Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
BAB 18
DIALOG PERADABAN

Apa itu Dialog Peradaban?

1

1. Perkataan dialog berasalah dari istilah bahasa Inggeris iaitu di...
2

TEORI HUNTINGTON

1. Dalam buku The Clash Of Civilization oleh Samuel Huntington menyatakan konflik antara Islam dan
Ba...
masing-masing.
10. Islam bukan hanya bertujuan mempertahankan kewujudannya sebagai agama, tetapi juga mengakui
kewujudan a...
kuasa anti-barat serta suatu fahaman yang menunjukkan keganasan. Manakala, dari segi
pemandangan Timur serta lebih-lebih l...
Tetapi,kini kepelbagaian individu dari segi personaliti, agama, kaum, budaya, tradisi,pemikiran,
tahap sosial dan pekerjaa...
peradaban yang dipraktikkan tidak dijalankan disemua peringkat dan mereka berpendapat
bahawa ia hanya mengambil berat akan...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Bab 18-dialog-peradaban (1)

  • Login to see the comments

Bab 18-dialog-peradaban (1)

  1. 1. BAB 18 DIALOG PERADABAN Apa itu Dialog Peradaban? 1 1. Perkataan dialog berasalah dari istilah bahasa Inggeris iaitu dialogue yang bermakna perbicaraan, perbualan, percakapan, pertukaran pendapat, dan tanya jawab. 2. Berasaskan maksud tersebut, dialog boleh diertikan sebagai ³suatu percubaan antara dua belah pihak yang berlainan pendapat, kepercayaan atau pandangan untuk melakukan satu aktiviti pertukaran pendapat, dengan tujuan menambahkan pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan seterusnya membolehkan wujudnya sikap saling memahami antarakedua-dua belah pihak´. 3. Mengikut Kamus Dewan (2005) pula, dialog didefinisikan sebagai satu perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya. 4. Menurut Dr. Abdel Kader Fustok, menyatakan bahawa dialog adalah suatu proses yang luas dan bermakna dalam. Beliau menyatakan ³Dialog´ merupakan ayat yang berasal dari kata yunani ³Dia´ yang bermaksud melalui dan ³logos´ yang bermakna kata-kata atau makna. oleh itu, dialog ialah suatu konsep proses penyampaian kata-kata dan makna kepada beberapa orang dan kumpulan. 5. Oleh itu,kita boleh menyimpulkan bahawa dialog ialah perbincangan dan pertukaran pendapat yang melibatkan lebih dari seseorang tentang sesuatu perkara atau isu. 6. Manakala peradaban pula dengan merujuk Kamus Dewan diertikan sebagai tamadun, keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya. 7. Kesimpulannya, peradaban ialah proses tamadun yang merujuk kepada pencapaian masyarakat dari segi kebendaan dan tatasusila yang tinggi. 8. Pembangunan sesebuah tamadun pasti akan merangkumi pencapaian dalam perbandaran, kerohanian, kesenian, perundangan, pemerintahandan lain-lain lagi seperti yang terdapat dalam perkembangan sesebuah tamadun awal. 9. Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban (2001) pula menjelaskan dialog peradaban sebagai perbuatan mendengar kepada kepercayaan, pengadilan, kerisauan masyarakat bukan hanya terhadap budaya yang berlainan, etnik atau latar belakang kepercayaan tetapi juga perbezaan keyakianan politik, kedudukan sosial dan kekuatan ekonomi. 10. Menurut Osman Bakar, dialog peradaban ialah komuniti dari pelbagai latar belakang bersama untuk berinteraksi dan mengenali antara mereka untuk mencari kebaikan bersama kerana dipaksa oleh keadaan untuk hidup bersama walaupun mempunyai kepercayaan agama, cara kehidupan beragama, dan ideologi politik yang berbeza´. 11. Dapatlah disimpulkan bahawa dialog peradaban merupakan satu perbincangan yang diadakan bertujuan menukar pendapat untuk memupuk persefahaman dan permuafakatan dalam menyelesaikan sesuatu perkara dengan interaksi dengan pihak lain. 1 http://www.scribd.com/doc/61246138/Apa-Itu-Dialog-Peradaban 1
  2. 2. 2 TEORI HUNTINGTON 1. Dalam buku The Clash Of Civilization oleh Samuel Huntington menyatakan konflik antara Islam dan Barat semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor: a. Pertumbuhan penduduk Muslim yang cepat telah meningkatkan jumlah pengangguran sehingga menimbulkan ketidakpuasan di kalangan kaum muda Muslim. b. Kebangkitan Islam telah memberikan keyakinan baru kepada kaum Muslim akan keistimewaan dan ketinggian nilai dan peradaban Islam, berbanding nilai dan peradaban barat. c. Secara bersamaan, Barat berusaha meletakkan nilai dan institusinya sebagai nilai dan institusi sejagat untuk menjaga kepentingan ketenteraan dan ekonominya, dan turut campur dalam konflik di dunia Muslim. Hal ini telah menimbulkan kemarahan kepada kaum Muslim. d. Dengan runtuhnya Komunisme, Islam dan Barat merasakan mereka akan mengancam kedudukan antara satu sama lain. e. Meningkatkan interaksi antara Muslim dan Barat telah mendorong perasaan baru pada pihak masing-masing akan identiti mereka sendiri, dan bahawa mereka berbeza dengan yang lain. Bahkan, menurut Huntington, dalam kedua-dua masyarakat – Islam dan Barat - sikap toleran terhadap satu sama lain telah merosot pada dekad 1980-an dan 1990-an. 2. Konflik antara Islam dan Barat, menurut Huntington, berlaku disebabkan adanya perbezaan hakikat dan peradaban yang dibangunkan oleh Islam dan Barat. Pada satu sudut yang lain, konflik antara Islam dan Barat lahir daripada perbezaan, terutama konsep Muslim yang memandang Islam sebagai way of life yang menyatukan agama dan politik. Konsep ini bertentangan dengan konsep Kristian yang memisahkan kekuasaan tuhan dan kekuasaan Raja (sekularisme). 3. Namun, jika dilihat dari sudut yang lain pula konflik itu tercetus daripada persamaan iaitu keduaduanya merasakan sebagai agama yang benar. PUNCA KONFLIK 1. Disebabkan perbezaan intelektual dan keagamaan, tradisi intelektual manusia turut berbeza. Proses pemahaman agama juga kadangkala mengundang masalah dan konflik. 2. Sungguhpun begitu, titik temu antara agama boleh dilakukan bagi membendung permusuhan dan peperangan yang berpanjangan. 3. Timbulnya konflik peradaban pada abad ini disebabkan oleh kejahilan yang disertai dengan rasa kesangsian dan permusuhan terhadap satu sama lain yang telah menghalang mereka daripada menjalinkan hubungan yang berkekalan dan berkembang maju. 4. Memandangkan keganasan kaum semakin memuncak dalam keadaan masyarakat pelbagai kaum dan di merata-rata tempat, maka perlu ditekankan betapa pentingnya dialog antara kaum, agama, antara budaya atau peradaban diadakan pada masa ini. 5. Contohnya ketegangan antara Islam-Kristian berakar umbi daripada interaksi yang berasaskan sikap yang beranggapan pihak masing-masinglah yang paling benar. Masing-masing menganggap merekalah pengikut agama yang unggul. Mereka bersaing untuk menyebarkan dakwah. 6. Saingan ini kadang-kadang membawa ketegangan dan menyukarkan kewujudan situasi yang saling memahami dan menghormati antara Islam dan Kristian. Kadang-kadang kesukaran semakin bertambah kerana didorong oleh kepentingan politik mahupun teologi. 7. Oleh itu, dialog harus difokuskan kepada titik-titik persamaan antara kedua-dua agama. Perbezaan yang boleh menimbulkan perselisihan harus dihindari. 8. Antara titik persamaan yang boleh diketengahkan ialah penciptaan suatu kehidupan bermoral yang menj unjung tinggi nilai-nilai keagamaan dalam segala aspek kehidupan dan peradaban manusia. 9. Setiap pemeluk agama bertanggungjawab untuk membudayakan sikap keterbukaan, menerima perbezaan dan menghormati kemajmukan, disertai oleh ketaatan dan komitmen terhadap agama 2 http://ummatanwasatan.net/2008/07/kepentingan-dialog-antara-peradaban-bhg-1/ 2
  3. 3. masing-masing. 10. Islam bukan hanya bertujuan mempertahankan kewujudannya sebagai agama, tetapi juga mengakui kewujudan agama-agama lain dan memberikannya hak untuk hidup berdampingan sambil menghormati penganut agama lain. Cabaran Dialog Peradaban Di Malaysia Antara cabaran utama yang menjadi tribulasi kepada perkembangan proses dialog peradaban di Malaysia: 1. Sikap fanatik dan perkauman. Semasa perbincangan dialog diadakan tidak boleh membincang sesuatu isu yang bersifat fanatik dan perkauman kerana akan menjadikan dialog peradaban tidak menepati pencapaiannya dan hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja. Ini telah membolehkan masyarakat tidak lagi menaruh harapan terhadap diskusi peradaban kerana mengikut pandangan mereka hanya pihak yang mendominankan perbincangannya sahaja dapat menikmati faedah manakala pihak lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Ini tidak mencapai matlamat untuk menyatukan kaum di Malaysia dan memupuk perpaduan serta mencari jalan penyelesaiannya yang disetuju oleh semua kaum terhadap sesuatu masalah tetapi hanya merumitkan lagi perpisahankaum dan perasaan fanatik dalam diri masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam perbincangan harus mempunyai minda yang terbuka serta perasaan perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara.Misalnya, semasa kaum-kaum majoriti Malaysia iaitu kaum cina, India dan Melayu melibatkan diri dalam diolog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya mengetengahkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan keperluan kaum mereka sahaja. Sebagai contoh, isu-isu kebajikan dan sistem pendidikan yang mengkhususkan sesuatu kaum tetapi ia tidak memberi manfaat secara bersama. 2. Perspektif yang salah pihak tertentu terhadap pihak yang lain. Perasaan dan tanggapan yang salah terhadap sesebuah peradaban adalah kerana menganggapnya sebagai satu ancamaan kepada kepentingan pihak tertentu. Dialog peradaban yang dijalankan di antara dua pihak yang berbeza budaya, kefahaman dan nilai amalannya boleh mengundang perspektif yang salah dan pihak yang tidak bersetuju dengan peradabannya akan berfikir bahawa ini merupakan satu helah yang memberi peluang kepada pihak lain untuk mempengaruhi mereka melalui budayanya serta meleburkan nilai jati diri sesebuah budaya tersebut. Sebagai contoh seperti yang melibatkan Negara kita pada masa kini sebagai satu kuasa Islam. Umat Islam sejak masa Nabi Muhammad SAW dan masa Khalifah Ar-Rasyidin hingga sekarang memahami kenyataan adanya k majmukan dan perbezaan dalam keyakinan terhadap agama masing-masing. Dalam konteks sekarang pula, sebagaimana kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menyampaikan ucapannya pada Persidangan Antarabangsa ketiga Dunia Islam dan Barat, bahawa konflik yang timbul antara dunia Islam dan negara barat(Kristian) bukan berpunca daripada kepercayaan agama yang berbeza tetapi kerana manipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiran sempit atau sekular. Mereka menganjurkan 'kekerasan' atas nama agama. Kekerasan yang dianjurkan ini pada umumnya didorong oleh keyakinan keagamaan, bahawa tindakan mereka adalah sejajar dengan perintah Tuhan yang terdapat dalam teks-teks kitab suci mereka.Ucapan yang diberikan seumpama ini boleh mengakibatkan kemarahan pihak barat dan mengukuhkan lagi perasaan salah tanggapan mereka. Ini mengambarkan mereka sebagai satu 3
  4. 4. kuasa anti-barat serta suatu fahaman yang menunjukkan keganasan. Manakala, dari segi pemandangan Timur serta lebih-lebih lagi oleh kuasa Islam, Barat merupakan satu kuasa penjajahan yang hanya mementingkan kepentingan mereka sahaja. Mereka tidak pernah mengambil kira kepentingan orang lain. Selain itu, mereka juga berfikir dengan kuasa dan kepimpinan, mereka boleh menguasai sesebuah negara dan menjajahnya dengan mengatakan mereka menolongnya. Kedua-dua pihak ini saling mempunyai tanggapan yang salah terhadap masing-masing dan masih lagi kita melihat keadaan ini berterusan. Ini juga jelas ditunjukkan apabila kuasa barat dan Islam tidak pernah dan mahu untuk bekerjasama dalam mana-mana tujuan. 3. Cabaran interaksi yang terhad. Kekurangan sumber-sumber untuk menggalakkan dialog peradaban dalam Malaysia merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan penginteraksian menjadi terhad. Masalah seperti salah faham dan prasangka hanya akan wujud jika kekurangan galakkan untuk interaksi supaya dialog peradaban dapat diwujudkan dan dipraktikkan dalam kalangan masyarakat. Interaksi terhad antara pelbagai kaum berada dalam keadaan yang terhad seperti Institut Pengajian Tinggi yang hanya berinteraksi dalam lingkungannya, kawasan taman perumahan yang terpisah secara sistematik mengikut kedudukan dalam petempatan tertentu serta sistem pendidikan yang mengkhususkan kaum tertentu. Misalnya,universiti berperanan berfungsi sebagai satu tempat untuk berinterasksi dalam satu komuniti iaitu ilmu pengetahuan. Dari segi konteks diolog peradaban pula, ia menjadi tempat yang penting untuk mempelajari budaya dan pengalaman kehidupan beragama,adat dan tamadun bangsa orang lain selain daripada lingkungan sendiri dan masyarakatnya. Menerusi sesuatu perbincangan yang diadakan dalam kalangan pelajar, pertukaran idea, interaksi yang berasaskan ilmu pengetahuan, para siswazah dapat menjalani satu proses sosiologi yang berterusan yang boleh menyesuaikan dengan proses semula jadi yang mementingkan tindakbalas yang berbentuk positif dalam proses sosialisasi. 4. Kekurangan toleransi. Toleran merupakan salah satu proses untuk memahami dan menerima sesuatu perkara yang kita tidak menganuti serta rasional untuk menerima dan mempraktikkanya. Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik kaum yang berbeza yang menganuti pelbagai agama dan budaya tersendiri. Toleransi dalam kamus bermaksud sedia menghormati atau menerima pendapat serta pendirian orang lain yang berbeza dengan pendirian diri sendiri. Dengan prinsip ini, toleransi antara sesebuah kaum dengan kaum lain adalah dengan menerima tradisi, prinsip agama dan budaya mereka. Kebolehan untuk memahami dan menghormati pandangan orang lain serta keupayaan untuk menerima pendapat orang lain boleh meningkatan kefahaman budaya seseorang. Jika tidak mempunyai amalan menolak fakta serta berkeras untuk tidak mempersetujui sesuatu perkara yang melibatkan kaum lain, rusuhan serta pertelingkahan antara kaum boleh berlaku. Misalnya dalam soal agama. Penduduk Malaysia yang mengamalkan pelbagai ajaran agama menjadi teras dan aspek penting kepada pelaksanaan dialog peradaban. Pastinya dalam berbagai-bagai kaum, terdapat nilai atau ajaran yang serupa walaupun tidak sama. Kita boleh menggunakan nilai yangserupa sebagai titik asas untuk berinteraksi dan berkongsi pandangan dan pendapat,Sebagai contoh nilai-nilai sejagat. Semua agama mengajar nilai-nilai murni yang baik seperti bertolak ansur, berbudi dan lain-lain lagi. 5. Sifat kepelbagaian budaya yang berpunca kepada perbezaan. Seperti yang diketahui, Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang menganuti pelbagai ajaran agama dan budaya.Perbezaan ini boleh mewujudkan jurang pemisah yang ketara dalam masyarakat. Untuk mengurangkan jurang perbezaan dan perfahaman, diolog peradaban adalah sangat penting. 4
  5. 5. Tetapi,kini kepelbagaian individu dari segi personaliti, agama, kaum, budaya, tradisi,pemikiran, tahap sosial dan pekerjaan menjadi cabaran dan kekangan untuk merealisasikan pelaksanaan proses dialog peradaban. Masyarakat Malaysia yang majmuk terdiri daripada berbilang bangsa, agama, budaya serta pemikiran yang pelbagai sudah mengundang cara hidup dan berfikir yang berbagai ragam serta berbeza. Situasi ini pastinya akan mewujudkan pandangan dan sikap yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Inilah menjadi sebagai satu cabaran proses diolog peradaban. Salah satu peristiwa yang melanda Negara ini pada tahun 69-an ialah peristiwa 13 Mei. Ini dikatakan berlaku kerana perbezaan sosioekonomi, masalah interaksi sosiobudaya dan identiti bangsa yang timbul di kalangan orang melayu dan cina pada amnya antara golongan bumiputera dan bukan bumiputera. Oleh itu, perbezaan-perbezaan ini menjadi isu sensitif yang sukar dan tidak boleh dibahaskan dan hal-hal seperti ini tidak boleh dibincangkanan secara mendalam. Sikap keterbukaan dan penerimaan yang masih lagi gagal dipupuk dalam kalangan individu menjadi satu halangan kepada dialog peradaban. Pemupukan sikap fundamental dengan menerima dan menghormati perbezaannya selain mencari persamaan serta mengambil inisiatif untuk membincang hal-hal dipersetujui bersama adalah lebih wajar. 6. Polarisasi kaum yang berada pada tahap kritikal. Polarisasi di sini merujuk kepada ertikata setiap kaum akan berkelompok di dalam kaum masing-masing perhubungan dengan kaum lain adalah terhad dan berhubungan dengan kaum lain hanya dilakukan apabila terdapat keperluan dan kepentingan yang mustahak dan tidak dapat elakkan. Ini memperlihatkan bahawa polarisasi kaum di Malaysia pada masa ini menjadi semakin kritikal dan secara langsung menjadi cabaran kepada proses dialog peradaban. Sebagai contoh, sesebuah kaum yang terikat dengan kelompoknya hanya berhubungan dengan kelompok atau kaum lain apabila terdapat kepentingan ekonomi dan politik. Ini merupakan salah satu bentuk hubungan yang palsu. Apabila perhubungan yangberbentuk palsu ini dijalankan segala usaha untuk memartabatkan keharmonian antara Negara pasti tidak akan dicapai kerana mereka seolah-olah menerima perbezaan kaum lain dengan sikap terbuka tetapi sebaliknya mereka hanya menjalinkan hubungan semata-mata untuk memenuhi kehendak mereka. Mungkin ini berpunca daripada amalan keluarganya yang menekankan kepentingan kaum sejak kecil lagi dan ini menjadi salah satu bahagian dalam kehidupan mereka yang tidak dipisahkan. Sebagai contoh, isu dan hak golongan bumiputera sebagai golongan tua dan peribumi Negara kita. Sebarang hak dan istimewa kedudukan mereka tidak boleh disoal mengikut adat perundangan negara kita. Tetapi, masih lagi dipersoalkan seperti hak-hak kebajikan secara tidak langsung dan terselindung oleh kaum lain dengan menggunakan istilah satu Malaysia. Iaitu kesamarataan dalam semua perkara kepada semua kaum di Negara kita. Dalam soal seperti ini, walaupun diolog peradaban boleh memainkan peranannya tetapi tidak dapat mencapai objektifnya kerana dihalang oleh perundangan serta akan mengakibatkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana mereka masih lagi terikat dengan polarisasi kaum mereka. 7. Ketidakfahaman etnik dan jurang pemisah. Mengetahui sesuatu etnik secara mendalam dan mendekati mereka mengikut kehendak mereka adalah satu keperluan dalam proses dailog peradaban. Ketidakfahaman etnik boeh menyebabkan kita tidak memahami unsur-unsur penyatuan seperti fungsi lengkap melengkapi antara pelbagai etnik dan peradaban mereka. Perbincangan dialog yang diadakan dalam kalangan golongan tertentu sahaja tidak wajar dan perlu melibatkan pelbagai peringkat dan etnik kaum di Negara Malaysia kerana bukan hanya golongan majoriti yang diberi perhatian malah golongan minoroti juga turut dipelihara kepentingannya. Jurang pemisah antara golongan kaya dan yang miskin juga boleh mewujudkan krisis lingkungan. Ketidakfahaman ini dan jurang antara etnik telah menyebabkan dialog 5
  6. 6. peradaban yang dipraktikkan tidak dijalankan disemua peringkat dan mereka berpendapat bahawa ia hanya mengambil berat akan hal-hal golongan majoriti dan kepentingan etnik minoriti tidak terpelihara dan tidak diambil kira kepentingannya. Sebagai contoh etnik minoriti seperti masyarakat Siam di Kelantan, Kedah dan Perlis serta masyarakat Portugis di Melaka perlu diambilkira nilainya serta berkongsi pendapat dan mempraktikkannya norma-norma dan nilai kehidupan sebagai nilai-nilai yang diterima umum kerana jurang pemisah yang wujud boleh menyebabkan perasaan polarisasi dan kewujudan rasa curiga akan kedudukan mereka yang boleh memberi kesan negatif kepada Negara pada masa akan datang serta melahirkan prinsip poligami seperti kedusunan, kedazanan di sabah danSarawak. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai perbezaan perlu mengambil langkah untuk mengatasi cabaran-cabaran proses dialog peradaban supaya pelaksanaannya dapat dimaksimumkan dan menepati kepentingan bersamanya. Pelaksanaan proses dialog peradaban akan memberi peluang kepada setiap individu untuk mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing serta dapat membentuk masyarakat yang saling lengkap melengkapi supaya dapat melahirkan negara yang seimbangan serta tidak berpusatkan kepentingan tertentu sahaja. 6

×