SlideShare a Scribd company logo
SULIT*

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN

          940/1                                                              PERCUBAAN STPM 2012
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR20JABATANPELAJARANNEGERISELAN

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGABATANPELAJARANNEGERISELAN
                                                 SEJARAH
JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN

JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN
                                      KERTAS 1
                           (TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800)

                                                 (Tiga jam)
                           SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
                           JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

                        SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
                           (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
    Arahan kepada calon:
    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
    Jawab empat soalan sahaja. Dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.

    Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]



                           Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.

                                 © Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012

    STPM 940/1                                                                      [Lihat sebelah]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.                 SULIT*


                                                     1
                            [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
BAHAGIAN A

1.   Perihalkan Konsep Tamadun Dan Bincangkan Faktor – Faktor Utama Yang mempengaruhi
     tamadun awal manusia .

     PENGENALAN [3M]

     1 Sebelum munculnya tamadun terdapat kelompok – kelompok masyarakat yang berselerak di merata –
       rata tempat, menunjukan bentuk kebudayaan, kebendaan dan kerohanian yang berbeza. Semasa zaman
       Neolitik, terdapat perbezaan – perbezaan yang disebabkan oleh percubaan manusia untuk
       menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur – unsur kehidupan.


     2 Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia
       pada tahap Neolitik. Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang lebih jauh
       kompleks daripada perkampungan sebelumnya.


     ISI –ISI PENTING

     KONSEP TAMADUN [5M]

     1.   Tidak ada sesuatu takrifan yang muktamad. Salah satunya takrifan oleh Gordon Childe, seorang ahli
          kaji purba Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya tamadun
          melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian diri dengan
          persekitarannya. Pada titik itulah, manusia berkumpul di suatu pusat yang dapat memenuhi kehendak
          mereka, iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan, interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan
          pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural potential untuk
          kehidupan yang lebih sempurna, pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan, kegiatan
          pertanian serta pertumbuhan seni, sains dan teknologi.


     2.   Masyarakat yang terdapat di Mesir dan Mesopotamia menjadi lebih teratur apabila suatu bentu
          kerajaan timbul dengan munculnya golongan Paderi yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnya.
          Agama digunakan sebagai kuasa untuk mengawasi golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi.


     3.   Pembinaan bangunan – bangunan berlaku untuk memenuhi fungsi agama, sosial, politik dan ekonomi
          dan akhirnya ( terdapat penciptaan tulisan ) untuk merekodkan pengalamannya untuk kegunaan
          jangkamasa panjang. Proses perbandaran membolehkan manusia menghadapi cabaran – cabaran
          fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya untuk menentukan takdir mereka.

     FAKTOR – FAKTOR UTAMA [ 5 ISI X 3M = 15M]


     1. Petempatan Kekal

          Kemunculan tamadun awal sejak 3,500 SM telah disebabkan oleh wujudnya petempatan kekal.
          Wujud masyarakat bercorak perkampungan di mana manusia dapat berkumpul di
          sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya
          persekitarannya dapat dikuasai    dengan lebih berkesan. Manusia tidak lagi berpindah-randah
          kerana kini mereka dapat bergantung kepada       bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar
          kawasan petempatan mereka. Petempatan kekal ini kemudiannya mewujudkan urbanisasi.

     2    Eksploitasi Sumber Alam/Kepentingan Sungai.
                                                     2
                          [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di lembah sungai untuk menjalankan aktiviti pertanian
    dan      penternakan. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir
    menunjukkan       kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-
    besaran. Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun awal terletak di tebing-tebing sungai besar
    seperti Sungai Nil,       Tigris dan        Euphrates, Indus dan Hwang Ho.

3   Kemajuan Teknologi

    Manusia mula mencipta pelbagai peralatan yang membawa kemajuan teknologi. Hal ini terbukti
    dengan penggunaan logam seperti tembaga, gangsa dan besi. Penggunaan bajak menyebabkan
    manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan
    seperti kuda dan kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau         membajak sawah.     Selain
    daripada itu, manusia juga telah berjaya mencipta pelbagai peralatan daripada tembikar.

4   Penciptaan Roda

    Penciptaan roda telah mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri
    terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Roda        telah
    meningkatkan     daya produktiviti manusia. Penggunaan roda sebagai alat industri menyebabkan
    barang yang      dikeluarkan mempunyai bentuk yang seragam dan dapat dijadikan barang-barang
    eksport. Roda dapat        menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun lain
    seperti perdagangan antara          Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan
    Mohenjo-Daro.

5   Sistem Tulisan

    Penciptaan sistem tulisan telah menjadi asas kepada penambahan pengetahuan dan melicinkan
    pengurusan ekonomi. Tulisan telah digunakan untuk merekod hal agama, pentadbiran dan
    perdagangan. Sistem tulisan Cuneiform telah wujud dalam tamadun Mesopotamia, tulisan hieroglif
    dalam tamadun Mesir dan tulisan ideogram dalam tamadun Hwang Ho.

6   Organisasi Sosial

    Organisasi sosial atau susun lapis dalam masyarakat telah membawa kepada kemunculan tamadun.
    Masyarakat memerlukan pemimpin untuk menyelaras dan memberikan arahan. Pahlawan            pula
    diperlukan        untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendeta untuk menjalankan
    kegiatan agama. Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang yang berkuasa.Pahlawan
    dengan senjatanya.         Paderi pula dengan pengetahuannya tentang tuhan. Majoriti masyarakat
    yang tidak memiliki alat dan         pengetahuan menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di
    sesuatu petempatan terbahagi kepada          kelas pemerintah dan rakyat.



7   Pengkhususan Kerja

    Kehidupan yang bertambah kompleks menyebabkan masyarakat memerlukan kepada pengkhususan
    untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Peningkatan
    produktiviti telah menjamin keperluan bekalan di sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan
    sesetengah penduduk di situ        menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan
    kesenian atau aktiviti keagamaan. Hal ini  membawa kepada bermulanya pengkhususan kerja dalam
    masyarakat.

                                              3
                     [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
8   Agama dan Kepercayaan

         Agama dan kepercayaan telah membawa kepada kemunculan tamadun. Ia membantu manusia akur
         dengan hukum-hukum alam. Kehidupan lebih memberikan penekanan kepada nilai-nilai agama dan
         kepercayaan      yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah untuk
         pertanian. Contohnya,   orang-orang Mesir percaya bahawa tuhan tinggal di Lembah Sungai Nil.



9.   Perbandaran.


10. Migrasi ( Penghijrahan ).


11. Kemajuan ekonomi.


12. Geografi.


C.   Kesimpulan ( 2markah )

     Secara keseluruhannya, sesuatu tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal dan
     berorganisasi. Faktor-faktor kemunculan tamadun itu saling berkaitan dan saling melengkapi.
     Melaluinya lahirlah tamadun-tamadun awal manusia seperti tamadun Mesopotamia, Mesir dan
     Hwang Ho.


        Soalan ini lebih menjurus kepada faktor pembentukan tamadun.
        Huraian calon mesti disertakan dengan contoh-contoh untuk mendapatkan markah penuh.




                                                  4
                        [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
2. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan pemerintahan empayar
   tamadun China .


PENGENALAN : (3m)

      1.   Latar belakang Shih Huang Ti
                a) Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M.
                b) Beliau telah mengasaskan empayar yang luas sehingga Sungai Merah di Vietnam
                c) Berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan pusat.
      2.   Sistem pemerintahan empayar di China
                a) Ketua kerajaan pusat ialah maharaja atau Huang Ti.
                b) Gelaran Huang Ti digunakan oleh maharaja pertama Dinasti Chin.
                c) Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap sebagai The
                   Great King dan The King of Kings.
                d) Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua kerajaan, ketua
                   hakim, dan ketua agama.


ISI JAWAPAN (7 Isi x 3m=21m)

      1.   Sistem pemerintahan berpusat
                 i. Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang
                ii. Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah terus dari ibu
                    kota.
               iii. Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik.
      2.   Menghapuskan sistem feudal.
                 i. Menghapuskan sistem feudal dengan menghapuskan kuasa dan pengaruh golongan
                    aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah.
                ii. Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di
                    sekitar kawasan istananya.
               iii. Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsein Yang, pusat
                    kerajaan Dinasti Chin.
      3.   Memperkenal ’scholar sistem’
                 i. Melatih sekumpulan kakitangan awam untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang
                    berkhidmat dengannya.
                ii. Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam.
               iii. Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan dilantik secara warisan melalui sistem
                    feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan dengan
                    ketat.
      4.   Mewujudkan tiga pentadbiran utama
                 i. Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha
                    Imperial dan Grand Commandant.
                ii. Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana.
               iii. Masing-masing mempunyai tugas khas. Contoh : Canselor mengawal keputusan dasar-
                    dasar kerajaan dan lebih tinggi daripada jawatan lain. Setiausaha Imperial
                    bertanggungjawab dalam membuat arahan, merekrut, dan menyelia ahli-ahli perkhidmatan
                    raja. Grand Commandant mengawal tentera-tentera raja.
               iv. Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan tiada
                    seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja.
      5.   Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah/provinsi
                 i. Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah).
                ii. Menghapuskan kuasa golongan bangsawan memerintah wilayah.
               iii. Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang
                    terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa kepadanya.
                                                    5
                         [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
iv. Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja.
                    v. Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mencabar kerajaan
                        pusat sebagaimana dalam sistem feudal.
      6.        Melantik pemerhati/perisik wilayah
                     i. Untuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati dilantik bagi mengawasi tindak-
                        tanduk gabenor-gabenor di wilayah.
                    ii. Pegawai-pegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di kerajaan pusat dan
                        dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah dalam empayarnya.
      7.        Penguatkuasaan undang-undang
                     i. Penduduk di China diatur dalam kumpulan –kumpulan keluarga yang mempunyai
                        tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan dan
                        ketenteraan.
                    ii. Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang kejam.
                   iii. Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara
                        China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkan pemerintahannya.
      8.        Dasar pengawalan ke atas rakyat
                     i. Mengamalkan sistem undang-undang yang ketat berasaskan fahaman legalisme yang
                        bertujuan mengawal tingkah laku rakyat melalui undang-undang dan tindakan yang keras.
                        Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar yang
                        diamalkannya.
                    ii. Sarjana-sarjana yang ingkar dihukum bunuh.
                   iii. Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah,
                        dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada kerajaan.
      9.        Memperkukuh sistem pertahanan daripada serangan luar.
                     i. Mempertahan daripada serangan orang gasar khususnya orang orang Hsiung Nu dengan
                        membina Tembok Besar Negeri China.
                    ii. Menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menara
                        kawalan untuk memerhati gerakan musuh.
                   iii. Memperbesar dan memperkuat pasukan tentera.


     KESIMPULAN (1m)

           1.      Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya. Sikap beliau yang autokratik dan zalim
                   menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi gagal.
           2.      Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang Ti pada tahun
                   210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar yang luas.



3.         Bincangkan organisasi Ketenteraan Indiasebelum Islam .


      PENGENALAN:[3M]

      (a) Organisasi ketenetraan merujuk kepada perkara – perkara berikut:
           1. Jenis – jenis tentera yang mengepalai sesuatu peperangan seperti tentera berjalan kaki (
               infantri ) tentera berkuda ( Kavalri ) dan tentera berkereta kuda dua.
           2. Pentadbiran tentera/logistik.
           3. Sitrategi peperangan.
           4. Taktik peperangan.
           5. Teknologi senjata.
      (b) Pengenalan kepada tamadun India.
      (c) Kepentingan organisasi ketenteraan dalam tamadun India.


                                                         6
                              [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
ISI JAWAPAN . [ 7 ISI X 3M = 21M]

    1.  Angkatan tentera India dibahagikan kepada empat kategori, iaitu tentera bergajah, tentera berkuda,
        tentera berkereta kuda dan tentera infantri. Tedapat juga beberapa kategori tentera lain seperti tentera
        laut, pengintig, anggota kumpulam perintis dan komisariat. Atthasastra menyebut satu unit tentera
        India mengandungi 45 kereta kuda, 45 gajah, 225 kuda dan 675 tentera. Chandragupta Maurya
        menakluk sebahagian besar India dengan angkatan tentera seramai 600,000 orang dan Raja Chola,
        Rajaraja I menakluki Calukya dengan angkatan seramai 900, 000 orang.
    2. Penggunaan gajah dalam pertempuran dinyatakan dalam kitab Budhisme. Raja Bimbasara dari
        Maghda dikatakan mempunyai tentera bergajah terlatih yang memainkan peranan seperti kereta
        perisai. Ia digunakan untuk memecah barisan tentera musuh, meruntuhkan pagar kubu, pintu kota,
        benteng pertahanan musuh dan mengangkut dua atau tiga tentera yang lengkap dengan senjata seperti
        busar dan lembing. Penggunaan gajah sebagai hadiah persembahan dan faktor kritikal dalam
        hubungan diplomasi pemerintah India dengan kuasa luar.
    3. Tentera berkuda India agak lemah dan ini merupakan punca kekalahan tentera India ketika
        menghadapi serangan daripada penakluk – penakluk asing. Umpamanya, Mahmud Ghori menundukan
        Prthviraja pada tahun 1162 masihi kerana pasukan kavalari India amat inferior berbanding tentera
        musuh.
    4. Kapal laut juga digunakan oleh tentera India untuk mengangkut tentera di sepanjang sungai utama
        India. Raja Pulakesin II, menghantar angkatan tentera laut untuk menawan Puri. Raja – raja Chola
        seperti Rajaraja I dan Rajendra I mempunyai angkatan tentera laut yang tetap.
    5. Terdapat ahli perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera India untuk memberi bantuan
        kepada askar – askar yang tercedera dalam medan perang. Wanita juga turut berkhidmat dalam
        menyediakan makanan bagi para tentera.
    6. Pada zaman pertengahan, tenetra mempunyai panglima yang diketuai oleh panglima agung dikenali
        sebagai Mahasenapati. Di bawah panglima terdapat kapten Nayaka yang menyerupai golongan
        bangsawan feudal.
    7. Dari segi peralatan, tentera India memiliki meriam, kayu pelontar, busar, pedang, tombak dan
        lembing yang merupakan senjata yang biasa digunakan oleh askar India.
    8. Pembinaan kubu pertahanan merupakan satu lagi aspek penting ketenteraan India. Umpamanya,
        sebuah tembok panjang telah dibina di Kota Rajagraha, ibu kota Magadha untuk menghalang musuh.
    9. Peranan pendita dalam peperangan. Masyarakat India menganggap peperangan sebagi upacara
        keagamaan di mana tarikh dan masa yang sesuai untuk berperang ditetapkan oleh ahli astrologi.
    10. Pemusatan kuasa ketenteraan ditangan maharaja.

KESIMPULAN: [1M]
     Organisasi ketenteraan mempunyai peranan yang penting dalam memastikan kejayaan sesuatu operasi
     ketenteraan. Kejayaan kerajaan India dalam mempertahankan kerajaannya dari diserang oleh musuh
     dari zaman Klasik hingga zaman Awal moden dalah dibantu oleh organisasi ketenteraan yang utuh.



4. Jelaskan matlamat pendidikan formal di China dan Rom.

PENGENALAN ( 3 MARKAH )
         Proses pendidikan manusia berbentuk formal atau tidak formal bermula dengan kebangkitan
         manusia bertamadun. Tetapi objektif-objektif dan institusi-institusi adalah berlainan dari tamadun
         ke tamadun dan juga berlainan dari masa ke masa. Pendidikan adalah berkait rapat dengan
         keperluan politik, agama dan sosial serta aliran pemikiran tentang konsep ilmu dan pendidikan di
         suatu tamadun atau negara. Institusi-institusi pendidikan juga dibina mengikut objektif-objektif itu
         dan memang membayangkan proses penginstitusian ilmu yang ditentukan oleh keperluan politik,
         kebudayaan dan agama.

ISI – ISI PENTING

                                                       7
                          [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Matlamat sistem pendidikan China ( 5 isi X 2 markah = 10 markah)
      1.   Pendidikan di China tradisional bertujuan memenuhi keperluan kerajaan demi kepentingan
           memberikan suatu asas yang kukuh untuk mengekalkan kuasa politik, birokrasi dan
           kedaulatan maharaja serta mengekalkan keharmonian masyarakat dan ketaatsetiaan rakyat
           terhadap raja dan negara. Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan pemikiran bebas rakyat
           bawahan atau golongan atasan tetapi sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya supaya
           dapat memupuk hubungan eratnya rakyat dengan kerajaan, menjamin kestabilan sistem politik
           dan keharmonian masyarakat. Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi politik dan
           kurikulum pendidikan China sejak Dinasti Han untuk mewujudkan sekelompok elit (Scholar-
           gentry) yang telah menyerap nilai-nilai moral dan etika Confucia.nisme yang akan menyokong
           dan memperkukuhkan status politik Maharaja China dan keraj aannya.


      2.   Bertujuan menegakkan hubungan persaudaraan dan kepentingan nilai kekeluargaan iaitu
           sifat-sifat ketaatan terhadap ibu -bapa dan- orang tua dan penghormatan terhadap pegawai-
           pegawai kerajaan. Untuk memupuk nilainilai moral dan etika yang diperlukan oleh pihak
           pemerintah maka kurikulum pendidikan adalah berdasarkan Sembilan Buku Suci, iaitu Five
           Classics dan The Four Books. Five Classics adalah Shu Ching (Book of History), Shih Ching
           (Book of Poetry), Yi Ching (Book of Changes), Li Chi (Book of Rites) dan Chun-Chiu (Spring
           and Autumn Annals). The Four Books tediri daripada Annalests, Great Learning, Doctrine of the
           Mean, dan Works of Mencius


      3.   Pada keseluruhannya, pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakan
           golongan elit (pemerintah) daripada golongan massa (diperintah). Menurut pemikir
           Confucianisme, elit yang berpendidikan tinggi adalah Chun tze atau manusia yang unggul (the
           super or man) dan oleh kerana itu rakyat haruslah menghormati Chun-tze. Jadi, pendidikan boleh
           dianggap sebagai penentu peranan dan hierarki masyarakat China tradisional.


      4.   Sejak Dinasti Han sistem peperiksaan awam telah diwujudkan untuk memilih pegawai kerajaan
           (birokrasi). Calon-calon yang cemerlang dalam peperiksaan boleh dilantik memegang jawatan
           jawatan kerajaan di ibu kota dan wilayah. Sistem ini dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Ching
           pada tahun 1911 TM.

      5. Menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China seperti Kung Fu tze, Lao Tze
         dan Mo Tze


      Matlamat sistem pendidikan Rom ( 5 isi X 2 markah =10 markah)
       1. Pembinaan etika dan moral dalam masyarakat :

            Matlamat pendidikan formal dalam tamadun Rom ialah untuk melahirkan masyarakat yang
            tinggi nilai moral dalam hubungan dengan manusia dan alam.

       2. Pembinaan keperibadian atau sahsiah.

            Matlamat pendidikan formal dalam tamadun Rom untuk memupuk berkembangnya sikap
            praktikal, utilitarian dan pragmatik supaya rakyat Rom boleh menyumbang kepada pembinaan
            dan pengukuhan empayar.

       3. Kemahiran Intelektual



                                                    8
                        [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Matlamat pendidikan formal dalam tamadun Rom bertujuan untuk membasmi buta huruf supaya
              lahirnya masyarakat yang celik huruf, berintelektual dalam ilmu sekular seperti falsafah,
              teknologi, matematik, dan sains.

        4.    Membina Tanggungjawab dan peranan Rakyat


              Bagi golongan patrician kurikulum difokuskan kepada teknik penghujahan dan retorik supaya
              memupuk dan melahirkan pemimpin yang berwibawa. Manakala bagi golongan bawahan,
              pendidikan formal memberatkan latihan fizikal dan tentera untuk meghasilkan rakyat yang
              bersedia mengorbankan nyawa untuk mempertahankan Empayar Rom.

        5. Kenegaraan.

              Dalam tamadun Rom melalui pendidikan formal ditekankan kurikulum kewarganegaraan supaya
              dapat melahirkan masyarakat yang bersemangat patriotik dan bersifat patuh kepada undang-
              undang negara.

       6.    Keperluan kepada pentadbiran negara.

             Dalam tamadun Rom pendidikan formal bertujuan melahirkan jurutulis untuk merekodkan
             kegiatan pentadbiran, penulisan undang-undang Papan 12, merekodkan kegiatan jual-beli dan lain-
             lain. Dokumen yang ditulis menjadi sebagai bahan bukti rekod untuk simpanan kerajaan.

       7.    Mempertahankan negara


        KESIMPULAN [1M]
        Apa apa sahaja yang berkaitan.




5.      Bincangkan sumbangan I-Ching dan Marco Polo dalam bidang penjelajahan
        dan penerokaan.


A.    PENGENALAN [ 3 Markah ]

1.    Latarbelakang I-Ching dan Marco Polo merupakan dua orang tokoh yang memberikan sumbangan besar
      dalam bidang penjelajahan dan penerokaan. I-Ching dilahirkan pada 635SM di Fan Yang. Beliau
      mengembara ke India untuk mendalami ilmu agama Buddha. Marco Polo merupakan seorang pedagang
      dan pengembara terkenal dari bandar Venice, Itali. Marco Polo menyertai rombongan perdagangan
      ayahnya Niccolo Polo dan bapa saudaranya Maffeo Polo ke China.
2.    Konsep penjelajahan dan penerokaan.


B. ISI ( 20 markah )

Sumbangan I-Ching [ 4 X 2 Markah = 8 Markah ]




                                                     9
                          [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
1.   Pengembaraan
       Beliau belayar ke India pada 671M.
       Dalam perjalanan beliau singgah di Srivijaya dan Kedah.
       Beliau tiba di India pada tahun 673 M dan mendarat di Tamralipti.
       Setelah menuntut di Nalanda, beliau kembali ke China pada 685 M.


2.   Mendalami Ilmu Sanskrit.
      Ketika berada di India , beliau belajar bahasa Sanskrit.
      Mengumpul lebih 500 ribu sloka Tripitaka di India dan menterjemahkan seloka-seloka tersebut.


3.   Mendalami Agama Buddha
      Beliau mempelajari agama Buddha di Nalanda selama 10 tahun.
      Beliau singgah di Srivijaya yang merupakan pusat pengajian agama Buddha.


4.   Menulis Karya Sejarah
      Beliau menulis rekod sejarah tentang Srivijaya, Kedah Tua dan Jambi.
      Beliau merekodkan pengalaman dalam kitab Nan Hai dan Ta Tung.
      Beliau juga menulis tentang Srivijaya dan tempat-tempat lain yang dilawati


5.   Mengumpul dan Menterjemah Kitab-Kitab Suci
      Beliau mengumpul 4000 naskah kitab suci agama Buddha.
      Selanjutnya beliau menterjemahkan 56 kitab suci dan diterbitkan dalam 230 jilid.


Sumbangan Marco Polo [ 6 X 2M = 12 markah ]



1.   Lawatan ke China
               Beliau mengetuai lawatan ke China ketika berusia 17 tahun.
               Dalam perjalanan ke China, beliau melalui Parsi, Hormuz, Belkh dan Khotan.
               Perjalanan ke China memakan masa 3 tahun.
               Beliau singgah di Sumatera, Sri Lanka, Koromandel, Gujerat, Hormuz dan Parsi.


2.   Berkhidmat Sebagai Duta
       Ketika berada d China, beliau dilantik sebagai duta oleh Maharaja China.
       Beliau pernah berkhidmat sebagai duta di Shensi, Szechuan, Yunan, Tibet dan Burma.
       Beliau dilantik sebagai duta kerana mempunyai pengetahuan yang tinggi.


3.   Catatan Pengalaman
       Beliau menulis pengalaman ketika berada di China dalam buku berjudul ‘The Travels of Marco Polo”
       Buku ini mengandungi maklumat tentang kekayaan negara China, saiz negara China dan negara-
        negara jiran yang kuat.


4.   Mempercepatkan pemindahan teknologi dari China ke Barat.
      Marco Polo berpeluang menyaksikan kemajuan peradaban China.
      Beliau menyaksikan kemajuan orang China dalam penggunaan kertas, percetakan blok, asbestos dan
       melebur arang batu.

                                                    10
                          [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
5.    Peningkatan Ilmu Geografi dan Kartografi.


6.    Mencetus dan menggalakkan dalam pengembaraan khususnya penerokan Protugal dan Sepanyol.
      Buku ini mendorong pengembara dan Mubaligh Eropah seperti Christopher Columbus belayar ke Timur.


7.    Mengubah mentaliti dan sikap pemimpin Eropah.


8.    Dapat mempercepatkan dan meningkatkan hubungan perdagangan China dan Eropah.


9.    Meningkatkan pengetahuan tentang hal-hal ketimuran.


C. Kesimpulan ( 2 Markah )

1.    I-Ching dan Marco Polo merupakan dua tokoh yng memberikan sumbangan besar dalam bidang
      penjelajahan dan penerokaan. Sumbangan utama I-Ching adalah mempelajari dan menyebarkan ilmu
      agama Buddha. Sumbangan utama Marco Polo adalah menyebarkan maklumat tentang kekayaan
      peradaban timur yang mendorong orang barat belayar ke timur.


Pengenalan dan kesimpulan harus memperkenalkan tajuk kedua-dua tokoh.



     6. Sejauhmanakah faktor keagamaan mempengaruhi perkembangan pencapaian seni
     bina tamadun awal manusia


PENDAHULUAN ( 3M)

     1.    Maksud kesenian dan seni bina
           Kesenian merujuk kepada usaha manusia untuk mencipta sesuatu bentuk yang menyenangkan. Seni
           juga dianggap sebagai semua yang boleh menimbulkan keindahan atau keharuan sehingga dapat
           melahirkan kesenangan. Kesenian dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni halus dan seni
           gunaan. Seni bina termasuk dalam kategori seni gunaan. Seni bina yang dihasilkan berasaskan kepada
           aspek kecantikan , ekspresi dan kegunaan.

     2.     Latar belakang tamadun awal dengan merujuk kepada tamadun Mesopotamia , Mesir , China , India ,
            Yunani dan Rom.


ISI JAWAPAN ( 5 ISI X 4M = 20M )

      1.    Keagamaan
           Faktor keagamaan adalah salah satu perkara penting dalam kemajuan seni bina. Ianya menjadi satu
           perkara penting dalam kehidupan dan dalam upucara keagamaan. Mereka perlu menyediakan tempat
           kediaman untuk tuhan yang dipuja dan tempat pemujaan untuk mengadakan perayaan keagamaan .
           Contohnya di Mesopotamia ,telah dibina rumah berhala berbentuk piramid yang dikenali sebagai

                                                      11
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Ziggurat. Di Mesir pula telah dibina sebuah rumah ibadat atau piramid yang dibina menghala sungai
      seperti Kuil Agung di Karnak dan Kuil Permaisuri Hatshepsut . Di Rom juga dibina sebuah Kuil
      berbentuk kubah yang dikenali Panthenon dengan keistemewaannya kubahnya tidak disokong oleh
      sebatang tiang pun . Mereka juga membina kuil untuk Dewa Apollo yang bercirikan jajaran tiang-
      tiang. Manakala di India pula . kuil di Ellora yang dibina daripada batu-batu besar. Di Yunani
      (Athens) zaman Pericles telah dibina kuil daripada batu marmar untuk dewa Athena yang diberi nama
      Parthenon atau Temple of the Virgin di atas Acropolis . Manakala di Alam Melayu Candi Borobodor
      di Jawa Tengah yang dibina berasaskan ajaran Buddha semasa pemerintahan Raja-raja Sailendra.



 2.    Pertahanan
       Ancaman musuh dan binatang buas adalah satu lagi faktor wujudnya pelbagai jenis seni bina. Sistem
       pertahanan seperti kubu dan tembok dibina dengan kukuh , rapi dan sistematik di sekeliling tempat
       tinggal untuk tujuan keselamatan dari ancaman musuh. Contoh: di China di bina Tembok Besar
       China yang dianggap sebagai tujuh keajaiban dunia semasa pemerintahan Shih Huang Ti bertujuan
       mengatasi ancaman orang Gasar Hsiung Nu. Di Mesopotamia telah membina tembok di sekeliling
       bandar dan mempunyai bentuk yang berlainan bagi mengatasi serangan daripada musuh . Di India
       pula dibina kubu pertahanan untuk menghadapi ancaman musuh

 3.    Organisasi Sosial
       Kemunculan orhganisasi social juga mempengaruhi kemajuan seni bina. Masyarakat di kesemua
        tamadun terbahagi kepada golongan pemerintah dan diperintah. Raja dan golongan bangsawan
        sebagai golongan pemerintah perlu ada lambang kemegahan sendiri . Ini telah membawa kepada
        pembinaan istana , makam, pusara , candi dan sebagainya. Di Rom , pembinaan istana pada zaman
        Maharaja Augustus Caesar yang mempunyai sebuah istana di Bukit Palatine .

        Di Mesopotamia pula makam Diraja pada zaman Ur yang mempunyai kubah bersangga dari batu
         bakar yang disusun dengan menggunakan bitumen. Istana Diraja turut dibina yang mempunyai
         sebuah bilik khas untuk upucara ritual diraja. Di India pula pembinaan Stupa iaitu menara
         berbentuk kubah untuk memperingati golongan bangsawan dan para alim pada zaman vedik. Stupa
         juga sebagai tempat menyimpan bahan peninggalan si mati yang dibina di tepi sungai sebagai
         bahan tontotan. Di Mesir , pembinaan piramid yang terbesar telah dibina di Giza iaitu

         Piramid Firaun Khufu bertujuan menyimpan mayat raja-raja mereka yang dijadikan mumia,
         Sphinx di Gaza yang berbentuk singa dan berkepala manusia dan mempunyai muka Firaun Khafre
         .Candi-candi Diraja dan Mastaba juga dibina sebagai rumah bagi orang yang telah meninggal
         dunia .

4.    Nilai Estetika
      Kemunculan tamadun juga membawa bersama nilai-nilai estitika seperti riadah dan rekreasi. Dataran-
      dataran awam didirikan sebagai tempat riadah dan aktiviti sukan dan permainan . Ini membawa
      kepada pembinaan beberapa bangunan, misalnya di Rom , pembinaan Colloseum merupakan sebuah
      teater atau gelanggang untuk pelbagai jenis permainan . Circus Maximum turut dibina yang
      merupakan sebuah stadium yang menganjurkan pertandingan kereta kuda beroda dua (chariots) .
      Pembinaan kolam mandi di Caracalla seluas 11 hektar yang boleh memuatkan seramai 1500 orang .
      Di Mesopotamia , dibina Taman Tergantung Babylon pada zaman Raja Nebuchadnezar , dibina juga
      laluan pejalan kaki . Di India The Great Bath yang berukuran 11.8 meter panjang dan 7 meter lebar
      merupakan sebuah kolam mandi yang terdapat tangga dan serambi di sekelilingnya.

5.    Pentadbiran
                                                 12
                      [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Kewujudan Negara kota dan system pentadbiran yang teratur juga mempengaruhi pembinaan pelbagai
        bangunan. Contohnya , Firaun Mesir membina sebuah dewan berhampiran istana untuk mengadakan
        mesyuarat dengan pegawai dan golongan bangsawan yang datang mengadapnya. Untuk melicinkan
        urusan pentadbiran ini dibina sebuah dewan berhampiran istana. Di Rom pula , Dewan Perhimpunan
        ditubuhkan untuk membincangkan hal-hal politik dan melantik pegawai pegawai kecuali raja.

   6.    Ekonomi

        Perkembangan kegiatan ekonomi dalam tamadun awal juga mempengaruhi pembinaan bamyak
        kemudahan. Di Rom , pembinaan Aqueduct iaitu saluran air yang besar dan panjang untuk tujuan
        pengairan. Di Mesopotamia, pembinaan pasar seperti Bit Mahirim (kedai menjual barang mewah di
        Sippar ) dan gedung penyimpanan barang. Karu merupakan pusat komersil perdagangan yang ada
        gudang atau stor berniaga dan simpan barang dagangan juga turut dibina . Di China pula telah dibina
        sistem pengairan di Cheng Tu di wilayah Szechuan yang dibina zaman Dinasti Chou dan empangan
        di Sungai Wei bertujuan untuk memajukan ekonomi pertanian China

   7.   Urbanisasi

        Proses urbanisasi banyak mempengaruhi perkembangan seni bina tamadun awal. Penghijrahan
        penduduk yang berterusan membawa kepada kemunculan banyak tempat kediaman awam. Untuk
        memudahkan penduduk di sesuatu kawasan , disediakan pelbagai kemudahan asas yang secara
        langsung membawa kepada kemajuan seni bina, Contohnya , Di India , Bandar Mohenjo Daro
        Harappa terdapat pembinaan rumah yang dibina menggunakan batu bata saiz yang sama secara
        terancang dan tidak berselerak malah terletak di sepanjang jalan raya utama dan di lorong-lorong.
        Turut dibina juga kemudahan kolam mandi , kolam renang dan pembinaan Aqueduct di Rom yang
        membekalkan air bagi penduduk di kawasan bandar.

KESIMPULAN ( 2m)

         Jelaslah bahawa pencapaian seni bina tamadun awal telah memperlihatkan kehebatan pencapaian
          sesuatu tamadun dan sebagai lambang kemegahan sesuatu bangsa dan negara. Walaubagaimanapun
          kemajuan seni bina tamadun awal telah mengalami banyak kemerosotan dan runtuh tetapi masih
          ada lagi yang masih kekal sehingga hari ini.


  7. Huraikan pencapaian tamadun China dan tamadun Mesir dalam bidang perubatan.

    PENGENALAN ( 3 markah )

   1.   Tamadun Mesir purba dan China telah memberi sumbangan dalam lapangan perubatan. Kedua-dua
        tamadun tersebut telah melahirkan ramai tokoh-tokoh perubatan yang memberi sumbangan dalam
        pelbagai lapangan perubatan.
   2.   Latarbelakang tamadun China dan Mesir.


ISI-ISI PENTING

 Perubatan China : [ 10 markah 5 isi sahaja : 1 isi 2 markah ]

 1. Teori Perubatan


                                                   13
                         [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
 Mengikut teori perubatan China, manusia dianggap mikrokosmos yang mempunyai peredaran udara,
      angin, panas dan sejuk tersendiri.
   Terdapat dua sistem peredaran dalam tubuh badan manusia iaitu sistem peredaran darah dan sistem
      peredaran angin.
   Idea tentang peredaran darah muncul pada abad pertama masihi.
  2. Konsep Perubatan China

    Konsep perubatan China ialah konsep Yin dan Yang.
    Yin merujuk kepada kuasa pasif manakala Yang merujuk kepada kuasa aktif.
    Keseimbangan antara dua kuasa itu menandakan seseorang itu sihat.


  3. Cara Merawat Penyakit

    Terdapat tiga cara orang China merawat penyakit iaitu material medica, moksibusi dan akupunktur.
    Material medica merujuk kepada bahan-bahan seperti herba, galian dan anggota haiwan.
    Moksibusi merujuk kepada kaedah di mana sumbu dan moksa yang dibuat daripada herba dilekatkan
     pada kulit badan penyakit dan dibakar untuk menyembuhkan penyakit.
    Akupunktur merupakan rawatan mengubati penyakit dengan menusuk jarum pada tubuh manusia.


  4. Karya Perubatan

    Orang China juga menghasilkan dokumen tentang ilmu perubatan.
    Dokumen paling awal tentang perubatan tradisional China ialah Huang Ti Nei Ching
    Li Shih Chen menghasilkan lima tritis tentang cara-cara diagnosis penyakit campak, stigmologi, ubat
     ginseng dan Artemisia.
    Li Shih Chen menulis ensiklopedia tentang mineralogi, kaji logam, botani dan zoology.


    5.Ubat-ubatan.
     Ubat-ubatan dari herba, binatang dan galian.




Perubatan Mesir Purba [ 10 markah 5 isi sahaja : 1 isi 2 markah ]

1. Teori Perubatan : ada kaitan dengan agama.

2. Teks Perubatan

      Orang Mesir purba menghasilkan teks-teks perubatan.
      Teks-teks perubatan awal Mesir purba dikarang oleh Toth dan Imhotep.
      Terdapat teks-teks yang mengandungi maklumat tentang senarai peralatan yang digunakan untuk
       pembedahan di kepala dan dada.
      Terdapat juga teks yang mengandungi maklumat tentang ubat-ubatan, anatomi, peralatan pembedahan,
       penyakit mata dan kelahiran anak.


3. Kaedah Mengawet Mayat

      Orang Mesir juga mahir dalam mengawet mayat.
      Mereka mempunyai pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi.


                                                     14
                         [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
4. Kemahiran Merawat Penyakit

      Orang Mesir purba mempunyai kemahiran dalam mengubati luka dan retakan tulang.
      Mereka juga mempunyai pengetahuan dalam melakukan pembedahan di kepala dan dada.
      Mereka juga mengetahui kaedah menggunakan ubat-ubatan semasa memberi rawatan.


5. Ubat-Ubatan

      Orang Mesir mempunyai kemahiran mencipta pelbagai jenis ubat-ubatan dan proses menyediakan
       ubat-ubatan.
      Antara bahan yang digunakan untuk menyediakan ubat ialah minyak jarak, mandragora, jintan putih,
       dan ketumbar.


KESIMPULAN ( 2 markah )

     Orang China dan Mesir purba memberikan sumbangan besar dalam lapangan perubatan. Terdapat banyak
     teks-teks perubatan yang dihasilkan dalam tamadun Mesir purba dan China pada zaman klasik. Terdapat
     pelbagai teori dan konsep yang berkaitan degan ilmu perubatan. Mereka juga mempunyai pengetahuan
     dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Tradisi perubatan Mesir purba dan China mempunyai kesan
     terhadap ilmu perubatan moden.


8.      Bandingkan sistem ekonomi kapitalisme di Barat dengan sistem ekonomi Islam .

PENGENALAN: [3m]

     1. Menurut pandangan Islam : ekonomi ialah satu ilmu yang mengakji kegiatan manusia
        yang selaras dengan tuntutan sejarah Islam sama ada di peringkata perolehan, penggunaan
        atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan
        jasmani bagi mendapat keredaan Allah s.w.t
     2. Ekonomi menurut pandangan Barat : Kajian sains sosial tentang bagaimana sumber –
        sumber ekonomi yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak
        terhad.

       A. ISI – ISI PENTING. [ 5 isi x 4m = 20m ]


        PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DENGAN SISTEM EKONOMI
        KAPITALISME.

        1. Kebebasan terhadap dan menurut nilai – nilai akhlak.
        ISLAM : Tidak sahaja memberi kebebasan tetapi terhad dalam ekonomi malah ia juga
        memberikan perlindungan terhadap apa yang diperolehi. Nilai – nilai akhlak dan sifat – sifat
        menjadi asas pengisian prinsip berkenaan.

        BARAT: kebebasan tidak terhad dan mementingkan keuntungan yang maksimum.

        2. Cara Mendapatkan harta.



                                                  15
                        [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
ISLAM : Cara mendapatkan harta haruslah dengan jalan yang halal ( bukan dengan
melakukan amalan riba, penipuan, rasuah, ekspolitasi dan cara – cara yang bertentangan
dengan syarak ) tertakluk kepada syariat Islam.

BARAT : Harta merupakan hak milik persendirian secara mutlak boleh digunakan secara
bebas untuk mendapatkan keuntungan dan tiada kawalan dari sudut perundangan.

3. Peranan Pihak Berkuasa.
ISLAM : SYARIAH Islam mengharuskan berlakunya campurtangan pihak pemerintah dalam
kegiatan – kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk pengurusan, penyusunan, agihan dan
perancangan. Canpurtangan pihak pemerintah adalah bertujuan untuk melindungu dan
menjaim kestabilan serta keadilan sosial dengan syarat ia mestilah berlandaskan syariah.

BARAT : Peranan pemerintah adalah minimum selagi pemilik harta mengikut saluran
undang – undang.

4. Sistem Percukaian.
ISLAM : sistem percukaian islam disyariatkan. Pemilik harta dikenakan bayaran zakat
mengikut kadar dan cukai – cukai yang lain untuk diagihkan kepada pihak – pihak yang
berhak bagi mengurangkan jurang antara golongan berharta dan golongan tidak berharta.

BARAT: Pembayaran cukai tidak disyariatkan dan bertanggungjawab membayar cukai
kepada pemerintah serta tanggungjawab lain ( derma dan sumbangan berdasarkan budi
bicara ).

5. Prinsip permuafakatan.
ISLAM : Menekakan semangat muafakat untuk mengurangkan pertelingkahan antara
majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli, pengeluar dengan pengguna.

BARAT : Hubungan antara majikan dengan pekerja dalam bentuk kontrak yang diwujudkan
bagi melicinkan hubungan antara mereka. Kerajaan campurtangan bagi mewujudkan
kerjasama antara majikan dengan pekerja. Dengan itu wujud hubungan tiga hala antara
kerajaan majikan dan pekerja.

6. Prinsip Istikhlaf ( pertanggungjawaban ).
ISLAM : Manusia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini dan pemegang amanah
untuk memakmurkan dunia. Prinsip ini menggariskan pemilikan harta hendaklah melalui
cara diredai oleh Allah s.w.t



KAPITALIS : prinsip ini hanya wujud di kalangan majikan dengan pekerja, penjual dengan
pembeli tanpa dikaitkan dengan tuhan.

7. Prinsip berkerja dan ganjaran.




                                        16
               [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
ISLAM : untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalah islam, malah ia menadi asasnya.
 Berdasarkan prinsip ini, mekanimse seperti ini mudarabah dan syarikat digalakkan dalam
 aktiviti ekonomi.

 BARAT : Meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan untuk mengelakkan
 kerugian dan mengambil keuntungan lebih banyak untuk menyelamatkan keadaan semasa
 berhadapan dengan kerugian.

 8. Prinsip menjauhkan perbuatan merosakkan.
 ISLAM : Melarang segala bentuk keruntuhan akhlak, kerosakan masyarakat, kepincangan
 keluarga dan kerosakan masyarakat dalam kegiatan ekonomi.

 BARAT : Juga melarang kerosakan tetapi tiada kawalan syariat, cuma dilakukan di atas
 tanggungjawab moral.

 9. Matlamat ekonomi.
 Islam : Syariat tidak digugurkan ( dikekalkan ). Setiap kali kegiatan ekonomi sama ada kecil
 atau besar akan menjadi ibadah dan diberi ganjaran pahala jika dilakukan mengikut kehendak
 – kehendak syarak’

 BARAT : berbentuk sekular dan syariat digugurkan bermula pada abad ke – 16 dan
 seterusnya.

B. KESIMPULAN.


 Apa – apa sahaja yang berkaitan.




                                         17
                [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
BAHAGIAN B

9   Terangkan konsep manusia menurut pandangan Islam dan Arab Jahiliah.

PENGENALAN ( 3 markah )

    1.   Pengertian Jahiliah

    2.   Pengertian manusia  dalam bahasa Latin, manusia dipanggil sebagai homospiens. Manusia adalah
         sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata. Mengikut kajian arkeologi, manusia
         sudah pun wujud sejak 500,000 tahun dahulu, iaitu pada zaman Air Batu.

    3. Pengertian Islam

ISI – ISI PENTING ( 20 markah )

A. Konsep manusia menurut Islam. ( 10 markah – 5 x 2markah)

    1. Pengertian manusia dari segi bahasa mengikut perspektif islam.

         i. Pengertian manusia dari segi bahasa.

         ii. Pengertian dari segi istilah.

    2.   Mengikut Islam, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi khalifah di atas muka bumi.
         Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud: “Ingatlah ketika TuhanMu
         berfirman kepada para malaikat (sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka
         bumi.)”

    3.   Di samping itu, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
         agar menjadi seorang hamba yang soleh. Dalam hubungan ini, Allah s.w.t. telah menjelaskan
         matlamat penciptaan manusia menerusi firmanNya: dalam surah al-Zaariyat ayat 56 yang bermaksud:
         “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”.

    4.   Agama Islam juga menyarankan kepada manusia agar membangunkan unsur-unsur rohani dan jasmani
         demi mencapai keseimbangan dalam diri manusia. Keseimbangan di antara fizikal dan spiritual ini
         penting demi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

    5.   Kedudukan manusia di sisi Allah s.w.t. juga dikira sama tarafnya tanpa mengira warna kulit,
         keturunan, pangkat, dan lain-lain, Islam melarang perhambaan di kalangan manusia.

    6.   Manusia dicipta sebaik-baik kejadian. Bagi membolehkan manusia yang begitu sempurna
         penciptaannya agar hidup aman bahagia serta selamat sejahtera, Allah s.w.t. telah menjadikan segala
         sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia.

    7.   Manusia yang paling mulia adalah manusia yang bertaqwa

    8.   Manusia sebagai pemegang amanah.

    9.   Semua manusia dari keturunan Adam dan manusia dijadikan dari tanah.

    10. Manusia terdiri daripada 5 komponen iaitu : jasad, roh, akal, nafsu dan hati/jiwa.


                                                     18
                            [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
11. Akal membezakan manusia dengan makhluk – makhluk lain.

   12. Manusia dijadikan dalam keadaan fitrah.

B. Konsep manusia menurut Jahiliah. ( 5 x 2 markah = 10 markah )

   1.   Manusia tidak bersifat abadi dan akan terhapus setelah berlakunya kematian dan tidak mempercayai
        adanya Hari Akhirat dan Hari Pembalasan. Dengan sebab itulah kehidupan manusia pada zaman
        berkenaan penuh dengan kemaksiatan.

   2.   Di samping itu, manusia menurut pandangan Jahiliah lagi menjadikan hawa nafsu sebagai panduan
        bagi kehidupan mereka di dunia ini. Sehubungan dengan ini, berjudi, minum arak, dan makan riba
        dianggap sebagai satu jalan mencari rezeki yang baik dan mudah, oleh itu, mereka melakukannya.
        Minum arak pula dianggap satu perbuatan yang baik dan mulia.

   3.   Status mereka dalam masyarakat bergantung kepada keturunan dan kabilah. Sekiranya kabilah itu
        kaya, kuat, dan berpengaruh maka seseorang anggota kabilah itu dipandang mulia. Begitulah
        sebaliknya.
   4.   Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.

   5.   Mempercayaai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.

   6.   Mereka tidak tahu asal-usul kejadian manusia.

   7.   Mereka melihat manusia dari sudut jasadiah semata – mata.

KESIMPULAN ( 2 markah )

   Manusia menurut pandangan Islam adalah untuk melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t. bagi
   mendapatkan keredhaannya dan kemuncaknya mencapai kebahagiaan di dunia serta akhirat. Sementara
   manusia menurut pandangan Jahiliah pula mengikut telunjuk hawa nafsu dengan mengenepikan soal
   akhirat.



10. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam memperkukuhkan
     pentadbiran di kota Madinah.

PENGENALAN [ 3 markah ]

   1. Demografi Madinah :
        Negara kota Madinah terletak kira-kira 320 km ke utara Mekah. Masyarakatnya terdiri
        daripada suku-suku Arab terutamanya Aus dan Khazraj serta orang-orang Yahudi. Sebelum
        agama Islam tersebar ke Madinah suku-suku Arab sentiasa berselisih faham sesama
        mereka. Golongan Yahudi memandang rendah orang-orang Arab, memonopolikan kegiatan
        ekonomi, hidup mewah dan menguasai pentadbiran. Dari segi agama dan kepercayaan
        kaum Yahudi memelihara kesucian agama Yahudi dan orang-orang Arab menyembah
        berhala seperti orang Quraisy di Mekah. Namun begitu orang Arab Madinah lebih mengerti
        tentang ketuhanan dan kenabian berbanding dengan orang Arab Mekah oleh kerana
        mereka lebih terdedah kepada agama Yahudi. Jadi, pemikiran mereka lebih terbuka kepada

                                                    19
                         [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
usaha dakwah Nabi Muhammad saw dan lebih bersedia memeluk agama Islam yang
       dibawanya.
       Hijrah dari Mekah ke Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan titik permulaan
       negara Islam di Madinah. Walaupun sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah
       agama Islam tersebar di Madinah menerusi orang-orang Muslim (kaum Ansar) yang
       menyertai dalam Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II.
   2. Latarbelakang Nabi Muhammad Sebelum Hijrah.
   3. Konsep negara


ISI – ISI PENTING [ 7 X 3M = 21 markah ]

   1   Pembinaan Masjid.

       Peristiwa hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin meluas terutamanya dengan
       terbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah yang menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama
       Islam. Kaum Ansar di Madinah menyambut Muhajirin dari Mekah dan buat pertama kali, kegiatan
       dakwah dapat dilakukan secara terbuka. Kaum Ansar banyak berkorban untuk mengembangkan
       agama Islam.
       Setelah tiba ke Madinah Nabi Muhammad s.a.w. telah membina masjid-masjid yang bukan sahaja
       menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam tetapi juga digunakan untuk menyebarkan
       pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam

   2   Pembentukan Ummah

       Nabi Muhammad adalah seorang negarawan. Sebagai langkah pertama terhadap penyatuan
       masyarakat Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Ansar dengan kaum
       Muhajirin.
       i.       Muahahjirin dengan Muhajirin.
       ii       Ansar dengan Ansar.
       iii.     Muhajirin dengan Ansar

       Semangat asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam. Hubungan
       persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Kedua-dua golongan bergaul
       dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara.

   3   Mewujudkan Piagam Madinah

       Baginda seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan untuk membentukkan
       sebuah negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah bukan sahaja membentukkan persaudaraan
       antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam
       terutamanya orang Yahudi. Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama
       mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum. Orang
       Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing.
       Keselamatan penduduk Madinah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara
       Madinah daripada serangan musuh. Penduduk Madinah juga mengiktirafkan Nabi Muhammad s.a.w.
       sebagai pemimpin agama dan ketua negara. Dengan pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpin
       yang berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah.

   4   Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara Musyawarah

       Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik. Dalam hubungan
       dengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak menunjukkan
                                                 20
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan perundingannya dengan mereka.
          Hanya setelah perundingan gagal barulah mereka disingkirkan secara terhormat dari Madinah.
          Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar dan
          Muhajirin serta antara Aus dan Khazrai. Konsep musyawarah terbayang dalam hubungan politik
          antarabangsa.

    5     Mewujudkan Tentera Islam di Madinah

          Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai beberapa ekspedisi ketenteraan
          untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman dan serangan musuh. Dalam
          mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah. Baginda merupakan seorang panglima tentera dan
          ahli strategi dalam bidang ketenteraan.

    6     Mengadakan hubungan luar.

          Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar perwakilan ke luar
          seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi.

    7.    Menyusun semula struktur ekonomi Madinah.

          Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi
          segenap bidang.olongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. Nabi menggalakkan umat Islam
          bergiat dalam bidang perniagaan.

KESIMPULAN [ 1 Markah ]

          Apa sahaja yang berkaitan


11. Nilaikan implikasi Perang Badar Kepada perkembangan Islam.


PENGENALAN ( 3 MARKAH )
   1. Konsep perang/jihad dalam Islam.
   2.    Perang Badar merupakan peperangan yang pertama dalam sejarah Islam. Berlaku pada 17 Ramadan
         tahun 2 Hijrah (624 Masihi) di lembah Badar di luar kota Madinah.

   3.    Perang Badar merupakan peperangan yang berlaku di antara 313 orang Islam Madinah diketuai oleh
         Nahi Muhammad s.a.w. dengan 1000 ozang kaum Musyrikin Mekah di bawah pimpinan Abu Jahal.


   4.     Peristiwa Perang Badar
             i.    Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda telah diizinkan oleh Allah
                   s.w.t. untuk berperang menentang musuh - apabila turunnya ayat dari Surah al-Baqarah: 19
                   dan Surah al-Haj: 39-40.
             ii.   Nabi Muhammad s.a.w. mendapat tahu tentang kafilah perdagangan Quraish dari Sham
                   pimpinan Abu Suffian akan pulang ke Mekah melalui jalan persisiran kota Madinah. Oleh
                   yang demikian, baginda mengarahkan para sahabat agar menyiasat dan menyekat kafilah
                   tersebut.
            iii.   Abu Suffian mengetahui tentang rancangan orang-orang Islam tersebut, lantas beliau
                   mengirim utusan ke Mekah untuk memohon bantuan ketenteraan.


                                                     21
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
iv.     Kaum Musyrikin Mekah menerimanya, Abu Jahal berjaya mengumpul seramai 950-1000
             orang tentera segera datang untuk membantu kafilah Abu Suffian. Objektifnya bukan
             sahaja untuk melindungi kafilah tersebut, malah juga untuk memerangkap dan
             menghapuskan Nabi dan sahabat-sahabat baginda.
      v.     Orang-orang Islam tidak mengetahui tentang kemaraan tentera bantuan daripada Abu Jahal
             yang ramai itu. Mereka bersama 324 arang tentera terus pergi menyiasat kafilah Abu
             Suffian dan bertemu dengan tentera Abu Jahal. Orangorang Islam terkejut melihat tentera
             musuh yang ramai kerana tujuan mereka yang sebenar bukan untuk berperang.

     vi.     Lantas Nabi merangka strategi peperangan dan berdoa kepada Allah s.w.t. bagi mendapat
             pertolongan serta perlindungan kepada orang-orang Islam.


     vii.    Sebelum meletusnya peperangan, 6 orang - 3 orang daripada pihak Musyrikin dan 3 daripada
             pihak Islam telah bertarung seorang sama seorang. Pihak Islam diwakili oleh Ali bin Abu
             Talib, Hamzah bin Abd. Mutalib dan Ubaidah al-Haris. Manakala pihak Musyrikin Mekah
             pula diwakili oleh Utbah bin ar-Rabiah, alWalid bin Uthah, dan Shaibah bin al-Rahiah.
             Dalam pertarungan tersebut, ketigatiga pahlawan Musyrikin Mekah dapat ditewaskan.
     viii.   Setelah itu berlakulah peperangan. Dengan adanya strategi peperangan, penyatuan dan
             keyakinan serta bantuan da.ripada Allah s.w.t. tentera Islam telah mencapai kemenangan.
             Akibat daripada Perang Badar, seramai 14 orang tentera Islam telah gugur syahid, manakala
             pihak Musyrikin Mekah pula 70 orang telah terbunuh dan 70 orang lagi dapat ditawan.


ISI – ISI PENTING ( 7 ISI X 3M = 21 markah )


Kepentingan Perang Badar
1.     Perang Badar merupakan peristiwa yang amat penting kepada umat Islam. Kerana sekiranya umat
       Islam tewas, maka berkemungkinan akan berakhirlah pengaruh Islam yang telah dimulakan oleh
       Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dipohon oleh baginda dalam doa.
2.     Perang Badar juga adalah dugaan yang paling besar kepada umat Islam kerana mereka buat kali
       pertama berperang, di samping bilangan mereka terlalu sedikit, berbanding pihak Musyrikin
       Mekah yang bersenjata terialu ramai dengan nisbah 1:3. Menunjukkan kualiti lebih utama
       daripada kuantiti.
3.     Dalam peperangan ini, umat Islam tidak membuat persediaan dari segi fizikal, namun Allah s.w.t.
       telah menolong mereka dengan menurunkan tentera - seribu malaikat bagi memusnahkan pihak
       musuh.


4.     Keadaan ini menguntungkan umat Islam kerana pengaruh Musyrikin Mekah semakin merosot.
       Kaum Musyrikin Mekah kehilangan ramai pahlawan yang handal seperti Abu Jahal, Utbah bin al-
       Rabiah, Shaibah ar-Rabiah dan lain-lain.
5.     Peristiwa Badar ini juga turut menjadi rangsangan kepada umat Islam bagi menghadapi tentangan
       daripada pihak Musyrikin seterusnya, di samping memperkukuhkan lagi keimanan mereka dan
       meningkatkan keyakinan kepada Allah s.w.t.

6.     Kekalahan pihak Musyrikin Mekah ini juga menyebabkan mereka tidak lagi menjadi kuasa yang
       teragung di Semenanjung Tanah Arab. Malah di kalangan kaum Quraish sendiri mereka mula
       meragui kebenaran kepercayaan warisan nenek moyang mereka dan mula memikirkan tentang
       kesahihan ajaran Islam.


                                                22
                     [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
7.   Menekankan konsep ihsan dan musyawarah dalam perhubungan sesama manusia sebagai
                  contohnya dalam menguruskan orang tawanan dan harta rampasan perang secara adil.

             8.   Bermulanya konsep jihad fisabilillah di medan peperangan bagi menjaga maruah agama, umat
                  Islam dan negara Islam. Peperangan diteruskan juga walaupun berlaku di bulan Ramadhan.

             9.   Mengajar kepada umat Islam mengenai etika peperangan.
             10. Kepimpinan Rasulullah s.a.w sebagai . pemimpin agung. Membuktikan kebijaksanaan
                 Rasulullah s.a.w sebagai perancang strategi dalam menghadapi peperangan.
             11. Pentingnya nilai-nilai sabar takwa clan tawakal dalam menghadapi dugaan dan cabaran.

             12. Islam mengutamakan aspek pendidikan

KESIMPULAN ( 1 MARKAH )
           Perang Badar merupakan peperangan yang tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan. Kekalahan pihak
           musuh merupakan tamparan hebat kepada pemimpin-pemimpin mereka kerana la berlaku adalah di
           luar dugaan dan mereka berazam untuk menuntut bela terhadap umat Islam




12.          Huraikan Sumber Baitul Mal dan peranannua dalam sistem ekonomi Islam .

             PENDAHULUAN: ( 3 markah )

           Khalifah Umar Al – Khatab dipilih menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh Saidina Abu Bakar al –
      Siddiq       dengan persetujuan para sahabat yang lain. Di dalam ucapan dasarnya beliau telah
      menyatakan dengan izin        Allah dia akan membawa orang – orang Islam ke jalan yang benar.
      Memandangkan kejayaan Khalifah         Umar dalam bidang penaklukan maka banyak harta dan rakyat
      yang perlu diuruskan dengan sebaik – baiknya. Khalifah Umar dalam mesyuarat dengan para sahabat
      telah membuat keputusan ijtiha yang    berasaskan al – Quraan, hadis dan ijtihad sahabat – sahabat. Beliau
      diamanahkan untuk menentukan dasar kewangan negara. Dengan itu Institusi Baitul Mal ditubuhkan
      untuk menyeragamkan pentadbiran        kewangan di samping memusat, mengawal dan memanfaatkan
      pendapatan negara.


           Khlalifah Umar mentadbir wilayah Islam yang luas meliputi Semenanjung Tanah Arab, Iraq, Syria,
      Baitul        Muqadis dan Mesir. Selain daripada orang Islam, rakyat bukan Islam juga memberi ketaat
      setiaan kepada       kerajaan pusat di Madinah. Orang – orang Islam yang berharta membayar zakat dan
      orang – orang bukan Islam membayar Jizyah. Selain daripada itu cukai – cukai lain juga dibayar mereka.
      Khlaifa Umar sendiri yang mengetuai urusan pentadbiran zakat.


             ISI – ISI PENTING.

      A. SUMBER BAITUL MAL: ( 5 isi X 2 markah )

      a.     Zakat;

                                                       23
                              [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Sumber utama Baitulmal selaku Perbendaharaan Negara Islam ialah zakat. Zakat ialah bayaran ke atas
          hasil pendapatan dalam bentuk wang atau benda lain oleh umat Islam yang berharta apabila mendapati
          hasil tanah pertanian dan ternakan serta nilai emas dan 2isi perak mereka mencukupi syarat zakat
          sebagaimana yang ditentukan oleh syarak. Jumlah zakat yang tertentu diserahkan kepada Baitulmal
          untuk diuruskan. Pihak Baitul Mal akan menilai semua bayaran. Pada satu tempoh masa, jumlah
          bayaran diperuntukan kepada pihak yang layak menerimanya iaitu lapan asnaf yang disebut dalam al –
          Quraan. Pengagihan ini dilakukan bagi membantu mereka yang berkurang nasib baik. Jika berlakunya
          lebihan agihan, Baitul Mal yang bertindak sebagai penyimpan harta zakat, berhak menggunakan harta
          tersebut untuk pembangunan dan kebajikan awam.


     b.   Ghanimmah.
          Selain zakat, baitul Mal mengurus harta daripada rampasan perang. Kemenangan dalam peperangan
          bermakna penguasaan keatas segala barang tinggalan musuh. Harta tersebut perlu diambil bagi
          dimanafaatkan oleh orang lain. Selain peperangan, harta juga diperolehi semasa menduduki kawasan
          yang ditinggalkan oleh tuannya atau harta tidak bertua. Harta yang sebegini disebut “Fay”. Baitul Mal
          memperuntuk 1/5 daripada kutipan ghanimmah dan fay dikhaskan untuk perbelanjaan kerajaan pusat
          dan bakinya diagihkan kepada tentera – tentera yang terlibat dalam perluasan kuasa itu.


     c.   Jizyah.
          Kerajaan Islam bertanggungjawab melindungi dan menjaga keselamatan orang – orang bukan Islam
          yang bersetuju menerima pemerintahan Islam di kawasan mereka. Tentera Islam ditugaskan mengawal
          kawasan – kawasan mereka. Semasa kemaraan tentera Islam, mereka diberi pilihan. Sekiranya mereka
          memilih untuk bernaung di bawah kerajaan islam, mereka dikehendaki membayar Jizyah. Kadar cukai
          ini ditetapkan diantara 12 hingga 48 dirham setahun mengikut taraf kekayaan dan keupayaan. Hanya
          lelaki yang merdeka, berakal dan masih hidup berupaya membayar jizyah kepada Baitul Mal. Hasil
          cukai digunakan untuk tujuan pembangunan dan pertahanan.


     d.   Kharaj.
          Semua pemilik tanah di wilayah yang ditakluki dikehendaki membayar cukai ( Kharaj ) kepada Baitul
          Mal dengan kadar sebanyak 10 peratus. Sekiranya berlaku kemusnahan akibat banjir atau kemarau,
          cukai tidak akan dikenakan. Semua urusan kutipan kharaj ditadbir dan diselaraskan oleh Baitul Mal
          pusat.
          Khalifah mewajibkan pemilik tanah mengusahakan tanah mereka sebaik mungkin. Sekiranya didapati
          ada tanah yang tidak diusahakan, pengurusan Baitul Mal diberik kuasa untuk menyerahkan tugas
          mengusahakan tanah itu kepada orang lain. Bagi pemilik tanah kawasan lain, cukai tanah dibezakan
          mengikut jenis tanaman. Tanah yang ditanam dengan anggur dikenakan 10 dirham bagi setiap jarib.


     e.   Usyur.
          Sumber Baitul Mal berikutnya diperolehi daripada para peniagan yang memperolehi pendapatan
          melebihi nisab sebanyak 200 dirham. Peniagan islam dan bukan islam dikehendaki membayar cukai
          usyur ini mengikut kadar yang ditetapkan oleh Khalifah. Peniagan kafir harbi yang tidak membuat
          perjanjian perdagangan dengan kerajaan Islam dikenakan Usyur 10 peratus, kafir Dhimmi 5 peratus
          dan di kalangan peniaga Islam mereka dikenakan cukai 2.5 peratus.
     f.   Sumber – sumber lain.
          Baitul Mal turut menerima dan mentadbir cukai – cukai lain seperti sedekah, wakaf, harta karun dan
          harta rampasan dan disahkan benar selepas siasatan dijalankan.

B.    PERANAN BAITULMAL. ( 5 isi X 2 markah )



                                                       24
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
1.   Institusi Baitulmal ini diurustadbir oleh pemerintah Islam yang bertanggungjawab secara langsung
         menentukan sumber pendapatan negara dan mengagihkannya secara adil kepada mereka yang berhak
         dan untuk pembangunan negara secara keseluruhannya.Khalifah juga bertanggungjawab melantik
         pegawai – pegawai yang adil dan amanah untuk mengendalikan pengurusan Baitulmal diperingkat
         pusat, cawangan atau wilayah. Khalifah juga berhak menerima khidmat nasihat daripada Majlis Syura
         untuk menjamin Institusi Baitulmal boleh menambahkan lagi pendapatan negara dan perbelanjaannya.


    2.   Matlamat penubuhan Baitulmal ialah untuk memberikan kemakmuran kepada umat Islam dan ia
         adalah satu lambang penyertaan setiap individu yang berada dengan mengeluarkan zakat, sedekah,
         wakaf dan sebagainya untuk mengatasi masalah kemiskinan mereka yang tidak bernasib baik.


    3.   Harta yang ada dalam Baitulmal hendaklah sentiasa mengalir sama ada diagihkan kepada lapan asnaf (
         mereka yang berhak menerima zakat ) atau untuk membina infrastruktur dan pelaburan di dalam
         aktiviti – aktiviti sosial, perdagangan dan perindustrian.
    4.   Membayar gaji pegawai – pegawai dan pekerja.
    5.   Membuka tanah dan mengeluarkan bahan mentah.
    6.   Meningkatkan pendapatan umat islam melalui pinjaman.
    7.   Memberikan bantuan & biasiswa kepada pelajar – pelajar.


A. PENUTUP: ( 2 markah )
   Apa – apa sahaja yang berkaitan.




    13. Huraikan sistem pendidikan Islampada zaman Bani Umaiyah di Andalusia pada abad ke – 10
    Masihi.



    PENGENALAN ( 3 markah )

    1.   Pendidikan Islam adalah wahana terpenting untuk meneruskan kesinambungan budaya dan tradisi
         keilmuan Islam di dalam masyarakat.

    2.   Pendidikan Islam merupakan satu proses pembentukan keperibadian manusia supaya menjadi hamba
         Allah S.W.T. yang beriman, bertakwa, dan beramal soleh untuk mendapat keredhaan Allah serta
         kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat berlandaskan al-Quran dan as-sunnah.

    3.   Institusi pendidikan Islam bermula di rumah dan masjid-masjid pada awal permulaan Islam.
         Kemudian ditubuhkan Baitul-‘ilm, Madrasah al-Baihaqiyyah di Naisabur dan Madrasah Nizamiyyah
         di Baghdad pada tahun 1067 M sebagai institusi pengajian tinggi Islam. Sebagai kemuncak
         perkembangan institusi pendidikan Islam ialah dengan tertubuhnya Universiti al-Azhar pada tahun 359
         H (970 M).

    4.   Mencakupi prinsip asas mengenai akhlak, tingkah-laku, dan agama.

    5.   Membawa manusia ke dunia fikiran dan pengalaman serta mendorong manusia membuat kajian dan
         membuktikan kebolehan secara amali.


                                                    25
                          [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
6.   Mempengaruhi tamadun dan kebudayaan manusia bukan sahaja pada zaman jahiliah, malah pada masa
     sekarang.

7.   Pendidikan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis. Menerusi al-Quran, manusia disarankan
     agar berfikir dan membersihkan jiwa supaya dapat mengenali Allah s.w.t. Melalui al-Quran manusia
     dapat mengetahui kisah-kisah zaman silam yang boleh dijadikan ‘iktibar dan teladan. Di samping al-
     Quran, juga menyarankan supaya manusia berfikir bagi mempertingkatkan bakat dan perkembangan
     intelektual.

ISI –ISI PENTING ( 4 isi X 5 markah )

1.   Sistem pendidikan Islam di Sepanyol bermula pada zaman Bani Umayyah di Sepanyol. Kerajaan Bani
     Umayyah telah menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembelajaran. Antaranya mendirikan masjid
     sebagai tempat ibadah dan tempat belajar. Di samping itu, kerajaan Bani Umayyah telah
     menggalakkan para ilmuan dalam dan luar negara bukan Arab datang mengajar di Sepanyol.

2.   Sistem pendidikan Islam di Sepanyol terbahagi kepada tiga tahap

     (a)   Dalam peringkat rendah  pelajar-pelajar diajar membaca al-Quran dan tata bahasa Arab.

     (b)   Dalam peringkat menengah  dijalankan secara bersendirian dan pada tahap ini tidak ada
           sukatan pelajaran yang tetap, malah ianya berbeza-beza antara satu sekolah dengan sekolah
           yang lain. Antara pelajaran yang diajar ialah tatabahasa, sejarah, hadis, fekah, dan lain-lain.



     (c)   Dalam peringkat tinggi  diadakan secara tidak rasmi di bawah kelolaan sekumpulan profesor
           dan mengendalikan kursus-kursus di peringkat lepasan ijazah yang berpusat di Cordova dan
           Toledo.



3.   Kesan dari sistem pendidikan di Sepanyol ini telah membawa perubahan, antaranya kota Cardova
     telah menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan tempat tumpuan pelajar-pelajar dari seluruh
     Eropah.

4.   Juga ianya telah melahirkan para cendekiawan dalam berbagai-bagai bidang seperti matematik, sains,
     fizik, falsafah, kesusasteraan dan lain-lain. Antara tokoh-tokoh yang terkenal ialah al-Khawarizmi 
     pakar bidang matematik. Ibn Sina  ahli perubatan yang banyak menghasilkan buku-buku perubatan
     serta mencipta teori dan prinsip baru. Begitu juga banyak buku bahasa Arab telah diterjemahkan ke
     bahasa Eropah.



KESIMPULAN ( 2 markah )

     Sistem pendidikan di Sepanyol teratur dan mempunyai sukatan pelajaran yang lengkap.




                                                  26
                      [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
14.    Jelaskan objektif penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam.

      PENDAHULUAN. ( 3 markah )

1.    Sejarah telah mencatitkan bahawa telah wujud golongan manusia yang hidup secara berpindah randah
      kerana menjelajah dan meneroka kawasan yang baru.


2.    Penjelajahan bermakna – pergerakan atau pengembaraan kesuatu tempatyang jauh dengan tujuan
      untuk menyelidik tempat berkenaan. Manakala penerokaan pula bermakna usaha – usaha mengkaji
      dan menyelidik dengan lebih mendalam kawasan – kawasan yang baru dijelajah.


3.    Agama Islam menggalakkan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Dalam hal ini, banyak ayat Al –
      Quraan yang menyuruh umat Islam menjelajah keseluruh bumi Allah s.w.t.


ISI – ISI PENTING ( 7 isi X 3 markah )

TUJUAN – TUJUAN PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN DALAM TAMADUN ISLAM.

1.    Mengagungkan serta membesarkan Allah s.w.t terhadap hamba – hambaNya setelah memerhati
      segala ciptaan Allah swt proses perlaksanaannya.

2.    Menambah keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah swt. Objektif ini dapat dicapai setelah melihat
      kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Allah swt.

3.    Menambahkan bilangan ilmu pengetahuan - menerusi pemerhatian dan penelitian terhadap
      makhluk – makhluk Allah swt serta kesan – kesan peninggalan masyarakat pada zaman lampau.


4.    Dorongan Al – Quraan : Firman Allah swt yang bermaksud “katakanlah berjalan di muka bumi,
      maka perhatikanlah bagaimana Allah swt menciptakan ( manusia ) dari pemulaannya kemudiannya
      Allah swt menjadikannya sekali lagi”.
5.    Mengambil iktibar dan pengajarannya yang berkaitan dengan kehidupam daripada peristiwa yang
      berlaku ke atas masyarakat terdahulu disamping peninggalan tamadun silam.


6.    Memakmurkan alam dengan aktiviti ekonomi dan perdagangan. Disamping itu, umat Islam juga
      dapat memperkenalkan kaedah perniagaan di dalam islam yang berdasarkan konsep keadilan dan
      kejujuran.


7.    Menyebarkan dakwah Islamiah. Objektif ini juga merupakan tujuan penting kegiatan penjelajahan
      dan penerokaan. Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda telah menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman
      untuk berdakwah di sana. Begitu Khalifah Umar Al – Khattab, umat – umat Islam telah menjelajah
      hingga ke Parsi, Rom dan China untuk menyebarkan Islam.


8.    Peningkatan Ilmu pengetahuan : geografi dan pelayaran , disiplin Geografi telah diterokai oleh umat
      – umat Islam melalui aktiviti Penjelajahan dan penerokaan ini. Selepas wilayah Islam berkembang
      luas ke negara China di Timur dan lautan Pasifik, pengetahuan umat – umat Islam mengenai bumi dan
      kedudukan sesebuah negara semakin bertambah. Di samping itu pengetahuan mengenai ilmu
      pelayaran juga semakin bertambah. Semuanya merupakan tujuan sampingan kegiatan penjelajahan
      dan penerokaan ini dijalankan.

                                                 27
                       [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
9.    Memperkukuhkan politik Islam. Aktivit Penjelajahan dan penerokaan ini banyak dilakukan oleh
         pemerintah Islam seperti zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Al – Walid bin
         Abdul Malik.


   10. Perasaan ingin tahu ( inkuiri ) mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka.



         KESIMPULAN . ( 1 markah )

         Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafas baru dalam proses
         perkembangan uintelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan ekonomi masyarakat
         Islam.



   15. Bandingkan pembaharuan dalam system pentadbiran Islam pada zaman khalifah Umar al-
   Khattab    dengan khalifah Umar bin Abdul Aziz .


         Pengenalan. (3 Markah).

         1.Latar belakang Saidina Umar Al-Khattab - Khalifah ke-2 zaman Khulafa Al-Rashidin.
          Terkenal seorang yang berani, warak, dan mempunyai siasah politik yang baik.
          Dikenali sebagai Al-Farouk/Amir al-Mukminin .Sahabat baik Nabi Muhammad s.a.w.
          Memerintah selama 10 tahun dari 13- 23H.
          Pelantikan sebagai khalifah telah dicalonkan oleh Abu Bakar dan dipersetujui oleh umat Islam.
          Melakukan banyak pembaharuan dalam pentadbiran Islam dan perluasan wilayah Islam serta
         mengembangkan dakwah Islamiah.
          Zamannya berlaku kegemilangan Islam ( Dalam bidang politik, ekonomi , sosial dan agama )
          Meninggal dunia pada 23H.

    2.    Latar belakang Umar Abd Aziz
         Merupakan khalifah bani Umaiyah yang kelapan. Dilahirkan pada tahun 681M di
         Kaherah. Beliau menaiki takhta pada tahun 717 M.
         Beliau mempunyai darah keturunan Khalifah Umar al-Khattab.Terkenal sebagai
         seorang yang warak dan patuh kepada ajaran Islam. Beliau telah menghafal al
         Quran sejak kecil dan mendalami ilmu hadis, sastera dan syair-syair Arab di kota
         Madinah. Beliau melakukan beberapa pembaharuan dalam pentadbiran dan dasar
         kerajaan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat sepanjang pemerintahan
         beliau

         Isi-isi Penting (20 Markah)

         Pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. [10]

         1. Sistem Syura.

         Majlis syura berperanan sebagai tempat perbincangan masalah yang berhubung dengan politik,
ekonomi,         social dan kebajikan serta masalah dalaman/ luar Negara.

                                                     28
                            [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Keputusan diambil atas persetujuan sebulat suara ahli majlis syura yang terdiri daripada para sahabat.
        Membahagikan majlis syura kepada 2 jenis, iaitu Majlis Syura Tinggi dan Majlis Syura Am.
        Bagi hal-hal yang kurang penting khalifah Umar mengadakan perbincangan di Masjid

        2. Perluasan wilayah Islam

        Islam berkembang melalui proses penaklukan / perluasan kuasa.
        Kawasan pengaruh Islam meliputi Hijaz, Syria, Iran, Iraq, Mesir, Palestin.
        Bagi memudahkan pengawasan, pentadbiran wilayah diperkenalkan dan dilengkapi dengan pusat
        pemerintahan. Contoh Mekah, Damsyik, dan Kufah.
        Kota Madinah dijadikan pusat pemerintahan keseluruhan wilayah Islam

        3. Pelantikan pegawai wilayah.

        Memperkenalkan jawatan Wali/ Gabenor sebagai ketua pemerintah peringkat wilayah dan bertindak
        sebagai panglima tentera.
        Melantik Sahib Bait-Al-Mal yang bertanggung jawab atas perbendaharaan wilayah.
        Sahib Al-Kharaj berperanan memungut hasil percukaian wilayah Islam.
        Ketua polis (Sahib Al-Ahdath) untuk mengawasi keamanan.
        Jawatan Kadi diwujudkan untuk melicinkan sistem kehakiman.
        Khalifah telah menentukan kriteria pemilihan pegawai yang layak memegang jawatan di wilayah.
        Surat pelantikan pegawai yang mengandungi garis panduan/ tanggungjawab yang wajib dipatuhi.
        Setiap Wali/ gabenor wilayah wajib memberikan laporan perkembangan di wilayah setiap tahun
selepas musim haji.
        Rakyat diberi penerangan tentang tanggungjawab pegawai yang dilantik, dan berhak untuk membuat
        pengaduan kepada khalifah.
        Khalifah berhak melantik dan memecat pegawai yang tidak amanah/ tidak cekap melaksanakan tugas.

        4. Pengurusan tanah.

        Setiap wilayah Islam diperkenalkan undang-undang pengurusan tanah tersendiri, - Di Iraq tanah
menjadi hak milik kerajaan contoh:
        Tanah yang asalnya dimiliki oleh pemerintahan Parsi.
        Tanah yang tiada waris.
        Tanah yang pemiliknya melarikan diri apabila kawasannya ditakluki oleh tentera Islam.
        Hasil pungutan tanah digunakan oleh pemerintah Islam untuk membangunkan wilayah masing-
masing.
        Undang-undang pengurusan tanah di Syria dan Mesir memperuntukkan tanah yang dimiliki oleh
golongan         bangsawan dan pemerintah Rom diserahkan kepada petani.



                                                     29
                         [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Tentera Islam dan orang Islam tidak dibenarkan mengambil tanah di wilayah Islam ini kecuali jika
dibeli     untuk melindungi kebajikan penduduk asal wilayah Islam yang baru ditakluki.

           5. Sistem percukaian tanah dan tanaman

           Memperkenalkan sistem percukaian tanah berdasarkan jenis tanaman. Contoh:Gandum dikenakan
cukai= 2           dirham, Barli=1dirham, Anggur =10 dirham.
           Tanah yang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding dengan tanah yang kurang subur

           6. Memajukan sektor pertanian

           Memperkenalkan peraturan yang membenarkan rakyat memiliki tanah sekiranya mereka meneroka
tanah      baru untuk tujuan pertanian.
           Tanah yang dibiarkan tanpa diusahakan dalam tempoh 3 tahun akan menjadi milik kerajaan semula.
           Bagi menggalakkan pertanian sistem pengairan dan terusan telah dibina –dikenali terusan Amirul-
           Mukminin di Mesir dan empangan Abu Musa.

           7. Struktur pentadbiran ketenteraan.

           Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan sukarela.
           Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan
sampingan          seperti bertani bagi mengelakkan gangguan tumpuan terhadap tugas.
           Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh - Berjalan tanpa pengalas kaki, menunggang kuda dan
           memanah.
           Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran.
           Pusat ketenteraan ditubuhkan, di Bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Fustat dan
Hims.
           Membina kubu-kubu pertahanan sebagai langkah berjaga-jaga.

           8. Kehakiman

           Menetapkan syarat-syarat pelantikan kadi atau hakim yang ketat. Seperti berilmu, berperibadi tinggi,
           dikenali oleh masyarakat.
           Jabatan kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain untuk menjamin keadilan.
           Prinsip kehakiman berlandaskan syariat Islam.
           Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham sebulan) untuk mengelakkan berlaku tidak adil.
           Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk terdedah kepada umum seperti di pasar atau tempat tumpuan
ramai      bagi menjamin keadilan perundangan.


           Pembaharuan dilakukan oleh Umar B Abd Aziz [10m]

                                                        30
                            [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
1. Menghentikan pemberontakan dan kegiatan perang.
Setelah Umar b Abd Aziz dilantik sebagai khalifah, beliau telah mengarahkan
supaya semua kegiatan perang, penalukan ke atas golongan bukan Islam dan
semua pemberontakan Islam dihentikan. Ia bertujuan unutk menjalin hubungan
baik antara semua pihak dan juga memberi peluang rehat untuk tenteranya serta
mewujudkan keamanan. Contohnya golongan pemberontak Khawarij telah
menghentikan pemberontakan mereka ke atas Kerajaan Umaiyah.

2. Pelantikan Gabenor
Memecat gabenor yang cuai, zalim dan mementingkan diri sendiri akan
dipecat.Contohnya Muhammad bin Yusuf (Yaman) dan Yazid Abu Muslim
(Afrika Utara). Hanya pegawai yang layak sahaja akan dilantik.
Gabenor yang dilantik perlu mengisytiharkan harta masing-masing. Sekiranya
ada kurniaan yang tidak sewajarnya ia harus dikembalikan kepada kerajaan.


 3. Mementingkan keadilan
Hukuman berat seperti hukuman mati akan diadili dengan lebih teliti demi
mengelakkan penganiayaan. Segala harta rampasan perang perlu dibahagikan
secara adil kepada pihak-pihak yang sepatutnya. Beliau juga menetapkan
supaya wang baitulmal tidak digunakan untuk majlis keramaian.

 4. Menghapuskan rasuah
Menghapuskan rasuah dalam jabatan-jabatan kerajaa demi menjamin keadilan
sosial rakyatnya. Tindakan dikenakan terhadap pegawai-pegawai yang zalim
terhadap rakyat. Masalah perkauman dalam kalangan pembesar-pembesar Bani
Umaiyah juga dititikberatkan.


5.. Cukai tanah (kharaj) atau tanah-tanah yang diperolehi melalui penjajahan.
Tanah-tanah tersebut menjadi milik bersama orang Islam dan Kerajaan.
Cukai dikenakan ke atas hasil tanaman
Tanah Kharaj tidak boleh dijual atau diagihkan.




 6..Penghapusan cukai-cukai yang membebankan.
Cukai terhadap orang yang telah memeluk Islam telah dihapuskan. Cukai
terhadap orang Yahudi sebanyak 2000 dirham dikurangkan kepada 200 dirham.
Cukai perniagaan, cukai tanah dan zakat kepada orang-orang Islam bukan Arab.


7.Mengembalikan konsep musyawwarah

 8.Mengembalikan sifat zuhud pemimpin dengan mengamalkan cara hidup
seperti rakyat biasa

 Kesimpulan (2 Markah)

Pelaksanaan dan kejayaan dalam pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh khalifah Umar berkaitan
dengan asas yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar telah
memperkenalkan sistem pemerintahan Islam secara meluas di samping membentuk empayar Islam.


                                            31
                 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
16.        Sejauhmanakah hubungan perdagangan mempengaruhi pertembungan antara
           tamadun Islam dengan tamadun Eropah yang menyumbang kepada pencapaian
           tamadun dunia.


PENGENALAN : ( 3 markah )

      1.   Sebelum kedatangan Islam orang Arab dikenali sebagai pedagang yang aktif. Mereka telah berjaya
           menguasai perdagangan di Lau Merah, terutama zaman kemerosotan kuasa Rom pada abad ke – 4
           Masihi.
      2.   Pedagang Arab telah menguasai laluan rempah di Teluk Parsi yang sebelum ini dikuasai oleh orang
           Sasania ( 224 – 651 Masihi ).


ISI – ISI PENTING. ( 5 isi X 4 markah )

      Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Eropah berlaku menerusi hubungan perniagaan,
      peperangan, penaklukan, hubungan diplomatik, kebudayaan dan pusat pengajian.

      1.   Hubungan perniagaan/perdagangan.
           Orang Islam Arab dan Parsi telah menguasai perdagangan melalui laluan rempah. Orang Eropah
           membeli barang – barang timur daripada orang Islam melalui pelabuhan Venice dan Genoa. Kesannya
           ialah:

           a.   Kapal Caravel Portugis menyerupai baghlar Arab ( layar tiga segi ). Rekaan kapal orang Portugis
                mempengaruhi kapal – kapal orang Islam ( belakang berbentu empat segi ).


           b.   Ilmu Geografi, Atlas Partolan dan kompas digunakan oleh orang Islam telah mempengaruhi ilmu
                pelayaran barat.


           c.   Pelayaran Vasco Da Gammad, melintasi Lautan Hindi dibantu oleh seorang pemandu berbangsa
                Arab.


      2.   Penaklukan.
           Pertembungan tamadun tersebut adalah kesan daripada perluasan kuasa Kerajaan Bani Umaiyyah ke
           Afrika Utara dan sepanyol dan kerajaan Turki ke atas Eropah Timur dan Constantinopel. Penaklukan
           tersebut menyebabkan berlaku interaksi dan asimilasi antara orang Islam dengan orang Eropah.

           a.   Penggunaan senjata meriam oleh tentera Islam dalam pertempuran di Tarig (Sepanyol )
                mempengaruhi peperangan di Eropah Utara ( Crecy, Peranchis ) pada tahun 1346.


           b.   Pembinaan bandar Cordova ( Sepanyol ) adalah kota yang tercantik dan dilengkapi dengan
                masjid, perpustakaan dan kemudahan awam.


           c.   Penaklukan Islam ke atas tanah jajahan Rom ( Afrika Utara ) dan Parsi telah mempengaruhi
                perkembangan ilmu dan intelektual islam.



                                                        32
                            [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
3.   Peperangan ( Perang Salib )
     a. Orang Eropah menyerang pihak Islam bermula pada tahun 1095 hingga 1291 masihi.


     b.   Perang Salib merupakan saluran perpindahan ilmu pengetahuanIslam ke Eropah.


     c.   Ilmu tentang peralatan perang pembinaan tembok dan strategi peperangan dipelajari oleh orang –
          orang Eropah.


4.   Hubungan diplomatik zaman Abbasiyah bermula ketika Khalifah harun Al – Rashid.
     a. Orang Barat mendalami karya Yunani dan India melalui penulisan yang telah diterjemahkan ke
        dalam bahasa Arab dan Parsi.

     b.   Mereka menterjemahkan penulisan Islam dari semua bidang ilmu ke dalam bahasa Latin.


     c.   Melahirkan pemikir – pemikir Eropah yang dipengaruhi oleh ilmu pengetahuan dalam tamadun
          Islam seperti Tycho Brake, Johannes Keples, Antorio Fiore dan F. Rosen.


     d.   Orang Barat terdedah dengan kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial yang diamalkan oleh
          negara Islam. Ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat di Eropah. Pembinaan Hospital Les
          Quinze – Vight di Paris adalah di pengaruhi oleh Hospital Sultan Nuruddin di Damsyik.


5.   Sistem Pendidikan.
     a. Cordova telah menjadi pusat ilmu pengetahuan Islam di Eropah. Universiti perpustakaan oleh
          negara Islam untuk membolehkan orang Eropah mendalami ilmu pengetahuan Islam. Adelard,
          marley dan Leonardo Fibanacci mendapat pendidikan di Sepanyol ( zaman Islam ).


     b.   Selepas kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pusat pengajian Islam ditubuhkan untuk
          menyebarkan pengetahuan Islam. King Henry I telah menubuhkan Perguruan Tinggi untuk
          menyebarkan pengetahuan Islam. Sekolah untuk mendidik Oreantalis Barat telah didirikan di
          Toledo ( 1250 Masihi ). Abelord of Bath ialah ahli falsafah dan matematik yang mendapat
          pendidikan di Toledi.


     c.   Di Sicily, King Roger I telah mendirikan Sekolah Hukum di Naples dan Amalfi. King Frederick
          II menggalakkan orang – orang Sicily mempelajari Ilmu Islam dan bahasa Arab.


6.   Kegiatan Penterjemahan ( berlaku dalam dua peringkat ):
     a. Ilmu pengetahuan Yunani banyak mempengaruhi perkembangan intelektual Islam melalui
        penterjemahan karya – karya Yunani terutama pada zaman Abbasiyyah. Sekolah tinggi
        penterjemahan telah ditubuhkan oleh Khalifah Al – Makmum. Dengan kegiatan ini, sebahagian
        besar buku perubatan Galen dan Hippocrates, falsafah Plato dan Arsitotle diterjemahkan ke dalam
        bahasa Arab. Penterjemahan yang terkenal ialah Husain bin Ishak, Qusta bin Luqas dan Thabit.

     b.   Di zaman Renaissance, banyak karya Islam dalam pelbagai bidang diterjemahkan ke dalam
          bahasa Latin. Buku Falsafah ditulis oleh Ibnu Rusyd dan Ibnu Sina. Matematik ditulis oleh
          Nasuruddin, Tusi dan al – Khawarizmi ) Astronomi ditulis oleh Abu Masyr dan al – Bottani.
          Buku – buku itu dieterjenahkan dan menjadi rujukan kepada pemikir Eropah. Di Sicily, King

                                                 33
                      [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Frederick II telah menggalakkan buku – buku arab diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Micheal
             Scott merupakan penterjemah yang banyak memberi sumbangan dalam bidang ini.


    7.   Penubuhan Kerajaan Islam.
         Penubuhan Kerajaan Islam bani Umaiyyah di Afrika Utara dan Sepanyol menyebabkan berlaku
         pertembungan tamadun Islam dengan Eropah. Orang Islam telah sampai ke Sicily, Portugal dan
         Selatan Peranchis melalui Laut Mediterranean. Negara – negara tersebut merupakan jambatan yang
         menghubungkan tamadun Islam dengan Eropah.



KESIMPULAN. ( 2 markah )
   Apa – apa sahaja yang berkaitan.




                                                    34
                         [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
35
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

More Related Content

What's hot

Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu HanitaBahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
isharsmiaa
 
PENDIDIKAN BERBASIS KEUNGGULAN LOKAL
PENDIDIKAN BERBASIS KEUNGGULAN LOKALPENDIDIKAN BERBASIS KEUNGGULAN LOKAL
PENDIDIKAN BERBASIS KEUNGGULAN LOKAL
Sujud Marwoto
 
Tamadun awal asia tenggara
Tamadun awal asia tenggaraTamadun awal asia tenggara
Tamadun awal asia tenggara
isharsmiaa
 
Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
Bab 3 : Tamadun Awal Asia TenggaraBab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
Nipafrutican
 
Makalah kosmetik jogja
Makalah  kosmetik jogjaMakalah  kosmetik jogja
Makalah kosmetik jogja
Nolis Marliati
 
Modul peminatan sudrajat s
Modul peminatan sudrajat sModul peminatan sudrajat s
Modul peminatan sudrajat sPurna Senda
 

What's hot (8)

Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu HanitaBahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
 
PENDIDIKAN BERBASIS KEUNGGULAN LOKAL
PENDIDIKAN BERBASIS KEUNGGULAN LOKALPENDIDIKAN BERBASIS KEUNGGULAN LOKAL
PENDIDIKAN BERBASIS KEUNGGULAN LOKAL
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Tamadun awal asia tenggara
Tamadun awal asia tenggaraTamadun awal asia tenggara
Tamadun awal asia tenggara
 
Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
Bab 3 : Tamadun Awal Asia TenggaraBab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
 
Geografi pembangunan
Geografi pembangunanGeografi pembangunan
Geografi pembangunan
 
Makalah kosmetik jogja
Makalah  kosmetik jogjaMakalah  kosmetik jogja
Makalah kosmetik jogja
 
Modul peminatan sudrajat s
Modul peminatan sudrajat sModul peminatan sudrajat s
Modul peminatan sudrajat s
 

Viewers also liked

Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012Nur faizah Baharin
 
Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)
Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)
Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)
Rabeah Lookyoung
 
Bab 1 Pengenalan Tamadun Islam
Bab 1 Pengenalan Tamadun IslamBab 1 Pengenalan Tamadun Islam
Bab 1 Pengenalan Tamadun Islamajaknordin
 
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*Nurhidayatul Asma
 
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )
Thanushah Soniyasee
 
TITAS: Tamadun Mesopotamia
TITAS: Tamadun MesopotamiaTITAS: Tamadun Mesopotamia
TITAS: Tamadun MesopotamiaFarah Ezzanie
 
Bab 1 Pengenalan Tamadun Islam
Bab 1 Pengenalan Tamadun IslamBab 1 Pengenalan Tamadun Islam
Bab 1 Pengenalan Tamadun Islamajaknordin
 
Bab 1 kepentingan pertanian di malaysia
Bab 1 kepentingan pertanian di malaysiaBab 1 kepentingan pertanian di malaysia
Bab 1 kepentingan pertanian di malaysiatintaimi
 
Bab 1 konsep & takrif tamadun
Bab 1  konsep & takrif tamadunBab 1  konsep & takrif tamadun
Bab 1 konsep & takrif tamadunChuah Lim
 
tamadun awal manusia(tingkatan 4)
tamadun awal manusia(tingkatan 4)tamadun awal manusia(tingkatan 4)
tamadun awal manusia(tingkatan 4)
Nazmi Nami
 
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMGuru Sejarah PraU
 
Nota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newNota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newKero Nuex
 
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Reefear Ajang
 

Viewers also liked (14)

Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
 
Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)
Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)
Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)
 
Bab 1 Pengenalan Tamadun Islam
Bab 1 Pengenalan Tamadun IslamBab 1 Pengenalan Tamadun Islam
Bab 1 Pengenalan Tamadun Islam
 
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
 
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )
 
TITAS: Tamadun Mesopotamia
TITAS: Tamadun MesopotamiaTITAS: Tamadun Mesopotamia
TITAS: Tamadun Mesopotamia
 
Bab 1 Pengenalan Tamadun Islam
Bab 1 Pengenalan Tamadun IslamBab 1 Pengenalan Tamadun Islam
Bab 1 Pengenalan Tamadun Islam
 
Bab 1 kepentingan pertanian di malaysia
Bab 1 kepentingan pertanian di malaysiaBab 1 kepentingan pertanian di malaysia
Bab 1 kepentingan pertanian di malaysia
 
Pengertian tamadun
Pengertian tamadunPengertian tamadun
Pengertian tamadun
 
Bab 1 konsep & takrif tamadun
Bab 1  konsep & takrif tamadunBab 1  konsep & takrif tamadun
Bab 1 konsep & takrif tamadun
 
tamadun awal manusia(tingkatan 4)
tamadun awal manusia(tingkatan 4)tamadun awal manusia(tingkatan 4)
tamadun awal manusia(tingkatan 4)
 
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
 
Nota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newNota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.new
 
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)
 

Similar to Rashman sejarah 1 selangor

Kehidupan Masyarakat di Bidang Sosisal.docx
Kehidupan Masyarakat di Bidang Sosisal.docxKehidupan Masyarakat di Bidang Sosisal.docx
Kehidupan Masyarakat di Bidang Sosisal.docx
Rahmat Hidayat
 
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNGTAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
Imperial University
 
Nota ringkas Bab 2-Kenegaraan
Nota ringkas Bab 2-KenegaraanNota ringkas Bab 2-Kenegaraan
Nota ringkas Bab 2-Kenegaraan
lurve_shasha
 
Sejarah SPM Tema 7
Sejarah SPM Tema 7Sejarah SPM Tema 7
Sejarah SPM Tema 7
Shamsuddin Frans
 
Sejarah_Peminatan Kelas X (Sepuluh)KD-3.10_Final
Sejarah_Peminatan Kelas X (Sepuluh)KD-3.10_FinalSejarah_Peminatan Kelas X (Sepuluh)KD-3.10_Final
Sejarah_Peminatan Kelas X (Sepuluh)KD-3.10_Final
Arief144180
 
Nota ringkas TITAS
Nota ringkas TITASNota ringkas TITAS
Nota ringkas TITAS
Fatini Adnan
 
Minggu 1 (B2) TITAS.pptx
Minggu 1 (B2) TITAS.pptxMinggu 1 (B2) TITAS.pptx
Minggu 1 (B2) TITAS.pptx
MOHDFARHANMDARIFFINT
 
Sejarah 4 tingkatan bab 1
Sejarah 4 tingkatan bab 1Sejarah 4 tingkatan bab 1
Sejarah 4 tingkatan bab 1sintaro57
 
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)Jemindar Ab Kadir
 
Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012
Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012
Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012Nur faizah Baharin
 
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
Lee San
 
Materi presentasi kelompok.pptx
Materi presentasi kelompok.pptxMateri presentasi kelompok.pptx
Materi presentasi kelompok.pptx
Soekemply31
 
Bab 1 tg4
Bab 1 tg4Bab 1 tg4
Nota Sejarah Tingkatan 1................
Nota Sejarah Tingkatan 1................Nota Sejarah Tingkatan 1................
Nota Sejarah Tingkatan 1................
czm1976
 
Buku Teks sejarah 1.....................
Buku Teks sejarah 1.....................Buku Teks sejarah 1.....................
Buku Teks sejarah 1.....................
czm1976
 
Kelas intensif spm spm tema 7
Kelas intensif spm spm tema 7Kelas intensif spm spm tema 7
Kelas intensif spm spm tema 7
Mohd Izamri
 

Similar to Rashman sejarah 1 selangor (20)

Kehidupan Masyarakat di Bidang Sosisal.docx
Kehidupan Masyarakat di Bidang Sosisal.docxKehidupan Masyarakat di Bidang Sosisal.docx
Kehidupan Masyarakat di Bidang Sosisal.docx
 
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNGTAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
 
Nota ringkas Bab 2-Kenegaraan
Nota ringkas Bab 2-KenegaraanNota ringkas Bab 2-Kenegaraan
Nota ringkas Bab 2-Kenegaraan
 
Sejarah SPM Tema 7
Sejarah SPM Tema 7Sejarah SPM Tema 7
Sejarah SPM Tema 7
 
Sejarah_Peminatan Kelas X (Sepuluh)KD-3.10_Final
Sejarah_Peminatan Kelas X (Sepuluh)KD-3.10_FinalSejarah_Peminatan Kelas X (Sepuluh)KD-3.10_Final
Sejarah_Peminatan Kelas X (Sepuluh)KD-3.10_Final
 
Nota ringkas TITAS
Nota ringkas TITASNota ringkas TITAS
Nota ringkas TITAS
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Minggu 1 (B2) TITAS.pptx
Minggu 1 (B2) TITAS.pptxMinggu 1 (B2) TITAS.pptx
Minggu 1 (B2) TITAS.pptx
 
Sejarah 4 tingkatan bab 1
Sejarah 4 tingkatan bab 1Sejarah 4 tingkatan bab 1
Sejarah 4 tingkatan bab 1
 
M1(1) zaman pra sejarah
M1(1) zaman pra sejarahM1(1) zaman pra sejarah
M1(1) zaman pra sejarah
 
Sejarah 4 tingkatan bab 1
Sejarah 4 tingkatan bab 1Sejarah 4 tingkatan bab 1
Sejarah 4 tingkatan bab 1
 
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
 
Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012
Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012
Rashman skema jawapan sejarah 1 johor 2012
 
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
 
Materi presentasi kelompok.pptx
Materi presentasi kelompok.pptxMateri presentasi kelompok.pptx
Materi presentasi kelompok.pptx
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Bab 1 tg4
Bab 1 tg4Bab 1 tg4
Bab 1 tg4
 
Nota Sejarah Tingkatan 1................
Nota Sejarah Tingkatan 1................Nota Sejarah Tingkatan 1................
Nota Sejarah Tingkatan 1................
 
Buku Teks sejarah 1.....................
Buku Teks sejarah 1.....................Buku Teks sejarah 1.....................
Buku Teks sejarah 1.....................
 
Kelas intensif spm spm tema 7
Kelas intensif spm spm tema 7Kelas intensif spm spm tema 7
Kelas intensif spm spm tema 7
 

More from Nur faizah Baharin (18)

Motor control and_learning
Motor control and_learningMotor control and_learning
Motor control and_learning
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 1 full
Bab 1 fullBab 1 full
Bab 1 full
 
Bab 2 baru peta minda
Bab 2 baru peta mindaBab 2 baru peta minda
Bab 2 baru peta minda
 
Sejarah 1 skema
Sejarah 1 skemaSejarah 1 skema
Sejarah 1 skema
 
Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012
Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012
Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012
 
Rashman skema k2 negeri sembilan
Rashman skema k2 negeri sembilan Rashman skema k2 negeri sembilan
Rashman skema k2 negeri sembilan
 
Rashman sejarah 2 selangor
Rashman sejarah 2 selangorRashman sejarah 2 selangor
Rashman sejarah 2 selangor
 
Bm2 ppcb stpm trengganu 2012
Bm2 ppcb stpm trengganu 2012Bm2 ppcb stpm trengganu 2012
Bm2 ppcb stpm trengganu 2012
 
Bm1 ppcb stpm trengganu 2012
Bm1 ppcb stpm trengganu 2012Bm1 ppcb stpm trengganu 2012
Bm1 ppcb stpm trengganu 2012
 
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5][Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
 
Bm1 ppcb stpm selangor 2012
Bm1 ppcb stpm selangor 2012Bm1 ppcb stpm selangor 2012
Bm1 ppcb stpm selangor 2012
 
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
 
Skema bm2 stpm selangor 2012
Skema  bm2 stpm selangor 2012Skema  bm2 stpm selangor 2012
Skema bm2 stpm selangor 2012
 
Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012
Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012
Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012
 

Rashman sejarah 1 selangor

  • 1. SULIT* JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN 940/1 PERCUBAAN STPM 2012 JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGOR20JABATANPELAJARANNEGERISELAN JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGABATANPELAJARANNEGERISELAN SEJARAH JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN JABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELANGORJABATANPELAJARANNEGERISELAN KERTAS 1 (TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800) (Tiga jam) SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab empat soalan sahaja. Dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ] Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak. © Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2012 STPM 940/1 [Lihat sebelah] *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* 1 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 2. BAHAGIAN A 1. Perihalkan Konsep Tamadun Dan Bincangkan Faktor – Faktor Utama Yang mempengaruhi tamadun awal manusia . PENGENALAN [3M] 1 Sebelum munculnya tamadun terdapat kelompok – kelompok masyarakat yang berselerak di merata – rata tempat, menunjukan bentuk kebudayaan, kebendaan dan kerohanian yang berbeza. Semasa zaman Neolitik, terdapat perbezaan – perbezaan yang disebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur – unsur kehidupan. 2 Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap Neolitik. Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang lebih jauh kompleks daripada perkampungan sebelumnya. ISI –ISI PENTING KONSEP TAMADUN [5M] 1. Tidak ada sesuatu takrifan yang muktamad. Salah satunya takrifan oleh Gordon Childe, seorang ahli kaji purba Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian diri dengan persekitarannya. Pada titik itulah, manusia berkumpul di suatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka, iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan, interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural potential untuk kehidupan yang lebih sempurna, pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan, kegiatan pertanian serta pertumbuhan seni, sains dan teknologi. 2. Masyarakat yang terdapat di Mesir dan Mesopotamia menjadi lebih teratur apabila suatu bentu kerajaan timbul dengan munculnya golongan Paderi yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnya. Agama digunakan sebagai kuasa untuk mengawasi golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi. 3. Pembinaan bangunan – bangunan berlaku untuk memenuhi fungsi agama, sosial, politik dan ekonomi dan akhirnya ( terdapat penciptaan tulisan ) untuk merekodkan pengalamannya untuk kegunaan jangkamasa panjang. Proses perbandaran membolehkan manusia menghadapi cabaran – cabaran fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya untuk menentukan takdir mereka. FAKTOR – FAKTOR UTAMA [ 5 ISI X 3M = 15M] 1. Petempatan Kekal Kemunculan tamadun awal sejak 3,500 SM telah disebabkan oleh wujudnya petempatan kekal. Wujud masyarakat bercorak perkampungan di mana manusia dapat berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan. Manusia tidak lagi berpindah-randah kerana kini mereka dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Petempatan kekal ini kemudiannya mewujudkan urbanisasi. 2 Eksploitasi Sumber Alam/Kepentingan Sungai. 2 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 3. Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di lembah sungai untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar- besaran. Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun awal terletak di tebing-tebing sungai besar seperti Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Indus dan Hwang Ho. 3 Kemajuan Teknologi Manusia mula mencipta pelbagai peralatan yang membawa kemajuan teknologi. Hal ini terbukti dengan penggunaan logam seperti tembaga, gangsa dan besi. Penggunaan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan seperti kuda dan kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah. Selain daripada itu, manusia juga telah berjaya mencipta pelbagai peralatan daripada tembikar. 4 Penciptaan Roda Penciptaan roda telah mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Roda telah meningkatkan daya produktiviti manusia. Penggunaan roda sebagai alat industri menyebabkan barang yang dikeluarkan mempunyai bentuk yang seragam dan dapat dijadikan barang-barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun lain seperti perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro. 5 Sistem Tulisan Penciptaan sistem tulisan telah menjadi asas kepada penambahan pengetahuan dan melicinkan pengurusan ekonomi. Tulisan telah digunakan untuk merekod hal agama, pentadbiran dan perdagangan. Sistem tulisan Cuneiform telah wujud dalam tamadun Mesopotamia, tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir dan tulisan ideogram dalam tamadun Hwang Ho. 6 Organisasi Sosial Organisasi sosial atau susun lapis dalam masyarakat telah membawa kepada kemunculan tamadun. Masyarakat memerlukan pemimpin untuk menyelaras dan memberikan arahan. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendeta untuk menjalankan kegiatan agama. Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang yang berkuasa.Pahlawan dengan senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya tentang tuhan. Majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di sesuatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat. 7 Pengkhususan Kerja Kehidupan yang bertambah kompleks menyebabkan masyarakat memerlukan kepada pengkhususan untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Peningkatan produktiviti telah menjamin keperluan bekalan di sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Hal ini membawa kepada bermulanya pengkhususan kerja dalam masyarakat. 3 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 4. 8 Agama dan Kepercayaan Agama dan kepercayaan telah membawa kepada kemunculan tamadun. Ia membantu manusia akur dengan hukum-hukum alam. Kehidupan lebih memberikan penekanan kepada nilai-nilai agama dan kepercayaan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah untuk pertanian. Contohnya, orang-orang Mesir percaya bahawa tuhan tinggal di Lembah Sungai Nil. 9. Perbandaran. 10. Migrasi ( Penghijrahan ). 11. Kemajuan ekonomi. 12. Geografi. C. Kesimpulan ( 2markah ) Secara keseluruhannya, sesuatu tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal dan berorganisasi. Faktor-faktor kemunculan tamadun itu saling berkaitan dan saling melengkapi. Melaluinya lahirlah tamadun-tamadun awal manusia seperti tamadun Mesopotamia, Mesir dan Hwang Ho.  Soalan ini lebih menjurus kepada faktor pembentukan tamadun.  Huraian calon mesti disertakan dengan contoh-contoh untuk mendapatkan markah penuh. 4 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 5. 2. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan pemerintahan empayar tamadun China . PENGENALAN : (3m) 1. Latar belakang Shih Huang Ti a) Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M. b) Beliau telah mengasaskan empayar yang luas sehingga Sungai Merah di Vietnam c) Berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan pusat. 2. Sistem pemerintahan empayar di China a) Ketua kerajaan pusat ialah maharaja atau Huang Ti. b) Gelaran Huang Ti digunakan oleh maharaja pertama Dinasti Chin. c) Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap sebagai The Great King dan The King of Kings. d) Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua kerajaan, ketua hakim, dan ketua agama. ISI JAWAPAN (7 Isi x 3m=21m) 1. Sistem pemerintahan berpusat i. Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang ii. Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah terus dari ibu kota. iii. Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik. 2. Menghapuskan sistem feudal. i. Menghapuskan sistem feudal dengan menghapuskan kuasa dan pengaruh golongan aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah. ii. Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di sekitar kawasan istananya. iii. Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsein Yang, pusat kerajaan Dinasti Chin. 3. Memperkenal ’scholar sistem’ i. Melatih sekumpulan kakitangan awam untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya. ii. Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam. iii. Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan dilantik secara warisan melalui sistem feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan dengan ketat. 4. Mewujudkan tiga pentadbiran utama i. Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha Imperial dan Grand Commandant. ii. Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana. iii. Masing-masing mempunyai tugas khas. Contoh : Canselor mengawal keputusan dasar- dasar kerajaan dan lebih tinggi daripada jawatan lain. Setiausaha Imperial bertanggungjawab dalam membuat arahan, merekrut, dan menyelia ahli-ahli perkhidmatan raja. Grand Commandant mengawal tentera-tentera raja. iv. Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan tiada seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja. 5. Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah/provinsi i. Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah). ii. Menghapuskan kuasa golongan bangsawan memerintah wilayah. iii. Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa kepadanya. 5 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 6. iv. Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja. v. Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mencabar kerajaan pusat sebagaimana dalam sistem feudal. 6. Melantik pemerhati/perisik wilayah i. Untuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati dilantik bagi mengawasi tindak- tanduk gabenor-gabenor di wilayah. ii. Pegawai-pegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di kerajaan pusat dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah dalam empayarnya. 7. Penguatkuasaan undang-undang i. Penduduk di China diatur dalam kumpulan –kumpulan keluarga yang mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan dan ketenteraan. ii. Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang kejam. iii. Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkan pemerintahannya. 8. Dasar pengawalan ke atas rakyat i. Mengamalkan sistem undang-undang yang ketat berasaskan fahaman legalisme yang bertujuan mengawal tingkah laku rakyat melalui undang-undang dan tindakan yang keras. Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar yang diamalkannya. ii. Sarjana-sarjana yang ingkar dihukum bunuh. iii. Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah, dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada kerajaan. 9. Memperkukuh sistem pertahanan daripada serangan luar. i. Mempertahan daripada serangan orang gasar khususnya orang orang Hsiung Nu dengan membina Tembok Besar Negeri China. ii. Menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menara kawalan untuk memerhati gerakan musuh. iii. Memperbesar dan memperkuat pasukan tentera. KESIMPULAN (1m) 1. Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya. Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi gagal. 2. Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar yang luas. 3. Bincangkan organisasi Ketenteraan Indiasebelum Islam . PENGENALAN:[3M] (a) Organisasi ketenetraan merujuk kepada perkara – perkara berikut: 1. Jenis – jenis tentera yang mengepalai sesuatu peperangan seperti tentera berjalan kaki ( infantri ) tentera berkuda ( Kavalri ) dan tentera berkereta kuda dua. 2. Pentadbiran tentera/logistik. 3. Sitrategi peperangan. 4. Taktik peperangan. 5. Teknologi senjata. (b) Pengenalan kepada tamadun India. (c) Kepentingan organisasi ketenteraan dalam tamadun India. 6 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 7. ISI JAWAPAN . [ 7 ISI X 3M = 21M] 1. Angkatan tentera India dibahagikan kepada empat kategori, iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera infantri. Tedapat juga beberapa kategori tentera lain seperti tentera laut, pengintig, anggota kumpulam perintis dan komisariat. Atthasastra menyebut satu unit tentera India mengandungi 45 kereta kuda, 45 gajah, 225 kuda dan 675 tentera. Chandragupta Maurya menakluk sebahagian besar India dengan angkatan tentera seramai 600,000 orang dan Raja Chola, Rajaraja I menakluki Calukya dengan angkatan seramai 900, 000 orang. 2. Penggunaan gajah dalam pertempuran dinyatakan dalam kitab Budhisme. Raja Bimbasara dari Maghda dikatakan mempunyai tentera bergajah terlatih yang memainkan peranan seperti kereta perisai. Ia digunakan untuk memecah barisan tentera musuh, meruntuhkan pagar kubu, pintu kota, benteng pertahanan musuh dan mengangkut dua atau tiga tentera yang lengkap dengan senjata seperti busar dan lembing. Penggunaan gajah sebagai hadiah persembahan dan faktor kritikal dalam hubungan diplomasi pemerintah India dengan kuasa luar. 3. Tentera berkuda India agak lemah dan ini merupakan punca kekalahan tentera India ketika menghadapi serangan daripada penakluk – penakluk asing. Umpamanya, Mahmud Ghori menundukan Prthviraja pada tahun 1162 masihi kerana pasukan kavalari India amat inferior berbanding tentera musuh. 4. Kapal laut juga digunakan oleh tentera India untuk mengangkut tentera di sepanjang sungai utama India. Raja Pulakesin II, menghantar angkatan tentera laut untuk menawan Puri. Raja – raja Chola seperti Rajaraja I dan Rajendra I mempunyai angkatan tentera laut yang tetap. 5. Terdapat ahli perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera India untuk memberi bantuan kepada askar – askar yang tercedera dalam medan perang. Wanita juga turut berkhidmat dalam menyediakan makanan bagi para tentera. 6. Pada zaman pertengahan, tenetra mempunyai panglima yang diketuai oleh panglima agung dikenali sebagai Mahasenapati. Di bawah panglima terdapat kapten Nayaka yang menyerupai golongan bangsawan feudal. 7. Dari segi peralatan, tentera India memiliki meriam, kayu pelontar, busar, pedang, tombak dan lembing yang merupakan senjata yang biasa digunakan oleh askar India. 8. Pembinaan kubu pertahanan merupakan satu lagi aspek penting ketenteraan India. Umpamanya, sebuah tembok panjang telah dibina di Kota Rajagraha, ibu kota Magadha untuk menghalang musuh. 9. Peranan pendita dalam peperangan. Masyarakat India menganggap peperangan sebagi upacara keagamaan di mana tarikh dan masa yang sesuai untuk berperang ditetapkan oleh ahli astrologi. 10. Pemusatan kuasa ketenteraan ditangan maharaja. KESIMPULAN: [1M] Organisasi ketenteraan mempunyai peranan yang penting dalam memastikan kejayaan sesuatu operasi ketenteraan. Kejayaan kerajaan India dalam mempertahankan kerajaannya dari diserang oleh musuh dari zaman Klasik hingga zaman Awal moden dalah dibantu oleh organisasi ketenteraan yang utuh. 4. Jelaskan matlamat pendidikan formal di China dan Rom. PENGENALAN ( 3 MARKAH ) Proses pendidikan manusia berbentuk formal atau tidak formal bermula dengan kebangkitan manusia bertamadun. Tetapi objektif-objektif dan institusi-institusi adalah berlainan dari tamadun ke tamadun dan juga berlainan dari masa ke masa. Pendidikan adalah berkait rapat dengan keperluan politik, agama dan sosial serta aliran pemikiran tentang konsep ilmu dan pendidikan di suatu tamadun atau negara. Institusi-institusi pendidikan juga dibina mengikut objektif-objektif itu dan memang membayangkan proses penginstitusian ilmu yang ditentukan oleh keperluan politik, kebudayaan dan agama. ISI – ISI PENTING 7 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 8. Matlamat sistem pendidikan China ( 5 isi X 2 markah = 10 markah) 1. Pendidikan di China tradisional bertujuan memenuhi keperluan kerajaan demi kepentingan memberikan suatu asas yang kukuh untuk mengekalkan kuasa politik, birokrasi dan kedaulatan maharaja serta mengekalkan keharmonian masyarakat dan ketaatsetiaan rakyat terhadap raja dan negara. Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan pemikiran bebas rakyat bawahan atau golongan atasan tetapi sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya supaya dapat memupuk hubungan eratnya rakyat dengan kerajaan, menjamin kestabilan sistem politik dan keharmonian masyarakat. Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi politik dan kurikulum pendidikan China sejak Dinasti Han untuk mewujudkan sekelompok elit (Scholar- gentry) yang telah menyerap nilai-nilai moral dan etika Confucia.nisme yang akan menyokong dan memperkukuhkan status politik Maharaja China dan keraj aannya. 2. Bertujuan menegakkan hubungan persaudaraan dan kepentingan nilai kekeluargaan iaitu sifat-sifat ketaatan terhadap ibu -bapa dan- orang tua dan penghormatan terhadap pegawai- pegawai kerajaan. Untuk memupuk nilainilai moral dan etika yang diperlukan oleh pihak pemerintah maka kurikulum pendidikan adalah berdasarkan Sembilan Buku Suci, iaitu Five Classics dan The Four Books. Five Classics adalah Shu Ching (Book of History), Shih Ching (Book of Poetry), Yi Ching (Book of Changes), Li Chi (Book of Rites) dan Chun-Chiu (Spring and Autumn Annals). The Four Books tediri daripada Annalests, Great Learning, Doctrine of the Mean, dan Works of Mencius 3. Pada keseluruhannya, pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakan golongan elit (pemerintah) daripada golongan massa (diperintah). Menurut pemikir Confucianisme, elit yang berpendidikan tinggi adalah Chun tze atau manusia yang unggul (the super or man) dan oleh kerana itu rakyat haruslah menghormati Chun-tze. Jadi, pendidikan boleh dianggap sebagai penentu peranan dan hierarki masyarakat China tradisional. 4. Sejak Dinasti Han sistem peperiksaan awam telah diwujudkan untuk memilih pegawai kerajaan (birokrasi). Calon-calon yang cemerlang dalam peperiksaan boleh dilantik memegang jawatan jawatan kerajaan di ibu kota dan wilayah. Sistem ini dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Ching pada tahun 1911 TM. 5. Menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China seperti Kung Fu tze, Lao Tze dan Mo Tze Matlamat sistem pendidikan Rom ( 5 isi X 2 markah =10 markah) 1. Pembinaan etika dan moral dalam masyarakat : Matlamat pendidikan formal dalam tamadun Rom ialah untuk melahirkan masyarakat yang tinggi nilai moral dalam hubungan dengan manusia dan alam. 2. Pembinaan keperibadian atau sahsiah. Matlamat pendidikan formal dalam tamadun Rom untuk memupuk berkembangnya sikap praktikal, utilitarian dan pragmatik supaya rakyat Rom boleh menyumbang kepada pembinaan dan pengukuhan empayar. 3. Kemahiran Intelektual 8 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 9. Matlamat pendidikan formal dalam tamadun Rom bertujuan untuk membasmi buta huruf supaya lahirnya masyarakat yang celik huruf, berintelektual dalam ilmu sekular seperti falsafah, teknologi, matematik, dan sains. 4. Membina Tanggungjawab dan peranan Rakyat Bagi golongan patrician kurikulum difokuskan kepada teknik penghujahan dan retorik supaya memupuk dan melahirkan pemimpin yang berwibawa. Manakala bagi golongan bawahan, pendidikan formal memberatkan latihan fizikal dan tentera untuk meghasilkan rakyat yang bersedia mengorbankan nyawa untuk mempertahankan Empayar Rom. 5. Kenegaraan. Dalam tamadun Rom melalui pendidikan formal ditekankan kurikulum kewarganegaraan supaya dapat melahirkan masyarakat yang bersemangat patriotik dan bersifat patuh kepada undang- undang negara. 6. Keperluan kepada pentadbiran negara. Dalam tamadun Rom pendidikan formal bertujuan melahirkan jurutulis untuk merekodkan kegiatan pentadbiran, penulisan undang-undang Papan 12, merekodkan kegiatan jual-beli dan lain- lain. Dokumen yang ditulis menjadi sebagai bahan bukti rekod untuk simpanan kerajaan. 7. Mempertahankan negara KESIMPULAN [1M] Apa apa sahaja yang berkaitan. 5. Bincangkan sumbangan I-Ching dan Marco Polo dalam bidang penjelajahan dan penerokaan. A. PENGENALAN [ 3 Markah ] 1. Latarbelakang I-Ching dan Marco Polo merupakan dua orang tokoh yang memberikan sumbangan besar dalam bidang penjelajahan dan penerokaan. I-Ching dilahirkan pada 635SM di Fan Yang. Beliau mengembara ke India untuk mendalami ilmu agama Buddha. Marco Polo merupakan seorang pedagang dan pengembara terkenal dari bandar Venice, Itali. Marco Polo menyertai rombongan perdagangan ayahnya Niccolo Polo dan bapa saudaranya Maffeo Polo ke China. 2. Konsep penjelajahan dan penerokaan. B. ISI ( 20 markah ) Sumbangan I-Ching [ 4 X 2 Markah = 8 Markah ] 9 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 10. 1. Pengembaraan  Beliau belayar ke India pada 671M.  Dalam perjalanan beliau singgah di Srivijaya dan Kedah.  Beliau tiba di India pada tahun 673 M dan mendarat di Tamralipti.  Setelah menuntut di Nalanda, beliau kembali ke China pada 685 M. 2. Mendalami Ilmu Sanskrit.  Ketika berada di India , beliau belajar bahasa Sanskrit.  Mengumpul lebih 500 ribu sloka Tripitaka di India dan menterjemahkan seloka-seloka tersebut. 3. Mendalami Agama Buddha  Beliau mempelajari agama Buddha di Nalanda selama 10 tahun.  Beliau singgah di Srivijaya yang merupakan pusat pengajian agama Buddha. 4. Menulis Karya Sejarah  Beliau menulis rekod sejarah tentang Srivijaya, Kedah Tua dan Jambi.  Beliau merekodkan pengalaman dalam kitab Nan Hai dan Ta Tung.  Beliau juga menulis tentang Srivijaya dan tempat-tempat lain yang dilawati 5. Mengumpul dan Menterjemah Kitab-Kitab Suci  Beliau mengumpul 4000 naskah kitab suci agama Buddha.  Selanjutnya beliau menterjemahkan 56 kitab suci dan diterbitkan dalam 230 jilid. Sumbangan Marco Polo [ 6 X 2M = 12 markah ] 1. Lawatan ke China  Beliau mengetuai lawatan ke China ketika berusia 17 tahun.  Dalam perjalanan ke China, beliau melalui Parsi, Hormuz, Belkh dan Khotan.  Perjalanan ke China memakan masa 3 tahun.  Beliau singgah di Sumatera, Sri Lanka, Koromandel, Gujerat, Hormuz dan Parsi. 2. Berkhidmat Sebagai Duta  Ketika berada d China, beliau dilantik sebagai duta oleh Maharaja China.  Beliau pernah berkhidmat sebagai duta di Shensi, Szechuan, Yunan, Tibet dan Burma.  Beliau dilantik sebagai duta kerana mempunyai pengetahuan yang tinggi. 3. Catatan Pengalaman  Beliau menulis pengalaman ketika berada di China dalam buku berjudul ‘The Travels of Marco Polo”  Buku ini mengandungi maklumat tentang kekayaan negara China, saiz negara China dan negara- negara jiran yang kuat. 4. Mempercepatkan pemindahan teknologi dari China ke Barat.  Marco Polo berpeluang menyaksikan kemajuan peradaban China.  Beliau menyaksikan kemajuan orang China dalam penggunaan kertas, percetakan blok, asbestos dan melebur arang batu. 10 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 11. 5. Peningkatan Ilmu Geografi dan Kartografi. 6. Mencetus dan menggalakkan dalam pengembaraan khususnya penerokan Protugal dan Sepanyol. Buku ini mendorong pengembara dan Mubaligh Eropah seperti Christopher Columbus belayar ke Timur. 7. Mengubah mentaliti dan sikap pemimpin Eropah. 8. Dapat mempercepatkan dan meningkatkan hubungan perdagangan China dan Eropah. 9. Meningkatkan pengetahuan tentang hal-hal ketimuran. C. Kesimpulan ( 2 Markah ) 1. I-Ching dan Marco Polo merupakan dua tokoh yng memberikan sumbangan besar dalam bidang penjelajahan dan penerokaan. Sumbangan utama I-Ching adalah mempelajari dan menyebarkan ilmu agama Buddha. Sumbangan utama Marco Polo adalah menyebarkan maklumat tentang kekayaan peradaban timur yang mendorong orang barat belayar ke timur. Pengenalan dan kesimpulan harus memperkenalkan tajuk kedua-dua tokoh. 6. Sejauhmanakah faktor keagamaan mempengaruhi perkembangan pencapaian seni bina tamadun awal manusia PENDAHULUAN ( 3M) 1. Maksud kesenian dan seni bina Kesenian merujuk kepada usaha manusia untuk mencipta sesuatu bentuk yang menyenangkan. Seni juga dianggap sebagai semua yang boleh menimbulkan keindahan atau keharuan sehingga dapat melahirkan kesenangan. Kesenian dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni halus dan seni gunaan. Seni bina termasuk dalam kategori seni gunaan. Seni bina yang dihasilkan berasaskan kepada aspek kecantikan , ekspresi dan kegunaan. 2. Latar belakang tamadun awal dengan merujuk kepada tamadun Mesopotamia , Mesir , China , India , Yunani dan Rom. ISI JAWAPAN ( 5 ISI X 4M = 20M ) 1. Keagamaan Faktor keagamaan adalah salah satu perkara penting dalam kemajuan seni bina. Ianya menjadi satu perkara penting dalam kehidupan dan dalam upucara keagamaan. Mereka perlu menyediakan tempat kediaman untuk tuhan yang dipuja dan tempat pemujaan untuk mengadakan perayaan keagamaan . Contohnya di Mesopotamia ,telah dibina rumah berhala berbentuk piramid yang dikenali sebagai 11 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 12. Ziggurat. Di Mesir pula telah dibina sebuah rumah ibadat atau piramid yang dibina menghala sungai seperti Kuil Agung di Karnak dan Kuil Permaisuri Hatshepsut . Di Rom juga dibina sebuah Kuil berbentuk kubah yang dikenali Panthenon dengan keistemewaannya kubahnya tidak disokong oleh sebatang tiang pun . Mereka juga membina kuil untuk Dewa Apollo yang bercirikan jajaran tiang- tiang. Manakala di India pula . kuil di Ellora yang dibina daripada batu-batu besar. Di Yunani (Athens) zaman Pericles telah dibina kuil daripada batu marmar untuk dewa Athena yang diberi nama Parthenon atau Temple of the Virgin di atas Acropolis . Manakala di Alam Melayu Candi Borobodor di Jawa Tengah yang dibina berasaskan ajaran Buddha semasa pemerintahan Raja-raja Sailendra. 2. Pertahanan Ancaman musuh dan binatang buas adalah satu lagi faktor wujudnya pelbagai jenis seni bina. Sistem pertahanan seperti kubu dan tembok dibina dengan kukuh , rapi dan sistematik di sekeliling tempat tinggal untuk tujuan keselamatan dari ancaman musuh. Contoh: di China di bina Tembok Besar China yang dianggap sebagai tujuh keajaiban dunia semasa pemerintahan Shih Huang Ti bertujuan mengatasi ancaman orang Gasar Hsiung Nu. Di Mesopotamia telah membina tembok di sekeliling bandar dan mempunyai bentuk yang berlainan bagi mengatasi serangan daripada musuh . Di India pula dibina kubu pertahanan untuk menghadapi ancaman musuh 3. Organisasi Sosial Kemunculan orhganisasi social juga mempengaruhi kemajuan seni bina. Masyarakat di kesemua tamadun terbahagi kepada golongan pemerintah dan diperintah. Raja dan golongan bangsawan sebagai golongan pemerintah perlu ada lambang kemegahan sendiri . Ini telah membawa kepada pembinaan istana , makam, pusara , candi dan sebagainya. Di Rom , pembinaan istana pada zaman Maharaja Augustus Caesar yang mempunyai sebuah istana di Bukit Palatine . Di Mesopotamia pula makam Diraja pada zaman Ur yang mempunyai kubah bersangga dari batu bakar yang disusun dengan menggunakan bitumen. Istana Diraja turut dibina yang mempunyai sebuah bilik khas untuk upucara ritual diraja. Di India pula pembinaan Stupa iaitu menara berbentuk kubah untuk memperingati golongan bangsawan dan para alim pada zaman vedik. Stupa juga sebagai tempat menyimpan bahan peninggalan si mati yang dibina di tepi sungai sebagai bahan tontotan. Di Mesir , pembinaan piramid yang terbesar telah dibina di Giza iaitu Piramid Firaun Khufu bertujuan menyimpan mayat raja-raja mereka yang dijadikan mumia, Sphinx di Gaza yang berbentuk singa dan berkepala manusia dan mempunyai muka Firaun Khafre .Candi-candi Diraja dan Mastaba juga dibina sebagai rumah bagi orang yang telah meninggal dunia . 4. Nilai Estetika Kemunculan tamadun juga membawa bersama nilai-nilai estitika seperti riadah dan rekreasi. Dataran- dataran awam didirikan sebagai tempat riadah dan aktiviti sukan dan permainan . Ini membawa kepada pembinaan beberapa bangunan, misalnya di Rom , pembinaan Colloseum merupakan sebuah teater atau gelanggang untuk pelbagai jenis permainan . Circus Maximum turut dibina yang merupakan sebuah stadium yang menganjurkan pertandingan kereta kuda beroda dua (chariots) . Pembinaan kolam mandi di Caracalla seluas 11 hektar yang boleh memuatkan seramai 1500 orang . Di Mesopotamia , dibina Taman Tergantung Babylon pada zaman Raja Nebuchadnezar , dibina juga laluan pejalan kaki . Di India The Great Bath yang berukuran 11.8 meter panjang dan 7 meter lebar merupakan sebuah kolam mandi yang terdapat tangga dan serambi di sekelilingnya. 5. Pentadbiran 12 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 13. Kewujudan Negara kota dan system pentadbiran yang teratur juga mempengaruhi pembinaan pelbagai bangunan. Contohnya , Firaun Mesir membina sebuah dewan berhampiran istana untuk mengadakan mesyuarat dengan pegawai dan golongan bangsawan yang datang mengadapnya. Untuk melicinkan urusan pentadbiran ini dibina sebuah dewan berhampiran istana. Di Rom pula , Dewan Perhimpunan ditubuhkan untuk membincangkan hal-hal politik dan melantik pegawai pegawai kecuali raja. 6. Ekonomi Perkembangan kegiatan ekonomi dalam tamadun awal juga mempengaruhi pembinaan bamyak kemudahan. Di Rom , pembinaan Aqueduct iaitu saluran air yang besar dan panjang untuk tujuan pengairan. Di Mesopotamia, pembinaan pasar seperti Bit Mahirim (kedai menjual barang mewah di Sippar ) dan gedung penyimpanan barang. Karu merupakan pusat komersil perdagangan yang ada gudang atau stor berniaga dan simpan barang dagangan juga turut dibina . Di China pula telah dibina sistem pengairan di Cheng Tu di wilayah Szechuan yang dibina zaman Dinasti Chou dan empangan di Sungai Wei bertujuan untuk memajukan ekonomi pertanian China 7. Urbanisasi Proses urbanisasi banyak mempengaruhi perkembangan seni bina tamadun awal. Penghijrahan penduduk yang berterusan membawa kepada kemunculan banyak tempat kediaman awam. Untuk memudahkan penduduk di sesuatu kawasan , disediakan pelbagai kemudahan asas yang secara langsung membawa kepada kemajuan seni bina, Contohnya , Di India , Bandar Mohenjo Daro Harappa terdapat pembinaan rumah yang dibina menggunakan batu bata saiz yang sama secara terancang dan tidak berselerak malah terletak di sepanjang jalan raya utama dan di lorong-lorong. Turut dibina juga kemudahan kolam mandi , kolam renang dan pembinaan Aqueduct di Rom yang membekalkan air bagi penduduk di kawasan bandar. KESIMPULAN ( 2m) Jelaslah bahawa pencapaian seni bina tamadun awal telah memperlihatkan kehebatan pencapaian sesuatu tamadun dan sebagai lambang kemegahan sesuatu bangsa dan negara. Walaubagaimanapun kemajuan seni bina tamadun awal telah mengalami banyak kemerosotan dan runtuh tetapi masih ada lagi yang masih kekal sehingga hari ini. 7. Huraikan pencapaian tamadun China dan tamadun Mesir dalam bidang perubatan. PENGENALAN ( 3 markah ) 1. Tamadun Mesir purba dan China telah memberi sumbangan dalam lapangan perubatan. Kedua-dua tamadun tersebut telah melahirkan ramai tokoh-tokoh perubatan yang memberi sumbangan dalam pelbagai lapangan perubatan. 2. Latarbelakang tamadun China dan Mesir. ISI-ISI PENTING Perubatan China : [ 10 markah 5 isi sahaja : 1 isi 2 markah ] 1. Teori Perubatan 13 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 14.  Mengikut teori perubatan China, manusia dianggap mikrokosmos yang mempunyai peredaran udara, angin, panas dan sejuk tersendiri.  Terdapat dua sistem peredaran dalam tubuh badan manusia iaitu sistem peredaran darah dan sistem peredaran angin.  Idea tentang peredaran darah muncul pada abad pertama masihi. 2. Konsep Perubatan China  Konsep perubatan China ialah konsep Yin dan Yang.  Yin merujuk kepada kuasa pasif manakala Yang merujuk kepada kuasa aktif.  Keseimbangan antara dua kuasa itu menandakan seseorang itu sihat. 3. Cara Merawat Penyakit  Terdapat tiga cara orang China merawat penyakit iaitu material medica, moksibusi dan akupunktur.  Material medica merujuk kepada bahan-bahan seperti herba, galian dan anggota haiwan.  Moksibusi merujuk kepada kaedah di mana sumbu dan moksa yang dibuat daripada herba dilekatkan pada kulit badan penyakit dan dibakar untuk menyembuhkan penyakit.  Akupunktur merupakan rawatan mengubati penyakit dengan menusuk jarum pada tubuh manusia. 4. Karya Perubatan  Orang China juga menghasilkan dokumen tentang ilmu perubatan.  Dokumen paling awal tentang perubatan tradisional China ialah Huang Ti Nei Ching  Li Shih Chen menghasilkan lima tritis tentang cara-cara diagnosis penyakit campak, stigmologi, ubat ginseng dan Artemisia.  Li Shih Chen menulis ensiklopedia tentang mineralogi, kaji logam, botani dan zoology. 5.Ubat-ubatan.  Ubat-ubatan dari herba, binatang dan galian. Perubatan Mesir Purba [ 10 markah 5 isi sahaja : 1 isi 2 markah ] 1. Teori Perubatan : ada kaitan dengan agama. 2. Teks Perubatan  Orang Mesir purba menghasilkan teks-teks perubatan.  Teks-teks perubatan awal Mesir purba dikarang oleh Toth dan Imhotep.  Terdapat teks-teks yang mengandungi maklumat tentang senarai peralatan yang digunakan untuk pembedahan di kepala dan dada.  Terdapat juga teks yang mengandungi maklumat tentang ubat-ubatan, anatomi, peralatan pembedahan, penyakit mata dan kelahiran anak. 3. Kaedah Mengawet Mayat  Orang Mesir juga mahir dalam mengawet mayat.  Mereka mempunyai pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi. 14 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 15. 4. Kemahiran Merawat Penyakit  Orang Mesir purba mempunyai kemahiran dalam mengubati luka dan retakan tulang.  Mereka juga mempunyai pengetahuan dalam melakukan pembedahan di kepala dan dada.  Mereka juga mengetahui kaedah menggunakan ubat-ubatan semasa memberi rawatan. 5. Ubat-Ubatan  Orang Mesir mempunyai kemahiran mencipta pelbagai jenis ubat-ubatan dan proses menyediakan ubat-ubatan.  Antara bahan yang digunakan untuk menyediakan ubat ialah minyak jarak, mandragora, jintan putih, dan ketumbar. KESIMPULAN ( 2 markah ) Orang China dan Mesir purba memberikan sumbangan besar dalam lapangan perubatan. Terdapat banyak teks-teks perubatan yang dihasilkan dalam tamadun Mesir purba dan China pada zaman klasik. Terdapat pelbagai teori dan konsep yang berkaitan degan ilmu perubatan. Mereka juga mempunyai pengetahuan dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Tradisi perubatan Mesir purba dan China mempunyai kesan terhadap ilmu perubatan moden. 8. Bandingkan sistem ekonomi kapitalisme di Barat dengan sistem ekonomi Islam . PENGENALAN: [3m] 1. Menurut pandangan Islam : ekonomi ialah satu ilmu yang mengakji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan sejarah Islam sama ada di peringkata perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapat keredaan Allah s.w.t 2. Ekonomi menurut pandangan Barat : Kajian sains sosial tentang bagaimana sumber – sumber ekonomi yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. A. ISI – ISI PENTING. [ 5 isi x 4m = 20m ] PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DENGAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME. 1. Kebebasan terhadap dan menurut nilai – nilai akhlak. ISLAM : Tidak sahaja memberi kebebasan tetapi terhad dalam ekonomi malah ia juga memberikan perlindungan terhadap apa yang diperolehi. Nilai – nilai akhlak dan sifat – sifat menjadi asas pengisian prinsip berkenaan. BARAT: kebebasan tidak terhad dan mementingkan keuntungan yang maksimum. 2. Cara Mendapatkan harta. 15 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 16. ISLAM : Cara mendapatkan harta haruslah dengan jalan yang halal ( bukan dengan melakukan amalan riba, penipuan, rasuah, ekspolitasi dan cara – cara yang bertentangan dengan syarak ) tertakluk kepada syariat Islam. BARAT : Harta merupakan hak milik persendirian secara mutlak boleh digunakan secara bebas untuk mendapatkan keuntungan dan tiada kawalan dari sudut perundangan. 3. Peranan Pihak Berkuasa. ISLAM : SYARIAH Islam mengharuskan berlakunya campurtangan pihak pemerintah dalam kegiatan – kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk pengurusan, penyusunan, agihan dan perancangan. Canpurtangan pihak pemerintah adalah bertujuan untuk melindungu dan menjaim kestabilan serta keadilan sosial dengan syarat ia mestilah berlandaskan syariah. BARAT : Peranan pemerintah adalah minimum selagi pemilik harta mengikut saluran undang – undang. 4. Sistem Percukaian. ISLAM : sistem percukaian islam disyariatkan. Pemilik harta dikenakan bayaran zakat mengikut kadar dan cukai – cukai yang lain untuk diagihkan kepada pihak – pihak yang berhak bagi mengurangkan jurang antara golongan berharta dan golongan tidak berharta. BARAT: Pembayaran cukai tidak disyariatkan dan bertanggungjawab membayar cukai kepada pemerintah serta tanggungjawab lain ( derma dan sumbangan berdasarkan budi bicara ). 5. Prinsip permuafakatan. ISLAM : Menekakan semangat muafakat untuk mengurangkan pertelingkahan antara majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli, pengeluar dengan pengguna. BARAT : Hubungan antara majikan dengan pekerja dalam bentuk kontrak yang diwujudkan bagi melicinkan hubungan antara mereka. Kerajaan campurtangan bagi mewujudkan kerjasama antara majikan dengan pekerja. Dengan itu wujud hubungan tiga hala antara kerajaan majikan dan pekerja. 6. Prinsip Istikhlaf ( pertanggungjawaban ). ISLAM : Manusia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini dan pemegang amanah untuk memakmurkan dunia. Prinsip ini menggariskan pemilikan harta hendaklah melalui cara diredai oleh Allah s.w.t KAPITALIS : prinsip ini hanya wujud di kalangan majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli tanpa dikaitkan dengan tuhan. 7. Prinsip berkerja dan ganjaran. 16 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 17. ISLAM : untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalah islam, malah ia menadi asasnya. Berdasarkan prinsip ini, mekanimse seperti ini mudarabah dan syarikat digalakkan dalam aktiviti ekonomi. BARAT : Meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan untuk mengelakkan kerugian dan mengambil keuntungan lebih banyak untuk menyelamatkan keadaan semasa berhadapan dengan kerugian. 8. Prinsip menjauhkan perbuatan merosakkan. ISLAM : Melarang segala bentuk keruntuhan akhlak, kerosakan masyarakat, kepincangan keluarga dan kerosakan masyarakat dalam kegiatan ekonomi. BARAT : Juga melarang kerosakan tetapi tiada kawalan syariat, cuma dilakukan di atas tanggungjawab moral. 9. Matlamat ekonomi. Islam : Syariat tidak digugurkan ( dikekalkan ). Setiap kali kegiatan ekonomi sama ada kecil atau besar akan menjadi ibadah dan diberi ganjaran pahala jika dilakukan mengikut kehendak – kehendak syarak’ BARAT : berbentuk sekular dan syariat digugurkan bermula pada abad ke – 16 dan seterusnya. B. KESIMPULAN. Apa – apa sahaja yang berkaitan. 17 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 18. BAHAGIAN B 9 Terangkan konsep manusia menurut pandangan Islam dan Arab Jahiliah. PENGENALAN ( 3 markah ) 1. Pengertian Jahiliah 2. Pengertian manusia  dalam bahasa Latin, manusia dipanggil sebagai homospiens. Manusia adalah sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata. Mengikut kajian arkeologi, manusia sudah pun wujud sejak 500,000 tahun dahulu, iaitu pada zaman Air Batu. 3. Pengertian Islam ISI – ISI PENTING ( 20 markah ) A. Konsep manusia menurut Islam. ( 10 markah – 5 x 2markah) 1. Pengertian manusia dari segi bahasa mengikut perspektif islam. i. Pengertian manusia dari segi bahasa. ii. Pengertian dari segi istilah. 2. Mengikut Islam, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud: “Ingatlah ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat (sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.)” 3. Di samping itu, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. agar menjadi seorang hamba yang soleh. Dalam hubungan ini, Allah s.w.t. telah menjelaskan matlamat penciptaan manusia menerusi firmanNya: dalam surah al-Zaariyat ayat 56 yang bermaksud: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”. 4. Agama Islam juga menyarankan kepada manusia agar membangunkan unsur-unsur rohani dan jasmani demi mencapai keseimbangan dalam diri manusia. Keseimbangan di antara fizikal dan spiritual ini penting demi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak. 5. Kedudukan manusia di sisi Allah s.w.t. juga dikira sama tarafnya tanpa mengira warna kulit, keturunan, pangkat, dan lain-lain, Islam melarang perhambaan di kalangan manusia. 6. Manusia dicipta sebaik-baik kejadian. Bagi membolehkan manusia yang begitu sempurna penciptaannya agar hidup aman bahagia serta selamat sejahtera, Allah s.w.t. telah menjadikan segala sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia. 7. Manusia yang paling mulia adalah manusia yang bertaqwa 8. Manusia sebagai pemegang amanah. 9. Semua manusia dari keturunan Adam dan manusia dijadikan dari tanah. 10. Manusia terdiri daripada 5 komponen iaitu : jasad, roh, akal, nafsu dan hati/jiwa. 18 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 19. 11. Akal membezakan manusia dengan makhluk – makhluk lain. 12. Manusia dijadikan dalam keadaan fitrah. B. Konsep manusia menurut Jahiliah. ( 5 x 2 markah = 10 markah ) 1. Manusia tidak bersifat abadi dan akan terhapus setelah berlakunya kematian dan tidak mempercayai adanya Hari Akhirat dan Hari Pembalasan. Dengan sebab itulah kehidupan manusia pada zaman berkenaan penuh dengan kemaksiatan. 2. Di samping itu, manusia menurut pandangan Jahiliah lagi menjadikan hawa nafsu sebagai panduan bagi kehidupan mereka di dunia ini. Sehubungan dengan ini, berjudi, minum arak, dan makan riba dianggap sebagai satu jalan mencari rezeki yang baik dan mudah, oleh itu, mereka melakukannya. Minum arak pula dianggap satu perbuatan yang baik dan mulia. 3. Status mereka dalam masyarakat bergantung kepada keturunan dan kabilah. Sekiranya kabilah itu kaya, kuat, dan berpengaruh maka seseorang anggota kabilah itu dipandang mulia. Begitulah sebaliknya. 4. Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling. 5. Mempercayaai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan. 6. Mereka tidak tahu asal-usul kejadian manusia. 7. Mereka melihat manusia dari sudut jasadiah semata – mata. KESIMPULAN ( 2 markah ) Manusia menurut pandangan Islam adalah untuk melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t. bagi mendapatkan keredhaannya dan kemuncaknya mencapai kebahagiaan di dunia serta akhirat. Sementara manusia menurut pandangan Jahiliah pula mengikut telunjuk hawa nafsu dengan mengenepikan soal akhirat. 10. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam memperkukuhkan pentadbiran di kota Madinah. PENGENALAN [ 3 markah ] 1. Demografi Madinah : Negara kota Madinah terletak kira-kira 320 km ke utara Mekah. Masyarakatnya terdiri daripada suku-suku Arab terutamanya Aus dan Khazraj serta orang-orang Yahudi. Sebelum agama Islam tersebar ke Madinah suku-suku Arab sentiasa berselisih faham sesama mereka. Golongan Yahudi memandang rendah orang-orang Arab, memonopolikan kegiatan ekonomi, hidup mewah dan menguasai pentadbiran. Dari segi agama dan kepercayaan kaum Yahudi memelihara kesucian agama Yahudi dan orang-orang Arab menyembah berhala seperti orang Quraisy di Mekah. Namun begitu orang Arab Madinah lebih mengerti tentang ketuhanan dan kenabian berbanding dengan orang Arab Mekah oleh kerana mereka lebih terdedah kepada agama Yahudi. Jadi, pemikiran mereka lebih terbuka kepada 19 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 20. usaha dakwah Nabi Muhammad saw dan lebih bersedia memeluk agama Islam yang dibawanya. Hijrah dari Mekah ke Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan titik permulaan negara Islam di Madinah. Walaupun sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah agama Islam tersebar di Madinah menerusi orang-orang Muslim (kaum Ansar) yang menyertai dalam Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II. 2. Latarbelakang Nabi Muhammad Sebelum Hijrah. 3. Konsep negara ISI – ISI PENTING [ 7 X 3M = 21 markah ] 1 Pembinaan Masjid. Peristiwa hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin meluas terutamanya dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah yang menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam. Kaum Ansar di Madinah menyambut Muhajirin dari Mekah dan buat pertama kali, kegiatan dakwah dapat dilakukan secara terbuka. Kaum Ansar banyak berkorban untuk mengembangkan agama Islam. Setelah tiba ke Madinah Nabi Muhammad s.a.w. telah membina masjid-masjid yang bukan sahaja menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam tetapi juga digunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam 2 Pembentukan Ummah Nabi Muhammad adalah seorang negarawan. Sebagai langkah pertama terhadap penyatuan masyarakat Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Ansar dengan kaum Muhajirin. i. Muahahjirin dengan Muhajirin. ii Ansar dengan Ansar. iii. Muhajirin dengan Ansar Semangat asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam. Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Kedua-dua golongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara. 3 Mewujudkan Piagam Madinah Baginda seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan untuk membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah bukan sahaja membentukkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi. Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum. Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing. Keselamatan penduduk Madinah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh. Penduduk Madinah juga mengiktirafkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agama dan ketua negara. Dengan pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpin yang berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah. 4 Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara Musyawarah Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik. Dalam hubungan dengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak menunjukkan 20 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 21. permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan perundingannya dengan mereka. Hanya setelah perundingan gagal barulah mereka disingkirkan secara terhormat dari Madinah. Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin serta antara Aus dan Khazrai. Konsep musyawarah terbayang dalam hubungan politik antarabangsa. 5 Mewujudkan Tentera Islam di Madinah Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai beberapa ekspedisi ketenteraan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman dan serangan musuh. Dalam mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah. Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam bidang ketenteraan. 6 Mengadakan hubungan luar. Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar perwakilan ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi. 7. Menyusun semula struktur ekonomi Madinah. Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.olongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan. KESIMPULAN [ 1 Markah ] Apa sahaja yang berkaitan 11. Nilaikan implikasi Perang Badar Kepada perkembangan Islam. PENGENALAN ( 3 MARKAH ) 1. Konsep perang/jihad dalam Islam. 2. Perang Badar merupakan peperangan yang pertama dalam sejarah Islam. Berlaku pada 17 Ramadan tahun 2 Hijrah (624 Masihi) di lembah Badar di luar kota Madinah. 3. Perang Badar merupakan peperangan yang berlaku di antara 313 orang Islam Madinah diketuai oleh Nahi Muhammad s.a.w. dengan 1000 ozang kaum Musyrikin Mekah di bawah pimpinan Abu Jahal. 4. Peristiwa Perang Badar i. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda telah diizinkan oleh Allah s.w.t. untuk berperang menentang musuh - apabila turunnya ayat dari Surah al-Baqarah: 19 dan Surah al-Haj: 39-40. ii. Nabi Muhammad s.a.w. mendapat tahu tentang kafilah perdagangan Quraish dari Sham pimpinan Abu Suffian akan pulang ke Mekah melalui jalan persisiran kota Madinah. Oleh yang demikian, baginda mengarahkan para sahabat agar menyiasat dan menyekat kafilah tersebut. iii. Abu Suffian mengetahui tentang rancangan orang-orang Islam tersebut, lantas beliau mengirim utusan ke Mekah untuk memohon bantuan ketenteraan. 21 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 22. iv. Kaum Musyrikin Mekah menerimanya, Abu Jahal berjaya mengumpul seramai 950-1000 orang tentera segera datang untuk membantu kafilah Abu Suffian. Objektifnya bukan sahaja untuk melindungi kafilah tersebut, malah juga untuk memerangkap dan menghapuskan Nabi dan sahabat-sahabat baginda. v. Orang-orang Islam tidak mengetahui tentang kemaraan tentera bantuan daripada Abu Jahal yang ramai itu. Mereka bersama 324 arang tentera terus pergi menyiasat kafilah Abu Suffian dan bertemu dengan tentera Abu Jahal. Orangorang Islam terkejut melihat tentera musuh yang ramai kerana tujuan mereka yang sebenar bukan untuk berperang. vi. Lantas Nabi merangka strategi peperangan dan berdoa kepada Allah s.w.t. bagi mendapat pertolongan serta perlindungan kepada orang-orang Islam. vii. Sebelum meletusnya peperangan, 6 orang - 3 orang daripada pihak Musyrikin dan 3 daripada pihak Islam telah bertarung seorang sama seorang. Pihak Islam diwakili oleh Ali bin Abu Talib, Hamzah bin Abd. Mutalib dan Ubaidah al-Haris. Manakala pihak Musyrikin Mekah pula diwakili oleh Utbah bin ar-Rabiah, alWalid bin Uthah, dan Shaibah bin al-Rahiah. Dalam pertarungan tersebut, ketigatiga pahlawan Musyrikin Mekah dapat ditewaskan. viii. Setelah itu berlakulah peperangan. Dengan adanya strategi peperangan, penyatuan dan keyakinan serta bantuan da.ripada Allah s.w.t. tentera Islam telah mencapai kemenangan. Akibat daripada Perang Badar, seramai 14 orang tentera Islam telah gugur syahid, manakala pihak Musyrikin Mekah pula 70 orang telah terbunuh dan 70 orang lagi dapat ditawan. ISI – ISI PENTING ( 7 ISI X 3M = 21 markah ) Kepentingan Perang Badar 1. Perang Badar merupakan peristiwa yang amat penting kepada umat Islam. Kerana sekiranya umat Islam tewas, maka berkemungkinan akan berakhirlah pengaruh Islam yang telah dimulakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dipohon oleh baginda dalam doa. 2. Perang Badar juga adalah dugaan yang paling besar kepada umat Islam kerana mereka buat kali pertama berperang, di samping bilangan mereka terlalu sedikit, berbanding pihak Musyrikin Mekah yang bersenjata terialu ramai dengan nisbah 1:3. Menunjukkan kualiti lebih utama daripada kuantiti. 3. Dalam peperangan ini, umat Islam tidak membuat persediaan dari segi fizikal, namun Allah s.w.t. telah menolong mereka dengan menurunkan tentera - seribu malaikat bagi memusnahkan pihak musuh. 4. Keadaan ini menguntungkan umat Islam kerana pengaruh Musyrikin Mekah semakin merosot. Kaum Musyrikin Mekah kehilangan ramai pahlawan yang handal seperti Abu Jahal, Utbah bin al- Rabiah, Shaibah ar-Rabiah dan lain-lain. 5. Peristiwa Badar ini juga turut menjadi rangsangan kepada umat Islam bagi menghadapi tentangan daripada pihak Musyrikin seterusnya, di samping memperkukuhkan lagi keimanan mereka dan meningkatkan keyakinan kepada Allah s.w.t. 6. Kekalahan pihak Musyrikin Mekah ini juga menyebabkan mereka tidak lagi menjadi kuasa yang teragung di Semenanjung Tanah Arab. Malah di kalangan kaum Quraish sendiri mereka mula meragui kebenaran kepercayaan warisan nenek moyang mereka dan mula memikirkan tentang kesahihan ajaran Islam. 22 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 23. 7. Menekankan konsep ihsan dan musyawarah dalam perhubungan sesama manusia sebagai contohnya dalam menguruskan orang tawanan dan harta rampasan perang secara adil. 8. Bermulanya konsep jihad fisabilillah di medan peperangan bagi menjaga maruah agama, umat Islam dan negara Islam. Peperangan diteruskan juga walaupun berlaku di bulan Ramadhan. 9. Mengajar kepada umat Islam mengenai etika peperangan. 10. Kepimpinan Rasulullah s.a.w sebagai . pemimpin agung. Membuktikan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w sebagai perancang strategi dalam menghadapi peperangan. 11. Pentingnya nilai-nilai sabar takwa clan tawakal dalam menghadapi dugaan dan cabaran. 12. Islam mengutamakan aspek pendidikan KESIMPULAN ( 1 MARKAH ) Perang Badar merupakan peperangan yang tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan. Kekalahan pihak musuh merupakan tamparan hebat kepada pemimpin-pemimpin mereka kerana la berlaku adalah di luar dugaan dan mereka berazam untuk menuntut bela terhadap umat Islam 12. Huraikan Sumber Baitul Mal dan peranannua dalam sistem ekonomi Islam . PENDAHULUAN: ( 3 markah ) Khalifah Umar Al – Khatab dipilih menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh Saidina Abu Bakar al – Siddiq dengan persetujuan para sahabat yang lain. Di dalam ucapan dasarnya beliau telah menyatakan dengan izin Allah dia akan membawa orang – orang Islam ke jalan yang benar. Memandangkan kejayaan Khalifah Umar dalam bidang penaklukan maka banyak harta dan rakyat yang perlu diuruskan dengan sebaik – baiknya. Khalifah Umar dalam mesyuarat dengan para sahabat telah membuat keputusan ijtiha yang berasaskan al – Quraan, hadis dan ijtihad sahabat – sahabat. Beliau diamanahkan untuk menentukan dasar kewangan negara. Dengan itu Institusi Baitul Mal ditubuhkan untuk menyeragamkan pentadbiran kewangan di samping memusat, mengawal dan memanfaatkan pendapatan negara. Khlalifah Umar mentadbir wilayah Islam yang luas meliputi Semenanjung Tanah Arab, Iraq, Syria, Baitul Muqadis dan Mesir. Selain daripada orang Islam, rakyat bukan Islam juga memberi ketaat setiaan kepada kerajaan pusat di Madinah. Orang – orang Islam yang berharta membayar zakat dan orang – orang bukan Islam membayar Jizyah. Selain daripada itu cukai – cukai lain juga dibayar mereka. Khlaifa Umar sendiri yang mengetuai urusan pentadbiran zakat. ISI – ISI PENTING. A. SUMBER BAITUL MAL: ( 5 isi X 2 markah ) a. Zakat; 23 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 24. Sumber utama Baitulmal selaku Perbendaharaan Negara Islam ialah zakat. Zakat ialah bayaran ke atas hasil pendapatan dalam bentuk wang atau benda lain oleh umat Islam yang berharta apabila mendapati hasil tanah pertanian dan ternakan serta nilai emas dan 2isi perak mereka mencukupi syarat zakat sebagaimana yang ditentukan oleh syarak. Jumlah zakat yang tertentu diserahkan kepada Baitulmal untuk diuruskan. Pihak Baitul Mal akan menilai semua bayaran. Pada satu tempoh masa, jumlah bayaran diperuntukan kepada pihak yang layak menerimanya iaitu lapan asnaf yang disebut dalam al – Quraan. Pengagihan ini dilakukan bagi membantu mereka yang berkurang nasib baik. Jika berlakunya lebihan agihan, Baitul Mal yang bertindak sebagai penyimpan harta zakat, berhak menggunakan harta tersebut untuk pembangunan dan kebajikan awam. b. Ghanimmah. Selain zakat, baitul Mal mengurus harta daripada rampasan perang. Kemenangan dalam peperangan bermakna penguasaan keatas segala barang tinggalan musuh. Harta tersebut perlu diambil bagi dimanafaatkan oleh orang lain. Selain peperangan, harta juga diperolehi semasa menduduki kawasan yang ditinggalkan oleh tuannya atau harta tidak bertua. Harta yang sebegini disebut “Fay”. Baitul Mal memperuntuk 1/5 daripada kutipan ghanimmah dan fay dikhaskan untuk perbelanjaan kerajaan pusat dan bakinya diagihkan kepada tentera – tentera yang terlibat dalam perluasan kuasa itu. c. Jizyah. Kerajaan Islam bertanggungjawab melindungi dan menjaga keselamatan orang – orang bukan Islam yang bersetuju menerima pemerintahan Islam di kawasan mereka. Tentera Islam ditugaskan mengawal kawasan – kawasan mereka. Semasa kemaraan tentera Islam, mereka diberi pilihan. Sekiranya mereka memilih untuk bernaung di bawah kerajaan islam, mereka dikehendaki membayar Jizyah. Kadar cukai ini ditetapkan diantara 12 hingga 48 dirham setahun mengikut taraf kekayaan dan keupayaan. Hanya lelaki yang merdeka, berakal dan masih hidup berupaya membayar jizyah kepada Baitul Mal. Hasil cukai digunakan untuk tujuan pembangunan dan pertahanan. d. Kharaj. Semua pemilik tanah di wilayah yang ditakluki dikehendaki membayar cukai ( Kharaj ) kepada Baitul Mal dengan kadar sebanyak 10 peratus. Sekiranya berlaku kemusnahan akibat banjir atau kemarau, cukai tidak akan dikenakan. Semua urusan kutipan kharaj ditadbir dan diselaraskan oleh Baitul Mal pusat. Khalifah mewajibkan pemilik tanah mengusahakan tanah mereka sebaik mungkin. Sekiranya didapati ada tanah yang tidak diusahakan, pengurusan Baitul Mal diberik kuasa untuk menyerahkan tugas mengusahakan tanah itu kepada orang lain. Bagi pemilik tanah kawasan lain, cukai tanah dibezakan mengikut jenis tanaman. Tanah yang ditanam dengan anggur dikenakan 10 dirham bagi setiap jarib. e. Usyur. Sumber Baitul Mal berikutnya diperolehi daripada para peniagan yang memperolehi pendapatan melebihi nisab sebanyak 200 dirham. Peniagan islam dan bukan islam dikehendaki membayar cukai usyur ini mengikut kadar yang ditetapkan oleh Khalifah. Peniagan kafir harbi yang tidak membuat perjanjian perdagangan dengan kerajaan Islam dikenakan Usyur 10 peratus, kafir Dhimmi 5 peratus dan di kalangan peniaga Islam mereka dikenakan cukai 2.5 peratus. f. Sumber – sumber lain. Baitul Mal turut menerima dan mentadbir cukai – cukai lain seperti sedekah, wakaf, harta karun dan harta rampasan dan disahkan benar selepas siasatan dijalankan. B. PERANAN BAITULMAL. ( 5 isi X 2 markah ) 24 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 25. 1. Institusi Baitulmal ini diurustadbir oleh pemerintah Islam yang bertanggungjawab secara langsung menentukan sumber pendapatan negara dan mengagihkannya secara adil kepada mereka yang berhak dan untuk pembangunan negara secara keseluruhannya.Khalifah juga bertanggungjawab melantik pegawai – pegawai yang adil dan amanah untuk mengendalikan pengurusan Baitulmal diperingkat pusat, cawangan atau wilayah. Khalifah juga berhak menerima khidmat nasihat daripada Majlis Syura untuk menjamin Institusi Baitulmal boleh menambahkan lagi pendapatan negara dan perbelanjaannya. 2. Matlamat penubuhan Baitulmal ialah untuk memberikan kemakmuran kepada umat Islam dan ia adalah satu lambang penyertaan setiap individu yang berada dengan mengeluarkan zakat, sedekah, wakaf dan sebagainya untuk mengatasi masalah kemiskinan mereka yang tidak bernasib baik. 3. Harta yang ada dalam Baitulmal hendaklah sentiasa mengalir sama ada diagihkan kepada lapan asnaf ( mereka yang berhak menerima zakat ) atau untuk membina infrastruktur dan pelaburan di dalam aktiviti – aktiviti sosial, perdagangan dan perindustrian. 4. Membayar gaji pegawai – pegawai dan pekerja. 5. Membuka tanah dan mengeluarkan bahan mentah. 6. Meningkatkan pendapatan umat islam melalui pinjaman. 7. Memberikan bantuan & biasiswa kepada pelajar – pelajar. A. PENUTUP: ( 2 markah ) Apa – apa sahaja yang berkaitan. 13. Huraikan sistem pendidikan Islampada zaman Bani Umaiyah di Andalusia pada abad ke – 10 Masihi. PENGENALAN ( 3 markah ) 1. Pendidikan Islam adalah wahana terpenting untuk meneruskan kesinambungan budaya dan tradisi keilmuan Islam di dalam masyarakat. 2. Pendidikan Islam merupakan satu proses pembentukan keperibadian manusia supaya menjadi hamba Allah S.W.T. yang beriman, bertakwa, dan beramal soleh untuk mendapat keredhaan Allah serta kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat berlandaskan al-Quran dan as-sunnah. 3. Institusi pendidikan Islam bermula di rumah dan masjid-masjid pada awal permulaan Islam. Kemudian ditubuhkan Baitul-‘ilm, Madrasah al-Baihaqiyyah di Naisabur dan Madrasah Nizamiyyah di Baghdad pada tahun 1067 M sebagai institusi pengajian tinggi Islam. Sebagai kemuncak perkembangan institusi pendidikan Islam ialah dengan tertubuhnya Universiti al-Azhar pada tahun 359 H (970 M). 4. Mencakupi prinsip asas mengenai akhlak, tingkah-laku, dan agama. 5. Membawa manusia ke dunia fikiran dan pengalaman serta mendorong manusia membuat kajian dan membuktikan kebolehan secara amali. 25 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 26. 6. Mempengaruhi tamadun dan kebudayaan manusia bukan sahaja pada zaman jahiliah, malah pada masa sekarang. 7. Pendidikan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis. Menerusi al-Quran, manusia disarankan agar berfikir dan membersihkan jiwa supaya dapat mengenali Allah s.w.t. Melalui al-Quran manusia dapat mengetahui kisah-kisah zaman silam yang boleh dijadikan ‘iktibar dan teladan. Di samping al- Quran, juga menyarankan supaya manusia berfikir bagi mempertingkatkan bakat dan perkembangan intelektual. ISI –ISI PENTING ( 4 isi X 5 markah ) 1. Sistem pendidikan Islam di Sepanyol bermula pada zaman Bani Umayyah di Sepanyol. Kerajaan Bani Umayyah telah menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembelajaran. Antaranya mendirikan masjid sebagai tempat ibadah dan tempat belajar. Di samping itu, kerajaan Bani Umayyah telah menggalakkan para ilmuan dalam dan luar negara bukan Arab datang mengajar di Sepanyol. 2. Sistem pendidikan Islam di Sepanyol terbahagi kepada tiga tahap (a) Dalam peringkat rendah  pelajar-pelajar diajar membaca al-Quran dan tata bahasa Arab. (b) Dalam peringkat menengah  dijalankan secara bersendirian dan pada tahap ini tidak ada sukatan pelajaran yang tetap, malah ianya berbeza-beza antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Antara pelajaran yang diajar ialah tatabahasa, sejarah, hadis, fekah, dan lain-lain. (c) Dalam peringkat tinggi  diadakan secara tidak rasmi di bawah kelolaan sekumpulan profesor dan mengendalikan kursus-kursus di peringkat lepasan ijazah yang berpusat di Cordova dan Toledo. 3. Kesan dari sistem pendidikan di Sepanyol ini telah membawa perubahan, antaranya kota Cardova telah menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan tempat tumpuan pelajar-pelajar dari seluruh Eropah. 4. Juga ianya telah melahirkan para cendekiawan dalam berbagai-bagai bidang seperti matematik, sains, fizik, falsafah, kesusasteraan dan lain-lain. Antara tokoh-tokoh yang terkenal ialah al-Khawarizmi  pakar bidang matematik. Ibn Sina  ahli perubatan yang banyak menghasilkan buku-buku perubatan serta mencipta teori dan prinsip baru. Begitu juga banyak buku bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa Eropah. KESIMPULAN ( 2 markah ) Sistem pendidikan di Sepanyol teratur dan mempunyai sukatan pelajaran yang lengkap. 26 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 27. 14. Jelaskan objektif penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam. PENDAHULUAN. ( 3 markah ) 1. Sejarah telah mencatitkan bahawa telah wujud golongan manusia yang hidup secara berpindah randah kerana menjelajah dan meneroka kawasan yang baru. 2. Penjelajahan bermakna – pergerakan atau pengembaraan kesuatu tempatyang jauh dengan tujuan untuk menyelidik tempat berkenaan. Manakala penerokaan pula bermakna usaha – usaha mengkaji dan menyelidik dengan lebih mendalam kawasan – kawasan yang baru dijelajah. 3. Agama Islam menggalakkan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Dalam hal ini, banyak ayat Al – Quraan yang menyuruh umat Islam menjelajah keseluruh bumi Allah s.w.t. ISI – ISI PENTING ( 7 isi X 3 markah ) TUJUAN – TUJUAN PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN DALAM TAMADUN ISLAM. 1. Mengagungkan serta membesarkan Allah s.w.t terhadap hamba – hambaNya setelah memerhati segala ciptaan Allah swt proses perlaksanaannya. 2. Menambah keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah swt. Objektif ini dapat dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Allah swt. 3. Menambahkan bilangan ilmu pengetahuan - menerusi pemerhatian dan penelitian terhadap makhluk – makhluk Allah swt serta kesan – kesan peninggalan masyarakat pada zaman lampau. 4. Dorongan Al – Quraan : Firman Allah swt yang bermaksud “katakanlah berjalan di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah swt menciptakan ( manusia ) dari pemulaannya kemudiannya Allah swt menjadikannya sekali lagi”. 5. Mengambil iktibar dan pengajarannya yang berkaitan dengan kehidupam daripada peristiwa yang berlaku ke atas masyarakat terdahulu disamping peninggalan tamadun silam. 6. Memakmurkan alam dengan aktiviti ekonomi dan perdagangan. Disamping itu, umat Islam juga dapat memperkenalkan kaedah perniagaan di dalam islam yang berdasarkan konsep keadilan dan kejujuran. 7. Menyebarkan dakwah Islamiah. Objektif ini juga merupakan tujuan penting kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda telah menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman untuk berdakwah di sana. Begitu Khalifah Umar Al – Khattab, umat – umat Islam telah menjelajah hingga ke Parsi, Rom dan China untuk menyebarkan Islam. 8. Peningkatan Ilmu pengetahuan : geografi dan pelayaran , disiplin Geografi telah diterokai oleh umat – umat Islam melalui aktiviti Penjelajahan dan penerokaan ini. Selepas wilayah Islam berkembang luas ke negara China di Timur dan lautan Pasifik, pengetahuan umat – umat Islam mengenai bumi dan kedudukan sesebuah negara semakin bertambah. Di samping itu pengetahuan mengenai ilmu pelayaran juga semakin bertambah. Semuanya merupakan tujuan sampingan kegiatan penjelajahan dan penerokaan ini dijalankan. 27 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 28. 9. Memperkukuhkan politik Islam. Aktivit Penjelajahan dan penerokaan ini banyak dilakukan oleh pemerintah Islam seperti zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Al – Walid bin Abdul Malik. 10. Perasaan ingin tahu ( inkuiri ) mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka. KESIMPULAN . ( 1 markah ) Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafas baru dalam proses perkembangan uintelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan ekonomi masyarakat Islam. 15. Bandingkan pembaharuan dalam system pentadbiran Islam pada zaman khalifah Umar al- Khattab dengan khalifah Umar bin Abdul Aziz . Pengenalan. (3 Markah). 1.Latar belakang Saidina Umar Al-Khattab - Khalifah ke-2 zaman Khulafa Al-Rashidin.  Terkenal seorang yang berani, warak, dan mempunyai siasah politik yang baik.  Dikenali sebagai Al-Farouk/Amir al-Mukminin .Sahabat baik Nabi Muhammad s.a.w.  Memerintah selama 10 tahun dari 13- 23H.  Pelantikan sebagai khalifah telah dicalonkan oleh Abu Bakar dan dipersetujui oleh umat Islam.  Melakukan banyak pembaharuan dalam pentadbiran Islam dan perluasan wilayah Islam serta mengembangkan dakwah Islamiah.  Zamannya berlaku kegemilangan Islam ( Dalam bidang politik, ekonomi , sosial dan agama )  Meninggal dunia pada 23H. 2. Latar belakang Umar Abd Aziz Merupakan khalifah bani Umaiyah yang kelapan. Dilahirkan pada tahun 681M di Kaherah. Beliau menaiki takhta pada tahun 717 M. Beliau mempunyai darah keturunan Khalifah Umar al-Khattab.Terkenal sebagai seorang yang warak dan patuh kepada ajaran Islam. Beliau telah menghafal al Quran sejak kecil dan mendalami ilmu hadis, sastera dan syair-syair Arab di kota Madinah. Beliau melakukan beberapa pembaharuan dalam pentadbiran dan dasar kerajaan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat sepanjang pemerintahan beliau Isi-isi Penting (20 Markah) Pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. [10] 1. Sistem Syura. Majlis syura berperanan sebagai tempat perbincangan masalah yang berhubung dengan politik, ekonomi, social dan kebajikan serta masalah dalaman/ luar Negara. 28 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 29. Keputusan diambil atas persetujuan sebulat suara ahli majlis syura yang terdiri daripada para sahabat. Membahagikan majlis syura kepada 2 jenis, iaitu Majlis Syura Tinggi dan Majlis Syura Am. Bagi hal-hal yang kurang penting khalifah Umar mengadakan perbincangan di Masjid 2. Perluasan wilayah Islam Islam berkembang melalui proses penaklukan / perluasan kuasa. Kawasan pengaruh Islam meliputi Hijaz, Syria, Iran, Iraq, Mesir, Palestin. Bagi memudahkan pengawasan, pentadbiran wilayah diperkenalkan dan dilengkapi dengan pusat pemerintahan. Contoh Mekah, Damsyik, dan Kufah. Kota Madinah dijadikan pusat pemerintahan keseluruhan wilayah Islam 3. Pelantikan pegawai wilayah. Memperkenalkan jawatan Wali/ Gabenor sebagai ketua pemerintah peringkat wilayah dan bertindak sebagai panglima tentera. Melantik Sahib Bait-Al-Mal yang bertanggung jawab atas perbendaharaan wilayah. Sahib Al-Kharaj berperanan memungut hasil percukaian wilayah Islam. Ketua polis (Sahib Al-Ahdath) untuk mengawasi keamanan. Jawatan Kadi diwujudkan untuk melicinkan sistem kehakiman. Khalifah telah menentukan kriteria pemilihan pegawai yang layak memegang jawatan di wilayah. Surat pelantikan pegawai yang mengandungi garis panduan/ tanggungjawab yang wajib dipatuhi. Setiap Wali/ gabenor wilayah wajib memberikan laporan perkembangan di wilayah setiap tahun selepas musim haji. Rakyat diberi penerangan tentang tanggungjawab pegawai yang dilantik, dan berhak untuk membuat pengaduan kepada khalifah. Khalifah berhak melantik dan memecat pegawai yang tidak amanah/ tidak cekap melaksanakan tugas. 4. Pengurusan tanah. Setiap wilayah Islam diperkenalkan undang-undang pengurusan tanah tersendiri, - Di Iraq tanah menjadi hak milik kerajaan contoh: Tanah yang asalnya dimiliki oleh pemerintahan Parsi. Tanah yang tiada waris. Tanah yang pemiliknya melarikan diri apabila kawasannya ditakluki oleh tentera Islam. Hasil pungutan tanah digunakan oleh pemerintah Islam untuk membangunkan wilayah masing- masing. Undang-undang pengurusan tanah di Syria dan Mesir memperuntukkan tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan dan pemerintah Rom diserahkan kepada petani. 29 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 30. Tentera Islam dan orang Islam tidak dibenarkan mengambil tanah di wilayah Islam ini kecuali jika dibeli untuk melindungi kebajikan penduduk asal wilayah Islam yang baru ditakluki. 5. Sistem percukaian tanah dan tanaman Memperkenalkan sistem percukaian tanah berdasarkan jenis tanaman. Contoh:Gandum dikenakan cukai= 2 dirham, Barli=1dirham, Anggur =10 dirham. Tanah yang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding dengan tanah yang kurang subur 6. Memajukan sektor pertanian Memperkenalkan peraturan yang membenarkan rakyat memiliki tanah sekiranya mereka meneroka tanah baru untuk tujuan pertanian. Tanah yang dibiarkan tanpa diusahakan dalam tempoh 3 tahun akan menjadi milik kerajaan semula. Bagi menggalakkan pertanian sistem pengairan dan terusan telah dibina –dikenali terusan Amirul- Mukminin di Mesir dan empangan Abu Musa. 7. Struktur pentadbiran ketenteraan. Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan sukarela. Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan sampingan seperti bertani bagi mengelakkan gangguan tumpuan terhadap tugas. Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh - Berjalan tanpa pengalas kaki, menunggang kuda dan memanah. Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran. Pusat ketenteraan ditubuhkan, di Bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Fustat dan Hims. Membina kubu-kubu pertahanan sebagai langkah berjaga-jaga. 8. Kehakiman Menetapkan syarat-syarat pelantikan kadi atau hakim yang ketat. Seperti berilmu, berperibadi tinggi, dikenali oleh masyarakat. Jabatan kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain untuk menjamin keadilan. Prinsip kehakiman berlandaskan syariat Islam. Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham sebulan) untuk mengelakkan berlaku tidak adil. Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk terdedah kepada umum seperti di pasar atau tempat tumpuan ramai bagi menjamin keadilan perundangan. Pembaharuan dilakukan oleh Umar B Abd Aziz [10m] 30 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 31. 1. Menghentikan pemberontakan dan kegiatan perang. Setelah Umar b Abd Aziz dilantik sebagai khalifah, beliau telah mengarahkan supaya semua kegiatan perang, penalukan ke atas golongan bukan Islam dan semua pemberontakan Islam dihentikan. Ia bertujuan unutk menjalin hubungan baik antara semua pihak dan juga memberi peluang rehat untuk tenteranya serta mewujudkan keamanan. Contohnya golongan pemberontak Khawarij telah menghentikan pemberontakan mereka ke atas Kerajaan Umaiyah. 2. Pelantikan Gabenor Memecat gabenor yang cuai, zalim dan mementingkan diri sendiri akan dipecat.Contohnya Muhammad bin Yusuf (Yaman) dan Yazid Abu Muslim (Afrika Utara). Hanya pegawai yang layak sahaja akan dilantik. Gabenor yang dilantik perlu mengisytiharkan harta masing-masing. Sekiranya ada kurniaan yang tidak sewajarnya ia harus dikembalikan kepada kerajaan. 3. Mementingkan keadilan Hukuman berat seperti hukuman mati akan diadili dengan lebih teliti demi mengelakkan penganiayaan. Segala harta rampasan perang perlu dibahagikan secara adil kepada pihak-pihak yang sepatutnya. Beliau juga menetapkan supaya wang baitulmal tidak digunakan untuk majlis keramaian. 4. Menghapuskan rasuah Menghapuskan rasuah dalam jabatan-jabatan kerajaa demi menjamin keadilan sosial rakyatnya. Tindakan dikenakan terhadap pegawai-pegawai yang zalim terhadap rakyat. Masalah perkauman dalam kalangan pembesar-pembesar Bani Umaiyah juga dititikberatkan. 5.. Cukai tanah (kharaj) atau tanah-tanah yang diperolehi melalui penjajahan. Tanah-tanah tersebut menjadi milik bersama orang Islam dan Kerajaan. Cukai dikenakan ke atas hasil tanaman Tanah Kharaj tidak boleh dijual atau diagihkan. 6..Penghapusan cukai-cukai yang membebankan. Cukai terhadap orang yang telah memeluk Islam telah dihapuskan. Cukai terhadap orang Yahudi sebanyak 2000 dirham dikurangkan kepada 200 dirham. Cukai perniagaan, cukai tanah dan zakat kepada orang-orang Islam bukan Arab. 7.Mengembalikan konsep musyawwarah 8.Mengembalikan sifat zuhud pemimpin dengan mengamalkan cara hidup seperti rakyat biasa Kesimpulan (2 Markah) Pelaksanaan dan kejayaan dalam pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh khalifah Umar berkaitan dengan asas yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar telah memperkenalkan sistem pemerintahan Islam secara meluas di samping membentuk empayar Islam. 31 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 32. 16. Sejauhmanakah hubungan perdagangan mempengaruhi pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun Eropah yang menyumbang kepada pencapaian tamadun dunia. PENGENALAN : ( 3 markah ) 1. Sebelum kedatangan Islam orang Arab dikenali sebagai pedagang yang aktif. Mereka telah berjaya menguasai perdagangan di Lau Merah, terutama zaman kemerosotan kuasa Rom pada abad ke – 4 Masihi. 2. Pedagang Arab telah menguasai laluan rempah di Teluk Parsi yang sebelum ini dikuasai oleh orang Sasania ( 224 – 651 Masihi ). ISI – ISI PENTING. ( 5 isi X 4 markah ) Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Eropah berlaku menerusi hubungan perniagaan, peperangan, penaklukan, hubungan diplomatik, kebudayaan dan pusat pengajian. 1. Hubungan perniagaan/perdagangan. Orang Islam Arab dan Parsi telah menguasai perdagangan melalui laluan rempah. Orang Eropah membeli barang – barang timur daripada orang Islam melalui pelabuhan Venice dan Genoa. Kesannya ialah: a. Kapal Caravel Portugis menyerupai baghlar Arab ( layar tiga segi ). Rekaan kapal orang Portugis mempengaruhi kapal – kapal orang Islam ( belakang berbentu empat segi ). b. Ilmu Geografi, Atlas Partolan dan kompas digunakan oleh orang Islam telah mempengaruhi ilmu pelayaran barat. c. Pelayaran Vasco Da Gammad, melintasi Lautan Hindi dibantu oleh seorang pemandu berbangsa Arab. 2. Penaklukan. Pertembungan tamadun tersebut adalah kesan daripada perluasan kuasa Kerajaan Bani Umaiyyah ke Afrika Utara dan sepanyol dan kerajaan Turki ke atas Eropah Timur dan Constantinopel. Penaklukan tersebut menyebabkan berlaku interaksi dan asimilasi antara orang Islam dengan orang Eropah. a. Penggunaan senjata meriam oleh tentera Islam dalam pertempuran di Tarig (Sepanyol ) mempengaruhi peperangan di Eropah Utara ( Crecy, Peranchis ) pada tahun 1346. b. Pembinaan bandar Cordova ( Sepanyol ) adalah kota yang tercantik dan dilengkapi dengan masjid, perpustakaan dan kemudahan awam. c. Penaklukan Islam ke atas tanah jajahan Rom ( Afrika Utara ) dan Parsi telah mempengaruhi perkembangan ilmu dan intelektual islam. 32 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 33. 3. Peperangan ( Perang Salib ) a. Orang Eropah menyerang pihak Islam bermula pada tahun 1095 hingga 1291 masihi. b. Perang Salib merupakan saluran perpindahan ilmu pengetahuanIslam ke Eropah. c. Ilmu tentang peralatan perang pembinaan tembok dan strategi peperangan dipelajari oleh orang – orang Eropah. 4. Hubungan diplomatik zaman Abbasiyah bermula ketika Khalifah harun Al – Rashid. a. Orang Barat mendalami karya Yunani dan India melalui penulisan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan Parsi. b. Mereka menterjemahkan penulisan Islam dari semua bidang ilmu ke dalam bahasa Latin. c. Melahirkan pemikir – pemikir Eropah yang dipengaruhi oleh ilmu pengetahuan dalam tamadun Islam seperti Tycho Brake, Johannes Keples, Antorio Fiore dan F. Rosen. d. Orang Barat terdedah dengan kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial yang diamalkan oleh negara Islam. Ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat di Eropah. Pembinaan Hospital Les Quinze – Vight di Paris adalah di pengaruhi oleh Hospital Sultan Nuruddin di Damsyik. 5. Sistem Pendidikan. a. Cordova telah menjadi pusat ilmu pengetahuan Islam di Eropah. Universiti perpustakaan oleh negara Islam untuk membolehkan orang Eropah mendalami ilmu pengetahuan Islam. Adelard, marley dan Leonardo Fibanacci mendapat pendidikan di Sepanyol ( zaman Islam ). b. Selepas kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pusat pengajian Islam ditubuhkan untuk menyebarkan pengetahuan Islam. King Henry I telah menubuhkan Perguruan Tinggi untuk menyebarkan pengetahuan Islam. Sekolah untuk mendidik Oreantalis Barat telah didirikan di Toledo ( 1250 Masihi ). Abelord of Bath ialah ahli falsafah dan matematik yang mendapat pendidikan di Toledi. c. Di Sicily, King Roger I telah mendirikan Sekolah Hukum di Naples dan Amalfi. King Frederick II menggalakkan orang – orang Sicily mempelajari Ilmu Islam dan bahasa Arab. 6. Kegiatan Penterjemahan ( berlaku dalam dua peringkat ): a. Ilmu pengetahuan Yunani banyak mempengaruhi perkembangan intelektual Islam melalui penterjemahan karya – karya Yunani terutama pada zaman Abbasiyyah. Sekolah tinggi penterjemahan telah ditubuhkan oleh Khalifah Al – Makmum. Dengan kegiatan ini, sebahagian besar buku perubatan Galen dan Hippocrates, falsafah Plato dan Arsitotle diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Penterjemahan yang terkenal ialah Husain bin Ishak, Qusta bin Luqas dan Thabit. b. Di zaman Renaissance, banyak karya Islam dalam pelbagai bidang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Buku Falsafah ditulis oleh Ibnu Rusyd dan Ibnu Sina. Matematik ditulis oleh Nasuruddin, Tusi dan al – Khawarizmi ) Astronomi ditulis oleh Abu Masyr dan al – Bottani. Buku – buku itu dieterjenahkan dan menjadi rujukan kepada pemikir Eropah. Di Sicily, King 33 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 34. Frederick II telah menggalakkan buku – buku arab diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Micheal Scott merupakan penterjemah yang banyak memberi sumbangan dalam bidang ini. 7. Penubuhan Kerajaan Islam. Penubuhan Kerajaan Islam bani Umaiyyah di Afrika Utara dan Sepanyol menyebabkan berlaku pertembungan tamadun Islam dengan Eropah. Orang Islam telah sampai ke Sicily, Portugal dan Selatan Peranchis melalui Laut Mediterranean. Negara – negara tersebut merupakan jambatan yang menghubungkan tamadun Islam dengan Eropah. KESIMPULAN. ( 2 markah ) Apa – apa sahaja yang berkaitan. 34 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 35. 35 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]