Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Rini Hafzah Abdul Rahim
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan e-learning semakin diterima oleh pelajar dengan memanfaatkan pengunaan komputer dan teknologi. E-learning mengunakan perisian i-Spring dipilih kerana ianya membolehkan penyediaan bahan e-learning dibangunkan dengan lebih mudah dan berkesan dan ianya boleh berinteraksi dengan modul e-Learning Learning Management System (LMS) di portal Curriculum Information Document Online System (CIDOS). E-learning menggunakan i-Spring ini digunakan bagi membolehkan pelajar mengakses semua bahan pengajaran dan pembelajaran kursus BC301 Visual Programming. Ini adalah kerana para pelajar ini tidak pernah mempelajari apa-apa kursus pengaturcaaan dan pengaturcaraan adalah sesuatu yang asing bagi mereka. Kursus BC301 Visual Programming ini, akan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic. Tujuan utama e-learning i-Spring ini diwujudkan adalah bagi menarik minat pelajar bagi mempelajari Visual Programming dan seterusnya memanfaatkan teknik pengaturcaraan yang boleh diaplikasikan oleh mereka di masa hadapan. Kertas penulisan ini akan menilai penerimaan dan keberkesanan pengunaan i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming kepada kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik) DEM semester 6 di Politeknik Kota Kinabalu. Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan soalan soal selidik YA dan TIDAK yang mengandungi elemen keberkesanan inovasi yang terdapat pada e-learning i-Spring ini kepada 30 pelajar kursus BC301. Hasil dapatan kajian keberkesanan e-learning i-Spring telah dianalisa dalam bentuk peratus dengan membandingkan dan menentukan e-learning i-Spring dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara manual yang mana e-learning i-Spring lebih banyak mendapat jawapan YA. Kesimpulannya, e-learning i-Spring ini telah mencapai keberkesanan melebihi 97% berbanding dengan kaedah pengajaran secara manual hanya 2.7% keberkesanan. Daripada dapatan tersebut, e-learning i-Spring dapat membantu pelajar lebih memahami dan menarik minat pelajar untuk mempelajari Visual Programming dengan lebih menarik dan berkesan.
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Rini Hafzah Abdul Rahim
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan e-learning semakin diterima oleh pelajar dengan memanfaatkan pengunaan komputer dan teknologi. E-learning mengunakan perisian i-Spring dipilih kerana ianya membolehkan penyediaan bahan e-learning dibangunkan dengan lebih mudah dan berkesan dan ianya boleh berinteraksi dengan modul e-Learning Learning Management System (LMS) di portal Curriculum Information Document Online System (CIDOS). E-learning menggunakan i-Spring ini digunakan bagi membolehkan pelajar mengakses semua bahan pengajaran dan pembelajaran kursus BC301 Visual Programming. Ini adalah kerana para pelajar ini tidak pernah mempelajari apa-apa kursus pengaturcaaan dan pengaturcaraan adalah sesuatu yang asing bagi mereka. Kursus BC301 Visual Programming ini, akan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic. Tujuan utama e-learning i-Spring ini diwujudkan adalah bagi menarik minat pelajar bagi mempelajari Visual Programming dan seterusnya memanfaatkan teknik pengaturcaraan yang boleh diaplikasikan oleh mereka di masa hadapan. Kertas penulisan ini akan menilai penerimaan dan keberkesanan pengunaan i-Spring bagi kursus BC301 Visual Programming kepada kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik) DEM semester 6 di Politeknik Kota Kinabalu. Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan soalan soal selidik YA dan TIDAK yang mengandungi elemen keberkesanan inovasi yang terdapat pada e-learning i-Spring ini kepada 30 pelajar kursus BC301. Hasil dapatan kajian keberkesanan e-learning i-Spring telah dianalisa dalam bentuk peratus dengan membandingkan dan menentukan e-learning i-Spring dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara manual yang mana e-learning i-Spring lebih banyak mendapat jawapan YA. Kesimpulannya, e-learning i-Spring ini telah mencapai keberkesanan melebihi 97% berbanding dengan kaedah pengajaran secara manual hanya 2.7% keberkesanan. Daripada dapatan tersebut, e-learning i-Spring dapat membantu pelajar lebih memahami dan menarik minat pelajar untuk mempelajari Visual Programming dengan lebih menarik dan berkesan.
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi…
Kepada adik2 STPM penggal 2 yang bakal membuat kerja projek PBS PA. silalah rujuk kerja kursus ini sebagai rujukan :). good luck ;)
A family is preparing to go to the beach for a holiday by making a turtle or tortoise craft out of an egg carton. The craft involves painting an egg carton cup, decorating it, cutting a body shape from foam, gluing the cup onto the foam, and adding magnets to the back to create a fridge magnet.
The document provides exercises for a Year 1 English student on the calendar topics of months and days of the week. The first exercise asks the student to unscramble the names of 12 months. The second exercise fills in the blanks of the 7 days of the week. Both exercises are meant to help the student learn the order and spelling of months and days.
This document contains a student's assignment submission for a course on technology-based learning and web-based teaching. It includes the student's responses to 3 questions about media literacy, the advantages and limitations of using media in learning, and planning a lesson incorporating a virtual field trip. The student provides details on consuming and producing different media formats, discusses the benefits of interactivity and individualization through multimedia, and plans a lesson on farm animals for young students incorporating a virtual farm website.
This document contains details of a planned lesson by a teacher named Mohd Faizal Irwan Bin Zakaria for his class called Mawar. The lesson will teach students about farm animals and include a virtual field trip to a farm website as well as a worksheet assessment. The virtual field trip will take students to the 4-H Virtual Farm website where they can explore different areas of the farm and identify farm animals. This virtual field trip aims to engage students and allow them to learn through interactive exploration of an online farm site.
This document presents an educational website about farm animals. It includes pages about common farm animals like cows, chickens, dogs, ducks, goats, horses, sheep, turkeys. Each page asks what the animal is called, what sound it makes, and how to spell its name. It also includes pages with videos, songs, and exercises about farm animals. The exercises test the user's knowledge by having them click on pictures of farm animals or spell their names correctly.
This document presents an educational website about farm animals. It includes pages about common farm animals like cows, chickens, dogs, ducks, goats, horses, sheep, turkeys. Each page asks what the animal is called, what sound it makes, and how to spell its name. It also includes pages with videos, songs, and exercises about farm animals.
1. KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI DAN WEB
TUGASAN 3
KAJIAN TINJAUAN – PENGGUNAAN TELEFON PINTAR BAGI MURID – MURID
S.K. DATUK KELANA
SEMESTER 1 2013/2014
SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)
DISEDIAKAN OLEH :
MOHD FAIZAL IRWAN BIN ZAKARIA
M20121000557
PENSYARAH :
PROF MADYA DATUK DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR
2. 1.0 PENGENALAN
Penggunaan telefon pintar ataupun smartphone pada masa kini menjadi semakin meluas
di kalangan masyarakat tanpa mengira had umur. Pada masa dahulu, hanya golongan
dewasa sahaja menggunakan telefon bimbit tetapi pada masa kini, murid – murid sekolah
juga telah menggunakan telefon bimbit termasuklah telefon pintar.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Penggunaan telefon pintar yang semakin meluas di kalangan murid – murid sekolah
sedikit sebanyak memberikan kesan negatif terhadap murid seperti murid menjadi
semakin pasif, menularnya gejala sosial seperti melayari laman web pornografi dan murid
– murid membuang masa bermain permainan yang ada di dalam telefon pintar tersebut
dan seterusnya memberi kesan terhadap pencapaian murid di dalam pelajaran.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan telefon pintar di kalangan murid
Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah untuk mendapatkan maklumat tentang
pelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan di mana murid – murid diberikan
borang soal selidik untuk mendapatkan data.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang telah ditetapkan di dalam kajian ini adalah untuk :
i.
Mengetahui tahap penggunaan telefon pintar dan tujuannya dikalangan murid –
murid Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah
5.0 PERSOALAN KAJIAN
Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji menyenaraikan persoalan kajian iaitu :
i.
Adakah murid – murid pernah menggunakan telefon pintar dan tujuan
penggunaannya.
6.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh manakah pelajar menggunakan
telefon pintar dalam kehidupan seharian mereka dan apakah tujuan mereka menggunakan
telefon pintar tersebut supaya langkah – langkah pengawasan boleh diambil semasa
pelajar menggunakan telefon pintar.
2
3. 7.0 BATASAN KAJIAN
Terdapat beberapa batasan di dalam kajian yang dilakukan. Kajian ini hanya dilaksanakan
hanya meliputi 30 orang murid – murid di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah.
Mereka ini bukanlah perwakilan sampel sebenar untuk setiap murid sekolah rendah di
Malaysia.
8.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah tinjauan di mana murid – murid telah
diberikan borang soal selidik untuk mendapatkan data.
8.1 Rekabentuk Kajian
Rekabentuk kajian bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
kajian. Kajian adalah berbentuk kaedah tinjauan di mana borang soal selidik
digunakan untuk mendapatkan data.
8.2 Responden / Sampel Kajian
Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid di Sekolah kebangsaan Datuk
Kelana, Tapah. Sampel dipilih dikalangan populasi dengan menggunakan kaedah
persampelan rawak bertujuan.
8.3 Lokasi Kajian
Lokasi kajian yang dipilih adalah di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah.
Lokasi ini dipilih kerana murid – murid di sekolah ini banyak di dedahkan dengan
kemudahan teknologi maklumat untuk mendapatkan sesuatu maklumat tentang isi
pelajaran yang diajar oleh guru – guru di sekolah.
8.4 Instrumen Kajian
Instrumen yang telah dipilih oleh pengkaji untuk mendapatkan data adalah :
8.4.1
Borang Soal Selidik
Borang soal selidik yang dibina mengandungi 10 soalan yang
memerlukan responden untuk memilih jawapan dengan jujur dan
ikhlas.
3
4. 9.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan melibatkan seramai 30 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan
Datuk Kelana, Tapah. Daripada 30 orang pelajar yang disoal selidik, 21 orang ataupun 70
peratus daripada mereka menyatakan bahawa mereka pernah menggunakan telefon pintar
manakala selebihnya tidak pernah menggunakan telefon pintar. Carta pie di bawah
menunjukkan peratusan pelajar yang pernah menggunakan telefon pintar dan pelajar yang
tidak menggunakan telefon pintar.
Penggunaan Telefon Pintar
Ya
Tidak
Rajah 1 : Penggunaan Telefon Pintar
Daripada 21 orang yang pernah menggunakan telefon pintar, 17 orang ataupun 81 peratus
daripadanya menggunakan jenama Samsung manakala selebihnya menggunakan jenama
Iphone seperti yang ditunjukkan di dalam carta pai di bawah.
Jenis Telefon Pintar
Samsung
Iphone
Lain - lain
Rajah 2 : Jenis Telefon Pintar
4
5. Kajian juga mendapati 9 orang daripada 21 orang tersebut menggunakan telefon pintar
mereka sendiri, 10 orang menggunakan telefon pintar ibu bapa mereka manakala 2 orang
menggunakan telefon pintar guru mereka.
12
10
8
6
Bilangan
4
2
0
Telefon
sendiri
Telefon ibu Telefon rakan Telefon guru
bapa
Rajah 3 : Milik Telefon Pintar
Rajah yang berikut pula menunjukkan melalui kajian yang dijalankan mendapati, 11
orang ataupun 52 peratus pelajar menggunakan telefon pintar untuk bermain permainan
video yang terdiri daripada permainan Candy Crush Saga seramai 6 orang, Pou seramai 2
orang dan Angry Birds seramai 3 orang. 6 orang pula iaitu 29 peratus pelajar pula
menggunakan telefon pintar untuk melayari internet dan mencari bahan pelajaran. Antara
laman web yang mereka lawati adalah Zoom – A seramai 2 orang dan Frog VLE seramai
4 orang. Seramai 3 orang pelajar ataupun 14 peratus menggunakan telefon pintar untuk
mengakses rangkaian sosial iaitu Facebook seramai 2 orang manakalan seorang lagi
pelajar mengakses akaun Twitter. Seorang lagi pelajar menggunakan telefon bimbit untuk
menggunakan aplikasi lain iaitu Global Positioning System (GPS).
5
6. 12
GPS
10
Twitter
8
6
Facebook
4
Frog VLE
2
Zoom - A
0
Angry Birds
Barmain
Permainan
Video
Melayari
Internet
Rangkaian
Sosial
Aplikasi Lain
Pou
Candy Crush
Rajah 4: Kegunaan Telefon Pintar
Dalam kajian yang dijalankan juga, didapati 19 orang daripada 21 orang pelajar
menggunakan telefon pintar ketika berada di rumah manakala 2 orang lagi pelajar
menggunakan telefon pintar semasa berada di sekolah. Kajian juga mendapati daripada 21
orang pelajar yang menggunakan telefon pintar, 17 orang ataupun 81 peratus
memperuntukkan masa selama 1 hingga 3 jam sehari untuk menggunakan telefon pintar
manakala 4 orang pelajar ataupun 19 peratus memperuntukkan masa selama 3 hingga 6
jam sehari untuk menggunakan telefon pintar seperti yang ditunjukkan di dalam carta pai
di bawah.
Kadar Peruntukan Masa Sehari
Kadar Peruntukan Masa
Sehari
3 - 6 Jam
1 - 3 Jam
0
5
10
15
20
Rajah 5 : Peruntukan Masa Menggunakan Telefon Pintar Sehari
6
7. Daripada 30 orang responden di dalam kajian ini, 25 orang ataupun 83 peratus bersetuju
bahawa penggunaan telefon pintar dibenarkan kepada pelajar – pelajar di sekolah di mana
mereka menyatakan pendapat bahawa penggunaan telefon pintar dapat membolehkan
mereka mendapatkan maklumat dengan cepat tanpa perlu menunggu giliran untuk masuk
ke makmal komputer dan melayari internet. 5 orang pelajar ataupun 17 peratus tidak
bersetuju penggunaan telefon pintar dibenarkan kepada pelajar – pelajar di sekolah
dengan menyatakan alasan bahawa penggunaan telefon pintar akan menjejaskan tumpuan
pelajar semasa di dalam bilik darjah. 25 orang pelajar yang bersetuju dengan penggunaan
telefon pintar di sekolah juga menyatakan persetujuan bahawa pemberian rebat oleh
kerajaan untuk membeli telefon pintar perlu diperluaskan kepada pelajar – pelajar sekolah
manakala 5 orang pelajar tidak bersetuju pemberian rebat ini diberikan kepada pelajar –
pelajar sekolah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
60
50
40
30
Pemberian Rebat
20
Guna Telefon Pintar di
Sekolah
10
0
Setuju
Tidak
Setuju
Rajah 6 : Pendapat Penggunaan Telefon Pintar di Sekolah dan Pemberian Rebat
Kajian yang dijalankan juga memerlukan pelajar – pelajar memberikan pendapat tentang
penggunaan telefon pintar dalam membantu pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara pendapat yang diberikan oleh pelajar adalah pelajar dapat mencari
maklumat dengan pantas, pelajar boleh menghubungi rakan untuk berkongsi ilmu dan
pelajar dapat menggunakan aplikasi e – pembelajaran dengan mudah tanpa perlu
menunggu giliran untuk memasuki makmal komputer untuk melayari internet. Kesemua
30 orang responden bersetuju bahawa pengawasan perlu diberikan kepada pelajar semasa
menggunakan telefon pintar kerana ia memberikan kesan negatif seperti prestasi pelajaran
merosot, menularnya gejala sosial seperti hubungan bebas antara lelaki dan perempuan,
pelajar menjadi semakin pasif dan membuang masa. Ibu bapa dan guru – guru
7
8. memainkan peranan yang penting untuk mengawasi pelajar yang menggunakan telefon
pintar kerana kebebasan menggunakannya akan memberikan kesan kepada pelajar itu
kelak.
10.0
RUMUSAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap 30 orang responden di Sekolah
Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah, menunjukkan bahawa penggunaan telefon pintar
semakin meluas di kalangan pelajar – pelajar sekolah. Penggunaan telefon pintar
mempunyai kesan positif dan negatif. Penggunaan telefon pintar dikalangan pelajar
sekolah perlu diawasi dan dipantau oleh ibu bapa dan juga guru supaya tidak memberikan
kesan negatif kepada pelajar. Penggunaan yang betul membolehkan pelajar berhubung
dengan rakan sebaya dengan mudah dan dapat mencari maklumat tentang pelajaran yang
dipelajari di sekolah. Namun penggunaan telefon pintar untuk bermain permainan video
perlu dikawal dan diberikan perhatian yang serius kerana ia akan member kesan terhadap
peribadi dan tingkahlaku pelajar di mana pelajar akan khayal dan membuang masa
bermain permainan tersebut serta menjadikan pelajar semakin pasif. Kemahiran social
pelajar juga akan berkurangan kerana mereka kurang berinteraksi dengan rakan sebaya.
Penggunaan telefon pintar seharusnya memberikan manfaat yang besar kepada pelajar
kerana kecanggihan teknologi peranti tersebut menjadikan maklumat berada di hujung
jari.
8
9. 11.0
RUJUKAN
12.0
Badrul, N. (2013, April 23). Berita Harian. Retrieved from Berita Harian Online:
http://www.bharian.com.my/articles/60peratusmilikitelefonpintar2015/Article/
Harian, W. S. (2013). Penggunaan Telefon Pintar Meningkat. Kuala Lumpur: SInar Harian.
Nain, B. (2013, September 21). Billy Info : Rakyat Malaysia "Gila" Miliki Telefon Pintar.
Retrieved from billyinfo.blogspot.com: http://billyinfo.blogspot.com/2013/09/rakyatmalaysia-gila-miliki-telefon.html#axzz2lwJ3od8D
Roshidayanai Binti Rohim, S. E. (n.d.). KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN
MULTIMEDIA BERBANDING PENGGUNAAN BUKU TEKS DALAM
PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP, TOPIK ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
TINGKATAN 3. 1-6.
Shaari, A. J. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Teknologi Komputer. Sintok:
UUM Press.
Smaldino, S. E., Lowther, D. L., & Russel, J. D. (2012). Instructional Technology and Media
for Learning. Boston: Pearson Education Inc.
9
11. BORANG SOAL SELIDIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJUNG MALIM, PERAK.
Tujuan: Soal selidik ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan telefon pintar bagi murid
– murid S.K Datuk Kelana.
Arahan: Para pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik
ini. Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Kerjasama yang anda berikan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Maklumat latar belakang responden
Arahan: Sila isi jawapan bagi setiap ruang yang disediakan dengan jujur dan ikhlas. Bulatkan
jawapan yang anda fikirkan sesuai.
1.
Umur: __________________________
2.
Jantina: _________________________
3.
Kaum: __________________________
4.
Agama: _________________________
11
12. Arahan: Sila isi jawapan bagi setiap ruang yang disediakan dengan jujur dan ikhlas.
Bulatkan jawapan yang anda fikirkan sesuai.
Soalan 1
Adakah anda pernah menggunakan telefon pintar ?
a) Ya
b) Tidak
(Sekiranya jawapan anda a, teruskan ke soalan berikutnya. Sekiranya jawapan anda b, sila
teruskan ke soalan 7)
Soalan 2
Apakah jenama telefon pintar yang anda pernah gunakan?
a) Samsung
b) Iphone
c) Nokia
d) Lain – lain
Soalan 3
Kepunyaan siapakah telefon pintar tersebut?
a) Sendiri
b) Ibu bapa
c) Rakan
d) Guru
Soalan 4
Apakah tujuan penggunaan telefon pintar tersebut?
a)
b)
c)
d)
Bermain permainan video (Sila ke soalan 4(i))
Melayari internet dan mencari bahan pembelajaran (Sila ke soalan 4(ii))
Rangkaian sosial (Sila ke soalan 4(iii))
Aplikasi lain (Sila ke soalan 4(iv))
Soalan 4(i)
Permainan video yang selalu anda main?
a)
b)
c)
d)
Candy Crush Saga
Pou
Angry Bird
Lain – lain (Sila nyatakan _________________________)
Soalan 4(ii)
Apakah nama laman web yang anda sering lawati?
a) Zoom – A
b) Frog VLE
c) Lain – lain (Sila nyatakan _____________________________)
Soalan 4(iii)
Apakah rangkaian sosial yang sering anda lawati?
12
13. a) Facebook
b) Twitter
c) Myspace
d) Friendster
Soalan 4(iv)
Apakah aplikasi lain yang anda gunakan?
a) Whatsapp
b) We Chat
c) GPS
d) e-Quran
Soalan 5
Di manakah anda menggunakan telefon pintar tersebut?
a) Rumah
b) Sekolah
c) Rumah dan sekolah
Soalan 6
Berapakah masa yang diperuntukkan untuk anda menggunakan telefon pintar dalam sehari?
a) 1 jam hingga 3 jam
b) 3 jam hingga 6 jam
c) 6 jam hingga 8 jam
d) 8 jam ke atas
Soalan 7
Adakah anda bersetuju penggunaan telefon pintar dibenarkan di sekolah?
a) Ya (Nyatakan alasan anda ______________________________________________ )
b) Tidak (Nyatakan alasan anda ____________________________________________
)
Soalan 8
Perlukah rebat yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk membeli telefon pintar diperluaskan
kepada pelajar - pelajar sekolah?
a) Ya
b) Tidak
Soalan 9
Nyatakan pendapat anda tentang penggunaan telefon pintar untuk membantu pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Soalan 10
Sila pilih kesan penggunaan telefon pintar dikalangan pelajar jika tiada pengawasan diberikan
terhadap penggunaan tersebut?
I) Prestasi pelajaran merosot
II) Menularnya gejala sosial
III) Pelajar menjadi semakin pasif
IV) Membuang masa
a) I dan II sahaja
b) I, II dan III sahaja
c) II dan III sahaja
d) Semua di atas
13