan pemandu- pemandu Formula 1. Hal ini dapat membantu memperkenalkan Malaysia sebagai salah sebuah negara sukan permotoran di dunia kepada para peminat sukan. Selain perlumbaan kereta Formula 1, satu lagi produk sukan yang dijalankan adalah kejohanan Dunia Grand Prix Motorsikal yang merupakan sukan permotoran motosikal yang paling utama dimana setaraf dengan Formula 1. Dalam sukan ini telah mendapat penyertaan daripada perlumba-pelumba motosikal terkenal dunia seperti pelumba motosikal dunia iaitu Valentino Rossi di mana Perlumbaan Grand Prix Motorsikal turut diadakan di Litar Sepang. Di Putrajaya, sukan air turut dijalankan yang dikenali sebagai Powerboat yang diadakan di Tasik Putrajaya. Dengan adanya perlancongan sukan dan rekreasi ini, kita dapat menaikkan imej negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu menjadi tuan rumah bagi acara berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana terutamanya ketika menganjurkan sesuatu acara.
  • 6. PENUTUP Tidak dinafikan kepentingan industri pelancongan terhadap peningkatan imej negara dan industri pelancongan ini juga merupakan penjanaan kepada ekonomi negara. Malaysia merupakan lokasi pelancongan tropika yang indah dan berpotensi menarik minat para pelancong tidak kira dari luar ataupun dalam negara (Mohd Razali, 2003). Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memberi jalan kepada pertumbuhan industri-industri yang berkaitan sebagai wahana dalam pembangunan yang maju di Malaysia. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan ekonomi, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan kapal terbang, kebersihan persekitaran semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan yang diiklankan sahaja tetapi ianya juga bergantung kepada cerita-cerita pengalaman para pelancong yang sudah melawat Malaysia (Nurlinda Abdullah , 2004). Daripada cerita-cerita mereka inilah yang membawa kepada pertambahan bilangan pelancong. Jika terdapat insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoron pusat-pusat makanan, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi serta banyak lagi insiden yang lain akan memberi pengalaman yang buruk kepada pelancong dan secara tidak lansung imej negara juga terjejas. Oleh itu , industri pelancongan di Malaysia harus sentiasa menjaga kualiti tempat-tempat pelancongan yang ada, memberi perkhidmatan yang baik, selesa dan berkualiti. Selain menarik hati para pelancong, imej negara Malaysia juga akan meningkat.
  • 7. RUJUKAN Afandi bin Fikri (2007). Pembangunan Kandis Resource Centre, Pemangkin Pelancongan Pendidikan. UTM. Tesis Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (2005) Malaysia, Kajian Separuh Penggal RMK7, (1999) Mohd Razali Agus & Yahaya Ibrahim, (2003). Penilaian Dampak Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd Nurlinda Abdullah (2004). Keberkesanan Pakej Pelancongan Pelajar Yang Ditawarkan Oleh Agensi Pelancongan Perintis. UTM. Tesis Rodger, D. (1998). Leisure, Learning and Travel. Journal of Physical Education. Recreation and Dance . 69 (4), 28-31. Daily Times September 1999. Sulaiman Zakaria dan Rosnah Din (2010), Rancangan Malaysia Ke Sembilan: Siri Ke Arah Negara Maju, Impiana Pubications And Distributors: Kuala Lumpur Yahaya Ibrahim (2008). Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
  • 8. PENULISAN ARTIKEL TAJUK: ELEMEN MANUSIA (PELANCONGAN) NAMA : AWATIF BINTI HAMID NO MATRIK : D20101037790 NO KAD PENGENALAN : 900104-06-5874 SEMESTER : SEMESTER 4 SESI 2012