SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Setiausaha,
Persatuan Puteri Islam Malaysia,
Sek. Keb. Bukit Balacon,
Peti surat 60591,
91115 Lahad Datu
Sabah.
_______________________________________________________________________
Ruj. Tuan : XBA3137/02/12
Ruj. Kami : XBA3137/800-02/01 (02)
Tarikh : 14 Januari, 2017
Guru Besar,
Sek. Keb. Bukit Balacon,
91100 Lahad Datu, Sabah.
Puan,
Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran Persatuan Puteri Islam Malaysia,SK Bukit
Balacon Lahad Datu
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.
02. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat penubuhan Persatuan Puteri Islam
Malaysia,SK Bukit Balacon telah diadakan pada 11.02.2017 jam 1.00 petang di Dewan Sri
Kandi SK Bukit Balacon. Mesyuarat telah memutus dan mengesahkan sebulat suara
perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab, senarai aktiviti utama dan senarai ahli
jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masing-masing sehinggalah ke tarikh mesyuarat
Agung yang pertama yang akan diadakan secepat mungkin.
03. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak J/K Persatuan Puteri Islam Malaysia SK
Bukit Balacon dengan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan mengesahkan
penubuhan ini dan mendaftarkan sebagai sebuah kelab dalam bidang ko-kurikulum di sekolah
ini berasaskan peraturan-peraturan pendidikan ( persatuan sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, no 11, Tambahan no. 11, Tambahan no. 21, Perundangan (A): P.U.
(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.
04. Bersama-sama ini disertakan perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab, senarai ahli
J/K penaja dan senarai aktiviti utama yang telah diputuskan dan dipersetujui secara konsensus
dalam mesyuarat penubuhan yang dinyatakan di atas untuk dan untuk pertimbangan dan
pengesahan pihak tuan selaras dengan subperaturan 5(1) dan 5(3) peraturan-peraturan
pendidikan (persatuan sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid
42,no11,Tambahan no.11,Tambahan no.21, Perundangan (A): P.U. (A) 196, bertarikh 21 Mei
1998.
05. Jasa baik dan kerjasama tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung
tinggi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………………
( NUR ZANNUM RAMADI )
Setiausaha,
b.p J/K Penaja Persatuan Puteri Islam Malaysia
SK Bukit Balacon Lahad Datu.
s.k 1. Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK Bukit Balacon Lahad Datu.
2. Fail Persatuan Puteri Islam Malaysia
SK Bukit Balacon.
SK. Bukit Balacon, Ruj. Tuan : SKBB(LD)02/12
Peti surat 60591, Ruj. Kami : XBA3137/800-02/01 (02)
91115,Lahad Datu, SABAH. Tarikh : 14 Februari 2017
Nur zannum Ramadi,
Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia,
SK Bukit Balacon,
Peti surat 60591
91115 Lahad Datu,
SABAH.
Tuan,
Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Persatuan Puteri Islam Malaysia
SK. Bukit Balacon
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan XBA3137/02/12 bertarikh 15
Januari,2017.
2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan
semua Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi
merealisasikan penubuhan Persatuan Puteri Islam Malaysia ini.
3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4
dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh
21hb. Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran
Persatuan Puteri Islam Malaysia, SK. Bukit Balacon dengan No. Pendaftaran PPI SB(12)(R)
48/89. Pengesahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah persatuan ini
dibubarkan.
4. Dengan pengesahan ini Persatuan Puteri Islam Malaysia, SK Bukit Balacon sudah boleh
bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah
ini dengan diterajui oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya
Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan dan melaksanakan Aktiviti Utama yang
dikemukakan kepada saya.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
…………………………
( ZAMALIAH HJ ABDUL KARIM)
Guru Besar.
SK. Bukit Balacon, Lahad Datu, SABAH
Sekolah Rendah Kebangsaaan Bukit Balacon, Rujukan Tuan: SKB(LD)02/02/005/3.1.3(7)
Peti Surat 60591, Rujukan Kami: XBA3137/800-02/01(02)
91115, Lahad Datu, SABAH. Tarikh: 18.Februari.2017
Cik Nor Mahani Mohd Asran,
Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon,
91115,Lahad Datu,SABAH.
Tuan,
Perlantikan Sebagai Guru Penasihat/Pemimpin Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah
Rendah Kebangsaan Bukit Balacon
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diperuntukkan kepada saya
melalui Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,
Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No.
41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb. Mei 1998, saya telah melulus dan
mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Persatuan Puteri Islam Malaysia Sk. Bukit Balacon
(No.Pendaftaran PPI SB (12) (R) 48/89). Kelulusan dan pengesahan ini terkandung dalam
surat saya XBA3137/02/02/05/3.1.3(1) bertarikh 14 Februari 2017.
2. Kelulusan dan pengesahan ini diberikan berdasarkan pertimbangan dan penilaian saya
bahawa tujuan dan matlamat penubuhan Persatuan Puteri Islam Malaysia ini tidak bercanggah
dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya juga
yakin bahawa persatuan ini mampu memberi sumbangan yang berkesan kepada usaha
menyemarakkan lagi kegiatan kokurikulum di sekolah ini. Walau bagaimana pun, kegiatan
persatuan ini perlu dipimpin, dibimbing dan dipandu, manakala kebajikan serta keselamatan
pelajar-pelajar yang menganggotainya perlu diselia, diselanggara dan dikawal.
3. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 8
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996
seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A):
P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka saya dengan bangga dan sukacita melantik tuan
menjadi Guru Pemimpin/Penasihat kepada Persatuan Puteri Islam Malaysia Sk.Bukit Balacon
berkuatkuasa mulai tarikh surat ini.
4. Dengan perlantikan ini bermakna tuan secara rasmi bertanggungjawab atas perjalanan
dan kegiatan Persatuan Puteri Islam Malaysia Sk.Bukit Balacon dan berkuasa menasihati,
menegur dan mengarahkan Ahli Jawatankuasa Persatuan dan semua ahli persatuan demi
memastikan Persatuan Puteri Islam Malaysia sekolah ini tidak terkeluar daripada tujuan dan
matlamat penubuhannya. Tuan juga secara rasmi bertanggungjawab memastikan setiap
aktiviti Persatuan Puteri Islam Malaysia sekolah ini mematuhi sepenuhnya semua peraturan,
syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan
Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia.
5. Seterusnya tuan dilantik mewakili saya untuk menyelia, menyelenggara, mengawal dan
menguruskan kebajikan dan keselamatan pelajar yang menjadi ahli Persatuan Puteri Islam
Malaysia Sk. Bukit Balacon semasa menyertai aktiviti-akviti atau program-program yang
dianjurkan oleh persatuan di dalam dan di luar kawawan sekolah.
6. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan boleh melaksanakan amanah dan
tanggungjawab yang diberikan ini dengan cekap dan berkesan.
7. Kesediaan dan kesanggupan Tuan menerima perlantikan ini amatlah dihargai dan
disanjung tinggi. Disertakan juga Senarai Tanggungjawab Sebagai Guru Pemimpin/Penasihat
untuk makluman dan tindakan tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………….
(ZAMALIAH HJ ABDUL KARIM)
Guru Besar,
Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon,
Lahad Datu, SABAH.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail Peribadi
4. Fail Persatuan Puteri Islam Malaysia
Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat Persatuan
1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam,
Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.
8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/
Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.
11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri
dan kebangsaan dengan baik.
13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .
17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa
ke semasa.
Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan
1. Pengerusi
1.1 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.
1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang
diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester dan
tahunan bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat.
1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa
2. Naib Pengerusi
2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.
2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.
3. Setiausaha
3.1 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.
3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru
Pemimpin.
3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.
4. Penolong Setiausaha
4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
4.2 Berkerjasama dengan setiausaha.
4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa
ke semasa.
5. Bendahari
5.1 Mengutip wang derma daripada ahli.
5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan.
5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Pemimpin.
5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.
6. Ahli Jawatankuasa
6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin.
7. Pemeriksa Kira-Kira
7.1 Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan penyata kewangan pada akhir
tahun.
7.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
Persatuan Puteri Islam Malaysia, Rujukan Tuan:XBA02/02/16
Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon,
Peti Surat 60591,
91115, Lahad Datu SABAH. Tarikh: 18.Februari.2017
Guru Besar,
Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon,
Peti Surat 60591,
91115, Lahad Datu, SABAH.
Tuan,
Memohon Kelulusan Untuk Mengutip Derma Keahlian Bagi Persatuan Puteri Islam
Malaysia SK. Bukit Balacon
Saya dengan segala hormatn dan takzimnya merujuki perkara di atas.
1. Terlebih dahulu saya bagi pihak Jawatankuasa Persatuan Puteri Islam
Malaysia Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas pertimbangan dan jasa baik tuan melulus dan
mengesahkan penubuhan Persatuan Puteri Islam Malaysia sebagai sebuah persatuan yang
berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah ini. Jasa baik tuan ini kami rakamkan dengan
tinta emas.
3. Bersempena dengan kelulusan dan pengesahan oleh tuan itu, semua Ahli
Jawatankuasa Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon
berikrar dan berjanji akan menunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan
tekun, gigih dan bersungguh-sungguh demi merealisasikan tujuan dan matlamat penubuhan
persatuan ini. Walau bagaimana pun untuk tujuan ini suatu Tabung Kewangan Persatuan
perlu diwujudkan untuk membiayai kos pengelolaan dan penganjuran aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan, selain daripada kos mengurus dan mentadbir persatuan ini. Penubuhan Tabung
Kewangan Persatuan yang dimaksudkan termaktub dalam Artikel Tujuh dalam Undang-
Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Puteri Islam Malaysia Rendah
Kebangsaan Bukit Balacon.
4. Sehubungan itu, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Puteri Islam Malaysia
Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon dengan rendah hati dan penuh harapan memohon
sudilah apa kiranya tuan membenar dan meluluskan kutipan derma keahlian daripada setiap
ahli yang berdaftar pada kadar RM 1.00 seorang sebulan. Permohonan ini dikemukakan demi
mematuhi Subperaturan 9(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)
1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41 Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998.
5. Sukacita dimaklumkan bahawa semua kutipan akan diakaunkan dan disimpan sebagai
Tabung Kewangan Persatuan Puteri Islam Malaysia Bukit Balacon. Penggunaan wang daripada
Tabung Kewangan Persatuan ini akan tertakluk kepada kaedah dan peraturan yang
dimaktubkan dalam Subseksyen 7.2, 7.3 dan 7.4 Artikel Tujuh dalam Undang-Undang dan
Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Puteri Islam Malaysia sekolah ini.
6. Pertimbangan dan jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan
disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN PERSATUAN”
Saya yang mejalankan tugas,
……………………........................
( Nur Zannum Ramadi)
Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia,
Sekolah Rendah Bukit Balacon.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail Persatuan Puteri Islam Malaysia
4. Guru Pemimpin/Penasihat
SK. Bukit Bukit Balacon, RujukanTuan:SKB(LD)02/16
Peti surat 6059 , Rujukan Kami: XBA02/800-02/01(02)
91115 Lahad Datu, SABAH. Tarikh: 25. Februari . 2017
Nur Zannum Ramadi,
Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia,
SK Bukit Balacon,
Peti surat 60591
91115 Lahad Datu,SABAH.
Tuan,
Kelulusan Untuk Mengutip Derma keahlian Bagi Persatuan Puteri Islam Malaysia SK.
Bukit Balacon
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan XBA02/02/05/3.1.10(1)
bertarikh 18.Februari.2017 yang berkaitan.
2. Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa permohonan tuan untuk
mendapatkan kebenaran dan kelulusan bagi mengutip derma keahlian daripada setiap ahli
yang berdaftar dalam Persatuan Puteri Islam Malaysia sekolah ini telah pun saya pertimbangkan
dengan saksama.
3. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut
Subperaturan 9(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41
Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka saya dengan ini membenar dan
meluluskan permohonan tuan untuk mengutip derma keahlian daripada setiap ahli yang
berdaftar dengan Persatuan Puteri Islam Malaysia sekolah ini dengan kadar RM 1.00 seorang
sebulan, dengan syarat tiada unsur paksaan dikenakan ke atas ahli dan peruntukan-
peruntukan dalam Artikel Tujuh, Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan)
Persatuan Puteri Islam Malaysia sekolah ini dipatuhi sepenuhnya.
4. Dengan sukacitanya juga ditegaskan bahawa kebenaran dan kelulusan ini akan ditarik
balik dengan serta merta sekiranya syarat-syarat di atas tidak dipatuhi atau terdapat aduan
yang disampaikan kepada saya bahawa kadar kutipan yang dijalankan itu membebankan
pelajar-pelajar dan ibu bapa masing-masing.
5. Saya berharap dengan kebenaran dan kelulusan ini Persatuan Puteri Islam Malaysia
SK Bukit Balacon akan dapat bergerak dengan cergas.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………….
( ZAMALIAH HJ ABDUL KARIM )
Guru Besar,
Sk Bukit Balacon, Lahad Datu,SABAH.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
SK Bukit Balacon , Rujukan Tuan : XBA313702/02/05/3.1.17
Peti Surat 60591, Rujukan Kami:
91115 Lahad Datu, SABAH. Tarikh : 18 Januari 2017
____________________
____________________
____________________
____________________
____________________
Tuan,
Penerimaan Ahli Persatuan Puteri Islam Malaysia, SK Bukit Balacon
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan, __________________________telah
diterima menjadi ahli Persatuan Puteri Islam Malaysia SK. Bukit Balacon, Lahad Datu dan
dikehendaki menjalani latihan/perjumpaan pada setiap hari Rabu dari jam 1.00 hingga 1.30
tengah hari.
2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah telah meluluskan kutipan derma
Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah berjumlah RM 12.00 setahun (Rujuk Surat Kebenaran
JEA1048/PKS/05/2002(8) bertarikh 3 November 2002). Oleh itu, pihak kami berbesar hati jika
anak tuan dapat membuat pembayaran kepada bendahari samada pembayaran mengikut
mingguan (RM 0.25), atau bulanan (RM 1.00) atau tahunan (RM 12.00) bermula dari bulan
Januari 2017.
2. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak
tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………..
(ZAMALIAH HJ ABDUL KARIM )
Guru Besar,
Sk. Bukit Balacon, Lahad Datu.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail Persatuan Puteri Islam Malaysia
4. Guru Pemimpin Persatuan Puteri Islam Malaysia
PENYATA KEWANGAN Persatuan Puteri Islam Malaysia,
SK. BUKIT BALACON
Bermula Pada 13.3.2017 dan Berakhir 17.10.2017
PENERIMAAN RM PERBELANJAAN RM
YURAN AHLI (MURID), YURAN
DAERAH, NEGERI DAN
KEBANGSAAN 82.00
SUDAH DI BAYAR KEPADA
BENDAHARI PPIM DAERAH 82.00
YURAN AHLI (GURU) YURAN
DAERAH, NEGERI DAN
KEBANGSAAN 30.00 SUDAH DI BAYAR 30.00
Jumlah 112.00 Jumlah 112.00
Saya Sharifah Shahirah, bendahari Persatuan Puteri Islam Malaysia, SK Bukit Balacon, Lahad
Datu dengan ini mengaku bahawa Penyata kewangan ini adalah benar.
Baki wang dalam bank ialah sebanyak RM0
Tandatangan Bendahari : ……………………………….. Tarikh : ………………
(Fitri Nur Hidayah Husni)
Saya Pn. Umi fazilah masri , Pemeriksa kira-kira 1 dan Pn Hasnawia Abdul Rahman
,Pemeriksa kira-kira 2,
dengan ini mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan Persatuan Puteri Islam Malaysia, SK.
Bukit Balacon ini yang berakhir pada 17.10.2016 adalah yang benar.
Tandatangan Pemeriksa Kira-Kira 1 : ……………………………………..
(Umi Fazilah Masri)
Tandatangan Pemeriksa Kira-Kira 2 : …………………………………….
(Hasnawia Abdul Rahman)
Tarikh : ………………..
PERATURAN-PERATURAN ( PERLEMBAGAAN ) PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998,
Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No.21,
Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei,1998, maka berikut ini dikemukankan Peraturan-peraturan
( Perlembangaan) Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon yang
selepas ini disebut sebagai “kelab” sahaja.
PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT
a. Nama Persatuan : Persatuan Puteri Islam Malaysia
SK Bukit Balacon Lahad Datu
Sabah.
b. Alamat : SK Bukit Balacon
91115 Lahad Datu Sabah.
PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Persatuan/Kelab Sukan/Permainan dengan lebih
terpimpin dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk semangat
bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli Persatuan Puteri Islam Malaysia akan seberapa daya berusaha
untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya
melalui aktiviti-aktiviti ( kamahiran ) yang diikutinya.
PERSATUAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON
LAHAD DATU
( No. PENDAFTARAN : PPIMXBA3137/86 )
PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
PERATURAN 5 GURU PENASIHAT / PEMIMPIN
5.1 Guru Penasihat/Pemimpin adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan aktiviti pergerakan ini.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai AJK manakala ahli yang tidak dapat
hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai AJK.
6.3 Pemilihan AJK adalah secara undian.
6.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri :
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Timbalan Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 AJK ( bilangan bergantung kepada keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang)
PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.2 Timbalan Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
diberi.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat-menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam Mesyuarat
AJK.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan Tahunan untuk diaudit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.8 Pemeriksaan Kira-kira
7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan
dan bertanggungjawab ke atasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
PERATURAN 8 KEWANGAN
8.1 Sumber utama Kewangan persatuan adalah melalui sumbangan derma ahli yang
diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM1.00
seorang setiap bulan.
8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti-aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA
sekolah sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 9 KEHADIRAN / PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian ko-
kurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat AJK.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.
PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut kaedah berikut :
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran Bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah
muktamad.
PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK , Guru Penasihat atau
pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan
cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua/
Guru Besar.
PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1 Pengetua/Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
Perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.
PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
Nur Zannum Ramadi NurFarahain Christopher Nor Mahani Mohd Asran
Setiausaha Pengerusi Guru Penasihat
PPIM PPIM PPIM
SK Bukit Balacon SK Bukit Balacon SK Bukit Balacon
Lahad Datu. Lahad Datu Lahad Datu
Sabah Sabah Sabah
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1) (b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998,
Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11,Tambahan No.41,
Perundangan (A) : P.U. (A) 196 bertarikh 21 MEI 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai AJK
Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon yang selepas ini disebut
sebagai “persatuan” sahaja.
1. Pengerusi : Nur Farahain Christopher
2. Timbalan Pengerusi : Rafidah Izam
Timbalan Pengerusi II Nurul Fazila Suryadi
3. Setiausaha : Nur Zannum Ramadi
4. Penolong Setiausaha : Haryati Ithniani
5. Bendahari : Siti Norashikin Salim
6. AJK 6.1 Tahun 3 - Nurul Atira Azwa Ambo Tuo
- Rosemawati Abdullah
6.2 Tahun 4 - Nur Sumayyah Ednin
- Nur Alia Nabila
6.3 Tahun 5 - Ain Nur Aliya Che Aziz
- Nirmaliyani Latapa
6.4 Tahun 6 - Dayang Suhaila
- Ani Rami
Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa Senarai AJK di atas adalah mematuhi Su-Seksyen
6.1.1 dalam Artikel Enam dan perlantikan mereka mematuhi Subseksyen 6.1.2 dalam
artikel yang sama seperti dalam Undang-undang dan Peraturan-Peraturan Persatuan.
PERSATUAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON
………………………………… ………………………………………
Nur Farahain Christopher Nur Zannum Ramadi
Pengerusi Setiausaha
Persatuan Puteri Islam Malaysia Persatuan Puteri Islam Malaysia
Tarikh : Tarikh :
Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai AJK di atas dan perlantikan mereka
adalah mengikut Undang-undang dan Peraturan-Peraturan ( Perlembagaan ) Persatuan
Puteri Islam Malaysia Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon Lahad Datu.
…………………………
NOR MAHANI MOHD ASRAN
Guru Penasihat Persatuan Puteri Islam Malaysia
Tarikh :
LAPORAN TAHUNAN
Guru Besar
SK Bukit Balacon
Lahad Datu
Berikut dikemukan Laporan Tahunan Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Bukit Balacon untuk
perhatian tuan.
1. Guru Penasihat 1. Cik Nor Mahani Mohd Asran
2. Pn Umi Fazilah Masri
3. Pn Hasnawia Abdul Rahman
4.Pn Ajijah Esran
5.Pn. Norayah Emanah
6.Pn. Asmiah Paidi
2. Jawatankuasa
Pengerusi
Timb.Pengerusi
Setiausaha
Pen.Setiausaha
Bendahari
AJK
Nur Farahain Christopher
Rafidah Izam
Nur Zannum Ramadi
Haryati Ithniani
Siti Norashikin Salim
Tahun 3 - Nurul Atira Azwa Ambo Tuo
-Rosemawati Abdullah
Tahun 4 - Nur Sumayyah Ednin
-Nur Alia Nabila
- Tahun 5 - Ain Nur Aliya Che Aziz
- Nirmaliyani Latapa
Tahun 6 - Dayang Suhaila
- Ani Rami
3. Hari / Masa Perjumpaan
Rabu / 1.00-1.30 petang
Bilangan Perjumpaan : 12 kali
Tempat : Kelas Tahun 1 Karisma
4. Kegiatan / Aktiviti yang telah
dilaksanakan
Tarikh :
Aktiviti : Perlantikan AJK
Kebersihan
Ikrar dan kawad kaki
6 Laporan Kewangan Persatuan -
Saya mengaku dan mengesahkan bahawa laporan dan maklumat yang diberikan adalah benar.
Saya Yang Menjalankan Tugas, Disahkan oleh,
…………………………………….. ………………………
Nur Zannum Ramadi Nor Mahani Mohd Asran
Setiausaha Guru Penasihat
MINIT MESYUARAT AGUNG 2017
Tarikh : 13 Januari 2017 ( Rabu )
Masa : 1.00-1.30 petang
Tempat : Dewan Sri Kandi
Kehadiran : 40 / 50
1. Nor Mahani Mohd Asran (Guru penasihat)
2. Umi Fazilah Masri (Guru penasihat)
3. Hasnawia Abdul Rahman (Guru penasihat)
4. Ajijah Esran (Guru penasihat)
5. Rujuk Lampiran
Bil Agenda
1 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran para ahli ke Mesyuarat
Agung kali pertama bagi tahun 2017.
2 Setiausaha kelab yang lalu membentangkan minit mesyuarat tanpa apa-apa bantahan dari para
ahli yang lain.
Pencadang : Rafidah Izam
Penyokong : Nur Zannum Ramadi
3 Setiausaha 2016 membentangkan laporan tahunan kepada ahli-ahli yang hadir.
4. Bendahari 2016 membentangkan status kewangan semasa iaitu tidak terdapat apa-apa baki.
Pencadang : Nur Farahain Christoper
Penyokong : Ani Rami
PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON
LAHAD DATU
5 Mesyuarat Agung memutuskan AJK bagi tahun 2017 adalah seperti berikut :-
5.1 Pengerusi : Nur Farahain Christopher
5.2 Timbalan Pengerusi : Rafidah Izam
5.4 Setiausaha : Nur Zannum Ramadi
5.6 Bendahari : Siti Norashikin Salim
5.6 AJK
Tahun 3 - Nurul Atira Azwa Ambo Tuo
- Rosemawati Abdullah
Tahun 4 - Nur Sumayyah Ednin
-Nur Alia Nabila
Tahun 5 - Ain Nur Aliya Che Aziz
- Nirmaliyani Latapa
Tahun 6 - Dayang Suhaila
- Ani Rami
6 Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik 2 orang juruaudit iaitu :-
6.1 Azimah Azhairie
6.2 Nurul Fazila Suryadi
7 7.1 Ahli-ahli bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM3.00 setahun untuk
Tabung Kelab kepada bendahari.
7.2 AJK akan mengadakan mesyuarat khas AJK bersama Guru-Guru Penasihat
untuk menentukan aktiviti- aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini.
8 Ucapan Penangguhan
Pengerusi baru mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ahli dan
akan menyambung mesyuarat ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Mesyuarat ditangguh pada jam 1.30 petang
Dicatat oleh,
……………………………………..
Nur Zannum Ramadi
Setiausaha
Persatuan Puteri Islam Malaysia
SK Bukit Balacon
Tarikh :
SENARAI AKTIVITI UTAMA PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,
Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.42 No.11 Tambahan No.41 Perundangan
(A),P.U. (A)196 bertarikh 21hb Mei, 1998, maka berikut ini dikemukan Senarai Aktiviti Utama Persatuan
Puteri Islam Malaysia SK Bukit Balacon yang selepas ini disebut sebagai “kelab” sahaja.
1. KAWAD KAKI
2. KHIDMAT MASYARAKAT PPIM
3. KURSUS GAJET DAN SURVIVAL HIDUP
4. AMALAN ISLAM
5. KELUARGA DAN MASYARAKAT
6. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
7. KESIHATAN DAN TUGAS PEMBANGUNAN DIRI
8. PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS
9. PERTOLONGAN CEMAS
10. PENDIDIKAN LUAR
Perakuan:
Kami dengan ini mengakui bahawa aktiviti dan program yang disenaraikan di atas adalah aktiviti dan
program sebenar yang akan dianjur dan dikelolakan oleh kelab ini.
……………………………….. ………………………………………
Nur Farahain Christopher Nur Zannum Ramadi
Pengerusi Setiausaha
Persatuan Puteri Islam Malaysia Persatuan Puteri Islam Malaysia
SK Bukit Balacon SK Bukit Balacon
PERSATUAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON
SENARAI NAMA AHLI PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 2017
BIL NAMA MURID J NO.SIJIL
LAHIR
TARIKH
LAHIR
TEMPAT LAHIR AGAMA ALAMAT
RUMAH
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
BIL NAMA MURID J NO.SIJIL
LAHIR
TARIKH
LAHIR
TEMPAT LAHIR AGAMA ALAMAT
RUMAH
Stok
Dan
Inventori
Sampel Sijil
Dan
Surat Penghargaan

More Related Content

What's hot

Surat lantikan ajk kantin
Surat lantikan ajk kantinSurat lantikan ajk kantin
Surat lantikan ajk kantinNor Lia
 
Borang pemarkahan kawad kaki
Borang pemarkahan kawad kakiBorang pemarkahan kawad kaki
Borang pemarkahan kawad kakialishah md daud
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxElyzaElyzai
 
Surat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmiSurat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmiain hunny
 
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.docminit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.docnoorabib
 
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018Teacher Nasrah
 
Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016
Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016
Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016Hafini Samad
 
Kenyataan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri
Kenyataan tuntutan elaun perjalanan dalam negeriKenyataan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri
Kenyataan tuntutan elaun perjalanan dalam negeriNorliza Mohamad
 
Sistem fail sekolah
Sistem fail sekolahSistem fail sekolah
Sistem fail sekolahilhafiz
 
Borang pajsk kp
Borang pajsk kp Borang pajsk kp
Borang pajsk kp Sheila Choo
 
RANCANGAN TAHUNAN TKRS 2022.docx
RANCANGAN TAHUNAN TKRS 2022.docxRANCANGAN TAHUNAN TKRS 2022.docx
RANCANGAN TAHUNAN TKRS 2022.docxRatikaPhilmanJong
 
5.1 jawatankuasa induk
5.1 jawatankuasa induk5.1 jawatankuasa induk
5.1 jawatankuasa indukPei Yiing
 
Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...
Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...
Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...Wan Suhaimi Wan Setapa
 
KERTAS KERJA hari terbuka song.docx
KERTAS KERJA hari terbuka song.docxKERTAS KERJA hari terbuka song.docx
KERTAS KERJA hari terbuka song.docxStephenEro
 
Laporan kewangan
Laporan kewanganLaporan kewangan
Laporan kewanganArDah ZyEd
 

What's hot (20)

Surat lantikan ajk kantin
Surat lantikan ajk kantinSurat lantikan ajk kantin
Surat lantikan ajk kantin
 
Borang pemarkahan kawad kaki
Borang pemarkahan kawad kakiBorang pemarkahan kawad kaki
Borang pemarkahan kawad kaki
 
Pengurusan Mesyuarat Kurikulum
Pengurusan Mesyuarat KurikulumPengurusan Mesyuarat Kurikulum
Pengurusan Mesyuarat Kurikulum
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
 
Surat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmiSurat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmi
 
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.docminit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
 
Borang kehadiran
Borang kehadiranBorang kehadiran
Borang kehadiran
 
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
 
Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016
Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016
Kertas kerja kursus kemahiran belajar 2016
 
Myportfolio pk t6
Myportfolio pk t6Myportfolio pk t6
Myportfolio pk t6
 
Perancangan aktiviti kokurikulum 2018
Perancangan aktiviti kokurikulum 2018Perancangan aktiviti kokurikulum 2018
Perancangan aktiviti kokurikulum 2018
 
Kenyataan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri
Kenyataan tuntutan elaun perjalanan dalam negeriKenyataan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri
Kenyataan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri
 
Minit mesyuarat sukan 1 2012
Minit mesyuarat sukan 1 2012Minit mesyuarat sukan 1 2012
Minit mesyuarat sukan 1 2012
 
Sistem fail sekolah
Sistem fail sekolahSistem fail sekolah
Sistem fail sekolah
 
Borang pajsk kp
Borang pajsk kp Borang pajsk kp
Borang pajsk kp
 
RANCANGAN TAHUNAN TKRS 2022.docx
RANCANGAN TAHUNAN TKRS 2022.docxRANCANGAN TAHUNAN TKRS 2022.docx
RANCANGAN TAHUNAN TKRS 2022.docx
 
5.1 jawatankuasa induk
5.1 jawatankuasa induk5.1 jawatankuasa induk
5.1 jawatankuasa induk
 
Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...
Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...
Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...
 
KERTAS KERJA hari terbuka song.docx
KERTAS KERJA hari terbuka song.docxKERTAS KERJA hari terbuka song.docx
KERTAS KERJA hari terbuka song.docx
 
Laporan kewangan
Laporan kewanganLaporan kewangan
Laporan kewangan
 

Similar to Fail ppim permohonan_penubuhan

fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulumfail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulumShika Nara
 
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019Akademi Kota Raja Utama
 
Surat penubuhan pbsmm
Surat penubuhan pbsmmSurat penubuhan pbsmm
Surat penubuhan pbsmmshahaizol
 
Kok daftar surat surat
Kok daftar surat suratKok daftar surat surat
Kok daftar surat suratISMALIZA ISHAK
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Jamaludin Mohamad Nawi
 
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docxBuku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docxdamiaafina
 
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahBorang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahRoiamah Basri
 
Klinik Badminton.docx
Klinik Badminton.docxKlinik Badminton.docx
Klinik Badminton.docxsyedmfsyedal
 
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)Norshida Shida
 
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptxssuser9bbe80
 
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docxBuku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docxGweny Ling
 
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014Anum Aksan
 
Copy_of_permohonan_pengesahan_penubuhan_dan_pendaftaran_persatuan_bm_2016.docx
Copy_of_permohonan_pengesahan_penubuhan_dan_pendaftaran_persatuan_bm_2016.docxCopy_of_permohonan_pengesahan_penubuhan_dan_pendaftaran_persatuan_bm_2016.docx
Copy_of_permohonan_pengesahan_penubuhan_dan_pendaftaran_persatuan_bm_2016.docxInthumathiGovindasam
 
Penubuhan dan pengurusan kelab persatuan & unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab persatuan & unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab persatuan & unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab persatuan & unit beruniformVijaen Cool
 
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangansuria yahaya
 
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdfBUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdfainanabihah13
 

Similar to Fail ppim permohonan_penubuhan (20)

fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulumfail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
 
Kelab rukun negara 1
Kelab rukun negara 1Kelab rukun negara 1
Kelab rukun negara 1
 
perlembagaan.docx
perlembagaan.docxperlembagaan.docx
perlembagaan.docx
 
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019
 
Prosedur penubuhan persatuan
Prosedur penubuhan persatuanProsedur penubuhan persatuan
Prosedur penubuhan persatuan
 
Surat penubuhan pbsmm
Surat penubuhan pbsmmSurat penubuhan pbsmm
Surat penubuhan pbsmm
 
Kok daftar surat surat
Kok daftar surat suratKok daftar surat surat
Kok daftar surat surat
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
 
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docxBuku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
 
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahBorang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
 
Klinik Badminton.docx
Klinik Badminton.docxKlinik Badminton.docx
Klinik Badminton.docx
 
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
 
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
 
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docxBuku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
 
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2014
 
Copy_of_permohonan_pengesahan_penubuhan_dan_pendaftaran_persatuan_bm_2016.docx
Copy_of_permohonan_pengesahan_penubuhan_dan_pendaftaran_persatuan_bm_2016.docxCopy_of_permohonan_pengesahan_penubuhan_dan_pendaftaran_persatuan_bm_2016.docx
Copy_of_permohonan_pengesahan_penubuhan_dan_pendaftaran_persatuan_bm_2016.docx
 
Penubuhan dan pengurusan kelab persatuan & unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab persatuan & unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab persatuan & unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab persatuan & unit beruniform
 
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
 
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdfBUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf
BUKU PANDUAN KELAB PENCEGAH JENAYAH.pdf
 
HARI KANAK KANAK 2024.doc
HARI KANAK KANAK 2024.docHARI KANAK KANAK 2024.doc
HARI KANAK KANAK 2024.doc
 

More from Shika Nara

Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Shika Nara
 
Omr bm 20 soalan
Omr bm 20 soalanOmr bm 20 soalan
Omr bm 20 soalanShika Nara
 
Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Shika Nara
 
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasaShika Nara
 
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasaShika Nara
 
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulisShika Nara
 
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membacaShika Nara
 
1 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran mendengar dan bertutur
1 borang transit pbd bm tahun 5  kemahiran mendengar dan bertutur1 borang transit pbd bm tahun 5  kemahiran mendengar dan bertutur
1 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran mendengar dan bertuturShika Nara
 
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022Shika Nara
 
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...Shika Nara
 
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendahAktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendahShika Nara
 
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.muFail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.muShika Nara
 
Divider mingguan RPH 2019
Divider mingguan RPH 2019Divider mingguan RPH 2019
Divider mingguan RPH 2019Shika Nara
 
soalan Tmk tahun 6k
soalan Tmk tahun 6k soalan Tmk tahun 6k
soalan Tmk tahun 6k Shika Nara
 
soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5Shika Nara
 
soalan Pk tahun 3
soalan Pk tahun 3soalan Pk tahun 3
soalan Pk tahun 3Shika Nara
 
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4Shika Nara
 
Program nilam yang ditambahbaik taklimat(sarawak sabah)
Program nilam yang ditambahbaik  taklimat(sarawak sabah)Program nilam yang ditambahbaik  taklimat(sarawak sabah)
Program nilam yang ditambahbaik taklimat(sarawak sabah)Shika Nara
 
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum Shika Nara
 
Pks 09 pengurusan mesyuarat
Pks  09 pengurusan mesyuaratPks  09 pengurusan mesyuarat
Pks 09 pengurusan mesyuaratShika Nara
 

More from Shika Nara (20)

Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2
 
Omr bm 20 soalan
Omr bm 20 soalanOmr bm 20 soalan
Omr bm 20 soalan
 
Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020
 
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
 
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
 
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
 
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
 
1 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran mendengar dan bertutur
1 borang transit pbd bm tahun 5  kemahiran mendengar dan bertutur1 borang transit pbd bm tahun 5  kemahiran mendengar dan bertutur
1 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
 
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
 
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendahAktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
 
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.muFail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.mu
 
Divider mingguan RPH 2019
Divider mingguan RPH 2019Divider mingguan RPH 2019
Divider mingguan RPH 2019
 
soalan Tmk tahun 6k
soalan Tmk tahun 6k soalan Tmk tahun 6k
soalan Tmk tahun 6k
 
soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5
 
soalan Pk tahun 3
soalan Pk tahun 3soalan Pk tahun 3
soalan Pk tahun 3
 
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
 
Program nilam yang ditambahbaik taklimat(sarawak sabah)
Program nilam yang ditambahbaik  taklimat(sarawak sabah)Program nilam yang ditambahbaik  taklimat(sarawak sabah)
Program nilam yang ditambahbaik taklimat(sarawak sabah)
 
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
 
Pks 09 pengurusan mesyuarat
Pks  09 pengurusan mesyuaratPks  09 pengurusan mesyuarat
Pks 09 pengurusan mesyuarat
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (12)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

Fail ppim permohonan_penubuhan

  • 1. Setiausaha, Persatuan Puteri Islam Malaysia, Sek. Keb. Bukit Balacon, Peti surat 60591, 91115 Lahad Datu Sabah. _______________________________________________________________________ Ruj. Tuan : XBA3137/02/12 Ruj. Kami : XBA3137/800-02/01 (02) Tarikh : 14 Januari, 2017 Guru Besar, Sek. Keb. Bukit Balacon, 91100 Lahad Datu, Sabah. Puan, Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran Persatuan Puteri Islam Malaysia,SK Bukit Balacon Lahad Datu Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas. 02. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat penubuhan Persatuan Puteri Islam Malaysia,SK Bukit Balacon telah diadakan pada 11.02.2017 jam 1.00 petang di Dewan Sri Kandi SK Bukit Balacon. Mesyuarat telah memutus dan mengesahkan sebulat suara perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab, senarai aktiviti utama dan senarai ahli jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masing-masing sehinggalah ke tarikh mesyuarat Agung yang pertama yang akan diadakan secepat mungkin. 03. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak J/K Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Bukit Balacon dengan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan mengesahkan penubuhan ini dan mendaftarkan sebagai sebuah kelab dalam bidang ko-kurikulum di sekolah ini berasaskan peraturan-peraturan pendidikan ( persatuan sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, no 11, Tambahan no. 11, Tambahan no. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196, bertarikh 21 Mei 1998. 04. Bersama-sama ini disertakan perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab, senarai ahli J/K penaja dan senarai aktiviti utama yang telah diputuskan dan dipersetujui secara konsensus dalam mesyuarat penubuhan yang dinyatakan di atas untuk dan untuk pertimbangan dan pengesahan pihak tuan selaras dengan subperaturan 5(1) dan 5(3) peraturan-peraturan pendidikan (persatuan sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,no11,Tambahan no.11,Tambahan no.21, Perundangan (A): P.U. (A) 196, bertarikh 21 Mei 1998. 05. Jasa baik dan kerjasama tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
  • 2. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ………………………………………… ( NUR ZANNUM RAMADI ) Setiausaha, b.p J/K Penaja Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Bukit Balacon Lahad Datu. s.k 1. Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SK Bukit Balacon Lahad Datu. 2. Fail Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Bukit Balacon.
  • 3. SK. Bukit Balacon, Ruj. Tuan : SKBB(LD)02/12 Peti surat 60591, Ruj. Kami : XBA3137/800-02/01 (02) 91115,Lahad Datu, SABAH. Tarikh : 14 Februari 2017 Nur zannum Ramadi, Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia, SK Bukit Balacon, Peti surat 60591 91115 Lahad Datu, SABAH. Tuan, Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Persatuan Puteri Islam Malaysia SK. Bukit Balacon Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan XBA3137/02/12 bertarikh 15 Januari,2017. 2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan semua Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan penubuhan Persatuan Puteri Islam Malaysia ini. 3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Persatuan Puteri Islam Malaysia, SK. Bukit Balacon dengan No. Pendaftaran PPI SB(12)(R) 48/89. Pengesahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah persatuan ini dibubarkan. 4. Dengan pengesahan ini Persatuan Puteri Islam Malaysia, SK Bukit Balacon sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah ini dengan diterajui oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan dan melaksanakan Aktiviti Utama yang dikemukakan kepada saya. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan tugas, ………………………… ( ZAMALIAH HJ ABDUL KARIM) Guru Besar. SK. Bukit Balacon, Lahad Datu, SABAH
  • 4. Sekolah Rendah Kebangsaaan Bukit Balacon, Rujukan Tuan: SKB(LD)02/02/005/3.1.3(7) Peti Surat 60591, Rujukan Kami: XBA3137/800-02/01(02) 91115, Lahad Datu, SABAH. Tarikh: 18.Februari.2017 Cik Nor Mahani Mohd Asran, Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon, 91115,Lahad Datu,SABAH. Tuan, Perlantikan Sebagai Guru Penasihat/Pemimpin Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diperuntukkan kepada saya melalui Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb. Mei 1998, saya telah melulus dan mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Persatuan Puteri Islam Malaysia Sk. Bukit Balacon (No.Pendaftaran PPI SB (12) (R) 48/89). Kelulusan dan pengesahan ini terkandung dalam surat saya XBA3137/02/02/05/3.1.3(1) bertarikh 14 Februari 2017. 2. Kelulusan dan pengesahan ini diberikan berdasarkan pertimbangan dan penilaian saya bahawa tujuan dan matlamat penubuhan Persatuan Puteri Islam Malaysia ini tidak bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya juga yakin bahawa persatuan ini mampu memberi sumbangan yang berkesan kepada usaha menyemarakkan lagi kegiatan kokurikulum di sekolah ini. Walau bagaimana pun, kegiatan persatuan ini perlu dipimpin, dibimbing dan dipandu, manakala kebajikan serta keselamatan pelajar-pelajar yang menganggotainya perlu diselia, diselanggara dan dikawal. 3. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka saya dengan bangga dan sukacita melantik tuan menjadi Guru Pemimpin/Penasihat kepada Persatuan Puteri Islam Malaysia Sk.Bukit Balacon berkuatkuasa mulai tarikh surat ini. 4. Dengan perlantikan ini bermakna tuan secara rasmi bertanggungjawab atas perjalanan dan kegiatan Persatuan Puteri Islam Malaysia Sk.Bukit Balacon dan berkuasa menasihati, menegur dan mengarahkan Ahli Jawatankuasa Persatuan dan semua ahli persatuan demi memastikan Persatuan Puteri Islam Malaysia sekolah ini tidak terkeluar daripada tujuan dan matlamat penubuhannya. Tuan juga secara rasmi bertanggungjawab memastikan setiap aktiviti Persatuan Puteri Islam Malaysia sekolah ini mematuhi sepenuhnya semua peraturan, syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia. 5. Seterusnya tuan dilantik mewakili saya untuk menyelia, menyelenggara, mengawal dan menguruskan kebajikan dan keselamatan pelajar yang menjadi ahli Persatuan Puteri Islam Malaysia Sk. Bukit Balacon semasa menyertai aktiviti-akviti atau program-program yang dianjurkan oleh persatuan di dalam dan di luar kawawan sekolah. 6. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan boleh melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dengan cekap dan berkesan.
  • 5. 7. Kesediaan dan kesanggupan Tuan menerima perlantikan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Disertakan juga Senarai Tanggungjawab Sebagai Guru Pemimpin/Penasihat untuk makluman dan tindakan tuan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ………………………………. (ZAMALIAH HJ ABDUL KARIM) Guru Besar, Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon, Lahad Datu, SABAH. s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum 3. Fail Peribadi 4. Fail Persatuan Puteri Islam Malaysia
  • 6. Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat Persatuan 1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa. 2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan. 3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. 4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. 7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan. 8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik. 9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan. 10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk. 11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli. 12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik. 13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan . 14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. 15. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. 16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili . 17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. 18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. 19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. 20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. 21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa. Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan 1. Pengerusi 1.1 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan. 1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan diambil tindakan sewajarnya. 1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester dan tahunan bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat. 1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. 1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa 2. Naib Pengerusi 2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. 2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir. 2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa. 3. Setiausaha 3.1 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.
  • 7. 3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru Pemimpin. 3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa. 4. Penolong Setiausaha 4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. 4.2 Berkerjasama dengan setiausaha. 4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa. 5. Bendahari 5.1 Mengutip wang derma daripada ahli. 5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan. 5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Pemimpin. 5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat. 5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini. 6. Ahli Jawatankuasa 6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin. 6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin. 7. Pemeriksa Kira-Kira 7.1 Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan penyata kewangan pada akhir tahun. 7.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
  • 8. Persatuan Puteri Islam Malaysia, Rujukan Tuan:XBA02/02/16 Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon, Peti Surat 60591, 91115, Lahad Datu SABAH. Tarikh: 18.Februari.2017 Guru Besar, Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon, Peti Surat 60591, 91115, Lahad Datu, SABAH. Tuan, Memohon Kelulusan Untuk Mengutip Derma Keahlian Bagi Persatuan Puteri Islam Malaysia SK. Bukit Balacon Saya dengan segala hormatn dan takzimnya merujuki perkara di atas. 1. Terlebih dahulu saya bagi pihak Jawatankuasa Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas pertimbangan dan jasa baik tuan melulus dan mengesahkan penubuhan Persatuan Puteri Islam Malaysia sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah ini. Jasa baik tuan ini kami rakamkan dengan tinta emas. 3. Bersempena dengan kelulusan dan pengesahan oleh tuan itu, semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon berikrar dan berjanji akan menunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan tekun, gigih dan bersungguh-sungguh demi merealisasikan tujuan dan matlamat penubuhan persatuan ini. Walau bagaimana pun untuk tujuan ini suatu Tabung Kewangan Persatuan perlu diwujudkan untuk membiayai kos pengelolaan dan penganjuran aktiviti-aktiviti yang dirancangkan, selain daripada kos mengurus dan mentadbir persatuan ini. Penubuhan Tabung Kewangan Persatuan yang dimaksudkan termaktub dalam Artikel Tujuh dalam Undang- Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Puteri Islam Malaysia Rendah Kebangsaan Bukit Balacon. 4. Sehubungan itu, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Balacon dengan rendah hati dan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan membenar dan meluluskan kutipan derma keahlian daripada setiap ahli yang berdaftar pada kadar RM 1.00 seorang sebulan. Permohonan ini dikemukakan demi mematuhi Subperaturan 9(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41 Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998. 5. Sukacita dimaklumkan bahawa semua kutipan akan diakaunkan dan disimpan sebagai Tabung Kewangan Persatuan Puteri Islam Malaysia Bukit Balacon. Penggunaan wang daripada Tabung Kewangan Persatuan ini akan tertakluk kepada kaedah dan peraturan yang dimaktubkan dalam Subseksyen 7.2, 7.3 dan 7.4 Artikel Tujuh dalam Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Puteri Islam Malaysia sekolah ini.
  • 9. 6. Pertimbangan dan jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN PERSATUAN” Saya yang mejalankan tugas, ……………………........................ ( Nur Zannum Ramadi) Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia, Sekolah Rendah Bukit Balacon. s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum 3. Fail Persatuan Puteri Islam Malaysia 4. Guru Pemimpin/Penasihat
  • 10. SK. Bukit Bukit Balacon, RujukanTuan:SKB(LD)02/16 Peti surat 6059 , Rujukan Kami: XBA02/800-02/01(02) 91115 Lahad Datu, SABAH. Tarikh: 25. Februari . 2017 Nur Zannum Ramadi, Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia, SK Bukit Balacon, Peti surat 60591 91115 Lahad Datu,SABAH. Tuan, Kelulusan Untuk Mengutip Derma keahlian Bagi Persatuan Puteri Islam Malaysia SK. Bukit Balacon Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan XBA02/02/05/3.1.10(1) bertarikh 18.Februari.2017 yang berkaitan. 2. Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa permohonan tuan untuk mendapatkan kebenaran dan kelulusan bagi mengutip derma keahlian daripada setiap ahli yang berdaftar dalam Persatuan Puteri Islam Malaysia sekolah ini telah pun saya pertimbangkan dengan saksama. 3. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Subperaturan 9(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41 Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka saya dengan ini membenar dan meluluskan permohonan tuan untuk mengutip derma keahlian daripada setiap ahli yang berdaftar dengan Persatuan Puteri Islam Malaysia sekolah ini dengan kadar RM 1.00 seorang sebulan, dengan syarat tiada unsur paksaan dikenakan ke atas ahli dan peruntukan- peruntukan dalam Artikel Tujuh, Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Puteri Islam Malaysia sekolah ini dipatuhi sepenuhnya. 4. Dengan sukacitanya juga ditegaskan bahawa kebenaran dan kelulusan ini akan ditarik balik dengan serta merta sekiranya syarat-syarat di atas tidak dipatuhi atau terdapat aduan yang disampaikan kepada saya bahawa kadar kutipan yang dijalankan itu membebankan pelajar-pelajar dan ibu bapa masing-masing. 5. Saya berharap dengan kebenaran dan kelulusan ini Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Bukit Balacon akan dapat bergerak dengan cergas. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ………………………………. ( ZAMALIAH HJ ABDUL KARIM ) Guru Besar, Sk Bukit Balacon, Lahad Datu,SABAH.
  • 11. s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum. SK Bukit Balacon , Rujukan Tuan : XBA313702/02/05/3.1.17 Peti Surat 60591, Rujukan Kami: 91115 Lahad Datu, SABAH. Tarikh : 18 Januari 2017 ____________________ ____________________ ____________________ ____________________ ____________________ Tuan, Penerimaan Ahli Persatuan Puteri Islam Malaysia, SK Bukit Balacon Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan, __________________________telah diterima menjadi ahli Persatuan Puteri Islam Malaysia SK. Bukit Balacon, Lahad Datu dan dikehendaki menjalani latihan/perjumpaan pada setiap hari Rabu dari jam 1.00 hingga 1.30 tengah hari. 2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah telah meluluskan kutipan derma Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah berjumlah RM 12.00 setahun (Rujuk Surat Kebenaran JEA1048/PKS/05/2002(8) bertarikh 3 November 2002). Oleh itu, pihak kami berbesar hati jika anak tuan dapat membuat pembayaran kepada bendahari samada pembayaran mengikut mingguan (RM 0.25), atau bulanan (RM 1.00) atau tahunan (RM 12.00) bermula dari bulan Januari 2017. 2. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ……………………………….. (ZAMALIAH HJ ABDUL KARIM ) Guru Besar, Sk. Bukit Balacon, Lahad Datu. s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum 3. Fail Persatuan Puteri Islam Malaysia 4. Guru Pemimpin Persatuan Puteri Islam Malaysia
  • 12. PENYATA KEWANGAN Persatuan Puteri Islam Malaysia, SK. BUKIT BALACON Bermula Pada 13.3.2017 dan Berakhir 17.10.2017 PENERIMAAN RM PERBELANJAAN RM YURAN AHLI (MURID), YURAN DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN 82.00 SUDAH DI BAYAR KEPADA BENDAHARI PPIM DAERAH 82.00 YURAN AHLI (GURU) YURAN DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN 30.00 SUDAH DI BAYAR 30.00 Jumlah 112.00 Jumlah 112.00 Saya Sharifah Shahirah, bendahari Persatuan Puteri Islam Malaysia, SK Bukit Balacon, Lahad Datu dengan ini mengaku bahawa Penyata kewangan ini adalah benar. Baki wang dalam bank ialah sebanyak RM0 Tandatangan Bendahari : ……………………………….. Tarikh : ……………… (Fitri Nur Hidayah Husni)
  • 13. Saya Pn. Umi fazilah masri , Pemeriksa kira-kira 1 dan Pn Hasnawia Abdul Rahman ,Pemeriksa kira-kira 2, dengan ini mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan Persatuan Puteri Islam Malaysia, SK. Bukit Balacon ini yang berakhir pada 17.10.2016 adalah yang benar. Tandatangan Pemeriksa Kira-Kira 1 : …………………………………….. (Umi Fazilah Masri) Tandatangan Pemeriksa Kira-Kira 2 : ……………………………………. (Hasnawia Abdul Rahman) Tarikh : ………………..
  • 14. PERATURAN-PERATURAN ( PERLEMBAGAAN ) PERSATUAN Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No.21, Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei,1998, maka berikut ini dikemukankan Peraturan-peraturan ( Perlembangaan) Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon yang selepas ini disebut sebagai “kelab” sahaja. PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT a. Nama Persatuan : Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Bukit Balacon Lahad Datu Sabah. b. Alamat : SK Bukit Balacon 91115 Lahad Datu Sabah. PERATURAN 2 MATLAMAT Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. PERATURAN 3 OBJEKTIF 3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Persatuan/Kelab Sukan/Permainan dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri. 3.2 Ahli-ahli Persatuan Puteri Islam Malaysia akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui aktiviti-aktiviti ( kamahiran ) yang diikutinya. PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON LAHAD DATU ( No. PENDAFTARAN : PPIMXBA3137/86 )
  • 15. PERATURAN 4 KEAHLIAN 4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini. 4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. 4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini. PERATURAN 5 GURU PENASIHAT / PEMIMPIN 5.1 Guru Penasihat/Pemimpin adalah terdiri daripada guru sekolah ini. 5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pergerakan ini. 5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA 6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung. 6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai AJK manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai AJK. 6.3 Pemilihan AJK adalah secara undian. 6.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. 6.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat. 6.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri : 6.6.1 Pengerusi 6.6.2 Timbalan Pengerusi 6.6.3 Setiausaha 6.6.4 Penolong Setiausaha 6.6.5 Bendahari 6.6.6 Penolong Bendahari 6.6.7 AJK ( bilangan bergantung kepada keperluan) 6.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang)
  • 16. PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 7.1 Pengerusi 7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat 7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.2 Timbalan Pengerusi 7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab diberi. 7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.3 Setiausaha 7.3.1 Menguruskan hal-hal surat-menyurat. 7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan. 7.3.3 Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat. 7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. 7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.4 Penolong Setiausaha 7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. 7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha. 7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.5 Bendahari 7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan. 7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
  • 17. 7.5.3 Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. 7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam Mesyuarat AJK. 7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan Tahunan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. 7.5.6 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.6 Penolong Bendahari 7.6.1 Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari. 7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.7 Ahli Jawatankuasa 7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. 7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. 7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 7.8 Pemeriksaan Kira-kira 7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya. 7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul. PERATURAN 8 KEWANGAN 8.1 Sumber utama Kewangan persatuan adalah melalui sumbangan derma ahli yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM1.00 seorang setiap bulan. 8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti-aktiviti. 8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut. 8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.
  • 18. PERATURAN 9 KEHADIRAN / PENYERTAAN 9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun. 9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian ko- kurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian. PERATURAN 10 AKTIVITI 10.1 Dijalankan seperti dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat AJK. 10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN 11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. 11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. 11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN 12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. 12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut kaedah berikut : 12.2.1 Amaran lisan 12.2.2 Amaran Bertulis 12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad. PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN 13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. 13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK , Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis. 13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. 13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar.
  • 19. PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN 14.1 Pengetua/Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar Perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. 14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar. PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN 15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. 15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat. Nur Zannum Ramadi NurFarahain Christopher Nor Mahani Mohd Asran Setiausaha Pengerusi Guru Penasihat PPIM PPIM PPIM SK Bukit Balacon SK Bukit Balacon SK Bukit Balacon Lahad Datu. Lahad Datu Lahad Datu Sabah Sabah Sabah
  • 20. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN Pada mematuhi Subperaturan 5(1) (b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11,Tambahan No.41, Perundangan (A) : P.U. (A) 196 bertarikh 21 MEI 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai AJK Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon yang selepas ini disebut sebagai “persatuan” sahaja. 1. Pengerusi : Nur Farahain Christopher 2. Timbalan Pengerusi : Rafidah Izam Timbalan Pengerusi II Nurul Fazila Suryadi 3. Setiausaha : Nur Zannum Ramadi 4. Penolong Setiausaha : Haryati Ithniani 5. Bendahari : Siti Norashikin Salim 6. AJK 6.1 Tahun 3 - Nurul Atira Azwa Ambo Tuo - Rosemawati Abdullah 6.2 Tahun 4 - Nur Sumayyah Ednin - Nur Alia Nabila 6.3 Tahun 5 - Ain Nur Aliya Che Aziz - Nirmaliyani Latapa 6.4 Tahun 6 - Dayang Suhaila - Ani Rami Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa Senarai AJK di atas adalah mematuhi Su-Seksyen 6.1.1 dalam Artikel Enam dan perlantikan mereka mematuhi Subseksyen 6.1.2 dalam artikel yang sama seperti dalam Undang-undang dan Peraturan-Peraturan Persatuan. PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON
  • 21. ………………………………… ……………………………………… Nur Farahain Christopher Nur Zannum Ramadi Pengerusi Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia Persatuan Puteri Islam Malaysia Tarikh : Tarikh : Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai AJK di atas dan perlantikan mereka adalah mengikut Undang-undang dan Peraturan-Peraturan ( Perlembagaan ) Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon Lahad Datu. ………………………… NOR MAHANI MOHD ASRAN Guru Penasihat Persatuan Puteri Islam Malaysia Tarikh :
  • 22. LAPORAN TAHUNAN Guru Besar SK Bukit Balacon Lahad Datu Berikut dikemukan Laporan Tahunan Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Bukit Balacon untuk perhatian tuan. 1. Guru Penasihat 1. Cik Nor Mahani Mohd Asran 2. Pn Umi Fazilah Masri 3. Pn Hasnawia Abdul Rahman 4.Pn Ajijah Esran 5.Pn. Norayah Emanah 6.Pn. Asmiah Paidi 2. Jawatankuasa Pengerusi Timb.Pengerusi Setiausaha Pen.Setiausaha Bendahari AJK Nur Farahain Christopher Rafidah Izam Nur Zannum Ramadi Haryati Ithniani Siti Norashikin Salim Tahun 3 - Nurul Atira Azwa Ambo Tuo -Rosemawati Abdullah Tahun 4 - Nur Sumayyah Ednin -Nur Alia Nabila - Tahun 5 - Ain Nur Aliya Che Aziz - Nirmaliyani Latapa Tahun 6 - Dayang Suhaila - Ani Rami 3. Hari / Masa Perjumpaan Rabu / 1.00-1.30 petang Bilangan Perjumpaan : 12 kali Tempat : Kelas Tahun 1 Karisma 4. Kegiatan / Aktiviti yang telah dilaksanakan Tarikh : Aktiviti : Perlantikan AJK Kebersihan Ikrar dan kawad kaki 6 Laporan Kewangan Persatuan -
  • 23. Saya mengaku dan mengesahkan bahawa laporan dan maklumat yang diberikan adalah benar. Saya Yang Menjalankan Tugas, Disahkan oleh, …………………………………….. ……………………… Nur Zannum Ramadi Nor Mahani Mohd Asran Setiausaha Guru Penasihat
  • 24. MINIT MESYUARAT AGUNG 2017 Tarikh : 13 Januari 2017 ( Rabu ) Masa : 1.00-1.30 petang Tempat : Dewan Sri Kandi Kehadiran : 40 / 50 1. Nor Mahani Mohd Asran (Guru penasihat) 2. Umi Fazilah Masri (Guru penasihat) 3. Hasnawia Abdul Rahman (Guru penasihat) 4. Ajijah Esran (Guru penasihat) 5. Rujuk Lampiran Bil Agenda 1 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran para ahli ke Mesyuarat Agung kali pertama bagi tahun 2017. 2 Setiausaha kelab yang lalu membentangkan minit mesyuarat tanpa apa-apa bantahan dari para ahli yang lain. Pencadang : Rafidah Izam Penyokong : Nur Zannum Ramadi 3 Setiausaha 2016 membentangkan laporan tahunan kepada ahli-ahli yang hadir. 4. Bendahari 2016 membentangkan status kewangan semasa iaitu tidak terdapat apa-apa baki. Pencadang : Nur Farahain Christoper Penyokong : Ani Rami PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON LAHAD DATU
  • 25. 5 Mesyuarat Agung memutuskan AJK bagi tahun 2017 adalah seperti berikut :- 5.1 Pengerusi : Nur Farahain Christopher 5.2 Timbalan Pengerusi : Rafidah Izam 5.4 Setiausaha : Nur Zannum Ramadi 5.6 Bendahari : Siti Norashikin Salim 5.6 AJK Tahun 3 - Nurul Atira Azwa Ambo Tuo - Rosemawati Abdullah Tahun 4 - Nur Sumayyah Ednin -Nur Alia Nabila Tahun 5 - Ain Nur Aliya Che Aziz - Nirmaliyani Latapa Tahun 6 - Dayang Suhaila - Ani Rami 6 Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik 2 orang juruaudit iaitu :- 6.1 Azimah Azhairie 6.2 Nurul Fazila Suryadi 7 7.1 Ahli-ahli bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM3.00 setahun untuk Tabung Kelab kepada bendahari. 7.2 AJK akan mengadakan mesyuarat khas AJK bersama Guru-Guru Penasihat untuk menentukan aktiviti- aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini. 8 Ucapan Penangguhan Pengerusi baru mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ahli dan akan menyambung mesyuarat ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Mesyuarat ditangguh pada jam 1.30 petang Dicatat oleh, …………………………………….. Nur Zannum Ramadi Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Bukit Balacon Tarikh :
  • 26. SENARAI AKTIVITI UTAMA PERSATUAN Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.42 No.11 Tambahan No.41 Perundangan (A),P.U. (A)196 bertarikh 21hb Mei, 1998, maka berikut ini dikemukan Senarai Aktiviti Utama Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Bukit Balacon yang selepas ini disebut sebagai “kelab” sahaja. 1. KAWAD KAKI 2. KHIDMAT MASYARAKAT PPIM 3. KURSUS GAJET DAN SURVIVAL HIDUP 4. AMALAN ISLAM 5. KELUARGA DAN MASYARAKAT 6. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 7. KESIHATAN DAN TUGAS PEMBANGUNAN DIRI 8. PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS 9. PERTOLONGAN CEMAS 10. PENDIDIKAN LUAR Perakuan: Kami dengan ini mengakui bahawa aktiviti dan program yang disenaraikan di atas adalah aktiviti dan program sebenar yang akan dianjur dan dikelolakan oleh kelab ini. ……………………………….. ……………………………………… Nur Farahain Christopher Nur Zannum Ramadi Pengerusi Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia Persatuan Puteri Islam Malaysia SK Bukit Balacon SK Bukit Balacon PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON
  • 27. SENARAI NAMA AHLI PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 2017 BIL NAMA MURID J NO.SIJIL LAHIR TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR AGAMA ALAMAT RUMAH 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 BIL NAMA MURID J NO.SIJIL LAHIR TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR AGAMA ALAMAT RUMAH