Nota lengkap modul titas.new

222,837 views

Published on

Published in: Education

Nota lengkap modul titas.new

  1. 1. MODUL KURSUS TITAS SILIBUS BARU SEM 1: 2008-2009 1
  2. 2. KATA PENGANTARKursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang diwajibkan ke atas semua pelajaruniversiti awam di negara ini sejak sesi akademik 1998/99 adalah suatu kursus yang sungguhunik. Tidak ada universiti di mana-mana negara lain di dunia yang mempunyai kursus sepertikursus TITAS. Keunikan kursus TITAS terletak pada dua perkara. Pertama, isi kandungan kursusini dikira cukup istimewa. Kedua, kursus ini diwajibkan ke atas semua pelajar institusi pengajiantinggi (IPT) awam tanpa mengira bidang pengajian mereka. Oleh itu, kursus ini tidak adatandingnya dari segi sasaran pelajarnya. Yang menjadikan isi kandungan kursus TITAS istimewa ialah tumpuannya kepada ilmuketamadunan dan pengetahuan tentang tamadun-tamadun terbesar di dunia. Turut dimuatkandalam kursus ini ialah perbincangan tentang isu masa depan tamadun umat manusiatermasuklah isu peranan dialog tamadun yang banyak diperkatakan dewasa ini. Dalam eramasyarakat antarabangsa yang pernah dikejutkan dengan teori pertembungantamadun/peradaban (‘clash of civilizations’) rumusan Samuel P. Huntington pada tahun 1993pembelajaran tentang ilmu ketamadunan dan tamadun-tamadun besar dunia memang dikiramenarik dan ia dianggap sebagai mempunyai kesignifikanan yang tersendiri. Dunia ingin tahusama ada teori pertembungan tamadun seperti yang diutarakan oleh Huntington berasas atau tidak.Dari segi sejarahnya, kewujudan kursus TITAS mempunyai hubungkait dengan reaksi hangatpelbagai pihak di merata tempat di dunia terhadap teori Huntington. Kursus TITAS mahumenunjukkan kepada dunia bahawa apa yang sebenarnya berlaku dalam sejarah tamadunumat manusia khususnya di sebelah Asia bukanlah pertembungan dan konflik tamadun tetapisebaliknya adalah interaksi membangun, pertukaran idea dan barangan budaya dan prosespinjam meminjam antara tamadun. Saya tidak mengatakan bahawa kursus TITAS telah diwujudkan semata-mata ataspertimbangan untuk menjawab teori Huntington. Ada banyak pertimbangan lain seperti yang akansaya jelaskan nanti. Tetapi sebagai salah seorang yang terlibat dalam mengasaskan kursus ini sayaingat benar bahawa usaha untuk menyediakan perspektif hubungan antara tamadun yang berupaalternatif kepada teori Huntington bagi keperluan para pelajar pusat pengajian tinggi memangmuncul dalam pertimbangan para pengasas kursus ini. Dengan kata lain, kelahiran kursus TITAStelah turut dipengaruhi oleh polemik antarabangsa di sekitar isu teori pertembungan tamadunHuntington. Pemuatan kupasan tentang isu dialog tamadun dalam kursus TITAS juga mempunyaihubungkait dengan teori Huntington. Dialog tamadun adalah salah satu reaksi terhadap teoritersebut. Sewaktu saya memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan &Sumber Manusia) Universiti Malaya (1995-2000) saya telah mengambil inisiatif menubuhkanPusat Dialog Peradaban pada tahun 1996. Di antara tujuannya ialah untuk menggalakkandialog antara budaya dan tamadun, khususnya antara dunia Islam dan Barat. Seperti banyakpihak lain di dunia yang cukup memahami percaturan politik antarabangsa Amerika Syarikatkita memandang serius terhadap teori Huntington bukan kerana kebenaranya tetapi keranaimplikasi politiknya kepada dunia. Kita penuh yakin bahawa teori itu tidak benar. Tetapi kitasedar bahawa di Amerika Syarikat teori yang kurang berasas kadangkala boleh diambil oleh parapembuat dasar untuk dijadikan dasar negara yang boleh mengancam keselamatan dan kedamaianbanyak negara di dunia. Sehubungan dengan isu ini kita juga sedar bahawa Huntington adalahseorang ilmuwan yang mempunyai hubungan rapat dengan kelompok-kelompok tertentu dikalangan pembuat dasar dan pendesak politik. Sebagai kuasa terbesar di dunia Amerika Syarikat 2
  3. 3. boleh menggunakan kuasanya untuk menterjemahkan teori kepada realiti. Kebimbangan terhadappengaruh teori Huntington adalah beralasan. Bagi menunjukkan betapa seriusnya pihak kita terhadap program dialog tamadun demimembendung kesan-kesan negatif teori Huntington maka pada bulan Mac 1995 Universiti Malayatelah menganjurkan seminar antarabangsa mengenai Islam dan Konfusianisme. Pada tahunberikutnya Huntington sendiri telah datang ke Malaysia atas undangan Universiti Malaya untukmenghadiri seminar tentang hubungan antara Islam, Jepun dan Barat. Sejak itu Pusat DialogPeradaban telah mengadakan banyak dialog tamadun di berbagai-bagai peringkat secaraberterusan hingga sekarang ini. Yang saya ingin menarik perhatian di sini ialah bahawasanyadialog-dialog tamadun antarabangsa di peringkat awal inisiatif dialog tersebut telahmempengaruhi falsafah dan isi kandungan kursus TITAS. Pemilihan Pusat Dialog PeradabanUniversiti Malaya sebagai sekretariat dan penyelaras pertama kursus TITAS adalah juga keranaperanan penting yang dimainkan olehnya pada bahagian kedua dekad 1990an dalammemperkembang dan mempopularkan aktiviti dialog tamadun di negara ini. Walaupun dialog tamadun terus berkembang dan menjadi semakin popular di duniasehingga mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengisytiharkan tahun 2001sebagai Tahun Dialog Antara Tamadun, namun tidak ada institusi pengajian tinggi di dunia yangtelah mengambil langkah untuk mewujudkan program pengajian tamadun dan ketamadunan untukpara pelajar masing-masing selain di Malaysia. Apabila saya memaklumkan wujudnya kursusTITAS kepada pihak-pihak tertentu dalam program-program dialog antarabangsa yang saya hadirimereka berasa kagum dengan kursus ini. Menurut mereka alangkah baiknya sekiranya negara-negara lain mencontohi Malaysia dalam hal ini. Kali terakhir saya mendengar reaksi positif diperingkat antarabangsa terhadap kursus TITAS ialah sewaktu saya menghadiri seminarantarabangsa tentang “Perikatan Tamadun-Tamadun” (“Alliance of Civilizations”) tajaanPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Doha, Qatar pada bulan Februari 2006. Seminar itu telahdirasmikan oleh Kofi Annan, Setiausaha Agung PBB ketika itu. Ternyatalah bahawa keunikankursus TITAS telah diakui oleh pihak-pihak yang menyedari kewujudan dan matlamatnya. *********** Adalah diakui bahawa tidak semua tamadun dunia diajarkan dalam kursus TITAS. Sebagaisebuah kursus pengajian bernilai sekadar dua unit, adalah mustahil baginya untuk memuatkanpengetahuan dan perbincangan tentang semua tamadun manusia yang masih hidup. Pemilihanyang bijaksana perlu dibuat. Hanya tamadun-tamadun tertentu dipilih untuk dijadikan bahanpembelajaran para pelajar. Pertimbangan terpenting dalam membuat pemilihan ini adalah kepentingan negara. Kitasemua sedia maklum bahawa Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang berbilang bangsa,agama dan kebudayaan. Fakta sosial ini menjadikan isu perpaduan kaum sebagai isu negarayang terpenting. Oleh yang demikian, tamadun-tamadun yang dipilih untuk diajar mestilahyang paling relevan dengan cita-cita negara untuk mewujudkan perpaduan di kalanganrakyatnya yang berbilang bangsa dan agama. Ini bermakna bahawa tamadun-tamadun yangdipilih seharusnya mempunyai hubungan rapat dengan pandangan dan cara hidup kelompok-kelompok etnik dan agama di negara ini. Dalam kursus ini, selaras dengan hakikat kepelbagaian masyarakat negara ini, empat buahtamadun dipilih untuk dibincangkan secara khusus dalam bab-bab yang berasingan. Tamadun-tamadun ini ialah tamadun Islam, tamadun Melayu, tamadun India dan tamadun Cina. Selaintamadun-tamadun ini tamadun Barat moden juga dibincangkan. Cuma ia tidak dibincangkan 3
  4. 4. sebagai sebuah bab yang berasingan. Sebaliknya, beberapa aspek peranan dan pengaruh tamadunBarat moden dalam sejarah umat manusia ada dibincangkan dalam hubungannya dengankeempat-empat tamadun tersebut. Sedikit sebanyak perbincangan tentang tamadun Barat terdapatdalam setiap bab buku ini. Khususnya, terdapat perbincangan tentang bagaimana tamadun Islam,tamadun Melayu, tamadun India dan tamadun Cina masing-masing pada zaman moden menerimapengaruh daripada tamadun Barat moden. Kewajaran kursus TITAS adalah disandarkan pada hakikat bahawa melalui pengaruhmasing-masing dan juga pengaruh bersama, tamadun Melayu, tamadun India, tamadun Cina,tamadun Islam dan tamadun Barat moden telah meninggalkan kesan mendalam ke atasperkembangan ciri-ciri kepelbagaian masyarakat Malaysia. Dalam konteks ini kedudukantamadun Melayu adalah paling istimewa. Selain merupakan tamadun kepada kelompok etnik yangterbesar di negara ini tamadun Melayu juga merupakan tamadun yang paling banyak dipengaruhioleh empat tamadun yang lainnya. Pengaruh tamadun India, tamadun Cina, tamadun Islam dantamadun Barat moden ke atas pembangunan tamadun bangsa Melayu ternyata besar sekali.Hubungan ketamadunan yang terjalin dalam sejarah antara tamadun-tamadun besar ini elokdiketahui oleh para pelajar kerana ia boleh menimbulkan kesedaran dan rasa penghargaan yangtinggi terhadap kekayaan warisan budaya masyarakat Malaysia hari ini. Salah satu tujuan utama kursus TITAS ialah untuk menyumbang kepada pencapaiancita-cita negara untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian di kalangan rakyat negaraini. Menerusi pengajian tamadun-tamadun yang telah dipilih adalah diharapkan bahawa parapelajar akan lebih maklum tentang latarbelakang sejarah kepelbagaian masyarakat kita.Mereka akan dapat melihat penonjolan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam diskusitentang setiap tamadun yang diketengahkan. Dengan itu mereka akan memahami bahawa adabanyak kesamaan pada nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan yang mendasari tamadun-tamadun yang dikaji, termasuk nilai-nilai yang bersifat keagamaan. Memang para pelajar akandapati bahawa tamadun-tamadun ini mempunyai perbezaan dalam banyak aspek. Tetapi yangpentingnya ialah kesedaran bahawa terdapat banyak juga nilai sepunya yang menyatukantamadun-tamadun ini. Kesedaran ini mempunyai nilai pendidikan yang sangat tinggi. Kesedaran mendalam dikalangan rakyat tentang nilai-nilai sepunya adalah suatu perkara yang amat dihargai olehsetiap masyarakat majmuk yang jujur dan gigih untuk menyelesaikan masalah-masalahdaripada kepelbagaian budayanya kerana ia boleh membantu memupuk perpaduan rakyat.Nilai-nilai sepunya boleh dianggap sebagai jambatan budaya yang menghubungkan antarasatu tamadun dengan yang lain. Setiap pengajar kursus TITAS boleh menjelaskan bagaimananilai-nilai sepunya ini berperanan dalam pembangunan tamadun dalam setiap tamadun yangdiperkatakan. Sebagai contoh, dengan berpandukan buku ini dia boleh merujuk kepada nilai-nilaisepunya dalam institusi keluarga; nilai-nilai keilmuan sepunya; unsur-unsur sepunya dalamkosmologi dan sains; dan seterusnya. Perbezaan yang wujud antara satu tamadun dengan yang lain juga perlu ditanganidengan bijaksana. Perlu ada sikap positif terhadap perbezaan sama ada perbezaan dari segikepercayaan, anutan nilai, pendapat atau adat resam. Sikap positif ini perlu diterjemahkankepada amalan toleransi terhadap cara hidup lain yang tidak sebulu dengan cara hidup kitadalam kehidupan harian. Adalah diakui bahawa perbezaan budaya boleh mencetuskanketegangan dan konflik antara budaya. Tetapi perbezaan juga boleh dilihat sebagai salah satumanifestasi hikmah kepelbagaian dalam alam ciptaan Tuhan dan dalam dunia kehidupan manusia.Oleh itu, ia boleh dilihat sebagai sumber kekuatan masyarakat. Adalah menjadi harapan kursusTITAS ini agar pendedahan para pelajar kepada tamadun yang berbagai-bagai ini tidak akan 4
  5. 5. menimbulkan tanggapan yang salah dalam fikiran mereka terhadap realiti kepelbagaian agamadan budaya di negara ini. Kita tidak mahu mereka bersikap pesimistik terhadap masa depannegara semata-mata kerana ada terlalu banyak unsur perbezaan yang memisahkan antara satukekompok etnik dan agama dengan yang lain. Sebaliknya, kita ingin melihat mereka bersikapoptimistik dan mempunyai keyakinan bahawa cabaran kemajmukan dan kepelbagaian terhadapkesejahteraan negara boleh diatasi. Kita menganggap kursus TITAS sebagai berjaya dari segi menyumbang kepadakeharmonian agama dan kaum sekiranya kesedaran mendalam terhadap kepentingan nilai-nilaibersama sebagai faktor penyatuan masyarakat dan kesedaran mendalam terhadap kepentinganperbezaan dan kepelbagaian sebagai punca kekayaan dan kekuatan masyarakat dapat dipupukdalam diri pelajar. Pendekatan yang dianjurkan di sini terhadap penyelesaian masalahkepelbagaian tamadun, agama dan budaya tidak bertujuan untuk melemahkan pegangan seseorangpelajar kepada ajaran-ajaran agama dan nilai-nilai ketamadunan yang dipercayaainya. Tidak adapercanggahan antara pendekatan yang dimaksudkan dengan komitmen kepada nilai-nilai tradisisendiri. Yang hendak dicapai menerusi pendekatan tersebut di atas ialah rukun hidupbermasyarakat yang boleh menjamin kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan bagimasyarakat majmuk seperti Malaysia. Seorang pelajar Islam, misalnya, boleh berpegang teguhpada nilai-nilai hidup yang diajarkan oleh agama Islam tetapi pada masa yang sama bersediauntuk menunjukkan toleransi terhadap agama dan budaya lain. Ada banyak lagi nilai kebaikan yang terdapat pada kursus TITAS ini. Demi memeliharakesinambungan nilai-nilai murni yang sangat ditekankan dalam pelbagai tamadun tradisional babterakhir buku ini menumpukan perhatian kepada isu-isu semasa yang boleh mengancam danmenghakis nilai-nilai tersebut. Bolehlah kursus TITAS disifatkan sebagai suatu usaha terpujiuntuk memelihara nilai-nilai ketamadunan daripada terhakis oleh kuasa-kuasa anti-tamadunzaman kontemporari supaya pembangunan sebenar tamadun manusia boleh diteruskan. Sudahsemacam diterima sebagai sebuah bentuk hikmah oleh ahli-ahli ilmu ketamadunan bahawa agamaadalah merupakan intisari tamadun. Oleh sebab itu kedudukan dan peranan agama dalam setiaptamadun yang dipelajari mendapat liputan yang lebih luas daripada aspek-aspek tamadun yanglain. Dalam kes tamadun Islam sudah pastinya kedudukan dan peranan agama menjadi sangattertonjol kerana penamaan tamadun itu sendiri berasaskan agama Islam. Dalam perspektif ini agama memainkan peranan penting dalam memastikan bahawanilai-nilai ketamadunan yang murni akan terus terpelihara. Rata-rata di dunia hari inigenerasi muda sudah terputus dengan sejarah zaman silam. Bagi kebanyakan mereka sejarahtidak lagi penting untuk diketahui. Sudah menjadi suatu trend dalam kehidupan mereka untuktidak lagi menghormati nilai-nilai tradisional. Sebaliknya nilai-nilai ini dilihat sebagai suatuyang sudah usang dan tidak relevan lagi kepada cara hidup zaman sekarang. Masalah-masalah iniberlaku pada tahap yang paling ketara dan paling kritikal di dunia Barat. Tetapi fenomena-fenomena negatif ini sudah banyak menular ke dalam masyarakat Malaysia sendiri. Adalahdiharapkan kurus TITAS dapat membantu dari segi membendung penularan gejala-gejalanegatif ini ke tahap yang serius yang boleh memusnahkan tamadun. Tamadun manusia yangsemata-mata bersifat atau berbentuk material dan sudah kehilangan nilai-nilai kemanusiaanyang bersifat spiritual sebenarnya tidak layak lagi digelar tamadun. Tamadun seperti itu takubah seperti jasad manusia tanpa ruh. Dengan kata lain, pada hakikatnya tamadun kebendaansemata-mata sudah pun merupakan sebuah tamadun yang sudah mati atau yang sudah sampai kepenghujung hayatnya. Oleh yang demikian, amat mustahak nilai-nilai ketamadunan sejati terusterpelihara dalam masyarakat kita. 5
  6. 6. Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini isu dialog antara tamadun juga mendapattempat dalam kursus TITAS ini. Saya ingin menjelaskan lebih lanjut tentang isu ini tetapi denganmerujuk secara lebih khusus kepada situasi di negara kita. Pada pendapat saya, pemuatan isu inidalam kursus adalah suatu keputusan yang sangat bijak. Dalam masyarakat majmuk yangberbilang agama dan berbilang bangsa amat mustahak diadakan pelbagai jenis dialog diberbagai-bagai peringkat yang boleh mempertemukan kelompok-kelompok agama dan etnikyang berlainan. Tujuannya ialah supaya mereka saling kenal mengenali dan supaya wujudpersefahaman di kalangan mereka. Dialog seharusya dilihat sebagai suatu usaha untukmemperkukuhkan perpaduan masyarakat. Dialog yang diperlukan bukan aktiviti bermusim danyang berbentuk seminar sahaja. Ia harus dilihat sebagai aktiviti komprehensif yang meliputisemua usaha untuk mencari persefahaman di kalangan semua kelompok agama dan etnik dinegara ini. Yang paling penting sekali ialah dialog antara agama, budaya dan tamadunhendaklah dibudayakan dalam masyarakat kita. Adalah menjadi harapan kita semua agar buku ini dapat memberi manfaat kepada semuapihak yang terlibat dalam menjayakan kursus TITAS di institusi-institusi pengajian tinggi awamkita; baik kepada para pensyarah yang mengajar mahu pun kepada para pelajar yang diwajibkanmengikuti kursus ini. Malah kita berharap buku ini juga akan menarik perhatian masyarakatumum supaya masyarakat seluruhnya akan terdidik dengan nilai-nilai ketamadunan danmempunyai sikap positif terhadap dialog budaya dan tamadun.Mei 2008 6
  7. 7. BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN1.1. KEPENTINGAN TAJUK i. Keperluan mengkaji/memahami ilmu dan isu-isu ketamadunan hari ini, dalam konteks Malaysia dan konteks global ii. Hubungkait dengan idea pembinaan Negara Malaysia iii. Bidang ini sebagai wahana pewacanaan isu-isu seperti kepelbagaian budaya, jihad, hegemoni barat dan lain-lain iv. Idea ”clash of civilisation”, peri pentingnya dialog, cabaran globalisasi dan pembinaan serta pemerkasaan jatidiri bangsa. Terdapat beberapa persoalan yang selalu berbangkit dalam polemik tentang tamadun danketamadunan. Antaranya, termasuklah persoalan yang sangat asas, misalnya, apakah tamadun?Apakah yang menjadi landasan dalam memahami pengertian dan konsep tamadun? Apakahukuran, nilai atau penanda aras bagi menentukan tahap pencapaian ketamadunan bagi sesuatutamadun? Atau, persoalan yang lebih umum sifatnya, seperti, apakah yang menjadi rujukan bagimenentukan suatu bangsa atau sesuatu masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya? Persoalan-persoalan ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Ianya sudah sekian lamamenjadi polemik dalam dunia pemikiran ketamadunan dan peradaban manusia. Debatmengenainya boleh ditelusuri seawal zaman Greek lagi apabila Plato mengemukakan konsep polisdalam karyanya The Republic yang merujuk kepada bentuk dan jenis masyarakat yang mencapaitahap kemajuan dan juga kewujudan institusi-institusi budaya, politik dan kemasyarakatan dalamrangka jalinan hubungan sosialnya. Di kalangan pemikir Islam, al-Farabi misalnyamengemukakan konsep al-madinah al-fadilah, manakala Ibn Khaldun mengemukakan umranbadawi dan umran hadhari. Kesemua ini adalah bagi menjawab persoalan-persoalan yangberkisar di sekitar peradaban dan ketamadunan. Tujuannya tiada lain kecuali untukmemperjelaskan konsep dan makna peradaban dan ketamadunan itu dan seterusnyamengemukakan kerangka konseptualnya tentang apakah bentuk dan rupa peradaban dan tamadunyang diimpikan oleh manusia. Ruang lingkup perbahasan tamadun dan ketamadunan sememangnya cukup luas, seluasruang lingkup kehidupan manusia itu. Bagi menjelaskan subjek yang luas ini, kita memerlukansuatu pendekatan yang dapat memandu memberi kefahaman yang lebih jelas tentang segi-segipenting dan elemen-elemen asas dalam proses pembinaan tamadun. Bagi tujuan ini, pendekatan yang lebih wajar adalah memulakannya denganmengenengahkan suatu gambaran umum tentang istilah-istilah yang lazim digunakan dalamperbincangan dan wacana ketamadunan. Penjelasan ini amat perlu kerana kegagalan memahamikonsep-konsep atau istilah-istilah itu akan menyebabkan tersimpangnya pemahaman dan tersasarnyapandangan tentang tamadun dan ilmu ketamadunan itu. Ini secara langsung akan membolehkan seseorangmendapatkan intipati daripada konsep-konsep itu dan seterusnya membina pandangan dunia (world view)serta kerangka rujukan (frame of reference) apabila membicarakan isu-isu ketamadunan dan peradabansecara khusus. 7
  8. 8. Kerangka rujukan ini penting kerana pengajian ketamadunan itu perlu di bina di atas asasepistemologi yang jelas dan bertitik tolak daripada premis yang disesuaikan dengan acuan pandangandunia yang tertentu bersandarkan latar budaya, ideologi dan agama di mana ianya dibina. Matlamatdaripada pembinaan dan kefahaman tentang pandangan dunia ini tidak lain daripada untuk menjanakanupaya intelektual bagi membolehkan ukuran bertamadun dan tidak bertamadunnya sesuatu masyarakat ataubangsa atau komuniti itu dibuat. Ringkasnya, untuk terlibat dengan perbahasan tentang tamadun dan ketamadunan, seorang ituperlu memahami dan mengenal pasti apakah kriteria dan asas rujukan bagi menentukan tahap danpencapaian sesuatu tamadun berdasarkan teori-teori ketamadunan yang dikemukakan samada klasik,moden maupun kontemporari. Pada masa yang sama ia juga mampu mengenal pasti dan denganpengetahuan itu berupaya menggunakan acuan dan sistem nilai sendiri dalam menilai apa jua bentukbudaya dan peradaban yang datang dari luar.1.2. PENGAJIAN KETAMADUNAN (CIVILISATIONAL STUDIES) DAN SEJARAH TAMADUN (HISTORY OF CIVILIZATION)"History is for human self-knowledge ... the only clue to what man can do is what man has done. The valueof history, then, is that it teaches us what man has done and thus what man is." Robin G. Collingwood(1946) Sering berlaku khilaf dalam pemahaman antara pengajian ketamadunan dan sejarah tamadun.Ekoran daripada keadaan ini menuntut dijelaskan perbezaan dan pertalian atau hubung kait antarapengajian ketamadunan dengan sejarah tamadun? Penjelasan ini lebih-lebih lagi diperlukan kerana kajianketamadunan harus dibina di atas asas epistemologi yang betul dan mengikut acuan dan berasaskan prinsipdan fundamental tertentu. Ini perlu bagi mengelakkan kecelaruan antara membincangkan tamadun sebagaisuatu konsep dan tamadun sebagai suatu realiti sosial dalam sejarah manusia. Sebagai satu bidang ilmu dan pengetahuan, pengajian ketamadunan membicarakan teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak, manakala sejarah tamadunpula merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun daripada segi pencapaian, jatuhbangun, kemajuan dan kemundurannya atau ringkasnya kajian mengenai masa lampau. Secara amnyapengajian ketamadunan tidaklah begitu terikat kepada batasan masa/zaman manakala sejarah tamadunlazimnya dibatasi oleh faktor masa. Namun demikian perspektif ini tidak bertujuan mengasingkan pengajian sejarah tamadun denganpengajian atau kajian ketamadunan. Ini kerana antara kedua-duanya tidak boleh malah tidak mungkin dapatdipisahkan. Tanpa sejarah, kajian ketamadunan akan menjadi sesuatu subjek yang hampa, usang dankosong seperti halnya dengan bakul yang tiada berisi. Oleh itu sejarah mesti selamanya menjadi komponenasas dalam kajian ketamadunan kerana melalui sejarahlah ilmu dan teori ketamadunan dibentuk, dibina dandikembangkan. Di samping sejarah, komponen-komponen dan disiplin-disiplin pengetahuan yang lain jugamenjadi komponen pentingnya termasuk agama, falsafah, kajian bandar, sosiologi, antropologi,kebudayaan, sains dan teknologi, seni dan kesusasteraan. Bahkan semua disiplin ilmu yang menghuraikantentang manusia dan kehidupan serta persekitarannya adalah termasuk di bawah ruanglingkup disiplinyang memperkukuhkan bidang kajian ketamadunan. Ertinya pengajian ketamadunan adalah suatu bidangyang sangat hidup, versatile, luas dan bersifat inter-disiplin serta pelbagai disiplin. Secara teorinya pengajian ketamadunan, di samping bersifat inter-disiplin, merentasi perbincangantentang masa lampau, masa kini dan masa depan. Ringkasnya perbezaan antara pengajian ketamadunandan pengajian sejarah tamadun hanyalah daripada segi fokus dan bukannya subjek. Cuma penjelasan inidiperlukan bagi membetulkan persepsi yang melihat kedua-dua pengajian ini adalah sama dan serupa. 8
  9. 9. 1.3. TAKRIF DAN CIRI-CIRI TAMADUNPerkataan ‘tamadun’ digunakan bagi menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat khausunya darisudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan ‘tamadun’ merujuk kepadapencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadunBarat. Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasaMelayu (dalam bahasa Indonesia istilah peradaban lebih popular penggunaannya). Dari sudut etimologinyaia berasal daripada kalimah maddana iaitu kata kerja merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kotaserta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan madani yangmerupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunanperbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendirisebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama. Secara tidak langsung, pengertian tamadun menekankan dua perkara yang penting iaitu kehalusanbudi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara lebih sempurna, tamadun bolehditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dankemajuan (seperti S&T, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arahpembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpujiuntuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa. Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memberimaksud tamadun ialah civilization. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latinyang bermaksud bandar atau kota. Seperti hadarah dan peradaban, civilization juga membawa maksudyang menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan. Di antara penulis yang boleh dianggap pelopor dalam bidang pengajian ini antaranya adalah JurjiZaydan dan Farid Wajdi, di samping beberapa tokoh lain seperti Muhammad Abduh dan Malik Bennabi.Bagaimana pun penulis yang lebih awal mengupas dan mengenengahkan idea pengajian ketamasunan iniadalah Ibn Khaldun. Ibn Khaldun menggunakan istilah ‘umran bagi menjelaskan makna dan maksudtamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya. Istilah tamadun diperkenalkan secara khusus bagipengajian ini oleh Jurji Zaydan apabila beliau menerbitkan karyanya yang masyhur Tarikh al-Tamaddunal-Islami. Muhammad Abduh menggunakan istilah madaniyyah (daripada akar perkataan yang samadengan tamaddun). Dalam korpus berbahasa Melayu pula, sekurang-kurangnya dua istilah yang sering digunakan iaitu“tamadun” dan “peradaban”. Kedua-dua istilah itu juga bukanlah kata asal bahasa Melayu. Kedua-duanyaadalah pinjaman perkataan Arab. Dalam korpus penulisan berbahasa Melayu, sebelum kedatangan Islamperkataan yang dugunakan bagi maksud peradaban adalah budaya yang bertunjang kepada ketinggian nilaidan kehalusan budi. Hal ini dicerminkan dalam adat resam dan tradisi bangsa Melayu zaman berzaman.Pada ketika ini kalimah Melayu yang sering digunakan bagi menggambarkan peningkatan kehidupanmasyarakat ini adalah kemajuan atau pembangunan. Namun begitu perkataan maju dan kemajuan ternyatamempunyai konotasi yang jauh lebih sempit daripada tamadun. Sesudah kedatangan Islam istilah-istilahbahasa Arab diguna dengan meluas dan kemudiannya diiktirafkan dan diterima pakai sebagai perkataanatau istilah Bahasa Melayu.1.4. AGAMA DAN TAMADUNAgama adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam kajian ketamadunan. Fenomena agama pentingdifahami kerana ia merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Berasaskan fahaman sekularagama melibatkan kepercayaan (belief) terhadap suatu yang bersifat “transcendent” dan “beyond”.4 Manakala tamadun merujuk kepada suatu tingkat pencapaian daripada segi pembangunan sosial,keadaan masyarakat yang berperadaban atau menjadi bertamadun. Ianya bermaksud suatu masyarakat yangmencapai tahap maju dalam bidang sosial, seni dan sains yang mempunyai kompleksiti daripada segibudaya yang dibentuk dalam kelompok tertentu berasaskan epoch yang tertentu. 9
  10. 10. Bagi menghuraikan hubungan antara tamadun dengan agama, suatu pendekatan yang bersifatkefalsafahan diperlukan. Ia harus bertitik tolak daripada konsep manusia sebagai agen tamadun parexellence. Oleh kerana tamadun dibina atas acuan dan bentuk serta latar budaya masyarakat yang tertentumaka faktor keagamaan atau sistem kepercayaan sesuatu masyarakat itu tidak dapat diketepikan dan/malahianya dalam banyak keadaan menjadi faktor penentu. Hal yang demikian ini dapat dibuktikan melalui singkapan sejarah tamadun-tamadun besar dunia.Tamadun-tamadun dunia yang pernah muncul seperti Aztec, Sumeria/Babylonia, Masir Purba, China,Indus-Ganges misalnya mempunyai tradisi sistem kepercayaan yang mendominasi malah menentukan imejtamadun tersebut. Kehidupan berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupanbertamadun. Pembinaan sifat tersebut pada diri seseorang berkait rapat dengan kepercayaan beragamadalam kehidupan seorang manusia. Agama berperanan membentuk pandangan semesta seseorang dansesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan. Daripada bukti tamadun-tamadunsilam, dapat dilihat bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun. Bukti-buktipeninggalan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat dilihat sehingga ke hari ini menggambarkanpenghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama. Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana tamadunBarat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupanmasyarakatnya. Selain daripada itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agamayang berbeza sebagai pegangan masyarakat. Fenomena ini dapat dilihat dalam zaman tamadun Islam yanglalu, apabila tidak semua yang bernaung di bawah tamadun itu terdiri dari kalangan masyarakat Islam. Berasaskan pandangan para sarjana umumnya, terdapat sekurang-kurangnya dua aliran iaitu yangbependapat agama mempunyai pengaruh dan peranan yang besar terhadap tamadun di satu pihak danmereka yang skeptikal terhadap peranan agama disatu pihak yang lain. Sebagai contoh, Arnold Toynbeeberpendapat “in the course if its evolution, a civilisation produced, among other things, a universal stateand higher form of religion”. Namun seorang lagi sarjana Amerika, Thomas Berry berpendapat bahawatamadun ketimuran (oriental civilisation) seperti China dan India tidak dapat difahami sepenuhnya kecualidengan merujuk kepada agama-agama besar Asia. Manakala Edward Sullivan ketika mengulas danmengiktiraf peranan Islam dalam pembinaan tamadun Islam mencatatkan “Muslim civilisation was theproduct of Muslim religion”. Para sarjana Islam dalam bidang ini pula telah membuat penegasan tentang kedudukan, perananserta pengaruh Islam sebagai pemangkin kebangunan tamadun Islam. Muhammad Abduh misalnya dalamTafsir al-Quran telah membuat suatu generalisasi bahawa semua tamadun (madaniyyat) dibangunkan diatas asas agama. Manakala Ali Shariati pula menekan persoalan peranan Islam sebagai faktor utama dalamproses kebangunan Tamadun Islam.1.5. HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYADalam kehidupan bertamadun, masyarakatnya manusia dicirikan sebagai masyarakat yang memilikibudaya yang tinggi dan terpuji. Budaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaranmya(termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Berbudaya tinggi dan terpujipula merujuk kepada kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang dipaparkan dalam kehidupan mereka.Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya apabila dilihat dari dua keadaan berikuta) Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dan natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada 10
  11. 11. keadaan silam. Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.b) Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.Tamadun dan BangsaLazimnya sesuatu bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasangeografi tertentu. Manakala tamadun pula bersifat universal melintasi sempadan geografi yang secaralangsung melampaui batasan bangsa dan kebangsaan. Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki olehlebih daripada satu bangsa atau kaum seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa ataukaum di Eropah dan Amerika Utara. Manakala Tamadun Islam telah bangun dan berkembang dengan dilatari oleh pelbagai budaya dan bangsa. Secara teorinya, tamadun dan bangsa mempunyai kaitan walaupunselalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan. Namun demikian imej sesuatu tamadun itu banyakditentukan oleh bangsa yang menerajui tamadun itu. Sebagai contoh yang dekat ialah tamadun Islam yangberkembang di Alam Melayu yang memperluhatkan imej dan citra keMelayuannya, pada waktu yang samameletakkan Islam sebagai asas sistem nilai dan landasannya.1.6. PROSES DAN KARAKTERISTIK TAMADUNClive Bell dalam bukunya Civilization menghujahkan antara perkara yang amat penting dalam tamadunialah kewujudan leisured class iaitu kewujudan mereka yang bersedia memberikan masa lapangnya(surplus time) untuk “membantu” orang lain (Clive Bell, Civilization: An Essay, London: Penguin Book,1938) Merujuk pandangan Bell di atas, ada dua kata kunci penting yang menjadi asas memahami tahappencapaian ketamadunan iaitu ”leisured class” dan ”surplus time”. Beliau melihat tamadun sebagaimanifestasi kejayaan menyediakan suatu keadaan di mana anggota masyarakat itu mempunyai masa untukmelakukan aktiviti berhibur dengan adanya masa senggang. Ini selari dengan pandangan yang melihatbahawa antara ciri masyarakat bertamadun adalah yang dapat menzahirkan kreativitinya melalui aktivitimasa senggang seperti merekacipta hasil seni dan berkarya. Sebagai suatu proses, tamadun merupakan evolusi yang berlaku dalam sesuatu masyarakatdaripada kehidupan desa kepada kehidupan bandar, daripada kehidupan tidak tetap kepada kehidupanmenetap. Proses inilah yang menjadi asas pembentukan dan pemikiran mengenai tamadun manusia.Peringkat-peringkat proses ini menjadi fokus pelbagai bidang ilmu berkaitan pengajian ketamadunan yangmana tiap-tiap peringkat proses itu merupakan peringkat yang mempengaruhi peringkat seterusnya. Secara amnya proses yang dilalui oleh sesuatu masyarakat daripada tidak bertamadun kepadabertamadun itu dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu bermula dengan masyarakatsimpel/mudah kepada masyarakat modern dan kompleks. Dalam proses ini sesuatu masyarakat mengalamiproses peringkat pertama iaitu menyediakan keperluan asas bagi diri dan keluarganya, makanan, pakaian,tempat tinggal dan keselamatan. Proses ini akan berterusan iaitu bermula daripada usaha memenuhi keperluan asas sehinggalahkepada keupayaan memenuhi keperluan-keperluan yang bersifat ”mewah” dan yang bukan lagi bersifatasas. Dalam proses peningkatan ini manusia melalui berbagai lapisan taraf hidup yang mana melibatkanpeningkatan dan penambahan bagi keperluan asas. Masyarakat menjadi bertambah maju denganpeningkatan prasarana dalam kehidupan dan perubahan konsep tentang apa yang dikatakan asas dan apa 11
  12. 12. yang dikatakan mewah. Berbezanya konsep keperluan asas itu juga adalah sebahagian daripada petunjukpenting yang menentukan tahap pencapaian sesuatu masyarakat dalam bidang ketamadunan. Sebagaicontoh barangan mewah pada peringkat awal proses ketamadunan kemudiannya berubah menjadi barangankeperluan asas pada peringkat berikutnya. Sebagai contoh, pakaian adalah keperluan asas bagi menutupbahagian-bahagian tertentu tubuh manusia tetapi kemudiannya pakaian yang sempurna menjadi keperluanasas kepada masyarakat manusia yang sudah bertambah maju. Manakala pada peringkat seterusnyapakaian yang “bersesuaian” dengan keadaan tertentu manjadi keperluan asas mungkin kepada orangtertentu (yang berkedudukan) dan seumpamanya. Proses yang berikutnya mungkin lebih menjurus kepadajenis pakaian yang dikaitkan juga dengan status sosial seseorang kerana pakaian pada ketika ini bukan lagikeperluan asasi tetapi berfungsi sebagai lambang kedudukan sosial seseorang. Selain itu, aspek kehidupan yang lain juga bergerak selari dengan pergerakan tamadun sepertipendidikan. Pada masa lampau kebolehan menulis adalah suatu yang jarang-jarang dimiliki oleh seseorangdan ianya merupakan suatu keistimewaan kepada sesiapa yang memiliki kebolehan itu. Contohnya, padazaman jahiliah Arab, mereka yang berupaya menulis dianggap seorang yang sangat istimewa dalammasyarakat. Tetapi perkembangan tamadun kemudiannya meunjukkan bahawa kebolehan yang seumpamaitu bukan lagi sesuatu yang istimewa, malahan mereka yang tidak memiliki keupayaan itu pula dianggapketinggalan atau kekurangan. Bahkan pada ketika ini salah satu petunjuk yang digunakan bagi mengukurpencapaian sesuatu masyarakat atau bangsa adalah kadar celik hurufnya. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri atau penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yangterkenal dengan kesusasteraan falsafah dan keseniannya, tamadun Cina dengan kerafnya manakalatamadun Islam pula terkenal dengan perspektif pandangan dunia yang menyeluruh dan perkembangansains dan teknologi. Di samping terdapat keistimewaan tertentu pada tamadun-tamadun yang berbeza,tamadun juga mempunyai ciri-ciri dasar dan asas yang bersifat sejagat seperti berikuta) Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau madinah.b) Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna, seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan panjang.c) Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur.d) Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.e) Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.f) Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.g) Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.1.7. KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUNPerubahan pada sesebuah masyarakat daripada kehidupan tidak bertamadun kepada kehidupan bertamadunagak sukar digambarkan secara lengkap. Perubahan tersebut boleh jadi berlaku secara beransur-ansur atausecara drastik. Namun secara lebih menyeluruh dapat dikenal pasti beberapa faktor pendorong kepadakemunculan tamadun-tamadun dunia sebelum ini seperti berikut: a) Kedudukan yang strategik. Kedudukan yang sesuai dapat membantu membangunkan sesebuah penempatan dan membolehkan penduduk atau penerokanya memperoleh sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan. Faktor geografi yang merujuk kepada kesesuaian lokasi telah dilihat menyebabkan kemunculan tamadun Cina di lembah Huang-He dan Yang Tze. Selain itu, 12
  13. 13. tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, serta tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates, dan tamadun Mesir di Lembah Nil. Begitu juga dengan tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka. b) Rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci, seterusnya membawa kepada kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha memastikan kehidupan mereka mencapai kesempurnaan kemanusiaan, agar dapat melahirkan ketinggian budaya hinggalah membawa kepada kehidupan bertamadun. Kemunculan tamadun Islam misalnya begitu dipengaruhi oleh rangsangan nilai daripada penghayatan cara hidup Islam yang kamil berserta dorongan langsung daripada risalah wahyu. c) Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai. Penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai terpuji oleh pemimpin dan masyarakatnya. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat pastinya menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilai-nilai murni yang wujud pada pemimpin pula sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Penghayatan nilai-nilai murni telah direalisasi oleh kesemua tokoh tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung Fu-Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam. d) Tekanan kehidupan. Kesengsaraan hidup yang dialami oleh sesebuah masyarakat. Kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat bekerjasama menggemblengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Situasi demikian boleh menjadikan masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif untuk membangunkan kehidupan mereka. Hakikat ini bersesuaian dengan pepatah Inggeris yang menyatakan ‘keperluan kehidupan merupakan ibu segala reka cipta’ (necessity is the mother of invention). Dalam konteks zaman moden, kemunculan negara Jepun sering kali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua. e) Interaksi dengan tamadun lain. Toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi antara tamadun merupakan satu rangsangan dan dorongan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Toleransi menggambarkan sikap keterbukaan untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada tamadun-tamadun lain, yang akhirnya dapat membantu kemunculan tamadun baru. Sikap sebegini diamalkan oleh tokoh-tokoh penting tamadun-tamadun sebelum ini jelas menampakkan toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Tamadun Islam contohnya merupakan tamadun yang telah bersikap terbuka untuk menerima sumber-sumber ilmu daripada tamadun Yunani, tamadun Parsi, tamadun India dan tamadun Cina. Seterusnya natijah kemunculan sesebuah tamadun dapat digambarkan oleh perilaku dan budayamasyarakat yang tinggi dalam pentadbiran dan perekonomian. Pada zaman kegemilangan sesebuahtamadun dapat diperhatikan pencapaian-pencapaian yang luar biasa dalam pelbagai bidang sepertikesenian, kesusasteraan, pemikiran dan falsafah, serta penciptaan teknologi yang seterusnya berkembangdalam tamadun-tamadun selepas itu. Hakikat ini menerangkan bahawa kegemilangan dan kecemerlanganbukanlah monopoli sesebuah tamadun tertentu. Namun, bagi sesebuah tamadun itu, setelah melalui zaman kecemerlangan pasti juga akanmengalami zaman kemerosotan. Dalam sejarah terdapat beberapa tamadun mampu bertahan dalam satutempoh masa yang begitu panjang. Sebagai contoh tamadun Romawi berlangsung dari zaman Augustassehingga ke zaman Aurelius (30 SM -180 M). Begitu juga dengan tamadun Islam Uthmaniyyah dari tahunmasehi 1299 sehingga 1922, iaitu lebih daripada enam kurun. Adakah benar hukum sejarah yang sentiasaberputar, menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun? 13
  14. 14. Menurut Ibn Khaldun kebangunan dan kemerosotan sesebuah tamadun itu adalah mengikut hukumputaran sejarah. Pada peringkat permulaan ia berjaya kerana nilai-nilai baik, tetapi selepas mencapaikejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan. Sebaliknya parasarjana yang lain berpendapat sesebuah tamadun itu merosot bukanlah disebabkan hukum sejarah.Kemerosotan sesebuah tamadun itu boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah denganmengekalkan nilai-nilai yang baik. Berdasarkan sejarah, sesebuah tamadun itu boleh merosot keranafaktor-faktor berikut: a) Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat diperhatikan di penghujung tamadun Romawi pada kurun ketiga dan keempat Masehi. b) Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan sama sekali. Kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, wilayah- wilayah kolonial yang merupakan sebahagian daripada tamadun Barat telah tumbang disebabkan penindasan dan kezaliman yang dilakukan. c) Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai terutama di kalangan pemimpin. Seorang penyair Arab, Ahmad Shawqi (1868 - 1932) pernah menukilkan dalam salah satu puisinya “Sesungguhnya tertegaknya sesebuah umat itu adalah disebabkan ketinggian akhlaknya. Sekiranya akhlak mereka hilang maka umat tersebut akan lenyap”. d) Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap sebegini pasti akan merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat dan seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan. Seorang tokoh pemikir masa kini, Edward de Bono menyatakan bahawa sikap tertutup merupakan halangan yang paling besar terhadap penganjakan paradigma (paradigm shift). Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dan dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan sosial. e) Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku.1.8. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUNTerdapat banyak perbezaan dan persamaan antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain. Ciri-ciriperbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dari sudut teologi, epistemologi danetika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung dengan konsep monoteisme Islam begitu berbezadaripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduismepula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam,Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agamamonoteistik, tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain. Persoalan-persoalan teologi, sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat antara satutamadun dengan satu tamadun yang lain. Malahan, percanggahan juga tidak dapat dielakkan berlaku dalamsesebuah agama itu sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan persoalan teologi, persoalan etika sebenarnyakurang menimbulkan kontroversi. Hakikat ini dapat menjelaskan bahawa dialog tamadun atau peradabanboleh berlangsung dalam keharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan etika. Dalamkonteks melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan: 14
  15. 15.  Alam sekitarHidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh kesemua agama.Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia puladipertanggungjawabkan sebagai khalifah (custodian atau steward) yang berperanan sebagai penjaga alamsekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermaknamenggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam beberapa tamadun tertentu,memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagaiDivine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan pandangan ini, namun tamadun-tamadun tradisional secaraumumnya tidak memusnahkan alam sekitar. KeluargaTamadun-tamadun tradisional begitu menghayati prinsip keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat.Keluarga yang dimaksudkan pada lazimnya ialah keluarga extended. Dalam sesebuah keluarga tradisional,telah menjadi warisan turun-temurun amalan menentukan kedudukan antara kaum lelaki dan kaumperempuan melalui hierarki kuasa. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat melaluikonsep kekeluargaan sebegini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan.Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati. Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan kedudukan kaum lelaki dan kaumperempuan dalam sesebuah keluarga itu yang menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harusmenunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati. KomunitiKomuniti sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia.Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasadihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepadaanggota-anggotanya. Dikotomi individu dan komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Kedua-dua pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasatransenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyaiidentiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikanbagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisitertentu seperti Islam dan Buddhisme. KerajaanFalsafah tamadun-tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasarsesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawabseseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam.Dalam tamadun Cina, tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu-Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh-tokoh yanglain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam tamadun India, Kautilya membincangkan ciri-cirikepimpinan yang saksama dan adil. Manakala dalam tamadun Islam, al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali danIbn Khaldun turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sama. Kesetiaan kepada raja danperlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional. Hubungan ini lazimnya dilandasi oleh semangat feudalisme yang tebal. Namundemikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorangraja melanggar lunas-lunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untukmembetulkannya. EkonomiDalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks ‘Moral Semesta’ (MoralUniverse). Dalam ajaran Buddhisme, wujud konsep hak-hak kehidupan sebagaimana yang termaktubdalam salah satu daripada eightfold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal danharam mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujudkegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatanekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep ‘wang’, ‘laba’, ‘ganjaran’, ‘pasaran’ dansebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan inibukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain sepertiyang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden. 15
  16. 16.  PendidikanDalam tamadun-tamadun tradisional, matlamat utama pendidikan adalah untuk pembinaan sifat-sifatmulia seseorang (character-building) melalui proses pengajaran ilmu. Menyedari akan perkara tersebut,dimensi inner-Being diberi penekanan penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme danagama-agama yang lain. Manusia perlu mengetahui dan menguasai dirinya dahulu sebelum mampumenguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam. Cuma cara transformasi ini berlakuberbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan perananpenting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu,transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri. KesihatanSepertimana bidang-bidang dalam masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun-tamaduntradisional tidak terpisah daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep kesihatantamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik bermakna suatupandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas,lebih menyeluruh dan saling berhubungan. Mengubati penyakit, menurut konsep holistik bermaknamemulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuhbadan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya. Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyaibeberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitandengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaanantara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransike arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasarberkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secarapositif ke arah kehidupan yang lebih saksama.1.9. INTERAKSI ANTARA TAMADUNWalaupun setiap tamadun mempunyai keistimewaan tersendiri, sifat sebenar sesebuah tamadun tidaktertutup. Sesungguhnya telah wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkatperkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubunganseperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif meskipun terdapat juga kesan-kesan negatif.Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikapsaling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti inimemungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan ataukejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun.Perbincangan mengenai interaksiboleh dijelaskan dengan merujuk kepada jenis-jenis interaksi yang wujud, iaitu seperti berikut: Interaksi Dalam Lingkungan Budaya Yang Sama Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama merujuk kepada hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum seperti contohnya orang Melayu yang terdiri dari pelbagai suku kaum seperti orang Jawa, Banjar, Bugis, Mandaling dan sebagainya yang pastinya mempamerkan kepelbagaian budaya dan adat resam keturunannya. Begitu juga dengan orang Cina, yang mempunyai pelbagai suku kaum seperti Hakka, Kantonis, Hainan, Teochew dan sebagainya. Manakala bagi orang India seperti Malayalam, Punjabi dan sebagainya. Saling hubungan masyarakat Muslim dan Hindu di India memberi contoh tepat interaksi ini. Walaupun mereka mempunyai pegangan agama yang berbeza tetapi tidak dari segi budaya, seperti golongan masyarakat Hindu di India Utara menerima unsur-unsur keislaman dalam budaya berpakaian, pemakanan dan seni bina. Manakala masyarakat Muslim di India pula menerima unsur-unsur tertentu termasuk seni bina, muzik, pemakanan dan gaya hidup masyarakat Hindu. Secara umumnya setiap satu kelompok masyarakat mengamalkan kebudayaan yang hampir sama, tetapi terdapat dalam suasana 16
  17. 17. atau upacara majlis tertentu akan memperlihatkan kelainan budaya yang diamalkan menurut suku kaum masyarakat tersebut. Interaksi Dengan Budaya Dan Peradaban Yang Berbeza Interaksi jenis ini menerangkan bagaimana antara satu kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan agama dapat saling berinteraksi walaupun tinggal di satu lokasi atau negara yang sama.Interaksi antara masyarakat Muslim dan Buddhisme di Asia Tenggara boleh dijadikan rujukan. Dalam konteks hubungan sosial, masyarakat Muslim berinteraksi dengan masyarakat Buddha di Thailand, Kemboja, Indonesia (Jawa) dan Malaysia sebelum zaman kolonial lagi. Meskipun agama dan budaya hidup mereka begitu berbeza dan segi metafizik dan teologi, hak-hak masyarakat Buddha untuk mengamalkan agama mereka begitu dihormati di negara-negara yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada penganut-penganut Islam. Kewujudan kuil-kuil seperti Borobudur di Pulau Jawa yang majoriti penduduknya penganut-penganut Islam merupakan lambang kepada sikap toleransi seperti ini. Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang Tidak Dominan Interaksi antara Islam dengan Yahudi dan Islam dengan Kristian pada saat kelahiran Islam di Semenanjung Arab memperlihatkan bagaimana interaksi antara peradaban yang dominan dengan yang tidak dominan. Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kelompok-kelompok kaum yang lain diberi jaminan perlindungan dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Tempat-tempat peribadatan kedua-dua kaum ini diberi perlindungan, malah penganut agama Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan agama mereka tanpa sebarang ketakutan. Pengiktirafan hak agama- agama bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka selagi mereka tidak mengganggu atau menceroboh Islam atau masyarakat Muslim merupakan salah satu prinsip yang penting dalam sistem keadilan Islam. Sepanjang sejarah ketamadunan Islam dan zaman pemerintahan Umayyah sehingga zaman pemerintahan Uthmaniyyah, masyarakat Yahudi dan Kristian hidup harmoni dan damai di tengah- tengah masyarakat Muslim yang merupakan majoriti. Selain bebas mengamalkan agama masing- masing, beberapa individu Yahudi dan Kristian diberi kepercayaan menduduki tempat-tempat tinggi dalam pentadbiran kerajaan Islam, terutamanya di bumi Andalusia (Sepanyol). Penulis dan sarjana dari kalangan masyarakat Yahudi dan Kristian terus memberi sumbangan kepada perkembangan tamadun Islam. Contoh Interaksi Dalam Sejarah Selain daripada contoh-contoh yang dikemukakan sebelum ini, terdapat banyak lagi contoh dalam sejarah yang boleh diambil sebagai rujuk dan pengajaran yang baik. Antaranya ialah interaksi antara tamadun Hinduisme dan tamadun Buddhisme pada zaman silam. Buddhisme sebagai sebuah agama yang lahir dalam masyarakat Hindu, memiliki ciri-ciri tertentu dan falsafah Hinduisme, termasuklah Karma (Rebirth), Dhamma (Righteousness) dan Mokhsa (Liberation). Selepas Buddha dan misinya, reformasi Hinduisme dipengaruhi pula oleh pemikiran-pemikiran tertentu dan Buddhisme termasuklah kritikannya terhadap sistem kasta, pemusatan kuasa rohaniah dengan golongan Brahmin, penafian hak- hak tertentu kaum wanita dan lain-lain. Situasi seperti ini menunjukkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat daripada kewujudan interaksi antara tamadun. Saling hubungan dan interaksi antara Islam dan Konfusianisme telah bermula sejak kurun ketujuh Masehi lagi. Pada peringkat awal, interaksi ini berlaku dalam bentuk perdagangan, iaitu antara saudagar-saudagar Arab dan Parsi dengan saudagar-saudagar Cina. Terdapat saudagar-saudagar Arab dan Parsi yang bermastautin di China, dan melalui proses interaksi termasuklah perkahwinan, mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan. Dalam Dinasti Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, beberapa tokoh-tokoh Islam muncul memberikan sumbangan yang penting kepada perkembangan tamadun Cina. Terdapat di kalangan mereka yang dipertanggungjawabkan menjadi gabenor wilayah dan terdapat pula di kalangan mereka yang ditugaskan menjadi panglima tentera laut seperti Zheng He. Beberapa tokoh Islam yang lain turut memberi sumbangan kepada pemikiran Konfusianisme seperti Liu Zhi dan Ma Zhu di samping sumbangan kepada bidang astronomi, seni bina dan juga penghasilan peralatan ketenteraan. Yang lebih menarik lagi, sarjana-sarjana Cina yang beragama Islam mendapati bahawa dalam bidang etika, terdapat banyak kesejajaran antara pengajaran 17
  18. 18. Islam dan pengajaran Konfusianisme. Disebabkan hal tersebut, beberapa sarjana Islam berbangsa Cina mempelajari Konfusianisme seperti juga terdapat sarjana-sarjana Konfusianisme menunjukkan minat yang sama terhadap Islam. Kesemuanya ini dapat menggambarkan kesan yang positif daripada interaksi antara tamadun.1.10. DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN a) Pengertian Dialog Dan Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengannya Dialog ialah sebuah komunikasi dua hala antara individu (pihak) yang mempunyai pegangan atau pandangan yang berbeza rnengenai sesuatu subjek atau perkara yang tertentu, dengan tujuan ingin mencapai kebenaran yang bertambah lagi daripada pihak yang satu lagi itu. Mungkin takrifan ini kelihatan mudah dan tidak diperlukan. Anggapan ini tidak tepat kerana di dalam banyak situasi yang kononnya merupakan suatu dialog, dialog sebenarnya tidak berlaku kerana ada pihak yang menganggap dirinya sudah pun mempunyai penyeiesaian mahu pun kebenaran mutlak mengenai sesuatu perkara dan apa yang dia inginkan daripada rakan dialognya hanyalah penerimaan semata- mata.5 Hari ini pakar bidang ini menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog (The Age of Dialogue) yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu. Pertukaran ini berlaku lantaran berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat. Dalam konteks barat juga dialog telah menjadi satu keperluan baru akibat kesedaran yang muncul mengenai betapa pelbagainya masyarakat manusia di dunia ini dari segi geografi budaya dan agama. Dan seperti yang telah dijelaskan, kesedaran mengenai kepelbagaian ini berlaku oleh kerana berkembangnya teknologi ICT dan teknologi transportasi misalnya yang membuatkan dunia semakin kecil. Dari perspektif lain pula, contohnya dan sudut pandangan kita di dunia rantau ini, dialog yang berlaku hasil atau kerana pertembungan bangsa Melayu dengan yang lain telah berlaku melalui perdagangan khasnya, untuk sekian lama. Oleh itu sepatutnya kemahiran berdialog yang baik dan berhemah telah sebati dengan masyarakat kita. Namun dalam konteks dialog dihargai secara sedar, di dalam masyarakat kita dialog antara peradaban bukanlah merupakan sesuatu yang menjadi keutamaan sehingga beberapa dekad kebelakangan ini. Untuk dialog menjadi mekanisme perpaduan yang berkesan, di antara lain kita memerlukan pendedahan ilmiah untuk memungkinkan kita membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing. Penilaian yang tepat ini bukan hanya akan membantu kita meneruskan perasaan muhibbah antara tamadun sekalipun kita rnengakui wujud perbezaan antara kita, tetapi apa yang penting dapat membantu memampankan konsep tamadun Malaysia. Melalui dialog kita boleh membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati. Idea dan prinsip asas tamadun Malaysia perlu dihayati bukan melalui stance atau pendekatan yang apologetic mahu pun defensive tetapi rnelalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan fakta sejarah dan realiti kehidupan, keadaan dan sifat negara kita yang sebenarnya. Melalui dialog, kita boleh memanfaatkan keadaan dimana nilai-nilai tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia banyak mempunyai persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kemanusiaan, kepentingan alam tabii atau environment dan keperluan hidup berharmoni dengannya. Generasi baru kini mungkin telah banyak melupai pelbagai hikmah dan peninggalan tamadun kita sehingga kadangkala kita merasakan kehidupan kita sudah kehilangan paksi dan arah tuju. Oleh kerana itu cara mengembalikan atau mencungkil semula khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan dan dialog adalah mekanisme utama proses tersebut. 18
  19. 19. b) Bagaimana Membudayakan Dialog? Bentuk Dan Praktik Dialog Di Malaysia Sehingga kini dan mulai tahun-tahun 1980an misalnva memang sudah ada pihak-pihak yang telah memulakan usaha-usaha konkrit untuk mengadakan dialog contohnya dialog antara agama di dalam negara kita. Di peringkat elit, kemajuan dialog telah tercapai kerana ia melibatkan sanjana, pakar agama dan cendekiawan. Namun di samping hasil daripada dialog-dialog ini memerlukan pelaksanaan strategi-strategi “keamanan” yang tertentu, perlu juga dialog berlaku diperingkat yang lebih awam. Untuk kita mempunyai lebih banyak lagi pilihan mungkin elok kita memahami bentuk-bentuk dan jenis-jenis dialog yang boleh dilaksanakan. 6 # Dialog Kehidupan Seharian Di dalam kehidupan seharian masyarakat dari pelbagai kaum dan agama saling memperkaya fahaman masing-masing dengan mempraktikkan nilai-nilai peradaban dan tradisi mereka melalui proses bekerjasama, bekomunikasi dan hidup bersama-sama di dalam konteks pekerjaan, sekolah, penggunaan hospital, transportasi awam dan lain-lain. # Dialog Kemasyarakatan Di sini ‘dialog’ lebih berbentuk praktikal melalui melakukan sesuatu kerja atau tugas secara bersama- sama. Para pendialog disatukan oleh matlamat sepunya yang ingin dicapai walaupun mereka mempunyai latarbelakang yang berbeza. Sebagai contoh kera-kerja ini mungkin berbentuk projek mengutip derma mangsa bencana alam seperti malapetaka Tsunami atau projek menghapuskan kemiskinan, di mana motivasi membuat sumbangan tidak perlu penghuraian secara ‘race-specific’ atau ‘religion-specific’. Projek menyelesaikan masalah sebegini juga sememangnva merupakan permulaan yang baik bagi dialog peradaban bermula dan memberikan aktiviti berdialog, motivasi yang mampan. c) Prinsip-Prinsip Dialog Untuk memastikan dialog, khasnya yang bermotifkan perpaduan berasaskan kefahaman yang tulen, mungkin baik sekiranya beberapa “prinsip membimbing” yang harus diambilkira difahami terlebih dahulu.7 a) Sebab utama dialog diadakan ialah untuk kedua-dua pihak mempelajari sesuatu, dan sesudah itu melalui atau mengalami perubahan ke arah kebaikan yang bertambah lagi dalam konteks situasi yang dihadapi. b) Dialog khasnya dialog agama atau peradaban mestilah merupakan projek yang bermanfaat kepada kedua buah pihak yang terlibat dan ia boleh berlaku secara intra dan juga inter peradaban. c) Setiap perserta dialog perlulah hadir dalam keadaan yang ikhlas. d) Setiap peserta mestilah boleh atau berupaya mendefinisikan diri dan pandangan (kepercayaan- kepercayaan dan nilai-nilai) yang dipegangnya dengan jelas. e) Peserta dialog mestilah cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialognya. f) Peserta dialog mestilah bersifat kritikal secara minima terhadap interpretasinya terhadap tradisi orang lain. g) Peserta dialog perlulah tidak mempunyai pra-andaian yang tidak boleh diubah lagi tentang apakah perkara-perkara yang tidak akan dipersetujui. Daripada prinsip-prinsip ini kita mungkin dapat memahami, kenapa atau bagaimana dialog dikatakan sebagai • Pertemuan di antara hati dan fikiran • Pengalaman berjalan bersama di dalam projek-projek yang dianggap panting bagi kedua pihak • Bukan suatu debat di mana ada yang kalah atau yang menang Di samping kita memahami prinsip-prinsip dan ‘makna’ dialog itu, ada juga pengkaji dan pengamaldialog yang bercakap tentang etika dan etiquette berdialog. Contohnya semasa berdialog perlulah agamadan cara beramal pihak-pihak yang terlibat dihormati. Dialog bukanlah peluang atau tempat ‘agama’diubahsuai atau dikritik. Aspek atau peradaban yang bersabit dengan articles of faith tidak boleh disentuh 19
  20. 20. di dalam dialog. Di dalam agama, ini disebut sebagai dimensi yang inter-personal. Apa yang bolehdisentuh mungkin ialah dimensi inter-personal atau pun dimensi sosial sesebuah agama itu (contohnyayang berkaitan dengan isu keadilan, simpati kepada mereka yang tertindas, kekeluargaan dan lain-lain). Etika dan etiket berdialog juga menganjurkan sikap bersetuju untuk tidak bersetuju, menghormatiperbezaan, menghargai ketidakbolehan pihak-pihak tertentu untuk menerima sesuatu pandangan,keikhlasan, simpati dan empati, kesabaran dan alertness (kepantasan memahami sesuatu ).d) Halangan Kepada DialogUntuk memastikan dialog berupaya dijalankan dengan baik amat panting juga halangan-halangan kepadadialog difahami. Di antara halangan-halangan ini termasuklah faktor-faktor berikut:-  Conversion atau fenomena bertukar agama. Ramai orang beranggapan bahawa dialog tidak wajar diadakan kerana ia boleh mengakibatkan pendialog mengubah agamanya.  Rasa rendah diri (inferiority complex) - perasaan rasa rendah diri dan tidak bersedia untuk berdialog membuatkan ramai orang tidak bersedia untuk berdialog.  Innuendo sosial — perasaan tidak senang apabila di kalangan penganut yang sama akan ada pihak- pihak yang mempersoalkan ketulenan iman seseorang itu terhadap agamanya sekiranya ia berbaik- baik dengan penganut agama atau peradaban lain.  Syak wasangka - sering wujud rasa curiga terhadap para penganjur dan pendialog terhadap tujuan dialog diadakan.8 Jelaslah betapa halangan-halangan ini akan dapat diatasi sekiranya etika berdialog diamalkan, iaitudengan setiap agama dan peradaban dihormati dan ciri-ciri serta prinsip-prinsip agama atau peradabantersebut tidak dijadikan bahan untuk dinegosiasikan. Di sini mungkin kita boleh mengandaikan di dalamkonteks masyarakat kita bahawa penghormatan terhadap konsep tamadun Malaysia juga dijadikan salahsatu prinsip ini.e) Situasi Dialog Di Malaysia Dan Di Peringkat GlobalDi peringkat global bolehlah dikatakan bahawa semangat dan praktik dialog sebenarnya telah pun banyakdibangkitkan. Pada tahun 1999 misalnya di dalam The Islamic Symposium on Dialogue, negara-negaraO1C misalnya telah menerbitkan sebuah deklarasi mengenai dialog peradaban. Deklarasi ini telah diterimasebagai satu resolusi semasa perhimpunan agung Bangsa-Bangsa Bersatu 53/22 yang telahmengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Antara Peradaban Sedunia. Di antara lain deklarasi mengenai dialog peradaban yang dikemukakan ke persada dunia telah dipanduoleh ajaran-ajaran dan nilai-nilai agama mengenai digniti manusia, keadilan, toleransi, meraikankepelbagaian umat manusia serta peningkatan dialog ke arah kesalingfahaman berdasarkan sifat salingmenghormati.Pengistiharan yang telah diusulkan oleh negara Iran ini amatlah berkaitan dengan surah Al-Hujurat (49) :13 misalnya:“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang Iake-laki dan seorang perempuan danmenjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa berdialog adalah satu tanggungjawab bagimasyarakat Malaysia hari ini. Memahami hakikat ini Malaysia telah menekankan betapa penting danperlunya diadakan Dialog Antarabangsa sebagai satu-satunya jalan mencari keamanan di dalam dunia yangdipenuhi kebencian, kecurigaan dan keganasan khususnya selepas peristiwa September 11 tahun 2OOl.Negara kita menekankan bahawa hanya melalui dialog akan dapat ditanamkan rasa penghargaan,pemahaman dan penerimaan yang sebenar akan hakikat pelbagainva peradaban, budaya dan agama didunia ini di samping sebab-sebab sebenarnya terorisme wujud. Sekali gus dialog ini juga akan dapat 20
  21. 21. menyanggah teori “clash of Civilisations” Samuel Huntington tersebut. Mesej ini telah disampaikan olehPerdana Menteri di dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB yang ke-59 pada tahun 2004 misalnya. Sebelum itu di dalam ucapannya yang lain di Oxford Centre of Islamic Studies, Perdana Menteritelah juga menawarkan Kuala Lumpur sebagai ‘pusat’ dialog peradaban antarabangsa. Secara intra-peradaban gagasan Islam Hadhari YAB pula boleh dilihat sebagai satu usaha tulen dan konkrit ke arahpenyatuan, perpaduan dan pengukuhan tamadun dalam konteks peradaban Malaysia. Dengan itu satu aspek dialog ‘intra’-peradaban Malaysia hari ini ialah usaha mengadakan berbagaiseminar dan bengkel menjelaskan Islam Hadhari misalnya.91.11. KESIMPULANDemi kesinambungan negara bangsa Kumpulan-kumpulan Etnik di Malaysia perlu bersatu di atas nilai-nilai sepunya serta bersikap patriotik dan TITAS adalah satu wahana dalam memberi pengisian ke arahtersebut. Pendedahan terhadap mengenali latar belakang tamadun masing-masing boleh memupuk rasakesalingfahaman di antara satu sama lain. Ilmu tentang ketamadunan penting hari ini kerana ia memberikan faktor-faktor yang bolehmembantu ke arah pembinaan dan kejayaannya dan juga sebaliknya apakah perkara-perkara yang bolehmembawa kepada keruntuhannya tamadun? Ilmu tentang ketamadunan amat relevan kerana manusiadewasa ini sedang berada di persimpangan jalan. Kejayaan fizikal yang begitu tinggi melalui sains danteknologi malangnya telah diiringi oleh falsafah dan pandangan semesta atau worldview yang melihathanya yang material itu wujud, penting dan beroperasi di dalam kehidupan. Secara mudah dapatdigambarkan bahawa gerakan Englightenment di barat dan falsafah scientism telah mempengaruhi sistem-sistem pemikiran moden sehingga apa yang dapat dilihat hari ini adalah peminggiran nilai-nilai murni yangmenjamin hubungan baik yang diperlukan antara manusia sesama manusia, manusia dan persekitarannya(environmentnya) yang pula banyak bergantung kepada hubungan manusia dan Tuhannya. Justeru, walaupun kelahiran sesebuah tamadun itu banyak bergantung kepada kedudukannya yangstrategik dari segi perolehan sumber-sumber semulajadi, dan lokasi geografi (kemunculan tamadun Cinadi lembah Huang-Ho dan Yang Tsi, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadunMesopotania di Lembah Tigris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil dan Tamadun Melaka dipinggiran Selat Melaka); kemunculan sesebuah tamadun banyak berkaitan dengan rangsangan keagamaandan kerohanian. Di peringkat global, dialog telah menjadi penting setelah berlakunya bebarapa peristiwabersejarah yang di antaranya termasuklah teori ’Clash of Civilisations’ , Samuel Huntington sekitar 1996yang pula ada hubungan dengan berakhirnya perang dingin di antara US dan Russia serta robohnyatembok Berlin. Ketika itu ada pihak yang merasakan Negara Amarika mungkin menghadapi ancaman’musuh’ yang baru dikenal pasti berasal dari tamadun seperti tamadun Islam dan Cina (the green andyellow peril). Ini ditambah pula dengan peristiwa-peristiwa tragis yang termasuklah peristiwa september 11yang begitu masyhur itu dan juga situasi global di mana pelbagai masyarakat di merata tempat telahmenjadi bertambah berbilang kaum,agama atau tamadun.10 Rata-rata telah diterima bahawa hari ini dialog yang membuahkan persefahaman merupakanprasyarat pembinaan hubungan yang adil dan saksama antara pelbagai peradaban. Dialog memungkinkanperbezaan dan persamaan diwujudkan.Namun suatu perkara yang amat kritikal di dalam dialog ialah setiap pihak yang berdialog perlulahmemahami diri dan golongannya di dalam semua dimensi yang ingin didialogkan dengan sebaik-baiknya.Dengan lain-lain perkataan wujud adab (etiquette) mahupun etika berdialog.11 Di Malaysia dialog peradaban amat perlu bukan hanya sebagai wahana dasar bagi kesinambungantamadun Malaysia keseluruhannya disamping dialog itu penting untuk membina tapak atau asas nilaispiritual yang kukuh bagi memastikan pembangunan dan kemajuan materail yang begitu pantas kita lalui 21
  22. 22. tidak meminggirkan keperluan ’pembangunan insan’ yang merupakan tujuan akhir segala pembangunanmaterial-fizikal tersebut. Budaya berdialog amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita untuk memperkukuhkanjalinan perpaduan negara dan integrasi nasioanal yang merupakan kunci ketuanan dan kelangsungankewujudan negara seperti yang kita fahaminya hari ini. Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tidak mengalami konflik perkaumanmahupun konflik keagamaan yang membimbangkan, namun bebarapa peristiwa yang boleh dianggapserius mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya ada juda isu keadilah sosial danekonomi. Di dalamSOALAN PERBINCANGAN 1. Bincangkan ciri-ciri asas yang membezakan antara sesuatu masyarakat bertamadun dan tidak bertamadun 2. Bincangkan rasional dan kepentingan pengajian ketamadunan dalam usaha membina peradaban dan tamadun Malaysia 3. Jelaskan kepentingan dialog antara tamadun dalam konteks masyarakat majmuk MalaysiaRUJUKANAl-Attas, S.M. Naquib, (1996). Masyarakat Madani Malaysia: Satu Gagasan, Konvensyen Masyarakat Madani, September 19-21, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.Azizan Baharuddin (ed), Dialog Peradaban Menurut Perspektif Islam, Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya, 2005 hal. 80-85.Azizan Baharuddin, “Communalities in Religious Harmony” kertas kerja ASEM Interfaith Dialogue, Bali, 20-22 Julai 2005Bell, Clive., (1938), Civilization: An Essay, London: Penguin BookBertrand Fort, (2005), One Year of Culture and Civilisations Dialogue 2003/2004, Asia-Europe Foundation, SingaporeCollingwood, R.G, (1994 rev. ed.), The Idea of History, London: Oxford University PressEdmund Terrence Gomez, “Tracing the Ethnic Divide:Race, Rights and Redistribution in Malaysia” in Joanna PfaffCzarnecka et al (eds.) Ethnic Futures-The State and Identitiy Po/itics in Asia, Sage Publications, London,1999, m.s. 167.Esposito, John L., (1995). The oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, Vol III. Oxford University Press, Oxford.Ibn Khaldun, Abdul Rahman, (1995), Mukadimah Ibn Khaldun (terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & PustakaKaren Armstrong, A History of God - The 4000 Year Quest o Judaism, Christianity and Islam, Ballantine Books, New York, l993.Mohd Nor Yusoff & Nafisiah Hj . Abdul Rahman “Impak Globalisasi Dalam Sistem Kehidupan Masyarakat Melayu”, Jurnal Tasawwur Islam UITM, Jilid 6, Sept m.s. 42-62. 22
  23. 23. Muhammad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassan (ed.), (2005), Readings on Ethnic Relations in a Multicultural Society, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM m.s. 3-10.Nik Aziz Nik Pa, “Cabaran Sains Terhadap Umat Islam Masa Kini dan Masa Hadapan” dlm azizan Baharuddin (ed.) Pelajar-pelajar Melayu dan Pendidikan Sains, Akademi Pengajian, UM, 1993 m.s. 25-61Osman Bakar, (1997), Islam and civilizational dialogue: The quest for a truly universal civilization, Kuala Lumpur: University of Malaya PressSamuel Huntington (1996) The Clash of Civilisations and the remaking the world order. New York. Simon and SchusterSchweitzer, Albert, (1987 new ed.), The Philosophy of Civilization, New York: Prometheus BooksSwidler, Leonard, Dialogue in Malaysia and the Global Scenario, Centre for Civilisational Dialogue, UM, 2003 ms. 23Syed Ali Tawfik Al-Attas & Ng Tieh Chuan, Abdullah Ahmad Badawi, Pelanduk Publications, Kuala Lumpur 2005The New Encyclopedia Britannica, Vol XVI, Chicago, 1998.Toynbee, Arnold Joseph, (1972), A Study of history, London: Oxford University PressZaid Ahmad, (2003), The Epistemology of Ibn Khaldun, London & New York: RoutledgeCurzonZaid Ahmad, “Ibn Khaldun’s approach in civilisational studies” in Massimo Campanini, (2005), Studies on Ibn Khaldun, Corso Milano, Italy: Polimetrica International Scientific PublisherZaid Ahmad, “Multiculturalism and religio-ethnic plurality: The Malaysian experience” in Culture and Religion: An Intedisciplinary Journal (Routledge Taylor & Francis Group) vol.8 no.2 2007 23
  24. 24. BAB 2 TAMADUN ISLAMHASIL PEMBELAJARANSelepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: 1) Menjelaskan secara terperinci pandangan semesta Islam 2) Menghuraikan keunikan konsep Tamadun Islam 3) Menjelaskan konsep Jihad dan peranannya dalam kebangkitan Tamadun Islam 4) Menganalisis kebangkitan semula Islam dan penerapannya di Malaysia2.0 PENGENALANIslam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Adam a.s. Ia merupakan pemberitahuan danperaturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan perlantikanrasul-rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. RisalahIslam yang diturunkan kepada rasul-rasul adalah sesuai dengan zaman, jumlah manusia dan kebudayaanumat ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar supayamereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat. Penganut Islam wajib beriman kepada Allah Yang Maha Esa selaku pencipta alam semesta danmematuhi segala suruhan dan menjauhi laranganNya. Tanpa petunjuk dari Allah S.W.T, manusia akansesat kerana akal fikiran dan pengalaman manusia amat terbatas. Manusia tidak mempunyai kemampuanuntuk memahami masalah ketuhanan, kehidupan selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti malaikat,syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya, kerana itulah Allah S.W.T mengutus danmengangkat ratusan ribu nabi dan rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan diakhiri dengan NabiMuhammad s.a.w. Secara umumnya tugas rasul-rasul dan nabi-nabi dalam menyampaikan ajaran keimananadalah sama walaupun ada perbezaan dari segi syariat dan hukum di antara mereka selaras dengan keadaandan zaman masing-masing. Dalam perjalanan sejarah tamadun manusia yang panjang, ramai manusia yang terus-menerusmenentang serta membantah pengajaran-pengajaran Allah S.W.T yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T,lalu dengan kasih sayang dan belas kasihan Allah S.W.T, Dia telah menurunkan kitab-kitab agar manusiadapat membaca, memahami dan melaksanakan segala arahanNya. Tujuannya untuk menegakkankepercayaan Tauhid (kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa), menghindarkan mereka dari syirikkepada Allah S.W.T, terpengaruh dengan hawa nafsu yang liar dan mengajar mereka supaya mematuhisegala ajaran Allah S.W.T dan menjauhkan diri dari laranganNya. Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa keistimewaan yang terkandung dalam Islam telahmampu membentuk satu tamadun yang mengangkat tinggi martabat manusia, menuju kesejahteraan hidup,dunia dan akhirat. Tamadun Islam telah muncul dan menempa kegemilangan yang tiada tolok bandingnyalantaran kesyumulan dan kesepaduan Islam itu sendiri yang menjadi intipati kepada Tamadun Islam.Akhirnya Tamadun Islam telah berjaya mendepani zaman dan menjadi rujukan kepada pembinaan tamadunmanusia sehinggalah ke hari ini.2.1 PANDANGAN HIDUP ISLAMIslam adalah Ad-Din yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui perantaraan al=Rasul s.a.w. Ia merujukkepada satu cara hidup yang lengkap merangkumi semua aspek hidup manusia. Islam merangkumi aspek 24
  25. 25. akidah, syariah dan akhlak. Kesemuanya telah dihuraikan malah dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w semasahayat baginda dan diikuti oleh para sahabat serta umat Islam seluruhnya.2.1.1 PENGERTIAN ISLAMDari segi bahasa kalimah Islam mengandungi tiga perkara utama iaitu: a) Tulen, suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin b) Damai, aman atau sejahtera c) Taat dan menyerahPengertian Islam dari segi syarak ialah mentauhidkan Allah S.W.T, patuh dan tunduk kepadaNya sertaberiman dengan ajaran yang dibawa oleh para rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T sejak dari NabiAdam a.s hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul yang terakhir.Justeru itu sesiapa yang mengikuti agama selain dari apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.wsesudah kedatangannya tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.wtelah disempurnakan ajarannya oleh Allah S.W.T dan dia telah meredhaiNya untuk diikuti. Firman AllahS.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud : Sesiapa yang mencari din (agama) selain daripada din (agama) Islam maka dia termasuk dalam golongan mereka yang rugi di akhirat nanti"Allah S.W.T juga berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 5 yang bermaksud : Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu iaitu Islam dan Aku kurniakan nikmat kepada kamu dan Aku reda Islam itu agama kamu.2.1.2 KANDUNGAN ISLAMRasulullah s.a.w telah menjelaskan Islam adalah agama tertinggi yang tidak ada tandingannya.Ketinggiannya dapat dinilai dan dilihat dalam kandungan pengajarannya yang merangkumi seluruh aspekkeperluan manusia, baik dari segi akidah, syariah dan akhlak bermatlamat untuk memberi kebahagiaankepada manusia dari segi kejiwaan dan kebendaan dunia dan akhirat. Kandungan Islam terbahagi kepada 3prinsip asas yang utama iaitu; AQIDAH, SYARIAH dan AKHLAK.A) AKIDAHAkidah merupakan dasar terpenting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi AllahS.W.T adalah bergantung kepada akidah yang dianuti oleh mereka. Akidah dalam Islam merupakankepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiapMuslim. Berdasarkan maklumat wahyu, Muslim dapat mengenali Allah S.W.T secara tepat. Allah S.W.Tmempunyai kuasa mutlak dalam kehidupan makhluk. Dialah yang mencipta manusia, binatang dantumbuh-tumbuhan. Dialah juga yang mencipta langit dan bumi serta segala isi kandungannya dan seluruhmakhluk di langit dan di bumi memerlukan rahmat dan pertolonganNya untuk terus hidup. Berasaskan akidah tauhid ini manusia dapat membebaskan dirinya dari tunduk dan patuh kepadasesuatu yang bersifat makhluk, sama ada dalam bentuk berjirim ( benda) atau roh yang telah menguasaidiri manusia sepanjang sejarah. Dengan keyakinan ini manusia meletakkan tempat pergantungan,perlindungan dan pengabdian hanya kepada Allah S.W.T semata-mata. Akidah tauhid juga menjadi tunjang kepada pembinaan Tamadun Islam. Tamadun Islam bergerak atasdasar akidah dan lunas-lunas hukum Islam. Seluruh kehidupan ummahnya mesti berlegar dalam ruang 25
  26. 26. lingkup keagamaan. Seluruh aktiviti-aktiviti hidup mesti berpaksikan keimanan kepada Allah S.W.T. Asas-asas akidah Islam ialah: a) Beriman kepada Allah b) Beriman kepada Malaikat c) Beriman kepada Kitab-Kitab d) Beriman kepada Rasul-rasul e) Beriman kepada Hari Akhirat f) Beriman kepada Qadha’ dan Qadar Akidah Islam membebaskan manusia daripada kecelaruan hidup, yang tidak mempunyai matlamatkehidupan yang jelas. Akidah Islam membimbing manusia kepada matlamat kehidupan yang benar iaitukeredhaan Allah S.W.T. Akidah Islam akan melahirkan tamadun yang mantap di mana manusia yang menggerakkan TamadunIslam adalah seseorang atau masyarakat yang mempunyai keperibadian yang unggul meliputi tingkah-laku,percakapan dan gerak-geri hati. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati seseorangakan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan seperti berikut: i. Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah S.W.T Yang Maha Esa. Keyakinan itulah yang menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. ii. Akidah Islam melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji dan tersisih dari sifat- sifat buruk. Akidah yang mantap akan melahirkan manusia yang bertakwa, tawadhu’, ikhlas, redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti dengki, sombong, ria’, takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosial dalam masyarakat. iii. Akidah akan melahirkan seseorang yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di samping tidak lupa mencari keredhaan Allah S.W.T supaya mendapat kebahagiaan di akhirat. iv. Akidah Islam melahirkan insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengaruh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian insan dan masyarakat. v. Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjat mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. vi. Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari pembalasan. vii. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa.viii. Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah S.W.T walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya begitu juga dengan keluarga Ammar bin Yasir. Demikianlah para sahabat yang lain, sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari akidah Islam yang meresap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka. ix. Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati akidah Islam yang sebenar. 26

×