Tamadun Islam

14,981 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
14,981
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
323
Comments
0
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tamadun Islam

  1. 1. 1 1.0 PENGENALAN Perkataan tamadun sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan tamadun selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi. Di dalam laman web http://cikthur.blogspot.com/2010/04/konsep- asas-tamadun-islam.html ada menjelaskan bahawa perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa Arab yang merupakan kata kerja dan membawa maksud perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana diterbitkan perkataan madani yang merujuk sifat sesuatu yang berkaitan pembangunan pembandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama. Menurut blog http://cikthur.blogspot.com/2010/04/konsep-asas-tamadun- islam.html lagi, perkataan bahasa Arab lain yang turut digunakan untuk mentakrifkan tamadun ialah hadarah yang berasal daripada perkataan hadara yang merujuk kepada perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi. Hadarah juga bererti tinggal menetap dalam sesebuah wilayah, daerah atau bahagian ibu kota dan bandar. Manakala tamadun dari sudut pandangan Barat lebih mementingkan pencapaian lahiriah seperti aspek penulisan undang-undang, kesenian dan pembandaran. Sebenarnya, sukar untuk menentukan takrif yang tepat tentang tamadun sama ada dari perspektif Barat ataupun Islam. Ia berpunca dari kesukaran memilih istilah yang tepat bagi mengungkapkan konsep tamadun. Ini adalah kerana pada pandangan Islam, tamadun dihuraikan sebagai maddaniyah, umran, dan hadarah. Manakala pada pandangan Barat, mereka menghuraikan tamadun sebagai civilization yang berasal daripada perkataan Greek, bandar. Ahli sarjana Islam seperti Ibnu Khaldun di dalam blog http://www.ipislam.edu.my/uploaded/modulkpli/tikplisr.pdfmenjelaskan bahawa
  2. 2. 2 tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.Al-Syirazi pula menjelaskan tamadun sebagai perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran, kemajuan sesuatu bangsa, pemerintahan yang berilmu, beradab, kemajuan industri dan juga pembangunan ekonomi. Umar Audah al-Khatib menerusi blog yang sama menjelaskan tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan. Muhammad al-Bahiy pula menjelaskan tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain. Manakala pandangan ahli sarjana Barat seperti Darcy Riberio, beliau mentakrifkan tamadun mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran. Clive Bell di dalam laman web http://titas- haba.blogspot.com/2008/11/definisi-tamadun.htmlmenjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun. Karl Witfogel menerusi laman web yang sama telah mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan dari sesuatu negara. Menurut Arnold Toynbee pula, tamadun merupakan sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen, ekonomi, politik, pengetahuan dan seni. Will Durat menerusi laman web http://www.ipislam.edu.my/uploaded/modulkpli/tikplisr.pdfmentakrifkan tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian. Takrifan yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan menyeluruh daripada sarjana Barat. Ini kerana sarjana Barat kurang menekankan unsur keagamaan sebagai asas dan sumber pembinaan sesuatu tamadun. Sarjana
  3. 3. 3 Islam menjadikan unsur agama sebagai asas dan sumber utama dalam pembinaan dan pencapaian sesuatu tamadun. Bagaimanapun, konsep tamadun yang sering difahami oleh masyarakat hari ini lebih menjurus kepada pekara yang berkaitan dengan kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata. Konsep tamadun sepatutnya dilihat bukan sahaja dari kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna, malahan perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi juga perlu dititikberatkan. 2.0 KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
  4. 4. 4 Rajah 2.0 : Konsep Asas Tamadun Islam 3.0 KONSEP HEGEMONI BARAT •Segala konsep, prinsip, nilai, hukum dan peraturan yang terdapat dalam tamadun Islam adalah secara mutlak daripada Allah S.W.T. •Setiap pembangunan yang dibina mesti menepati prinsip yang ditetapkan Allah S.W.T. Konsep Rabbani (Ketuhanan) •Merangkumi hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan alam dan manusia dengan manusia. Lengkap dan menyeluruh •Sejarah membuktikan bahawa tamadun Islam berjaya membina dam mempelopori peradaban dan ketamadunan manusia sejagat. •Tamadun Islam mengangkat martabat peradaban manusia dan kemanusiaan. •Menampilkan konsep persamaan sesama manusia yang berbilang bangsa, kaum, darjat. Bersifat universal •Memberi kebebasan dari segi cara merealisasikan sesuatu tamadun berdasarkan adat resam bangsa dan budaya masing- masing tetapi tidak melangkaui paradigma tauhid. Bersifat tetap dan anjal •Tamadun Islam memupuk sifat-sifat positif positif dan sifat semula jadi yang ada pada manusia antaranya ialah memerlukan panduan kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan dan kesenian, suka kemajuan dan perubahan, berinovatif dan bersistematik. Bersifat ideal dan realistik
  5. 5. 5 Rajah 3.0: Konsep Hegemoni Barat Hegemoni Barat Hegemoni juga boleh dilihat sebagai salah satu strategi untuk mempertahankan kekuasaan. Gramsci-suatu hubungan yang bersifat ‘monopoli’dan ‘dominasi’ antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalamsesebuah negara bangsa. Berasal dari perkataan Yunani iaitu hegeisthai Fathi Aaris Omar- mentakrifkan hegemoni sebagai penundukan akal, jiwa, jasad melalui kaedah memujuk atau meyakinkan. Baratmenggunakan kuasanyasebagaikuasa terbesarduniauntuk menguasaipolitik,ekonomi, budaya,pemikiran,teknologi danlain-lain.
  6. 6. 6 Hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada pemikiran Barat. Konsep itu merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination) ataupun kepimpinan satu negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas negara atau kumpulan yang lain. Apabila kita mengambil kira takrif hegemoni seperti yang difahamkan oleh masyarakat Barat, kita perlu memahami bahawa hegemoni adalah penguasaan sesuatu kumpulan manusia ke atas suatu kumpulan manusia yang lain. Di dalam laman web http://nidapink90.blogspot.com/2011/07/hegemoni- dan-globalisasi-barat.html menegaskan bahawa Istilah hegemoni berasal dari istilah Yunani, iaitu hegeisthai. Konsep hegemoni ini banyak digunakan oleh sosiologi untuk menjelaskan tentang fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa. Menurut teori Gramsci (1891-1937) dalam http://nidapink90.blogspot.com/2011/07/hegemoni-dan- globalisasi-barat.html, hegemoni dikaitkan dengan konsep hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu ,iaitu kelas-kelas yang lebih dominan akan memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan moral. Ia menggambarkan suatu hubungan yang bersifat „monopoli‟ dan „dominasi‟ antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa. Fathi Aaris Omar dalam laman web http://www.slideshare .net/tOshiya8 8/bab-1-hegemoni-barat telah mentakrifkan hegemoni sebagai penundukan akal, jiwa, jasad melalui kaedah memujuk atau meyakinkan. Beliau juga menjelaskan bahawa hegemoni tidak dilakukan secara paksaan atau kekerasan. Hegemoni juga boleh didefinisikan sebagai dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang ditekan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi yang wajar (common sense). Hegemoni juga boleh dilihat sebagai salah satu strategi untuk mempertahankan kekuasaan.
  7. 7. 7 Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa. Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam secara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.
  8. 8. 8 4.0 KESAN-KESAN HEGEMONI BARAT TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA Pada pasca era globalisasi ini, dunia Barat atau tamadun Barat secara drastiknya telah mencabar tamadun Islam dan tamadun Asia.Tanpa kita sedari, kesan hegemoni Barat pada masyarakat Malaysia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan identiti masyarakat di Malaysia.Hal ini berpunca daripada sejarah penjajahan yang panjang sehingga telah merubah struktur ekonomi institusi politik dan nilai budaya masyarakat di Malaysia. Disebabkan dominasi pengaruh Barat amat kuat, mereka yakin bahawa tamadun Barat dianggap sebagai kemuncak pencapaian ketamadunan manusia sehingga sanggup meninggalkan sejarah dan warisan bangsa yang menunjukkan identiti sebenar mereka. Mereka juga beranggapan bahawa tamadun Barat merupakan piawai atau kayu pengukur untuk menilai pencapaian masyarakat mereka sendiri. Menurut Osman Bakar (2009) dalam buku yang berjudul “Tamadun Islam dan Tamadun Asia” karya Ros Aiza Mohd Mokhtar, ada menjelaskan bahawa meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah merdeka, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. Ironinya, masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri-ciri kebangsaan yang tersendiri termasuklah gaya hidup sehinggakan melibatkan kedaulatan negara. Misalnya dalam membuat keputusan menentukan haluan kehidupan dan masa depan mereka dikongkong oleh pelbagai bentuk dominasi baru.
  9. 9. 9 Seperti yang kita boleh lihat pada hari ini, terdapat banyak kesan hegemoni Barat yang berlaku pada satu dunia khususnya di Malaysia dalam pelbagai aspek antaranya dari sudut media, ekonomi, pemikiran, budaya dan sosial. 4.1 Kesan Dari Sudut Media Peranan media semakin penting kerana dengan medialah isu-isu semasa berkaitan dunia kini dapat disebarkan.Kepentingan ini juga menyebabkan berita-berita yang disiarkan juga penting kepada pemikiran penduduk dunia.Media secara tidak langsung dapat mempengaruhi pemikiran dan pandangan masyarakat dalam dunia global ini. Melalui pemikiran dan pemahaman masyarakat pula akan melahirkan tindakan-tindakan yang lain sama ada ingin memihak kepada mana-mana pihak atau tidak. Jadi kesannya adalah, hal ini akan menimbulkan perselisihan faham antara negara-negara luar dan akan menjejaskan hubungan yang telah dibina antara negara-negara tersebut. Kini, operasi media tidak lagi terhad kepada sempadan dalam sesebuah negara. Menerusi proses globalisasi, identiti sesebuah negara semakin terancam kerana penguasaan media lebih memihak kepada dunia Barat. Program media dalam televisyen juga sering memaparkan nilai-nilai yang bercanggah dengan nilai-nilai ketimuran di Malaysia.Contohnya, kini semakin banyak cerita filem dan lagu-lagu Barat yang telah diserap masuk ke
  10. 10. 10 Malaysia.Kebanyakkan filem ini juga mengandungi unsur-unsur ganas yang mampu mempengaruhi minda anak muda di Malaysia.Tidak cukup dengan itu terdapat lagu-lagu Barat yang berunsur sesat seperti Black Metal telah tersebar kepada remaja pada mada masa kini sehingga mereka terikut-ikut dengan cara pemakaian yang bercanggah dengan cara pemakaian masyarakat Malaysia. Di samping itu, penyebaran berita antarabangsa telah didominasi oleh dunia Barat melalui bidang teknologi komunikasi dan maklumat.Satu situasi yang begitu signifikan adalah media cetak dan elektronik yang berpengaruh semakin dikuasai oleh sekumpulan syarikat- syarikat gergasi yang berpusat di dunia Barat. Manurut Hazim Shah (2008:9) dalam buku yang berjudul “Tamadun Islam dan Tamadun Asia” karya Ros Aiza Mohd Mokhtar, ada menyatakan bahawa agensi berita antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia untuk memperolehi kepentingan- kepentingan tertentu. Tegasnya, sesuatu peristiwa yang berlaku di dalam atau di luar negara Barat sering dicampur dan ditafsir bagi penerimaan negara- negara jirannya.
  11. 11. 11 Rajah 4.1 (a): CNN antara program media yang semakin berpengaruh sering kita lihat di televisyen yang mendominasi penyebaran berita antarabangsa. 4.2 Dari Sudut Ekonomi Penjajah Barat telah mendominasi sumber-sumber semulajadi wilayah semasa zaman penjajahan mereka.Keadaan ini masih berlaku pada hari ini. Kegiatan perdagangan antarabangsa telah dimonopoli oleh syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara- negara Eropah yang lain. Kegiatan tersebut termasuklah sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan perkembangan Sains dan Teknologi dalam sesebuah negara. Tidak cukup dengan itu, terdapat sejumlah kecil syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata wang dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa yang mengawal sistem kawalan antarabangsa. Institusi-institusi global seperti International Moneratary Fund (IMF), Bank Dunia serta World Trade Organisation (WTO) bersama-sama dengan kumpulan G8 turut menyokong pola dominasi ekonomi tersebut.
  12. 12. 12 Gambar4.2 (a) : Logo IMF iaitu badan yang menyokong dominasi ekonomi terhadap Malaysia Antara kesan negatif hegemoni Barat terhadap ekonomi negara Malaysia adalah pasaran bahan mentah tidak dapat dieksploitasi secara maksimum di dalam negara sendiri.Bantuan daripada negara maju untuk mengeksploitasi bahan mentah adalah disebabkan oleh kekurangan peralatan canggih dan tenaga pakar dalam negara. Misalnya dalam proses mencari gali minyak Petroleum di Malaysia, negara maju yang membeli Petroleum di Malaysia dengan harga rendah akan menjual minyak tersebut dengan harga berlipat ganda kepada negara luar yang lain. Kesimpulannya, dari aspek ekonomi ialah negara Malaysiaakan sentiasa bergantung kepada negara Barat kerana kurang mahir dari segi teknologi dan juga kekurangan tenaga buruh yang mahir. Selain itu, setiap urusan yang dilakukan akan menguntungkan pihak Barat sahaja. Hal ini menjadikan Malaysia sukar untuk mendapat keuntungan untuk membangunkan dan bagi menampung keperluan rakyat di negara ini.
  13. 13. 13 4.3 Kesan Dari Sudut Budaya dan Sosial Tamadun barat turut mempengaruhi budaya masyarakat dunia termasuk kepada masyarakat Malaysia.Unsur- unsur budaya Barat semakin meresap ke dalam budaya Islam dan Asia.Dalam konteks budaya, pengaruh yang paling signifikan dan berkesan adalah aspek hiburan. Pelbagai jenis hiburan yang dibawa dari Barat seperti nyanyian, tarian, filem, kartun, komik dan sebagainya telah menembusi dunia tanpa kawalan. Muzik-muzik Barat yang tersebar luas ini semakin digilai oleh masyarakat- masyarakat dunia terutamanya dalam kalangan remaja yang amat menggilai muzik rock, punk dan lain-lain sehingga mempengaruhi cara hidup remaja. Menurut Mohd Hazim Shah (2008:9) dalam buku “Tamadun Islam dan Tamadun Asia” karya Ros Aiza Mohd Mokhtar, menyatakan bahawa dalam hal ini, satu fenomena globalisasi budaya diterapkan iaitu cita-cita remaja diberi ekspresi secara kompetetif dan nilai-nilai seperti hormat-menghormati dan menjaga perasaan seorang individu tidak lagi diutamakan.
  14. 14. 14 Gambar 4.3 (a) : Remaja Malaysia pada hari ini sudah terpengaruh dengan budaya Barat yang dikenali sebagai Punk yang bercanggah dengan budaya ketimuran di Malaysia. Pengaruh Barat juga termasuk dalam aspek gejala sosial iaitu perbuatan atau tindak tanduk di kalangan anggota masyarakat khususnya di kalangan muda mudi yang berlawanan dengan ajaran agama atau nilai etika sesuatu tamadun. Di Malaysia, tamadun Barat telah amat mempengaruhi dalam budaya atau cara hidup masyarakat Malaysia kerana peniruan gaya hidup barat semakin nyata dan jelas. Selain itu,akibat serangan budaya moden yang mengalir dari barat itu, hamper kesemua benteng kerohanian semua kaum, bangsa dan agama terjejas. Dari segi cara berpakaian dan fesyen pula, terdapat masyarakat Malaysia terutamanya anak muda terpengaruh dengan fesyen-fesyen yang ditonjolkan oleh Barat dan terdapat fesyen tersebut yang amat menjolok mata.
  15. 15. 15 Hal ini bertentangan dengan masyarakat Malaysia yang seharusnya mengamalkan budaya ketimuran dengan berpakaian sopan.Mereka menganggap bahawa pakaian sopan sebagai ketinggalan zaman.Mereka lebih mencari pakaian yang berjenama dan mahal dari negara-negara Barat seperti Versace, Bonia, Padini, Carlo Rino dan sebagainya. Selain itu, jenama- jenama alat solek dari Barat seperti Avon, Christian Dior, Gucci dan sebagainya turut menjadi buruan masyarakat dunia termasuk Malaysia sehingga sanggup membelinya walaupun dengan harga yang mahal. Gambar 4.3 (b): Rajah menunjukkan remaja perempuan pada masa kini tidak lagi mengamalkan pemakaian yang sopan kerana terpengaruh dengan budaya Barat yang mementingkan fesyen terkini. Dalam segi gaya pemakanan pula, globalisasi ini menampilkan pelbagai jenama. Antara jenama makanan yang hampir menyeluruh boleh didapati dalam mana-mana bandar di dunia ialah Pizza Hurt, Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Hambuger dan lain-lain yang merupakan makanan segera yang diperkenalkan oleh negara Barat. Kini, Terdapat banyak iklan yang
  16. 16. 16 dipaparkan berkaitan dengan jenama makanan tersebut sehinggakan mampu diingati dan menjadi kegemaran mereka.Hal ini mampu memudaratkan kesihatan mereka sekiranya makanan segera ini pengambilan makanan ini sering diamalkan. Rajah 4.3 (c): Gambar menunjukkan antara makanan segera yang dikomersialkan dari Barat kini sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini. 4.4 Kesan Dari Sudut Pemikiran Tamadun Barat juga turut mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia dan secara tidak kita sedari dan amat sukar untuk dihapuskan. Barat berjaya membentuk apa yang diistilahkan sebagai penjajahan pemikiran iaitu individu atau masyarakat terasing dengan nilai, pegangan, anutan, pandangan budaya dan cara hidup masyarakatnya sendiri kerana terpegun dengan pencapaian dan cara hidup manusia dan masyarakat lain. Terdapat banyak unsur-unsur
  17. 17. 17 barat yang mempengaruhi pemikiran kita.Antaranya terhadap barangan- barangan dari Barat dianggap mempunyai kualiti yang lebih baik sehingga mengabaikan barangan tempatan. Selain itu, golongan remaja terikut-ikut dan meniru cara hidup barat dari segi pakaian, pergaulan, percakapan, gaya hidup dan sebagainya. Jika dilihat artis kita pula, mereka memilih pakaian ketat, jenama mahal dan fesyen yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen agar tidak dikatakan ketinggalan Kesimpulanya, pengaruh pemikiran Barat telah mengganggu peradapan masyarakat Malaysia. Mereka tidak lagi mempraktikkan nilai, tradisi dan cara hidup sebagaimana yang telah digariskan dalam budaya ketimuran. Hal ini memberi kesan kepada generasi akan datang iaitu mereka lebih mengenali peradapan barat melebihi peradapan mereka sendiri. Oleh hal yang demikian, penjajahan pemikiran barat adalah sesuatu cabaran semasa yang amat berat dan perlu ditangani segara oleh pihak yang bertanggungjawab dan masyarakat dunia secara professional, kolektif dan serius.
  18. 18. 18 5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, tamadun Islam mengangkat martabat peradaban manusia dan kemanusiaan. Tamadun Islam memupuk sifat-sifat positif positif dan sifat semula jadi yang ada pada manusia antaranya ialah memerlukan panduan kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan dan kesenian, suka kemajuan dan perubahan, berinovatif dan bersistematik. Walau bagaimanapun, kehidupan yang kita alami pada era ini amat dipengaruhi oleh kehidupan Barat. Terdapat banyak kesan hegemoni Barat kepada rakyat Malaysia iaitu dari segi ekonomi, media, budaya dan sosial serta pemikiran. Kesan ini juga memberikan banyak kesan negatif berbanding kesan positif. Oleh itu, sebagai masyarakat Malaysia, kita seharusnya perlu mengikut acuan kita sendiri dengan mengamalkan ciri-ciri ketimuran kita dan tidak mudah terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat yang lebih berfikiran terbuka.

×