SlideShare a Scribd company logo
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 
Topik 5.0 ETIKA PENGGUNAAN INTERNET 
A. Objektif 
Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 
1. Membuat penilaian terhadap bahan yang dimuat naik atau dimuat turun dari aspek 
etika dan kesan terhadap diri dan masyarakat 
B. Kandungan Pengajaran 
5.1 Kebaikan dan Keburukan Internet 
5.2 Kod Etika KPM 
5.3 Undang-undang Siber 
5.4 Privasi 
1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
5.1 Kebaikan dan Keburukan Internet 
5.1.1 Kebaikan Internet 
1 Perkongsian Maklumat 
Pelbagai maklumat dapat dikongsi dan diperolehi dengan hanya melayari internet 
tanpa dikenakan sebarang bayaran dan had masa. Maklumat yang diperolehi bukan 
sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk grafik. Pelayar sesawang hanya 
perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka 
inginkan sama ada digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan 
sebagainya. Di internet, terdapat banyak enjin carian dan google.com, search.com 
dan yahoo.com adalah beberapa contoh enjin carian yang lazim digunakan. 
2 Alat Komunikasi 
Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi. Internet merupakan 
alat komunikasi yang amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. 
Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah 
memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat 
meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah 
dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video yang membolehkan kita 
berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing 
hanya dengan menggunakan internet. Alat komunikasi ini juga amat berguna 
kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di serata dunia. Komunikasi 
antara setiap cawangan seluruh dunia dapat dijalankan hanya menggunakan Video 
Conferencing atau Tele-conference. 
3 Jimatkan Kos dan Masa 
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos 
panggilan telefon dan kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, 
kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog 
amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang tidak mengenakan 
sebarang caj. Manakala penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata 
caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan 
kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai 
cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat atau perbincangan dapat dilakukan hanya 
dengan menggunakan video conference atau tele-conference. Mereka tidak perlu 
mengembara ke serata tempat untuk bermesyuarat. 
2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
4 Berita Terkini 
Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. 
Kebanyakan surat khabar mempunyai laman web sendiri seperti The Star dan CNN. 
Laman web ini sentiasa dikemas kini dan memaparkan berita terkini yang berlaku di 
seluruh dunia. 
5 Promosi 
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat. Internet 
bukan sahaja murah malah lebih berkesan kerana boleh diakses di seluruh dunia. 
Terdapat syarikat yang menawarkan program berkembar yang amat berkesan dan 
murah untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan. 
6 Hiburan 
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh dinikmati hanya dengan melayari internet. 
Kita boleh menonton secara dalam talian dengan hanya melayari pelbagai laman 
web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan 
http://www.mysoju.com. Selain itu, terdapat juga permainan (games) yang boleh 
dimainkan secara dalam talian bersama-sama dengan gamers dari serata dunia. 
Melalui internet terdapat juga hiburan lain seperti mendengar muzik dan berinteraksi 
dengan kawan-kawan baru di alam maya. 
7 Pendidikan Secara Dalam Talian 
Pada masa kini terdapat banyak universiti yang telah menawarkan pendidikan 
secara jarak jauh yang memerlukan perkhidmatan internet. Pelajar tidak perlu 
menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakukan secara dalam talian dan 
pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota 
pembelajaran boleh dimuat turun secara dalam talian, kuliah boleh direkodkan dan 
pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Disamping itu, 
keputusan peperiksaan juga boleh diperolehi secara dalam talian. 
8 Perkhidmatan 
Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel 
dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi 
memudahkan pengguna. Contohnya, Maybank2u menawarkan perkhidmatan 
perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh 
menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang 
3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan, para pengguna boleh 
menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa. 
9 Sosial 
Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di 
seluruh dunia secara maya. Antara laman sosial yang popular ialah Facebook, 
Twitter, Google+ dan Instagram. Melalui laman sosial, pengguna dapat berhubung 
dengan rakan-rakan lama, mewujudkan kumpulan-kumpulan pengguna daripada 
minat dan hobi yang sama dan mengemaskini aktiviti-aktiviti semasa dengan cepat 
dan berkesan. 
5.1.2 Keburukan Internet 
1. Ketidaktepatan Maklumat 
Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet. Namun demikian, 
adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita hendak memastikan sama 
ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh 
mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. 
Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan 
maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan 
internet untuk menabur fitnah bagi tujuan menjatuhkan pihak tertentu. Oleh yang 
demikian, kita mestilah bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat yang diterima. 
2. Virus/Malware/Worm/Trojan 
Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala 
virus, malware, worm atau trojan. Pengguna internet perlu mempunyai pengetahuan 
tentang serangan virus, malware, worm atau trojan untuk memastikan komputer 
yang digunakan selamat daripada serangan virus dan data selamat daripada 
diceroboh. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer 
kita daripada serangan virus akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Virus, 
malware, worm atau trojan ini bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah 
boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini 
akan menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer seterusnya akan 
menganggu prestasi komputer dan juga rangkaian. 
4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
3. Bahan-Bahan yang Tidak Bermoral 
Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang tidak bermoral seperti gambar-gambar 
dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan 
remaja. Bahan-bahan ini memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara 
umumnya. Bahan-bahan begitu mudah didapati di internet. Ibu bapa hendaklah 
memantau laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka dan sekiranya 
perlu, perisian penapisan internet seperti Norton Family, DNS Angel, Bitdefender, 
Parental Controls, Family Safety dan lain-lain, perlulah dipasang di komputer yang 
digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau 
laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka. 
4. Isu Keselamatan 
Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, 
universiti, jabatan-jabatan kerajaan selamat daripada diakses oleh pihak-pihak yang 
tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam 
pelayan-pelayan yang menyimpan data-data kita? Pelayan yang mudah digodam 
oleh para penggodam boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data 
sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan dalam 
mengakses ke pelayan dan sistem sekuriti rangkaian haruslah dipertingkatkan serta 
dikemaskini dari semasa ke semasa. 
5. Pembaziran Masa dan Melalaikan 
Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain permainan dalam 
talian, sembang maya dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti 
ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mestilah dihadkan. 
Laman sosial facebook sahaja mempunyai pelbagai aplikasi yang boleh diguna 
seperti permainan dan sembang maya. Sesetengah syarikat menyekat akses ke 
laman tersebut kerana boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja 
mereka. 
5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
5.2 Kod Etika Kementerian Pendidikan Malaysia (Kpm) 
i. Pekeliling ICT Bilangan 1 Tahun 2012 Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat 
Dan Komunikasi (DKICT) KPM Versi 2.0. 
Dasar ini bertujuan menerangkan peraturan-peraturan yang mesti dibaca, difahami 
dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pekeliling ini boleh dicapai melalui 
http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict 
ii. Garis Panduan Penggunaan dan Pengurusan E-Mel Kementerian Pendidikan 
Malaysia (KPM) 
Garis panduan ini berkenaan dengan panduan penggunaan dan pengurusan e-mel 
KPM di sediakan bagi tujuan sebagai panduan penggunaan dan pengurusan e-mel 
semua bahagian khususnya dalam pengurusan penghantaran dokumen melalui e-mel. 
Garis panduan ini boleh dicapai melalui pautan 
http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict 
iii. Garis Panduan Norma Agihan dan Tatacara Penggunaan Bagi Capaian Internet, 
E-Mel dan Broadband Tanpa Wayar Bagi Tujuan Pengurusan dan Pentadbiran 
KPM. 
Tujuan kertas ini untuk menyediakan satu garis panduan berkaitan norma 
pengagihan dan tatacara penggunaan bagi capaian internet, e-mel rasmi dan 
broadband tanpa wayar (wireless broadband) bagi kakitangan pengurusan dan 
pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis panduan ini boleh dicapai 
melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict 
iv. Surat Pekeliling ICT Bil. 2/2014 – Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus 
Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pendidikan Malaysia 
Surat Pekeliling ini bermaksud memberi panduan kepada Ketua-Ketua Bahagian, 
Jabatan/Agensi dan Badan Berkanun untuk merujuk dan menerangkan mengenai 
pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pendidikan 
Malaysia. Surat Pekeliling ini boleh dicapai melalui 
http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict 
6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
v. Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman web/ 
Portal Kementerian Pelajaran Malaysia 
Surat pekeliling ini bermaksud memberi garis panduan kepada ketua-ketua Jabatan/ 
Bahagian untuk merujuk dan menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus 
Jawatankuasa Laman web/portal Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis panduan 
ini boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict 
5.3 Undang-Undang Siber 
Malaysia telah meletakkan asas yang kukuh pada pembangunan ICT dengan menyediakan 
undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan 
diluluskan, seperti berikut: 
i. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 
ii. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998. 
Iii Akta Tandatangan Digital 1997. 
Iv Akta Jenayah Komputer 1997. 
v. Akta Teleperubatan 1997. 
i. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 
Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia 
menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini 
disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industri komunikasi dan multimedia (Sila 
rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan 
Siber). Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tidak ada tapisan dalam 
internet di bawah Seksyen 3(3). Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah 
kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia 
di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, 
Air dan Komunikasi (kini komponen komunikasi dikeluarkan dan digabungkan 
dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan). 
ii. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 
Akta ini membolehkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan 
berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa perlesenan 
terhadap spektrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di 
bawah suruhanjaya ini. 
7 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
iii. Akta Tandatangan Digital 1997. 
Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui 
online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah 
sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang 
ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk 
melaksanakan dokumentasi secara online. 
iv. Akta Jenayah Komputer 1997. 
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya 
berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini 
memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya. 
v. Akta Teleperubatan 1997 
Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan 
jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia 
memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal 
perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. 
vi. Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997. 
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta 
induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui 
internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta. 
vii. Akta Perdagangan Elektronik 2006 
Akta Perdagangan Elektronik 2006 mengiktiraf dari segi undang-undang semua 
transaksi yang dijalankan secara elektronik tetapi pada masa yang sama tidak 
menghalang transaksi secara konvensional. Dengan adanya penentuan sah, perkara 
itu akan memberi keyakinan kepada masyarakat secara umum untuk membuat 
transaksi secara elektronik. Akta ini turut menekankan aspek pelindungan pengguna 
itu penting bagi memastikan pengguna secara amnya mempunyai keyakinan untuk 
menjalankan transaksi secara elektonik. 
8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
viii. Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 
Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan 
undang-undang mesej elektronik dalam urusan Antara Kerajaan dengan orang 
awam. Urusan-urusan seperti permohonan lesen, permohonan pendaftaran sebagai 
kontraktor kerajaan dapat dijalankan secara elektronik untuk memudahkan urusan. 
Akta ini mengiktiraf pelaksanaan aktiviti kerajaan secara elektronik seperti 
pelaksanaan urusan Kerajaan melalui Internet atau Kiosk contohnya MyEG. 
5.4 Privasi 
5.4.1 Secara umumnya privasi dalam penggunaan internet melibatkan: 
i. Perlindungan data 
Teknologi terkini termasuk enkripsi data digunakan untuk melindungi data yang 
dihantar dan mematuhi kepada piawaian keselamatan yang ketat bagi menghalang 
capaian yang tidak dibenarkan daripada di akses. 
ii. Keselamatan data 
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan 
disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai. 
5.4.2 Isu-isu berkaitan privasi 
i. Isu keselamatan sistem maklumat dan perlindungan privasi pengguna. Bagi isu 
keselamatan melibatkan aksi pencerobohan (intrusion) terhadap sistem 
maklumat, merosakkan atau membuat perubahan terhadap sistem. 
ii. Penyebaran virus menerusi sistem internet. 
iii. Isu pencurian maklumat peribadi menerusi sistem maklumat. 
iv. Isu spamming iaitu email masuk memenuhi store penyimpanan data tanpa perlu 
pengesahan. 
v. Berkaitan fungsi ticker, subscribe dan timeline dalam facebook yang membenarkan 
perkongsian data tanpa perlu pengesahan. 
9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

More Related Content

What's hot

Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan-
 
Bab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaranBab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaran
zuraidanasri
 
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmrKebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmrZaliey Zakaria
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraLinda Zain
 
Isu penampilan guru
Isu penampilan guruIsu penampilan guru
Isu penampilan guru
Aleeya Maisara
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
parydave
 
Kemiskinan bandar
Kemiskinan bandarKemiskinan bandar
Kemiskinan bandar
sufiey84
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridfiro HAR
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Mohd Saiful Hisyam Jasni
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Shahrul Zaini
 
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahBudaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahnoorqaseh_ramadhan
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razakfiro HAR
 
Etika penggunaan internet
Etika penggunaan internetEtika penggunaan internet
Etika penggunaan internetanaiyl91
 
Bagaimana cabaran globalisasi mempengaruhi he di malaysia
Bagaimana cabaran globalisasi mempengaruhi he di malaysiaBagaimana cabaran globalisasi mempengaruhi he di malaysia
Bagaimana cabaran globalisasi mempengaruhi he di malaysiaMohamed Syafiq
 
What's hot (20)

Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Keselamatan data
Keselamatan dataKeselamatan data
Keselamatan data
 
Bab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaranBab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaran
 
Undang-undang siber
Undang-undang siberUndang-undang siber
Undang-undang siber
 
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmrKebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
Kebaikan dan keburukan pemansuhan pmr
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
 
Isu penampilan guru
Isu penampilan guruIsu penampilan guru
Isu penampilan guru
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Kemiskinan bandar
Kemiskinan bandarKemiskinan bandar
Kemiskinan bandar
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahBudaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razak
 
Pengayaan
PengayaanPengayaan
Pengayaan
 
Etika penggunaan internet
Etika penggunaan internetEtika penggunaan internet
Etika penggunaan internet
 
Bagaimana cabaran globalisasi mempengaruhi he di malaysia
Bagaimana cabaran globalisasi mempengaruhi he di malaysiaBagaimana cabaran globalisasi mempengaruhi he di malaysia
Bagaimana cabaran globalisasi mempengaruhi he di malaysia
 
Viewers also liked

Etika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan InternetEtika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan Internet
SMK HUTAN MELINTANG
 
Etika penggunaan internet
Etika penggunaan internetEtika penggunaan internet
Etika penggunaan internetHasraf Fikri
 
Penggunaan Internet dalam Perniagaan
Penggunaan Internet dalam PerniagaanPenggunaan Internet dalam Perniagaan
Penggunaan Internet dalam Perniagaan
hard.Life
 
Etika penggunaan internet
Etika penggunaan internetEtika penggunaan internet
Etika penggunaan internetJata Unjah
 
Seminar Perniagaan Atas Talian
Seminar Perniagaan Atas TalianSeminar Perniagaan Atas Talian
Seminar Perniagaan Atas Talian
Mohd Iznan Shamsuddin
 
3.1.3.2 perbezaan antara lan, man and wan
3.1.3.2 perbezaan antara lan, man and wan3.1.3.2 perbezaan antara lan, man and wan
3.1.3.2 perbezaan antara lan, man and wanmasitaomar72
 
TMK Tahun 5: Rangkaian Protokol dan Etika Penggunaan Internet
TMK Tahun 5: Rangkaian Protokol dan Etika Penggunaan InternetTMK Tahun 5: Rangkaian Protokol dan Etika Penggunaan Internet
TMK Tahun 5: Rangkaian Protokol dan Etika Penggunaan Internet
Noor Azma
 
Legal and ethical issues for using technology in the classroom
Legal and ethical issues for using technology in the classroomLegal and ethical issues for using technology in the classroom
Legal and ethical issues for using technology in the classroomjlknight
 
komunikasi dalam talian
komunikasi dalam taliankomunikasi dalam talian
komunikasi dalam talianpian umt
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 6
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 6TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 6
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 6
SK Sungai Embak
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2
SK Sungai Embak
 
E Marketing Ch5 Ethical Legal
E Marketing Ch5 Ethical LegalE Marketing Ch5 Ethical Legal
E Marketing Ch5 Ethical Legal
Largest Catholic University
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1
SK Sungai Embak
 
KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARAT
KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARATKERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARAT
KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARAT
alizaridwan
 
Teaching Ethical and Legal use of Technology in the Classroom
Teaching Ethical and Legal use of Technology in the ClassroomTeaching Ethical and Legal use of Technology in the Classroom
Teaching Ethical and Legal use of Technology in the ClassroomMrs.Faust
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkah
jayadarshu
 
Legal, Ethical and Social Issues in Technology
Legal, Ethical and Social Issues in TechnologyLegal, Ethical and Social Issues in Technology
Legal, Ethical and Social Issues in Technology
Rachel Farnese
 
Viewers also liked (18)

Etika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan InternetEtika Penggunaan Internet
Etika Penggunaan Internet
 
Etika penggunaan internet
Etika penggunaan internetEtika penggunaan internet
Etika penggunaan internet
 
Penggunaan Internet dalam Perniagaan
Penggunaan Internet dalam PerniagaanPenggunaan Internet dalam Perniagaan
Penggunaan Internet dalam Perniagaan
 
Etika penggunaan internet
Etika penggunaan internetEtika penggunaan internet
Etika penggunaan internet
 
Seminar Perniagaan Atas Talian
Seminar Perniagaan Atas TalianSeminar Perniagaan Atas Talian
Seminar Perniagaan Atas Talian
 
3.1.3.2 perbezaan antara lan, man and wan
3.1.3.2 perbezaan antara lan, man and wan3.1.3.2 perbezaan antara lan, man and wan
3.1.3.2 perbezaan antara lan, man and wan
 
TMK Tahun 5: Rangkaian Protokol dan Etika Penggunaan Internet
TMK Tahun 5: Rangkaian Protokol dan Etika Penggunaan InternetTMK Tahun 5: Rangkaian Protokol dan Etika Penggunaan Internet
TMK Tahun 5: Rangkaian Protokol dan Etika Penggunaan Internet
 
Legal and ethical issues for using technology in the classroom
Legal and ethical issues for using technology in the classroomLegal and ethical issues for using technology in the classroom
Legal and ethical issues for using technology in the classroom
 
komunikasi dalam talian
komunikasi dalam taliankomunikasi dalam talian
komunikasi dalam talian
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 6
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 6TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 6
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 6
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 2
 
E Marketing Ch5 Ethical Legal
E Marketing Ch5 Ethical LegalE Marketing Ch5 Ethical Legal
E Marketing Ch5 Ethical Legal
 
Bpp 304 mesyuarat
Bpp 304 mesyuaratBpp 304 mesyuarat
Bpp 304 mesyuarat
 
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1
TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 1
 
KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARAT
KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARATKERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARAT
KERTAS PENERANGAN 1 BKP 304 MESYUARAT
 
Teaching Ethical and Legal use of Technology in the Classroom
Teaching Ethical and Legal use of Technology in the ClassroomTeaching Ethical and Legal use of Technology in the Classroom
Teaching Ethical and Legal use of Technology in the Classroom
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkah
 
Legal, Ethical and Social Issues in Technology
Legal, Ethical and Social Issues in TechnologyLegal, Ethical and Social Issues in Technology
Legal, Ethical and Social Issues in Technology
 
Similar to Topik 5 etika penggunaan internet

Tugasan individu
Tugasan individuTugasan individu
Tugasan individuTasnimHadi
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
Naveen Segaran
 
Rangkuman Bab 8.pptx
Rangkuman Bab 8.pptxRangkuman Bab 8.pptx
Rangkuman Bab 8.pptx
BaronRayendraBramant
 
Sistem Jaringan 2 Diskusi 1.pdf
Sistem Jaringan 2 Diskusi 1.pdfSistem Jaringan 2 Diskusi 1.pdf
Sistem Jaringan 2 Diskusi 1.pdf
HendroGunawan8
 
Oumh1103
Oumh1103 Oumh1103
Oumh1103
Romzi Bin Zainal
 
Oumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learnersOumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learners
Romzi Bin Zainal
 
Manfaat internet di era sekarang ini
Manfaat  internet di era sekarang iniManfaat  internet di era sekarang ini
Manfaat internet di era sekarang inisijugul
 
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Nik Ibrahim Nik Mat
 
Etika penggunaan internet
Etika penggunaan internetEtika penggunaan internet
Etika penggunaan internetuyahdon
 
Etika penggunaan internet
Etika penggunaan internetEtika penggunaan internet
Etika penggunaan internetuyahdon
 
Buku digital
Buku digitalBuku digital
Buku digital
reqaagungvitaloka
 
Tugas simulasi digital (rizky maunala) 10, tptu 2
Tugas simulasi digital (rizky maunala) 10, tptu 2Tugas simulasi digital (rizky maunala) 10, tptu 2
Tugas simulasi digital (rizky maunala) 10, tptu 2Rizky Maulana
 
RPP KKPI KLS.12 Sem.Genap TP 2014-2015
RPP KKPI KLS.12 Sem.Genap  TP 2014-2015RPP KKPI KLS.12 Sem.Genap  TP 2014-2015
RPP KKPI KLS.12 Sem.Genap TP 2014-2015
Puri Cikgu
 
Dampak positif dan negatif penggunaan internet dikalangan remaja
Dampak positif dan negatif penggunaan internet dikalangan remajaDampak positif dan negatif penggunaan internet dikalangan remaja
Dampak positif dan negatif penggunaan internet dikalangan remaja
andiselviana
 
Internet
InternetInternet
Internet
Summa Mahenni
 
Bab II
Bab IIBab II
Sia, gilangramadhan, suryanih, stiami
Sia, gilangramadhan, suryanih, stiamiSia, gilangramadhan, suryanih, stiami
Sia, gilangramadhan, suryanih, stiami
Gilang Ramadhan
 
Similar to Topik 5 etika penggunaan internet (20)

Tugasan individu
Tugasan individuTugasan individu
Tugasan individu
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanTugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Makalah_48 Teknologi informasi dan komunikasi kel 5
Makalah_48 Teknologi informasi dan komunikasi kel 5Makalah_48 Teknologi informasi dan komunikasi kel 5
Makalah_48 Teknologi informasi dan komunikasi kel 5
 
Rangkuman Bab 8.pptx
Rangkuman Bab 8.pptxRangkuman Bab 8.pptx
Rangkuman Bab 8.pptx
 
Ledakan it meletus dimana
Ledakan it meletus dimanaLedakan it meletus dimana
Ledakan it meletus dimana
 
Sistem Jaringan 2 Diskusi 1.pdf
Sistem Jaringan 2 Diskusi 1.pdfSistem Jaringan 2 Diskusi 1.pdf
Sistem Jaringan 2 Diskusi 1.pdf
 
Oumh1103
Oumh1103 Oumh1103
Oumh1103
 
Oumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learnersOumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learners
 
Manfaat internet di era sekarang ini
Manfaat  internet di era sekarang iniManfaat  internet di era sekarang ini
Manfaat internet di era sekarang ini
 
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Etika penggunaan internet
Etika penggunaan internetEtika penggunaan internet
Etika penggunaan internet
 
Etika penggunaan internet
Etika penggunaan internetEtika penggunaan internet
Etika penggunaan internet
 
Buku digital
Buku digitalBuku digital
Buku digital
 
Tugas simulasi digital (rizky maunala) 10, tptu 2
Tugas simulasi digital (rizky maunala) 10, tptu 2Tugas simulasi digital (rizky maunala) 10, tptu 2
Tugas simulasi digital (rizky maunala) 10, tptu 2
 
RPP KKPI KLS.12 Sem.Genap TP 2014-2015
RPP KKPI KLS.12 Sem.Genap  TP 2014-2015RPP KKPI KLS.12 Sem.Genap  TP 2014-2015
RPP KKPI KLS.12 Sem.Genap TP 2014-2015
 
Dampak positif dan negatif penggunaan internet dikalangan remaja
Dampak positif dan negatif penggunaan internet dikalangan remajaDampak positif dan negatif penggunaan internet dikalangan remaja
Dampak positif dan negatif penggunaan internet dikalangan remaja
 
Internet
InternetInternet
Internet
 
Bab II
Bab IIBab II
Bab II
 
Sia, gilangramadhan, suryanih, stiami
Sia, gilangramadhan, suryanih, stiamiSia, gilangramadhan, suryanih, stiami
Sia, gilangramadhan, suryanih, stiami
 
More from Champ14n

Idea paparan.ppt
Idea paparan.pptIdea paparan.ppt
Idea paparan.ppt
Champ14n
 
penghayatan rukun negara-buku skrap.docx
penghayatan rukun negara-buku skrap.docxpenghayatan rukun negara-buku skrap.docx
penghayatan rukun negara-buku skrap.docx
Champ14n
 
Topik 7 blog
Topik 7   blogTopik 7   blog
Topik 7 blog
Champ14n
 
Topik 6 perkhidmatan internet
Topik 6   perkhidmatan internetTopik 6   perkhidmatan internet
Topik 6 perkhidmatan internet
Champ14n
 
Topik 4 pengenalan kepada internet
Topik 4   pengenalan kepada internetTopik 4   pengenalan kepada internet
Topik 4 pengenalan kepada internet
Champ14n
 
Topik 3 protokol
Topik 3    protokolTopik 3    protokol
Topik 3 protokol
Champ14n
 
Topik 2 perkakasan dan perisian
Topik 2   perkakasan dan perisianTopik 2   perkakasan dan perisian
Topik 2 perkakasan dan perisian
Champ14n
 
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1   pengenalan kepada pangkalan dataTopik 1   pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
Champ14n
 
Topik 2 pembangunan pangkalan data
Topik 2   pembangunan pangkalan dataTopik 2   pembangunan pangkalan data
Topik 2 pembangunan pangkalan data
Champ14n
 
Topik 1 pengenalan kepada rangkaian
Topik 1   pengenalan kepada rangkaianTopik 1   pengenalan kepada rangkaian
Topik 1 pengenalan kepada rangkaian
Champ14n
 
More from Champ14n (10)

Recently uploaded

Notulen Rapat 2023 pemerintahan desa.docx
Notulen Rapat 2023 pemerintahan desa.docxNotulen Rapat 2023 pemerintahan desa.docx
Notulen Rapat 2023 pemerintahan desa.docx
PemerintahanNagariKu1
 
Kesejahteraan hewan (KESRAWAN) dalam pemotongan hewan kurban.pptx
Kesejahteraan hewan (KESRAWAN) dalam pemotongan hewan kurban.pptxKesejahteraan hewan (KESRAWAN) dalam pemotongan hewan kurban.pptx
Kesejahteraan hewan (KESRAWAN) dalam pemotongan hewan kurban.pptx
gustin17
 
Pengawasan Usaha Pembudidayaan Ikan Pasca UU Cipta Kerja
Pengawasan Usaha Pembudidayaan Ikan Pasca UU Cipta KerjaPengawasan Usaha Pembudidayaan Ikan Pasca UU Cipta Kerja
Pengawasan Usaha Pembudidayaan Ikan Pasca UU Cipta Kerja
teraspky798
 
Pendidikan Politik Bagi Perempuan Dalam Pemilu 2024
Pendidikan Politik Bagi Perempuan Dalam Pemilu 2024Pendidikan Politik Bagi Perempuan Dalam Pemilu 2024
Pendidikan Politik Bagi Perempuan Dalam Pemilu 2024
AmruRevanda
 
TATACARA PENGGUNAAN APLIKASI SIGA-VERVAL (1).pptx
TATACARA PENGGUNAAN APLIKASI SIGA-VERVAL (1).pptxTATACARA PENGGUNAAN APLIKASI SIGA-VERVAL (1).pptx
TATACARA PENGGUNAAN APLIKASI SIGA-VERVAL (1).pptx
TariHappie
 
PAPARAN PERIZINAN MELALUI OSS RBA DAN PANDUAN PENDAFTARAN
PAPARAN PERIZINAN MELALUI OSS RBA DAN PANDUAN PENDAFTARANPAPARAN PERIZINAN MELALUI OSS RBA DAN PANDUAN PENDAFTARAN
PAPARAN PERIZINAN MELALUI OSS RBA DAN PANDUAN PENDAFTARAN
ahmad Subbanul
 
Mitigasi Penyelamatan Mata Air Nganjuk.pdf
Mitigasi Penyelamatan Mata Air Nganjuk.pdfMitigasi Penyelamatan Mata Air Nganjuk.pdf
Mitigasi Penyelamatan Mata Air Nganjuk.pdf
pelestarikawasanwili
 
Regulasi Wakaf di Indonesia Tahun 021.pdf
Regulasi Wakaf di Indonesia Tahun 021.pdfRegulasi Wakaf di Indonesia Tahun 021.pdf
Regulasi Wakaf di Indonesia Tahun 021.pdf
MuhaiminMuha
 
Pembangunan IKN sbg Strategi Penggerak Pemerataan
Pembangunan IKN sbg Strategi Penggerak PemerataanPembangunan IKN sbg Strategi Penggerak Pemerataan
Pembangunan IKN sbg Strategi Penggerak Pemerataan
Tri Widodo W. UTOMO
 
Materi Edukasi Penyelamatan Mata Air.pdf
Materi Edukasi Penyelamatan Mata Air.pdfMateri Edukasi Penyelamatan Mata Air.pdf
Materi Edukasi Penyelamatan Mata Air.pdf
pelestarikawasanwili
 
Recently uploaded (10)

Topik 5 etika penggunaan internet

  • 1. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET Topik 5.0 ETIKA PENGGUNAAN INTERNET A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Membuat penilaian terhadap bahan yang dimuat naik atau dimuat turun dari aspek etika dan kesan terhadap diri dan masyarakat B. Kandungan Pengajaran 5.1 Kebaikan dan Keburukan Internet 5.2 Kod Etika KPM 5.3 Undang-undang Siber 5.4 Privasi 1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 2. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 5.1 Kebaikan dan Keburukan Internet 5.1.1 Kebaikan Internet 1 Perkongsian Maklumat Pelbagai maklumat dapat dikongsi dan diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan had masa. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk grafik. Pelayar sesawang hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka inginkan sama ada digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Di internet, terdapat banyak enjin carian dan google.com, search.com dan yahoo.com adalah beberapa contoh enjin carian yang lazim digunakan. 2 Alat Komunikasi Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi. Internet merupakan alat komunikasi yang amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video yang membolehkan kita berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing hanya dengan menggunakan internet. Alat komunikasi ini juga amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di serata dunia. Komunikasi antara setiap cawangan seluruh dunia dapat dijalankan hanya menggunakan Video Conferencing atau Tele-conference. 3 Jimatkan Kos dan Masa Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang tidak mengenakan sebarang caj. Manakala penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat atau perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference atau tele-conference. Mereka tidak perlu mengembara ke serata tempat untuk bermesyuarat. 2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 3. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 4 Berita Terkini Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan surat khabar mempunyai laman web sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini sentiasa dikemas kini dan memaparkan berita terkini yang berlaku di seluruh dunia. 5 Promosi Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat. Internet bukan sahaja murah malah lebih berkesan kerana boleh diakses di seluruh dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program berkembar yang amat berkesan dan murah untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan. 6 Hiburan Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh dinikmati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton secara dalam talian dengan hanya melayari pelbagai laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain itu, terdapat juga permainan (games) yang boleh dimainkan secara dalam talian bersama-sama dengan gamers dari serata dunia. Melalui internet terdapat juga hiburan lain seperti mendengar muzik dan berinteraksi dengan kawan-kawan baru di alam maya. 7 Pendidikan Secara Dalam Talian Pada masa kini terdapat banyak universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh yang memerlukan perkhidmatan internet. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakukan secara dalam talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara dalam talian, kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Disamping itu, keputusan peperiksaan juga boleh diperolehi secara dalam talian. 8 Perkhidmatan Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Contohnya, Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang 3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 4. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan, para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa. 9 Sosial Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia secara maya. Antara laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan Instagram. Melalui laman sosial, pengguna dapat berhubung dengan rakan-rakan lama, mewujudkan kumpulan-kumpulan pengguna daripada minat dan hobi yang sama dan mengemaskini aktiviti-aktiviti semasa dengan cepat dan berkesan. 5.1.2 Keburukan Internet 1. Ketidaktepatan Maklumat Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet. Namun demikian, adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita hendak memastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk menabur fitnah bagi tujuan menjatuhkan pihak tertentu. Oleh yang demikian, kita mestilah bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat yang diterima. 2. Virus/Malware/Worm/Trojan Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus, malware, worm atau trojan. Pengguna internet perlu mempunyai pengetahuan tentang serangan virus, malware, worm atau trojan untuk memastikan komputer yang digunakan selamat daripada serangan virus dan data selamat daripada diceroboh. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita daripada serangan virus akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Virus, malware, worm atau trojan ini bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini akan menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer seterusnya akan menganggu prestasi komputer dan juga rangkaian. 4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 5. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 3. Bahan-Bahan yang Tidak Bermoral Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Bahan-bahan ini memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah didapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, perisian penapisan internet seperti Norton Family, DNS Angel, Bitdefender, Parental Controls, Family Safety dan lain-lain, perlulah dipasang di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka. 4. Isu Keselamatan Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, universiti, jabatan-jabatan kerajaan selamat daripada diakses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam pelayan-pelayan yang menyimpan data-data kita? Pelayan yang mudah digodam oleh para penggodam boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan dalam mengakses ke pelayan dan sistem sekuriti rangkaian haruslah dipertingkatkan serta dikemaskini dari semasa ke semasa. 5. Pembaziran Masa dan Melalaikan Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain permainan dalam talian, sembang maya dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mestilah dihadkan. Laman sosial facebook sahaja mempunyai pelbagai aplikasi yang boleh diguna seperti permainan dan sembang maya. Sesetengah syarikat menyekat akses ke laman tersebut kerana boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka. 5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 6. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 5.2 Kod Etika Kementerian Pendidikan Malaysia (Kpm) i. Pekeliling ICT Bilangan 1 Tahun 2012 Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (DKICT) KPM Versi 2.0. Dasar ini bertujuan menerangkan peraturan-peraturan yang mesti dibaca, difahami dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pekeliling ini boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict ii. Garis Panduan Penggunaan dan Pengurusan E-Mel Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Garis panduan ini berkenaan dengan panduan penggunaan dan pengurusan e-mel KPM di sediakan bagi tujuan sebagai panduan penggunaan dan pengurusan e-mel semua bahagian khususnya dalam pengurusan penghantaran dokumen melalui e-mel. Garis panduan ini boleh dicapai melalui pautan http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict iii. Garis Panduan Norma Agihan dan Tatacara Penggunaan Bagi Capaian Internet, E-Mel dan Broadband Tanpa Wayar Bagi Tujuan Pengurusan dan Pentadbiran KPM. Tujuan kertas ini untuk menyediakan satu garis panduan berkaitan norma pengagihan dan tatacara penggunaan bagi capaian internet, e-mel rasmi dan broadband tanpa wayar (wireless broadband) bagi kakitangan pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis panduan ini boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict iv. Surat Pekeliling ICT Bil. 2/2014 – Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pendidikan Malaysia Surat Pekeliling ini bermaksud memberi panduan kepada Ketua-Ketua Bahagian, Jabatan/Agensi dan Badan Berkanun untuk merujuk dan menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling ini boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict 6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 7. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 v. Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman web/ Portal Kementerian Pelajaran Malaysia Surat pekeliling ini bermaksud memberi garis panduan kepada ketua-ketua Jabatan/ Bahagian untuk merujuk dan menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa Laman web/portal Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis panduan ini boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict 5.3 Undang-Undang Siber Malaysia telah meletakkan asas yang kukuh pada pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut: i. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. ii. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998. Iii Akta Tandatangan Digital 1997. Iv Akta Jenayah Komputer 1997. v. Akta Teleperubatan 1997. i. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industri komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber). Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tidak ada tapisan dalam internet di bawah Seksyen 3(3). Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (kini komponen komunikasi dikeluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan). ii. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta ini membolehkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa perlesenan terhadap spektrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini. 7 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 8. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 iii. Akta Tandatangan Digital 1997. Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online. iv. Akta Jenayah Komputer 1997. Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya. v. Akta Teleperubatan 1997 Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. vi. Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997. Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta. vii. Akta Perdagangan Elektronik 2006 Akta Perdagangan Elektronik 2006 mengiktiraf dari segi undang-undang semua transaksi yang dijalankan secara elektronik tetapi pada masa yang sama tidak menghalang transaksi secara konvensional. Dengan adanya penentuan sah, perkara itu akan memberi keyakinan kepada masyarakat secara umum untuk membuat transaksi secara elektronik. Akta ini turut menekankan aspek pelindungan pengguna itu penting bagi memastikan pengguna secara amnya mempunyai keyakinan untuk menjalankan transaksi secara elektonik. 8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 9. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 viii. Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urusan Antara Kerajaan dengan orang awam. Urusan-urusan seperti permohonan lesen, permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerajaan dapat dijalankan secara elektronik untuk memudahkan urusan. Akta ini mengiktiraf pelaksanaan aktiviti kerajaan secara elektronik seperti pelaksanaan urusan Kerajaan melalui Internet atau Kiosk contohnya MyEG. 5.4 Privasi 5.4.1 Secara umumnya privasi dalam penggunaan internet melibatkan: i. Perlindungan data Teknologi terkini termasuk enkripsi data digunakan untuk melindungi data yang dihantar dan mematuhi kepada piawaian keselamatan yang ketat bagi menghalang capaian yang tidak dibenarkan daripada di akses. ii. Keselamatan data Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai. 5.4.2 Isu-isu berkaitan privasi i. Isu keselamatan sistem maklumat dan perlindungan privasi pengguna. Bagi isu keselamatan melibatkan aksi pencerobohan (intrusion) terhadap sistem maklumat, merosakkan atau membuat perubahan terhadap sistem. ii. Penyebaran virus menerusi sistem internet. iii. Isu pencurian maklumat peribadi menerusi sistem maklumat. iv. Isu spamming iaitu email masuk memenuhi store penyimpanan data tanpa perlu pengesahan. v. Berkaitan fungsi ticker, subscribe dan timeline dalam facebook yang membenarkan perkongsian data tanpa perlu pengesahan. 9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET