SlideShare a Scribd company logo
1 of 34
Download to read offline
KOD & NAMA KURSUS
SRK3013 : PENGHANTAR KIMIA
SEMESTER 5 SESI 2013
KUMPULAN : UPSI05( A122PJJ )
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON
AMINAH BINTI RAHMAT D20102042743 0179097084
NAMA PENSYARAH : DR NORHAYATI BINTI HASHIM
TARIKH SERAH: 17.05.2013
TUGASAN 3
SEJARAH PERKEMBANGAN JADUAL
BERKALA
ISI KANDUNGAN
i) PENGENALAN……………… i-ii
a) SEJARAH PERKEMBAGAN JADUAL BERKALA …….. 1-2
b) SUMBANGAN AHLI SAINS…………... 3-7
c) JADUAL BERKALA MODEB……….. 8
d) KEDUDUKAN UNSUR DALAM JADUAL BERKALA UNSUR …9-25
e) PENUTUP………………….. 26-29
f) RUJUKAN ………………….. 30
Pengenalan
Jadual berkala unsur kimia adalah himpunan paparan berkaitan unsur kimia yang
diketahui dalam bentuk jadual. Unsur ini disusun menurut struktur elektron agar kebanyakan sifat
kimia berubah secara tetap sepanjang jadual. Setiap unsur disenaraikan menurut nombor ataom
dan simbil kimia.
Jadual ini mula-mulanya diperkenalkan oleh Dmitri Mendeleev, seorang ahli kimia dari
Rusia yang menghimpunkan unsur-unsur untuk menunjukkan ciri-ciri unsur iu yang berulang
(“berkala”) mengikut jadual. Jadual ini telah diperbaiki mengikut peredaran masa, selaras dengan
penemua unsur baru serta penghasilan teori baru mengenai unsur-unsur.
Jadual piawaian membekalkan asas yang diperlukan. Terdapat juga kaedah lain
memaparkan unsur kimia untuk lebih terperinci atau sudut pandangan lain.
Terdapat 117 unsur kimia yang diketahui pada masa kini. Jadual Berkala Unsur
membolehkan kita mempelajari serta mengingati sifat kimia dan sifat fizik bagi semua unsur
dengan lebih sisematik dan lebih mudah.
Di dalam Jadual berkala dinyatakan:
 Simbol
 Struktur hablur
 Sifat-sifat asid atau bes
 Keelektronegatifan
 Haba pengewapan
 Haba pelakuran
 Kekonduksian terma
 Muatan haba tertentu
 Isipadu atom
 Jejari atom
 Jejari ion
 Jejari kovalen
i
Dalam Jadual Berkala, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor ataom menaik secara
mengufuk. Setiap turus tegak dalam jadual berkala dipanggil kumpulan manakala setiap turus
mengufuk dipanggil kala.
Unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron di petaala terluar yang sama, iaitu
mempunyai sifat-sifat kimia yang sama, disusun dalam kumpulan yang sama.
Walaupun sifat-sifat kimia adalah sama, tetapi sifat-sifat unsur berubah secara beraansur-
ansur apabila menuruni sesuatu kumpulan.
Jadual Berkala mengandungi lapan kumpulan iaitu:
 Kumpulan l - Logam alkali
 Kumpulan ll - Logam bumi beralkali
 Kumpulan lll
 Kumpulan lV
 Kumpulan V
 Kumpulan Vl
 Kumpulan Vll - Halogen
 Kumpulan Vlll - Gas adi
Antara Kumpulan ll dan Kumpulan lll iaitu terletak di tengah-tengah Jadual Berkala
terletak Satu blok unsur-unsur berasingan yang dipanggil unsur-unsur peralihan.
Jadual Berkala mempunyai 7 kala iaitu dari Kala 1 hingga Kala 7. Kala menunjukkan
jumlah petala elektron dalam atom unsur. Kala 1 (1 petala elektron) mengandungi 2 unsur iaitu
Hidrogen (H) dan Helium (He). Kala 2 dan 3 masing-masing mempunayi 8 unsur. Kala 4 dan Kala
5 mempunyai 18 unsur manakala Kala 6 mempunyai 32 unsur. Kala 7 mempunyai 23 unsur.
ii
Sejarah Perkembangan Jadual Berkala
Sejak abad ke – 18 lagi, beberapa orang ahli sains telah bertungkus lumus cuba
mengelaskan unsur-unsur sehingga terhasilnya Jadual Berkala Unsur yang digunakan sekarang.
Banyak unsur-unsur yang dikenali hari ini telah ditemui antara tahun 1800 hingga 1900. Ahli kimia
mengetahui bahawa beberapa unsur-unsur mempunyai sifat kimia yang sama. Misalan, klorin,
bromin dan iodin, kalium, natrium dan litium dan magnesium dan kalsium mempunyai sifat kimia
yang sama. Ahli kimia kemudian mengelaskan unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama dalam
satu kumpulan yang sama. Yakni bermulanya perkembangan Jadual Berkala Unsur. Pengelasan
secara sistematik unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama dalam satu kumpulan membantu
kita:
a) Memahami dan meramal sifat-sifat kimia dan fizikal sesuatu unsur dalam kumpulan yang
sama.
b) Meramal kedudukan sesuatu unsur dalam Jadual Berkala jika sifat kimianya diketahui.
c) Mengenal dan membandingkan unsur-unsur daripada kumpulan yang berlainan.
d) Meramal sifat kimia dan fizikal suatu unsur yang baru daripada suatu kumpulan.
Ahli-ahli kimia yang telah menyumbangkan kepada Perkembangan Jadual Berkala adalah:
 Antoine Lavoisier (1743 – 1794)
 John Dalton ( 1766 – 1844)
 Johann W. Dobereiner ( 1780 – 1849)
 John Newlands (1830 – 1898)
 Lother Meyer (1830 – 1895)
 Dmitri Mendeleev (1839 – 1907)
 H.J.G. Moseley ( 1887 – 1915)
1
SUMBANGAN AHLI SAINS DALAM SEJARAH PERKEMBANGAN JADUAL BERKALA
UNSUR
Antoine Lavoisier (1743-1794)
Antoine Lavoisier adalah seorang ahli kimia berbangsa Perancis. Beliau adalah orang
yang pertama yang mengelaskan unsur-unsur mengikut kumpulan tertentu. Beliau juga
merupakan orang yang memberikan nama kepaada oksigen pada tahun 1774. Perkataan
“oksigen” terdiri daripada dua perkataan Greek, oxus (asid) dan gennan (menghasilkan).
Pada tahun 1789, Antoine Lavoisier mengelaskan unsur-unsur, cahaya, haba, dan
beberapa sebatian, ke dalam empat kumpulan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Empat
kumpulannya adalah terdiri daripada gas, logam, bukan logam dan oksida logam.
Namun, klasifikasi beliau kurang tepat kerana haba dan cahaya dan beberapa sebatian
yang belum dapat diuraikan pada ketika itu seperti kapur, silika, alumina, barita dan magnesia
turut dikelaskan dalam kumpulan. Lebih-lebih lagi, terdapat unsur-unsur dalam kumpulan yang
sama yang tidak menunjukkan sifat kimia yang sama.
kumpulan I Kumpulan II Kumpulan II Kumpulan IV
Oksigen Sulfur Arsenik Kalsium oksida
Nitrogen Fosforus Bismut Barium oksida
Hidrogen Karbon Kobalt Silikon (IV) oksida
Cahaya Klorin Plumbum Magnesium oksida
Haba Fluorin Zink, Nikel, Stanum,
Argentum
Aluminium
Jadual 1.1 Jadual Berkala Lavoisier
2
John Dalton (1766 – 1844)
John Dalton berusaha menentukan jisim atom relatif pelbagai jenis unsur. Dengan adanya
jisim atom relatif unsur-unsur, ahli-ahli sains telah dapat mencari hubungan antara jisim atom
relatif sesuatu unsur dengan sifat-sifatnya dan juga hubungannya antara unsur yang baru ditemui
dengan unsur lama.
Usaha Dalton ini memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Jadual Berkala
Unsur. Pada tahun 1808, john Dalton telah memperkenalkan teori Dalton yang mengatakan
atom-atom yang mempunyai unsur sama adalah sama.
Johann W. Dobereiner (1780-1849)
Dobereiner adalah seorang ahli kimia Jerman yang mendapati pada tahun 1829 bahawa
unsur boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Beliau telah mengelaskan unsur-unsur
yang mempunyai sifat kimia yang sama kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri
daripada tiga unsur yang beliau namakan triad. Beliau mendapati jisim atom relative unsur di
tengah triad adalah hamper sama dengan purata jisim atom relatif dua unsur yang lain (Jadual
1.2). Hukum triad Dobereiner telah menunjukkan perhubungan di antara jisim atom relatif
unsur-unsur dengan sifat kimianya. Walau bagaimanapun, hukum ini tidak boleh digunakan
untuk kesemua unsur yang diketahui. Hukum traid yang dikemukakan oleh beliau telah
mencadangkan satu perhubungan antara sifat kimia dan jisim atom unsur untuk perkembangan
Jadual Berkala Unsur pada masa kini.
Unsur dalam
triad
Litium (Li) Natrium (Na) Kalium (K) Purata jisim atom
relative Li dan K
ialah
= 23
Jisim atom relatif 7 23 39
Unsur dalam
triad
Klorin (CI) Bromin (Br) Iodin (I) Purata jisim atom
relative CI dan I
ialah
=81
Jisim atom relatif 35 80 127
Jadual 1.2 Triad
3
John Newlands (1837-1898)
Pada tahun 1864, seorang ahli kimia British bernama John Newlands telah menyusun
semula unsur-unsur dalam baris mendatar menurut pertambahan nombor nukleon. Setiap
barisan terdiri daripada tujuh unsur. Beliau mendapati sifat kimia dan fizikal unsur berulang pada
setiap unsur kelapan dalam susunan selanjutnya. Pola ini menyerupai not oktaf muzik. Oleh itu,
susunan unsur ini dikenali sebagai Hukum Oktaf (makna oktaf ialah 8)
Jadual 4.3 menunjukkan susunan unsur yang dikemukakan oleh Newlands.
Klasifikasi unsur oleh Newlands kurang Berjaya kerana
a) Hukum Oktaf hanya dipatuhi oleh 16 unsur yang pertama (dari Li hingga Ca)
b) Jadual beliau tidak meninggalkan tempat kosong bagi unsur-unsur yang masih belum
ditemui.
Namun begitu, Newlands merupakan ahli kimia yang pertama yang menunjukkan kehadiran satu
corak berkala bagi unsur-unsur iaitu ulangan sifat kimia yang serupa pada unsur kelapan.
Ulangan sifat unsur secara berkala ini telah digunakan sebagai salah satu asas perkembangan
Jadual Berkala Unsur seterusnya.
.
Li Be B C N O F
Na Mg AI Si P S CI
K Ca
Jadual 1.3 Klasifikasi unsur-unsur oleh Newlands (Hukum Oktaf)
4
Lothar Meyer (1830-1895)
Pada tahun 1870, Lothar Meyer seorang ahli kimia Jerman telah menentukan isi padu atom
sesuatu unsur dengan menggunakan formula berikut:
Kemudian beliau memplot graf isi padu atom melawan jisim atom relatif unsur itu. Graf
yang diperoleh ditunjukkan dalam rajah 1.1
Rajah 1.1 Graf isi padu atom melawan jisim atom relatif Meyer
Daripada lengkung graf Meyer, didapati bahawa unsur-unsur yang menduduki kedudukan
setara mempunyai sifat kimia yang sama. Misalnya,
a) Li, Na, K dan Rbyang terletak di puncak lengkung mempunyai sifat kimia yang sama.
b) Be, Mg, Ca, dan Sr yang terletak selepas titik maksimum juga mempunyai sifat kimia yang
sama.
Seperti Newlands, Meyer juga membuktikan sifat unsur yang berulang secara terbuka.
5
Jisim atom relatif
Isi padu atom
Dmitri Mendeleev (1834-1907)
Dmitri Mendeleev adalah seorang profesor kimia ari Rusia. Mendeleev telah menyusun unsur-
unsur menurut tertib pertambahan nombor jisim unsur (nombor nukleon). Jadual 1.4
menunjukkan Jadual Berkala yang dikemukakan Mendeleev. Beliau mengesyorkan Hukum
Berkala yang menyatakan sifat kimia berulang secara berkala menurut jisim atom. Perbezaan
Jadual Berkala Mendeleev berbanding Jadual Berkala Newlands adalah:
a) Beliau meninggalkan ruang kosong dalam Jadual Berkala bagi unsur-unsur yang belum
ditemui. Apabila unsur baru ditemui, beliau mengisinya dalam „ruang kosong‟ Jadual
Berkalanya.
b) Sesungguhpun unsur-unsur disusun menurut pertambahan jisim atom beliau menyusun
semula kedudukan unsur sekiranya sifat kimianya berbeza. Hanya unsur yang
mempunyai sifat kimia yang sama disusun dalam baris menegak yang sama.
I II III IV V VI VII VIII
1 H
2 Li Be B C N O F
3 Na Mg Al Si P A CI
4 K Ca ( ) Ti V Cr Mn Fe, Co.
Ni
5 Cu Zn ( ) ( ) As Se Br
6 Rb Sr Y Zr Nb Mo ( ) Ru, Rh,
Pd
Jadual 1.4 Jadual Berkala Mendeleev
( ) Ruang kosong ditinggalkan untuk unsur yang masih belum ditemui
6
Henry G. J. Moseley (1887-1915)
Moseley adalah seorang ahli fizik berbangsa british yang menkaji frekuensi, f sinar-x yang
dibebaskan oleh pelbagai logam. Kemudian beliau memplot √ yang dihasilkan olh logam
melawan nombor proton logam itu dan graf berbentuk garis lurus diperolehi beliau.
Rajah 1.2
Maka daripada nilai √ sinar-x yang dibebaskan oleh sesuatu logam yang tidak diketahui,
nilai nombor proton logam itu boleh diperoleh daripada graf. Selepas memperoleh nombor proton
bagi logam-logam, beliau menyusun logam-logam itu dalam Jadual Berkala menurut
pertambahan nombor proton. Seperti Mendeleev, Moseley juga meninggalkan ruang kosong ()
bagi unsur yang belum ditemui Beliau mencadangkan setiap unsur harus mempunyai nombor
proton tersendiri. Moseley Berjaya meramal empat unsur yang belum ditemui. Unsur-unsur itu
kemudian ditemui: teknetium, promethium, hafnium dan renium.
7
Jadual Berkala Moden
Terdapat 118 unsur yang telah dikenali pada masa kini. Kebanyakkan unsur-unsur ini wujud
semulajadi. Sebilangan kecil unsur dibuat dalam reaktor nuklear. Dalam Jadual Berkala Moden
unsur-unsur disusun menurut tertib pertambahan nombor proton unsur secara mengufuk.
Susunan unsur ini juga ada kaitan dengan susunan elektron unsur-unsur. Dalam jadual berkala,
unsur-unsur yang mempunyai sifat kimia yang sama digolongkan dalam kumpulan yang
sama. Dengan cara begini kajian ke atas unsur-unsur menjadi lebih sistematik. Setiap baris
menegak dalam Jadual Berkala dipanggil kumpulan. Terdapat 18 kumpulan dalam Jadual
Berkala. Unsur-unsur dalam satu kumpulan mempunyai sifat kimia yang sama sungguhpun sifat
fizikalnya seperti ketumpatan, takat lebur dan warna berubah secara beransur-ansur apabila
menuruni kumpulan itu.
Unsur Kumpulan 1 dinamakan logam alkali (Li, Na, K, Rb, Cs, Fr). Unsur Kumpulan 2
dinamakan logam alkali bumi (Be, Mg, Ca, Sr, Ba, Ra). Unsur Kumpulan 17 dinamakan
halogen (F, CI, Br, I, At). Unsur Kumpulan 18 dinamakan gas adi (He, Ne, Ar, Kr, Xe, Rn). Di
antara unsur kumpulan 2 dan kumpulan 13, terdapat satu blok unsur-unsur yang dinamakan
unsur peralihan. Unsur-unsur kumpulan 1, 2, 13 dan unsur peralihan adalah logam, manakala
unsur-unsur kumpulan 15, 16, 17 adalah unsur bukan logam. Unsur-unsur kumpulan 14 terdiri
daripada unsur logam dan bukan logam, iaitu dua unsur di atas (karbon dan silikon) adalah unsur
bukan logam,germanium adalah unsur separa logam (metalloid) manakala dua unsur yang
bawah (stanum dan plumbum) adalah unsur logam. Setiap baris mengufuk dalam Jadual
Berkala dipanggil kala. Terdapat tujuh kala.
a) Kala 1 terdiri daripada dua unsur sahaja iaitu hidrogen dan helium.
b) Kala 2 dan 3 masing-masing mempunyai lapan unsur. Tiga kala pertama ini dikenali
sebagai kala pendek.
c) Kala 4 dan 5 masing-masing mempunyai 18 unsur dan dikenali sebagai kala panjang.
d) Kala 6 terdiri daripada 32 unsur. Oleh kerana tidak kesemua unsur boleh disenaraikan
dalam baris mengufuk yang sama, unsur dngan nombor proton 58 hingga 71 telah
diasingkan di bawah Jadual Berkala Unsur. Unsur-unsur dipanggil Siri Lantanida.
e) Kala 7 terdiri daripada 32 unsur dan tidak kesemua unsur boleh disenaraikan dalam baris
mengufuk yang sama. Oleh itu unsur dengan nombor 90 hingga 103 disenaraikan secara
berasingan di bawah Jadual Berkala dan dipanggil Siri Aktinida.
8
Kedudukan Unsur dalam Jadual Berkala Unsur berdasarkan Susunan Elektron
Dalam suatu atom, bilangan electron adalah sama dengan bilangan protonnya. Elektron di
susun dalam petala yang mengelilingi nukleus. Bilangan elektron maksimum yang boleh
dimasukkan ke dalam setiap petala adalah menurut formula di mana n ialah nombor petala.
Nombor petala, n Bilangan elektron maksimum yang boleh
dimasukkan
1 2 × 1 × 1 = 2
2 2 × 2 × 2 = 8
3 2 × 3 × 3 = 18
Jadual 1.5 Bilangan elektron maksimum yang boleh diisi dalam petala.
Elektron diisi dalam petala yang paling dekat kepada nukleus dahulu sebelum
dimasukkan ke dalam petala seterusnya. Petala ketiga boleh menerima maksimum 18 elektron.
Akan tetapi bagi unsur dengan nombor proton yang kurang daripada 20 (iaitu mengandungi 20
elektron), atom mencapai kestabilan apabila 8 elektron dimasukkan ke dalam petala ketiga.
Jadual 1.6 menunjukkan susunan elektron bagi 20 unsur yang petama dalam Jadual Berkala
Unsur.
Kumpulan
Kala
1 2 13 14 15 16 17 18
1 H
1
He
2
2 Li
2.1
Be
2.2
B
2.3
C
2.4
N
2.5
O
2.6
F
2.7
Ne
2.8
3 Na
2.8.1
Mg
2.8.2
Al
2.8.3
Si
2.8.4
P
2.8.5
S
2.8.6
CI
2.8.7
Ar
2.8.8
4 K
2.8.8.1
Ca
2.8.8.2
Jadual 1.6 Susunan jadual elektron 20 unsur pertama dalam Jadual Berkala Unsur
Semua unsur dalam kumpulan yang sama mengandungi bilangan elektron valens
yang sama. Elektron valens adalah elektron di petala yang terluar.
a) Unsur Kumpulan 1 (Li, Na, K) masing-masing mempunyai 1 elektron valens. 9
b) Unsur Kumpulan 2 (Be, Mg, Ca) masing-masing mempunyai 2 elektron valens.
c) Unsur Kumpulan 17 (F, CL, Br) masing-masing mempunyai 7 elektron valens.
Bilangan elektron valens dalam kumpulan 1 dan 2 adalah sama dengan nombor
kumpulannya. Kecuali unsur helium, bagi unsur-unsur yang mempunyai lebih daripada
dua elektron valens (unsur kumpulan 13 hingga 18),
Nombor kumpulan unsur = 10 + (bilangan elektron valens)
Misalan, unsur aluminium mempunyai 3 elektron valens.
Maka nombor kumpulan aluminium = 10+3=13
Nombor kumpulan klorin ialah 17.
Maka bilangan elektron valens klorin ialah 17-10=7
Jadual Berkala
10
Nombor kala unsur adalah sama dengan bilangan petala yang terisi elektron.
a) Unsur-unsur dalam Kala 1 (H dan He) masing-masing mempunyai satu petala
yang terisi dengan elektron.
b) Unsur-unsur dalam Kala 2 (Li, Be, B, C, N, O, F, dan Ne) masing-masing
mempunyai dua petala yang terisi dengan elektron.
c) Unsur-unsur dalam Kala 3 (Na, Mg, Al, Si, P, S, Cl, dan Ar) masing-masing
mempunyai tiga petala yang terisi dengan elektron.
d) Unsur-unsur dalam Kala 4 (K, dan Ca) masing-masing mempunyai empat petala
yang terisi dengan elektron.
Unsur-unsur dalam kala yang sama mempunyai bilangan petala elektron yang sama yang
terisi elektron.
Unsur Kumpulan 18
Unsur Kumpulan 18 dikenali sebagai gas adi atau gas lengai. Kumpulan 18 terdiri
darpada 8 unsur iaitu helium (He), neon (Ne), argon (Ar), kripton (Kr), xeon (Xe) dan
radon (Rn). Jejari atom semakin bertambah apabila menuruni kumpulan kerana
apabila bilangan elektron bertambah, bilangan petala elektron yang diperlukan untuk
mengisi elektron-elektron turut bertambah.
He
Ne
Ar
Kr
Xe
Rn
Rajah 1.3 Unsur-unsur Kumpulan 18
11
Sifat fizikal
Semua gas adi tidak boleh larut dalam air dan tidak boleh mengkonduksi
elektrik. Semua gas adi mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah kerana
unsur-unsurnya wujud sebagai monatom yang ditarik oleh daya van der waals yang
lemah. Akan tetapi takat lebur dan takat didih semakin bertambah apabila menuruni
kumpulan dari He ke Rn. Apabila menuruni kumpulan, saiz atom semakin besar yakni
daya van der Waal menjadi semakin kuat. Lebih haba diperlukan untuk mengatasi daya
van der waals.
Semua gas adi mempunyai ketumpatan yang rendah kerana atom-atomnya
berjauhan di antara satu sama lain. Akan tetapi ketumpatannya bertambah apabila
menuruni kumpulan kerana jisim atom relatif unsur semakin bertambah dari He ke Rn.
Sifat kimia
Gas adi adalah lengai iaitu ia tidak reaktif secara kimia. Gas adi tidak bertindak
balas dengan unsur-unsur yang lain. Gas adi wujud sebagai monatom. Gas adi adalah
lengai kerana petala elektron terluarnya telah diisi penuh dengan elektron. Maka ianya
telah mencapai susunan elektron yang stabil. Helium mempunyai genap dua elekron
dalam petala elektron yang pertama. Ia telah mencapai susunan elektron duplet yang
stabil. Maka gas adi tidak perlu menerima, menderma atau berkongsi elektron dengan
unsur-unsur yang lain dan wujud sebagai monatom. (semua tindakbalas kimia melibatkan
sama ada penerimaan, pendermaan atau perkongsian elektron di antara unsur-unsur).
12
Unsur Kumpulan 1
Unsur kumpulan 1 dikenali sebagai logam alkali. Logam alkali terdiri daripada
litium (Li), natrium (Na), kalium (K), rubidium (Rb), sesium (Cs) an Fransium (Fr).
Semua unsur Kumpulan 1 adalah logam yang lembut. Logamnya berwarna kelabu dan
berkilauan apabila logam itu baru dipotong, sebelum ia teroksida dalam udara menjadi
kelabu semula.
Li
Na
K
Rb
Cs
Fr
Rajah 1.4 Unsur Kumpulan 1
Sifat fizikal
Semua unsur Kumpulan 1 adalah logam. Maka ianya boleh mengkonduksi
elektrik dan haba. Jejari atom semakin bertambah apabila menuruni kumpulan.
Apabila menuruni kumpulan bilangan petala elektron yang terisi elektron bertambah,
maka jarak di antara nukleus dan petala elektron yang terluar bertambah jauh.
Ketumpatan semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Ketumpatan Li, Na dam K
adalah lebih rendah daripada air, maka logam-logam ini terapung di atas permukaan air.
Takat lebur berkurang apabila menuruni kumpulan kerana ikatan logam antara atom-atom
menjadi semakin lemah apabila jejari atomnya berambah besar. Keelektropositifan logam
semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Keelektropositifan logam semakin
bertambah apabila menuruni kumpulan. Keelektropositifan adalah suatu ukuran
kecenderungan sesuatu atom logam kehilangan (membebas) elektron dan membentuk
ion bercas positif.
M M+
+ e-
[ M= Li, Na, K, Rb, Cs, Fr]
13
Apabila menuruni kumpulan jejari atom bertambah besar. Maka daya tarikan di
antara proton dalam nukleus dan satu elektron valens menjadi semakin lemah.
Maka unsur di bawah kumpulan lebih cenderung kehilangan satu eletron valesnya dan
membentuk ion unipositif.
Jadual 4.8 menunjukkan sifa fizikal unsur Kumpulan 1.
Unsur Nombor
proton
Susunan
elektron
Jejari
atom
(nm)
Ketumpatan
(g cm-
3)
Kekonduksia
n elektrik
Takat
lebur
(o
C)
keelektropositifan
Li 3 2.1 0.15 0.53 Boleh 181
Na 11 2.8.1 0.16 0.97 Boleh 98
K 19 2.8.8.1 0.23 0.86 Boleh 63
Rb 37 2.8.18.8.1 0.25 1.53 Boleh 39
Cs 55 2.8.18.18.8.1 0.26 1.87 Boleh 29
Fr 87 2.8.18.32.18.8.1 0.29 - Boleh 27
Jadual 1.8 Sifat fizikal unsur Kumpulan 1
Kereaktifan
Semua unsur Kumpulan 1 adalah sangat reaktif. Akan tetapi kereaktifan
semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Unsur kumpulan 1 masing-masing
mempunyai satu elektron valens. Semasa tindak balas kimia, atom Kumpulan 1 akan
menderma satu elektron valesnya supaya mencapai susunan elektron duplet atau
oktet yang stabil. Seterusnya ia membentuk ion bercas +1.
Kereaktifan unsur Kumpulan 1 bergantung kepada kecenderungan kehilangan
(membebas) eletron valens. Apabila menuruni Kumpulan 1 dari Li ke Fr, jejari atom
Bertambah
bertambah besar. Jarak di antara nukleus dan elektron valens menjadi semakin jauh.
Maka daya tarikan elektrostatik di antara proton dalam nukleus dan eletron valens
menjadi semakin lemah dan membolehkan melepaskan eletron valesnya. Oleh itu
kereaktifan bertambah apabila menuruni Kumpulan 1.
Sifat kimia
Semua logam alkali mempunyai sifat kimia yang sama kerana masing-masing mempunyai
satu eletron valens. Unsur Kumpulan 1 bertindak balas dengan
-air sejuk menghasilkan larutan alkali dan gas hidrogen.
-oksigan membenuk oksida logam.
-halogen menghasilkan garam logam halida.
Unsur Kumpulan 17
Unsur Kumpulan 17 juga dikenali sebagai Halogen. Unsur kumpulan ini terdiri
daripada Fluorin (F), Klorin (Cl), bromin (Br), iodin (I) dan astatin (At). Halogen adalah
unsur-unsur yang sangat reaktif dan kebanyakan daripada mereka wujud semula jadi
sebagai garam halida. Halogen wujud sebagai molekul dwiatom.
F
Cl
Br
I
At
Rajah 1.5 Unsur Kumpulan 17
14
Sifat fizikal
Semua halogen adalah unsur logam. Maka ia tidak boleh mengkonduksi
elektrik dan haba. Jejari atom semakin bertambah apabila menuruni kumpulan.
Apabila menuruni kumpulan bilangan petala eletron yang terisi elektron bertambah, maka
jarak di antara nukleus dan petala elektron yang terluar bertambah jauh.
Ketumpatan semakin bertambah apabila menuruni kumpulan kerana jisim molekul
relatif bertambah dari fluorin ke astatin. Takat didih halogen adalah rendah kerana daya
tarikan antara molekul-molekulnya adalah lemah.
Takat lebur dan takat didih halogen semakin bertambah apabila menuruni kumpulan dari
flurorin ke astatin. Apabila menuruni kumpulan , saiz molekul bertambah besar. Apabila
saiz molekul semakin besar, daya tarikan di antara molekul menjadi semakin kuat.
Lebih haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan antara molekul. Dua unsur yang
pertama iaitu fluorin dan klorin wujud sebagai gas, bromin wujud sebagai cecair
manakala iodin dan astatin wujud sebagai pepejal pada suhu bilik.
Warna halogen menjadi semakin gelap apabila meneruni kumpulan. Fluorin adalah gas
tak berwarna, klorin adalah gas berwarna hijau kekuningan, bromin adalah cecair
berwarna perang manakala iodin adalah pepejal berwarna hitam
Keelektronegatifan halogen adalah tinggi. Keelektronegatifan adalah suatu ukuran
kecenderungan sesuatu unsur menarik elektron. Keelektronegatifan halogen semakin
berkurang apabila menuruni kumpulan dari fluorin ke oidin. Apabila menuruni kumpulan,
jejari atom bertambah besar. Maka daya tarikan di antara proton dalam nukleus dan
elektron valens menjadi semakin lemah. Keelektronegatifan turut berkurang.
15
Halogen Nombor
proton
Jejari
atom
(nm)
Takat
lebur
(oC)
Takat
didih
(oC)
Keadaan
fizikal pada
suhu bilik
Keelek-
tronegatifan
warna
Klorin 17 0.099 -101 -35 Gas 3.0 Kuning
kehijauan
Bromin 35 0.114 -7 58 Cecair 2.8 Cecair perang
Iodin 53 0.133 114 183 Pepejal 2.5 Pepejal hitam
Jadual 1.9 Sifat-sifat fizikal klorin, bromin dan iodin
Sifat kimia
Sifat kimia semua halogen adalah sama kerana masing-masing mempunyai tujuh
elektron valens. Unsur Kumpulan 17 (halogen) bertindak balas dengan
a. Air mengahasilkan dua jenis asid dan air,
b. Logam menghasilkan logam halida,
c. Natrium hidroksida menghasilkan dua jenis garam dan air
Kereaktifan
Semua halogen adalah reaktif, akan tetapi kereaktifan berkurang apabila
menuruni kumpulan. Halogen mempunyai tujuh elektron velens. Semasa tindak balas
kimia, ia perlu menerima satu eletron supaya mencapai susunan eletron oktet yang
stabil. Selepas menerima satu elektron ia membentuk ion negatif dengan cas -1.
16
Kereaktifan halogen bergantung kepada kecenderungan unsur itu menerima
elektron. Apabila meneruni kumpulan dari klorin ke bromin, jejari atom bertambah
besar. Maka daya tarikan elektrostatik di antara proton dalam nukleus dengan elektron
menjadi semakin lemah. Oleh itu, kecendungan halogen untuk menerima satu
elektron untuk mencapai susunan elektron oktet turut berkurang daripada klorin ke iodin.
Maka kereaktifan berurang apabila menuruni kumpulan darpada klorin ke iodin.
Unsur Dalam Kala 3
Na Mg Al Si P S Cl Ar
Rajah 1.6 Unsur dalam Kala 3
17
Kala 3 terdiri daripada unsur-unsur natrium (Na), magnesium (Mg), aluminium (Al), silikon (Si),
fosforus (P), sulfur (S), klorin (Cl) dan argon (Ar). Sifat fizikal dan kimia berubah secara
beransur-ansur apabila merentasi Kala 3.
Kumpulan 1 2 13 14 15 16 17 18
Unsur Na Mg Al Si P S Cl Ar
Nombor proton 11 12 13 14 15 16 17 18
Susunan elektron 2.8.1 2.8.2 2.8.3 2.8.4 2.8.5 2.8.6 2.8.7 2.8.8
Bilangan elektron
valens
1 2 3 4 5 6 7 8
Jejari atom (nm) 0.156 0.136 0.125 0.117 0.111 0.104 0.099 0.094
Keelektronegatifan 0.9 1.2 1.5 1.8 2.1 2.5 3.0 -
Takat lebur (o
C) 98 649 660 1410 590 119 -101 -189
Takat didih (o
C) 883 1107 2467 2355 Nyala 445 -35 -186
Jenis unsur Logam Logam Logam Metaloid Bukan
logam
Bukan
logam
Bukan
logam
Bukan
logam
Formula oksida Na2O MgO Al2O3 SiO2 P4O10 SO2,SO3 Cl2O7 Tiada
Ciri oksida unsur Bes Bes Amfoterik Asid Asid Asid Asid -
Jadual 1.7 Sifat-sifat fizikal unsur kala 3
Ciri unsur merentasi kala 3
Perubahan jejari atom unsur
Jejari atom menjadi kecil apabila merentasi kala. Unsur-unsur Kala 3 masing-masing mempunyai
tiga petala yang terisi elektron. Akan tetapi nombor proton bertambah sebanyak satu unit
daripada satu unsur ke unsur yang lain apabila merentasi kala dari kiri ke kanan. Apabila
bilangan proton bertambah, daya tarikan elektrostatik di antara proton dan elektron menjadi
semakin kuat. Elektron-elektron akan ditarik lebih dekat kepada nukleus. Maka jejari atom
nerkurang / menjadi semakin kecil apabila merentasi kala dari kiri ke kanan.
18
Elektron valens
Apabila merentasi kala, nombor proton unsur bertambah sebanyak 1. Maka bilangan elektron
valens bertambah dengan 1 juga apabila merentasi kala.
Keelektronegatifan
Keelektronegatifan bertambah apabila merentasi kala. Keelektronegaifan adalah satu ukuran
keupayaan suatu unsur menarik elektron. Jejari atom menjadi semakin kecil apabila
merentasi kala. Bilangan proton dalam nukleus bertambah merentasi kala. Penambahan
bilangan proton dan mengecilan jejari atom menyebabkan daya tarikan di antara proton dalam
nukleus dan eletron menjadi semakin kuat. Maka keelektronegatifan bertambah apabila
merentasi kala.
Takat lebur dan takat didih
Takat lebur dan takat didih Kala 3 semakin bertambah apabila merentasi kala daripada
natrium ke silikon, kemudian berkurang semula. Natrium, magnesium dan aluminium adalah
logam dan atom-atomnya ditarik oleh ikatan logam yang kuat. Maka takat lebur dan takat
didihnya tinggi. Kekuatan ikatan logam semakin bertambah kuat apabila bilangan elektron valens
bertambah menurut tertib: Na < Mg < Al.
Takat lebur dan takat didih silikon adalah sangat tinggi kerana atom-atom silikon diikat
oleh ikatan kovalen dan membentuk satu struktur raksasa 3-dimensi. Banyak haba diperlukan
untuk memecahkan ikatan-ikatan yang begitu banyak dalam struktur ini.
Fosforus (P40, slfur (S8) dan klorin (CI2) wujud sebagai molekul kecil. Manakala argon
wujud sebagai monatuom. Molekul-molekul fosforus, sulfur, klorin dan atom-atom argon ditarik
oleh daya vander Waals yang lemah. Molekul-molekul ini mudah dipisahkan apabila sedikit
haba dibekalkan.
19
Sifat kelogaman
Apabila merentasi kala, unsur berubah daripada logam kepada logam atau metaloid dan
seterusya kepada sifat bukan logam. Tiga unsur di kiri kala (Na, Mg, K) adalah logam .
Silikon mempunyai sifat logam dan bukan logam. Ia adalah konduktor elektrik yang lemah
tetapi ia mempunyai ciri unsur bukan logam iaitu ia rapuh. Silikon dikenali sebagai melatoid atau
separa logam. Empat unsur di kanan kala iaitu fosforus sulfur, klorin dan argon adalah unsur
bukan logam.
Ciri oksida unsur
Oksida unsur berubah daripada bersifat bes kepada amfoterik and seterusnya kepada
bersifat asid. Oksida unsur logam bersifat bes. Ia bertinda balas degan larutan asid
menghasilkan garam dan air.
Oksida unsur bukan logam bersifat asid. Oksida unsur bukan logam yang bersifat asd
boleh bertindak balas dengan larutan alkali menghasilkan garam dan air. Misalan gas sulfur
trioksida bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida menghasilkan garam natrium sulfar
dan air.
Oksida amfoterik adalah oksida unsur yang boleh bertindak balas dengan kedua-dua
larutan asid dan alkali. Aluminium oksida, stalum(II) oksida dan plumbum (II) oksida adalah sau
contoh oksida amfoterik. Argon telah mencapai susunan elekftron oktet yang stabil dan tidak
membentuk oksida.
20
Unsur Peralihan
3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Sc Ti V Cr Mn Fe Co Ni Cu Zn
Y Zr Nb Mo Tc Ru Rh Pd Ag Cd
La Hf Ta W Re Os Ir Pt Au Hg
Rajah 1.15 Unsur peralihan dalam Jadual Berkala
Unsur peralihan adalah satu blok unsur yang berada di antara Kumpulan 2 dan
Kumpulan 13 Jadual Berkala. Terdapat 10 unsur dalam setiap siri. Unsur peralihan dalam Kala 4
adalah skandium, titanium, vanadium, kromium, mangan, ferum, kobalt,nikel,kuprum dan zink.
Jadual 1.13 menunjukkan beberapa sifat fizikal unsur peralihan kala 4. Semua unsur peralihan
adalah logam dengan ciri-ciri:
a. Ketumpatan tinggi
b. Kekerasan tinggi
c. Kekonduksian elektrik dan haba yang tinggi
d. Kekuatan regangan yang tinggi
e. Permukaan berkilau
f. Mudah ditempa kepada pelbagai bentuk
g. Mulur iaitu mudah ditarik menjadi wayar halus
h. Takat lebur dan takat didih yang tinggi
21
Jejari atom dan keelektronegatifan unsur peralihan adalah hampir sama.
Unsur Sc Ti V Cr Mn Fe Co Ni Cu Zn
Jejari atom (nm) 0.162 0.147 0.134 0.130 0.135 0.126 0.125 0.124 0.128 0.138
Takat lebur (o
C) 1539 1668 1900 1875 1245 1536 1495 1453 1083 419
Takat didih
(o
C)
2730 3260 3450 2665 2150 3000 2900 2730 2959 419
Ketumpatan (g
cm-3
)
3.0 4.51 6.1 7.19 7.43 7.86 8.9 8.9 8.96 7.14
Keelektronegatifan 1.3 1.5 1.6 1.6 1.5 1.8 1.8 1.8 1.9 1.6
Kekerasan (Moh) Lembut 6.0 7.0 8.5 6.0 4.0 5.0 4.0 3.0 2.3
Jadual 1.13 Sifat fizikal unsur peralihan
[perhatian: Kekerasan diukur menurut skala Moh. Intan adalah bahan yang paling keras. Skala
Moh intan ialah 10.0]
Ciri-ciri khas unsur peralihan
Unsur peralihan menunjukkan lebih daripada satu nombor pengoksidaan dalam
sebaiannya
Unsur kumpulan utama Jadual Berkala hanya mempunyai satu nombor pengoksidaan. Nombor
pengoksidaan suatu ion adalah cas yang dibawa ion itu. Misalan, unsur Kumpulan 2 Jadual
Berkala seperti magnesium hanya membentuk satu jenis ion (Mg2+
) dengan nombor
pengoksidaan +2. Unsur Kumpulan 1 jadual Berkala seperti natrium hanya membentuk satu jenis
ion (Na+
) dengan nombor pengoksidaan +1. Unsur peralihan seperti ferum boleh membentuk ion
Fe2+
(nombor pengoksidaan +2) dan ion Fe3+
(nombor pengoksidaan +3)
Nombor Rumawi digunakan untuk mewakili nombor pengoksidaan unsur peralihan itu.
22
Jadual 1.14 menunjukkan nombor pengoksidaan unsur peralihan dalam sebatiannya.
Sebatian unsur peralihan Formula kimia Nombor pegoksidaan unsur peralihan
Kuprum (I) oksida Cu2
O +1
Kuprum (II) oksida CuO +2
Ferum (II) sulfat FeSO4 +2
Ferum (III) klorida FeCl3 +3
Nikel (II) sulfat NiSO4 +2
Nikel (III) klorida NiCl3 +3
Mangan (II) oksida MnO +2
Mangan (III) oksida Mn2O3 +3
Mangan (IV) oksida MnO2 +4
Jadual 1.14 Nombor pengoksidaan unsur peralihan
Unsur peralihan membentuk ion sebatian yang berwarna
Sebatian kumpulan utama Jadual Berkala membentuk sebatian berwarna putih. Manakala
sebatian unsur peralihan adalah berwarna. Misalan sebatian NaCl dan MgSO4 berwarna putih
manakala sebatian ferum (II) sulfat berwarna hijau. Larutan akueus unsur utama adalah jernih
kerana ionnya tidak berwarna. Manakala larutan akuens unsur peralihan adalah berwarna.
Jadual 1.15 menunjukkan warna beberapa jenis ion unsur peralihan.
Nama ion unsur peralihan Formula ion unsur peralihan Warna ion unsur peralihan
Ion kromat (VI) CrO4
2-
Kuning
Ion dikromat (VI) Cr2O7
2-
Jingga
Ion manganat (VII) MnO4
-
Ungu
lon kuprum (II) Cu2+
Biru
lon ferum (II) Fe2+
Hijau
lon ferum (III) Fe3+
Perang
lon kromium (III) Cr3+
Hijau
lon kobalt (II) CO2+
Merah jambu
Jadual 1.15 warna beberapa jenis ion unsur peralihan
23
Unsur-unsur dan sebatiannya mempunyai ciri-ciri pemangkinan
Mangkin adalah suatu bahan kimia yang boleh mempercepatkan suatu tindak balas kimia.
Selepas tindak balas berakhir sifat kimia mangkin itu tidak berubah. Mangkin tidak menambahkan
peratusan hasil tindak balas, ia hanya meninggikan kadar tindak balas itu suaya hasil cepat
dihasilkan. Jadual 1.16 menunjukkan jenis unsur peralihan atau sebatiannya yang diguna dalam
industri kimia.
Unsur peralihan atau
sebatiannya
Proses industri yang menggunakan mangkin
Platinum Proses Ostwald dalam pembuatan asid nitrik.
Nikel Industri pembuatan marjerin. Nikel memangkinkan penghidrogenan
minyak sawit cecair kepada minyak tepu yang pejal.
Serbuk ferum Proses Haber di man serbuk ferum memangkinkan tindak balas di
antara gas nitrogen dengan gas hidrogen kepada gas ammonia.
N2(g) + 3H2(g) 2NH3(g)
Vanadium (V) oksida
(V2O5)
Pembuatan asid sulfurik dalam proses Sentuh. Serbuk vanadium
(V) oksida memangkinkan tindak balas di antara gas sulfur dioksida
dengan gas oksigen kepada gan sulfur trioksida.
2SO2(g) + O2(g) 2SO3(g)
Jadual 1.16 jenis unsur peralihan atau sebatiannya yang diguna dalam industri kimia.
Unsur-unsur peralihan boleh membentuk ion kompleks
Ion kompleks terdiri daripada satu ion logam di pusat dengan ligan-ligan yang terikat kepadanya.
Jadual 1.17 menunjukkan beberapa contoh ion kompleks.
Ion kompleks Formula
Tetraaminkuprum (II) Cu (NH2) +
Heksaaminkromium (III) Cr (NH3) +
Heksasianoferat (II) Fe (CN) -
Heksasianoferat (III) Fe (CN) -
Jadual 1.17 contoh ion kompleks
24
Tindak balas Larutan Akueus Unsur Peralihan dengan Larutan Natrium Hidroksida dan
larutan Ammonia
Larutan akueus natrium hidroksida dan ammonia (ammoniun hidroksida) diguna untuk
mengesahkan kehadiran ion unsur peralihan. Ion unsur peralihan bertindak balas dengan ion
hidroksida (OH-
) daripada larutan alkali menghasilkan mendakan/pepejal logam hiroksida yang
berwarna.
Ion Larutan akueus natrium hidroksida Larutan akueus ammonia/ ammonium
hidroksida
Fe2+
Mendakan hijau ferum(II) hidroksida
dihasilkan. Mendakan tidak larut
dalam NaOH(ak) berlebihan.
Fe2(ak) + 2OH-
(ak) Fe(OH)2(p)
Mendakan hijau
Mendakan hijau ferum(II) hidroksida
dihasilkan. Mendakan tidak larut dalam
NH3(ak) berlebihan
Fe2(ak) + 2OH-
(ak) Fe(OH)2(p)
Mendakan hijau
Fe3+
Mendakan perang ferum(III)
hidroksida dihasilkan. Mendakan
tidak larut dalam NaOH(ak)
berlebihan.
Fe3+(
ak) + 3OH-
(ak) Fe (OH)3(p)
Mendakan perang
Mendakan perang ferum(III) hidroksida
dihasilkan. Mendakan tidak larut dalam
NH3(ak) berlebihan.
Fe3+(
ak) + 3OH-
(ak) Fe (OH)3(p)
Mendakan perang
Cu2+
Mendakan biru kuprum(II)
hidroksida dihasilkan. Mendakan
tidak larut dalam NaOH(ak)
berlebihan.
Cu2+(ak)+ 2OH-(ak) Cu(OH)2(P)
Mendakan biru
Mendakan biru kuprum(II) hidroksida
dihasilkan.
Cu2+(ak)+ 2OH-(ak) Cu(OH)2(P)
Mendakan biru
Mendakan larut dalam larutan
ammonia berlebihan membentuk ion
kompleks teraaminkuprum(II) yang
berwarna biru tua.
Cu(OH)2(p) + 4NH3(ak) Cu (NH2) +
+
2OH-
(ak)
25
PENUTUP
Mensyukuri kewujudan unsur dan sebatiannya
Bumi kita dikurniakan dengan 118 unsur. Jadual 1.18 menunjukkan nama ahli sains yang
menemui beberapa usur tersebut. Jadual 1.19 menunjukkan kegunaan beberapa unsur yang
terdapat dalam bumi kita.
unsur simbol Ahli sains Tahun ditemui
Hidrogen H Henry Cavendish 1766
Nitrogen N Daniel Rutherford 1772
Oksigen O Carl Wilhelm Scheel 1774
Natrium Na Sir William Ramsay 1807
Kalium K Sir Humphrey Davy 1807
Magnesium Mg Sir Humphrey Davy 1808
Aluminium Al Hans Christian orsted 1825
Uranium U Eugene Melchior Peligot 1841
helium He Sir William Ramsay 1895
Radium Ra Pierre Curie dan Marie
Curie
1898
Jadual 1.18 tahun unsur ditemui
27
Unsur Formula Kegunaan
Hidrogen H2 Diguna dalam penghidrogenan
minyak sawit kepada minyak
tepu dalam industri pembuatan
marjerin. Diguna dalam
pembuatan ammonia.
Aluminium Al Diguna untuk membuat aloi
duralumin iaitu sejenis aloi
yang kuat tetapi ringan. Aloi ini
sesuai diguna untuk membuat
rangka kapal terbang dan
rangka basikal lumba.
Silikon Si Diguna untuk membuat
mikrocip.
Sulfur S8 Diguna untuk membuat
mancis,bunga api dan asid
sulfurik.
Klorin Cl2 Membunuh kuman dalam air
minuman dan air kolam
renang.
Ferum Fe Diguna untuk membuat keluli
Kuprum Cu Dawai diguna untuk membuat
motor elektrik, dinamo,
sebagai dawai kondukto
elektrik dan membuat aloi
kupronikel.
Kobalt-60 Co Sinaran gama yang
dibebaskan Co-60 diguna
untuk membunuh sel-sel
kanser.
Jadual 1.19 kegunaan unsur
28
Unsur-unsur boleh bertindak balaskan untuk membentuk sebatian yang diguna dalm kehidupan
harian kita.
Sebatian Formula kimia kegunaan
Magnesium oksida MgO Sebagai ubat antacid untuk merawat pesakit asid.
Digunakan sebagai peenawar keracunan asid.
Natrium bikarbonat NaHCO3 Digunakan sebagai tepung penaik
Argentum bromida AgBr Membuat filem fotografi
Urea CO(NH2)2 Digunakan sebagai baja bernitrogen.
Vinil klorida CH2CHCI Membuat paip air, baju hujan dan alat permainan
kanak-kanak.
Natrium borat Na2B4O7 Igunakan sebagai racun tikus dan lipas.
Natrium perborat NaBO3.4H2O Digunakan sebagai agen peluntur dalam serbuk
pencuci.
Ethanol C2H5Oh Pembuatan minuman keras dan perisa makanan.
Ammonia NH3 Membuat urea, bahan letupan dan asid nitrik.
Asid etanoik CH3COOH Mengawet (menjeruk) buah-buahan dan membuat ubat
aspirin.
Natrium Hidroksida NaOH Membuat sabun.
Asid sulfurik H2sO4 Digunakan sebagai elektrolit dalam akumulator,
membuat baja dan bahan letupan.
Jadual 1.20 Kegunaan sebatian dalam kehidupan.
Unsur peralihan telah menjadikan alam kita sangat menarik dengan membentuk
sebatian yang berwarna. Banyak pigmen cat atau pensil warna mengandungi sebatian unsur
peralihan. Malahan batu permata terdiri daripada sebatian unsur peralihan. Kebanyakan unsur
atau sebatian diperolehi daripada kerak bumi kita. Selepas dilombong, unsur atau sebatian ini
tidak dapat diperbaharui. Oleh itu, kita harus mengendalikan bahan kimia dengan bijaksana
supaya tidak kehabisan dan generasi akan datang menikmatinya. Oleh demikian, kita harus
mengitar semula bahan-bahan seperti bekas minuman aluminium, plastik dan kaca.
29
RUJUKAN
Chang, R (2007). Chemistry, New York: McGraw-Hill.
Ibrahim, R (2001). Asas kimia. Malaysia: Uni-Ed Publications Sdn.Bhd.
Low Swee Neo, Lim Yean Ching, Eng Nguan Hong.Chemistry Form 4.Tan Lee Ling.
Tan On Tin, Loh Wai Leng. Eksplorasi Kimia Tingkatan 4. Oxford Fajar Sdn.Bhd
Tan Pek Soo. SPM Bilingual Chemistry From 4. Arah Pendidikan.
Wan Noor Afifah Wan Yusoff. Modul Bilingual Chemistry From 4. Nilam Publication
30

More Related Content

What's hot

2.0 daya dan gerakan
2.0 daya dan gerakan2.0 daya dan gerakan
2.0 daya dan gerakanMrHan Physics
 
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisPerbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisMohd Shukri Suib
 
peneutralan tingkatan 4
peneutralan tingkatan 4peneutralan tingkatan 4
peneutralan tingkatan 4Nabila Hidayah
 
Bab 9 : Bahan Buatan dalam Industri
Bab 9 : Bahan Buatan dalam IndustriBab 9 : Bahan Buatan dalam Industri
Bab 9 : Bahan Buatan dalam IndustriDianaAmira
 
SPM Tingkatan 5 Fizik - Elektronik
SPM Tingkatan 5 Fizik - ElektronikSPM Tingkatan 5 Fizik - Elektronik
SPM Tingkatan 5 Fizik - ElektronikLoo Carmen
 
4.4 Pengelasan Unsur Dalam Jadual Berkala
4.4 Pengelasan Unsur Dalam Jadual Berkala4.4 Pengelasan Unsur Dalam Jadual Berkala
4.4 Pengelasan Unsur Dalam Jadual BerkalaMohd Shukri Suib
 
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopNombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopleucosolonia
 
Jadual ion kimia
Jadual ion kimia Jadual ion kimia
Jadual ion kimia alhalfeast
 
Bab 2 struktur atom
Bab 2   struktur atomBab 2   struktur atom
Bab 2 struktur atomjalinialias
 
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitanAtiqah Azmi
 
35.hukum gas,hukum boyle
35.hukum gas,hukum boyle35.hukum gas,hukum boyle
35.hukum gas,hukum boyleAtiqah Azmi
 
Bab 4 jadual berkala
Bab 4 jadual berkalaBab 4 jadual berkala
Bab 4 jadual berkalaADILA KAMAL
 

What's hot (20)

2.0 daya dan gerakan
2.0 daya dan gerakan2.0 daya dan gerakan
2.0 daya dan gerakan
 
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisPerbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
 
peneutralan tingkatan 4
peneutralan tingkatan 4peneutralan tingkatan 4
peneutralan tingkatan 4
 
Sifat fizik kumpulan 17
Sifat fizik kumpulan 17Sifat fizik kumpulan 17
Sifat fizik kumpulan 17
 
5.0 cahaya
5.0 cahaya5.0 cahaya
5.0 cahaya
 
Bab 9 : Bahan Buatan dalam Industri
Bab 9 : Bahan Buatan dalam IndustriBab 9 : Bahan Buatan dalam Industri
Bab 9 : Bahan Buatan dalam Industri
 
SPM Tingkatan 5 Fizik - Elektronik
SPM Tingkatan 5 Fizik - ElektronikSPM Tingkatan 5 Fizik - Elektronik
SPM Tingkatan 5 Fizik - Elektronik
 
6.0 TENAGA NUKLEAR
6.0 TENAGA NUKLEAR6.0 TENAGA NUKLEAR
6.0 TENAGA NUKLEAR
 
4.4 Pengelasan Unsur Dalam Jadual Berkala
4.4 Pengelasan Unsur Dalam Jadual Berkala4.4 Pengelasan Unsur Dalam Jadual Berkala
4.4 Pengelasan Unsur Dalam Jadual Berkala
 
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
 
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopNombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
 
Unit Ukuran
Unit UkuranUnit Ukuran
Unit Ukuran
 
Bab 1 momentum
Bab 1 momentumBab 1 momentum
Bab 1 momentum
 
Nota daya graviti
Nota daya gravitiNota daya graviti
Nota daya graviti
 
Jadual ion kimia
Jadual ion kimia Jadual ion kimia
Jadual ion kimia
 
Bab 2 struktur atom
Bab 2   struktur atomBab 2   struktur atom
Bab 2 struktur atom
 
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
1.kuantiti asas dan kuantiti terbitan
 
35.hukum gas,hukum boyle
35.hukum gas,hukum boyle35.hukum gas,hukum boyle
35.hukum gas,hukum boyle
 
Polimer
PolimerPolimer
Polimer
 
Bab 4 jadual berkala
Bab 4 jadual berkalaBab 4 jadual berkala
Bab 4 jadual berkala
 

Viewers also liked

Sumbangan Antoinelavoiser dalam membina Jadual Berkala Moden by divya
Sumbangan Antoinelavoiser dalam membina Jadual Berkala Moden by divyaSumbangan Antoinelavoiser dalam membina Jadual Berkala Moden by divya
Sumbangan Antoinelavoiser dalam membina Jadual Berkala Moden by divyaGanga Nadarajan
 
Spesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 4 BM
Spesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 4 BMSpesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 4 BM
Spesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 4 BMAdura Azlin Ishak
 
Unsur peralihan bab 4 tingkatan 4 (malay)
Unsur peralihan bab 4 tingkatan 4 (malay)Unsur peralihan bab 4 tingkatan 4 (malay)
Unsur peralihan bab 4 tingkatan 4 (malay)Jummy Masindah Jm
 
RPT 2015 Kimia Tingkatan 4
RPT 2015 Kimia Tingkatan 4RPT 2015 Kimia Tingkatan 4
RPT 2015 Kimia Tingkatan 4Cikgu Hailmi
 
RPT 2015 Sains Tingkatan 4
RPT 2015 Sains Tingkatan 4RPT 2015 Sains Tingkatan 4
RPT 2015 Sains Tingkatan 4Cikgu Hailmi
 
Peta minda tingkatan 4 bab 7
Peta minda   tingkatan 4 bab 7Peta minda   tingkatan 4 bab 7
Peta minda tingkatan 4 bab 7Fadzilatul Atra
 
Modul 2 kimia SPM 2014
Modul 2 kimia SPM 2014Modul 2 kimia SPM 2014
Modul 2 kimia SPM 2014Cikgu Marzuqi
 
Kimia kertas 2 trial spm 2013
Kimia kertas 2 trial spm 2013 Kimia kertas 2 trial spm 2013
Kimia kertas 2 trial spm 2013 Smk Gelam
 
Chapter 4 perodic table
Chapter 4 perodic tableChapter 4 perodic table
Chapter 4 perodic tableFaridah Hamat
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunselingHerney Aqilah Kay
 
Ujian Selaras1 Kimia Form 4 2015
Ujian Selaras1 Kimia Form 4 2015Ujian Selaras1 Kimia Form 4 2015
Ujian Selaras1 Kimia Form 4 2015Cikgu Ummi
 
Modul 1 kimia SPM 2014
Modul 1 kimia SPM 2014Modul 1 kimia SPM 2014
Modul 1 kimia SPM 2014Cikgu Marzuqi
 

Viewers also liked (18)

Sumbangan Antoinelavoiser dalam membina Jadual Berkala Moden by divya
Sumbangan Antoinelavoiser dalam membina Jadual Berkala Moden by divyaSumbangan Antoinelavoiser dalam membina Jadual Berkala Moden by divya
Sumbangan Antoinelavoiser dalam membina Jadual Berkala Moden by divya
 
Unit 3 jadual berkala
Unit 3 jadual berkalaUnit 3 jadual berkala
Unit 3 jadual berkala
 
Chemistry 2-2010 MRSM
Chemistry 2-2010 MRSMChemistry 2-2010 MRSM
Chemistry 2-2010 MRSM
 
Spesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 4 BM
Spesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 4 BMSpesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 4 BM
Spesifikasi Kurikulum Kimia Ting. 4 BM
 
Unsur Kumpulan 18
Unsur Kumpulan 18 Unsur Kumpulan 18
Unsur Kumpulan 18
 
Unsur peralihan bab 4 tingkatan 4 (malay)
Unsur peralihan bab 4 tingkatan 4 (malay)Unsur peralihan bab 4 tingkatan 4 (malay)
Unsur peralihan bab 4 tingkatan 4 (malay)
 
RPT 2015 Kimia Tingkatan 4
RPT 2015 Kimia Tingkatan 4RPT 2015 Kimia Tingkatan 4
RPT 2015 Kimia Tingkatan 4
 
RPT 2015 Sains Tingkatan 4
RPT 2015 Sains Tingkatan 4RPT 2015 Sains Tingkatan 4
RPT 2015 Sains Tingkatan 4
 
Lesson 4.4
Lesson 4.4Lesson 4.4
Lesson 4.4
 
Slaid kbat
Slaid kbatSlaid kbat
Slaid kbat
 
Peta minda tingkatan 4 bab 7
Peta minda   tingkatan 4 bab 7Peta minda   tingkatan 4 bab 7
Peta minda tingkatan 4 bab 7
 
Modul 2 kimia SPM 2014
Modul 2 kimia SPM 2014Modul 2 kimia SPM 2014
Modul 2 kimia SPM 2014
 
Kimia kertas 2 trial spm 2013
Kimia kertas 2 trial spm 2013 Kimia kertas 2 trial spm 2013
Kimia kertas 2 trial spm 2013
 
Nota kimia t4
Nota kimia t4Nota kimia t4
Nota kimia t4
 
Chapter 4 perodic table
Chapter 4 perodic tableChapter 4 perodic table
Chapter 4 perodic table
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
 
Ujian Selaras1 Kimia Form 4 2015
Ujian Selaras1 Kimia Form 4 2015Ujian Selaras1 Kimia Form 4 2015
Ujian Selaras1 Kimia Form 4 2015
 
Modul 1 kimia SPM 2014
Modul 1 kimia SPM 2014Modul 1 kimia SPM 2014
Modul 1 kimia SPM 2014
 

Similar to Sejarah perkembangan jadual berkala

Modul sains non teknologi bab 1 struktur atom
Modul sains non teknologi bab 1 struktur atomModul sains non teknologi bab 1 struktur atom
Modul sains non teknologi bab 1 struktur atomHarzana Harun
 
Struktur atom vle
Struktur atom vleStruktur atom vle
Struktur atom vleSiti Alias
 
21368094 nota-kimia
21368094 nota-kimia21368094 nota-kimia
21368094 nota-kimiafive_zal
 
Chemistry Form 4 topical question 4
Chemistry Form 4 topical question 4Chemistry Form 4 topical question 4
Chemistry Form 4 topical question 4Mudzaffar Shah
 
Soalan kimia ting4
Soalan kimia ting4Soalan kimia ting4
Soalan kimia ting4Teacher
 
3.3 Formula Kimia.pptx
3.3 Formula Kimia.pptx3.3 Formula Kimia.pptx
3.3 Formula Kimia.pptxtasyamaribel1
 

Similar to Sejarah perkembangan jadual berkala (11)

08 bt kimia tg4 a
08 bt kimia tg4 a08 bt kimia tg4 a
08 bt kimia tg4 a
 
Bab 4.3
Bab 4.3 Bab 4.3
Bab 4.3
 
Modul 2 kimia
Modul 2 kimia Modul 2 kimia
Modul 2 kimia
 
Modul sains non teknologi bab 1 struktur atom
Modul sains non teknologi bab 1 struktur atomModul sains non teknologi bab 1 struktur atom
Modul sains non teknologi bab 1 struktur atom
 
Bab 2 t4 nota
Bab 2 t4 notaBab 2 t4 nota
Bab 2 t4 nota
 
Struktur atom vle
Struktur atom vleStruktur atom vle
Struktur atom vle
 
Jadual Berkala (1)
Jadual Berkala (1)Jadual Berkala (1)
Jadual Berkala (1)
 
21368094 nota-kimia
21368094 nota-kimia21368094 nota-kimia
21368094 nota-kimia
 
Chemistry Form 4 topical question 4
Chemistry Form 4 topical question 4Chemistry Form 4 topical question 4
Chemistry Form 4 topical question 4
 
Soalan kimia ting4
Soalan kimia ting4Soalan kimia ting4
Soalan kimia ting4
 
3.3 Formula Kimia.pptx
3.3 Formula Kimia.pptx3.3 Formula Kimia.pptx
3.3 Formula Kimia.pptx
 

More from Aminah Rahmat

Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51Aminah Rahmat
 
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp013kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01Aminah Rahmat
 
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Aminah Rahmat
 
Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4Aminah Rahmat
 
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjjAminah Rahmat
 
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 220130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2Aminah Rahmat
 
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 120130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1Aminah Rahmat
 
20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan berganda20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan bergandaAminah Rahmat
 
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggalAminah Rahmat
 
20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimia20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimiaAminah Rahmat
 
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organikAminah Rahmat
 
20130911130925 cover modul skr3033
20130911130925 cover  modul skr303320130911130925 cover  modul skr3033
20130911130925 cover modul skr3033Aminah Rahmat
 
20130301220342 unit 10
20130301220342 unit 1020130301220342 unit 10
20130301220342 unit 10Aminah Rahmat
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahAminah Rahmat
 

More from Aminah Rahmat (20)

Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51
 
Laju2
Laju2Laju2
Laju2
 
Laju1
Laju1Laju1
Laju1
 
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp013kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
 
Gigi haiwan
Gigi haiwanGigi haiwan
Gigi haiwan
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
 
Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4
 
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
 
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 220130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
 
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 120130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1
 
20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan berganda20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan berganda
 
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
 
20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimia20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimia
 
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
 
20130911130925 cover modul skr3033
20130911130925 cover  modul skr303320130911130925 cover  modul skr3033
20130911130925 cover modul skr3033
 
20130301220342 unit 10
20130301220342 unit 1020130301220342 unit 10
20130301220342 unit 10
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendah
 
Rph minggu 2
Rph minggu 2Rph minggu 2
Rph minggu 2
 
Unit 12 rujukan (a)
Unit 12 rujukan (a)Unit 12 rujukan (a)
Unit 12 rujukan (a)
 

Sejarah perkembangan jadual berkala

  • 1. KOD & NAMA KURSUS SRK3013 : PENGHANTAR KIMIA SEMESTER 5 SESI 2013 KUMPULAN : UPSI05( A122PJJ ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON AMINAH BINTI RAHMAT D20102042743 0179097084 NAMA PENSYARAH : DR NORHAYATI BINTI HASHIM TARIKH SERAH: 17.05.2013 TUGASAN 3 SEJARAH PERKEMBANGAN JADUAL BERKALA
  • 2. ISI KANDUNGAN i) PENGENALAN……………… i-ii a) SEJARAH PERKEMBAGAN JADUAL BERKALA …….. 1-2 b) SUMBANGAN AHLI SAINS…………... 3-7 c) JADUAL BERKALA MODEB……….. 8 d) KEDUDUKAN UNSUR DALAM JADUAL BERKALA UNSUR …9-25 e) PENUTUP………………….. 26-29 f) RUJUKAN ………………….. 30
  • 3. Pengenalan Jadual berkala unsur kimia adalah himpunan paparan berkaitan unsur kimia yang diketahui dalam bentuk jadual. Unsur ini disusun menurut struktur elektron agar kebanyakan sifat kimia berubah secara tetap sepanjang jadual. Setiap unsur disenaraikan menurut nombor ataom dan simbil kimia. Jadual ini mula-mulanya diperkenalkan oleh Dmitri Mendeleev, seorang ahli kimia dari Rusia yang menghimpunkan unsur-unsur untuk menunjukkan ciri-ciri unsur iu yang berulang (“berkala”) mengikut jadual. Jadual ini telah diperbaiki mengikut peredaran masa, selaras dengan penemua unsur baru serta penghasilan teori baru mengenai unsur-unsur. Jadual piawaian membekalkan asas yang diperlukan. Terdapat juga kaedah lain memaparkan unsur kimia untuk lebih terperinci atau sudut pandangan lain. Terdapat 117 unsur kimia yang diketahui pada masa kini. Jadual Berkala Unsur membolehkan kita mempelajari serta mengingati sifat kimia dan sifat fizik bagi semua unsur dengan lebih sisematik dan lebih mudah. Di dalam Jadual berkala dinyatakan:  Simbol  Struktur hablur  Sifat-sifat asid atau bes  Keelektronegatifan  Haba pengewapan  Haba pelakuran  Kekonduksian terma  Muatan haba tertentu  Isipadu atom  Jejari atom  Jejari ion  Jejari kovalen i
  • 4. Dalam Jadual Berkala, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor ataom menaik secara mengufuk. Setiap turus tegak dalam jadual berkala dipanggil kumpulan manakala setiap turus mengufuk dipanggil kala. Unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron di petaala terluar yang sama, iaitu mempunyai sifat-sifat kimia yang sama, disusun dalam kumpulan yang sama. Walaupun sifat-sifat kimia adalah sama, tetapi sifat-sifat unsur berubah secara beraansur- ansur apabila menuruni sesuatu kumpulan. Jadual Berkala mengandungi lapan kumpulan iaitu:  Kumpulan l - Logam alkali  Kumpulan ll - Logam bumi beralkali  Kumpulan lll  Kumpulan lV  Kumpulan V  Kumpulan Vl  Kumpulan Vll - Halogen  Kumpulan Vlll - Gas adi Antara Kumpulan ll dan Kumpulan lll iaitu terletak di tengah-tengah Jadual Berkala terletak Satu blok unsur-unsur berasingan yang dipanggil unsur-unsur peralihan. Jadual Berkala mempunyai 7 kala iaitu dari Kala 1 hingga Kala 7. Kala menunjukkan jumlah petala elektron dalam atom unsur. Kala 1 (1 petala elektron) mengandungi 2 unsur iaitu Hidrogen (H) dan Helium (He). Kala 2 dan 3 masing-masing mempunayi 8 unsur. Kala 4 dan Kala 5 mempunyai 18 unsur manakala Kala 6 mempunyai 32 unsur. Kala 7 mempunyai 23 unsur. ii
  • 5. Sejarah Perkembangan Jadual Berkala Sejak abad ke – 18 lagi, beberapa orang ahli sains telah bertungkus lumus cuba mengelaskan unsur-unsur sehingga terhasilnya Jadual Berkala Unsur yang digunakan sekarang. Banyak unsur-unsur yang dikenali hari ini telah ditemui antara tahun 1800 hingga 1900. Ahli kimia mengetahui bahawa beberapa unsur-unsur mempunyai sifat kimia yang sama. Misalan, klorin, bromin dan iodin, kalium, natrium dan litium dan magnesium dan kalsium mempunyai sifat kimia yang sama. Ahli kimia kemudian mengelaskan unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama dalam satu kumpulan yang sama. Yakni bermulanya perkembangan Jadual Berkala Unsur. Pengelasan secara sistematik unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama dalam satu kumpulan membantu kita: a) Memahami dan meramal sifat-sifat kimia dan fizikal sesuatu unsur dalam kumpulan yang sama. b) Meramal kedudukan sesuatu unsur dalam Jadual Berkala jika sifat kimianya diketahui. c) Mengenal dan membandingkan unsur-unsur daripada kumpulan yang berlainan. d) Meramal sifat kimia dan fizikal suatu unsur yang baru daripada suatu kumpulan. Ahli-ahli kimia yang telah menyumbangkan kepada Perkembangan Jadual Berkala adalah:  Antoine Lavoisier (1743 – 1794)  John Dalton ( 1766 – 1844)  Johann W. Dobereiner ( 1780 – 1849)  John Newlands (1830 – 1898)  Lother Meyer (1830 – 1895)  Dmitri Mendeleev (1839 – 1907)  H.J.G. Moseley ( 1887 – 1915) 1
  • 6. SUMBANGAN AHLI SAINS DALAM SEJARAH PERKEMBANGAN JADUAL BERKALA UNSUR Antoine Lavoisier (1743-1794) Antoine Lavoisier adalah seorang ahli kimia berbangsa Perancis. Beliau adalah orang yang pertama yang mengelaskan unsur-unsur mengikut kumpulan tertentu. Beliau juga merupakan orang yang memberikan nama kepaada oksigen pada tahun 1774. Perkataan “oksigen” terdiri daripada dua perkataan Greek, oxus (asid) dan gennan (menghasilkan). Pada tahun 1789, Antoine Lavoisier mengelaskan unsur-unsur, cahaya, haba, dan beberapa sebatian, ke dalam empat kumpulan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Empat kumpulannya adalah terdiri daripada gas, logam, bukan logam dan oksida logam. Namun, klasifikasi beliau kurang tepat kerana haba dan cahaya dan beberapa sebatian yang belum dapat diuraikan pada ketika itu seperti kapur, silika, alumina, barita dan magnesia turut dikelaskan dalam kumpulan. Lebih-lebih lagi, terdapat unsur-unsur dalam kumpulan yang sama yang tidak menunjukkan sifat kimia yang sama. kumpulan I Kumpulan II Kumpulan II Kumpulan IV Oksigen Sulfur Arsenik Kalsium oksida Nitrogen Fosforus Bismut Barium oksida Hidrogen Karbon Kobalt Silikon (IV) oksida Cahaya Klorin Plumbum Magnesium oksida Haba Fluorin Zink, Nikel, Stanum, Argentum Aluminium Jadual 1.1 Jadual Berkala Lavoisier 2
  • 7. John Dalton (1766 – 1844) John Dalton berusaha menentukan jisim atom relatif pelbagai jenis unsur. Dengan adanya jisim atom relatif unsur-unsur, ahli-ahli sains telah dapat mencari hubungan antara jisim atom relatif sesuatu unsur dengan sifat-sifatnya dan juga hubungannya antara unsur yang baru ditemui dengan unsur lama. Usaha Dalton ini memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Jadual Berkala Unsur. Pada tahun 1808, john Dalton telah memperkenalkan teori Dalton yang mengatakan atom-atom yang mempunyai unsur sama adalah sama. Johann W. Dobereiner (1780-1849) Dobereiner adalah seorang ahli kimia Jerman yang mendapati pada tahun 1829 bahawa unsur boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Beliau telah mengelaskan unsur-unsur yang mempunyai sifat kimia yang sama kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga unsur yang beliau namakan triad. Beliau mendapati jisim atom relative unsur di tengah triad adalah hamper sama dengan purata jisim atom relatif dua unsur yang lain (Jadual 1.2). Hukum triad Dobereiner telah menunjukkan perhubungan di antara jisim atom relatif unsur-unsur dengan sifat kimianya. Walau bagaimanapun, hukum ini tidak boleh digunakan untuk kesemua unsur yang diketahui. Hukum traid yang dikemukakan oleh beliau telah mencadangkan satu perhubungan antara sifat kimia dan jisim atom unsur untuk perkembangan Jadual Berkala Unsur pada masa kini. Unsur dalam triad Litium (Li) Natrium (Na) Kalium (K) Purata jisim atom relative Li dan K ialah = 23 Jisim atom relatif 7 23 39 Unsur dalam triad Klorin (CI) Bromin (Br) Iodin (I) Purata jisim atom relative CI dan I ialah =81 Jisim atom relatif 35 80 127 Jadual 1.2 Triad 3
  • 8. John Newlands (1837-1898) Pada tahun 1864, seorang ahli kimia British bernama John Newlands telah menyusun semula unsur-unsur dalam baris mendatar menurut pertambahan nombor nukleon. Setiap barisan terdiri daripada tujuh unsur. Beliau mendapati sifat kimia dan fizikal unsur berulang pada setiap unsur kelapan dalam susunan selanjutnya. Pola ini menyerupai not oktaf muzik. Oleh itu, susunan unsur ini dikenali sebagai Hukum Oktaf (makna oktaf ialah 8) Jadual 4.3 menunjukkan susunan unsur yang dikemukakan oleh Newlands. Klasifikasi unsur oleh Newlands kurang Berjaya kerana a) Hukum Oktaf hanya dipatuhi oleh 16 unsur yang pertama (dari Li hingga Ca) b) Jadual beliau tidak meninggalkan tempat kosong bagi unsur-unsur yang masih belum ditemui. Namun begitu, Newlands merupakan ahli kimia yang pertama yang menunjukkan kehadiran satu corak berkala bagi unsur-unsur iaitu ulangan sifat kimia yang serupa pada unsur kelapan. Ulangan sifat unsur secara berkala ini telah digunakan sebagai salah satu asas perkembangan Jadual Berkala Unsur seterusnya. . Li Be B C N O F Na Mg AI Si P S CI K Ca Jadual 1.3 Klasifikasi unsur-unsur oleh Newlands (Hukum Oktaf) 4
  • 9. Lothar Meyer (1830-1895) Pada tahun 1870, Lothar Meyer seorang ahli kimia Jerman telah menentukan isi padu atom sesuatu unsur dengan menggunakan formula berikut: Kemudian beliau memplot graf isi padu atom melawan jisim atom relatif unsur itu. Graf yang diperoleh ditunjukkan dalam rajah 1.1 Rajah 1.1 Graf isi padu atom melawan jisim atom relatif Meyer Daripada lengkung graf Meyer, didapati bahawa unsur-unsur yang menduduki kedudukan setara mempunyai sifat kimia yang sama. Misalnya, a) Li, Na, K dan Rbyang terletak di puncak lengkung mempunyai sifat kimia yang sama. b) Be, Mg, Ca, dan Sr yang terletak selepas titik maksimum juga mempunyai sifat kimia yang sama. Seperti Newlands, Meyer juga membuktikan sifat unsur yang berulang secara terbuka. 5 Jisim atom relatif Isi padu atom
  • 10. Dmitri Mendeleev (1834-1907) Dmitri Mendeleev adalah seorang profesor kimia ari Rusia. Mendeleev telah menyusun unsur- unsur menurut tertib pertambahan nombor jisim unsur (nombor nukleon). Jadual 1.4 menunjukkan Jadual Berkala yang dikemukakan Mendeleev. Beliau mengesyorkan Hukum Berkala yang menyatakan sifat kimia berulang secara berkala menurut jisim atom. Perbezaan Jadual Berkala Mendeleev berbanding Jadual Berkala Newlands adalah: a) Beliau meninggalkan ruang kosong dalam Jadual Berkala bagi unsur-unsur yang belum ditemui. Apabila unsur baru ditemui, beliau mengisinya dalam „ruang kosong‟ Jadual Berkalanya. b) Sesungguhpun unsur-unsur disusun menurut pertambahan jisim atom beliau menyusun semula kedudukan unsur sekiranya sifat kimianya berbeza. Hanya unsur yang mempunyai sifat kimia yang sama disusun dalam baris menegak yang sama. I II III IV V VI VII VIII 1 H 2 Li Be B C N O F 3 Na Mg Al Si P A CI 4 K Ca ( ) Ti V Cr Mn Fe, Co. Ni 5 Cu Zn ( ) ( ) As Se Br 6 Rb Sr Y Zr Nb Mo ( ) Ru, Rh, Pd Jadual 1.4 Jadual Berkala Mendeleev ( ) Ruang kosong ditinggalkan untuk unsur yang masih belum ditemui 6
  • 11. Henry G. J. Moseley (1887-1915) Moseley adalah seorang ahli fizik berbangsa british yang menkaji frekuensi, f sinar-x yang dibebaskan oleh pelbagai logam. Kemudian beliau memplot √ yang dihasilkan olh logam melawan nombor proton logam itu dan graf berbentuk garis lurus diperolehi beliau. Rajah 1.2 Maka daripada nilai √ sinar-x yang dibebaskan oleh sesuatu logam yang tidak diketahui, nilai nombor proton logam itu boleh diperoleh daripada graf. Selepas memperoleh nombor proton bagi logam-logam, beliau menyusun logam-logam itu dalam Jadual Berkala menurut pertambahan nombor proton. Seperti Mendeleev, Moseley juga meninggalkan ruang kosong () bagi unsur yang belum ditemui Beliau mencadangkan setiap unsur harus mempunyai nombor proton tersendiri. Moseley Berjaya meramal empat unsur yang belum ditemui. Unsur-unsur itu kemudian ditemui: teknetium, promethium, hafnium dan renium. 7
  • 12. Jadual Berkala Moden Terdapat 118 unsur yang telah dikenali pada masa kini. Kebanyakkan unsur-unsur ini wujud semulajadi. Sebilangan kecil unsur dibuat dalam reaktor nuklear. Dalam Jadual Berkala Moden unsur-unsur disusun menurut tertib pertambahan nombor proton unsur secara mengufuk. Susunan unsur ini juga ada kaitan dengan susunan elektron unsur-unsur. Dalam jadual berkala, unsur-unsur yang mempunyai sifat kimia yang sama digolongkan dalam kumpulan yang sama. Dengan cara begini kajian ke atas unsur-unsur menjadi lebih sistematik. Setiap baris menegak dalam Jadual Berkala dipanggil kumpulan. Terdapat 18 kumpulan dalam Jadual Berkala. Unsur-unsur dalam satu kumpulan mempunyai sifat kimia yang sama sungguhpun sifat fizikalnya seperti ketumpatan, takat lebur dan warna berubah secara beransur-ansur apabila menuruni kumpulan itu. Unsur Kumpulan 1 dinamakan logam alkali (Li, Na, K, Rb, Cs, Fr). Unsur Kumpulan 2 dinamakan logam alkali bumi (Be, Mg, Ca, Sr, Ba, Ra). Unsur Kumpulan 17 dinamakan halogen (F, CI, Br, I, At). Unsur Kumpulan 18 dinamakan gas adi (He, Ne, Ar, Kr, Xe, Rn). Di antara unsur kumpulan 2 dan kumpulan 13, terdapat satu blok unsur-unsur yang dinamakan unsur peralihan. Unsur-unsur kumpulan 1, 2, 13 dan unsur peralihan adalah logam, manakala unsur-unsur kumpulan 15, 16, 17 adalah unsur bukan logam. Unsur-unsur kumpulan 14 terdiri daripada unsur logam dan bukan logam, iaitu dua unsur di atas (karbon dan silikon) adalah unsur bukan logam,germanium adalah unsur separa logam (metalloid) manakala dua unsur yang bawah (stanum dan plumbum) adalah unsur logam. Setiap baris mengufuk dalam Jadual Berkala dipanggil kala. Terdapat tujuh kala. a) Kala 1 terdiri daripada dua unsur sahaja iaitu hidrogen dan helium. b) Kala 2 dan 3 masing-masing mempunyai lapan unsur. Tiga kala pertama ini dikenali sebagai kala pendek. c) Kala 4 dan 5 masing-masing mempunyai 18 unsur dan dikenali sebagai kala panjang. d) Kala 6 terdiri daripada 32 unsur. Oleh kerana tidak kesemua unsur boleh disenaraikan dalam baris mengufuk yang sama, unsur dngan nombor proton 58 hingga 71 telah diasingkan di bawah Jadual Berkala Unsur. Unsur-unsur dipanggil Siri Lantanida. e) Kala 7 terdiri daripada 32 unsur dan tidak kesemua unsur boleh disenaraikan dalam baris mengufuk yang sama. Oleh itu unsur dengan nombor 90 hingga 103 disenaraikan secara berasingan di bawah Jadual Berkala dan dipanggil Siri Aktinida. 8
  • 13. Kedudukan Unsur dalam Jadual Berkala Unsur berdasarkan Susunan Elektron Dalam suatu atom, bilangan electron adalah sama dengan bilangan protonnya. Elektron di susun dalam petala yang mengelilingi nukleus. Bilangan elektron maksimum yang boleh dimasukkan ke dalam setiap petala adalah menurut formula di mana n ialah nombor petala. Nombor petala, n Bilangan elektron maksimum yang boleh dimasukkan 1 2 × 1 × 1 = 2 2 2 × 2 × 2 = 8 3 2 × 3 × 3 = 18 Jadual 1.5 Bilangan elektron maksimum yang boleh diisi dalam petala. Elektron diisi dalam petala yang paling dekat kepada nukleus dahulu sebelum dimasukkan ke dalam petala seterusnya. Petala ketiga boleh menerima maksimum 18 elektron. Akan tetapi bagi unsur dengan nombor proton yang kurang daripada 20 (iaitu mengandungi 20 elektron), atom mencapai kestabilan apabila 8 elektron dimasukkan ke dalam petala ketiga. Jadual 1.6 menunjukkan susunan elektron bagi 20 unsur yang petama dalam Jadual Berkala Unsur. Kumpulan Kala 1 2 13 14 15 16 17 18 1 H 1 He 2 2 Li 2.1 Be 2.2 B 2.3 C 2.4 N 2.5 O 2.6 F 2.7 Ne 2.8 3 Na 2.8.1 Mg 2.8.2 Al 2.8.3 Si 2.8.4 P 2.8.5 S 2.8.6 CI 2.8.7 Ar 2.8.8 4 K 2.8.8.1 Ca 2.8.8.2 Jadual 1.6 Susunan jadual elektron 20 unsur pertama dalam Jadual Berkala Unsur Semua unsur dalam kumpulan yang sama mengandungi bilangan elektron valens yang sama. Elektron valens adalah elektron di petala yang terluar. a) Unsur Kumpulan 1 (Li, Na, K) masing-masing mempunyai 1 elektron valens. 9
  • 14. b) Unsur Kumpulan 2 (Be, Mg, Ca) masing-masing mempunyai 2 elektron valens. c) Unsur Kumpulan 17 (F, CL, Br) masing-masing mempunyai 7 elektron valens. Bilangan elektron valens dalam kumpulan 1 dan 2 adalah sama dengan nombor kumpulannya. Kecuali unsur helium, bagi unsur-unsur yang mempunyai lebih daripada dua elektron valens (unsur kumpulan 13 hingga 18), Nombor kumpulan unsur = 10 + (bilangan elektron valens) Misalan, unsur aluminium mempunyai 3 elektron valens. Maka nombor kumpulan aluminium = 10+3=13 Nombor kumpulan klorin ialah 17. Maka bilangan elektron valens klorin ialah 17-10=7 Jadual Berkala 10
  • 15. Nombor kala unsur adalah sama dengan bilangan petala yang terisi elektron. a) Unsur-unsur dalam Kala 1 (H dan He) masing-masing mempunyai satu petala yang terisi dengan elektron. b) Unsur-unsur dalam Kala 2 (Li, Be, B, C, N, O, F, dan Ne) masing-masing mempunyai dua petala yang terisi dengan elektron. c) Unsur-unsur dalam Kala 3 (Na, Mg, Al, Si, P, S, Cl, dan Ar) masing-masing mempunyai tiga petala yang terisi dengan elektron. d) Unsur-unsur dalam Kala 4 (K, dan Ca) masing-masing mempunyai empat petala yang terisi dengan elektron. Unsur-unsur dalam kala yang sama mempunyai bilangan petala elektron yang sama yang terisi elektron. Unsur Kumpulan 18 Unsur Kumpulan 18 dikenali sebagai gas adi atau gas lengai. Kumpulan 18 terdiri darpada 8 unsur iaitu helium (He), neon (Ne), argon (Ar), kripton (Kr), xeon (Xe) dan radon (Rn). Jejari atom semakin bertambah apabila menuruni kumpulan kerana apabila bilangan elektron bertambah, bilangan petala elektron yang diperlukan untuk mengisi elektron-elektron turut bertambah. He Ne Ar Kr Xe Rn Rajah 1.3 Unsur-unsur Kumpulan 18 11
  • 16. Sifat fizikal Semua gas adi tidak boleh larut dalam air dan tidak boleh mengkonduksi elektrik. Semua gas adi mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah kerana unsur-unsurnya wujud sebagai monatom yang ditarik oleh daya van der waals yang lemah. Akan tetapi takat lebur dan takat didih semakin bertambah apabila menuruni kumpulan dari He ke Rn. Apabila menuruni kumpulan, saiz atom semakin besar yakni daya van der Waal menjadi semakin kuat. Lebih haba diperlukan untuk mengatasi daya van der waals. Semua gas adi mempunyai ketumpatan yang rendah kerana atom-atomnya berjauhan di antara satu sama lain. Akan tetapi ketumpatannya bertambah apabila menuruni kumpulan kerana jisim atom relatif unsur semakin bertambah dari He ke Rn. Sifat kimia Gas adi adalah lengai iaitu ia tidak reaktif secara kimia. Gas adi tidak bertindak balas dengan unsur-unsur yang lain. Gas adi wujud sebagai monatom. Gas adi adalah lengai kerana petala elektron terluarnya telah diisi penuh dengan elektron. Maka ianya telah mencapai susunan elektron yang stabil. Helium mempunyai genap dua elekron dalam petala elektron yang pertama. Ia telah mencapai susunan elektron duplet yang stabil. Maka gas adi tidak perlu menerima, menderma atau berkongsi elektron dengan unsur-unsur yang lain dan wujud sebagai monatom. (semua tindakbalas kimia melibatkan sama ada penerimaan, pendermaan atau perkongsian elektron di antara unsur-unsur). 12
  • 17. Unsur Kumpulan 1 Unsur kumpulan 1 dikenali sebagai logam alkali. Logam alkali terdiri daripada litium (Li), natrium (Na), kalium (K), rubidium (Rb), sesium (Cs) an Fransium (Fr). Semua unsur Kumpulan 1 adalah logam yang lembut. Logamnya berwarna kelabu dan berkilauan apabila logam itu baru dipotong, sebelum ia teroksida dalam udara menjadi kelabu semula. Li Na K Rb Cs Fr Rajah 1.4 Unsur Kumpulan 1 Sifat fizikal Semua unsur Kumpulan 1 adalah logam. Maka ianya boleh mengkonduksi elektrik dan haba. Jejari atom semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Apabila menuruni kumpulan bilangan petala elektron yang terisi elektron bertambah, maka jarak di antara nukleus dan petala elektron yang terluar bertambah jauh. Ketumpatan semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Ketumpatan Li, Na dam K adalah lebih rendah daripada air, maka logam-logam ini terapung di atas permukaan air. Takat lebur berkurang apabila menuruni kumpulan kerana ikatan logam antara atom-atom menjadi semakin lemah apabila jejari atomnya berambah besar. Keelektropositifan logam semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Keelektropositifan logam semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Keelektropositifan adalah suatu ukuran kecenderungan sesuatu atom logam kehilangan (membebas) elektron dan membentuk ion bercas positif. M M+ + e- [ M= Li, Na, K, Rb, Cs, Fr] 13
  • 18. Apabila menuruni kumpulan jejari atom bertambah besar. Maka daya tarikan di antara proton dalam nukleus dan satu elektron valens menjadi semakin lemah. Maka unsur di bawah kumpulan lebih cenderung kehilangan satu eletron valesnya dan membentuk ion unipositif. Jadual 4.8 menunjukkan sifa fizikal unsur Kumpulan 1. Unsur Nombor proton Susunan elektron Jejari atom (nm) Ketumpatan (g cm- 3) Kekonduksia n elektrik Takat lebur (o C) keelektropositifan Li 3 2.1 0.15 0.53 Boleh 181 Na 11 2.8.1 0.16 0.97 Boleh 98 K 19 2.8.8.1 0.23 0.86 Boleh 63 Rb 37 2.8.18.8.1 0.25 1.53 Boleh 39 Cs 55 2.8.18.18.8.1 0.26 1.87 Boleh 29 Fr 87 2.8.18.32.18.8.1 0.29 - Boleh 27 Jadual 1.8 Sifat fizikal unsur Kumpulan 1 Kereaktifan Semua unsur Kumpulan 1 adalah sangat reaktif. Akan tetapi kereaktifan semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Unsur kumpulan 1 masing-masing mempunyai satu elektron valens. Semasa tindak balas kimia, atom Kumpulan 1 akan menderma satu elektron valesnya supaya mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil. Seterusnya ia membentuk ion bercas +1. Kereaktifan unsur Kumpulan 1 bergantung kepada kecenderungan kehilangan (membebas) eletron valens. Apabila menuruni Kumpulan 1 dari Li ke Fr, jejari atom Bertambah
  • 19. bertambah besar. Jarak di antara nukleus dan elektron valens menjadi semakin jauh. Maka daya tarikan elektrostatik di antara proton dalam nukleus dan eletron valens menjadi semakin lemah dan membolehkan melepaskan eletron valesnya. Oleh itu kereaktifan bertambah apabila menuruni Kumpulan 1. Sifat kimia Semua logam alkali mempunyai sifat kimia yang sama kerana masing-masing mempunyai satu eletron valens. Unsur Kumpulan 1 bertindak balas dengan -air sejuk menghasilkan larutan alkali dan gas hidrogen. -oksigan membenuk oksida logam. -halogen menghasilkan garam logam halida. Unsur Kumpulan 17 Unsur Kumpulan 17 juga dikenali sebagai Halogen. Unsur kumpulan ini terdiri daripada Fluorin (F), Klorin (Cl), bromin (Br), iodin (I) dan astatin (At). Halogen adalah unsur-unsur yang sangat reaktif dan kebanyakan daripada mereka wujud semula jadi sebagai garam halida. Halogen wujud sebagai molekul dwiatom. F Cl Br I At Rajah 1.5 Unsur Kumpulan 17 14
  • 20. Sifat fizikal Semua halogen adalah unsur logam. Maka ia tidak boleh mengkonduksi elektrik dan haba. Jejari atom semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Apabila menuruni kumpulan bilangan petala eletron yang terisi elektron bertambah, maka jarak di antara nukleus dan petala elektron yang terluar bertambah jauh. Ketumpatan semakin bertambah apabila menuruni kumpulan kerana jisim molekul relatif bertambah dari fluorin ke astatin. Takat didih halogen adalah rendah kerana daya tarikan antara molekul-molekulnya adalah lemah. Takat lebur dan takat didih halogen semakin bertambah apabila menuruni kumpulan dari flurorin ke astatin. Apabila menuruni kumpulan , saiz molekul bertambah besar. Apabila saiz molekul semakin besar, daya tarikan di antara molekul menjadi semakin kuat. Lebih haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan antara molekul. Dua unsur yang pertama iaitu fluorin dan klorin wujud sebagai gas, bromin wujud sebagai cecair manakala iodin dan astatin wujud sebagai pepejal pada suhu bilik. Warna halogen menjadi semakin gelap apabila meneruni kumpulan. Fluorin adalah gas tak berwarna, klorin adalah gas berwarna hijau kekuningan, bromin adalah cecair berwarna perang manakala iodin adalah pepejal berwarna hitam Keelektronegatifan halogen adalah tinggi. Keelektronegatifan adalah suatu ukuran kecenderungan sesuatu unsur menarik elektron. Keelektronegatifan halogen semakin berkurang apabila menuruni kumpulan dari fluorin ke oidin. Apabila menuruni kumpulan, jejari atom bertambah besar. Maka daya tarikan di antara proton dalam nukleus dan elektron valens menjadi semakin lemah. Keelektronegatifan turut berkurang. 15
  • 21. Halogen Nombor proton Jejari atom (nm) Takat lebur (oC) Takat didih (oC) Keadaan fizikal pada suhu bilik Keelek- tronegatifan warna Klorin 17 0.099 -101 -35 Gas 3.0 Kuning kehijauan Bromin 35 0.114 -7 58 Cecair 2.8 Cecair perang Iodin 53 0.133 114 183 Pepejal 2.5 Pepejal hitam Jadual 1.9 Sifat-sifat fizikal klorin, bromin dan iodin Sifat kimia Sifat kimia semua halogen adalah sama kerana masing-masing mempunyai tujuh elektron valens. Unsur Kumpulan 17 (halogen) bertindak balas dengan a. Air mengahasilkan dua jenis asid dan air, b. Logam menghasilkan logam halida, c. Natrium hidroksida menghasilkan dua jenis garam dan air Kereaktifan Semua halogen adalah reaktif, akan tetapi kereaktifan berkurang apabila menuruni kumpulan. Halogen mempunyai tujuh elektron velens. Semasa tindak balas kimia, ia perlu menerima satu eletron supaya mencapai susunan eletron oktet yang stabil. Selepas menerima satu elektron ia membentuk ion negatif dengan cas -1. 16
  • 22. Kereaktifan halogen bergantung kepada kecenderungan unsur itu menerima elektron. Apabila meneruni kumpulan dari klorin ke bromin, jejari atom bertambah besar. Maka daya tarikan elektrostatik di antara proton dalam nukleus dengan elektron menjadi semakin lemah. Oleh itu, kecendungan halogen untuk menerima satu elektron untuk mencapai susunan elektron oktet turut berkurang daripada klorin ke iodin. Maka kereaktifan berurang apabila menuruni kumpulan darpada klorin ke iodin. Unsur Dalam Kala 3 Na Mg Al Si P S Cl Ar Rajah 1.6 Unsur dalam Kala 3 17
  • 23. Kala 3 terdiri daripada unsur-unsur natrium (Na), magnesium (Mg), aluminium (Al), silikon (Si), fosforus (P), sulfur (S), klorin (Cl) dan argon (Ar). Sifat fizikal dan kimia berubah secara beransur-ansur apabila merentasi Kala 3. Kumpulan 1 2 13 14 15 16 17 18 Unsur Na Mg Al Si P S Cl Ar Nombor proton 11 12 13 14 15 16 17 18 Susunan elektron 2.8.1 2.8.2 2.8.3 2.8.4 2.8.5 2.8.6 2.8.7 2.8.8 Bilangan elektron valens 1 2 3 4 5 6 7 8 Jejari atom (nm) 0.156 0.136 0.125 0.117 0.111 0.104 0.099 0.094 Keelektronegatifan 0.9 1.2 1.5 1.8 2.1 2.5 3.0 - Takat lebur (o C) 98 649 660 1410 590 119 -101 -189 Takat didih (o C) 883 1107 2467 2355 Nyala 445 -35 -186 Jenis unsur Logam Logam Logam Metaloid Bukan logam Bukan logam Bukan logam Bukan logam Formula oksida Na2O MgO Al2O3 SiO2 P4O10 SO2,SO3 Cl2O7 Tiada Ciri oksida unsur Bes Bes Amfoterik Asid Asid Asid Asid - Jadual 1.7 Sifat-sifat fizikal unsur kala 3 Ciri unsur merentasi kala 3 Perubahan jejari atom unsur Jejari atom menjadi kecil apabila merentasi kala. Unsur-unsur Kala 3 masing-masing mempunyai tiga petala yang terisi elektron. Akan tetapi nombor proton bertambah sebanyak satu unit daripada satu unsur ke unsur yang lain apabila merentasi kala dari kiri ke kanan. Apabila bilangan proton bertambah, daya tarikan elektrostatik di antara proton dan elektron menjadi semakin kuat. Elektron-elektron akan ditarik lebih dekat kepada nukleus. Maka jejari atom nerkurang / menjadi semakin kecil apabila merentasi kala dari kiri ke kanan. 18
  • 24. Elektron valens Apabila merentasi kala, nombor proton unsur bertambah sebanyak 1. Maka bilangan elektron valens bertambah dengan 1 juga apabila merentasi kala. Keelektronegatifan Keelektronegatifan bertambah apabila merentasi kala. Keelektronegaifan adalah satu ukuran keupayaan suatu unsur menarik elektron. Jejari atom menjadi semakin kecil apabila merentasi kala. Bilangan proton dalam nukleus bertambah merentasi kala. Penambahan bilangan proton dan mengecilan jejari atom menyebabkan daya tarikan di antara proton dalam nukleus dan eletron menjadi semakin kuat. Maka keelektronegatifan bertambah apabila merentasi kala. Takat lebur dan takat didih Takat lebur dan takat didih Kala 3 semakin bertambah apabila merentasi kala daripada natrium ke silikon, kemudian berkurang semula. Natrium, magnesium dan aluminium adalah logam dan atom-atomnya ditarik oleh ikatan logam yang kuat. Maka takat lebur dan takat didihnya tinggi. Kekuatan ikatan logam semakin bertambah kuat apabila bilangan elektron valens bertambah menurut tertib: Na < Mg < Al. Takat lebur dan takat didih silikon adalah sangat tinggi kerana atom-atom silikon diikat oleh ikatan kovalen dan membentuk satu struktur raksasa 3-dimensi. Banyak haba diperlukan untuk memecahkan ikatan-ikatan yang begitu banyak dalam struktur ini. Fosforus (P40, slfur (S8) dan klorin (CI2) wujud sebagai molekul kecil. Manakala argon wujud sebagai monatuom. Molekul-molekul fosforus, sulfur, klorin dan atom-atom argon ditarik oleh daya vander Waals yang lemah. Molekul-molekul ini mudah dipisahkan apabila sedikit haba dibekalkan. 19
  • 25. Sifat kelogaman Apabila merentasi kala, unsur berubah daripada logam kepada logam atau metaloid dan seterusya kepada sifat bukan logam. Tiga unsur di kiri kala (Na, Mg, K) adalah logam . Silikon mempunyai sifat logam dan bukan logam. Ia adalah konduktor elektrik yang lemah tetapi ia mempunyai ciri unsur bukan logam iaitu ia rapuh. Silikon dikenali sebagai melatoid atau separa logam. Empat unsur di kanan kala iaitu fosforus sulfur, klorin dan argon adalah unsur bukan logam. Ciri oksida unsur Oksida unsur berubah daripada bersifat bes kepada amfoterik and seterusnya kepada bersifat asid. Oksida unsur logam bersifat bes. Ia bertinda balas degan larutan asid menghasilkan garam dan air. Oksida unsur bukan logam bersifat asid. Oksida unsur bukan logam yang bersifat asd boleh bertindak balas dengan larutan alkali menghasilkan garam dan air. Misalan gas sulfur trioksida bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida menghasilkan garam natrium sulfar dan air. Oksida amfoterik adalah oksida unsur yang boleh bertindak balas dengan kedua-dua larutan asid dan alkali. Aluminium oksida, stalum(II) oksida dan plumbum (II) oksida adalah sau contoh oksida amfoterik. Argon telah mencapai susunan elekftron oktet yang stabil dan tidak membentuk oksida. 20
  • 26. Unsur Peralihan 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Sc Ti V Cr Mn Fe Co Ni Cu Zn Y Zr Nb Mo Tc Ru Rh Pd Ag Cd La Hf Ta W Re Os Ir Pt Au Hg Rajah 1.15 Unsur peralihan dalam Jadual Berkala Unsur peralihan adalah satu blok unsur yang berada di antara Kumpulan 2 dan Kumpulan 13 Jadual Berkala. Terdapat 10 unsur dalam setiap siri. Unsur peralihan dalam Kala 4 adalah skandium, titanium, vanadium, kromium, mangan, ferum, kobalt,nikel,kuprum dan zink. Jadual 1.13 menunjukkan beberapa sifat fizikal unsur peralihan kala 4. Semua unsur peralihan adalah logam dengan ciri-ciri: a. Ketumpatan tinggi b. Kekerasan tinggi c. Kekonduksian elektrik dan haba yang tinggi d. Kekuatan regangan yang tinggi e. Permukaan berkilau f. Mudah ditempa kepada pelbagai bentuk g. Mulur iaitu mudah ditarik menjadi wayar halus h. Takat lebur dan takat didih yang tinggi 21
  • 27. Jejari atom dan keelektronegatifan unsur peralihan adalah hampir sama. Unsur Sc Ti V Cr Mn Fe Co Ni Cu Zn Jejari atom (nm) 0.162 0.147 0.134 0.130 0.135 0.126 0.125 0.124 0.128 0.138 Takat lebur (o C) 1539 1668 1900 1875 1245 1536 1495 1453 1083 419 Takat didih (o C) 2730 3260 3450 2665 2150 3000 2900 2730 2959 419 Ketumpatan (g cm-3 ) 3.0 4.51 6.1 7.19 7.43 7.86 8.9 8.9 8.96 7.14 Keelektronegatifan 1.3 1.5 1.6 1.6 1.5 1.8 1.8 1.8 1.9 1.6 Kekerasan (Moh) Lembut 6.0 7.0 8.5 6.0 4.0 5.0 4.0 3.0 2.3 Jadual 1.13 Sifat fizikal unsur peralihan [perhatian: Kekerasan diukur menurut skala Moh. Intan adalah bahan yang paling keras. Skala Moh intan ialah 10.0] Ciri-ciri khas unsur peralihan Unsur peralihan menunjukkan lebih daripada satu nombor pengoksidaan dalam sebaiannya Unsur kumpulan utama Jadual Berkala hanya mempunyai satu nombor pengoksidaan. Nombor pengoksidaan suatu ion adalah cas yang dibawa ion itu. Misalan, unsur Kumpulan 2 Jadual Berkala seperti magnesium hanya membentuk satu jenis ion (Mg2+ ) dengan nombor pengoksidaan +2. Unsur Kumpulan 1 jadual Berkala seperti natrium hanya membentuk satu jenis ion (Na+ ) dengan nombor pengoksidaan +1. Unsur peralihan seperti ferum boleh membentuk ion Fe2+ (nombor pengoksidaan +2) dan ion Fe3+ (nombor pengoksidaan +3) Nombor Rumawi digunakan untuk mewakili nombor pengoksidaan unsur peralihan itu. 22
  • 28. Jadual 1.14 menunjukkan nombor pengoksidaan unsur peralihan dalam sebatiannya. Sebatian unsur peralihan Formula kimia Nombor pegoksidaan unsur peralihan Kuprum (I) oksida Cu2 O +1 Kuprum (II) oksida CuO +2 Ferum (II) sulfat FeSO4 +2 Ferum (III) klorida FeCl3 +3 Nikel (II) sulfat NiSO4 +2 Nikel (III) klorida NiCl3 +3 Mangan (II) oksida MnO +2 Mangan (III) oksida Mn2O3 +3 Mangan (IV) oksida MnO2 +4 Jadual 1.14 Nombor pengoksidaan unsur peralihan Unsur peralihan membentuk ion sebatian yang berwarna Sebatian kumpulan utama Jadual Berkala membentuk sebatian berwarna putih. Manakala sebatian unsur peralihan adalah berwarna. Misalan sebatian NaCl dan MgSO4 berwarna putih manakala sebatian ferum (II) sulfat berwarna hijau. Larutan akueus unsur utama adalah jernih kerana ionnya tidak berwarna. Manakala larutan akuens unsur peralihan adalah berwarna. Jadual 1.15 menunjukkan warna beberapa jenis ion unsur peralihan. Nama ion unsur peralihan Formula ion unsur peralihan Warna ion unsur peralihan Ion kromat (VI) CrO4 2- Kuning Ion dikromat (VI) Cr2O7 2- Jingga Ion manganat (VII) MnO4 - Ungu lon kuprum (II) Cu2+ Biru lon ferum (II) Fe2+ Hijau lon ferum (III) Fe3+ Perang lon kromium (III) Cr3+ Hijau lon kobalt (II) CO2+ Merah jambu Jadual 1.15 warna beberapa jenis ion unsur peralihan 23
  • 29. Unsur-unsur dan sebatiannya mempunyai ciri-ciri pemangkinan Mangkin adalah suatu bahan kimia yang boleh mempercepatkan suatu tindak balas kimia. Selepas tindak balas berakhir sifat kimia mangkin itu tidak berubah. Mangkin tidak menambahkan peratusan hasil tindak balas, ia hanya meninggikan kadar tindak balas itu suaya hasil cepat dihasilkan. Jadual 1.16 menunjukkan jenis unsur peralihan atau sebatiannya yang diguna dalam industri kimia. Unsur peralihan atau sebatiannya Proses industri yang menggunakan mangkin Platinum Proses Ostwald dalam pembuatan asid nitrik. Nikel Industri pembuatan marjerin. Nikel memangkinkan penghidrogenan minyak sawit cecair kepada minyak tepu yang pejal. Serbuk ferum Proses Haber di man serbuk ferum memangkinkan tindak balas di antara gas nitrogen dengan gas hidrogen kepada gas ammonia. N2(g) + 3H2(g) 2NH3(g) Vanadium (V) oksida (V2O5) Pembuatan asid sulfurik dalam proses Sentuh. Serbuk vanadium (V) oksida memangkinkan tindak balas di antara gas sulfur dioksida dengan gas oksigen kepada gan sulfur trioksida. 2SO2(g) + O2(g) 2SO3(g) Jadual 1.16 jenis unsur peralihan atau sebatiannya yang diguna dalam industri kimia. Unsur-unsur peralihan boleh membentuk ion kompleks Ion kompleks terdiri daripada satu ion logam di pusat dengan ligan-ligan yang terikat kepadanya. Jadual 1.17 menunjukkan beberapa contoh ion kompleks. Ion kompleks Formula Tetraaminkuprum (II) Cu (NH2) + Heksaaminkromium (III) Cr (NH3) + Heksasianoferat (II) Fe (CN) - Heksasianoferat (III) Fe (CN) - Jadual 1.17 contoh ion kompleks 24
  • 30. Tindak balas Larutan Akueus Unsur Peralihan dengan Larutan Natrium Hidroksida dan larutan Ammonia Larutan akueus natrium hidroksida dan ammonia (ammoniun hidroksida) diguna untuk mengesahkan kehadiran ion unsur peralihan. Ion unsur peralihan bertindak balas dengan ion hidroksida (OH- ) daripada larutan alkali menghasilkan mendakan/pepejal logam hiroksida yang berwarna. Ion Larutan akueus natrium hidroksida Larutan akueus ammonia/ ammonium hidroksida Fe2+ Mendakan hijau ferum(II) hidroksida dihasilkan. Mendakan tidak larut dalam NaOH(ak) berlebihan. Fe2(ak) + 2OH- (ak) Fe(OH)2(p) Mendakan hijau Mendakan hijau ferum(II) hidroksida dihasilkan. Mendakan tidak larut dalam NH3(ak) berlebihan Fe2(ak) + 2OH- (ak) Fe(OH)2(p) Mendakan hijau Fe3+ Mendakan perang ferum(III) hidroksida dihasilkan. Mendakan tidak larut dalam NaOH(ak) berlebihan. Fe3+( ak) + 3OH- (ak) Fe (OH)3(p) Mendakan perang Mendakan perang ferum(III) hidroksida dihasilkan. Mendakan tidak larut dalam NH3(ak) berlebihan. Fe3+( ak) + 3OH- (ak) Fe (OH)3(p) Mendakan perang Cu2+ Mendakan biru kuprum(II) hidroksida dihasilkan. Mendakan tidak larut dalam NaOH(ak) berlebihan. Cu2+(ak)+ 2OH-(ak) Cu(OH)2(P) Mendakan biru Mendakan biru kuprum(II) hidroksida dihasilkan. Cu2+(ak)+ 2OH-(ak) Cu(OH)2(P) Mendakan biru Mendakan larut dalam larutan ammonia berlebihan membentuk ion kompleks teraaminkuprum(II) yang berwarna biru tua. Cu(OH)2(p) + 4NH3(ak) Cu (NH2) + + 2OH- (ak) 25
  • 31. PENUTUP Mensyukuri kewujudan unsur dan sebatiannya Bumi kita dikurniakan dengan 118 unsur. Jadual 1.18 menunjukkan nama ahli sains yang menemui beberapa usur tersebut. Jadual 1.19 menunjukkan kegunaan beberapa unsur yang terdapat dalam bumi kita. unsur simbol Ahli sains Tahun ditemui Hidrogen H Henry Cavendish 1766 Nitrogen N Daniel Rutherford 1772 Oksigen O Carl Wilhelm Scheel 1774 Natrium Na Sir William Ramsay 1807 Kalium K Sir Humphrey Davy 1807 Magnesium Mg Sir Humphrey Davy 1808 Aluminium Al Hans Christian orsted 1825 Uranium U Eugene Melchior Peligot 1841 helium He Sir William Ramsay 1895 Radium Ra Pierre Curie dan Marie Curie 1898 Jadual 1.18 tahun unsur ditemui 27
  • 32. Unsur Formula Kegunaan Hidrogen H2 Diguna dalam penghidrogenan minyak sawit kepada minyak tepu dalam industri pembuatan marjerin. Diguna dalam pembuatan ammonia. Aluminium Al Diguna untuk membuat aloi duralumin iaitu sejenis aloi yang kuat tetapi ringan. Aloi ini sesuai diguna untuk membuat rangka kapal terbang dan rangka basikal lumba. Silikon Si Diguna untuk membuat mikrocip. Sulfur S8 Diguna untuk membuat mancis,bunga api dan asid sulfurik. Klorin Cl2 Membunuh kuman dalam air minuman dan air kolam renang. Ferum Fe Diguna untuk membuat keluli Kuprum Cu Dawai diguna untuk membuat motor elektrik, dinamo, sebagai dawai kondukto elektrik dan membuat aloi kupronikel. Kobalt-60 Co Sinaran gama yang dibebaskan Co-60 diguna untuk membunuh sel-sel kanser. Jadual 1.19 kegunaan unsur 28
  • 33. Unsur-unsur boleh bertindak balaskan untuk membentuk sebatian yang diguna dalm kehidupan harian kita. Sebatian Formula kimia kegunaan Magnesium oksida MgO Sebagai ubat antacid untuk merawat pesakit asid. Digunakan sebagai peenawar keracunan asid. Natrium bikarbonat NaHCO3 Digunakan sebagai tepung penaik Argentum bromida AgBr Membuat filem fotografi Urea CO(NH2)2 Digunakan sebagai baja bernitrogen. Vinil klorida CH2CHCI Membuat paip air, baju hujan dan alat permainan kanak-kanak. Natrium borat Na2B4O7 Igunakan sebagai racun tikus dan lipas. Natrium perborat NaBO3.4H2O Digunakan sebagai agen peluntur dalam serbuk pencuci. Ethanol C2H5Oh Pembuatan minuman keras dan perisa makanan. Ammonia NH3 Membuat urea, bahan letupan dan asid nitrik. Asid etanoik CH3COOH Mengawet (menjeruk) buah-buahan dan membuat ubat aspirin. Natrium Hidroksida NaOH Membuat sabun. Asid sulfurik H2sO4 Digunakan sebagai elektrolit dalam akumulator, membuat baja dan bahan letupan. Jadual 1.20 Kegunaan sebatian dalam kehidupan. Unsur peralihan telah menjadikan alam kita sangat menarik dengan membentuk sebatian yang berwarna. Banyak pigmen cat atau pensil warna mengandungi sebatian unsur peralihan. Malahan batu permata terdiri daripada sebatian unsur peralihan. Kebanyakan unsur atau sebatian diperolehi daripada kerak bumi kita. Selepas dilombong, unsur atau sebatian ini tidak dapat diperbaharui. Oleh itu, kita harus mengendalikan bahan kimia dengan bijaksana supaya tidak kehabisan dan generasi akan datang menikmatinya. Oleh demikian, kita harus mengitar semula bahan-bahan seperti bekas minuman aluminium, plastik dan kaca. 29
  • 34. RUJUKAN Chang, R (2007). Chemistry, New York: McGraw-Hill. Ibrahim, R (2001). Asas kimia. Malaysia: Uni-Ed Publications Sdn.Bhd. Low Swee Neo, Lim Yean Ching, Eng Nguan Hong.Chemistry Form 4.Tan Lee Ling. Tan On Tin, Loh Wai Leng. Eksplorasi Kimia Tingkatan 4. Oxford Fajar Sdn.Bhd Tan Pek Soo. SPM Bilingual Chemistry From 4. Arah Pendidikan. Wan Noor Afifah Wan Yusoff. Modul Bilingual Chemistry From 4. Nilam Publication 30