2. PENGERTIAN WUDUK Dari segi bahasa wuduk bermaksud menggunakan air pada anggota-anggota tertentu manakala dari segi istilah syarak pula wuduk ditakrifkan sebagai membasuh atau menyapu anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air mutlak dimulai dengan niat kerana Allah S.W.T. Berwuduk adalah wajib apabila seseorang mengerjakan solat, tawaf, sujud syukur, tilawah, dan memegang al-Quran. Tanpa wuduk ibadat yang dilakukan tidak sah. Hal ini dijelaskan oleh oleh Allah S.W.t di dalam al-Quran. Maksudnya: Wahai orang-orang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, hendaklah basuh muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku. Dan sapulah kepala kamu dan kedua-dua kaki kamu hingga ke buku lali.....
3. RUKUN-RUKUN WUDUK Berniat di dalam hati akan berwuduk untuk mengerjakan ibadat solat dan lain-lainnya, sambil mengambil air dengan tangan, dengan gayung dan lain-lainnya. Dari Umar bin Khattab r.a katanya: Pernah aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Amal ibadat itu hanya sah dengan berniat dan tiap-tiap manusia itu diberi ganjaran menurut apa yang diniatkan.” Membasuh muka dengan sempurna. Adapun batas muka itu ialah antara tempat tumbuh rambut kepala dan antara hujung dagu( tempat tumbuh janggut) dan antara dua telinga. Membasuh dua tangan, hingga basah kedua mata siku Menyapu sebahagian kepala Membasuh dua kaki hingga basah kedua buku lali. Tertib, ertinya mendahulukan mana yang patut didahulukan dan mengemudiankan mana yang patut kemudian menurut aturan-aturan yang telah diberikan Tuhan dengan firman-Nya diatas itu. Sebagaimana yang telah disebut oleh hadis ini yang berbunyi:
4. PERKARA SUNAT KETIKA BERWUDUK Membaca Bismillah Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan tangan Membasuh anggota wuduk tiga kali berturut-turut Berkumur-kumur Memasukkan air ke dalam hidung kemudian dihembus keluar Mendahulukan membasuh anggota yang kanan Membasuh kedua-dua belah telinga Menyelat celah-celah jari Menyapu semua bahagian kepala Mualat, iaitu melakukan semua perbuatan secara berturut-turut Berdoa setelah selesai mengambil wuduk
5. PERKARA MAKRUH KETIKA WUDUK Menggunakan air secara berlebihan Membasuh anggota wuduk lebih daripada tiga kali Mendahulukan membasuh anggota sebelah kiri Memasukkan air ke dalam mata Bercakap-cakap ketika berwuduk
6. PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK Keluar sesuatu dari salah satu saluran iaitu qubul dan dubur Tidur dalam keadaan punggung yang tidak tetap Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit Bersentuh antara kulit lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim tanpa berlapik. Tidak kira sentuhan itu menimbulkan syahwat atau tidak Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan. Sekiranya berlapik, tidak batal. Menyentuh kemaluan dengan belakang tangan juga tidak batal.
7. HIKMAT WUDUK Mengembalikan kesegaran pada tubuh badan dan menambahkan semangat untuk beribadat kepada Allah S.W.T Menunujukkan kesopanan hamba semasa menghadap penciptanya iaitu Allah S.W.T yang Maha Agung Dapt menghilangkan segala kekotoran yang terdapat pada anggota wuduk kerana anggota tersebut sering terdedah kepada kekotoran Membersihkan jiwa daripada sifat-sifat yang tidak baik Dapat menghadap Allah S.W.T dalam keadaan suci, bersih, dan sempurna Menggugurkan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota-anggota wuduk
8. Antara hadis-hadis wuduk dalam ibadah Al-Hakim meriwayatkan dari ‘Aisyah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Terjemahan: “Berwuduk sebelum makan adalah satu kebjukan dan selepas makan dua kebajikan. Ath-Thabarani meriwayatkan dari ibnu Abbas r.a., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Terjemahan: “Berwuduk sebelum makan dan selepas makan akan menolak kepapaan dan dia adalah sebahagian dari sunnah para Rasul