Dokumen tersebut membahas beberapa faktor yang dapat menyebabkan kecelakaan lalu lintas seperti jejari tikungan yang kecil, persimpangan di cerun curam, air bertakung dan banjir kilat, lengkungan yang tajam, panjang lorong persimpangan, dan kesalahan pemasangan rambu dan lampu. Beberapa saranan untuk mencegah kecelakaan adalah meletakkan rambu peringatan, meletakkan persimpangan di lokasi yang lebih
2. Jejari selekoh yang kecil disebabkan
kesempitan simpanan tanah untuk jalan raya.
Bagi keadaan jalan ini, kita boleh
meletakkan papan peringatan sebelum
selekoh dari jarak 0.5 km atau 1 km untuk
mengingatkan pemandu supaya berhati-hati
dan mengurangkan kelajuan kenderaan.
3. Persimpangan di cerun menurun yang curam
Pada persimpangan di cerun menurun yang curam adalah sangat bahaya kerana kenderaan akan menurun
dengan lebih cepat. Ada juga pemandu yang tidak tahu untuk memain gear semasa menurun cerun. Jadi
apabila persimpangan direkakan pada cerun menurun yang curam, ini akan menyebabkan pemandu tidak
sempat untuk memperlahankan kenderaan dan akan menyebabkan kemalangan.
Cadangannya ialah persimpangan boleh diletakkan pada jalan yang tidak beberapa curam iaitu selepas cerun
dan juga menyediakan papan tanda kepada pemandu sebelum sampai ke persimpangan dari jarak 1 km.
4. Kemungkinan air bertakung dan banjir kilat yang selalu
menjadi penyebab kecelakaan semasa hujan
Pada situasi di atas berikut, air bertakung dan banjir kilat akan menyebabkan kemalangan berlaku dan juga kerosakan
kenderaan. Air yang bertakung di jalan raya akan menyebabkan kereta hilang kawalan dan akhirnya terbabas. Manakala banjir
kilat adalah seperti gambar di kanan, pemandu yang melalui air semasa banjir kilat adalah sangat bahaya dan berisiko tinggi
kenderaan akan rosak akibat masuk air dalam bahagian enjin.
Cadangan untuk mengelakkan air bertakung di jalan raya dan banjir kilat ialah sistem parit di tepi jalan perlu berfungsi dengan
baik di mananya tidak bertakung dengan sampah sarap sehingga air tidak boleh mengalir dengan lancar dan keadaan jalan
raya perlulah rata di mana air tidak akan bertakung semasa dan selepas hujan.
5. Lengkuk datar atau tegak yang sangat tajam
sehingga boleh menyebabkan kenderaan terbabas
Lengkuk datar atau tegak yang sangat tajam
boleh menyebabkan kenderaan terbabas
kerana pemandu tidak dapat mengawal
kenderaan dengan baik pada lengkuk yang
tajam itu. Cadangan untuk mengelakkan
kemalangan berlaku ialah memperluaskan
lengkuk tersebut agar pemandu boleh
memperlahankan kenderaan mereka dan
dapat mengawal kenderaan mereka dengan
baik.
6. Panjang lorong melambatkan dan mencepat
di persimpangan atau jalan keluar masuk
Kenderaan yang berjalan di jalan raya yang lurus akan
berjalan dengan kelajuan dengan cepat. Apabila
persimpangan diletakkan di lorong jalan raya yang
panjang, kenderaan yang ada pada persimpangan akan
sangat susah untuk keluar dari persimpangan dan
mungkin akan mengalami kemalangan apabila salah
mengira masa kenderaan di lorong lurus menyampai di
persimpangan.
Cadangannya ialah meletakkan lampu isyarat pada
tempat yang sesuai agar kenderaan dari dua arah yang
berlainan dapat menyeberangi dengan selamat.
7. Panjang lorong-lorong persilangan di mana terdapat lalu lintas yang
hendak menukar lorong ke kiri dan ada pula yang hendak ke kanan
Pada persimpangan yang hendak menukar lorong dari kiri ke kanan dan sebaliknya, kebiasaan akan berlaku
kemalangan yang kecil seperti terlanggar dengan kereta yang hendak menukar lorong yang tidak memberi
lampu isyarat. Apabila berlaku kemalangan, kendaraan lain akan sesak di persimpangan tersebut dan
menyebabkan kesesakan jalan raya.
Cadangannya ialah sebelum sampai ke persimpangan yang hendak menukar lorong kepada lorong lain,
pemandu hendaklah memastikan di manakah arah yang hendak ditujui. Selain itu, pemandu juga perlu
memberi lampu isyarat dengan lebih awal sebelum menukar lorong agar pemandu di belakang mengetahui arah
yang kita hendak pergi. Dengan ini, kemalangan juga dapat dielakkan.
8. Kesilapan semasa pembinaan terutama dalam pemasangan lampu, tanda-tanda jalan dan cat
permukaan jalan raya. Pemasangan bendul juga mungkin tidak menepati reka bentuk
geometri.
Kesilapan semasa pembinaan seperti pemasangan lampu, tanda-tanda jalan dan cat permukaan jalan raya akan
menyebabkan pemandu tidak dapat melihat keadaan jalan raya pada waktu malam, tanda yang salah akan mengelirukan
pemandu dan cat permukaan jalan raya yang tebal dan licin akan menyebabkan kemalangan.
Cadangan untuk mengelakkan kemalangan di atas berlaku ialah pihak berkenaan hendaklah memastikan tiang lampu
dipasang di tempat yang sesuai dan dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, tanda-tanda jalan juga perlu meletakkan di
tempat yang sesuai seperti meletakkan papan tanda had laju di jalan raya atau papan tanda lampu isyarat. Dengan ini,
pemandu dapat memperlahankan kenderaan mereka dan boleh menjamin keselamatan sendiri dan juga orang lain.