Your SlideShare is downloading. ×
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BUMI DAN ALAM SEMESTA TAHUN 5
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BUMI DAN ALAM SEMESTA TAHUN 5

18,169
views

Published on


14 Comments
59 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
18,169
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
14
Likes
59
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Open University Malaysia 2013 1 PENGGUNAAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAJIAN LAPANGAN DALAM MATAPELAJARAN SAINS TAHUN LIMA : BUMI DAN ALAM SEMESTA HBEF 2503 KERTAS CADANGAN BUTIR – BUTIR PERIBADI NAMA : MOHD NURUZZAMAN B IZAM NO. MATRIKULASI : 821227136059001 NO. KAD PENGENALAN : 821227136059 NO. TELEFON : 019 – 4380100 014 - 8799534 E-MEL : mohdnuruzzaman@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : MIRI LEARNING CENTRE, MIRI, SARAWAK MAJOR : SAINS TUTOR PENYELIA : EN. MOHD ZAILANI BIN JAYA
  • 2. Open University Malaysia 2013 2 PENGESAHAN Bahawasanya saya Mohd Nuruzzaman bin Izam, nombor kad pengenalan 821227136059 yang sekarang ini menuntut di Open University Malaysia, Pusat Pembelajaran Miri Sarawak mengakui bahawa hasil kertas cadangan ini merupakan hasil saya sendiri dan tidak menciplak daripada mana – mana hasil, karya, penerbitan, jurnal, dan kajian mana – mana pengkaji sekalipun. ............................................................ ( MOHD NURUZZAMAN B IZAM )
  • 3. Open University Malaysia 2013 3 ISI KANDUNGAN BIL. ISI KANDUNGAN MUKA 1 ABSTRAK KAJIAN 4 2 BAB 1 : MASALAH KAJIAN 6 3 BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR KAJIAN 12 4 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 17 5 APPENDIKS 27
  • 4. Open University Malaysia 2013 4 PENGGUNAAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAJIAN LAPANGAN DALAM MATAPELAJARAN SAINS TAHUN LIMA : BUMI DAN ALAM SEMESTA ABSTRAK Kajian ini adalah berfokuskan kepada penggunaan Teknik Kajian Lapangan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Matlamat utama kajian ini dilakukan ialah untuk mengenali sejauh mana teknik pengajaran dan pembelajaran secara eksperimen kajian lapangan dapat merubah pemahaman, sikap dan minat mereka terhadap mata pelajaran Sains yang bertemakan “Bumi dan Alam Semesta”. Kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah berkisarkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang biasa seperti yang biasa seperti teknik perbincangan di dalam kumpulan, simulasi mengenai tajuk dan projek sains di dalam kumpulan. Selain itu, kajian ini juga dilakukan dengan tujuan untuk mengenali bagaimana respon pelajar terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran sebegini dapat mempengaruhi minat mereka terhadap mata pelajaran Sains “Bumi dan Alam Semesta”. Guru – guru Sains Sekolah Rendah khususnya yang mengajar Tahun 5 mungkin telah sedia maklum bahawa tema pembelajaran ini merupakan tema yang paling sukar dikuasai jika bergantung kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dengan secara teori umum dan perbincangan sesama di dalam kelas sahaja. Selain itu, kajian ini memfokuskan tentang persepsi pelajar mengenai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam membantu mereka membina konsep pelajaran. Menurut beberapa kajian yang dijalankan, antara punca kegagalan mata pelajaran Sains adalah kerana pelajar tidak memahami konsep pelajaran dan konsep – konsep yang telah dipelajari. Manakala guru kebiasaannya hanya menerapkan konsep pelajaran secara berpusatkan guru tanpa memberi ruang pelajar memperbaiki dan seterusnya membina konsep pelajaran mereka sendiri di dalam minda mereka. Seterusnya pelajar akan dibantu memahami dan membina kemahiran proses sains (KPS) di dalam minda melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk kajian lapangan. Kemahiran proses sains menurut Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5 (2003), yang digubal dan diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan rangkuman kemahiran yang wajib dikuasai pelajar dalam aktiviti berbentuk eksperiman ( ujikaji dan kajian lapangan). Kemahiran ini lah yang akan
  • 5. Open University Malaysia 2013 5 membantu mereka menjawab soalan – soalan Sains Bahagian B terutama yang terdiri daripada Soalan – Soalan Pemikiran Beraras Tinggi ( HOTS ). Jika kemahiran proses Sains ini tidak dapat dikuasai dalam aktiviti Sains , maka ianya sukar bagi pelajar – pelajar terutama pelajar sekolah rendah untuk memahami konsep pelajaran yang diterapkan menerusi aktiviti tersebut. Melalui kajian lapangan ini juga ia akan membantu pelajar mengenal satu persatu soalan yang mengaitkan dengan kemahiran proses sains.
  • 6. Open University Malaysia 2013 6 BAB 1 : MASALAH KAJIAN 1.1 PENGENALAN Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masalah utama yang masih membendung atau menyelubungi pelajar – pelajar dalam matapelajaran Sains ialah mengenai soalan pada Bahagian B. Ia melibatkan banyak soalan yang memerlukan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif daripada konsep pelajaran yang diterapkan dan kemudian diterjemahkan atau diaplikasikan bergantung dengan soalan yang dikemukakan. Dalam masalah kajian ini, terdapat pelajar yang mengalami masalah dalam memahami konsep atau tersalah konsep (misconception). Masalah yang dihadapi amat kritikal terutama berkaitan dengan Tema Bumi dan Alam Semesta. 1.2 LATAR BELAKANG MASALAH Berikut adalah sedikit sebanyak latar belakang masalah yang dikaji. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya mengenalpasti bbahawa terdapat sebahagian besar pelajar tidak memahami konsep dalam Tajuk : “Kejadian Siang dan Malam”. Saya menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang biasa seperti perbincangan dan penggunaan teknologi video yang telah dimuatturun daripada sumber tertentu mengenai konsep “Kejadian Siang dan Malam” dengan harapan pelajar akan dapat menangkap isi – isi konsep pelajaran yang hendak diterapkan pada hari itu. Seperti biasa pelajar akan diberikan lembaran kerja seperti aktiviti pengukuhan dan pengayaan sejurus selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Namun setelah disemak, hasil kerja yang diberikan oleh pelajar amat mengecewakan. Kemudian saya memberikan lagi aktiviti pemulihan dengan tujuan untuk memulihkan dan memperhalusi pemahaman mereka mengenai konsep pelajaran dari sudut pandangan yang lebih senang. Selain itu, bimbingan berterusan secara individu turut juga diberikan untuk meningkatkan pemahaman mereka di dalam tajuk ini. Malangnya usaha itu turut terbantut apabila sebahagian pelajar gagal menerangkan konsep pelajaran yang betul dan tepat. Mereka lebih cenderung untuk menyatakan “Kejadian Siang dan Malam berpunca daripada pusingan bumi mengelilingi matahari.”
  • 7. Open University Malaysia 2013 7 Pelajar yang menjawab soalan dalam aktiviti pengayaan turut mengalami masalah dari segi penggunaan struktur ayat. Itu merupakan salah satu petanda bahawa pelajar telah masalah memahami konsep pelajaran apabila pelajar menyatakan “pusingan” dan bukannya “putaran”. Pengunaan ayat ini menjelaskan lagi permasalahan ini, terutama jika dinilai dari aspek Kemahiran Proses Sains iaitu membuat hipotesis dan membuat kesimpulan aktiviti pengayaan. Antara kesilapan utama ialah, bumi berpusing mengelilingi matahari dari timur ke barat. Jika difahami dengan lebih teliti, pelajar telah menerangkan konsep yang kurang tepat apatah lagi dari segi teori. Jika mengikut teori, jawapan yang betul untuk konsep ini adalah adalah bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur. Saya juga memberikan satu set soalan ala UPSR berdasarkan pada topik tadi, namun jawapan yang diberikan oleh pelajar amatlah mengecewakan dan tidak menepati konsep yang telah diajar. Majoriti pelajar tidak dapat menguasai Kemahiran Proses Sains yang diuji pada soalan tersebut seperti memerhati, mengelas, membuat inferens, mengawal pembolehubah, meramal dan mentafsir data. Masalah pemahaman konsep ini juga merebak ke Tajuk Sains yang lain seperti Pergerakan Bumi dan Bulan Mengelilingi Matahari dan Fasa – Fasa Bulan. Pelajar – pelajar tidak begitu memahami konsep yang diajar secara teori dan simulasi di dalam kelas. Misalnya mereka menerangkan Pergerakan Bumi sahaja mengelilingi matahari namun tidak kepada bulan. Manakala dalam Tajuk Fasa – Fasa Bulan, pelajar menerangkan fasa – fasa bulan yang terhasil adalah kerana Bulan mempunyai cahaya sendiri. Jawapan ini sebenarnya telah lari daripada konsep pelajaran yang hendak diterapkan, di mana mereka tidak memberikan jawapan yang tepat kerana mendapat jawapan daripada hasil perbincangan dan penerangan guru. Mereka tidak mendapat jawapan daripada konsep pelajaran berdasarkan kajian yang dilakukan sendiri dan merasai sendiri kajian yang mereka lakukan.
  • 8. Open University Malaysia 2013 8 1.3 KERANGKA KONSEP KAJIAN Untuk kajian ini, penggunaan kerangka konsep yang akan digunakan adalah berdasarkan kepada variabel (pembolehubah) yang tidak bersandar dan kepada variabel (pembolehubah) bersandar (dependent). Penerangan kerangka konsep ini adalah seperti berikut : 1.4 MATLAMAT KAJIAN Jika merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Sains (2003) terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, bidang dan aktiviti dalam mata pelajaran Sains bergantung kepada kemahiran – kemahiran dan teknik pengajaran yang hendak diterapkan. Kajian Sains Sekolah Rendah adalah menekan kepada 4 konsep asas iaitu eksperimen, lawatan keluar, projek dan pemerhatian. Di antara pentingnya kajian lapangan ini adalah berdasarkan beberapa aspek. (a) Mengenalpasti kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dalam aktiviti yang berasaskan bumi dan alam semesta. (b) Menjadi sumber rujukan dan kefahaman guru – guru akademik dan pengamal akademik Sekolah Rendah dalam mencari kaedah terbaik mengajar topic ini (c) Meningkatkan minat pelajar dalam mengenal dunia Sains mengenai alam semesta. KAJIAN LAPANGAN PEMAHAMAN SOALAN PANDANGAN PELAJAR KEFAHAMAN TERHADAP TEMA BUMI DAN ALAM SEMESTA
  • 9. Open University Malaysia 2013 9 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Berdasarkan tujuan kajian yang dilampirkan pada, maka tujuan kajian adalah seperti berikut : (a) Mengenalpasti kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran topic Kejadian Siang dan Malam. i. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar di dalam topik ini. ii. Memberi inspirasi kepada guru Sains dalam mengolah teknik pengajaran yang sesuai untuk topik ini. iii. Membuktikan teknik kajian lapangan adalah teknik yang paling sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran dalam topik ini. (b) Menjadi sumber rujukan dan kefahaman guru – guru akademik dan pengamal akademik Sekolah Rendah; i. Rujukan utama guru – guru Sains dalam meningkatkan kefahaman pelajar; ii. Alternatif terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan kebolehan dan tahap pemikiran pelajar. (c) Meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari Sains bertemakan Bumi dan Alam Semesta. 1.6 SIGNIFIKAN KAJIAN Kajian seumpama ini belum pernah lagi dilakukan oleh mana – mana individu, pengamal akademik, institusi dan maktab – maktab perguruan. Ini disebabkan oleh kurangnya kepentingan kajian ini terhadap pelajar – pelajar sekolah rendah. Keputusan kajian ini amat penting untuk para – para guru di Malaysia terutama kepada guru – guru sekolah rendah dan guru Matapelajaran Sains. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai sumber rujukan guru – guru yang sedang menjalani latihan dalam perkhidmatan (LDP), menyambung pelajaran di peringkat tinggi dan juga bakal – bakal guru yang menjalani latihan perguruan di institusi pengajian tinggi.
  • 10. Open University Malaysia 2013 10 1.7 BATASAN KAJIAN Batasan kajian ini adalah terhad kepada pelajar – pelajar sebuah sekolah rendah di Miri, Sarawak. Seramai 16 orang pelajar akan terlibat secara langsung di dalam kajian di mana rata – rata pelajar adalah terdiri daripada pelajar di luar bandar di Niah. Sekolah yang dipilih adalah terletak di pedalaman dan terdiri daripada pelbagai jantina dan taraf sosioekonomi. Keputusan kajian adalah terhad kepada sekolah yang dikaji sahaja. 1.8 DEFINISI ISTILAH Kajian lapangan : Salah satu cabang teknik pengajaran dan pembelajaran berdasarkan eksperimen. Eksperimen jika mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5 (2003) terbahagi kepada dua iaitu ujikaji dan kajian lapangan. Ini merupakan salah satu tunjang dalam membina pemahaman pelajar melalui konsep inkuiri penemuan yang menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Sekolah Rendah. Bumi dan Alam Semesta : Salah satu topik yang wajib dipelajari dan dikuasai oleh pelajar sekolah rendah tahap 2, di mana bertemakan kajian terhadap bumi dan alam semesta. Pemetaan berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4, 5 dan 6 namun dalam kajian ini Tema pada Sains Tahun 5 yang akan dipilih. Aktiviti pengayaan dan pengukuhan : Aktiviti setelah isi dan konsep matapelajaran pada hari itu yang diajar, untuk membantu pelajar dalam latihan dan sebagai latih tubi matapelajaran. Latihan yang diberikan adalah berdasarkan sukatan pelajaran dan melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( HOTS). Kemahiran Proses Sains : prosedur dan kemahiran yang wajib dikuasai semasa pelajar menjalani praktikal dalam amali Sains. Ia terdiri daripada beberapa kemahiran seperti memerhati, mengelas, mengukur dengan menggunakan nombor, membuat inferens, mengawal pembolehubah, mendefinisikan konsep, meramal, berkomunikasi dan mengeksperimen.
  • 11. Open University Malaysia 2013 11 Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) : Salah satu sumber rujukan utama guru – guru dalam merancang isi pengajaran dan pembelajaran untuk minggu persekolahan. Huraian ini diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk setiap guru yang mengajar matapelajaran – matapelajaran tertentu mengikut jadual waktu yang ditetapkan pihak sekolah. Ia juga menjadi sumber rujukan kepada guru untuk membuat Rancangan Tahunan, Rancangan Pelajaran Harian dalam Buku Persediaan Mengajar Guru. Latihan Dalam Perkhidmatan ( LDP ) : Salah satu latihan dan kursus yang dianjurkan pihak jabatan dan agensi tertentu. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan teori baru, pembaharuan yang dilakukan kementerian dan sebagai latihan dalaman. 1.9 RINGKASAN Secara umumnya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah dan cara untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai tema yang ditunjukkan untuk meningkatkan lagi kefahaman pelajar di sekolah. Kajian ini mempunyai singnifikan dengan beberapa kajian sebelumnya tetapi penegasan dilakukan terhadap kajian lapangan dalam mempengaruhi pemahaman pelajar – pelajar itu sendiri.
  • 12. Open University Malaysia 2013 12 BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Dalam bab ini, diturunkan mengenai kajian dan tinjauan literatur yang pernah dilakukan oleh ahli akademik pada beberapa tahun lalu untuk panduan dan rujukan. Literatur berkaitan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran Sains dapat merubah sikap dan mentaliti pelajar terhadap penerimaan konsep sesuatu pelajaran. Ini bertujuan menerangkan bagaimana kajian lapangan ini diimplimentasikan dalam kajian yang akan dijalankan. Kajian lapangan akan menjadi fokus utama dalam merubah pemahaman, sikap dan persepsi pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains Tahun 5. Manakala kajian literatur berfokus kepada kajian – kajian lepas yang meliputi teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Sains Sekolah Rendah. Ianya berfokus bagaimana teknik yang diterapkan dapat mempengaruhi pencapaian dan pemahaman pelajar berdasarkan kajian – kajian yang dilakukan. Terdapat beberapa kajian yang pernah dilakukan oleh guru – guru sebagai kajian tindakan mereka. Ini akan memberi kesan khusu yang meliputi pemahaman pelajar terhadap aplikasi Kemahiran Proses Sains (KPS) dalam menjawab soalan bercirikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
  • 13. Open University Malaysia 2013 13 2.2 LITERATUR BERKAITAN Menurut Norlia Abdul Ghani ( 2012 ) selaku Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za’ba menerusi laman web http://www.adap.com.my/info.php?id=1067, Kerja lapangan dan aktiviti di luar bilik darjah boleh meningkatkan pengetahuan seseorang pelajar. Tambahnya lagi, seseorang pelajar itu perlu diberikan pengalaman sebenar di luar bilik darjah untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan juga motivasi diri seterusnya menjana kecemerlangan. “ Bagi saya memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar adalah suatu aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang begitu berkesan di luar kelas kerana pengalaman itu mereka lalui sendiri berbanding hanya sekadar melihat atau mempelajari sesuatu perkara melalui buku, majalah atau alam siber semata-mata,” Ini memberi penjelasan mengenai kajian lapangan yang dijalankan di luar bilik darjah akan meningkatkan pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu konsep itu. Berbalik kepada kajian yang akan dilakukan, kajian lapangan dalam matapelajaran Sains akan menggunakan teknik pengajaran yang hampir sama iaitu berlandaskan mengenai pengajaran dan pembelajaran di luar kelas untuk mengetahui fenomena yang dikaji seperti Tema Kejadian Bumi dan Alam Semesta. Manakala Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idrus, Mohd Ali Samsudin (2005) di dalam buku Kaedah Mengajar Sains : Panduan Guru Memahami Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Sesuai Bagi Konsep – Konsep Sains juga terbitan PTS Publication Sdn Bhd ada menerangkan mengenai satu subseksyen mengenai kajian lapangan. Menurutnya, kajian lapangan adalah berkaitan dengan eksperimen. “ ... Pengalaman eksperimen dan kajian lapangan yang berkesan dapat menggalakkan dan meningkatkan inkuiri. Perancangan yang teliti memang perlu bagi melaksanakan pendekatan ini dengan berkesan. Guru – guru perlu memastikan tempat yang sesuai, peralatan yang mencukupi dan menyediakan bahan – bahan yang bersesuaian. Kajian lapangan boleh dijadikan konteks bagi pembelajaran berasaskan inkuiri di kalangan pelajar menerusi interaksi secara koperatif bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan pelajar memerhati, membuat inferens dan kesimpulan berdasarkan pengetahuan lampau ataupun sumber –
  • 14. Open University Malaysia 2013 14 sumber lain. Kajian lapangan dan pengalaman di luar kelas yang dirancang dengan teliti memberi pengalaman terus kepada pelajar yang mungkin tidak akan dapat diadakan di dalam kelas.” Kenyataan yang diambil daripada buku ini menerangkan pentingnya kajian lapangan terhadap dunia sains terutama di sekolah. Eksperimen sains boleh dijalankan dengan dua kaedah; ujikaji dan kajian lapangan. Kajian lapangan ini perlu dijalankan apabila sesuatu ujikaji itu tidak dapat dijalankan di dalam kelas seperti Menyiasat Alam Hidupan. Alam hidupan adalah bergantung dengan sumber luaran daripada kelas, jadi ia penting bahawa kajian lapangan diperlukan untuk membuat ujikaji seperti ini. Berbalik kepada Tema Bumi dan Alam Semesta, terdapat juga beberapa tajuk yang boleh dijalankan secara kajian lapangan. Contohnya Kejadian Siang dan Malam, Fasa – Fasa Bulan dan beberapa topik lagi yang difikirkan sesuai. Guru harus merancang kajian lapangan ini dengan teliti untuk memastikan konsep pengajaran dan pembelajaran ini menepati konsep awal pelajaran untuk pelajar.
  • 15. Open University Malaysia 2013 15 2.3 KAJIAN BERKAITAN Antara kajian – kajian yang pernah dilakukan ialah kajian mengenai minat dan sikap pelajar terhadap matapelajaran Sains di sekolah rendah. Kebanyakan kajian adalah berfokus kepada cara untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Sains di Sekolah Rendah, namun pada masa yang sama ia membantu dalam meningkatkan minat dan kefahaman pelajar untuk turut serta di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains Sekolah Rendah. Antara kajian – kajian yang pernah dilakukan adalah tertera di bawah. Stanley Laja Anak Jimbau. (2004) dalam kajian tindakan Mengkaji Minat dan Sikap Serta Cara-Cara Meningkatkan Minat Murid-Murid Terhadap Pembelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Bandaran No.3 Sibu telah membuat dan melaksanakan satu kajian secara menyeluruh terhadap pembelajaran Sains di salah sebuah sekolah di Sibu. Ia berfokus kepada kajian terhadap minat dan persepsi pelajar terhadap matapelajaran Sains. Penilaian juga dilakukan dari segi sikap pelajar dalam pembelajaran Sains. Kajian juga berfokus dengan cara meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran Sains. Pendekatan yang dilakukan oleh beliau lebih kepada sesi soal selidik dan cara meningkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah rendah. Manakala Chin Han Wei dalam Kajian Tentang Teknik – Teknik Untuk Meningkatkan Minat dan Sikap Murid – Murid Terhadap Matapelajaran Sains Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Yuan Kampar telah memfokuskan kajian mengenai cara untuk meningkatkan minat dan sikap terhadap matapelajaran Sains di sebuah sekolah beraliran Cina iaitu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJKC). Kajian ini juga pertama kali dilakukan terhadap sebuah sekolah berteraskan vernakular dan ia mengkaji pelbagai persepsi pelajar di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains sekolah Rendah. Aliran yang diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran Sains mungkin berbeza, namun masih kekal pada matlamat yang sama iaitu meningkatkan mutu dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains di Sekolah Rendah. Aspek keperluan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran Sains turut memainkan peranan dalam membantu guru memberi penerangan berkesan mengenai topik yang akan diajar. Seperti dalam petikan jurnal pendidikan yang disediakan oleh Lilia Halim, Mohd Idris Abdul Hamid, T. Subahan M Meerah dan Kamisah Othman (2006) yang berjudul Analisis
  • 16. Open University Malaysia 2013 16 Keperluan Guru – Guru Sains Sekolah Rendah Dalam Aspek Pengajaran Sains Di Kota Setar, Kedah ; ia menerangkan betapa pentingnya bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dalam merangsang minda dan meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari Sains. Walaupun pada dasarnya ia menerangkan mengenai kepentingan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains namun dengan adanya aktiviti kajian di dalam kelas maka Bahan Bantu Mengajar memainkan peranan penting kepada guru untuk mencapai objektif pengajarannya pada hari itu. Semakin menarik Bahan Bantu Mengajar yang digunakan, semakin baik teknik mengajar yang hendak diterapkan kepada pelajar. Setiap teknik pengajaran dan pembelajaran mempunyai Bahan Bantu Mengajar yang tersendiri bagi mencapai objektif pengajaran guru pada hari itu. 2.4 RINGKASAN Terdapat beberapa kajian dan kenyataan mengenai kajian lapangan dan cara meningkatkan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Sains. Penerangan dan kajian lengkap mengenai teknik kajian lapangan belum dipastikan samada pernah dilakukan sebelum ini, namun sumber – sumber rujukan yang diperoleh dapat memberi gambaran bahawa penggunaan teknik pengajaran yang berlainan daripada kaedah biasa di dalam kelas mampu meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Sains dan melonjakkan kepentingan Sains dalam potensi diri pelajar.
  • 17. Open University Malaysia 2013 17 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Perkara yang akan diperbincangkan di dalam bab ini adalah mengenai aspek yang merangkumi bagaimana kajian ini akan dijalankan Ia menyentuh dari aspek tertentu seperti bentuk kajian yang akan dilakukan, sampel – sampel kajian yang akan dikongsi, lokasi kajian dijalankan, instrumen yang digunapakai dalam kajian, prosedur kajian, teknik mengutip data kajian dan bagaimana data dianalisis. Ini akan menentukan sejauh mana kajian ini dapat membuktikan bagaimana teknik kajian lapangan ini dapat membantu untuk mengubah konsep dan pengetahuan pelajar dalam tema Bumi dan Alam Semesta. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Bentuk kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kajian lapangan yang dihasilkan oleh pelajar itu sendiri sambil mendapat bimbingan daripada guru bagaimana untuk melaksanakannya. Topik yang disenaraikan adalah sesuai untuk dilaksanakan dalam kajian lapangan, jadi kebanyakan hasil pelajar akan direkodkan untuk tujuan perbandingan dan analisis data terhadap pemahaman mereka. Perbandingan tersebut dianalisis antara kefahaman awal pelajar menerusi kaedah perbincangan sesama guru di dalam kelas dengan kaedah kajian lapangan yang berteraskan inkuiri penemuan untuk Tema Bumi dan Alam Semesta. Selain itu, satu set soalan berpandukan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (Bahagian B) akan diedarkan kepada pelajar pada sebelum kajian lapangan dilakukan; yakni semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan selepas kajian lapangan ini dilakukan. Ianya bertujuan untuk pelajar membanding beza pengetahuan awal dan pengetahuan akhir mereka dalam topik yang diperbincangkan. Soalan – soalan yang dikemukakan adalah berlandaskan pada topik : 1. Kejadian Siang Dan Malam; 2. Bumi dan Bulan Beredar Mengelilingi Matahari;
  • 18. Open University Malaysia 2013 18 Setelah itu, borang soal selidik juga akan diedarkan kepada setiap pelajar sejurus selepas kajian lapangan tersebut dilakukan. Ianya digunakan untuk memastikan bagaimana perubahan teknik pengajaran seperti kajian lapangan ini akan mampu meningkatkan kefahaman mereka mengenai konsep Sains dalam Tema Bumi dan Alam Semesta. Soalan – soalan adalah terbahagi kepada beberapa aspek iaitu : ASPEK 1 : Pengetahuan konsep pelajaran ASPEK 2 : Persepsi pelajar terhadap konsep pelajaran. ASPEK 3 : Persepsi pelajar terhadap matapelajaran sains ASPEK 4 : Keberkesanan kaedah dari aspek pelajar ASPEK 5 : Cadangan 3.3 LOKASI KAJIAN Lokasi kajian adalah terletak di Sekolah Kebangsaan Sungai Lamaus, Ulu Niah. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman Bahagian Miri; yang terletak di Daerah Niah Suai. Kategori sekolah merupakan Sekolah Kurang Murid (SKM) di mana responden yang dinilai cuma berjumlah 16 orang pelajar sahaja.
  • 19. Open University Malaysia 2013 19 3.4 POPULASI KAJIAN 3.4.1 Pembangunan Alat – Alat Kajian 1. Instrumen penyelidikan untuk aktiviti Kajian Lapangan Instrumen kajian lapangan adalah berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5 (2013) dan Buku Teks Praktikal Sains Tahun 5 ( 2012 ), terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini merupakan salah satu instrumen yang menjadi sumber rujukan utama dan tidak dapat diubahsuai kerana segala kajian yang akan dilakukan oleh pelajar adalah berdasarkan daripada buku tersebut. Segala kajian yang dilakukan di luar panduan buku teks boleh diubahsuai sedikit asalkan tidak terpesong jauh daripada sukatan yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Di dalam buku tersebut, terdapat beberapa panduan yang lengkap untuk membuat kajian lapangan yang meliputi aspek – aspek Kemahiran Proses Sains (KPS) seperti : 1. TUJUAN AKTIVITI 2. BAHAN / RADAS 3. HIPOTESIS YANG HENDAK DIUJI 4. PANDUAN / LANGKAH – LANGKAH KAJIAN 5. REKOD KEPUTUSAN KAJIAN 6. SOALAN KAJIAN 7. SOALAN SET UPSR Kajian lapangan akan diolah berdasarkan paanduan daripada buku teks praktikal tersebut. Terdapat aspek yang hendak diikuti dalam menjalankan prosedur kajian seperti Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kemahiran Proses Sains adalah salah satu aspek terpenting dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran Sains di dalam konteks kajian lapangan. Ianya suatu sebagai bukti dengan adanya prosedur – prosedur yang diikuti akan membolehkan mereka boleh menguasai aspek – aspek yang dinilai dalam kajian secara tidak langsung. Kemahiran ini yang akan menjadi panduan mereka dalam menjawab soalan Sains terutama Bahagian B. Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada dua iaitu Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif.
  • 20. Open University Malaysia 2013 20 Kemahiran Manipulatif pula menyentuh cara pelajar melibatkan diri dalam pengendalian bahan seperti mengendalikan specimen, radas dan cara membersihkan radas. 2. Set Soalan Selain itu, satu set soalan ala Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diedarkan kepada pelajar untuk menguji sejauh mana kefahaman mereka berbanding teknik pengajaran biasa dan kajian lapangan yang mereka lakukan itu. Pada mulanya ia akan diberikan berdasarkan teknik pengajaran yang berpusatkan kelas dan perbincangan. Ini untuk mengkaji sejauh mana kefahaman mereka pada mulanya berlandaskan teori – teori dan penerangan guru. Kesemua set soalan akan dikumpul dan catatan setiap markah soalan akan direkod dan disediakan dalam bentuk jadual. 3.4.2 Variabel Kajian 1. Set soalan berbentuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (Bahagian B) Set soalan yang sama akan diberikan sejurus selepas aktiviti kajian lapangan itu dilakukan. Ini akan meberi petunjuk kepada sejauh mana impak kajian lapangan ini dapat mempengaruhi mereka di dalam topik yang diajar pada hari itu. Tujuannya adalah membuat penilaian terhadap aspek pemahaman pelajar di dalam konsep pengajaran dan pembelajaran melalui kajian lapangan. Set soalan ini dikumpul semula dan markah akan direkod dan disusun dalam bentuk jadual perbandingan.. Set – set soalan adalah berdasarkan petikan soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan petikan Soalan Ujian Percubaan yang sebenar. 2. Soal selidik Instrumen soal – selidik turut diedarkan bersama selepas kajian lapangan ini dilakukan. Soalan soal selidik adalah diolah dan berdasarkan rujukan daripadaborang soal selidik yang dimuatnaik pada laman web seperti Slideshare. Ia merupakan panduan dalam mengenalpasti perbezaan pemahaman, sikap dan penerimaan pelajar dalam penggunaan teknik atau kaedah kajian lapangan ini berbanding kaedah biasa di dalam kelas. Soalan soal selidik akan dijalankan selepas seminggu kaedah kajian lapangan dilakukan. Edaran soal selidik akan diberikan kepada pelajar di luar waktu pengajaran dan pembelajaran pada Oktober 2013. Seramai 16 belas pelajar akan menjawab soal selidik sebanyak 20 soalan sahaja. Soalan soal selidik adalah berda sarkan jadual penstrukturan item di bawah.
  • 21. Open University Malaysia 2013 21 ASPEK 1 : Pengetahuan Konsep Pelajaran ASPEK 2 : Persepsi Pelajar terhadap Konsep Pelajaran. ASPEK 3 : Persepsi Pelajar Terhadap Sains ASPEK 4 : Keberkesanan Kaedah dari aspek pelajar ASPEK 5 : Cadangan Berikut adalah pecahan item menerusi aspek soal – selidik yang dikemukakan. BIL ASPEK ITEM Pengetahuan Konsep Pelajaran 7 Persepsi Pelajar terhadap Konsep Pelajaran 7 Persepsi Pelajar Terhadap Sains 7 Keberkesanan Kaedah dari aspek pelajar 7 Cadangan 2 JUMLAH 30 3.5 PROSEDUR KAJIAN Topik kajian ini dipilih selepas berbincang dengan tutor penyelia dan rangka kerja telah diambil. Kajian ini bertajuk “ Penggunaan Teknik Kajian Lapangan Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 5 : Bumi dan Alam Semesta”. Salinan Kajian tindakan ini akan dihantar ke pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah yang dipilih untuk menjalankan kajian untuk tindakan dan kelulusan daripada pihak berwajib. Surat permohonan menjalankan akan ditujukan kepada pihak pentadbir sekolah berkenaan. Sampel set soalan yang dikemukakan akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pentadbir sekolah dan guru kelas untuk tindakan mereka sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.
  • 22. Open University Malaysia 2013 22 Borang soal selidik yang digunakan akan dihantar ke pihak pentadbir sekolah dan diselia oleh pihak pentadbir sekolah. Borang soal selidik akan dihantar, diteliti dan dianalisis oleh saya sendiri. 3.6 TATACARA KUTIPAN DATA Untuk aktiviti kajian lapangan, data awal menerusi set soalan dikutip dan diteliti. Ini dilakukan pada sejurus selepas aktiviti kajian lapangan ini dilakukan. Tujuannya untuk membanding beza data awal dan data akhir selepas kajian dilakukan. Kemudian mengenai set soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), perbandingan jawapan adalah berdasarkan jawapan pada pengajaran biasa dan disusuli dengan pengajaran akhir selepas aktiviti dijalankan. Ini untuk mengkaji data – data berdasarkan pemahaman mereka dalam menjawab soalan berdasarkan soalan aplikasi Kemahiran Proses Sains iaitu pada Bahagian B. Borang soal selidik akan diedarkan kepada pelajar. Ia tidak akan dipos tetapi dikendalikan sendiri oleh pengkaji. Guru kelas tersebut akan membantu untuk menjawab soalan soal selidik namun pilihan jawapan adalah terletak pada pelajar itu sendiri. Pelajar akan menjawab dalam tempoh masa 40 minit dengan 30 soalan.
  • 23. Open University Malaysia 2013 23 3.7 TATACARA ANALISIS DATA Analisis data untuk aktiviti Kajian lapangan JENIS SOALAN Markah yang diperolehi Tajuk : ................................................................. Pengajaran Biasa Kajian Lapangan Hipotesis yang dikemukakan Hasil keputusan yang dikemukakan KPS 1 : Memerhati KPS 2 : Mengelas KPS 3 : Membuat inferen KPS 4 : Mengawal pembolehubah (3) KPS 5 : Meramal KPS 6 : Membuat kesimpulan MARKAH PENUH ......... daripada 8 ............. daripada 8
  • 24. Open University Malaysia 2013 24 Analisis data untuk aktiviti 2 : Perbandingan set soalan yang dikemukakan JENIS SOALAN Markah yang diperolehi Tajuk : ................................................................. Pengajaran Biasa Kajian Lapangan SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5 MARKAH PENUH ......... daripada 5 ............. daripada 5
  • 25. Open University Malaysia 2013 25 Analisis data untuk aktiviti 3 : Instrumen soal selidik ASPEK ITEM PECAHAN PERSEPSI 1 Pengetahuan Konsep Pelajaran 1 Tidak Setuju = .......... orang Kurang setuju = ...........orang Bersetuju = ........... orang Sangat setuju = ........... orang INDEKS PERSEPSI = ............ 2 Tidak Setuju = .......... orang Kurang setuju = ...........orang Bersetuju = ........... orang Sangat setuju = ........... orang INDEKS PERSEPSI = ............ 3 Tidak Setuju = .......... orang Kurang setuju = ...........orang Bersetuju = ........... orang Sangat setuju = ........... orang INDEKS PERSEPSI = ............ 4 5 6 7
  • 26. Open University Malaysia 2013 26 3.7 RUMUSAN Terdapat beberapa prosedur tertentu dalam membuat kajian ini. Pertama, aktiviti kajian lapangan harus disediakan terlebih dahulu untuk memastikan pelajar dapat mengikut secara prosedur – prosedur yang termaktub dalam aktiviti. Kemudian, soalan set yang sama akan diedarkan kepada pelajar untuk menentukan pemahaman mereka dalam konsep pelajaran sejurus sebelum dan selepas aktiviti dijalankan supaya satu variabel dapat terhasil. Kemudian pelajar akan dibimbing untuk menjawab instrumen soal selidik. Ini untuk mengenalpasti kefahaman mereka selepas semua aktiviti dijalankan dan mengenalpasti pandangan pelajar sejauh mana aktiviti kajian lapangan ini mempengaruhi pemahaman mereka. Ini akan mencetuskan variabel kedua dalam aspek pemahaman pelajar terhadap Tema Bumi dan Alam Semesta.
  • 27. Open University Malaysia 2013 27 APENDIKS RUJUKAN Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (2005), Kamus Dewan Chin Han Wei (2008), Kajian Tentang Teknik – Teknik Untuk Meningkatkan Minat dan Sikap Murid – Murid Terhadap Matapelajaran Sains Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Yuan Kampar, dipetik dari laman wb http://www.slideshare.net/ChinWei1/kajian- tentang-teknik-teknik-untuk-meningkatkan-minat-dan-sikap-muridmurid-terhadap-mata- pelajaran-sains-di-sekolah-rendah-jenis-kebangsaan-cina-pei-yuan-kampar. Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2012 ), Buku Teks Praktikal Sains Tahun 5, terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum. Lilia Halim, Mohd Idris Abdul Hamid, T. Subahan M Meerah dan Kamisah Othman (2006)Analisis Keperluan Guru – Guru Sains Sekolah Rendah Dalam Aspek Pengajaran Sains Di Kota Setar, Kedah.Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia. Norlia Abdul Ghani ( 2012 ) Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za’ba, Kajian Lapangan Tingkat Pengetahuan, sumber diperolehi menerusi laman web http://www.adap.com.my/info.php?id=1067, Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5, Kementerian Pelajaran Malaysia Stanley Laja Anak Jimbau. (2004) Mengkaji Minat dan Sikap Serta Cara-Cara Meningkatkan Minat Murid-Murid Terhadap Pembelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Bandaran No.3. dipetik daripada laman web http://www.scribd.com/doc/17729664/Kajian- Tindakan-an-Sains. Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idrus, Mohd Ali Samsudin (2005) Kaedah Mengajar Sains : Panduan Guru Memahami Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Sesuai Bagi Konsep – Konsep Sains, PTS Publication Sdn Bhd