Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

2,049 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

HUBUNGAN ETNIK,Usaha British Memerdekakan Tanah Melayu

  1. 1. Soalan: Jelaskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
  2. 2. Pengenalan Kemerdekaan bagi sesebuah negara bermaksud negaraberkenaan bebas daripada kongkongan dan cengkaman kuasaasing yang menekan, khususnya dikenali sebagai penjajah.Kebebasan bermakna rakyat negara tersebut berhak mengaturdan memilih corak kehidupan mereka, seperti mempunyai sistempemerintahan dan perlembagaan sendiri tanpa terikat dengankuasa asing yang menjajah.
  3. 3. Malayan Union Di tubuhkan 1 april 1946. Terdiri dari negeri-negeri melayu bersekutu,negeri- negeri Melayu x bersekutu dan negeri-negeri selat kecuali Singapura. Presiden pertama Sir Edward Gent. Faktor penubuhan Menjimatkan kos pentadbiran. Persediaan membentuk kerajaan sendiri. Mewujudkan pentadbiran yang seragam. Mengawal kuasa politik orang Melayu. Membentuk bangsa Malayan Union.
  4. 4. Ciri-ciri perlembagaan MalayanUnion. Negeri-negeri Melayu bersekutu, negeri-negeri melayu tidak bersekutu dan dua buah negeri-negeri selat iaitu P.Pinang dan Melaka telah digabungkan jadi satu unit pentadbiran. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk. Di ketuai oleh seorang gabenor british yang dilantik oleh ratu England. Kewarganegaraan sama rata berdasarkan prinsip Jus Soli. Raja-raja menjadi ahli majlis raja-raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama islam dan adat istiadat Melayu.
  5. 5. Faktor-faktor penentangan orangMelayu  Terhapusnya kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu.  Tamadun orang Melayu terhakis.  Bantahan terhadap cara Harold Mac Micheal mengancam raja-raja melayu.  Kerakyatan yang liberal. (Jus Soli)
  6. 6. Cara penentangan orang Melayuterhadap Malayan Union.a) CARA INDIVIDU.Dato Onn Ja’afar. Menulis surat kepada Utusan Melayu.Raja-raja Melayu. Menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Tanah Jajahan kerana dipaksa menerima gagasan Malayan Union.Bekas pegawai British. Bekas pegawai British yang telah berkhidmat di Tanah Melayu turut membantah penubuhan Malayan Union melalui akhbar The Times di London.
  7. 7. b) MELALUI PERSATUAN-PERSATUAN.1. Kongres Melayu Pertama.2. Kongres Melayu Ke2.3. Rapat Umum.4. Peranan Kaum Wanita.
  8. 8. Persekutuan Tanah Melayu1948. Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. 21 januari 1948- perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani. Kesan dari perjanjian ini Malayan Union telah dimansuhkan dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah persekutuan. Di ketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif. Dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Undangan Persekutuan Tanah Melayu.
  9. 9. Ciri-ciri Persekutuan TanahMelayu. Syarat kerakyatan diperketatkan. Konsep raja berperlembagaan diperkenalkan. Membentuk sebuah persekutuan. Majlis raja-raja diperkenalkan. Pesuruhjaya Tinggi British menjadi ketua persekutuan yang dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundngan Persekutuan.
  10. 10. Golongan Yang MenentangPTM.Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Mokhtaruddin Lasso (presiden pertama) Oktober 1946 (pengaruh komunis) Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM Dr Burhanuddin Al-helmy. Telah menjadi presiden PKMM yang kedua. Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah pembentukan Melayu Raya iaitu gabungan Indonesia dan Tanah Melayu.
  11. 11. Jawatan Kuasa Antara Kaum ( CLC ) Dato’ Onn Jaafar, beliau telah mencadangkan supaya rakyat Tanah Melayu membentuk satu pertubuhan iaitu CLC. Ditubuhkan pada tahun 1949 untuk mewujudkan perpaduan dan menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul ketika itu. Dianggotai oleh pemimpin daripada pelbagai kaum seperti :1. Dato’ Onn Bin Jaafar2. Tan Cheng Lock.3. E.E.C Thuraisingham.
  12. 12. Cadangan CLC. Orang Melayu diberi kemudahan untuk menceburi bidang perniagaan . Orang bukan Melayu diberi hak politik. Mengambil inisiatif Contohnya, kerjasama UMNO, MCA dan ini diikuti dengan MIC untuk bertanding dalam pilihanraya, dan seterusnya membentuk gabungan parti besar yang dinamakan Perikatan
  13. 13. SISTEM AHLI Pada tahun 1951, kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli dalam Mesyuarat Kerja Persekutuan. Bertujuan untuk melatih orang Melayu dan bukan Melayu dalam mentadbir Tanah Melayu serta mengukuhkan lagi perpaduan. Merupakan satu sistem kabinet Mereka yang dilantik terdiri daripada beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk menjadi ahli Majlis ,serta diberi portfolio bertaraf menteri. Berikut adalah senarai menteri dan jawatan yang disediakan dalam Sistem Ahli.
  14. 14. MENTERI JAWATAN1. Dato’ Onn bin Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri2. EEC Thuraisingham Ahli Pelajaran3. Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan4. Lee Tian Keng Ahli Kesihatan5. Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan6. J.D. Mead Ahli Kerja Raya dan Perumahan7. J.D. Hodgkinson Ahli Perindustrian dan Perhubungan Sosial8. O.A. Spencer Hal Ehwal Ekonomi
  15. 15. Ciri-ciri Sistem Ahli Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai dan tokoh masyarakat. Anggotanya dikenali sebagai ahli. Perlantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan majlis raja-raja. Ahli-ahli diletakkan dalam bidang kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
  16. 16. Pilihanraya1) Tahun 1951. (1 Disember) Merupakan pilihan raya pertama di semenanjung Tanah Melayu yang diadakan di Pulau Pinang untuk memilih ahli-ahli Majlis Perbandaran George town.1) Tahun 1952. Merupakan pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur untuk memilih ahli-ahli majlis perbandaran Kuala Lumpur.1) Tahun 1955. Diadakan 27 julai 1955. Merupakan pilihan raya umum yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu. Dalam pilihan raya ini, parti perikatan terdiri daripada :i. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO )ii. Persatuan Cina Malaya ( MCA )iii. Kongres India Se-malaya (MIC ) 81% telah dimenangi oleh tiga kaum utama di Tanah Melayu daripada jumlah undi. (perikatan)
  17. 17. Misi Kemerdekaan ke London Satu rombongan merdeka telah dibentuk pada tahun 1956 ekoran kemenangan parti perikatan dalam pilihan raya umum pada tahun 1955. Diketuai oleh Tunku Abdul Rahman bertujuan untuk berunding dengan pegawai-pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.
  18. 18. Perjanjian London.o Rundingan London berlangsung dari 18 januari hingga 8 Februari 1956.o Rundingan ini dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British.o Perjanjian tersebut adalah :a) Sebuah suruhanjaya bebas yang dilantik untuk menggubal perlembagaan merdeka.b) Parti perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan barat di Tanah Melayu.c) Satu perjanjian pertahanan dengan British akan ditandatangani.d) Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.e) Institusi raja berperlembagaan dikekalkan.f) Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan negeri.
  19. 19. Suruhanjaya Reid.o Dibentuk pada bulan Mac 1956.o Dipengerusikan oleh Lord William Reid. Peranan/tugas suruhanjaya Reid.o Merangka sebuah perlembagaan bagi PTM yang akan merdeka.o Membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.o Menjamin kedudukan khas raja-raja melayu.o Mewujudkan satu rupa bangsa PTM Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari 1957 yang telah diperhalusi oleh jawatankuasa kerja. Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada majlis raja-raja untuk di sahkan. Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957. Pada 5 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957. Dalam tahun itu juga Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957.
  20. 20. Pengisytiharan KemerdekaanPersekutuan Tanah Melayu 1957o Pengistiharaan kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.o Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara ketua pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956.o Tepat pukul 12 tengah malam pada 30 Ogos 1957 di hadapan padang kelab Selangor, Kuala Lumpur Bendera Union Jack telah diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.o pada pagi 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Tuanku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan PTM.
  21. 21. Penubuhan MalaysiaTunku Abdul Rahman Mengaggaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada PTM , Singapura, Brunei, Sabah dan Serawak.Tujuan Menyekat pengaruh komunis Mengimbangi jumlah penduduk Meningkat kemajuan ekonomi Mempercepatkan proses kemerdekaan , Singapura, Brunei, Sabah dan Serawak. Singapura menyambut baik, Brunei enggan, manakala Serawak dan Sabah mula2 enggan , tetapi setuju selepas diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri.
  22. 22. Suruhanjaya Cobboldo Merupakan suruhanjaya yang dibentuk pada tahun 1962 untuk memungut dan menentukan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak sama ada menyokong cadangan untuk membentuk persekutuan Malaysia yang terdiri daripada PTM,Singapura,Sabah Dan Sarawak.o Suruhanjaya ini juga bertangungjawab di atas penyusunan semula perlembagaan berikutnya untuk dijadikan perlembagaan Malaysia. Suruhanjaya ini diketuai oleh bekas gabenor bank England, Lord Cobbold
  23. 23. Ahli-ahli SuruhanjayaCobboldo Lord Cameron Cobbold, bekas gabenor bank England.o Tan Sri Wong Pow Nee, ketua menteri Pulau Pinang.o Tun Mohd Ghazali Shafie, setiausaha tetap kementerian luar negeri.o Anthony Abell, bekas gabenor Sarawak.o David watherston, bekas setiausaha utama Malaya.
  24. 24. Sambungan…. Sepanjang Februari – April 1962 suruhanjaya ini telahmenemui 4000 org dan menerima 2200 memorandumdrpd pelbagai pihak parti2 politik ahli-ahli mesyuaratkerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anaknegeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama dan kesatuan sekerja Secara keseluruhan, lebih 80% bersetuju dengangagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporantersebut telah diserahkan kepada kerajaan British.
  25. 25. Sambungan… Kata sepakat telah dicapai . Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold Macmillan, Encik Ducan Sandys dan Lord Landsdowne. Perancangan sebenar pengisytiharan akan dibuat pada 31 Ogos 1963 tetapi ditangguhkan. Diganti, pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia.
  26. 26. Kronologi1. MALAYAN UNION2. PERSEKUTUAN TANAH MELAYU3. CLC4. SISTEM AHLI5. PILIHAN RAYA6. MISI KE LONDON (Perjanjian London)7. SURUHANJAYA REID8. PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN9. PENUBUHAN MALAYISA10. SURUHANJAYA COBBOLD11. PENGISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA
  27. 27. Kesimpulan.. Kemerdekaan bererti tamatnya tempoh penjajahan di Tanah Melayu dan rakyat boleh memerintah mengikut corak kehidupan mereka sendiri tanpa terikat lagi kepada kuasa asing. Kemerdekaan yang diperolehi adalah melalui proses perundingan dengan pihak Inggeris. Orang Melayu pula telah menunjukkan tolak ansurnya yang paling maksimum sehingga mengorbankan Hak ketuanan mereka di bumi sendiri.

×