SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
TITAS
AHLI KUMPULAN : PRESHANT,SANTHISKUMAR,SANTHEKUMAR,THIPHANATH
Setiap tamadun mempunyai nilai-nilai sejagat dengan tamadun-tamadun lain.
Bincangkan apakah sebab berlakunya pertembungan antara tamadun
mengakibatkan peperangan dan krisis.
Interaksi antara tamadun boleh dinyatakan kepada dua. Iaitu, interaksi positif dan
juga interaksi negatif. Interaksi positif menimbulkan hubungan yang baik dan silaturahim
manakala interaksi negatif pula menimbulkan peperangan antara satu sama lain. Terdapat
beberapa sebab berlakunya peperangan dan krisis.
Sebab utama berlaku peperangan dan krisis antara tamadun adalah kepentingan
menguasai negara-negara jiran, sumber-sumber alam, tenaga manusia atau kawasan-
kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis atau dikatakan sebagai imperialisme iaitu
memperluaskan kuasa penjajahan mereka.
Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara
daripada diceroboh oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada
ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat perkembangan atau
pengecutan kuasa sesuatu kerajaan. Oleh sebab sempadan-sempadan tidak didasarkan
persetujuan politik tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit
politik, maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan.
Contohnya ialah tamadun Mesopotamia di mana peperangan berlaku di kalangan negara
kota yang disebabkan ketiadaan sempadan yang jelas.
Peperangan juga atas sebab sesetengah tamadun memperoleh sumber-sumber
ekonomi yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan. Persaingan
selalu tercetus untuk merampas atau menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti
logam mendapatkan tanah-tanah yang subur untuk pertanian, mendapatkan tenaga
perburuhan; tenaga hamba untuk mengerjakan ladangladang besar yang dikenali Latifundia
di Semenanjung Itali dan Afrika Utara. Di Mesopotamia, negara-kota sering berperang untuk
mengawal sumber air daripada sungai Tigris dan Euphrates.
Kadangkala peperangan juga dilancarkan untuk membendung semangat
memberontak demi kepentingan mengekalkan kestabilan politik. Sparta, misalnya, menakluk
negara kota jirannya iaitu Messenia dan penduduk- penduduknya dipaksa mengusahakan
tanah pertanian untuk rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar. Tentera Sparta
biasanya melakukan kekerasan untuk menghambakan orang-orang Messenia dan
memecahkan semangat penentangan.
Kekerasan dan peperangan ini untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam
negara/empayar dan juga di luar negara. Perdagangan antarabangsa dan jalan
perdagangan biasanya meliputi beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk
menjamin eksport dan import. Rom, misalnya berperang dengan Carthage untuk
mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh Lautan Meditteranean.
Selain itu, faktor keagamaan juga menyebabkan peperangan dan krisis antara satu
tamadun dengan tamadun yang lain. Dari segi agama, Kepercayaan yang berbeza dan
amalan atau pendapat yang berlainan menyebabkan pertembungan begini dalam satu
tamadun dengan yang lain. Perselisihan faham dan ketidakfahaman konsep agama
TITAS
AHLI KUMPULAN : PRESHANT,SANTHISKUMAR,SANTHEKUMAR,THIPHANATH
menyebabkan keadaan yang berhuru hara dan menjadi punca utama berlaku keganasan
dalam kalangan rakyatnya. Seterusnya, penyebaran agama yang tidak dapat diterima oleh
sesekumpulan masyarakat yang setimpan di kawasan-kawasan berikut juga menyebabkan
krisis dan peperangan antara masyarakat. Seperti contohnya, di makkah, orang quraisy tidak
dapat menerima ajaran islam dan mereka menentang agama islam disebabkan oleh
kepercayaan yang berbeza dari segi agama mereka dan mereka ingin menghapuskan
agama tersebut. Inilah menjadi salah satu punca utama berlaku perang badar dan juga
perang perang yang berterusan. Contoh yang seterusnya di India. Pendapat yang berlainan
antara satu suku kaum yang menganuti agama islam dan satu lagi suku kaum yang
menganuti agama hindu menjadi pergaduhan antara satu sama lain. Orang beragama hindu
membunuh umat islam dan membakar masjid dan juga orang islam membunuh orang
beragama hindu dan menghapuskan tapak-tapak kuil di india.
Akhir kata, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri etika dan pendapat yang berbeza dengan
tamadun-tamadun yang lain. Inilah menjadi punca-punca berlaku peperangan dan krisis
antara satu tamadun dengan yang lain walaupun mempunyai banyak persamaan dari segi
nilai-nilai murninya. Jadi peperangan dan krisis ini bukan berlaku disebabkan oleh memiliki
tamadun yang berlainan malahanya ia berlaku disebabkan oleh pegangan dan pendapat
rakyat yang berbeza antara rakyat di satu tamadun dengan rakyat di tamadun yang lain.

More Related Content

Similar to Setiap tamadun mempunyai nilai

Kapita selekta (kebudayaan dan politik)
Kapita selekta (kebudayaan dan politik)Kapita selekta (kebudayaan dan politik)
Kapita selekta (kebudayaan dan politik)guest038b46
 
Bab 18-dialog-peradaban (1)
Bab 18-dialog-peradaban (1)Bab 18-dialog-peradaban (1)
Bab 18-dialog-peradaban (1)Jejaka Indah
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaDeeba Arumugam
 
Indonesian
IndonesianIndonesian
Indonesianhajj2013
 
Sifat dan Bentuk Interaksi sosial budaya dalam pembangunan nasional
Sifat dan Bentuk Interaksi sosial budaya dalam pembangunan nasionalSifat dan Bentuk Interaksi sosial budaya dalam pembangunan nasional
Sifat dan Bentuk Interaksi sosial budaya dalam pembangunan nasionalFathimah Aulia
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaMakhmod Sarmin
 
Sekarang mari kita lihat konflik palestina
Sekarang mari kita lihat konflik palestinaSekarang mari kita lihat konflik palestina
Sekarang mari kita lihat konflik palestinaLa Meza
 
Nota ringkas 2 TAMADUN MELAYU
Nota ringkas 2 TAMADUN MELAYUNota ringkas 2 TAMADUN MELAYU
Nota ringkas 2 TAMADUN MELAYUJasmine Mit
 
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNGTAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNGImperial University
 
Multikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi Masyarakat
Multikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi MasyarakatMultikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi Masyarakat
Multikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi MasyarakatAnissatul Mukhoiriyah
 
Nasionalisme dalam pandangan Syariah Islam
Nasionalisme dalam pandangan Syariah IslamNasionalisme dalam pandangan Syariah Islam
Nasionalisme dalam pandangan Syariah IslamAlat_Survey_Pemetaan
 

Similar to Setiap tamadun mempunyai nilai (20)

Kapita selekta (kebudayaan dan politik)
Kapita selekta (kebudayaan dan politik)Kapita selekta (kebudayaan dan politik)
Kapita selekta (kebudayaan dan politik)
 
Konflik Antar Suku (Presentasi)
Konflik Antar Suku (Presentasi)Konflik Antar Suku (Presentasi)
Konflik Antar Suku (Presentasi)
 
Bab 2 Nilai-nilai universal tamadun islam
Bab 2   Nilai-nilai universal tamadun islamBab 2   Nilai-nilai universal tamadun islam
Bab 2 Nilai-nilai universal tamadun islam
 
Bab 18-dialog-peradaban (1)
Bab 18-dialog-peradaban (1)Bab 18-dialog-peradaban (1)
Bab 18-dialog-peradaban (1)
 
Makalah muluk al thawaif
Makalah muluk al thawaifMakalah muluk al thawaif
Makalah muluk al thawaif
 
Sejarah Peradaban Islam - Perang Salib
Sejarah Peradaban Islam - Perang SalibSejarah Peradaban Islam - Perang Salib
Sejarah Peradaban Islam - Perang Salib
 
tamadun
tamaduntamadun
tamadun
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysia
 
Document (4)
Document (4)Document (4)
Document (4)
 
Indonesian
IndonesianIndonesian
Indonesian
 
Sifat dan Bentuk Interaksi sosial budaya dalam pembangunan nasional
Sifat dan Bentuk Interaksi sosial budaya dalam pembangunan nasionalSifat dan Bentuk Interaksi sosial budaya dalam pembangunan nasional
Sifat dan Bentuk Interaksi sosial budaya dalam pembangunan nasional
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
 
Sekarang mari kita lihat konflik palestina
Sekarang mari kita lihat konflik palestinaSekarang mari kita lihat konflik palestina
Sekarang mari kita lihat konflik palestina
 
Bab 1 titas
Bab 1 titasBab 1 titas
Bab 1 titas
 
Nota ringkas 2 TAMADUN MELAYU
Nota ringkas 2 TAMADUN MELAYUNota ringkas 2 TAMADUN MELAYU
Nota ringkas 2 TAMADUN MELAYU
 
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNGTAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
 
Multikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi Masyarakat
Multikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi MasyarakatMultikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi Masyarakat
Multikulturalisme di Indonesia dan Pengaruhnya Bagi Masyarakat
 
Bab 6 (2)
Bab 6 (2)Bab 6 (2)
Bab 6 (2)
 
Budaya konteks multikultural
Budaya konteks multikulturalBudaya konteks multikultural
Budaya konteks multikultural
 
Nasionalisme dalam pandangan Syariah Islam
Nasionalisme dalam pandangan Syariah IslamNasionalisme dalam pandangan Syariah Islam
Nasionalisme dalam pandangan Syariah Islam
 

Setiap tamadun mempunyai nilai

  • 1. TITAS AHLI KUMPULAN : PRESHANT,SANTHISKUMAR,SANTHEKUMAR,THIPHANATH Setiap tamadun mempunyai nilai-nilai sejagat dengan tamadun-tamadun lain. Bincangkan apakah sebab berlakunya pertembungan antara tamadun mengakibatkan peperangan dan krisis. Interaksi antara tamadun boleh dinyatakan kepada dua. Iaitu, interaksi positif dan juga interaksi negatif. Interaksi positif menimbulkan hubungan yang baik dan silaturahim manakala interaksi negatif pula menimbulkan peperangan antara satu sama lain. Terdapat beberapa sebab berlakunya peperangan dan krisis. Sebab utama berlaku peperangan dan krisis antara tamadun adalah kepentingan menguasai negara-negara jiran, sumber-sumber alam, tenaga manusia atau kawasan- kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis atau dikatakan sebagai imperialisme iaitu memperluaskan kuasa penjajahan mereka. Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat perkembangan atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan. Oleh sebab sempadan-sempadan tidak didasarkan persetujuan politik tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan. Contohnya ialah tamadun Mesopotamia di mana peperangan berlaku di kalangan negara kota yang disebabkan ketiadaan sempadan yang jelas. Peperangan juga atas sebab sesetengah tamadun memperoleh sumber-sumber ekonomi yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan. Persaingan selalu tercetus untuk merampas atau menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti logam mendapatkan tanah-tanah yang subur untuk pertanian, mendapatkan tenaga perburuhan; tenaga hamba untuk mengerjakan ladangladang besar yang dikenali Latifundia di Semenanjung Itali dan Afrika Utara. Di Mesopotamia, negara-kota sering berperang untuk mengawal sumber air daripada sungai Tigris dan Euphrates. Kadangkala peperangan juga dilancarkan untuk membendung semangat memberontak demi kepentingan mengekalkan kestabilan politik. Sparta, misalnya, menakluk negara kota jirannya iaitu Messenia dan penduduk- penduduknya dipaksa mengusahakan tanah pertanian untuk rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar. Tentera Sparta biasanya melakukan kekerasan untuk menghambakan orang-orang Messenia dan memecahkan semangat penentangan. Kekerasan dan peperangan ini untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam negara/empayar dan juga di luar negara. Perdagangan antarabangsa dan jalan perdagangan biasanya meliputi beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk menjamin eksport dan import. Rom, misalnya berperang dengan Carthage untuk mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh Lautan Meditteranean. Selain itu, faktor keagamaan juga menyebabkan peperangan dan krisis antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Dari segi agama, Kepercayaan yang berbeza dan amalan atau pendapat yang berlainan menyebabkan pertembungan begini dalam satu tamadun dengan yang lain. Perselisihan faham dan ketidakfahaman konsep agama
  • 2. TITAS AHLI KUMPULAN : PRESHANT,SANTHISKUMAR,SANTHEKUMAR,THIPHANATH menyebabkan keadaan yang berhuru hara dan menjadi punca utama berlaku keganasan dalam kalangan rakyatnya. Seterusnya, penyebaran agama yang tidak dapat diterima oleh sesekumpulan masyarakat yang setimpan di kawasan-kawasan berikut juga menyebabkan krisis dan peperangan antara masyarakat. Seperti contohnya, di makkah, orang quraisy tidak dapat menerima ajaran islam dan mereka menentang agama islam disebabkan oleh kepercayaan yang berbeza dari segi agama mereka dan mereka ingin menghapuskan agama tersebut. Inilah menjadi salah satu punca utama berlaku perang badar dan juga perang perang yang berterusan. Contoh yang seterusnya di India. Pendapat yang berlainan antara satu suku kaum yang menganuti agama islam dan satu lagi suku kaum yang menganuti agama hindu menjadi pergaduhan antara satu sama lain. Orang beragama hindu membunuh umat islam dan membakar masjid dan juga orang islam membunuh orang beragama hindu dan menghapuskan tapak-tapak kuil di india. Akhir kata, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri etika dan pendapat yang berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain. Inilah menjadi punca-punca berlaku peperangan dan krisis antara satu tamadun dengan yang lain walaupun mempunyai banyak persamaan dari segi nilai-nilai murninya. Jadi peperangan dan krisis ini bukan berlaku disebabkan oleh memiliki tamadun yang berlainan malahanya ia berlaku disebabkan oleh pegangan dan pendapat rakyat yang berbeza antara rakyat di satu tamadun dengan rakyat di tamadun yang lain.