Model kaunseling

3,659 views

Published on

PENGENALAN BIMBINGAN & KAUNSELING
PBK 3101

Published in: Technology, Sports

Model kaunseling

  1. 1. SITI SOLEHAH BINTI SAFFINEEIPG KAMPUS DARULAMANPENDIDIKAN BIMBINGAN & KAUNSELINGSEM 1 JAN 2013 – PBK 3101MODEL KAUNSELING BRAMMER, EGAN DAN IVEYPENGENALANModel kaunseling mempunyai peringkat atau fasa tersendiri dalam menjalankansesuatu proses kaunseling. Dalam erti kata lain kaunselor perlu membantu klienberdasarkan fasa tersebut sehingga mencapai matlamat klien. Dalam setiap fasa tersebutkaunselor akan mengaplikasikan teori atau kemahiran yang tertentu bagi menerokaimasalah klien. Iai dijalankan mengikut langkah tertentu tanpa disedari oleh klien.Denganadanya pembahagian fasa, kaunselor boleh membantu menyelesaikan permasalahan kliendengan mudah. Disampng itu juga sesuatu sesi dapat dijalankan dengan lebih lancar dankonsisten kerana kaunselor dapat mengetahui kelemahan diri pada tahap tertentu dan jugadapat memperbaikinya untuk sesi yang akan datang. Fasa dan model kaunseling adalahberbeza mengikut pandangan tokoh-tokoh. Walau bagaimanapun,setiap fasa perludikendalikan dengan baik supaya tidak berlaku urusan yang tidak selesai dalam diri klien.MODEL DALAM KAUNSELINGFASA DAN PROES DALAM KAUNSELINGDalam sumber-sumber yang dinyatakan oleh para tokoh, fasa atau tahap modelkaunseling adalah berbeza-beza namun terdapat juga persamaan pada tahap tertentukerana ia adalah tahap penting yang perlu dilalui oleh kaunselor ketika membantu klienmenyelesaikan permasalahan.Model BrammerMenurut Brammer (1999), menyatakan bahawa proses kaunseling mempunyi lapanperingkat, iaitu tiga fasa. Fasa pertama ialah sebelum proses kunseling iaitu peringkat prapersediaan, fasa kedua pula ialah semasa proses kaunseling ( peringkat penyediaan,kemasukan, penetapan/penjelasan, menstruktur perhubungan, penerokaan, pengukuhandan oerancangan ) manakala fasa ketiga ialah selepas proses kaunseling iaitu peringkatpenamatan.Fasa 1:Dalam peringkat ini, perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh kaunselor adalahmengkaji latar belakang klien.Segala maklumat peribadi klien harus dikumpul secara teraturdan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut memhami persoalan sebenarkliennya.Ditahap ini kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan yang baik dengan klien
  2. 2. dan seterusnya member pertolongan.Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslahmenjadikan klien lebih selesa sepanjang sesi tersebut.Kaunselor tersebut perlu menyatakantujuan pertemuan dengan jelas dan menunjukkan perlakuan yang sentiasa pihatin dan sediamembantu klien.Dua komponen penting yang perlu diambil kira dalam tahap ini ialah:1.Tempat sesi kaunseling dijalankanSebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah memikirkan dan menyediakantempat serta menentukan masa yang sesuia untuk berbincang bagi mengelakkan sebaranggangguan semasa sesi berlangsung. Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkanklien tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling dan seterusnya sesi tersebutdapat dijalankan dengan jayanya.2.Tahap kemampuan kaunselor dengan klienSebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mengambil kira tahap kemampuansama ada dirinya mahupun klien. Sebagai contoh, kaunselor yanag kelihatan letih akanmenimbulkan rasa kurang yakin klien terhadap kaunselor. Selain itu, kaunselor harus pekapada tahap kemampuan klien.Klien juga mungkin kelihatan lemah ataupun tidak memberkerjasama semasa sesi berlangsung. Dengan ini, tahap kemampuan kedua-dua pihak iniharus dititik beratkan sebelum memulakan sesi agar proses kaunseling dapat diajalankandengan lancar. Apabila kaunselor denagn klien masing-masing bersedia untuk memulakansesi, persetujuan antara kedua-dua pihak adalah diperlukan bagi memulakan proseskaunseling. Seperti yang dikatakan oleh Brammer pada tahun 1973, menganggappersetujuan ini adalah sebagai satu kontrak antara kaunselor dengan klien serta sebagaitanda persetujuan untuk memulakan sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara kontrakini, akan berubah paa bila-bila masa mengikut kehendak dan keadaan klien itu sendiri.Fasa 2 : semasa proses kaunselingSetelah memastikan peringkat pra persediaan berjalan dengan lancar, perkhidmatankaunselor boleh memasuki fasa kedua iaitu, “semasa proses kaunseling”. Dalam fasa ini,beberapa peringkat terlibat iaitu peringkat penyediaan dan kemasukan, penetapan,penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan.1. Peringkat penyediaan dan kemasukanDi tahap ini, temubual secara minima antara kaunselor dank lien akan berlaku. Sewaktumemulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah menggunakan soalan-soalanyang menakutkan serta mempamerkan perlakuan seperti ingin membantu.Umpamanyaperbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan kaunselor tersebut hendaklahdisesuaikan. Jarak kedudukan antara kaunselor dank lien juga perlu diberi perhatian bagimemudahkan proses komunikasi. Tambahan daripada itu, keadaan tempat juga merupakansatu perkara penting dalam permulaan hun=bungan anatara klien dan kaunselor. Ini amat
  3. 3. penting kerana suasana bilik yang tenang akan memberangsangakan serta menggalakkanklien untuk meluahkan perasaannya.2. Peringkat penetapan/penjelasanPada peringkat ini kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentangpersoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan matlamatkaunseling yang diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya dua cara boleh digunakaniaitu:i. Jika klien mudah bercakap dan meluahkan perasaan kaunselor akan terusmendorong klien untuk terus berceritaii. Jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor hendaklah bijakmengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar menggalakkan klien tersebut untukbercerita.Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan “ soal selidik” kepada klien kerana ini akanmenyebabkan klien terasa terancam dan takut. Kaunselor haruslah mahir menggunakanpendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana selesa, kasih sayang, hormat danterbuka.Kaunselor juga hendaklah menunjukkan sifat-sifat seorang pendengar yang baikdan kritikal serta membantu kllien jika menghadapi keadaan tersekat-sekat sewaktumeluahkan pengalaman dan perasaan.Kaunselor juga harus menggalakkan klien untukmenghurai dan menentukan penyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongna yangdikehendaki. Di tahap ini kaunselor juga harus mengamati dan menentukan siapa yangsedang menghadapi permasalah tersebuat iaitu sama ada diri klien itu sendiri ataupunmelibatkan diri orang lain. Kaunselor juga harus mencungkil kehendak sebenar kllien danmenetapkan matlamat sebenar klien.3. Peringkat penstrukturanDiperingkat ini kaunselor dank lien akan menetakan sama ada hubungan mereka ini bolehditeruskan atau tidak. Kaunselor harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau berkemahiranmembantu klien, memenuhi hahrapan, berasa selesa dengan klien tersebut dan selanjutnyaperlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan klien. Bagi pihak klien perlumemnetukan sama ada kaunselor tersebut boleh dipercayai atau tidak dan bersediakahklien melibatkan diri serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh kaunselor. Tahappenstruturan ini kaan menentukan sifat, batasana dan matlamat perhubungan menolong.Kontrak kaunseling kan dibuat pada peringkat ini iaitu persetujuan antara kaunselor dankklien bagi berusaha mencapai matalamat yang ditentukan serta bertanggungjawab untukmenepatinya. Dengan adanya kontrak ini, klien akan berasa lebih komited menjalankansesuatu tindakan untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah ditetapkan4. Peringkat perhubunganDalam peringkat ini, matlamat utama kaunseling adalah untuk mengeratkan perhubunganantara kaunselor dan klien.Perhubungan yang terbina dengan baik melalui keyakinan danrasa selamat yang dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling.Pada peringkat ini kaunselor
  4. 4. harus mewujudkan suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan sertamenunjukkan kemesraan.5. Peringkat penerokaanPada peringkat ini kaunselor akan semakin mengenali klien terutama dari segi pendirian,matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk membantu klien. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh kaunselor ialah mengeratkan hubungan agar perasaanyakin, percaya dan selamat timbul dipihak klien.Yang kedua menggalakkan klien menerokamasalah dan perasaannya abgi mencapai kesedaran kendiri. Ketiga, kaunselor bolehmemutuskan asama ada akan meneruskan hubungan sesi kauseling ini ataumenghentikannya atas sebab-sebab tertentu. Keempat pula, kaunselor boleh memberpanduan kepada klien tentang kemahiran-kemahiran yang perlu bagi mencapaimatlamatnya.6. Peringkat perancanganPeringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan kata muktamad kepadarancangan tindakan yang khusus.Kaunselor seboleh-bolehnya harus menolong klienmerancang strategi-strategi yang hrus diambil termasuk langkah-langkah pelaksanaanstrategi tersebut.Peringkat ini merupakan peringkat memperjelaskan matlamat yangdiharapkan oleh klien dan menyesuaikan tindakanya yang bakal diambil.Fasa 3 : peringkat penamatanPeringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan. Diperingkat ini juga hasil ataupencapaian klien akan dirumuskan, jika msih terdapat matlamat-matlamat yang tidakdicapai, maka sebab-sebabnya harus dikenalpasti. Dapat dirimuskan bahawa peringkatpenamatan ini merupakan peringkat penilaian kaunselor terhadap keberkesanan strategiatau teknik yang telah diaplikasikan kepada klien. Sebaliknya jika ia tidak berkesan mungkinsesi dan tindakan susulan akan diteruskan. Walaupun proses kaunseling telah ditamatkanini tidak bererti hubungan antara kedua-duanya akan terputus. Sebaliknya kaunselr harusmengikuti perkembangan klien yang dibantunya.
  5. 5. Model EganMenurut Egan, model dalam proses menolong adalah seperti peta yang akan membantukaunselor tahu apa yang perlu dilakukan semasa berinteraksi dengna klien. Selain itu juga,model berperanan menjadi panduan kepada kaunselor dala menentukan dimana kaunselorberada ketika bersama klien. Seterusnya1. Present scenario ( scenario semasa )i. Teknik penceritaanKaunselor akan membantu klien untuk menceritakan masalah yang dialami. Dalam fasa iniakan menyatakan isu yang wujud dalam diri atau persekitarannya yang menjadi penghalangkepada kefungsian dirinya. Tugas kaunselor adalah mendengar dengan aktif dan memberifocus kepada peristiwa-peristiwa asas atau yang signifikan dengannya.ii. Teknik blinspotDalam kaedah ini kaunselor akan membantu klien supaya lebih sedar dan mengatasi titikbuta yang dialami dan seterusnya mengembangkan perspekti baru dalam dirinya untukmengatasi masalah. Satu perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh kaunselor ialahmembantu klien mengenalpasti blinspot bagi mengatasi masalah dan peluang yang terlepas.iii. Mencari kekuatanKaunselor akan membantu klien mengenalpasti dan bertindak atas masalah, isu, ataupeluang yang boleh mendatangkan kelainan. Laverage adalah istilah yang digunakansecara umum bagi dua langkah ini.Yang pertama ialah saranan yang bernilai, kedua pula,jika klien telah menceritakan kisahnya, mendedhakan / mencatatkan masalah pada setiapmasa atau situasi masalah yang dibincangkan menjadi semakin komplek. Selepas iu criteriadiperlukan bagi menentukan apa jenis masalah yang harus dilakukan terlebih dahulu.2. Preferred scenario ( scenario yang diingini )Pada tahap ini, pendekatan yang lebih kearah kepada mengurus masalah.Menurut Eganterdapat dua tahap untuk menangan masalah. Yang pertama, menganalisis masalah yangdialami klien, yang kedua teroka penyelesaian dan kemudian bertindak mengurus masalahdan peluang yang tidak digunakan.i. KemungkinanPada tahap ini kaunselor akan membantu klien mengembangkan kemungkinan untuk masadepannya yang lebih baik. Kaunselor akan membantu klien melihat kemungkinan yang akanberlaku sekiranyanya keadaan permasalahan klien menjadi lebih baik.
  6. 6. ii. AgendaKaunsellor seharusnya membantu klien menterjemah kemungkinan kepada agenda-agendayang realistic dan boleh dicapai. Berbagai kemungkinan boleh dikembangkan berdasarkankepada matlamat yang mungkin diperolhi dalam proses menolong. Ini bermaksud, kaunselorakan mendedahkan klien untuk melakukan perkara-erkara yang boleh dicapai oleh klienuntuk menyelesaiakan masalah yang dialaami.iii. KomitmenKaunselor membantu klien mengenalpasti galakan yang membolehkan mereka untukmeningkatkan komitmen kepada agenda yang telah dibentuk. Dalam tahap ini klien akanmemilih sndiri agenda mengikut pandangannya dan pemikirannya. Kaunselor yang berkesanakan menyerahkan tanggungjawab kepada klien untuk membuat pilihan mereka sendiri.3. Getting there ( menuju matlamat )Dalam tahap ini, kaunselor perlu membantu klien untuk menjelaskan matlamat yang kabursupaya klien dapat dibantu menuju kearah atau tujuan yang betul. Ada klien yang tahu apayang mereka inginkan tetapi tidak tahu bagaimana matlamat tersebut hendak dicapai. Jaditugas kaunselor adalah membantu klien tersebut melaksanakan matalamatnya.Terdapat banyak strategi untuk membantu klien mencapai matlamat yang diingini.Langkah 1 : BrainstormingKaunselor akan membantu klien untuk melaksanakan agenda yng telah dirancangatau disenaraikan dalam tahap dua. Klien akan dibantu untuk memikirkan bagaiaman untukmencapai matlamat yang telah dirancang berdasarkan strategi-strategi. Preferred scenariomerupakan matlamat, penamat, kejayaan atau hasil-hasil yang ingin dicapai dala prosesmenolong. Sementara itu, strategi pula adalah satu set tindakan yang dibentuk untukmencapai matlamat tersebut. Setiap sub matlamat yang dibuat kemudiannya perlumempunyai strategi-strateginya tersendiri. Proses divide and conquer boleh membawakepada kejayaan dan penyelesaian masalah walaupun pada mulanya kelihatan mustahil.Kaunselor perlu membantu klien menzahirkan seberapa banyak stretegi atau jalan yangakan meningkatkan kemungkinan untuk salah satu atau kombonasi beberapa strategi yangdibentuk akan sesuai dengan keadaan klien. Teknik seperti brainstorming dan fantasiselalunya akan membantu klien mengenalpasti strategi berbeza untuk mencapai matlamat.Langkah 2 : Memilih strategi terbaikKaunselor akan membantu klien memilih strategi yang terbaik yang menepatipersekitaran dan keupayaan klien. Setelah beberapa pilihan tindakan yang berbezadikenalpasti, klien dan kaunselor bersama-sama mengkaji pilihan yang ada dan cubamemilih pilihan yang terbaik sama ada satu atau beberapa kombinasi pilihan terbaik. Pilihanyang dibuat perlu diambil kira dari sudut nilai klien itu sendiri.
  7. 7. Langkah 3 : Menukar strategi menjadi rancanganKaunselor prlu membantu klien merumus rancangan iaitu step by step untukmelaksanakan setiap matlamat yang dibina. Klien akan lebih mudah bertindak sekiranyamereka mengetahui apa yang perlu mereka lakukan langkah demi langkah. Tempoh masayang realistic bagi melksanakan setiap langkah perlu dititik beratkan. Cabaran yang perludiatasi dalam model ini ialah tuntutan disiplin dalam menjalankan sesi yang perlu dipikul olehklien iu sendiri. Matlamat, strategi serta tindakan mesti dibuat oleh klien itu sendiri dankaunselor hanya membantu klien bertindak.Model IveyMenurut Ivey, terdapat lima tahap dalam proses kaunseling yang perlu digunakan olehkaunselor dalam membantu klien bangkit menyelesaikan masalah dan menjadikan sesuatusesi itu Berjaya.1. Memulakan sesi – hubungan repo dan penstrukturanDalam tahap ini kaunselor akan membina hubungan baik dengan klien supaya klien berasaselesa dengan kaunselor dan percaya kepada kaunselor tersebut. Hubungan repo ini perludilakukan sebelum penstrukturan dijalankan.Penstrukturan perlu dilakukan bagimenerangkan secara ringkas tentang kaunseling dan tujuan sesi.Selain daripad itu,penstrukturan juga dapat menjelaskan tanggungjawab kaunselor dank lien spenjang sesiberlangsung.2. Mendapatkan data – melakar cerita, masalah atau isu yang dikemukakan olehklienDalam tahap ini, kaunselor akan memberikan tumpuan kepada masalah yang dikemukanoleh klien bagi melancarkan perjalanan sesi. Ketika ini, klien akan menceritakan semuaerkara yang ingin dikongsi bersama kaunselor dan kaunsellor perlu bersikap terbukaterhadap klien. Kemahiran-kemahiran perlu digunakan supaya kaunselor tidak lari daripadatopic yang dibincangkan leh klien dan menjadikan sesi lebih terarah untuk mencapaimatlamat yang diingini. Teknik-teknik yang boleh digunakan oleh kaunselor supaya apayang diceritakan oleh klien dapat difahami oleh kaunselor sekalaigus tidak hilang tumpuanterhadap klien. Iaitu rumusan kecil, dorongan minima, refleksi isi dan lain-lain.3. Saling merangka matlamatKaunselor perlu focus kepada matlamat utama klien dalam sesuatu perkara yangdibincangkan. Selain itu, perangkaan matlamat juga penting bagi mendapatkan keadaanyang ideal dengan kehidupan klien.4. Tahap bekerja – meneroka alternative bagi mencabar ketidak selarasan klien dankonflik untuk bercerita semula.
  8. 8. Pada tahap ini, kaunselor bekerja kearah resolusi terhadap isu klien.Kaunselor perlumengambil berat terhadap klien supaya klien berpuas hati sepanjang sesi kaunselingberlangsung. Tugas seorang kaunselor adalah meneroka kemungkinan-kemungkinan danmembantu klien mendapatkan cara yang baru untuk bertindak dengan lebih baik. Tahap inimelibatkan model penyelesaian yang kreatif iaitu menjamna alternative,dan memutus untukmembuat pilihan berdasarkan alternative-alternatif tersebut. Ianya melibatkan tahappenerokaan dalaman yang lama. Umumnya ditahap ini, model asas penyelesaian masalahiaitu menjelaskan matlamat atau hasil yang diinginkan dan seterusnya menjana alternativeuntuk membuat tindakan5. Penamatan – rumusan dan bertindak keara cerita baruDalam tahap penamatan, aabila perkara ataupun masalah yang dihadapi oleh lien dapatdiselesaikan, klien akan mendapaat perubahan di dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku klien didalam kehidupan sehari-harian. Kebanyakkan klien yang menjalani sesi ini tidakberubah kearah tingkah laku yang lebih baik tetapi kekal seperti sedia kala.RUMUSANSecara keseluruhan, model kaunseling adalah satu proses yang dapat dibahagikan kepadabeberapa peringkat sehingga mencapai penamatan. Secara umumnya, proses kaunselingini bermula dengan membina hubungan, membuat penstrukturan, penerokaan,mengenalpasti masalah, mencari alternative, melaksanakan pemilihan danpenamatan.Pembahagian peringkat dilakukan secara tidak langsung oleh kaunselor tanpadisedari oleh klien.Ia banyak membantu kaunselor memahami klien dengan sebaik mungkin.Kaunselor dapat menyelami ruang dalaman dan membantu mereka menyelesaikan masalahmereka.Dalam hal ini, kaunselor perlu mengambil berat tentang perkara ini bagi menjadikansesuatu sesi berjalan dengan produktif.

×