"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bagianmu.“ (TQS Al Qashash, 28:77)
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bagianmu.“ (TQS Al Qashash, 28:77)
Surga sebagai bentuk harapan bagi manusia agar senantiasa komitmen dengan ajaran Islam, termasuk dalam kategori raja' (harapan) yang menjadi salah satu dari 3 unsur utama spiritual Islam selain cinta Allah dan takut terhadap azab-Nya.
Surga sebagai bentuk harapan bagi manusia agar senantiasa komitmen dengan ajaran Islam, termasuk dalam kategori raja' (harapan) yang menjadi salah satu dari 3 unsur utama spiritual Islam selain cinta Allah dan takut terhadap azab-Nya.
1. Menangislah Kerana Allah
www.iLuvislam.com
syauqahwardah1209
editor:everjihad
BINGKISAN KHAS:
Buat mereka yang sering menangis kerana terluka dengan kekasihnya dan menangis
kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Serta buat semua ummah yang pernah terlupa...
PERKARA: MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH
Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya:
“Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu...”
Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu
keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke
satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun
menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah
tidur semuanya?”
Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk
menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua
orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera
dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”
Lalu, wanita tersebut bertanya; “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini
Dia juga telah tidur?”
Dan lelaki itu pun menjawab. “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”
Wanita itu pun berkata lagi. “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita
meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih
berhak untuk ditakuti.”
Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia telah
pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi
bertemu dengannya.
Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”
Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku
meninggalkan dosa itu.”
Rasulullah saw bersabda:
2. “Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya
bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.
“Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan
dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat.
Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”
Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yang
bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya,
gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap
orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw yang
sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”
Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk
menolaknya sambil berkata; “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang
siddiq, demi orang-orang yang khusyu’. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah
engkau wahai api!”
Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as: Sesungguhnya api hendak
membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil
berkata lagi: “ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara
itu. Dan seketika itu, api itu pun padam.
Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab: “Itulah air mata
umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk
memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam
dengan izin Allah”
Rasulullah saw seringkali berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis
kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”
Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta
rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi
maksiat. Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda
bersabda:
“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan
dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan
untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi
kehairanan.”
Lantas Allah berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan
tempat untuk merasa hairan.”
Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah
berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya
Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu
Allah menjawab; “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia
kerana ingin bertemu denganKu.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka
dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.
3. Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya
rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu
semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat
tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang
berkekalan.” Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah. Allah berfirman lagi: “Salam
sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha
kepadaKu?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau
telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar
oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan
oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun
rela kepadaNya.”
Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “... (Dan ucapan) perkataan
selamat daripada Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka
tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga
air susu kembali ke tempat asalnya.”
*Sumber: Terjemahan Mukasyafah Al Qulub tulisan Imam Al-Ghazali.
Buat mereka yang seringkali menangis demi perkara yang sia-sia; menangis kerana cinta
manusia, menangis kerana membaca novel c inta, menangis menonton filem cinta yang
semu. Cinta! Cinta! Cinta duniawi.
Istighfarlah! Sedarlah! Bangkitlah dari lenamu.
Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung; Allah sedang
menantimu di pintu taubatNya. Pulanglah padaNya... dan menangislah untukNya. Menangis
untuk menangih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya, menangis kerana
berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya. Kerana Allah swt telah berfirman:
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah...” (Al-Hasyr: 19)
Ingatlah, menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua
titisan air matamu...