BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,

                   INSTITUT PENDIDIKAN GURU,

                  KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM,

                     08000 SUNGAI PETANI,

                      KEDAH DARUL AMAN.



                    JABATAN MATEMATIK
      PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
   2. BAGAIMANAKAH PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN
       MATEMATIK DARI LUAR TELAH MEMPENGARUHI
  PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA
                   SACARA POSITIF.


      NAMA

  ANGKA GILIRAN

NO. KAD PENGENALAN

    PROGRAM           IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

     KURSUS          KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK (MTE 3102)

 TARIKH SERAHAN                     28 APRIL 2012




                        PENGHARGAAN

                               1
Bismillahi al-Rahman al-Rahim


      Peranan     Matematik     dalam    sesebuah   masyarakat   tidak   boleh
dipertikaikan. Kemajuan dalam bidang ini boleh dijadikan kayu penyukur bagi
tamadun fizikal sesebuah bangsa yang mana bangsa yang maju tidak
mengabaikan matematik (Rosaimi,1994). Assalamualaikum dan salam hormat.


      Dengan kata-kata itu maka lahirlah sebuah usahasama yang saya
lakukan. Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghormatan dan
ribuan terima kasih kepada pensyarah yang banyak menyumbang ilmu dan
melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Selain itu, juga mengajar
saya dalam subjek MTE 3102. Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan
kedua-dua tugasan ini (MTE 3102) yang bertajuk “Bagaimanakah program-
program pendidikan Matematik dari Negara luar telah mempengaruhi
perkembangan kurikulum matematik di Malaysia secara positif?.”Tambahan
pula, dapat saya siapkan tugasan ini pada masa dan waktu yang ditetapkan.
Disamping itu, semangat, kesabaran, keikhlasan dan kesungguhan adalah
lahirnya dari perjuangan saya sendiri.


      Harapan saya ialah berharap agar tugasan ini dapat membantu dalam
peperiksaan akhir dan memberi markah yang lebih baik. Akan saya katakan
sesuatu kejayaan adalah bermula daripada kegagalan, malah peluang akan
mencurah selagi manusia akan mencari. Dengan kata-kata itu saya akhiri
dengan ucapan ribuan terima kasih, wassalam.




                                         2
TUGASAN 2
Topik-topik esei: Bagaimanakah program-program pendidikan Matematik dari
Neg
ara luar telah mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik di Malaysia
secara positif? Berpandukan program-program luar negara yang dikenali pasti,
bincangkan pengaruh program-program tersebut, khususnya kesan positif
ke atas pengajaran dan pembelajarn matematik sekolah rendah.




      Pendidikan matematik merupakan sektor penyokong yang penting dalam
perancangan kerajaan bagi menyediakan sumber manusia yang mempunyai
pelbagai keupayaan dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan. Kepentingan


                                     3
sektor pendidikan matematik ini telah diterjemahkan ke bentuk perancangan dan
perlaksanaan kurikulum sistem pendidikan yang direka bentuk untuk melahirkan
individu yang bukan sahaja berpengetahuan, menguasai kemahiran tertentu,
berfikiran kritis dan analitis, cekap menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan, imaginatif dan kreatif serta mempunyai sifat ingin mencipta dan
menghasilkan sesuatu rekaan baru. Perkembangan yang berlaku kepada
masyarakat dunia, telah memberi kesan terhadap rakyat Malaysia yang mana
turut sama mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar.
Sebagai mekanisme asas bagi perkembangan tersebut, sistem pendidikan
negara perlu menerima cabaran ini dengan penuh kedinamikan. Selaras dengan
itu proses pendidikan merupakan satu faktor penting untuk mencorak dan
menggerakkan kegiatan manusia.
      Di Malaysia, perkembangan profesional dalam pendidikan khususnya
pendidikan matematik pada zaman maklumat ini seharusnya dilaksanakan dalam
rangka usaha merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Untuk memenuhi hasrat
ini, kita perlu menjadi pengurus dan pemimpin pendidikan yang cekap, dedikasi
dan berpandangan jauh (Nik Azis, 1996). Oleh sebab itu bagi melaksanakan
proses ini para guru haruslah mempunyai daya pintar yang cerdas dan tinggi
semasa pengajaran dan pembelajaran. Matlamat pendidikan khususnya
Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis,
bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan
menggunakan ilmu pengetahuan Matematik supaya individu dapat berfungsi
dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1988). Perbezaan Matematik dengan pelajaran lain ialah dari segi penekanan
terhadap beberapa komponen kognitif tertentu yang digunakan. Tiga komponen
penting yang ditekankan ialah pengetahuan dan kefahaman, penggunaan
konsep dan penyelesaian masalah (Nik Azis, 1996). Dengan adanya ketiga-tiga
elemen tersebut maka pembelajaran matematik akan menjadi lebih mudah,
berkesan   dan   pencapaian    pelajar    juga   lebih   baik.   Persoalannya,
bagaimanakah program-program pendidikan Matematik dari Negara luar



                                      4
telah mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik di Malaysia
secara positif?
      Pertama program-pramgram yang telah dipengaruhi oleh negara luar ialah
Pembangunan Ruangan Statistik Dan Sejarah Dalam Majalah Web Dinamik
’Dunia Matematik’. ’Dunia Matematik’ merupakan sistem e-pembelajaran yang
dilihat berpotensi sebagai alternatif yang berkesan dalam pembelajaran. Projek
ini menekankan pembelajaran secara terbuka yang menjangkaui batasan silibus
matapelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah web yang
dinamik, perisian sistem kandungan dipilih sebagai medium penyampaian kerana
perisian ini mudah digunakan dan percuma. Seterusnya, model ADDIE dipilih
sebagai model rekabentuk kerana ia bertepatan dengan ciri-ciri majalah web
yang menekankan proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk ’Dunia
Matematik’ menyokong prinsip sosial konstruktivisme yang menekankan
pengetahuan terbina semasa aktiviti social seperti perbincangan dan pertukaran
pendapat antara ahli kumpulan serta interaksi antara rakan. Sehingga kini,
sebanyak tujuh keluaran ‘Dunia Matematik’ telah dihasilkan. ‘Dunia Matematik’
dikeluarkan setiap bulan dan ia memuatkan beberapa ruangan yang memberikan
pendedahan tentang kepelbagaian cabang matematik termasuklah Fokus, Isu
Semasa, Kesenian, Sejarah, Statistik Kerjaya, Tokoh, Aplikasi, Tahukah Anda
manakala aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti Pelajari Matematik,
Perisian Matematik, Uji kefahaman, Permainan, Uji Minda dan Kuiz. Matematik
masih lagi dianggap mata pelajaran yang sukar dikuasai oleh kebanyakan
pelajar. Terdapat pelbagai perubahan dan usaha yang dilakukan dalam sistem
pendidikan matematik negara untuk meningkatkan mutu dan kualiti dalam
pendidikan matematik namun ia masih lagi berada di tahap sederhana. Pelajar
sering mengganggap pembelajaran matematik itu sangat membosankan kerana
anggapan mereka matematik itu hanyalah lebih berfokus kepada pengiraan,
penggunaan rumus-rumus kompleks dan sebagainya (Zawawi, 2003). Kesan
positif, Kesedaran bahawa bidang matematik hanya melibatkan pengiraan
sahaja perlu diperbetul agar matematik tidak dilihat dari pandangan yang sempit.
Ini kerana matematik itu adalah luas dan ia turut mencakupi keindahan sejarah

                                       5
dalam matematik dan aplikasi statistik dalam kehidupan serta pelbagai disiplin
yang perlu dipatuhi. Maka selari dengan dengan perkembangan teknologi yang
mengikuti arus permodenan, pembelajaran berlandaskan teknologi maklumat
dan komunikasi digunakan untuk menangani masalah tersebut. Pelaksanaan
dalam e-pembelajaran dalam dunia pendidikan digunakan dalam memperbaiki
kecacatan dalam sistem pendidikan matematik negara. Oleh itu, “Dunia
Matematik’ merupakan projek majalah web matematik yang dilaksanakan supaya
dapat menyediakan bahan dan aktiviti yang berkualiti serta dapat mewujudkan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
      Kedua, Perbandingan pengajaran berasaskan Multimedia dan

Tradisional ke atas pencapaian matematik dan sikap matematik di
kalangan pelajar berisiko. Mengikut sumber dan literatur berkaitan,
pengajaran     menggunakan       multimedia   dipercayai   mampu      merangsang
pembelajaran dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Namun,
bukti nyata yang menyokong atau menyangkal pernyataan ini khususnya di
kalangan pelajar berisiko masih lagi kurang. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji
perbandingan pengajaran Matematik berasaskan multimedia dan tradisional ke
atas pencapaian Matematik dan sikap Matematik khususnya di kalangan para
pelajar berisiko. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk eksperimen
kuasi yang berlangsung selama 10 minggu dan melibatkan 54 orang pelajar.
Ujian pencapaian Matematik dan soal selidik sikap Matematik digunakan sebagai
instrumen. Data dianalisis menggunakan teknik ujian-t berpasangan dan
ANCOVA.      Dapatan    kajian   menunjukkan     bahawa    terdapat   peningkatan
pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kedua-dua kelas Matematik
berasaskan multimedia dan tradisional. Namun, pencapaian Matematik pelajar
berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia tidak berbeza secara
signifikan dengan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik
berasaskan tradisional. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik
berasaskan multimedia, sebaliknya berlaku penurunan sikap terhadap Matematik
pelajar   berisiko   dalam   kelas   Matematik   berasaskan   tradisional.   Walau

                                         6
bagaimanapun, kajian mendapati sikap Matematik pelajar berisiko dalam kelas
Matematik berasaskan multimedia juga tidak berbeza secara signifikan dengan
sikap Matematik pelajar berisiko di dalam kelas Matematik berasaskan
tradisional. Kesan positif, Pencapaian adalah ukuran seseorang individu tentang
apa yang diketahuinya setelah mengikuti sesuatu kursus ataupun latihan
(Glossary of Terms 2008). Mengikut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM),
pencapaian akademik seseorang pelajar bagi peringkat Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) bermaksud skor atau gred yang diperoleh berdasarkan sistem
piawaian gred (ABCDE) bagi setiap mata pelajaran melalui sebuah peperiksaan
khusus. Dalam kajian ini, pencapaian yang ingin dilihat secara khusus ialah
pencapaian Matematik pelajar yang diperoleh daripada skor dan gred mengikut
sistem pengredan A,B,C,D (lulus) dan E (gagal) berdasarkan status atau takrif
yang ditetapkan oleh LPM.
       Akhir sekali, tahap perlaksanaan amalan pengajaran Matematik dalam
bahasa Inggeris. Pelaksanaan pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris
telah dilaksanakan sejak tahun 2003 secara peringkat demi peringkat.
Pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris melibatkan perubahan komponen
organisasi pengajaran dalam kurikulum Matematik. Perubahan itu adalah
pertukaran bahasa pengantar dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan
penggunaan ICT dan bahan-bahan interaktif multimedia sebagai bahan bantu
mengajar (BBM). Kedua-dua perubahan ini dalam komponen organisasi
pengajaran matematik menuntut perubahan besar dan serta-merta daripada
guru-guru selaku agen pelaksana perubahan kurikulum sekolah. Guru-guru perlu
berubah daripada segi tingkah laku , kebiasaan, dan amalan pengajaran dalam
melaksanakan perubahan kurikulum (Ornstein & Hunkins 1998). Peranan guru
sebagai agen pelaksana dasar kerajaan yang menjadikan Bahasa Inggeris
sebagai pengantar subjek Matematik amat penting demi menjamin pencapaian
akademik yang tinggi. Objektif-objektif kajian yang ingin dicapai melalui kajian ini
adalah seperti mengkaji tahap perlaksanaan pengajaran matematik dalam
bahasa Inggeris oleh guru-guru sekolah rendah, mengkaji perbezaan tahap
amalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris di antara sekolah bandar

                                         7
dan luar Bandar, mengkaji kesan amalan perlaksanaan pengajaran matematik
dalam bahasa Inggeris terhadap sikap pelajar dalam mata pelajaran matematik,
mengkaji kesan amalan perlaksanaan pengajaran matematik dalam bahasa
Inggeris terhadap persepsi pelajar kepada guru matematik dan mengkaji kesan
amalan perlaksanaan matematik dalam bahasa Inggeris terhadap pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran matematik sekolah rendah. Berdasarkan analisis
kajian ini , secara keseluruhannya tahap amalan pengajaran matematik dalam
bahasa Inggeris di sekolah rendah berada pada tahap tinggi. Analisis data yang
telah dibuat adalah berasaskan kepada lima persoalan kajian yang telah
diutarakan di peringkat awal kajian ini. Antara perkara utama yang telah dicapai
melalui analisis ini didapati bahawa tidak terdapat perbezaan terhadap tahap
perlaksanaan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris di antara sekolah
bandar   dan   luar   bandar,   wujudnya   hubungan    yang   signifikan   antara
perlaksanaan matematik dalam bahasa Inggeris dengan persepsi murid terhadap
guru dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik, dan tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara perlaksanaan matematik dalam bahasa
Inggeris dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik.
      Secara kesimpulannya, pada masa kini penggunaan Matematik telah
bertambah dengan luasnya dalam semua lapisan masyarakat. Kalau dahulu
masyarakat hanya berpendapat bahawa Matematik adalah untuk pengiraan
sahaja, tetapi pada masa kini peranan yang dimainkan oleh Matematik meliputi
pelbagai jenis aktiviti seperti pemprosesan data, simulasi, membuat keputusan
dan komunikasi. Walaupun demikian jika dilihat situasi terkini kita akan
mendapati banyak isu yang membincangkan tentang pendidikan Matematik.
Salah satu isu yang hangat diperbincangkan adalah tentang kemerosotan
pencapaian keputusan Matematik. Soalnya, dimanakah punca sebenarnya
keadaan ini? Banyak faktor yang menyumbang kepada kemerosotan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Faktor-faktor tersebut mungkin
berpunca dari pelajar itu sendiri, kurikulum yang digunakan, budaya persekitaran
dan juga guru yang mengajar. Para pelajar menganggap matematik suatu mata
pelajaran yang sukar dan menjemukan. Ini secara tidak langsung akan

                                       8
mengurangkan    minat   mereka   terhadap   mata   pelajaran   ini.   Selain   itu
kemerosotan pencapaian ini juga banyak berpunca dari sikap pelajar itu sendiri
terhadap mata pelajaran matematik serta wujudnya kekurangan dalam
pengetahuan, kemahiran dan kefahaman matematik sejak dari peringkat rendah
lagi.




Rujukan:




                                      9
1. Tan Lay Hong and Peggy Leong 2003. Professional Development of ITE Teachers
   Through Learning Circles. Paper presented at Teachers Education Institute 2003
   Conference, Arizona. Feb. 2003.
2. Zaidatol Akmaliah 2005. Pengenalan. Dalam Zaidatol Akmaliah dan Foo Say Fooi.
   Memperkasa Pendidikan Pelajar Berisiko (hlmn. 1-4). Serdang: UPM.
3. Kementerian Pendidikan Malaysia 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala
   Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd.
4. Abd. Rahim Abd. Rashid (2005) Profesional Keguruan Prospek dan
   Cabaran. Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Abu Hassan Kassim (1998) Pengajaran dan Pembelajaran KBSM
   Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
6. Abu Zahari (1967) dalam Shamsuddin Idris (1999) Persepsi Pelajar
   Terhadap Mata Pelajaran Sains di Sekolah Menengah Rendah Arab
   Bandar Pontian Johor. Tesis Sarjana Universiti Teknologi Malaysia.
7. Abu Zahari Abu Bakar (1987). Memahami Psikologi Pembelajaran , Kuala
   Lumpur , Fajar Bakti Sdn.Bhd.
8. Adnan @ Nan Bin Kamis (1994). Pertalian Antara Sikap Pelajar Terhadap
   Mata Pelajaran Tertentu Dan Pencapaian Dalam Peperiksaan Sijil
   Rendah Pelajaran. Tesis Universiti Malaya Kuala Lumpur.
9. Allport, I,R (1967) Attitudes and Other Affective Variables in Learning
   Mathematics, Review of Educational Research Volume 6 (293-311).
   Anderson, J. R (1990) Cognitive Psychology and its Implications (3rd ed).
   NY:W. H. Freeman.
10. Atan Long (1981) Psikologi Pendidikan Kuala Lumpur , Dewan Bahasa
   dan Pustaka.
11. Ausubel, D.P. (1968). Educational psychology: a cognitive view (2d ed).
   New York: Holt, Rinehart and Winston.
12. Aziz   Nordin    (1991)      Ke   Arah    Pembentukan       Pusat   Perawatan
   Pembelajaran ,Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor .
13. Brinton, D. M., Snow, M.A., Wesche , M. B. (1989). Content Based
   second Language Instruction.



                                       10
14. Rowley. MA: Newbury House. Cassel , J. & Johnstone , A. (1983).
      “Meaning of words and theTteaching of Chemistry.” Education on
      Chemistry. 20(1):10-11.
   15. Champange, A., Gunstone, R.F. & Klopfer, L. E (1985). “Instructional
      consequence of students’ knowledge about physical phenomena.” In L.
      West & a. Pines Eds). Cognitive structure and conceptual change. 61-90.
      Orlando, Fl: Academic Press.
   16. Crow dan Crow (1980) Psikologi Pendidikan Edisi Pertama Kuala Lumpur.
      Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s 281.
   17. Alexander von Berg & Helmut Pralle (1999). A concept for an Electronics
      Magazine. TERENA_NORDUnet Networking Conference (TNNC)
   18. Boukottaya A. Et. All (2003), “A Layered Approach To Make Interoperable
      Web       Based   Learning   Environments”.    ICOOL   2003:   International
      Conference on Open and Online Learning.
   19. Dabbagh, N. & Brenda B.R, (2005). “Constructivist Based Pedagogical
      Models” in Online Learning, Pearson Prentice Hall, US.
   20. Faisal Mohamad, Zuraidah Abdul Rahman dan Zarina Samsudin (2002),
      “E-pembelajaran: Satu Pendekatan Inovatif dalam Instruksi”. Prosiding
      Seminar: Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Darul Aman
      2002.
   21. Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir (2003). “Multimedia
      dalam Pendidikan”. PTS Publications & Distribution Sdn Bhd.
   22. Mohini    Mohamed     (1995),   “Penggunaan    Sejarah   Matematik    Bagi
      Pengajaran Matematik KBSM di Malaysia”. Skudai: Jawatankuasa
      Penyelidikan Fakulti Pendidikan.




                                   Penutup

Matematik menjadi salah satu unsur utama dalam agenda pembangunan negara
menuju tahun 2020 untuk mewujudkan sebuah masyarakat saintifik dan

                                         11
progresif. Peranan Matematik dalam sesebuah masyarakat tidak boleh
dipertikaikan. Kemajuan dalam bidang ini boleh dijadikan kayu penyukur bagi
tamadun fizikal sesebuah bangsa yang mana bangsa yang maju tidak
mengabaikan matematik (Rosaimi,1994). Dalam perkembangan Sains dan
Teknologi, penguasaan bidang Matematik merupakan teras yang perlu dikuasai
oleh para pelajar terutamanya pelajar dalam bidang kejuruteraan. Sistem
Pendidikan   Negara     yang   menitikberatkan   bidang   Sains   dan   Teknologi
sememangnya mengharapkan golongan pelajar yang mampu menguasai bidang
matematik. Guru-guru dalam sektor pendidikan khususnya mata pelajaran
matematik juga harus sedar akan tanggungjawab dan peranan yang dipikul
dalam mendidik anak bangsa dalam mencapai matlamat negara. Golongan
pendidik ini perlu memiliki kemahiran-kemahiran tertentu agar dapat mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan.


Persoalan tugasan


   1. Topik-topik esei: Bagaimanakah program-program pendidikan Matematik
      dari Negara luar telah mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik
      di Malaysia secara positif? Berpandukan program-program luar negara
      yang dikenali pasti, bincangkan pengaruh program-program tersebut,
      khususnya kesan positif ke atas pengajaran dan pembelajarn matematik
      sekolah rendah.




                                       12

matematik

  • 1.
    BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN. JABATAN MATEMATIK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) 2. BAGAIMANAKAH PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN MATEMATIK DARI LUAR TELAH MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA SACARA POSITIF. NAMA ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK (MTE 3102) TARIKH SERAHAN 28 APRIL 2012 PENGHARGAAN 1
  • 2.
    Bismillahi al-Rahman al-Rahim Peranan Matematik dalam sesebuah masyarakat tidak boleh dipertikaikan. Kemajuan dalam bidang ini boleh dijadikan kayu penyukur bagi tamadun fizikal sesebuah bangsa yang mana bangsa yang maju tidak mengabaikan matematik (Rosaimi,1994). Assalamualaikum dan salam hormat. Dengan kata-kata itu maka lahirlah sebuah usahasama yang saya lakukan. Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghormatan dan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang banyak menyumbang ilmu dan melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Selain itu, juga mengajar saya dalam subjek MTE 3102. Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kedua-dua tugasan ini (MTE 3102) yang bertajuk “Bagaimanakah program- program pendidikan Matematik dari Negara luar telah mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik di Malaysia secara positif?.”Tambahan pula, dapat saya siapkan tugasan ini pada masa dan waktu yang ditetapkan. Disamping itu, semangat, kesabaran, keikhlasan dan kesungguhan adalah lahirnya dari perjuangan saya sendiri. Harapan saya ialah berharap agar tugasan ini dapat membantu dalam peperiksaan akhir dan memberi markah yang lebih baik. Akan saya katakan sesuatu kejayaan adalah bermula daripada kegagalan, malah peluang akan mencurah selagi manusia akan mencari. Dengan kata-kata itu saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih, wassalam. 2
  • 3.
    TUGASAN 2 Topik-topik esei:Bagaimanakah program-program pendidikan Matematik dari Neg ara luar telah mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik di Malaysia secara positif? Berpandukan program-program luar negara yang dikenali pasti, bincangkan pengaruh program-program tersebut, khususnya kesan positif ke atas pengajaran dan pembelajarn matematik sekolah rendah. Pendidikan matematik merupakan sektor penyokong yang penting dalam perancangan kerajaan bagi menyediakan sumber manusia yang mempunyai pelbagai keupayaan dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan. Kepentingan 3
  • 4.
    sektor pendidikan matematikini telah diterjemahkan ke bentuk perancangan dan perlaksanaan kurikulum sistem pendidikan yang direka bentuk untuk melahirkan individu yang bukan sahaja berpengetahuan, menguasai kemahiran tertentu, berfikiran kritis dan analitis, cekap menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, imaginatif dan kreatif serta mempunyai sifat ingin mencipta dan menghasilkan sesuatu rekaan baru. Perkembangan yang berlaku kepada masyarakat dunia, telah memberi kesan terhadap rakyat Malaysia yang mana turut sama mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Sebagai mekanisme asas bagi perkembangan tersebut, sistem pendidikan negara perlu menerima cabaran ini dengan penuh kedinamikan. Selaras dengan itu proses pendidikan merupakan satu faktor penting untuk mencorak dan menggerakkan kegiatan manusia. Di Malaysia, perkembangan profesional dalam pendidikan khususnya pendidikan matematik pada zaman maklumat ini seharusnya dilaksanakan dalam rangka usaha merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Untuk memenuhi hasrat ini, kita perlu menjadi pengurus dan pemimpin pendidikan yang cekap, dedikasi dan berpandangan jauh (Nik Azis, 1996). Oleh sebab itu bagi melaksanakan proses ini para guru haruslah mempunyai daya pintar yang cerdas dan tinggi semasa pengajaran dan pembelajaran. Matlamat pendidikan khususnya Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan Matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Perbezaan Matematik dengan pelajaran lain ialah dari segi penekanan terhadap beberapa komponen kognitif tertentu yang digunakan. Tiga komponen penting yang ditekankan ialah pengetahuan dan kefahaman, penggunaan konsep dan penyelesaian masalah (Nik Azis, 1996). Dengan adanya ketiga-tiga elemen tersebut maka pembelajaran matematik akan menjadi lebih mudah, berkesan dan pencapaian pelajar juga lebih baik. Persoalannya, bagaimanakah program-program pendidikan Matematik dari Negara luar 4
  • 5.
    telah mempengaruhi perkembangankurikulum matematik di Malaysia secara positif? Pertama program-pramgram yang telah dipengaruhi oleh negara luar ialah Pembangunan Ruangan Statistik Dan Sejarah Dalam Majalah Web Dinamik ’Dunia Matematik’. ’Dunia Matematik’ merupakan sistem e-pembelajaran yang dilihat berpotensi sebagai alternatif yang berkesan dalam pembelajaran. Projek ini menekankan pembelajaran secara terbuka yang menjangkaui batasan silibus matapelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah web yang dinamik, perisian sistem kandungan dipilih sebagai medium penyampaian kerana perisian ini mudah digunakan dan percuma. Seterusnya, model ADDIE dipilih sebagai model rekabentuk kerana ia bertepatan dengan ciri-ciri majalah web yang menekankan proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk ’Dunia Matematik’ menyokong prinsip sosial konstruktivisme yang menekankan pengetahuan terbina semasa aktiviti social seperti perbincangan dan pertukaran pendapat antara ahli kumpulan serta interaksi antara rakan. Sehingga kini, sebanyak tujuh keluaran ‘Dunia Matematik’ telah dihasilkan. ‘Dunia Matematik’ dikeluarkan setiap bulan dan ia memuatkan beberapa ruangan yang memberikan pendedahan tentang kepelbagaian cabang matematik termasuklah Fokus, Isu Semasa, Kesenian, Sejarah, Statistik Kerjaya, Tokoh, Aplikasi, Tahukah Anda manakala aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti Pelajari Matematik, Perisian Matematik, Uji kefahaman, Permainan, Uji Minda dan Kuiz. Matematik masih lagi dianggap mata pelajaran yang sukar dikuasai oleh kebanyakan pelajar. Terdapat pelbagai perubahan dan usaha yang dilakukan dalam sistem pendidikan matematik negara untuk meningkatkan mutu dan kualiti dalam pendidikan matematik namun ia masih lagi berada di tahap sederhana. Pelajar sering mengganggap pembelajaran matematik itu sangat membosankan kerana anggapan mereka matematik itu hanyalah lebih berfokus kepada pengiraan, penggunaan rumus-rumus kompleks dan sebagainya (Zawawi, 2003). Kesan positif, Kesedaran bahawa bidang matematik hanya melibatkan pengiraan sahaja perlu diperbetul agar matematik tidak dilihat dari pandangan yang sempit. Ini kerana matematik itu adalah luas dan ia turut mencakupi keindahan sejarah 5
  • 6.
    dalam matematik danaplikasi statistik dalam kehidupan serta pelbagai disiplin yang perlu dipatuhi. Maka selari dengan dengan perkembangan teknologi yang mengikuti arus permodenan, pembelajaran berlandaskan teknologi maklumat dan komunikasi digunakan untuk menangani masalah tersebut. Pelaksanaan dalam e-pembelajaran dalam dunia pendidikan digunakan dalam memperbaiki kecacatan dalam sistem pendidikan matematik negara. Oleh itu, “Dunia Matematik’ merupakan projek majalah web matematik yang dilaksanakan supaya dapat menyediakan bahan dan aktiviti yang berkualiti serta dapat mewujudkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kedua, Perbandingan pengajaran berasaskan Multimedia dan Tradisional ke atas pencapaian matematik dan sikap matematik di kalangan pelajar berisiko. Mengikut sumber dan literatur berkaitan, pengajaran menggunakan multimedia dipercayai mampu merangsang pembelajaran dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Namun, bukti nyata yang menyokong atau menyangkal pernyataan ini khususnya di kalangan pelajar berisiko masih lagi kurang. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji perbandingan pengajaran Matematik berasaskan multimedia dan tradisional ke atas pencapaian Matematik dan sikap Matematik khususnya di kalangan para pelajar berisiko. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk eksperimen kuasi yang berlangsung selama 10 minggu dan melibatkan 54 orang pelajar. Ujian pencapaian Matematik dan soal selidik sikap Matematik digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis menggunakan teknik ujian-t berpasangan dan ANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kedua-dua kelas Matematik berasaskan multimedia dan tradisional. Namun, pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia tidak berbeza secara signifikan dengan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia, sebaliknya berlaku penurunan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. Walau 6
  • 7.
    bagaimanapun, kajian mendapatisikap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia juga tidak berbeza secara signifikan dengan sikap Matematik pelajar berisiko di dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. Kesan positif, Pencapaian adalah ukuran seseorang individu tentang apa yang diketahuinya setelah mengikuti sesuatu kursus ataupun latihan (Glossary of Terms 2008). Mengikut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), pencapaian akademik seseorang pelajar bagi peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bermaksud skor atau gred yang diperoleh berdasarkan sistem piawaian gred (ABCDE) bagi setiap mata pelajaran melalui sebuah peperiksaan khusus. Dalam kajian ini, pencapaian yang ingin dilihat secara khusus ialah pencapaian Matematik pelajar yang diperoleh daripada skor dan gred mengikut sistem pengredan A,B,C,D (lulus) dan E (gagal) berdasarkan status atau takrif yang ditetapkan oleh LPM. Akhir sekali, tahap perlaksanaan amalan pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaan pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris telah dilaksanakan sejak tahun 2003 secara peringkat demi peringkat. Pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris melibatkan perubahan komponen organisasi pengajaran dalam kurikulum Matematik. Perubahan itu adalah pertukaran bahasa pengantar dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan penggunaan ICT dan bahan-bahan interaktif multimedia sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Kedua-dua perubahan ini dalam komponen organisasi pengajaran matematik menuntut perubahan besar dan serta-merta daripada guru-guru selaku agen pelaksana perubahan kurikulum sekolah. Guru-guru perlu berubah daripada segi tingkah laku , kebiasaan, dan amalan pengajaran dalam melaksanakan perubahan kurikulum (Ornstein & Hunkins 1998). Peranan guru sebagai agen pelaksana dasar kerajaan yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek Matematik amat penting demi menjamin pencapaian akademik yang tinggi. Objektif-objektif kajian yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah seperti mengkaji tahap perlaksanaan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris oleh guru-guru sekolah rendah, mengkaji perbezaan tahap amalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris di antara sekolah bandar 7
  • 8.
    dan luar Bandar,mengkaji kesan amalan perlaksanaan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris terhadap sikap pelajar dalam mata pelajaran matematik, mengkaji kesan amalan perlaksanaan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris terhadap persepsi pelajar kepada guru matematik dan mengkaji kesan amalan perlaksanaan matematik dalam bahasa Inggeris terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik sekolah rendah. Berdasarkan analisis kajian ini , secara keseluruhannya tahap amalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah berada pada tahap tinggi. Analisis data yang telah dibuat adalah berasaskan kepada lima persoalan kajian yang telah diutarakan di peringkat awal kajian ini. Antara perkara utama yang telah dicapai melalui analisis ini didapati bahawa tidak terdapat perbezaan terhadap tahap perlaksanaan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris di antara sekolah bandar dan luar bandar, wujudnya hubungan yang signifikan antara perlaksanaan matematik dalam bahasa Inggeris dengan persepsi murid terhadap guru dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik, dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara perlaksanaan matematik dalam bahasa Inggeris dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik. Secara kesimpulannya, pada masa kini penggunaan Matematik telah bertambah dengan luasnya dalam semua lapisan masyarakat. Kalau dahulu masyarakat hanya berpendapat bahawa Matematik adalah untuk pengiraan sahaja, tetapi pada masa kini peranan yang dimainkan oleh Matematik meliputi pelbagai jenis aktiviti seperti pemprosesan data, simulasi, membuat keputusan dan komunikasi. Walaupun demikian jika dilihat situasi terkini kita akan mendapati banyak isu yang membincangkan tentang pendidikan Matematik. Salah satu isu yang hangat diperbincangkan adalah tentang kemerosotan pencapaian keputusan Matematik. Soalnya, dimanakah punca sebenarnya keadaan ini? Banyak faktor yang menyumbang kepada kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Faktor-faktor tersebut mungkin berpunca dari pelajar itu sendiri, kurikulum yang digunakan, budaya persekitaran dan juga guru yang mengajar. Para pelajar menganggap matematik suatu mata pelajaran yang sukar dan menjemukan. Ini secara tidak langsung akan 8
  • 9.
    mengurangkan minat mereka terhadap mata pelajaran ini. Selain itu kemerosotan pencapaian ini juga banyak berpunca dari sikap pelajar itu sendiri terhadap mata pelajaran matematik serta wujudnya kekurangan dalam pengetahuan, kemahiran dan kefahaman matematik sejak dari peringkat rendah lagi. Rujukan: 9
  • 10.
    1. Tan LayHong and Peggy Leong 2003. Professional Development of ITE Teachers Through Learning Circles. Paper presented at Teachers Education Institute 2003 Conference, Arizona. Feb. 2003. 2. Zaidatol Akmaliah 2005. Pengenalan. Dalam Zaidatol Akmaliah dan Foo Say Fooi. Memperkasa Pendidikan Pelajar Berisiko (hlmn. 1-4). Serdang: UPM. 3. Kementerian Pendidikan Malaysia 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd. 4. Abd. Rahim Abd. Rashid (2005) Profesional Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Abu Hassan Kassim (1998) Pengajaran dan Pembelajaran KBSM Universiti Teknologi Malaysia Skudai. 6. Abu Zahari (1967) dalam Shamsuddin Idris (1999) Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sains di Sekolah Menengah Rendah Arab Bandar Pontian Johor. Tesis Sarjana Universiti Teknologi Malaysia. 7. Abu Zahari Abu Bakar (1987). Memahami Psikologi Pembelajaran , Kuala Lumpur , Fajar Bakti Sdn.Bhd. 8. Adnan @ Nan Bin Kamis (1994). Pertalian Antara Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Tertentu Dan Pencapaian Dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Tesis Universiti Malaya Kuala Lumpur. 9. Allport, I,R (1967) Attitudes and Other Affective Variables in Learning Mathematics, Review of Educational Research Volume 6 (293-311). Anderson, J. R (1990) Cognitive Psychology and its Implications (3rd ed). NY:W. H. Freeman. 10. Atan Long (1981) Psikologi Pendidikan Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka. 11. Ausubel, D.P. (1968). Educational psychology: a cognitive view (2d ed). New York: Holt, Rinehart and Winston. 12. Aziz Nordin (1991) Ke Arah Pembentukan Pusat Perawatan Pembelajaran ,Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor . 13. Brinton, D. M., Snow, M.A., Wesche , M. B. (1989). Content Based second Language Instruction. 10
  • 11.
    14. Rowley. MA:Newbury House. Cassel , J. & Johnstone , A. (1983). “Meaning of words and theTteaching of Chemistry.” Education on Chemistry. 20(1):10-11. 15. Champange, A., Gunstone, R.F. & Klopfer, L. E (1985). “Instructional consequence of students’ knowledge about physical phenomena.” In L. West & a. Pines Eds). Cognitive structure and conceptual change. 61-90. Orlando, Fl: Academic Press. 16. Crow dan Crow (1980) Psikologi Pendidikan Edisi Pertama Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s 281. 17. Alexander von Berg & Helmut Pralle (1999). A concept for an Electronics Magazine. TERENA_NORDUnet Networking Conference (TNNC) 18. Boukottaya A. Et. All (2003), “A Layered Approach To Make Interoperable Web Based Learning Environments”. ICOOL 2003: International Conference on Open and Online Learning. 19. Dabbagh, N. & Brenda B.R, (2005). “Constructivist Based Pedagogical Models” in Online Learning, Pearson Prentice Hall, US. 20. Faisal Mohamad, Zuraidah Abdul Rahman dan Zarina Samsudin (2002), “E-pembelajaran: Satu Pendekatan Inovatif dalam Instruksi”. Prosiding Seminar: Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Darul Aman 2002. 21. Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir (2003). “Multimedia dalam Pendidikan”. PTS Publications & Distribution Sdn Bhd. 22. Mohini Mohamed (1995), “Penggunaan Sejarah Matematik Bagi Pengajaran Matematik KBSM di Malaysia”. Skudai: Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti Pendidikan. Penutup Matematik menjadi salah satu unsur utama dalam agenda pembangunan negara menuju tahun 2020 untuk mewujudkan sebuah masyarakat saintifik dan 11
  • 12.
    progresif. Peranan Matematikdalam sesebuah masyarakat tidak boleh dipertikaikan. Kemajuan dalam bidang ini boleh dijadikan kayu penyukur bagi tamadun fizikal sesebuah bangsa yang mana bangsa yang maju tidak mengabaikan matematik (Rosaimi,1994). Dalam perkembangan Sains dan Teknologi, penguasaan bidang Matematik merupakan teras yang perlu dikuasai oleh para pelajar terutamanya pelajar dalam bidang kejuruteraan. Sistem Pendidikan Negara yang menitikberatkan bidang Sains dan Teknologi sememangnya mengharapkan golongan pelajar yang mampu menguasai bidang matematik. Guru-guru dalam sektor pendidikan khususnya mata pelajaran matematik juga harus sedar akan tanggungjawab dan peranan yang dipikul dalam mendidik anak bangsa dalam mencapai matlamat negara. Golongan pendidik ini perlu memiliki kemahiran-kemahiran tertentu agar dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Persoalan tugasan 1. Topik-topik esei: Bagaimanakah program-program pendidikan Matematik dari Negara luar telah mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik di Malaysia secara positif? Berpandukan program-program luar negara yang dikenali pasti, bincangkan pengaruh program-program tersebut, khususnya kesan positif ke atas pengajaran dan pembelajarn matematik sekolah rendah. 12