Sebuah Majlis Perbandaran hendak menaik taraf stesye keretapi dan hendak manyatukannya dengan stesyen bas. Akan tetapi ia tiada dana kewangan untuk menjalankan projek sebesar itu. Apa yang ada ialah tanah seluas 20 ekar di sekeliling stesyen keretapi tersebut. Cadangkan bagai mana hendak menjalankan projek tersebut
Sebuah Majlis Perbandaran hendak menaik taraf stesye keretapi dan hendak manyatukannya dengan stesyen bas. Akan tetapi ia tiada dana kewangan untuk menjalankan projek sebesar itu. Apa yang ada ialah tanah seluas 20 ekar di sekeliling stesyen keretapi tersebut. Cadangkan bagai mana hendak menjalankan projek tersebut
PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU (ZAMAN PENJAJAHAN)Ashikin Azeman
Powerpoint untuk subjek Kerajaan dan Politik di Malaysia. Sub topik untuk Artikel Negara, Pemerintah dan Perkembangan Sistem Politik . Sekiranya ada kesilapan, mohon maaf dan sila kemukakan komen positif anda , Terima kasih , Assallamualaikum dan Salam 1 Malaysia :)
PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU (ZAMAN PENJAJAHAN)Ashikin Azeman
Powerpoint untuk subjek Kerajaan dan Politik di Malaysia. Sub topik untuk Artikel Negara, Pemerintah dan Perkembangan Sistem Politik . Sekiranya ada kesilapan, mohon maaf dan sila kemukakan komen positif anda , Terima kasih , Assallamualaikum dan Salam 1 Malaysia :)
MENGENDALIKAN KEROSAKAN MESIN“CONDUCT MACHINE BREAKDOWN”KEN KEN
Dilakukan apabila mesin menghadapi masalah ataupun kerosakan dan tidak boleh untuk beroperasi
Secara kesimpulanya, dalam memastikan keberhasilan kualiti produk yang seimbang kita hendaklah sentiasa memantau dan menyelia mesin dan peralatan yang digunakan pada tempoh yang telah ditetapkan disampaing dapat menjaga mutu pengeluaran agar dapat memenuhi kehendak pelangan.
Servo motor ialah penggerak rotary yang membenarkan kawalan yang sangat tepat dari segi kelajuan, kedudukan sudut, pecutan.
Ia terdiri daripada motor dan sensor yang mengesan kedudukan sudut aci keluaran
Ia memerlukan pengawal yang canggih untuk berkendali dan servo motor selalunya digunakan dalam industri berteknologi canggih
Kuasa elektrik yang dibekalkan dalam negara kita adalah dalam bentuk AC 240V Root Mean Square (RMS) dan 50Hz. Walau bagaimana pun voltan DC amat diperlukan untuk mengendalikan sebahagian besar alatan elektronik contohnya Radio.
Aset bermaksud harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan kerajaan yang diberi atau yang disewa beli dengan wang kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan
Mikrokod adalah lapisan arahan perkakasan peringkat yang melaksanakan peringkat yang lebih tinggi arahan kod mesin atau keadaan dalaman penjujukan mesin dalam banyak unsur pemprosesan digital -
2. Fasa-Fasa Utama Pembangunan
Negara
Sejarah pembangunan negara (Malaysia) terbahagi kepada 3
:
●Perancangan zaman sebelum merdeka
●Perancangan zaman selepas merdeka
●Perancangan selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru
(D.E.B)
3. MAKSUD PEMBANGUNAN NEGARA
• Pembangunan merujuk kepada usaha
mengubah masyarakat atau negara
daripada keadaan mundur kepada maju.
• Perubahan yang dimaksudkan meliputi
pelbagai aspek kehidupan manusia seperti
ekonomi, politik, sosial,
pendidikan,psikologi dan sebagainya.Selain
itu, ia merujuk kepada aspek-aspek
fizikal,aspek kebendaan dan bukan
kebendaan.
4. Latar Belakang Pembangunan
Negara
●Matlamat utama negara adalah untuk mengimbangkan
pembangunan ekonomi negara dengan menggubal dasar
pembangunan ekonomi negara dari merdeka hingga sekarang.
●Selepas merdeka, Kerajaan telah melaksanakan rancangan
pembangunan negara untuk mengatasi masalah sosioekonomi
dan politik kesan dari dasar-dasar penjajah British.
●Pembangunan negara dirancang melalui dua rancangan:
●- Rancangan Malaysia Lima tahu
●- Rangka Rancangan Jangka Panjang
●Rancangan ini sesuai dibuat dengan keadaan sosioekonomi
dan politik dan dasar-dasar pembangunan negara
5. ●Rangka Rancangan Jangka Panjang
Pertama(RRJPP) telah dilaksanakan pada tahun,
1971-1990
●(RRJP1) ini telah menjadi asas kepada
pelaksanaan (DEB)
Rangka Rancangan Jangka
Panjang Pertama (RRJP1)
6. Rangka Rancangan Jangka
Panjang Kedua (RRJP2)
●Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP2) telah dilaksanakan pada tahun,
● 1991-2000
●(RRJP2) merupakan asas kepada pelaksanaan
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
●Bertujuan mencapai pembangunan negara yang
seimbang
7. Rangka Rancangan Jangka
Panjang Ketiga (RRJP3)
●Pembentangan ini telah dibentangkan pada tahun 2001.
●Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) telah
dilaksanakan pada tahun,
● 2001-2010
●Ia merupakan rancangan yang telah digubal berdasarkan
Dasar Wawasan Negara (DWN), Contoh (DWN),
●-Membangunkan Malaysia sebuah masyarakat
berpengatahuan.
●-Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin.
●-Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan
lebih dinamik.
8. Peringkat 1 :
Rancangan Malaya Pertama (RM-1) 1956 - 1960
Rancangan Pembangunan Lima Tahun
● Matlamat utamanya untuk;
- Memajukan sepenuhnya sektor luar bandar.
- Mempelbagaikan sumber negara.
● 2 buah agensi kerajaan telah ditubuhkan;
- Rural Industrial Development Authority (RIDA).
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Tujuan - Memajukan sektor ekonomi luar bandar.
9. Rancangan Malaya Kedua (RM-2) 1961 - 1965
● Matlamat utamanya untuk;
- Memperbaiki kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan luar bandar.
- Menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan penempatan
baharu di bawah program FELDA.
- Menggiatkan sektor pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman.
- Penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1966.
● Tujuan;
- Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian.
- Mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.
- Melibatkan penyertaan rakyat dalam rancangan
pembangunannya.
10. Rancangan Malaysia Pertama (RM-1) 1966 - 1970
- RMK-1 memberi tumpuan kepada aspek-aspek intergrasi dalam kalangan
penduduk Malaysia.
- Supaya sebarang pengubalan dasar pembangunan dapat meningkatkan
kebajikan semua rakyat.
● Beberapa buah agensi kerajaan turut dilahirkan dibawah RMK-1 ialah;
a) Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966.
b) Bank Bumiputera 1966.
c) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia / Malaysia Industrial
Development Authority (MIDA) 1967.
d) Lembaga Penasihat Tarif.
c) Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) 1969.
11. ● Tujuan penubuhan;
MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif MARA, Bumiputera dan PERNAS
- Untuk membantu pembangunan
perindustrian negara.
- Menggalakkan penyertaan kaum
bumiputera dalam bidang perusahaan
dan perniagaan.
12. Peringkat 2 :
Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) 1971 - 1975
▫ RMK-2 berteraskan program pembangunan jangka panjang, iaitu
Dasar Ekonomi Baru (DEB), dikenali sebagai Serampang Dua Mata.
● Matlamatnya;
a) Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dalam kalangan
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
b) Menyusun semula masyarakat Malaysia dan menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi kaum.
13. Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) 1976 - 1980
- Perancangan pembangunan wilayah diperkenalkan, dapat merapatkan
jurang perbezaan ekonomi menerusi pembangunan bandar baharu.
- Digiatkan oleh badan KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR.
- Badan berkanun seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA dan RISDA
meneruskan usaha pembangunan.
- Kerajaan turut menekankan isu-isu alam sekitar dan keselamatan
negara.
14. Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) 1981 - 1985
- Mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan
modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir.
- HICOM ditubuhkan, antara projeknya;
a) Kilang simen yang diuruskan oleh Kedah Simen Sendirian Berhad.
b) Kilang pengeluaran besi berongga dan keluli oleh Perwaja di
Kemaman, Terengganu.
c) Pembuatan kereta nasional, iaitu Proton Saga oleh Perusahaan
Otomobil Nasional Sendirian Berhad.
15. Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) 1986 - 1990
● Matlamat utama;
- Mencapai perpaduan negara.
- Mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru.
- Mengecapi pertumbuhan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi
negara.
● Strategi;
- Melalui proses pelonggaran peraturan dan kawalan dalam pelesenan,
hak milik syarikat dan aktiviti ekonomi.
- Antara syarat yang dilonggarkan;
a) Pengunaan tanah.
b) Penanaman padi secara ladang.
c) Pengunaan tanah lombong untuk pertanian.
16. - Rancangan pembangunan ekonomi yang baharu diperkenalkan.
Antara rancangan-rancangannya ialah;
a) Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2) (1991-2020).
b) Wawasan 2020 (1991-2020).
c) Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) (1991-1995).
17. Peringkat 3 :
Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2)
● Matlamat utama;
a) Penurunan kadar kemiskinan daripada 17.1% pada tahun 1990 kepada
7.2% pada tahun 2000.
b) Penurunan kadar pengangguran pada kadar 7%.
c) Pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 7%.
- Pada tahun 1991, kerajaan melancarkan;
a) Wawasan 2020.
b) Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP) Dasar
Pembangunan Nasional (DPN).
c) Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6)
18. Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
● Objektif;
- Memperkukuh lagi kestabilan sosial, politik, dan mengekalkan
pembangunan ekonomi.
- Membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju.
● Strategi Pelaksanaan;
- Pembasmian kemiskinan dan penyusunan semua masyarakat.
- Mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang.
19. Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) 1991 - 1995
● Matlamat Utama;
a) Mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.
b) Mengurus kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan
tercapai.
● Strategi;
a) Meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi, menggalakkan
sektor swasta memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi.
b) Memperteguh kedudukan hasil kerajaan Persekutuan, mengurangkan
perbelanjaan yang tidak produktif.
c) Mengekalkan dasar liberalisasi, pelonggaran peratusan dan undang-
undang untuk memperbaiki pelaburan.
d) Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi
yang lebih canggih.
20. Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) 1996 - 2000
Kemajuan Sosioekonomi;
- Memberi penekanan semula kepada konsep pembangunan seimbang.
- Memperkenalkan strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh
produktiviti.
►Pembasmian Kemiskinan.
►Penyusunan Semua Masyarakat.
►Guna Tenaga, Pendidikan dan Latihan.
►Perumahan,Kesihatan dan Perkhidmatan Sosial Lain.
►Penswastaan.
►Pembangunan Infrastruktur.
21. Dasar Wawasan Negara
● Dasar yang diperkenalkan;
a) Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan
pengetahuan.
b) Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih
dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.
c) Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor utama ekonomi.
d) Membasmi kemiskinan dlam kalangan kelompok kecil miskin
dikawasan terpencil seperti orang asli.
22. Peringkat 4 ;
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) 2001 - 2005
● Tiga Teras Utama;
a) Mengubah strategi pertumbuhan berasaskan input kepada strategi
yang didorong oleh pengetahuan bagi meningkatkan potensi
pertumbuhan keluaran.
b) Mempercepat perubahan struktur sektor pertanian, pembuatan dan
perkhidmatan.
c) Memperkukuh kestabilan sosioekonomi menerusi pengagihan
pendapatan dan kekayaan negara secara saksama.
23. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) 2006 - 2010
- Merupakan fasa ke-2 bagi Wawasan 2020.
- Penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah.
● Matlamat;
- Memperkukuh daya saing dan daya tahan serta lebih berinovatif.
- Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan.
- Meningkatkan prestasi dan kemampuan negara ketahap yang lebih
cemerlang.
● Dasar / Strategi utama;
- Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi.
- Menggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi.
24. Dasar Pembangunan Sosial
Dasar Pendidikan Kebangsaan
● Matlamat;
- Melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmoni.
● Strategi Perlaksanaan;
a) Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
utama.
b) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
c) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
d) Mengadakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun.
e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh.
25. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
● Objektif;
a) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
b) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh
daripada kebudayaan kebangsaan.
c) Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti hidup kemanusiaan dan
keharmonian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
● Strategi;
a) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran,
kebangsaan, kenegaraan dan nasiolisme Malaysia.
b) Memenuhi keperluan sosiobudaya.
c) Meningkatkan taraf dan mutu kesenian.
26. Dasar Sosial Negara
● Objektif Umum;
a) Menjamin setiap individu, keluarga dan masyarakat.
b) Memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta
menikmati kesejahteraan hidup.
● Objektif Khusus;
- Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
objektif ini merangkumi;
a) Keperluan asas secukupnya.
b) Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat dah mesra insan.
c) Persekitaran sosial mengutamakan nilai-nilai murni.
d) Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup.
27. RANCANGAN MALAYSIA KE 10
TERAS
* Mencarta pembangunan ke arah negara berpendapatan tinggi
* Sasaran pertumbuhan 6 peratus
* Pendapatan perkapita dijangka meningkat kepada RM38,845
(US$12,139) pada 2015
* Membentuk ekonomi yang diteraju sektor swasta
* Menyokong pertumbuhan yang diteraju oleh inovasi
* Pekerjaan sepenuhnya
* Penstrukturan subsidi
27
29. NDAHULUANP E
yang dirangka Dasar
secara
ekonomi merupakan satu dasar
teratur dan tersusun oleh
memastikan rakyat dapat menikmati
kerajaan
kekayaan
dalam
tanpa
mengira kaum atau agama.
Bagi mencapai matlamat tersebut,
dasar-dasar pembangunan
kerajaan
ekonomi
telah
yang
dengan pengalaman sejarah dan keperluan
merancang
bersesuaian
rakyatnya.
Rancangan -rancangan tersebut telah menghasilkan
keseimbangan ekonomi dan meletakkan negara di atas
platform yang betul dalam memacu pembangunan negara.
Antara dasar ekonomi yg dibentuk oleh kerajaan ialah
Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional
(DPN), Dasar Wawasan Negara (DWN), Dasar
Penswastaan Negara, Dasar Perindustrian Negara, Dasar
Pensyarikatan Malaysia, Dasar Pertanian Negara, Dasar
Industri Berat.
30. DASAR E KO NOMI BARU (DEB), 1971-1990
Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada 1971
sebagai tindak balas atau reaksi kepada
peristiwa 13 Mei 1969.
Program -program pembangunan sejak merdeka
belum dapat mengatasi perbezaan sosio-ekonomi
antara bumiputera dengan bukan bumiputera,
bandar dan luar bandar, Wilayah Pantai Barat
dengan Wilayah Pantai Timur dan negeri-negeri
di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dan
dilancarkan bagi tempoh 20 tahun (1970-1990)
dibawah Rangka Rancangan Jangka Panjang
Satu (RRJP1).
31. SAMBUNGAN…
Matlamat utama dasar ini adalah bagi
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan
menyusun semula masyarakat.
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu strategi
negara dalam menghadapi realiti 'perbezaan
etnik' dalam usaha mewujudkan keseimbangan
dalam pelbagai aspek kehidupan.
Dasar Ekonomi Baru mencakupi empat
Rancangan Malaysia iaitu Rancangan Malaysia
ke-2 hingga ke-5.
32. JU M L A H P U RATA BULANAN MENGIKUT
KAUM (1970)
KAUM KADAR
KEMISKINAN
PENDAPATAN
PURATA
KELUARGA
S E B ULA N (RM)
Melayu 64.8 172.00
Cina 26.0 394.00
India 39.2 304.00
Lain-lain 44.8 813.00
33. STRATE G I PELAKSANAAN
Rancangan -rancangan pembangunan di bawah
Dasar Ekonomi Baru disusun menerusi strategi
serampang dua mata:
a) Mengurang dan seterusnya membasmi
kemiskinan dengan memperbanyakkan pel uang
peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa
mengira kaum.
b) Penyusunan semula masyarakat untuk
mengurangkan dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengi kut fungsi-fungsi
ekonomi.
34. MEMBASMI KEMISKINAN
Kemiskinan adalah sebab utama yang
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan rakyat.
Kemiskinan rakyat bukan sahaja bukan sahaja
terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar.
Keadaan ini boleh menggugat perpaduan dan
keharmonian negara kerana masalah
kemiskinan sering kali dikaitkan dengan kaum
tertentu.
35. USAHA-USAH A TELAH DIJALANKAN O L E H
PIHAK K E R A J A A N
Mewujudkan peluang pe kerjaan untuk semua golongan
rakyat
Menambah daya produktiviti.
Menambahkan jumlah pendapatan rakyat.
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara
kaum terutama antara kawasan bandar, luar bandar dan
antara wilayah.
Meningkatkan tahap kehidupan rakyat di luar bandar.
Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan
bumiputera.
Mengadakan persekitaran ekonomi yang mencerminkan
komposisi kaum di Malaysia.
Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui
pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan ke mudahan
infra-struktur dan lain -lain.
36. P E N YUSUNAN SEM U L A
MASYARAKAT
Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi
Baru, strategi berikut telah disusun:
c)
e)
a) Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan
miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.
b) Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tenaga melalui pendekatan yang lebih progresif.
Memperkasakan proses pemilikan modal rakyat tempatan dalam
syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
d) Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian
dalam kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat
mencapai matlamat pemilikan 30 peratus ekonomi dalam tahun
1990. Mewujudkan beberapa agensi seperti Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Bank Pembangunan, Bank Bumiputera dan Perbandanan
Nasional Berhad (PNB).
Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui
pembangunan wilayah baru seperti Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(KESEDAR), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA),
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga
Kemajuan Pahang Tenggara (DARA).
37. DASAR PE MBANGUNAN NASIONAL
(DPN), 1991-2000
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diwujudkan
sebagai kesenimbungan Dasar Ekonomi Baru.
Dasar Pembangunan Nasional dilaksanakan dalam
tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP2) antara tahun 1991-2000.
Dalam DPN, tumpuan diberikan kepada strategi
membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan
termiskin.
DPN menekankan penglibatan sektor swasta secara
aktif
DPN juga memberikan tumpuan kepada
mewujudkan guna tenaga dan pembangunan pesat
sebuah ’Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputra (MPPB)’.
38. SAMBUNGAN…
Beberapa strategi telah diperkenalkan antaranya
ialah mengemaskan perlaksanaan dan pendekatan
program membasmi kemiskinan .
Tumpuan khas diberikan kepada keluarga termiskin
menerusi Program Pembasmian Rakyat Termiskin
(PPRT).
Dari segi menyusun semula masyarakat pula, Dasar
Pembangunan Nasional mempunyai strategi
pengagihan melalui pertumbuhan ekonomi yang
lebih komprensif.
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) adalah
merupakan langkah awal ke arah mencapai taraf
negara maju dari segi politik, ekonomi, kerohanian ,
psikologi dan kebudayaan .
39. DASAR WAWASAN NE G A R A (DWN),
2001-2010
Diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathi r Mohamed
pada 3 April 2001
DWN bermatlamat untuk mencapai status
negara maju menjelang 2020.
Lima strategi utama telah dikenal pasti iaitu:
i. membasmi kemiskinan
ii. penstrukturan semula pemilikan ekuiti
iii. pembangunan sumber manusia
iv. k-ekonomi
v. perpaduan nasional
40. DASAR PERINDUSTRIAN
NEGARA
bertujuan mempergiatkan lagi proses
industrialisasi negara agar sektor pembuatan
menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi
negara.
Sektor perindustrian diharapkan dapat
menambahkan eksport, membuka lebih banyak
peluang pekerjaan juga menyediakan latihan
teknikal dan kemahiran.
Untuk mencapai matlamat tersebut, Kajian
Dasar Perindustrian Malaysia (KPDM) dan
Pelan Induk Perindustrian (PIP) diwujudkan
untuk menyemak dan mengubahsuai dasar yang
sedia ada dan mengkaji semula galakan
pelaburan dan dasar peningkatan eksport.
41. SAMBUNGAN…
Pelan Induk Perindustrian diumumkan pada 3 Februari
1986 bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan
perindustrian secara am dalam mengenal pasti strategi-
strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi bagi
pertumbuhan yang lebih pesat.
Antara objektif PIP adalah:
i)
iii)
menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin
pertumbuhan perindustrian Negara
ii) mengalakkan pengunaan sepenuhnya sumber asli
Negara
meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan
(R&D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia
menjadi sebuah Negara perindustrian .
iv) merangka secara terperinci kegiatan sektor
perindustrian dan sektor industri kecil untuk
menghasilkan penggunaan sumber secara optimum.
42. DASAR P ERTANIAN NEGARA
Dasar Pertanian Negara diwujudkan kerana
sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi
negara semakin merosot
Keperluan meningkatkan taraf hidup sebahagian
besar golongan miskin yang kebanyakkannya
terlibat dalam sektor pertanian. Dasar ini
dilancarkan pada 12 Januari 1984.
43. SAMBUNGAN…
Antara objektif Dasar Pertanian adalah:
iii.
i. Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian
melalui peningkatan daya pengeluaran
ii. Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun
kecil melalui peningkatan daya pengeluaran
supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan
kualiti hidup keluarga diperbaiki
Memaju dan meningkatkan hasil serta mutu
komoditi-komoditi yang mempunyai potensi besar
untuk eksport atau bahan gantian import
iv. Membangunkan masyarakat luar bandar melalui
pembangunan in situ
v. Pemulihan kawasan-kawasan mundur dan sistem
pengurusan tanaman yang tidak menguntungkan .
44. SAMBUNGAN…
Beberapa strategi telah digunakan untuk mecapai matlamat tersebut
ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
Projek pembangunan diletakkan di bawah pembangunan
pertanian bersepadu seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
(MUDA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Tumpuan projek tersebut adalah golongan miskin yang terlibat
dalam sektor pertanian
Penyediaan perkhidmatan sokongan pertanian yang melibatkan
agensi-agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan Minyak
Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Institut Penyelidikan Getah
Malaysia (RRI), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA), Lembaga Tembakau Negara (LTN) dan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga telah diadakan
Pembangunan sifat-sifat kemanusiaan, sosial dan institusi desa
bagi menanamkan nilai-nilai yang positif seperti berdikari,
berdaya maju dan saling bantu membantu di kalangan
masyarakat desa
Pembukaan tanah-tanah baru seperti Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA) dan kerajaa-kerajaan negeri.
45. DASA R PENSWASTAAN
Dasar Penswastaan be rkonsepkan pemindahan kepentingan
atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
Antara rasional utama dasar tersebut dilaksanakan adalah
untuk :
i. Pengurusan sesebuah perusahaan oleh kerajaan biasanya
tidak cekap berbanding pengurusan yang dikendalikan oleh
pihak swasta
Dilancarkan pada tahun 1983 bertujuan untuk
i. Mengurangkan beban kerajaan
ii. Meningkatkan ke cekapan dan penghasilan kerja
iii. Mengalakkan pertumbuhan ekonomi
iv. Mengagihkan sumber secara cekap
v. Mempercepatkan pencapaian hasrat Dasar Ekonomi Baru
(DEB)
Penswastaan diharap akan dapat meningkatkan prestasi
ekonomi dan perkhidmatan sesebuah perusahaan agar kadar
pertumbuhan ekonomi negara dapat dipertingkatkan .
46. DASA R PENSYARIKATAN
MALAYSIA
Diasaskan berlandaskan kepada kesedaran bahawa sektor
awam dan swasta harus memupuk kerjasama yg erat dan
saling tolong menolong di antara satu sama lain.
Kerjasama antara sektor awam dan swasta diharapkan
akan dapat membantu pertumbuhan ekonomi Negara.
Dasar Persyarikatan Malaysia bertujuan untuk:
i.
iii.
mengurangkan persaingan dan pertentangan khasnya
berkaitan dengan matlamat organisasi, peraturan dan
perhubungan.
ii. mewujudkan kerjasama erat dan berkesan demi
pembangunan negara
mehapuskan sifat ‘permusuhan’ dengan mengalakkan
perkongsian maklumat
iv. saling memahami akan prosedur dan matlamat kedua
belah pihak
v. tingkatkan hasil negara
47. SAMBUNGAN…
Strategi utama yang digunakan adalah bertujuan untuk
mempereratkan kerjasama antara sektor awam dan
swasta.
Kesefahaman dan kerjasama antara sektor awam dan
swasta boleh dicapai melalui:
i.
iii.
sikap kurang faham antara pihak awam dengan sektor
swasta perlu dihapuskan
ii. sektor awam dan swasta harus mempunyai satu
persetujuan bagi mencapai matlamat negara.
Prosedur dan peraturan kerja pihak awam hendaklah
dikaji dan diubah di mana perlu dan sektor swasta harus
dilibatkan dalam menggubal peraturan dan prosedur
yang ada
iv. Mengeratkan hubungan antara
Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun dan sektor
swasta agar setiap agensi mempunyai matlamat dan
cara bekerja yang sama
48. KESIMPULAN
Dasar-dasar yang dirangka mempunyai matlamat
murni bagi mewujudkan sebuah masyarakat
Malaysia yang adil dan saksama dari aspek
perkongsian kekayaan negara.
Melalui beberapa perancangan strategik yang
dilaksanakan , diharapkan Malaysia mampu menjadi
sebuah negara maju menjelang 2020.
Dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara
dan beberapa dasar-dasar khusus seperti Dasar
Penswastaan Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia,
Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian
Negara, Dasar Perindustrian Berat memerlukan
penglibatan yang aktif dari segenap lapisan
masyarakat samada dari segi tenaga dan juga
pemikiran.
49. Matlamat pembangunan negara dan wawasan srategik
jangka panjang untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara industri dan negara yang maju menurut
acuan kita sendiri.
Maju – aspek ekonomi, politik, sosial, rohani, budaya
Panduan Induk bagi dasar pembangunan negara bagi
Menetapkan arah tujuan, matlatamat, strategi, jangka masa
Dan pencapaian
51. Satu penumpuan yang padu ke arah mencapai matlamat
Supaya dapat bergerak ke hadapan dengan tumpuan
Yang lebih jelas, yakin dan serentak.
52. Persetujuan penduduk berbilang kaum terhadap satu
matlamat bagi mengelakkan perselisihan mengenai masa
depan negara dan membolehkan negara bergerak
dengan lebih cergas
53. Panduan utama di mana setiap rakyat setuju terima pada
dasarnya arah dan matlamat yang sama.
55. a) Memberi ruang untuk pembentukkan generasi baru
Dalam tempoh 30 tahun melalui rancangan dan
Persekitaran yang baik ke arah pembangunan negara
b) Jangka masa yang munasabah dan praktikal untuk
Capai matlamat
c) Menetapkan satu wawasan yang ambitious tetapi
Munasabah agar tidak ketinggalan dalam perkembangan
Arus pembangunan dunia sejagat
56. d) Agar negara tidak ketinggalan kerana masa menjadi
penentuan kemajuan sesebuah negara
57. 1) Mewujudkan negara yang bersatu
2) Mewujudkan negara yang berjiwa bebas, tenteram dan
Maju
3) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat
Demokratik dan persefahaman yang matang
4) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
58. 5) Mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang liberal
Dan bertolak ansur
6) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif
7) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya
Menyayangi
59. 8) Mewujudkan masyarakat yang adil dlm bidang ekonomi
9) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai
Ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya
tahan
60. Aspek kritikal ke arah pencapaian Wawasan 2020 :
a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara
Matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan saksama
b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor
Ekonomi
c) Mengurangkan dan hapuskan ketidaksamaan dan
Ketidakseimbangan sosial dan ekonomi
61. d) Galak dan kukuhkan intergrasi nasional
e) Bangunkan masyarakat yang progresif
f) Memajukan pembangunan sumber manusia
g) Jadikan sains dan teknologi sebagai teras penting
Dalam perancangan dan pembangunan sosial ekonomi
h) Lindung persekitaran dan ekologi
62. d) Galak dan kukuhkan intergrasi nasional
e) Bangunkan masyarakat yang progresif
f) Memajukan pembangunan sumber manusia
g) Jadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam
Perancangan dan pembangunan sosial ekonomi
63. Ekonomi - jelas dan senang dicapai
Politik
Sosial perlukan tindakan dan komitmen
Psikologi daripada dimensi dan peringkat
Budaya
64. Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
Maju mengikut acuannya sendiri meliputi aspek ekonomi,
Politik, budaya, sosial.
66. Definisi kebudayaan
Merupakan keseluruhan cara hidup
manusia iaitu meliputi bidang2 fikiran/ide,
kebendaan (sprt senibina,alat2 pakaian,
makanan dan perabot), kesenian (sprt
lakonan dan seni tampak sprt ukiran) dan
nilai dan norma (sprt undang2, adat
resam, upacara, nilai ugama dan
kesopanan)
67. Kepentingannya
Penting dlm proses pembangunan dimana
keperibadian Malaysia harus dipupuk dlm
usaha2 meningkatkan pembangunan
sosio-ekonomi dan politik.
Usaha ini memerlukan perancangan yg
rapi supaya dpt lahirkan cara hidup
bersifat kemanusiaan.
68. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Digubal dlm 1971 kerana sejak merdeka
tiada kemajuan ke arah mewujudkan
kebudayaan kebangsaan.
Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan
kefahaman mengenai kebudayaan,
kepentingan politik yg menekankan
kebudayaan kaum shj dan penekanan yg
lebih kpd kemajuan ekonomi.
69. Rasional Dasar Kebudayaan
Kebangsaan
Pertimbangan fakta2 perkembangan
sejarah serantau
Pengwujudan dasar ini adalah
berdasarkan unsur2 dan tiga prinsip yg
ditetapkan oleh kerajaan:
70. Rasional
1.Berteras kpd kebudayaan rakyat asal rantau ini
Melaka merupakan pusat perkembangan,
pemancaran dan warisan kebudayaan Melayu.
Kebudayaan serantau digambar dgn
penggunaan Bahasa Melayu.
Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan
teras kpd Kebudayaan Kebangsaan
71. Rasional…
2. Unsur2 kebudayaan lain yg sesuai dan wajar
Unsur2 budaya asing, Cina, Arab, India dsbnya
Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan
kebudayaan bergantung kpd tidak wujudnya
percanggahan dalam Perlembagaan dan
prinsip2 Rukun Negara
72. …rasional
3. Islam menjadi unsur yg penting dlm
pembentukan kebuyaan kebangsaan
Peringkat tertinggi- sepatutnya
menampakkan Malaysia sebagai sebuah
negara Islam
Peringkat kedua- menerapkan budaya2
lain yg tidak bertentangan dgn budaya
Islam
73. Objektif Dasar Kebudayaan
Kebangsaan
1. Kukuhkan perpaduan bangsa dan negara
melalui kebudayaan
2. Memupuk dan memelihara keperibadian
kebangsaan yg tumbuh drp Kebudayaan
Kebangsaan
Memperkaya dan mempertingkat kualiti
kehidupan kemanusiaan dan kerohanian
seimbang dgn pembangunan sosio-ekonomi
74. Strategi dan Perlaksanaan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan
1. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan
kebudayaan ke arah menguat asas2
kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama
peneyelidikan, pembangunan, pendidikan dan
perhubungan budaya
2. Meningkat dan memperkukuh kepipmpinan
kebudayan melaui usaha2 membimbing dan
melatih peminat, mendokong dan menggerak
kebudayaan seluas2nya sebagai jentera
pembangunan yg berkesan
75. …strategi dan perlaksanaan
3. Mewujud komunikasi yg berkesan ke
arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan
dan nasionalisme Malaysia
4. Memenuhi keperluan sosio-budaya
5. Menenuhi taraf dan mutu kesenian
76. Pencapaian dan Masalah Dasar
Kebudayaan Kebangsaan
Pelbagai usaha dijlnkan utk mencapai
matlamat dasar ini
Dalam mewujudkan satu Kebudayaan
Nasional ,proses penyerapan dan
penerimaannya ambil masa yg lama
Penggubalan dasar ini berasaskan nilai
murni Islam tlh dijalankan
77. …pencapaian dan masalah
Identiti kewarganegaraan dan seni budaya
jelas terlihat dalam perayaan2 rasmi dan
tidak rasmi
Contohnya penggunaan Bahasa Melayu di
peringkat sekolah rendah dan menengah
Rancangan2 televisyen yg pelbagai
78. …pencapaian dan masalah
Usaha terhadap dasar ini adalah sukar.
Antara kelemahannya ialah perkembangan
sosio-ekonomi yg membawa kepada
pencemaran bahasa, seni bina bangunan yg tak
melambang kebudayaan negara, dan sikap
penduduk yg tidak menitikberat unsur2 budaya
Sokongan secara langsung dan tidak langsung
diperlukan dari semua pihak
79. MPW1133/2133 Pengajian
Malaysia Sharliana
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
RASIONAL
• Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa
mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan
identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan
berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan
keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan
suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini
mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila
Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu,
langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan
kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan
mempunyai matlamat-matlamat sendiri
80. MPW1133/2133 Pengajian
Malaysia Sharliana
OBJEKTIF DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam
Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem
pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan
politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam
melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan
kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah
mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah
berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat,"
istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi
keperluan ekonomi.
81. MPW1133/2133 Pengajian
Malaysia Sharliana
STRATEGI PELAKSANAAN
(a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
yang utama
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan
Malaysia
bagi semua jenis sekolah
(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan
bersepadu
(f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan
tahun
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan
mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan
memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib
baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman
82. MPW1133/2133 Pengajian
Malaysia Sharliana
(h) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun
1978
(i) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan
di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan
dan sains gunaan
(j) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
(k) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai
mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan
memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-
bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan
(l) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin,
seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap,
puteri Islam dan lain-lain.
83. MPW1133/2133 Pengajian
Malaysia Sharliana
RUMUSAN
• Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung
keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan.
• Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara
perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk
dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu
seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya.
• Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang
terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak
bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja.