Dokumen tersebut membincangkan tentang kemahiran asertif dan tingkah laku yang berkaitan. Ia menjelaskan bahawa asertif merupakan keupayaan untuk menyatakan pendapat secara terbuka tetapi masih menghormati hak orang lain, manakala tingkah laku agresif dan pasif tidak berbuat demikian. Dokumen itu juga menyenaraikan faedah menjadi individu asertif.
2. Soalan toturial
Pelajar diminta melaksanakan aktiviti
seperti Lampiran 3 iaitu Developing
Assertiveness Skills (Aktiviti Membina
Kemahiran Asertif).
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12. • Asertif ialah keupayaan seseorang individu
menyatakan apa yang ada dalam fikirannya sama
ada positif atau negatif. Individu yang bersikap
asertif akan menyatakan sesuatu perkara melalui
dua cara iaitu lisan dan bukan lisan.
• Manakala mesej yang dinyatakan adalah secara
berterus terang dan ianya mudah difahami oleh
penerima mesej. Penerima mesej tersebut akan
merasa selesa dan dihormati.
13. • Mereka yang tergolong dalam golongan asertif amat
menghormati hak orang lain. Contohnya
menghormati idea, perasaan dan keperluan orang
lain.
• Walaupun begitu mereka juga merasakan bahawa
mereka berhak untuk meluahkan hak dan perasaan
mereka kepada individu lain.
• Asertif adalah merupakan sikap yang seimbang di
antara sikap pasif dan sikap agresif. Mereka yang
tergolong dalam golongan asertif ini selalunya
berkeyakinan tinggi dengan diri sendiri.
14. • Mereka ini selalunya berkeyakinan dan bila
menyelesaikan masalah, selalu mengambil sikap
memberi dan menerima seperti:
“Saya percaya ... bagaimana fikiran anda?”
“Saya lebih suka ...”
“Apa yang boleh kita buat untuk menyelesaikan
masalah ini?”
• Tingkah laku bukan lisan pula dapat dilihat dengan
jelas. Pada keseluruhannya, mereka bercakap dengan
nada suara yang tetap dan sederhana. Pandangan
mereka tepat, tidak menunjukkan ingin berkuasa.
Keadaan badan tenang dan dapat dikawal.
15. • Kebolehan menyatakan apa yang ada dalam fikiran
tetapi dengan cara yang kurang sesuai secara lisan dan
bukan lisan.
• Ini menyebabkan penerima merasa terancam, hina,
malu dan mungkin membalas dengan lebih agresif
lagi.
• Mereka yang dalam golongan ini, kurang sensitif/peka
terhadap idea, perasaan dan keperluan orang lain.
• Mereka selalu mengetepikan pendapat dan kejayaan
orang lain.
16. • Ada kalanya individu ini mengakui kejayaan/pekerjaan orang
lain sebagai kejayaan atau usahanya.
• Orang yang begini selalu menggunakan bahasa sindiran serta
merendah-rendah sikap orang lain. Mereka juga mudah
meletakkan masalah dan menuduh sesuatu kesilapan itu
disebabkan oleh orang lain.
• Mereka juga sanggup mencaci dan melakukan penderaan.
Tingkahlaku begini dikesan dengan pernyataan dan
tingkahlaku bukan lisan mereka.
• Contohnya:
“Buat! kalau tidak ...”
“Ah, itu bodoh!”
“Tentu anda tidak mempercayainya!”
“Itu tidak berkaitan dengan saya ... ini semua salah anda!”
17. • Tingkahlaku bukan lisan pula seperti mimik muka
yang masam, nada suara keras dan tegas, sering
diikuti dengan kata yang menyindir dan tajam. Suka
merenung dengan pandangan yang tajam.
• Mereka suka menunjuk jari dan ada masanya
menumbuk meja. Mereka percaya mereka adalah
orang jujur dan selalu betul.
18. • Ketidakupayaan individu menyatakan apa yang ada
dalam fikirannya. Penerima merasa serba salah dan
mesej yang diterima tidak jelas
• Tingkah laku yang begini disebabkan terlalu sensitif
terhadap idea, perasaan dan keperluan orang lain.
Mereka ini tidak tegas dan selalu mengeluarkan
pendapat dengan cara yang berhati-hati serta
takut. Orang yang sedemikian selalu diambil
kesempatan oleh orang lain.
19. • Di bidang pekerjaan pula, orang lain akan mengambil
kesempatan mengakui bahawa sesuatu tugas itu dia sendiri
yang membuatnya tanpa mengiktiraf orang yang asal.
• Ada kalanya orang yang tidak tegas ini cuba berkeras, tetapi
gagal kerana sikap mereka yang terlalu mengalah.
Tingkahlaku begini senang dikesan melalui pernyataan yang
mereka buat.
• Petunjuk tingkahlaku tidak tegas bukan lisan meliputi suara
yang terputus. Kalau berbicara, mereka tidak akan menatap
muka orang yang mereka berbicara itu. Mereka ini kelihatan
takut, mungkin memulas-mulas tangan sendiri,
membongkokkan bahu ketika berdiri. Bila duduk akan
memeluk tubuh sebagai benteng pertahanan.
20. Menang
Tingkah laku Hak Ok
Kalah
Utama hak sendiri
Saya ok Saya menang
Agresif Ketepi hak orang
Anda tidak ok Anda kalah
lain
Utama hak sendiri
Saya ok Saya menang
Asertif Hormati hak
Anda ok Anda menang
orang lain
Ketepi hak sendiri Saya tidak ok Saya kalah
Pasif
Utama hak sendiri Anda ok Anda menang
21. Kemahiran ini dibahagikan kepada tiga komponen:
1. Kebolehan untuk meluahkan perasaan (contohnya, menerima
dan meluahkan perasaan marah dan mesra).
2. Kebolehan untuk meluahkan pegangan dan pendapat secara
terbuka (boleh menyuarakan pendapat, perselisihan pendapat
dan mempunyai prinsip yang tegas, walaupun sukar)
3. Kebolehan untuk mempertahankan hak individu (tidak
membenarkan orang lain mengganggu atau mengambil
kesempatan ke atas diri kita)
• Orang yang ‘assertive’ tidak mudah dimanipulasi atau malu.
Mereka boleh menyuarakan perasaan tanpa bertindak agresif
atau ekstrim.
22. Ketegasan diri adalah satu pendekatan untuk berinteraksi
dengan orang lain dan mempunyai ciri,
i.Tingkahlaku penyayang, menitikberatkan hal positif
tentang diri sendiri.
ii.Berupaya meluahkan perasaan kepada orang lain.
iii.Penilaian terhadap sesuatu tanpa prasangka.
iv.Selalu menyatakan kemahuan dan sesuatu yang tidak
disukai dengan cara berterus-terang tanpa menyerang dan
mengugut.
23. Apa faedah jika kita bersikap
ASERTIF..?
• Membina kemahiran berkomunikasi dengan
lebih baik
• menggalakkan keyakinan diri sendiri
• meningkatkan penghargaan kendiri
• membantu diri untuk memperolehi
penghormatan dari orang lain.
• memperbaiki kemahiran dalam membuat
keputusan.