Petikan tersebut menggambarkan aktiviti pagi hari Sabtu penulis yang bangun awal walaupun cuti, membantu ibu bapa di rumah dan menyiapkan tugasan sekolah dengan tekun. Ia menekankan lima nilai murni antaranya disiplin, rajin, tanggungjawab, gigih berusaha dan tekun dalam pelajaran.
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
Ulangkaji fokus bahagian c-BM 2
1. ULANGKAJI FOKUS BAHAGIAN C: Mengulas nilai murni
Sabtu, 28 April 2012
7.00 pagi
Pagi ini aku tidak bersekolah. Namun begitu, aku tetap bangun awal pagi. Aku mengikuti ayah
pergi berjoging di taman rekreasi berhampiran rumah. Setelah itu, kami pulang ke rumah
semula. Aku membersihkan diri dan kemudian bersarapan bersama-sama ayah dan ibu.
8.30 pagi
Selepas bersarapan, aku membantu ibu mencuci pinggan mangkuk. Kemudian, aku dan ayah
pergi ke kebun sayur di tepi rumah. Aku membantu ayah mencabut rumput di batas sawi dan
pokok cili. Kemudian, aku menyiram batas-batas sayur yang baru bertunas itu.
10.00 pagi
Aku masuk ke bilik untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Aku meneliti setiap
soalan dan menjawabnya dengan yakin. Setelah kerja sekolah disiapkan, aku mengulang kaji
pelajaran pula. Aku membuat latih tubi mata pelajaran Bahasa Melayu dengan tekun. Aku
berazam untuk menjadi guru Bahasa Melayu apabila besar nanti.
Lengkapkan borang pengurusan grafik di bawah:
Penanda wacana (PW) Kata Bantu (KB) Nilai Kata Hubung (KH) Huraian
Antaranya kita hendaklah berdisiplin dengan bangun awal pagi setiap
hari seperti yang
dilakukan oleh penulis
walaupun hari sabtu
Selain itu kita harus rajin seperti Penulis yang suka
membantu ibu dan
bapanya di rumah
Seterusnya kita perlu bertanggungjawab apabila menjalankan peranan
sebagai seorang anak
Di samping itu kita patut gigih berusaha jika diberi sebarang tugasan
sekolah yang perlu
disiapkan
Akhir sekali kita sewajarnya tekun dalam mengulang kaji
pelajaran untuk berjaya.
Lima nilai yang terdapat dalam petikan antaranya, kita hendaklah berdisiplin dengan bangun awal pagi setiap
hari seperti yang dilakukan oleh penulis walaupun hari sabtu. Selain itu, kita harus rajin seperti penulis yang suka
membantu ibu dan bapanya di rumah. Seterusnya, kita perlu bertanggungjawab apabila menjalankan peranan
sebagai seorang anak. Di samping itu, kita patut gigih berusaha jika diberi sebarang tugasan sekolah yang perlu
disiapkan. Akhir sekali, kita sewajarnya tekun dalam mengulang kaji pelajaran untuk berjaya.
2. PANDUAN BM KERTAS 2, BAHAGIAN C: MENGULAS NILAI MURNI
DALAM TEKS (Perlu dihafal)
SENARAI PENANDA WACANA: PW
1. ANTARANYA,
2. SELAIN ITU
3. DI SAMPING ITU
4. SETERUSNYA
5. AKHIR SEKALI
SENARAI KATA BANTU: KB
1. KITA HENDAKLAH
2. KITA HARUS
3. KITA PATUT
4. KITA MESTILAH
5. KITA SEWAJARNYA
SENARAI KATA HUBUNG: KH
1. SEPERTI
2. DAN
3. APABILA
4. JIKA
5. SAMBIL
6. LALU
7. KERANA
8. JIKA
9. SUPAYA
10. AGAR
11. ATAU
12. DALAM
13. APABILA
14. dll