2. PENGENALAN
Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang
bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula
aspek kebudayaan dengan memberi penekanan
terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu
pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik
yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat
peradaban dunia pada ketika itu
3. Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad
dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan
abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah
merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan
intelektual dan pemikiran manusia
Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan
pemulihan budaya masyarakat Eropah.
4. Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan
kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga
abad ke 18 seperti Humanisme, rasionalisme,
nasionalisme dan absolutisme
5. DEFINISI
Baley & Field (1976),
satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran
berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial,
budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-
aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak
Dauer (1995)
berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian
daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang
memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-
pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan
pembangunan keseluruhan kanak-kanak.
6. PENDIDIKAN JASMANI ZAMAN RENAISSANCE
Bermula pada 1400-1700
Pendidikan jasmani pada Zaman Renaissance adalah
lebih kurang sama seperti pendidikan jasmani pada
masa kini.
Bermula di Itali pada abad ke 13 dan berkembang ke
utara barat eropah selama dua abad
7. PJ dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan
untuk kebaikan orang lain
Pendidikan didedahkan kepada lelaki sahaja
walaupun perempuan dilayan sama rata.
8. 3 kumpulan utama zaman renaissance.
HUMANIS
berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam
sukan seperti lari berpagar, memanah, renang, lari
dan permainan bola tangan.
9. MORALIS
Pula dipengaruhi oleh Reformasi Protestan, melihat aktiviti
fizikal hanya sebagai cara untuk melaksanakan pekerjaan.
10. REALISME
menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian
daripada fikiran yang sihat dalam tubuh yang sihat.
Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah
masih Katolik dan Katolik lebih menyukai aktiviti fizikal
rekreasi dengan pandangan bahawa penjagaan tubuh
perlu dilakukan.
11. Namun begitu, perkembangan PJ mempunyai
kelemahan pada sekitar 1600 di mana PJ
mempunyai banyak kebaikan tetapi tidak
diutamakan kerana mereka percaya bahawa sesuatu
yang tidak mempunyai tujuan khusus adalah sesuatu
yang membazir masa