SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Download to read offline
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 
Topik 1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN 
A. Objektif 
Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 
1. Menerangkan konsep rangkaian 
2. Menerangkan medium rangkaian : wayar dan tanpa wayar 
3. Menyatakan kegunaan rangkaian 
4. Membuat ilustrasi model rangkaian 
B. Kandungan Pengajaran 
1.1 Perkembangan Rangkaian 
1.2 Maksud Rangkaian 
1.3 Kegunaan Rangkaian 
1.4 Jenis Rangkaian 
1.5 Jenis Senibina Rangkaian 
1.6 Jenis Topologi 
1.7 Jenis Teknologi Komunikasi 
1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN 
1.1 Perkembangan Rangkaian 
Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu 
ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. 
Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan 
Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan 
mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga 
membentuk rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance 
Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970, lebih dari 10 buah komputer telah 
dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah rangkaian. 
Pada tahun 1972, Roy Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik 
(emel) untuk penyelidikan ARPANET. Aplikasi tersebut mendapat sambutan baik pada 
ketika itu dan pada waktu yang sama "at" atau "pada" ([@]) diperkenalkan sebagai ikon dari 
emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan komputer yang diberi nama ARPANET mulai 
dikembangkan meluas keluar dari Amerika Syarikat. University College di London 
merupakan komputer anggota rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada 
tahun yang sama dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan 
sebuah gagasan yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian 
antarabangsa (International Network) iaitu Internet. Idea ini dipersembahkan untuk pertama 
kalinya di Sussex University. 
Pada 26 Mac 1976, dimana pada masa itu ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan sebuah 
emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari 
100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian 
atau Network. 
Pada tahun 1979, Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta Newsgroups 
pertama yang dikenali sebagai USENET (User Network). Pada tahun 1981, France Telecom 
telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia (pengguna dapat saling 
berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan pautan video (video link)). 
Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, sebuah protokol rasmi 
yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian diperlukan. Pada tahun 1982, sebuah 
2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan 
Internet Protocol (IP) telah dibentuk. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian 
saingan yang dikenali sebagai Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda, 
Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup 
USENET. 
Pada tahun 1984, sebuah sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai 
Domain Name System (DNS) telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan 
semua alamat rangkaian komputer yang sudah ada di dalam sistem DNS komputer yang 
bersambung dengan jaringan yang melebihi 1000 buah komputer. Pada tahun 1987, 
bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian telah melonjak 10 kali ganda dan 
menjadi 10000 buah lebih komputer. 
Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan 
memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih 
pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting). 
Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 buah 
komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang paling bersejarah dimana 
Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) 
yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau 
World WideWeb. 
Pada tahun 1992, komputer yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000 
buah komputer. Pada tahun yang sama, muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah). 
Pada tahun 1994, laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 
3000 alamat halaman) dan pertama kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam 
pelbagai situasi. Dunia berubah sejajar dengan adanya Enjin Carian (Search Engine) yang 
pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994. 
Pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah dilancarkan. 
3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
1.2 Maksud Rangkaian 
Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi 
sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan komunikasi 
secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian 
telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah (infrared). 
Rajah 1.1 
4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
1.3 Kegunaan Rangkaian 
1. Berkongsi fail - rangkaian membolehkan pengguna berkongsi data dan menyimpan 
salinan data (backup) kepada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail 
muzik dan dokumen. 
2. Berkongsi peranti – Pengguna dapat berkongsi peranti pencetak mesin faks, 
modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM dengan pengguna yang lain. 
3. Berkongsi akses internet – Rangkaian komputer membenarkan pengguna 
mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa 
akaun. 
4. Pengurusan perisian berpusat - Salah satu manfaat yang besar bagi memasang 
rangkaian adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam komputer pelayan 
(server). Komputer pelanggan (client) dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini 
menjimatkan masa pemasangan perisian. 
5. Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar, emel atau alat mesej segera 
(instant messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk 
menyimpan mesej untuk rujukan masa hadapan. Contoh, mel elektronik di rangkaian 
kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan 
sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG). 
5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
1.4 Jenis Rangkaian 
Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN) 
Rangkaian kawasan setempat adalah sekumpulan komputer dan peranti yang disambung 
bersama-sama yang biasanya di bangunan yang sama seperti di kawasan fizikal yang kecil, 
seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan keci l bangunan seper t i sekolah atau 
lapangan terbang. Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer 
berhubung menerusi wayar atau tanpa wayar. 
Rangkaian Kawasan Setempat 
6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN) 
MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan 
rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandar–bandar, gabungan beberapa buah 
sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN 
termasuk gabungan suara, data, imej dan video. 
Antara ciri–ciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN 
menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gentian optik) dan menjangkau 
seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian 
khas untuk sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya. 
Rangkaian Kawasan Metropolitan 
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN) 
WAN merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk 
menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri, 
negara dan benua. WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang 
paling besar dan terkenal ialah Internet. 
Rangkaian Kawasan Luas 
7 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network – PAN) 
PAN merupakan rangkaian komputer yang digunakan oleh orang perseorangan sebagai alat 
komunikasi di antara peranti komputer. Ia juga rangkaian yang meliputi kawasan beberapa 
meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba, 
pencetak PDA, telefon selular, dan lain-lain. PAN boleh dibuat melalui port USB, Port 
FireWire, infrared dan Bluetooth 
PAN – Rangkaian Kawasan Peribadi 
8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN) 
VPN ialah rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan 
akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain. 
Rangkaian ini menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.Ia selalu digunakan 
oleh bank dan syarikat berskala besar. 
Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN) 
9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN) 
WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk 
berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia 
menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics 
Engineers, IEEE 
Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN) 
10 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
WORLDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX) 
WiMAX merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi. Rangkaian ini dikenali 
dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network). Jarak WiMAX ialah 50 kilometer. 
WiMAX mempunyai 2 Bahagian iaitu; 
1. Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep manara telefon bimbit 
2. Penerima WiMAX yang dipasang dirumah. 
Rangkaian WiMax 
11 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
1.5 Jenis Senibina Rangkaian 
Senibina rangkaian adalah reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang 
merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, 
perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar 
atau tanpa wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu: 
 Pengguna – ke – Pelayan ( Client – to – Server) 
Pengguna – ke – Pelayan (Client – to – Server) 
Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan 
komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan 
menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna dari segi 
perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain – lain. Pelayan biasanya mempunyai 
spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta 
sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan. Dalam masa yang sama, 
komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh membuat kerja-kerja individu dan 
menyimpan fail kepunyaan individu di dalam komputernya. Komputer pelayan pula tidak 
memproses atau mengubah data yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya terus 
menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya. 
Antara ciri–ciri senibina rangkaian pengguna – ke – pelayan (Client – to – Server) adalah 
seperti berikut: 
I. Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan 
II. Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan. 
III. Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah komputer 
pelayan. 
IV. Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin 
keberkesanan sistem 
V. Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan. 
12 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
 Rakan – ke – rakan (Peer – to – Peer) 
Rakan - ke - Rakan (Peer – to – Peer) 
Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana semua komputer di dalam rangkaian 
bertindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna. Semua komputer berupaya 
mencapai fail yang terdapat di dalam komputer lain dan juga menyediakan fail untuk 
komputer lain pada satu-satu masa. Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer 
pelayan dan pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber-sumber 
lain dari setiap komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim, 
menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. 
P2P hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lmelebihi 5 buah komputer dan tidak 
menggunakan fail-fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh berkongsi 
data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian internet. 
Antara ciri-ciri senibina rangkaian P2P adalah seperti berikut: 
I. Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber. 
II. Perkongsian pada perkakasan dan fail boleh dibuat 
III. P2P tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah komputer 
IV. Semua komputer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di 
dalam mengirim, menerima dan memproses fail. 
13 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
1.6 Jenis Topologi 
Topologi ialah susunan geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada 
rangkaian setempat (LAN). 
Rajah 1.6 Jenis Topologi 
Topologi utama ialah: 
• Topologi Bintang (Star Topology) 
• Topologi Cecincin (Ring Topology) 
• Topologi Bas (Bus Topology) 
• Topologi Hybrid (Hybrid Topology) 
Topologi Bintang 
Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke 
satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab. 
Rajah 1.7 Topologi Bintang 
 Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab. 
 Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan lain 
dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan D. 
14 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
Topologi Cincin 
Topologi cincin adalah topologi di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang 
lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. 
Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui 
akan menerima setiap paket data. 
Rajah 1.8 Topologi Cincin 
 Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam) 
 Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C, D dan 
lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar. 
Topologi Bas 
Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi yang paling mudah. Ia terdiri 
dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang 
menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan. 
Rajah 1.9 Topologi Bas 
 Kelebihan – apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas. 
 Kekurangan – apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas. 
15 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
Topologi Hybrid 
Rajah 1.10 Topologi Hybrid 
 Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN. 
 Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh 
pengguna di dalam rangkaian. 
 Kebanyakan sumber di tempatkan di pelayan (server). 
16 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
1.7 Jenis Teknologi Komunikasi 
Intranet 
Intranet adalah rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran 
dalaman suatu organisasi. Intranet menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk 
memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan 
perkongsian data seluruh kakitangan organisasi. 
Perkakasan rangkaian standard dan teknologi perisian yang digunakan seperti Ethernet, 
WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya 
termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak boleh dicapai 
terus dari luar dan dalam. 
Rajah 1.11 Contoh intranet dalam organisasi 
17 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
Ekstranet 
Ekstranet adalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem 
telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi 
perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain. 
Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan 
kepada pengguna di luar syarikat. 
Rajah 1.12 Contoh ekstranet dalam organisasi 
18 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 
Internet 
Internet ialah rangkaian global komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh 
diakses oleh orang awam. Internet merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang 
disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan 
sambungan tanpa wayar terkini. Internet berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui 
satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet. 
Rajah 1.13 Contoh rangkaian Internet 
19 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

More Related Content

What's hot

Jaringan internet tugas TIK (ayun)
Jaringan internet tugas TIK (ayun)Jaringan internet tugas TIK (ayun)
Jaringan internet tugas TIK (ayun)ayunqurrota
 
PPT Jaringan Komputer
PPT Jaringan KomputerPPT Jaringan Komputer
PPT Jaringan KomputerFaksi
 
Powerpoint jaringan komputer
Powerpoint jaringan komputerPowerpoint jaringan komputer
Powerpoint jaringan komputerniyann
 
Presentasi Informatika BAB 5 Jaringan Komputer dan Internet
Presentasi Informatika BAB 5 Jaringan Komputer dan InternetPresentasi Informatika BAB 5 Jaringan Komputer dan Internet
Presentasi Informatika BAB 5 Jaringan Komputer dan InternetMemesByMasAgus
 
power point internet dan sistem jaringan
power point internet dan sistem jaringanpower point internet dan sistem jaringan
power point internet dan sistem jaringannandaputri
 
Tugas sim, theresia hanitalia, , yananto mihadi p., s.e., m.si., cma. telekom...
Tugas sim, theresia hanitalia, , yananto mihadi p., s.e., m.si., cma. telekom...Tugas sim, theresia hanitalia, , yananto mihadi p., s.e., m.si., cma. telekom...
Tugas sim, theresia hanitalia, , yananto mihadi p., s.e., m.si., cma. telekom...TheodoraTerdunGintin
 
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi p., se., m.si., cma.,i, telekomunikas...
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi p., se., m.si., cma.,i, telekomunikas...Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi p., se., m.si., cma.,i, telekomunikas...
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi p., se., m.si., cma.,i, telekomunikas...wandasoraya
 
Dasar Jaringan komputer Lengkap
Dasar Jaringan komputer LengkapDasar Jaringan komputer Lengkap
Dasar Jaringan komputer Lengkapsetioaribowo
 
Jaringan komputer kelas 9
Jaringan komputer kelas 9Jaringan komputer kelas 9
Jaringan komputer kelas 9yasmin afnan
 

What's hot (16)

Jaringan internet tugas TIK (ayun)
Jaringan internet tugas TIK (ayun)Jaringan internet tugas TIK (ayun)
Jaringan internet tugas TIK (ayun)
 
Jaringan komputer aplikom[1]
Jaringan komputer aplikom[1]Jaringan komputer aplikom[1]
Jaringan komputer aplikom[1]
 
PPT Jaringan Komputer
PPT Jaringan KomputerPPT Jaringan Komputer
PPT Jaringan Komputer
 
Powerpoint jaringan komputer
Powerpoint jaringan komputerPowerpoint jaringan komputer
Powerpoint jaringan komputer
 
POWER POINT SAYA
POWER POINT SAYAPOWER POINT SAYA
POWER POINT SAYA
 
MAKALAH WLAN
MAKALAH WLANMAKALAH WLAN
MAKALAH WLAN
 
TIK BAB 4
TIK BAB 4TIK BAB 4
TIK BAB 4
 
Presentasi Informatika BAB 5 Jaringan Komputer dan Internet
Presentasi Informatika BAB 5 Jaringan Komputer dan InternetPresentasi Informatika BAB 5 Jaringan Komputer dan Internet
Presentasi Informatika BAB 5 Jaringan Komputer dan Internet
 
power point internet dan sistem jaringan
power point internet dan sistem jaringanpower point internet dan sistem jaringan
power point internet dan sistem jaringan
 
Tugas sim, theresia hanitalia, , yananto mihadi p., s.e., m.si., cma. telekom...
Tugas sim, theresia hanitalia, , yananto mihadi p., s.e., m.si., cma. telekom...Tugas sim, theresia hanitalia, , yananto mihadi p., s.e., m.si., cma. telekom...
Tugas sim, theresia hanitalia, , yananto mihadi p., s.e., m.si., cma. telekom...
 
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi p., se., m.si., cma.,i, telekomunikas...
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi p., se., m.si., cma.,i, telekomunikas...Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi p., se., m.si., cma.,i, telekomunikas...
Tugas sim, wanda soraya, yananto mihadi p., se., m.si., cma.,i, telekomunikas...
 
jaringan komputer
jaringan komputer jaringan komputer
jaringan komputer
 
Dasar Jaringan komputer Lengkap
Dasar Jaringan komputer LengkapDasar Jaringan komputer Lengkap
Dasar Jaringan komputer Lengkap
 
3.jenis rangkaian
3.jenis rangkaian3.jenis rangkaian
3.jenis rangkaian
 
Pp
PpPp
Pp
 
Jaringan komputer kelas 9
Jaringan komputer kelas 9Jaringan komputer kelas 9
Jaringan komputer kelas 9
 

Viewers also liked

Bab 6 pengenalan database
Bab 6   pengenalan databaseBab 6   pengenalan database
Bab 6 pengenalan databaseSii Frc
 
Slaid bab 1.3 Keselamatan Komputer
Slaid bab 1.3 Keselamatan KomputerSlaid bab 1.3 Keselamatan Komputer
Slaid bab 1.3 Keselamatan Komputerrazak12345
 
Keselamatan dalam makmal komputer
Keselamatan dalam makmal komputerKeselamatan dalam makmal komputer
Keselamatan dalam makmal komputerAzizol Duralim
 
Keselamatan Komputer
Keselamatan KomputerKeselamatan Komputer
Keselamatan Komputeramaniasraf
 
Pengenalan Database
Pengenalan DatabasePengenalan Database
Pengenalan Databaseidnats
 
Pengenalan kepada rangkaian komputer
Pengenalan kepada rangkaian komputer Pengenalan kepada rangkaian komputer
Pengenalan kepada rangkaian komputer roiamah71
 

Viewers also liked (8)

Bab 6 pengenalan database
Bab 6   pengenalan databaseBab 6   pengenalan database
Bab 6 pengenalan database
 
Pengertian data base
Pengertian data basePengertian data base
Pengertian data base
 
Common Network Services
Common Network ServicesCommon Network Services
Common Network Services
 
Slaid bab 1.3 Keselamatan Komputer
Slaid bab 1.3 Keselamatan KomputerSlaid bab 1.3 Keselamatan Komputer
Slaid bab 1.3 Keselamatan Komputer
 
Keselamatan dalam makmal komputer
Keselamatan dalam makmal komputerKeselamatan dalam makmal komputer
Keselamatan dalam makmal komputer
 
Keselamatan Komputer
Keselamatan KomputerKeselamatan Komputer
Keselamatan Komputer
 
Pengenalan Database
Pengenalan DatabasePengenalan Database
Pengenalan Database
 
Pengenalan kepada rangkaian komputer
Pengenalan kepada rangkaian komputer Pengenalan kepada rangkaian komputer
Pengenalan kepada rangkaian komputer
 

Similar to RANGKAIAN

My Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan KomputerMy Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan Komputertaryati
 
My Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan KomputerMy Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan Komputerparawalisaja
 
Ismiyatun xii ak 1(09)
Ismiyatun xii ak 1(09)Ismiyatun xii ak 1(09)
Ismiyatun xii ak 1(09)miyatun
 
Bab 4 dasar jaringan komputer
Bab 4 dasar jaringan komputerBab 4 dasar jaringan komputer
Bab 4 dasar jaringan komputerDanastri Lintang
 
TIK Bab 5 kelas 9
TIK Bab 5 kelas 9TIK Bab 5 kelas 9
TIK Bab 5 kelas 9ariska dwi
 
media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9
media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9
media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9DyanSetyowati
 
tugas Power point
tugas Power point tugas Power point
tugas Power point poerbae
 
Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6nanda9c
 
Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6nanda9c
 
Pengenalan teknologi jaringan dan wireless
Pengenalan teknologi jaringan dan wirelessPengenalan teknologi jaringan dan wireless
Pengenalan teknologi jaringan dan wirelessIrsal Shabirin
 

Similar to RANGKAIAN (20)

My Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan KomputerMy Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan Komputer
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
My Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan KomputerMy Presentation About Jaringan Komputer
My Presentation About Jaringan Komputer
 
Ismiyatun xii ak 1(09)
Ismiyatun xii ak 1(09)Ismiyatun xii ak 1(09)
Ismiyatun xii ak 1(09)
 
Bab 4 dasar jaringan komputer
Bab 4 dasar jaringan komputerBab 4 dasar jaringan komputer
Bab 4 dasar jaringan komputer
 
TIK Bab 5 kelas 9
TIK Bab 5 kelas 9TIK Bab 5 kelas 9
TIK Bab 5 kelas 9
 
MATERI TIK KELAS 9 BAB 5
MATERI TIK KELAS 9 BAB 5MATERI TIK KELAS 9 BAB 5
MATERI TIK KELAS 9 BAB 5
 
media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9
media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9
media pembelajaran Tik bab 4 kelas 9
 
TIK BAB 5 KELAS 9
TIK BAB 5 KELAS 9TIK BAB 5 KELAS 9
TIK BAB 5 KELAS 9
 
tugas Power point
tugas Power point tugas Power point
tugas Power point
 
Internet
InternetInternet
Internet
 
TIK BAB 4
TIK BAB 4TIK BAB 4
TIK BAB 4
 
TIK BAB 4
TIK BAB 4TIK BAB 4
TIK BAB 4
 
Tik bab 4
Tik bab 4Tik bab 4
Tik bab 4
 
TIK BAB 4
TIK BAB 4TIK BAB 4
TIK BAB 4
 
Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6
 
Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6Bab 5 dan 6
Bab 5 dan 6
 
Pengenalan teknologi jaringan dan wireless
Pengenalan teknologi jaringan dan wirelessPengenalan teknologi jaringan dan wireless
Pengenalan teknologi jaringan dan wireless
 
Jaringan Komputer
Jaringan KomputerJaringan Komputer
Jaringan Komputer
 
Jaringan Komputer
Jaringan KomputerJaringan Komputer
Jaringan Komputer
 

More from Champ14n

Idea paparan.ppt
Idea paparan.pptIdea paparan.ppt
Idea paparan.pptChamp14n
 
penghayatan rukun negara-buku skrap.docx
penghayatan rukun negara-buku skrap.docxpenghayatan rukun negara-buku skrap.docx
penghayatan rukun negara-buku skrap.docxChamp14n
 
Topik 7 blog
Topik 7   blogTopik 7   blog
Topik 7 blogChamp14n
 
Topik 6 perkhidmatan internet
Topik 6   perkhidmatan internetTopik 6   perkhidmatan internet
Topik 6 perkhidmatan internetChamp14n
 
Topik 5 etika penggunaan internet
Topik 5   etika penggunaan internetTopik 5   etika penggunaan internet
Topik 5 etika penggunaan internetChamp14n
 
Topik 4 pengenalan kepada internet
Topik 4   pengenalan kepada internetTopik 4   pengenalan kepada internet
Topik 4 pengenalan kepada internetChamp14n
 
Topik 3 protokol
Topik 3    protokolTopik 3    protokol
Topik 3 protokolChamp14n
 
Topik 2 perkakasan dan perisian
Topik 2   perkakasan dan perisianTopik 2   perkakasan dan perisian
Topik 2 perkakasan dan perisianChamp14n
 
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1   pengenalan kepada pangkalan dataTopik 1   pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan dataChamp14n
 
Topik 2 pembangunan pangkalan data
Topik 2   pembangunan pangkalan dataTopik 2   pembangunan pangkalan data
Topik 2 pembangunan pangkalan dataChamp14n
 

More from Champ14n (10)

Idea paparan.ppt
Idea paparan.pptIdea paparan.ppt
Idea paparan.ppt
 
penghayatan rukun negara-buku skrap.docx
penghayatan rukun negara-buku skrap.docxpenghayatan rukun negara-buku skrap.docx
penghayatan rukun negara-buku skrap.docx
 
Topik 7 blog
Topik 7   blogTopik 7   blog
Topik 7 blog
 
Topik 6 perkhidmatan internet
Topik 6   perkhidmatan internetTopik 6   perkhidmatan internet
Topik 6 perkhidmatan internet
 
Topik 5 etika penggunaan internet
Topik 5   etika penggunaan internetTopik 5   etika penggunaan internet
Topik 5 etika penggunaan internet
 
Topik 4 pengenalan kepada internet
Topik 4   pengenalan kepada internetTopik 4   pengenalan kepada internet
Topik 4 pengenalan kepada internet
 
Topik 3 protokol
Topik 3    protokolTopik 3    protokol
Topik 3 protokol
 
Topik 2 perkakasan dan perisian
Topik 2   perkakasan dan perisianTopik 2   perkakasan dan perisian
Topik 2 perkakasan dan perisian
 
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1   pengenalan kepada pangkalan dataTopik 1   pengenalan kepada pangkalan data
Topik 1 pengenalan kepada pangkalan data
 
Topik 2 pembangunan pangkalan data
Topik 2   pembangunan pangkalan dataTopik 2   pembangunan pangkalan data
Topik 2 pembangunan pangkalan data
 

Recently uploaded

Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAdministrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAnthonyThony5
 
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfINDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfNetraHartana
 
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptmata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptMuhammadNorman9
 
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara HukumMAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukumbrunojahur
 
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditPermen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditYOSUAGETMIRAJAGUKGUK1
 
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxMateri Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxBudyHermawan3
 
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxemka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxAmandaJesica
 
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1RomaDoni5
 

Recently uploaded (8)

Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAdministrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
 
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfINDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
 
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptmata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
 
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara HukumMAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
 
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditPermen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
 
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxMateri Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
 
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxemka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
 
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
 

RANGKAIAN

  • 1. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET Topik 1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Menerangkan konsep rangkaian 2. Menerangkan medium rangkaian : wayar dan tanpa wayar 3. Menyatakan kegunaan rangkaian 4. Membuat ilustrasi model rangkaian B. Kandungan Pengajaran 1.1 Perkembangan Rangkaian 1.2 Maksud Rangkaian 1.3 Kegunaan Rangkaian 1.4 Jenis Rangkaian 1.5 Jenis Senibina Rangkaian 1.6 Jenis Topologi 1.7 Jenis Teknologi Komunikasi 1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 2. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN 1.1 Perkembangan Rangkaian Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga membentuk rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970, lebih dari 10 buah komputer telah dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah rangkaian. Pada tahun 1972, Roy Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik (emel) untuk penyelidikan ARPANET. Aplikasi tersebut mendapat sambutan baik pada ketika itu dan pada waktu yang sama "at" atau "pada" ([@]) diperkenalkan sebagai ikon dari emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan komputer yang diberi nama ARPANET mulai dikembangkan meluas keluar dari Amerika Syarikat. University College di London merupakan komputer anggota rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan sebuah gagasan yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian antarabangsa (International Network) iaitu Internet. Idea ini dipersembahkan untuk pertama kalinya di Sussex University. Pada 26 Mac 1976, dimana pada masa itu ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan sebuah emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari 100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian atau Network. Pada tahun 1979, Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta Newsgroups pertama yang dikenali sebagai USENET (User Network). Pada tahun 1981, France Telecom telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia (pengguna dapat saling berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan pautan video (video link)). Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, sebuah protokol rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian diperlukan. Pada tahun 1982, sebuah 2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 3. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan Internet Protocol (IP) telah dibentuk. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian saingan yang dikenali sebagai Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda, Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup USENET. Pada tahun 1984, sebuah sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai Domain Name System (DNS) telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan semua alamat rangkaian komputer yang sudah ada di dalam sistem DNS komputer yang bersambung dengan jaringan yang melebihi 1000 buah komputer. Pada tahun 1987, bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian telah melonjak 10 kali ganda dan menjadi 10000 buah lebih komputer. Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting). Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 buah komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang paling bersejarah dimana Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau World WideWeb. Pada tahun 1992, komputer yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000 buah komputer. Pada tahun yang sama, muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah). Pada tahun 1994, laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 3000 alamat halaman) dan pertama kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam pelbagai situasi. Dunia berubah sejajar dengan adanya Enjin Carian (Search Engine) yang pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994. Pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah dilancarkan. 3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 4. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 1.2 Maksud Rangkaian Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah (infrared). Rajah 1.1 4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 5. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 1.3 Kegunaan Rangkaian 1. Berkongsi fail - rangkaian membolehkan pengguna berkongsi data dan menyimpan salinan data (backup) kepada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen. 2. Berkongsi peranti – Pengguna dapat berkongsi peranti pencetak mesin faks, modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM dengan pengguna yang lain. 3. Berkongsi akses internet – Rangkaian komputer membenarkan pengguna mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa akaun. 4. Pengurusan perisian berpusat - Salah satu manfaat yang besar bagi memasang rangkaian adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam komputer pelayan (server). Komputer pelanggan (client) dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini menjimatkan masa pemasangan perisian. 5. Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar, emel atau alat mesej segera (instant messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk menyimpan mesej untuk rujukan masa hadapan. Contoh, mel elektronik di rangkaian kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG). 5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 6. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 1.4 Jenis Rangkaian Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN) Rangkaian kawasan setempat adalah sekumpulan komputer dan peranti yang disambung bersama-sama yang biasanya di bangunan yang sama seperti di kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan keci l bangunan seper t i sekolah atau lapangan terbang. Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar atau tanpa wayar. Rangkaian Kawasan Setempat 6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 7. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN) MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandar–bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN termasuk gabungan suara, data, imej dan video. Antara ciri–ciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gentian optik) dan menjangkau seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian khas untuk sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya. Rangkaian Kawasan Metropolitan Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN) WAN merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri, negara dan benua. WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet. Rangkaian Kawasan Luas 7 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 8. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network – PAN) PAN merupakan rangkaian komputer yang digunakan oleh orang perseorangan sebagai alat komunikasi di antara peranti komputer. Ia juga rangkaian yang meliputi kawasan beberapa meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak PDA, telefon selular, dan lain-lain. PAN boleh dibuat melalui port USB, Port FireWire, infrared dan Bluetooth PAN – Rangkaian Kawasan Peribadi 8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 9. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN) VPN ialah rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain. Rangkaian ini menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.Ia selalu digunakan oleh bank dan syarikat berskala besar. Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN) 9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 10. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN) WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers, IEEE Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN) 10 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 11. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 WORLDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX) WiMAX merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi. Rangkaian ini dikenali dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network). Jarak WiMAX ialah 50 kilometer. WiMAX mempunyai 2 Bahagian iaitu; 1. Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep manara telefon bimbit 2. Penerima WiMAX yang dipasang dirumah. Rangkaian WiMax 11 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 12. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 1.5 Jenis Senibina Rangkaian Senibina rangkaian adalah reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar atau tanpa wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:  Pengguna – ke – Pelayan ( Client – to – Server) Pengguna – ke – Pelayan (Client – to – Server) Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain – lain. Pelayan biasanya mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan. Dalam masa yang sama, komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh membuat kerja-kerja individu dan menyimpan fail kepunyaan individu di dalam komputernya. Komputer pelayan pula tidak memproses atau mengubah data yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya terus menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya. Antara ciri–ciri senibina rangkaian pengguna – ke – pelayan (Client – to – Server) adalah seperti berikut: I. Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan II. Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan. III. Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah komputer pelayan. IV. Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem V. Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan. 12 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 13. KURSUS TMK TAHUN 5 2014  Rakan – ke – rakan (Peer – to – Peer) Rakan - ke - Rakan (Peer – to – Peer) Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna. Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam komputer lain dan juga menyediakan fail untuk komputer lain pada satu-satu masa. Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer pelayan dan pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber-sumber lain dari setiap komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. P2P hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lmelebihi 5 buah komputer dan tidak menggunakan fail-fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh berkongsi data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian internet. Antara ciri-ciri senibina rangkaian P2P adalah seperti berikut: I. Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber. II. Perkongsian pada perkakasan dan fail boleh dibuat III. P2P tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah komputer IV. Semua komputer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di dalam mengirim, menerima dan memproses fail. 13 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 14. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 1.6 Jenis Topologi Topologi ialah susunan geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada rangkaian setempat (LAN). Rajah 1.6 Jenis Topologi Topologi utama ialah: • Topologi Bintang (Star Topology) • Topologi Cecincin (Ring Topology) • Topologi Bas (Bus Topology) • Topologi Hybrid (Hybrid Topology) Topologi Bintang Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab. Rajah 1.7 Topologi Bintang  Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.  Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan D. 14 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 15. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 Topologi Cincin Topologi cincin adalah topologi di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data. Rajah 1.8 Topologi Cincin  Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam)  Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C, D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar. Topologi Bas Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan. Rajah 1.9 Topologi Bas  Kelebihan – apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas.  Kekurangan – apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas. 15 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 16. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 Topologi Hybrid Rajah 1.10 Topologi Hybrid  Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.  Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di dalam rangkaian.  Kebanyakan sumber di tempatkan di pelayan (server). 16 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 17. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 1.7 Jenis Teknologi Komunikasi Intranet Intranet adalah rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman suatu organisasi. Intranet menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan perkongsian data seluruh kakitangan organisasi. Perkakasan rangkaian standard dan teknologi perisian yang digunakan seperti Ethernet, WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak boleh dicapai terus dari luar dan dalam. Rajah 1.11 Contoh intranet dalam organisasi 17 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 18. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 Ekstranet Ekstranet adalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain. Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada pengguna di luar syarikat. Rajah 1.12 Contoh ekstranet dalam organisasi 18 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
  • 19. KURSUS TMK TAHUN 5 2014 Internet Internet ialah rangkaian global komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh orang awam. Internet merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini. Internet berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet. Rajah 1.13 Contoh rangkaian Internet 19 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET