SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
LAMPIRAN 2 
RIS 
SEMESTER 1 SESI 2010/2 
KOD & NAMA KURSUS 
HNS 2013 : KENEGARAAN 
TAJUK 
KUMPULAN 
UPSI A03 A112PJJ 
DISEDIAKAN OLEH 
NAMA NO. ID NO. TELEFON 
AMINAH TUN FAIZAH BT YEOP IBRAHIM D20112053359 0175040997 
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. FAUZIAH BT. CHE LEH 
TARIKH SERAH : 06.4.2012 
PEMARKAHAN 
1. 
JUMLAH 
TUGASAN ESEI 1 – BINCANGKAN JENIS-JENIS KERAJAAN BESERTA 
CONTOH YANG SESUAI. 
F
HNS 2013 KENEGARAAN 
ESEI 1 
BINCANGKAN JENIS-JENIS KERAJAAN BESERTA CONTOH YANG SESUAI. 
DEFINISI KERAJAAN 
Kerajaan merujuk kepada institusi yang mengurus dan mentadbir hal ehwal negaranya. 
Menurut definisi Wikipedia, kerajaan ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang 
bertanggungjawab membuat dan melaksanakan undang-undang dan peraturan dalam sesebuah 
kawasan tertentu. Ia juga merujuk kepada kerajaan awam sama ada pada peringkat tempatan, 
kebangsaan mahupun antarabangsa. Saiz sesuatu negara adalah berbeza mengikut kawasan dan 
tujuannya. 
Menurut pengertian Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2000), kerajaan bermaksud 
negeri atau negara yang dikepalai oleh raja atau pemerintah yang bermartabat, mempunyai alat-alat 
kebesaran diraja, bersifat sebagai raja yang memerintah atau mentadbir negara yang 
berperlembagaan membentuk sebuah kerajaan yang bebas dan merdeka. 
Jenis-jenis kerajaan pula merujuk kepada institusi-instusi pemerintahan sesebuah 
kerajaan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Ia boleh 
dikelaskan kepada beberapa jenis dan masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan yang 
tersendiri. Antara sistem kerajaan adalah Demokrasi, Republik, Monarki, Komunis, Sosialis dan 
Totalitarian. 
KEPENTINGAN KERAJAAN SEBAGAI PEMERINTAH 
“ Kerajaan bukan lagi terhad kepada “maintenance of law and order” dan memungut 
hasil, tetapi peranan kerajaan sudah diperluaskan sehingga terlibat dengan semua gerak-geri 
ekonomi, sosial dan politik dalam sesebuah negera yang merdeka”. (Tun Dr. Mahathir 
Mohammad).
Secara umumnya kerajaan berfungsi sebagai pengatur kehidupan dalam sesebuah negara 
untuk mencapai ketertiban dan keamanan negara, kebajikan rakyat, mengeratkan perpaduan dan 
keharmonian, pertahanan dan keamanan dan perhubungan antarabangsa. 
Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab 
menggubal dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai contohnya, institusi atau agensi itu 
adalah seperti Parlimen, Kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dan kementerian. Sistem 
kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan 
negeri dan kewujudan atau tidak wujud raja. Berasaskan pembahagian inilah, maka wujudlah 
jenis-jenis kerajaan yang berbeza antara sesuatu negara. 
JENIS-JENIS KERAJAAN DI DUNIA. 
Terdapat beberapa jenis kerajaan di dunia. Antaranya ialah 
A. Kerajaan Demokrasi 
Definisi Demokrasi 
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan 
struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang 
digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan 
yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. 
Demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu Demo-cracy. `Demo' bererti rakyat atau 
masyarakat dan `cracy' bererti pemerintahan atau undang-undang. Dengan kata lain, rangkaian 
kedua perkataan itu membawa maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala 
digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi 
memang sukar didefinisikan dan sering menyebabkan kontroversi. Tetapi sejak kewujudan 
Athens, demokrasi sering dimaksudkan sebagai kerajaan yang diperintah oleh rakyat. 
Demokrasi boleh dimaksudkan sebagai satu sistem politik yang boleh dikatakan sebagai 
semua rakyat boleh membuat sebarang atau keputusan yang penting tentang polisi awam.
Demokrasi sering digunakan atau diperkatakan sebagai melambangkan kesamaan politik. Ini 
dapat dilihat di mana demokrasi mempunyai sifat atau dasar terbuka dalam politik di mana 
pertandingan parti-parti politik semasa pilihanraya adalah terbuka. Sesiapa sahaja boleh 
bertanding secara terbuka. Pemenangnya akan mewakili rakyat untuk menyatakan sebarang 
dasar atau keputusan rakyat kepada kerajaan. 
Tokoh-tokoh akademik dan politik turut memberikan beberapa maksud mengenai 
demokrasi. Sarjana sains politik iaitu Robert A.Dahl, menyatakan demokrasi adalah suatu sistem 
yang memberi peluang kepada rakyat jelata untuk melibatkan diri dalam pembuatan keputusan 
atau pembentukan dasar. Sementara itu, C.F. Strong pula memberikan maksud demokrasi 
sebagai suatu corak kerajaan yang bergantung kepada persetujuan dan keengganan ramai. Rakyat 
turut mengambil bahagian di dalam pemerintahan melalui wakil dan rakyat yang mempunyai 
kedaulatan. 
Abraham Lincoln pula menyatakan bahawa demokrasi merupakan kerajaan yang 
dipimpin oleh rakyat untuk rakyat yang meliputi undang-undang kebebasan bersuara dan juga 
setiap rakyat untuk rakyat yang meliputi undang-undang kebebasan bersuara dan juga setiap 
individu mendapat hak yang sama. Kesimpulannya maksud demokrasi memang sukar untuk 
dinyatakan. Ia sering berlainan dari pendapat seorang kepada pendapat orang lain. 
Demokrasi terbahagi kepada dua bentuk iaitu 
(i) Demokrasi Langsung iaitu demokrasi di mana dalamnya rakyat terlibat secara terus dalam 
penentuan dasar-dasar awam negara. Ini bermakna rakyat tidak diwakili oleh sesiapapun untuk 
menentukan dasar kerajaan. Rakyat sendiri menentukan dasar kerajaan. Selalunya semua rakyat 
perlu hadir atau bersama dan mengambil bahagian sewaktu membuat dasar. 
Di dalam demokrasi secara langsung tidak mempunyai sebarang parti yang mewakili rakyat. 
Semua rakyat berpeluang melibatkan diri dalam pembentukan sebarang dasar. Dalam demokrasi 
secara langsung tidak ada pilihanraya. Oleh itu, sebarang penyalahgunaan kuasa dielakkan 
apabila rakyat mengundi untuk mengubah pemimpin pada bila-bila masa sahaja 
Manakala dalam demokrasi secara langsung terdapat dua badan iaitu perhimpunan dan majlis.
Majlis mempunyai keahlian yang mewakili secara sama rata bilangan rakyat. Oleh itu tidak 
berlaku konflik yang tegang antara kedua-dua badan tersebut. Negara yang masih lagi 
mengamalkan bentuk kerajaan ini ialah Switzerland. 
(ii) Demokrasi tak langsung pula dikenali sebagai demokrasi secara perwakilan. Ini bermakna 
dasar-dasar kerajaan dibuat oleh orang atau organisasi-organisasi yang dipilih oleh rakyat. 
Di dalam demokrasi tak langsung terdapat pelbagai parti. Contoh salah satu sistem demokrasi tak 
langsung iaitu dalam demokrasi liberal, parti yang menang pilihanraya, dengan majoriti dua 
pertiga dapat membentuk kerajaan. Kuasa parti yang menang dalam melaksanakan sesuatu dasar 
lebih dipentingkan berbanding parti yang kalah dan bilangan ahlinya kurang. Sedangkan dalam 
demokrasi secara langsung semua rakyat berpeluang melibatkan diri dalam pembentukan 
sebarang dasar. Pilihanraya yang berlaku 4-5 tahun sekali sahaja dapat menukar pucuk pimpinan 
dalam demokrasi secara tak langsung. Ini bermakna sebarang penyalahgunaan kuasa sukar untuk 
dielakkan. Dalam demokrasi tak langsung mempunyai tiga badan atau tiga institusi iaitu 
kehakiman, legislatif dan eksekutif. Institusi kehakiman tempat menyelesaikan sebarang masalah 
warganegara atau badan sesebuah negara. Institusi legislatif pula terdiri dari wakil-wakil, yang 
dipilih rakyat yang berperanan membuat, meminda mahupun membatal sesuatu undang-undang 
mengikut kuasa yang ada pada mereka. Institusi Eksekutif pula merupakan pusat utama kerajaan 
yang juga menentukan polisi sesebuah negara. Britain dan Malaysia adalah contoh negara yang 
mengamalkan sistem demokrasi secara tak langsung ini. 
Secara kesimpulannya, demokrasi secara langsung memang paling bagus untuk dilaksanakan 
dalam sesebuah negara. Tetapi bilangan rakyat yang ramai menyebabkan tidak ada 
kemungkinan untuk melaksanakannya secara 100%. Demokrasi secara tak langsung dianggap 
lebih praktikal kerana ia dapat mewakilkan seluruh rakyat. 
Elemen dalam demokrasi 
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi- institusi berikut:
 Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada 
secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan 
memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih 
dari satu kuasa. 
 Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan 
adil 
 Rakyat diberi hak mengundi 
 Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya) 
 Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain 
 Kebebasan persatuan 
 Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. 
Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law 
 Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan 
tanggungjawab sivik. 
B. KERAJAAN REPUBLIK 
Definisi Republik 
Republik merujuk kepada sejenis kerajaan (negara) yang diperintah oleh ketua negara 
yang dipilih oleh rakyat seperti Presiden bertindak sebagai ketua eksekutif . Perkataan ini berasal 
dari bahasa Latin res publica atau “urusan awam” dan ia bermaksud kerajaan dimiliki serta 
dikawal oleh rakyat. Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya dengan republik 
yang paling terkenal iaitu Republik Rom yang telah bertahan dari 509 SM hingga 44SM. Ada 
negara republik yang diperintah secara kuku besi atau totalitarian. Contoh negara republik yang 
amat popular ialah Amerika Syarikat dan India yang dikatakan pemerintahannya lebih menyamai 
demokrasi. Di beberapa buah republik pula, Presidennya memerintah secara kuku besi dan 
bertindak seperti seorang maharaja di negara tersebut. Contoh kerajaan kuku besi ini adalah 
kerajaan pimpinan Bokassa di Republik Afrika Tengah. Ramai berpendapat kerajaan republik 
lebih demokratik berbanding kerajaan raja berperlembagaan.
C. KERAJAAN MONARKI 
Definisi Monarki 
Kerajaan beraja atau Monarki dari bahasa Yunani “monos archein” bermaksud “satu 
pemerintah” merupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara. Monarki atau 
sistem pemerintahan beraja adalah antara sistem tertua di dunia. Pada waktu sekarang hanya 
empat negara mempunyai raja atau monarki mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem 
perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan raja 
atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif. Kerajaan monarki yang sangat jelas 
dapat kita lihat ialah negara Brunei Darussalam, Arab Saudi, Kuwait dan Qatar. 
Perbezaan di antara Raja dan Presiden sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua 
Negara sepanjang hayat manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa 
tertentu. Bagi kebanyakan negara, raja merupakan symbol kesinambungan serta kedaulatan 
negara tersebut. Raja juga biasanya menjadi ketua agama serta panglima besar angkatan tentera 
sesebuah negara. Kebaikan jenis kerajaan ini ialah system beraja ini lebih baik dari presiden 
kerana telah terlatih sejak kecil. Menjadi symbol untuk perpaduan negara. Sistem beraja ini lebih 
stabil berbanding system presiden kerana ia melambangkan kesinambungan pemerintahan. 
Keadaan ini dapat diihat dengan jelas dalam kekacauan dan peperangan saudara di Perancis, 
Jerman, Russia dan China apabila mereka menghapuskan sistem beraja. 
D. KERAJAAN KOMUNIS 
Definisi Komunis 
Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan 
penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan 
dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx 
menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh 
dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk 
kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang 
pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli
masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik 
dan sosial. 
Karl Marx, Pengasas Komunisme. 
Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas 
berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual 
dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. 
Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran 
kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk 
menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut 
Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis 
(borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat 
bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum. 
Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan 
komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Maoisme dan Trotskyisme adalah berakar dari 
Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti 
komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada 
Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.
Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila 
komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa 
"agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat". 
Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia 
pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain. 
Komunisme tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Ini menyebabkan ramai penduduk 
beragama tidak menyokong komunis. Kerajaan komunis juga sering menindas mereka yang 
berpegang kepada agama. 
Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman 
komunis: 
1. Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet) 
2. China (Republik Rakyat China) 
3. Cuba (Republik Cuba) 
4. Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao) 
5. Vietnam (Republik Sosialis Vietnam) 
6. Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea) 
7. Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman ) 
8. Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma) 
9. Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea) 
Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu: 
1. China 
2. Laos 
3. Vietnam 
4. Cuba 
5. Korea Utara 
Sungguhpun begitu, fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur . Hal ini 
dapat dilihat di Negara China sendiri, polisi pemerintah China terhadap pelabur (kapitalis) yang
dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi. Hal ini dapat dilihat dengan 
kebanjiran kilang-kilang di dalam negara China sendiri. 
Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya 
Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk 
sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang 
memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah. 
E. SOSIALIS 
Definisi Sosialis 
Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri 
utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama 
rata. 
Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis 
yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau berkata 
pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja 
kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka. Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan 
semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang 
menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James 
Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert 
Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon. 
Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama. 
Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang 
bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang 
berasal dari Parti Bolshevik di Rusia.
Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah 
golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya 
kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak 
bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara 
kebajikan. 
F. KERAJAAN TOTALITARIAN 
Definisi Totalitarian 
Totalitarianisme merupakan fahaman bahawa sistem pemerintahan yang paling ekstrem 
adalah dengan membenarkan kewujudan satu parti politik sahaja untuk memerintah negara 
secara total. Sistem ini adalah lebih ketara berbanding sistem diktator atau negara polis police 
state dan ia melibatkan propaganda yang berpanjangan untuk memastikan rakyatnya secara rela 
hati akan patuh dengan kerajaan. Kadangkala kerajaan akan mengambil langkah drastik seperti 
membunuh para intelek supaya tiada rakyat yang menentang kerajaan yang total ini. 
Giovanni Gentile, ahli falsafah Itali yang terkenal dengan teori fasismenya telah mula 
menggunakan istilah “totalitario” yang merujuk kepada struktur dan matlamat sebuah negara 
yang baru. Negara baru ini akan mewakili negara bangsa secara total dan memberi bimbingan 
menyeluruh ke arah matlamat nasional.[1]. Beliau menggambarkan totalitarianisme sebagai 
sebuah masyarakat di mana ideologi negara mempunyai pengaruh, jika bukan kuasa, ke atas 
rakyatnya. 
Perkataan ini kerap digunakan oleh Benito Mussolini bagi rejimnya di Itali. Menurutnya, sistem 
ini mempolitikkan segala yang spititual dan kemanusiaan[2]. Sewaktu Perang Dunia II, Hannah 
Arendt seorang ahli falsafah telah mempopularkan konsep ini untuk menunjukkan persamaan di 
antara Nazisme dan Stalinisme sebagai teori-teori sivik. Kebanyakan rejim-rejim fasis dan
komunis telah dianggap sebagai totalitarian walaupun sebahagian besar daripadanya seperti rejim 
Franco di Sepanyol, dan Mussolini di Itali sebelum Perang Dunia II, dan juga rejim komunis 
seperti di Yugoslavia di bawah pimpinan Tito dan China di bawah Deng Xiaoping, adalah lebih 
bersifat autoritarian berbanding totalitarian. 
Namun, terdapat beberapa kerajaan yang lalu yang boleh dianggap sebagai totalitarian. Kerajaan 
Joseph Stalin di Kesatuan Soviet dan kerajaan Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler adalah 
beberapa contoh kerajaan yang totalitarian. Kedua-dua kerajaan ini telah bertahan lama dan 
rakyatnya seolah-olah terperangkap dengan ideologi kerajaannya masing-masing. Khmer Rouge 
di bawah kerajaan Pol Pot yang zalim menunjukkan betapa bahayanya sistem ini kepada 
masyarakat di mana lebih kurang dua juta rakyat Kemboja telah dijadikan mangsa penindasan 
rejim tersebut. 
[sunting] Beberapa andaian dalam sistem totalitarianisme 
Terdapat hujah yang menyatakan totalitarianisme memerlukan seorang tokoh hebat "pemimpin 
agung" yang disanjungi sebagai ketua sesuatu regim. Kebanyakan masyarakat totalitarian 
mempunyai pemimpin seperti model ini - misalnya, Hitler, Stalin, Mao Zedong, Mussolini, Pol 
Pot, dan Kim Il-Sung. Oleh yang demikian ramai cendikiawan tidak menganggap era-Brezhnev 
Soviet dan kebanyakan negara Perjanjian Warsaw sebagai totalitarian. Namun, apabila kerajaan-kerajaan 
ini tumbang, sebahagian besar penduduknya dan para intelek di negara tersebut 
mengatakan pengalaman mereka ketika itu adalah sememangnya totalitarianisme. Oleh itu, 
pemimpin yang berkarisma tidak semestinya perlu di dalam sistem totalitarianisme. 
Kebanyakan cendekiawan dalam bidang totalitarianisme seperti Karl Popper, Hannah Arendt, 
Carl Friedrich, Zbigniew Brzezinski, dan Juan Linz mempunyai pandangan berbeza mengenai 
totalitarianisme. Namun mereka semua bersetuju terdapat beberapa elemen yang sama dalam 
kerajaan totalitarian. Antaranya adalah[3]: 
1. Percubaan untuk mengerahkan kesemua penduduk negara untuk menyokong ideologi 
rasmi negara. Semasa Rapat di Nuremberg 1934. kerajaan Nazi bawah pimpinan Adolf 
Hitler telah berjaya mengumpulkan lebih sejuta rakyat Jerman[4]. 
2. Sikap tidak toleransi terhadap sebarang aktiviti yang bukan ke arah matlamat negara
3. Regim Totalitarian akan mengekalkan kuasa melalui pelbagai cara seperti mewujudkan 
polis rahsia, propaganda melalui media yang dikawal kerajaan, menyekat kebebasan 
bersuara termasuk kritikan, penggunaan pengawasan yang berleluasa atau mass 
surveillance dan menggunakan taktik untuk menakutkan rakyat atau terror tactics. 
[sunting] Senarai Negara Totalitarian 
[sunting] Nota dan rujukan 
KESIMPULAN 
Secara keseluruhannya, keenam-enam jenis kerajaan ini mempunyai kebaikannya yang 
tersendiri dari segi pentadbiran. Namun begitu, kebanyakan negara memilih kerajaan demokrasi 
kerana kerajaannya lebih peka, prihatin dan teliti dalam melaksanakan sesuatu dasar untuk 
memberi yang terbaik kepada rakyat. Keburukannya pula akan wujud permusuhan dan 
pergaduhan antara pihak pembangkang dan kerajaan sehingga gagal mencapai persetujuan antara 
kedua pihak. Keadaan ini juga boleh kita lihat dengan jelas di dalam negara kita Malaysia. 
Dalam system pemerintahan kerajaan republic, kuasa pemerintahan terletak di tangan 
seorang individu atau sesebuah parti politik. Rakyat tidak memilih parti yang memerintah 
sebaliknya hanya memilih bakal presiden sahaja. 
Sebaliknya pula dalam system pemerintahan kerajaan monarki, kuasa sepenuhnya 
terletak dalam tangan seorang raja. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan 
negaranya. Sekiranya pemerintahan raja itu lemah akan mudah goyahlah kerajaan pimpinannya. 
Berbeza dengan pemerintahan kerajaan komunis. Bentuk kerajaan ini mempunyai 
persaingan politik yang terhad kerana kuasa dikawal oleh golongan elit tertentu terutamanya 
tentera. Rakyat dikawal dan dipaksa untuk mematuhi dan mengikut segala arahan kerajaan. 
Kebebasan awam amat terhad. 
Dalam pemerintahan kerajaan sosialis pula, antara kelemahan system ini ialah rakyat 
terpaksa mengorbankan kebebasan peribadinya dan harta milik peribadinya juga. Pendidikan 
moral juga tidak dipentingkan dalam pemerintahan kerajaan ini. Sistem pemerintahan ini lebih 
kepada system dictator.
Sistem pemerintahan Totalitarian juga menyamai kerajaan sosialis kerana ia hanya 
membenarkan kewujudan satu parti sahaja. Rakyatnya juga dipaksa menurut dan mentaati 
pemerintah. Kuasa dimiliki oleh pemerintah yang menguasai pihak tentera dan system 
komunikasi. Kebebasan rakyat sememangnya disekat oleh pemerintah. Kerajaan Totalitarian 
yang pernah wujud pada suatu ketika dahulu ialah pemerintahan Adolf Hitler (Jerman), 
Mussollini (Itali) dan Stalin (Russia).
RUJUKAN 
 http://ms.wikipedia.org/wiki/demokrasi 
 http://ms.wikipedia.org/wiki/komunis 
 http://ms.wikipedia.org/wiki/sosialis 
 http://ms.wikipedia.org/wiki/totalitarian 
 http://ms.wikipedia.org/wiki/republik 
 http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal 
 http:/notapismp.blogspot.com/2010/03/pengelasan-sistem kerajaan 
 “Darjat tidak datang bergolek”, Utusan Online, 15 Februari 2005 
 Stanley G. Payne, Fascism: Comparison and Definition (UW Press, 1980), porn. 73 
 G. Gentile & B. Mussolini dalam "La dottrina del fascismo" 1937 
 Brown, Archie, et al, eds.:The Cambridge Encyclopedia of Russia and the Soviet Union 
(Cambridge, UK: Cambridge University Press, 1982). 
 Gilbert, Martin: The Routledge Atlas of Russian History (London: Routledge, 2002). 
 Goldman, Minton: The Soviet Union and Eastern Europe (Connecticut: Global Studies, 
Dushkin Publishing Group, Inc., 1986). 
 Howe, G. Melvyn: The Soviet Union: A Geographical Survey 2nd. edn. (Estover, UK: 
MacDonald and Evans, 1983). 
 Katz, Zev, ed.: Handbook of Major Soviet Nationalities (New York: Free Press, 1975). 
 Rizzi, Bruno: "The bureaucratization of the world : the first English ed. of the 
underground Marxist classic that analyzed class exploitation in the USSR" , New York, 
NY : Free Press, 1985 
 ↑ "Communism - Marxism & The Communist Manifesto". AllAboutPhilosophy.org.

More Related Content

What's hot

Indahnya hak & kewajiban dalam demokrasi
Indahnya hak & kewajiban dalam demokrasiIndahnya hak & kewajiban dalam demokrasi
Indahnya hak & kewajiban dalam demokrasiMaria Widhi Astuti
 
Sejarah perkembngan demokrasi
Sejarah perkembngan demokrasiSejarah perkembngan demokrasi
Sejarah perkembngan demokrasiUmi Rosyidah
 
Perkembangan Demokrasi di Indonesia
Perkembangan Demokrasi di IndonesiaPerkembangan Demokrasi di Indonesia
Perkembangan Demokrasi di IndonesiaHera Fitra
 
Demokrasi dan pelaksanaannya di indonesia
Demokrasi dan pelaksanaannya di indonesiaDemokrasi dan pelaksanaannya di indonesia
Demokrasi dan pelaksanaannya di indonesiaRisa Saraswani
 
PPT Demokrasi (Democracy and Rule of Law)
PPT Demokrasi (Democracy and Rule of Law)PPT Demokrasi (Democracy and Rule of Law)
PPT Demokrasi (Democracy and Rule of Law)miaakmt
 
Demokrasi dan Implementasi
Demokrasi dan ImplementasiDemokrasi dan Implementasi
Demokrasi dan Implementasiafifahdhaniyah
 
Penerapan demokrasi di indonesia
Penerapan demokrasi di indonesiaPenerapan demokrasi di indonesia
Penerapan demokrasi di indonesiaSiti Fatimah
 

What's hot (16)

Indahnya hak & kewajiban dalam demokrasi
Indahnya hak & kewajiban dalam demokrasiIndahnya hak & kewajiban dalam demokrasi
Indahnya hak & kewajiban dalam demokrasi
 
Demokrasi
DemokrasiDemokrasi
Demokrasi
 
Demokrasi
DemokrasiDemokrasi
Demokrasi
 
Sejarah perkembngan demokrasi
Sejarah perkembngan demokrasiSejarah perkembngan demokrasi
Sejarah perkembngan demokrasi
 
Makalah demokrasi
Makalah demokrasiMakalah demokrasi
Makalah demokrasi
 
Makalah demokrasi
Makalah demokrasiMakalah demokrasi
Makalah demokrasi
 
Perkembangan Demokrasi di Indonesia
Perkembangan Demokrasi di IndonesiaPerkembangan Demokrasi di Indonesia
Perkembangan Demokrasi di Indonesia
 
Demokrasi ppt
Demokrasi pptDemokrasi ppt
Demokrasi ppt
 
Demokrasi
DemokrasiDemokrasi
Demokrasi
 
Demokrasi dan pelaksanaannya di indonesia
Demokrasi dan pelaksanaannya di indonesiaDemokrasi dan pelaksanaannya di indonesia
Demokrasi dan pelaksanaannya di indonesia
 
Makalalah demokrasi pancasila
Makalalah  demokrasi pancasilaMakalalah  demokrasi pancasila
Makalalah demokrasi pancasila
 
PPT Demokrasi (Democracy and Rule of Law)
PPT Demokrasi (Democracy and Rule of Law)PPT Demokrasi (Democracy and Rule of Law)
PPT Demokrasi (Democracy and Rule of Law)
 
NILAI NILAI DEMOKRASI
NILAI NILAI DEMOKRASINILAI NILAI DEMOKRASI
NILAI NILAI DEMOKRASI
 
Demokrasi dan Implementasi
Demokrasi dan ImplementasiDemokrasi dan Implementasi
Demokrasi dan Implementasi
 
Demokrasi
DemokrasiDemokrasi
Demokrasi
 
Penerapan demokrasi di indonesia
Penerapan demokrasi di indonesiaPenerapan demokrasi di indonesia
Penerapan demokrasi di indonesia
 

Similar to Hns 2013 kenegaraan esei 1 - bincangkan jenis-jenis kerajaan

Bentuk,macam,dan prinsip Demokrasi (BAB 2) Kelas XI.doc
Bentuk,macam,dan prinsip Demokrasi (BAB 2) Kelas XI.docBentuk,macam,dan prinsip Demokrasi (BAB 2) Kelas XI.doc
Bentuk,macam,dan prinsip Demokrasi (BAB 2) Kelas XI.docEmir Harahap
 
PPT Kelompok 7 Kewarganegaraan.pptx
PPT Kelompok 7 Kewarganegaraan.pptxPPT Kelompok 7 Kewarganegaraan.pptx
PPT Kelompok 7 Kewarganegaraan.pptxAndriParnaungan
 
Hakikat demokrasi
Hakikat demokrasiHakikat demokrasi
Hakikat demokrasiestri
 
Demokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasi
Demokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasiDemokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasi
Demokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasiAriz Frends
 
Makalah demokrasi
Makalah demokrasiMakalah demokrasi
Makalah demokrasiWarnet Raha
 
Demokrasi dalam Kehidupan Bermasyarakat, Berbangsa, dan Bernegara
Demokrasi dalam Kehidupan Bermasyarakat, Berbangsa, dan BernegaraDemokrasi dalam Kehidupan Bermasyarakat, Berbangsa, dan Bernegara
Demokrasi dalam Kehidupan Bermasyarakat, Berbangsa, dan BernegaraHana Medina
 
Bab 4 demokrasi_indonesia
Bab 4 demokrasi_indonesiaBab 4 demokrasi_indonesia
Bab 4 demokrasi_indonesiaTitikbudiarti
 
Kewarganegaraan (KWN)_Demokrasi
Kewarganegaraan (KWN)_DemokrasiKewarganegaraan (KWN)_Demokrasi
Kewarganegaraan (KWN)_Demokrasinoussevarenna
 
sejarah dan Pengertian Demokrasi.pptx
sejarah dan Pengertian Demokrasi.pptxsejarah dan Pengertian Demokrasi.pptx
sejarah dan Pengertian Demokrasi.pptxChandraSergioAguero
 

Similar to Hns 2013 kenegaraan esei 1 - bincangkan jenis-jenis kerajaan (20)

Bentuk,macam,dan prinsip Demokrasi (BAB 2) Kelas XI.doc
Bentuk,macam,dan prinsip Demokrasi (BAB 2) Kelas XI.docBentuk,macam,dan prinsip Demokrasi (BAB 2) Kelas XI.doc
Bentuk,macam,dan prinsip Demokrasi (BAB 2) Kelas XI.doc
 
PPT Kelompok 7 Kewarganegaraan.pptx
PPT Kelompok 7 Kewarganegaraan.pptxPPT Kelompok 7 Kewarganegaraan.pptx
PPT Kelompok 7 Kewarganegaraan.pptx
 
Hakikat demokrasi
Hakikat demokrasiHakikat demokrasi
Hakikat demokrasi
 
Demokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasi
Demokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasiDemokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasi
Demokrasi di indonesia pasca reformasi adalah demokrasi
 
Sistem Pemerintahan di Dunia
Sistem Pemerintahan di Dunia Sistem Pemerintahan di Dunia
Sistem Pemerintahan di Dunia
 
PENGERTIAN DEMOKRASI.pptx
PENGERTIAN DEMOKRASI.pptxPENGERTIAN DEMOKRASI.pptx
PENGERTIAN DEMOKRASI.pptx
 
Babi 5~1
Babi 5~1Babi 5~1
Babi 5~1
 
Makalah demokrasi
Makalah demokrasiMakalah demokrasi
Makalah demokrasi
 
Makalah demokrasi
Makalah demokrasiMakalah demokrasi
Makalah demokrasi
 
Makalah demokrasi (2)
Makalah demokrasi (2)Makalah demokrasi (2)
Makalah demokrasi (2)
 
Makalah demokrasi
Makalah demokrasiMakalah demokrasi
Makalah demokrasi
 
Demokrasi dalam Kehidupan Bermasyarakat, Berbangsa, dan Bernegara
Demokrasi dalam Kehidupan Bermasyarakat, Berbangsa, dan BernegaraDemokrasi dalam Kehidupan Bermasyarakat, Berbangsa, dan Bernegara
Demokrasi dalam Kehidupan Bermasyarakat, Berbangsa, dan Bernegara
 
Bab 4 demokrasi_indonesia
Bab 4 demokrasi_indonesiaBab 4 demokrasi_indonesia
Bab 4 demokrasi_indonesia
 
demokrasi.pptx
demokrasi.pptxdemokrasi.pptx
demokrasi.pptx
 
Artikel jadi
Artikel jadiArtikel jadi
Artikel jadi
 
Kewarganegaraan (KWN)_Demokrasi
Kewarganegaraan (KWN)_DemokrasiKewarganegaraan (KWN)_Demokrasi
Kewarganegaraan (KWN)_Demokrasi
 
Artikel jadi
Artikel jadiArtikel jadi
Artikel jadi
 
sejarah dan Pengertian Demokrasi.pptx
sejarah dan Pengertian Demokrasi.pptxsejarah dan Pengertian Demokrasi.pptx
sejarah dan Pengertian Demokrasi.pptx
 
DEMOKRASI.pptx
DEMOKRASI.pptxDEMOKRASI.pptx
DEMOKRASI.pptx
 
Natural aceh
Natural acehNatural aceh
Natural aceh
 

Recently uploaded

Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Hns 2013 kenegaraan esei 1 - bincangkan jenis-jenis kerajaan

  • 1. LAMPIRAN 2 RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2 KOD & NAMA KURSUS HNS 2013 : KENEGARAAN TAJUK KUMPULAN UPSI A03 A112PJJ DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON AMINAH TUN FAIZAH BT YEOP IBRAHIM D20112053359 0175040997 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. FAUZIAH BT. CHE LEH TARIKH SERAH : 06.4.2012 PEMARKAHAN 1. JUMLAH TUGASAN ESEI 1 – BINCANGKAN JENIS-JENIS KERAJAAN BESERTA CONTOH YANG SESUAI. F
  • 2. HNS 2013 KENEGARAAN ESEI 1 BINCANGKAN JENIS-JENIS KERAJAAN BESERTA CONTOH YANG SESUAI. DEFINISI KERAJAAN Kerajaan merujuk kepada institusi yang mengurus dan mentadbir hal ehwal negaranya. Menurut definisi Wikipedia, kerajaan ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan undang-undang dan peraturan dalam sesebuah kawasan tertentu. Ia juga merujuk kepada kerajaan awam sama ada pada peringkat tempatan, kebangsaan mahupun antarabangsa. Saiz sesuatu negara adalah berbeza mengikut kawasan dan tujuannya. Menurut pengertian Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2000), kerajaan bermaksud negeri atau negara yang dikepalai oleh raja atau pemerintah yang bermartabat, mempunyai alat-alat kebesaran diraja, bersifat sebagai raja yang memerintah atau mentadbir negara yang berperlembagaan membentuk sebuah kerajaan yang bebas dan merdeka. Jenis-jenis kerajaan pula merujuk kepada institusi-instusi pemerintahan sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Ia boleh dikelaskan kepada beberapa jenis dan masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Antara sistem kerajaan adalah Demokrasi, Republik, Monarki, Komunis, Sosialis dan Totalitarian. KEPENTINGAN KERAJAAN SEBAGAI PEMERINTAH “ Kerajaan bukan lagi terhad kepada “maintenance of law and order” dan memungut hasil, tetapi peranan kerajaan sudah diperluaskan sehingga terlibat dengan semua gerak-geri ekonomi, sosial dan politik dalam sesebuah negera yang merdeka”. (Tun Dr. Mahathir Mohammad).
  • 3. Secara umumnya kerajaan berfungsi sebagai pengatur kehidupan dalam sesebuah negara untuk mencapai ketertiban dan keamanan negara, kebajikan rakyat, mengeratkan perpaduan dan keharmonian, pertahanan dan keamanan dan perhubungan antarabangsa. Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai contohnya, institusi atau agensi itu adalah seperti Parlimen, Kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dan kementerian. Sistem kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan negeri dan kewujudan atau tidak wujud raja. Berasaskan pembahagian inilah, maka wujudlah jenis-jenis kerajaan yang berbeza antara sesuatu negara. JENIS-JENIS KERAJAAN DI DUNIA. Terdapat beberapa jenis kerajaan di dunia. Antaranya ialah A. Kerajaan Demokrasi Definisi Demokrasi Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. Demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu Demo-cracy. `Demo' bererti rakyat atau masyarakat dan `cracy' bererti pemerintahan atau undang-undang. Dengan kata lain, rangkaian kedua perkataan itu membawa maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi memang sukar didefinisikan dan sering menyebabkan kontroversi. Tetapi sejak kewujudan Athens, demokrasi sering dimaksudkan sebagai kerajaan yang diperintah oleh rakyat. Demokrasi boleh dimaksudkan sebagai satu sistem politik yang boleh dikatakan sebagai semua rakyat boleh membuat sebarang atau keputusan yang penting tentang polisi awam.
  • 4. Demokrasi sering digunakan atau diperkatakan sebagai melambangkan kesamaan politik. Ini dapat dilihat di mana demokrasi mempunyai sifat atau dasar terbuka dalam politik di mana pertandingan parti-parti politik semasa pilihanraya adalah terbuka. Sesiapa sahaja boleh bertanding secara terbuka. Pemenangnya akan mewakili rakyat untuk menyatakan sebarang dasar atau keputusan rakyat kepada kerajaan. Tokoh-tokoh akademik dan politik turut memberikan beberapa maksud mengenai demokrasi. Sarjana sains politik iaitu Robert A.Dahl, menyatakan demokrasi adalah suatu sistem yang memberi peluang kepada rakyat jelata untuk melibatkan diri dalam pembuatan keputusan atau pembentukan dasar. Sementara itu, C.F. Strong pula memberikan maksud demokrasi sebagai suatu corak kerajaan yang bergantung kepada persetujuan dan keengganan ramai. Rakyat turut mengambil bahagian di dalam pemerintahan melalui wakil dan rakyat yang mempunyai kedaulatan. Abraham Lincoln pula menyatakan bahawa demokrasi merupakan kerajaan yang dipimpin oleh rakyat untuk rakyat yang meliputi undang-undang kebebasan bersuara dan juga setiap rakyat untuk rakyat yang meliputi undang-undang kebebasan bersuara dan juga setiap individu mendapat hak yang sama. Kesimpulannya maksud demokrasi memang sukar untuk dinyatakan. Ia sering berlainan dari pendapat seorang kepada pendapat orang lain. Demokrasi terbahagi kepada dua bentuk iaitu (i) Demokrasi Langsung iaitu demokrasi di mana dalamnya rakyat terlibat secara terus dalam penentuan dasar-dasar awam negara. Ini bermakna rakyat tidak diwakili oleh sesiapapun untuk menentukan dasar kerajaan. Rakyat sendiri menentukan dasar kerajaan. Selalunya semua rakyat perlu hadir atau bersama dan mengambil bahagian sewaktu membuat dasar. Di dalam demokrasi secara langsung tidak mempunyai sebarang parti yang mewakili rakyat. Semua rakyat berpeluang melibatkan diri dalam pembentukan sebarang dasar. Dalam demokrasi secara langsung tidak ada pilihanraya. Oleh itu, sebarang penyalahgunaan kuasa dielakkan apabila rakyat mengundi untuk mengubah pemimpin pada bila-bila masa sahaja Manakala dalam demokrasi secara langsung terdapat dua badan iaitu perhimpunan dan majlis.
  • 5. Majlis mempunyai keahlian yang mewakili secara sama rata bilangan rakyat. Oleh itu tidak berlaku konflik yang tegang antara kedua-dua badan tersebut. Negara yang masih lagi mengamalkan bentuk kerajaan ini ialah Switzerland. (ii) Demokrasi tak langsung pula dikenali sebagai demokrasi secara perwakilan. Ini bermakna dasar-dasar kerajaan dibuat oleh orang atau organisasi-organisasi yang dipilih oleh rakyat. Di dalam demokrasi tak langsung terdapat pelbagai parti. Contoh salah satu sistem demokrasi tak langsung iaitu dalam demokrasi liberal, parti yang menang pilihanraya, dengan majoriti dua pertiga dapat membentuk kerajaan. Kuasa parti yang menang dalam melaksanakan sesuatu dasar lebih dipentingkan berbanding parti yang kalah dan bilangan ahlinya kurang. Sedangkan dalam demokrasi secara langsung semua rakyat berpeluang melibatkan diri dalam pembentukan sebarang dasar. Pilihanraya yang berlaku 4-5 tahun sekali sahaja dapat menukar pucuk pimpinan dalam demokrasi secara tak langsung. Ini bermakna sebarang penyalahgunaan kuasa sukar untuk dielakkan. Dalam demokrasi tak langsung mempunyai tiga badan atau tiga institusi iaitu kehakiman, legislatif dan eksekutif. Institusi kehakiman tempat menyelesaikan sebarang masalah warganegara atau badan sesebuah negara. Institusi legislatif pula terdiri dari wakil-wakil, yang dipilih rakyat yang berperanan membuat, meminda mahupun membatal sesuatu undang-undang mengikut kuasa yang ada pada mereka. Institusi Eksekutif pula merupakan pusat utama kerajaan yang juga menentukan polisi sesebuah negara. Britain dan Malaysia adalah contoh negara yang mengamalkan sistem demokrasi secara tak langsung ini. Secara kesimpulannya, demokrasi secara langsung memang paling bagus untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara. Tetapi bilangan rakyat yang ramai menyebabkan tidak ada kemungkinan untuk melaksanakannya secara 100%. Demokrasi secara tak langsung dianggap lebih praktikal kerana ia dapat mewakilkan seluruh rakyat. Elemen dalam demokrasi Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi- institusi berikut:
  • 6.  Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.  Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil  Rakyat diberi hak mengundi  Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)  Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain  Kebebasan persatuan  Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law  Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik. B. KERAJAAN REPUBLIK Definisi Republik Republik merujuk kepada sejenis kerajaan (negara) yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih oleh rakyat seperti Presiden bertindak sebagai ketua eksekutif . Perkataan ini berasal dari bahasa Latin res publica atau “urusan awam” dan ia bermaksud kerajaan dimiliki serta dikawal oleh rakyat. Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya dengan republik yang paling terkenal iaitu Republik Rom yang telah bertahan dari 509 SM hingga 44SM. Ada negara republik yang diperintah secara kuku besi atau totalitarian. Contoh negara republik yang amat popular ialah Amerika Syarikat dan India yang dikatakan pemerintahannya lebih menyamai demokrasi. Di beberapa buah republik pula, Presidennya memerintah secara kuku besi dan bertindak seperti seorang maharaja di negara tersebut. Contoh kerajaan kuku besi ini adalah kerajaan pimpinan Bokassa di Republik Afrika Tengah. Ramai berpendapat kerajaan republik lebih demokratik berbanding kerajaan raja berperlembagaan.
  • 7. C. KERAJAAN MONARKI Definisi Monarki Kerajaan beraja atau Monarki dari bahasa Yunani “monos archein” bermaksud “satu pemerintah” merupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara. Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah antara sistem tertua di dunia. Pada waktu sekarang hanya empat negara mempunyai raja atau monarki mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif. Kerajaan monarki yang sangat jelas dapat kita lihat ialah negara Brunei Darussalam, Arab Saudi, Kuwait dan Qatar. Perbezaan di antara Raja dan Presiden sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua Negara sepanjang hayat manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa tertentu. Bagi kebanyakan negara, raja merupakan symbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Raja juga biasanya menjadi ketua agama serta panglima besar angkatan tentera sesebuah negara. Kebaikan jenis kerajaan ini ialah system beraja ini lebih baik dari presiden kerana telah terlatih sejak kecil. Menjadi symbol untuk perpaduan negara. Sistem beraja ini lebih stabil berbanding system presiden kerana ia melambangkan kesinambungan pemerintahan. Keadaan ini dapat diihat dengan jelas dalam kekacauan dan peperangan saudara di Perancis, Jerman, Russia dan China apabila mereka menghapuskan sistem beraja. D. KERAJAAN KOMUNIS Definisi Komunis Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli
  • 8. masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Karl Marx, Pengasas Komunisme. Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum. Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Maoisme dan Trotskyisme adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.
  • 9. Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa "agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat". Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain. Komunisme tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Ini menyebabkan ramai penduduk beragama tidak menyokong komunis. Kerajaan komunis juga sering menindas mereka yang berpegang kepada agama. Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis: 1. Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet) 2. China (Republik Rakyat China) 3. Cuba (Republik Cuba) 4. Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao) 5. Vietnam (Republik Sosialis Vietnam) 6. Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea) 7. Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman ) 8. Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma) 9. Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea) Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu: 1. China 2. Laos 3. Vietnam 4. Cuba 5. Korea Utara Sungguhpun begitu, fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur . Hal ini dapat dilihat di Negara China sendiri, polisi pemerintah China terhadap pelabur (kapitalis) yang
  • 10. dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi. Hal ini dapat dilihat dengan kebanjiran kilang-kilang di dalam negara China sendiri. Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah. E. SOSIALIS Definisi Sosialis Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata. Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau berkata pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka. Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon. Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama. Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang berasal dari Parti Bolshevik di Rusia.
  • 11. Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan. F. KERAJAAN TOTALITARIAN Definisi Totalitarian Totalitarianisme merupakan fahaman bahawa sistem pemerintahan yang paling ekstrem adalah dengan membenarkan kewujudan satu parti politik sahaja untuk memerintah negara secara total. Sistem ini adalah lebih ketara berbanding sistem diktator atau negara polis police state dan ia melibatkan propaganda yang berpanjangan untuk memastikan rakyatnya secara rela hati akan patuh dengan kerajaan. Kadangkala kerajaan akan mengambil langkah drastik seperti membunuh para intelek supaya tiada rakyat yang menentang kerajaan yang total ini. Giovanni Gentile, ahli falsafah Itali yang terkenal dengan teori fasismenya telah mula menggunakan istilah “totalitario” yang merujuk kepada struktur dan matlamat sebuah negara yang baru. Negara baru ini akan mewakili negara bangsa secara total dan memberi bimbingan menyeluruh ke arah matlamat nasional.[1]. Beliau menggambarkan totalitarianisme sebagai sebuah masyarakat di mana ideologi negara mempunyai pengaruh, jika bukan kuasa, ke atas rakyatnya. Perkataan ini kerap digunakan oleh Benito Mussolini bagi rejimnya di Itali. Menurutnya, sistem ini mempolitikkan segala yang spititual dan kemanusiaan[2]. Sewaktu Perang Dunia II, Hannah Arendt seorang ahli falsafah telah mempopularkan konsep ini untuk menunjukkan persamaan di antara Nazisme dan Stalinisme sebagai teori-teori sivik. Kebanyakan rejim-rejim fasis dan
  • 12. komunis telah dianggap sebagai totalitarian walaupun sebahagian besar daripadanya seperti rejim Franco di Sepanyol, dan Mussolini di Itali sebelum Perang Dunia II, dan juga rejim komunis seperti di Yugoslavia di bawah pimpinan Tito dan China di bawah Deng Xiaoping, adalah lebih bersifat autoritarian berbanding totalitarian. Namun, terdapat beberapa kerajaan yang lalu yang boleh dianggap sebagai totalitarian. Kerajaan Joseph Stalin di Kesatuan Soviet dan kerajaan Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler adalah beberapa contoh kerajaan yang totalitarian. Kedua-dua kerajaan ini telah bertahan lama dan rakyatnya seolah-olah terperangkap dengan ideologi kerajaannya masing-masing. Khmer Rouge di bawah kerajaan Pol Pot yang zalim menunjukkan betapa bahayanya sistem ini kepada masyarakat di mana lebih kurang dua juta rakyat Kemboja telah dijadikan mangsa penindasan rejim tersebut. [sunting] Beberapa andaian dalam sistem totalitarianisme Terdapat hujah yang menyatakan totalitarianisme memerlukan seorang tokoh hebat "pemimpin agung" yang disanjungi sebagai ketua sesuatu regim. Kebanyakan masyarakat totalitarian mempunyai pemimpin seperti model ini - misalnya, Hitler, Stalin, Mao Zedong, Mussolini, Pol Pot, dan Kim Il-Sung. Oleh yang demikian ramai cendikiawan tidak menganggap era-Brezhnev Soviet dan kebanyakan negara Perjanjian Warsaw sebagai totalitarian. Namun, apabila kerajaan-kerajaan ini tumbang, sebahagian besar penduduknya dan para intelek di negara tersebut mengatakan pengalaman mereka ketika itu adalah sememangnya totalitarianisme. Oleh itu, pemimpin yang berkarisma tidak semestinya perlu di dalam sistem totalitarianisme. Kebanyakan cendekiawan dalam bidang totalitarianisme seperti Karl Popper, Hannah Arendt, Carl Friedrich, Zbigniew Brzezinski, dan Juan Linz mempunyai pandangan berbeza mengenai totalitarianisme. Namun mereka semua bersetuju terdapat beberapa elemen yang sama dalam kerajaan totalitarian. Antaranya adalah[3]: 1. Percubaan untuk mengerahkan kesemua penduduk negara untuk menyokong ideologi rasmi negara. Semasa Rapat di Nuremberg 1934. kerajaan Nazi bawah pimpinan Adolf Hitler telah berjaya mengumpulkan lebih sejuta rakyat Jerman[4]. 2. Sikap tidak toleransi terhadap sebarang aktiviti yang bukan ke arah matlamat negara
  • 13. 3. Regim Totalitarian akan mengekalkan kuasa melalui pelbagai cara seperti mewujudkan polis rahsia, propaganda melalui media yang dikawal kerajaan, menyekat kebebasan bersuara termasuk kritikan, penggunaan pengawasan yang berleluasa atau mass surveillance dan menggunakan taktik untuk menakutkan rakyat atau terror tactics. [sunting] Senarai Negara Totalitarian [sunting] Nota dan rujukan KESIMPULAN Secara keseluruhannya, keenam-enam jenis kerajaan ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri dari segi pentadbiran. Namun begitu, kebanyakan negara memilih kerajaan demokrasi kerana kerajaannya lebih peka, prihatin dan teliti dalam melaksanakan sesuatu dasar untuk memberi yang terbaik kepada rakyat. Keburukannya pula akan wujud permusuhan dan pergaduhan antara pihak pembangkang dan kerajaan sehingga gagal mencapai persetujuan antara kedua pihak. Keadaan ini juga boleh kita lihat dengan jelas di dalam negara kita Malaysia. Dalam system pemerintahan kerajaan republic, kuasa pemerintahan terletak di tangan seorang individu atau sesebuah parti politik. Rakyat tidak memilih parti yang memerintah sebaliknya hanya memilih bakal presiden sahaja. Sebaliknya pula dalam system pemerintahan kerajaan monarki, kuasa sepenuhnya terletak dalam tangan seorang raja. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan negaranya. Sekiranya pemerintahan raja itu lemah akan mudah goyahlah kerajaan pimpinannya. Berbeza dengan pemerintahan kerajaan komunis. Bentuk kerajaan ini mempunyai persaingan politik yang terhad kerana kuasa dikawal oleh golongan elit tertentu terutamanya tentera. Rakyat dikawal dan dipaksa untuk mematuhi dan mengikut segala arahan kerajaan. Kebebasan awam amat terhad. Dalam pemerintahan kerajaan sosialis pula, antara kelemahan system ini ialah rakyat terpaksa mengorbankan kebebasan peribadinya dan harta milik peribadinya juga. Pendidikan moral juga tidak dipentingkan dalam pemerintahan kerajaan ini. Sistem pemerintahan ini lebih kepada system dictator.
  • 14. Sistem pemerintahan Totalitarian juga menyamai kerajaan sosialis kerana ia hanya membenarkan kewujudan satu parti sahaja. Rakyatnya juga dipaksa menurut dan mentaati pemerintah. Kuasa dimiliki oleh pemerintah yang menguasai pihak tentera dan system komunikasi. Kebebasan rakyat sememangnya disekat oleh pemerintah. Kerajaan Totalitarian yang pernah wujud pada suatu ketika dahulu ialah pemerintahan Adolf Hitler (Jerman), Mussollini (Itali) dan Stalin (Russia).
  • 15. RUJUKAN  http://ms.wikipedia.org/wiki/demokrasi  http://ms.wikipedia.org/wiki/komunis  http://ms.wikipedia.org/wiki/sosialis  http://ms.wikipedia.org/wiki/totalitarian  http://ms.wikipedia.org/wiki/republik  http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal  http:/notapismp.blogspot.com/2010/03/pengelasan-sistem kerajaan  “Darjat tidak datang bergolek”, Utusan Online, 15 Februari 2005  Stanley G. Payne, Fascism: Comparison and Definition (UW Press, 1980), porn. 73  G. Gentile & B. Mussolini dalam "La dottrina del fascismo" 1937  Brown, Archie, et al, eds.:The Cambridge Encyclopedia of Russia and the Soviet Union (Cambridge, UK: Cambridge University Press, 1982).  Gilbert, Martin: The Routledge Atlas of Russian History (London: Routledge, 2002).  Goldman, Minton: The Soviet Union and Eastern Europe (Connecticut: Global Studies, Dushkin Publishing Group, Inc., 1986).  Howe, G. Melvyn: The Soviet Union: A Geographical Survey 2nd. edn. (Estover, UK: MacDonald and Evans, 1983).  Katz, Zev, ed.: Handbook of Major Soviet Nationalities (New York: Free Press, 1975).  Rizzi, Bruno: "The bureaucratization of the world : the first English ed. of the underground Marxist classic that analyzed class exploitation in the USSR" , New York, NY : Free Press, 1985  ↑ "Communism - Marxism & The Communist Manifesto". AllAboutPhilosophy.org.