Teks tersebut menceritakan kisah Nabi Salleh yang diutus untuk menyampaikan dakwah kepada kaum Thamud. Kaum Thamud tidak mau beriman kepada Nabi Salleh walaupun diberikan mukjizat berupa seekor unta betina. Akhirnya, kaum Thamud dibinasakan oleh azab Allah setelah membunuh unta mukjizat tersebut. Teks ini mengajarkan pentingnya kita beriman kepada rasul-rasul Allah dan
M&A Karls University november 5h 2013 public selectionJürgen Lauber
Small extract of a 1.15 min presentation of 20 years professional experience in an with Merger & Acquisitions. By Juergen Lauber
see also www.05112103.info
M&A Karls University november 5h 2013 public selectionJürgen Lauber
Small extract of a 1.15 min presentation of 20 years professional experience in an with Merger & Acquisitions. By Juergen Lauber
see also www.05112103.info
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfNur afiyah
Pembelajaran landasan pendidikan yang membahas tentang profesionalisasi pendidikan. Semoga dengan adanya materi ini dapat memudahkan kita untuk memahami dengan baik serta menambah pengetahuan kita tentang profesionalisasi pendidikan.
1. 1
Telah datangnya mukjizat Allah,
Untuk rasulnya yang terpilih,
Unta mukjizat untuk Nabi Salleh,
Bukti kebenaran dakwah dari Tuhan. ( Sajak )
Nabi Salleh adalah putera kepada Ubaid dan merupakan keturunan Nabi Nuh AS.
Nabi Salleh diutuskan oleh Allah SWT kepada kaum Thamud yang kufur.
Firman Allah Taala :
Maksudnya : “ Wahai kaumku! Sembahlah Allah. Sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain
Dia”. ( Surah Hud : Ayat 61)
Pengajaran : Tugas dakwah adalah kewajipan setiap orang Islam dan hendaklah bersabar
dalam menyampaikan dakwah.
Isu semasa : Di kaca televisyen sekarang ini, banyak Program berunsur dakwah contohnya
Pencarian Da’I di TV3 dan Cinta Ilmu di TV al-Hijrah.
2. 2
Nabi Salleh sentiasa menjalankan dakwahnya dengan penuh sabar. Namun kaum
thamud tidak mahu beriman dan mencabar kebenaran dakwah Nabi Salleh AS.
“ Hei Salleh…jangan kau mengaku dirimu itu seorang rasul, sedangkan kamu hanya
manusia seperti kami,” kata kaum thamud.
Nabi salleh terus berkata : “Wahai kaumku…aku adalah utusan Allah. Berimanlah
kepada Allah…berimanlah!”.
Ahh…jika kau di jalan yang benar…buktikanlah!” jerit kaum thamud.
NAbi Salleh bersedih hati dan berdoa kepada Allah SWT.
Ya kawan-kawan.
Allah yang Maha Esa,
Unta Mukjizat buktinya,
Tanda kebenaran Allah dan Rasulnya, ( Nasyid )
Jelmalah unta betina.
Tiba-tiba….seekor unta betina yang bunting keluar dari celah batu besar. Kaum thamud
tercengang melihat unta itu.
3. 3
Firman Allah Taala :
Bermaksud : “ Wahai kaumku! Inilah unta mukjizat daripada Allah sebagai mukjizat ( yang
menunjukkan kebenaran ) untukmu”. ( Surah Hud : Ayat 64 )
Ya kawan-kawan,
Pengajaran : Kita hendaklah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan jauhilah
kemungkaran.
Isu semasa : Di zaman ini, kita perlu berhati-hati kerana banyak ajaran yang boleh
merosakkan akidah seperti ajaran syiah.
Ya kawan-kawan,
Unta mukjizat daripada Allah….apa ya kelebihan unta istimewa???
Haaa…...tahukah kawan-kawan…Nabi Salleh yang baik hati telah mengizinkan kaum
thamud memerah susu unta itu kerana susu unta istimewa tidak pernah habis ataupun
kering.
NAbi Salleh juga membuat giliran untuk minum air di telaga. Jika hari unta mukjizat
minum, unta lain tidak boleh minum. Esoknya, unta lain pula minum. Begitulah hari-hari
berikutnya.
Ya…begitu adil dan bijaksana nabi salleh dalam menyelesaikan masalah.
4. 4
Firman Allah Taala :
Bermaksud : Orang yang sombong itu berkata : “ Sesungguhnya kami adalah orang yang
tidak percaya kepada apa yang kamu Imani”. ( Surah al-a’raf ayat 73)
Melihat mukjizat Allah, ramailah kaum thamud beriman kepada Allah, tetapi golongan
miskin sahaja. Pembesar-pembesar pula tetap tidak mahu beriman kerana tidak percaya
malah mereka menuduh Nabi Salleh ahli sihir.
Pengajaran : Masalah yang diselesaikan secara adil dan bijaksana akan menghasilkan
jalan penyelesaian yang baik.
Isu semasa : Contohnya : Negara kita telah membuat rundingan dengan bijak bagi
menyelesaikan pencarian kehilangan Mh370 dan krisis kemusnahan MH17.
5. 5
Wahai kawan-kawan, hadirin sekalian,
Kaum thamud telah diberi peringatan,
Unta jangan diganggu atau diapakan,
Azab Allah kamu dibinasakan.
Seruan nabi tidak diendahkan,
Langit tidak selalu cerah….awan tidak selalu mendung.
Rupa-rupanya, hak keistimewaan Unta mukjizat tidak menyenangkan penternak lain.
Nabi Salleh telah memberi peringatan supaya jangan diganggu unta dengan apa cara
sekalipun. Sekiranya mereka berbuat demikian Allah SWT akan menurunkan seksa-Nya.
Firman Allah Taala :
Bermaksud : “ Dan janganlah kamu menyentuhnya (unta itu) dengan sesuatu
kejahatan,nanti kamu akan ditimpa azab pada hari yang dahsyat”.
( Surah as-syu’ara’: ayat 156)
Tanpa mempedulikan arahan nabi salleh….kaum thamud telah membunuh unta betina
dan menyembelihnya. Mereka sangat gembira dan mencabar nabi salleh akan siksaan
6. 6
yang dijanjikan oleh Allah. NAbi Salleh memberi mereka tiga hari supaya meminta ampun.
Sebaliknya mereka pula merancang membunuh nabi salleh.
Ya…kawan-kawan,
Pengajaran : Kita digalakkan menyayangi haiwan….bukan kucing kesayangan
sahaja…malah semua haiwan secara umum.
Isu semasa : Sempena hari haiwan sedunia 2014, telah dianjurkan KEMPEN SAYANGI
HAIWAN.
Hadirin sekalian,
Pada suatu hari…langit terus mendung.
Tiba-tiba…….Doooommmm!!!!
Angin taufan yang amat dahsyat telah melanda kawasan tempat tinggal kaum Thamud.
Hari yang dijanjikan Allah telah tiba. Segala harta benda, ladang dan ternakan mereka
musnah dan kaum thamud disambar petir. Akhirnya, tiada sorang pun dari kaum thamud
yang kafir itu hidup, tetapi Nabi Salleh dan kaumnya yang beriman dilindungi Allah dan
selamat dari seksaan tersebut. Masya Allah.
Firman Allah taala :
Sw3
Bermaksud : Maka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka
disambar petir, sedang mereka melihatnya.
7. 7
( Surah az-zariyat : ayat 44)
Allah maha pelindung dan berkuasa,
Kejadian tsunami di Acheh bukti kuasanya, (pantun)
Masjid Ar-rahman terselamat bencana,
Moga kita ambil iktibar.
Sekian, wabilla Hitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.