K01947 20180507164515 k9 pengurusan tingkah laku dan disiplin
Tugasan moral (sabrina)
1. NAMA : NUR SABRINA BINTI MAT DERUS
NO IC : 850218-06-5036
TAJUK TUGASAN :
MENGAPA USAHA-USAHA KERAJAAN DI MALAYSIA UNTUK MENGATASI
MASALAH KERUNTUHAN MORAL KURANG BERKESAN
Pada pendapat saya, kegagalan kerajaan di Malaysia untuk mengatasi masalah
keruntuhan moral di kalangan remaja adalah kerana kerajaan tidak serius dalam
menangani masalah moral ini. Contohnya kes pembuangan bayi yang semakin
berleluasa pada hari ini. Kerajaan lebih menumpukan masa untuk mencari pesalah
yang membuang bayi tersebut tetapi sepatutnya mereka perlu menutup segala punca
masalah moral seperti mengawal pusat hiburan yang tumbuh bak cendawan. Semakin
banyak beroperasi setelah penguatkuasaan dilakukan. Tindakan kerajaan itu seolah-
olah setakat melepas batuk di tangga. Kerajaan seharusnya memperketatkan peraturan
iklan-iklan yang berunsur lucah di papan iklan mahupun di televisyen dan internet.
Selain itu, kerajaan sepatutnya mewajibkan orang Islam terutamanya pelajar supaya
memakai tudung.
Sebab kedua kerajaan gagal menangani masalah keruntuhan moral adalah kerana
sikap pemimpin itu sendiri yang tidak mengamalkan hidup sebagai umat Islam. Apabila
pemimpin sendiri tidak mengamalkan seperti yang dituntut dalam Islam, bagaimana
hendak memimpin rakyat supaya menjadi orang yang bermoral. Seharusnya pemimpin
mengamalkan cara hidup yang dituntut dalam agama Islam, barulah boleh menjadi
contoh dan ikutan kepada rakyat di bawah pemerintahannya.
Sebab yang ketiga adalah kerana kegagalan institusi pendidikan dalam menerapkan
ilmu agama hingga ke peringkat universiti. Saya mendapati selepas tamat sekolah
menengah dan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti, pengajian agama tidak
berterusan. Ini menjadi punca banyak pelajar universiti pada masa kini terlibat dengan
kes yang tidak bermoral seperti pergaulan bebas sehingga melahirkan bayi luar nikah.
Kebanyakan kes seperti ini tidak diperhebohkan kerana dikhuatiri akan menjatuhkan
2. nama universiti. Disebabkan ingin menjaga nama, pihak universiti sanggup bersubahat
dengan pelajar untuk merahsiakan perkara ini daripada heboh ke pengetahuan pihak
luar. Di sini, pelajar bebas melakukan apa yang dikehendaki tanpa pengawasan dari
pihak universiti. Seharusnya pihak universiti mengamalkan cara pengurusan pelajar
mengikut syariat Islam. Pelajar yang bersalah dari segi perilaku seharusnya dihukum
dengan hukuman yang setimpal sebagai memperingati pelajar lain supaya mereka tidak
mengamalkan perkara yang tidak bermoral dan memalukan diri sendiri.