Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Terengganu Destinasi Mesra Muslim : Peluang dan
cabaran kepada penggiat industri pelancongan.
Pengenalan.
Pemasaran industri pelancongan Islam dianggarkan
bernilai AS$140 bilion (RM366 bilion) pada tahun lalu iaitu
s...
Pelancongan kini menjadi satu gaya hidup.
Keperluan kepada pelancongan dilihat sejajar dengan
gaya hidup manusia yang meme...
1. Segi kepatuhan kepada sistem dan
nilai yang ditetapkan oleh syarak.
2. Kegiatan yang mendapat keredaan
Allah.
3. Kesan ...
Inti pati daripada pelbagai definisi konsep
pelancongan Islam boleh diringkas:
KOMPONEN PELANCONGAN ISLAM.
Pelancong Muslim menginginkan perkhidmatan yang
membolehkan mereka berjalan tanpa meninggalkan...
KEUPAYAN DESTINASI.
Pelancong akan memilih destinasi yang mempunyai tarikan
yang bersesuaian untuk dijadikan pilihan sebag...
KESESUAIAN PENGINAPAN.
Dalam konteks pelancongan Islam, penginapan mestilah bersifat mesra
pengguna Muslim dari segi fasil...
LAYAN TAMU ISLAMI.
Islam mengajar umatnya agar melayan tetamu dengan mesra.
Hos seharusnya mengambil perhatian dari aspek ...
ISU & CABARAN PELANCONGAN ISLAM – TERENGGANU.
1.Penggunaan istilah yang pelbagai merujuk
kepada pelancongan Islam menimbul...
21 Reasons To Visit Terengganu.
1) The Longest Exotic Beach In Malaysia (244 km)
2) The Emerald Island In Malaysia - Pulau...
POTENSI PELANCONGAN ISLAM – TERENGGANU.
PRODUK
KEGIATAN
SEJARAH
DESTINASI
MASJID – PRODUK & DESTINASI.
Islam toursm
Islam toursm
Islam toursm
Islam toursm
Islam toursm
Islam toursm
Islam toursm
Islam toursm
Islam toursm
Islam toursm
Islam toursm
Islam toursm
Islam toursm
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Islam toursm

255 views

Published on

slide Peluang pelancongan islam

Published in: Business
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Islam toursm

  1. 1. Terengganu Destinasi Mesra Muslim : Peluang dan cabaran kepada penggiat industri pelancongan.
  2. 2. Pengenalan. Pemasaran industri pelancongan Islam dianggarkan bernilai AS$140 bilion (RM366 bilion) pada tahun lalu iaitu sebanyak 13 peratus daripada nilai industri pelancongan global. "Nilai industri pelancongan Islam dijangka mencecah AS$200 bilion (RM523 bilion) pada 2020,” Kedudukan Jepun naik sebanyak 10 anak tangga daripada tempat ke-50 pada tahun lalu kepada kedudukan ke-40 daripada 60 negara terlibat, sekali gus menunjukkan peningkatan terbesar dalam industri itu. Jepun mewujudkan beberapa inisiatif, termasuk program kesedaran untuk industri tempatan menerbitkan panduan perjalanan untuk pelancong Islam ke negara matahari terbit itu.
  3. 3. Pelancongan kini menjadi satu gaya hidup. Keperluan kepada pelancongan dilihat sejajar dengan gaya hidup manusia yang memerlukan pergerakan untuk pelbagai tujuan. Menurut Goeldner, Ritchie, dan McIntosh (2000) tujuan mengembara ialah untuk urusan perniagaan, memenuhi kepentingan urusan peribadi, menziarahi rakan dan saudara mara, serta merehatkan diri daripada aktiviti kebiasaan. Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah agensi pemasaran, pelancongan dikelaskan sebagai sektor ketiga terbesar dunia mempunyai permintaan produk dan perkhidmatan halal selepas industri makanan dan kosmetik (Sarah, 2012).
  4. 4. 1. Segi kepatuhan kepada sistem dan nilai yang ditetapkan oleh syarak. 2. Kegiatan yang mendapat keredaan Allah. 3. Kesan yang diperoleh hasil kegiatan pasca pelancongan Pelancongan Islam pada asasnya tidaklah jauh bezanya dengan pelancongan yang dijalankan pada hari ini. Perbezaan yang boleh didapati ialah dari segi prinsip :
  5. 5. Inti pati daripada pelbagai definisi konsep pelancongan Islam boleh diringkas:
  6. 6. KOMPONEN PELANCONGAN ISLAM. Pelancong Muslim menginginkan perkhidmatan yang membolehkan mereka berjalan tanpa meninggalkan perintah Allah SWT. DESTINASI PRODUK KEGIATAN NILAI Motivasi keimanan
  7. 7. KEUPAYAN DESTINASI. Pelancong akan memilih destinasi yang mempunyai tarikan yang bersesuaian untuk dijadikan pilihan sebagai tempat pelancongan. Begitu juga dengan kehendak pelancongan Islam. Keunikan masyarakat atau kebudayaan di suatu destinasi boleh menjadi taruhan kepada pelancongan Islam. Kewujudan warisan Islam seperti masjid atau tempat ibadah samada dari segi kehalusan seni atau keunikan mampu diketengahkan sebagai tarikan untuk memperkenalkan pelancongan Islam kepada umum. KEMUDAHAN MAKANAN HALAL DAN BAIK Makanan merupakan perkara yang amat dititik beratkan dalam Islam. Ia dijaga sebaik mungkin walaupun ketika bermusafir. Dalam konteks pelancongan Islam, makanan yang dihidangkan perlulah halal iaitu tidak mengandungi unsur yang haram atau meragukan. Kesukaran yang sering diperhatikan terutamanya apabila melancong ke negara minoriti umat Islam ialah kesukaran mendapatkan makanan halal.
  8. 8. KESESUAIAN PENGINAPAN. Dalam konteks pelancongan Islam, penginapan mestilah bersifat mesra pengguna Muslim dari segi fasiliti dan perkhidmatan. Ia memberikan nilai tambah dalam menarik minat penginap Muslim. Fasiliti untuk pelanggan seperti terjemahan al-Quran, arah kiblat, sejadah dan lain- lain keperluan. Manakala dari segi perkhidmatan dan operasi juga mestilah patuh kepada syarak. Contoh seperti kolam renang yang berlainan jantina, bilik khas untuk pengguna Muslim, irama nasyid atau lagu-lagu kemanusiaan dikumandangkan atau laungan Azan ketika masuk waktu. Perkara penting dalam penginapan Islam ialah bilik yang selesa dengan harga yang berpatutan. KEGIATAN YANG PATUH SYARIAT . Segala bentuk kegiatan dalam pelancongan mestilah tidak bercanggah dengan ketetapan syarak. Lawatan ke masjid, tempat-tempat bersejarah yang ada kaitan dengan Islam, monumen berciri Islam atau persidangan halal adalah antara bentuk kegiatan yang boleh disi dalam acara pelancongan Islam. Aktiviti yang sedia ada boleh diteruskan selagi ia mematuhi ajaran Islam. Ianya dianggap sebagai satu ibadah kepada Allah SWT.
  9. 9. LAYAN TAMU ISLAMI. Islam mengajar umatnya agar melayan tetamu dengan mesra. Hos seharusnya mengambil perhatian dari aspek spiritual, emosi, intelektual, dan fizikal. Aspek spritual yang perlu dijaga oleh tuan rumah ialah menyediakan kemudahan untuk solat dan makanan halal. Emosi melibatkan menyambut tetamu dengan mesra dengan semangat setiakawan dan budiman. Tuan rumah juga harus memberikan pengalaman pelancongan Islam yang bersifat intelek dengan pengalaman yang bermaklumat dan berpengajaran. NILAI PELANCONGAN. Perbezaan dari segi nilai Islami berbeza dengan pelancongan sedia ada hanya mestilah bersifat patuh syariah. Nilai berbentuk pegangan teguh kepada apa yang dilarang perlulah dijaga dengan sebaik mungkin sebagaimana arahan Allah dalam Al Quran dan Sunah Rasulullah SAW.
  10. 10. ISU & CABARAN PELANCONGAN ISLAM – TERENGGANU. 1.Penggunaan istilah yang pelbagai merujuk kepada pelancongan Islam menimbulkan kekeliruan kepada pelancong dan pengendali pelancong bukan Islam. 2.Produk – kesediaan dan kepatutan ? 3.Think Islamic Tourism, Act Islamic Tourism ? 4.Fokus Tourism Terengganu ? 5.Penguatkuasaan ? 6.Kependidikan Islamic Tourism.
  11. 11. 21 Reasons To Visit Terengganu. 1) The Longest Exotic Beach In Malaysia (244 km) 2) The Emerald Island In Malaysia - Pulau Redang 3) One Of The Most Beautiful Island In The World - Pulau Perhentian. 4) Pretty Little Island With Candat Sotong Activity - Pulau Kapas & Pulau Gemia. 5) The Best Diving Site In Peninsular Malaysia - Pulau Tenggol. 6) The Highest Waterfall In Malaysia (305 metres) - Cemerong Waterfall. 7) Terengganu Delights (Nasi Dagang, Keropok Lekor, Fried Ice Cream, Otak-Otak, Satar & More...). 8) One Of The Finest And Most Famous Traditional Boat Making In The World - Boat Making Industry At Pulau Duyung. 9) The Biggest And Oldest Cengal Tree In Malaysia (1,300 Years Old and 16.75 Metres Diameter) - Pokok Cengal Besar, Hutan Lipur Pasir Raja. 10) The Floating Mosque - Tengku Tengah Zaharah Mosque, Kuala Terengganu. 11) Setiu Wetlands. 12) Teluk Mak Nik, Kemaman Turtle Watching. 13) Abundance Underwater Marine Life - Pulau Lang Tengah. 14) The Largest Man-Made Lake In South East Asia (340 Islands and 14 Waterfalls) - Tasik Kenyir (Kenyir Lake) 15) The Largest Museum In Malaysia - Muzium Negeri Terengganu. 16) Terengganu Peranakan Culture & Heritage (Kg Cina Kuala Terengganu) 17) The Mini Saigon - Memories Of The Boat People, Pulau Bidong 18) The World's Oldest Tropical Rainforest (130 Million Year Old) Tanjong Mentong National Park, Tasik Kenyir 19) The Finest Songket And Batik In Malaysia 20) The Finest Wood Carving In Malaysia. 21) A Malay Culture And Heritage, Experience Mubin Shepherd - Terengganu Is A Cradle Of Malay Civilisation
  12. 12. POTENSI PELANCONGAN ISLAM – TERENGGANU. PRODUK KEGIATAN SEJARAH DESTINASI
  13. 13. MASJID – PRODUK & DESTINASI.

×