SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
1.0 Sejarah Penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Dalam sejarah gerakan koperasi, terdapat pelbagai rintangan sebelum wujudnya
koperasi di Malaysia. Sejarah kewujudan koperasi di Malaysia ini bermula untuk membantu
masyarakat di bandar dan luar bandar yang tiada pendedahan tentang pengurusan
kewangan. Koperasi di Malaysia dibahagikan kepada 3 era iaitu era sebelum perang dunia
kedua, era selepas perang dunia kedua dan era baharu. Pertubuhan koperasi ini
diperkenalkan sebagai usaha kerajaan untuk menangani masalah perekonomian masyarakat
di Tanah Melayu terutamanya masyarakat petani melayu sebelum perang dunia kedua lagi.
Di kawasan luar bandar pula para petani menghadapi masalah dari segi kewangan dan ini
memberi ruang kepada “orang tengah‟ mengekploitasi keadaan ini untuk memaksa golongan
petani ini memilih sistem kewangan yang sedia ada di kawasan setempat mereka pada ketika
itu.
Antara sistem dan sumber pinjaman kewangan yang terdapat di kawasan luar bandar
pada ketika itu adalah sistem padi kunca atau padi ratus.Sistem padi ini adalah sistem dimana
perjanjian antara petani dengan peminjam wang dimana padi tersebut belum lagi ditanam
tetapi ianya telah dijual. Sistem ini biasanya berlaku di antara para petani dengan pekedai
runcit, peminjam wang atau sahabat handai. Di kawasan bandar pula penduduk yang
merupakan kakitangan kerajaan juga menghadapi masalah kewangan. Segelintir
daripadanya mendapat pinjaman daripada kedai pajak gadai, money lenders (ceti) ataupun
peminjam wang professional. Bermula tahun 1907 seorang pegawai Inggeris bernama Sir
Arthur Young yang merupakan (Colonial Secretary Of The Straits Settlement In Singapore)
telah mencadangkan idea tentang pertubuhan koperasi ini ke Tanah Melayu namun cadangan
tersebut dibatalkan kerana keadaan belum bersedia untuk menubuhkan koperasi di Tanah
Melayu pada masa itu. Pada tahun 1911 Sir Arthur Young yang pada ketika itu merupakan
Secretary of Federated Malay States menubuhkan jawatankuasa mengkaji penubuhan
koperasi namun jawatan kuasa ini juga gagal kerana perang dunia pertama.
Pada tahun 1918 selepas perang dunia pertama tamat, idea penubuhan koperasi ini
timbul lagi. Namun kini masalah lain pula yang timbul berikutan ada segelintir pemimpin
agama mempertikaikan terhadap penggunaan faedah yang terdapat dalam sistem koperasi
kredit. Sekali lagi penubuhan koperasi tidak dapat diteruskan kerana tiada kerjasama
daripada mereka ini. Selanjutnya, tahun 1921 membawa sinar baru apabila Alexander
Cavendish seorang pegawai Inggeris telah dihantar ke Burma bagi mengkaji gerakan koperasi
disana. Hasil dari kajiannya di Burma, satu laporan telah dibentangkan kepada Majlis
Persekutuan (Federal Council) pada 13 Disember 1921. Sultan Perak pada masa itu telah
memanggil para pemimpin agama dan orang besar negeri untuk bermesyuarat pada 26 Jun
1922 berkenaan pertikaian faedah dalam koperasi kredit. Pemimpin agama dari Arab Saudi
dan Mesir telah dihubungi melalui surat dan mereka memberi penjelasan bahawa menjadi
anggota sebuah koperasi tidak bertentangan dengan hukum Islam. Penyertaan masyarakat
melayu selepas itu sangat menggalakkan. Misalnya, pada 28 Jun 1922, satu undang-undang
Syarikat Kerjasama 1922 telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu. Pada 1 Julai 1922 pula sebuah agensi kerajaan khusus untuk koperasi ditubuhkan
iaitu Pejabat Kemajuan Kerjasama di Taiping, Perak dan Alexander Cavendish telah dilantik
sebagai Pendaftar atau Pesuruhjaya Kemajuan Kerjasama yang pertama. Manakala pada 21
Julai 1922, koperasi pertama telah ditubuhkan di kawasan Bandar iaitu Syarikat Bekerjasama
Jimat Cermat Pinjaman Wang Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad. Negeri lain di
semenanjung Tanah Melayu telah mengambil langkah untuk mengadakan Undang-undang
Syarikat Kerjasama bagi negeri-negeri tertentu. Namun pergerakkan koperasi menjadi tidak
aktif pada tahun 1941 sehingga 1945 akibat Perang Dunia Kedua. Sebaliknya, perubahan
dalam gerakan koperasi kembali pulih selepas Perang Dunia Kedua. Kerajaan telah
mengubah dasarnya tentang koperasi kepada dasar interventionist, di mana dana awam mula
digunakan dan keadaan tersebut telah membantu terbentuknya sebuah gerakan koperasi
yang bebas di Malaysia.
Pada tahun 1948, perundangan baharu koperasi telah diperkenalkan di Malaya
dengan pemansuhan Co-operative Societies Enactment1922 dan pada tahun yang samaCo-
operative Societies Ordinance No. 3 juga diperkenalkan bagi menyelaraskan semua
perundangan koperasi. Sebelum itu sudah terdapat enakmen koperasi dalam negeri-negeri
Persekutuan Tanah Melayu. Era selepas perang dunia kedua telah menampakkan keadaan
tertentu dalam gerakan koperasi negara. Pertama, wujudnya percanggahan antara rancangan
pembangunan gerakan koperasi yang serba kekurangan dengan sistem ekonomi pertanian
komersial dalam kalangan masyarakat luar Bandar. Keadaan ini timbul ekoran daripada
program pembangunan koperasi dalam kalangan masyarakat petani terpaksa bersaing
dengan institusi yang telah lama wujud seperti kegiatan orang tengah dan peminjam wang.
Jabatan Kemajuan Kerjasama pula masih lagi kekurangan kakitangan dan kemampuan.
Manakala di negeri Sarawak, Sarawak Co-operative Societies Ordinance telah diluluskan
pada tahun 1949. Hasilnya koperasi diperkenalkan di sana bagi membantu masyarakat yang
menghadapi beban hutang daripada orang tengah dalam pengedaran dan pembelian barang-
barang. Walau bagaimanapun banyak masalah pelaksanaan telah timbul seperti kekurangan
pegawai Jabatan Kemajuan Kerjasama, masalah buta huruf dalam kalangan masyarakat dan
kesulitan perhubungan.
Seterusnya, pada tahun 1954, Bank Persatuan Kerjasama (BPK) telah ditubuhkan.
Kemudian digabungkan dengan Bank Agung Kampung Bekerjasama Persekutuan Tanah
Melayu. Koperasi bank ini dikenali sebagai Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank
Rakyat). Manakala, pada tahun 1968, Akta Maktab Kerjasama telah diperkenalkan dan buat
kali pertama sebahagian daripada keuntungan koperasi di negara ini telah diwajibkan untuk
dicarum dalam Tabung Amanah Pendidikan Koperasi, di mana sebahagian besar daripada
sumber pembiayaan MKM ialah daripada peruntukan tabung berkenaan. Sepanjang tahun
1960, koperasi bercorak serbaguna mula ditubuhkan di negara ini, terutamanya di kawasan
luar bandar yang melihat banyak pergabungan antara koperasi satu fungsi yang ditubuhkan
pada tahun 1950-an. Di kawasan bandar pula, koperasi perumahan dan perkhidmatan telah
ditubuhkan. Pada tahun 1965 koperasi sekolah mula diperkenalkan di negara ini hasil cetusan
idea Y. M. Prof. Diraja Ungku A. Aziz melalui hasil penubuhan Koperasi kedai Buku Universiti
Malaya. Penubuhan koperasi sekolah merupakan satu fungsi baru yang diharap dapat
menjadi sumberpenting ke arah tersebut. Di samping memberipelbagai-bagai faedah kepada
para pelajar, guru-guru dan sekolah. Koperasi sekolah juga boleh menjadi satu institusi yang
membekalkan tenaga, kepimpinan dan ideologi koperasi kepada pertumbuhan generasi
pelapis di dalam perkembangan gerakan koperasi masa depan. Matlamat koperasi sekolah
adalah untuk membentuk amalan berjimat cermatdan berdikari, mewujudkan suasana latihan
amali pengurusan dan perdagangan, menyemai sifat dan unsur-unsur demokrasi,
menggalakan sifat bekerjasama dan mengasuh bakat kepimpinan. Terdapat perbezaan
daripada segi kemajuan antara koperasi luar Bandar yang kekurangan modal dan kepimpinan
lemah dengan koperasi di Bandar yang lebih bebas dan berkemampuan dari segi modal dan
kepimpinan. Koperasi di Bandar disokong oleh dua badan gabungan seperti Co-operative
Union of Malaysia (CUM) dan Midland Cooperative Union.
Hasil daripada penganjuran “Kongres Koperasi Malaysia Kedua”, Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia atau ANGKASA telah ditubuhkan pada tahun 1971, kemudiannya
dianggap sebagai badan puncak gerakan koperasi. Ia juga dianggap disifatkan sebagai wakil
gerakan koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa.
Secara umum, gerakan koperasi di Malaysia yang bermula pada tahun 1970-an telah
terbahagi kepada tiga kategori umum, iaitu koperasi yang berasaskan pertanian, perikanan
dan koperasi bukan pertanian. Ketiga-tiga kategori koperasi tersebut pula diawasi oleh tiga
agensi kerajaan yang berasingan, iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi
mengawasi koperasi bercorak pertanian sejak tahun 1975. Dengan tertubuhnya LPP,
sebanyak 1550 buah koperasi berasaskan pertanian telah diletakkan dibawah penyeliaan
pihak LPP. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pula yang ditubuhkan pada tahun 1975
bertanggungjawab kepada koperasi bercorak perikanan. Dengan penubuhan LKIM sebanyak
76 buah koperasi nelayan telah diletakkan di bawah pengawasan agensi berkenaan,
manakala Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK) menyelia koperasi selain daripada
koperasi berasaskan pertanian dan perikanan di negara ini.
Justeru, dekad 1980-an telah memulakan satu dimensi baharu kepada gerakan
koperasi di Malaysia. Dengan inisiatif dari Kementerian Pembangunan Negara dan Luar
Bandar atau KPNLB, “Era Baharu Koperasi” telah dirasmikan pelancarannya oleh Timbalan
Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 1982. Dengan bermulanya Era Baharu Koperasi
ini, diharapkan gerakan koperasi Malaysia dapat memberikan satu imej yang baharu iaitu ke
arah menjadikan gerakan koperasi di negara ini sebuah gerakan yang progresif, dinamik dan
maju. Langkah-langkah tertentu diambil oleh kementerian dan JPK supaya koperasi dapat
memperbaiki keadaan pengurusan masing-masing terutamanya dalam melicinkan
pentadbiran, mengemaskini akaun dan pengauditan serta membasmi penyelewengan.
Koperasi juga dikehendaki mengadakan mesyuarat agung tahunannya dan mereka yang
gagal berbuat demikian akan disenaraihitamkan. Selaras dengan Era Baharu Koperasi
tersebut, JPK telah mengusahakan penubuhan koperasi jenis baharu seperti Koperasi
Pembangunan Daerah (KPD) sebagai sebuah koperasi yang menjalankan projek-projek kecil
di kawasan luar Bandar negara ini.
Kemudian ditubuhkan pula Koperasi Pembangunan Negara (KPN) yang
mengendalikan program di peringkat nasional seperti pembekalan bahan dan jentera, import
dan eksport, perusahaan dan perdagangan, pembangunan tanah serta pelaburan. Dua jenis
koperasi baharu yang ditubuhkan ialah Koperasi Industri Kampung (KIK) yang berusaha
memajukan taraf sosioekonomi pengusaha kraftangan dalam satu organisasi pengeluaran
dan pemasaran yang teratur. Koperasi Pelaburan Pekerja (KPP) pula ditubuhkan untuk
membolehkan pekerja sesebuah organisasi perniagaan bergabung dan membuat pelaburan
dalam modal saham di syarikat di mana mereka bekerja. Untuk mengatasi masalah
pengauditan yang kurang kemas dan teratur dalam kalangan koperasi di negara ini,
Kementerian berkenaan iaitu KPNLB telah menubuhkan Institut Juruaudit Koperasi pada
tahun 1982. Institut ini bertujuan membantu melahirkan juruaudit koperasi bagi mengatasi
kekurangan juruaudit luar yang bertauliah dalam gerakan koperasi Koperasi Kawalan Kredit
(KKK) juga ditubuhkan pada Jun 1986 bagi mengawasi koperasi di negara ini yang menerima
deposit daripada anggotanya dan membantu koperasi yang menghadapi kesulitan kewangan
berhubung dengan kegiatan penerima deposit.
Selanjutnya, pada tahun 2003, cadangan penubuhan SKM bagi menggantikan
Jabatan Pembangunan Koperasi telah dikemukakan oleh Bank Negara Malaysia untuk
membangunkan masyarakat Bumiputera di negara ini. Cadangan penubuhan ini diluluskan
oleh kabinet pada 2 Mac 2005 dan seterusnya Parlimen pada 25 April 2005. Seterusnya,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1
Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia
(JPK).Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah diluluskan oleh kerajaan bagi tujuan
mengukuhkan sektor koperasi agar dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam
pembangunan dan penyelian koperasi di negara ini.
2.0 Kaedah dan Proses Penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia:
Tahun Proses Penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
1921  Pemerintah Inggeris memutuskan untuk membawagerakan kerjasama
ke Malaya.
1922  Undang-undang koperasi yang pertama diluluskan di Tanah Melayu
ialah Co-operative Societies Enactment 1922.
 Gerakan koperasi bermula di kawasan bandar dan luar bandar,
Jabatan Pembangunan Koperasi dikenali sebagai Office of the Director
of Co-operative.
 Koperasi kredit yang pertama didaftarkan pada 21 Julai 1922 ialah
Syarikat Bekerjasama Jimat Cermat Dan Pinjaman Wang Pekerja-
pekerja Jabatan dan Telekom Berhad.
1945  Jabatan Pembangunan Koperasi dikenali sebagai Office of the
Commissioner of Co-Operative Societies.
1948  Undang-undang Syarikat Kerjasama yang berkuatkuasa di negeri
masing-masing telah dimansuhkan dan digantikan dengan satu
undang-undang baharu yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat
Undangan Persekutuan Tanah Melayu dikenali dengan Ordinan
Syarikat Koperasi 1948 (Co-operative Societies Ordinance 1948)
berkuatkuasa di seluruh Malaya.
1949  Koperasi mula diperkenalkan di Sarawak.
 Koperasi pemborong Malayan (Malayan Co-operative Wholesale
Society) telah ditubuhkan dengan mendapat bantuan kewangan dan
pengurusan daripada Kerajaan.
1953  Kesatuan Koperasi Malaya ditubuhkan.
1954  The Malaysia Co-operation Insurance Society Ltd (MCIS) telah
didaftarkan untuk menyediakan polisi-polisi insurans kepada anggota
seperti insurans nyawa dan insurans kesihatan.
1956  Maktab Kerjasama Malaya ditubuhkan oleh Kerajaan bagi melatih
pegawai dan pemimpin koperasi.
1957  Pada Ogos 1957 Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah
Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama Tanah Melayu.
1958  Sabah Co-operative Ordinance diluluskan.
1959  Koperasi pertama yang telah didaftarkan di Sabah adalah The Lubak
Co-operative Stock Rearing Society Limited.
1963  Jabatan Pembangunan Koperasi dikenali sebagai Jabatan Kemajuan
Kerjasama.
1966  Kongres Koperasi Malaysia telah diadakan di Universiti Malaya
bertujuan untuk membincangkan konsep penubuhan Kesatuan
Koperasi Peringkat Kebangsaan.
1969  Koperasi untuk pelajar sekolah diperkenalkan dan sebanyak sembilan
buah koperasi sekolah memulakan aktiviti perniagaan.
 Antara koperasi sekolah yang terawal didaftarkan ialah Koperasi
Sekolah Menengah Doktor Burhanudin Taiping Berhad.
1971  Pada April 1971 Jabatan Kemajuan Kerjasama diletakkan di bawah
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
 Angkatan Kerjasama Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
ditubuhkan bagi menggabungkan semua koperasi dan mewakili
gerakan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
1973  Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah ditubuhkan dan
mengambilalih penyeliaan koperasi berasaskan pertanian.
1974  Pada April 1974 Jabatan Kemajuan Kerjasama diletakkan di bawah
Kementerian Pertanian dan Ekonomi Desa.
 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pula ditubuhkan dan
mengambilalih penyeliaan koperasi berasaskan perikanan.
1975  Jabatan Kemajuan Kerjasama dikenali sebagai Jabatan
Pembangunan Koperasi.
1977  Pada Mac 1977 Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah
Kementerian Pertanian
1981  Pada Julai 1981 Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
1982  ‘Era Baru Koperasi’ telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana
Menteri Malaysia, Dato’ Musa bin Hitam
1983  Pesuruhjaya penyemak undang-undang di Jabatan Peguam Negara
telah membuat semakan ke atas Ordinan Koperasi 1948 untuk
mengemaskini peruntukan- peruntukannya
1985  Tabung Modal Pusingan - Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-
JPK) dibentuk bertujuan memberi pinjaman kepada koperasi yang
hendak melaksanakan projek berdaya maju
1991  Pada bulan Februari Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di
bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi
1994  Akta Koperasi 1993 mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1994.
1995  Akta Koperasi 1993 telah dipinda dengan memasukkan seksyen
baharu iaitu seksyen 71A yang telah menggariskan panduan
pembubaran dan penyusunan sesebuah koperasi menjadi syarikat.
2002  Hari Koperasi Negara yang pertama dengan tema “Koperasi Wadah
Pembangunan” telah diadakan pada 21 Julai 2002 di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YAB Datuk
Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
2004  Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
2005  Kabinet meluluskan penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi
menggantikan Jabatan Pembangunan Koperasi.
 Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) ditubuhkan pada
18 April 2005.
2007  Pindaan terhadap Akta Koperasi 1993 untuk diselaraskan dengan Akta
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007.
2008  Pada 1 Januari 2008 Jabatan Pembangunan Koperasi telah
diperbadankan menjadi Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
2009  Pada 20 April 2009 Suruhanjaya Koperasi Malaysia diletakkan di
bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna yang kemudiannya bertukar nama kepada Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 11
Jun 2009.
2010  Pelancaran Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
pada 16 Julai 2010.
2011  Majlis Pelancaran Penjenamaan “Coop 1M” dan Perasmian
Distribution Centre (DC) milik Koperasi Permodalan FELDA Malaysia
Berhad (KPFB) telah dirasmikan oleh YB Menteri PDNKK pada 27
Oktober 2011.
 Majlis Pelancaran Hari Koperasi Antarabangsa 2012 telah
disempurnakan oleh YB Menteri PDNKK pada 26 November 2011
2012  Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa dengan tema “Koperasi
Membina Kesejahteraan Sejagat”.
 1st ASEAN Regulators/Senior Government Officials of Co-operatives’
Meeting pada 5 hingga 6 Julai 2012 di Putrajaya.
2013  Pelancaran logo baharu Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 16 Julai
2013. 1st Asia Pacific Co-operative Registrars’ Conference diadakan
pada 10 hingga 12 Disember 2013 di Hotel Grand Dorsett, Subang
Jaya, Selangor.
2014  Pembelian Menara SKM pada 15 Mei 2014 di Changkat Semantan, Off
Jalan Semantan, Bukit Damansara,Kuala Lumpur sebagai Ibu Pejabat
Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
2015  Lab Penyediaan Blueprint Peneraju Sektor Pemborongan dan
Peruncitan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 6 hingga 9 Oktober
2015.
 Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah dinobatkan sebagai Johan
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2015 peringkat KPDNKK Kategori
Pengurusan.
3.0 Berikut adalah aktiviti yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia:
Bil Tarikh/ Tahun Aktiviti/Program/ Kursus Status
Kejohanan
Lokasi/ Tempat
1 31 Disember
2015
Perasmian Raingkaian DC
dan Outlet imCoop milik
Iskandar Johor Berhad
National Kedai Komuniti
Harga Patut, Johor
Bahru
2 2015 Program Pertanian dan
Industri Asas Tani
National Kota Tinggi, Johor
Bahru
3 14 -16 Ogos 2015 Program-program Promosi
dan Pembudayaan
Koperasi: Sambutan Hari
Koperasi Negara
National Tebingan Sungai
Kuching, Sarawak
4 26 Januari 2015 Lawatan Kerja
Suruhanjaya Koperasi
Malaysia dan Wakil
Gerakan Koperasi
bersama YBM KPDNKK
Ke
Cooperative Development
Authority (CDA) dan
Kedutaan Malaysia
International Manila, Filipina
5 30 September – 3
Oktober 2015
Seminar Regional
Consultation Of High
Ranking Government
Officials & Cooperative
Leader
International Jakarta
6 27 Oktober – 2
Novenber 2015
Seminar Educational And
Work Cooperative Meeting
International Brazil
7 10 – 14 Novenber
2015
Seminar ICA Conference
dan Assembly
International Antalya, Turkey
8 29 November– 19
Disember 2015
Kursus Economic
Partnership Program
International Tokyo dan
Hiroshima, Jepun
(EPP) - Value Chain
Business In Marketing Of
Cooperatives
9 2011 - 2015 Program Transformasi
Kedai Runcit (Tukar)
International Kuala Lumpur
10 2014 - 2015 Majlis Ikrar Integriti
Korporat (CIP) antara
SKM DAN SPRM
International Kuala Lumpur
11 26 Februari 2015 Majlis Perhimpunan
Bulanan Suruhanjaya
Koperasi Malaysia Bil.
2/2015 dan Majlis Tahlil
serta Bacaan Yasin
National Menara
Suruhanjaya
Koperasi Malaysia
12 15 Mac 2015 Program Kembara Ilmu
Berkoperasi dan Majlis
Pelancaran Koperasi
National Teluk Renjuna dan
Pulau Seratus
Tumpat, Kelantan
13 3 April 2015 Majlis Menandatangani
dan Penyerahan Nota
Serah Tugas Pengerusi
Eksekutif Suruhanjaya
Koperasi
Malaysia
National Menara
Suruhanjaya
Koperasi Malaysia
14 15 April 2015 Anugerah Penarafan
Bintang Koperasi dan
Pelancaran GP 27
International Menara
Suruhanjaya
Koperasi Malaysia
15 1 Mei 2015 Mesyuarat Majlis
Perundingan Koperasi
Kebangsaan (MPKK)
International Bayview Hotel,
Langkawi, Kedah
16 17 Jun 2015 Lawatan Rasmi International Menara
Suruhanjaya
Koperasi Malaysia
17 30 Julai 2015 Majlis Ramah Mesra International Menara
Suruhanjaya
Koperasi Malaysia
18 30 Julai 2015 Gerakan Koperasi International Menara
Suruhanjaya
Koperasi Malaysia
19 30 Julai 2015 Majlis Pelancaran Promosi
Hari Koperasi Negara
2015
National Kuala Lumpur
20 14-21 September
2015
Lawatan YB Menteri
KPDNKK Ke United
Kingdom dan German
International United Kingdom
dan German
21 6-9 Oktober 2015 Lab Penyediaan Blueprint
Peneraju Sektor
Pemborongan dan
Peruncitan Suruhanjaya
Koperasi Malaysia,
International Colmar Tropicale,
Bukit Tinggi
22 5-7 November
2015
Program Pemantapan dan
Pengukuhan Pegawai
SKM
International UITM Sri Iskandar,
Perak
23 5-7 November
2015
Karnival Sukan dan
Karnival Koperasi
International UITM Sri Iskandar,
Perak
24 27-31 Disember
2015
Lawatan Kerja Ahli
Lembaga Pengarah
Suruhanjaya Koperasi
Malaysia
International Jakarta dan
Bandung,
Indonesia
4.0 Strategi Bagi Menjana Sumber Kewangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM):
Pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan telus memainkan peranan penting
bagi menghasilkan penambahan pendapatan dan sumber kewangan kepada Suruhanjaya
untuk kepentingan pertubuhan tersebut. Selain daripada mengurus peruntukan belanja
daripada Kerajaan, Suruhanjaya juga mengurus dan memperoleh hasil daripada pelaburan
Kumpulan Wang Amanah (KWA). Selanjutnya, Suruhanjaya melalui Bahagian Kewangan dan
Akaun (BKA) sentiasa berperanan untuk merancang dan mengawal belanjawan, membuat
bayaran serta mengakaunkan setiap hasil dan perbelanjaan. BKA sentiasa mematuhi dasar-
dasar Kewangan dan Akaun yang digunapakai di peringkat Persekutuan yang bersesuaian
dengan Suruhanjaya, antaranya melalui garis panduan perbelanjaan berhemah, bayaran
dalam masa (14) hari serta dasar-dasar lain yang menjadi panduan kepada Suruhanjaya.
Sumber kewangan utama Suruhanjaya adalah pemberian daripada Kerajaan Malaysia
yang diterima melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) untuk belanja mengurus serta pembangunan, di samping peruntukan KWA
pendidikan dan pendapatan dijana sendiri. Misalnya, pendapatan yang dijana sendiri adalah
terdiri daripada yuran pendaftaran dan pindaan undang-undang kecil koperasi, fi audit, caj
pengurusan dana, caj carian, kompaun, sewaan, hasil daripada pelaburan dan lain-lain.
Selain itu, sumber dana diperolehi daripada caruman wajib koperasi melalui dana Kumpulan
Wang yang diwujudkan di bawah Akta Koperasi 1993. Contohnya, dalam memastikan setiap
koperasi membuat caruman wajib terhadap Kumpulan Wang Amanah (KWA) sebagaimana
yang ditetapkan oleh Akta Koperasi 1993, Suruhanjaya dari semasa ke semasa mengambil
tindakan dengan membuat kutipan caruman yang tertunggak daripada koperasi iaitu melalui
sesi lawatan konsultasi ke koperasi yang ingkar membayar caruman dan mengeluarkan surat
peringatan. Pemantauan ke atas penggunaan peruntukan untuk kedua-dua Kumpulan Wang
ini terus dipertingkatkan di samping mengamalkan perbelanjaan secara berhemah. Antara
strategi yang dilaksanakan adalah memproses permohonan berdasarkan perancangan,
membuat naziran audit dan pelaporan keberkesananan impak bagi sesuatu program. Secara
keseluruhan, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan (PPP) bagi setahun hendaklah
disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit dalam tempoh tiga puluh (30) hari
setelah tamat tahun kewangan. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang diaudit
hendaklah dikemukakan untuk Kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya bagi
menjayakan pertuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Bibliografi
Ahmad Marzuki Ismail(a). (2004). Panduan Asas Gerakan Koperasi Sekolah di Malaysia.
Selangor:Yeohprinco Sdn. Bhd
Hayati Md Salleh, Asha’ari Arshad, Ahmad Faizal Shaarani & Norbiha Kasmuri. (2008).
Gerakan Koperasi di Malaysia. Selangor: Maktab Kerjasama Malaysia.
Husin Ibrahim Mamat. (2007). Pemimpin Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rohayati bt Ismail (1 996). Kejayaan pengurusan koperasi sekolah-sekolah menengah di
Kubang Pasu Kedah Darul Aman: Satu analisis (Tesis Ijazah Sarjana Sains, Universiti
Utara Malaysia).

More Related Content

Similar to 415364257-Kajian-Kes-SKM-Persatuan-docx.docx

A169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
A169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosialA169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
A169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosialAkmaIbrahim1
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysiarizalyana
 
2.1 negara berdaulat.ppt
2.1 negara berdaulat.ppt2.1 negara berdaulat.ppt
2.1 negara berdaulat.pptmohd hassan
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
E folio pengajian malaysia- tun abdul razak
E folio pengajian malaysia- tun abdul razakE folio pengajian malaysia- tun abdul razak
E folio pengajian malaysia- tun abdul razakYASMINE HASLAN
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Brenda Rachel Marie
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09hajar90
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaanNur Az
 
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)haniffpotter
 
Karnival Jom gerak
Karnival Jom gerakKarnival Jom gerak
Karnival Jom gerakNazri Sahat
 
Isl minggu ke6 hubungan etnik
Isl minggu ke6 hubungan etnikIsl minggu ke6 hubungan etnik
Isl minggu ke6 hubungan etnikSubaidi Samat
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiMahyuddin Khalid
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakAmirul Ezuan
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuladykathy
 
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWELSTPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWELnasywah79
 
Kesatuan sekerja di Malaysia
Kesatuan sekerja di MalaysiaKesatuan sekerja di Malaysia
Kesatuan sekerja di MalaysiaIrfan Shafie
 

Similar to 415364257-Kajian-Kes-SKM-Persatuan-docx.docx (20)

A169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
A169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosialA169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
A169775 tugasan amalan terbaik kesejahteraan sosial
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
 
2.1 negara berdaulat.ppt
2.1 negara berdaulat.ppt2.1 negara berdaulat.ppt
2.1 negara berdaulat.ppt
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
 
E folio pengajian malaysia- tun abdul razak
E folio pengajian malaysia- tun abdul razakE folio pengajian malaysia- tun abdul razak
E folio pengajian malaysia- tun abdul razak
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
 
13 mei 1969
13 mei 196913 mei 1969
13 mei 1969
 
Karnival Jom gerak
Karnival Jom gerakKarnival Jom gerak
Karnival Jom gerak
 
Isl minggu ke6 hubungan etnik
Isl minggu ke6 hubungan etnikIsl minggu ke6 hubungan etnik
Isl minggu ke6 hubungan etnik
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul Razak
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
 
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWELSTPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
STPM - DASAR LUAR NEGARA KOMANWEL
 
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 meiTutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
 
Kesatuan sekerja di Malaysia
Kesatuan sekerja di MalaysiaKesatuan sekerja di Malaysia
Kesatuan sekerja di Malaysia
 

415364257-Kajian-Kes-SKM-Persatuan-docx.docx

  • 1. 1.0 Sejarah Penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Dalam sejarah gerakan koperasi, terdapat pelbagai rintangan sebelum wujudnya koperasi di Malaysia. Sejarah kewujudan koperasi di Malaysia ini bermula untuk membantu masyarakat di bandar dan luar bandar yang tiada pendedahan tentang pengurusan kewangan. Koperasi di Malaysia dibahagikan kepada 3 era iaitu era sebelum perang dunia kedua, era selepas perang dunia kedua dan era baharu. Pertubuhan koperasi ini diperkenalkan sebagai usaha kerajaan untuk menangani masalah perekonomian masyarakat di Tanah Melayu terutamanya masyarakat petani melayu sebelum perang dunia kedua lagi. Di kawasan luar bandar pula para petani menghadapi masalah dari segi kewangan dan ini memberi ruang kepada “orang tengah‟ mengekploitasi keadaan ini untuk memaksa golongan petani ini memilih sistem kewangan yang sedia ada di kawasan setempat mereka pada ketika itu. Antara sistem dan sumber pinjaman kewangan yang terdapat di kawasan luar bandar pada ketika itu adalah sistem padi kunca atau padi ratus.Sistem padi ini adalah sistem dimana perjanjian antara petani dengan peminjam wang dimana padi tersebut belum lagi ditanam tetapi ianya telah dijual. Sistem ini biasanya berlaku di antara para petani dengan pekedai runcit, peminjam wang atau sahabat handai. Di kawasan bandar pula penduduk yang merupakan kakitangan kerajaan juga menghadapi masalah kewangan. Segelintir daripadanya mendapat pinjaman daripada kedai pajak gadai, money lenders (ceti) ataupun peminjam wang professional. Bermula tahun 1907 seorang pegawai Inggeris bernama Sir Arthur Young yang merupakan (Colonial Secretary Of The Straits Settlement In Singapore) telah mencadangkan idea tentang pertubuhan koperasi ini ke Tanah Melayu namun cadangan tersebut dibatalkan kerana keadaan belum bersedia untuk menubuhkan koperasi di Tanah Melayu pada masa itu. Pada tahun 1911 Sir Arthur Young yang pada ketika itu merupakan Secretary of Federated Malay States menubuhkan jawatankuasa mengkaji penubuhan koperasi namun jawatan kuasa ini juga gagal kerana perang dunia pertama. Pada tahun 1918 selepas perang dunia pertama tamat, idea penubuhan koperasi ini timbul lagi. Namun kini masalah lain pula yang timbul berikutan ada segelintir pemimpin agama mempertikaikan terhadap penggunaan faedah yang terdapat dalam sistem koperasi
  • 2. kredit. Sekali lagi penubuhan koperasi tidak dapat diteruskan kerana tiada kerjasama daripada mereka ini. Selanjutnya, tahun 1921 membawa sinar baru apabila Alexander Cavendish seorang pegawai Inggeris telah dihantar ke Burma bagi mengkaji gerakan koperasi disana. Hasil dari kajiannya di Burma, satu laporan telah dibentangkan kepada Majlis Persekutuan (Federal Council) pada 13 Disember 1921. Sultan Perak pada masa itu telah memanggil para pemimpin agama dan orang besar negeri untuk bermesyuarat pada 26 Jun 1922 berkenaan pertikaian faedah dalam koperasi kredit. Pemimpin agama dari Arab Saudi dan Mesir telah dihubungi melalui surat dan mereka memberi penjelasan bahawa menjadi anggota sebuah koperasi tidak bertentangan dengan hukum Islam. Penyertaan masyarakat melayu selepas itu sangat menggalakkan. Misalnya, pada 28 Jun 1922, satu undang-undang Syarikat Kerjasama 1922 telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1922 pula sebuah agensi kerajaan khusus untuk koperasi ditubuhkan iaitu Pejabat Kemajuan Kerjasama di Taiping, Perak dan Alexander Cavendish telah dilantik sebagai Pendaftar atau Pesuruhjaya Kemajuan Kerjasama yang pertama. Manakala pada 21 Julai 1922, koperasi pertama telah ditubuhkan di kawasan Bandar iaitu Syarikat Bekerjasama Jimat Cermat Pinjaman Wang Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad. Negeri lain di semenanjung Tanah Melayu telah mengambil langkah untuk mengadakan Undang-undang Syarikat Kerjasama bagi negeri-negeri tertentu. Namun pergerakkan koperasi menjadi tidak aktif pada tahun 1941 sehingga 1945 akibat Perang Dunia Kedua. Sebaliknya, perubahan dalam gerakan koperasi kembali pulih selepas Perang Dunia Kedua. Kerajaan telah mengubah dasarnya tentang koperasi kepada dasar interventionist, di mana dana awam mula digunakan dan keadaan tersebut telah membantu terbentuknya sebuah gerakan koperasi yang bebas di Malaysia. Pada tahun 1948, perundangan baharu koperasi telah diperkenalkan di Malaya dengan pemansuhan Co-operative Societies Enactment1922 dan pada tahun yang samaCo- operative Societies Ordinance No. 3 juga diperkenalkan bagi menyelaraskan semua perundangan koperasi. Sebelum itu sudah terdapat enakmen koperasi dalam negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu. Era selepas perang dunia kedua telah menampakkan keadaan tertentu dalam gerakan koperasi negara. Pertama, wujudnya percanggahan antara rancangan pembangunan gerakan koperasi yang serba kekurangan dengan sistem ekonomi pertanian komersial dalam kalangan masyarakat luar Bandar. Keadaan ini timbul ekoran daripada program pembangunan koperasi dalam kalangan masyarakat petani terpaksa bersaing dengan institusi yang telah lama wujud seperti kegiatan orang tengah dan peminjam wang. Jabatan Kemajuan Kerjasama pula masih lagi kekurangan kakitangan dan kemampuan. Manakala di negeri Sarawak, Sarawak Co-operative Societies Ordinance telah diluluskan pada tahun 1949. Hasilnya koperasi diperkenalkan di sana bagi membantu masyarakat yang
  • 3. menghadapi beban hutang daripada orang tengah dalam pengedaran dan pembelian barang- barang. Walau bagaimanapun banyak masalah pelaksanaan telah timbul seperti kekurangan pegawai Jabatan Kemajuan Kerjasama, masalah buta huruf dalam kalangan masyarakat dan kesulitan perhubungan. Seterusnya, pada tahun 1954, Bank Persatuan Kerjasama (BPK) telah ditubuhkan. Kemudian digabungkan dengan Bank Agung Kampung Bekerjasama Persekutuan Tanah Melayu. Koperasi bank ini dikenali sebagai Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat). Manakala, pada tahun 1968, Akta Maktab Kerjasama telah diperkenalkan dan buat kali pertama sebahagian daripada keuntungan koperasi di negara ini telah diwajibkan untuk dicarum dalam Tabung Amanah Pendidikan Koperasi, di mana sebahagian besar daripada sumber pembiayaan MKM ialah daripada peruntukan tabung berkenaan. Sepanjang tahun 1960, koperasi bercorak serbaguna mula ditubuhkan di negara ini, terutamanya di kawasan luar bandar yang melihat banyak pergabungan antara koperasi satu fungsi yang ditubuhkan pada tahun 1950-an. Di kawasan bandar pula, koperasi perumahan dan perkhidmatan telah ditubuhkan. Pada tahun 1965 koperasi sekolah mula diperkenalkan di negara ini hasil cetusan idea Y. M. Prof. Diraja Ungku A. Aziz melalui hasil penubuhan Koperasi kedai Buku Universiti Malaya. Penubuhan koperasi sekolah merupakan satu fungsi baru yang diharap dapat menjadi sumberpenting ke arah tersebut. Di samping memberipelbagai-bagai faedah kepada para pelajar, guru-guru dan sekolah. Koperasi sekolah juga boleh menjadi satu institusi yang membekalkan tenaga, kepimpinan dan ideologi koperasi kepada pertumbuhan generasi pelapis di dalam perkembangan gerakan koperasi masa depan. Matlamat koperasi sekolah adalah untuk membentuk amalan berjimat cermatdan berdikari, mewujudkan suasana latihan amali pengurusan dan perdagangan, menyemai sifat dan unsur-unsur demokrasi, menggalakan sifat bekerjasama dan mengasuh bakat kepimpinan. Terdapat perbezaan daripada segi kemajuan antara koperasi luar Bandar yang kekurangan modal dan kepimpinan lemah dengan koperasi di Bandar yang lebih bebas dan berkemampuan dari segi modal dan kepimpinan. Koperasi di Bandar disokong oleh dua badan gabungan seperti Co-operative Union of Malaysia (CUM) dan Midland Cooperative Union. Hasil daripada penganjuran “Kongres Koperasi Malaysia Kedua”, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia atau ANGKASA telah ditubuhkan pada tahun 1971, kemudiannya dianggap sebagai badan puncak gerakan koperasi. Ia juga dianggap disifatkan sebagai wakil gerakan koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa. Secara umum, gerakan koperasi di Malaysia yang bermula pada tahun 1970-an telah terbahagi kepada tiga kategori umum, iaitu koperasi yang berasaskan pertanian, perikanan dan koperasi bukan pertanian. Ketiga-tiga kategori koperasi tersebut pula diawasi oleh tiga agensi kerajaan yang berasingan, iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi
  • 4. mengawasi koperasi bercorak pertanian sejak tahun 1975. Dengan tertubuhnya LPP, sebanyak 1550 buah koperasi berasaskan pertanian telah diletakkan dibawah penyeliaan pihak LPP. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pula yang ditubuhkan pada tahun 1975 bertanggungjawab kepada koperasi bercorak perikanan. Dengan penubuhan LKIM sebanyak 76 buah koperasi nelayan telah diletakkan di bawah pengawasan agensi berkenaan, manakala Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK) menyelia koperasi selain daripada koperasi berasaskan pertanian dan perikanan di negara ini. Justeru, dekad 1980-an telah memulakan satu dimensi baharu kepada gerakan koperasi di Malaysia. Dengan inisiatif dari Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar atau KPNLB, “Era Baharu Koperasi” telah dirasmikan pelancarannya oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 1982. Dengan bermulanya Era Baharu Koperasi ini, diharapkan gerakan koperasi Malaysia dapat memberikan satu imej yang baharu iaitu ke arah menjadikan gerakan koperasi di negara ini sebuah gerakan yang progresif, dinamik dan maju. Langkah-langkah tertentu diambil oleh kementerian dan JPK supaya koperasi dapat memperbaiki keadaan pengurusan masing-masing terutamanya dalam melicinkan pentadbiran, mengemaskini akaun dan pengauditan serta membasmi penyelewengan. Koperasi juga dikehendaki mengadakan mesyuarat agung tahunannya dan mereka yang gagal berbuat demikian akan disenaraihitamkan. Selaras dengan Era Baharu Koperasi tersebut, JPK telah mengusahakan penubuhan koperasi jenis baharu seperti Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) sebagai sebuah koperasi yang menjalankan projek-projek kecil di kawasan luar Bandar negara ini. Kemudian ditubuhkan pula Koperasi Pembangunan Negara (KPN) yang mengendalikan program di peringkat nasional seperti pembekalan bahan dan jentera, import dan eksport, perusahaan dan perdagangan, pembangunan tanah serta pelaburan. Dua jenis koperasi baharu yang ditubuhkan ialah Koperasi Industri Kampung (KIK) yang berusaha memajukan taraf sosioekonomi pengusaha kraftangan dalam satu organisasi pengeluaran dan pemasaran yang teratur. Koperasi Pelaburan Pekerja (KPP) pula ditubuhkan untuk membolehkan pekerja sesebuah organisasi perniagaan bergabung dan membuat pelaburan dalam modal saham di syarikat di mana mereka bekerja. Untuk mengatasi masalah pengauditan yang kurang kemas dan teratur dalam kalangan koperasi di negara ini, Kementerian berkenaan iaitu KPNLB telah menubuhkan Institut Juruaudit Koperasi pada tahun 1982. Institut ini bertujuan membantu melahirkan juruaudit koperasi bagi mengatasi kekurangan juruaudit luar yang bertauliah dalam gerakan koperasi Koperasi Kawalan Kredit (KKK) juga ditubuhkan pada Jun 1986 bagi mengawasi koperasi di negara ini yang menerima deposit daripada anggotanya dan membantu koperasi yang menghadapi kesulitan kewangan berhubung dengan kegiatan penerima deposit.
  • 5. Selanjutnya, pada tahun 2003, cadangan penubuhan SKM bagi menggantikan Jabatan Pembangunan Koperasi telah dikemukakan oleh Bank Negara Malaysia untuk membangunkan masyarakat Bumiputera di negara ini. Cadangan penubuhan ini diluluskan oleh kabinet pada 2 Mac 2005 dan seterusnya Parlimen pada 25 April 2005. Seterusnya, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK).Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah diluluskan oleh kerajaan bagi tujuan mengukuhkan sektor koperasi agar dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam pembangunan dan penyelian koperasi di negara ini. 2.0 Kaedah dan Proses Penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia: Tahun Proses Penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia 1921  Pemerintah Inggeris memutuskan untuk membawagerakan kerjasama ke Malaya. 1922  Undang-undang koperasi yang pertama diluluskan di Tanah Melayu ialah Co-operative Societies Enactment 1922.  Gerakan koperasi bermula di kawasan bandar dan luar bandar, Jabatan Pembangunan Koperasi dikenali sebagai Office of the Director of Co-operative.  Koperasi kredit yang pertama didaftarkan pada 21 Julai 1922 ialah Syarikat Bekerjasama Jimat Cermat Dan Pinjaman Wang Pekerja- pekerja Jabatan dan Telekom Berhad. 1945  Jabatan Pembangunan Koperasi dikenali sebagai Office of the Commissioner of Co-Operative Societies. 1948  Undang-undang Syarikat Kerjasama yang berkuatkuasa di negeri masing-masing telah dimansuhkan dan digantikan dengan satu undang-undang baharu yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu dikenali dengan Ordinan Syarikat Koperasi 1948 (Co-operative Societies Ordinance 1948) berkuatkuasa di seluruh Malaya. 1949  Koperasi mula diperkenalkan di Sarawak.  Koperasi pemborong Malayan (Malayan Co-operative Wholesale Society) telah ditubuhkan dengan mendapat bantuan kewangan dan pengurusan daripada Kerajaan.
  • 6. 1953  Kesatuan Koperasi Malaya ditubuhkan. 1954  The Malaysia Co-operation Insurance Society Ltd (MCIS) telah didaftarkan untuk menyediakan polisi-polisi insurans kepada anggota seperti insurans nyawa dan insurans kesihatan. 1956  Maktab Kerjasama Malaya ditubuhkan oleh Kerajaan bagi melatih pegawai dan pemimpin koperasi. 1957  Pada Ogos 1957 Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama Tanah Melayu. 1958  Sabah Co-operative Ordinance diluluskan. 1959  Koperasi pertama yang telah didaftarkan di Sabah adalah The Lubak Co-operative Stock Rearing Society Limited. 1963  Jabatan Pembangunan Koperasi dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Kerjasama. 1966  Kongres Koperasi Malaysia telah diadakan di Universiti Malaya bertujuan untuk membincangkan konsep penubuhan Kesatuan Koperasi Peringkat Kebangsaan. 1969  Koperasi untuk pelajar sekolah diperkenalkan dan sebanyak sembilan buah koperasi sekolah memulakan aktiviti perniagaan.  Antara koperasi sekolah yang terawal didaftarkan ialah Koperasi Sekolah Menengah Doktor Burhanudin Taiping Berhad. 1971  Pada April 1971 Jabatan Kemajuan Kerjasama diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.  Angkatan Kerjasama Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) ditubuhkan bagi menggabungkan semua koperasi dan mewakili gerakan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa. 1973  Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah ditubuhkan dan mengambilalih penyeliaan koperasi berasaskan pertanian. 1974  Pada April 1974 Jabatan Kemajuan Kerjasama diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Ekonomi Desa.  Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pula ditubuhkan dan mengambilalih penyeliaan koperasi berasaskan perikanan. 1975  Jabatan Kemajuan Kerjasama dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi. 1977  Pada Mac 1977 Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah Kementerian Pertanian
  • 7. 1981  Pada Julai 1981 Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar 1982  ‘Era Baru Koperasi’ telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Musa bin Hitam 1983  Pesuruhjaya penyemak undang-undang di Jabatan Peguam Negara telah membuat semakan ke atas Ordinan Koperasi 1948 untuk mengemaskini peruntukan- peruntukannya 1985  Tabung Modal Pusingan - Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP- JPK) dibentuk bertujuan memberi pinjaman kepada koperasi yang hendak melaksanakan projek berdaya maju 1991  Pada bulan Februari Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi 1994  Akta Koperasi 1993 mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1994. 1995  Akta Koperasi 1993 telah dipinda dengan memasukkan seksyen baharu iaitu seksyen 71A yang telah menggariskan panduan pembubaran dan penyusunan sesebuah koperasi menjadi syarikat. 2002  Hari Koperasi Negara yang pertama dengan tema “Koperasi Wadah Pembangunan” telah diadakan pada 21 Julai 2002 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. 2004  Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. 2005  Kabinet meluluskan penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menggantikan Jabatan Pembangunan Koperasi.  Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) ditubuhkan pada 18 April 2005. 2007  Pindaan terhadap Akta Koperasi 1993 untuk diselaraskan dengan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007. 2008  Pada 1 Januari 2008 Jabatan Pembangunan Koperasi telah diperbadankan menjadi Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 2009  Pada 20 April 2009 Suruhanjaya Koperasi Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang kemudiannya bertukar nama kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 11 Jun 2009.
  • 8. 2010  Pelancaran Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 16 Julai 2010. 2011  Majlis Pelancaran Penjenamaan “Coop 1M” dan Perasmian Distribution Centre (DC) milik Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPFB) telah dirasmikan oleh YB Menteri PDNKK pada 27 Oktober 2011.  Majlis Pelancaran Hari Koperasi Antarabangsa 2012 telah disempurnakan oleh YB Menteri PDNKK pada 26 November 2011 2012  Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa dengan tema “Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat”.  1st ASEAN Regulators/Senior Government Officials of Co-operatives’ Meeting pada 5 hingga 6 Julai 2012 di Putrajaya. 2013  Pelancaran logo baharu Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 16 Julai 2013. 1st Asia Pacific Co-operative Registrars’ Conference diadakan pada 10 hingga 12 Disember 2013 di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor. 2014  Pembelian Menara SKM pada 15 Mei 2014 di Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, Bukit Damansara,Kuala Lumpur sebagai Ibu Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 2015  Lab Penyediaan Blueprint Peneraju Sektor Pemborongan dan Peruncitan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 6 hingga 9 Oktober 2015.  Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah dinobatkan sebagai Johan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2015 peringkat KPDNKK Kategori Pengurusan.
  • 9. 3.0 Berikut adalah aktiviti yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia: Bil Tarikh/ Tahun Aktiviti/Program/ Kursus Status Kejohanan Lokasi/ Tempat 1 31 Disember 2015 Perasmian Raingkaian DC dan Outlet imCoop milik Iskandar Johor Berhad National Kedai Komuniti Harga Patut, Johor Bahru 2 2015 Program Pertanian dan Industri Asas Tani National Kota Tinggi, Johor Bahru 3 14 -16 Ogos 2015 Program-program Promosi dan Pembudayaan Koperasi: Sambutan Hari Koperasi Negara National Tebingan Sungai Kuching, Sarawak 4 26 Januari 2015 Lawatan Kerja Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Wakil Gerakan Koperasi bersama YBM KPDNKK Ke Cooperative Development Authority (CDA) dan Kedutaan Malaysia International Manila, Filipina 5 30 September – 3 Oktober 2015 Seminar Regional Consultation Of High Ranking Government Officials & Cooperative Leader International Jakarta 6 27 Oktober – 2 Novenber 2015 Seminar Educational And Work Cooperative Meeting International Brazil 7 10 – 14 Novenber 2015 Seminar ICA Conference dan Assembly International Antalya, Turkey 8 29 November– 19 Disember 2015 Kursus Economic Partnership Program International Tokyo dan Hiroshima, Jepun
  • 10. (EPP) - Value Chain Business In Marketing Of Cooperatives 9 2011 - 2015 Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) International Kuala Lumpur 10 2014 - 2015 Majlis Ikrar Integriti Korporat (CIP) antara SKM DAN SPRM International Kuala Lumpur 11 26 Februari 2015 Majlis Perhimpunan Bulanan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bil. 2/2015 dan Majlis Tahlil serta Bacaan Yasin National Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia 12 15 Mac 2015 Program Kembara Ilmu Berkoperasi dan Majlis Pelancaran Koperasi National Teluk Renjuna dan Pulau Seratus Tumpat, Kelantan 13 3 April 2015 Majlis Menandatangani dan Penyerahan Nota Serah Tugas Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia National Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia 14 15 April 2015 Anugerah Penarafan Bintang Koperasi dan Pelancaran GP 27 International Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia 15 1 Mei 2015 Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) International Bayview Hotel, Langkawi, Kedah 16 17 Jun 2015 Lawatan Rasmi International Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia 17 30 Julai 2015 Majlis Ramah Mesra International Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia
  • 11. 18 30 Julai 2015 Gerakan Koperasi International Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia 19 30 Julai 2015 Majlis Pelancaran Promosi Hari Koperasi Negara 2015 National Kuala Lumpur 20 14-21 September 2015 Lawatan YB Menteri KPDNKK Ke United Kingdom dan German International United Kingdom dan German 21 6-9 Oktober 2015 Lab Penyediaan Blueprint Peneraju Sektor Pemborongan dan Peruncitan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, International Colmar Tropicale, Bukit Tinggi 22 5-7 November 2015 Program Pemantapan dan Pengukuhan Pegawai SKM International UITM Sri Iskandar, Perak 23 5-7 November 2015 Karnival Sukan dan Karnival Koperasi International UITM Sri Iskandar, Perak 24 27-31 Disember 2015 Lawatan Kerja Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia International Jakarta dan Bandung, Indonesia 4.0 Strategi Bagi Menjana Sumber Kewangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM): Pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan telus memainkan peranan penting bagi menghasilkan penambahan pendapatan dan sumber kewangan kepada Suruhanjaya untuk kepentingan pertubuhan tersebut. Selain daripada mengurus peruntukan belanja daripada Kerajaan, Suruhanjaya juga mengurus dan memperoleh hasil daripada pelaburan Kumpulan Wang Amanah (KWA). Selanjutnya, Suruhanjaya melalui Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) sentiasa berperanan untuk merancang dan mengawal belanjawan, membuat bayaran serta mengakaunkan setiap hasil dan perbelanjaan. BKA sentiasa mematuhi dasar- dasar Kewangan dan Akaun yang digunapakai di peringkat Persekutuan yang bersesuaian dengan Suruhanjaya, antaranya melalui garis panduan perbelanjaan berhemah, bayaran dalam masa (14) hari serta dasar-dasar lain yang menjadi panduan kepada Suruhanjaya.
  • 12. Sumber kewangan utama Suruhanjaya adalah pemberian daripada Kerajaan Malaysia yang diterima melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk belanja mengurus serta pembangunan, di samping peruntukan KWA pendidikan dan pendapatan dijana sendiri. Misalnya, pendapatan yang dijana sendiri adalah terdiri daripada yuran pendaftaran dan pindaan undang-undang kecil koperasi, fi audit, caj pengurusan dana, caj carian, kompaun, sewaan, hasil daripada pelaburan dan lain-lain. Selain itu, sumber dana diperolehi daripada caruman wajib koperasi melalui dana Kumpulan Wang yang diwujudkan di bawah Akta Koperasi 1993. Contohnya, dalam memastikan setiap koperasi membuat caruman wajib terhadap Kumpulan Wang Amanah (KWA) sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta Koperasi 1993, Suruhanjaya dari semasa ke semasa mengambil tindakan dengan membuat kutipan caruman yang tertunggak daripada koperasi iaitu melalui sesi lawatan konsultasi ke koperasi yang ingkar membayar caruman dan mengeluarkan surat peringatan. Pemantauan ke atas penggunaan peruntukan untuk kedua-dua Kumpulan Wang ini terus dipertingkatkan di samping mengamalkan perbelanjaan secara berhemah. Antara strategi yang dilaksanakan adalah memproses permohonan berdasarkan perancangan, membuat naziran audit dan pelaporan keberkesananan impak bagi sesuatu program. Secara keseluruhan, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan (PPP) bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah tamat tahun kewangan. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang diaudit hendaklah dikemukakan untuk Kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya bagi menjayakan pertuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
  • 13. Bibliografi Ahmad Marzuki Ismail(a). (2004). Panduan Asas Gerakan Koperasi Sekolah di Malaysia. Selangor:Yeohprinco Sdn. Bhd Hayati Md Salleh, Asha’ari Arshad, Ahmad Faizal Shaarani & Norbiha Kasmuri. (2008). Gerakan Koperasi di Malaysia. Selangor: Maktab Kerjasama Malaysia. Husin Ibrahim Mamat. (2007). Pemimpin Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rohayati bt Ismail (1 996). Kejayaan pengurusan koperasi sekolah-sekolah menengah di Kubang Pasu Kedah Darul Aman: Satu analisis (Tesis Ijazah Sarjana Sains, Universiti Utara Malaysia).