SlideShare a Scribd company logo
NAMA          : NOOR HIDAYAH BT ABDUL KARIM

NO MATRIK: M20102000968

KURSUS        : KPT6044

TUGASAN 3 : KAJIAN TINJAUAN

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. HJ. ABD. LATIF BIN HJ. GAPOR




Kajian Tinjauan: Kelebihan dan kelemahan penggunaan internet kepada pelajar
sekolah.




1.0 PENGENALAN

    Bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini tidak dapat dinafikan akan
    kewujudannya. Ia sudah menjadi komponen utama dalam kehidupan harian dan akan
    bertambah penting pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi pihak kerajaan telah
    mengambil inisiatif untuk menjadikan ekonomi digital sebagai tulang belakang ekonomi
    negara serta untuk menjadi pendahulu era digital dan maklumat. Cabaran yang menanti
    kita kelak tentulah cabaran dalam usaha menjadikan teknologi maklumat sebagai budaya
    khalayak yang sekaligus mencerminkan ciri penerimaannya secara menyeluruh sebagai
    sebahagian daripada resam kehidupan seharian masyarakat serta dapat membendung isu
    darjat dan kelas kehidupan.




    Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru,
    malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak
    awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan
    yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu
    membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk
    menperkayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata
pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang
  mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia
  (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).




  Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke
  arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan
  teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan
  memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan
  menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui
  Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengwujudkan Sekolah Bestari yang sekaligus
  bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia
  (Multimedia Super Corridor atau MSC). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka
  ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan
  fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan
  dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan
  memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan di Malaysia khususnya.



2.0 TUJUAN KAJIAN

  Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kelebihan serta kelemahan penggunaan
  internet dalam kalangan pelajar sekolah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengupas
  mengenai kesan-kesan jangka masa pendek dan kesan-kesan jangka masa panjang
  penggunaan internet kepada pelajar.




3.0 KAEDAH KAJIAN

  Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik yang dijalankan kepada
  para pelajar sekolah. Sebanyak sepuluh soalan yang dikemukakan di dalam soal selidik
  tersebut.
4.0 SKOP KAJIAN

  Kajian yang dilakukan telah difokuskan hanya kepada pelajar Tingkatan 1 Sekolah

  Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Chemor. Seramai 40 orang dipilih secara

  rawak. Hasil pemilihan itu, seramai 25 orang pelajar perempuan dan 15 orang pelajar

  lelaki menjawab soal selidik tersebut.




5.0 HASIL KAJIAN

  5.1 Pendahuluan

  Penggunaan internet dalam kehidupan tidak menjadi perkara yang dipandang asing lagi
  bagi masyarakat kita. Sudah ramai golongon cerdik pandai yang cukup mahir dengan
  penggunaan internet bagi mempermudahkan dan mempercepatkan urusan mereka.
  Begitu juga dengan pelajar sekolah. Pada hari ini, pelajar sekolah tidak lagi seperti
  pelajar sekolah pada waktu seusia dengan zaman persekolahan ibu bapa kita. Kini,
  mereka sudah pandai menggunakan internet dalam hampir semua urusan mereka. Ada
  yang menggunakan internet untuk menuntut ilmu, ada yang mencari maklumat tambahan
  mengenai sesuatu mata pelajaran yang telah diajar dan ada yang menggunakan internet
  untuk mempermudahkan tugasan yang diberi guru di sekolah kepada mereka untuk
  disiapkan. Selain itu, terdapat juga sesetengah pelajar yang telah menyalahgunakan
  kemudahan internet ini dan menjadi mangsa penyalahgunaan internet. Hal ini telah
  membawa pada berlakunya banyak keburukan dan kemudaratan kepada pelajar sekolah.
  Hal ini kerana masih ramai pelajar yang masih belum pandai untuk menilai dengan
  sewajarnya akan sesuatu perkara lantas mereka terus terjerumus ke dalam masalah
  penyalahgunaan internet.

  5.2 Pengertian Internet dan IT

  Internet merupakan singkatan daripada istilah Bahasa Inggeris ‘Interconnection
  Networking’, yang bemaksud perhubungan daripada banyak dan pelbagai jenis jaringan
komputer seperti telefon, komputer, telefon bimbit, satelit dan lain-lain lagi. IT
merupakan singkatan daripada istilah Bahasa Inggeris ‘Information Technology’ yang
bermaksud teknologi informasi dalam Bahasa Melayu.




Internet merupakan satu rangkaian yang bersifat global menghubungkan lebih daripada
seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat berlaku.
Menurut Majalah Dewan Masyarakat (Disember, 2005) mentakrifkan internet sebagai
suatu rangkaian komputer antarabangsa yang menghubungkan lebih 40 ribu rangkaian
komputer yang diurus bersama secara bersendirian. Manakala Majalah PC (Jilid 3, Vol.
95) mendefinisikan internet sebagai suatu sistem yang menggabungkan rangkaian
seluruh dunia dengan menyediakan peerkhidmatan komunikasi data seperti login jarak
jauh (remote login), pemindahan fail, e-mail dan kumpulan berita (news group).




Hasil kajian tinjauan yang dibuat telah mendapati kesemua pelajar Tingkatan 1 tersebut
pernah menggunakan internet. Bagi mereka internet merupakan suatu keperluan
terutamanya dalam proses pembelajaran mereka di sekolah. Kesemua mereka bersetuju

internet sangat penting pada zaman kini. Tetapi pelajar-pelajar tersebut tidak bersetuju
bahawa internet itu membuang masa. Bagi mereka internet membolehkan mereka dapat
berkomunikasi walaupun berada pada jarak yang jauh dan memudahkan pencarian
maklumat dengan cepat. Selain itu, kesemua pelajar juga tidak bersetuju bahawa internet
dikatakan lebih banyak memberi keburukan daripada kebaikan.

5.3   Jenis   Laman     Sesawang    yang    Gemar     Dilawati    oleh   Kanak-kanak
Terdapat pelbagai jenis laman sesawang dalam internet. Semakin hari semakin
bertambah jumlah laman sesawang yang didaftarkan. Laman sesawang boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komersil, bisnes, informasi, hiburan, percuma,
laman sosial dan sebagainya. Didapati bahawa kanak-kanak akan tertarik untuk melayari
laman-laman sesawang seperti hiburan, percuma dan laman sosial. Sebagai contoh you
tube, facebook, myspace dan sebagainya.
Hasil kajian tinjauan mendapati, seramai 30 orang sering melayari laman sosial seperti
facebook, myspace atau twitter. Kesemua pelajar ini memiliki akaun di setiap laman
sosial tersebut. Seramai empat orang pelajar mempunyai akaun laman sosial dengan
tujuan untuk mengisi masa lapang, 20 orang ingin mencari kenalan baru dan enam orang
untuk mengeratkan silaturahim dengan mencari rakan atau saudara yang terpisah jauh.
Seramai enam orang pelajar gemar melayari permainan atas talian (online game) dan
selebihnya seramai empat orang gemar melayari blog dan youtube.


Selain itu, hasil tinjauan juga menunjukkan seramai 35 orang pelajar tidak pernah
melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya dilayari oleh pelajar bawah umur dan
lima orang pelajar pernah melawat laman sesawang tersebut secara tidak sengaja.


5.4 Gajet yang Diguna untuk Melayari Internet
Dewasa ini, wujud berbagai-bagai jenis gajet yang memudahkan orang ramai melayari
internet di mana jua tidak kira masa. Jika dibandingkan pada zaman dahulu, gajet yang
digunakan hanyalah komputer. Ini menyukarkan orang ramai untuk melayari internet.
Disebabkan penggunaan internet yang sukar pada zaman itu, golongan muda kurang
berminat ke arah dunia siber. Antara gajet yang digunakan oleh kanak-kanak sekarang
untuk melayari internet ialah komputer, komputer riba, telefon, dan sebagainya.


Pada era ini, hampir kesemua keluarga mempunyai sekurang-kurangnya satu komputer
riba di dalam rumah mereka. Maka, kanak-kanak dapat menggunakan internet dengan
mudah. Komputer riba ini mudah dibawa kemana sahaja. Golongan muda dapat melayari
internet di kafe-kafe, pusat membeli-belah, tempat menunggu dan sebagainya yang
menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar. Ditambah pula, telefon zaman ini telah
memperbanyakkan fungsi dengan kewujudan internet.


Hasil tinjauan di dapati, seramai 29 orang menggunakan sepenuhnya komputer riba
untuk melayari internet dan seramai 11 orang menggunakan telefon bimbit. Selain itu,
kajian ini mendapati kesemua pelajar menggunakan lebih empat jam untuk melayari
internet pada setiap hari dan kesemua mereka dipantau oleh ibu bapa ketika melayari
internet.
6.0 PERBINCANGAN
    6.1 Kelebihan Kepenggunaan Internet Dalam Kalangan Kanak-kanak
    6.1.1. Dapat menimba ilmu pengetahuan dengan cepat
    Kanak-kanak yang menggunakan internet dapat menimba ilmu pengetahuan yang
    lebih banyak dan cepat berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka yang tidak
    menggunakan internet. Soalan-soalan mencabar yang disoal oleh guru juga dapat
    dijawab oleh mereka yang menggunakan internet. Pengetahuan mengenai alam
    semesta juga dapat ditimba dalam internet.


    6.1.2. Dapat maklumat terkini
    Tambahan lagi, kanak-kanak dapat mengetahui maklumat-maklumat terkini dan
    semasa dunia. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa generasi muda sekarang
    memang tidak gemar menonton warta berita di televisyen kerana mereka lebih mudah
    mendapatkan segala informasi dengan hanya satu klik pada komputer.


    6.1.3. Dapat mengeratkan silaturrahim
    Secara tidak langsung, internet juga dapat mengeratkan silaturahim antara saudara dan
    kenalan kanak-kanak itu sendiri. Kenalan yang berada di luar negara juga dapat
    dihubungi dengan mudah. Kanak-kanak tersebut juga dapat mengetahui cara hidup
    masyarakat di luar Malaysia. Sebagai contoh meggunakan mel elektronik, yahoo
    messsenger dan sebagainya. Penggunaan e-mel dengan perbualan menerusi internet
    akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Justeru,
    mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan
    siber mereka.
    6.1.4. Dapat mencari kenalan
     Akhir sekali, kanak-kanak dapat mencari kenalan dalam internet. Dengan cara ini,
    kanak-kanak dapat berkongsi maklumat, bertukar-tukar pendapat melalui internet.
    Pemikiran kanak-kanak juga lebih berkembang dengan penggunaan internet seharian.
    Selain itu, perkongsian maklumat ini juga dapat mematangkan mereka. Dalam dunia
    siber ini, golongan muda mendapat keutamaan yang sama dengan golongan yang
    berpengalaman iaitu mereka dibenarkan melanggan dan menyumbang buah fikiran
    kepada kumpulan perbincangan bagi berkongsi berita dan pengalaman.
6.2 Kelemahan Penggunaan Internet Dalam Kalangan Kanak-Kanak
6.2.1 Salah Guna
Penggunaan internet masa kini banyak yang telah menyimpang daripada tujuan asal ia
diperkenalkan. Salah guna ini tidak terhad kepada golongan dewasa sahaja, malah
dalam dunia yang serba canggih ini, ia turut melibatkan golongan kanak-kanak. Salah
guna yang dilakukan semakin berleluasa dari hari ke hari, mungkin juga berpunca
daripada kurangnya pemantauan daripada ibu bapa dan golongan dewasa. Antara
salah guna yang semakin menjadi-jadi ialah peluang mereka melayari laman sesawang
yang tidak sepatutnya. Laman sesawang yang dimaksudkan ialah laman sesawang
yang mengandungi unsur lucah dan termaktub untuk golongan yang berusia 18 tahun
ke atas. Perkara ini adalah serius dan perlu diberi perhatian serta pemantauan yang
lebih kerana jika dibiarkan, ia mampu merosakkan masa depan kanak-kanak ini.


6.2.2 Laman Sosial
Laman sosial kini semakin tidak asing lagi dalam masyarakat global. Laman sosial
juga dianggap penting untuk bukan sahaja untuk perhubungan malah turut melibatkan
bisnes. Namun begitu, tidak semua yang menjadikan laman sosial ini sesuatu yang
positif sahaja, kerana setiap sesuatu yang pro pasti ada kontranya. Laman sosial
adalah ‘public domain’, oleh itu setiap sesuatu yang ditulis adalah awam dan semua
pengguna berhak untuk tahu, memberi idea malah juga membantah. Kanak-kanak
seperti yang boleh difahami, adalah golongan yang majoritinya belum baligh, iaitu
lebih tepat kurang mengerti untuk membezakan antara baik dan buruk dan kurang
berfikir panjang dalam sesuatu tindakan mereka itu. Melalui laman sosial, banyak
masalah yang boleh timbul sebagai contoh dalam salah satu laman sosial yang
semakin popular iaitu Facebook, setiap status yang ditulis bakal dibaca oleh semua
rakan serta pengguna Facebook yang lain. Sudah banyak kes yang melibatkan perkara
seperti ini yang berlaku dalam laman sesawang namun ramai pihak masih kurang
memberi pemantauan dan perhatian. Kutuk-mengutuk yang pada awalnya hanya atas
talian akhirnya boleh membawa kepada pergaduhan besar yang mana paling teruk
sehingga boleh menyebabkan kematian. Antara kesalahan lain yang dilakukan dalam
laman sesawang ialah kecenderungan mereka mencari rakan yang mana akhirnya
banyak menyebabkan mereka terjebak ke kancah yang tidak sepatutnya.


6.2.3 Buang masa dan duit
Seperti yang sedia maklum, kanak-kanak yang menggunakan internet pada hari ini
tidak terhad kepada golongan anak-anak orang kaya sahaja. Ini kerana, bagi mereka
yang kurang mampu untuk memiliki komputer atau komputer riba sendiri, banyak
kafe siber yang ditubuhkan. Tujuan utama kafe siber ini ditubuhkan adalah untuk
memudahkan masyarakat        mencari maklumat serta malayari internet untuk
penambahan ilmu pengetahuan tentang dunia luar, namun kebanyakan kanak-kanak
menggunakan perkhidmatan ini untuk tujuan hiburan sahaja. Mereka sanggup
melepak di kafe siber semata-mata untuk bermain permainan atas talian dan melayari
laman sosial. Perkara ini jika berlarutan hanya menyebabkan mereka membuang masa
serta membazir duit.


6.3 Kesan Penggunaan Internet Dalam Kehidupan Kanak-Kanak
6.3.1 Kesan jangka masa pendek.
Penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak ini banyak mempengaruhi dan
memberi kesan kepada kehidupan mereka. Kesan-kesan ini bukan sahaja melibatkan
dalam jangka masa pendek malah turut melibatkan jangka masa panjang. Namun
begitu, tidak semua kesan adalah negatif, masih ada kesan positif dalam kehidupan
mereka.


Antara kesan jangka masa pendek yang paling biasa terjadi ialah timbul fitnah yang
mana seterusnya bakal mengundang pergaduhan sesama sendiri. Perkara sebegini
dilihat adalah amat tidak sihat, namun jika pemantauan kurang diberi maka perkara ini
tidak mungkin dapat diselesaikan.
Selain daripada itu, pendedahan yang terlampau juga mampu mempengaruhi peribadi
mereka, terutama pendedahan yang meluas dalam permainan video dan permainan
atas talian. Terdapat kajian yang telah dijalankan, mendapati budak lelaki yang
mempunyai alat mainan video tidak menunjukkan perkembangan cepat di sekolah
berbanding pelajar lain yang tidak memiliki peralatan berkenaan. “Markah penulisan
dan bacaan secara purata di kalangan pemain video tidak merosot, tetapi tidak
menunjukkan peningkatan,” kata Robert Weis dari Universiti Denison di Ohio,
penulis bersama kajian berkenaan. “Bagi kanak-kanak tanpa permainan, markah
mereka meningkat mengikut peredaran masa. Bagi pelajar yang sentiasa bermain
mainan video, markah mereka tetap stabil, tetapi tiada perkembangan dalam bacaan
dan penulisan,” kata Weis. Kajian terbabit mendapati bahawa pemain video
     menghabiskan selama 40 minit setiap hari bagi PlayStation II akan mengurangkan
     masa belajar dan aktiviti sosial mereka. “Kanak-kanak tanpa permainan berkenaan di
     rumah memperuntukkan secara purata sembilan minit sehari untuk permainan video,
     biasanya di rumah rakan,” kata kajian terbabit. (Sumber diperolehi daripada,
     http://intim.wordpress.com/2010/03/20/budak-suka-main-video-susah-belajar/).


     Namun begitu, antara lain kesan jangka masa pendek pendedahan mereka dengan
     internet ini ialah mereka mampu meluaskan perhubungan dan membina perhubungan
     persahabatan yang baru dan tidak terhad kepada rakan sekolah dan yang terdekat
     sahaja.


    6.3.2 Kesan internet dalam jangka masa panjang.
     Kanak-kanak yang didedahkan dengan penggunaan internet akan mengaplikasikan
     pengetahuan mereka terhadap internet untuk menghasilkan perisian (software) baru
     kelak apabila mereka dewasa. Pengalaman yang luas mengenai dunia siber dapat
     digunakan untuk mencari pendapatan sampingan.


     Sehubungan dengan itu, penggunaan internet pada usia muda juga dapat membentuk
     peribadi seseorang. Misalnya, seseorang itu dapat mengetahui tentang kebaikan dan
     keburukan internet serta dengan bijaknya dapat membezakannya. Pemikiran mereka
     juga didapati lebih matang berbanding rakan-rakan sebaya mereka.


     Kebanyakan kes seperti ini kesan jangka masa panjang adalah kurang. Antara kesan
     jangka masa panjang ialah melalui perhubungan persahabatan yang dibina, pada masa
     hadapan jika mempunyai sebarang kesulitan mungkin ada di antara rakan-rakan ini
     yang boleh membantu.


7.0 KESIMPULAN
  Kesimpulannya, hasil kajian tinjauan ini mendapati penggunaan internet memberi banyak
  kelebihan kepada kanak-kanak khususnya pelajar sekolah. Antaranya memudahkan
  pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelbagai maklumat dapat diperolehi daripada
  laman sesawang yang memberi banyak informasi untuk dikongsi oleh umum. Perisian
  komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar
memahami konsep dan prinsip sesuatu mata pelajaran dengan mudah dan berkesan.
Pencapaian pelajar juga akan menunjukkan peningkatan yang ketara.


Pembelajaran dengan berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan
maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-
bidang lain. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan
beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan
internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan
negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar
bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli
masyarakat yang prihatin.


Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan seandainya penggunaan internet tidak
dikawal. Antaranya aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti menyesatkan fahaman pengikut
agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh kristian ini
yang menghasilkan laman web kitab Injil yang diselewengkan dalam bahasa Malaysia.
Sebaran ini dilakukan untuk memesongkan akidah agama Islam khususnya. Golongan
sasaran mereka ialah golongan remaja. Selain itu, terdapat juga manusia yang
menyalahgunakan internet sebagai pusat sebaran maklumat palsu untuk kepentingan
peribadi mereka. Tambahan lagi, dengan adanya laman sesawang yang menawarkan
bahan porografi telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada
perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana internet membenarkan
akses tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari segi kehidupan
yang sihat.


Akhir sekali, penggunaan internet di kalangan kanak-kanak khususnya para pelajar
memberi banyak kelebihan dan kelemahan bergantung kepada cara penggunaan individu
tersebut.
BORANG SOAL SELIDIK:
     KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN
     KANAK-KANAK

     Jantina: a) Lelaki                  b) Perempuan
     Umur: _________________

     Arahan: Sila bulatkan jawapan yang berkaitan dengan diri anda.

1.   Pada pendapat anda, perlukah penggunaan internet pada masa kini?
a)   Perlu
b)   Ikut keadaan
c)   Tidak perlu

2. Adakah anda setuju bahawa internet itu membuang masa?
   a)Setuju                                        b) Tidak setuju
3. Adakah anda setuju bahawa internet banyak membantu dalam pembelajaran?
a) Setuju                                    b) Tidak setuju

4. Pernahkah anda (bawah umur) melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya (18 tahun ke
   atas)?
a) Pernah
b) Pernah, tidak sengaja
c) Tidak pernah

5. Adakah anda setuju bahawa internet lebih banyak memberi keburukan daripada kebaikan?
a) Setuju                                      b) Tidak setuju

6.   Apakah laman sesawang yang selalu dilawati?
a)   Laman sosial (contoh: Facebook, Myspace, Twitter)
b)   Youtube
c)   Blog
d)   Online game

7.   Apakah gajet yang digunakan untuk melayari internet?
a)   Komputer riba
b)   Telefon bimbit
c)   Lain-lain. Nyatakan: __________________


8.   Dalam sehari, berapa lama masa yang diperuntukkan untuk melayari internet?
a)   Kurang dari 3 jam.
b)   Lebih dari 4 jam
c)   24 jam

9. Apakah tujuan anda mempunyai laman sosial seperti Facebook, MySpace dan lain-lain? (jika
   ada).
a) Mengisi masa lapang.
b) Mencari kenalan baru.
c) Mengeratkan silaturrahim dan mencari rakan/saudara yang terpisah jauh.
10. Adakah ibu bapa anda memantau anda ketika melayari internet?
a) Ada
b) Kadang-kadang
c) Tiada

More Related Content

What's hot

Penyalahgunaan internet dan multimedia
Penyalahgunaan internet dan multimediaPenyalahgunaan internet dan multimedia
Penyalahgunaan internet dan multimedia
Sherly Jewinly
 
Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...
Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...
Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...Nur Anita Okaya
 
Contoh Esei Pengajian Am
Contoh Esei Pengajian AmContoh Esei Pengajian Am
Contoh Esei Pengajian Am
Pra Universiti SMK Dato' Kamaruddin
 
4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learningsalmaazizi
 
pemanfaatan internet dalam pembelajaran
pemanfaatan internet dalam pembelajaranpemanfaatan internet dalam pembelajaran
pemanfaatan internet dalam pembelajaran
smkpbu
 
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demakPemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
istichomah1
 
Peran internet dalam proses pembelajaran
Peran internet dalam proses pembelajaranPeran internet dalam proses pembelajaran
Peran internet dalam proses pembelajaran
taufiq hafizh
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranHidayah Azhar
 
isu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatisu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumat
Jus Oren
 
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatNabila Syuhada
 
Lampiran 2 kesan-kesan ict dlm masyarakat
Lampiran 2   kesan-kesan ict dlm masyarakatLampiran 2   kesan-kesan ict dlm masyarakat
Lampiran 2 kesan-kesan ict dlm masyarakatUmmu Iman
 
Jurnal latif
Jurnal latifJurnal latif
Jurnal latifilah2012
 
Oumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learnersOumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learners
Romzi Bin Zainal
 
Peranan ict dalam bilik darjah 2
Peranan ict dalam bilik darjah 2Peranan ict dalam bilik darjah 2
Peranan ict dalam bilik darjah 2
Naque Stylolito
 
KPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
KPT6044 Kajian Tinjauan_pptKPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
KPT6044 Kajian Tinjauan_pptngochooihong
 
dampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangka
dampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangkadampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangka
dampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangkamerieayi1992
 

What's hot (20)

Penyalahgunaan internet dan multimedia
Penyalahgunaan internet dan multimediaPenyalahgunaan internet dan multimedia
Penyalahgunaan internet dan multimedia
 
Penggunaan Internet
Penggunaan InternetPenggunaan Internet
Penggunaan Internet
 
ICT #2
ICT #2ICT #2
ICT #2
 
Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...
Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...
Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...
 
Contoh Esei Pengajian Am
Contoh Esei Pengajian AmContoh Esei Pengajian Am
Contoh Esei Pengajian Am
 
Karya tulis
Karya tulisKarya tulis
Karya tulis
 
4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning
 
pemanfaatan internet dalam pembelajaran
pemanfaatan internet dalam pembelajaranpemanfaatan internet dalam pembelajaran
pemanfaatan internet dalam pembelajaran
 
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demakPemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
 
Peran internet dalam proses pembelajaran
Peran internet dalam proses pembelajaranPeran internet dalam proses pembelajaran
Peran internet dalam proses pembelajaran
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
 
isu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatisu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumat
 
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
 
Lampiran 2 kesan-kesan ict dlm masyarakat
Lampiran 2   kesan-kesan ict dlm masyarakatLampiran 2   kesan-kesan ict dlm masyarakat
Lampiran 2 kesan-kesan ict dlm masyarakat
 
Jurnal latif
Jurnal latifJurnal latif
Jurnal latif
 
Oumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learnersOumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learners
 
Peranan ict dalam bilik darjah 2
Peranan ict dalam bilik darjah 2Peranan ict dalam bilik darjah 2
Peranan ict dalam bilik darjah 2
 
KPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
KPT6044 Kajian Tinjauan_pptKPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
KPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
 
Perbandingan penggunaan telefon_pintar_u
Perbandingan penggunaan telefon_pintar_uPerbandingan penggunaan telefon_pintar_u
Perbandingan penggunaan telefon_pintar_u
 
dampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangka
dampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangkadampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangka
dampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangka
 

Viewers also liked

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
telefon zaman dulu dan zaman sekarangTanchioushingdb100490
telefon zaman dulu dan zaman sekarangTanchioushingdb100490 telefon zaman dulu dan zaman sekarangTanchioushingdb100490
telefon zaman dulu dan zaman sekarangTanchioushingdb100490 Tan Qiuxing
 
Profesionalisme guru
Profesionalisme guru Profesionalisme guru
Profesionalisme guru
Azizi Ahmad
 
3.perisian rangkaian
3.perisian rangkaian3.perisian rangkaian
3.perisian rangkaian
skselatpulau
 
Topik 6 perkhidmatan internet
Topik 6   perkhidmatan internetTopik 6   perkhidmatan internet
Topik 6 perkhidmatan internet
Champ14n
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanTugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauantengkunini
 
1.perkembangan rangkaian
1.perkembangan rangkaian1.perkembangan rangkaian
1.perkembangan rangkaian
skselatpulau
 
1.pengenalan kepada protokol
1.pengenalan kepada protokol1.pengenalan kepada protokol
1.pengenalan kepada protokol
skselatpulau
 
Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]
Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]
Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]
eza aziz
 
Perkhidmatan internet
Perkhidmatan internetPerkhidmatan internet
Perkhidmatan internet
Evelyn Chan Ks
 
6. jenis teknologi komunikasi
6. jenis teknologi komunikasi6. jenis teknologi komunikasi
6. jenis teknologi komunikasi
skselatpulau
 
KEGUNAAN RANGKAIAN
KEGUNAAN RANGKAIANKEGUNAAN RANGKAIAN
KEGUNAAN RANGKAIAN
tmktahun5
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
Tee Teh
 
5.topologi rangkaian
5.topologi rangkaian5.topologi rangkaian
5.topologi rangkaian
skselatpulau
 
4.senibina rangkaian
4.senibina rangkaian4.senibina rangkaian
4.senibina rangkaian
skselatpulau
 
Maksud & kegunaan rangkaian 2
Maksud & kegunaan rangkaian 2Maksud & kegunaan rangkaian 2
Maksud & kegunaan rangkaian 2
nurulsaat
 
Medium & Perisian Rangkaian
Medium & Perisian RangkaianMedium & Perisian Rangkaian
Medium & Perisian Rangkaian
Yuen Mee
 
Rangkaian komputer dan internet
Rangkaian komputer dan internetRangkaian komputer dan internet
Rangkaian komputer dan internet
fazihafid
 
1.komponen rangkaian
1.komponen rangkaian1.komponen rangkaian
1.komponen rangkaian
skselatpulau
 
3.jenis rangkaian
3.jenis rangkaian3.jenis rangkaian
3.jenis rangkaian
skselatpulau
 

Viewers also liked (20)

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
telefon zaman dulu dan zaman sekarangTanchioushingdb100490
telefon zaman dulu dan zaman sekarangTanchioushingdb100490 telefon zaman dulu dan zaman sekarangTanchioushingdb100490
telefon zaman dulu dan zaman sekarangTanchioushingdb100490
 
Profesionalisme guru
Profesionalisme guru Profesionalisme guru
Profesionalisme guru
 
3.perisian rangkaian
3.perisian rangkaian3.perisian rangkaian
3.perisian rangkaian
 
Topik 6 perkhidmatan internet
Topik 6   perkhidmatan internetTopik 6   perkhidmatan internet
Topik 6 perkhidmatan internet
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanTugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
1.perkembangan rangkaian
1.perkembangan rangkaian1.perkembangan rangkaian
1.perkembangan rangkaian
 
1.pengenalan kepada protokol
1.pengenalan kepada protokol1.pengenalan kepada protokol
1.pengenalan kepada protokol
 
Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]
Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]
Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]
 
Perkhidmatan internet
Perkhidmatan internetPerkhidmatan internet
Perkhidmatan internet
 
6. jenis teknologi komunikasi
6. jenis teknologi komunikasi6. jenis teknologi komunikasi
6. jenis teknologi komunikasi
 
KEGUNAAN RANGKAIAN
KEGUNAAN RANGKAIANKEGUNAAN RANGKAIAN
KEGUNAAN RANGKAIAN
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
5.topologi rangkaian
5.topologi rangkaian5.topologi rangkaian
5.topologi rangkaian
 
4.senibina rangkaian
4.senibina rangkaian4.senibina rangkaian
4.senibina rangkaian
 
Maksud & kegunaan rangkaian 2
Maksud & kegunaan rangkaian 2Maksud & kegunaan rangkaian 2
Maksud & kegunaan rangkaian 2
 
Medium & Perisian Rangkaian
Medium & Perisian RangkaianMedium & Perisian Rangkaian
Medium & Perisian Rangkaian
 
Rangkaian komputer dan internet
Rangkaian komputer dan internetRangkaian komputer dan internet
Rangkaian komputer dan internet
 
1.komponen rangkaian
1.komponen rangkaian1.komponen rangkaian
1.komponen rangkaian
 
3.jenis rangkaian
3.jenis rangkaian3.jenis rangkaian
3.jenis rangkaian
 

Similar to Tugasan 3 kajian tinjauan

Peran Internet Dalam Dunia
Peran Internet Dalam DuniaPeran Internet Dalam Dunia
Peran Internet Dalam Duniasiti_dea
 
Medpen tahap akhir
Medpen tahap akhirMedpen tahap akhir
Medpen tahap akhir
bankir212
 
Oumh1103
Oumh1103 Oumh1103
Oumh1103
Romzi Bin Zainal
 
pemanfaatan ict
pemanfaatan ictpemanfaatan ict
pemanfaatan ict
arifah iffa
 
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauanKpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauannijalbahari
 
Cabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talianCabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talian
Damairin Selangor
 
7 tik bab 2 ok
7 tik bab 2 ok7 tik bab 2 ok
7 tik bab 2 ok
juragan
 
dampak negatif perkembangan teknologi komunikasi
dampak negatif perkembangan teknologi komunikasidampak negatif perkembangan teknologi komunikasi
dampak negatif perkembangan teknologi komunikasisafrrian1992
 
ict-pembelajaran-2-140514004540-phpapp02.ppt
ict-pembelajaran-2-140514004540-phpapp02.pptict-pembelajaran-2-140514004540-phpapp02.ppt
ict-pembelajaran-2-140514004540-phpapp02.ppt
dimas802641
 
Perkembangan it di indonesia (1)
Perkembangan it di indonesia (1)Perkembangan it di indonesia (1)
Perkembangan it di indonesia (1)
Maya Dwi Sari
 
Meningkatkan mutu pendidikan
Meningkatkan mutu pendidikanMeningkatkan mutu pendidikan
Meningkatkan mutu pendidikanilah2012
 
Kajian tinjauan web
Kajian tinjauan webKajian tinjauan web
Kajian tinjauan webhelidzia
 
Contoh jurnal-pendidikan-peningkatan-tik-guru
Contoh jurnal-pendidikan-peningkatan-tik-guruContoh jurnal-pendidikan-peningkatan-tik-guru
Contoh jurnal-pendidikan-peningkatan-tik-guruFrey Krasic
 
Teknologi Terhadap Pendidikan
Teknologi Terhadap PendidikanTeknologi Terhadap Pendidikan
Teknologi Terhadap PendidikanAndi Aryauri
 
APLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASI
APLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASIAPLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASI
APLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASI
mrofi202001011338
 
Potensi teknologi informasi dan komunikasi dalam peningkatan mutu pembelajara...
Potensi teknologi informasi dan komunikasi dalam peningkatan mutu pembelajara...Potensi teknologi informasi dan komunikasi dalam peningkatan mutu pembelajara...
Potensi teknologi informasi dan komunikasi dalam peningkatan mutu pembelajara...
Fajar Baskoro
 
Pengaruh internet terhadap pendidikan
Pengaruh internet terhadap pendidikanPengaruh internet terhadap pendidikan
Pengaruh internet terhadap pendidikan
Warnet Raha
 
PPT PERKEMBANGA IPTEK,DAMPAK,CONTOH.pptx
PPT PERKEMBANGA IPTEK,DAMPAK,CONTOH.pptxPPT PERKEMBANGA IPTEK,DAMPAK,CONTOH.pptx
PPT PERKEMBANGA IPTEK,DAMPAK,CONTOH.pptx
dwiyolanda1
 

Similar to Tugasan 3 kajian tinjauan (20)

Peran Internet Dalam Dunia
Peran Internet Dalam DuniaPeran Internet Dalam Dunia
Peran Internet Dalam Dunia
 
Medpen tahap akhir
Medpen tahap akhirMedpen tahap akhir
Medpen tahap akhir
 
Oumh1103
Oumh1103 Oumh1103
Oumh1103
 
pemanfaatan ict
pemanfaatan ictpemanfaatan ict
pemanfaatan ict
 
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauanKpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
 
Cabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talianCabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talian
 
5447
54475447
5447
 
7 tik bab 2 ok
7 tik bab 2 ok7 tik bab 2 ok
7 tik bab 2 ok
 
dampak negatif perkembangan teknologi komunikasi
dampak negatif perkembangan teknologi komunikasidampak negatif perkembangan teknologi komunikasi
dampak negatif perkembangan teknologi komunikasi
 
ict-pembelajaran-2-140514004540-phpapp02.ppt
ict-pembelajaran-2-140514004540-phpapp02.pptict-pembelajaran-2-140514004540-phpapp02.ppt
ict-pembelajaran-2-140514004540-phpapp02.ppt
 
Perkembangan it di indonesia (1)
Perkembangan it di indonesia (1)Perkembangan it di indonesia (1)
Perkembangan it di indonesia (1)
 
Meningkatkan mutu pendidikan
Meningkatkan mutu pendidikanMeningkatkan mutu pendidikan
Meningkatkan mutu pendidikan
 
Kajian tinjauan web
Kajian tinjauan webKajian tinjauan web
Kajian tinjauan web
 
Contoh jurnal-pendidikan-peningkatan-tik-guru
Contoh jurnal-pendidikan-peningkatan-tik-guruContoh jurnal-pendidikan-peningkatan-tik-guru
Contoh jurnal-pendidikan-peningkatan-tik-guru
 
Teknologi Terhadap Pendidikan
Teknologi Terhadap PendidikanTeknologi Terhadap Pendidikan
Teknologi Terhadap Pendidikan
 
APLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASI
APLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASIAPLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASI
APLIKASI TEKNOLOGI DI ERA GLOBALISASI
 
media pembelajaran
media pembelajaranmedia pembelajaran
media pembelajaran
 
Potensi teknologi informasi dan komunikasi dalam peningkatan mutu pembelajara...
Potensi teknologi informasi dan komunikasi dalam peningkatan mutu pembelajara...Potensi teknologi informasi dan komunikasi dalam peningkatan mutu pembelajara...
Potensi teknologi informasi dan komunikasi dalam peningkatan mutu pembelajara...
 
Pengaruh internet terhadap pendidikan
Pengaruh internet terhadap pendidikanPengaruh internet terhadap pendidikan
Pengaruh internet terhadap pendidikan
 
PPT PERKEMBANGA IPTEK,DAMPAK,CONTOH.pptx
PPT PERKEMBANGA IPTEK,DAMPAK,CONTOH.pptxPPT PERKEMBANGA IPTEK,DAMPAK,CONTOH.pptx
PPT PERKEMBANGA IPTEK,DAMPAK,CONTOH.pptx
 

Tugasan 3 kajian tinjauan

  • 1. NAMA : NOOR HIDAYAH BT ABDUL KARIM NO MATRIK: M20102000968 KURSUS : KPT6044 TUGASAN 3 : KAJIAN TINJAUAN PENSYARAH: PROF. MADYA DR. HJ. ABD. LATIF BIN HJ. GAPOR Kajian Tinjauan: Kelebihan dan kelemahan penggunaan internet kepada pelajar sekolah. 1.0 PENGENALAN Bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini tidak dapat dinafikan akan kewujudannya. Ia sudah menjadi komponen utama dalam kehidupan harian dan akan bertambah penting pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menjadikan ekonomi digital sebagai tulang belakang ekonomi negara serta untuk menjadi pendahulu era digital dan maklumat. Cabaran yang menanti kita kelak tentulah cabaran dalam usaha menjadikan teknologi maklumat sebagai budaya khalayak yang sekaligus mencerminkan ciri penerimaannya secara menyeluruh sebagai sebahagian daripada resam kehidupan seharian masyarakat serta dapat membendung isu darjat dan kelas kehidupan. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk menperkayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata
  • 2. pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengwujudkan Sekolah Bestari yang sekaligus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan di Malaysia khususnya. 2.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kelebihan serta kelemahan penggunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengupas mengenai kesan-kesan jangka masa pendek dan kesan-kesan jangka masa panjang penggunaan internet kepada pelajar. 3.0 KAEDAH KAJIAN Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik yang dijalankan kepada para pelajar sekolah. Sebanyak sepuluh soalan yang dikemukakan di dalam soal selidik tersebut.
  • 3. 4.0 SKOP KAJIAN Kajian yang dilakukan telah difokuskan hanya kepada pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Chemor. Seramai 40 orang dipilih secara rawak. Hasil pemilihan itu, seramai 25 orang pelajar perempuan dan 15 orang pelajar lelaki menjawab soal selidik tersebut. 5.0 HASIL KAJIAN 5.1 Pendahuluan Penggunaan internet dalam kehidupan tidak menjadi perkara yang dipandang asing lagi bagi masyarakat kita. Sudah ramai golongon cerdik pandai yang cukup mahir dengan penggunaan internet bagi mempermudahkan dan mempercepatkan urusan mereka. Begitu juga dengan pelajar sekolah. Pada hari ini, pelajar sekolah tidak lagi seperti pelajar sekolah pada waktu seusia dengan zaman persekolahan ibu bapa kita. Kini, mereka sudah pandai menggunakan internet dalam hampir semua urusan mereka. Ada yang menggunakan internet untuk menuntut ilmu, ada yang mencari maklumat tambahan mengenai sesuatu mata pelajaran yang telah diajar dan ada yang menggunakan internet untuk mempermudahkan tugasan yang diberi guru di sekolah kepada mereka untuk disiapkan. Selain itu, terdapat juga sesetengah pelajar yang telah menyalahgunakan kemudahan internet ini dan menjadi mangsa penyalahgunaan internet. Hal ini telah membawa pada berlakunya banyak keburukan dan kemudaratan kepada pelajar sekolah. Hal ini kerana masih ramai pelajar yang masih belum pandai untuk menilai dengan sewajarnya akan sesuatu perkara lantas mereka terus terjerumus ke dalam masalah penyalahgunaan internet. 5.2 Pengertian Internet dan IT Internet merupakan singkatan daripada istilah Bahasa Inggeris ‘Interconnection Networking’, yang bemaksud perhubungan daripada banyak dan pelbagai jenis jaringan
  • 4. komputer seperti telefon, komputer, telefon bimbit, satelit dan lain-lain lagi. IT merupakan singkatan daripada istilah Bahasa Inggeris ‘Information Technology’ yang bermaksud teknologi informasi dalam Bahasa Melayu. Internet merupakan satu rangkaian yang bersifat global menghubungkan lebih daripada seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat berlaku. Menurut Majalah Dewan Masyarakat (Disember, 2005) mentakrifkan internet sebagai suatu rangkaian komputer antarabangsa yang menghubungkan lebih 40 ribu rangkaian komputer yang diurus bersama secara bersendirian. Manakala Majalah PC (Jilid 3, Vol. 95) mendefinisikan internet sebagai suatu sistem yang menggabungkan rangkaian seluruh dunia dengan menyediakan peerkhidmatan komunikasi data seperti login jarak jauh (remote login), pemindahan fail, e-mail dan kumpulan berita (news group). Hasil kajian tinjauan yang dibuat telah mendapati kesemua pelajar Tingkatan 1 tersebut pernah menggunakan internet. Bagi mereka internet merupakan suatu keperluan terutamanya dalam proses pembelajaran mereka di sekolah. Kesemua mereka bersetuju internet sangat penting pada zaman kini. Tetapi pelajar-pelajar tersebut tidak bersetuju bahawa internet itu membuang masa. Bagi mereka internet membolehkan mereka dapat berkomunikasi walaupun berada pada jarak yang jauh dan memudahkan pencarian maklumat dengan cepat. Selain itu, kesemua pelajar juga tidak bersetuju bahawa internet dikatakan lebih banyak memberi keburukan daripada kebaikan. 5.3 Jenis Laman Sesawang yang Gemar Dilawati oleh Kanak-kanak Terdapat pelbagai jenis laman sesawang dalam internet. Semakin hari semakin bertambah jumlah laman sesawang yang didaftarkan. Laman sesawang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komersil, bisnes, informasi, hiburan, percuma, laman sosial dan sebagainya. Didapati bahawa kanak-kanak akan tertarik untuk melayari laman-laman sesawang seperti hiburan, percuma dan laman sosial. Sebagai contoh you tube, facebook, myspace dan sebagainya.
  • 5. Hasil kajian tinjauan mendapati, seramai 30 orang sering melayari laman sosial seperti facebook, myspace atau twitter. Kesemua pelajar ini memiliki akaun di setiap laman sosial tersebut. Seramai empat orang pelajar mempunyai akaun laman sosial dengan tujuan untuk mengisi masa lapang, 20 orang ingin mencari kenalan baru dan enam orang untuk mengeratkan silaturahim dengan mencari rakan atau saudara yang terpisah jauh. Seramai enam orang pelajar gemar melayari permainan atas talian (online game) dan selebihnya seramai empat orang gemar melayari blog dan youtube. Selain itu, hasil tinjauan juga menunjukkan seramai 35 orang pelajar tidak pernah melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya dilayari oleh pelajar bawah umur dan lima orang pelajar pernah melawat laman sesawang tersebut secara tidak sengaja. 5.4 Gajet yang Diguna untuk Melayari Internet Dewasa ini, wujud berbagai-bagai jenis gajet yang memudahkan orang ramai melayari internet di mana jua tidak kira masa. Jika dibandingkan pada zaman dahulu, gajet yang digunakan hanyalah komputer. Ini menyukarkan orang ramai untuk melayari internet. Disebabkan penggunaan internet yang sukar pada zaman itu, golongan muda kurang berminat ke arah dunia siber. Antara gajet yang digunakan oleh kanak-kanak sekarang untuk melayari internet ialah komputer, komputer riba, telefon, dan sebagainya. Pada era ini, hampir kesemua keluarga mempunyai sekurang-kurangnya satu komputer riba di dalam rumah mereka. Maka, kanak-kanak dapat menggunakan internet dengan mudah. Komputer riba ini mudah dibawa kemana sahaja. Golongan muda dapat melayari internet di kafe-kafe, pusat membeli-belah, tempat menunggu dan sebagainya yang menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar. Ditambah pula, telefon zaman ini telah memperbanyakkan fungsi dengan kewujudan internet. Hasil tinjauan di dapati, seramai 29 orang menggunakan sepenuhnya komputer riba untuk melayari internet dan seramai 11 orang menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kajian ini mendapati kesemua pelajar menggunakan lebih empat jam untuk melayari internet pada setiap hari dan kesemua mereka dipantau oleh ibu bapa ketika melayari internet.
  • 6. 6.0 PERBINCANGAN 6.1 Kelebihan Kepenggunaan Internet Dalam Kalangan Kanak-kanak 6.1.1. Dapat menimba ilmu pengetahuan dengan cepat Kanak-kanak yang menggunakan internet dapat menimba ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan cepat berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka yang tidak menggunakan internet. Soalan-soalan mencabar yang disoal oleh guru juga dapat dijawab oleh mereka yang menggunakan internet. Pengetahuan mengenai alam semesta juga dapat ditimba dalam internet. 6.1.2. Dapat maklumat terkini Tambahan lagi, kanak-kanak dapat mengetahui maklumat-maklumat terkini dan semasa dunia. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa generasi muda sekarang memang tidak gemar menonton warta berita di televisyen kerana mereka lebih mudah mendapatkan segala informasi dengan hanya satu klik pada komputer. 6.1.3. Dapat mengeratkan silaturrahim Secara tidak langsung, internet juga dapat mengeratkan silaturahim antara saudara dan kenalan kanak-kanak itu sendiri. Kenalan yang berada di luar negara juga dapat dihubungi dengan mudah. Kanak-kanak tersebut juga dapat mengetahui cara hidup masyarakat di luar Malaysia. Sebagai contoh meggunakan mel elektronik, yahoo messsenger dan sebagainya. Penggunaan e-mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka. 6.1.4. Dapat mencari kenalan Akhir sekali, kanak-kanak dapat mencari kenalan dalam internet. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat berkongsi maklumat, bertukar-tukar pendapat melalui internet. Pemikiran kanak-kanak juga lebih berkembang dengan penggunaan internet seharian. Selain itu, perkongsian maklumat ini juga dapat mematangkan mereka. Dalam dunia siber ini, golongan muda mendapat keutamaan yang sama dengan golongan yang berpengalaman iaitu mereka dibenarkan melanggan dan menyumbang buah fikiran kepada kumpulan perbincangan bagi berkongsi berita dan pengalaman.
  • 7. 6.2 Kelemahan Penggunaan Internet Dalam Kalangan Kanak-Kanak 6.2.1 Salah Guna Penggunaan internet masa kini banyak yang telah menyimpang daripada tujuan asal ia diperkenalkan. Salah guna ini tidak terhad kepada golongan dewasa sahaja, malah dalam dunia yang serba canggih ini, ia turut melibatkan golongan kanak-kanak. Salah guna yang dilakukan semakin berleluasa dari hari ke hari, mungkin juga berpunca daripada kurangnya pemantauan daripada ibu bapa dan golongan dewasa. Antara salah guna yang semakin menjadi-jadi ialah peluang mereka melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya. Laman sesawang yang dimaksudkan ialah laman sesawang yang mengandungi unsur lucah dan termaktub untuk golongan yang berusia 18 tahun ke atas. Perkara ini adalah serius dan perlu diberi perhatian serta pemantauan yang lebih kerana jika dibiarkan, ia mampu merosakkan masa depan kanak-kanak ini. 6.2.2 Laman Sosial Laman sosial kini semakin tidak asing lagi dalam masyarakat global. Laman sosial juga dianggap penting untuk bukan sahaja untuk perhubungan malah turut melibatkan bisnes. Namun begitu, tidak semua yang menjadikan laman sosial ini sesuatu yang positif sahaja, kerana setiap sesuatu yang pro pasti ada kontranya. Laman sosial adalah ‘public domain’, oleh itu setiap sesuatu yang ditulis adalah awam dan semua pengguna berhak untuk tahu, memberi idea malah juga membantah. Kanak-kanak seperti yang boleh difahami, adalah golongan yang majoritinya belum baligh, iaitu lebih tepat kurang mengerti untuk membezakan antara baik dan buruk dan kurang berfikir panjang dalam sesuatu tindakan mereka itu. Melalui laman sosial, banyak masalah yang boleh timbul sebagai contoh dalam salah satu laman sosial yang semakin popular iaitu Facebook, setiap status yang ditulis bakal dibaca oleh semua rakan serta pengguna Facebook yang lain. Sudah banyak kes yang melibatkan perkara seperti ini yang berlaku dalam laman sesawang namun ramai pihak masih kurang memberi pemantauan dan perhatian. Kutuk-mengutuk yang pada awalnya hanya atas talian akhirnya boleh membawa kepada pergaduhan besar yang mana paling teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. Antara kesalahan lain yang dilakukan dalam laman sesawang ialah kecenderungan mereka mencari rakan yang mana akhirnya banyak menyebabkan mereka terjebak ke kancah yang tidak sepatutnya. 6.2.3 Buang masa dan duit
  • 8. Seperti yang sedia maklum, kanak-kanak yang menggunakan internet pada hari ini tidak terhad kepada golongan anak-anak orang kaya sahaja. Ini kerana, bagi mereka yang kurang mampu untuk memiliki komputer atau komputer riba sendiri, banyak kafe siber yang ditubuhkan. Tujuan utama kafe siber ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan masyarakat mencari maklumat serta malayari internet untuk penambahan ilmu pengetahuan tentang dunia luar, namun kebanyakan kanak-kanak menggunakan perkhidmatan ini untuk tujuan hiburan sahaja. Mereka sanggup melepak di kafe siber semata-mata untuk bermain permainan atas talian dan melayari laman sosial. Perkara ini jika berlarutan hanya menyebabkan mereka membuang masa serta membazir duit. 6.3 Kesan Penggunaan Internet Dalam Kehidupan Kanak-Kanak 6.3.1 Kesan jangka masa pendek. Penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak ini banyak mempengaruhi dan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Kesan-kesan ini bukan sahaja melibatkan dalam jangka masa pendek malah turut melibatkan jangka masa panjang. Namun begitu, tidak semua kesan adalah negatif, masih ada kesan positif dalam kehidupan mereka. Antara kesan jangka masa pendek yang paling biasa terjadi ialah timbul fitnah yang mana seterusnya bakal mengundang pergaduhan sesama sendiri. Perkara sebegini dilihat adalah amat tidak sihat, namun jika pemantauan kurang diberi maka perkara ini tidak mungkin dapat diselesaikan. Selain daripada itu, pendedahan yang terlampau juga mampu mempengaruhi peribadi mereka, terutama pendedahan yang meluas dalam permainan video dan permainan atas talian. Terdapat kajian yang telah dijalankan, mendapati budak lelaki yang mempunyai alat mainan video tidak menunjukkan perkembangan cepat di sekolah berbanding pelajar lain yang tidak memiliki peralatan berkenaan. “Markah penulisan dan bacaan secara purata di kalangan pemain video tidak merosot, tetapi tidak menunjukkan peningkatan,” kata Robert Weis dari Universiti Denison di Ohio, penulis bersama kajian berkenaan. “Bagi kanak-kanak tanpa permainan, markah mereka meningkat mengikut peredaran masa. Bagi pelajar yang sentiasa bermain mainan video, markah mereka tetap stabil, tetapi tiada perkembangan dalam bacaan
  • 9. dan penulisan,” kata Weis. Kajian terbabit mendapati bahawa pemain video menghabiskan selama 40 minit setiap hari bagi PlayStation II akan mengurangkan masa belajar dan aktiviti sosial mereka. “Kanak-kanak tanpa permainan berkenaan di rumah memperuntukkan secara purata sembilan minit sehari untuk permainan video, biasanya di rumah rakan,” kata kajian terbabit. (Sumber diperolehi daripada, http://intim.wordpress.com/2010/03/20/budak-suka-main-video-susah-belajar/). Namun begitu, antara lain kesan jangka masa pendek pendedahan mereka dengan internet ini ialah mereka mampu meluaskan perhubungan dan membina perhubungan persahabatan yang baru dan tidak terhad kepada rakan sekolah dan yang terdekat sahaja. 6.3.2 Kesan internet dalam jangka masa panjang. Kanak-kanak yang didedahkan dengan penggunaan internet akan mengaplikasikan pengetahuan mereka terhadap internet untuk menghasilkan perisian (software) baru kelak apabila mereka dewasa. Pengalaman yang luas mengenai dunia siber dapat digunakan untuk mencari pendapatan sampingan. Sehubungan dengan itu, penggunaan internet pada usia muda juga dapat membentuk peribadi seseorang. Misalnya, seseorang itu dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan internet serta dengan bijaknya dapat membezakannya. Pemikiran mereka juga didapati lebih matang berbanding rakan-rakan sebaya mereka. Kebanyakan kes seperti ini kesan jangka masa panjang adalah kurang. Antara kesan jangka masa panjang ialah melalui perhubungan persahabatan yang dibina, pada masa hadapan jika mempunyai sebarang kesulitan mungkin ada di antara rakan-rakan ini yang boleh membantu. 7.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, hasil kajian tinjauan ini mendapati penggunaan internet memberi banyak kelebihan kepada kanak-kanak khususnya pelajar sekolah. Antaranya memudahkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelbagai maklumat dapat diperolehi daripada laman sesawang yang memberi banyak informasi untuk dikongsi oleh umum. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar
  • 10. memahami konsep dan prinsip sesuatu mata pelajaran dengan mudah dan berkesan. Pencapaian pelajar juga akan menunjukkan peningkatan yang ketara. Pembelajaran dengan berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang- bidang lain. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin. Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan seandainya penggunaan internet tidak dikawal. Antaranya aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh kristian ini yang menghasilkan laman web kitab Injil yang diselewengkan dalam bahasa Malaysia. Sebaran ini dilakukan untuk memesongkan akidah agama Islam khususnya. Golongan sasaran mereka ialah golongan remaja. Selain itu, terdapat juga manusia yang menyalahgunakan internet sebagai pusat sebaran maklumat palsu untuk kepentingan peribadi mereka. Tambahan lagi, dengan adanya laman sesawang yang menawarkan bahan porografi telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana internet membenarkan akses tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari segi kehidupan yang sihat. Akhir sekali, penggunaan internet di kalangan kanak-kanak khususnya para pelajar memberi banyak kelebihan dan kelemahan bergantung kepada cara penggunaan individu tersebut.
  • 11. BORANG SOAL SELIDIK: KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN KANAK-KANAK Jantina: a) Lelaki b) Perempuan Umur: _________________ Arahan: Sila bulatkan jawapan yang berkaitan dengan diri anda. 1. Pada pendapat anda, perlukah penggunaan internet pada masa kini? a) Perlu b) Ikut keadaan c) Tidak perlu 2. Adakah anda setuju bahawa internet itu membuang masa? a)Setuju b) Tidak setuju
  • 12. 3. Adakah anda setuju bahawa internet banyak membantu dalam pembelajaran? a) Setuju b) Tidak setuju 4. Pernahkah anda (bawah umur) melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya (18 tahun ke atas)? a) Pernah b) Pernah, tidak sengaja c) Tidak pernah 5. Adakah anda setuju bahawa internet lebih banyak memberi keburukan daripada kebaikan? a) Setuju b) Tidak setuju 6. Apakah laman sesawang yang selalu dilawati? a) Laman sosial (contoh: Facebook, Myspace, Twitter) b) Youtube c) Blog d) Online game 7. Apakah gajet yang digunakan untuk melayari internet? a) Komputer riba b) Telefon bimbit c) Lain-lain. Nyatakan: __________________ 8. Dalam sehari, berapa lama masa yang diperuntukkan untuk melayari internet? a) Kurang dari 3 jam. b) Lebih dari 4 jam c) 24 jam 9. Apakah tujuan anda mempunyai laman sosial seperti Facebook, MySpace dan lain-lain? (jika ada). a) Mengisi masa lapang. b) Mencari kenalan baru. c) Mengeratkan silaturrahim dan mencari rakan/saudara yang terpisah jauh. 10. Adakah ibu bapa anda memantau anda ketika melayari internet? a) Ada b) Kadang-kadang c) Tiada