SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
PENGGUNAAN WARNA DALAM PENGAJARAN HUKUM MAD ASLI
    TERHADAP MURID TAHUN LIMA DALAM BACAAN SURAH AD-DHUHA


                                 Ag Ruzaini Ag Ali Omar
                                 Siti Hajar Ahmad Sabari
                      Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
                              tammali_maak87@yahoo.com


                                       ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk membina satu pendekatan inovatif dalam membantu murid
menguasai hukum Mad Asli dengan mudah. Elemen warna dilihat berupaya merangsang
lima orang peserta kajian ini. Peserta kajian telah diberikan satu kad ayat surah Ad-Dhuha.
Setiap huruf yang mengandungi hukum Mad Asli akan diwarnakan.Kajian ini dibina
berdasarkan teori pengamatan, visual dan Gagne. Kaedah pemerhatian, lembaran kerja pra
dan pasca dan catatan refleksi digunakan untuk mengumpul data tentang kesan kajian.
Penggunaan warna dalam surah ad-Dhuha ini didapati terbukti membantu lima orang
peserta kajian mengenal pasti hukum berkenaan selain menambah baik amalan saya. Saya
ingin melanjutkan kajian ini dalam sesi akan datang supaya menyumbang hasil lebih
optimum.


Kata kunci : Penggunaan warna, penguasaan hukum tajwid, surah ad-Dhuha, hukum Mad
Asli, murid tahun Lima.
PENDAHULUAN

        Saya merupakan guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

ambilan Januari 2009 yang kini berada di semester Tujuh. Dalam praktikum fasa ketiga ini,

saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan A, Kuching iaitu 9.5 kilometer (km) dari

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL). Tempoh praktikum kali ini adalah

selama tiga bulan bermula dari 30 Januari 2012 sehingga 27 April 2012.

        Dalam praktikum kali ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran

Pendidikan Islam dan Al-Quran kelas Tahun Lima Cempaka dengan pembahagian masa dua

waktu untuk pengajaran Al-Quran, dua waktu (Ulum Syariah) dan satu waktu untuk

pengajaran Jawi. Bagi enam bulan pertama sesi pembelajaran kali ini, antara fokus pengisian

pengajaran saya ialah Program Khatam Al-Quran Enam Bulan Pertama. Berdasarkan Buku

Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum j-QAF serta

Modul Pengajian Islam Major (2005), antara objektif pengajaran dan pembelajaran (P&P)

yang perlu dicapai melalui program ini ialah murid dapat menguasai kaedah Iqra’ dan murid

dapat membaca Al-Quran dengan lancar dan bertajwid. Berdasarkan objektif tersebut, saya

dapat membuat perkaitan dengan masalah murid 5 Cempaka semasa sesi pengajaran Al-

Quran iaitu murid gagal membaca Al-Quran dengan bertajwid, khususya hukum asas Mad

Asli.

        Saya telah membuat kajian berkaitan dengan amalan pengajaran yang berkesan dalam

memastikan kelemahan murid dalam bacaan Al-Quran secara bertajwid di samping memupuk

minat mendalam kepada ilmu Al-Quran. Maka, saya telah menjalankan satu kajian tindakan

berkenaan “Penggunaan Warna Dalam Pengajaran Hukum Mad Asli Terhadap Murid Tahun

Lima Dalam Bacaan Surah Ad-Dhuha”.
MASALAH KAJIAN


       Kajian lepas telah membuktikan bahawa masalah terbesar yang dialami oleh murid

sekolah rendah dan menengah ialah menguasai kemahiran membaca Al-Quran (Raihan ,

2000 ; Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, 2000 dan Mohammad Aderi, 2004). Kajian

Mohammad Alwi (2000) juga menunjukkan bahawa kelemahan dalam pengajaran

Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan pengajaran tilawah Al-Quran

dalam kalangan pelajar.


       Masalah ini turut berlaku dalam tinjuan awal permasalahan kajian tindakan saya.

Masalah yang dihadapi oleh murid-murid 5 Cempaka ini ialah mereka gagal mengenal pasti

serta membaca perkataan yang mengandungi hukum tajwid Mad Asli. Isu ini dapat dilihat

berdasarkan kepada pemerhatian awal 4 minggu pertama semasa praktikum ketiga

dijalankan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan baik, dikhuatiri murid akan terus

membaca Al-Quran dengan salah terutamanya dalam hukum asas seperti Mad Asli ketika

dalam solat serta bacaan Al-Quran harian mereka.


FOKUS KAJIAN


       Kajian ini difokuskan untuk meningkatkan tahap bacaan murid-murid tahun 5

Cempaka ini dalam hukum tajwid Mad Asli dengan menggunakan kad imbasan Al-Quran

berwarna. Huruf-huruf Mad Asli yang terkandung di dalam surah Ad-Dhuha ini akan

diwarnakan dengan warna merah. Hal ini bertujuan memudahkan murid mengingati serta

mengaplikasi bacaan secara tepat. Pemilihan fokus ini dibuat berdasarkan kepada hasil

tinjauan awal yang didapati melalui perbincangan bersama guru subjek Pendidikan Islam 5

Cempakasebelum ini serta refleksi pemerhatian dalam sesi P&P yang dijalankan. Daripada

tinjauan tersebut, saya mendapati murid-murid menghadapi masalah dalam bacaan bertajwid

Mad Asli. Justeru, saya merasakan satu kaedah pengajaran berkesan perlu dilaksanakan
dengan harapan agar penguasaan hukum tajwid dalam bacaan Al Quran khususnya hukum

Mad Asli murid-murid dapat dipertingkatkan.


OBJEKTIF KAJIAN


Kajianiniadalahbertujuanuntuk:


   1. Mengenal pasti tahap keberkesanan amalan pengajaran pengkaji melalui penggunaan

       warna pada hukum Mad Asli di dalam bidang Asuhan Tilawah Al-Quran.

   2. Mengenal pasti tahap penguasaan hukum tajwid Mad Asli murid melalui penggunaan

       warna pada huruf-huruf mad.

   3. Mengenal pasti tahap minat murid terhadap bacaan Al-Quran berdasarkan pengajaran

       melalui penggunaan warna.


PESERTA KAJIAN


       Dalam melaksanakan penyelidikan ini, saya telah mensasarkan lima orang murid

Tahun 5 Cempaka yang memperolehi markah paling rendah dalam dua latihan awal yang

telah saya berikan berkaitan dengan hukum Mad Asli. Peserta terdiri daripada 3 murid lelaki

dan 2 murid perempuan. Mereka agak lemah dalam penguasaan pembelajaran namun masih

boleh membaca Al-Quran dengan bimbingan guru. Saya akan memerihalkan ciri-ciri bagi

setiap peserta kajian yang dipilih. Murid A, merupakan seorang murid lelaki yang berkulit

hitam manis, agak berisi dan dan sangat gemar bercakap di dalam kelas. Boleh saya katakan,

murid ini adalah murid yang terlalu aktif. Murid B pula merupakan seorang murid perempuan

yang agak pasif namun suka menjawab soalan yang diberikan. Murid C juga merupakan

seorang murid perempuan yang agak aktif dan suka membuat kerjanya sendiri. Murid ini

perlu sentiasa ditegur agar dapat kembali mengikuti sesi P&P.
Murid D pula merupakan seorang murid lelaki yang pendiam dan mudah terikut-ikut dengan

sikap rakannya yang lain. Murid ini suka memberikan soalan dan sentiasa menghantar latihan

yang diberikan sebelum tamat sesi persekolahan walaupun banyak kesalahan. Manakala

murid E pula juga seorang murid lelaki yang merupakan pengawas sekolah. Murid ini

berkulit hitam manis dan mempunyai daya kepimpinan yang amat baik. Namun dia agak

lambat memahami isi pelajaran.


INSTRUMEN KAJIAN


Instrumen yang digunakandalamkajianiniadalah:


Borang Pemerhatian


Dalamboranginidicatatkan      data-data    yang     diperolehmelaluipemerhatian      yang

dijalankankeataspesertakajiansepanjangsayamenjalankansesipengajarandanpembelajaran.

Bagimenjaminkebolehpercayaan data yang diperoleh, aktivitipemerhatianinidijalankanoleh

rakansepraktikum.


Lembaran Latihan Pra dan Pasca


Boranginimengandungiteks Surah Ad-Dhuhaayat 1 hingga 11. Dalam set latihan yang saya

berikan ini semuanya dicetak dengan ayat-ayat yang berwarna hitam keseluruhannya. Dalam

sesi P&P harian, saya telah memberikan penerangan dengan menggunakan slidepower point

yang menonjolkan penggunaan warna dalam huruf-huruf dalam surah iniyang mengandungi

hukum Mad Asli. Dalam masa sama, murid juga diberikan satu lembaran surah Ad-Dhuha

yang mengandungi warna bagi huruf-huruf Mad Asli. Namun dalam latihan sahaja, murid

langsung tidak diberikan sebarang petanda dalam mengenal pasti hukum tersebut.
Catatan refleksi

Catatan refleksi yang dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan juga

menjadi bahan rujukan utama dalam menjalankan penyelidikan tindakan ini. Melalui refleksi

yang dilakukan, saya dapat menilai semula serta membuat rumusan berkaitan keberkesanan

pelaksanaan kaedah warna dalam hukum tajwid Mad Asli serta rekod respon dan

perkembangan peserta kajian. Dalam masa yang sama, saya juga menggunakan jurnal

mingguan sebagai rujukan kajian.


DAPATAN KAJIAN


Terdapat peningkatan dalam kemahiran murid mengenal pasti kalimah yang mengandungi

tanda-tanda hukum Mad Asli


Berdasarkan kepada penggunaan warna pada huruf-huruf Mad Asli dalam surah Ad-Dhuha

telah menunjukkan peningkatan yang cukup ketara dalam kalangan lima peserta kajian yang

terlibat. Pada peringkat awal, para peserta kajian gagal mengenal pasti kalimah yang

mengandungi hukum tersebut lantaran tiada penekanan khusus kepada tanda-tanda hukum

Mad Asli ini. Namun apabila peserta kajian diberikan kad ayat surah Ad-Dhuha berwarna,

mereka boleh memahami konsep hukum ini. Walaupun fasa memberikan pendedahan

mengenai tanda ini mengambil masa tinjauan yang agak lama, iaitu selama dua bulan, namun

kajian mendapati perubahan drastik dalam latihan pra dan pasca pengenalan kaedah ini. Ini

dijelaskan melalui jadual berikut :
Jadual 1 : Perbandingan Markah Latihan Pra dan Pasca bagi Hukum Mad Asli


       SAMPEL                KEPUTUSAN                      NILAI TOKOKAN
                      Latihan Pra Latihan Pasca                  (+/-)

       Murid 1                   28%            72%                        +44%

       Murid 2                   17%            83%                        +66%

       Murid 3                   22%            78%                        +56%

       Murid 4                   39%            72%                        +33%

       Murid 5                   17%            72%                        +55%



Keputusan yang diperolehi ini menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan kosisten dalam

jumlah markah yang diperolehi oleh lima orang peserta kajian yang dipilih. Dalam bahagian

ini, murid 1 telah memperoleh markah sebanyak 28% dalam latihan pra dan menokok kepada

72% dalam latihan pasca. Manakala murid 2 (17% - 83%), murid 3 (22% - 78%), murid 4

(39% - 72%) dan murid lima mencatatkan markah ujian pra sebanyak 17% dan meningkat

kepada 72% dalam ujian pasca. Latihan pra telah dijalankan pada 27 Februari 2012 dan

latihan pasca telah dijalankan pada 16 April 2012.
Perkembangan Murid dalam Latihan Mad Asli
                  16

                  14

                  12

                                                                                     Murid A
   Markah Murid




                  10
                                                                                     Murid B
                   8
                                                                                     Murid C
                   6                                                                 Murid D

                   4                                                                 Murid E

                   2

                   0
                       14-Feb           27-Feb        26-Mac        16-Apr



Graf 1 : Graf Keseluruhan Prestasi Murid terhadap latihan berkaitan Hukum Mad Asli


Graf di atas menunjukkan rekod perkembangan prestasi murid dalam empat sesi latihan yang

telah diberikan oleh saya sepanjang tempoh berpraktikum. Latihan pertama telah dijalankan

pada 14 Februari, 27 Februari, 26 Mac dan 16 April.


Murid dapat membaca ayat yang mengandungi hukum Mad Asli dengan lebih baik.


Berdasarkan kepada pemerhatian kualiti bacaan murid dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran yang lalu, berlaku perubahan yang amat ketara dalam bacaan murid khususnya

dalam hukum tajwid Mad Asli. Dalam sesi pemerhatian P&P pertama bertarikh 7 Februari

2012, kelima-lima peserta kajian langsung tidak dapat membaca dengan betul terutamanya

hukum Mad Asli. Hal ini berlarutan dalam sesi P&P seterusnya yang bertarikh 13 Februari,

27 Februari dan 26 Mac. Manakala dalam sesi yang berikutnya bertarikh 9 April dan 16 April

telah menunjukkan kemampuan murid membaca dengan harakat yang betul dalam surah

tumpuan ad-Dhuha. Perkembangan ini dicatatkan dalam refleksi P&P saya di akhir sesi. Di

samping itu, berdasarkan kepada pemerhatian rakan sepraktikum, beberapa respon telah
diberikan, berdasarkan borang pemerhatian (bertarikh 27 Februari dan 16 April 2012)

berikut:


Jadual2 : Perbandingan Hasil Pemerhatian sesi P&P rakan sepraktikum


 Bil    Perkara yang difokuskan                               Tarikh Pemerhatian
                                                             27 Februari   16 April


 1      Murid dapat menyatakan maksud hukum tajwid           √                 √
        Mad Asli dengan betul


 2      Murid dapat menyatakan huruf-huruf Mad Asli          √                 √

 3      Murid dapat mengeluarkan kalimah yang                X                 √
        mengandungi hukum Mad Asli

 4     Murid dapat membaca kalimah yang mengandungi          X             √
        hukum Mad Asli dengan tepat

 5     Kesalahan bacaan hukum Mad Asli kurang                     X        √

 6     Guru memberikan bimbingan berkenaan hukum             √             X
        Mad Asli semasa sesi p&p.




Minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Al-Quran juga dapat dipositifkan

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pertama, tiada tanda jelas yang menunjukkan murid

tertarik untuk mengikuti sesi P&P Al-Quran yang saya jalankan secara aktif. Walaupun

murid-murid mengikuti setiap bacaan yang dibawa oleh guru, namun demikian lama-

kelamaan mereka mudah hilang tumpuan apatah lagi gagal memahami konsep hukum tajwid

Mad Asli itu sendiri. Hal ini dapat dilihat melalui refleksi saya yang pertama (13 Februari

2012) serta penulisan jurnal minggu ketiga pada tarikh yang sama. Namun dalam penulisan

refleksi saya dalam P&P bertarikh 16 April 2012, murid telah menunjukkan minat mereka

terhadap isi P&P yang dijalankan khususnya dalam pengajaran Tilawah Al-Quran kerana
adanya kepelbagaian aktiviti bertulis dalam pembelajaran mereka. Murid juga menunjukkan

minat terhadap latihan yang diberikan.



IMPLIKASI DAN CADANGAN


       Saya dapati pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran Al-Quran yang telah

dijalankan, murid kurang berminat dan cepat bisan terhadap sesi pembelajaran yang

dijalankan. Lazimnya murid hanya diminta untuk membaca ayat-ayat tertentu dengan

bimbingan guru serta menggunakan kaedah konvensional seperti membaca dengan

menggunakan Al-Quran semata-mata dan tiada kepelbagaian dalam pelaksanaan aktiviti.

Namun, dengan menggunakan kaedah warna dalam memperkenalkan hukum tajwid asas Mad

Asli ini, menunjukkan kepada perubahan yang cukup konsisten dalam diri peserta kajian.


        Walaupun kaedah ini mengambil masa yang agak lama, namun keberkesanannya

dapat dioptimumkan sekaligus mengurangkan kesalahan murid dalam membaca ayat-ayat

suci Al-Quran dan minat mereka untuk mendalami ilmu ini. Dalam peringkat awal, murid

akan diberikan pengenalan secara terperinci berkaitan kaedah ini dan sentiasa diulang dalam

setiap sesi P&P Al-Quran. Penekanan kepada konsep warna dan latihan yang berterusan

membantu peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif.


       Dapatan kajian ini sesungguhnya memberikan satu petunjuk yang ketara bahawa

bidang Tilawah Al-Quran ini bukanlah sesuatu yang membosankan dan sekadar untuk

menuruti sukatan pelajaran semata-mata. Melalui kaedah serta kepelbagaian aktiviti yang

diaplikasikan akan membantu murid dalam mengubah persepsi negatif tersebut. Walaupun

berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi, murid tidak mencapai 100% penguasaan, namun

demikian, perubahan yang ditunjukkan dengan lonjakan sebanyak 50% daripada markah

yang diperolehi dalam latihan pra menunjukkan kaedah ini membawa kesan positif yang
ketara. Kajian ini akan diteruskan lagi dalam sesi internship yang akan dijalankan pada bulan

Julai 2012 bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaannya sekaligus membantu murid-

murid sekolah rendah khususnya dalam memperbaiki bacaan bertajwid Al-Quran.


       Kajian yang dijalankan ini juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan murid

mempelajari hukum tajwid Mad Asli dengan cara mudah, pantas dan kekal. Dengan

mempraktikkan ilmu tajwid dalam pembacaan al-Quran, seseorang itu akan terhindar

daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau mencacatknya.

Sekiranya membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul merupakan satu kewajipan bagi

setiap muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah merupakan suatu dosa.

Kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada dua dan salah satunya adalah kesalahan

Nyata (          ) yang ditakrifkan oleh Ibn al-Jazari sebagai kesalahan yang berlaku pada

lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan huruf bacaan. Kesalahan nyata

bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan sama ada kesalahan itu

mencacatkan makna perkataan atau tidak. Perkataan Jali (        ) di sini bermaksud sesuatu

kesalahan yang dapat disedari dengan jelas dan terang-terangan. Seorang ulama Mutaakhirin,

Dr. AbdulAziz Abdul Fattah al-Qari talah mengemukakan takrifan dengan berkata:

Kesalahan yang berlaku pada lafaz-lafaz dan menyebabkan kerosakan makna kalimah secara

jelas dan perkara tersebut diketahui oleh ulama dan juga orang awam.Hukum melakukan

kesalahan nyata ini adalah haram secara Ijmak Ulama tidak kira kesalahan itu dilakukan

secara sengaja atau tidak sengaja atau tidak diendahkan.


       Dalam kajian akan datang, saya akan cuba menyebarluaskan kaedah ini dalam surah-

surah lain dan memilih peserta kajian yang benar-benar agak lambat untuk memahami

pembelajaran hukum tajwid. Sesungguhnya kaedah penggunaan warna ini amat sesuai bagi

murid yang mempunyai prestasi penerimaan pembelajaran yang lemah. Sekiranya sebelum
ini aplikasinya hanya khusus untuk hukum tajwid Mad Asli, berkemungkinan boleh

dilanjutkan kepada pengenalan hukum asas lima tajwid yang lain.

       Apa yang saya harapkan cadangan serta perlaksanaan kajian tindakan saya ini akan

dijadikan rujukan oleh guru-guru Pendidikan Islam yang lain bagi menangani masalah murid

dalam penguasaan hukum tajwid. Walau bagaimanapun bentuk pelaksanaan kajian tindakan

ini boleh diubahsuaikan mengikut kesesuaian dan keadaan murid.



RUJUKAN

Ahmad Mohammad Salleh. (2008). Siri Pendidikan Guru Pengajian Agama Islam dan
       j-QAF – Metadologi dan Pedagogi Pendidikan KPLI. Shah Alam : Penerbitan Oford
       Fajar Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng. (2004). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam Pengajaran.
       Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Fadzila Mustapa. (2007). HBIS 1103 Pengenalan Pendidikan Islam. Kuala Lumpur :
       UNITEM Sdn.Bhd.

Habsah Ishak. (2006). Penggunaan Simbol dan Kata Kunci dalam Hukum Tajwid dengan
       Penekanan kepada Nun dan Tanwin serta Sakinah. Retrieved March 15, 2012, from
       salsabilatang.files.wordpress.com

Hajijah Hasan. (2008). Kaedah Mesra Warna dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima.
       Kajian Tindakan Sempena Hari Profesionalisme SMK Majakir Papar.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model
       Pengajaran, Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF Tahun 4.

Mohd Aderi Che Noh. (2009). Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran : Satu Tinjauan
       Terhadap Persepsi Guru di Sekolah Menengah Harian Malaysia. Journal of Islamic
       and Arabic Education 1(1) 57-72
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin
       Wean Hassan. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam :
       Penerbitan Oford Fajar Sdn. Bhd.
Nornajidah Abdul Rahman. (2008). Panduan Pemilihan Kombinasi Warna bagi Reka bentuk
      Skrin dan Penggunaan Mutimedia. Jabatan Ilmu Pendidikan, Fakulti Pendidikan,
      Universiti Teknologi Malaysia.

Salina Saadon. (2006). Persepsi Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
      Universiti 1 terhadap Pembelajaran Al-Quran. Jabatan Ilmu Pendidikan, Fakulti
      Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Zubaidah Begam. (2007). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik :
      Tinjauan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama,
      Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Jabatan Ilmu Pendidikan, Fakulti
      Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

More Related Content

What's hot

Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1 Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1 Nurul Syairah
 
Rancangan pengajaran harian tmk
Rancangan pengajaran harian tmkRancangan pengajaran harian tmk
Rancangan pengajaran harian tmkmoon6278
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCIRPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCIEzah Arif
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranNik Mat
 
Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)Hairul Nizam Muzahar
 
Kemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arabKemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arabHazizah Samat
 
Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 20145225790
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran nasuha792
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...Suhana Kamaluddin
 
Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1maroon414
 
Rph pemulihan jawi
Rph pemulihan jawiRph pemulihan jawi
Rph pemulihan jawisirbrigadier
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 
Kajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborKajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborkhairulnizam107
 
RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )
RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )
RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )fizani
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamMohd Aizat
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
Kajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibKajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibdalilavuzarzad
 

What's hot (20)

Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1 Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1
 
Rancangan pengajaran harian tmk
Rancangan pengajaran harian tmkRancangan pengajaran harian tmk
Rancangan pengajaran harian tmk
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCIRPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
RPH pEND aGAMA iSLAM T 4 - BERSUCI
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
 
Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)
 
Kemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arabKemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arab
 
Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 
Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1
 
Rph pemulihan jawi
Rph pemulihan jawiRph pemulihan jawi
Rph pemulihan jawi
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 
Kajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborKajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nombor
 
RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )
RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )
RPH PI TAHUN1 ( ISTINJAK )
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Kajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibKajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaib
 
Rph solat tiang agama
Rph solat tiang agamaRph solat tiang agama
Rph solat tiang agama
 

Viewers also liked

Contoh rph latihan mengajar
Contoh rph latihan mengajarContoh rph latihan mengajar
Contoh rph latihan mengajarMohd Zaidy
 
Modul pengajaran pendidikan islam thn 1
Modul pengajaran pendidikan islam thn 1Modul pengajaran pendidikan islam thn 1
Modul pengajaran pendidikan islam thn 1X-abim Arifah
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamabu_ayyub
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakanmurshidyzila
 
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)firdausent
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)firo HAR
 
Sukukata awal bergambar
Sukukata awal bergambarSukukata awal bergambar
Sukukata awal bergambarFarhan Yusoff
 

Viewers also liked (8)

Contoh rph latihan mengajar
Contoh rph latihan mengajarContoh rph latihan mengajar
Contoh rph latihan mengajar
 
Modul pengajaran pendidikan islam thn 1
Modul pengajaran pendidikan islam thn 1Modul pengajaran pendidikan islam thn 1
Modul pengajaran pendidikan islam thn 1
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Formula Pintar Jawi
Formula Pintar JawiFormula Pintar Jawi
Formula Pintar Jawi
 
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
 
Sukukata awal bergambar
Sukukata awal bergambarSukukata awal bergambar
Sukukata awal bergambar
 

Similar to PENGGUNAAN WARNA

Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanUlasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanKPM
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAdam Amsyar
 
Pengaruh model me as di sltp
Pengaruh model me as di sltpPengaruh model me as di sltp
Pengaruh model me as di sltpdeky94
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03Rafiza Diy
 
proposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadistproposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadistWIDIYAH02ASTUTIK
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V Eman Syukur
 
Laporan jurnal rinia
Laporan jurnal riniaLaporan jurnal rinia
Laporan jurnal riniariniaa
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiikananasirin
 
Contoh artikel Tes
Contoh artikel TesContoh artikel Tes
Contoh artikel Tesanggadiyan
 
Proposal Yang Telah Diseminarkan
Proposal Yang Telah DiseminarkanProposal Yang Telah Diseminarkan
Proposal Yang Telah DiseminarkanMuhammad Syafrullah
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 

Similar to PENGGUNAAN WARNA (20)

Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3
 
Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanUlasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakan
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libre
 
Pengaruh model me as di sltp
Pengaruh model me as di sltpPengaruh model me as di sltp
Pengaruh model me as di sltp
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 
proposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadistproposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadist
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V
 
Kerja kursus literasi bahasa
Kerja kursus literasi bahasaKerja kursus literasi bahasa
Kerja kursus literasi bahasa
 
Laporan jurnal rinia
Laporan jurnal riniaLaporan jurnal rinia
Laporan jurnal rinia
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii
 
widyaa.pdf
widyaa.pdfwidyaa.pdf
widyaa.pdf
 
Demostratos
DemostratosDemostratos
Demostratos
 
5464 17940-1-pb
5464 17940-1-pb5464 17940-1-pb
5464 17940-1-pb
 
Contoh artikel Tes
Contoh artikel TesContoh artikel Tes
Contoh artikel Tes
 
Proposal 2014
Proposal 2014Proposal 2014
Proposal 2014
 
Power oral emmi
Power oral emmiPower oral emmi
Power oral emmi
 
Proposal Yang Telah Diseminarkan
Proposal Yang Telah DiseminarkanProposal Yang Telah Diseminarkan
Proposal Yang Telah Diseminarkan
 
1
11
1
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 

PENGGUNAAN WARNA

  • 1. PENGGUNAAN WARNA DALAM PENGAJARAN HUKUM MAD ASLI TERHADAP MURID TAHUN LIMA DALAM BACAAN SURAH AD-DHUHA Ag Ruzaini Ag Ali Omar Siti Hajar Ahmad Sabari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang tammali_maak87@yahoo.com ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membina satu pendekatan inovatif dalam membantu murid menguasai hukum Mad Asli dengan mudah. Elemen warna dilihat berupaya merangsang lima orang peserta kajian ini. Peserta kajian telah diberikan satu kad ayat surah Ad-Dhuha. Setiap huruf yang mengandungi hukum Mad Asli akan diwarnakan.Kajian ini dibina berdasarkan teori pengamatan, visual dan Gagne. Kaedah pemerhatian, lembaran kerja pra dan pasca dan catatan refleksi digunakan untuk mengumpul data tentang kesan kajian. Penggunaan warna dalam surah ad-Dhuha ini didapati terbukti membantu lima orang peserta kajian mengenal pasti hukum berkenaan selain menambah baik amalan saya. Saya ingin melanjutkan kajian ini dalam sesi akan datang supaya menyumbang hasil lebih optimum. Kata kunci : Penggunaan warna, penguasaan hukum tajwid, surah ad-Dhuha, hukum Mad Asli, murid tahun Lima.
  • 2. PENDAHULUAN Saya merupakan guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Januari 2009 yang kini berada di semester Tujuh. Dalam praktikum fasa ketiga ini, saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan A, Kuching iaitu 9.5 kilometer (km) dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL). Tempoh praktikum kali ini adalah selama tiga bulan bermula dari 30 Januari 2012 sehingga 27 April 2012. Dalam praktikum kali ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan Al-Quran kelas Tahun Lima Cempaka dengan pembahagian masa dua waktu untuk pengajaran Al-Quran, dua waktu (Ulum Syariah) dan satu waktu untuk pengajaran Jawi. Bagi enam bulan pertama sesi pembelajaran kali ini, antara fokus pengisian pengajaran saya ialah Program Khatam Al-Quran Enam Bulan Pertama. Berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum j-QAF serta Modul Pengajian Islam Major (2005), antara objektif pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang perlu dicapai melalui program ini ialah murid dapat menguasai kaedah Iqra’ dan murid dapat membaca Al-Quran dengan lancar dan bertajwid. Berdasarkan objektif tersebut, saya dapat membuat perkaitan dengan masalah murid 5 Cempaka semasa sesi pengajaran Al- Quran iaitu murid gagal membaca Al-Quran dengan bertajwid, khususya hukum asas Mad Asli. Saya telah membuat kajian berkaitan dengan amalan pengajaran yang berkesan dalam memastikan kelemahan murid dalam bacaan Al-Quran secara bertajwid di samping memupuk minat mendalam kepada ilmu Al-Quran. Maka, saya telah menjalankan satu kajian tindakan berkenaan “Penggunaan Warna Dalam Pengajaran Hukum Mad Asli Terhadap Murid Tahun Lima Dalam Bacaan Surah Ad-Dhuha”.
  • 3. MASALAH KAJIAN Kajian lepas telah membuktikan bahawa masalah terbesar yang dialami oleh murid sekolah rendah dan menengah ialah menguasai kemahiran membaca Al-Quran (Raihan , 2000 ; Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, 2000 dan Mohammad Aderi, 2004). Kajian Mohammad Alwi (2000) juga menunjukkan bahawa kelemahan dalam pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan pengajaran tilawah Al-Quran dalam kalangan pelajar. Masalah ini turut berlaku dalam tinjuan awal permasalahan kajian tindakan saya. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid 5 Cempaka ini ialah mereka gagal mengenal pasti serta membaca perkataan yang mengandungi hukum tajwid Mad Asli. Isu ini dapat dilihat berdasarkan kepada pemerhatian awal 4 minggu pertama semasa praktikum ketiga dijalankan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan baik, dikhuatiri murid akan terus membaca Al-Quran dengan salah terutamanya dalam hukum asas seperti Mad Asli ketika dalam solat serta bacaan Al-Quran harian mereka. FOKUS KAJIAN Kajian ini difokuskan untuk meningkatkan tahap bacaan murid-murid tahun 5 Cempaka ini dalam hukum tajwid Mad Asli dengan menggunakan kad imbasan Al-Quran berwarna. Huruf-huruf Mad Asli yang terkandung di dalam surah Ad-Dhuha ini akan diwarnakan dengan warna merah. Hal ini bertujuan memudahkan murid mengingati serta mengaplikasi bacaan secara tepat. Pemilihan fokus ini dibuat berdasarkan kepada hasil tinjauan awal yang didapati melalui perbincangan bersama guru subjek Pendidikan Islam 5 Cempakasebelum ini serta refleksi pemerhatian dalam sesi P&P yang dijalankan. Daripada tinjauan tersebut, saya mendapati murid-murid menghadapi masalah dalam bacaan bertajwid Mad Asli. Justeru, saya merasakan satu kaedah pengajaran berkesan perlu dilaksanakan
  • 4. dengan harapan agar penguasaan hukum tajwid dalam bacaan Al Quran khususnya hukum Mad Asli murid-murid dapat dipertingkatkan. OBJEKTIF KAJIAN Kajianiniadalahbertujuanuntuk: 1. Mengenal pasti tahap keberkesanan amalan pengajaran pengkaji melalui penggunaan warna pada hukum Mad Asli di dalam bidang Asuhan Tilawah Al-Quran. 2. Mengenal pasti tahap penguasaan hukum tajwid Mad Asli murid melalui penggunaan warna pada huruf-huruf mad. 3. Mengenal pasti tahap minat murid terhadap bacaan Al-Quran berdasarkan pengajaran melalui penggunaan warna. PESERTA KAJIAN Dalam melaksanakan penyelidikan ini, saya telah mensasarkan lima orang murid Tahun 5 Cempaka yang memperolehi markah paling rendah dalam dua latihan awal yang telah saya berikan berkaitan dengan hukum Mad Asli. Peserta terdiri daripada 3 murid lelaki dan 2 murid perempuan. Mereka agak lemah dalam penguasaan pembelajaran namun masih boleh membaca Al-Quran dengan bimbingan guru. Saya akan memerihalkan ciri-ciri bagi setiap peserta kajian yang dipilih. Murid A, merupakan seorang murid lelaki yang berkulit hitam manis, agak berisi dan dan sangat gemar bercakap di dalam kelas. Boleh saya katakan, murid ini adalah murid yang terlalu aktif. Murid B pula merupakan seorang murid perempuan yang agak pasif namun suka menjawab soalan yang diberikan. Murid C juga merupakan seorang murid perempuan yang agak aktif dan suka membuat kerjanya sendiri. Murid ini perlu sentiasa ditegur agar dapat kembali mengikuti sesi P&P.
  • 5. Murid D pula merupakan seorang murid lelaki yang pendiam dan mudah terikut-ikut dengan sikap rakannya yang lain. Murid ini suka memberikan soalan dan sentiasa menghantar latihan yang diberikan sebelum tamat sesi persekolahan walaupun banyak kesalahan. Manakala murid E pula juga seorang murid lelaki yang merupakan pengawas sekolah. Murid ini berkulit hitam manis dan mempunyai daya kepimpinan yang amat baik. Namun dia agak lambat memahami isi pelajaran. INSTRUMEN KAJIAN Instrumen yang digunakandalamkajianiniadalah: Borang Pemerhatian Dalamboranginidicatatkan data-data yang diperolehmelaluipemerhatian yang dijalankankeataspesertakajiansepanjangsayamenjalankansesipengajarandanpembelajaran. Bagimenjaminkebolehpercayaan data yang diperoleh, aktivitipemerhatianinidijalankanoleh rakansepraktikum. Lembaran Latihan Pra dan Pasca Boranginimengandungiteks Surah Ad-Dhuhaayat 1 hingga 11. Dalam set latihan yang saya berikan ini semuanya dicetak dengan ayat-ayat yang berwarna hitam keseluruhannya. Dalam sesi P&P harian, saya telah memberikan penerangan dengan menggunakan slidepower point yang menonjolkan penggunaan warna dalam huruf-huruf dalam surah iniyang mengandungi hukum Mad Asli. Dalam masa sama, murid juga diberikan satu lembaran surah Ad-Dhuha yang mengandungi warna bagi huruf-huruf Mad Asli. Namun dalam latihan sahaja, murid langsung tidak diberikan sebarang petanda dalam mengenal pasti hukum tersebut.
  • 6. Catatan refleksi Catatan refleksi yang dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan juga menjadi bahan rujukan utama dalam menjalankan penyelidikan tindakan ini. Melalui refleksi yang dilakukan, saya dapat menilai semula serta membuat rumusan berkaitan keberkesanan pelaksanaan kaedah warna dalam hukum tajwid Mad Asli serta rekod respon dan perkembangan peserta kajian. Dalam masa yang sama, saya juga menggunakan jurnal mingguan sebagai rujukan kajian. DAPATAN KAJIAN Terdapat peningkatan dalam kemahiran murid mengenal pasti kalimah yang mengandungi tanda-tanda hukum Mad Asli Berdasarkan kepada penggunaan warna pada huruf-huruf Mad Asli dalam surah Ad-Dhuha telah menunjukkan peningkatan yang cukup ketara dalam kalangan lima peserta kajian yang terlibat. Pada peringkat awal, para peserta kajian gagal mengenal pasti kalimah yang mengandungi hukum tersebut lantaran tiada penekanan khusus kepada tanda-tanda hukum Mad Asli ini. Namun apabila peserta kajian diberikan kad ayat surah Ad-Dhuha berwarna, mereka boleh memahami konsep hukum ini. Walaupun fasa memberikan pendedahan mengenai tanda ini mengambil masa tinjauan yang agak lama, iaitu selama dua bulan, namun kajian mendapati perubahan drastik dalam latihan pra dan pasca pengenalan kaedah ini. Ini dijelaskan melalui jadual berikut :
  • 7. Jadual 1 : Perbandingan Markah Latihan Pra dan Pasca bagi Hukum Mad Asli SAMPEL KEPUTUSAN NILAI TOKOKAN Latihan Pra Latihan Pasca (+/-) Murid 1 28% 72% +44% Murid 2 17% 83% +66% Murid 3 22% 78% +56% Murid 4 39% 72% +33% Murid 5 17% 72% +55% Keputusan yang diperolehi ini menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan kosisten dalam jumlah markah yang diperolehi oleh lima orang peserta kajian yang dipilih. Dalam bahagian ini, murid 1 telah memperoleh markah sebanyak 28% dalam latihan pra dan menokok kepada 72% dalam latihan pasca. Manakala murid 2 (17% - 83%), murid 3 (22% - 78%), murid 4 (39% - 72%) dan murid lima mencatatkan markah ujian pra sebanyak 17% dan meningkat kepada 72% dalam ujian pasca. Latihan pra telah dijalankan pada 27 Februari 2012 dan latihan pasca telah dijalankan pada 16 April 2012.
  • 8. Perkembangan Murid dalam Latihan Mad Asli 16 14 12 Murid A Markah Murid 10 Murid B 8 Murid C 6 Murid D 4 Murid E 2 0 14-Feb 27-Feb 26-Mac 16-Apr Graf 1 : Graf Keseluruhan Prestasi Murid terhadap latihan berkaitan Hukum Mad Asli Graf di atas menunjukkan rekod perkembangan prestasi murid dalam empat sesi latihan yang telah diberikan oleh saya sepanjang tempoh berpraktikum. Latihan pertama telah dijalankan pada 14 Februari, 27 Februari, 26 Mac dan 16 April. Murid dapat membaca ayat yang mengandungi hukum Mad Asli dengan lebih baik. Berdasarkan kepada pemerhatian kualiti bacaan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, berlaku perubahan yang amat ketara dalam bacaan murid khususnya dalam hukum tajwid Mad Asli. Dalam sesi pemerhatian P&P pertama bertarikh 7 Februari 2012, kelima-lima peserta kajian langsung tidak dapat membaca dengan betul terutamanya hukum Mad Asli. Hal ini berlarutan dalam sesi P&P seterusnya yang bertarikh 13 Februari, 27 Februari dan 26 Mac. Manakala dalam sesi yang berikutnya bertarikh 9 April dan 16 April telah menunjukkan kemampuan murid membaca dengan harakat yang betul dalam surah tumpuan ad-Dhuha. Perkembangan ini dicatatkan dalam refleksi P&P saya di akhir sesi. Di samping itu, berdasarkan kepada pemerhatian rakan sepraktikum, beberapa respon telah
  • 9. diberikan, berdasarkan borang pemerhatian (bertarikh 27 Februari dan 16 April 2012) berikut: Jadual2 : Perbandingan Hasil Pemerhatian sesi P&P rakan sepraktikum Bil Perkara yang difokuskan Tarikh Pemerhatian 27 Februari 16 April 1 Murid dapat menyatakan maksud hukum tajwid √ √ Mad Asli dengan betul 2 Murid dapat menyatakan huruf-huruf Mad Asli √ √ 3 Murid dapat mengeluarkan kalimah yang X √ mengandungi hukum Mad Asli 4 Murid dapat membaca kalimah yang mengandungi X √ hukum Mad Asli dengan tepat 5 Kesalahan bacaan hukum Mad Asli kurang X √ 6 Guru memberikan bimbingan berkenaan hukum √ X Mad Asli semasa sesi p&p. Minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Al-Quran juga dapat dipositifkan Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pertama, tiada tanda jelas yang menunjukkan murid tertarik untuk mengikuti sesi P&P Al-Quran yang saya jalankan secara aktif. Walaupun murid-murid mengikuti setiap bacaan yang dibawa oleh guru, namun demikian lama- kelamaan mereka mudah hilang tumpuan apatah lagi gagal memahami konsep hukum tajwid Mad Asli itu sendiri. Hal ini dapat dilihat melalui refleksi saya yang pertama (13 Februari 2012) serta penulisan jurnal minggu ketiga pada tarikh yang sama. Namun dalam penulisan refleksi saya dalam P&P bertarikh 16 April 2012, murid telah menunjukkan minat mereka terhadap isi P&P yang dijalankan khususnya dalam pengajaran Tilawah Al-Quran kerana
  • 10. adanya kepelbagaian aktiviti bertulis dalam pembelajaran mereka. Murid juga menunjukkan minat terhadap latihan yang diberikan. IMPLIKASI DAN CADANGAN Saya dapati pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran Al-Quran yang telah dijalankan, murid kurang berminat dan cepat bisan terhadap sesi pembelajaran yang dijalankan. Lazimnya murid hanya diminta untuk membaca ayat-ayat tertentu dengan bimbingan guru serta menggunakan kaedah konvensional seperti membaca dengan menggunakan Al-Quran semata-mata dan tiada kepelbagaian dalam pelaksanaan aktiviti. Namun, dengan menggunakan kaedah warna dalam memperkenalkan hukum tajwid asas Mad Asli ini, menunjukkan kepada perubahan yang cukup konsisten dalam diri peserta kajian. Walaupun kaedah ini mengambil masa yang agak lama, namun keberkesanannya dapat dioptimumkan sekaligus mengurangkan kesalahan murid dalam membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan minat mereka untuk mendalami ilmu ini. Dalam peringkat awal, murid akan diberikan pengenalan secara terperinci berkaitan kaedah ini dan sentiasa diulang dalam setiap sesi P&P Al-Quran. Penekanan kepada konsep warna dan latihan yang berterusan membantu peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif. Dapatan kajian ini sesungguhnya memberikan satu petunjuk yang ketara bahawa bidang Tilawah Al-Quran ini bukanlah sesuatu yang membosankan dan sekadar untuk menuruti sukatan pelajaran semata-mata. Melalui kaedah serta kepelbagaian aktiviti yang diaplikasikan akan membantu murid dalam mengubah persepsi negatif tersebut. Walaupun berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi, murid tidak mencapai 100% penguasaan, namun demikian, perubahan yang ditunjukkan dengan lonjakan sebanyak 50% daripada markah yang diperolehi dalam latihan pra menunjukkan kaedah ini membawa kesan positif yang
  • 11. ketara. Kajian ini akan diteruskan lagi dalam sesi internship yang akan dijalankan pada bulan Julai 2012 bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaannya sekaligus membantu murid- murid sekolah rendah khususnya dalam memperbaiki bacaan bertajwid Al-Quran. Kajian yang dijalankan ini juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan murid mempelajari hukum tajwid Mad Asli dengan cara mudah, pantas dan kekal. Dengan mempraktikkan ilmu tajwid dalam pembacaan al-Quran, seseorang itu akan terhindar daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau mencacatknya. Sekiranya membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul merupakan satu kewajipan bagi setiap muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah merupakan suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada dua dan salah satunya adalah kesalahan Nyata ( ) yang ditakrifkan oleh Ibn al-Jazari sebagai kesalahan yang berlaku pada lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan huruf bacaan. Kesalahan nyata bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan sama ada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. Perkataan Jali ( ) di sini bermaksud sesuatu kesalahan yang dapat disedari dengan jelas dan terang-terangan. Seorang ulama Mutaakhirin, Dr. AbdulAziz Abdul Fattah al-Qari talah mengemukakan takrifan dengan berkata: Kesalahan yang berlaku pada lafaz-lafaz dan menyebabkan kerosakan makna kalimah secara jelas dan perkara tersebut diketahui oleh ulama dan juga orang awam.Hukum melakukan kesalahan nyata ini adalah haram secara Ijmak Ulama tidak kira kesalahan itu dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja atau tidak diendahkan. Dalam kajian akan datang, saya akan cuba menyebarluaskan kaedah ini dalam surah- surah lain dan memilih peserta kajian yang benar-benar agak lambat untuk memahami pembelajaran hukum tajwid. Sesungguhnya kaedah penggunaan warna ini amat sesuai bagi murid yang mempunyai prestasi penerimaan pembelajaran yang lemah. Sekiranya sebelum
  • 12. ini aplikasinya hanya khusus untuk hukum tajwid Mad Asli, berkemungkinan boleh dilanjutkan kepada pengenalan hukum asas lima tajwid yang lain. Apa yang saya harapkan cadangan serta perlaksanaan kajian tindakan saya ini akan dijadikan rujukan oleh guru-guru Pendidikan Islam yang lain bagi menangani masalah murid dalam penguasaan hukum tajwid. Walau bagaimanapun bentuk pelaksanaan kajian tindakan ini boleh diubahsuaikan mengikut kesesuaian dan keadaan murid. RUJUKAN Ahmad Mohammad Salleh. (2008). Siri Pendidikan Guru Pengajian Agama Islam dan j-QAF – Metadologi dan Pedagogi Pendidikan KPLI. Shah Alam : Penerbitan Oford Fajar Sdn. Bhd. Chow Fook Meng. (2004). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Fadzila Mustapa. (2007). HBIS 1103 Pengenalan Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn.Bhd. Habsah Ishak. (2006). Penggunaan Simbol dan Kata Kunci dalam Hukum Tajwid dengan Penekanan kepada Nun dan Tanwin serta Sakinah. Retrieved March 15, 2012, from salsabilatang.files.wordpress.com Hajijah Hasan. (2008). Kaedah Mesra Warna dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima. Kajian Tindakan Sempena Hari Profesionalisme SMK Majakir Papar. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran, Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF Tahun 4. Mohd Aderi Che Noh. (2009). Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran : Satu Tinjauan Terhadap Persepsi Guru di Sekolah Menengah Harian Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 57-72 Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wean Hassan. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam : Penerbitan Oford Fajar Sdn. Bhd.
  • 13. Nornajidah Abdul Rahman. (2008). Panduan Pemilihan Kombinasi Warna bagi Reka bentuk Skrin dan Penggunaan Mutimedia. Jabatan Ilmu Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Salina Saadon. (2006). Persepsi Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 1 terhadap Pembelajaran Al-Quran. Jabatan Ilmu Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Zubaidah Begam. (2007). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik : Tinjauan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Jabatan Ilmu Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.