SlideShare a Scribd company logo
1 of 56
MESYUARAT PENGURUSAN GURU DAN STAF
SESI 2023/2024
Tarikh : 15 Mac 2023 - RABU
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Komputer Sekolah Kebangsaan Kampong Seri Rahmat
Kehadiran : Semua Guru dan Staf SKKSR
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI, INSANTERDIDIK,
NEGARA SEJAHTERA.
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKANYANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
AKU JANJI
• 1.1 Semua guru perlu menandatangani Surat Aku Janji sebagai Penjawat
Awam.
• 1.2 Pegawai Kerajaan adalah terikat dan perlu mematuhi Akujanji tersebut.
• 1.3 Salinan Aku Janji perlu disimpan di dalam Fail Peribadi guru.
• Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan danTatatertib) 1993, Perintah-
Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling
serta peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh K
erajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan
• Peraturan 4. Peraturan-
peraturan Pegawai Awam (Kelakuan danTatatertib) 1993
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SK Kampung Seri Rahmat bersedia bekhidmat untuk bersama-
sama ke arah :
1.Kecemerlangan prestasi Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah.
2.Berdisiplin melalui penerapan nilai-nilai murni.
3.Memastikan suasana sekolah yang bersih, menarik dan selesa.
4.Penggabungan padu tenaga pengajar dan tenaga bukan guru, ibubapa dan
masyarakat setempat sehingga wujudnya budaya kekitaan dan penyayang.
HALATUJU SKKSR
BILIK GURU , KELAB GURU & STAF
• 2.1 Bilik guru merupakan tempat larangan bagi murid.
• 2.2 Bilik Guru adalah di bawah tanggungjawab Kelab Guru & Staf dari aspek
menjaga susunan, kebersihan dan keceriaan pada setiap masa.
• 2.3 Semua guru yang mengajar di sekolah ini secara automatik menjadi ahli
Kelab Guru& Staf .
• 2.4 Kadar bayaran yuran adalah tertakluk kepada keputusan dalam
mesyuarat agung kelab tersebut.
• 2.5 Jawatankuasa bertanggungjawab ke atas kebajikan guru dan kakitangan
di bawah kawalan bidang mereka.
KEHADIRAN GURU DAN STAF
• 3.1 Semua guru dan staf dikehendaki hadir di sekolah sekurang-kurangnya
10 minit sebelum waktu rasmi mula bekerja.(Contoh :10 minit sebelum
pukul 7.40 pagi @8.00 pagi @8.30 pagi)
• 3.2 Waktu hadir dan waktu pulang hendaklah direkodkan melalui imbasan
QR Code yang disediakan.
• (Ruj : Arahan Perkhidmatan Bab & Para 1, SPI BIL. 2/1981 – Ketepatan
Masa di Sekolah-sekolah)
TIDAK HADIR BERTUGAS
• 4.1 Sila maklumkan kepada Guru Besar / Guru Kanan Pentadbiran / pejabat
melalui telefon jika tidak dapat hadir bertugas pada hari berkenaan sebelum
atau pada jam 7.00 pagi supaya pihak sekolah dapat mengatur jadual ganti
waktu mengajar anda.
• 4.2 CRKatau Cuti Rehat perlulah dirancang sebelaum 2/3 hari. Perlu dapat
kelulusan barulah boleh bercuti. Kecuali kecemasan.
KEBENARAN KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH
• 5.1 Adalah tidak dibenarkan guru-guru meninggalkan kawasan
sekolah semasa waktu mengajar bagi tujuan peribadi kecuali jika
ada hal yang tidak dapat dielakkan atau setelah mendapat
arahan/kebenaran Guru Besar atau arahan daripada PPD/JPN
dengan syarat mendapat terlebih dahulu kebenaran daripada
Guru Besar.
• 5.2 Sebelum meninggalkan kawasan sekolah ,pastikan guru
tersebut telah mencatatkan nama, masa, tujuan serta
tandatangan Guru Besar di dalam Buku Rekod Keluar di pejabat.
(tidak melebihi 4 jam)
GURU BERTUGAS
• 6.1 Guru bertugas perlu hadir lebih awal 15 minit sebelum
loceng berbunyi semasa datang dan selepas loceng berbunyi
semasa balik.
• 6.2 Bertugas sepanjang tempoh bertugas dan membuat
laporan harian.
• 6.3 Bertanggungjawab mengawal keadaan , kebersihan ,
keselamatan , mengurus perhimpunan, kantin , tandas dan
bangunan sekolah serta mengambil tindakan sekiranya perlu
berbuat demikian.
MASA BERSURAI
• 7.1 Guru yang mengajar pada waktu akhir hendaklah menentukan murid
disuraikan dengan teratur tanpa membuat bising.
• 7.2 Murid beratur dengan didahului oleh ketua darjah dan diiringi oleh guru
yang mengajar pada waktu akhir keluar dari bilik kelas.
• 7.3 Guru bertugas diminta ada bersama murid di pintu keluar sekolah untuk
memantau pergerakan murid semasa balik.
• 7.4 Guru sila pastikan semua :
• a) Pintu dan tingkap ditutup
• b) Kipas dan lampu dipadam
• c) Sampah sarap dikumpul
• d) Meja dan kerusi disusun kemas.
• 7.5 Semua guru dibenarkan pulang mengikut masa yang ditetapkan sekolah.
PERHIMPUNAN RASMI
• 8.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan seminggu sekali pada setiap hari
Isnin jam 7.30 pagi atau pada hari-hari dan masa-masa yang lain yang
ditetapkan oleh Guru Besar .
• 8.2 Semua guru diwajibkan hadir dalam perhimpunan.
• 8.3 Semua guru dikehendaki memakai tag nama dan guru lelaki dikehendaki
memakai tali leher pada setiap hari Isnin semasa perhimpunan diadakan.
• 8.4 Guru Besar/ guru bertugas akan membuat pengumuman-
pengumuman yang perlu dan juga membuat apa-apa teguran atau
memberi nasihat kepada murid.
• [Ruj : Per. Ikhtisas KP Bil.9/1975-KP 86-9/1 (79)]
KEGIATAN KOKURIKULUM
• 9.1 Kegiatan kokurikulum adalah wajib bagi semua guru.
• 9.2 Perancangan bagi kelab/persatuan dan permainan hendaklah
melibatkan semua murid Tahun 3 hingga 6.
• 9.3 Guru hendaklah memberi latihan kepada murid dalam bidang
kepimpinan, disiplin, bertanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan
negara dan memberi galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti
mengadakan ceramah, bahas, lawatan dan sebagainya.
• 9.4 Guru dikehendaki menyimpan rekod-rekod mengenai semua aktiviti
yang telah dijalankan.Rekod digunakan sebagai eviden hendaklah
diserahkan kepada GK Kokurikulum mengikut ketetapan dalam mesyuarat.
TATATERTIB
10.1 Adalah tanggungjawab semua guru untuk menjaga dan mengekalkan
disiplin murid-murid semasa di dalam atau di luar kelas.
10.2 Guru hendaklah melaporkan murid yang kerap melanggar peraturan
sekolah, tidak mengikut teguran dan nasihat dan sebagainya kepada Guru
Disiplin atau Guru Besar.
10.3 Guru diingatkan jangan mengarahkan murid balik atau keluar dari bilik
darjah atau melarang mengikuti Pendidikan sebagai hukuman kerana tidak
berdisiplin.
10.4 GuruTIDAK DIBENARKAN merotan murid untuk sebarang kesalahan
yang dilakukan oleh murid.
BUKU RAMPAIAN
• 11.1 Semua latihan bertulis hendaklah diperiksa pada hari itu
atau pada hari yang berikut.
• 11.2Semua kesalahan yang didapati dalam tiap-tiap latihan
bertulis hendaklah dibuat pembetulan sebelum menjalankan
latihan baru.
• 11.3 Buku rampaian/latihan Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Sains hendaklah dihantar kepada Guru
Besar/Penolong Kanan apabila diarahkan oleh Guru Besar.
• 11.4 Semua guru adalah guru disiplin.
UJIAN DAN PENTAKSIRAN
• 12.1 Ujian dan Pentaksiran hendaklah berpandukan seperti
tercatat di dalamTakwim Sekolah /Takwim Pentaksiran.
• 12.2Keputusan penilaian pencapaian murid perlu disiapkan dan
dihantar kepada Guru Besar lengkap dengan markah, mata
Pendidikan bersama-sama dengan gred, jumlah markah
keseluruhan, peratus dan kedudukan dalam kelas dan juga
kedudukan dalam semua kelas.
• 12.3Analisa Keputusan Penilaian perlu disiapkan dan diserahkan
kepada Guru Penolong Kanan/Setiausaha Peperiksaan.
DOKUMEN PERSEDIAAN MENGAJAR (DPM) E-RPH
• 13.1. Semua guru dikehendaki mengajar seperti mana yang tercatat di
dalam E-RPH (CIDS)
• 13.2 E-RPH hendaklah ditulis dengan jelas dan teratur serta sentiasa dalam
keadaan dikemaskinikan.
• 13.3 E-RPH (MIW – RPH) perlu diverifikasikan pada setiap hari Jumaat
waktu akhir untuk semakan dan ditandatangani oleh Guru Besar. Sekiranya
guru tidak menghantar MIW-RPH sebanyak 3 kali , surat amaran akan
dikeluarkan.
• 13.4 MIW-RPH yang telah lengkap hendaklah dihantar bagi kali pertamanya
pada hari JUMAAT 17 MAC 2023. Walaubagaimanapun rancangan
persediaan mengajar harian perlulah ditulis setiap hari mulai hari pertama
persekolahan 20 MAC 2023.
CUTI REHAT KHAS (CRK)
• 14.1 Setiap guru diberi peruntukan cuti rehat khas sebanyak 10 hari setahun bagi guru yang
• kurang dari 10 tahun berkhidmat dan 15 hari bagi guru yang telah berkhidmat melebihi 10
• tahun.
• 14.2 Guru layak memohon cuti tetapi kelulusan atas budi bicara Guru Besar.
• 14.3 Semua permohonan borang CRK dalam 2 salinan diserah sendiri kepada Guru Kanan
• Pentadbiran untuk sokongan sebelum mendapat kelulusan daripada Guru Besar.
• 14.4 Permohonan cuti yang dirancang perlu dibuat permohonan 5 hari lebih awal sebelum
• tarikh permohonan cuti tersebut.
• 14.5 Sekiranya ada kecemasan dan ingin memohon cuti rehat khas ,sila pastikan guru
• berkenaan menghubungi pihak pentadbir sekolah bagi tujuan guru ganti dan setelah
• kembali semula pastikan borang cuti diisi.
• 14.6 Guru tidak dibenarkan bercuti selagi permohonan belum mendapat kebenaran atau
• kelulusanGuru Besar. Layak memohon sahaja tetapi bukan hak mutlak.
CUTI SAKIT
• 15.1 Sekiranya cuti sakit ,serahkan sijil cuti sakit kepada Guru Besar pada
hari berikutnya.
• 15.2 Andainya cuti sakit lebih dari 2 hari, sila dapatkan pengesahan
daripada doktor kerajaan.
• 15.3 Sijil cuti sakit dari klinik kerajaan atau swasta hanya terhad kepad 15
hari bagi setiap tahun. Perlu diingat, setiap cuti sakit yang diambil boleh
menjejaskan kiraan ganjaran pencen kelak
• 15.4 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun samada berterusan atau
putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji. (Rujuk : SPP
Bil.2/2006)
CUTI HAJI/CUTI UMRAH/ CUTI BERSALIN/ CUTITANPA REKOD/
CUTITANPA GAJI
• 16.1 Segala dokumen/sijil/surat perlu dikemukakan bersama borang permohonan melalui Guru
Besar sebelum dihantar ke JPN untuk kelulusan.
• 16.2 Permohonan perlu dibuat lebih awal mengikut prosedur yang sedia ada.
• 16.3 Istilah ‘keluarga terdekat ‘ ialah isteri / suami, anak-anak, ibu bapa dan mertua guru itu
sahaja. Adik-beradik pasangan tidak termasuk dalam istilah keluarga terdekat.
• 16.4 i) Cuti Haji - 40 hari (Perintah Am Bab C)
• ii) Cuti Umrah -10 hari bekerja (SPP Bil. 3/2017)
• iii) Cuti Bersalin- 90 hari @ 60 hari ,suami layak 7 hari (Layak untuk 5 kali sepanjang
perkhidmatan (SPP Bil.5/2017)
• iv) CutiTanpa Rekod –tidak melebihi 14 hari setahun (Perintah Am Bab C)
• v) CutiTanpa Gaji – tidak ada had/tempoh yang ditetapkan tetapi mengikut
• tempoh perkhidmatan.Cuti tanpa gaji untuk tujuan ke luar negara hanya boleh diambil
• sekali dalam masa 4 tahun.(SPP Bil.4/2009)
CUTI KELUAR NEGARA
• 17.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara perlu mendapat
kelulusan JPN (Unit Perhubungan Dan Pendaftaran)
• 17.2 Borang permohonan perlu di kemukakan sekurang-kurangnya 30 hari
dari tarikh mula bercuti. (Online ke unit Perhubungan JPN)
CUTI MENGHADIRI PEPERIKSAAN
• 18.1 Kebenaran diberi dengan syarat guru berkenaan telah mendapat
kebenaran secara bertulis daripada Kementerian Pendidikan atau Jabatan
Pendidikan Negeri untuk mengikuti pengajian tersebut.
CUTI PENGGAL
• 19.1 Guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti
rehat tahunan.Walaubagaimana pun ,guru boleh dipanggil bertugas oleh
guru besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar.
CUTI KUARANTIN
• 20.1 Pegawai layak memohon cuti kuarantin jika anak jagaan
(kandung/tiri/angkat) di bawah umur 18 atau 21 tahun (jika masih belajar)
diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Swasta menghidap penyakit
berjangkit. 5 hari (untuk penyakit berjangkit seperti Demam
Campak(Measles),HFMD, Sakit Mata,Denggi,Malaria,Difteria)
• 20.2 Tempoh yang diluluskan terhad kepada 5 hari bekerja.(Rujuk : SPP
Bil.11/2016)
• 20.3 Tempoh kuarantin bagi COVID19 tertakluk kepada hebahan terkini melalui
KKM.
FAIL-FAIL BIDANG / UNIT/ JAWATANKUASA
• 21.1 Fail-fail yang dalam simpanan peribadi guru seperti fail meja, fail
panitia,fail unit dan sebagainya perlu disimpan di tempat selamat dalam
bilik fail dan sebagainya.
• 21.2 Kandungan fail hendaklah sentiasa dikemaskini dari semasa ke
semasa.
• 21.3 Fail-fail bukanlah milik peribadi dan tidak dibenarkan bawa pulang ke
rumah.
• 21.4 Semua fail perlu ada nombor yang telah ditetapkan menggunakan
sistem fail arked yang sedang digunapakai sekarang.
• 21.5 Semua fail merupakan dokumen penting sebagai bahan dokumentasi
dan bukti serta menjadi bahan rujukan /semakan/panduan kepada guru.
FAIL-FAIL SEKOLAH
• 22.1 Fail peribadi guru adalah fail sulit dan guru dilarang
mengambil atau melihat kandungan fail tersebut kecuali
pentadbir.
•22.2 Fail-fail di pejabat yang hendak dirujuk /diambil
perlulah melalui PembantuTadbir/Pembantu Operasi dan
dikembalikan dengan kadar segera.
•22.3 Fail-fail sekolah di pejabat adalah dilarang di bawa
keluar dari pejabat.
PENGESAHAN JAWATAN & KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN
BERPENCEN
• 23.1 Sekolah akan uruskan pengesahan jawatan guru dan
kemasukan ke dalam jawatan berpencen.
• 23.2 Boleh memilih skim pencen atau KWSP.
• 23.3 Pengesahan boleh dibuat setelah lulus kursus induksi.
(hadir dan lulus dalam tempoh 3 tahun)
• 23.4 Tempoh pengesahan bergantung kepada surat tawaran.
• 23.5 Semua guru perlu peka dan cakna dalam menyemak urusan
perjawatan.
GAJI
• 24.1 Persediaan gaji dibuat dua bulan lebih awal.
• 24.2 Potongan yang diuruskan oleh pihak sekolah melibatkan hal yang berkaitan dengan
kerajaan seperti; cukai pendapatan, pinjaman perumahan, KWSP danTabung Haji.
• 24.3 Potongan pinjaman bank & koperasi melalui ANGKASA dibuat terus oleh Akautan
Negara Malaysia.
• 24.4 Jika ada masalah tentang potongan koperasi dan ANGKASA, sila hubungi terus
dengan yang berkenaan.
• 24.5 Bagi guru yang bertukar masuk ke sekolah ini, gaji hanya akan diproses bila sekolah
menerima Sijik Gaji Akhir (LPC) daripada sekolah asal.
• 24.6 Kew 8 diproses setelah sekolah mendapat LPC.
• 24.7 Tuntutan gaji dibuat setelah mendapat kelulusan Kew 8.
• 24.8 Bagi yang bertukar masuk, gaji masih diuruskan oleh sekolah lama sehingga LPC
diterima.
• 24.9 Sebarang masalah berkaitan gaji, uruskan dengan pihak sekolah dahulu sebelum ke
JPN.
PERSARAAN PILIHAN
• 25.1 Persaraan Pilihan di bawah Seksyen 12 Akta 227/239
(i)Telah disahkan dalam jawatan
(ii)Telah diluluskan PemberianTaraf Berpencen
(iii) Berumur 40 tahun dan ke atas.
(iv) Mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10
tahun yang boleh dimasukira.
(v) Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan
dan dikemukakan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara
oleh jabatan.
(vi) Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah
Rasuah (bagi Gred 27 dan ke atas sahaja.)
JADUAL WAKTU GURU GANTI
• 26.1 Jadual guru ganti akan dibuat oleh Guru Kanan Kurikulum / Guru
JadualWaktu apabila seseorang guru tidak dapat hadir atau menjalankan
tugas di luar.
• 26.2 Guru ganti hendaklah memastikan mereka mendapat slip butiran
gantian yang akan dilakukan dengan menandatangani pada buku rekod
jadual waktu guru ganti.
• 26.3 Guru yang akan berkursus / mesyuarat dan sebagainya,dikehendaki
menyediakan kerja/latihan Pendidikan bagi kelas yang diajarnya supaya
guru ganti dapat memanfaatkan waktu ganti tersebut dengan aktiviti yang
berfaedah.(MMI)
• 26.4 Guru ganti diminta menyambung pendidikan berkenaan atau
mengajar pendidikan yang difikirkan perlu atau memberi latihan / kerja yang
telah disediakan oleh guru ganti.
JADUAL WAKTU MENGAJAR
• 27.1 Semua guru dikehendaki mematuhi jadual waktu mengajar
yang telah ditetapkan.
• 27.2 Guru bersedia untuk masuk ke kelas 5 minit sebelum kelas
bermula.
• 27.3 Guru yang mengajar hendaklah berada di dalam kelas
sepanjang tempoh PdPc.
• 27.4 Sekiranya seseorang guru tidak dapat masuk ke kelas
dalam waktu tertentu, sila maklumkan pada Guru Kanan yang
bertugas untuk membuat guru ganti.
JADUAL KEDATANGAN MURID – PENGISIAN APDM
• 28.1 PengisianAPDM perlu diisi setiap hari persekolahan sebelum Jam 9.00 pagi oleh
GURU KELAS. Sekiranya Guru Kelas tidak hadir perlu maklumkan pada GK HEM.
• 28.2 Semua butiran dan maklumat murid didalamAPDM murid perlulah
lengkap diisi dengan betul dan teratur serta segala maklumat adalah RAHSIA.
• 28.3 AnalisisAPDM hendaklah dibuat pada setiap akhir bulan.
• 28.4 Guru perlu mendapatkan bukti tentang sebab murid tidak hadir ke sekolah seperti
surat dari waris atau sijil sakit dari doktor.
• 28.5 Sekiranya seseorang murid didapati tidak hadir melebihi hari yang ditetapkan, (3-5
hari berturut tanpa sebab) maka guru perlu mengambil tindakan mengikut prosedur yang
ditetapkan.
• KAWASAN LARANGAN MURID
• 29.1 Murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan larangan sekolah iaitu Pejabat, Bilik
Guru Kanan, Bilik Guru, Bilik Komputer, Bilik Sains, Pusat Sumber Sekolah,
Bengkel RBT selain mendapat kebenaran daripadaGuru dengan menggunakan
Pas.
PAKAIAN GURU DAN STAF
• 30.1 Semua guru/kakitangan dikehendaki berpakaian lengkap dan kemas seperti yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kasut sukan, seluar jeans, slacks dan
tracksuit, bajuT, jersi,seluar pendek, ketat,sendat dan apa-apa pakaian menutup muka
serta lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata tidak boleh dipakai. (Rujuk :
SPI Bil.6/1985 dan SPP Bil.2/1985)
• 30.2 Pakaian uniform lengkap hendaklah dipakai pada setiap hari Rabu, berbaju batik
pada hari Khamis, berbaju Melayu (digalakkan) pada hari Jumaat sepertimana yang telah
ditetapkan oleh KPM.
• 30.3 Guru dibenarkan memakai pakaian sukan lengkap sepanjang hari persekolahan
semasa hari kegiatan Pendidikan Jasmani ataupun mengikut kesesuaian aktiviti dengan
kebenaran Guru Besar. (Contoh :Aktiviti Sukan / Gotong Royong )
• 30.4 Semua guru dan staf mesti memakai tanda nama sepanjang waktu persekolahan.
(latar hitam dan tulisan nama berwarna putih – Huruf Rumi).
• 30.5 Guru lelaki tidak digalakkan berambut panjang atau membuat rambut yang
berfesyen.
KELASTAMBAHAN / INTENSIF
• 31.1 Guru yang ingin mengadakan projek/aktiviti/kelas tambahan di luar
waktu persekolahan iaitu selpas masa persekolahan atau pada hari
Sabtu atau Ahad perlu mendapat kebenaran Guru Besar dengan mengisi
borang yang telah disediakan di pejabat.
• 31.2 Pihak kawalan keselamatan sekolah perlu dimaklumkan.
• 31.3 Pastikan guru berkenaan hadir dan bertanggungjawab sepenuhnya
pada kelas tersebut.
PENGLIBATAN LUAR
• 32.1 Guru boleh terlibat dengan perniagaan atau kerja-kerja sampingan
selagi mana ia tidak menjejaskan tugas hakiki.
• 32.2 Perlu mendapat kebenaran Guru Besar / JPN untuk membuka kelas
tuisyen luar, menulis buku atau terlibat aktif di dalam pertubuhan politik.
LAIN-LAINTEMUJANJI
• 33.1 Temujanji dengan doktor hendaklah seboleh-bolehnya
dibuat di luar waktu bertugas atau pada masa cuti sekolah.
• 33.2 Jika tidak dapat dielakkan dan terpaksa dibuat pada
waktu bertugas, guru berkenaan hendaklah kembali bertugas
sebaik sahaja selesai temujanji jika waktu persekolahan belum
berakhir. ’Time slip” hendaklah dikemukakan sebagai bukti
temujanji tersebut.
• 33.3 Sebarang temujanji lain atau urusan peribadi hendaklah
dibuat di luar waktu bertugas/persekolahan.
PBPPP / LAPORAN NILAI PRESTASITAHUNAN (LNPT)
• 34.1 Borang Keberhasilan (PBPPP) / LNPT perlu diisi dan lengkapkan pada
awal tahun bersama sasaran kerja tahunan yang telah dirancang bagi
tempoh tahun semasa.
• 34.2 Semakan dan penilaian semula terhadap rancangan /sasaran kerja
bagi tujuan penambahbaikan dilakukan pada pertengahan penggal.
• 34.3 Pastikan borang tersebut diisi dengan lengkap dan diserahkan
kepada pihak pentadbir sebelum tamat sesi persekolahan tahun tersebut.
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
• 35.1 LDP perlu dihadiri oleh guru sekurang-kurangnya 5 hari dalam
setahun. Iaitu sebanyak 42 jam kredit mengikut bidang.
• 35.2 Guru perlu memastikan Laporan LDP diisi dan disahkan oleh ketua
jabatan/pihak penganjur.
• 35.3 Salinan laporan perlu dihantar ke jabatan pada akhir tahun atau melalui
secara online.
MELAKSANAKAN ARAHAN/TUGAS/PERINTAH
• 36.1 Apabila diarahkan/ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu arahan /
tugas / perintah atau lain-lain sebagai contoh menghadiri mesyuarat /
seminar / taklimat / bengkel / kursus dan sebagainya , diminta membawa
murid maka guru berkenaan perlu hadir dan tidak boleh diganti dengan
orang lain tanpa kebenaran Guru Besar. Sekiranya ada pertukaran,maka
perlu mendapat persetujuan guru yang sanggup jadi pengganti serta
memaklumkan pertukaran ini kepada Guru Besar secara bertulis.
• 36.2 Setiap guru yang hadir mesyuarat / bengkel / taklimat / kursus perlu
membuat laporan kepada Guru Besar melalui borang minit curai yang
disediakan.
• 36.3 Guru juga perlu akur pada arahan melalui edaran/pekeliling sekolah
terutama berkaitan dengan tarikh-tarikh penting yang telah ditetapkan
supaya tidak menimbulkan kesulitan dan mengganggu perjalanan
pengurusan pentadbiran sekolah.
MEMBAWA MURID UNTUK AKTIVITI LUAR
• 37.1 Guru yang terlibat dengan aktiviti luaran bersama murid perlu
mendapatkan kebenaran bertulis daripada waris dan senarai terlibat
diserahkan kepada GB / GK untuk makluman.
• 37.2 Sekiranya guru perlu membawa murid dengan kenderaan sendiri,
peraturan jalanraya perlu dipatuhi. Kebenaran bertulis membawa
kenderaan sendiri perlu diperolehi daripada Guru Besar.
• 37.3 Guru tidak dibenarkan membawa murid secara berlebihan di dalam
sesebuah kenderaan.
• 37.4 Guru yang mengiringi murid tertakluk kepada 10 murid bagi
seorang guru.
MENGHADIRI KURSUS/ MESYUARAT/TAKLIMAT/SEMINAR/
BENGKEL ANJURAN SEKOLAH/PPD/JPN/KPM
• 38.1 Kehadiran guru adalah wajib.
• 38.2 Sila lengkapkan minit curai sekembalinya daripada
mesyuarat/seminar/taklimat/kursus/bengkel untuk makluman serta
tindakan pentadbir seterusnya.
• 38.3 Sekiranya tidak dapat hadir, sila berjumpa terus lebih awal dengan
Guru Besar bersama surat tunjuk sebab.
• 38.4 CIDS perlu disediakan seperti biasa dan buat catatan.
• 38.5 Siapkan minit curai dan adakan ‘in-house training’ selepas
menghadiri kursus.
MESYUARAT GURU DAN JAWATANKUASA SEKOLAH
• 39.1 Setiap guru mesti hadir pada mesyuarat guru yang diadakan.
• 39.2 Setiap guru yang menjadi ahli jawatankuasa induk sesuatu bidang
juga perlu hadir pada mesyuarat yang diadakan.
• 39.3 Sekiranya guru berkenaan tidak dapat hadir, sila maklumkan
kepada Guru Besar sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat
diadakan.
• 39.4 Pastikan guru membuat catatan semasa mesyuarat dijalankan .
• 39.5 Pencatat minit/setiausaha dikehendaki menyediakan minit
mesyuarat selewat-lewatnya 3 hari selepas mesyuarat diadakan dan
kemudiannya diedarkan untuk tindakan guru.
PROSES PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)
• 40.1 Guru perlu bersedia lebih awal untuk mengajar sebelum masuk ke
kelas.
• 40.2 Pastikan guru tidak mengajar sambil duduk kerana ini budaya atau
amalan yang tidak baik bagi seorang guru.
• 40.3 Guru mengajar berdasarkan perancangan yang telah dibuat
sepertimana tercatat di dalam CIDS.
• 40.4 Guru perlu sentiasa bersedia untuk menerima pemantauan /
pencerapan dari pentadbir / pelawat sekolah (Nazir,PPD,JPN,KPM)
berdasarkan skor standard 4 SKPM Kualiti@Sekolah.
PAS KELUAR MURID
• 41.1 Semua kelas diberi dua pas keluar murid.
• 41.2 Pas ini perlu disimpan di dalam kelas pada setiap masa.
• 41.3 Pas keluar diberi kepada murid yang difikirkan perlu
sahaja terutama sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
• 41.4 Guru bertanggungjawab ke atas murid yang dibenarkan
keluar.
PEMBELIAN DAN PEMESANAN BARANGAN
• 42.1 Sebarang pembelian dan pesanan alatan/barangan hendaklah
melalui Ketua Panitia masing-masing dengan menggunakan Borang Nota
Minta untuk mendapat kelulusan daripada Guru Besar / Guru Kanan.
• 42.2 Pastikan semua pembelian hendaklah ada dalam perancangan
terlebih dahulu dan dirujuk pada baki peruntukan yang sedia ada, bajet
tahunan / jumlah PCG.
• 42.3 Pesanan barangan sendiri secara ‘online’ tidak dibenarkan
menggunakan alamat sekolah.
PENGAWASAN PEPERIKSAAN AWAM
• 43.1 Guru tidak boleh menolak lantikan kecuali atas sebab sarat
mengandung, sakit berterusan dan berkursus, tidak digalakkan untuk
mengawasi SPM/STPM/SVM.
PENGGUNAAN ALATAN / HARTA BENDA SEKOLAH
• 44.1 Sebarang penggunaan alat hendaklah digunakan dengan betul
mengikut tatacara/kaedah penggunaan.
• 44.2 Perlu mendapat kebenaran Ketua Panitia atau penjaga stok dan
perlu direkodkan.
• 44.3 Sekiranya meminjam alat / benda, pastikan dikembalikan dengan
kadar segera dan tidak rosak/hilang.
• 44.4 Alatan / harta benda tidak dibenarkan dibawa ke rumah tanpa
kebenaran Guru Besar.
PENGGUNAAN MESIN FOTOSTAT PEJABAT
• 45.1 Sebarang bahan cetakan adalah untuk edaran dalaman sekolah sahaja.
• 45.2 Sebarang bahan yang hendak di cetak perlu mengisi borang yang telah
disediakan di pejabat.
• 45.3 Guru dilarang menggunakan mesin tersebut tanpa kebenaran Guru Besar.
• 45.4 Borang permohonan perlu dihantar lebih awal sebelum bahan cetak itu
hendak digunakan iaitu sehari sebelum tarikh bahan cetak digunakan.
PENGGUNAANTELEFON SEKOLAH
• 46.1 Penggunaan telefon sekolah hanya tujuan urusan rasmi sahaja dan perlu
direkodkan dalam buku daftar telefon.
• 46.2 Guru dan murid yang hendak menggunakan telefon sekolah hanya atas
urusan kecemasan maka perlu mendapat kebenaran terlebih daripada Guru Besar.
PENGGUNAAN WAKTU SENGGANG ‘FREE PERIOD’
• 47.1 Guru diminta membuat perancangan / persediaan
mengajar.
• 47.2 Memeriksa buku latihan murid.
• 47.3 Perbincangan secara profesional dengan rakan-rakan
untuk PLC.
• 47.4 Menyediakan alat bantu mengajar, menyediakan laporan
/ analisis dan sebagainya.
• 47.5 Bersedia jika diarahkan mengganti (relief) rakan guru
yang tidak hadir.
PENGISYTIHARAN HARTA
• 48.1 Setiap guru diminta mengisytiharkan harta mereka sekurang-kurangnya dalam
tempoh 5 tahun.
• 48.2 Sekiranya terdapat pertambahan dalam harta perlu diisytiharkan melalui
mengisi borang tambahan harta dan hantar ke pejabat.
• 48.3 Sebarang pelupusan harta / pelucutan hakmilik harta juga perlu diisytiharkan.
RAHSIA SEKOLAH
• 49.1 Guru adalah dilarang sama sekali membocorkan rahsia sekolah.
• 49.2 Guru adalah dilarang sama sekali membuat kenyataan jelik di akhbar dan di
media sosial berkaitan dengan sekolah (Rujuk PerintahAm).
• 49.3 Guru mestilah menjaga nama baik Jabatan/Kementerian .Tindakan tatatertib
boleh diambil mengikut PerintahAm Bab D(24).
PERINTAH AM
• 50.1 Guru sebagai pegawai kerajaan adalah tertakluk kepada
peraturan-peraturan di dalam Perintah Am Persekutuan. Guru-
guru dinasihatkan meneliti ,memahami dan mematuhi isi
kandungan dokumen-dokumen yang terdapat di dalam buku
tersebut, khasnya Bab C dan Bab D.
• 50.2 Sebagai Pendidik, guru juga hendaklah memahami dan
menghayati serta mempraktikkan tatasusila Profesion
Perguruan Malaysia.
PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI
• 51.1 Pemohon perlu mendapatkan kebenaran / kelulusan Guru Besar.
• 51.2 Pastikan jumlah potongan tidak melebihi 60 peratus daripada
jumlah keseluruhan pendapatan bulanan.
• 51.3 Guru besar hendaklah memastikan peraturan ini dipatuhi oleh
pemohon.
PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN / KENDERAAN / KOMPUTER
• 52.1 Pemohon perlu mendapatkan borang samada dari pejabat sekolah atau
PPD/JPN/KPM.
• 52.2 Pastikan borang lengkap diisi bersama –sama dokumen sokongan yang
dikehendaki.
• 52.3 Semua permohonan mestilah melalui guru besar sekolah untuk sokongan
dan pengesahan.
PERTUKARAN GURU
• 53.1 Permohonan dan semakan pertukaran guru antara negeri
dibuat secara online sepanjang tahun. Namun proses pertukaran
hanya berlaku dua kali setahun iaitu Januari dan Jun.
• 53.2 Pertukaran guru antara daerah dan dalam daerah perlu
dibuat melalui PPD.
• 53.3 Pengesahan dan perakuan daripada ketua jabatan adalah
wajib.
• 53.4 Pastikan maklumat EMIS/HRMIS/E-OPERASI dikemaskini
oleh guru yang bertukar.
TUGASAN LUAR (JURULATIH UTAMA/FASILITOR/KAKITANGAN SUMBER).
• 54.1 Guru yang terlibat dengan tugasan-tugasan rasmi luar masih tertakluk kepada
kelulusan/kebenaranGuru Besar.
• 54.2 Guru perlu mengutamakan tugasan sekolah tempat bertugas.
SENARAI SEMAK BUDAYATUTUP DAN BUKA SEKOLAH
• 55.1 Pastikan semua butiran dalam Senarai Semak dipatuhi dan dilaksanakan.
• 55.2 Senarai Semak yang telah lengkap diisi hendaklah diserah ke pejabat.
URUSAN DENGAN PPD DAN JPN
• 56.1 Setelah mendapat kebenaran dan kelulusan atau arahanGuru Besar.
• 56.2 Berpakaian rasmi (pakaian kerja).
SURAT ATAU PEKELILING KELUAR/MASUK DARI PPD / JPN /KPM
UNTUKTINDAKAN
• 57.1 Bertindak segera apabila surat diminitkan kepada guru berkenaan.
• 57.2 Bincang dengan pihak Pentadbir dan serah kepada pentadbir berkenaan
untuk semakan/ simpanan fail.
• 57.3 Pastikan semua surat yang keluar perlu disertakan surat iringan dan perlu
ada salinan sekolah mengikut format surat yang telah ditetapkan.
• 57.4 Semua surat keluar yang menggunakan kepala surat alamat sekolah perlu
ditandatangani oleh Guru Besar selaku Ketua Jabatan.
SURAT KELUAR KE PPD/JPN/KPM
• 58.1 Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan hal sekolah atau perjawatan
hendaklah melalui dan salinan Guru Besar terlebih dahulu.
• 58.2 Semua surat rasmi perlu mengikut format surat rasmi yang telah
ditetapkan.
VISI DAN MISI SEKOLAH (DIPAMERKAN)
• 59.1 Semua guru perlu memahami serta menghayati
visi dan misi sekolah selaras dengan kehendak semasa.
• 59.2 Semua guru perlu memperingatkan kepada semua
warga sekolah tentang visi dan misi sekolah.
URUSAN DENGAN PELAWAT /TETAMU
• 60.1 Pastikan semua pelawat melaporkan diri di pondok pengawal
sekolah dan berurusan di pejabat atau Guru Besar.
• 60.2 Pihak tertentu / syarikat atau orang perseorangan yang hendak
berjumpa dengan guru hendaklah melapor atau mendapat kebenaran Guru
Besar di pejabat terlebih dahulu.
• 60.3 Orang luar juga dilarang berjumpa atau berurusan dengan murid di
bilik darjah atau semasa guru sedang mengajar.(SPI bil 8/2011)
• 60.4 Orang luar yang mendapat kebenaran daripada guru besar /
pentadbir akan dibekalkan dengan pas lawatan.
Presentation 13 (1).pptx

More Related Content

What's hot

Intervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxIntervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxLOMAN5
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4ALSAFII
 
Watikah lantikan pengawas
Watikah lantikan pengawas Watikah lantikan pengawas
Watikah lantikan pengawas ikin5474
 
Kertas Kerja Kelas Tambahan LINUS 2016
Kertas Kerja Kelas Tambahan LINUS 2016Kertas Kerja Kelas Tambahan LINUS 2016
Kertas Kerja Kelas Tambahan LINUS 2016Norita Mdshah
 
Kertas kerja pertandingan robotik
Kertas kerja pertandingan robotikKertas kerja pertandingan robotik
Kertas kerja pertandingan robotikMarina72
 
BORANG PEMARKAHAN PERKHEMAHAN PERDANA
BORANG PEMARKAHAN PERKHEMAHAN PERDANA BORANG PEMARKAHAN PERKHEMAHAN PERDANA
BORANG PEMARKAHAN PERKHEMAHAN PERDANA syahfove
 
2015 senarai semak fail pengurusan kokurikulum
2015 senarai semak fail pengurusan kokurikulum2015 senarai semak fail pengurusan kokurikulum
2015 senarai semak fail pengurusan kokurikulumMohd Mustakim Kamarudin
 
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdf
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdfPELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdf
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdfkhusairi1
 
MESYUARAT AKHIR GURU.pptx
MESYUARAT AKHIR GURU.pptxMESYUARAT AKHIR GURU.pptx
MESYUARAT AKHIR GURU.pptxHanafiHusin1
 
Borang guru bertugas
Borang guru bertugasBorang guru bertugas
Borang guru bertugasAdeq Norzuani
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan VideoKomuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan VideoMokhzani Fadir
 
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahBorang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahRoiamah Basri
 
eModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxeModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxHanisIbrahim
 

What's hot (20)

Intervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docxIntervensi matematik -cikgu loman.docx
Intervensi matematik -cikgu loman.docx
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4
 
Watikah lantikan pengawas
Watikah lantikan pengawas Watikah lantikan pengawas
Watikah lantikan pengawas
 
Taklimat Profil Akademik & Headcount 2013
Taklimat Profil Akademik & Headcount 2013Taklimat Profil Akademik & Headcount 2013
Taklimat Profil Akademik & Headcount 2013
 
Kertas Kerja Kelas Tambahan LINUS 2016
Kertas Kerja Kelas Tambahan LINUS 2016Kertas Kerja Kelas Tambahan LINUS 2016
Kertas Kerja Kelas Tambahan LINUS 2016
 
Kertas kerja pertandingan robotik
Kertas kerja pertandingan robotikKertas kerja pertandingan robotik
Kertas kerja pertandingan robotik
 
laporan dialog prestasi 1.docx
laporan dialog prestasi 1.docxlaporan dialog prestasi 1.docx
laporan dialog prestasi 1.docx
 
BORANG PEMARKAHAN PERKHEMAHAN PERDANA
BORANG PEMARKAHAN PERKHEMAHAN PERDANA BORANG PEMARKAHAN PERKHEMAHAN PERDANA
BORANG PEMARKAHAN PERKHEMAHAN PERDANA
 
2015 senarai semak fail pengurusan kokurikulum
2015 senarai semak fail pengurusan kokurikulum2015 senarai semak fail pengurusan kokurikulum
2015 senarai semak fail pengurusan kokurikulum
 
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdf
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdfPELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdf
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdf
 
Borang borang headcount
Borang borang headcountBorang borang headcount
Borang borang headcount
 
MESYUARAT AKHIR GURU.pptx
MESYUARAT AKHIR GURU.pptxMESYUARAT AKHIR GURU.pptx
MESYUARAT AKHIR GURU.pptx
 
1.2 Hala tuju TS25 Tahun 2020.ppt
1.2 Hala tuju TS25 Tahun 2020.ppt1.2 Hala tuju TS25 Tahun 2020.ppt
1.2 Hala tuju TS25 Tahun 2020.ppt
 
Borang guru bertugas
Borang guru bertugasBorang guru bertugas
Borang guru bertugas
 
Borang b3 2021
Borang b3 2021Borang b3 2021
Borang b3 2021
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan VideoKomuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
 
Asas-Asas Memahami Headcount
Asas-Asas Memahami Headcount Asas-Asas Memahami Headcount
Asas-Asas Memahami Headcount
 
Myportfolio pk ko(1)
Myportfolio pk ko(1)Myportfolio pk ko(1)
Myportfolio pk ko(1)
 
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahBorang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
 
eModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxeModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptx
 

Similar to Presentation 13 (1).pptx

DASAR KURIKULUM SEKOLAH SJKT LADANG HUNTLY 2024/2025.pptx
DASAR KURIKULUM SEKOLAH SJKT LADANG HUNTLY 2024/2025.pptxDASAR KURIKULUM SEKOLAH SJKT LADANG HUNTLY 2024/2025.pptx
DASAR KURIKULUM SEKOLAH SJKT LADANG HUNTLY 2024/2025.pptxVimalaAmbikai1
 
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014Mohd Basri Abdullah
 
contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
 contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengahNoraZiemah AZman
 
Peraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolahPeraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolahnoli dina
 
Buku perancangan 2018
Buku perancangan 2018Buku perancangan 2018
Buku perancangan 2018Azakiah Li
 
Mesyuarat guru 1 2014
Mesyuarat guru 1 2014Mesyuarat guru 1 2014
Mesyuarat guru 1 2014rosnita wahab
 
Minit kuri kali pertama 2013
Minit kuri kali pertama 2013Minit kuri kali pertama 2013
Minit kuri kali pertama 2013rosnita wahab
 
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxBUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxInaAwatifAwalina
 
Mesyuarat guru 1 dan budaya buka sekolah 2018
Mesyuarat guru 1 dan budaya buka sekolah 2018Mesyuarat guru 1 dan budaya buka sekolah 2018
Mesyuarat guru 1 dan budaya buka sekolah 2018Kalaimagal Tamil School
 
KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425.pdf
KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425.pdfKIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425.pdf
KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425.pdfIsmail Junus
 
Kurikulum sk teluk ru
Kurikulum sk teluk ruKurikulum sk teluk ru
Kurikulum sk teluk ruakhbar992000
 
SLAID_KIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023.pdf
SLAID_KIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023.pdfSLAID_KIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023.pdf
SLAID_KIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023.pdfSyuhadaRosly2
 
KIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023_2024.pdf
KIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023_2024.pdfKIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023_2024.pdf
KIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023_2024.pdfMuhammadHimi1
 
MESYUARAT GURU POST MORTEM AWAL TAHUN SESI 2023 2024.pptx
MESYUARAT GURU POST MORTEM AWAL TAHUN SESI 2023 2024.pptxMESYUARAT GURU POST MORTEM AWAL TAHUN SESI 2023 2024.pptx
MESYUARAT GURU POST MORTEM AWAL TAHUN SESI 2023 2024.pptxthomasyss
 
KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425 (1).pptx
KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425 (1).pptxKIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425 (1).pptx
KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425 (1).pptxahmadjuanda19
 
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah HarianBahagian kpm- Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah HarianHanim Zabidi
 
Mesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptx
Mesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptxMesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptx
Mesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptxnizam126912
 
AGENDA KURIKULUM BIL 1 SESI AKADEMIK .pptx
AGENDA KURIKULUM BIL 1  SESI AKADEMIK .pptxAGENDA KURIKULUM BIL 1  SESI AKADEMIK .pptx
AGENDA KURIKULUM BIL 1 SESI AKADEMIK .pptxg09168932
 

Similar to Presentation 13 (1).pptx (20)

DASAR KURIKULUM SEKOLAH SJKT LADANG HUNTLY 2024/2025.pptx
DASAR KURIKULUM SEKOLAH SJKT LADANG HUNTLY 2024/2025.pptxDASAR KURIKULUM SEKOLAH SJKT LADANG HUNTLY 2024/2025.pptx
DASAR KURIKULUM SEKOLAH SJKT LADANG HUNTLY 2024/2025.pptx
 
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
 
contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
 contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
 
00 takwim 2012
00 takwim 201200 takwim 2012
00 takwim 2012
 
Peraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolahPeraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolah
 
Buku perancangan 2018
Buku perancangan 2018Buku perancangan 2018
Buku perancangan 2018
 
Mesyuarat guru 1 2014
Mesyuarat guru 1 2014Mesyuarat guru 1 2014
Mesyuarat guru 1 2014
 
Minit kuri kali pertama 2013
Minit kuri kali pertama 2013Minit kuri kali pertama 2013
Minit kuri kali pertama 2013
 
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptxBUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
BUKU PENGURUSAN UNIT KURIKULUM 2021 (3).pptx
 
27.9.2020
27.9.202027.9.2020
27.9.2020
 
Mesyuarat guru 1 dan budaya buka sekolah 2018
Mesyuarat guru 1 dan budaya buka sekolah 2018Mesyuarat guru 1 dan budaya buka sekolah 2018
Mesyuarat guru 1 dan budaya buka sekolah 2018
 
KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425.pdf
KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425.pdfKIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425.pdf
KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425.pdf
 
Kurikulum sk teluk ru
Kurikulum sk teluk ruKurikulum sk teluk ru
Kurikulum sk teluk ru
 
SLAID_KIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023.pdf
SLAID_KIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023.pdfSLAID_KIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023.pdf
SLAID_KIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023.pdf
 
KIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023_2024.pdf
KIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023_2024.pdfKIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023_2024.pdf
KIT_PENGOPERASIAN_PEMBUKAAN_SEKOLAH_BAGI_SESI_AKADEMIK_2023_2024.pdf
 
MESYUARAT GURU POST MORTEM AWAL TAHUN SESI 2023 2024.pptx
MESYUARAT GURU POST MORTEM AWAL TAHUN SESI 2023 2024.pptxMESYUARAT GURU POST MORTEM AWAL TAHUN SESI 2023 2024.pptx
MESYUARAT GURU POST MORTEM AWAL TAHUN SESI 2023 2024.pptx
 
KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425 (1).pptx
KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425 (1).pptxKIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425 (1).pptx
KIT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI AKADEMIK 2425 (1).pptx
 
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah HarianBahagian kpm- Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah Harian
 
Mesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptx
Mesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptxMesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptx
Mesyuarat jawatakuasa kokurikulum 2021.pptx
 
AGENDA KURIKULUM BIL 1 SESI AKADEMIK .pptx
AGENDA KURIKULUM BIL 1  SESI AKADEMIK .pptxAGENDA KURIKULUM BIL 1  SESI AKADEMIK .pptx
AGENDA KURIKULUM BIL 1 SESI AKADEMIK .pptx
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (8)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

Presentation 13 (1).pptx

  • 1. MESYUARAT PENGURUSAN GURU DAN STAF SESI 2023/2024 Tarikh : 15 Mac 2023 - RABU Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik Komputer Sekolah Kebangsaan Kampong Seri Rahmat Kehadiran : Semua Guru dan Staf SKKSR
  • 2. VISI PENDIDIKAN BERKUALITI, INSANTERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA. MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKANYANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
  • 3.
  • 4. AKU JANJI • 1.1 Semua guru perlu menandatangani Surat Aku Janji sebagai Penjawat Awam. • 1.2 Pegawai Kerajaan adalah terikat dan perlu mematuhi Akujanji tersebut. • 1.3 Salinan Aku Janji perlu disimpan di dalam Fail Peribadi guru. • Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan danTatatertib) 1993, Perintah- Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh K erajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan • Peraturan 4. Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan danTatatertib) 1993
  • 5. PIAGAM PELANGGAN Kami warga SK Kampung Seri Rahmat bersedia bekhidmat untuk bersama- sama ke arah : 1.Kecemerlangan prestasi Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah. 2.Berdisiplin melalui penerapan nilai-nilai murni. 3.Memastikan suasana sekolah yang bersih, menarik dan selesa. 4.Penggabungan padu tenaga pengajar dan tenaga bukan guru, ibubapa dan masyarakat setempat sehingga wujudnya budaya kekitaan dan penyayang.
  • 7.
  • 8.
  • 9. BILIK GURU , KELAB GURU & STAF • 2.1 Bilik guru merupakan tempat larangan bagi murid. • 2.2 Bilik Guru adalah di bawah tanggungjawab Kelab Guru & Staf dari aspek menjaga susunan, kebersihan dan keceriaan pada setiap masa. • 2.3 Semua guru yang mengajar di sekolah ini secara automatik menjadi ahli Kelab Guru& Staf . • 2.4 Kadar bayaran yuran adalah tertakluk kepada keputusan dalam mesyuarat agung kelab tersebut. • 2.5 Jawatankuasa bertanggungjawab ke atas kebajikan guru dan kakitangan di bawah kawalan bidang mereka.
  • 10. KEHADIRAN GURU DAN STAF • 3.1 Semua guru dan staf dikehendaki hadir di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu rasmi mula bekerja.(Contoh :10 minit sebelum pukul 7.40 pagi @8.00 pagi @8.30 pagi) • 3.2 Waktu hadir dan waktu pulang hendaklah direkodkan melalui imbasan QR Code yang disediakan. • (Ruj : Arahan Perkhidmatan Bab & Para 1, SPI BIL. 2/1981 – Ketepatan Masa di Sekolah-sekolah)
  • 11. TIDAK HADIR BERTUGAS • 4.1 Sila maklumkan kepada Guru Besar / Guru Kanan Pentadbiran / pejabat melalui telefon jika tidak dapat hadir bertugas pada hari berkenaan sebelum atau pada jam 7.00 pagi supaya pihak sekolah dapat mengatur jadual ganti waktu mengajar anda. • 4.2 CRKatau Cuti Rehat perlulah dirancang sebelaum 2/3 hari. Perlu dapat kelulusan barulah boleh bercuti. Kecuali kecemasan.
  • 12. KEBENARAN KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH • 5.1 Adalah tidak dibenarkan guru-guru meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu mengajar bagi tujuan peribadi kecuali jika ada hal yang tidak dapat dielakkan atau setelah mendapat arahan/kebenaran Guru Besar atau arahan daripada PPD/JPN dengan syarat mendapat terlebih dahulu kebenaran daripada Guru Besar. • 5.2 Sebelum meninggalkan kawasan sekolah ,pastikan guru tersebut telah mencatatkan nama, masa, tujuan serta tandatangan Guru Besar di dalam Buku Rekod Keluar di pejabat. (tidak melebihi 4 jam)
  • 13. GURU BERTUGAS • 6.1 Guru bertugas perlu hadir lebih awal 15 minit sebelum loceng berbunyi semasa datang dan selepas loceng berbunyi semasa balik. • 6.2 Bertugas sepanjang tempoh bertugas dan membuat laporan harian. • 6.3 Bertanggungjawab mengawal keadaan , kebersihan , keselamatan , mengurus perhimpunan, kantin , tandas dan bangunan sekolah serta mengambil tindakan sekiranya perlu berbuat demikian.
  • 14. MASA BERSURAI • 7.1 Guru yang mengajar pada waktu akhir hendaklah menentukan murid disuraikan dengan teratur tanpa membuat bising. • 7.2 Murid beratur dengan didahului oleh ketua darjah dan diiringi oleh guru yang mengajar pada waktu akhir keluar dari bilik kelas. • 7.3 Guru bertugas diminta ada bersama murid di pintu keluar sekolah untuk memantau pergerakan murid semasa balik. • 7.4 Guru sila pastikan semua : • a) Pintu dan tingkap ditutup • b) Kipas dan lampu dipadam • c) Sampah sarap dikumpul • d) Meja dan kerusi disusun kemas. • 7.5 Semua guru dibenarkan pulang mengikut masa yang ditetapkan sekolah.
  • 15. PERHIMPUNAN RASMI • 8.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan seminggu sekali pada setiap hari Isnin jam 7.30 pagi atau pada hari-hari dan masa-masa yang lain yang ditetapkan oleh Guru Besar . • 8.2 Semua guru diwajibkan hadir dalam perhimpunan. • 8.3 Semua guru dikehendaki memakai tag nama dan guru lelaki dikehendaki memakai tali leher pada setiap hari Isnin semasa perhimpunan diadakan. • 8.4 Guru Besar/ guru bertugas akan membuat pengumuman- pengumuman yang perlu dan juga membuat apa-apa teguran atau memberi nasihat kepada murid. • [Ruj : Per. Ikhtisas KP Bil.9/1975-KP 86-9/1 (79)]
  • 16. KEGIATAN KOKURIKULUM • 9.1 Kegiatan kokurikulum adalah wajib bagi semua guru. • 9.2 Perancangan bagi kelab/persatuan dan permainan hendaklah melibatkan semua murid Tahun 3 hingga 6. • 9.3 Guru hendaklah memberi latihan kepada murid dalam bidang kepimpinan, disiplin, bertanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara dan memberi galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah, bahas, lawatan dan sebagainya. • 9.4 Guru dikehendaki menyimpan rekod-rekod mengenai semua aktiviti yang telah dijalankan.Rekod digunakan sebagai eviden hendaklah diserahkan kepada GK Kokurikulum mengikut ketetapan dalam mesyuarat.
  • 17. TATATERTIB 10.1 Adalah tanggungjawab semua guru untuk menjaga dan mengekalkan disiplin murid-murid semasa di dalam atau di luar kelas. 10.2 Guru hendaklah melaporkan murid yang kerap melanggar peraturan sekolah, tidak mengikut teguran dan nasihat dan sebagainya kepada Guru Disiplin atau Guru Besar. 10.3 Guru diingatkan jangan mengarahkan murid balik atau keluar dari bilik darjah atau melarang mengikuti Pendidikan sebagai hukuman kerana tidak berdisiplin. 10.4 GuruTIDAK DIBENARKAN merotan murid untuk sebarang kesalahan yang dilakukan oleh murid.
  • 18. BUKU RAMPAIAN • 11.1 Semua latihan bertulis hendaklah diperiksa pada hari itu atau pada hari yang berikut. • 11.2Semua kesalahan yang didapati dalam tiap-tiap latihan bertulis hendaklah dibuat pembetulan sebelum menjalankan latihan baru. • 11.3 Buku rampaian/latihan Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains hendaklah dihantar kepada Guru Besar/Penolong Kanan apabila diarahkan oleh Guru Besar. • 11.4 Semua guru adalah guru disiplin.
  • 19. UJIAN DAN PENTAKSIRAN • 12.1 Ujian dan Pentaksiran hendaklah berpandukan seperti tercatat di dalamTakwim Sekolah /Takwim Pentaksiran. • 12.2Keputusan penilaian pencapaian murid perlu disiapkan dan dihantar kepada Guru Besar lengkap dengan markah, mata Pendidikan bersama-sama dengan gred, jumlah markah keseluruhan, peratus dan kedudukan dalam kelas dan juga kedudukan dalam semua kelas. • 12.3Analisa Keputusan Penilaian perlu disiapkan dan diserahkan kepada Guru Penolong Kanan/Setiausaha Peperiksaan.
  • 20. DOKUMEN PERSEDIAAN MENGAJAR (DPM) E-RPH • 13.1. Semua guru dikehendaki mengajar seperti mana yang tercatat di dalam E-RPH (CIDS) • 13.2 E-RPH hendaklah ditulis dengan jelas dan teratur serta sentiasa dalam keadaan dikemaskinikan. • 13.3 E-RPH (MIW – RPH) perlu diverifikasikan pada setiap hari Jumaat waktu akhir untuk semakan dan ditandatangani oleh Guru Besar. Sekiranya guru tidak menghantar MIW-RPH sebanyak 3 kali , surat amaran akan dikeluarkan. • 13.4 MIW-RPH yang telah lengkap hendaklah dihantar bagi kali pertamanya pada hari JUMAAT 17 MAC 2023. Walaubagaimanapun rancangan persediaan mengajar harian perlulah ditulis setiap hari mulai hari pertama persekolahan 20 MAC 2023.
  • 21. CUTI REHAT KHAS (CRK) • 14.1 Setiap guru diberi peruntukan cuti rehat khas sebanyak 10 hari setahun bagi guru yang • kurang dari 10 tahun berkhidmat dan 15 hari bagi guru yang telah berkhidmat melebihi 10 • tahun. • 14.2 Guru layak memohon cuti tetapi kelulusan atas budi bicara Guru Besar. • 14.3 Semua permohonan borang CRK dalam 2 salinan diserah sendiri kepada Guru Kanan • Pentadbiran untuk sokongan sebelum mendapat kelulusan daripada Guru Besar. • 14.4 Permohonan cuti yang dirancang perlu dibuat permohonan 5 hari lebih awal sebelum • tarikh permohonan cuti tersebut. • 14.5 Sekiranya ada kecemasan dan ingin memohon cuti rehat khas ,sila pastikan guru • berkenaan menghubungi pihak pentadbir sekolah bagi tujuan guru ganti dan setelah • kembali semula pastikan borang cuti diisi. • 14.6 Guru tidak dibenarkan bercuti selagi permohonan belum mendapat kebenaran atau • kelulusanGuru Besar. Layak memohon sahaja tetapi bukan hak mutlak.
  • 22. CUTI SAKIT • 15.1 Sekiranya cuti sakit ,serahkan sijil cuti sakit kepada Guru Besar pada hari berikutnya. • 15.2 Andainya cuti sakit lebih dari 2 hari, sila dapatkan pengesahan daripada doktor kerajaan. • 15.3 Sijil cuti sakit dari klinik kerajaan atau swasta hanya terhad kepad 15 hari bagi setiap tahun. Perlu diingat, setiap cuti sakit yang diambil boleh menjejaskan kiraan ganjaran pencen kelak • 15.4 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun samada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji. (Rujuk : SPP Bil.2/2006)
  • 23. CUTI HAJI/CUTI UMRAH/ CUTI BERSALIN/ CUTITANPA REKOD/ CUTITANPA GAJI • 16.1 Segala dokumen/sijil/surat perlu dikemukakan bersama borang permohonan melalui Guru Besar sebelum dihantar ke JPN untuk kelulusan. • 16.2 Permohonan perlu dibuat lebih awal mengikut prosedur yang sedia ada. • 16.3 Istilah ‘keluarga terdekat ‘ ialah isteri / suami, anak-anak, ibu bapa dan mertua guru itu sahaja. Adik-beradik pasangan tidak termasuk dalam istilah keluarga terdekat. • 16.4 i) Cuti Haji - 40 hari (Perintah Am Bab C) • ii) Cuti Umrah -10 hari bekerja (SPP Bil. 3/2017) • iii) Cuti Bersalin- 90 hari @ 60 hari ,suami layak 7 hari (Layak untuk 5 kali sepanjang perkhidmatan (SPP Bil.5/2017) • iv) CutiTanpa Rekod –tidak melebihi 14 hari setahun (Perintah Am Bab C) • v) CutiTanpa Gaji – tidak ada had/tempoh yang ditetapkan tetapi mengikut • tempoh perkhidmatan.Cuti tanpa gaji untuk tujuan ke luar negara hanya boleh diambil • sekali dalam masa 4 tahun.(SPP Bil.4/2009)
  • 24. CUTI KELUAR NEGARA • 17.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara perlu mendapat kelulusan JPN (Unit Perhubungan Dan Pendaftaran) • 17.2 Borang permohonan perlu di kemukakan sekurang-kurangnya 30 hari dari tarikh mula bercuti. (Online ke unit Perhubungan JPN) CUTI MENGHADIRI PEPERIKSAAN • 18.1 Kebenaran diberi dengan syarat guru berkenaan telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengikuti pengajian tersebut.
  • 25. CUTI PENGGAL • 19.1 Guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat tahunan.Walaubagaimana pun ,guru boleh dipanggil bertugas oleh guru besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar. CUTI KUARANTIN • 20.1 Pegawai layak memohon cuti kuarantin jika anak jagaan (kandung/tiri/angkat) di bawah umur 18 atau 21 tahun (jika masih belajar) diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Swasta menghidap penyakit berjangkit. 5 hari (untuk penyakit berjangkit seperti Demam Campak(Measles),HFMD, Sakit Mata,Denggi,Malaria,Difteria) • 20.2 Tempoh yang diluluskan terhad kepada 5 hari bekerja.(Rujuk : SPP Bil.11/2016) • 20.3 Tempoh kuarantin bagi COVID19 tertakluk kepada hebahan terkini melalui KKM.
  • 26. FAIL-FAIL BIDANG / UNIT/ JAWATANKUASA • 21.1 Fail-fail yang dalam simpanan peribadi guru seperti fail meja, fail panitia,fail unit dan sebagainya perlu disimpan di tempat selamat dalam bilik fail dan sebagainya. • 21.2 Kandungan fail hendaklah sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. • 21.3 Fail-fail bukanlah milik peribadi dan tidak dibenarkan bawa pulang ke rumah. • 21.4 Semua fail perlu ada nombor yang telah ditetapkan menggunakan sistem fail arked yang sedang digunapakai sekarang. • 21.5 Semua fail merupakan dokumen penting sebagai bahan dokumentasi dan bukti serta menjadi bahan rujukan /semakan/panduan kepada guru.
  • 27. FAIL-FAIL SEKOLAH • 22.1 Fail peribadi guru adalah fail sulit dan guru dilarang mengambil atau melihat kandungan fail tersebut kecuali pentadbir. •22.2 Fail-fail di pejabat yang hendak dirujuk /diambil perlulah melalui PembantuTadbir/Pembantu Operasi dan dikembalikan dengan kadar segera. •22.3 Fail-fail sekolah di pejabat adalah dilarang di bawa keluar dari pejabat.
  • 28. PENGESAHAN JAWATAN & KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN • 23.1 Sekolah akan uruskan pengesahan jawatan guru dan kemasukan ke dalam jawatan berpencen. • 23.2 Boleh memilih skim pencen atau KWSP. • 23.3 Pengesahan boleh dibuat setelah lulus kursus induksi. (hadir dan lulus dalam tempoh 3 tahun) • 23.4 Tempoh pengesahan bergantung kepada surat tawaran. • 23.5 Semua guru perlu peka dan cakna dalam menyemak urusan perjawatan.
  • 29. GAJI • 24.1 Persediaan gaji dibuat dua bulan lebih awal. • 24.2 Potongan yang diuruskan oleh pihak sekolah melibatkan hal yang berkaitan dengan kerajaan seperti; cukai pendapatan, pinjaman perumahan, KWSP danTabung Haji. • 24.3 Potongan pinjaman bank & koperasi melalui ANGKASA dibuat terus oleh Akautan Negara Malaysia. • 24.4 Jika ada masalah tentang potongan koperasi dan ANGKASA, sila hubungi terus dengan yang berkenaan. • 24.5 Bagi guru yang bertukar masuk ke sekolah ini, gaji hanya akan diproses bila sekolah menerima Sijik Gaji Akhir (LPC) daripada sekolah asal. • 24.6 Kew 8 diproses setelah sekolah mendapat LPC. • 24.7 Tuntutan gaji dibuat setelah mendapat kelulusan Kew 8. • 24.8 Bagi yang bertukar masuk, gaji masih diuruskan oleh sekolah lama sehingga LPC diterima. • 24.9 Sebarang masalah berkaitan gaji, uruskan dengan pihak sekolah dahulu sebelum ke JPN.
  • 30. PERSARAAN PILIHAN • 25.1 Persaraan Pilihan di bawah Seksyen 12 Akta 227/239 (i)Telah disahkan dalam jawatan (ii)Telah diluluskan PemberianTaraf Berpencen (iii) Berumur 40 tahun dan ke atas. (iv) Mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira. (v) Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan. (vi) Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi Gred 27 dan ke atas sahaja.)
  • 31. JADUAL WAKTU GURU GANTI • 26.1 Jadual guru ganti akan dibuat oleh Guru Kanan Kurikulum / Guru JadualWaktu apabila seseorang guru tidak dapat hadir atau menjalankan tugas di luar. • 26.2 Guru ganti hendaklah memastikan mereka mendapat slip butiran gantian yang akan dilakukan dengan menandatangani pada buku rekod jadual waktu guru ganti. • 26.3 Guru yang akan berkursus / mesyuarat dan sebagainya,dikehendaki menyediakan kerja/latihan Pendidikan bagi kelas yang diajarnya supaya guru ganti dapat memanfaatkan waktu ganti tersebut dengan aktiviti yang berfaedah.(MMI) • 26.4 Guru ganti diminta menyambung pendidikan berkenaan atau mengajar pendidikan yang difikirkan perlu atau memberi latihan / kerja yang telah disediakan oleh guru ganti.
  • 32. JADUAL WAKTU MENGAJAR • 27.1 Semua guru dikehendaki mematuhi jadual waktu mengajar yang telah ditetapkan. • 27.2 Guru bersedia untuk masuk ke kelas 5 minit sebelum kelas bermula. • 27.3 Guru yang mengajar hendaklah berada di dalam kelas sepanjang tempoh PdPc. • 27.4 Sekiranya seseorang guru tidak dapat masuk ke kelas dalam waktu tertentu, sila maklumkan pada Guru Kanan yang bertugas untuk membuat guru ganti.
  • 33. JADUAL KEDATANGAN MURID – PENGISIAN APDM • 28.1 PengisianAPDM perlu diisi setiap hari persekolahan sebelum Jam 9.00 pagi oleh GURU KELAS. Sekiranya Guru Kelas tidak hadir perlu maklumkan pada GK HEM. • 28.2 Semua butiran dan maklumat murid didalamAPDM murid perlulah lengkap diisi dengan betul dan teratur serta segala maklumat adalah RAHSIA. • 28.3 AnalisisAPDM hendaklah dibuat pada setiap akhir bulan. • 28.4 Guru perlu mendapatkan bukti tentang sebab murid tidak hadir ke sekolah seperti surat dari waris atau sijil sakit dari doktor. • 28.5 Sekiranya seseorang murid didapati tidak hadir melebihi hari yang ditetapkan, (3-5 hari berturut tanpa sebab) maka guru perlu mengambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan. • KAWASAN LARANGAN MURID • 29.1 Murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan larangan sekolah iaitu Pejabat, Bilik Guru Kanan, Bilik Guru, Bilik Komputer, Bilik Sains, Pusat Sumber Sekolah, Bengkel RBT selain mendapat kebenaran daripadaGuru dengan menggunakan Pas.
  • 34. PAKAIAN GURU DAN STAF • 30.1 Semua guru/kakitangan dikehendaki berpakaian lengkap dan kemas seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kasut sukan, seluar jeans, slacks dan tracksuit, bajuT, jersi,seluar pendek, ketat,sendat dan apa-apa pakaian menutup muka serta lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata tidak boleh dipakai. (Rujuk : SPI Bil.6/1985 dan SPP Bil.2/1985) • 30.2 Pakaian uniform lengkap hendaklah dipakai pada setiap hari Rabu, berbaju batik pada hari Khamis, berbaju Melayu (digalakkan) pada hari Jumaat sepertimana yang telah ditetapkan oleh KPM. • 30.3 Guru dibenarkan memakai pakaian sukan lengkap sepanjang hari persekolahan semasa hari kegiatan Pendidikan Jasmani ataupun mengikut kesesuaian aktiviti dengan kebenaran Guru Besar. (Contoh :Aktiviti Sukan / Gotong Royong ) • 30.4 Semua guru dan staf mesti memakai tanda nama sepanjang waktu persekolahan. (latar hitam dan tulisan nama berwarna putih – Huruf Rumi). • 30.5 Guru lelaki tidak digalakkan berambut panjang atau membuat rambut yang berfesyen.
  • 35. KELASTAMBAHAN / INTENSIF • 31.1 Guru yang ingin mengadakan projek/aktiviti/kelas tambahan di luar waktu persekolahan iaitu selpas masa persekolahan atau pada hari Sabtu atau Ahad perlu mendapat kebenaran Guru Besar dengan mengisi borang yang telah disediakan di pejabat. • 31.2 Pihak kawalan keselamatan sekolah perlu dimaklumkan. • 31.3 Pastikan guru berkenaan hadir dan bertanggungjawab sepenuhnya pada kelas tersebut. PENGLIBATAN LUAR • 32.1 Guru boleh terlibat dengan perniagaan atau kerja-kerja sampingan selagi mana ia tidak menjejaskan tugas hakiki. • 32.2 Perlu mendapat kebenaran Guru Besar / JPN untuk membuka kelas tuisyen luar, menulis buku atau terlibat aktif di dalam pertubuhan politik.
  • 36. LAIN-LAINTEMUJANJI • 33.1 Temujanji dengan doktor hendaklah seboleh-bolehnya dibuat di luar waktu bertugas atau pada masa cuti sekolah. • 33.2 Jika tidak dapat dielakkan dan terpaksa dibuat pada waktu bertugas, guru berkenaan hendaklah kembali bertugas sebaik sahaja selesai temujanji jika waktu persekolahan belum berakhir. ’Time slip” hendaklah dikemukakan sebagai bukti temujanji tersebut. • 33.3 Sebarang temujanji lain atau urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu bertugas/persekolahan.
  • 37. PBPPP / LAPORAN NILAI PRESTASITAHUNAN (LNPT) • 34.1 Borang Keberhasilan (PBPPP) / LNPT perlu diisi dan lengkapkan pada awal tahun bersama sasaran kerja tahunan yang telah dirancang bagi tempoh tahun semasa. • 34.2 Semakan dan penilaian semula terhadap rancangan /sasaran kerja bagi tujuan penambahbaikan dilakukan pada pertengahan penggal. • 34.3 Pastikan borang tersebut diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak pentadbir sebelum tamat sesi persekolahan tahun tersebut. LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN • 35.1 LDP perlu dihadiri oleh guru sekurang-kurangnya 5 hari dalam setahun. Iaitu sebanyak 42 jam kredit mengikut bidang. • 35.2 Guru perlu memastikan Laporan LDP diisi dan disahkan oleh ketua jabatan/pihak penganjur. • 35.3 Salinan laporan perlu dihantar ke jabatan pada akhir tahun atau melalui secara online.
  • 38. MELAKSANAKAN ARAHAN/TUGAS/PERINTAH • 36.1 Apabila diarahkan/ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu arahan / tugas / perintah atau lain-lain sebagai contoh menghadiri mesyuarat / seminar / taklimat / bengkel / kursus dan sebagainya , diminta membawa murid maka guru berkenaan perlu hadir dan tidak boleh diganti dengan orang lain tanpa kebenaran Guru Besar. Sekiranya ada pertukaran,maka perlu mendapat persetujuan guru yang sanggup jadi pengganti serta memaklumkan pertukaran ini kepada Guru Besar secara bertulis. • 36.2 Setiap guru yang hadir mesyuarat / bengkel / taklimat / kursus perlu membuat laporan kepada Guru Besar melalui borang minit curai yang disediakan. • 36.3 Guru juga perlu akur pada arahan melalui edaran/pekeliling sekolah terutama berkaitan dengan tarikh-tarikh penting yang telah ditetapkan supaya tidak menimbulkan kesulitan dan mengganggu perjalanan pengurusan pentadbiran sekolah.
  • 39. MEMBAWA MURID UNTUK AKTIVITI LUAR • 37.1 Guru yang terlibat dengan aktiviti luaran bersama murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada waris dan senarai terlibat diserahkan kepada GB / GK untuk makluman. • 37.2 Sekiranya guru perlu membawa murid dengan kenderaan sendiri, peraturan jalanraya perlu dipatuhi. Kebenaran bertulis membawa kenderaan sendiri perlu diperolehi daripada Guru Besar. • 37.3 Guru tidak dibenarkan membawa murid secara berlebihan di dalam sesebuah kenderaan. • 37.4 Guru yang mengiringi murid tertakluk kepada 10 murid bagi seorang guru.
  • 40. MENGHADIRI KURSUS/ MESYUARAT/TAKLIMAT/SEMINAR/ BENGKEL ANJURAN SEKOLAH/PPD/JPN/KPM • 38.1 Kehadiran guru adalah wajib. • 38.2 Sila lengkapkan minit curai sekembalinya daripada mesyuarat/seminar/taklimat/kursus/bengkel untuk makluman serta tindakan pentadbir seterusnya. • 38.3 Sekiranya tidak dapat hadir, sila berjumpa terus lebih awal dengan Guru Besar bersama surat tunjuk sebab. • 38.4 CIDS perlu disediakan seperti biasa dan buat catatan. • 38.5 Siapkan minit curai dan adakan ‘in-house training’ selepas menghadiri kursus.
  • 41. MESYUARAT GURU DAN JAWATANKUASA SEKOLAH • 39.1 Setiap guru mesti hadir pada mesyuarat guru yang diadakan. • 39.2 Setiap guru yang menjadi ahli jawatankuasa induk sesuatu bidang juga perlu hadir pada mesyuarat yang diadakan. • 39.3 Sekiranya guru berkenaan tidak dapat hadir, sila maklumkan kepada Guru Besar sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan. • 39.4 Pastikan guru membuat catatan semasa mesyuarat dijalankan . • 39.5 Pencatat minit/setiausaha dikehendaki menyediakan minit mesyuarat selewat-lewatnya 3 hari selepas mesyuarat diadakan dan kemudiannya diedarkan untuk tindakan guru.
  • 42. PROSES PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) • 40.1 Guru perlu bersedia lebih awal untuk mengajar sebelum masuk ke kelas. • 40.2 Pastikan guru tidak mengajar sambil duduk kerana ini budaya atau amalan yang tidak baik bagi seorang guru. • 40.3 Guru mengajar berdasarkan perancangan yang telah dibuat sepertimana tercatat di dalam CIDS. • 40.4 Guru perlu sentiasa bersedia untuk menerima pemantauan / pencerapan dari pentadbir / pelawat sekolah (Nazir,PPD,JPN,KPM) berdasarkan skor standard 4 SKPM Kualiti@Sekolah.
  • 43. PAS KELUAR MURID • 41.1 Semua kelas diberi dua pas keluar murid. • 41.2 Pas ini perlu disimpan di dalam kelas pada setiap masa. • 41.3 Pas keluar diberi kepada murid yang difikirkan perlu sahaja terutama sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. • 41.4 Guru bertanggungjawab ke atas murid yang dibenarkan keluar.
  • 44. PEMBELIAN DAN PEMESANAN BARANGAN • 42.1 Sebarang pembelian dan pesanan alatan/barangan hendaklah melalui Ketua Panitia masing-masing dengan menggunakan Borang Nota Minta untuk mendapat kelulusan daripada Guru Besar / Guru Kanan. • 42.2 Pastikan semua pembelian hendaklah ada dalam perancangan terlebih dahulu dan dirujuk pada baki peruntukan yang sedia ada, bajet tahunan / jumlah PCG. • 42.3 Pesanan barangan sendiri secara ‘online’ tidak dibenarkan menggunakan alamat sekolah. PENGAWASAN PEPERIKSAAN AWAM • 43.1 Guru tidak boleh menolak lantikan kecuali atas sebab sarat mengandung, sakit berterusan dan berkursus, tidak digalakkan untuk mengawasi SPM/STPM/SVM.
  • 45. PENGGUNAAN ALATAN / HARTA BENDA SEKOLAH • 44.1 Sebarang penggunaan alat hendaklah digunakan dengan betul mengikut tatacara/kaedah penggunaan. • 44.2 Perlu mendapat kebenaran Ketua Panitia atau penjaga stok dan perlu direkodkan. • 44.3 Sekiranya meminjam alat / benda, pastikan dikembalikan dengan kadar segera dan tidak rosak/hilang. • 44.4 Alatan / harta benda tidak dibenarkan dibawa ke rumah tanpa kebenaran Guru Besar.
  • 46. PENGGUNAAN MESIN FOTOSTAT PEJABAT • 45.1 Sebarang bahan cetakan adalah untuk edaran dalaman sekolah sahaja. • 45.2 Sebarang bahan yang hendak di cetak perlu mengisi borang yang telah disediakan di pejabat. • 45.3 Guru dilarang menggunakan mesin tersebut tanpa kebenaran Guru Besar. • 45.4 Borang permohonan perlu dihantar lebih awal sebelum bahan cetak itu hendak digunakan iaitu sehari sebelum tarikh bahan cetak digunakan. PENGGUNAANTELEFON SEKOLAH • 46.1 Penggunaan telefon sekolah hanya tujuan urusan rasmi sahaja dan perlu direkodkan dalam buku daftar telefon. • 46.2 Guru dan murid yang hendak menggunakan telefon sekolah hanya atas urusan kecemasan maka perlu mendapat kebenaran terlebih daripada Guru Besar.
  • 47. PENGGUNAAN WAKTU SENGGANG ‘FREE PERIOD’ • 47.1 Guru diminta membuat perancangan / persediaan mengajar. • 47.2 Memeriksa buku latihan murid. • 47.3 Perbincangan secara profesional dengan rakan-rakan untuk PLC. • 47.4 Menyediakan alat bantu mengajar, menyediakan laporan / analisis dan sebagainya. • 47.5 Bersedia jika diarahkan mengganti (relief) rakan guru yang tidak hadir.
  • 48. PENGISYTIHARAN HARTA • 48.1 Setiap guru diminta mengisytiharkan harta mereka sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun. • 48.2 Sekiranya terdapat pertambahan dalam harta perlu diisytiharkan melalui mengisi borang tambahan harta dan hantar ke pejabat. • 48.3 Sebarang pelupusan harta / pelucutan hakmilik harta juga perlu diisytiharkan. RAHSIA SEKOLAH • 49.1 Guru adalah dilarang sama sekali membocorkan rahsia sekolah. • 49.2 Guru adalah dilarang sama sekali membuat kenyataan jelik di akhbar dan di media sosial berkaitan dengan sekolah (Rujuk PerintahAm). • 49.3 Guru mestilah menjaga nama baik Jabatan/Kementerian .Tindakan tatatertib boleh diambil mengikut PerintahAm Bab D(24).
  • 49. PERINTAH AM • 50.1 Guru sebagai pegawai kerajaan adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan di dalam Perintah Am Persekutuan. Guru- guru dinasihatkan meneliti ,memahami dan mematuhi isi kandungan dokumen-dokumen yang terdapat di dalam buku tersebut, khasnya Bab C dan Bab D. • 50.2 Sebagai Pendidik, guru juga hendaklah memahami dan menghayati serta mempraktikkan tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.
  • 50. PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI • 51.1 Pemohon perlu mendapatkan kebenaran / kelulusan Guru Besar. • 51.2 Pastikan jumlah potongan tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan bulanan. • 51.3 Guru besar hendaklah memastikan peraturan ini dipatuhi oleh pemohon. PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN / KENDERAAN / KOMPUTER • 52.1 Pemohon perlu mendapatkan borang samada dari pejabat sekolah atau PPD/JPN/KPM. • 52.2 Pastikan borang lengkap diisi bersama –sama dokumen sokongan yang dikehendaki. • 52.3 Semua permohonan mestilah melalui guru besar sekolah untuk sokongan dan pengesahan.
  • 51. PERTUKARAN GURU • 53.1 Permohonan dan semakan pertukaran guru antara negeri dibuat secara online sepanjang tahun. Namun proses pertukaran hanya berlaku dua kali setahun iaitu Januari dan Jun. • 53.2 Pertukaran guru antara daerah dan dalam daerah perlu dibuat melalui PPD. • 53.3 Pengesahan dan perakuan daripada ketua jabatan adalah wajib. • 53.4 Pastikan maklumat EMIS/HRMIS/E-OPERASI dikemaskini oleh guru yang bertukar.
  • 52. TUGASAN LUAR (JURULATIH UTAMA/FASILITOR/KAKITANGAN SUMBER). • 54.1 Guru yang terlibat dengan tugasan-tugasan rasmi luar masih tertakluk kepada kelulusan/kebenaranGuru Besar. • 54.2 Guru perlu mengutamakan tugasan sekolah tempat bertugas. SENARAI SEMAK BUDAYATUTUP DAN BUKA SEKOLAH • 55.1 Pastikan semua butiran dalam Senarai Semak dipatuhi dan dilaksanakan. • 55.2 Senarai Semak yang telah lengkap diisi hendaklah diserah ke pejabat. URUSAN DENGAN PPD DAN JPN • 56.1 Setelah mendapat kebenaran dan kelulusan atau arahanGuru Besar. • 56.2 Berpakaian rasmi (pakaian kerja).
  • 53. SURAT ATAU PEKELILING KELUAR/MASUK DARI PPD / JPN /KPM UNTUKTINDAKAN • 57.1 Bertindak segera apabila surat diminitkan kepada guru berkenaan. • 57.2 Bincang dengan pihak Pentadbir dan serah kepada pentadbir berkenaan untuk semakan/ simpanan fail. • 57.3 Pastikan semua surat yang keluar perlu disertakan surat iringan dan perlu ada salinan sekolah mengikut format surat yang telah ditetapkan. • 57.4 Semua surat keluar yang menggunakan kepala surat alamat sekolah perlu ditandatangani oleh Guru Besar selaku Ketua Jabatan. SURAT KELUAR KE PPD/JPN/KPM • 58.1 Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan hal sekolah atau perjawatan hendaklah melalui dan salinan Guru Besar terlebih dahulu. • 58.2 Semua surat rasmi perlu mengikut format surat rasmi yang telah ditetapkan.
  • 54. VISI DAN MISI SEKOLAH (DIPAMERKAN) • 59.1 Semua guru perlu memahami serta menghayati visi dan misi sekolah selaras dengan kehendak semasa. • 59.2 Semua guru perlu memperingatkan kepada semua warga sekolah tentang visi dan misi sekolah.
  • 55. URUSAN DENGAN PELAWAT /TETAMU • 60.1 Pastikan semua pelawat melaporkan diri di pondok pengawal sekolah dan berurusan di pejabat atau Guru Besar. • 60.2 Pihak tertentu / syarikat atau orang perseorangan yang hendak berjumpa dengan guru hendaklah melapor atau mendapat kebenaran Guru Besar di pejabat terlebih dahulu. • 60.3 Orang luar juga dilarang berjumpa atau berurusan dengan murid di bilik darjah atau semasa guru sedang mengajar.(SPI bil 8/2011) • 60.4 Orang luar yang mendapat kebenaran daripada guru besar / pentadbir akan dibekalkan dengan pas lawatan.