1. ROHAYU BINTI ABD GHANI CB130045
BAB 3.1 :SOSIOLOGI SEBAGAI ALAT
KAWALAN SOSIAL
PENSYARAH :DR. MIMI MOHAFFYZA BT
MOHAMAD
2. PERANAN SOSIOLOGI DALAM KONTEKS PENDIDIKAN
TEKNIKAL
• Pendidikan sebagai kawalan sosial. Sistem kawalan sosial perlu ada
dalam masyarakat. Sebagai contoh, sistem pentadbiran pendidikan di
Brunei ada yang mengawalnya iaitu Kementerian Pendidikan,
organisasi tertentu, kuasa politik, ibu bapa dan lain-lain. Termasuk
juga pemberian bantuan kewangan, mengagihkan keperluan guru,
menjamin status akademik dan lain-lain
• Pendidikan sebagai penyebaran kebudayaan. Di sesebuah sekolah,
murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kaum yang secara tidak
langsung memperkenalkan pakaian, budaya dan bahasa yang
tersendiri pada masa-masa yang tertentu
3. • Pendidikan sebagai pemilihan dan susun lapis sosial. Konsep
ketidaksamaan sosial walau di mana-mana negara pun sukar diatasi sebab
setiap masyarakat ingin mengekalkan statusnya. Sebagai contoh, ibu bapa
merasa megah apabila ada anak-anak mereka berjaya masuk ke sekolah
yang cemerlang seperti sekolah maktab sains di negara ini dibandingkan
sekolah kerajaan yang biasa kerana menganggap sekolah tersebut lebih
berkualiti. Dalam hal ini, sosiologi menunjukkan bagaimana susun lapis
(strata) masyarakat mempengaruhi sekolah dan bagaimana pula sekolah
mempengaruhi strata.
• Pendidikan sebagai alat penapis. Pendidikan bertujuan untuk melahirkan
masyarakat yang profesional dan maju mengikut bidang-bidang tertentu
yang mereka sukai bergantung kepada kelayakkan pendidikan mereka.
Selepas lulus tingkatan 5 atau 6, pelajar dialirkan ke kolej, universiti atau
pusat latihan bergantung kelulusan yang diperolehi.
4. • Pendidikan dan mobiliti sosial. Sekarang sekolah sudah banyak dibina di
sana-sini, semuanya bertujuan agar masyarakat dapat berubah. Murid-
murid yang tinggal di luar bandar pun sudah mempunyai peluang untuk
mendapatkan pendidikan seperti puak iban, murut dan lain-lain.
• Pendidikan sebagai sumber status. Orang yang mempunyai pendidikan
tinggi sudah pasti akan mendapat kerjaya yang memuaskan dengan
memiliki pangkat, gaji yang tinggi dan memegang jawatan penting seperti
mendapat gelaran datuk, doktor dan sebagainya.
• Pendidikan sebagai institusi penting. Sekolah, kolej atau universiti adalah
merupakan institusi penting yang dikenali di seluruh lapisan masyarkat
sebagai bertapak kukuh dalam masyarakat