Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
Semua aktiviti luar bilik darjah dan kokurikulum murid hendaklah ditangguhkan selagi suhu persekitaran tinggi, dan pemakaian pakaian sukan yang sopan dibenarkan untuk mengurangkan kepanasan. Aktiviti kurikulum juga hendaklah dilaksanakan di dalam bangunan, dan murid perlu membawa bekalan air yang mencukupi.
1. CATATAN MINIT/RUMUSAN SESI LIBAT
URUS PENANGGUHAN AKTIVITI LUAR
MURID SEMASA CUACA PANAS
3 Mei 2023 | 5.00 petang – 6.00 petang | Google Meet
2. RUMUSAN
BIL. PERKARA TINDAKAN
1.
Semua aktiviti luar bilik darjah sama ada aspek kurikulum dan kokurikulum
seperti merentas desa/kawad kaki/sukan/perkhemahan/pengajaran dan
pembelajaran luar bilik darjah hendaklah ditangguhkan serta merta tanpa
mengira bacaan suhu persekitaran sehingga KPM mengeluarkan pemakluman
membenarkan semula aktiviti tersebut.
JPN, PPD dan sekolah
2.
Pemakaian baju sukan yang sopan adalah dibenarkan untuk semua warga
sekolah iaitu murid, guru, AKP. Murid boleh memakai baju T selain dari baju
sukan sekolah. Pakaian tersebut hendaklah tidak ketat, tidak mempunyai
lambang/imej yang tidak baik dan berlengan. Pihak sekolah dilarang membuat
ketetapan/jadual pemakaian yang khusus yang boleh membebankan ibu
bapa/penjaga. Buat masa ini pemakaian uniform khas murid seperti pengawas,
pengawas pusat sumber dan badan beruniform serta pemakaian tali leher oleh
guru adalah tidak digalakkan.
Semua sekolah
SESI LIBAT URUS PENANGGUHAN AKTIVITI LUAR MURID SEMASA CUACA PANAS
2
3. RUMUSAN
BIL. PERKARA TINDAKAN
3.
Aktiviti luar anjuran pihak KPM atau agensi luar sama ada peringkat
kebangsaan atau antara bangsa yang telah diluluskan boleh diteruskan. Walau
bagaimanapun, pihak penganjur disarankan untuk menangguhkan program
sekiranya boleh. Jika program perlu diteruskan, semua aktiviti luar hendaklah
diubah tempat dan dilaksanakan dalam bangunan.
JPN, PPD dan Sekolah
4.
Bagi mengelakkan murid berpanas dan berlaku kesesakan semasa balik,
kaedah penyuraian murid semasa tamat sesi persekolahan hendaklah
dilaksanakan secara teratur mengikut pengalaman semasa tempoh pandemik
COVID-19.
JPN, PPD dan Sekolah
SESI LIBAT URUS PENANGGUHAN AKTIVITI LUAR MURID SEMASA CUACA PANAS
3
4. RUMUSAN
BIL. PERKARA TINDAKAN
5.
Semua aktiviti kurikulum seperti pendidikan jasmani, ujian segak, pertanian
Kolej Vokasional (KV) hendaklah dilaksanakan dalam bangunan atau
menggunakan modul yang tidak melibatkan aktiviti luar bangunan.
Sekolah dan KV
6.
Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengingatkan murid untuk membawa
bekalan air kosong yang mencukupi ke sekolah dan aktiviti minum air bersama-
sama guru di dalam bilik darjah digalakkan.
Sekolah
4
SESI LIBAT URUS PENANGGUHAN AKTIVITI LUAR MURID SEMASA CUACA PANAS