SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK
             DAN WEB


                   TUGASAN 1

               ANALISIS JURNAL




DISEDIAKAN UNTUK       :
PROFESOR MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR



DISEDIAKAN OLEH            :
SUHANA BINTI BASIL @ ABDUL MAJID
SARJANA PENDIDIKAN PERAKAUNAN
M20111000252
KEBERKESANAN PROSES PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SIDANG
                            VIDEO

              Siti Hajar Halili, Shukri Sulaiman & Mohd Razha Abd. Rashid



1) OBJEKTIF KAJIAN

  Penggunaan teknologi berupaya mengalakkan proses pembelajaran berlaku secara
  lansung tanpa melibatkan kesesakan pelajar. Malah ia juga bersifat interaktif seterusnya
  berupaya mewujudkan proses pembelajaran seperti pembelajaran bersemuka.
  Penggunaan teknologi dalam PJJ terbahagi kepada dua iaitu sebagai peralatan dan
  proses pembelajaran.      Kajian dijalankan di PPPJJ-USM memfokuskan kepada
  penggunaan media elektronik iaitu telesidang video.

  Tujuan perlaksanaan telesidang di PPPJJ-USM adalah untuk :

            Memberi keberkesanan terhadap kelas tutorial dalam aktiviti pengajaran dan
            pembelajaran di pusat wilayah terlibat.
            Menyelesaikan masalah mendapatkan tenaga pengajar sambilan yang
            berkelayakan bagi mengajar kursus paras tinggi
            Menggalakkan perhubungan dua hala antara pensyarah dan pelajar
            mengenai kandungan kursus.


2) PERSOALAN

  Kajian dijalankan untuk melihat sama ada proses pembelajaran berlangsung atau
  sebaliknya apabila pelajar menghadiri sesi sidang video. Aspek perbincangan penyelidik
  tertumpu kepada penilaian pendapat pelajar mengenai proses pembelajaran melalui
  penggunaan sidang video.


3) METODOLOGI KAJIAN

  Populasi terpilih untuk penyelidikan ialah terdiri daripada pelajar PPPJJ-USM bagi
  Sidang Akademik 2004/2005 yang mengikuti kursus Pengurusan, Sains
  Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan dan Sains.

  Sampel kajian terdiri daripada kaedah pemilihan rawak bagi memastikan subjek kajian
  mewakili populasi pelajar di PPPJJ-USM. Seramai 226 pelajar dipilih sebagai subjek
  kajian.

  Instrumen penyelidikan terdiri dari data primer (soalselidik) dan sekunder (kajian
  perpustakaan). Penyelidik memilih skala liket empat mata agar dapat mengesan
  keputusan neutral atau sebaliknya oleh responden. Maklumat dikumpul dan dianalisis
  menggunakan statistik deskriptif.
4) DAPATAN

  Proses pembelajaran dilihat berlaku dengan penggunaan teknologi berdasarkan
  pembelajaran Gagne, 1985. Penyelidik memilih fasa proses pembelajaran Gagne (1985)
  untuk diselaraskan dengan persoalan kajian:

             Fasa Motivasi
             Fasa motivasidilihat mendorong pelajar untuk mengikuti prosespembelajaran
             melalui sidang video. Analisis peratusan juga menunjukkan 70%dan 69%
             responden yang bersetuju bahawa sidangvideo memainkan peranan yang
             penting untukmemotivasikan pelajar.Penyelidik berpendapat bahawa melalui
             gabungan penggunaan elemen audio, video dangrafik dalam proses
             pembelajaran, pelajar lebihbermotivasi dengan kaedah pembelajaran
             yangmenarik hasil gabungan unsur-unsur deria dengar,deria lihat dan deria
             sentuh secara bersepadu.



             Fasa Perhatian
             67% pelajar bersetuju bahawa suasana persekitaran di dalam bilik sidang
             video memainkan peranan pentingkepada pelajaran manakala 68% pelajar
             menyatakan bahawa mereka memberikan perhatian yang teliti terhadap
             penerangan yang disampaikan oleh pensyarah dalam sesi sidang video. Fasa
             perhatian membantu pelajar menumpukan perhatian yang lebih ketika sesi
             sidang video dijalankan. Hal ini bermakna suasana persekitaran di dalam bilik
             sidang video memain peranan penting terhadap pelajaran yang diikuti agar
             pelajar dapat memberi perhatian yang teliti terhadap penerangan atau
             demonstrasi pensyarah ketika sesi sidang video dijalankan. Tumpuan dan
             perhatian yang berbeza diperlukan oleh setiap pelajar berdasarkan kepada
             pencapaian atau tahap prestasi setiap individu

             Fasa Jangkaan
             Sebanyak 62% menunjukkan bahawa pelajar bersetuju bahawa sesi sidang
             video membantu meningkatkan prestasi yang diharapkan dalam
             pembelajaran dan 63% responden juga bersetuju bahawa mereka bersedia
             dengan topik-topik yang diterangkan mengikut agenda yang diberitahu
             terlebih dahulu.

             Fasa Perolehan Ingatan Kembali
             61% pelajar juga bersetuju bahawa sesi sidang video membantu
             merekamengingat kembali konsep-konsep yang dipelajari dan juga
             memperoleh pengetahuan yang lebih meluas melalui sesi sidang
             video.Pelajar bersetuju bahawa sesi sidang video membantu mereka
             mengingat kembali konsep yang dipelajari. Sesi sidang video juga dapat
             membantu mereka memperoleh pengetahuan yang tidak terdapat dalam
             bahan modul. Penggunaan teknologi sidang video didapati dapat menarik
             minat pelajar untuk lebih bersemangat belajar dengan lebih baik.

             Fasa Pemilihan Persepsi
67% pelajar besetuju bahawa mereka dapat membezakan maklumat yang
penting dan relevan daripada yang kurang penting. Fasa ini juga
menunjukkan bahawa 66% pelajar bersetuju bahawa mereka memahami
pelajaran dengan lebih berkesan melalui sidang video.Pelajar bersetuju
bahawa mereka dapatmembezakan maklumat yang penting dan
relevandaripada yang kurang penting. Mereka jugamemberi perhatian dengan
lebih baik terhadaprangsangan seperti gambar rajah, jadual, carta,peta dan
sebagainya kerana ia dapat membantumereka memahami pelajaran dengan
lebihberkesan.


Fasa Merekod dan Penyimpanan Jangka Panjang
67% pelajar bersetuju bahawa mereka dapatmengingati maklumat yang
diterima sewaktusesi sidang video malah dapat membandingkanpengetahuan
yang dipelajari melalui sesi sidangvideo dengan bahan pembelajaran yang
lain. Pelajar bersetuju bahawa mereka dapat mengingatimaklumat yang
diterima sewaktu sesi sidang videomalah, pengetahuan yang dipelajari
melalui sesisidang video sebelumnya dibandingkan denganbahan
pembelajaran yang lain seperti bahanmodul, nota dan sebagainya

Fasa Gerak Balas / Prestasi
Sebanyak 65% pelajar bersetujubahawa mereka menunjukkan perubahan
prestasidengan lebih baik serta sebanyak 63% pelajarberpendapat bahawa
mereka cukup berkeyakinanuntuk mengambil bahagian dalam sesi
sidangvideo.Fasa gerak balas atau prestasi yang menunjukkanpelajar
berupaya mengubah prestasi dengan lebihbaik sekiranya menghadiri sesi
sidang video.Pelajar juga bersetuju bahawa mereka cukupberkeyakinan
mengambil bahagian dalam sesisidang video. Sehubungan itu, sebarang
masalahdan kemusykilan yang dihadapi semasa membacamodul dapat
dikemukakan kepada pensyarah dan mendapat jawapan dengan segera
semasasesi dijalankan.

Fasa Maklumbalas /Peneguhan
Walaupun pelajar bersetuju bahawamaklum balas dapat diberikan dengan
lebihjelas dalam sesi sidang video, namun peratusanyang dicatatkan adalah
peratusan yang terendah,(60%) jika dibandingkan denganitem-item yang lain.
Dapatan ini menunjukkanbahawa para pelajar berpendapat maklum
balasyang diberikan dalam sesi sidang video perluditingkatkan. Untuk item 16
pula, 66% pelajarbersetuju bahawa mereka memberi maklumbalas dengan
kadar segera terhadap soalan yangdikemukakan oleh pensyarah. Fasaini
boleh diberikandengan lebih jelas kepada pelajar dan sebarang soalan yang
dikemukakan oleh pensyarah ketika sesi dijalankan akan diberikan maklum
balas oleh pelajar dengan kadar segera. Penyelidik berpendapat bahawa
pengetahuan tidak mudah untuk ditransmisi secara terus kepada pelajar
tetapi perlu dihasilkan melalui komunikasi dua hala antara pensyarah dan
pelajar.Penyelidik mendapati bahawa fasa maklum balas dan peneguhan
merupakan fasa yang mencatatkan skor min dan peratusan yang terendah.
Penyelidik berpendapat bahawa pelajar dan pensyarah perlu berinteraksi
antara satu sama lain dalam sesi sidang video memandangkan salah satu
faktor perlaksanaan telesidang di PPPJJUSM adalah menggalakkan
perhubungan dua hala antara pelajar dan pensyarah mengenai kandungan
            kursus.


            Fasa Generalisasi
            70%pelajar bersetuju apa yang dipelajari dalam sesisidang video membantu
            mereka untuk belajardengan bahan pembelajaran yang lain.Fasaini
            menunjukkan prosespembelajaran pelajar bukanlah setakat menghadirikuliah
            sahaja tanpa mengeneralisasikan apa yangtelah dipelajari. Oleh itu, ia
            membantu proses pembelajaran denganlebih berkesan sepanjang pengajian
            mereka sertamemahami pelajaran yang sukar dengan cepat kerana
            pembelajaran orang dewasa adalahberkesan sekiranya topik pelajarannya
            mempunyainilai segera dengan pekerjaan atau kehidupanperibadinya,
            berpusatkan kepada masalah, bukanberorientasi isi kandungan malah asas
            dalamaktiviti pembelajaran pelajar dewasa adalah pengalaman termasuk
            pengalaman menghadapi kesilapan.



5) PEBINCANGAN

  Penyelidikan ini mendapati bahawa penggunaan teknologi sidang video
  menyumbang terhadap keberkesanan proses pembelajaran pelajar. Setiap fasa-fasa
  mengikut model proses pembelajaran Gagne (1985) mencatatkan nilai min melebihi
  2.50, malah peratusan bersetuju juga melebihi dua pertiga daripada keseluruhan
  pelajar yang terlibat.

  Penyelidik mendapati bahawa setiap catatan min menunjukkan fasa motivasi
  merupakan fasa yang paling penting menyumbangterhadap proses pembelajaran
  melalui teknologi sidang video. Fasa ini menunjukkan bahawa wujudkeberkesanan
  sesuatu proses pembelajaran.

  Fasa maklum balas dan peneguhan merupakan fasa yang paling terendah
  dicatatkan dalam catatan nilai skor min dan juga analisa peratusan. Olehitu,
  penyelidik berpendapat bahawapelajar perlu memberikan maklum balas dengan
  kadar segera terhadap soalan yang dikemukakan oleh pensyarah ketika sesi sidang
  video dijalankan. Penyelidik berpendapat bahawa walau apa pun pendekatan,
  kaedah pembelajaran dan perkembangan penggunaan media baru diperkenalkan
  kepada pelajar, para pelajar itu sendiri perlulah menerapkan kepada diri mereka dan
  mempraktikkan tentang apa yang telah dipelajari sebagai bukti dalam melihat sama
  ada proses pembelajaran itu berlaku atau sebaliknya.

  Beberapa cadangan yang difikirkan dapat memberi manfaat dalam proses
  pembelajaran melalui sidang video ialah
     i) Penyelidik mencadangkan agar pelajar lebih melibatkan diri dan mengambil
         bahagian dengan lebih aktif dalam sesi sidang video agar interaksi berlaku
         antara pelajar dengan pensyarah serta dapat memanfaatkan penggunaan
         teknologi sidang video dengan sepenuhnya.
     ii) Penggunaan elemen video, sebarang imej yang dipaparkan di monitor
         perlulah dengan lebih jelas agar pelajar dapatmenumpukan perhatian dengan
         lebih baik. Hal ini adalah kerana penyelidikan yang dijalankanoleh Shaffe
(2000) mendapati bahawa pelajar tidak dapat melihat imej seperti tulisan dan
          grafikdengan jelas semasa sesi sidang video dijalankan. Selain itu,
          penyampaian maklumat yang hendakdisampaikan tidak membosankan serta
          dapat mengekalkan minat pelajar sepanjang sesi sidangvideo.
     iii) Grafik beranimasi dapat digunakan pada masaakan datang dan tidak hanya
          memaparkan grafik statik agar berupaya menyalurkan maklumatdalam bentuk
          yang lebih menyeronokkan dan menghiburkan. Ini adalah kerana penggunaan
          grafik beranimasi berupaya untuk mengabstrak sesuatu visual kepada
          persembahan yang lebihmenarik untuk menyampaikan maklumat. Menurut
          Ismail (2002), grafik boleh digunakan bersama teks dalam bentuk nota
          kepada pelajar, lembaran kerja, carta dan lain-lain yang sesuai digunakan
          untuk dijadikan bahan rangsangan proses pembelajaran. Kajian yang
          dilakukan oleh Fong Soon Fook, Ng Wei Kong & Wan Mohd Fauzy (2001)
          mengenai kesan persembahan grafik komputerdalam kalangan pelajar
          mendapati     bahawa     grafik   animasi    merupakan      suatu    bantuan
          pembelajaranpenting jika dibandingkan dengan grafik statik. Chanlin (1999)
          menyatakan bahawa penggunaan grafik beranimasi berupaya meningkatkan
          proses pembelajaran terutamanya bagi pelajar lelaki.
     iv) Penyelidikan mengenai aspek penggunaan peralatan sidang video perlu
          dilakukan untukmengenal pasti sama ada pelajar benar-benar memahami
          pengendalian dan penggunaan setiap peralatan yang disediakan oleh pihak
          PPPJJ-USM. Hal ini adalah kerana untuk menjalankan sesi sidang video,
          seseorang pelajar perlu memperlengkapkan diri mereka dalam
          mengendalikan peralatan sidang video agar proses pembelajaran berjalan
          dengan lancar. Yusup (2001) turut menyatakan bahawa setiap pelajar perlu
          tahu menggunakan peralatan sidang video dengan betul dan bersistematik.
          Oleh itu, sebelum para pelajar berinteraksi secara efektif dengan pengajar,
          bahan pembelajaran dan rakan yang lain, pelajar tersebut perlu terlebih
          dahulu tahu untuk berinteraksi dengan peralatan yang disediakan.


6) RUMUSAN& CADANGAN

  Kos untuk perlaksanaan sidang video adalah tinggi. Jesteru, pelajar PJJ perlu
  memanfaatkan sepenuhnya kecanggihan teknologi agar proses pembelajaran
  berlangsung secara berkesan. Penyelidik mencadangkan:

        (1) Kajian bagi aspek teknikal seperti penggunaan CODEC, MCU dan
            sebagainya bagi melihat keberkesanan aspek teknikal teknologi semasa sesi
            sidang video berlangsung.

        (2) Kajian perbandingan antara proses pembelajaran pelajar jarak jauh dengan
            pelajar konvensional untuk melihat keberkesanan proses pembelajaran.

     Peningkatan penggunaan teknologi sidang video dalam proses pengajaran dan
     pembelajaran penting berbanding peningkatan mutu teknologi yang digunakan.
     Strategi bersesuaian mampu menarik minat dan memenuhi keperluan pelajar PPPJJ-
     USM untuk meneruskan proses pembelajaran masing-masing.

More Related Content

What's hot

keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasanEna Ros
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...shah_idah86
 
CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIK...
CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIK...CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIK...
CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIK...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044Ety Sue
 
Teknologi untuk pdp - EDUP3053
Teknologi untuk pdp - EDUP3053Teknologi untuk pdp - EDUP3053
Teknologi untuk pdp - EDUP3053FaFai S.
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Wong tugasan 1 ppt_kpt 6044
Wong tugasan 1 ppt_kpt 6044Wong tugasan 1 ppt_kpt 6044
Wong tugasan 1 ppt_kpt 6044wongsheauwen2
 
Tugasan refleksi kendiri
Tugasan refleksi kendiriTugasan refleksi kendiri
Tugasan refleksi kendiriHarliza Nordin
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikelSiew Sin Wong
 

What's hot (16)

keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasan
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
 
Kajian Tindakan Pend.Sivik
Kajian Tindakan Pend.SivikKajian Tindakan Pend.Sivik
Kajian Tindakan Pend.Sivik
 
CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIK...
CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIK...CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIK...
CIRI – CIRI REAKSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER UNTUK SUBJEK PENDIDIK...
 
Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Ppt kpt6043
Ppt kpt6043Ppt kpt6043
Ppt kpt6043
 
Teknologi untuk pdp - EDUP3053
Teknologi untuk pdp - EDUP3053Teknologi untuk pdp - EDUP3053
Teknologi untuk pdp - EDUP3053
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Wong tugasan 1 ppt_kpt 6044
Wong tugasan 1 ppt_kpt 6044Wong tugasan 1 ppt_kpt 6044
Wong tugasan 1 ppt_kpt 6044
 
Tugasan refleksi kendiri
Tugasan refleksi kendiriTugasan refleksi kendiri
Tugasan refleksi kendiri
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikel
 
Jigsaw
JigsawJigsaw
Jigsaw
 

Viewers also liked

Viewers also liked (7)

Bab3(5)
Bab3(5)Bab3(5)
Bab3(5)
 
Kajian tinjauan
Kajian tinjauanKajian tinjauan
Kajian tinjauan
 
ULASAN JURNAL
ULASAN JURNALULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL
 
Ulasan Jurnal KPR 4063 DPLI 2011
Ulasan Jurnal KPR 4063 DPLI 2011Ulasan Jurnal KPR 4063 DPLI 2011
Ulasan Jurnal KPR 4063 DPLI 2011
 
ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Cara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalCara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnal
 

Similar to Ulasan jurnal kpt6044

KEBERKESANAN PROSES PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SIDANG VIDEO
KEBERKESANAN PROSES PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SIDANG VIDEOKEBERKESANAN PROSES PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SIDANG VIDEO
KEBERKESANAN PROSES PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SIDANG VIDEOSuhana Basil
 
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021Mokhzani Fadir
 
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)nakirah
 
Kesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematikKesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematikKavithaDevi13
 
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...syahrul225248
 
Topik 2 kaedah dan teknik
Topik 2 kaedah dan teknikTopik 2 kaedah dan teknik
Topik 2 kaedah dan teknikAhmad Husairi
 
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd pDapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd pcekgu Azam
 
Mohd Faizal Bin Mahmod, Lim Siew Yee, Mohd Amin B. Zakaria
Mohd Faizal Bin Mahmod, Lim Siew Yee, Mohd Amin B. ZakariaMohd Faizal Bin Mahmod, Lim Siew Yee, Mohd Amin B. Zakaria
Mohd Faizal Bin Mahmod, Lim Siew Yee, Mohd Amin B. ZakariaNurul Yuyun
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
Jurnal tojet (tugasan 1)
Jurnal tojet (tugasan 1)Jurnal tojet (tugasan 1)
Jurnal tojet (tugasan 1)nik_mastura
 
Stail latihan complete
Stail  latihan completeStail  latihan complete
Stail latihan completeAhmad Afnan
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnalhidadaus
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri finalCik BaCo
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdfKPM
 

Similar to Ulasan jurnal kpt6044 (20)

KEBERKESANAN PROSES PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SIDANG VIDEO
KEBERKESANAN PROSES PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SIDANG VIDEOKEBERKESANAN PROSES PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SIDANG VIDEO
KEBERKESANAN PROSES PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SIDANG VIDEO
 
Manual PdPR versi 2
Manual PdPR versi 2Manual PdPR versi 2
Manual PdPR versi 2
 
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
 
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
 
Kesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematikKesediaan guru dalam pendidikan matematik
Kesediaan guru dalam pendidikan matematik
 
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
 
Topik 2 kaedah dan teknik
Topik 2 kaedah dan teknikTopik 2 kaedah dan teknik
Topik 2 kaedah dan teknik
 
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd pDapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam pd p
 
Mohd Faizal Bin Mahmod, Lim Siew Yee, Mohd Amin B. Zakaria
Mohd Faizal Bin Mahmod, Lim Siew Yee, Mohd Amin B. ZakariaMohd Faizal Bin Mahmod, Lim Siew Yee, Mohd Amin B. Zakaria
Mohd Faizal Bin Mahmod, Lim Siew Yee, Mohd Amin B. Zakaria
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
Jurnal tojet (tugasan 1)
Jurnal tojet (tugasan 1)Jurnal tojet (tugasan 1)
Jurnal tojet (tugasan 1)
 
Lesson Study in Malaysia
Lesson Study in MalaysiaLesson Study in Malaysia
Lesson Study in Malaysia
 
Isl rbt 2014
Isl rbt 2014Isl rbt 2014
Isl rbt 2014
 
Stail latihan complete
Stail  latihan completeStail  latihan complete
Stail latihan complete
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
 

Ulasan jurnal kpt6044

  • 1. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 1 ANALISIS JURNAL DISEDIAKAN UNTUK : PROFESOR MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR DISEDIAKAN OLEH : SUHANA BINTI BASIL @ ABDUL MAJID SARJANA PENDIDIKAN PERAKAUNAN M20111000252
  • 2. KEBERKESANAN PROSES PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SIDANG VIDEO Siti Hajar Halili, Shukri Sulaiman & Mohd Razha Abd. Rashid 1) OBJEKTIF KAJIAN Penggunaan teknologi berupaya mengalakkan proses pembelajaran berlaku secara lansung tanpa melibatkan kesesakan pelajar. Malah ia juga bersifat interaktif seterusnya berupaya mewujudkan proses pembelajaran seperti pembelajaran bersemuka. Penggunaan teknologi dalam PJJ terbahagi kepada dua iaitu sebagai peralatan dan proses pembelajaran. Kajian dijalankan di PPPJJ-USM memfokuskan kepada penggunaan media elektronik iaitu telesidang video. Tujuan perlaksanaan telesidang di PPPJJ-USM adalah untuk : Memberi keberkesanan terhadap kelas tutorial dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di pusat wilayah terlibat. Menyelesaikan masalah mendapatkan tenaga pengajar sambilan yang berkelayakan bagi mengajar kursus paras tinggi Menggalakkan perhubungan dua hala antara pensyarah dan pelajar mengenai kandungan kursus. 2) PERSOALAN Kajian dijalankan untuk melihat sama ada proses pembelajaran berlangsung atau sebaliknya apabila pelajar menghadiri sesi sidang video. Aspek perbincangan penyelidik tertumpu kepada penilaian pendapat pelajar mengenai proses pembelajaran melalui penggunaan sidang video. 3) METODOLOGI KAJIAN Populasi terpilih untuk penyelidikan ialah terdiri daripada pelajar PPPJJ-USM bagi Sidang Akademik 2004/2005 yang mengikuti kursus Pengurusan, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan dan Sains. Sampel kajian terdiri daripada kaedah pemilihan rawak bagi memastikan subjek kajian mewakili populasi pelajar di PPPJJ-USM. Seramai 226 pelajar dipilih sebagai subjek kajian. Instrumen penyelidikan terdiri dari data primer (soalselidik) dan sekunder (kajian perpustakaan). Penyelidik memilih skala liket empat mata agar dapat mengesan keputusan neutral atau sebaliknya oleh responden. Maklumat dikumpul dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif.
  • 3. 4) DAPATAN Proses pembelajaran dilihat berlaku dengan penggunaan teknologi berdasarkan pembelajaran Gagne, 1985. Penyelidik memilih fasa proses pembelajaran Gagne (1985) untuk diselaraskan dengan persoalan kajian: Fasa Motivasi Fasa motivasidilihat mendorong pelajar untuk mengikuti prosespembelajaran melalui sidang video. Analisis peratusan juga menunjukkan 70%dan 69% responden yang bersetuju bahawa sidangvideo memainkan peranan yang penting untukmemotivasikan pelajar.Penyelidik berpendapat bahawa melalui gabungan penggunaan elemen audio, video dangrafik dalam proses pembelajaran, pelajar lebihbermotivasi dengan kaedah pembelajaran yangmenarik hasil gabungan unsur-unsur deria dengar,deria lihat dan deria sentuh secara bersepadu. Fasa Perhatian 67% pelajar bersetuju bahawa suasana persekitaran di dalam bilik sidang video memainkan peranan pentingkepada pelajaran manakala 68% pelajar menyatakan bahawa mereka memberikan perhatian yang teliti terhadap penerangan yang disampaikan oleh pensyarah dalam sesi sidang video. Fasa perhatian membantu pelajar menumpukan perhatian yang lebih ketika sesi sidang video dijalankan. Hal ini bermakna suasana persekitaran di dalam bilik sidang video memain peranan penting terhadap pelajaran yang diikuti agar pelajar dapat memberi perhatian yang teliti terhadap penerangan atau demonstrasi pensyarah ketika sesi sidang video dijalankan. Tumpuan dan perhatian yang berbeza diperlukan oleh setiap pelajar berdasarkan kepada pencapaian atau tahap prestasi setiap individu Fasa Jangkaan Sebanyak 62% menunjukkan bahawa pelajar bersetuju bahawa sesi sidang video membantu meningkatkan prestasi yang diharapkan dalam pembelajaran dan 63% responden juga bersetuju bahawa mereka bersedia dengan topik-topik yang diterangkan mengikut agenda yang diberitahu terlebih dahulu. Fasa Perolehan Ingatan Kembali 61% pelajar juga bersetuju bahawa sesi sidang video membantu merekamengingat kembali konsep-konsep yang dipelajari dan juga memperoleh pengetahuan yang lebih meluas melalui sesi sidang video.Pelajar bersetuju bahawa sesi sidang video membantu mereka mengingat kembali konsep yang dipelajari. Sesi sidang video juga dapat membantu mereka memperoleh pengetahuan yang tidak terdapat dalam bahan modul. Penggunaan teknologi sidang video didapati dapat menarik minat pelajar untuk lebih bersemangat belajar dengan lebih baik. Fasa Pemilihan Persepsi
  • 4. 67% pelajar besetuju bahawa mereka dapat membezakan maklumat yang penting dan relevan daripada yang kurang penting. Fasa ini juga menunjukkan bahawa 66% pelajar bersetuju bahawa mereka memahami pelajaran dengan lebih berkesan melalui sidang video.Pelajar bersetuju bahawa mereka dapatmembezakan maklumat yang penting dan relevandaripada yang kurang penting. Mereka jugamemberi perhatian dengan lebih baik terhadaprangsangan seperti gambar rajah, jadual, carta,peta dan sebagainya kerana ia dapat membantumereka memahami pelajaran dengan lebihberkesan. Fasa Merekod dan Penyimpanan Jangka Panjang 67% pelajar bersetuju bahawa mereka dapatmengingati maklumat yang diterima sewaktusesi sidang video malah dapat membandingkanpengetahuan yang dipelajari melalui sesi sidangvideo dengan bahan pembelajaran yang lain. Pelajar bersetuju bahawa mereka dapat mengingatimaklumat yang diterima sewaktu sesi sidang videomalah, pengetahuan yang dipelajari melalui sesisidang video sebelumnya dibandingkan denganbahan pembelajaran yang lain seperti bahanmodul, nota dan sebagainya Fasa Gerak Balas / Prestasi Sebanyak 65% pelajar bersetujubahawa mereka menunjukkan perubahan prestasidengan lebih baik serta sebanyak 63% pelajarberpendapat bahawa mereka cukup berkeyakinanuntuk mengambil bahagian dalam sesi sidangvideo.Fasa gerak balas atau prestasi yang menunjukkanpelajar berupaya mengubah prestasi dengan lebihbaik sekiranya menghadiri sesi sidang video.Pelajar juga bersetuju bahawa mereka cukupberkeyakinan mengambil bahagian dalam sesisidang video. Sehubungan itu, sebarang masalahdan kemusykilan yang dihadapi semasa membacamodul dapat dikemukakan kepada pensyarah dan mendapat jawapan dengan segera semasasesi dijalankan. Fasa Maklumbalas /Peneguhan Walaupun pelajar bersetuju bahawamaklum balas dapat diberikan dengan lebihjelas dalam sesi sidang video, namun peratusanyang dicatatkan adalah peratusan yang terendah,(60%) jika dibandingkan denganitem-item yang lain. Dapatan ini menunjukkanbahawa para pelajar berpendapat maklum balasyang diberikan dalam sesi sidang video perluditingkatkan. Untuk item 16 pula, 66% pelajarbersetuju bahawa mereka memberi maklumbalas dengan kadar segera terhadap soalan yangdikemukakan oleh pensyarah. Fasaini boleh diberikandengan lebih jelas kepada pelajar dan sebarang soalan yang dikemukakan oleh pensyarah ketika sesi dijalankan akan diberikan maklum balas oleh pelajar dengan kadar segera. Penyelidik berpendapat bahawa pengetahuan tidak mudah untuk ditransmisi secara terus kepada pelajar tetapi perlu dihasilkan melalui komunikasi dua hala antara pensyarah dan pelajar.Penyelidik mendapati bahawa fasa maklum balas dan peneguhan merupakan fasa yang mencatatkan skor min dan peratusan yang terendah. Penyelidik berpendapat bahawa pelajar dan pensyarah perlu berinteraksi antara satu sama lain dalam sesi sidang video memandangkan salah satu faktor perlaksanaan telesidang di PPPJJUSM adalah menggalakkan
  • 5. perhubungan dua hala antara pelajar dan pensyarah mengenai kandungan kursus. Fasa Generalisasi 70%pelajar bersetuju apa yang dipelajari dalam sesisidang video membantu mereka untuk belajardengan bahan pembelajaran yang lain.Fasaini menunjukkan prosespembelajaran pelajar bukanlah setakat menghadirikuliah sahaja tanpa mengeneralisasikan apa yangtelah dipelajari. Oleh itu, ia membantu proses pembelajaran denganlebih berkesan sepanjang pengajian mereka sertamemahami pelajaran yang sukar dengan cepat kerana pembelajaran orang dewasa adalahberkesan sekiranya topik pelajarannya mempunyainilai segera dengan pekerjaan atau kehidupanperibadinya, berpusatkan kepada masalah, bukanberorientasi isi kandungan malah asas dalamaktiviti pembelajaran pelajar dewasa adalah pengalaman termasuk pengalaman menghadapi kesilapan. 5) PEBINCANGAN Penyelidikan ini mendapati bahawa penggunaan teknologi sidang video menyumbang terhadap keberkesanan proses pembelajaran pelajar. Setiap fasa-fasa mengikut model proses pembelajaran Gagne (1985) mencatatkan nilai min melebihi 2.50, malah peratusan bersetuju juga melebihi dua pertiga daripada keseluruhan pelajar yang terlibat. Penyelidik mendapati bahawa setiap catatan min menunjukkan fasa motivasi merupakan fasa yang paling penting menyumbangterhadap proses pembelajaran melalui teknologi sidang video. Fasa ini menunjukkan bahawa wujudkeberkesanan sesuatu proses pembelajaran. Fasa maklum balas dan peneguhan merupakan fasa yang paling terendah dicatatkan dalam catatan nilai skor min dan juga analisa peratusan. Olehitu, penyelidik berpendapat bahawapelajar perlu memberikan maklum balas dengan kadar segera terhadap soalan yang dikemukakan oleh pensyarah ketika sesi sidang video dijalankan. Penyelidik berpendapat bahawa walau apa pun pendekatan, kaedah pembelajaran dan perkembangan penggunaan media baru diperkenalkan kepada pelajar, para pelajar itu sendiri perlulah menerapkan kepada diri mereka dan mempraktikkan tentang apa yang telah dipelajari sebagai bukti dalam melihat sama ada proses pembelajaran itu berlaku atau sebaliknya. Beberapa cadangan yang difikirkan dapat memberi manfaat dalam proses pembelajaran melalui sidang video ialah i) Penyelidik mencadangkan agar pelajar lebih melibatkan diri dan mengambil bahagian dengan lebih aktif dalam sesi sidang video agar interaksi berlaku antara pelajar dengan pensyarah serta dapat memanfaatkan penggunaan teknologi sidang video dengan sepenuhnya. ii) Penggunaan elemen video, sebarang imej yang dipaparkan di monitor perlulah dengan lebih jelas agar pelajar dapatmenumpukan perhatian dengan lebih baik. Hal ini adalah kerana penyelidikan yang dijalankanoleh Shaffe
  • 6. (2000) mendapati bahawa pelajar tidak dapat melihat imej seperti tulisan dan grafikdengan jelas semasa sesi sidang video dijalankan. Selain itu, penyampaian maklumat yang hendakdisampaikan tidak membosankan serta dapat mengekalkan minat pelajar sepanjang sesi sidangvideo. iii) Grafik beranimasi dapat digunakan pada masaakan datang dan tidak hanya memaparkan grafik statik agar berupaya menyalurkan maklumatdalam bentuk yang lebih menyeronokkan dan menghiburkan. Ini adalah kerana penggunaan grafik beranimasi berupaya untuk mengabstrak sesuatu visual kepada persembahan yang lebihmenarik untuk menyampaikan maklumat. Menurut Ismail (2002), grafik boleh digunakan bersama teks dalam bentuk nota kepada pelajar, lembaran kerja, carta dan lain-lain yang sesuai digunakan untuk dijadikan bahan rangsangan proses pembelajaran. Kajian yang dilakukan oleh Fong Soon Fook, Ng Wei Kong & Wan Mohd Fauzy (2001) mengenai kesan persembahan grafik komputerdalam kalangan pelajar mendapati bahawa grafik animasi merupakan suatu bantuan pembelajaranpenting jika dibandingkan dengan grafik statik. Chanlin (1999) menyatakan bahawa penggunaan grafik beranimasi berupaya meningkatkan proses pembelajaran terutamanya bagi pelajar lelaki. iv) Penyelidikan mengenai aspek penggunaan peralatan sidang video perlu dilakukan untukmengenal pasti sama ada pelajar benar-benar memahami pengendalian dan penggunaan setiap peralatan yang disediakan oleh pihak PPPJJ-USM. Hal ini adalah kerana untuk menjalankan sesi sidang video, seseorang pelajar perlu memperlengkapkan diri mereka dalam mengendalikan peralatan sidang video agar proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Yusup (2001) turut menyatakan bahawa setiap pelajar perlu tahu menggunakan peralatan sidang video dengan betul dan bersistematik. Oleh itu, sebelum para pelajar berinteraksi secara efektif dengan pengajar, bahan pembelajaran dan rakan yang lain, pelajar tersebut perlu terlebih dahulu tahu untuk berinteraksi dengan peralatan yang disediakan. 6) RUMUSAN& CADANGAN Kos untuk perlaksanaan sidang video adalah tinggi. Jesteru, pelajar PJJ perlu memanfaatkan sepenuhnya kecanggihan teknologi agar proses pembelajaran berlangsung secara berkesan. Penyelidik mencadangkan: (1) Kajian bagi aspek teknikal seperti penggunaan CODEC, MCU dan sebagainya bagi melihat keberkesanan aspek teknikal teknologi semasa sesi sidang video berlangsung. (2) Kajian perbandingan antara proses pembelajaran pelajar jarak jauh dengan pelajar konvensional untuk melihat keberkesanan proses pembelajaran. Peningkatan penggunaan teknologi sidang video dalam proses pengajaran dan pembelajaran penting berbanding peningkatan mutu teknologi yang digunakan. Strategi bersesuaian mampu menarik minat dan memenuhi keperluan pelajar PPPJJ- USM untuk meneruskan proses pembelajaran masing-masing.